1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 2 TAHUN 3 TUGASAN 1 (INDIVIDU): E-PORTFOLIO Nama Pelajar : NUR ZURAINA BINTI HAMDAN Angka Giliran : 2021311340111 No. Kad Pengenalan : 020210-13-0742 Kumpulan /Unit : PISMP PSV 1621 Kod Kursus : PSVK3103 Nama Kursus : BAHASA VISUAL PERBANDINGAN Nama Pensyarah : PUAN DYG ARNI MARSTUTY BT ABANG JAILI Tarikh Hantar : 6 MAC 2023
2 KANDUNGAN E-PORTFOLIO BIL. PERKARA MUKA SURAT 1.0 BUDAYA ISLAM 3 - 8 2.0 BUDAYA CINA 9 - 21 3.0 BUDAYA INDIA 22 - 28 4.0 BUDAYA MALAYSIA 29 - 33 5.0 BUDAYA JEPUN 34 - 37 6.0 BUDAYA BARAT 38 - 40 7.0 PERBANDINGAN KARYA ANTARA BUDAYA INDIA DAN BUDAYA CINA 41 - 43 8.0 PERBANDINGAN KARYA ANTARA BUDAYA ISLAM DAN BUDAYA CINA 44 - 46 9.0 PERBANDINGAN KARYA ANTARA BUDAYA BARAT DAN BUDAYA MALAYSIA 47 - 49 10.0 PERBANDINGAN KARYA ANTARA BUDAYA CINA DAN BUDAYA JEPUN 50 - 51 11.0 RUJUKAN 52
3 BUDAYA ISLAM
4 1.0BUDAYA ISLAM 1.1 Latar Belakang Tamadun Islam pada masa ini telah merangkumi di seantaro dunia, sama ada di Timur mahupun di Barat. Kesenian Islam dalam tamadun Islam mengandungi aspek undang-undang serta prinsip pegangan Islamiah. Setiap umat Islam menggunakan istilah seni budaya Islam dalam kesenian ialah mempengaruhi seni dalam rangka monoteisme kepada Allah S.W.T. Islam mengatur segala kegiatan kehidupan yang telah dikhususkan dalam Al-Qur’an dan Hadis. Islam juga memberi perhatian dan polarisasi keindahan serta kecantikan termasuk seni dan budaya. Malah, menurut ajaran Islam, Allah itu cantik dan Allah sukakan kencantikan dan keindahan. Antara salah satu seni yang berkembang dengan polarisasi yang diarahkan oleh Nabi Muhammad S.A.W ialah seni kaligrafi. Malah, Seni Khat, seni kaligrafi dan seumpamanya juga telah mengalami perkembangan yang tiada tolok bandingnya berlandaskan Ayat-Ayat suci Al-Qur’an. Begitu juga, dengan corak hiasan pada seni bina masjid yang dikenali sebagai rumah ibadat juga mengalami perkembangan yang pesat dalam dunia Islam. Seni sastera dan muzik vokal juga diberi penekanan yang mendalam bagi konteks dakwah dan pembudayaan Islam. Seni Alam Melayu dan Dunia Islam sangat berfungsi dari aspek sosiobudaya, mengukuhkan identiti budaya masyarakat Islam, dan menjadi sebahagian daripadanya. Namun, ia bukannya sebuah kesinambungan budaya Islam secara umum. Islam memberikan petunjuk bahawa setiap orang dalam kawasan Islam, tidak menjadi satu kesalahan untuk membentuk sebuah budaya yang unik dan kreatif dalam usaha menyumbang kepada budaya Islam sejagat. Sudah pasti, seni Islam di Alam Melayu mempunyai ciri dan semangat masyarakat Melayu Islam yang didefinisikan mengikut adat resam dan tradisi dalam kawasan ini. Dalam konteks ini, Islamisasi dan Melayunisasi seimbang, bertaat ke arah pencarian keredaan Allah S.W.T. Pertama, seni dan budaya Islam adalah berfungsi sebagai alat dakwah atau penyebaran Islam. Seni dan budaya ini biasanya menggunakan teks bagi menyampaikan ajaran Islam. Kedua, seni budaya Islam adalah bertujuan untuk hiburan yang merujuk kepada keindahan yang mengisi jiwa dengan aspek pencerahan (aufklärung). Terdapat pelbagai kefahaman budaya yang mempunyai latar belakang berbeza. Persoalannya, adakah terdapat perbezaan persepsi dan pandangan
5 yang bersifat umum dalam memandang budaya ? Begitu juga dengan Agama Islam. Apakah konsep budaya mendalam pada pandangan Islam? 1.2Konsep Dan Tafsiran Mengenai Falsafah & Kebudayaan Dalam Islam Dalam sejarah Islam terdapat pelbagai konsep mengenai budaya. Terdapat sekumpulan ahli pemikir telah menyatakan bahawa Islam merupakan wahyu Allah dan termasuk dalam agama ketuhanan. Menurut, Natsir (1954), Islam bukanlah satu budaya. Islam merupakan sebuah sumber kekuatan yang menggalakkan kemunculan sesuatu budaya dan sebuah agama yang diturunkan Allah dari langit, melalui malaikat Jibril, dengan cara menurunkannya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Islam merupakan agama yang menekankan keesaan Allah. Segala konsep dan aktiviti yang berkaitan dengan Islamiah sentiasa dikaitkan dengan tuhan, termasuk kegiatan seni dan budaya. Bagi umat Islam, semua ciptaan seni mesti dikaitkan dengan kebesaran Allah S.W.T. kerana manusia tidak dapat mencipta sesuatu tanpa cahaya dorongan dan pertolongan-Nya. Kebudayaan dalam Islam ialah menyeimbangkan aspek material, spritual dan tujuan hidup merupakan akhirat. Mengenai kebudayaan dalam Islam, ia merujuk kepada kandungan makna-makna pada istilah dan kata-kata seperti Attahaqafah dan Al-hadharah. Istilah-istilah ini sering dipakai dalam sejarah Islam. Antaranya adalah seperti berikut : 1.1.2 Athtahaqafah Perkataan lain merujuk kepada kebudayaan Islam ialah Athtahaqafah, ertinya keseluruhan cara hidup, corak pemikirann sikap serta nilai-nilai yang membantu manusia dalam kehidupan, yang berkembang berasaskan kepada syariat Islam dan sunnah Nabi Muhammad. Istilah Athtahaqafah juga bermakna membetulkan sesuatu, dengan menjadi lebih baik daripada keadaan yang dahulunya tidak begitu baik, ataupun diertikan sebagai disiplin. Maka, istilah ini menekankan kepada manusia untuk selalu menggunakan fikirannya sebelum bertindak dan menghasilkan sesuatu kebudayaan.
6 1.2.2 Al-Hadarah Istilah Al-Hadarah ini merujuk kepada kehidupan manusia kolektif dan bertamadun tinggi. Ianya berasal daripada kata dasar, hadhara dan hadaratan yang ditakrifkan sebagai tinggal di kawasan yang sibuk yang membezakan dengan tempat yang tenang. Dalam Bahasa Arab klasik, bermakna kawasan yang didiami oleh manusia dalam kehidupan yang maju. Maka, istilah ini bermaksud penunjuk budaya yag dianggap maju dengan kemunculan bandar yang bersosial. Dalam seni Islam, ia dimanifestasikan dalam genre hadrah. Sejak abad ke-15, hadrah ini telah menjadi sebahagian daripada seni, khasnya tariqat Rifaiyah. Seni Islam menumpukan kepada lima perkara iaitu, membantu manusia mengenal identiti mereka, menjadi hamba Allah, menyedari ketinggian fitrah manusia, mengelak konsep berhala makhluk dan menegakkan secara selari dengan seni fizikal, mental dan rohani. Kemunculan seni merupakan sebahagian daripada hukum alam serta fitrah manusia yng mencintai keindahan. Ketekunan dalam estetika karya seni dapat membuatkan manusia mensyukuri dan mengangungkan kurniaan Allah S.W.T. Asalkan, hasil seni tidak bertentangan dengan takrifan Islamiah seperti tidak mempunyai lambang seperti kejahilan dan keangkuhan. 1.3Bentuk Seni Visual Arabesque merupakan salah satu bentuk seni Visual Islam. Ia berasal dari abad ke-7 hingga abad ke-15. Mempunyai corak dan reka bentuk yang rumit seperti bentuk geometri, bentuk tumbuhan serta bentuk kaligrafi. Justeru, Arabesque juga terkenal kerana coraknya yang harmoni, seimbang dan simetri. Tambahan pula, ia juga mewujudkan irama dan pergerakan kerana susunannya. Kita boleh melihat corak ini pada tembikar, tekstil, permaidani dan seni bina. Corak geometri pada Arabesque seperti bulatan, segi empat dengan segi tiga. Komposisi susunanya direka dalam bentuk simetri. Kedua, Arabesque memfokuskan kepada prinsip
7 rekaan seperti simetri kerana motifnya diulang sehingga menimbulkan keharmonian dan kesatuan. Seni Islam langsung tidak mempunyai unsur-unsur berhala mahupun figuratif avatar ketuhanan seperti yang ditunjukkan pada seni bina Candi Borobudur kerana budaya Islam mementingkan prinsip ’Allah yang satu” dan Inilah perbezaan antara falsafah Islam dengan enam falsafah yang lain kerana budaya Islam hanyalah memfokuskan keagungan Allah S.W.T tanpa menunjukkan unsur-unsur seperti penyembahan berhala. 1.4Konsep Seni Islam Salah satu seni Islam yang dilihat pada hari ini ialah seni khat. Seni ini mengandungi gabungan tulisan Arab dan Jawi dalam menghasilkan karya seni yang indah. Seni khat juga tidak ditulis dalam bentuk elemen ketuhanan tetapi sering digunakan dalam menulis ayat suci AL-Quran. Berbanding dengan seni kaligrafi Cina kerana tulisannya bukan mengandungi ayat Al-Quran, namun hurus aksara Cina Mandarin dalam bentuk puisi. 1.5 Fungsi Warna Pada Khat Arab Karya Kaligrafi pada umumnya berfungsi sebagai objek untuk menghiasi ruang tertutup ataupun ruang terbuka supaya kelihatan megah dan indah berkonsepkan keagamaan. Warna pula berfungsi sebagai alat untuk memudahkan seseorang agar dapat mengingati sesuatu dengan jelas dan mudah. Dalam kaligrafi Arab, terdapat penggunaan warna yang ekspresif dan kreatif sebagai komponen utama dalam aplikasi warna terhadap kaligrafi Arab. Antara warna yang sering digunakan dalam karya seni budaya Islam ialah biru kerana ia dibukti sebagai kemahuan Tuhan untuk memberkati hamba-Nya. Malah, ia juga mewakili langit yang membuatkan kita sentiasa mengingati kepada pencipta. Kedua, warna ungu kerana dianggap sebagai simbol raja dan juga menggambarkan keperibadian yang elegan, unggul dan bermaruah. Ketiga, putih kerana ia merupakan warna yang
8 melambangkan kesucian, kebersihan dan memberi hidupan. Misalnya, awan di langit berwarna putih dan berfungsi untuk menurunkan air hujan untuk memberi keberkatan pada bumi. 1.6Falsafah Islam Falsafah dikaitkan dengan ’rahsia’ kehidupan dalam usaha untuk mencari kebenaran serta perkara yang difikirkan oleh seseorang adalah falsafah. Oleh itu, terdapat pelbagai falsafah yang wujud hasil daripada pemikiran manusia seperti liberalisme, Konfusianisme, Taoisme, Kapitalisme, Idealisme serta banyak lagi. Namun, falsafah Islam merupakan falsafah yang berasaskan wahyu dan pengajaran Islam yang diambil daripada Al-Quran dan AS-Sunnah. Falsafah Islam membicarakan perhubungan manusia dengan sang penciptanya, Allah S.W.T. Secara harfiahnya, Falsafah Islam menghasilkan kesenian Islam yang berlandaskan konsep tauhid, monoteisme dan pengabdian diri kepada Allah S.W.T. Oleh sebab itu, kesenian Islam berbeza dengan seni yang lain. Contohnya, seni khat yang diinspirasikan oleh ayat Al-Quran. Oleh itu, seni dalam Islam tidak mengandungi slogan seperti ’seni untuk seni, tapi ia ’seni kerana Allah untuk manusia” serta mentaati perintah Allah SW.T.
9 BUDAYA CINA
10 2.0BUDAYA CINA 2.1 Latar Belakang Tamadun Cina merupakan tamadun tertua dan dikesan bermula pada 2000SM. Tamadun ini terletak di kawasan Hwang Ho dan meluas sehingga ke bahagian Selatan Cina. Bermula dari Era Kontemporari, Zaman Moden, Zaman Peralihan, Zaman Keagungan dan Zaman Pembinaan. Pada awalnya, Cina mempraktikkan teori legalisme kerana mereka lebih mengutamakan undang-undang daripada segala-galanya kerana pemerintahan berlandaskan undang-undang yang tegas dapat memupuk kesejahteraan rakyat. Induk budaya Cina menjadi lebih mantap dengan pegangan Aliran Kungfutzuisme sebagai salah satu asas utama kecinaan yang digabungkan dengan sistem pemerintahan berpusat, maka wujudlah asas keperibadian kecinaan yang menjadi keperibadian individu yang kuat sewaktu bertembung dengan unsur asing dan penerimaan unsur daripada budaya asing. Begitu juga dengan budaya seni dan budaya halus berpadanan dengan budaya politik dengan menjadi lebih maju. Budaya Cina mementingkan kesejahteraan hidup dan mempercayai pandangan semesta dan nilai-nilai murni dengan mengimplementasikan nilai-nilai murni dan falsafah dalam kehidupan. Mereka memegang prinsip kepercayaan dan Daoisme. Contohnya, Aliran Kungfutzuisme yang menekankan ajaran yang menjaga hubungan yang baik sesama sendiri dengan Daoisme yang menekankan keharmonian alam seperti tidak membenarkan penggunaan kekerasan dalam menyelesaikan masalah dan menggalakkan hidup dalam kesederhanaan. Nilai-nilai murni seperti Wu Lun, Ren, Li dan Zhong. Setiap nilai mempunyai makna tersendiri. Contohnya, konsep Li yang merujuk kepada tatasusila seperti adat istiadat dan menjadi pengawal kepada tingkah laku manusia. Ini merupakan fahaman yang unik dalam pembinaan kualiti hidup bermasyarakat dan pembinaan negara bangsa yang harmoni. Seterusnya, tamadun Cina juga mencapai kecemerlangan. Antara pencapaian dan kecermerlangan dalam kebudayaan Cina ialah ketinggian nilai dalam bidang seni. Antara kesenian yang terkenal ialah bidang tembikar, bidang kaligrafi dan catan, dan bidang sutera dan sulaman. Falsafah hidup masyarakat Cina dapat dikesan dan dilihat melalui catan Cina dan kaligrafi Cina. Falsafah ini harus disebarkan melalui pembelajaran seni catan Cina yang mengandungi corak, struktur, bentuk dan garisan dengan simbol yang
11 bermakna dan harus dilaksanakan dalam usaha memupuk jati diri masing-masing. Catan Cina juga mempunyai teknik dan kemahiran dalam menulis dan melukis pada catan dan kaligrafi serta memerlukan kesabaran, fokus dan ketekunan dalam penghasilan karya demi mencapai estetika dan apresiasi seni yang maksimum. 2.2Budaya dan konsep catan dalam seni Cina Mengikut Kamus Pelajar Bahasa Melayu, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1988), ”Seni bermaksud kecil sekali, halus, molek atau elok, kecekapan atau kepandaian membuat sesuatu yang indah-indah. Pada zaman Neolitik Cina telah mempunyai perkembangan kerja-kerja kesenian Cina seperti pembuatan tembikar-tembikar yang diperbuat daripada tanah liat. Pada Zaman Dinasti Ming telah wujudnya tembikar-tembikar cantik yang diperbuat daripada tanah liat dan berwarna biru putih. Mereka amat kagum terhadap keindahan tembikar yang dihasilkan begitu juga dengan seni catan seperti catan Cina (Guo Hua). Golongan Pemerintah seperti Maharaja Hui Tsung dari Dinasti Sung ialah seorang pencinta seni catan Cina dan penyokong utana dalam bidan seni ini. 2.3 Catan Dinasti Tang Catan Cina wujud sebelum Dinasti Tang (618 – 907). Zaman ini merupakan ”golden age’ (Zaman Keemasan) dalam lukisan figura dan kebanyakan lukisannya terdiri daripada lukisan garis-garis yang menunjukkan aktiviti kehidupan manusia. Pada pertengahan Zaman Dinasti Tang, motif flora dan fauna , lukisan landskap dan diikuti dengan lukisan hutan, gunung dan lukisn pemandangan yang menunjukkan kemampuan membawa seseorang dari alam material ke arah alam yang bebas dan lukisan landkskap dianggap sebagai sebuah lukisan yang mempunyai makna yang tersurat. Dalam seni Catan semasa Dinasti Tang, mempunyai lukisan bunga, rumput, pokok dan binatang- binatang yang mempunyai ’strok’ yang ringkas tetapi uanya dalam bentuk yang hidup dan mempunyai irama dan pergerakan. Antara pelukis yang terkenal ialah Yen Li Pen, Wo Tao Tzu dan Wang Wei.
12 2.4 Bahan dan Alat Seni catan Cina menggunakan bahan-bahan seperti: 1) Dakwat Sebenarnya, dakwat telah wujud sejak zaman Neolitik pada tahun 3500 dahulu. Buktinya, terdapat perjumpaan tembikar bercat pada tarikh tersebut. Selain itu, terdapat Ink Cake yang diperbuat daripada arang pokok pine telah dikesan pada abad ke 4 T.M. Seni pembuatan dakwat telah berkembang dan tidak menggunakan bahan mentah seperti serbuk jed dan mutiara untuk dicampur bersama pada abad 10. Apabila Ink Cake telah digiling bersama air, maka terhasilnya dakwat segar yang menghasilkan warna kelabu mengikut tahap kecerahan yang bergantung dengan kuantiti air dan hasil daripada penggunaan dakwat tersebut pula menghasilkan karya yang berkualiti kerana ianya begitu halus dan sempurna seperti dalam gambar foto dan kualitinya bileh dikesan apabila telah digunakan dan diaplikasikan ke atad kertas mahupun sutera. Orang Cina pada zaman dahulu menilai dakwat sepert emas kerana dakwat ini lebih hitam berbanding dengan dakwat yang lain. 2) Kertas dan Sutera Seni catan Cina menggunakan kertas ataupun sutera sebagai media yang digunakan dan alat penyokong. Tekstil sutera mula ditenun pada 35000 tahun dahulu dan penggunaan sutera oleh pelukis Cina mencapai kemuncak pada Dinasti Sung (960 – 1279). Namun, pada masa itu penggunaan kertas berkualiti bertambah luas. Kertas lukisan catan Cina mempunyai dua kategori seperti Yu Ban Zhi dan Shu Xuan Zhi (kertas beras). Karya seni dengan penggunaan media kertas adalah lebih lama disimpan dan mutu yag lebih tahan berbanding dengan hasil seni penggunaan media sutera.
13 2.5Gaya Catan Cina Dalam seni Catan Cina, mempunyai beberapa gaya. Antaranya adalah seperti Pai Miao dan Xieyi. Pai Miao Xieyi Pai Miao merupakan lukisan lakaran tanpa warna, Kedua, ia mempunyai ciri-ciri seperti sama macam lukisan pensel dan mementingkan kelicinan dan kematangan garisan serta ton gelap yang memberi kesan ’form’ pada karya tersebut. Xieyi dilakukan secara spontan dan berani menggunakan warna-warna dengan tidak membuat garisan lakaran. Gaya ini boleh membuatkan pelukis ekspresikan perasaan mereka pada masa itu. 2.6Teknik Catan Cina Catan Cina mementingkan kemahiran penggunaan berus. Pada mulanya dengan penggunaan berus berbulu kambing yang keras. Apabila pelukis tersebut menjadi mahir dengan penggunaan bulu kambing, maka bulu lain menjadi mudah digunakan menhasilkan karya. Teknik penggunaan berus yang betul boleh menghasilkan pelbagai rupa ’brush stroke’ dan ia dikategorikan kepada dua iaitu
14 Slanting Point dan Central Point. Kemudian, teknik penggunaan berus juga biasanya dipenuhi dengan dakwat yang dicairkan dengan air. Kawalan penggunaan berus dengan dakwat dapat menunjukkan gaya dan teknik yang digunakan oleh artis tersebut. Penggunaan dan pemilihan media seperti kertas dan sutera menunjukkan teknik dan gaya pelukis. Tetapi, pelukis lebih memilih kertas berbanding dengan sutera kerana kertas menyediakan pelbagai jenis pilihan kertas serta jenis kertas dapat menambah dimensi yang baru pada karya seperti kedalaman ’brush stroke’ tersebut disebabkan oleh dakwat dan warna meresap ke permukaan kertas. Dalam teknik catan Cina mempunyai kemahiran dalam mengendalikan berus yang dicampur dengan air serta dakwat serta mempunyai pengetahuan mengenai kertas dan sutera. Bukan itu sahaja, penggunaan berus yang betul juga menghasilkan kesan seperti titik dan gosok. Contohnya, titik-titik condong yang dapat menghasilkan bentuk awan-awan di bawah puncak gunung bagi catan pemandangan gunung berkabus. 2.7Perkaitan antara gaya dan teknik seni dengan kebudayaan dan falsafah tamadun Cina Orang Cina memegang ajaran falsafah Daosme dan Aliran Kungfutzuisme dalam kehidupan mereka. Seperti yang diketahui, fahaman Daosme mempunyai pengaruh yang kuat terhadap seni catan Cina dan kaligrafi Cina dengan tujuan ia dapat menyelaraskan kegiatan dalam penghasilan seni catan dengan prinsip alam semesta. Seterusnya, fahaman Daosme menegaskan bahawa di dunia ini mengandungi perkara yang wujud dan dijadikan dalam keadaan yang bertentangan dengan sifatnya. Dalam catan Cina, dihasilkan dalam bentuk landskap serta terdapat elemen yang bertentangan dalam binaan struktur karya seperti adanya bumi (gunung – ganang), pokok- pokok dilukis dalam keadaan ’menerima’ dan ’memberi’. Tidak lupa juga dengan objek kerana ada yang ’nyata’ pada karya tersebut. Idealnya, kesenian Cina berlatar belakangkan falsafahnya. Selain itu, ajaran Daosme juga mengatakan bahawa kehiduapan seseorang manusia bersifat sementara. Malah, kekayaan seseorang itu bukalah satu matlamat bagi penganut kepercayaan aliran Tao. Ajaran Daoisme lebih kepada hidup kesederhanaan. Oleh itu, pelukis menghasilkan karya dengan mengaplikasikan keharmonian yang dilihat oleh mata dengan apa yang dihasilkan oleh tangan serta
15 memerlukan kemahiran yang istimewa demi menghasilkan karya yang berkualiti serta mewajibkan ketekunan dalam latihan serta membuat kembara untuk meneroka keindahan alam. Aliran Kungfutzuisme lebih kepada ajaran tentang moral. Aliran ini merupakan satu pewajaran rasional bagi sistem sosial ini atau ekspresi teoretisnya. Malah, ia lebih kepada mengajar manusia untuk megetahui tatatertib dan mempunyai semangat patriotisme dalam sebuah negara. Prinsip asas ajaran Konfusius merujuk kepada adat baik dan budi pekerti yang tinggi, ksopanan dan adab seorang manusia. Kebanyakkan pelukis dari tamadun Cina meluahkan perasaan mereka dengan menyampaikan falsafah melalui catan Cina kerana masyarakat Cina zaman dahulu pernah mengalami kehidupan yang kecewa dan berusaha mencari keamanan. Antara konsep dalam ajaran Konfusius ialah Konsep Langit-Bumi di mana ia mempunyai hubungan yang rapat dan kedua-duanya mempunyai kaitan dan saling bergantung demi kelangsungan kewujudan dan kehidupan bumi ini dipengaruhi oleh kekuatan langit. Pada masa yang sama, ajaran Konfusius mengajar manusia supaya tidak berkrisis dan ia perlu wujud dalam diri seseorang. Kita boleh mengesan dan membaca sanubari pelukis berasaskan ajaran aliran falsafah Kungfutzuisme melalui hasil seni catan. 2.8 Penggunaan dan Simbolik warna Dalam catan Cina juga mengutamakan penggunaan warna-warna pastel menjadi gerakan dan amalan utama dalam catan Cina yang berperana sebagai peranam utama, sokongan atau sampingan. Penggunaan warna yang sesuai boleh menghasilkan seni yang mewah dan kaya. Malah, lukisan dan catan berfungsi dalam menyampaikan pemikiran pelukis. Berikut merupakan jenis warna yang digunakan dalam catan Cina:
16 1. Burnt Sienna – Warna Burnt Sienna daripada tanah liat yang dipanskan dan dibakar. Warna asalnya ialah coklat kekuninangan dan apabila dibakar ia bertukar kepada coklat kemerahan apabil dipanaskan. Burnt Sienna boleh digunakan sebagai warna campuran dengan oren dan kuning untuk mencipta palet warna yang berani. 2. Hitam – Warna monokrom dan ditakrifkan senagai warna yang menghasilkan kesan penglihatan yang gelap sewaktu tiada pencahayaan dalam mata. 3. Cinnabar Tint – Warna merah yang pekat seperti warna merah darah. Biasanya digambarkan sebagai oren kemerahan pekat atau kadang kala sebagai ungu kemerahan gelap. 4. Gamboge Tint – Warna ini ialah pigmen organik lutsinar daripada zon kuning hingga oren roda warna anda. Lebih banyak pewarnaan daripada Yellow Ocher dan sama dalam keupayaan mewarna dengan Raw Sienna. 5. Carmine – Pigmen merah ataupun merah keunguan daripada cochineal. Contohnya, pewarna merah yang diekstrak daripada badan kering serangga betina tertentu yang berasal dari Amerika tropika dan subtropika. Carmine digunakan secara meluas untuk aktiviti cat air sebelum kemunculan bahan pewarna sintetik. 6. Vermilion Tint – Warna merah hangat dan warna merah yang terang. Pigmen semula jadi pepejal merah yang dikenali sebagai merah Cina.
17 Warna-warna mempunyai makna simbolik tersendiri. Warna-warna menimbulkan nilai-nilai estetika. Pelukis seni Cina meganggap warna merupakan sesuatu yang wajib ada pada karya mereka. Setiap warna mempunyai maknanya tersendiri. Contohnya, adalah seperti berikut: 1) Hei (warna hitam) Warna hitam bersimbolkan misteri, independan, dramatis dan kesunyian. Namun, warna hitam juga digolongkan dalam kategori solid, berkuasa dan tegas. 2) Qing (warna hijau) Hijau dikategorikan sebagai identiti alam dan melambangkan kedamaian dan kesegaran. Menurut pandangan psikologi, warna hijau dapat membantu seseorang untuk menyeimbangkan emosi ketika berada dalam situasi tertekan serta memudahkan seseorang untuk bersifat keterbukaan dalam komunikasi disebabkan oleh hijau mempunyai efek rileksasi. Malah, warna hijau memberi kesan segar dan harapan serta mengapresiasi nilai estetik apabila dikombinasikan dengan warna coklat gelap. 3) Huang (warna kuning) Warna kuning mempunyai kaitan dengan asal usuk budaya Cina Han kerana melambangkan tanda penghargaan dan penghormatan kepada tanah. Kedua, warna kuning juga mempunyai kaitan dengan maharaja yang melambangkan kuasa takhta dan kemakmuran. Ketiga, warna kuning juga mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama. Misalnya, sami Buddha biasanya memakai jubah kuning untuk menutup tubuh badan.
18 Orang Cina amat mementingkan penggunaan warna kerana ia boleh mempengaruhi fikiran dan emosi seseorang. Jelaslah pada Tahun Baru Cina, pemuda pemudi memakai pakaian berwarna merah kerana merah melambangkan kegembiraan dan kebahagiaan serta dilarang untuk memakai pakaian berwarna hitam kerana dipercayai membawa ’suae’ (malang) dan dianggap kurang sopan serta menunjukkan sikap memperlekehkan orang lain ketika melawat rumah saudara. 2.9Simbol pada catan Cina Masyarakat Cina meminati catan yang bersifat simbolik. Simbol merujuk kepada pengertian yang luas dan memberi makna tersirat. Menurut Dewan Edisi 3 (1998), perkataan simbol ditakrifkan sebagai “ sesuatu yang mewakili sesuatu yang lain, lambang dan tanda”. Malah, Konfusius pernah berkata; ‘Motif (tujuan) terletak pada jalan (dao), bukti terletak pada moral (te), bergantung pada perikemanusiaan (ren) serta berhibur dalam enam acara seni yang lain, iaitu adat, muzik, memanah, memandu kereta, menulis tentang sejarah dan kira-kira.’ Oleh itu, catan Cina menggunakan simbol atau corak dalam membawa tema mahupun mesej yang tersurat dan tersirat dalam kesusasteraan seperti puisi dalam karya. Masyarakat Cina mempercayai bahawa simbol tersebut mempengaruhi kehidupan mereka ke arah kegembiraan. Misalnya, imej gunung dan lautan dikombinasikan dalam satu karya dan ia melambangkan hidup yang baik.
19 Antara simbol-simbol yang ditunjukkan oleh catan Cina. 1) Motif flora vii. Lian Hua (Bunga teratai) Bunga teratai mempunyai identiti kesucian. Dalam Bahasa Cina, bunga ini mempunyai dua makna. Yang pertama, ’kedamaian dan keharmonian’ dan yang kedua pula bermaksud ’nasib baik yang berulang’. Mou Tan (Bunga peony) Gelaran bunga ini ialah ’Permaisuri Bunga’ kerana kemewahan dan keistimewaan pada warnanya serta mempunyai bau yang memikat hati. Bunga ini melambangkan kegembiraan serta mempunyai simbolik kepada sifat feminin, cinta dan musim bunga. 2) Motif fauna Tie (Rama-rama) Motif Tie dikaitkan dengan mistik seperti roh nenek moyang. Dalam bahasa Cina, bunyi ’rama-rama’ amat serupa dengan perkataan untuk seseorang yang sudah berumur. Oleh itu ’rama-rama’ dianggap sebagai simbolik bagi panjang umur.
20 vi. Li Yu (Ikan Kap) Orang Cina mempercayai bahawa Simbol Ikan kap melambangkan kekayaan kerana dalam Bahasa Cina perkataan Li Yu sama bunyi dengan ’liyu’ yang merujuk kepada keuntungan dan kelebihan. Pada sambutan perayaan Tahun baru Cina, masyarakat Cina memberi hadiah dalam bentuk lukisan kepada rakan yang berjaya dalam urusan perniagaan agar rezeki mereka melimpah ruah. 2.11 Falsafah Cina Falsafah Cina berlatar belakangkan corak kehidupan dan pemikiran orang Cina. Falsafah masyarakat orang Cina berkait rapat dengan ajaran falsafah Daoisme dan Aliran Konfusianisme. Kehidupan orang Cina diresapi dengan aliran Konfusianisme, di mana aliran ini merupakan falsafah organisasi sosial, dan oleh itu dijadikan sebagai falsafah hidup seharian dengan memberi penekanan kepada tanggungjawab sosial manusia. Kunfusius berkata, ”Teguhkan pendirian anda pada li (upacara ritual, upacara dan kelakuan sewajarnya)” (Lun Yü, VIII,8). Jelaslah, Kunfusius mengamalkan budi pekerti yang betul. Konfusianisme muncul lebih bersifat duniawi yang lebih realiti kerana, ia ”mengembara dalam batasan masyarakat”, manakala Daoisme pula menekankan perkara yang wujud secara semula jadi dan spontan dalam diri manusia dan memegang pemikiran ”berkelana melampaui sempadan masyarakat”. Oleh itu, Daoisme lebih bersifat ke arah memperlihatkan duniawi spiritual. Namun, kedua-dua pemikiran ini saling melengkapi antara satu sama lain. Harfiahnya, kesenian Cina berlatar belakangkan falsafahnya kerana terdapat golongan Konfusianis menganggap kesenian sebagai alat untuk pendidikan moral. Manakala, ahli Daoisme pula tidak mempunyai karya seni formal, namun rasa kagum terhadap pengunggulan alam dan bergerak bebas memberi semangat dan inspirasi yang mendalam kepada seniman agung. Disebabkan itulah, kebanyakan karya agung lebih kepada lukisan landkskap, haiwan, buluh dan bunga.
21 Bagi lukisan landskap pula, terdapat imej di kaki gunung atau tebing sungai, terdapat pula seseorang yang sering menemui seseorang yang sedang duduk sambil menghayati keindahan alam. Begitu juga dengan puisi Cina yang ditulis oleh T’ao Ch’en (TM 372-427); Kubina teratakku dalam kawasan penghunian manusia, Berhampiran kuterasa tiada suara atau kereta kuda, Mahukah kau ketahui bagaimana hal ini menjadi mungkin? Sebuah hati yang berjauhan mencipta sebuah keterbiaran sekitar. Kupetik bunga krisantimum di bawah pagar hidup timur, Kemudian merenung jauh ke arah bukit musim panas nan jauh. Udara gunung segar waktu sejakala; Beburung berterbangan pulang berdua-duaan. Dalam kesemuanya tersandar sebuah makna mendalam; Pun begitu, tatkla kita mahu melafazkannya, kata tiba-tiba menggagalkan kita. Di sini kita mempunyai kecemerlangan Taoisme. Terdapat kosmogoni Cina awal dalam falsafah Cina, yang dikenali sebagai aliran Yin-Yang . Aliran Yin ialah wanita, manakala Yang ialah lelaki dan gabungan serta interaksi antara kedua-dua prinsip ini turut menghasilkan fenomena universal. Dengan kewujudan falsafah dapat membantu manusia untuk mencapai cakerawala yang lebih tinggi dalam kehidupan ini.
22 BUDAYA INDIA
23 3.0BUDAYA INDIA 3.1 Latar Belakang Budaya India bermula dengan kewujudan tamadun India di Tamadun Lembah Indus pada sekitar tahun 3500 S.M. Tamadun ini terletak di sebuah kawasan yang luas hingga mencecah 500,000 km persegi. Ia dikenali kerana keunikannya yang tersendiri disebabkan oleh berlaku kesinambungan tradisi kebudayaan tanpa berlaku perubahan walaupun ribuan tahun lamanya. Tambahan pula, tamadun India merupakan tamadun yang dipadukan degan pelbagai rupa, jenis dan bentuk kebudayaan hingga terlahirlah pelbagai versi dalam perkembangan tamadun India yang wujud di Benua Kecil seperti negara India, Pakistan, Bangladesh, Nepal dan Sri Lanka. Dalam pembentukan budaya India, terdapat pengaruh keagamaan yang dijadikan sebagai asas penting dalam pembentukan tamadun ini terutamanya agama Islam, Hindu dan Buddha. Antara Penemuan tinggalan seni bina bentuk runtuhan bangunan dan sebagainya di Harappa dan Mohenjodaro pada tahun 1920- an telah menjadi sejarah dalam pembinaan tamadun Benua Kecil India. Terdapat pelbagai kebudayaan dan keunikan di India. Oleh itu ia mengambil masa beberapa tahun. Maka, India telah menyerap pelbagai falsafah, berlainan pandangan agama dan adat resam kerana kepelbagaian penduduk yang tinggal di wilayah India. Antaranya, Kerajaan Mughal, Kerajaan Gupta dan sebagainya sehingga kemasukan Tamadun Islam di India pada zaman yang berlangsung antara abad keempat hingga abad ke-11.
24 3.2 Kebudayaan & Kesenian dalam Tamadun India Kesenian arca binaan India telah lama dikesan kerana kewujudan patung batu paderi di Mohenjodaro, kesenian ”kuil gua” pada hujung tahun sebelum masihi, seni bina Tiang Asoka dan penemuan patung gangsa emas golongan atasan. Kebudayaan India dapat disaksikan melalui perkembangan kuil-kuil Hindu. Seni bina kuil zaman ini mempunyai kriteria yang jelas. Terdapat kuil Hazara dan Vittalaswani yang menunjukkan ketinggian kesenian seni bina semasa zaman pemerintah Vijayanagar kerana raja mendukung dan menjadi pendorong kepada aktiviti kesenian dan kebudayaan. Bidang kesusasteraan seperti penggunaan Bahasa Sanskrit, Kannada dan Telegu digunakan secara meluas. Bukan itu sahaja, perkembangan karya dalam bidang falsafah dan agama juga berkembang serta karya kesusasteraan sekular seperti karya Bharatam, Nalavenda dan Tanjai-vanam kovai. Bukan itu sahaja, terdapat lukisan gua yang menunjukkan kepesatan bidang seni lukis dan dilihat di Gua Ajantha. Lukisan gua telah menjadi inspirasi kepada golongan pelukis. Contohnya, di Ajantha terdapat lukisan gua yang dijadikan sebagai lukisan teragung. Seperti yang diketahui, terdapat 26 buah jenis lukisan di gua dan dua daripadanya adalah dihasilkan semasa zaman pemerintahan Gupta. Lukisan-lukisan tersebut mempunyai makna dan mengambil unsur-unsur Hinduisme untuk dijadikan sebagai motif utama. Contohnya, tuhan Hindu serta peritstiwa Ramayana dan Mahabrata seperti yang diceritakan dalam kitab suci Hindu.
25 3.3 Konsep Kebudayaan & Kesenian Budaya India Budaya India kaya dengan sejarah kerana terdapat lukisan gua yang dikesan sejak 2,500 SM. Malah, setiap wilayah di India mempunyai gaya seni yang tersendiri dengan gabungan motif agama merupakan perkara biasa bagi mereka. Antara gaya yang terkenal seperti miniatur, Madhubani, Pattachitra, Kalamkari dan Warli. Terdapat juga ukiran batu prasejarah yang dijumpai di wilayah India kepada pembinaan arca yang canggih. Begitu juga dengan karya Kalamkari yang indah dan eksplisit. Secara harfiahnya, seni India menggambarkan tradisi budaya mereka dengan terperinci, pelbagai ideologi serta mitologi yang diadun dalam konsep kebudayaan dan kesenian. Selain itu, pergerakan seni India moden dipercayai bermula di Kolkata pada akhir abad ke-19. Antara gaya seni yang popular adalah Miniatur, Mithila, Patachitra dan Thanjavur. Semua gaya ini mempunyai kaitan dengan imej dewa dewi serta upacara ritual. Seni India juga terdiri daripada pelbagai bidang seni seperti seni arca, lukisan, seni tembikar, seni tekstil seperti sutera tenunan. Berdasarkan bidang seni yang terdapat pada budaya India ini mempunyai persamaan masing-masing dengan budaya Cina dan budaya Islam kerana terdapat pembuatan tembikar, lukisan dan seni tekstil. Mengikut sejarah seni India, akibat daripada pengaruh gaya British menyebabkan bentuk seni rakyat tradisional telah pupus. Misalnya, seniman Raja Varma telah mencerminkan pengaruh barat dalam karya beliau. Mudah untuk mengenali seni India kerana setiap karya seni yang digambarkan mempunyai kaitan dengan watak keagamaan dan Buddha, Hindu lalu barulah Islam. Antara ciri-ciri bagi karya yang mempunyai watak keagamaan adalah seringkali menggambarkan imej dalam bentuk mitologi, manusia, haiwan berserta perhiasan yang rumit dan terperinci. Seni budaya India juga unik kerana ianya bukan kerana mengenai simbol, motif, estetika tetapi ia juga mengandungi proses mempunyai kepentingan kepada masyarakat, rakyat serta kepercayaan ritual mereka dalam menyampaikan budaya mereka.
26 Jadual di bawah menunjukkan penjelasan ciri-ciri bagi gaya seni budaya India. Gaya seni Miniatur Lukisan gaya Miniatur dicipta dengan penuh terperinci dan penggunaan serta pengawalan berus yang sangat berhatihati. Seniman India turut menggunakan pelbagai perspektif tidak seperti seniman dari Eropah menghasilkan karya mereka. Warna-warna pada lukisan seni Miniatur pula diperbuat daripada sayuran dan batu-batuan termasuk perak dan emas tulen. Hal ini bermakna proses penyediaan dan campuran warna amat rumit dan mengambil masa berminggu-minggu serta berbulan-bulan demi mendapatkan hasil yang diingini. Manakala, penggunaan berus bagi lukisan ini hendaklah halus demi mendapatkan kualiti yang bermutu tinggi. Maka, berus diperbuat daripada bulu tupai. Mengikut tradisi, lukisan Miniatur Rajput merupakan ahli bangsawan dan seseorang yang berpengaruh serta berkuasa, di mana terdapat penceritaan imej yang memburu golongan diraja. Malah, imej bunga serta haiwan juga berulang. Gaya seni Mithila Lukisan Madhubani ataupun lukisan Mithila merupakan gaya lukisan budaya India. Asal usul lukisan ini zaman purbakala yang menyatakan bahawa gaya lukisan ini bermula pada zaman Ramayana. Pada masa itu, Raja
27 Janak meminta para pelukis untuk melukiskan hari perkahwinan, anak perempuannya bernama Sita dengan Rama. Terdapat imej alam serta motif Hinduisme seperti Rama, Shiva, Lakshmi, Khrishna dan Saraswati. Maka, terdapat juga lukisan objek tumbuhan keagamaan berserta penceritaan perisiwa kejadian sosial kegiatan masyarakat Hindu. Ideologinya, lukisan ini merupakan imbangan simetri kerana tiada ruang kosong dan diisi dengan lukisan daun, pokok, binatang mahupun figura manusia.
28 3.4 Falsafah India Falsafah India merupakan pemikiran manusia yang terawal dan mempunyai rekod yang berkaitan dengan disiplin ilmu dan persoalan mengenai kehidupan. Masyarakat India juga tidak beza kurangnya dengan masyarakat Cina seperti yang dibincangkan sebelum ini. Tamadun India juga mempunyai falsafah dan kepercayaan agama tersendiri demi meghasilkan kehidupan berkualiti. Sistem Falsafah India menerima keseluruhan ajaran Kitab Veda. Sistem Falsafah India mempunyai enam aliran dan juga dikenali sebagai Astika Darshana. Antarannya, ialah Nyaya, Vaisheshika, Sanskya, Yoga, Mimansa dan Vedanta. Salah satu dalam kalangan sistem Falsafah India yang dapat dikesan dalam ajaran Kitab Veda ialah aliran falsafah Nyaya. Ia merupakan sebuah aliran falsafah yang didukung oleh Gautama melalui karya beliau sendiri yang bertajuk Nyaya Sutra. Sekolah falsafah ini mengandungi empat sumber ilmu pegetahuan. Antaranya ialah, pratyaksha (Persepsi), anumana (Inferens), upamana (analogi / perbandingan) dan yang terakhir ialah shabda (testimoni / pembuktian). Bagi mendapatkan ilmu pula, terdiri daripada empat faktor yang terlibat. Antaranya, pramata (Subjek yang terlibat), prameya (Objek pengetahuan), pramana (Cara memperolehi pengetahuan yang sah) dan yang terakhir ialah prama (pengetahuan yang sah). Falsafah ini menunjukkan ia mengutamakan teori pengetahuan dan penerimaan terhadap kewujudan Tuhan serta interpretasi perbandingan antara hidup dan dunia. Kedua, aliran falsafah Mimamsa yang didefinisikan sebagai siasatan serta memberi keutamaan terhadap penegakkan kewibawaan Kitab Veda. Teks falsafah ini bertajuk Purvamimamsa Sutra yang tidak bersifat spekulatif tetapi lebih kepada praktikal. Falsafah India amatlah unik sehingga membuatkan kesenian dan kesusasteraan mereka dalam bentuk mitologi dan mempunyai aspek dewa-dewi. Sebagai contoh, pementasan drama Ramayana Mahabharata. Kemudian, seni catan mereka juga menjerumus ke arah aspek dewadewi serta penceritaan yang memperihalkan kehidupan mereka.
29 BUDAYA MALAYSIA
30 4.0 BUDAYA MALAYSIA 4.1 Latar Belakang Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, etnik dan agama serta kepelbagaian budaya dan seni telah menjadikan Malaysia negara yang unik. Perkara ini terjadi akibat daripada berlakunya penjajahan ke Tanah Melayu sebelum pembentukan negara Malaysia. Pada abad ke-15, telah terbentuknya Kerajaan Melaka yang menjadi tumpun utama kepada para pedagang dari wilayah Asia dan Eropah. Kemudian, pada pertengahan abad ke-15, Selat Melaka telah menjadi sebuah Kerajaan Melayu yang unggul sebagai pusat perdagangan. Kerajaan Melaka juga telah menjadi pelabuhan entreport yang menguasai laluan perdagangan Asia selama 100 tahun yang menghubungkaitkan pedagang dari Arab, Cina, India dan Eropah. Seterusnya, pada abad ke-18, Kompeni Hindia Timur Inggeris (East India Company) telah membina pangkalan mereka di India dan membuatkan Perairan Selat Melaka menjadi penting kerana penguasaan Inggeris ke atas struktur ekonomi bagi negara di Asia berserta penguasaan sumber bahan mentah demi perkembangan perindustrian Barat. Eksploitasi besar-besaran berlaku terhadap sumber ekonomi telah mengakibatkan penghijrahan buruh asing ke Tanah Melayu. Kemasukan Orang Cina untuk mengusahakan perlombongan bijih timah serta kemasukan buruh India bagi menjalankan kerja di ladang-ladang getah. Kemudian, kemasukan Sabah dan Sarawak ke Tanah Melayu menjelang abad ke-20.
31 4.2 Falsafah Kesenian & Kebudayaan Di Malaysia Ibrahim Ismail, ’Menghadap Tuhan’, 1961, cat minyak, 48 cm x 59.5 cm. Koleksi Balai Seni Lukis Negara Menurut Kamus Dewan Seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan. Kesenian menjadi tulang belakang kepada pembentukan masyarakat Melayu sejak dahulukala. Kesenian bangsa Melayu amat menarik dan unik dan identiti masyarakat Melayu lebih terserlah kerana kebudayaan Melayu yang menekankan prinsip yang menghubungkan manusia dengan syurga yang bermaksud agama. Prinsip-prinsip ini jelas kelihatan dalam kesenian tradisi Masyarakat Melayu yang menggambarkan kebudayaan Melayu dengan berteraskan Islam. Misalnyakarya Ibrahim Ismail, ’Menghadap Tuhan’, pada tahun 1961 menggunkan media cat minyak, bersaiz 48 cm x 59.5 cm. Koleksi Balai Seni Lukis Negara. Selain itu, kesenian terdiri daripada empat kategori, iaitu seni suara, seni gerak, seni rupa dan permainan tradsional. Seni rupa seperti seni ukir, seni kraftangan, seni tembikar, seni anyaman, seni tekatan, seni tenunan, seni batik, seni tembaga dan seni bina. Kebudayaan Malaysia agak unik kerana dipengaruhi oleh budaya Cina, budaya India, budaya Islam serta sedikit sentuhan budaya Barat dengan mengaplikasikan aliran Impressionisme, Fauvisme, Kubisme dalam
32 karya pelukis tempatan. Misalnya, gaya Tay Hooi Kheat yang dipengaruhi oleh seni catan kubisme, terutamanya menerusi karya Paul Cezanne. Oleh itu, beliau menghasilkan sering menghasilkan karya yang catan yang menjurus gaya aliran ini. 4.2.1 Penggunaan teknik dan gaya oleh pelukis Malaysia Gadis Menumbuk padi – 1959 Karya ’Gadis Menumbuk Padi”, merupakan karya Mohd. Hoessein Enas yang menggunakan media seperti arang dan pastel atas kertas. Jelas menunjukkan bahawa karya ini menceritakan figura seorang wanita yang sedang menumbuk padi. Sebagai hal benda pada karya ini. Pada karya ini menunjukkan pelukis Malaysia menggunakan teknik seperti mencampurkan pelbagai garisan lukisan supaya menimbulkan unsur kepelbagaian dari segi garisan pada lukisan itu. Malah, pelukis turut menggunakan garisan nipis dan tebal pada figura wanita tersebut. Catan Malaysia berbeza dengan catan Cina dan catan India. Jelas menunjukkan, catan Malaysia mengisahkan tradisi yang dilakukan oleh masyarakat tempatan seperti menumbuk padi. Terdapat penggunaan kod warna nada bumi. Dalam Bahasa Inggeris lebih mesra dikenali sebagai earth tone. Ini terjadi kerana
33 penggunaan warna pada karya ini terdapat penggunaan warna gelap yang mengikut kecerahan tersendiri yang mengandungi sedikit coklat. 4.2.2 Faktor pengaruh seni Barat kepada seni catan tempatan Ideologi Seni Barat mula mempengaruhi minda masyarakat tempatan seawal abad ke-20. Seni catan Malaysia perlulah mempunyai identiti dan nilai keistimewaan tanpa dipengruhi oleh idelogi Barat seperti aliran, nilai-nilai estetika, teori dan teknik pengkaryaan berserta pendekatan yang dgunakan dalam persembahan seni. Perkara ini harusah diambil serius kerana ia menggambarkan identiti seni rupa Malaysia. Namun demikian, minda masyarakat Malaysia telah terdedah dan dipengaruhi oleh budaya Barat secara total. Maka, sebagai rakyat Malaysia haruslah memelihara demi mengekalkan identiti seni catan tempatan. Pelukis tempatan telah meneroka dan mendalami perkebangsan seni catan antarabangsa. Maka, hasilnya peradigma pelukis tanah air diperluaskan. Menurut (Redza Piyadasa, 1981) berpendapat bahawa teknik pengkaryaan seni catan tempatan turut diberi sentuhan moden.
34 BUDAYA JEPUN
35 4.0BUDAYA JEPUN 4.1Latar Belakang Jepun merupakan sebuah negara yang terkenal dengan kekayaan budaya, pakaian, teknologi dan kecantikan pada masa kini. Namun, pernahkah seseorang memikirkan latar belakang negara Jepun? Jepun dikenali sebagai Nihon (Nippon) yang bermakna Tanah Matahri Terbit. Bukan itu sahaja, ia juga dikenali sebagai Yamato. Semasa pemerintahan Era Meiji (1868-1912). Seperti yang diketahui, pada tahun 200 SM, kebudayan Cina telah mempengaruhi negara Jepun. Oleh itu, kemasukan kebudayaan Cina telah membawa perubahan kepada masyarakat Jepun sehingga membentukkan budaya baru bernama Yayoi. Seperti yang diketahui, pencampuran budaya bukanlah merupakan perkara yang luar biasa dalam tamadun Jepun kerana terdapat penerimaan pengaruh luar seperti Siberia serta kepulauan Pasifik Selatan. Pengaruh luar telah menghasilkan ciri-ciri Jepun yang unik kerana idea-idea baharu yang bersala dari luar tidak menggantikan tradisi lama (Abu Talib Ahmad. (2005). Budaya Jepun, Latar Belakang Dan Asas Tamadun Jepun, ms 70, 71) 4.2 Kesenian & Kebudayaan Jepun Elemen budaya mempengaruhi sejarah yang panjang serta dipengaruhi oleh unsur-unsur tertentu. Warisan budaya Jepun terdiri daripada permaidani menawan yang ditenun berdasarkan tradisi dan estetika, muzik tradisional Jepun dan seni tarian yang anggun. Jepun juga mengamalkan gabungan harmoni adat resam sehingga menimbulkan landskap budaya yang mengandungi tentang jiwa negara. Warisan berfungsi sebagai memelihara ritual berserta nilai kebudayaan supaya berkekalan. Budaya Jepun merangkumi aspek-aspek seperti seni kaligrafi, sastera, cha-no-yu serta pelbagai aliran gubahan bunga juga mempengaruhi budaya mereka. Orang Jepun memepercayai bahawa seni mempunyai kaitan dengan realiti kehidupan mereka. Jepun mempunyai banyak budaya. Ia dimulakan dengan Budaya Aristokrat. Budaya ini dikaitkan dengan zaman Heian dan memberi kesan
36 kepada ratusan tahun sebelum ini kerana bentuk budaya ini juga terdapat pada zaman Nara. Misalnyam Pada zaman Nara, seni dan budaya berkait rapat dengan seni bina biara. Dari aspek kesusasteraan pula, budaya ini mempunyai karya seperti cerita nikki (diari), cerita berbentuk monogatari (cerita separuh sejarah), dan puisi berbentuk waka. Terdapat arca Buddha daripada kayu dan tembaga. Tidak lupa juga kepada lakaran dan lukisan yang telah dipengaruhi oleh seni dari budaya China. (Abu Talib Ahmad. (2005). Budaya Jepun, Abad Kelapan Hingga abad ke20, ms 215, 216). Kedua, Budaya bushi. Ia menegaskan keegoan seorang lelaki, kesetiaan mereka terhadap perasaan bangga dengan jalur keturunan serta kehandalan mereka dalam perjuangan. Oleh yang demikian, Zaman Bushi bercirikan ”tenaga kelelakian” berbanding dengan budaya yang melibatkan kelembutan wanita. Dalam bidang catan pada budaya ini menyaksikan minat yang bharu terhadap seni catan yang bernama lukisan Yamato. Lukisan ini menggambarkan imej seperti bulan, musim dan lukisan tempat terkenal berasaskan imaginasi pelukis. Lukisan Yamato menghiasi lipatan skrin dan pintu lungsur. Budaya bushi yang dipengaruhi dengan Zen. Di mana, berlaku pertumbuhan budaya sekular yang serupa dengan cha-no-yu. Selain itu, terdapat seni catan dalam aliran Kano. Aliran ini mempunyai kaitan dengan penggunaan warna monokrom. Kemudian, salah seorang seniman pada zaman Muromachi awal, yang dikenali sebagai Sesshu. Menurut pernyataan Lorraine Kuck, beliau menggunakan berus lembut dan berdakwat hitam atas kertas putih yang cepat meresap ataupun kertas sutera (Abu Talib Ahmad. (2005). Budaya Jepun, Abad Kelapan Hingga Abad ke-20, ms 227,228). Ketiga, Budaya Chonin. Budaya ini mempunyai pelbagai kesenian. Misalnya, catan, cetakan blok kayu dan kesusasteraan. Kehidupan budaya Chonin juga berkaitan dengan cetakan blok kayu atau ukiyo-e. Perkataan ukiyo-e ini merujuk kepada aliran catan. Namun, ia merujuk kepada cetakan kayu blok. (Abu Talib Ahmad. (2005). Budaya Jepun, Abad Kelapan Hingga ke-20, ms 242)
37 4.3Falsafah Jepun Ikigai bermakna Tujuan Untuk Hidup. Di mana, Iki bermakna untuk hidup manakala Gai bermakna Tujuan. Ikigai berkonsepkan makna dalam kehidupan dan menyebabkan Orang Jepun percaya bahawa prinsip hidup mereka mempunyai nilai harapan yang tinggi. Perkara ini terbukti kerana Jepun merupakan negara kedua yang kedua setelah Manako kerana seseorang yang menyerapkan nilai Ikigai akan mengetahui mengapa mereka perlu bangun pagi, perlu memperjuangkan sesuatu dan memiliki harapan. Bereerti jika hidup kita tidak mengetahui Ikigai, maka hidup akan terasa sepi dan tidak bermakna. Menurut (Ken Mogi, 2018), Ikigai dalam budaya Jepun mempunyai banyak kaitan dengan keharmonian dengan alam sekitar, dengan orang di sekeliling kita dan dengan masyarakat secara keseluruhan, tanpanya kemampanan adalah mustahil.
38 BUDAYA BARAT
39 5.0BUDAYA BARAT 5.1 Latar Belakang Budaya Barat bermula dengan Tamadun Yunani Klasik yang merupakan tamadun terawal dan digelar sebagai tamadun terawal yang memisahkan sains daripada agama dan institusia kemasyarakatan. Tamadun Yunani merupkan sebuah objek yang jelas untuk megetahui peradaban Barat. Kebudayaan Tamadun Yunani membentuk kebudayaan Graeco-Roman. Kemudian, terdapat pula pengaruh falsafah ketuhanan Aristotle dalam Tamadun Yunani Klasik. Antaranya, Falsafah Tuhan yang dikenali sebagai prime mover dan menjadikan hidupan manusia yang terpisah dengan elemen spritual mahupun keagamaan. Malah, budaya Tamadun Yunani ini mendasarkan nilai yang berteraskan kepada akal fikiran. Erti kata lain, tidak bersepadu antara agama dengan fikiran dan sistem kehidupan kerana Tamadun Yunani klasik diselaraskan berdasarkan perkembangan tahap pemikiran falsafah mereka. Pada akhir Abad Pertengahan, evolusi pemikiran Barat mempengaruhi Zaman Pembaharuan mereka. Bermula dari Zaman Rennaisance dan bergerak mengikut aliran seterusnya, seperti Rococo, Baroque dan sebagainya dan telah menghasilkan karya seni catan berdasarkan pergerakan-pergerakan ini. 5.2 Kesenian & Kebudayaan Perkataan seni berasal dari Latin yang didefinisikan ebagai ”kemahiran atau kaedah”. Walaupun begitu, manusia boleh mencipta produk sendiri mengikut kebolehan sendiri menggunakan tangan mereka. Budaya Barat tidak jauh beza dengan Tamadun Barat, Tamadun Yunani atau Tamadun Eropah. Ia merujuk kepada budaya yang berasal dari Eropah itu sendiri. Perkataan ”budaya Barat” ini begitu umum dan ia merujuk kepada warisan soial, nilai etika, kepercayaan agama, sistem politik dan artifak budaya. Secara harfiahnya, budaya Barat ini boleh dikatakan sebagai pengaruh kepada budaya Yunani-Romazi Klasik dan Zaman Renaisans.
40 Karya-karya yang dihasilkan begitu banyak dan menunjukkan bahawa Zaman Yunani Klasik mementingkan aspek lahiriah berbanding aspek batiniah. Tamadun Yunani Klasik berasaskan fizikal badan manusia sendiri kerana mereka menganggap bahawa tubuh badan manusia merupakan sumber kesenian yang utama. 5.3Falsafah Barat – Tamadun Yunani Klasik Merujuk kepada falsafah Tamadun Yunani Klasik ini merujuk kepada masyarakat sempurna terjadi apabila berlaku dengan kebijaksanaan akal rasional. Penggunaan akal rasional wujud dan memerlukan kebebasan tanpa diadun dengan unsur-unsur seperti keagamaan. Apabila budaya Barat dikaitkan dengan falsafah mereka, secara khususnya ia merujuk kepada gabungan dari aspek kesenian, falsafahm kesusasteraan, tema undang-undang, tradisi dan warisan budaya dari kumpulan Romanik, Slavik dan Jermanik yang dikembangkan oleh falsafah Helesnistik, Humanisme dan revolusi saintik.
41 1. PERBANDINGAN KARYA ANTARA BUDAYA INDIA DAN BUDAYA CHINA GAMBAR PEMANDANGAN – BUDAYA CINA KRISHNA AND RADHA & KEDARA RAGINI – BUDAYA INDIA PERBEZAAN ANTARA CATAN CATAN CINA CATAN INDIA Catan Cina lebih gemar menggunakan lukisan landskap bagi imej yang menunjukkan pemandangan alam sekitar gunungganang, batu-batuan, rumah-rumah kerana ia menunjukkan kepercayaan mereka bahawa manusia juga sebahagian daripada alam dengan berasaskan interpretasi falsafah Cina ke atas catan. Berbeza dengan karya seni India yang menceritakan perihal, aktiviti yang dilakukan oleh masyarakatnya sendiri dalam karya itu. Seni India mempunyai gambaran berkaitan dengan watak keagamaan dan Hinduisme. Seringkali menunjukkan imej dalam bentuk mitologi, manusia, haiwan berserta perhiasan yang rumit dan terperinci. Berdasarkan cara catan Cina ini dilukis, pelukis melukis catan ini dengan mengembara ke seluruh pelosok alam sabil menghayati Catan India di atas menunjukkan ruang rata kerana tidak menunjukkan kedudukan kedalaman. Ia mempunyai ciri yang
42 dan merakamkan alam dengan kejujuran dan seikhlas hati. bersifat mendatar dan dan tidak mempunyai ruang perspektif. Terdapat unsur-unsur yang mewakili alam sekitar seperti gunung -Shan, cakerawala -ch’i dan bentuk -hsing. Tiga elemen ini lazimnya didapati pada catan Cina. Catan India tersebut juga terdapat penggunaan warna panas seperti warna jingga, merah menunjukkan karya ini tidak menggunakan banyak ton. Catan Cina juga menggunakan sapuan berus yang sepenuhnya seperti penggunaan berus buluh yang dicelupkan dalam dakwat Cina yang dicampur Bersama air, serta kecerahan warna dakwat yang selaras mengikut cita rasa pelukis. Motif catan india lebih kepada unsur keagamaan. Hal ini bermakna, terdapat penggunaan imej lelaki berkulit biru menunjukkan ia dewa yang sedang berkomunikasi bersama wanita-wani Tidak lupa juga, catan Cina juga menitik beratkan penelitian yang terperinci dalam catan sehingga menimbulkan kehalusan pada karya ini. Catan India tidak meniru alam secara realisme namun ia lebih bersifat tradisional kaum. Misalnya, penggambaran aktiviti yang dilakukan seharian. Karya ini menunjukkan bahawa ia mempunyai imbangan yang simetri kerana lukisan pemandangan ini tidak menunjukkan berat sebelah antara gunung dari kiri dan gunung dari kanan. Catan India menggunkan pelbagai garisan untuk membentuk figura hal benda seperti manusia. Contohnya, garisan lurus , garisan melengkung, serta penggunaan garisan untuk membentuk abjad Bahasa Sanskrit. Kelihatan gunung yang berada di belakang tersebut kontra kerana apabila penonton melihat karya ini pada pertama kalinya, anak mata mereka automatik bergerak ke arah gunung tersebut. Sangat mudah untuk mengenali bahawa karya tersebut merupakan karya budaya India. Hal ini terjadi, kerana terdapat penggunaan motif-motif keagamaan seperti dewa serta kod pakaian wanita India iaitu Saree. Terdapat penggunaan Bahasa Sanskrit dalam karya ini. Karya catan Cina ini tidak meniru unsur-unsur realisme kerana Karya India tidak berasaskan alam semesta seperti Catan Cina
43 setiap objek yang dipaparkan pada karya ini mempunyai makna yang tersirat. Jelas apabila pelukis menulis puisi dalam aksara Cina. Oleh itu, ia mempunyai makna yang tersirat dalam kesusasteraan. kerana karya India berteraskan agama mereka serta aspek ketuhanan dewa. Catan Cina berteraskan puisi kesusasteraan dan falsafah Konfusiunisme yang mempengaruhi mereka untuk mencipta karya yang berasaskan gunung-ganang dan rumahrumah. Warna yang digunakan oleh catan ini lebih kepada penggunaan warna nada bumi. Dalam Bahasa Inggeris lebih mesra dikenali sebagai earth tone. Ini terjadi kerana penggunaan warna pada karya ini terdapat penggunaan warna gelap yang mengikut kecerahan tersendiri yang mengandungi sedikit coklat. Akhir sekali, karya India merujuk kepada budaya masyarakat orang India serta penyampaian nilai melalui estetika dan mempunyai kaitan dengan aspek ketuhanan.
44 1. PERBANDINGAN KARYA ANTARA BUDAYA ISLAM DAN BUDAYA CINA BUDAYA CINA BUDAYA ISLAM Seni kaligrafi Islam dan Seni Kaligrafi Cina dikategorikan sebagai hasil seni yang mengandungi ekspresi jiwa yang membentuk anatomi yang seimbang dengan idea berdasarkan kreativiti dengan kreasi masing-masing di atas kertas mahupun kanvas. Pengertian Seni Kaligrafi Cina dan Seni Kaligrafi Islam mempunyai makna yang sama dari aspek etimologi serta seni kaligrafi Islam dan seni kaligrafi Cina Menurut Kamus Dewan, edisi keempat, 1989: 1169), mengatakan bahawa seni ditakrifkan sebagai halus, tipis dan damai. Maka, seni merupakan aktiviti yang berkaitan dengan keindahan dan kehalusan. Salah satu karya seni yang dihasilkan oleh budaya Cina ialah keunikan karya seni kaligrafi mereka kerana ia menggambarkan keindahan budaya Cina dalam pelbagai gaya atau penulisan aksara Cina. Seni kaligrafi Cina boleh diekspresikan sebagai aksara melalui dua bahagian. Yang pertama, untuk makna perkataan yang hendak disampaikan. Kedua, pula adalah sebutan perkataan itu. Ideologinya, aksara Cina Mandarin mempunyai tiga suku kata atau lebih suku kata menyebabkan ia memerlukan satu huruf lagi
45 untuk menulis aksara ini. Malah, bilangan aksara Cina telah dijadikan sebagai asas huruf-huruf dalam seni kaligrafi Cina. Inspirasi bagi seni ini ialah berasaskan dengan alam semula jadi, sama seperti semua jenis seni Cina yang lain. Ia seumpama ranting pokok yang bernyawa, maka tulisan pada garisan kaligrafi Cina juga halus serta bertenaga. Seni kaligrafi Cina boleh dikesan dengan pergerakan berus serta garis tegak dan menunjukkan pergerakan tangan yang bergerak laju ketika menulis. Oleh itu, dalam kaligrafi Cina menghasilkan ’stroke’ garisan yang ditulis dengan jelas. Terdapat elemen simetri bagi bentuk konvensional kerana pada seni kaligrafi Cina tersebut mempunyai ruang yang seimbang di antara stroke serta susunan tersebut menunjukkan persamaan gerak-geri dalam tarian. Seni kaligrafi Cina dipandang tinggi dan diberi penghormatan kerana ia mengandungi keunikan tersendiri dari aspek pemupukan personaliti kerana memerlukan sensitiviti estetika dalam diri seseorang. Seringkali menjumpai inskripsi di kuil-kuil, papan tanda serta tiang bangunan. Sementara dalam budaya Islam, seni kaligrafi digabungkan dengan corak Arabesque untuk menghasilkan iluminisasi manuskrip yang mewah. Justeru, kaligrafi Arab juga sebahagian daripada budaya Islam. Kaligrafi mempunyai pelbagai bentuk, teks yang ringkas dengan manuskrip berhias tinggi yang dikelilingi oleh sempadan dan reka bentuk yang rumit. Malah, tulisan dalam kaligrafi islam juga disebut sebagai seni khat dan pernah dituturkan melalui lisan lalu berkembang menjadi seni tulisan. Malah, seni kaligrafi Islam ialah tulisan unik dan indah serta mempunyai cara tertentu dalam pembuatannya di mana tulisannya dilakar bersumberkan ayat suci Al-Quran dan Al-Hadith. Malah, terdapat juga pepatah Arab dan sebagainya dijadikan nilai kerohanian dan juga gambaran falsafah huruf dalam kreativiti pengolahan tulisan seni kaligrafi Islam yang sangat mempengaruhi pengembangan aktiviti seni yang lainnya dalam kehidupan universal umat Islam. Menurut Mohamed Anwar Omar Din (1989; 57), mengatakan bahawa penonjolan bentuk-bentuk pada seni kaligrafi Islam sering dijumpai di Alam Melayu, Antara ciri-cirinya ialah seperti yang ”pertama, apa yang dinamakan sebagai ‘ayat selapis’ iaitu ditulis secara mendatar tanpa bertindan lapis seperti lazimnya terdapat dalam tulisan biasa. Kedua, apa yang dinamakan ‘ayat berlapis’ iaitu huruf-huruf yang bertindan lapis sama ada secara mendatar atau menegak, selain daripada itu terdapat pula seni khat yang disebatikan dengan arabesque terutamanya dengan motif dan corak tumbuhan-
46 tumbuhan”. Kebiasannya, seniman Muslim seperti kaligrafer Islam selalu mengekalkan kearaban hubungan dengan pencipta serta menjaga hubungan yang baik dapat mencerminkan kaligrafi yang baik melalui ibadah. Maka, kaligrafi Islam menimbulkan jalinan tampak serta menimbulkan garisan melengkung yang mencerminkan akhlak, akidah dan syariah. Seni kaligrafi Islam sering dijumpai di bangunan-bangunan utama Islam sebagai perhiasan estetika yang menarik di Alam Melayu. Kaligrafi Islam tiada bezanya dengan kaligrafi Cina kerana ia mempunyai garisan yang halus dalam menyampaikan makna masing-masing.Selain itu, kaligrafi Islam berlandaskan Al-Quran serta berfungsi sebagai media islamisasi dan media ekspresi dalam penyebaran komunikasi kepada lingkungan masyarakat. Corak Seni Kaligrafi Cina dan corak Seni Kaligrafi Islam yang tumbuh di Alam Melayu merupakan usaha yang telah didukung oleh orang Cina dan Islam yang terdiri daripada sifat dan jenis yang tersendiri dalam mewujudkan bahasa, kesusasteraan, seni lukis dan tulisan jawi.
47 2. PERBANDINGAN KARYA ANTARA BUDAYA BARAT DAN BUDAYA MALAYSIA THE GLEANERS, JEAN-FRANCOIS MILLET, 1857- BUDAYA BARAT COCONUT PLANTATION DAWN, ABDULLAH ARIFF, 1948 - BUDAYA MALAYSIA PERBANDINGAN ANTARA CATAN PERSAMAAN ANTARA DUA KARYA Kedua-dua karya ini menunjukkan sektor ekonomi rakyat pada masa itu. Tambahan pula, kedua-dua karya ini menunjukkan lukisan landskap. Masing-masing menggambarkan pemandangan serta penceritaan aktiviti masyarakat demi kelangsungan hidup. Penggunaan warna pada kedua catan ini lebih kepada penggunaan warna nada bumi. Dalam Bahasa Inggeris lebih mesra dikenali sebagai earth tone. Misalnya, terdapat penggunaan warna gelap yang mengikut kecerahan tersendiri yang mengandungi sedikit coklat. Sedikit penggunaan
48 hijau pada rumput-rumput dan tumbuh-tumbuhan di sekeliling. PERBEZAAN DALAM KARYA BARAT Lukisan Barat menggambarkan kehidupan sebenar masyarakat pada masa itu. Misalnya, hidup kesusahan bagi golongan masyarakat bawahan. Mereka mengambil biji-bijian supaya mereka dapat membuat roti. Lukisan ini menunjukkan lebih realiti yang menggambarkan situasi masyarakat. Oleh itu, ia mengandungi aliran realisme pada karya tersebut. Apabila melihat dari aspek warna, ia menggunakan warna yang sangat pekat sehingga menimbulkan kesan jalinan kerana kelihatan kasar dan tebal. Karya ini turut mempunyai perspektif warna. Misalnya, figura wanita di ruang hadapan itu. Ia dilukis dalam keadaan jelas serta penggunaan warna yang terang dan menyebabkan ia fokus kepada figura wanita yang berada di hadapan berbanding dengan objek yang lain. PERBEZAAN DALAM KARYA MALAYSIA Berbeza dengan karya catan Malaysia. Di mana, karya Abdullah Ariff ini menggambarkan suasana waktu fajar di kawasan ladang kelapa. Terdapat garisan menegak pada imej pokok kelapa. Hal ini terjadi kerana perubahan cahaya pada ruang imej kelapakelapa itu. Bukan itu sahaja, benda-benda konkrit seperti rumahrumah kecil, pokok kelapa dan figura manusia. Karya ini mempunyai beberapa unsur seni dan prinsip rekaan.
49 Antaranya ialah, garisan lurus yang menegak, garisan melengkung, garisan bercaban. Kedua, jalinan pada permukaan kulit pokok kelapa. Contohnya, garisan tampak yang menimbulkan kesan kasar pada permukaannya. Terdapat juga pada rumpun semak-samun dan rumah-rumah. Ketiga, karya ini juga menekankan penggunan warna dan ruang. Misalnya, ruang pada catan telah dibahagikan kepada tiga bahagian. Contohnya, ruang hadapan, ruang tengah dan ruang belakang. Perkara ini menimbiam perspektif warna kerana objek yang berada di ruang hadapan jelihatan lebih jelas berbanding dengan objek yang berada di ruang tengah dan ruang belakang kerawan warnya kelihatan tidak jelas. Oleh kerana pelukis mengaplikasikan elemen ruang dan juga perspktif warna, ia telah membangkitkan susasan tenang dan aman apabila kita melihat catan ini.
50 4. PERBANDINGAN KARYA ANTARA BUDAYA CINA DAN BUDAYA JEPUN BUDAYA CHINA BUDAYA JEPUN (Fujisawa: The Yûgyô-ji Temple) PERBANDINGAN ANTARA CATAN PERSAMAAN ANTARA DUA KARYA Kedua-dua karya ini mempunyai penggunaan huruf aksara Cina kerana terdapat kesan pengaruh Cina ke atas Jepun. Kedua, karya ini merupakan karya landskap serta karya pemandangan. Selain itu, karya ini juga menggambarkan aktiviti harian hidupan masyarakat pada masa itu. PERBEZAAN DALAM KARYA CHINA Karya Cina menggunakan warna panas untuk menimbulkan kehangatan pada karya. Seperti biasa, karya Cina menampakkan elemen alam semesta kerana wujudnya imej figura flora dan fauna, serta figura manusia. Catan Cina tersebut