The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

2022 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN GURU-GURU SEMEKAR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ma Han Sin, 2023-02-11 04:29:45

2022 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN GURU-GURU SEMEKAR

2022 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN GURU-GURU SEMEKAR

Laporan Kajian Tindakan Guru-guru SEMEKAR 2022 © 2022 SMK KAMARUL ARIFFIN, JALAN TEANG 85300 LABIS JOHOR 101


Laporan Kajian Tindakan Guru-guru SEMEKAR 2022 © 2022 SMK KAMARUL ARIFFIN, JALAN TEANG 85300 LABIS JOHOR 102


Laporan Kajian Tindakan Guru-guru SEMEKAR 2022 © 2022 SMK KAMARUL ARIFFIN, JALAN TEANG 85300 LABIS JOHOR 103


Laporan Kajian Tindakan Guru-guru SEMEKAR 2022 © 2022 SMK KAMARUL ARIFFIN, JALAN TEANG 85300 LABIS JOHOR 104


Laporan Kajian Tindakan Guru-guru SEMEKAR 2022 © 2022 SMK KAMARUL ARIFFIN, JALAN TEANG 85300 LABIS JOHOR 105


Laporan Kajian Tindakan Guru-guru SEMEKAR 2022 © 2022 SMK KAMARUL ARIFFIN, JALAN TEANG 85300 LABIS JOHOR 106


Laporan Kajian Tindakan Guru-guru SEMEKAR 2022 © 2022 SMK KAMARUL ARIFFIN, JALAN TEANG 85300 LABIS JOHOR 107


Laporan Kajian Tindakan Guru-guru SEMEKAR 2022 © 2022 SMK KAMARUL ARIFFIN, JALAN TEANG 85300 LABIS JOHOR 108


Laporan Kajian Tindakan Guru-guru SEMEKAR 2022 © 2022 SMK KAMARUL ARIFFIN, JALAN TEANG 85300 LABIS JOHOR 109 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN 2022 NAMA : JESSICA CHAN LAI PENG SEKOLAH : SMK KAMARUL ARIFFIN MAKLUMAT DARIPADA BUKU REKOD MENGAJAR/e-REKOD TARIKH 14 Jun 2022 WAKTU 12:00-1:30 petang TINGKATAN 4S1 MATA PELAJARAN Biologi TAJUK Pembahagian Sel OBJEKTIF PEMBELAJARAN (SMART) Murid boleh memerihalkan fasa dalam mitosis dan meiosis. A. PEMERHATIAN • Murid-murid tidak dapat menjawab soalan kuiz secara lisan semasa pdpr • 40% pelajar mendapat markah penuh untuk soalan struktur Bahagian A Kertas 2 (latihan diberikan). B. REFLEKSI Pelajar tidak berupaya membina lukisan rajah melibatkan perlakuan kromosom pada setiap peringkat pembahagian sel dengan jelas dan tepat. Pelajar keliru dan kurang arif mentafsir maklumat tentang perlakuan kromosom yang terdapat pada setiap peringkat pembahagian sel. Pelajar kurang arif dalam jumlah kromosom pada peringkat-peringkat tertentu pembahagian sel C. PERANCANGAN Objektif 13 orang pelajar dapat mengenalpasti dan menganalisis peringkat -peringkat kromosom di dalam pembahagian sel Strategi Teknik 5M Teknik 5M Meninjau Pelajar ditunjukkan dengan video animasi peringkat-peringkat pembahagian sel. Pelajar diminta membuat pemerhatian dengan teliti tentang struktur yang berlabel pada (i) warna kromosom, (ii) bilangankromosom, dan (iii) susunan kromosom yang terdapat pada video tersebut. Guru juga meminta pelajar untuk membuat catatan peribadi disepanjang video ditayangkan. BIDANG SAINS DAN MATEMATIK


Laporan Kajian Tindakan Guru-guru SEMEKAR 2022 © 2022 SMK KAMARUL ARIFFIN, JALAN TEANG 85300 LABIS JOHOR 110 Membuat kad-kad kecil Guru mengedarkan kad manila yang telah dipotong bersaiz A6 kepada pelajar. Seterusnya, pelajar dikendaki untuk melengkapkan butiran diri dihadapan kad kecil dan dinomborkan mengikut susuan. Kad dibahagikankepada dua bahagian dalam pembahagian sel iaitu mitosis dan meiosis. Melukis dan melabel Guru kemudiannya menayangkan rajah-rajah pegun pembahagian sel sepertidi dalam video animasi yang ditayangkan sebentar tadi. Pelajar diminta untuk melukis rajah yang ditunjukkan di hadapan. Akan tetapi, label-labelpenting seperti (i) nama kromosom (ii) peringkat pembahagian, dan (iii) organel-organel penting telah dihilangkan. Melalui kaedah sumbangsaran,pelajar diminta untuk mengisi ruang kosong label dan mengisi ruangankosong di bawah kad dengan penerangan perlakuan kromosom. Ketikaini, catatan peribadi yang dilakukan oleh pelajar adalah penting. Menganalisis Langkah yang seterusnya ialah pelajar dikehendaki membuat hubungkaitdan menganalisis rajah-rajah yang mereka lukis di atas kad-kad kecil. Pemerhatian yang teliti perlu diberikan terhadap rajah untuk mendapatkan maklumat yang dapat membantu mereka menjawab soalan kelak. Untuk mengenalpasti kehendak dan menjawab soalan,pelajar perlu mahir dengan sesuatu rajah serta dapat menjana idea-idea yang berkaitan dengan rajah tersebut. Mengingat dan mengulang Proses mengingat melibatkan penyusunan konsep dan fakta ke dalam satu sistem yang teratur dan mudah supaya pelajar dapat memanggil semula maklumat dengan mudah, tepat dan cepat. Rajah yang dibina tadi diteliti berulang kali dan disediakan dalam bentuk mudah bawa serta mudah guna iaitu rajah yang dibina pada kad-kad kecil dengan menggunakan warna yang pelbagai untuk merangsang minda dan minat. .Proses mengulang sebanyak 3 kali pula dilakukan bersama dengan pelajar. D. TINDAKAN Murid yang terlibat 13 orang murid 4S1 Tarikh 28 Jun 2021 12:00-1:30pm Aktiviti Teknik 5M


Laporan Kajian Tindakan Guru-guru SEMEKAR 2022 © 2022 SMK KAMARUL ARIFFIN, JALAN TEANG 85300 LABIS JOHOR 111 Cara pelaksanaan Murid- murid diperuntukkan 30 minit untuk menjawab 1 soalan struktur (7 markah) dan satu soalan esei (10 markah). Teknik 5M dijalankan. Murid-murid melakukan aktiviti mengikuti prosedur diberikan. Sesi soal jawab selepas aktiviti dilakukan. Soalan struktur dan esei yang sama diberikan. E. PEMERHATIAN SEMULA Calon Markah Ujian Pra Markah Ujian Pos A 10 15 B 5 16 C 7 15 D 9 14 E 11 16 F 8 15 G 6 14 H 7 14 I 5 10 J 6 10 K 10 14 L 11 15 M 9 16 F.REFLEKSI SEMULA 13/13 murid memperoleh 10 markah dan ke atas. Cara ini dapat membimbing murid yang kurang faham tentang pembahagian sel.


Laporan Kajian Tindakan Guru-guru SEMEKAR 2022 © 2022 SMK KAMARUL ARIFFIN, JALAN TEANG 85300 LABIS JOHOR 112 3.5 BIMBINGAN DAN KAUNSELING GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING CIKGU HJ SAUDI BIN MOAHAMED TAMSER ~ MENINGKATKAN KEHADIRAN PELAJAR KE SEKOLAH (m/s 111)


Laporan Kajian Tindakan Guru-guru SEMEKAR 2022 © 2022 SMK KAMARUL ARIFFIN, JALAN TEANG 85300 LABIS JOHOR 113 NAMA : TN HJ MOHD SAUDI BIN MOHAMED TAMSER SEKOLAH : SMK KAMARUL ARIFFIN, LABIS, SEGAMAT, JOHOR BIDANG : BIMBINGAN DAN KAUNSELING TAJUK : MENINGKATKAN KEHADIRAN PELAJAR KESEKOLAH BAHAGIAN A (MAKLUMAT DARIPADA E- REKOD ) TARIKH 12-16 Jun 2022 WAKTU 7,30 hingga 8.30 Pagi TINGKATAN 5s3 5s2 4s2 3s2 dan 2s2 BIDANG Pembangunan sahsiah Diri Pelajar OBJEKTIF 1.Meningkatkan kehadiran pelajar kesekolah 2.Mengetahui punca sebenar kenapa tidak hadir 3.Adakan intervensi yang sesuai untuk pelajar REFLEKSI Ada kesedaran dikalangan pelajar dan ibubapa pentingnya pendidikan demi masa depan mereka BAHAGIAN B (PELAKSANAAN TINDAKAN YANG DILAKUKAN) LANGKAH 1 1. Melaksanakan program cakna ziarah.Selepas kenalpasti permasalahan pelajar dan keluarga LANGKAH 2 1. Mengadakan program Mento Menti bagi pelajar yang berkaitan. LANGKAH 3 1. Guru bimbingan Dan kaunseling adakan Sessi Kaaunseling Individu dan kelompok pada yang terlibat. LANGKAH 4 1. Akan adakan pertemuan dengan ibubapa dengan pihak Pengurusan sekolah yang akan disertai oleh PIBG bagi pelajar yang didapati masih tiada perubahan. BAHAGIAN C (HASIL PELAKSANAAN) 1. Kehadiran ibubapa dapat merungkai segala pemasalahan. 2. Sikap kebertangungjawab ibubapa adalah perlu dalam isu menangani ketidakhadiran pelajar.. 3. Borang berhenti sukerela dan boring akujanji disediakan. DISEDIAKAN OLEH TN HJ MOHD SAUDI BIN MOHAMAD TAMSER KAUNSELOR PELAJAR 30 JUN 2022.


Laporan Kajian Tindakan Guru-guru SEMEKAR 2022 © 2022 SMK KAMARUL ARIFFIN, JALAN TEANG 85300 LABIS JOHOR 114 Senarai Pelajar dikenalpasti: 1. Mohd Akmal bin Abu Bakar 5s2 No 25 F.Tenang 2. Raifuddin Bin Mohamed 5s3 No 22 Jln Keliling Felda Tenang 3. Mohd Haziq Fitri Mohd Nor 4s3 No 178 Jln Kolam Air F.Tenang 4. Muhamad Firdaus Bin Abdullah 3s1 Lot 107 Jln Pertanian Kg Tenang 5. Muhamad Qaid Bin Iskandar Zulkarnani 3s2 No 356 F.Tenanag 6. Muzzafar Shah Mohd Nezri Sataria 3s2 No 90A Jln Sawah Baru Pekan 7. Nurul Hanis balqis Mohd Nazri Sataria 2s2 Air Panas /Adik Beradik Maklumbalas permasalahan dikenalpasti 1, Sikap ibubapa tidak mementingkan pendidikan anak 2, Sikap pelajar sendiri 3,Sesio ekonomi keluarga 4, Faktor pengangkutan 5. Faktor Persekitaran.


Laporan Kajian Tindakan Guru-guru SEMEKAR 2022 © 2022 SMK KAMARUL ARIFFIN, JALAN TEANG 85300 LABIS JOHOR 115 4.0 CONTOH LAPORAN LENGKAP KAJIAN TINDAKAN CIKGU MA HAN SIN TAJUK KAJIAN TINDAKAN: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGUASAI UJIAN PENGESAHAN BAGI KATION MELALUI KAEDAH K4✓ (K4TICKs) PENGKAJI: CIKGU MA HAN SIN SMK KAMARUL ARIFFIN JALAN TENANG 85300 LABIS JOHOR 2021 [email protected]


Laporan Kajian Tindakan Guru-guru SEMEKAR 2022 © 2022 SMK KAMARUL ARIFFIN, JALAN TEANG 85300 LABIS JOHOR 116 1.0 TAJUK KAJIAN TINDAKAN “Meningkatan kemahiran pelajar menguasai Ujian Pengesahan Kation melaui kaedah K4✓ (K4Ticks)”


Laporan Kajian Tindakan Guru-guru SEMEKAR 2022 © 2022 SMK KAMARUL ARIFFIN, JALAN TEANG 85300 LABIS JOHOR 117 2.0 PENGHARGAAN Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar 5S1 tahun 2019, tahun 2020 dan tahun 2021, serta semua pihak yang menolong saya secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan kajian tindakan saya.


Laporan Kajian Tindakan Guru-guru SEMEKAR 2022 © 2022 SMK KAMARUL ARIFFIN, JALAN TEANG 85300 LABIS JOHOR 118 3.0 ABSTRAK Kaedah K4✓ (K4Ticks) merupakan satu kaedah yang dicipta khas oleh penggaji untuk membantu pelajar meningkat kemahiran mereka untuk menguasi ujian pengesahan kation dalam sillabus Kimia Tingkatan 4 Bab 6. Kaedah ini menukarkan maklumat yang kompleks kepada gambar atau simbol yang ringkas. Selain itu, kaedah ini juga dicipta mengikut perkembangan kognitif pelajar. Daripada pemerhatian dalam pdpr dan analisis keputusan pre test yang telah dijalankan, pelajar menunjukkan tahap yang rendah tentang penguasai ujian pengesahan kation. Pengkaji menjalankan kaedah K4✓ dalam pdpr bersama dengan 16 orang pelajar mengikut 5 fasa yang telah ditetapkan. Kajian tindakan ini tidak perlukan kos. Hasil analisis keputusan Post Test I dan II menunjukkan terdapat peningkatan ketara di kalangan pelajar tentang penguasaan ujian pengesahan kation. Daripada permehatian dan perbualan dengan 16 orang pelajar, mereka memberi respon yang sangat positif tentang penggunakan kaedah K4✓ ini. Kesimpulannya, kaedah K4✓ dapat membantu pelajar dan meningkatkan kemahiran mereka dalam penguasaan ujian pengesahan kation.


Laporan Kajian Tindakan Guru-guru SEMEKAR 2022 © 2022 SMK KAMARUL ARIFFIN, JALAN TEANG 85300 LABIS JOHOR 119 4.0 DEMOGRAFI / PROFIL SEKOLAH / PELAJAR SMK Kamarul Ariffin terletak di daerah Segamat. Ia terletak kira-kira 30 km dari pusat Segamat. Sekolah ini mempunyai 9 buah bangunan, 21 buah bilik darjah, 3 buah makmal sains teras, 3 buah makmal sains tulen dan terdapat 12 buah bilik-bilik khas. Sekolah ini mempunyai 32 orang guru dan 362 orangm pelajar. Majoriti pelajar adalah dari kalangan felda dan kampung.


Laporan Kajian Tindakan Guru-guru SEMEKAR 2022 © 2022 SMK KAMARUL ARIFFIN, JALAN TEANG 85300 LABIS JOHOR 120 5.0 PEMERHATIAN / ISU KEPRIHATINAN Pengkaji telah menjalankan pdpr tentang topik ujian pengesahan Kation pada 17 Mac 2021. Berikut merupakan rancangan pengajaran harian pada kelas itu. MAKLUMAT DARIPADA BUKU REKOD MENGAJAR/e-REKOD TARIKH 17 Mac 2021 (Rabu) WAKTU 0730 - 0900 (Blok Masa 1, 2 dan 3) TINGKATAN 5S1 MATA PELAJARAN Kimia TAJUK Bab 6.0 Asid, Bes dan Garam (Ulangkaji Tingkatan 4) OBJEKTIF PEMBELAJARAN (SMART) Pelajar boleh : 1 mengenalpasti 2 larutan yang digunakan untuk menjalankan ujian pengesahan kation 2 menyatakan langkah untuk menjalankan ujian pengesahan bagi sekurang-kurangnya 2 kation 3 menyatakan 2 pemerhatian dari ujian pengesahan kation 4 mengenalpasti sekurang-kurangnya 2 hasil kation daripada hasil ujian pengesahan kation Sebelum pelaksanaan kajian tindakan ini, pengkaji mengajar pelajar tentang subtopik pada tahun lepas (2020). Dengan keadaan pkp yang panjang pada tahun 2020, pengkaji tidak dapat menerangkan semua topik dengan masa yang cukup. Pada 14 Mac 2022, semasa pengkaji buat ulangkaji subtopik ini (ujian pengesahan kation) bersama pelajar ini secara online. Pengkaji menyediakan beberapa soalan di google form. Pelajar perlu menjawab selepas kelas pdpr tersebut. Daripada analisis keputusan dari google form, pengkaji mendapati bahawa 16/16 pelajar tidak dapat menguasai subtopik ini dengan baik.


Laporan Kajian Tindakan Guru-guru SEMEKAR 2022 © 2022 SMK KAMARUL ARIFFIN, JALAN TEANG 85300 LABIS JOHOR 121 6.0 REFLEKSI TERHADAP ISU KEPRIHATINAN Berdasarkan keputusan dari google form, pengkaji mendapati bahawa pelajar tiada cara yang betul untuk membantu mereka memahami dan menghafal ujian pengesahan kation dengan senang. Dalam buku teks, subtopik mempunyai nota dan maklumat yang banyak. Tambahan pulak buku teks mewakilkan maklumat tersebut dalam carta alir. Gambar rajah berikut adalah maklumat subtopik ujian pengesahan kation dalam buku teks Kimia KSSM Tingkatan 4. Carta alir Ujian Pengesahan Kation dalam Buku Teks Pelajar memang sukar untuk memahami subtopik ini melalui carta alir yang dipaparkan dalam buku teks, apatah lagi untuk menghafal maklumat tersebut. Pengkaji pernah menyediakan dan menerangkan subtopik ini dalam bentuk tulisan dan gambarajah yang disenaraikan dalam jadual dalam bentuk nota ringkas. Pelajar masih tidak dapat memahami dan menghafal maklumat yang penting bagi Ujian Pengesahan Kation tersebut. Gambar rajah berikut merupakan nota ringkas pengkaji tentang Ujian Pengesahan Kation.


Laporan Kajian Tindakan Guru-guru SEMEKAR 2022 © 2022 SMK KAMARUL ARIFFIN, JALAN TEANG 85300 LABIS JOHOR 122 Nota Ringkas: Ujian Pengesahan Kation (Dari pengkaji) Berdasarkan pemerhatian dan masalah di atas, pengkaji menghasilkan satu kaedah yang mudah untuk pelajar memahami dan menghafal maklumat tentang Ujian Pengsahan Kation yang dinamakan sebagai “K4✓” (K4Ticks).


Laporan Kajian Tindakan Guru-guru SEMEKAR 2022 © 2022 SMK KAMARUL ARIFFIN, JALAN TEANG 85300 LABIS JOHOR 123 7.0 PERANCANGAN INTERVENSI / TINDAKAN YANG DILAKSANAKAN Satu kajian tindakan yang bertajuk “Meningkatan kemahiran pelajar menguasai Ujian Pengesahan Kation melaui kaedah K4✓ (K4Ticks)” dirancang dan dijalankan oleh pengakaji. Kajian tindakan ini melibatkan sasaran kajian iaitu 16 orang pelajar 5S1 (Tahun 2021). Tujuan kajian tindakan ini dijalankan ialah untuk meningkatkan kemahiran menguasai ujian pengesahan kation bagi 16 orang pelajar 5S1 Pengkaji akan menerangkan kaedah K4✓ (K4Ticks) kepada para pelajar mengikut 5 fasa mengikut perkembangan kognitif pelajar. Fasa 1: Menerangkan maklumat dan pemerhatian Ujian Pengesahan Kation dalam bentuk jadual Fasa 2: Menerangkan maklumat dan pemerhatian Ujian Pengesahan Kation dalam bentuk K4✓ (K4Ticks) Fasa 3: Menerangkan cara menukarkan maklumat dalam jadual kepada gambar rajah K4✓ (K4Ticks) Fasa 4: Menguji kefahaman pelajar tentang K4✓ (K4Ticks) dalam bentuk jadual Fasa 5: Menguji kefahaman pelajar tentang Ujian Pengesahan Kation melalui kaedah K4✓ (K4Ticks) terhadap soalan objektif format SPM. Satu kaedah K4✓ (K4Ticks) dicipta dan dirancang. Satu jadual khas dan penerangan khas yang dicipta dan disediakan oleh pengkaji.


Laporan Kajian Tindakan Guru-guru SEMEKAR 2022 © 2022 SMK KAMARUL ARIFFIN, JALAN TEANG 85300 LABIS JOHOR 124 8.0 PELAKSANAAN INTERVENSI / TINDAKAN YANG DILAKSANAKAN Pengkaji menjalankan K4Ticks ini pada 14 April 2021. 16 orang pelajar 5S1 2021 ada kelas. Berikut merupakan maklumat hari kajian tindakan dilaksana: Tarikh : 14 April 2021 (Khamis) Masa : 1330 – 1430 (Blok masa 13 dan 14) Pengkaji akan menerangkan penggunakan K4Ticks ini kepada pelajar mengikut 5 fasa yang ditetapkan mengikut perkembangan kognitif pelajar. Fasa 1: Pada fasa I, pengkaji menerangkan ujian pengesahan kation dalam bentuk jadual kepada semua pelajar 5S1. Jadual berikut merupakan contoh bahan yang digunakan untuk menerangkan kepada semua pelajar. Kation Ion magnesium, Mg2+ Ion zink, Zn2+ Ion plumbum (II), Pb2+ Ion aluminium, Al3+ Larutan Natrium hidroksi da, NaOH Ammon ia, NH3 Natrium hidroksi da, NaOH Ammon ia, NH3 Natrium hidroksi da, NaOH Ammon ia, NH3 Natrium hidroksi da, NaOH Ammon ia, NH3 Sedikit (beberap a titis) Mendak an putih Mendak an putih Mendak an putih Mendak an putih Mendak an putih Mendak an putih Mendak an putih Mendak an putih Berlebih an (2/3 penuh) Tidak larut Tidak larut Larut Larut Tidak larut Larut Tidak larut Larut Pengkaji minta semua pelajar mengingat 2 perkara: i) kuantiti yang digunakan - Sedikit (beberapa titis) di bahagian atas - Berlebihan (2/3 penuh) di bahagian bawah ii) Larutan yang digunakan - Larutan natirum hidroksida, NaOH di bahagian kiri - Larutan ammonia, NH3 di bahagian kanan Fasa 2: Pada Fasa 2, pengkaji akan menerangkan cara menukarkan maklumat dalam bentuk jadual kepada bentuk gambar. Pengkaji meminta semua pelajar meningat 2 maklumat: i) Mendakan putih - ✓ ii) Larut - ✓ iii) Tidak larut –


Laporan Kajian Tindakan Guru-guru SEMEKAR 2022 © 2022 SMK KAMARUL ARIFFIN, JALAN TEANG 85300 LABIS JOHOR 125 Seterusnya, pengkaji akan bagi jadual bentuk kedua untuk semua pelajar. Mendakan putih tidak larut dalam NaOH dan NH3 berlebihan. Mg2+ Mendakan putih larut dalam NaOH berlebihan tetapi tidak larut dalam NH3 berlebihan. Mendakan kuning PbI2 terbentuk dalam KI. Pb2+ Mendakan putih larut dalam NaOH berlebihan tetapi tidak larut dalam NH3 berlebihan. Al3+ Mendakan putih larut dalam NaOH dan NH3 berlebihan. Zn2+ Pengkaji minta pelajar baca dan fahamkan kegunaan tanda ticks (✓) dalam jadual tersebut. Fasa 3: Pada Fasa 3, pengkaji menerangkan Kaedah K4✓ kepada semua pelajar 5S1. Mg2+ = 2✓ Pb2+ = 3✓ Al3+ = 3✓ Zn2+ = 4✓ Pengkaji akan minta semua pelajar cuba melukis simbo kation dengan 4 ticks yang mengelilingnya.


Laporan Kajian Tindakan Guru-guru SEMEKAR 2022 © 2022 SMK KAMARUL ARIFFIN, JALAN TEANG 85300 LABIS JOHOR 126 Fasa 4: Pada Fasa 4, pengkaji meminta semua pelajar cuba menggunakan kaedah K4✓ untuk menghafal ujian pengesahan kation. Pengkaji minta pelajar cuba melengkapkan jadual berikut: Bil Penerangan K4✓ Kation yang mungkin 1 Mendakan putih dan larut dalam larutan natrium hidrosikda berlebihan. 2 Mendakan putih tetapi tidak larut dalam larutan ammonia berlebihan. 3 Mendakan putih larut dalam larutan natrium hidrosida berlebihan tetapi tidak larut dalam larutan ammonia berlebihan. Pengkaji akan minta pelajar semak dan bincang bersama kawan mereka. Akhir sekali baru disemak oleh pengkaji sendiri. Fasa 5: Pada Fasa 5, Pengkaji menjalankan post test kepada semua pelajar 5S1. Soalan Post Test adalah dibina dalam Google Form.


Laporan Kajian Tindakan Guru-guru SEMEKAR 2022 © 2022 SMK KAMARUL ARIFFIN, JALAN TEANG 85300 LABIS JOHOR 127 9.0 DAPATAN HASIL KAJIAN Analisis dari Pre Test: 14 April 2021, 16/16 pelajar 5S1 terlibat Analisis dari Post Test I: 14/16 pelajar terlibat Analsis dari Post Test II: 8/16 pelajar terlibat


Laporan Kajian Tindakan Guru-guru SEMEKAR 2022 © 2022 SMK KAMARUL ARIFFIN, JALAN TEANG 85300 LABIS JOHOR 128 Keputusan Pelajar bagi Pre Test, Post Test I dan Post Test II: Bil Nama Pelajar Markah Pre Test Markah Post Test (I) Markah Post Test (II) Perbezaan markah 1 ER JIA YIN 2 6 8 10 Meningkat 2 HARRESH A/L RAMESH KUMAR 2 6 4 10 Meningkat 3 KHOO ZONG HAO 2 6 Tidak menjawab 4 LEE BOON KIAT 1 6 7 10 Meningkat 5 LEE PEI SAN 2 6 7 10 9 10 Meningkat 6 LEE QI YU 1 6 3 10 8 10 Meningkat 7 MUHAMMAD FAKHRUL RAZZI BIN MD NOOR 2 6 5 10 9 10 Meningkat 8 MUHAMMAD SYAHID BIN ROSLAN 1 6 7 10 6 10 Meningkat 9 ONG SONG WEI 1 6 7 10 Meningkat 10 ROSMALIA BINTI IBRAHIM 1 6 6 10 7 10 Meningkat 11 SOH CHEE WEI 3 6 8 10 Meningkat 12 TAN LEE LING 1 6 Tidak menjawab 13 TAN QIAN YIN 2 6 9 10 9 10 Meningkat 14 TEO JING YU 2 6 7 10 Meningkat 15 WINSON TEO 1 6 9 10 10 10 Meningkat 16 WONG YE SHIOW 4 6 9 10 9 10 Meningkat Analisis: Dalam Pre Test terdapat 6 soalan objektif. Setiap soalan memperuntukan 1 mata. Dari keputusan pre test, didapati bahawa 16 orang pelajar telah menjawab kesemua 6 soalan dan hanya mendapat purata 1.75 / 6 mata. Ini menunjukkan tahap penguasaan pengesahan ujian kation adalah sangat lemah. Dalam Post Test I terdapat 10 soalan objektif. Setiap soalan memperuntukan 1 mata. Terdapat 14 orang pelajar telah menjawab soalan Post Test I dalam google form yang disediakan. Purata mata meningkat ke 6.86 / 10 mata.


Laporan Kajian Tindakan Guru-guru SEMEKAR 2022 © 2022 SMK KAMARUL ARIFFIN, JALAN TEANG 85300 LABIS JOHOR 129 Ini menunjukkan terdapat peningkatan yang ketara di kalangan pelajar 5S1. Dalam Post Test II terdapat 10 soalan objektif yang sama di Post Test I tetapi urutan soalan dan urutan jawapan adalaah berbeza. Setiap soalan memperuntukan 1 mata. Terdapat 8/16 orang pelajar telah menjawab soalan Post Test II dalam google form yang disediakan. Purata mata meningkat lagi ke 8.38 / 10 mata. Ini juga menunjukkan terdapat peningkatan yang ketara di kalangan pelajar 5S1. 10.0 REFLEKSI Berdasarkan keputusan yang direkodkan, pengkaji sangat berpuas hati dengan peningkatan yang sangat ketara bagi sebahagian besar pelajar 5S1. Hasil daripada perbualan dan pemerhatian dari pelajar 5S1, mereka memberi respon yang sangat positif terhadap kaedah K4✓ (K4Ticks). Mereka mengatakan bahawa kaedah ini memang dapat membantu mereka menghafal maklumat Ujian Pengesahan Kation dengan sangat senang. Setelah mereka cuba mengaplikasikan kaedah K4✓ (K4Ticks) dalam soalan objektif format SPM, mereka menunjukkan keyakinan yang tinggi untuk menjawab soalan dengan cepat dan tepat. Dari respon yang diberi oleh semua pelajar 5S1 dari segi data ujian dan juga perbualan, pengkaji yakin bahawa kaedah K4✓ (K4Ticks) ini telah berjaya membantu pelajar dan meningkatkan kemahiran mereka dalam menguasasi subtopik Ujian Pengsahan Kation. Ini juga menunjukkan bahawa pengkaji berjaya membantu pelajar untuk menguasai dan menghafal maklumat yang sangat kompleks ke dalam bentuk yang sangat mudah.


Laporan Kajian Tindakan Guru-guru SEMEKAR 2022 © 2022 SMK KAMARUL ARIFFIN, JALAN TEANG 85300 LABIS JOHOR 130 11. KESIMPULAN Kesimpulannya, kaedah K4Ticks (K4✓) ini memang dapat membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran mereka untuk menentukan ujian pengesahan kation dalam Kimia Tingkatan 4. Analisis pre test dan potest dapat membuktikan bahawa dengan menggunakan kaedah K4Ticks ini, objektif kajian tindakan ini telah tercapai. Selepas ini, pengkaji akan menambahbaik lagi kaedah K4✓ (K4Ticks) dan menggunakan kaedah K4✓ (K4Ticks) untuk membantu pelajar dalam menjawab soalan struktur, soalan esei dan juga Amali kimia SPM.


Laporan Kajian Tindakan Guru-guru SEMEKAR 2022 © 2022 SMK KAMARUL ARIFFIN, JALAN TEANG 85300 LABIS JOHOR 131 12. LAMPIRAN 1. Link Google form bagi soalan Pre Test: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScXIpEiVnn93XsBYJoLe9- GOwumoccHC2pGriHxy3hqrFcv_A/viewform?usp=sf_link 2. Link Google Form Bagi soalan Post Test I: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfIHkeegHEg5r4w2Y0SKvOKfNAdq6MAxUhGixQnc1VhsJmhQ/viewform?usp=sf_link 3. Link Google Form bagi soalan Post Test II: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdvV5IMnTh5xyP_qzSi60N6Y9sVBrYFTXD8 KtftP08aaGaZQA/viewform?usp=sf_link 4. Buku Teks Kimia Tingkatan 4, 2029, Lim Kuok Chen, Dr. Nur Jahan Ahmad, Dr. Chua Kah Heng, Wong Choy Wan, Lee Sze Yien, Pan Asia Publictaion Sdn. Bhd.


Laporan Kajian Tindakan Guru-guru SEMEKAR 2022 © 2022 SMK KAMARUL ARIFFIN, JALAN TEANG 85300 LABIS JOHOR 132 5.0 RUMUSAN Pada tahun 2022, SMK Kamarul Arifin mencapai 100% atau 29/29 orang guru menghantar laporan kajian tindakan kepada Jawatankuasa Kajian Tindakan dan Inovasi SMK Kamarul Ariffin. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua. Jawatankuasa telah memilih 4 Laporan Kajian Tindakan yang terbaik dan hantar ke peringkat daerah Segamat. Berikut merupkan pencapaian di peringkat daerah Segamat: Anugerah Platinum: (Daerah Segamat) Cikgu Ma Han Sin “ Meningkatkan Kemahiran Menguasai Ujian Pengesahan Bagi Penyertaan: Kation Melalui Penggunaan Kit K4✓ (K4Ticks) ”. (Negeri Johor) Anugerah Perak: (Daerah Segamat) Anugerah Perak: (Daerah Segamat) Cikgu Mohd Riduwan Bin Mohd Yasan “ Meningkatkan Kemahiran Mentafsir Graf Halaju-Masa Menggunakan Kaedah Simulasi “Moving Man” ” Cikgu Tamil Vani A/P “Meningkatkan Kefahaman Antara Percanggahan Fizikal Dan Keadah Pemisahan Ruang Serta Masa Dalam Kalangan Pelajar 2 SEMEKAR 3” Laporan Kajian Tindakan oleh Cikgu Ma Han Sin telah dipilih untuk mewakili Daerah Segamat dalam Pertandingan Kajian Tindakan Peringkat Negeri Johor. Pencapaian ialah sekadar penyertaan. Pencapaian di atas adalah amat membanggakan kerana telah melebih KPI yang ditetapkan oleh Jawatan Kuasa pada sesi 2022/2023. Semoga semua guru dapat meneruskan usaha dan semangat dalam menghasilkan kajian tindakan yang berkualiti tinggi lalu memberi impak yang berkesan dalam pdp pada masa akan datang.


Laporan Kajian Tindakan Guru-guru SEMEKAR 2022 © 2022 SMK KAMARUL ARIFFIN, JALAN TEANG 85300 LABIS JOHOR 133 TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version