The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK BUKU MAYA PSS SK WIRA JAYA, 2020-12-04 07:35:16

150tipsWanitaDambaanSyurga

150tipsWanitaDambaanSyurga

‫بسم الله الرحمن الرحيم‬

Kepada semua sahabat ustazah sama ada kita
seorang wanita bergelar gadis, ibu, anak, kakak,

adik, nenek, dan lain-lain, kita semua mencari
jalan untuk mendapatkan kebahagiaan. Dan
tidak ada kebahagiaan yang lebih baik daripada
bahagia hidup di dunia dan juga bahagia apabila
kita kembali bertemu Allah s.w.t. di akhirat nanti.

Kunci dalam mencari bahagia dunia dan akhirat
ini adalah apabila kita menjadi muslimah solehah.

Muslimah dambaan lelaki-lelaki soleh,
calon penghuni syurga.

Ustazah berdoa semoga kita semua berjaya
menjadi wanita solehah dalam kembara hidup
kita yang sementara di dunia ini dalam mencari

mardhatillah. Insya Allah.

HAKCIPTA TERPELIHARA (c) PTS Media Group Sdn Bhd.

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi, ataupun isi kandungan
buku ini bagi tujuan edaran percuma melalui
laman website mahupun perkongsian whatsapp
ataupun tujuan komersil bagi meraih pendapatan
ataupun cetakan semua dalam bentuk fotokopi,
mekanik, ataupun rakaman sebelum mendapat izin
bertulis daripada pihak PTS Media Group Sdn. Bhd.

Ebook ini diberikan percuma bagi tujuan pembacaan
oleh Tuan/Puan sahaja yang memuat turun melalui
link yang sah melalui www.asmaharun.com ataupun
link yang dibekalkan oleh wakil pegawai kami. Ia
bukan untuk tujuan edaran umum tanpa melalui
www.asmaharun.com ataupun link yang diberikan.

Buku asal bagi semua tip yang dinyatakan dalam
ebook ini boleh didapati di www.bookcafe.com.my

Gaya 1: Solehah Laksana Perhiasan Terindah 4
Gaya 2: Berpasangan denganku di Syurga 6
Gaya 3: Sayang, Ini Kuncinya! 8
Gaya 4: Romantiknya Kita Berdua! 10
Gaya 5: Suamiku, Berlembutlah denganku 12
Gaya 6: Pimpin Diri, Pimpin Hati 14
Gaya 7: Kuasai Lidah, Kuasai Hati 16
Gaya 8: Membuka Hati Menyambut Kebenaran 18
Gaya 9: Didik Diri Kerana Ilahi 20
Gaya 10: Kepada Dia Kita Mengadu 22
Gaya 11: Jangan Banyak Ketawa 24
Gaya 12: Ceria dengan Senyuman 26
Gaya 13: Ceriakan Wajahmu 28
Gaya 14: Mesra dengan Semua 30
Gaya 15: Terasa Sulit? Solatlah 32
Gaya 16: Dirimu Mulia, Usah Mencela 34
Gaya 17: Indahnya Jikalau Berlemah Lembut 36
Gaya 18: Meraikan Sahabat 38
Gaya 19: Katakan Cinta kepada Sahabat 40
Gaya 20: Duhai Sahabat, Ibadah Bukan Mainan 42

Kandungan

Gaya 21: Diampun Segala Dosa 44
Gaya 22: Lengkapkan Aurat Aku Ketika Solat? 46
Gaya 23: Gendong Anak Kecil Dalam Solat? 48
Gaya 24: Bolehkah Wanita Pergi ke Masjid? 50
Gaya 25: Bangun Awal Dirikan Solat 52
Gaya 26: Akhlak Lambang Peribadi 54
Gaya 27: Tenang, Jangan Marah 56
Gaya 28: Bersabar di Setiap Musibah 58
Gaya 29: Bicara ataupun Diam 60
Gaya 30: Hadirkan Rasa Takut pada Allah 62

GAYA SOLEHAH LAKSANA

RASULULLAH PERHIASAN TERINDAH

Perhiasan sinonimnya bersifat indah dan menawan. Di dunia,
kita dikaburi dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah s.a.w.
menggariskan kepada kita, perhiasan dunia terbaik adalah wanita
solehah.

Apa Kata Rasulullah?

“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik
perhiasan dunia adalah wanita solehah.”

(Hadith direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim,
kitab Ar-Rido’, bab Khairu Mata’ Ad-Dunya Al-Mar ah Solehah,
no. hadith 2668 daripada Abdullah bin Amru, status hadith sahih)

Komen Pakar

“Seorang wanita tidak boleh menunjukkan
perhiasan kepada orang asing melainkan apa
yang zahir sahaja. Berdasarkan tafsiran Ibnu
Abbas dan para imam yang lain, apa yang zahir
itu adalah muka dan kedua-dua belah tapak
tangan. Ini adalah pendapat yang paling kuat
dan tepat sesuai dengan keadaan masa kini.”

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Ketua Ulamak Sedunia dalam
bukunya Buku Fatwa Kontemporari Jilid 1 Siri 3.

Jom Faham!

Solehah itu nilaian daripada-Nya, bukan daripada manusia.
Sempurnakan rukun iman, rukun Islam yang lima, dan taat
suami selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Jaga
kehormatan diri, nescaya syurga menjadi milk kita, Insya Allah.

SOLEHAH LAKSANA PERHIASAN TERINDAH 9

INFO Ayat-Ayat Cinta
Mari tebarkan debu-debu
SOLEHAH emas ke seluruh dunia.
Perhiasan paling Kembalikan cinta. Hanya
berharga di dunia. itu yang dapat buat dunia
bersinar bahagia. - Rumi

TIP Tip ini mendidik wanita solehah menjaga aurat
berpandukan syariat-Nya.
Suami
Isteri

1 Memakai pakaian yang menutup
aurat, kecuali muka dan kedua-
dua tapak tangan.

2 Memakai pakaian yang legap, tidak
berbayang, dan tidak mengikut
bentuk tubuh.

3 Memilih pakaian yang longgar
dan selesa.

4 Memakai wangian cukup untuk
dihidu oleh diri sendiri.

5 Berhias lebih khas untuk tatapan
suami sahaja.

GAYA BERPASANGAN

RASULULLAH DENGANKU DI SYURGA

Syurga adalah idaman semua manusia. Dalam Al-Quran dan
hadith banyak menggariskan tip atau cara untuk membawa
jejak kita ke syurga.

Apa Kata Rasulullah?

“Apabila seorang isteri mengerjakan solat lima
waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga
kemaluannya (menjaga kehormatannya), dan taat
kepada suaminya, nescaya dia akan masuk syurga
dari pintu mana sahaja yang dikehendakinya.”

(Hadith direkodkan oleh Imam Ibnu Hibban dalam Sahih Ibnu Hibban,
kitab An-Nikah, bab Ma’asyir Az-Zaujan, no. hadith 4163,
daripada Abu Hurairah, status hadith sahih)

Komen Pakar

“Perasaan memerlukan dan
kebergantungan mendorong kita
menerima pasangan seadanya
berdasarkan kemampuan dirinya.”
John Gray, Kaunselor Barat, dalam bukunya

Mars & Venus: Together Forever.

Jom Faham!

Jadilah isteri yang menjadi penyejuk
mata suami. Mentaati perintah Allah
s.w.t., menjaga kehormatan diri, dan
sentiasa berusaha mencapai redha
suami selepas redha Allah s.w.t. dan
Rasul-Nya.

BERPASANGAN DENGANKU DI SYURGA 11

INFO

Pada masa kehamilan, peranan suami penting bagi memberi
motivasi supaya isteri terus menjaga kesihatan dengan
makan makanan bergizi, istirahat yang cukup, dan terus
bersabar mendampinginya ketika memeriksa kehamilannya.
Selain itu, banyak kes keguguran yang terjadi kerana pasangan (suami)
ataupun keluarganya tidak mengetahui bagaimana dalam menghadapi
masa kritikal kehamilan.

Maria Ulfah dan Abdullah Ghalib dalam bukunya Parenting With Love:
Panduan Islami Mendidik Anak Penuh Cinta dan Kasih Sayang.

TIP Tip ini memberi penambahbaikan
dalam perhubungan suami isteri.
Suami
Isteri

6 Sambut pasangan ketika pulang
dari tempat kerja.

7 Hadiahkan ciuman dan pelukan
kasih sayang setiap pagi.

8 Bermuhasabah bersama pasangan
sebelum tidur.

9 Minta maaf pada pasangan
sebelum tidur.

10 Bincang bersama
pasangan berkenaan zuriat
dan pembinaan keluarga.

GAYA SAYANG,

RASULULLAH INI KUNCINYA!

Semua manusia mengimpikan pengakhiran yang terbaik,
iaitu ditempatkan di syurga bukan neraka. Rasulullah s.a.w.
memberikan garis panduan akhlak bagi menjauhkan diri kita dari
azab neraka.

Apa Kata Rasulullah?

“Mahukah aku khabarkan kepada kalian tentang
orang yang haram masuk neraka dan neraka
haram ke atasnya? Setiap orang yang mudah, dekat,
dan toleransi.”

(Hadith direkodkan oleh Imam At-Tirmizi dalam Sunan At-Tirmizi,
kitab Sifat Kiamat, bab Tahrim An-Nar, no. hadith 2676,
daripada Abdullah bin Mas’ud, status hadith sahih)

Komen Pakar

Adalah tidak wajar apabila kita
menjangkakan bahawa pasangan kita
sentiasa tahu tentang apa yang kita
perlukan tanpa perlu kita memberitahu
mereka.

John Gray, Kaunselor Barat,
dalam bukunya Mars & Venus: Together Forever.

Jom Faham!

Komunikasi membantu dalam mengenali dan memahami
pasangan. Didik diri kita supaya sentiasa menjemput
keharmonian dalam perhubungan dan bertolak ansur dalam
urusan kehidupan bersama.

SAYANG, INI KUNCINYA! 13

INFO Ayat-Ayat Cinta
Mencintai seseorang akan
ORANG YANG memberikan kita kekuatan,
BERTOLERANSI dan dicintai seseorang akan
Dijauhkan dari api memberikan kita keberanian
neraka di akhirat. yang besar.

TIP Tip ini membantu suami isteri dalam
berinteraksi dengan berkesan.
Suami
Isteri

11 Gunakan panggilan khas dan
istimewa buat pasangan.

12 Biasakan diri untuk mendengar
lebih daripada berkata-kata.

13 Belajar untuk masuk (blend) dengan
personaliti pasangan.

14 Utamakan keharmonian lebih
daripada kemenangan kerana ia
menenangkan.

15 Bina kepercayaan dengan pasangan
melalui toleransi yang baik.

GAYA ROMANTIKNYA

RASULULLAH KITA BERDUA!

Romantik atau berkasih sayang adalah satu perkara yang
penting dalam rumahtangga. Tiada yang perlu dimalukan
apabila bersama pasangan halal.

Apa Kata Rasulullah?

“Pada ketika sedang haid, aku minum, kemudian aku berikan
bekas minuman itu kepada Nabi s.a.w. Baginda pun minum
pada bahagian bekas minuman di mana aku meletakkan
bibirku tadi. Begitu juga pada ketika aku menggigit sepotong
daging sewaktu haid, lalu sisa gigitan itu aku berikan kepada
Baginda. Baginda tidak keberatan menggigitnya pada
bahagian yang aku gigit tadi.”

(Hadith direkodkan oleh Imam An-Nasaie dalam Sunan An-Nasaie,
kitab Al-Haid Wa Al-Istihadhah, bab Al-Intifa’ bi Fadhlil Ha’id,
no. hadith 380 daripada Aisyah r.a.h., status hadith sahih)

Komen Pakar

Kitaran haid wanita setiap bulan secara puratanya adalah 28-
30 hari. Catat tempoh haid untuk mengenal pasti sebarang
keabnormalan, membantu doktor membuat kiraan EDD
(Expected Delivery Date), dan membantu dalam merancang
kehamilan wanita.

Nur Nabila Masfuzah binti Abdullah, Jururawat Terlatih,
dalam Facebook Medical Mythbuster Malaysia bertarikh 31 Julai 2017.

Jom Faham!

Romantik dan berkasih sayang sesama pasangan begitu
digalakkan oleh Islam. Hatta ketika datangnya haid, ia tidak
menghalang pasangan untuk bermesra dan bermanja. Duduklah,
makanlah, lakukan bersama isteri semuanya seperti biasa
kecuali persetubuhan.

ROMANTIKNYA KITA BERDUA! 15

INFO

Pendakwah antarabangsa, Imam Zia Sheikh berkata, romantik adalah
sifat Rasulullah s.a.w. dan apabila mana-mana pasangan melakukannya
dengan tujuan mengamalkan sunnah, pasti mendapat pahala daripada
Allah s.w.t. Walaupun baginda terkenal sebagai pemimpin yang hebat
dan panglima perang yang digeruni oleh musuhnya, Rasulullah s.a.w.
memiliki sifat kasih sayang dan romantis sebagai seorang suami
terhadap isteri-isterinya.

Mohd. Shah Che Ahmad dalam artikel Romantik Cara Rasulullah
di laman web Utusan Online bertarikh 11 Ogos 2015.

TIP Tip ini membantu kita menjadi romantik dan
mesra sesama pasangan.
Suami
Isteri

16 Kongsikan jadual haid isteri
bersama suami.

17 Menjadi keanak-anakkan ketika
bersama pasangan.

18 Dengar lagu kegemaran pasangan dan
nyanyikan bersama.

19 Kongsi bekas makanan dan suap
makanan pada pasangan.

20 Tulis jurnal kehidupan sejak
mula bersama.

GAYA SUAMIKU,

RASULULLAH BERLEMBUTLAH DENGANKU

Dalam kehidupan berumah tangga, permasalahan dan
perselisihan faham akan timbul. Suami perlu bertindak
mengawal suasana dengan bijak.

Apa Kata Rasulullah?

“Dan nasihatilah wanita-wanita kalian dengan baik, kerana
mereka itu diciptakan dari tulang rusuk. Sedangkan tulang
rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Jikalau
kalian meluruskannya nescaya kalian mematahkannya.
Dan jikalau kalian membiarkannya, ia tetap bengkok. Maka
nasihatilah wanita-wanita kalian dengan baik.”

(Hadith direkodkan oleh Imam Al-Bukhari dalam Sahih Bukhari, kitab An-Nikah,
bab Al-Wasati bin Nisa’, no. hadith 2082 daripada Abu Hurairah, status hadith sahih)

Komen Pakar

Apabila seorang isteri berasa cukup selamat bagi meluahkan
perasaan kepada suami, dan suami pula dapat mendengar
tanpa rasa tersinggung, itu bermakna hubungan mereka dapat
bertahan lama.

John Gray, Kaunselor Barat,
dalam bukunya Mars & Venus: Together Forever.

Jom Faham!

Didik dan tegur kesilapan isteri dengan bijaksana. Buat isteri,
jadilah isteri yang lembut hati, mudah menerima teguran,
dan bersedia berubah menjadi yang lebih baik untuk suami
kerana Allah s.w.t.

SUAMIKU, BERLEMBUTLAH DENGANKU 17

INFO

Rasulullah s.a.w. bergaul sangat lembut dan penuh kasih sayang
dengan para isteri baginda. Namun, semua itu tidak menghalangi
Rasulullah s.a.w. untuk mengajari para isteri beliau. Wanita yang
tabiatnya bengkok dan peka memang memerlukan arahan, pendidikan,
dan pengajaran. Kerana itulah, Allah s.w.t. menyerahkan tanggungjawab
tersebut kepada para lelaki.

Diambil daripada artikel dalam Majalah Asy-Syariah Edisi 112:
Topeng Tebal Islam Nusantara.

TIP Tip ini membantu suami mengendalikan isteri
apabila isteri dilanda masalah.
Suami
Isteri

21 Suami menjadi pendengar setia
kepada isteri.

22 Izinkan isteri meluahkan tanpa tergesa-
gesa memberi solusi.

23 Sediakan bahu untuk isteri bersandar
dan menangis.

24 Bisikkan bahawa tiada salahnya untuk
berasa kurang baik. You are doing
great, love!

25 Cadangkan solusi jikalau isteri
menginginkannya.

GAYA PIMPIN DIRI

RASULULLAH PIMPIN HATI

Hati (kalbu) ialah bahagian terpenting dalam diri seorang insan.
Ia ibarat raja yang mentadbir keseluruhan diri kita. Nabi s.a.w.
memberitahu betapa pentingnya peranan memimpin hati.

Apa Kata Rasulullah?

“Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia terdapat
segumpal daging. Jikalau baik segumpal daging itu, akan
baik tubuh keseluruhannya. Dan jikalau rosak segumpal
daging itu, rosak tubuh keseluruhannya. Ketahuilah,
segumpal daging yang aku maksudkan itu ialah hati.”

(Hadith direkodkan oleh Imam Al-Bukhari dalam Sahih Bukhari, kitab Iman,
bab Fadl Man Istabra’ Ladinuhu , no. hadith 52, daripada Abu Nuaim,
status hadith sahih)

Komen Pakar Jom Faham!

Pimpinlah diri sendiri dahulu. Pimpin hati terlebih
Sekiranya tidak mahu mengikut dahulu sebelum
diri sendiri, mengapa pula orang memimpin orang
lain mahu mengikut saudara? lain. Jikalau baik hati,
Kepimpinan adalah sesuatu yang baiklah juga tingkah
mesti dipelajari. lakunya. Jikalau
buruk hati, buruk juga
John C. Maxwell (2011) dalam bukunya tingkah lakunya.
The 360° Leader

PIMPIN DIRI PIMPIN HATI 19

INFO

Solat ialah platform terbaik
bagi melatih hati. Bagaimana
kita ketika solat, begitulah kita
di luar solat.

TIP Tip ini melatih kita menguruskan hati berlandaskan
syariat-Nya.
Kepimpinan

26 Hidupkan hati dengan berzikir ketika
menunggu giliran ataupun di dalam kereta.

27 Mengucapkan Masha Allah jikalau terlihat
sesuatu yang menyenangkan hati kita.

28 Elakkan daripada menyebut perkara mahupun
perkataan tidak baik di dalam hati.

29 Pimpin hati dalam solat dengan
memahami maksud setiap bacaan.

30 Memohon doa kepada Allah s.w.t.
semoga dikurniakan hati yang selamat.

GAYA KUASAI LIDAH

RASULULLAH KUASAI HATI

Lidah ialah bayangan hati. Lidah yang lurus datang daripada hati
yang tulus. Apakah yang perlu pemimpin tekankan tentang
perkara ini?

Apa Kata Rasulullah?

Abu Musa Al-Asy’ari r.a. berkata, aku bertanya kepada
Rasulullah s.a.w., “Wahai Rasulullah, Islam yang manakah
lebih utama? Baginda menjawab, iaitu seseorang yang dapat
menyelamatkan Muslimin yang lain daripada (kejahatan)
lidahnya dan tangannya.”

(Hadith direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim,
kitab Iman, bab Bayan Tafadhal Al-Islam, no. hadith 42,
daripada Abu Musa Al-Asy’ari r.a., status hadith sahih)

Komen Pakar

Komunikasi adalah keterampilan
paling penting dalam kehidupan.

Stephen R. Covey dalam bukunya
The 7 Habits of Highly Effective People.

Jom Faham!

Pelihara pertuturan kita sebagai pemimpin.
Berikan kata-kata yang memberi inspirasi kepada
ahli pimpinan. Elakkan mengucapkan perkara
yang menyinggung perasaan ahli pimpinan.

KUASAI LIDAH KUASAI HATI 21

PEMIMPIN 3 KOMUNIKASI
MEMUJUK
AGUNG DUNIA Alexander The Great

ETIKA EMOSI LOGIK

Akhlak ataupun Kemampuan Kemampuan untuk
moral pemimpin. memberi kata-kata membuka fikiran
Memberi keyakinan yang meniupkan pengikut tentang
kemampuannya semangat hingga logik sesuatu perkara
untuk memimpin. pengikut tersentuh dan sehingga pengikut
mengikutinya. menurut kehendak
pemimpin.

TIP Tip ini meningkatkan kekuatan ucapan
pemimpin kepada pengikut.
Kepimpinan

31 Gunakan kata-kata positif ketika
memberi arahan.

32 Memberi semangat kepada ahli
pimpinan.

33 Menggunakan struktur ayat mengajak
dalam bicara bukannya mengajar.

34 Banyakkan menyebut kebaikan
ahli pimpinan.

35 Mulakan setiap bicara dengan
kalimah yang mulia bismillah.

GAYA MEMBUKA HATI

RASULULLAH MENYAMBUT KEBENARAN

Ramai manusia berat hati menerima kebenaran. Lebih-lebih
lagi jikalau ia datang dari orang yang bawah daripada kita.
Kebenaran itu bukan hak mutlak pemimpin sahaja. Ia hak semua
manusia.

Apa Kata Rasulullah?

“Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya
memiliki sebesar zarah daripada kesombongan.” Ada
yang bertanya, “Sesungguhnya ada orang yang suka
mengenakan baju dan pakaian yang cantik.” Nabi
s.a.w. menjawab, “Sesungguhnya Allah itu Maha
Indah dan menyukai keindahan. (Yang dimaksud
dengan) kesombongan adalah menolak kebenaran dan
melekehkan manusia.”

(Hadith direkodkan oleh Imam An-Nawawi dalam Sahih Muslim,
kitab Iman, bab Tahrimul Kibar wa Bayaanuhu, no. hadith 2191,

daripada Aِ bdullah bin Mas’ud, status hadith sahih)

Rendah diri vs Rendah hati

Tiada keyakinan diri Tidak menunjukkan kejayaan dan
kemampuan diri sendiri
Ragu-ragu dengan
kebolehan dan potensi Tawaduk, tidak sombong dan
bongkak.

Menghargai dan bersangka hebat
kepada orang lain.

Pengajaran

Pemimpin yang sedia menerima teguran dan kebenaran,
bukan menyebabkan dirinya dipandang lemah, bahkan
meningkatkan kewibawaannya di mata ahli pimpinannya.

MEMBUKA HATI MENYAMBUT KEBENARAN 23

INFO PEMIMPIN

HEBAT ISLAM

“Wahai manusia, sesungguhnya aku dilantik
menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang
terbaik dalam kalangan kamu. Jikalau aku betul,
tolonglah aku. Jikalau aku salah, betulkan aku.
Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah
khianat.

Ucapan Saidina Abu Bakar As-Siddiq Apabila Dipilih Menjadi
Khalifah. Ibnu Athir, Al-Kamil fi Al-Tarikh, 1/361.

TIP Tip ini membantu pemimpin mudah untuk
menerima teguran.
Kepimpinan

36 Setiap teguran itu sebenarnya datang
dari Allah s.w.t. Jikalau perkara yang
ditegur itu salah, abaikan.

37 Melatih diri merendah hati ketika
berbicara dengan pengikut.

38 Menjadikan kebenaran sebagai
matlamat utama, bukan kemenangan.

39 Sentiasa bersemangat meningkatkan
peribadi diri melalui teguran yang membina.

40 Cuba berlapang dada dalam
menerima khabar berita yang dianggap
betul tetapi salah.

GAYA DIDIK DIRI

RASULULLAH KERANA ILAHI

Sebaik-baik balasan adalah di akhirat sana. Pemimpin gaya
Rasulullah s.a.w. perlu menjadikan akhirat sebagai matlamat
dalam memimpin. Hadith di bawah menggambarkan akibat
seseorang itu hanya mengharapkan balasan di dunia.

Apa Kata Rasulullah?

Rasulullah s.a.w. berkata, “Sesiapa menjadikan cita-citanya
untuk menggapai akhirat, Allah akan mencukupkan baginya
dunianya. Dan sesiapa cita-citanya hanya untuk mencari
dunia, Allah tidak peduli di lembah mana dia binasa.”

(Hadith direkodkan oleh Ibnu Majah dalam Sunan Ibnu Majah, kitab Zuhd,
bab Iftitah Al-kitab fil Iman wa Fadailul As-Sohabah wal ‘Ilm, no. hadith 4106,

daripada ‘Abdullah bin Mas’ud, status hadith sahih)

Komen Pakar

Saidina Umar Abdul Aziz sentiasa mengingatkan kepada rakyat
dan pegawainya supaya menghayati konsep pengabdian diri
(ubudiyah) terhadap Allah s.w.t. dalam setiap perkara.

Prof. Madya Rasid Muhamad dalam bukunya
Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz.

Kalam Ilahi

Ketahuilah (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak
lain hanya (bawaan hidup yang berupa semata-mata)
permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta
perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang
bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan
kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-
lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak.

(Surah Al-Hadid, ayat 20)

DIDIK DIRI KERANA ILAHI 25

INFO

Seorang pemimpin mesti menjadikan akhirat sebagai
tujuan utama dalam pimpinannya. Segala tindak tanduk,
gerak kerja mesti menjurus kepada mencari bekalan
mempersiapkan diri dan ahli pimpinannya bertemu
Allah s.w.t.

TIP Tip ini melatih diri pemimpin menjadi
akhirat sebagai matlamat utama.
Kepimpinan

41 Bangun pagi kemudian berdoa dan
berniat agar hari ini lebih baik dari semalam.
Niatkan setiap tugas kita untuk

42 menjadikan Islam sebagai
panduan hidup.

43 Sentiasa mencari peluang melakukan
kebajikan kepada ahli pimpinan kita.

44 Memikirkan ganjaran akhirat lebih
besar daripada ganjaran dunia.

45 Mengharapkan balasan yang terbaik
hanya daripada-Nya.

GAYA KEPADA DIA

RASULULLAH KITA MENGADU

Setiap pemimpin mesti menghadapi kesulitan dan kesukaran
semasa memimpin sesuatu. Pemimpin gaya Rasulullah s.a.w.
perlu menjadikan Allah s.w.t. sebagai tempat pertama mengadu
dan meminta pertolongan.

Apa Kata Rasulullah?

“Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah,
engkau akan mendapati-Nya di hadapanmu. Jikalau engkau
memohon (meminta), mohonlah kepada Allah, dan jikalau
engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada
Allah. Ketahuilah, sekiranya seluruh umat berkumpul untuk
memberi suatu manfaat kepadamu, maka mereka tidak
akan dapat memberi manfaat kepadamu, kecuali dengan
sesuatu yang ditetapkan Allah untukmu. Sebaliknya, jikalau
mereka berkumpul untuk menimpakan suatu kemudharatan
(bahaya) kepadamu, mereka tidak akan dapat menimpakan
kemudharatan (bahaya) kepadamu, kecuali dengan sesuatu
yang Allah tetapkan ke atasmu. Pena diangkat dan lembaran-
lembaran sudah kering.”

(Hadith direkodkan oleh Imam At-Tirmizi dalam kitab Jami’ At-Tirmizi,
bab Sifatil Qiyamah War Raqa’iq Wal Wara’ ‘An Rasulullah, no. hadith 2516,

daripada Ibnu Abbas, status hadith sahih)

Doa Sewaktu Ditimpa Musibah

‫الَلُّه َّم أْ ُجْيرِن يِف ُم ِصيبَيِت َوأَ ْخِل ْف يِل َخ�يًْرا ِم�نَْها‬

“Ya Allah, berilah pahala kepadaku pada musibahku ini dan gantilah
bagi aku dengan sesuatu yang lebih baik (daripada musibahku).”

(Hadith direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim, kitab Solat,
bab Ma Yuqaalu ‘inda Musibah, no. hadith 918, daripada Janaiz, status hadtih sahih )

KEPADA DIA KITA MENGADU 27

Nabi s.a.w. menyatakan: Jom Faham!

“Sesungguhnya Allah Maha Allah s.w.t. sahaja
Pemalu dan Maha Pemurah. Dia yang berkuasa untuk
malu apabila seorang hamba menolong kita di saat
mengangkat kedua tangannya tiada seorangpun yang
(memohon) kepada-Nya lalu setia bersama membantu
Dia mengembalikannya selesaikan masalah pucuk
dalam keadaan kosong dan kepimpinan kita.
hampa.”

(Hadith direkodkan oleh Imam Abu Daud,
1488 dan Imam At-Tirmidzi, 3556)

TIP Tip ini membantu pemimpin kental menghadapi
kesulitan.
Kepimpinan

46 Mengingati Allah s.w.t. ketika
waktu senang.

47 Apabila berhadapan dengan ujian,
tempat pertama kita mengadu
adalah Allah s.w.t.

Tanamkan keyakinan bahawa setiap

48 masalah pasti dapat diselesaikan
dengan izin-Nya.

49 Mencari tempat untuk berkongsi
masalah sebagai contoh kepada kawan-
kawan.

50 Tanamkan keyakinan bahawa setiap
kesulitan pasti ada hikmah di
sebaliknya.

GAYA JANGAN

RASULULLAH BANYAK KETAWA

Kita pasti pernah mendengar lawak jenaka sama ada daripada
keluarga ataupun kenalan sehingga membuatkan kita ketawa.
Ketawa tidak salah namun pernahkah kita terfikir apakah kesan
jikalau ketawa berlebihan? Sememangnya ketawa mempunyai
keistimewaan seperti dapat melepaskan diri dari tekanan, namun
ia juga mempunyai sisi negatif.

Apa Kata Rasulullah?

Janganlah kamu banyak ketawa, sesungguhnya banyak
ketawa akan mematikan hati.
(Hadith direkodkan oleh Imam Al-Bukhari, kitab Al-Adab Wa Al-Mufrad, bab Al-Dohak,

no. hadith 253, daripada Abu Hurairah, status sahih)

Kata-kata Rasulullah s.a.w. pada 1400 tahun dahulu kini memberi
gambaran kepada kita bahawa sebenarnya ketawa juga mempunyai
keburukan jikalau berlebihan. Bukan sahaja keburukan dari sudut
spiritual dan emosi, bahkan juga kesihatan. Oleh itu, seharusnya
kita menjaga ketawa kita dengan sekadarnya supaya tidak
berlebihan dan menimbulkan sebarang keburukan dan penyakit.

INFO

Ketawa yang terlalu kuat boleh
menyebabkan pengsan, serangan
asma, penyakit hernia, sakit
kepala, kencing tidak lawas,
dislokasi rahang, dan aritmia
(degupan jantung tidak normal).
Oleh itu, elakkan ketawa
berlebihan ataupun terlalu kuat.
Tidak semua keadaan ketawa
boleh memberi manfaat.

JANGAN BANYAK KETAWA 29

Ketawa adalah antara keistimewaan
manusia. Haiwan-haiwan tidak boleh ketawa
kerana ia hasil suatu bentuk kefahaman dan

pengertian terhadap suatu ucapan yang
didengarinya ataupun kejadian
yang disaksikan.

- Dr. Yusuf Al-Qaradhawi -

TIP

Hiburan

51 Patuhi had dalam gurauan dan
ketawa supaya tidak berlebihan.

52 Kawal percakapan dengan
mengurangkan perkara sia-sia.

53 Tahan diri daripada ketawa terlalu
kuat kerana ia akan memberi kesan
terhadap imej diri.

54 Seimbangkan antara ketawa dan
serius dalam percakapan.

55 Sentiasa beristighfar memohon ampun
kepada Allah s.w.t. atas segala tingkah
laku kita.

GAYA CERIA

RASULULLAH DENGAN SENYUMAN

Senyuman juga adalah satu bentuk hiburan. Sudahkah anda
senyum hari ini? Jikalau belum, ukirlah senyuman di bibir
sekarang. Senyum sangat hebat kesannya kepada kita. Ada apa
dengan senyum? Kenapa ia begitu penting bagi kita? Mari ikuti
apa kata Rasulullah s.a.w.

Apa Kata Rasulullah?

Abu Dzar r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. menyatakan,
“Senyummu pada saudaramu adalah sedekah.”

(Hadith direkodkan oleh Imam At-Tirmizi dalam Sunan Timirzi,
kitab Abwabu Al-Birru Wa Al-Silah, bab Ma Jaa Fi Sonai’ Al-Makruf,

no. hadith 1956, daripada Abi Dzar, status sahih)

Nabi s.a.w. sendiri menyarankan kita untuk memberi senyuman
ketika berjumpa saudara mara. Ia adalah sedekah yang kita boleh
berikan kepada seseorang dengan sangat mudah. Bahkan Rasulullah
s.a.w. sendiri terkenal dengan seorang yang murah senyuman. Ini
sepertimana hadith yang dilaporkan oleh Ibnu Jaz:

“Aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih banyak
senyumannya daripada Rasulullah s.a.w.”

(Hadith direkodkan oleh Imam At-Tirmizi dalam Sunan Timirzi,
kitab Abwabu Al-Manaqib, bab Ma Jaa Fi Basyasyati Al-Nabi s.a.w.,

no. hadith 3641, daripada Abdillah bin Al-Harith, status sahih)

Jangan menunggu bahagia
untuk tersenyum, tetapi tersenyumlah

untuk bahagia.

– Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni -

CERIA DENGAN SENYUMAN 31

Masalah Hipertensi ataupun darah tinggi?
Menurut Dr. Agus Rahmadi seorang doktor yang menekankan
merawat mengikut cara Rasullah s.a.w. Belia berkata, bagi
mengawal penyakit ini, beliau menyarankan untuk senyum
20 kali selama 20 saat setiap hari. Ketika senyum, hormon
endorfin akan dibebaskan dan pembuluh darah akan melebar.

Selain daripada mendapat manfaat dari sudut
pahala, ternyata senyum juga berupaya
memberi kesan positif kepada tubuh badan
manusia. Mari teladani Rasulullah s.a.w.!

TIP

Hiburan

56 Jadilah orang yang ceria dan
menceriakan orang lain.

57 Tahu dan sedar bahawa keceriaan
adalah matlamat kita berhibur.

58 Senyum setiap kali berjumpa dengan
orang sekeliling.

59 Hiburkan diri dengan senyuman
ketika sedang ditimpa masalah.

60 Sebarkan senyuman di mana
jua kita berada. Kita akan terhibur dan
menghiburkan orang sekeliling.

GAYA CERIAKAN

RASULULLAH WAJAHMU!

MHiburkan Jiwamu
engubah emosi menjadi ceria adalah satu sebab dan tujuan
kita berhibur. Sifat ceria begitu dipuji di sisi Islam. Bahkan,
Rasulullah s.a.w. sendiri pernah menyebut tentang hal ini.

Apa Kata Rasulullah?
Rasulullah s.a.w. berkata, “Jangan sesekali kamu memandang
remeh terhadap sesuatu kebaikan, walaupun hanya dengan
menunjukkan wajah yang ceria ketika berjumpa saudaramu.”

(Hadith direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim, kitab Al-Bir wa As-Silah
wa Al-Adab, bab Istihbab Talaqati Al-Wajhi ‘Inda Al-Liqa’, no. hadith 2626,
daripada Abu Zar, status sahih)

Hadith ini jelas menunjukkan, hanya dengan mempamerkan
ekspresi wajah yang ceria, kita dapat satu kebaikan. Ia nampak
mudah dilakukan. Namun hakikatnya masih ramai yang susah
memberikan senyuman apalagi salam kepada saudaranya ketika
bertemu.

Mengapa pentingnya mempamerkan wajah yang ceria?
Selain berpahala, ia juga adalah hiburan bagi jiwa. Ya, walaupun
dengan berlakon ceria, emosi kita akan perlahan-lahan berubah
mengikut apa yang kita lakukan. Jikalau kita berperilaku ceria,
jiwa yang sedih boleh berubah menjadi ceria. Hal ini pernah
disebutkan oleh Dale Carnegie dalam bukunya How to Stop
Worrying and Start Living.

Universiti Illinois, Amerika Syarikat telah buat satu
kajian yang membuktikan bahawa apabila seseorang itu
gembira dan selalu tersenyum, hayatnya boleh mencapai
satu dekad lebih berbanding mereka yang tidak senyum.

CERIAKAN WAJAHMU! 33

Neuron Cerminan/Mirror Neurons? INFO

Dave Kerpen dalam bukunya The Art of People menceritakan
pengalamannya menemubual seorang penceramah dan juga seorang
penulis. Penulis tersebut yang bernama John Bates, mendedahkan
kepada Dave bahawa kita semua memiliki neuron cerminan yang
berfungsi memantulkan emosi orang yang bercakap dengan kita. Ini
bermakna, jikalau kita bercakap dengan tenang dan ceria, pendengar
juga mempamerkan reaksi yang sama. Hubungan yang terbina di
atas keceriaan ini mampu mengubat jiwa kita yang sedih. Tiada lagi
percakapan yang buruk didengari. Tiada lagi cacian dan makian
diberi. Bukankah ia sesuatu yang indah dan menghiburkan jiwa?

TIP

Hiburan

61 Fahami bahawa sekecil-kecil
kebaikan pasti ada manfaatnya.

DERMA

62 Pupuk kesedaran bahawa
keceriaan wajah penting dalam
bermuamalah sesama manusia.

63 Hiduplah dengan wajah yang ceria
walaupun sedang diuji dengan pelbagai
masalah.

64 Hiduplah dengan gembira dan
gembirakan orang sekeliling.

65 Jadilah cerminan yang
baik kepada masyarakat di
sekeliling kita.

GAYA MESRA

RASULULLAH DENGAN SEMUA

Apa Kata Rasulullah?
Rasulullah s.a.w. berkata, “Jangan sesekali kamu memandang
remeh terhadap sesuatu kebaikan, walaupun hanya dengan
menunjukkan wajah yang ceria ketika berjumpa saudaramu.”

(Hadith direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim, kitab Al-Bir wa As-Silah
wa Al-Adab, bab Istihbab Talaqati Al-Wajhi ‘Inda Al-Liqa’, no. hadith 2626,
daripada Abu Zar, status sahih)

Rasulullah s.a.w. sentiasa mempamerkan akhlak yang baik kepada
orang sekeliling Baginda. Baginda tidak pernah mengejek orang
lain walaupun betul orang itu berwajah buruk atau hodoh. Hadith
di atas menceritakan Baginda ketawa mendengar pertanyaan
Aisyah yang kelihatan cemburu dan juga Dhahhak seolah-olah
mengatakan dia elok, padahal tidak menyedari kehodohannya.

Mengapa Penampilan Sangat Penting Pada Masa Kini?
1. Menggambarkan imej diri kita.
2. Membina keyakinan dan kepuasan diri.
3. Membantu membina perhubungan yang baik.
4. Dianggap mempunyai personaliti yang menarik.
5. Mampu mempengaruhi orang sekeliling.

MESRA DENGAN SEMUA 35

Penampilan terbaik
daripada seseorang adalah
penampilan yang mewakili

hati yang baik.

- Mario Teguh -

TIP

Hiburan

66 ‘ Jalinkan hubungan kemanusiaan
dengan sesiapa sahaja tanpa mengira
kaum dan warna kulit.

67 Bergaul secara berhemah dengan
orang sekeliling.

68 Semaikan budaya saling
memahami dalam pergaulan dan
elakkan bergaduh.

69 Sentiasa berusaha menjaga hati
orang yang berbual dengan kita.

70 Ketawalah tanda kita meraikan
suasana lucu dan harmoni bersama
masyarakat yang kita dekati.

GAYA TERASA SULIT?

RASULULLAH SOLATLAH

Apa Kata Rasulullah?

Huzaifah r.a. berkata, “Apabila Rasulullah mengalami suatu
kesulitan, baginda akan segera mengerjakan solat.”

(Hadith direkodkan oleh Imam Abu Daud dalam Sunan Abi Daud, kitab Al-Adab,
bab Fi Solati Al-’Atamah, no. hadith 4985,

daripada Salim bin Abul Ja’dah, status sahih)

Setiap manusia pasti diuji dengan kesulitan dan kepayahan dalam
hidup. Sebab itu manusia sentiasa memerlukan hiburan. Berhibur
adalah perkara yang dapat menenangkan kita daripada tekanan
emosi dan perasaan yang bercelaru. Namun, tidak semestinya kita
perlu membuat perkara yang lucu untuk mendapatkan ketenangan
hati dan minda. Kita juga boleh mendapatkan ketenangan dengan
melaksanakan ibadah kepada Allah s.w.t. Antara tujuan berhibur
untuk mendapatkan ketenangan, dan sumber ketenangan
yang sebenar boleh diperoleh dengan beribadah kepada Allah
s.w.t. Berzikir mengingati Allah s.w.t. adalah satu bentuk ibadah
yang khusus. Justeru, tidak ada salahnya jikalau dikatakan
beribadah juga adalah satu cara untuk kita menghiburkan ataupun
menenangkan diri terutamanya dalam mendapatkan ketenangan
dan kerehatan hati.

INFO

Prof. H.M. Hembing Wijayakusuma dalam bukunya
Hikmah Solat Untuk Pengubatan dan Kesihatan berkata,
pada waktu berdiri tegak dalam solat, semua fikiran
dilepaskan daripada segala urusan yang membebani
jiwa. Jikalau di dalam hati masih ada perasaan dengki
dan iri hati, ia menyebabkan hilangnya keseimbangan
hormon dan keserasian kimia tubuh badan.

TERASA SULIT? SOLATLAH 37

Ada yang sibuk
memperdebatkan hal
ibadah, hingga tidak

sempat beribadah.

- Ahmad Mustafa Bisri -

TIP

Hiburan

71 Apabila dilanda tekanan atau kesulitan
hidup, segarkan diri dengan wudhuk.

72 Sabar atas ujian dan mengadulah
segalanya kepada Allah s.w.t.

73 Tunaikan solat 2 rakaat apabila
bebanan yang dipikul terasa berat.

74 Elakkan daripada bertangguh
dalam menunaikan solat ataupun
berdoa kepada Allah s.w.t.

74 75 Utamakan mengharap pertolongan
Allah s.w.t. dalam menyelesaikan
masalah. Kemudian, baru berusaha

dengan ikhtiar sendiri.

GAYA INDAHNYA

RASULULLAH BERLEMAH LEMBUT

Sikap lemah lembut ketika bercakap akan mewujudkan suasana
yang harmoni ketika berkomunikasi. Rasulullah s.a.w. sentiasa
bercakap dengan intonasi suara yang lembut ketika bercakap
walaupun dibalas dengan kasar oleh orang lain.

Apa Kata Rasulullah?

Rasulullah s.a.w. berkata, “Mahukah kukhabarkan kepada
kalian tentang siapa yang diharamkan atas neraka? Iaitu
setiap Muslim yang dekat (dengan kaum mukminin), tenang,
dan mudah (lembut akhlak dan sifatnya)”

(Hadith direkodkan oleh Imam Ahmad dalam
Musnad Ahmad, no. hadith 3938, daripada Ibnu Mas’ud, status hadith hasan)

Jom Faham! Sikap lemah lembut
akan menghiasi diri
Lemah lembut ketika bercakap seseorang itu dan
menjadikan ia indah
akan menunjukkan akhlak atau pada pandangan

sikap seseorang itu. Rasulullah s.a.w. manusia.

menggalakkan umatnya untuk

berlemah lembut dalam berurusan

dan berkomunikasi dengan tidak

mengeluarkan kata-kata yang berbaur

sindiran. Malah hanya berkomunikasi

sesuatu yang disukai oleh orang lain.

Cara berkomunikasi mencerminkan

akhlak kita yang sebenar.

Peringatan Allah

“Disebabkan rahmat daripada Allah, kamu berlemah lembut
terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras dan berhati
kasar, tentu mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.”

(Surah Ali-Imran, ayat 159)

INDAHNYA BERLEMAH LEMBUT 39

Sketsa

Rahman dikenali kerana sikapnya yang tegas dan garang. Ramai
dalam kalangan kawannya tidak menyukai sikapnya itu. Sikapnya
itu membuatkan mereka menjauhkan diri darinya, Bahkan ketika
Rahman meminta pertolongan, kawannya berasa berat hati untuk
membantunya kerana caranya meminta pertolongan itu seperti
memberi arahan.

TIP Tip ini sesuai digunakan ketika berkomunikasi dalam
kehidupan seharian walau dengan sesiapa sahaja.
Komunikasi

76 Menjaga adab dengan kawan dengan
tidak mengasari mereka.

77 Mengeluarkan kata-kata yang baik supaya
orang yang mendengar tidak terasa hati.

78 Menggunakan intonasi yang

bersesuaian ketika bercakap dan meminta
pertolongan.

79 Berfikir sebelum bercakap, supaya tidak
meninggalkan kesan yang buruk.

80 Tidak menyampuk sebelum mereka
habis bercakap.

GAYA MENJAUHI BERKATA

RASULULLAH KOTOR DAN KEJI

Muslim yang sejati ialah Muslim yang menjaga mulutnya ketika
bercakap dengan tidak mencarut dan berkata kotor sehingga
mengguris hati. Rasulullah s.a.w. sentiasa mengingatkan umatnya
supaya berhati-hati ketika bercakap dan menggunakan bahasa
yang baik dan bermanfaat sahaja.

Apa Kata Rasulullah?

Anas bin Malik melaporkan, Rasulullah s.a.w. tidak pernah
mencela dengan berkata keji ataupun melaknat. Jikalau
baginda hendak menegur kami, baginda s.a.w. berkata,
“Apa yang salah dengan dia, semoga keningnya dipenuhi
dengan debu.”

(Hadith direkodkan oleh Imam Al-Bukhari
dalam Sahih Bukhari, kitab Al-Adab, bab Lam Yakunil Nabi s.a.w. Fahisam wa La

Mutafahisan, no. hadith 6031, daripada Anas bin Malik, status hadith sahih)

Jom Faham!

Rasulullah s.a.w. menghalang umatnya untuk berkata keji dan mencari
kesalahan orang lain. Sikap suka mencarut lama kelamaan boleh
menjadi satu tabiat yang tidak dapat ditinggalkan dan memberi
pengaruh yang buruk kepada orang sekeliling. Sikap mencarut
mungkin boleh memberikan kelegaan kepada si pencarut. Tetapi, ia
juga merendahkan aktiviti kecerdasan otak kerana suatu kepuasan
hawa nafsu semata.

Kesan Buruk Orang yang Suka Menghina

Menjadi seorang Hati menjadi keras
pemarah dan tidak sehinggakan tidak
bersabar walaupun mahu menerima
dalam perkara teguran dan nasihat
remeh-temeh. daripada orang lain.

MENJAUHI BERKATA KOTOR DAN KEJI 41

Sketsa

Amri sering mencarut dan menyebut
perkataan kotor seperti ‘bodoh’, ’gila’
dan sebagainya akibat terikut-ikut dengan
kawan-kawannya yang suka mencarut.
Walaupun sering kali dinasihati oleh ibunya,
Amri masih lagi tidak dapat meninggalkan
tabiat tersebut sehinggakan adiknya yang
masih kecil terikut-ikut berkata kotor.

TIP Tip ini dapat membantu meninggalkan tabiat mereka yang
suka mencarut. Bantu diri sendiri supaya tidak mencarut.
Komunikasi

81 Menjauhkan diri dengan mereka yang
suka berkata keji dan menghina orang lain.

82 Tanya pada diri sendiri, “Apa salahnya
sehingga aku mahu menghinanya?”

83 Niatkan supaya setiap butir bicara
adalah yang baik-baik.

84 Tidak mencari keburukan orang lain
untuk dihina.

85 Sentiasa melihat keburukan dan
kekurangan diri sendiri setiap kali

ingin mengeji keburukan orang lain.

GAYA MERAIKAN

RASULULLAH SAHABAT

Sahabat yang baik ialah sahabat yang sentiasa berusaha untuk
membantu sahabatnya yang ditimpa kesusahan. Rasulullah
s.a.w. sentiasa meraikan sahabatnya ketika berkomunikasi dan
sedia membantu jikalau mereka memerlukan pertolongan.

Apa Kata Rasulullah?

Jabir r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengatakan
‘tidak’ jikalau baginda diminta sesuatu.”

(Hadith direkodkan oleh Imam Al-Bukhari dalam
Sahih Bukhari, kitab Al-Adab, bab Husnil Al-Khulqi, wa Al-Saghah, wa Ma Yukrahu

minal Al-Bukhul, no. hadith 6034, daripada Anas bin Malik, status hadith sahih)

Jom Faham!

Rasulullah s.a.w. sangat meraikan permintaan para sahabat.
Baginda tidak pernah mengatakan tidak dan berusaha menunaikan
permintaan para sahabat. Kita digalakkan supaya menghargai
sahabat yang kita miliki kerana fitrah seorang manusia itu adalah
tidak mahu bersendiri. Maka komunikasi yang terbaik ketika bersama
sahabat harus dititikberatkan

Sahabat Ketika Senang vs Sahabat Setia

Berkawan hanya ketika Kawan yang
ingin bersenang lenang membawa kepada
denganmu dan ingin kebaikan dan
menikmati kesenangan melarang keburukan.
yang kamu miliki. Jikalau kamu membuat
Harus berhati-hati keburukan, dia
kerana mereka menasihatimu dengan
hanya menghabiskan cara yang tidak
waktumu. mengaibkan.

MERAIKAN SAHABAT 43

Sketsa

Azlan dan Aiman adalah sahabat baik ketika masih di bangku
sekolah. Untuk mengekalkan persahabatan mereka sehingga
masing-masing sudah berumah tangga agak sukar. Tetapi, mereka
sentiasa saling bertolak ansur dan berusaha membantu antara
satu sama lain sekadar mampu. Sikap ini menjadikan mereka tidak
berkira antara satu sama lain.

Berikan masa Bermanfaat
supaya mereka Menjadikan perbualan yang
berasa lebih bermanfaat seperti tidak berkata
dihargai. buruk kepada orang lain.

TIP

Komunikasi

86 Mencari jalan untuk membantu mereka
dengan tidak berkata ‘tidak’.

87 Memberikan perhatian ketika
berkomunikasi.

88 Tidak mengaibkan sahabat.

89 Menunjukkan reaksi yang baik ketika
sahabat sedang bercakap.

90 Terdapat pengajaran yang boleh
diambil ketika berbual.

GAYA KATAKAN CINTA

RASULULLAH KEPADA SAHABAT

Tidak menjadi kesalahan jikalau seorang sahabat mengucapkan
kata cinta seperti, “Saya cintakan awak kerana Allah.”
Sepertimana Rasulullah s.a.w. mengucapkan kata cinta kepada
para sahabatnya. Dengan kata cinta ini menjadikan satu kekuatan
kepada para sahabat untuk terus berjuang mempertahankan Islam.

Apa Kata Rasulullah?

Nukman bin Basyir r.a. melaporkan, Rasulullah s.a.w. berkata,
“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling kasih,
saling menyayangi dan mencintai adalah seperti sebuah tubuh,
jikalau satu anggotanya berasa sakit, maka anggota-anggota
tubuh yang lain turut susah untuk tidur dan berasa demam.
(Hadith direkodkan oleh Imam Ahmad dalam
Musnad Ahmad, no. hadith 18404, daripada Nu’man bin Basyir, status hadith sahih)

Jom Faham!

Rasulullah s.a.w. sentiasa mengucapkan kata cinta kepada para
sahabatnya seperti, “Wahai fulan, aku mencintaimu kerana Allah.”
Kata-kata sebegini menjadikan para sahabat senang apabila bersahabat
dengan baginda. Maka kita digalakkan supaya mengucapkan kata
cinta kepada sahabat lelaki sesama lelaki dan perempuan sesama
perempuan. Ini kerana, cinta seorang sahabat itu bukanlah cinta seperti
cinta pasangan kekasih. Tetapi cinta untuk saling melakukan ketaatan
kepada Allah s.w.t. Malah dengan cinta kepada seorang sahabat ini
yang membolehkan untuk menegur kesalahannya.

Komen Pakar

Antara tanda-tanda ukhwah (persaudaraan) yang benar adalah
menerima kritikan kawan, menutup aib, dan memaafkan kesalahannya.

(Imam Asy-Syafie, ulama fiqah, bukunya Fiqah Al-Umm).

KATAKAN CINTA KEPADA SAHABAT 45

Sketsa

Perbualan Amri dan sahabat baiknya Akmal pada suatu petang.
Amri: Akmal, terima kasih kerana sudah banyak bantu aku. Aku

sayang kau kerana Allah.
Akmal: Tidak ada apa-apa Amri. Engkau sahabat aku. Jikalau benar

engkau cinta aku kerana Allah, doakan aku selalu. Jikalau
aku berbuat salah, engkau tegurlah aku.

Positif Sangka baik
Sentiasa bercakap Tidak membuat andaian
yang baik dan yang buruk tentang kawan
menyenangkan hati jikalau tidak tahu perkara
pendengar. sebenar.

TIP

Komunikasi

91 Menyatakan rasa cinta
kepada sahabat.

92 Memberi kata-kata yang positif
kepada sahabat setiap hari.

93 Memanggil mereka nama gelaran
yang mereka suka.

94 3S iaitu Senyum, Salam, dan Sapa.

95 Mewujudkan suasana yang harmoni
dengan sahabat tanpa permusuhan.

GAYA DUHAI SAHABAT

RASULULLAH IBADAH BUKAN MAINAN

Menunaikan solat adalah rukun Islam yang kedua. Menjadi
kewajipan untuk kita menegur sahabat jikalau mereka
mengabaikan solat. Sepertimana gaya Rasulullah s.a.w. menegur
sahabat dalam perkara ibadah kerana perkara tersebut sangat
penting.

Apa Kata Rasulullah?

Abu Said Al-Khudri r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. pernah
memperhatikan para sahabatnya yang suka berada
di saf belakang. Lalu baginda berkata kepada mereka,
“Majulah ke depan dan ikutilah aku supaya orang yang
di belakangmu dapat pula mengikutmu. Memang ada
sahaja orang-orang yang suka di belakang-belakang,
sehingga Allah membelakangkan mereka benar-benar.”

(Hadith direkodkan oleh Imam Muslim dalam
Sahih Muslim, kitab Al-Solah, bab Taswiyah Al-Sufuf wa Iqamatiha wa Fadhli Al-Awal,

no. hadith 1010, daripada Abu Sa’id Al-Khudri, status hadith sahih)

Jom Faham!

Rasulullah s.a.w. tegas menegur para sahabat dalam soal ibadah.
Malah Rasulullah s.a.w. sering mengajar dengan serius apabila
berkaitan soal ibadah. Persoalan berkaitan ibadah juga dijawab
penuh berhati-hati dan padat sehinggakan tiada lagi persoalan
daripada para sahabat berkenaannya. Oleh sebab itu, kita
digalakkan untuk sentiasa menegur dan bersifat cakna jikalau
permasalahan tentang ibadah. Segera menegur kawan-kawan
jikalau mereka dilihat tidak melaksanakan ibadah tersebut dengan
betul. Ini kerana, boleh jadi mereka tidak tahu akan sesuatu perkara.

Jagalah mereka

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan

keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya

manusia dan batu (berhala).” Surah At-Tahrim, ayat 6

DUHAI SAHABAT IBADAH BUKAN MAINAN 47

Bukti yang nyata

“Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya

menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya,

lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan

solat serta memberi zakat dan yang demikian itu adalah agama

yang benar.” Surah Al-Bayyinah, ayat 5

Syurga Solat Berjemaah
Tidak ada sebaik-baik Mengajak sahabat
ganjaran melainkan untuk solat
dijanjikan syurga oleh berjemaah.
Allah s.w.t.

TIP

Komunikasi

96 Menggunakan bahasa yang baik.

97 Menegur dengan menyebut ancaman
Allah s.w.t.

98 Menyebut kelebihan orang melakukan
amalan yang baik.

99 Melakukan bersama-sama ibadah
tersebut.

100 Menegur sahabat melalui orang
tengah yang rapat dengannya.

GAYA DIAMPUN

RASULULLAH SEGALA DOSA

Setiap manusia pasti tidak terlepas daripada melakukan dosa
dalam kehidupan seharian. Menunaikan solat antara faktor
Allah s.w.t. menghapuskan dosa-dosa kita.

Apa Kata Rasulullah?

Imam Al-Bukhari merekodkan, Nabi Muhammad
s.a.w. menjelaskan, “Tahukah kalian, sekiranya ada
sebuah sungai dekat pintu seorang di antara kalian,
lalu dia mandi dari air sungai itu setiap hari lima
kali, apakah akan tersisa kotorannya walau sedikit?”
Para sahabat menjawab, “Tidak akan tersisa sedikit pun
kotorannya.” Baginda berkata, “Maka begitulah perumpamaan
solat lima waktu, dengannya Allah menghapuskan dosa.”

(Hadith direkodkan oleh Imam Al-Bukhari dalam Sahih Bukhari, kitab Mawakitu
Al-Solah, bab Solawatul Al-Khamsu Kaffarah, no. hadith 528, daripada Abu Hurairah,

status hadith sahih)

Perselisihan Ulama
Adakah akan diampun dosa kecil ataupun dosa besar?

1 Ibnu Bathal, ulama 2 Imam Al-Qurthubi, ulama
hadith mengatakan, hadith dan tafsir berkata,
dosa dalam hadith “Secara lahiriah hadith itu
adalah dosa-dosa menjelaskan solat lima waktu
kecil. boleh menghapuskan semua
dosa kecil ataupun besar.

Kesimpulannya, menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, ulama hadith
Mazhab Syafie dalam kitabnya Fathul Bari, “Dosa besar tidak
cukup dihapus dengan mendirikan solat 5 waktu. Apabila kita
tidak melakukan solat 5 waktu, ia termasuk dalam dosa besar.
Bahkan, orang yang melakukan hal itu dianggap sebagai kafir.

DIAMPUN SEGALA DOSA 49

Kata Pakar

Jangan sekali-kali engkau
berputus asa daripada dosa
kerana pintu taubat sentiasa
terbuka.
(Ali bin Abu Thalib)

TIP Jangan putus asa memohon keampunan
kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah Maha
Solat Pengampun.

101 Menyesali dosa-dosa yang
dilakukan dengan mengingati
semula kesalahan.

102 Berazam dalam diri kita
supaya tidak melakukan semula
dosa-dosa tersebut.

Jikalau melakukan kesalahan

103 sesama manusia, berusaha
memohon maaf
kepadanya.

104 Beristigfar dengan lafaz

‫أستغفر الله العظيم‬

105 Menunaikan solat sunat
taubat dan mengadu
penyesalan kepada Allah s.w.t.

GAYA LENGKAPKAH AURAT

RASULULLAH AKU KETIKA SOLAT?

Satu syarat sah solat adalah menutup aurat dengan sempurna.
Wanita selalu menghadapi masalah ketika solat. Pasti akan
tertanya-tanya dalam diri lengkapkah aurat aku dengan memakai
baju kurung tanpa telekung?

Apa Kata Rasulullah?

Imam Al-Bukhari merekodkan, Saidatina Aisyah r.a.
melaporkan, Nabi Muhammad s.a.w. berkata, “Rasulullah
s.a.w. melaksanakan solat Subuh berjemaah dan juga
diikuti oleh kaum perempuan yang memakai pakaian yang
menyelubungi seluruh tubuhnya, sehingga ketika mereka
kembali ke rumahnya tidak dapat dikenali oleh sesiapapun.”

(Hadith direkodkan oleh Imam Al-Bukhari dalam Sahih Bukhari, kitab Al-Solah,
bab Fi Kam Tusholi Al-Maratu Fi Al-Shiyabi, no. hadith 372, daripada Aisyah,
status hadith sahih)

Komen Pakar

Menurut Ibnu Hajar Al- Jom Faham!

Asqalani, ulama hadith “Tidak dapat dikenali
oleh sesiapapun”
dari Mazhab Syafie dalam dalam hadith
disebabkan oleh
kitabnya Fathu Al-Bari, keadaan yang masih
gelap.
ulama bersepakat
(Ibnu Hajar Al-Asqalani,
mengatakan wanita wajib kitab Fathu Al-Bari)

memakai pakaian yang

menutup aurat dari atas kepala

hingga hujung kaki kecuali dua

bahagian yang didedahkan, iaitu

muka dan tapak tangan. Boleh

memakai pakaian yang menutup

aurat seperti baju kurung dan

tudung yang labuh.


Click to View FlipBook Version