The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK BUKU MAYA PSS SK WIRA JAYA, 2020-12-04 07:35:16

150tipsWanitaDambaanSyurga

150tipsWanitaDambaanSyurga

LENGKAPKAH AURAT AKU KETIKA SOLAT? 51

INFO SOLAT

Menutup aurat bagi perempuan itu adalah dengan
melabuhkan tudung sehingga menutup bahagian dada,
pakaian yang longgar tidak menampakkan bentuk
tubuh, dan tidak nipis sehingga boleh menampakkan
warna kulit serta labuh hingga boleh menutup bahagian
kaki.

(S.S Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri,
Mufti Wilayah Persekutuan)

TIP Permudah urusan kita, jangan susahkan. Islam itu indah.

Solat

106 Sentiasa memakai pakaian yang
longgar seperti jubah.

107 Solat boleh dilakukan apabila kita
lengkap menutup aurat walaupun
tidak memakai telekung.

108 Sentiasa set di minda untuk berpakaian
lengkap dari kepala sampai ke kaki
apabila keluar dari rumah.

109 Memilih tudung yang labuh
sehingga ke bawah dada dan
menepati syarak.

110 Keluar rumah dengan memakai
sarung kaki supaya mudah untuk
kita segera menunaikan solat.

GAYA GENDONG ANAK

RASULULLAH KECIL DALAM SOLAT?

Anak kecil menangis sering berlaku ketika kita menunaikan
solat. Mengendong anak kecil dalam solat tidak menjadi
masalah. Rasulullah s.a.w. juga mengajar kita cara mengendong
anak kecil dalam solat.

Apa Kata Rasulullah?

Abu Qatadah Al-Anshari r.a. melaporkan, “Nabi Muhammad
s.a.w. pernah melaksanakan solat dengan menggendong
Umamah binti Zainab binti Muhammad, iaitu puteri kepada
Abu Ash.
Apabila baginda hendak sujud, baginda menurunkannya, dan
ketika berdiri, baginda menggendongnya kembali.

(Hadith direkodkan oleh Imam Al-Bukhari dalam Sahih Bukhari, kitab Al-Solah,
bab Iza Hamala Jariyatan Shoriratan ‘ala ‘Unuqihi fi Al-Solah, no. hadith 516, daripada

Abu Qatadah Al-Anshari, status hadith sahih)

Syarat-Syarat Gendong Bayi Ketika Solat

1 Bayi perlu bebas daripada najis.

2 Memastikan dada sentiasa menghadap kiblat.

3 Mengawal pergerakan supaya tidak melakukan
pergerakan anggota besar sebanyak tiga kali berturut-turut.

(Ibnu Hajar Al-Asqalani, ulama hadith daripada Mazhab
Syafie dalam kitabnya Fathu Al-Bari)

GENDONG ANAK KECIL DALAM SOLAT? 53

INFO SOLAT

Hadith menerangkan tentang sikap tawaduk baginda
dan kasih sayangnya terhadap anak-anak. Malah, sikap
baginda yang sentiasa memuliakan anak-anak dan orang
tua.

(Ibnu Hajar Al-Asqalani, ulama hadith daripada
Mazhab Syafie dalam kitabnya Fathu Al-Bari)

TIP Memberi contoh yang baik untuk anak-anak.

Solat

111 Pastikan bayi dalam keadaan
yang suci, iaitu bersih daripada
najis ataupun kotoran.

112 Memegang erat bayi semasa berdiri
tegak, iaitu kedudukan kepala dan
badan bayi menghadap ke belakang.

113 Badan membongkok manakala kedua-
dua belah tangan kita memegang bayi.

114 Letak bayi di sebelah kanan kita
apabila hendak sujud.

Memastikan bayi dan anak-anak kecil

115 kita tidak mengganggu suasana di
dalam masjid, dengan kita berusaha
untuk menasihati mereka.

GAYA BOLEHKAH WANITA

RASULULLAH PERGI KE MASJID?

Solat berjemaah di masjid adalah perkara yang biasa pada
umat manusia. Wanita juga diharuskan bagi menunaikan
solat di masjid. Sejak zaman Nabi s.a.w., kehadiran wanita bagi
menunaikan solat jemaah di masjid bukan sesuatu perkara yang
asing. Namun, Islam meletakkan syarat-syarat untuk wanita
menunaikan solat di masjid.

Apa Kata Rasulullah?

Imam Al-Bukhari merekodkan, daripada Salim dan daripada
ayahnya, Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkata, “Jangan
halang isterimu pergi ke masjid, apabila dia meminta izin
kepadamu.”

(Hadith direkodkan oleh Imam Al-Bukhari dalam Sahih Bukhari, kitab Al-Nikah, bab
Istiizan Al-Mirah Zaujaha fi Al-Khuruj ila Al-Masajid, no. hadith 5238,
daripada Salim dan daripadanya ayahnya, status hadith sahih)

Komen Pakar

“Tidak diwajibkan untuk kaum wanita bagi
menghadiri solat fardu secara berjamaah. Perkara
ini tidak berlaku perselisihan dalam kalangan ulama.
Dan dibuktikan dalam atsar yang sahih bahawa isteri-isteri
Nabi Muhammad s.a.w. solat di dalam bilik-bilik mereka.
Bahkan,mereke tidak keluar ke masjid.”

(Ibnu Hazim, ulama Ahli Sunnah dalam kitab Al-Muhalla)

BOLEHKAH WANITA PERGI KE MASJID? 55

INFO
Imam Syafie dan Imam Hanbali mengatakan
makruh untuk wanita yang cantik, sama ada
wanita muda ataupun tua pergi ke masjid
untuk solat berjemaah bersama lelaki. Ini
kerana akan menimbulkan fitnah dan perlu
solat di rumahnya.
TIP

Solat Niat untuk mengimarahkan rumah Allah s.w.t.

116 Niat pergi ke masjid bagi menunaikan
ibadah kepada Allah s.w.t.

117 Memastikan memakai pakaian yang
menutup aurat sebelum pergi ke masjid.

118 Jauhi daripada memakai wangi-
wangian dan perhiasan yang boleh
mengundang perkara fitnah.

119 Meminta izin daripada suami
ataupun mahram.

120 Menjaga adab dan tatasusila di
dalam masjid. Jauhkan diri daripada
mengumpat dan berbual kosong.

GAYA BANGUN AWAL

RASULULLAH DIRIKAN SOLAT

Waktu pagi adalah waktu yang segar dan nyaman. Satu
per tiga malam iaitu pada pukul 4 pagi ke atas adalah
waktu yang sesuai bagi mendirikan solat dan beribadah kepada
Allah s.w.t.

Apa Kata Rasulullah?

Ibnu Abbas r.a berkata, “Pada suatu malam aku bermalam
di rumah emak saudaraku Maimunah, iaitu isteri Nabi s.a.w.
Baginda bangun pada tengah malam, lalu pergi membuang
hajat. Kemudian mencuci tangan dan muka. Selepas itu
baginda tidur. Kemudian baginda bangun dan pergi ke qirbah
(tempat air), lalu dibuka tutupnya. Baginda berwuduk dengan
sempurna, tanpa memakai banyak air tetapi mencukupi.
Selepas itu baginda solat.”

(Hadith direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim, kitab Solah Al-Musafirin
wa Qasraha, bab Al-Do’a fi Solat Al-Lail wa Qiyamihi, no. hadith 184,
daripada Ibnu Abbas, status hadith sahih)

Kata-Pakar

“Pagi hari bagi seseorang itu
seperti waktu muda dan akhir
harinya seperti waktu tuanya.”

(Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah)

BANGUN AWAL DIRIKAN SOLAT 57

TIP INFO

Solat “Dan pada sebahagian malam hari
solat tahajudlah kamu sebagai suatu
ibadah tambahan, mudah-mudahan
Tuhan-mu mengangkat kamu ke
tempat yang terpuji.”

(Surah Al-Isra’ ayat 79)

Gunalah peluang waktu sujud untuk berdoa kepada
Allah s.w.t.

121 Tidur pada awal waktu supaya
kita dapat bangun awal pagi untuk
menunaikan solat.

122 Jangan membazir ketika mengambil
wuduk kerana Allah s.w.t. tidak suka
pembaziran.

123 Berkawan dan mengikut jejak sahabat
yang baik untuk sama-sama melakukan
ibadah kepada Allah s.w.t.

124 Tidur sebentar sebelum solat Zuhur
(qailulah) supaya mudah berjaga
pada awal pagi.

125 Sentiasa berdoa selepas
menunaikan solat kerana waktu itu
waktu yang terbaik untuk berdoa.

GAYA AKHLAK LAMBANG

RASULULLAH PERIBADI

Akhlak menunjukkan seseorang itu berakal cemerlang dan
memiliki nilai yang tinggi dalam kehidupan. Oleh itu, akhlak
mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Islam.

Apa Kata Rasulullah?

Rasulullah s.a.w. berkata, “Sukakah kamu sekiranya aku
tunjukkan orang yang paling dicintai oleh Allah, dan paling
dekat denganku pada hari kiamat?” Mereka menjawab, “Sudah
tentu.” Rasulullah s.a.w. berkata, “Iaitu orang yang paling baik
akhlaknya di antaramu.”

(Hadith direkodkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad Ahmad, no. 6735, daripada
‘Amr bin Syu’aib daripada bapanya daripada datuknya, status hadith hasan)

Rasulullah s.a.w. menyarankan kepada kita supaya mengamalkan
akhlak mulia dalam setiap urusan yang dilakukan seharian.
Sehingga dia menjadi Muslim yang disenangi oleh masyarakat
dan saling hormat menghormati.

Memupuk akhlak mulia

Menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai contoh utama kerana
baginda memiliki akhlak yang mulia. Bersahabat dengan orang
yang memiliki akhlak baik, bertakwa, dan menjauhi orang yang
buruk akhlaknya. Contoh akhlak mulia adalah:

1 Menghubungkan talian pesaudaraan dan
mengeratkan silaturrahim.

2 Saling bermaafan dan mengaku kesalahan.
3 Sentiasa berlapang dada dan tidak buruk sangka dalam

setiap perkara.
4 Bercakap dengan lemah lembut, sopan, dan bermanis

wajah

AKHLAK LAMBANG PERIBADI 59

10 Tanda Akhlak Mulia
Jarang berselisih Baik dalam bersikap adil Tidak mencari

kesalahan orang lain Memperbaiki keburukan Mencarikan
uzur bagi yag salah. Bersabar ketika diganggu Introspeksi
dengan mencela diri yang kekurangan. Menjaga aib sendiri
bukan aib orang Wajah ceria Lembut percakapan

Menurut Yusuf Asbath dalam kitab At-Tanwir Syarah Al-Jami’ As-Saghir

TIP Tip ini boleh digunakan ketika di dalam kelas,
ceramah, seminar, ataupun kuliah di masjid.
Solat

126 Menguatkan nilai akidah
dan keimanan dalam diri.

127 Menjaga pandangan dan
pendengaran daripada

perkara maksiat.

128 Memahami penjelasan Al-Quran dan
hadith mengenai akhlak terpuji bagi

membersihkan jiwa.

129 Membaca kisah kehidupan para nabi,
sahabat, ulama, dan para wali.

130 Sentiasa berdoa memohon pertolongan

Allah s.w.t. supaya dikurniakan akhlak
yang baik.

GAYA TENANG,

RASULULLAH JANGAN MARAH

Sebagai seorang Muslim, kita perlu menjauhkan perkara-perkara
yang boleh membawa kepada kemarahan. Jangan melakukan
sesuatu mengikut dorongan kemarahan yang boleh merosakkan akal.

Apa Kata Rasulullah?

Abu Hurairah r.a. melaporkan seorang lelaki berkata kepada
Rasulullah s.a.w., “Berilah wasiat kepadaku.” Lalu baginda
berkata, “Jangan marah.” Lelaki tersebut mengulangi
pertanyaannya berkali-kali. Rasulullah s.a.w. berkata,
“Jangan marah.”

(Hadith direkodkan oleh Imam Al-Bukhari dalam Sahihnya,
kitab Al-Adab, bab Al-Hazari minal Ghadhab, no. hadith 6116, daripada Abi Hurairah)

Marah yang baik Kesan-kesan Marah

Marah apabila Individu:
cemburu. Memberi kesan kepada rohani dan
Dalam keadaan jasmani seseorang. Apabila marah
tertentu, marah menguasai, kecenderungan bagi
adalah baik mengeluarkan kata-kata kesat yang
bagi menjaga mengakibatkan imannya menjadi
kehormatan diri, kufur tanpa sedar.
pasangan, dan Hilang kawalan dan berisiko
keluarga. menyakitkan diri sendiri.

Marah apabila Masyarakat:
agama dan Mewujudkan perasaan hasad
hukum Allah s.w.t. dan iri hati. Ketika itu, wujud niat
dipermainkan. jahat terhadap manusia. Akibat
Marah ketika itu, terputus talian persaudaraan
ini adalah perlu ataupun persahabatan dan
bagi mencegah runtuhlah kehidupan bermasyarakat.
kemungkaran.
(Berdasarkan Syarah Hadith 40 Imam Nawawi
oleh Imam An-Nawawi).

TENANG, JANGAN MARAH 61

Info Kesihatan

Orang yang tidak dapat mengawal kemarahan berisiko
mengalami denyutan jantung yang tidak terkawal. Apabila
keadaan ini berlaku, jantung mengepam darah secara tidak
menentu dan pembekuan darah mudah berlaku.

(Dato’ Dr Danial Zainal Abidin dalam bukunya
Tip-Tip Cemerlang daripada Al-Quran)

TIP Tip ini boleh diamalkan ketika diri kita dikuasai oleh marah
dan tekanan. Tip ke-24 juga adalah saranan Rasulullah
Sihat s.a.w.

131 Melatih diri berakhlak dengan akhlak-
akhlak yang mulia seperti lemah lembut dan
sabar.

132 Sentiasa mengingati akibat dan kelebihan
jikalau menahan kemarahan.

133 Meminta perlindungan daripada
Allah s.w.t. daripada syaitan yang direjam.

134 Apabila marah dalam keadaan berdiri,
maka duduklah. Jikalau marah dalam
keadaan duduk, maka baringlah.

135 Diam ketika marah kerana mungkin

kita akan mengeluarkan perkataan yang
akan dibalas dengan perkataan yang boleh
meningkatkan kemarahan.

GAYA BERSABAR

RASULULLAH DI SETIAP MUSIBAH

Akhlak yang cantik mewujudkan sikap positif dalam diri.
Antara sikap positif yang perlu dimiliki oleh setiap individu
hari ini adalah sabar. Sabar juga perlu diutamakan untuk orang
yang berakal.

Apa Kata Rasulullah?

Anas r.a. melaporkan, Rasulullah s.a.w. bertemu dengan
seorang wanita yang sedang menangis di tepi kubur. Baginda
berkata kepadanya, “Takutlah kepada Allah dan sabarlah!”

(Hadith direkodkan oleh Imam Al-Bukhari dalam Sahih Al-Bukhari, kitab Al-Janaiz,
bab Qauli Ar-Rajul Lilmar’ati ‘inda Al-Qabr, no. hadith 1251, daripada Anas bin Malik)

Said Hawa dalam Al-Asas Fil Tafsir pernah berkata seperti yang
dinyatakan dalam buku Tip-Tip Cemerlang daripada Al-Quran,
sabar itu terbahagi kepada beberapa bahagian.

Bahagian-bahagian sabar

1 Sabar dalam melakukan kebaikan dan meninggalkan
maksiat.

2 Sabar terhadap kesusahan.
3 Sabar terhadap kesakitan yang dilakukan oleh makhluk.
4 Sabar dalam medan dakwah, amar makruf dan nahi

mungkar.
5 Sabar di medan peperangan dan menentang kufar.

“Sikap kita ditentukan bagaimana kita melihat masalah.
Jikalau kita melihat masalah itu sebagai tempat untuk

membangunkan diri, ia baik bagi kita.”
(Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin dalam

bukunya Tip-Tip Cemerlang daripada Al-Quran.)”

BERSABAR DI SETIAP MUSIBAH 63

1 Allah s.w.t. sentiasa bersama orang yang sabar.

“...sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang yang

bersabar.” (Surah Al-Baqarah, ayat 151)

2 Mendapat ganjaran kebaikan yang tidak terbatas.
“Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan
disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.”

(Surah Al-Zumar, ayat 10)

3 Layak mendapat syurga Allah s.w.t.

“...mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat

tempat yang tinggi di syurga disebabkan mereka, dan mereka

akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di

dalamnya.” (Surah Al-Furqan, ayat 75)

TIP Tip-tip ini boleh diamalkan jikalau kita ditimpa musibah
supaya terus bersabar dengan ujian daripada Allah s.w.t.
Sihat

136 Perkara pertama apabila ditimpa musibah
ucapkanlah, “Innalillahi wa inna ilaihi
raji’un.”

137 Bersabar apabila ditimpa sebarang ujian.
Ujian itu menandakan kasih sayang Allah
s.w.t. kepada hamba-Nya.

138 Ketika sahabat kita ditimpa musibah, berikan
kata-kata semangat dan kata-kata
positif kepadanya.

139 Membaca buku-buku dan mendengar
ceramah-ceramah motivasi yang memberi
kesan positif kepada diri.

140 Sentiasa memikirkan hikmah di sebalik
musibah yang menimpa.

GAYA BICARA

RASULULLAH ATAUPUN DIAM?

Lisan adalah satu organ yang turut mempengaruhi akal. Bagi
mendapatkan akal yang baik, kita perlu menjaga lisan. Ada dua
cara untuk menjaga lisan. Pertama, berkata dengan baik. Kedua,
diam jikalau tidak mampu untuk berkata baik.

Apa Kata Rasulullah?

Abu Hurairah r.a. melaporkan, Rasulullah s.a.w. berkata,
“Sesiapa yang percaya kepada Allah dan hari akhirat,
ucapkan kata-kata yang baik ataupun diam. Sesiapa yang
percaya kepada Allah dan hari akhirat, jangan dia menyakiti
tetangganya. Sesiapa yang percaya kepada Allah dan hari
akhirat, dia perlu memuliakan tetamunya.”

(Hadith direkodkan oleh Imam Al-Bukhari dalam Sahih Al-Bukhari, kitab Al-Adab,
bab Man kaana Yu’minu Billahi wal Yaumil Akhir Fala Yu’zi Jaarah,
no. hadith 6018, daripada Abi Hurairah).

Komen Pakar

Dalam Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Imam Syafie r.a.
mengatakan, “Jikalau seseorang mahu berbicara, dia perlu
berfikir terlebih dahulu. Jikalau baginya apa yang dicakapkan
itu memberi manfaat, teruskan. Jikalau dia merasakan
apa yang dipercakapkan itu mendatangkan keburukan,
maka diam.”

Kita dituntut supaya berfikir dahulu akibat,
baru bercakap. Bukan bercakap dahulu baru berfikir.

Kata Pujangga

BICARA ATAUPUN DIAM? 65

Kata-Pakar

“Diam itu lebih baik daripada
bercakap yang menyakiti perasaan

orang lain.”
Kata Pujangga

TIP Ini adalah sebahagian amalan dan suntikan semangat untuk
lebih menjaga percakapan dalam kehidupan seharian kita.
Sihat

141 Diam lebih baik daripada berkata-

kata. Kita ditegah berkata-kata sehingga

menyakitkan hati orang lain.

142 Befikir dahulu akibatnya sebelum
berbicara. Ketika marah kita digalakkan

untuk diam.

143 Kita dilarang menghina dan
mengkeji orang lain.

144 Jaga rahsia orang yang memberi
sepenuh kepercayaan kepada kita.

145 Berkata perkara yang benar walaupun
hakikatnya sukar untuk kita terima.

GAYA HADIRKAN RASA

RASULULLAH TAKUT PADA ALLAH

Menurut Imam Al Ghazali dalam Ihya Ulumuddin, “Khauf
adalah suatu perasaan takut yang mencegah anggota badan
daripada perbuatan maksiat dan diikat dengan ketaatan”. Melalui
perasaan akal kita mampu membuat keputusan dengan baik.

Apa Kata Al-Quran?

“Wahai orang-orang beriman, pelihara dirimu dan
keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya
adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat
yang kasar, keras, tidak menderhaka kepada Allah terhadap
apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu
mengerjakan apa yang diperintahkan.”

(Surah At-Tahrim, ayat 6)

Tanda-tanda takut kepada Allah s.w.t.

1 Lisan
Sentiasa berzikir dan mengelakkan bercakap yang
tidak membawa faedah, mengumpat, fitnah, dan
seumpamanya.

2 Hati
Seseorang itu tidak ada perasaan dengki dan
bermusuhan dengan orang lain.

3 Pandangannya
Tidak leka dengan keindahan dunia. Tidak memandang
perkara haram. Jikalau memandang sekalipun
memandang untuk mengambil pengajaran.

4 Perut
Seseorang yang tidak memakan sumber haram.

HADIRKAN RASA TAKUT PADA ALLAH 67

5 Kedua-dua tangan
Tidak menggunakannya untuk perkara haram.

6 Langkah kaki
Seseorang yang tidak melangkah ke tempat haram. Dia
hanya melangkah mencari keredhaan Allah s.w.t.

7 Ketaatan
Seseorang itu hanya taat kepada perintah Allah s.w.t.
Melakukan apa yang disuruh oleh Allah s.w.t. dan
menjauhkan perkara yang dilarang.

Menurut Abu Laits As-Samarqandi, seorang ahli fiqh dan ahli tafsir masyhur.

TIP

Sihat

146 Kita seharusnya sentiasa menyedari

perbuatan buruk dan maksiat adalah
dosa besar.

147 Membaca tafsir ayat-ayat Al-Quran
tentang ancaman-ancaman Allah s.w.t.

148 Sentiasa memikirkan pengajaran
daripada bencana (fenomena alam)

yang menimpa.

149 Membaca kisah tentang azab
150 Allah s.w.t. kepada orang-orang

terdahulu.

Sentiasa memikirkan bagaimana
keadaan kita dibangkitkan di
padang mahsyar kelak.


Click to View FlipBook Version