The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Persidangan Kajian Tindakan, Penyelidikan Dan Inovasi Guru Peringkat Kebangsaan 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Chong Sze Yuen, 2023-07-09 08:31:51

BUKU PROGRAM PERSIDANGAN GURU 2023

Persidangan Kajian Tindakan, Penyelidikan Dan Inovasi Guru Peringkat Kebangsaan 2023

Keywords: buku program,Persidangan Guru,2023

PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 1 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 2 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation KANDUNGAN Mukasurat Perutusan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia 3 Perutusan Pengarah Pendidikan Sarawak 4 Tema 5 Aturcara 6 Pelan UTS 8 Senarai Abstrak dan Muka Surat 9 Kategori Kajian Tindakan (K1-K48) 17 Kategori Penyelidikan (R1-R15) 59 Kategori Inovasi (I1-I24) 73 Jawatankuasa Induk 93 Jawatankuasa Pengelolaan 94


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 3 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 4 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 5 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 TEMA UTAMA Kelestarian Pendidikan Melalui Kajian Tindakan, Penyelidikan dan Inovasi Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation SUB-TEMA Inovasi dalam kurikulum dan bahan Pembangunan profesionalisme guru/pensyarah Pendidikan dalam Era Digital Pendidikan berpusatkan Murid Pembinaan Sahsiah dalam Pendidikan Pendidikan Inklusif Pendidikan Awal Kanak-kanak Pedagogi, Androgogi dan Heutagogi


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 6 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation ATURCARA PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 Tempat: University of Technology Sarawak, Sibu Sarawak 14 Julai 2023 (Jumaat) Slot 1: 0730 - 0800 Pendaftaran semua Pembentang 0800 - 0815 Taklimat 0815 - 0930 Persedian Gerai Pameran bagi semua pembentang (kajian tindakan, penyelidikan & inovasi) 0930 Lawatan Kampus University of Technology Sarawak, Sibu 0930 - 1130 Penilaian Gerai Pameran Inovasi (Ikut Jadual Waktu) 1430 - 1630 Penilaian Gerai Pameran Inovasi (Ikut Jadual Waktu) 15 Julai 2023 (Sabtu) Slot 2: 0715 - 0730 Pendaftaran Pembentang dan Peserta di UTS, Sibu, Sarawak 0730 - 0900 Lawatan Gerai Pameran Guru 0930 Ketibaan Tetamu Kehormat Majlis Penangguhan Lagu Negaraku Lagu Ibu Pertiwiku Bacaan Doa “Virtual Campus Tour UTS” Sesi Pleno 1 Encik Rahmat Aidil Bin Djubair Senior Lecturer and Deputy Dean, School of Business and Management University of Technology Sarawak, Sibu Ucaptama YBRS. Dr. Norisah Binti Suhaili Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Operasi Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 7 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Pembentangan Kajian Tindakan Terbaik Pembentangan Penyelidikan Terbaik Penyampaian Sijil kepada Panel Penilai Penyampaian Sijil kepada Kertas Kajian Terbaik - Kajian Tindakan dan Penyelidikan Penyampaian Hadiah kepada Kategori Kajain Tindakan dan Penyelidikan Penyampaian Cenderamata kepada Tetamu Kehormat 1130 Rehat Slot 3: 1200 Ketibaan Tetamu Kehormat Sesi Pleno 2 “ Innovating Solutions With Design Thinking “ Dr. Corrienna Abdul Talib Senior Lecturer, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Ucapan dan Perasmian YB Datuk Dr. Annuar Bin Rapaee Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Pembentangan Inovasi Terbaik Penyampaian Sijil kepada Penceramah Sesi Plenary Penyampaian Sijil kepada Inovasi Terbaik Penyampaian Hadiah kepada Kategori Inovasi Penyampaian Cenderamata kepada Tetamu Kehormat 1330 Jamuan Ringan 1430 Bersurai


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 8 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 9 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation SENARAI ABSTRAK DAN MUKA SURAT Kategori Kajian Tindakan No. Kod Nama Penyelidik Tajuk Kajian Tindakan Insitusi Mata Pelajaran M/S K1 AN'UMILLAH BINTI YUSUF Penggunaan kaedah mnemonic dengan menggunakan perkataan unik bagi menyelesaikan masalah kekeliruan pelajar dengan penggunaan nilai SI unit bagi komponen elektronik. Kolej Vokasional Bintulu Kejuruteraan elektrik 18 K2 DR. RAYNER BIN TANGKUI MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN 5 TERHADAP KONSEP FASA BULAN MELALUI PENGGUNAAN POWTOON Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Sabah Sains 18 K3 ROSLINAH BINTI APIN Penggunaan Pelan Intervensi Lima Langkah (PILL) Untuk Membantu Peningkatan Peratus Kepujian Mata Pelajaran Bahasa Melayu SPM di Sekolah Fokus Pejabat Pendidikan Daerah Ranau Pejabat Pendidikan Daerah Ranau,Sabah Bahasa Melayu 19 K4 CHRISTINA ANDREW Penggunaan ‘Sifir Kumbang’ Dalam Meningkatkan Penguasaan Konsep Asas Darab Dan Kemahiran Sifir Murid Pemulihan Khas SK Ulu Satap, Subis Matematik 20 K5 HASLIZA BINTI YUNUS “ Kaedah ”Floortime : Sit, Do & Fun Write ” Dan Latih Tubi Bagi Meningkatkan Kemahiran Menggenggam Pensel Murid Prasekolah Pendidikan Khas Di SK Batu Unjur” Sekolah Kebangsaan Batu Unjur, Klang Selangor Prasekolah pendidikan 21 K6 KALAICHELVI A/P JAYAMOHAN Menyelesaikan masalah murid pemulihan yang tidak mengenal huruf untuk mengecam huruf bentuk sama menggunakan Sampul CAMBESAM SJKT Jalan Fletcher, Kuala Lumpur Bahasa Melayu 22 K7 LEI YEE HIENG PERMAINAN SKIN ADIWIRAKU 1.0 UNTUK MENINGKATKAN MINAT BELAJAR PRINSIP-PRINSIP REKAAN SENI VISUAL DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA NGUNGUN Pendidikan Seni Visual 23 K8 MOHD. FADZWAN BIN JUNAIDI CapS 7E : MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TERHADAP SIMBOL CARTA ALIR PENGATURCARAAN DALAM MATAPELAJARAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI. SEKOLAH KEBANGSAAN DIJIH Reka Bentuk & Teknologi 24 K9 NURUL JANNAH BINTI MASRAN Teknik Spider Web dalam meningkatkan tahap penguasaan bacaan murid tahun tiga dalam bidang tilawah (Surah al-Asr) SK Tamu Darat Pendidikan Islam 25 K10 PATRICK DUFFY ANAK BAYUONG Using MyTT to enhance primary school pupils’ ability to write simple sentence in simple past tense Sekolah Kebangsaan Long Busang Bahasa Inggeris 25 K11 SHARIFAH MASNI BINTI WAN MOHAMAD “RODA PUTAR GAMPER” MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS PERKATAAN KVKV KELAS PEMULIHAN KHAS SK MERBAU, MIRI Bahasa Melayu 26


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 10 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation K12 SHEE YUEN LING KEMAHIRAN MENULIS YANG BAGUS DAN KEMAS MULAI DARI TAHUN 1 SJKC NEW KOPISAN Bahasa Melayu 26 K13 SIVAKAVITHA A/P SAMINATHAN MENINGKATKAN PENGUASAAN IMBUHAN AWALAN “ME-N” MENGGUNAKAN KAEDAH RODA IMBUHAN DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 JEYAM SJKT JALAN FLETCHER, KUALA LUMPUR Bahasa Melayu 27 K14 TANG MEE LAY Kit “Easy Mathematics (E-Maths): Satu Pendekatan Untuk Mengukuhkan Penguasaan Sifir Darab Matematik SJK Guong Ming, Sungai Bidut Matematik 28 K15 WONG POH YEE Penggunaan ‘Kaedah 4M’ dalam Membantu Murid Prasekolah Menguasai Kemahiran Menulis Strok Bahasa Cina SJK Chung Hua Batu 10, Kuching, Sarawak. Bahasa Cina 29 K16 ABANG NORHANIZAM BIN ABANG HASSAN, BRENDA ANAK NYAPUS Tajuk “ Disaster Island - LEGO® Challenge : Improving Critical Thinking Skills for Young Learners” 1. Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Abdul RazaK, Kota Samarahan Sarawak 2. Pejabat Pendidikan Daerah Serian, Serian Sarawak Bahasa Inggeris 30 K17 AJAT ANAK SUMOH MENGGUNAKAN PEMBELAJARAN TERBEZA UNTUK MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN MURID BAGI SUBJEK PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN KESIHATAN (PJPK) SMK SUNGAI MAONG KUCHING SARAWAK Pendidikan Jasmani & Kesihatan 31 K18 ALICE HII JIING YU AKTIVITI ”DELIGHTFUL DISSOLVING” DAN ”DELIGHTFUL DILUTION” DALAM MENINGKATKAN PEMAHAMAN KONSEP KEPEKATAN DAN PENCAIRAN PELAJAR TINGKATAN 6 SAINS SEMESTER 1 KOLEJ TUN DATU TUANKU HAJI BUJANG MIRI Kimia 32 K19 BANUN ANAK UMPING KEBERKESANAN PENGGUNAAN GAMBAR [KARTUN B-HISTORY] DALAM P&P MEMBANTU PELAJAR MENJAWAB SOALAN KBAT Sekolah Menengah Kebangsaan Julau Sejarah 33 K20 CHAI TECK KHIONG TEKNIK PENGHAFALAN FORMULA KATION DAN ANION DAN SETERUSNYA MEMBINA FORMULA KIMIA OLEH PELAJAR TINGKATAN 4 DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH NYANYIAN "BARNEY SONGS" SMK Rosli Dhoby Kimia 34 K21 CHEN SIEW ENG Enhancing Form 6 Students’ Writing in Correct SVA Using WBG SMK BARU MIRI MUET 34 K22 CHRISTINA TAN Penggunaan ‘Peti Kecemasan Doraemon’ dalam meningkatkan pembelajaran Mata pelajaran sejarah secara berkumpulan dalam kalangan Murid Tingkatan 4K. SMK Penrissen Sejarah 35


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 11 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation K23 CRYSTAL GALE ANAK MARIN Kaedah BiSSTT, JaMBaKUP dan TeSeHaSim Membantu Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Melayu Kelas 5 Creative SMK Tun Abdul Razak, Serian Bahasa Melayu 35 K24 ELVERA NANCIE WILLIAM NORMAN THE USE OF QPEX AND ASK TECHNIQUE IN TACKLING SPM SPEAKING DISCUSSION TASKS AMONG STUDENTS IN FORM 5 KEM SMK PEREMPUAN LIKAS, KOTA KINABALU, SABAH Bahasa Inggeris 36 K25 FALEY FIONA NGIRING Grammarly: Application of Online Grammar Checker to Enhance Students’ Essay Writing SMK ST.JOSEPH (M), KUCHING Bahasa Inggeris 37 K26 JONG FUI JOON Meningkatkan Kefahaman Konsep Penghasilan Bahan Komposit Melalui PBL Bahan Kitar Semula Sebagai Analogi Di Kalangan Pelajar Kimia Tingkatan 4 Dan 5 Di SMK St Joseph Kuching SMK ST Joseph (M), Kuching Kimia 38 K27 KHUENISSA GRACE BINTI LAWRENCE KEBERKESANAN KAEDAH OATMeal BAGI MEMBANTU PELAJAR DIPLOMA TAHUN 1 DI KOLEJ VOKASIONAL SIBU UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN MENENTUKAN TITIK PUSINGAN SESUATU LENGKUNG BAGI TOPIK PEMBEZAAN Kolej Vokasional Sibu Matematik 39 K28 LAU CHIK KONG PENGGUNAAN MODUL PENYELESAIAN PRAKTIS KENDIRI BUKU TEKS UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MATEMATIK MURID T4 BESTARI Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Assek, Sibu Matematik 40 K29 LAURA ANAK SEMAN PEMBENTANGAN KUMPULAN TEKNIK UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERTUTUR MURID SMK Tinggi Sarikei Bahasa Melayu 41 K30 LILA ANAK INTAI PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK MENINGKATKAN KEMAHIRAN KOMUNIKATIF DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN ENAM KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF SMK TUN ABDUL RAZAK, SERIAN Bahasa Melayu 42 K31 LINDA ANAK DANIK IMPROVING FORM 6 STUDENTS' VOCABULARY AND ENGLISH LANGUAGE SPEAKING FLUENCY THROUGH SHADOWING TECHNIQUE. SMK ST. JOSEPH (M), KUCHING Bahasa Inggeris 42 K32 LU YEW CHING PENGINTEGRASIAN M-LEARNING DALAM MENYAMPAIKAN KURSUS KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPADA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) SMK JULAU Kaunseling 43 K33 MA CHI NAN KAD ’LM’ UNTUK MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID TINGKATAN LIMA DALAM TOPIK KINEMATIK GERAKAN LINEAR MATEMATIK TAMBAHAN SM St Michael, Penampang Matematik 44 K34 MARTIUS MAPANG ANAK JAMBA Keberkesanan Menggunakan BarangBarang di sekeliling Sebagai Alat Mengajar Mengenal Huruf dan Membaca Perkataan Dengan Betul SMK TEBEDU, SERIAN, SARAWAK Bahasa Melayu 45


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 12 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation K35 MOHD FIRDAUS BIN ABD SALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN ELEMEN TATABAHASA BERBANTUKAN "K-UJI MORSIN" DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM SMK GUNSANAD, KENINGAU, SABAH Bahasa Melayu 46 K36 MOREECA ANAK ANGGO Meningkatkan Kemahiran Menulis Huraian Soalan Esei Pendidikan Moral SPM Menggunakan Teknik Jadual Pasang Siap Mak Bagi Kek Coklat SMK Penrissen, Pendidikan Moral 47 K37 NURAIDA AMALIA BINTI MOHD HAMIM Penggunaan Teknologi "Augmented Reality" dalam PDPC bagi Menguasai Teori Elemen dan Prinsip bagi Subjek Reka Bentuk dan Teknologi melalui Kaedah Akronim. SMK THREE RIVERS, MUKAH Reka bentuk & Teknologi 48 K38 NURUL IMANIE BINTI MOHD KHUZAIMI Playing Card dalam meningkatkan kefahaman nilai universal SMK TEBEDU, Serian, Sarawak Pendidikan Moral 49 K39 STELLA @ CAROLINE AK JOHN BOSCO BISCOP PENGGUNAAN TEKNIK KAPKKA DALAM ANALISIS PERMINTAAN AGREGATPENAWARAN AGREGAT (AD-AS) UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI EKONOMI 2 DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 6 TAHUN 2022. SMK ST JOSEPH, Kuching Ekonomi 50 K40 YIP LAU KHENG KAD “K-ONNECT” : MENINGKATKAN PEMBELAJARAN PELAJAR DALAM PELBAGAI SUBTOPIK BERKAITAN KESTABILAN BAHAN BAGI MATAPELAJARAN KIMIA TINGKATAN 6 SMK ST ANTHONY Kimia 51 K41 NUR AINUL MARDHIAH MICHELLE BINTI RAJANG Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Melayu Pt3 Dengan Kaedah Rajah “Burger” SMK TUN ABDUL RAZAK Bahasa Melayu 51 K42 SIEW HAW SIONG KEBERKESANAN KELAS PASCA GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL UNTUK MEMBANTU PELAJAR TINGKATAN 3 MEMBUAT PEMILIHAN SUBJEK ELEKTIF SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SMK Sacred Heart Sibu Grafik Komunikasi Teknikal 52 K43 BERNADINE IDA ANAK MINGGU, JESTER ANAK NYAWAI “ Keberkesanan Penggunaan Enam Segitiga Bagi Membantu Pelajar Diploma Tahun 1 Teknologi Elektronik Semester 1 di Kolej Vokasional Sibu Untuk Mengingatkan Rumus Bagi Pengiraan Berkaitan Dengan Osiloskop) ” KOLEJ VOKASIONAL SIBU Teknologi Elektronik 53 K44 NUR ARTIEFAH BINTI MOHTAR, NUR’AINI BINTI BAHAROM Mengurangkan Tingkah Laku Mengganggu Murid Melalui Kaedah Token Ekonomi dan Buku Ganjaran Semasa Sesi PdPc Terhadap Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TEBEDU, SERIAN Pendidikan Khas 54 K45 TIONG SIEW JEN, MICTHELLE GWENDOLYNE ANAK CHUBING Penggunaan Aplikasi Fit and Click JAMA dalam Pembelajaran Graf Jarak-Masa KOLEJ VOKASIONAL SIBU Matematik 55


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 13 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation K46 HII MING TOH, CHUA SIAN PING Tajuk “Pembelajaran Berasaskan Projek: Menguasai Konsep Bandar Lestari Dalam Mata Pelajaran Geografi Menengah Atas” SMK Luar Bandar No.1 Sibu Geografi 56 K47 CATHARINA STEPHEN, NONA STEPHEN WONDER BOX-ING FORM 5 HISTORICAL FACTS: AN ACTION RESEARCH IN OVERCOMING STUDENTS’ LACK OF INTEREST Saratok Education District Office Sejarah 57 K48 ROKIAH BINTI KADIR, AUGUSTINE ANAK SINGGA Penggunaan “RULE ON” Dalam Meningkatkan Kemahiran Operasi Penambahan Murid Tahun Dua SK Mukah Matematik 58 Kategori Penyelidikan No. Kod Nama Penyelidik Tajuk Penyelidikan Insitusi Mata Pelajaran M/S R1 HANITA LADJAHARUN Pengajaran Terbeza: Amalan Dan Cabaran Dihadapi Oleh Guru-Guru Sejarah Sekolah Menengah di Sabah. SMK Perempuan Likas Kota Kinabalu Pengajaran Terbeza 60 R2 DR LOSIUS GOLIONG Kompetensi Pedagogi Dan Keperluan Latihan Guru-Guru Matematik Tambahan Negeri Sabah Pejabat Pendidikan Daerah Ranau Matematik Tambahan 60 R3 PATRICK DUFFY ANAK BAYUONG CEFR-aligned Primary Curriculum Framework:Rural National Primary School English Language Teachers’ Attitudes and Slants Sekolah Kebangsaan Long Busang English Language 61 R4 MARTINA ANAK TARANG RELATIONSHIPS BETWEEN RESILIENCE, SELF-ESTEEM AND PERCEIVED STRESS AMONG ADOLESCENTS DURING PANDEMIC COVID-19 Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Stress among adolescents 62 R5 HANITA LADJAHARUN, MOHAMAD ZAHID BIN AWANG JAIB Kajian Tinjauan: Pembelajaran Sejarah Secara Digital Menggunakan Google Sites SMK Perempuan Likas Kota Kinabalu Sejarah 63 R6 DR MARCELUS JOHNNY Keberkesanan Pembelajaran Koperatif Berasaskan TMK Terhadap Keupayaan Murid Tahun Lima Menjawab Soalan KBAT Matematik Pejabat Pendidikan Daerah Ranau Matematik 64 R7 KHO LING HONG; MADAVI RENGASAMY Tahap Pengetahuan, Pemahaman Dan Kesediaan Guru Daerah Subis Dalam Melaksanakan Kajian Tindakan Pejabat Pendidikan Daerah Subis SMK Luar Bandar Miri Kajian Tindakan 65 R8 MOHAMMAD TAUFIK SUUT The Impact of Self-Regulated Learning and Academic Self-Efficacy on Academic Performance in Online Learning SK Abg Buyuk, Sarawak Online Learning 66 R9 DR MOHAMED KHIRUL NIZZUAN HAMZAH Pengaruh Kepimpinan Berpusatkan Pembelajaran Pengetua Terhadap Komuniti Pembelajaran Profesional Sekolah Menengah Kebangsaan Di Sarawak Pejabat Pendidikan Daerah Mukah, Sarawak Kepimpinan Berpusatkan Pembelajara n Pengetua 67


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 14 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation R10 SHEREEN WONG Sarawak Rural English Teachers’ Perceptions Towards Social Networking Sites in Teaching and Learning of Speaking Skill: Instrument Testing SK Nanga Jambu, Julau English 68 R11 DR SYAMSUL BAHRI BIN ANDI MAPIARE, NORIBRAHIM BIN RASID PENGALAMAN GURU YANG PERNAH DIBIMBING OLEH SISC+: SUATU KAJIAN KES Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan, Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan, Bimbingan SISC+ 69 R12 DR. SERIRAMA EBBIE PENGARUH KOMPETENSI PERIBADI GURU DAN KOMPETENSI PROFESIONALISME GURU TERHADAP EFIKASI PENGAJARAN GURU SEKOLAH RENDAH DI PEDALAMAN SABAH Pejabat Pendidikan Daerah Ranau Efikasi guru sekolah rendah di pedalaman Sabah 70 R13 WONG MEE LENG, DR ROZIAH BIN MOHAMAD ALI ‘PAH-KIT’ dalam PdPc Sejarah Sekolah Rendah IPG KAMPUS RAJANG, BINTANGOR Sejarah 71 R14 ESTHER YEK YI SHI Penggunaan Lagu Terhadap Penguasaan Kemahiran Membaca Bahasa Cina: Satu Kajian Tindakan Dalam Kalangan Murid Tahun 1 SJK(C) Tai Thung, Kuala Lumpur. Bahasa Cina 72 R15 ANIS MARJAN BINTI AZMIMURAD English Language Development in Essay Writing Production among Vocational College Students KOLEJ VOKASIONAL DUNGUN, DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN English 72 Kategori Inovasi No. Kod Nama Penyelidik Tajuk Inovasi Insitusi Mata Pelajaran M/S I1 MUAWIYAH AL MURTADHO BIN FAJAR NINA PURNAMA ALAM, ANISA SYAHIDA BINTI IDERIS “FUN BOX V2” UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERTUTUR MURID DALAM MENGAPLIKASIKAN KOSA KATA BAHASA ARAB SK TANJUNG PISANG SELANGKING, SIMUNJAN SK ABANG MAN, D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH SIMUNJAN Bahasa Arab / Pendidikan Islam 74 I2 WA HUSNA AFRINA BINTI WAN ROSKHEMAI PENGGUNAAN TAJWID SPIN DALAM MEMAHAMI HUKUM NUN SAKINAH TERHADAP MURID TAHUN 3 SJKC LURAH BILUT, BENTONG, PAHANG Bahasa Arab / Pendidikan Islam 75 I3 HAJARAH BINTI MUHARAM AsQir SK BANGINGOD, LAHAD DATU, SABAH Bahasa Arab / Pendidikan Islam 76 I4 MOHD HAFIZSALEHUDDI N BIN ISMAIL BlokMan SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TEH, MUKAH Bahasa Arab / Pendidikan Islam 77 I5 DG MAZNAH BINTI ZAINUDIN Keberkesanan alat inovasi BaHu membantu menguasai 8 kemahiran Pemulihan Khas Bahasa Melayu SEKOLAH KEBANGSAAN TUN Bahasa Melayu 78


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 15 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation FUAD, KUNAK, SABAH I6 SHARIFAH MASNI BINTI WAN MOHAMAD RODA PUTAR GAMPER MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS PERKATAAN KVKV KELAS PEMULIHAN KHAS SK MERBAU, MIRI, SARAWAK Bahasa Melayu 78 I7 JUDE MICHELLE ANAK POHIE USING PHOMATCH CARDS GAME TO TEACH PHONICS IN ESL CLASSROOM SK RH TAYAI, TATAU SARAWAK Bahasa Inggeris 79 I8 SHEE YUEN LING PLICKERS: QR SMART RINGS IN CLASSROOM-BASED LEARNING AND ASSESSMENT SJKC NEW KOPISAN No. 1, Gopeng, Perak Bahasa Inggeris 79 I9 MUHAMMAD TAUFIQ BIN RAZALI; MASTURAH BINTI MD ALI KIT EKSPLORASI JAJUTA SK MERLIMAU DUA, MERLIMAU, MELAKA KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI ABU ZAHAR ISNIN, JASIN, MELAKA Matematik 80 I10 CHRISTINA ANDREW Penggunaan ‘Sifir Kumbang’ Dalam Meningkatkan Penguasaan Konsep Asas Darab Dan Kemahiran Sifir Murid Pemulihan Khas Sekolah Kebangsaan Ulu Satap, Bekenu, Sarawak Matematik 81 I11 STANZEY SOOJIN INOVASI 'MAT-SCIENCE KIT' SK KG PETANAK MUKAH, SARAWAK Sains 82 I12 TANG MEE LAY PERMAINAN KEMBARA ALAM VERSI 2 SJK GUONG MING, SUNGAI BIDUT, SIBU, SARAWAK Sains 83 I13 MOHD. FADZWAN BIN JUNAIDI TOPI S+7E SEKOLAH KEBANGSAAN DIJIH, SELANGAU SARAWAK. Reka Bentuk & Teknologi 84 I14 TING KUNG JIN I'M MR. MAX SMK Sacred Heart, Sibu, Sarawak. Bahasa Inggeris 85 I15 LING EUNG FU KIT DR. MORFOLOGI SMK LUAR BANDAR NO.1 SIBU Bahasa Melayu 85 I16 NORA BINTI SAHMAT TITLE KUPETA PLUS SMK ST JOSEPH KUCHING Pengajian Am 86 I17 ANGLELINA SII AI JING; HANIRAH BINTI HASLAN The CPR For the Planet in The Classroom SMK MERBAU MIRI SMK CHUNG HUA MIRI Geografi 86 I18 HII MING TOH; THEN SIANG YIIN SPIN & MATCH SMK LUAR BANDAR NO.1 SIBU SARAWAK SMK KAMPUNG NANGKA SIBU SARAWAK Geografi 87 I19 HANITA BINTI LADJAHARUN HANI X WOW FORMULA CARD SMK PEREMPUAN LIKAS KOTA KINABALU Sejarah 87


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 16 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation I20 WONG MEE LENG; DR. ROZIAH MAHAMAD ALI PAH-KIT' IPG KAMPUS RAJANG, BINTANGOR Sejarah 88 I21 TIONG SIEW JEN; MICTHELLE GWENDOLYNE ANAK CHUBING FNC JAMA KOLEJ VOKASIONAL SIBU Matematik 89 I22 LEONG SIEW CHOON; JOYCE LANG TEE KHIN OPTICAL KIT SMK TINGGI SARIKEI Physics 90 I23 LING SIE KUOK PERMAINAN PAPAN - GRB PRODUK MEKATRONIK SMK CHUNG HUA, SIBU Reka Bentuk & Teknologi 91 I24 NURAIDA AMALIA BINTI MOHD HAMIM PENGGUNAAN TEKNOLOGI "AUGMENTED REALITY" DALAM PDPC BAGI MENGUASAI TEORI ELEMEN DAN PRINSIP BAGI SUBJEK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI MELALUI KAEDAH AKRONIM. SMK THREE RIVERS, MUKAH, SARAWAK Reka Bentuk & Teknologi 92


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 17 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation KATEGORI KAJIAN TINDAKAN


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 18 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Penggunaan kaedah mnemonic dengan menggunakan perkataan unik bagi menyelesaikan masalah kekeliruan pelajar dengan penggunaan nilai SI unit bagi komponen elektronik. AN'UMILLAH BINTI YUSUF [email protected] Kolej Vokasional Bintulu ABSTRAK: Kajian ini dijalankan untuk mencari jalan penyelesaian kepada pelajar yang masih keliru dengan penggunaan nilai SI unit bagi komponen elektronik yang digunakan bagi subjek DEA2342 Basic of Electronic Engineering. Seramai 6 orang pelajar Diploma Program Teknologi Elektrik Tahun 1 (DEA 1), Kolej Vokasional Bintulu dan seorang guru telah terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui penyemakan kertas amali 2, temu bual bersama pelajar dan ujian. Oleh itu, perancangan tindakan difokuskan kepada menggunakan kaedah untuk meningkatkan ingatan pelajar menggunakan kaedah mnemonic dalam pengajaran. Aktiviti yang dijalankan ialah dengan menemu duga pelajar yang didapati masih keliru dengan nilai SI unit tersebut. Melalui temu duga tersebut guru telah menggunakan kaedah mnemonic. Kajian ini telah dapat diselesaikan dalam tempohsatu minggu. Jawapan yang diberikan pelajar semasa melakukan ujian berbanding dengan jawapan yang diberikan semasa menyelesaikan kertas amali menunjukkan pelajar sudah tidak lagi keliru dengan nilai SI unit yang digunakan. Hasil kajian menunjukkan kaedah ini dapat menarik perhatian pelajar untuk lebih memahami nilai SI unit yang digunakan bagi komponen elektronik. MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN 5 TERHADAP KONSEP FASA BULAN MELALUI PENGGUNAAN POWTOON DR. RAYNER BIN TANGKUI [email protected] Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Sabah ABSTRAK: Kesukaran untuk menguasai konsep fasa bulan khususnya yang melibatkan urutan dan bentuk fasa-fasa bulan telah memberi kesan ke atas pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains. Dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan Powtoon dalam meningkatkan penguasaan murid terhadap konsep fasa bulan. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian tindakan yang melibatkan aktiviti pemerhatian, perancangan, tindakan dan refleksi. Kumpulan sasaran terdiri daripada 12 orang murid Tahun 5 Intelek. Ujian pra dilaksanakan bagi mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid mengenai urutan dan bentuk fasa-fasa bulan manakala ujian pasca dilaksanakan bagi mengenal pasti sama ada berlakunya peningkatan pencapaian dalam kalangan murid setelah didedahkan dengan intervensi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dari segi bilangan murid yang lulus dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Dapat disimpulkan bahawa penggunaan Powtoon sebagai intervensi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Sains, khususnya yang berkaitan dengan urutan dan bentuk fasa-fasa bulan, berupaya meningkatkan pencapaian murid dengan lebih baik kesan daripada keupayaan Powtoon untuk mencetus persekitaran pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan. K1 K2


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 19 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Penggunaan Pelan Intervensi Lima Langkah (PILL) Untuk Membantu Peningkatan Peratus Kepujian Mata Pelajaran Bahasa Melayu SPM di Sekolah Fokus Pejabat Pendidikan Daerah Ranau ROSLINAH BINTI APIN [email protected] Pejabat Pendidikan Daerah Ranau, Sabah ABSTRAK: Hasil kajian Tindakan ini mendapati bahawa salah satu punca peratus kepujian lulus mata pelajaran Bahasa Melayu adalah disebabkan penyediaan intervesi dan program akademik yang dilaksanakan oleh panitia dan guru mata pelajaran adalah secara umum dan tidak berfokus mengikut isu dan masalah murid. Oleh itu, untuk memastikan pencapaian peratus lulus meningkat dan intervensi yang disediakan tepat dengan keperluan murid yang diajar guru perlu menggunakan kaedah penyelesaian isu atau masalah dengan menggunakan pelan tindakan yang tepat,jelas dan terperinci. Oleh itu, melalui konsep perancangan Pelan Intervensi Lima Langkah (PILL) diperkenalkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk membantu guru-guru mengenal pasti punca isu dan masalah murid, memilih intervensi berimpak besar dan seterusnya membuat perancangan intervensi. Melalui kajian tindakan ini, strategi pengajaran dan pembelajaran guru dapat diperbaiki dan ditingkatkan seterusnya memberikan impak terhadap peningkatan peratus kepujian Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM di sekolah fokus. Peningkatan peratus kepujian Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM tahun 2021 yang memberangsangkan di sekolah fokus yang dibimbing menunjukkan bahawa penggunaan PILL telah memberikan jalan penyelesaian kepada guru-guru dalam memperkasakan strategi pengajaran dan pembelajaran mereka. Seterusnya, pengunaan PILL dapat dijadikan pendekatan dan budaya bagi memperbaiki kualiti penyediaan intervensi yang lebih berfokus dan tepat mengikut isu dan masalah yang dihadapi oleh murid yang diajar. K3


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 20 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Penggunaan ‘Sifir Kumbang’ Dalam Meningkatkan Penguasaan Konsep Asas Darab Dan Kemahiran Sifir Murid Pemulihan Khas CHRISTINA ANDREW [email protected] SK Ulu Satap, Subis ABSTRAK: Kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan konsep asas darab dan kemahiran sifir seorang murid Pemulihan Khas Tahun 4 dengan menggunakan bahan bantu belajar (BBB) ‘SIFIR KUMBANG’ dan juga bermatlamat untuk membantu saya menambahbaik amalan PdPc khasnya dalam menyampaikan maklumat serta menjelaskan konsep asas darab dengan lebih mudah, berkesan dan menyeronokkan. Pendaraban merupakan salah satu kemahiran asas matematik yang penting dimana murid-murid perlu menguasai konsep asas darab dan kemahiran sifir bagi memudahkan murid menguasai kemahiran-kemahiran Matematik yang lebih tinggi. Tinjauan awal telah dilakukan melalui pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Hasil tinjauan menunjukkan murid ini kurang mahir dalam sifir 3 sehingga 12. Kesukaran mengingat sifir, kurangnya penguasaan konsep asas darab serta kaedah konvensional yang digunakan menyebabkan murid mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan soalan berkaitan dengan darab. Bagi mengatasi masalah ini, satu perancangan tindakan telah dibuat. Penggunaan BBB ‘sifir kumbang’ ini telah dilaksanakan semasa waktu PdPC dan sesi bimbingan di dalam kelas pemulihan khas. Maklumat daripada pemerhatian dan temu bual menunjukkan terdapat peningkatan dari segi minat, sikap dan pencapaian murid dalam Kemahiran Pemulihan 6 Operasi Darab. Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini telah dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid dalam penguasaan konsep asas darab dan kemahiran sifir darab. K4


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 21 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Kaedah "Floortime: Sit, Do & Fun Write" Dan Latih Tubi Bagi Meningkatkan Kemahiran Menggenggam Pensel Murid Prasekolah Pendidikan Khas Di SK Batu Unjur HASLIZA BINTI YUNUS [email protected] SK Batu Unjur, Klang, Selangor ABSTRAK: Kajian Tindakan ini bertujuan untuk mencapai objektif umum kajian iaitu meningkatkan penguasaan kemahiran menggenggam pensel dengan cara yang betul. Selain itu kajian ini juga bagi mencapai objektif khusus kajian iaitu membantu murid melakukan lima contengan mengikut Standard Pembelajaran Tunjang Komunikasi Bahasa Melayu serta meningkatkan minat belajar murid Prasekolah Pendidikan Khas. Kajian ini melibatkan empat orang murid berkeperluan khas kategori masalah pembelajaran di Prasekolah Pendidikan Khas SK Batu Unjur, Klang, Selangor. Saya menggunakan Teknik Floortime : Sit, Do & Fun Write dan Latih Tubi dalam kajian ini bermula Julai hingga Oktober 2022. Bagi proses pengumpulan data, kaedah pemerhatian dan semakan video digunakan untuk melihat perkembangan penguasaan kemahiran menggenggam pensel dengan cara yang betul. Manakala lantikan dua orang guru pakar yang mengajar Bahasa Melayu di Program Pendidikan Khas Integrasi dan analisa dokumen murid digunakan untuk menilai dan mengesahkan tahap kemampuan murid Prasekolah Pendidikan Khas menguasai kemahiran menconteng secara a)menegak; b)melintang; c)menyerong; d) melengkuk; e) bulatan. Selanjutnya analisis senarai semak tahap minat murid digunakan untuk mendapatkan data minat belajar setiap murid. Dapatan kajian mendapati dua murid dapat menguasai kemahiran menggenggam pensel dengan cara yang betul manakala dua murid lagi belum dapat menguasai kemahiran menggenggam pensel dengan betul. Kajian ini juga mendapati dua orang murid dapat menconteng 5 daripada 5 contengan yang ditetapkan, seorang murid hanya dapat menconteng satu contengan dan seorang murid lagi masih belum dapat menguasai kemahiran menconteng. Seterusnya dari aspek tahap minat belajar, dapatan menunjukkan keempat-empat murid menunjukkan minat untuk belajar. Kemahiran menggenggam pensel dengan cara yang betul menjadi saluran untuk penguasaan literasi yang selanjutnya. Hasil kajian ini diharap dapat memberi cadangan yang lebih proaktif dan bermanfaat kepada murid berkeperluan khas yang lain khususnya murid yang berkefungsian rendah di Program Pendidikan Khas Integrasi. K5


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 22 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Menyelesaikan masalah murid pemulihan yang tidak mengenal huruf untuk mengecam huruf bentuk sama menggunakan Sampul CAMBESAM KALAICHELVI A/P JAYAMOHAN [email protected] SJKT Jalan Fletcher, Kuala Lumpur ABSTRAK: Kajian ini dijalankan bagi melihat penggunaan Sampul CAMBESAM dalam membantu murid-murid pemulihan mengenal huruf dengan cara mengecam huruf bentuk sama. Sampel dalam kajian ini terdiri daripada sepuluh orang murid pemulihan iaitu 9 orang murid tahun 2 dan seorang murid tahun 4 yang dipilih di SJKT Jalan Fletcher. Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji telah menggunakan Ujian Saringan untuk mendapat maklumat penguasaan murid dan senarai semak untuk menganalisis peratus keberkesanan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdPc) menggunakan Sampul CAMBESAM. Hasil dapatan kedua-dua instrumen ini menunjukkan kesemua sampel ini sukar mengenal huruf kecil. Pengkaji turut mengumpul data melalui analisis dokumen iaitu senarai semak. Selepas bimbingan PdPc dijalankan dengan menggunakan Sampul CAMBESAM, pengkaji menggunakan Ujian (lisan) untuk menganalisis sebelum dan selepas PdPc dijalankan untuk mengenal 26 huruf. Hasil analisis data mendapati 7 daripada 10 sampel kajian menunjukkan peningkatan yang positif dalam mengenal huruf. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Sampul CAMBESAM dapat membantu murid membezakan huruf mengikut bentuk serta mengenal dan mengecam huruf secara rawak. Sampul CAMBESAM membantu dalam mengurangkan bilangan murid tidak mengenal huruf. K6


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 23 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation PERMAINAN SKIN ADIWIRAKU 1.0 UNTUK MENINGKATKAN MINAT BELAJAR PRINSIP-PRINSIP REKAAN SENI VISUAL DALAM KALANGAN MURID LEI YEE HIENG [email protected] SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA NGUNGUN ABSTRAK: Prinsip-prinsip rekaan seni visual merupakan salah satu asas seni reka yang penting dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun Lima kerana Modul Bahasa Seni Visual menyumbangkan sebanyak 10% daripada keseluruhan markah dalam pemberatan kandungan Kurikulum Pendidikan Seni Visual. Hasil kajian mendapati min purata minat murid terhadap bahan bantu belajar prinsipprinsip rekaan seni visual dalam kalangan 38 orang murid dari kelas 5A dan 5B cuma mencapai tahap sederhana tinggi. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti punca masalah berkenaan dan keberkesanan kaedah Pembelajaran Berasaskan Permainan iaitu Skin Adiwiraku 1.0 untuk meningkatkan minat murid-murid tahun lima tersebut dalam pembelajaran prinsip-prinsip rekaan seni visual. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah proses yang melibatkan aktiviti pemerhatian, refleksi, perancangan dan tindakan. Dapatan kajian ini diperoleh dengan instrumen borang soal selidik secara kuantitatif. Hasil refleksi akhir menunjukkan bahawa kesan daripada pengenalan kaedah Permainan Skin Adiwiraku 1.0, bilangan murid yang menunjukkan minat terhadap bahan bantu belajar prinsip-prinsip rekaan seni visual telah meningkat sebanyak 73%. Ini secara langsung meningkatkan pencapaian Modul Bahasa Seni Visual murid-murid berkenaan dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Peningkatan pencapaian ini adalah sangat ketara iaitu sebanyak 53% murid telah berjaya mencapai Tahap Penguasaan (TP)5 pada PBD Fasa 2 berbanding PBD Fasa 1. Selain itu, 3% murid yang cuma mencapai TP3 pada PBD Fasa 1 berjaya dihapuskan menjadi 0% pada PBD Fasa 2. Oleh itu, kajian ini didapati berkesan dan sesuai untuk dijadikan panduan terutamanya kepada guru-guru Pendidikan Seni Visual untuk meningkatkan pencapai Modul Bahasa Seni Visual muridmuird. K7


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 24 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation CapS 7E : MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TERHADAP SIMBOL CARTA ALIR PENGATURCARAAN DALAM MATAPELAJARAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI MOHD. FADZWAN BIN JUNAIDI [email protected] Sekolah Kebangsaan Dijih ABSTRAK: Perubahan dalam Industri 4.0 membawa kepada satu anjakan baharu dalam sistem pendidikan yang berkualiti terutama dalam bidang digital. Dalam konteks kajian ini menunjukkan murid tidak memahami simbol dan seterusnya sukar menulis dan melukis carta alir berdasarkan situasi. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap simbol carta alir pengaturcaraan dalam matapelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) selain menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP). Sehubungan dengan itu, pengkaji merangka satu intervensi dalam meningkatkan kefahaman dari segi minat dan tahap penguasaan murid. Seramai 12 orang murid daripada Sekolah Kebangsaan Dijih telah dipilih sebagai kumpulan sasaran dan tempoh kajian ini dijalankan 1 bulan. Reka Bentuk ditunjukkan apabila data dikumpul menggunakan pemerhatian, soal selidik dan analisis dokumen. Dapatan kajian membuktikan bahawa penggunaan CapS 7E telah menunjukkan peningkatakan kefahaman dari segi minat dan tahap penguasaan murid. Seramai 10 murid menunjukkan peningkatan tahap penguasaan namun 2 masih kekal dan diteruskan menggunakan intervensi lain pada kitaran seterusnya. CapS 7E merupakan satu intervensi yang menggabungkan panduan setiap sub carta alir secara digital disertakan pelekat bentuk dan murid mengaplikasi bentuk urutan berdasarkan situasi. Secara keseluruhannya, kajian ini dapat meningkatkan kefahaman murid dalam tugasan penghasilan carta alir pengaturcaraan selain menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran. K8


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 25 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Teknik Spider Web dalam meningkatkan tahap penguasaan bacaan murid tahun tiga dalam bidang tilawah (Surah al-Asr) NURUL JANNAH BINTI MASRAN [email protected] SK Tamu Darat ABSTRAK: Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid membaca Surah Al-Asr di dalam bilik darjah. Kajian ini juga bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan murid membaca Surah Al-Asr melalui Teknik Spider Web ketika proses pembelajaran. Kajian ini dijalankan di salah sebuah sekolah rendah di daerah Kota Belud yang melibatkan sembilan orang peserta kajian tahun tiga. Kajian ini dilakukan secara kualitatif dengan menggunakan model Kurt Lewin (1946) yang mengemukakan empat langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah pemerhatian, analisis dokumen, soalselidik dan temu bual, manakala instrumen kajian yang digunakan untuk pengumpulan data adalah borang soal selidik, jadual pemerhatian dan transkrip temu bual. Hasil dapatan sebelum kajian menunjukkan sebahagian besar murid tidak dapat membaca Surah Al-Asr dengan lancar selepas aktiviti pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Spider Web telah memberi kesan yang positif terhadap peserta kajian dalam meningkatkan tahap penguasaan bacaan mereka dalam Surah Al-Asr. Melihat kepada keberkesanan teknik Spider Web ini maka dicadangkan agar teknik ini juga digunakan bagi pengajaran surah Al-Quran yang lain. Using MyTT to enhance primary school pupils’ ability to write simple sentence in simple past tense PATRICK DUFFY ANAK BAYUONG [email protected] Sekolah Kebangsaan Long Busang ABSTRACT: An intervention called MyTT was developed and it aimed to enhance primary school pupils’ learning on simple past tense at the simple sentence level. A practical action research was conducted to explore the effectiveness and usability of this intervention in teaching and learning. An English teacher and a total of 13 Primary 4 pupils from a class in a rural area national primary school in Belaga District, Sarawak were involved in this action research. A series of grammar lessons with full use of MyTT were carried out within a duration of two months. Data were collected through instruments such as pre-test, post-test, and questionnaire. The results illuminated that there were increments in pupils’ usage of verbs in sentences, correctly and appropriately. Pupils showed improvement in the sentence writing through the number of correct sentences they have written in the post-test. Based on the survey conducted, the data implied that most pupils gave positive perceptions towards MyTT in enhancing their usage of verbs in sentences. MyTT will benefit English language teachers in their teaching of simple past tense at simple sentence level to their learners. K9 K10


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 26 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation "RODA PUTAR GAMPER" MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS PERKATAAN KVKV KELAS PEMULIHAN KHAS SHARIFAH MASNI BINTI WAN MOHAMAD [email protected] SK MERBAU, MIRI ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid Pemulihan Khas dalam kemahiran menulis perkataan KVKV menggunakan “Roda Putar Gamper” (Roda Putar Gambar Perkataan). Peserta kajian terdiri daripada 10 orang murid Pemulihan Khas Tahun 2 dan Tahun 3 dari sebuah sekolah kategori bandar dalam daerah Miri. Pelaksanaan kajian ini bermula 18 April hiingga 30 Jun 2022. Kaedah kajian yang digunakan adalah pemerhatian, analisis dokumen dan transkripsi temu bual. Data kajian dikumpul melalui ujian pra (ujian saringan), ujian pos (ujian pencapaian) dan transkripsi temu bual. Hasil dapatan kajian menunjukkan 6 orang peserta kajian menunjukkan peningkatan dalam kemahiran menulis perkataan KVKV. Kaedah bermain sambil belajar dapat mengatasi masalah murid tidak dapat menulis perkataan KVKV sekaligus dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan murid untuk mengikuti sesi PdPc. Saya akan menyambung kajian tindakan ini kepada murid prasekolah dan memperkembang penggunaan “Roda Putar Gamper” dengan kemahirankemahiran pemulihan yang seterusnya dan mata pelajaran yang lain. KEMAHIRAN MENULIS YANG BAGUS DAN KEMAS MULAI DARI TAHUN 1 SHEE YUEN LING [email protected] SJKC NEW KOPISAN ABSTRAK: Menulis merupakan salah satu kemahiran asas yang utama dalam pembelajaran Bahasa Melayu tahun satu. Dalam kelas saya didapati bahawa terdapat 5 orang murid yang mengalami masalah dalam menulis tulisan yang kemas. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan intervensi Kaedah Ansur Maju Secara Berulang dalam meningkatkan kemahiran murid menulis tulisan yangb kemas. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian tindakan yang melibatkan pemerhatian refleksi, perancangan dan tindakan. Hasil refleksi, perancangan dan tindakan. Hasil refleksi menunjukkan bahawa murid tidak menguasai kemahiran menulis tulisan yang kemas, tidak berminat dalam pembelajaran menulis perkataan, tidak bersemangat dan kurang keyakinan dari semasa menulis perkataan. Tambahan pula,guru yang mengajar pada masa prasekolah tidak dapat memberikan perhatian sepenuh kepada murid. Selepas intervensi dilaksanakan, didapati bahawa pencapaian murid meningkat dengan ketara dalam menguasai kemahiran menulis tulisan yang kemas. Murid lebih berminat dan berkeyakinan semasa PdPc. Berdasarkan dapatan ini, disimpulkan bahawa penggunaan Kaedah Ansur Maju Secara Berulang bukan sahaja dapat menarik minat murid, malah dapat meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menulis tulisan kemas. Oleh yang demikian, saya akan terus menggunakan kaedah tersebut bagi kumpulan murid yang akan datang. K11 K12


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 27 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation MENINGKATKAN PENGUASAAN IMBUHAN AWALAN “ME-N” MENGGUNAKAN KAEDAH RODA IMBUHAN DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 JEYAM SIVAKAVITHA A/P SAMINATHAN [email protected] SJKT JALAN FLETCHER, Kuala Lumpur ABSTRAK: Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penggunaan imbuhan awalan me-N dalam perkataan oleh murid-murid Tahun 4 Jeyam. Kajian ini memfokuskan keberkesanan Kaedah Roda Imbuhan untuk meningkatkan penguasaan penggunaan imbuhan me-N. Seramai 19 daripada 22 orang murid Tahun 4 Jeyam terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pra / awal. Hasil tinjauan menunjukkan murid kurang faham dengan perkataan dasar yang jika digunakan imbuhan awalan me-N yang berlainan akan menjejaskan ejaan perkataan tersebut. Perancangan tindakan difokuskan kepada mengenal pasti murid kepada perkataan-perkataan berimbuhan awalan kata kerja me-N yang terdapat dalam petikan atau ayat. Murid telah didedahkan dengan kaedah roda imbuhan. Saya melaksanakan pdpc menggunakan 2 pendekatan yang berbeza.. Aktiviti individu dan kumpulan dilaksanakan. Pdpc berjaya mengubah tingkah laku murid. Roda imbuhan berupa sekeping kad beroda 2 lapis yang mempunyai 6 jenis imbuhan awalan me-N iaitu me, mem, men, meng, meny dan menge. Lapisan atas Roda Imbuhan boleh diputarkan. Setiap jenis imbuhan me-N akan diberikan huruf awal kata dasar bagi memudahkan murid mengingat kembali penggunaan jenis imbuhan me-N yang tepat berdasarkan huruf awal kata dasar. Pendek kata, murid harus mengenalpasti huruf awal kata dasar bagi menentukan penggunaan jenis imbuhan awalan me-N yang paling tepat. Melalui cara ini, murid tidak perlu menghafal tetapi memudahkan pemahaman tentang jenis-jenis imbuhan awalan me-N. 88 Keputusan ujian pasca telah menunjukkan peningkatan prestasi murid dengan penggunaan kaedah Roda Imbuhan. K13


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 28 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Kit "Easy Mathematics (E-Maths)": Satu Pendekatan Untuk Mengukuhkan Penguasaan Sifir Darab Matematik TANG MEE LAY [email protected] SJK Guong Ming, Sungai Bidut ABSTRAK: “Easy Mathematics” adalah satu bahan bantu mengajar yang berlandaskan kepada premis bahawa Matematik adalah satu mata pelajaran yang senang difahami sekiranya konsep Matematik dapat dikuasai. Melalui “Easy Mathematics”, murid-murid berpeluang mengikuti pembelajaran secara “hands-on” dengan menggunakan peralatan maujud yang dicipta khas untuk menerangkan konsep tambah, tolak, darab dan bahagi. Murid-murid dapat menyelesaikan masalah Matematik dalam bentuk lazim dengan menggunakan papan “Easy Mathematics”. Seterusnya, mereka dapat menyemak jawapan dengan menggunakan papan sifir dan papan menyemak jawapan. Dalam proses ini, mereka dapat menghafal sifir secara tidak langsung. Kajian telah dibuat ke atas 12 orang murid Tahun 2. Pada mulanya, 9 orang daripada murid-murid merupakan murid-murid yang tidak dapat menguasai sifir darab. Namun, selepas menggunakan kit “Easy Mathematics”, bilangan murid yang menguasai sifir darab telah meningkat. Minat pembelajaran murid dalam mata pelajaran Matematik juga meningkat. Analisis keputusan dan data telah menggambarkan penggunaan kit ini telah berjaya mengukuhkan penguasaan konsep asas Matematik dan memudahkan penghafalan sifir darab. K14


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 29 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Penggunaan 'Kaedah 4M' dalam Membantu Murid Prasekolah Menguasai Kemahiran Menulis Strok Bahasa Cina WONG POH YEE [email protected] SJK Chung Hua Batu 10, Kuching, Sarawak ABSTRAK: Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu murid-murid prasekolah meningkatkan kemahiran menulis strok-strok Bahasa Cina dan pada masa yang sama memperbaiki amalan pedagogi amalan pengajaran dan pembelajaran guru. Seramai tiga orang murid berumur enam tahun iaitu Jessie, Mason dan Ginny (nama samaran) dipilih sebagai peserta kajian dalam kajian ini. Hasil tinjauan awal menggunakan analisis dokumen mendapati peserta-peserta kajian menghadapi masalah dalam penulisan strok Bahasa Cina, khususnya strok ‘pie’ dan ‘na’. Kaedah ‘4M’, yang terdiri daripada aktiviti mewarna, menggunting, membentuk strok dengan tanah liat dan latihan menulis, telah diaplikasikan untuk meningkatkan kemahiran menulis peserta kajian. Kaedah pemerhatian dan analisis dokumen telah digunakan untuk mengumpul data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Mason dan Ginny menunjukkan peningkatan yang signifikan dari segi kemahiran menulis dan dapat menulis strok ‘pie’ dan ‘na’ tanpa bimbingan pada akhir intervensi. Manakala Jessie masih memerlukan bimbingan guru atau panduan garisan bertitik untuk menulis strok-strok Bahasa Cina walaupun dia telah menunjukkan peningkatan dari segi kemahiran motor halusnya. Pelaksanaan kajian tindakan ini telah membantu meningkatkan cara pengajaran guru di mana PdPc menjadi lebih seronok dan menarik. Kaedah ‘4M’ masih boleh ditambahbaik dari segi penerapan unsur keseronokan dan kepelbagaian aktiviti ‘handson’. Cadangan untuk kajian seterusnya adalah Kaedah ‘4M’ ini boleh diperluaskan penggunaannya dalam kalangan murid prasekolah semasa belajar penulisan aksara BC. K15


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 30 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation "Disaster Island - LEGO® Challenge: Improving Critical Thinking Skills for Young Learners" Abang Norhanizam Bin Abang Hassan [email protected] IPGM Kampus Tun Abdul Razak Brenda Anak Nyapus [email protected] PPD Serian ABSTRACT: This 3-week action research study looked at how using the Disaster Island - LEGO® Challenge in a classroom setting affected the capacity of Year 5 children to employ critical thinking abilities in a Listening and Speaking activity. Prior to the start of the study, data was collected through observations, field notes, self-reflection questions and a semi-structured interview with the teachers to serve as a benchmark. Thematic analysis was used to examine the data. The study offers some proof that the Disaster Island - LEGO® Challenge helps primary school-aged kids develop their capacity for critical thought by stimulating their imagination based on their previous knowledge, applying problemsolving techniques, and fostering cooperative group work. This also proves that LEGO® bricks can be used to build environments that are extremely conducive to learning. The pupils became more active in the learning process, able to express their ideas and made judgment with increased confidence. Additionally, it shows that a variety of elements, including pupils' interest in LEGO®, assertivenesslevel, creativity, and language proficiency, influence their participation in the assignment. The current article advances the idea that LEGO® bricks can be used as a learning tool for both group and individual tasks. K16


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 31 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation MENGGUNAKAN PEMBELAJARAN TERBEZA UNTUK MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN MURID BAGI SUBJEK PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN KESIHATAN (PJPK) AJAT ANAK SUMOH [email protected] SMK Sungai Maong Kuching Sarawak ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan pedagogi penyelidik sebagai guru PJPK menggunakan intenvensi Pembelajaran Terbeza dalam usaha membantu murid menguasai kemahiran menganalisis untuk meningkatkan Tahap Penguasaan (TP) dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Kebanyakan murid yang bermasalah ini akibat tidak mengikuti PdP secara dalam talian semasa PKP pandemik COVID-19 tahun lepas. Guru juga kurang memberi peluang kepada murid belajar mengikut kepelbagaian yang dimiliki mereka dan perancangan tidak mengikut kepelbagaian murid yang menyebabkan prestasi akademik mereka merosot. Kajian ini dijalankan sebanyak dua gelung berdasarkan Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1990) yang melibatkan proses merancang tindakan, melaksana rancangan yang dibina, memerhati kesan pelaksanaan, mereflek untuk merancang tindakan seterusnya. Peserta kajian terdiri daripada 18 orang murid dari kelas 4 Fikrah dari SMK Sungai Maong yang telah dikenal pasti bermasalah menyelesaikan kemahiran menganalisis. Pendekatan Pembelajaran Terbeza dapat membantu mereka dan menjadikan proses PdP lebih menarik. Data dikumpul berdasarkan hasil dari PdP di dalam kelas seperti latihan, ujian, laporan PBD, temu bual dan soal selidik. Hasil kerja murid disemak dan dianalisis menggunakan peratusan dan kekerapan untuk dibincangkan secara deskriptif dan naratif. Dapatan kajian menunjukkan aplikasi intenvensi Pembelajaran Terbeza berupaya membantu murid menguasai kemahiran menganalisis dan menambah baik amalan pedagogi penyelidik. Implikasinya, para pendidik boleh membina modul sebagai sokongan pedagogi bagi menghadapi keterbezaan murid dan merangka bentuk bengkel, kursus dan latihan untuk guru. Sebagai kesimpulannya, pelaksanaan pendekatan pembelajaran terbeza penting dalam pembelajaran PJPK, mampu membantu dan melatih setiap murid untuk belajar secara optimum. K17


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 32 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation AKTIVITI "DELIGHTFUL DISSOLVING" DAN "DELIGHTFUL DILUTION" DALAM MENINGKATKAN PEMAHAMAN KONSEP KEPEKATAN DAN PENCAIRAN PELAJAR TINGKATAN 6 SAINS SEMESTER 1 ALICE HII JIING YU [email protected] KOLEJ TUN DATU TUANKU HAJI BUJANG ABSTRAK: Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan pemahaman konsep kepekatan dan pencairan pelajar Tingkatan 6 Sains dengan menggunakan aktiviti ”Delightful Dissolving” dan ”Delightful Dilution” Kumpulan sasaran kajian ialah 20 orang pelajar Tingkatan 6 Sains A yang mengambil subjek Kimia 1 untuk STPM. Pelajar Tingkatan 6 Sains A menunjukkan penguasaan konsep kepekatan dan pencairan yang lemah walaupun sudah mempelajari konsep ini semasa Tingkatan 4. Tinjaun awal telah dilaksanakan melalui ujian kuiz pra. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa 50% pelajar menunjukkan penguasaan pada tahap sederhana sahaja. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah merancang aktiviti “Delightful Dissolving” dan “Delightful Dilution” untuk tujuan ini. Kajian rintis telah dijalankan untuk menetapkan kuantiti bahan dan jenis radas yang sesuai digunakan. Hasil pemerhatian aktiviti menunjukkan tahap penglibatan dan pemahaman pelajar meningkat. Keputusan ujian kuiz pos juga menunjukkan peningkatan pemahaman konsep kepekatan dan pencairan. Hasil tinjauan pandangan pelajar menunjukkan bahawa mereka setuju bahawa aktiviti “Deligthful Dissolving” dan “Delightful Dilution” adalah menarik, senang dijalankan dan membantu dalam memahami konsep kepekatan dan pencairan. K18


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 33 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation KEBERKESANAN PENGGUNAAN GAMBAR [KARTUN B-HISTORY] DALAM P&P MEMBANTU PELAJAR MENJAWAB SOALAN KBAT BANUN ANAK UMPING [email protected] SMK JULAU ABSTRAK: Kajian ini dijalankan untuk membantu sebahagian besar daripada murid kelas belakang [5a4] yang tidak dapat menguasai cara menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi [KBAT] dengan baik. Justeru itu keputusan peperiksaan atau ujian topikal serta latihan yang diperolehi tidak memuaskan. Seramai 19 orang murid di dalam kelas tersebut. Hasil dari tinjauan awal mendapati majoriti murid kelas ini gagal dalam mata pelajaran sejarah. Permasalahan ini berlaku kerana murid tidak mampu untuk berfikir bagi mendapatkan jawapan yang kukuh. Rata-rata murid dalam kelas ini menyatakan masalah utama mereka ialah tidak memahami soalan serta mampu memberi jawapan kbat. Dengan itu tidak hairanlah ada pelajar yang tidak menjawab soalan KBAT dalam peperiksaan. Dalam hal ini juga menyebabkan pelajar tidak berminat untuk membaca buku tersebut dan berasa cepat bosan apabila membaca. Apabila pelajar tidak membaca buku, sudah pasti mereka tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam matapelajaran tersebut. Sebagai seorang pelajar, saya turut merasai perkara yang sama apabila berhadapan dengan buku yang penuh dengan teks. Oleh itu, jalan penyelesaian yang dipilih ialah perlu ada satu formula digunakan bagi membantu murid kelas hujung ini ke arah memperkasakan ingatan menjawab soalan KBAT. Kajian tindakan ini berfokus kepada usaha meningkatkan jumlah murid layak sijil serta membantu penguasaan soalan KBAT sejarah oleh murid. Justeru itu murid telah diterapkan dengan pendekatan atau teknik visual tampak KARTUN BHISTORY sebagai usaha meningkatkan prestasi pencapaian mereka. Berdasarkan pencapaian perbandingan Peperiksaan akhir tahun dan ujian pasca serta pemerhatian sikap murid dalam kelas. K19


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 34 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation TEKNIK PENGHAFALAN FORMULA KATION DAN ANION DAN SETERUSNYA MEMBINA FORMULA KIMIA OLEH PELAJAR TINGKATAN 4 DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH NYANYIAN "BARNEY SONGS" CHAI TECK KHIONG [email protected] SMK Rosli Dhoby ABSTRAK: Tajuk Konsep Mol, Formula Kimia dan Persamaan Kimia merupakan salah satu tajuk yang agak sukar dalam subjek Kimia Tingkatan 4. Tinjauan awal mendapati ramai pelajar tidak dapat menulis formula kimia yang betul menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai topik Konsep Mol, Formula Kimia dan Persamaa Kimia bagi subjek Kimia Tingkatan 4. Salah satu punca ialah pelajar sukar menghafal semua formula kation dan anion kerana bilangannya terlalu banyak. Kebanyakan pelajar gagal mendapat markah yang baik dalam subjek kimia kerana formula kimia merupakan asas kimia yang perlu dikuasai oleh pelajarseterusnya ia boleh mempengaruhi pemahaman sub-topik yang seterusnya. Guru telah memperkenalkan kaedah nyanyian ‘Barney Songs’ merupakan kaedah yang dapat meningkatkan daya ingatan pelajar. Pelajar telah didedahkan kepada nyanyian "Barney Songs" selama 40 minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 4 minggu. Keputusan pelajar dalam ujian post didapati meningkat selepas pelajar menggunakan kaedah nyanyian “Barney Songs”. Dapatan kajian ini menunjukkan pelajar lebih dapat mengingat dan seronok belajar formula ion melalui kaedah nyanyian "Barney Songs". Bak kata pepatah yang dipetik dari Twitter “If I could remember school work like remember song lyrics then I would be a genius ...” Enhancing Form 6 Students' Writing in Correct SVA Using WBG CHEN SIEW ENG [email protected] SMK BARU MIRI ABSTRACT: This action research aimed to improve the writing skills among the Upper Form 6 students of SMK Baru Miri. A focused group of 6 students from 3 different classes namely 6 Adil, 6 Amanah and 6 Adil students from Band 3 to Band 4 levels were chosen as samples in this study. The study was conducted a treatment of writing in correct Subject-Verb Agreement (SVA) using Word Bricks Game (WBG) for students to learn and practise in forming correct SVA sentences. It took a period of 3 sessions. In each session, students learnt the SVA rules and applied in forming their sentences. They imitated and learnt from one another for better and correct SVA sentences. The students’ progress was observed by the researcher and 6 students were interviewed. The findings indicated that the treatment helped the 6 students to improve in their sentence making with less errors made in SVA. The implication of this treatment may be extended to the next batch of MUET students. K20 K21


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 35 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Penggunaan 'Peti Kecemasan Doraemon' dalam meningkatkan pembelajaran Mata pelajaran sejarah secara berkumpulan dalam kalangan Murid Tingkatan 4K CHRISTINA TAN [email protected] SMK Penrissen ABSTRAK: Memupuk minat murid dalam mata pelajaran sejarah merupakan aspek yang amat penting dititik beratkan sebelum memasang impian untuk melihat murid memperolehi kecemerlangan. Kajian ini berfokus kepada murid yang tidak meminati mata pelajaran sejarah dan kerap bermain di dalam kelas ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.. Oleh itu seramai 37 orang peserta kajian dari sebuah sekolah menengah luar bandar di Kuching telah menjadi peserta kajian ini. Model Model Kemmis and McTaggart (1988) digunakan untuk menjalankan kajian tindakan ini. Manakala data diperoleh melalui instrumen kajian seperti pemerhatian, lisan dan analisis penglibatan murid dalam aktiviti kelas. Dapatan kajian telah membuktikan bahawa ‘Peti Kecemasan Doraemon’ sebagai alat bantu mengajar yang berjaya membantu murid dan guru. Maka jelaslah bahawa penggunaan bahan dan startegi ini berkesan sebagai medium untuk membantu guru dan murid semasa melaksanakan aktiviti pembelajaran sekali gus meningkatkan peningkatan murid dalam kelas. Kaedah BiSSTT, JaMBaKUP dan TeSeHaSim Membantu Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Melayu Kelas 5 Creative CRYSTAL GALE ANAK MARIN [email protected] SMK Tun Abdul Razak, Serian ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk membantu murid yang kurang menguasai kemahiran menulis karangan untuk menjawab soalan Kertas 1 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu SPM. Sampel kajian melibatkan seramai 5 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Pengkaji memfokuskan kepada penulisan karangan yang berstruktur. Tinjauan awal telah dibuat melalui ujian sebelum intervensi yang menunjukkan murid lemah terhadap penulisan karangan. Melalui tinjauan awal, didapati murid menghadapi masalah memulakan perenggan pendahuluan, mengembangkan perenggan isi dan perenggan penutupan yang pendek. Oleh itu, kaedah BiSSTT, JaMBaKUP dan TeSeHaSim diperkenalkan kepada murid sebagai satu cara untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid dalam penulisan karangan. Kajian juga telah menjalankan pelan tindakan berdasarkan kaedah akronim BiSSTT, JaMBaKUP dan TeSeHaSim yang diperkenalkan dan mendapati penguasaan kemahiran murid dalam penulisan karangan semakin memuaskan jika dibandingkan dengan sebelumnya. Murid-murid telah menunjukkan sikap positif dengan menunjukkan pembelajaran aktif untuk menguasai kemahiran menulis perenggan karangan yang lengkap serta mempunyai keyakinan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam Bahasa Melayu pada peringkat SPM. K22 K23


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 36 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation THE USE OF QPEX AND ASK TECHNIQUE IN TACKLING SPM SPEAKING DISCUSSION TASKS AMONG STUDENTS IN FORM 5 KEM ELVERA NANCIE WILLIAM NORMAN [email protected] SMK PEREMPUAN LIKAS, Kota Kinabalu, Sabah ABSTRACT: This action research aimed to increase ESL students’ speaking skills in tackling SPM Speaking Paper Part 3 Collaborative Discussion Task. 10 students from Form 5 Kemanusiaan (5 KEM) took part in this research. It was shown that the students were not able to tackle the discussion task in Part 3 Speaking paper. They were unable to initiate, maintain and close a discussion using English language. QPEx and ASK technique was introduced to the students and was designed to help the low proficiency learners improve their speaking skills in English. A pre-test and post-test was administered to assess any changes in students’ speaking skills. The results of the pre-test showed the students had low proficiency levels in speaking English, while the post-test results revealed slight improvements in their speaking skills. The mean score increased from 9.59% (pre-test) to 12.28% (post-test). This showed an increase of a mean score of 2.69%. The overall score of the speaking paper is 25%. The results showed that the use of the QPEx and ASK Technique was effective for the low proficient learners in tackling discussion tasks. In addition to the pre-test and post-test, a questionnaire was also administered to the students after the intervention. The questionnaire included questions on the learners’ confidence in participating in English language discussions, their perceived improvements in their ability to tackle discussion task after applying the technique, and the specific aspects of the technique that helped them to improve. The results of the questionnaire showed that the majority of the students reported feeling more confident in their ability to participate in discussions and noticed significant improvements in their ability to tackle discussion tasks. Overall, the findings suggest that the use of the QPEx and ASK technique can be effective in helping low proficient learners to improve their speaking skills in English and tackle discussion tasks. K24


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 37 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Grammarly: Application of Online Grammar Checker to Enhance Students’ Essay Writing FALEY FIONA NGIRING [email protected] SMK St. Joseph (M), Kuching ABSTRACT: This action research aimed at improving essay writing among students of U6F by allowing students to work independently with Grammarly, an online grammar checker. Indeed, the application of this online tool helped students to independently edit their essays for Task 2 Writing Paper. It also increased their awareness on the common mistakes or weaknesses in essay writing. Grammarly allowed students to make changes based on their own preference in writing. It provided the necessary guidelines and suggestions for students to improve their essays. Grammarly provided useful report before and after the students use it. The responses obtained from students were very positive and encouraging. This action research has also benefited the teacher as well, as both teacher and students could explore and learn Grammarly in the process of improving their writing skills. In the end, the students were taking more responsibility for their own learning and showed great satisfaction in their effort. K25


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 38 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Meningkatkan Kefahaman Konsep Penghasilan Bahan Komposit Melalui PBL Bahan Kitar Semula Sebagai Analogi Di Kalangan Pelajar Kimia Tingkatan 4 Dan 5 Di SMK St Joseph Kuching JONG FUI JOON [email protected] SMK St. Joseph, Kuching ABSTRAK: Kajian ini bertujuan mengkaji kesan penggunaan PBL Bahan Kitar Semula sebagai analogi untuk memahami konsep penghasilan bahan komposit dalam sub-topik Bab 8 Subjek Kimia Tingkatan 4. PBL Bahan Kitar Semula digunakan sebagai salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran alternatif selain daripada pendekatan konventional melalui gambar rajah dan bacaan artikel. Objektif kajian ini adalah untuk menghasilkan suatu bahan komposit dari bahan kitar semula di mana ia dapat dijadikan analogi yang dapat dikaitkan dengan bahan komposit yang sebenar. Seramai 142 orang pelajar dari aliran sains Tingkatan 4 dan 5 terlibat dalam kajian tindakan ini. Kajian ini dijalankan sekitar satu bulan. Pada awalnya, semua pelajar kurang memahami fungsi bahan pengukuhan dan bahan matriks dalam bahan komposit melalui bacaan. Pengalaman yang dibina melalui PBL Bahan Kitar Semula membantu pelajar membuat hubungkait antara analogi produk PBL dengan bahan komposit sebenar. Malah, ia tidak memerlukan kos yang tinggi seperti menghasilkan suatu bahan komposit yang sebenar. Pelajar turut memanipulasikan jenis bahan pengukuhan yang berbeza untuk menghasilkan bahan komposit PBL yang berbeza. Semua bahan kitar semula yang senang dijumpai di sekolah seperti plastik transparensi buangan, suratkhabar lama, kertas berwarna dan kertas A4 yang sudah digunakan dijadikan sebagai sumber PBL. Produk yang terhasil dari PBL sebagai analogi dan dikaitkan dengan lima contoh bahan komposit yang dibincangkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Subjek Kimia. Melalui aktiviti PBL, kelebihan bahan komposit lebih senang dikenalpasti berbanding dengan bahan asal. Ujian Pasca menunjukkan 77% pelajar mencapai keputusan yang memberangsangkan iaitu 90% dan ke atas kerana daya ingatan pelajar meningkat. K26


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 39 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation KEBERKESANAN KAEDAH OATMeal BAGI MEMBANTU PELAJAR DIPLOMA TAHUN 1 DI KOLEJ VOKASIONAL SIBU UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN MENENTUKAN TITIK PUSINGAN SESUATU LENGKUNG BAGI TOPIK PEMBEZAAN KHUENISSA GRACE BINTI LAWRENCE [email protected] Kolej Vokasional Sibu ABSTRAK: Kajian ini dijalankan untuk menguji keberkesanan kaedah OATMeal terhadap 10 orang pelajar Kohort 2022 Diploma Vokasional Malaysia (DVM) Tahun 1, Program Teknologi Elektronik di Kolej Vokasional Sibu terhadap konsep menentukan titik pusingan sesuatu lengkung bagi topik Pembezaan. Kaedah ini melibatkan perwakilan huruf O, A, T dan M untuk mewakili setiap proses dan langkah dalam mencari titik pusingan dan menentukan sama ada satu titik pusingan itu ialah titik maksimum atau titik minimum. Kaedah pengajaran mnemonik ini sangat membantu untuk pelajar pelbagai peringkat untuk mengingatsesuatu proses dengan lebih mudah. Ujian Pra dan UJian Pos serta soal selidik telah dijalankan untuk mengumpul data. Data dianalisis menggunakan perisian Excel. Hasil analisis kajian menunjukkan kaedah petak dan langkah kerja yang sistematik dapat membantu pelajar menjawab soalan mengenai konsep titik pusingan sesuatu lengkung dengan lebih teratur serta boleh membantu pelajar menguasai topik Pembezaan dengan baik. Hasil analisis data mendapati bahawa hampir kesemua pelajar menunjukkan peningkatan markah dalam Ujian Pos berbanding Ujian Pra. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah OATMeal berkesan sebagai alternatif untuk membantu meningkatkan penguasaan pelajar dalam menjawab soalan struktur dan teknik menjawab soalan yang melibatkan proses dan langkah penyelesaian yang berkait seperti mencari titik pusingan lengkung bagi topik Pembezaan. K27


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 40 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation PENGGUNAAN MODUL PENYELESAIAN PRAKTIS KENDIRI BUKU TEKS UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MATEMATIK MURID T4 BESTARI LAU CHIK KONG [email protected] SMK BUKIT ASSEK SIBU ABSTRAK: Kajian tindakan ini dijalankan dengan tujuan meningkatkan kemahiran Matematik murid terhadap penyelesaian praktis kendiri buku teks Matematik Tingkatan 4. Seramai 21 orang murid kelas 4 Bestari SMK Bukit Assek yang mengambil mata pelajaran Matematik dan seorang guru mata pelajaran terlibat dalam kajian ini. Dalam kajian tindakan ini, saya menggunakan modul penyelesaian dalam perbincangan dan pendemonstrasian terhadap praktis kendiri buku teks semasa pengajaran dan pembelajaran sebagai program intervensi untuk memudahkan murid memahami dan menguasai caracara atau langkah-langkah penyelesaian yang sistematik serta teratur dengan betul dan tepat. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian dan praujian. Hasil tinjauan menunjukkan sama ada murid tidak menghantar latihan praktis kendiri dalam buku teks yang lengkap secara konsisten atau tidak boleh menyelesaikan praktis kendiri buku teks dengan cara atau langkah penyelesaian yang betul. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran Matematik murid. Kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 4 minggu. Keputusan pascaujian telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Manakala dapatan soal selidik pula menunjukkan sebanyak 71.4% orang murid lebih memahami cara-cara dan langkah-langkah penyelesaian praktis kendiri buku teks melalui penggunaan modul tersebut. Dengan penggunaan Modul Penyelesaian Praktis Kendiri Buku Teks, proses pengajaran dan pembelajaran guru menjadi lebih senang dan mudah seterusnya dapat meningkatkan pemahaman dan kemahiran murid dalam pembelajaran mereka. K28


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 41 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation PEMBENTANGAN KUMPULAN TEKNIK UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERTUTUR MURID LAURA ANAK SEMAN [email protected] SMK Tinggi Sarikei ABSTRAK: Kajian tindakan ini saya rancang apabila mendapati majoriti murid Tingkatan 1 kurang mahir bertutur menggunakan bahasa Melayu yang betul di dalam kelas. Murid-murid ini juga kurang keyakinan apabila diminta menjawab soalan menggunakan bahasa Melayu. Kemahiran bertutur penting dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) kerana kemahiran ini salah satu daripada tiga kemahiran yang diuji dalam bahasa Melayu. Melalui penguasaan kemahiran mendengar dan bertutur, murid berketerampilan dalam berkomunikasi, penyampaian maklumat, pendapat dan hujah secara kreatif. Tambahan lagi, pada masa akan datang kemahiran bertutur atau lisan ini turut diuji dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Kertas 3. Kelemahan murid dalam bertutur pastinya memberi impak kepada keputusan peperiksaan mereka kelak. Oleh itu, murid wajar dipersiap agar mempunyai kemahiran bertutur yang mantap, bertatasusila dan berkesan. Lantaran itu, saya telah menggunakan masa yang ada untuk meningkatkan kemahiran bertutur murid melalui aktiviti pembentangan secara berkumpulan di dalam kelas. Aktiviti pembentangan secara berkumpulan ini merupakan pembelajaran yang berpusatkan murid yang membolehkan murid berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar mengikut keupayaan diri agar dapat membina keyakinan berbahasa dalam kalangan mereka. Kajian Tindakan ini melibatkan murid Tingkatan 1A seramai 30 orang dan dilaksanakan selama tujuh minggu waktu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di bilik darjah. Hasilnya, murid lebih yakin dan berani bertutur dalam bahasa Melayu selepas beberapa aktiviti pembentangan kumpulan dilaksanakan. Pada masa akan datang, aktiviti pembentangan berkumpulan ini boleh dipelbagaikan untuk menjadikan pembentangan lebih menarik sekali gus meningkatkan kemahiran bertutur murid dalam bahasa Melayu. K29


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 42 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK MENINGKATKAN KEMAHIRAN KOMUNIKATIF DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN ENAM KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF LILA ANAK INTAI [email protected] SMK TUN ABDUL RAZAK, Serian ABSTRAK: Matlamat pendidikan Kesusasteraan Melayu ialah melengkapkan murid dengan ilmu sastera dan murid dapat menghayati, menghargai, mencintai dan memupuk rasa bangga terhadap bahasa dan sastera Melayu dalam bidang pendidikan. Namun isu yang dibangkitkan adalah masalah murid untuk memahami bahan sastera yang dikaji dan persekitaran pembelajaran yang membosankan. Reka bentuk kajian ini ialah Kajian Tindakan dan menggunakan kaedah kualitatif. Kajian ini berdasarkan model Kemmis & Mc Tggart bagi mengumpul dapatan untuk menganalisis intervensi yang dilaksanakan dalam usaha menambah baik amalan kendiri guru. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui refleksi, ujian serta pemerhatian. Responden pengkaji terdiri daripada 5 pelajar dari Tingkatan Enam Sastera. Pengkaji telah menggunakan kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran aktif dan murid menguasai aspek kemahiran komunikatif. Instrumen kajian ialah ujian, pemerhatian dan catatan refleksi untuk mengumpul dan menganalisis data keberhasilan. Refleksi kajian tindakan menunjukkan Pembelajaran Berasaskan Projek telah berjaya mewujudkan pembelajaran aktif dan dapatan kajian juga menunjukkan peningkatan tahap penguasaan responden dalam kemahiran komunikatif. IMPROVING FORM 6 STUDENTS' VOCABULARY AND ENGLISH LANGUAGE SPEAKING FLUENCY THROUGH SHADOWING TECHNIQUE. LINDA ANAK DANIK [email protected] SMK St. Joseph(M), Kuching ABSTRACT: This research was conducted to study the effectiveness of improving U6C students’ vocabulary and English language speaking fluency through Shadowing technique. Shadowing technique is a learning technique which can be used by learners independently to improve their English language intonation, pronunciation and vocabulary by listening to a video or audio of someone speaking and repeating what they say in real time. Many of the U6C students faced difficulties to speak fluently in English language mainly due to their lack of vocabulary and pronunciation knowledge. During the speaking practices conducted in class, it could be observed that the students did not perform well for their Speaking tasks given due to frequent pauses, wrongly pronounced words and lack of vocabulary knowledge to express their viewpoints correctly. They also showed low level of confidence during their speaking presentations as well. After carrying out a few cycles of activities related to Shadowing technique, majority of the students of U6C showed improvement in their speaking tasks scores for their Post-Test compared to Pre-Test. Thus, it could be concluded that Shadowing technique did show a positive impact towards helping students to improve their vocabulary and English language speaking fluency. K30 K31


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 43 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation PENGINTEGRASIAN M-LEARNING DALAM MENYAMPAIKAN KURSUS KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPADA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) LU YEW CHING [email protected] SMK Julau ABSTRAK: Kursus kemahiran komunikasi merupakan sebahagian daripada kurikulum penting PembimbingRakan Sebaya (PRS). Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pandemik COVID-19 pada 18 March 2020 telah mengekang penyampaian kursus ini secara bersemuka. Justeru,pengamalpenyelidik telah mengambil keputusan untuk menjalankan kursus ini secara dalam talian, menggunakan telefon mudah alih kerana kebanyakan ahli PRS mempunyai telefon mudahalih peribadi. Kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk menjelaskan bagaimana pengamal-penyelidik telah mengintegrasikan M-Learning dalam menyampaikan kursus kemahiran komunikasi kepada PRS semasa PKP pandemik COVID-19. Pengintegrasian M-Learning merupakan intervensi kajian ini yang melibatkan penggunaan WhatsAap Group dan Google Forms. Proses Kajian Tindakan Hendricks (2016) telah diadaptasikan dalam kajian ini yang terdiri daripada tiga fasa utama iaitu mereflek, bertindak dan menilai. Data dikumpulkan secara kualitatif iaitu melalui dokumen penyampaian kursus komunikasi, buku catatan murid dan rakaman video. Data-data telah dianalisis dan dipersembahkan secara naratif yang menjelaskan bagaimana pengamal-penyelidik telah mengintegrasikan M-Learning dalam menyampaikan kursus kemahiran komunikasi. Pengintegrasian M-Learning telah membantu pengamal-penyelidik menyampaikan kursus PRS secara dalam talian sekaligus meningkatkan penguasaan kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan PRS. Selain itu, penglibatan pengamalpenyelidik dalam kajian ini, khususnya semasa PKP pandemik COVID-19 telah memberi potensi dan peluang untuk menguasai aplikasi teknologi dalam proses memudahcara penyampaian dalam apa jua keadaan sekalipun. K32


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 44 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation KAD ’LM’ UNTUK MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID TINGKATAN LIMA DALAM TOPIK KINEMATIK GERAKAN LINEAR MATEMATIK TAMBAHAN MA CHI NAN [email protected] SM ST. Michael, Penampang ABSTRAK: Murid Tingkatan lima di sekolah penyelidik sentiasa tidak dapat menguasai topik Kinematik Gerakan Linear. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji pencapaian murid dalam ujian pencapaian Kinematik Gerakan Linear Matematik Tambahan dengan penggunaan kad ‘LM’ semasa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dengan kaedah penyelidikan kuasi eksperimental. Populasi kajian ini ialah semua murid menengah atas sebuah sekolah menengah kerajaan di daerah Penampang, yang mengambil mata muridan Matematik Tambahan pada tahun 2021 dan tahun 2022, iaitu seramai 141 orang murid. Penyelidik memilih semua murid daripada 5 Amanah dan 5 Bestari tahun 2022 yang berjumlah 57 orang murid sebagai kumpulan eksperimen yang diajarkan dengan penggunaan kad ‘LM’, dan semua murid daripada 5 Amanah dan 5 Bestari tahun 2021 yang berjumlah 52 orang murid sebagai kumpulan kawalan kajian ini yang diajarkan dengan kaedah pengajaran tradisional sahaja, dengan menggunakan pensampelan purposif. Penyelidik menggunakan ujian yang terdiri daripada satu soalan Kinematik Gerakan Linear dengan jumlah 10 markah yang memerlukan 15 minit. Kertas ujian tersebut ditadbirkan ke atas kedua-dua sampel kajian itu. Dapatan kajian bagi ujian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan skor purata yang signifikan bagi pencapaian ujian antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan. Oleh itu, disimpulkan bahawa penggunaan kad ‘LM’ dalam proses pembelajaran dan pengajaran adalah berkesan untuk membantu meningkatkan pencapaian murid dalam Kinematik Gerakan Linear Matematik Tambahan. K33


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 45 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation KEBERKESANAN MENGGUNAKAN BARANG-BARANG DI SEKELILING SEBAGAI ALAT MENGAJAR MENGENAL HURUF DAN MEMBACA PERKATAAN DENGAN BETUL MARTIUS MAPANG ANAK JAMBA [email protected] SMK TEBEDU, SERIAN, SARAWAK ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan menggunakan barang -barang di sekeliling sebagai alat mengajar mengenal huruf dan membaca perkataan dengan betul terhadap seorang pelajar tingkatan 1 Excellent yang tidak mahir membaca dalam bahasa Melayu di SMK Tebedu, Serian. Responden dalam kajian ini seorang pelajar lelaki sahaja. Ujian pra telah dijalankan bagi mengenal pasti keupayaan pelajar tersebut dalam mengenal huruf dan membaca perkataan. Namun, menunjukkan kesukuran pelajar tersebut dalam mengenal huruf dan membaca perkataan. Ujian pra dan ujian pasca dijalankan menulis abjad “abc” serta membaca dan menulis dua suka kata untuk tiga perkataan serta membaca. Ujian ini menggunakan cara pemerhatian dan bertulis. Dapatan kajian menunjukkan objektif tercapai. Penggunaan barang-barang di sekeliling mampu membantu pelajar yang tidak mahir dalam membaca dapat mengenal huruf dan membaca perkataan yang ditunjukkan kepada pelajar tersebut. Instrumen kajian yang digunakan adalah Teknik Nametag atau tanda nama yang dilekatkan pada barang-barang di sekeliling. Hasil akhir menunjukkan pelajar dapat mengenal huruf dan membaca dua perkataan, tambahan lagi, kajian ini telah meningkat motivasi pelajar tersebut untuk terus membaca dan mengenal huruf dalam dan luar bilik darjah. K34


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 46 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation MENINGKATKAN PENGUASAAN ELEMEN TATABAHASA BERBANTUKAN "KUJI MORSIN" DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM MOHD FIRDAUS BIN ABD SALAM [email protected] SMK Gunsanad, Keningau, Sabah ABSTRAK: Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan elemen tatabahasa dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam yang menduduki peperiksaan semester dua sebagai peperiksaan ulangan. Seramai lapan orang pelajar dikenal pasti sebagai kumpulan sasaran yang kajiannya berpandukan Model Kemmis&McTaggart. Pelajar menghadapi masalah semasa melakukan ulang kaji kerana pada masa yang sama mereka terpaksa menyiapkan kerja kursus dan akan menduduki peperiksaan semester tiga. Bagi menambah baik amalan bimbingan ulang kaji seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar, pengkaji telah menyediakan “K-Uji MORSIN” yang merupakan kad infografik sebagai bahan bantu semasa melaksanakan bimbingan ulang kaji. Bahan ini mengandungi enam elemen tatabahasa iaitu Morfologi, Golongan Kata, Bentuk Kata, Kata Kerja, Frasa & Klausa, dan Ayat. Pengkaji telah melaksanakan fasa tindakan selama tiga minggu diikuti fasa pemerhatian selama seminggu. Hasil keputusan latihan pascaujian dan temu bual pascaintervensi, pengkaji mendapati berlaku perubahan yang signifikan terhadap pencapaian pelajar. Perubahan tersebut menepati sasaran dua objektif khusus, iaitu: i) Meningkatkan pencapaian elemen morfologi berbantukan “K-Uji MORSIN” dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam, dan ii) Meningkatkan pencapaian elemen sintaksis dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam. Kajian juga mendapati “K-Uji MORSIN” boleh diadaptasi sebagai bahan PdPc untuk tajuk lain yang terdapat dalam semester tiga, seterusnya menambah baik amalan bimbingan ulang kaji dalam kalangan guru di dalam kelas. K35


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 47 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Meningkatkan Kemahiran Menulis Huraian Soalan Esei Pendidikan Moral SPM Menggunakan Teknik Jadual Pasang Siap Mak Bagi Kek Coklat MOREECA ANAK ANGGO [email protected] SMK Penrissen ABSTRAK: Kajian tindakan ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah 26 orang murid tingkatan 5 yang tidak dapat menulis huraian jawapan bagi soalan esei Pendidikan Moral. Antara permasalahan yang dihadapi oleh murid ialah tidak mempunyai idea untuk menghuraikan jawapan bagi soalan esei. Murid juga tidak mahir memberikan huraian lanjutan bagi soalan esei sehingga menjejaskan minat mereka untuk terus mempelajari subjek Pendidikan Moral. Murid juga sering mengulang soalan dan mengulang pernyataan sebagai huraian dan ini menyebabkan murid merasa sukar untuk menjawab soalan esei. Bagi mengatasi masalah ini, guru telah mencipta bahan bantu mengajar iaitu menggunakan jadual pasang siap bagi membantu murid menjana idea menulis huraian. Teknik yang dibangunkan ini menggunakan teknik mnemonik untuk membantu murid menulis huraian dan teknik ini telah dikongsikan dan dipanjangkan oleh pengkaji bersama-sama rakan Panitia Pendidikan Moral di beberapa buah sekolah menengah. Penggunaan Mnemonik sebenarnya sudah lama dipraktiskan di dalam kelas oleh golongan pendidik. Mnemonik merupakan formula fakta untuk memudahkan ingatan sama ada berbentuk Teknik Akronim, Teknik Akrostik, Teknik Kata Kunci dan Teknik Loci. Kesemua teknik tersebut dapat meningkatkan daya ingatan dan melatih murid menulis huraian semasa menjawab soalan esei. Metodologi kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang diasaskan oleh Kemmis & Mc Taggart 1988. Sebanyak dua kitaran dijalankan terhadap 26 orang murid tingkatan 5 di salah sebuah sekolah daerah Padawan. Dapatan kajian diperolehi menggunakan instrumen seperti refleksi pembelajaran dan pemudahcaraan guru, pemerhatian, markah peperiksaan, temu bual dan jawapan murid sewaktu menjawab soalan. Implikasi kajian ini mendapati bahawa penggunaan jadual pasang siap Mak Bagi Kek Coklat telah berjaya menambah baik amalan pembelajaran dan pemudahcaraan guru dengan menerapkan penggunaan bahan bantu mengajar berbentuk jadual pasang siap sekali gus meningkatkan minat murid mempelajari subjek Pendidikan Moral. K36


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 48 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Penggunaan Teknologi "Augmented Reality" dalam PDPC bagi Menguasai Teori Elemen dan Prinsip bagi Subjek Reka Bentuk dan Teknologi melalui Kaedah Akronim. NURAIDAAMALIA BINTI MOHD HAMIM [email protected] SMK Three Rivers, Mukah ABSTRAK: Reka Bentuk & Teknologi (RBT) merupakan mata pelajaran yang di transformasikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada semua sekolah di Malaysia bagi mempersiapkan pelajar mempunyai pemikiran secara global dan kreatif serta memahami bagaimana mengaplikasikan teknologi masa kini dalam menyelesaikan masalah masa depan. Oleh itu, guru teknikal dan vokasional di sekolah perlu mengajar subjek ini bagi menggantikan subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) pada sebelum ini. Pelaksanaan mata pelajaran RBT memberi penekanan kepada pendedahan dalam mereka bentuk dan penghasilan produk yang berasaskan projek dengan menerapkan elemen dan prinsip teknologi yang dipelajari namun dalam pembangunan projek yang dijalankan pelajar harus mengetahui serta memahami beberapa teori dalam mata pelajaran RBT untuk diterapkan bersama dalam projek yang dihasilkan. Kajian ini dijalankan bagi menambahbaik amalan pengajaran guru didalam bilik darjah dan sekaligus membantu pelajar untuk mudah menghafal teori bagi Elemen dan Prinsip dalam Reka Bentuk dan Teknologi tingkatan 1 bab 1 unit 1.1.2 dan unit 1.1.3. Elemen dan Prinsip dalam Reka Bentuk dan Teknologi merupakan teori paling asas yang pelajar perlu hafal dan faham kerana teori ini akan dibawa daripada tingkatan satu hingga ke tingkatan tiga dengan menggunakan kaedah hafalan kata kunci (Akronim) dan diterjemahkan semula dalam tutorial “Augmented Reality” seiring dengan perubahan revolusi teknologi 4.0 iaitu penerapan teknologi digital dalam pembelajaran dan pengajaran. Tinjauan awal telah dibuat melalui analisis peperiksaan pertengahan tahun dan didapati sebilangan besar pelajar menjawab dengan salah teori Elemen dan Prinsip bagi soalan struktur berteori dan juga pengaplikasian teori berikut dalam membangunkan gabungan objek asas yang menyumbang markah yang besar kerana kekerapannya ditanya yang tinggi dalam soalan peperiksaan. K37


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 49 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Playing Card dalam meningkatkan kefahaman nilai universal NURUL IMANIE BINTI MOHD KHUZAIMI [email protected] SMK TEBEDU, SERIAN, SARAWAK ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman murid tentang nilai universal dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. Kajian ini berfokuskan kepada dua objektif khusus iaitu memastikan murid memahami 18 nilai universal dan membantu murid mengingat nilai dengan baik. Seramai 16 orang murid dari Tingkatan 2 Amanah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tebedu dipilih sebagai responden kajian. Data untuk kajian ini dikutip melalui pemerhatian serta ujian pra dan ujian pos murid dalam bentuk templat latihan untuk menguji keberkesanan kaedah Playing Card. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 13 orang murid berjaya menguasai tahap baik, dua orang murid di tahap sederhana dan seorang murid di tahap lemah dalam memahami nilai universal Pendidikan Moral. Selain itu, penglibatan murid dapat dilonjakkan dan mewujudkan pembelajaran mata pelajaranPendidikan Moral lebih kondusif dan menarik. Kaedah ini juga secara tidak langsung membantu murid menghafal 18 nilai universal dengan mudah, cepat dan berkesan. Secara keseluruhannya, kaedah ini menunjukkan keberkesanan kepada murid dalam menguasai kefahaman nilai universal. K38


PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 50 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation PENGGUNAAN TEKNIK KAPKKA DALAM ANALISIS PERMINTAAN AGREGATPENAWARAN AGREGAT (AD-AS) UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI EKONOMI 2 DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 6 TAHUN 2022. STELLA @ CAROLINE AK JOHN BOSCO BISCOP [email protected] SMK St Joseph, Kuching ABSTRAK: Kajian ini adalah berkenaan dengan teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh pengkaji untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran dan pengajaran. Tanpa teknik ini kemahiran analisis gambar rajah sukar dijalankan dengan berkesan. Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menganalisis gambar rajah dalam kalangan pelajar yang lemah dalam mata pelajaran Ekonomi 2 dengan menggunakan teknik KAPKKA. Responden kajian terdiri daripada empat orang pelajar lemah dalam kelas yang seramai tiga belas orang pelajar dalam Tingkatan 6 Atas D. Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk pemerhatian ke atas pelajar yang lemah dari segi tingkah laku mereka sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung selain daripada Ujian Pra dan Ujian Pos. Sehubungan dengan itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden mempunyai masalah dalam menganalisis gambar rajah Ekonomi. Maka, dengan menggunakan Teknik KAPKKA, pelajar lemah boleh menjawab soalan berbentuk analisis dengan baik sebab teknik ini mempunyai langkah-langkah yang mudah dan senang diingat. Kesimpulannya, bagi mengatasi masalah ini, satu teknik atau pendekatan yang mudah amatlah penting bagi membantu responden menguasai kemahiran analisis untuk kepentingan mereka di masa akan datang. K39


Click to View FlipBook Version