PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 51 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation KAD “K-ONNECT”: MENINGKATKAN PEMBELAJARAN PELAJAR DALAM PELBAGAI SUBTOPIK BERKAITAN KESTABILAN BAHAN BAGI MATAPELAJARAN KIMIA TINGKATAN 6 YIP LAU KHENG [email protected] SMK ST ANTHONY, SARIKEI ABSTRAK: Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan pembelajaran pelajar dalam sub-topik berkaitan kestabilan bahan dalam sukatan pelajaran Kimia STPM Semester 2. Pelajar dikenalpasti menghadapi masalah dapat memahami kehendak soalan mengenai kestabilan bahan. Mereka tidak menggunakan kata kekunci yang betul mengenai kestabilan bahan yang berbeza dan seterusnya gagal menghuraikan dengan tepat dalam penulisan soalan esei. Perancangan tindakan difokuskan kepada pengunaan Kad “K-ONNECT” (Keyword to cONNECT). Kajian ini diselesaikan dalam tempoh 3 bulan (bulan Mac – Jun Tahun 2022) untuk semua sub-topik berkaitan dengan kestabilan bahan. Sampel kajian melibatkan kelas 6 Sains Semester 2 seramai 14 orang pelajar. Hasil dapatan menunjukkan peningkatan dalam pencapaian markah dalam ujian untuk kebanyakan pelajar. Selain itu, terdapat perubahan dalam tingkah laku pembelajaran di mana pembelajaran menjadi lebih aktif dan menyeronokkan. Pelajar berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan, memupuk semangat yang kuat untuk menguasai isi pembelajaran Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Melayu Pt3 Dengan Kaedah Rajah “Burger” NUR AINUL MARDHIAH MICHELLE BINTI RAJANG [email protected] SMK Tun Abdul Razak ABSTRAK: Bahasa Melayu merupakan salah satu matapelajaran yang wajib dikuasai olehpelajar tidak kira sama ada mereka berada di sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Sebagai guru subjek Bahasa Melayu sekolah menengah, saya mendapati kebanyakan pelajar, lebih-lebih lagi pelajar Tingkatan 3 Creative tidak dapat menulis karangan denganlengkap mengikut pemerengganan yang telah diajar walaupun mereka mengetahui isi karangan, namun merekatidak dapat menulis karangan dengan baik. Saya memfokuskan kepada meningkatkan tahap penguasaan murid tingkatan 3 dalam penulisan karangan Bahasa Melayu yang lengkap. Oleh itu, saya telah menggunakan kaedah rajah “Burger” untuk menghasilkan satu karangan yang lengkap. Seramai 26 orang pelajar tingkatan 3 Creative dan seorang guru yang terlibat dalam kajian ini dengan menggunakan beberapa instrument seperti pemerhatian, pemeriksaan buku latihan termasuklah ujian pra dan kajian tindakan ini dilaksanakan selama 4 bulan iaitu selama 90 minit pada setiap hari Rabu. Melalui kajian tindakan yang telah dijalankan, saya mendapati ada peningkatan markah dalam kalangan pelajar. K40 K41
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 52 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation KEBERKESANAN KELAS PASCA GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL UNTUK MEMBANTU PELAJAR TINGKATAN 3 MEMBUAT PEMILIHAN SUBJEK ELEKTIF SIJIL PELAJARAN MALAYSIA Siew Haw Siong [email protected] SMK SACRED HEART SIBU ABSTRAK: Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan Kelas Pasca Grafik Komunikasi Teknikal (GKT) untuk membantu pelajar Tingkatan 3 membuat pemilihan subjek elektif Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Seramai 34 orang pelajar Tingkatan 3 SMK Sacred Heart yang berkelayakan dari segi pencapaian akademik terlibat dalam kajian ini. Dalam kajian tindakan ini, saya menggunakan Google Form untuk mendapatkan maklum balas pelajar terhadap Kelas Pasca GKT sebelum dan selepas kelas diadakan. Melalui dapatan kajian, pelajar bukan sahaja ingin mengetahui format SPM, topik-topik dan tugasan GKT malah mereka juga ingin mengetahui kursus universiti yang ditawarkan berkaitan dengan GKT. Seramai 97.1% pelajar bersetuju bahawa Kelas Pasca GKT ini dapat membantu mereka membuat pemilihan subjek elektif. Namun begitu, seramai 23.5% pelajar memberi cadangan bahawa guru dapat memperbanyak latihan dan membuat demonstrasi cara melukis untuk membantu mereka meningkatkan kemahiran melukis dan kebolehan imaginasi. Secara keseluruhan, seramai 82.4% pelajar berpendapat Kelas Pasca GKT ini perlu diteruskan kepada pelajar Tingkatan 3 pada masa akan datang. K42
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 53 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation “Keberkesanan Penggunaan Enam Segitiga Bagi Membantu Pelajar Diploma Tahun 1 Teknologi Elektronik Semester 1 di Kolej Vokasional Sibu Untuk Mengingatkan Rumus Bagi Pengiraan Berkaitan Dengan Osiloskop)” BERNADINE IDA ANAK MINGGU [email protected] JESTER ANAK NYAWAI [email protected] KOLEJ VOKASIONAL SIBU ABSTRAK: Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan menentukan keberkesanan penggunaan enam segitiga yang mengandungi hubungkait antara gambar rajah dan rumus pengiraan berkaitan dengan Osiloskop bagi kursus DEB1223 Pengukuran Dan Instrumentasi yang dipelajari oleh pelajar Diploma Tahun 1 Teknologi Elektronik pada semester 1 di Kolej Vokasional Sibu untuk ambilan 2022. Kaedah yang digunakan ini dipercayai dapat membantu pelajar memahami sesuatu tajuk secara terperinci terutama melibatkan tentang pengiraan dan rumus yang sukar diingati oleh pelajar. Tajuk topik 4 pada DEB1223 iaitu Instrumentasi : Pengenalan Kepada Osiloskop dipilih untuk menjalankan keberkesanan kajian ini. Aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan melibatkan “pengiraan voltan puncak, voltan puncak ke puncak, frekuensi, tempoh, dan voltanpunca min kuasa dua (Vpmkd). Aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan melibatkan aktiviti menjawab soalan pengiraan berkaitan dengan osiloskop, perbincangan bersama kelas, dan pembacaan nota kuliah untuk mencari maklumat terperinci yang penting. Kemahiran membuat pengisian maklumat dan rumus berkaitan pengiraan gelombang yang dipaparkan oleh osiloskop pada enam segitiga juga dijalankan Penilaian dibuat melalui ujian diagnostik (ujian pos) yang akan menunjukkan kesan penggunaan kaedah ini dalam PdPc dan soalan kuiz juga dijalankan. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa kaedah penggunaan enam segitiga ini telah memberikan kesan yang diharapkan bagi pelajar Diploma Tahun 1 Teknologi Elektronik kerana berlaku peningkatan prestasi yang diharapkan dalam keputusan ujian pos selepas penggunaan kaedah tersebut. K43
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 54 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Mengurangkan Tingkah Laku Mengganggu Murid Melalui Kaedah Token Ekonomi dan Buku Ganjaran Semasa Sesi PdPc Terhadap Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) NUR ARTIEFAH BINTI MOHTAR [email protected] NUR’AINI BINTI BAHAROM [email protected] SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TEBEDU, SERIAN, SARAWAK. ABSTRAK: Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengurangkan tingkah laku mengganggu murid melalui kaedah Token Ekonomi dan Buku Ganjaran semasa sesi PdPc terhadap murid berkeperluan Pendidikan khas(MBPK). Kajian ini dilaksanakan terhadap 3 orang pelajar lelaki Tingkatan 2 daripada kelas PPKI 2, SMK Tebedu yang mempunyai masalah hiperaktif dan lembam. Tinjauan awal telah dibuat melalui pemerhatian yang menunjukkan kecenderungan pelajar yang sukar untuk menumpukan perhatian semasa waktu PdPc dan mengganggu keseluruhan proses pembelajaran. Oleh itu pendekatan peneguhan positif melalui kaedah Token Ekonomi dan Buku Ganjaran digunakan bagi mengenal pasti keberkesanan kaedah ini dalam mengurangkan tingkah laku mengganggu MBPK semasa sesi PdPc. Bagi melihat hasil intervensi ini, data dikumpulkan melalui pemerhatian dan video. Data-data yang dikumpulkan kemudian dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan kaedah yang dilaksanakan adalah berkesan dan berupaya untuk membantu dari segi kawalan kelas serta secara tidak langsung turut dapat meningkatkan minat murid-murid dalam PdPc. K44
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 55 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Penggunaan Aplikasi Fit and Click JAMA dalam Pembelajaran Graf Jarak-Masa TIONG SIEW JEN [email protected] MICTHELLE GWENDOLYNE ANAK CHUBING [email protected] KOLEJ VOKASIONAL SIBU ABSTRAK: Produk inovasi “Fit and Click JAMA” merupakan satu produk inovasi yang praktik dan mudah bagi tujuan membantu pelajar menguasai dan memahami konsep dalam menghuraikan situasi graf pergerakan melibatkan mata pelajaran Matematik Tingkatan 4 Bab 7 graf gerakan dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) aliran perdana dan Matematik Semester 4 Bab 2 Graf Gerakan dalam Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) aliran vokasional. Penghasilan produk inovasi “Fit and Click JAMA” menekankan konsep pembelajaran yang berpusatkan murid dan gabungan kaedah pembelajaran berasaskan Inkuiri dimana pelajar meneroka sendiri produk inovasi “Fit and Click”. Produk inovasi “Fit and Click JAMA” ini juga menekankan kaedah pembelajaran VAK (Visual, Auditori, Kinestetik) dimana pelajar dapat membayangkan situasi sebenar pergerakan graf yang diberikan menggunakan simulasi “Fit and Click JAMA” dan kinestetik pelajar dilibatkan secara aktif aktiviti hands on yang dijalankan semasa simulasi dilakukan. Bagi inovasi pada peringkat permulaan yang dijalankan, pilihan responden hanya tertumpu kepada pelajar aliran vokasional seramai 15 orang pelajar SVM 2 Semester 4 yang terdiri daripada 2 orang pelajar perempuan dan 13 orang pelajar lelaki sebagai responden inovasi. Data produk inovasi ini dikumpul menggunakan kaedah pemerhatian, pengedaran soalan pra dan soalan pos serta soal selidik. Hasil maklumat kajian inovasi mendapati bahawa produk inovasi “Fit and Click JAMA” yang diperkenalkan sangat membantu pelajar menguasai topik graf gerakan jarak-masa dan juga merupakan inisiatif yang baik dalam membantu dan memudahkan guru untuk menyediakan suatu pembelajaran yang bermakna kepada pelajar. K45
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 56 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Tajuk “Pembelajaran Berasaskan Projek: Menguasai Konsep Bandar Lestari Dalam Mata Pelajaran Geografi Menengah Atas” HII MING TOH [email protected] CHUA SIAN PING [email protected] SMK Luar Bandar No.1 Sibu ABSTRAK: Pembelajaran berasaskan projek merupakan pendekatan pembelajaran yang memerlukan pelajar menangani masalah secara penghasilan produk sebagai artifak pembelajaran. Pelajar akan bertindak sebagai seorang penyelesai masalah, pembuat keputusan, perekacipta dan penyelidik dalam penghasilan artifak pembelajaran ini. Kajian ini dijalankan dengan objektif umum meningkatkan kesedaran pelajar tentang kelestarian alam sekitar dan objektif khusus membantu pelajar menguasai konsep bandar lestari serta mencapai tahap penguasaan 6 dalam tajuk urbanisasi Geografi Tingkatan 4. Seramai 6 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Kajian ini dilakukan dalam tempoh masa 7 minggu untuk menyiapkan model bandar lestari yang mesra alam. Pemerhatian guru terhadap proses dan hasil pelajar adalah sangat memuaskan. Keputusan kuiz pra dan pos juga menunjukkan peningkatan pelajar terhadap penguasaan topik ini. Sesi temubual dengan pelajar juga turut dijalankan dan dirakamkan sebagai eviden. Akhir sekali, pelajar telah berjaya menguasai tajuk ini dan diberikan tahap penguasaan 6. K46
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 57 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation WONDER BOX-ING FORM 5 HISTORICAL FACTS: AN ACTION RESEARCH IN OVERCOMING STUDENTS’ LACK OF INTEREST CATHARINA STEPHEN [email protected] NONA STEPHEN [email protected] Saratok Education District Office ABSTRACT: Studying and understanding historical facts have always been a burden to the Form 5 learners as they struggle to retain their interests during History lessons in the classroom. Therefore, this action research aims to help the students in overcoming their short span of interest with the intervention of ‘Wonder Box’; which is a hands-on activity-based object that could also increase their focus and boost their attention in the target subject. This action research flows in two cyclic processes according to Kemmis & McTaggart Model (1988). Twenty-seven students were singled out as samples from one local secondary school in Saratok based on their poor performance (below minimal pass of 40%) in their History subject trial SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) examination. The ‘Wonder Box’-ing strategy allows students to be physically active in building a tool for them to compartmentalise their thoughts and to be more accurate in choosing meaningful historical facts. Hence, these samples were observed during their History lessons for a week before they sat for their final school-based exam. Research findings show that ‘Wonder-Box’-ing strategy has successfully overcome students’ lack of interest in History lessons especially the male students and helps in strengthening their focus. Its implication shows that the application of this strategy has apparently increased the students’ concentration, attention, and selective skills. As a conclusion, hands-on activities such as building the ‘Wonder Box’ must be emphasised to assist struggling learners especially in narrowing the gender gap. K47
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 58 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Penggunaan “RULE ON” Dalam Meningkatkan Kemahiran Operasi Penambahan Murid Tahun Dua ROKIAH BINTI KADIR [email protected] AUGUSTINE ANAK SINGGA [email protected] SK Mukah ABSTRAK: Kajian ini bertujuan mengkaji penggunaan “RULE ON” dalam meningkatkan penguasaan kemahiran operasi penambahan murid tahun 2. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan model Kemmis dan McTaggart. Kajian ini telah dijalankan dalam dua gelungan berdasarkan empat fasa iaitu merancang, bertindak, pemerhatian dan refleksi. Peserta kajian terdiri daripada 6 orang murid tahun 2 sebagai murid pelaksana, 1 orang guru pemulihan khas sebagai guru pelaksana dan 4 orang pakar penilai bagi tujuan kesahan dan kebolehpercayaan kajian. Pengumpulan data dilakukan secara triangulasi melalui pungutan data dari analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian. Data dianalisis dengan perisian ATLAS.ti dan Microsoft Words 365. Hasil dapatan kajian mendapati penggunaan “RULE ON” dalam pembelajaran kemahiran operasi penambahan telah memantapkan kemahiran guru dengan mempelbagaikan strategi dan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran seperti pembelajaran berpusatkan murid dan pembelajaran abad ke 21. Selain itu, kajian ini telah memperoleh nilai indeks kohen kappa yang tinggi iaitu 0.93 untuk kebolehgunaan bahan inovasi “RULE ON” dan 1.00 untuk kesahan kandungan tema bagi dapatan keseluruhan kajian. Kesimpulannya, pembelajaran berpusatkan murid dan pengaplikasian PAK 21 dengan menggunakan “RULE ON” adalah kaedah yang sangat berkesan dalam meningkatkan penguasaan kemahiran operasi penambahan murid tahun 2. Implikasinya, penggunaan “RULE ON” dapat menjadikan guru lebih kreatif dan inovatif dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan. K48
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 59 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation KATEGORI PENYELIDIKAN
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 60 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Pengajaran Terbeza: Amalan Dan Cabaran Dihadapi Oleh Guru-Guru Sejarah Sekolah Menengah di Sabah. HANITA LADJAHARUN [email protected] SMK Perempuan Likas Kota Kinabalu ABSTRAK: Kajian ini dijalankan bagi mengetahui tahap amalan dan cabaran yang dihadapi oleh guru semasa melaksanakan Pengajaran Terbeza. Kajian tinjauan ini melibatkan seramai 233 orang responden yang terdiri daripada guru-guru sejarah sekolah menengah yang mengajar di negeri Sabah. Seterusnya, bagi membuat kutipan data borang soal selidik digunakan. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) edisi 23.0. Seramai 30 orang responden telah dilibatkan dalam satu kajian rintis. Hasilnya, alfa Cronbach bagi keseluruhan item adalah 0.939 bagi keseluruhan 25 item yang diukur. Dapatan menunjukkan tahap skor min amalan pengajaran Terbeza adalah tinggi iaitu 3.83 dan cabaran adalah 3.73. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa guru-guru yang melaksanakan Pengajaran Terbeza berdepan dengan pelbagai cabaran pada tahap yang tinggi. Oleh itu, diharapkan pihak yang berkenaan sewajarnya meneliti setiap cabaran yang diketengahkan dalam kajian ini. Dengan penelitian dan tindakan sewajarnya dari semua pihak diharapkan guru terus bermotivasi melaksanakan Pengajaran Terbeza yang terbukti keberkesanannya dalam kajian-kajian sebelum ini. Kompetensi Pedagogi Dan Keperluan Latihan Guru-Guru Matematik Tambahan Negeri Sabah DR. LOSIUS GOLIONG [email protected] Pejabat Pendidikan Daerah Ranau ABSTRAK: Matematik Tambahan adalah antara mata pelajaran yang mencatatkan peratus murid gagal tertinggi dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setiap tahun. Situasi ini membimbangkan semua pihak terutama guru-guru yang mengajar subjek ini. Oleh sebab itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap kompetensi pedagogi guru Matematik Tambahan serta latihan yang diperlukan bagi meningkatkan kompetensi guru- guru tersebut. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dan melibatkan seramai 212 responden yang terdiri dari pada guru-guru Matematik Tambahan di seluruh negeri Sabah. Soal selidik diedarkan secara rawak kepada responden menggunakan Google Form. Analisis deskriptif iaitu min, frekuensi dan peratus digunakan untuk menganalisis data dan maklumat yang diperoleh. Keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan tahap kompetensi pedagogi guru Matematik Tambahan berada pada tahap tinggi iaitu pada tahap min 4.25. Di samping itu, terdapat beberapa aspek latihan yang diperlukan untuk memantapkan lagi kompetensi guru-guru Matematik Tambahan iaitu pedagogi berkesan, skema pemarkahan, inovasi dalam PdP, penyelesaian soalan KBAT, pendekatan pembelajaran terbeza serta penyediaan aktiviti menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. R1 R2
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 61 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation CEFR-aligned Primary Curriculum Framework: Rural National Primary School English Language Teachers’ Attitudes and Slants PATRICK DUFFY ANAK BAYUONG [email protected] Sekolah Kebangsaan Long Busang ABSTRACT: This study attempted to explore attitudes and slants of Rural National Primary School English Language Teachers in Sarawak, Malaysia towards CEFR-aligned Primary Curriculum Framework. This study used quantitative analysis to interpret data gathered through the questionnaire. A set of a questionnaire in the form of Google Form was prepared. The link to this questionnaire was shared with English language teachers from rural area national primary schools of 12 divisions in Sarawak, a state in Borneo Malaysia to serve the aim of this study. 749 English language teachers had responded to the questionnaire. Specifically, the analysis and discussion are organised in terms of teachers’ attitudes and slants. Besides, the demographic profiles of English language teachers were taken into account in doing the analysis and discussion. The findings have shown that the teachers’ attitude and slant towards CEFR-aligned Primary Curriculum Framework for Primary School’s English Language Education are positive. The chief findings of this study can be a source of references to the researchers, teachers, academicians, or others who have intention on the similar focus of study to further improve English language education in Malaysia especially in teaching and learning, and assessments. R3
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 62 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation RELATIONSHIPS BETWEEN RESILIENCE, SELF-ESTEEM AND PERCEIVED STRESS AMONG ADOLESCENTS DURING PANDEMIC COVID-19 MARTINA ANAK TARANG [email protected] Univesiti Malaysia Sarawak ABSTRACT: COVID-19 is a newly discovered infectious Coronavirus that has become international attention. Since pandemic out break can ripen in mental health consequences, this study explored the prevalence of resiliency, self-esteem and stress perceive among adolescents during pandemic Covid19. Participants’ perception towards resiliency was being measured by Resilience Assessment Tool – 43 (RAT-43). Meanwhile as to measure whether the participants appraised the situation in their life as stressful, the Perceived Stress Scale (PSS-10) in the Validated Malay Version, AL-Dubai SAR (2012) was used. Rosenberg Self-esteem Scale (RSES) developed by Rosenberg (1965) is designed to measure global self-esteem of children and adolescents was used in this study to measure self-esteem. This finding can be articulated in which, there was a positive relationship between resilience and stress perceive level (p=.049), but there was a negative relationship between resilience and self-esteem (p=- .129). As pandemic Covid-19 is still around the state, the integration of online counseling, stress management programs or coping strategies in dealing with stress to be arranged by mental health practitioner or the schools would help the stress of adolescents. In conclusion, it might be accommodating in considering the resilience framework actively reach out to the society which would give the possibility to decrease likelihood of mental health issues among adolescents as well as decrease the number of suicide cases. R4
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 63 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Kajian Tinjauan: Pembelajaran Sejarah Secara Digital Menggunakan Google Sites HANITA BINTI LADJAHARUN [email protected] MOHAMAD ZAHID BIN AWANG JAIB [email protected] SMK Perempuan Likas Kota Kinabalu ABSTRAK: Kajian ini dijalankan bagi meninjau pembelajaran digital menggunakan Googel Sites dalam pembelajaran sejarah. Objektif kajian ini untuk mengetahui kesediaan kemudahan murid, tahap boleh guna Google Sites, penerimaan murid serta cabaran yang dihadapi semasa menggunakan Google Sites dalam pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Tinjauan secara kuantitatif dijalankan melibatkan seramai 30 orang murid dari kelas 4 KSI di SMK Perempuan Likas Kota Kinabalu. Data soal selidik dianalisis melalui perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 23.0. Dapatan menunjukkan tahap boleh guna berada pada tahap tinggi iaitu 4.07 dan sisihan piawai .657. Seterusnya tahap penerimaan murid terhadap aplikasi Google Sites dalam pembelajaran mata pelajaran sejarah berada pada tahap tinggi iaitu min 4.30 dan sisihan piawai .679. Akhir sekali ialah cabaran yang dihadapi pada tahap sederhana iaitu min 2.99 dan sisihan piawai .089. Seterusnya, kebolehpercayaan bagi kebolehgunaan Google Sites, penerimaan terhadap aplikasi Google Sites dan cabaran yang dihadapi oleh murid semasa menggunakan Google Sites adalah berada di antara 0.639 hingga 0.937. Manakala Alfa Cronbach keseluruhan instrumen pula adalah 0.815 (21 item). Maka, jadual Alfa Cronbach menunjukkan bahawa instrumen yang digunakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh diterima. Implikasi kajian ini ialah dapat dijadikan rujukan atau sumber maklumat kepada guru-guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran melalui aplikasi Google Sites. Selain itu, kajian ini boleh dijadikan sebagai rujukan pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta ibu bapa atau penjaga bagi meningkatkan pelibatan murid dalam pembelajaran secara digital menggunakan Google Sites. Akhir sekali kajian ini boleh digunakan oleh penyelidik yang melaksanakan kajian berkaitan pembelajaran secara digital. R5
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 64 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Keberkesanan Pembelajaran Koperatif Berasaskan TMK Terhadap Keupayaan Murid Tahun Lima Menjawab Soalan KBAT Matematik DR. MARCELUS JOHNNY [email protected] Pejabat Pendidikan Daerah Ranau, Sabah ABSTRAK: Kaedah pengajaran guru mempengaruhi minat dan penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran di bilik darjah. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti keberkesanan pembelajaran koperatif berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) terhadap keupayaan murid tahun 5 menjawab soalan KBAT Matematik. Kaedah pengajaran guru yang kurang berkesan menyebabkan ramai murid tidak meminati Matematik. Situasi ini menyebabkan murid kurang minat mengikuti pembelajaran matematik bagi tajuk pecahan. Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti perbezaan pencapaian matematik antara ujian pra dan ujian pasca yang mengandungi item KBAT (KemahiranBerfikir Aras Tinggi) kumpulan pembelajaran koperatif berasaskan TMK, dan untuk mengenal pasti perbezaan pencapaian matematik ujian pasca yang mengandungi item KBAT antara kumpulan pembelajaran konvensional dan kumpulan pembelajaran koperatif berasaskan TMK. Reka bentuk kajian ialah kuasi-eksperimental bagi sampel tidak bersandar yang melibatkan kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Instrumen kajian yang digunakan adalah ujian pra dan ujian pasca. Seramai 114 orang murid tahun lima di empat sekolah rendah luar bandar merupakan subjek dalam kajian ini. Seramai 56 orang murid berada dalam kumpulan pembelajaran koperatif berasaskan TMK dan 58 orang murid berada dalam kumpulan pembelajaran konvensional. Tempoh masa kajian ialah selama tiga bulan. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan pencapaian matematik yang ketara antara murid yang mengikuti pembelajaran matematik menggunakan kaedah pembelajaran koperatif berasaskan TMK berbanding dengan kaedah pembelajaran konvensional. Keupayaan murid menyelesaikan soalan Matematik yang mengandungi item KBAT telah meningkat setelah didedahkan dengan kaedah pembelajaran koperatif berasaskan TMK. R6
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 65 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Tahap Pengetahuan, Pemahaman Dan Kesediaan Guru Daerah Subis Dalam Melaksanakan Kajian Tindakan KHO LING HONG [email protected] Pejabat Pendidikan Daerah Subis MADAVI RENGASAMY [email protected] SMK Luar Bandar Miri ABSTRAK: Kualiti guru dalam aspek pengajaran dan pembelajaran(PdP) merupakan salah satu faktor penentu kualiti sistem pendidikan sesebuah negara. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 menyatakan keperluan meningkatkan taraf sistem pendidikan sekolah agar selaras dengan sistem pendidikan terbaik di negara maju. Namun, dapatan yang diperolehi menunjukkan hanya 50% pengajaran dapat disampai dengan berkesan. Justeru itu, usaha guru dalam melaksanakan Kajian Tindakan dan menjadikanya sebagai satu amalan begitu penting untuk meningkatkan kualiti PdPnya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan, pemahaman dan kesediaan guru dalam melaksanakan kajian tindakan untuk penambah baikkan secara keilmiahan dan juga kerohanian. Kajian ini dijalankan di daerah Subis yang melibatkan 746 orang guru dari 44 buah sekolah rendah dan 5 buah sekolah menengah. Kajian tinjauan ini merupakan kajian deskriptif dengan menggunakan datadata kuantitatif dan kualitatif yang dikutip melalui pautan soal selidik dalam bentuk Google Form dan temu bual secara separuh berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan, tahap pemahaman dan tahap kesediaan guru-guru daerah Subis adalah pada sederhana tinggi manakala tahap kesediaan guru untuk melaksanakan Kajian Tindakan pula adalah terendah. Oleh yang demikian, bimbingan untuk memantapkan lagi pemahaman guru berkenaan Kajian Tindakan akan dirancang dan dilaksanakan. Bimbingan turut akan lebih berfokus kepada cara pengumpulan data serta cara menganalisisnya. Selain itu, pihak sekolah disarankan mewujudkan budaya penyelidikan di dalam sekolah, membangunkan persekitaran kerjasama yang positif, penyediaan sumber, masa, membantu dalam penerbitan hasil kajian serts latihan metodologi penyelidikan. Namun, usaha kolaboratif semua pihak perlu dititikberatkan bagi meningkatkan kesedaran, kefahaman, amalan dan pembudayaan kajian tindakan dalam kalangan guru. R7
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 66 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation The Impact of Self-Regulated Learning and Academic Self-Efficacy on Academic Performance in Online Learning MOHAMMAD TAUFIK SUUT [email protected] SK Abg Buyuk, Sarawak ABSTRACT: The unprecedent pandemic has been take massive death tolls around the globe. Inevitably, educations institution has been shifting to online learning. Previous studies in face-to-face learning setting shown higher (ASE) and Self-Regulated Learning (SRL) are important aspects or predictors of better academic performance. Consequently, ASE and SRL have received attention in educational psychology as the components that might influence academic achievement particularly in online learning settings. However, most of the studies of and SRL in online learning settings are carried out on adolescent and adult. Moreover, even in face-to-face learning setting, young children are presumably facing difficulties to regulate their learning need support from others to co-regulate their learning. This paper aim to examine learners’ ASE and SRL and how it effects their academic among young learners particularly in online learning setting. 60 young children from Mukah District have participated in this cross-sectional quantitative study selected through convenient random sampling. SOL-Q and ASE are used as the mean to collect the data. This research shows that help-seeking as the most relevant strategies utilised among the participants and this behaviour predicts academic success, highlighting the practical importance of this self-regulated behaviour. The results also revealed that femalessignificantly outperform their counterpart. Accordingly, females frequently seek for assistance (Help-Seeking), hence may explain the results. Apart from that, ASE statistically significantly could be an influential predictor of academic performance. Overall, even in online learning settings, findings from this study have shown ASE and SRL are positive predictor of young children academic performance. R8
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 67 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Pengaruh Kepimpinan Berpusatkan Pembelajaran Pengetua Terhadap Komuniti Pembelajaran Profesional Sekolah Menengah Kebangsaan Di Sarawak DR. MOHAMED KHIRUL NIZZUAN HAMZAH [email protected] Pejabat Pendidikan Daerah Mukah, Sarawak ABSTRACT: This study aims to identify whether the principal Learning-Centered Leadership (KBP) has a positive and significant influence on the Professional Learning Community (KPP) of National Secondary Schools (SMK) teachers in Sarawak. This study uses a quantitative approach with a survey study design. 794 respondents among SMK teachers involved were selected using a stratified random sampling method. Study data were analyzed using the Structural Equation Modeling (SEM) method. The SEM application used for this study was IBM-SPSS-AMOS version 24.0. The KBP model achieved a good fit with relative x 2 = 4.22, CFI = .95, TLI = .94 and RMSEA = .06. The KPP model achieved a good fit with relative x 2 = 2.75, CFI = .95, TLI = .95 and RMSEA = .05. KBP was also found to have a positive and significant influence toward KPP (β = .73, p < .001). In conclusion, the results of the study prove that principals who practice KBP can improve the practice of KPP among teachers in schools. This study also added to the literature on the studied construct and provided some useful insights for the District Education Office in Sarawak, Sarawak State Education Office, Ministry of Education Malaysia,Aminuddin Baki Institute, and Institute of Teacher Education in planning courses and training programs to improve the professionalism of principals and teachers more effectively. R9
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 68 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Sarawak Rural English Teachers’ Perceptions Towards Social Networking Sites in Teaching and Learning of Speaking Skill: Instrument Testing SHEREEN WONG [email protected] SK Nanga Jambu, Julau ABSTRACT: The Cross-Sectional Survey Research aims to investigate Sarawak rural English teachers’ perceptions on the use of Social Networking Sites (SNSs) in the teaching and learning of English speaking skill apart from identifying possible challenges and preferred choice of SNSs when teaching the skill. The teaching and learning of speaking skill have become imperative to pupils as a prerequisite for their working life. Nonetheless, the poor command of English is recognised as the key reason for the decline in employability rate among pupils especially in the rural areas. This demonstrates the pressing need for a drastic change to a more engaging based learning like SNSs to improve the rural pupils’ speaking skill. This paper aims to report the pilot test conducted on the survey questionnaire used for the study especially in terms of its validity and reliability. The survey questionnaire was validated by three experts of the field. Validity Endorsement Forms were distributed, and suggestions obtained were used to make amendments to the survey questionnaire. The survey questionnaire was then conducted via Google Form and distributed to 10 rural schools, involving 30 English teachers from Sarawak to check the reliability of the survey questionnaire through SPSS Version 26. Readings obtained from the Cronbach’s Alpha demonstrated an excellent internal consistency reliability of 0.941. This revealed the suitability of the survey questionnaire to be used to conduct the study and hence stipulate the commence of the research. R10
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 69 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation PENGALAMAN GURU YANG PERNAH DIBIMBING OLEH SISC+: SUATU KAJIAN KES DR SYAMSUL BAHRI BIN ANDI MAPIARE [email protected] NORIBRAHIM BIN RASID [email protected] Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan ABSTRAK: Kajian ini fokusnya kepada pengalaman guru yang pernah dibimbing oleh SISC+. Seramai sebelas orang guru telah dipilih secara bertujuan. Mereka dipilih dalam kalangan guru yang berwibawa dan rela hati berkongsi pengalaman mereka sewaktu dibimbing oleh SISC+. Menggunakan temu bual tidak bestruktur pengkaji berusaha meneroka pengalaman yang dilalui dalam rangka untuk mengetahui bagaimanakah guru menggambarkan pengalaman mereka sewaktu bekerja dengan SISC+, dan apakah pandangan guru terhadap program bimbingan SISC+. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru menerima baik bimbingan SISC+. Mereka turut menyatakan bahawa program bimbingan SISC+ ini amat baik dan perlu diteruskan memandangkan kemampuannya dalam meningkatkan amalan pengajaran guru melalui perkongsian amalan terbaik. Manfaatnya dilihat apabila guru dapat memperkemas dan menyesuaikan amalan pengajaran baharu dengan amalan pengajaran sedia ada sekali gus berjaya meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Dapatan kajian ini telah membuktikan bahawa program bimbingan pengajaran yang diterajui SISC+ adalah satu daripada kaedah untuk meningkatkan amalan pengajaran guru melalui pendekatan perkongsian amalan terbaik yang diterapkan dalam persekitaran kerja guru. Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan guru dapat membina hubungan baik dengan SISC+, memandangkan bimbingan yang ditawarkan oleh mereka berdasarkan keperluan pembelajaran guru dan koheren pula dengan perkembangan semasa. Begitu juga dengan pihak sekolah, diharapkan dapat memberikan masa yang mencukupi agar kedua-dua pihak dapat berinteraksi secara aktif dalam merancang, melaksana dan merefleksi semula amalan pengajaran secara kolektif dan berterusan. Manakala bagi SISC+ pula seharusnya mendalami teori pembelajaran dewasa dan teori sosiobudaya serta pendekatan perkongsian dalam menghadapi guru yang pelbagai karakternya. Kemudian, melakukan perubahan sewajarnya terhadap kaedah membimbing guru dalam usaha memastikan kurikulum bertulis diterjemahkan dengan betul dalam pengajaran di dalam bilik darjah melalui bahan pengajaran yang lebih baik. Untuk itu, maka PPD sebagai peneraju Program Transformasi Daerah hendaklah memastikan SISC+ sentiasa kemaskini dan fokus dengan tugas mereka. Akhir sekali, adalah dicadangkan agar kajian membujur dilakukan terhadap program bimbingan SISC+ ini bagi menilai kemajuan pelaksanaannya. R11
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 70 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Pengaruh kompetensi peribadi guru dan kompetensi profesionalisme guru terhadap efikasi pengajaran guru sekolah rendah di pedalaman Sabah. DR. SERIRAMA EBBIE [email protected] Pejabat Pendidikan Daerah Ranau ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk menentukan kekuatan pengaruh kompetensi peribadi guru dan kompetensi profesionalisme guru terhadap efikasi pengajaran guru bagi guru-guru sekolah rendah di Pedalaman, Sabah. Kajian ini melibatkan 361 responden yang terdiri daripada guru-guru sekolah rendah di Pedalaman, Sabah. Pemboleh ubah kajian telah diuji dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferens yang melibatkan skor min, sisihan piawai, Korelasi Pearson dan regresi berganda. Instrumen yang digunakan dalam kajian adalah soal selidik yang diadaptasi daripada Standard Guru Malaysia (SGM) dan Teacher Efficacy Scale (TES) bagi mengumpul data daripada 361 responden yang telah melengkapkan borang soal selidik. Guru-guru dipilih daripada 54 buah sekolah rendah dan melibatkan tujuh buah daerah di Pedalaman, Sabah. Pensampelan secara rawak digunakan dalam pemilihan responden dalam kalangan guru manakala pensampelan bertujuan digunakan bagi menentukan bilangan sekolah yang mewakili setiap daerah seperti yang telah ditetapkan. Statistik deskriptif dan inferens telah digunakan bagi menghuraikan dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kompetensi peribadi guru (Min = 4.47; SP = 0.366) berada pada tahap sangat tinggi, kompetensi profesionalisme guru (Min = 4.44; SP = .37) berada pada tahap sangat tinggi manakala efikasi pengajaran guru (Min = 3.96; SP = 0.358) juga berada pada tahap tinggi. Data inferensi dianalisis menggunakan Korelasi Pearson dan regresi berganda. Analisis Korelasi Pearson mendapati hubungan yang signifikan pada aras kuat bagi kompetensi peribadi guru dengan efikasi pengajaran guru (r=.806). Analisis regresi menunjukkan pengaruh kompetensi peribadi guru menyumbang 66.5 peratus terhadap efikasi pengajaran guru manakala kompetensi profesionalisme guru menyumbang 65.9 peratus terhadap efikasi pengajaran guru dan merupakan peramal yang signifikan kepada tahap efikasi pengajaran guru. R12 2
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 71 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation ‘PAH-KIT’ dalam PdPc Sejarah sekolah rendah WONG MEE LENG Dr. ROZIAH BIN MOHAMAD ALI [email protected] IPG Kampus Rajang, Bintangor ABSTRAK: Inovasi PAK21 yang bernama ‘PAH-KIT’ (Pahlawan Tempatan Bangkit) merupakan satu usaha inovatif selaras dengan pendidikan Abad ke-21 yang mengintegrasikan elemen Industry Revolution 4.0. Inovasi ini bertujuan membantu murid menguasai fakta sejarah melalui teknik 5W1H, yakni What, When, Where, Why, Who dan How tentang tokoh pahlawan tempatan dan dapat membangkitkan perkembangan pembelajaran aktif serta menyeronokkan dengan 3E (Explore, Explain, Pengalaman ) dan kerangka pembelajaran 6C abad 21. Untukmengenal pasti keberkesanan dan kebolehgunaan ‘PAH-KIT’ dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah, pengkaji telah melaksanakan inovasi ini dengan adanya dan melalui pemerhatian pelajar serta lawatan para pengkaji ke sekolah. PBD bernama ‘To-Lawan’ dibina untuk kegunaan Ujian Pra dan Ujian Pos sebelum dan selepas PdPc dilaksanakan. Semasa tindakan kelas, murid didapati sangat berminat, seronok dan belajar melalui bermain melalui permainan ‘LA-NANG’ yang direka cipta sebagai pengukuhan. Analisis ujian murid turut menunjukkan peningkatan skor min +49.8% dalam tempoh masa dua minggu sahaja daripada lapan buah sekolah di negeri Sabah dan Sarawak. Penekanan pengajaran dan pembelajaran untuk ‘PAH-KIT’ bukan sahaja dapat digunakan dalam mata pelajaran Sejarah malah boleh juga digunakan dalam mata pelajaran lain seperti Sains, Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. Penggunaan ‘PAHKIT’ dalam Sejarah abad ke-21 membantu guru menerangkan isi pelajaran dan konsep kronologi, mudah digunakan, serta mampu menarik perhatian murid melalui teknik 5W1H. ‘PAH-KIT’ direka cipta atas pelaksanaan PdPc yang menyambut gelombang ketiga PPPM 2013-2025 iaitu pengajaran inovatif. R13
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 72 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Penggunaan lagu terhadap penguasaan kemahiran membaca Bahasa Cina: Satu kajian tindakan dalam kalangan murid Tahun 1 ESTHER YEK YI SHI [email protected] SJK(C) Tai Thung, Kuala Lumpur. ABSTRAK: Sebutan yang tepat merupakan kemahiran asas dalam proses mempelajari bahasa. Namun, masalah sebutan Bahasa Cina sering dikesan terutamanya sebutan bagi kumpulan inisial retroflex (“Zh, Ch, Sh, R”) dan lidah datar (“Z, C, S”) . Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan lagu dalam pembelajaran dan pemudahcaraan sebutan Pinyin kumpulan inisial retroflex dan lidah datar dalam kalangan murid Tahun 1. 30 orang peserta dari sebuah sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kuala Lumpur telah dipilih melalui persampelan mudah untuk kajian ini. Instrumen kajian Pra dan Pasca rawatan telah dibina oleh pengkaji bagi menentukan perbezaan signifikan prestasi sebelum dan selepas rawatan. Hasil kajian telah dianalisis menggunakan Pakej Statistical Package for the Social Sciences (versi 23), dan pengukuran berulangan dibentangkan melalui ujian-t. Ujian normaliti telah menentukan bahawa data sampel diambil dari populasi yang diedarkan secara normal. Pengkaji menjalankan rawatan iaitu pembelajaran dan pemudahcaraan sebutan Pinyin menggunakan dua buah lagu ciptaan pengkaji. Selepas rawatan, hasil kajian tindakan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam prestasi penguasaan kemahiran mengenal perkataan (t= -11.562, p<.05), ketepatan sebutan perkataan (t= -12.174, p<.05), sebutan murid dalam pembacaan ayat pendek (t= -14.820, p< .05), dan sebutan murid dalam pembacaan ayat panjang (t= - 14.725, p<.05) Bahasa Cina. Dapatan menunjukkan bahawa penggunaan lagu dalam pembelajaran dan pemudahcaraan sebutan Pinyin kumpulan inisial retroflex dan lidah datar adalah berkesan. Penglibatan kumpulan kawalan, penilaian aspek Bahasa Cina yang lain, dan perubahan lirik melodi lagu telah dicadangkan untuk kajian lanjutan. Dapatan kajian ini telah memberi implikasi penting untuk pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia, pensyarah, siswa guru, dan guru sekolah. English Language Development in Essay Writing Production among Vocational College Student Anis Marjan binti Azmimurad [email protected] Kolej Vokasional Dungun, Terengganu ABSTRACT: This study investigated the vocational college students’ language development through English writing production via Google Docs apps. The objectives were to observe the changes in ideas generation development within the time frame of data collection. Two students from Vocational College of Dungun were selected to partake the study, and their essay writing productions were collected within the period of three weeks and were analysed using idea units analysis by LarsenFreeman (2006). The findings revealed the complexity and dynamic ways of language development vary from each students and proves on the notion of nonlinearity in one’s language development. The study could open another opportunity in integrating technology in classroom to encourage and monitor students’ writing progress. R14 2 R15 2
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 73 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation KATEGORI INOVASI
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 74 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation “FUN BOX V2” untuk meningkatkan kemahiran bertutur murid dalam mengaplikasikan kosa kata Bahasa Arab. MUAWIYAH AL MURTADHO BIN FAJAR NINA PURNAMA ALAM [email protected] SK Tanjung Pisang Selangking, Simunjan ANISA SYAHIDA BINTI IDERIS [email protected] SK Abang Man, Simunjan SINOPSIS: “Fun Box: Interactive Learing for Arabic Language” atau Kotak Gembira meningkatkan kemampuan murid Darjah 5 dalam mengaplikasikan kemahiran menyebut perkataan-perkataan Bahasa Arab dengan menggunakan “Program Kotak Gembira”. Hal ini bertitik tolak daripada masalah murid yang tidak mampu untuk menjawab dengan betul ujian lisan yang berkaitan dengan kosa kata Bahasa Arab yang dipelajari dan mereka tidak memberi tumpuan dalam penerangan guru di dalam kelas. Kajian ini juga dijalankan untuk menambahbaik kemahiran mendengar, menyebut dan membaca terhadap kosa kata Bahasa Arab dalam kalangan murid. Peserta kajian terdiri daripada 5 orang murid di salah sebuah sekolah Negeri Kedah. Pengkaji memilih Model Kemmis & McTaggart (1988) dalam pelaksanaan kajian ini dan menggunakan metod kajian secara kualitatif iaitu pemerhatian, temu bual dan ujian bertulis bagi pengumpulan data. Kesemua peserta kajian berjaya menunjukkan peningkatan dalam penguasaan ingatan mereka selepas menggunakan “Program Kotak Gembira”. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan “Program Kotak Gembira” berkesan dalam membantu murid meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Arab. Hal ini dibuktikan melalui perubahan tingkah laku murid, peningkatan tahap kegembiraan mereka dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Ini juga dapat menambah ingatan murid dalam kosa kata Bahasa Arab di dalam pendidikan mereka di Sekolah. Adalah diharapkan dengan terhasilnya kajian ini para guru bahasa Arab dapat mengambil manfaat daripada pelaksanaan medium dalam kajian ini. I1
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 75 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Penggunaan Tajwid Spin dalam memahami Hukum Nun Sakinah terhadap murid Tahun 3. WA HUSNA AFRINA BINTI WAN ROSKHEMAI [email protected] SJKC LURAH BILUT, BENTONG, PAHANG SINOPSIS: Isu kemahiran membaca hukum tajwid yang mengandungi Hukum Nun Sakinah dalam kalangan murid Tahun Tiga merupakan isu yang perlu ditangani. Hal ini menyebabkan mereka terkeliru untuk membaca kalimah yang sepatutnya didengung ataupun tidak didengung apabila bertemu huruf (ن (pada bacaan kalimah. Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam membaca kalimah yang mengandungi Hukum Nun Sakinah dengan menggunakan bahan bantu Tajwid Spin dalam kalangan murid Tahun Tiga. Kajian ini melibatkan dua orang murid lelaki. Instrument yang digunakan untuk mengumpul data adalah lisan, pemerhatian, analisis dokumen yang terdiri daripada Ujian Sebelum dan Ujian Selepas Tindakan. Dapatan kajian menunjukkan semua peserta kajian dapat mengenal pasti serta membaca kalimah yang mengandungi hukum tajwid dengan betul sekaligus meningkatkan kemahiran mereka dalam menguasai bacaan Tajwid. Peserta kajian juga dilihat seronok dan bersemangat semasa menyertai kajian ini. Melalui pelaksanaan kajian tindakan, pengkaji telah memperoleh pelbagai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman baru di samping menilai semula amalan pengajaran bagi membuat penambahbaikan terhadap amalan praktis pengkaji. Selain itu, pengkaji menyedari bahawa inovasi dalam pendidikan amat penting untuk diaplikasikan oleh guru sebagai suatu anjakan paradigma dari sudut penyampaian pengajaraan dan pemudahcaraan (PdPc) di dalam kelas. I2
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 76 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation AsQir HAJARAH BINTI MUHARAM [email protected] SK Bangingod, Lahad Datu, Sabah SINOPSIS: AsQir bermaksud Asas Qiraan dalam membaca Al-Quran dan Bahasa Arab. Ia merupakan bahan bantu mengajar yang boleh mempercepatkan penguasaan murid membaca asas Al-Quran daripada berrtatih sehingga lancar. Selain itu, ia juga boleh digunakan membaca perkataan bahasa arab dengan mudah. Kad ini diaplikasikan dalam beberapa bentuk kepingan digunakan secara interaktif digital (power point) dan juga secara maujud. Objektif utama pembinaan AsQir sebagai bahan bantu mengajar secara interaktif khususnya dalam membaca Al-Quran iaitu mempercepatkan murid khatam Al-quran.Ia juga dibina dalam membantu Pihak Jabatan Pendidikan Sabah Khususnya di sektor Pendidikan Islam dan amnya kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bagi mencapai salah satu KPI dalam Plan Starategik Operasi Jabatan pada tahun ini 2023 sehingga 2025, Ini kerana bahan yang tercipta secara langsung bersesuian dengan keperluan bahan ITQAN (buku ringkasan Iqra) yang diguna pakai oleh murid semasa sesi pembelajaran Tasmik. Selain itu, bagi mencapai Objektif pembelajaran membaca Bahasa Arab, secara tidak langsung ia dapat menepati isi kandungan sukatan pelajaran (DSKP) Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu guru dapat menumpuhkan sasaran perkataan yang perlu dikuasai oleh murid apabila murid dapat membaca suku kata dengan menggunakan bahan AsQir dan akhirnya guru dapat mencapai objektif memenuhi tuntututan sukatan yang dikehendaki. Bahan bantu mengajar AsQir sangat releven dengan keperluan semasa.Ia bukan sahaja diguna pakai oleh murid sekolah, namun ia juga telah digunakan oleh masyarakat awam khususnya kepada yang masih bertatih atau tidak mengenal huruf Hijaiyah untuk membaca Al-Quran. Penyebaran penggunaannya kepada beberapa pihak sekolah, Jabatan Felda dibawah unit sosial agama dan guru takmir Al-quran. dan orang persendirian yang ingin mendalami ilmu Al-Quran khususnya. Sedia maklum bahan bantu mengajar AsQir digunakan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas secara formal dan informal dengan diaplikasikan dalam gamifikasi mengikut kreativiti guru. Pelbagai aktiviti yang menarik dapat dilaksanakan semasa sesi PdP dengan intervensi yang dikaitkan dengan bahan AsQir. Menariknya bahan ini merupakan bahan bacaan secara santai ia digunakan semasa pembelajaran tidak formal ketika waktu rehat, ketika menunggu bas, ketika mengulang kaji pelajaran dirumah. Oleh itu, bahan ini boleh digunakan dimana-mana sahaja disebabkan reka bentuknya yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil serta ringan untuk dibawa ke mana-mana. Secara kesimpulannya, AsQir merupakan konsep rujukan asas membaca Al-quran dan Bahasa Arab. Ini merupakan bahan intervensi digunakan mengikut aras murid. Dimana proses memgenalpasti dan membandingbeza telah berlaku pada proses awal murid menggunakan bahan ini. Menurut Bruner (1973) teori pembelajaran kongitif menyatakan ilmu pengetahuan tidak hanya diperolehi melalui latih tubi atau peneguhan yang banyak, namun memerlukan proses interaksi antara skema minda. Dengan menampilkan beberapa bahan PdP sebagai intervensi telah menunjukkan berlaku interaksi minda mengikut tahap penguasaan murid. I3
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 77 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation BlokMan MOHD HAFIZSALEHUDDIN BIN ISMAIL [email protected] Sekolah Kebangsaan Kampung Teh, Mukah SINOPSIS: BlokMan ini dihasilkan untuk membantu guru-guru untuk mendedahkan murid kepada rukun iman serta susunan rukun iman yang betul. Ia juga merupakan satu pendekatan atau kaedah baru dalam membantu murid untuk mengenal rukun iman serta sususannya pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak. Ianya sesuai untuk diaplikasikan kepada kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun, murid pemulihan khas dan juga kanak-kanak berkeperluan khas. Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) telah meletakkan Pendidikan Islam kanak-kanak sebagai tunjang teras yang wajib diambil oleh kanak-kanak pada peringkat prasekolah. Salah satu tajuk yang kanak-kanak perlu kuasai ialah rukun iman. Murid -murid hendaklah mengetahui enam rukun iman dan tahu akan susunan enam rukun iman tersebut dengan betul. Menyedari hakikat ini, kaedah BlokMan iaitu singkatan bagi Blok Rukun Iman direka bagi membolehkan kanak-kanak prasekolah mengenal rukun iman serta susunnya dengan mudah dan cepat. Ianya dinamakan BlokMan kerana ia menggunakan blok-blok dalam menghasilkan susunan blok yang betul. BlokMan mempunyai enam blok. Setiap blok mempunyai bahagian depan dan bahagian belakang. Bahagian depan mewakili rukun iman manakala bahagian belakang mewakili petunjuk rukun iman tersebut. Setiap blok mempunyai saiz yang berbeza. Contohnya, blok pertama mewakili rukun iman pertama iaitu beriman kepada Allah manakala di belakangnya saya lekatkan gambar jari yang menunjukkan satu sebagai tanda Allah itu satu. Setiap blok mempunyai petunjuknya tersendiri. Murid-murid akan menyusun blok ini hingga menjadi satu blok yang lengkap. Jika betul susunannya, maka betullah susunan rukun iman tersebut. Ia ibarat murid bermain “puzzle”. BlokMan ini juga dilengkapi dengan papan pengukuhan untuk menguji pengetahuan murid. Murid akan melekat kad-kad yang mengandungi rukun iman dan gambar petunjuk di papan pengukuhan tersebut. Kaedah ini juga dapat menggalakkan murid menggunakan mindanya sepanjang masa. Secara tidak langsung, minda murid akan bertambah aktif, kreatif dan kritis. Selain itu, kaedah ini juga memberi peluang kepada murid untuk mengenal rukun iman dan susunan rukun iman dengan mudah. I4
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 78 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Keberkesanan alat inovasi BaHu membantu menguasai 8 kemahiran pemulihan khas Bahasa Melayu. DG MAZNAH BINTI ZAINUDIN [email protected] Sekolah Kebangsaan Tun Fuad, Kunak, Sabah SINOPSIS: Kajian ini bertujuan melihat keberkesanan alat inovasi BaHu dalam kemahiran lapan (8) hingga kemahiran lima belas (15) Pemulihan Khas Bahasa Melayu terhadap murid Pemulihan Khas Sekolah Kebangsaan Tun Fuad, Kunak. Kajian ini dijalankan terhadap murid yang mempunyai tahap penguasaan yang lemah dalam kemahiran yang mengandungi suku kata tertutup KVK dengan kaedah mengeja dan bermain. Roberts dan Schumm (1971), bermain merupakan sumber pengayaan yang mempercepatkan kadar pembelajaran pelajar sederhana sambil mendalami pengalaman pelajar yang cerdas. BaHu merupakan alat bacaan dan permainan unik dan menarik yang memfokuskan lapan (8) daripada tiga puluh dua (32) kemahiran Pemulihan Bahasa Melayu. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan berkesan apabila murid belajar sambil bermain. Inovasi BaHu terhasil daripada bahan yang mudah didapati. Kajian inovasi ini telah dilakukan selama dua minggu. Data dikumpulkan melalui ujian pra dan ujian pos. Hasil analisis data menunjukkan peningkatan skor pada ujian pos berbanding ujian pra setelah menggunakan alat inovasi Bahu di dalam pengajaran dan pembelajaran. Keputusan kajian menunjukkan bahawa BaHu berkesan meningkatkan penguasaan lapan kemahiran Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Roda Putar Gamper meningkatkan kemahiran menulis perkataan KVKV kelas pemulihan khas. SHARIFAH MASNI BINTI WAN MOHAMAD [email protected] SK Merbau, Miri, Sarawak SINOPSIS: Inovasi ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menulis perkataan KVKV dengan lebih mudah dan sistematik menggunakan “Roda Putar Gamper” (Roda Putar Gambar Perkataan) dalam PdPc. Murid mengalami masalah untuk menulis perkataan KVKV. Penggunaan Inovasi ini menunjukkan sebahagian murid dapat menulis perkataan KVKV dengan betul. Kaedah bermain sambil belajar dengan “Roda Putar Gamper” dapat mengatasi masalah murid tidak dapat menulis perkataan KVKV. Di samping itu, inovasi ini juga menjadi bahan PdP PAK-21 yang berkonsepkan didik hibur yang dapat menigkatkan motivasi dan keyakinan murid untuk mengikuti PdPc dengan lebih berkesan. I5 I6
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 79 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Using PHOMATCH cards game to teach phonics in ESL classroom. JUDE MICHELLE ANAK POHIE [email protected] SK Rumah Tayai, Tatau Sarawak SYNOPSIS: This research is aimed to investigate the effectiveness of using PhoMatch Cards game towards pupil’s reading difficulty who often have lower levels of phonological awareness. Besides that, this research provides an idea for ESL teachers on how to use PhoMatch Cards game to introduce and teach phonics effectively. The respondents consisted of a few Level 1 pupils who have limited phonological awareness during English language teaching and learning session. Furthermore, the selected pupils have low self-confidence to read even converse in English. This research was conducted using Kemmis and McTaggart’s Spiral Model. In addition, the data were collected from various methods such as interviews, diagnostic tests, observations, lesson plans’ reflections, photos, videos and pupils’ achievements before, during and after conducting the tests for this research. They have shown positive attitudes in learning English language and undoubtedly interested to learn more about phonics by memorising them with their friends. As a conclusion, the pupils involved have improved in their phonics learning due to the effectiveness of PhoMatch Cards game. Plickers: QR smart rings in classroom-based learning and assessment. SHEE YUEN LING [email protected] SJKC New Kopisan No.1, Gopeng, Perak SYNOPSIS: Plickers is a technology-enhanced formative assessment tool that is gaining popularity in classroom-based learning. It is a simple, low-cost, and easy-to-use tool that allows teachers to gather real-time formative assessment data from students. Plickers QR smart rings go an extra level which is to use paper cards with unique codes that students wear as a ring rather than holding it to answer multiple-choice questions, and the teacher scans the room with a smartphone or tablet to collect the responses. This technology has been shown to increase student engagement, provide more accurate and timely feedback, and save teachers time on grading and data collection. In addition, Plickers QR smart rings has been shown to have a positive impact on student learning outcomes. The use of Plickers QR smart rings in the classroom can benefit both students and teachers by providing an efficient and effective means of formative assessment that can inform instruction and improve learning. I7 I8
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 80 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Kit Eksplorasi JAJUTA MUHAMMAD TAUFIQ BIN RAZALI [email protected] SK Merlimau Dua, Melaka MASTURAH BINTI MD ALI [email protected] KV Datuk Seri Abu Zahar Isnin, Melaka SINOPSIS: Kemahiran menukar nombor dalam perpuluhan juta dan pecahan juta telah diperkenalkan kepada murid 6 UPM seramai 24 orang semasa sesi PdPC pada Mac 2022. Berdasarkan sesi soal jawab secara lisan dan semakan latihan bertulis yang diberikan, 10 orang murid kelas ini telah dikenalpasti berada pada tahap penguasaan yang agak lemah dalam menguasai kemahiran ini. Rumusan pencapaian awal murid hanya mencatatkan purata skor 3.9 markah daripada 10. Tindakan susulan melalui sesi bimbingan berfokus dengan bahan bantu belajar khas dikenalpasti sebagai salah satu langkah untuk membantu kumpulan murid ini. Kit Eksplorasi JAJUTA (jadual juta) merupakan bahan bantu belajar yang direka khas untuk membantu meningkatkan kemahiran menukar pecahan juta dan perpuluhan juta kepada nombor bulat yang dipelajari berdasarkan standard pembelajaran 1.1.5, Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran (DSKP) KSSR Matematik Tahun 6. Di samping itu, kit ini juga turut membantu murid menguasai standard pembelajaran1.1.3 dan 1.1.4 untuk membaca, menyebut dan menulis sebarang nombor hingga 10 000 000 dalam pecahan juta dan perpuluhan juta dengan lebih mudah, berkesan, betul dan tepat. Sesi bimbingan berfokus dengan berbantu Kit Eksplorasi JAJUTA ini telah berlangsung selama 4 sesi sehingga murid-murid kumpulan rintis ini mahir menggunakannya dengan seliaan khas oleh guru. Pencapaian akhir 10 orang murid ini telah mencatatkan purata skor 9.8 markah daripada 10 dengan peningkatan purata sebanyak 5.9 markah. Dapat dirumuskan bahawa penggunaan kit JAJUTA telah meningkatkan penguasaan murid untuk menukar perpuluhan juta serta pecahan juta kepada nombor bulat dan sebaliknya dengan lebih baik. I9
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 81 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Penggunaan ‘Sifir Kumbang’ dalam meningkatkan penguasaan konsep asas darab dan kemahiran sifir murid pemulihan khas. CHRISTINA ANDREW [email protected] SK Ulu Satap, Subis SINOPSIS: Inovasi ini dihasilkan bertujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan murid dalam konsep asas darab dan kemahiran sifir murid pemulihan. Di samping itu, inovasi ini juga adalah bertujuan untuk membantu guru menambahbaik amalan PdPc khasnya dalam menyampaikan maklumat serta menjelaskan konsep asas darab dengan lebih mudah, berkesan dan menyeronokkan. Murid pemulihan ini menunjukkan tahap penguasaan konsep asas darab yang rendah dan tidak dapat menjawab soalan latih tubi yang disediakan dengan betul dan mengikut masa yang telah ditetapkan. Dalam tempoh 2 minggu selepas inovasi ini diperkenalkan, murid menunjukkan peningkatan yang positif di mana murid dapat menjawab kesemua soalan dengan betul dan mengambil masa yang singkat bagi menyiapkan kesemua soalan latih tubi yang diberikan. Murid juga dapat mencapai objektif PdPc dan melebihi sasaran yang ditetapkan oleh guru. Ini menunjukkan bahawa inovasi yang digunakan iaitu bahan bantu belajar ‘sifir kumbang’ dapat membantu murid dalam penguasaan konsep asas darab dan kemahiran sifir murid. Apabila murid mengikut langkah-langkah penggunaan ‘sifir kumbang’ ini memudahkan murid untuk memahami konsep asas darab iaitu penambahan berulang dimana murid harus menambah bilangan ‘dot’ yang sama setiap kali murid perlu menambah dan murid tidak perlu menghitung banyak kali bagi mengelakkan daripada melakukan kesilapan ketika membilang. Ini sekaligus membantu meningkatkan kemahiran sifir darab khasnya bagi murid pemulihan. Penggunaan inovasi ini juga sangat membantu dalam PdPc guru di mana ianya memudahkan guru untuk menyampaikan maklumat mengenai konsep asas darab dan kemahiran sifir darab dengan cara yang lebih mudah dan berkesan serta dapat menyediakan PdPc yang lebih menyeronokkan serta berkesan. I10
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 82 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Inovasi 'MAT-SCIENCE KIT' STANZEY SOOJIN [email protected] SK Kg Petanak Mukah Sarawak SINOPSIS: Sains lebih berfokus kepada proses kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir bagi mendapatkan pengetahuan yang diterapkan melalui pendekatan inkuiri seperti pembelajaran berpusatkan murid dan pembelajaran kontekstual (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018). Justeru, bagi membolehkan murid menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir dengan baik, proses pembelajaran harus dijalankan secara hands-on. Namun demikian, murid mengalami kekangan untuk menyediakan bahan-bahan aktiviti dengan lengkap di dalam bilik darjah. Selain itu, masa yang diperuntukkan semasa pembelajaran di dalam bilik darjah adalah terhad. Ini menyebabkan pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dicapai secara optimum. Oleh yang demikian, inovasi bahan bantu mengajar iaitu ‘Mat-science kit’ dihasilkan. Sebelum inovasi dilaksanakan, murid mengalami kekangan untuk menjalankan aktiviti kerana penyediaan bahan-bahan yang terhad. Tambahan pula, masa yang diperuntukkan untuk menjalankan aktiviti adalah terhad. Selain itu, murid berasa bosan dan tidak minat dalam pembelajaran yang dijalankan kerana tidak menjalankan sebarang aktiviti berpusatkan murid. Oleh sebab itu, inovasi ‘Mat-science kit’ dihasilkan untuk merangka aktiviti hands-on untuk membantu murid menguasai konsep dan pengetahuan dalam topik ‘Bahan’ Sains Tahun 4 melalui pendekatan inkuiri dan kontekstual. Selain itu, murid secara tidak langsung dapat mengaplikasi dan meningkatkan kemahiran saintifik serta kemahiran berfikir mereka. Kajian ini dijalankan ke atas 16 orang murid Tahun 4 SK Kg Petanak, Mukah. Melalui pemerhatian dan temubual, peningkatan minat murid dapat dilihat melalui aktiviti yang dijalankan. Murid berasa sangat seronok melakukan aktiviti hands-on. Selain itu, peningkatan tahap penguasaan murid dapat dilihat melalui ujian pra dan pasca serta penilaian tahap penguasaan PBD sepanjang pdpc dijalankan. I11
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 83 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation PERMAINAN KEMBARA ALAM VERSI 2 TANG MEE LAY [email protected] SJK Guong Ming, Sibu SINOPSIS: Permainan Kembara Alam Versi 2 merupakan bahan bantu belajar dalam bentuk permainan. Bahan bantu belajar ini terdiri daripada lima permainan yang menyeronokkan. Permainan-permainan ini membantu murid-murid mengenali dunia haiwan. Murid-murid dapat mempelajari jenis haiwan, tabiat pemakanan haiwan, rantai makanan dan siratan makanan melalui permainan-permainan yang dicipta. Cara pelaksanaan permainan senang difahami dan dapat dikelola oleh murid-murid dalam kumpulan tanpa penyeliaan guru. Dalam proses pelaksanaan permainan ini, murid-murid diberi peluang untuk mengemukakan idea sendiri. Dengan cara pembelajaran yang bebas dan menyeronokkan telah membawa banyak manfaat dan impak yang besar kepada muridmurid seperti Manfaat dan impak permainan ini adalah: mesra pengguna, berpusatkan murid, menarik minat murid, meningkatkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran, memotivasikan muridmurid, membentuk semangat kepimpinan murid-murid, pembelajaran menjadi kondusif, kos rendah dan boleh dicipta sendiri, mengukuhkan ingatan, mengukuhkan Kemahiran Proses Sains, boleh diubahsuai untuk topik-topik sains atau mata pelajaran yang lain, bentuk permainan asli dan kreatif dan mengintegrasikan teknologi dalam pembelajarn Sains I12
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 84 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation TOPI S+7E MOHD. FADZWAN BIN JUNAIDI [email protected] Sekolah Kebangsaan Dijih, Selangau SINOPSIS: Perubahan dalam Industri 4.0 membawa kepada satu anjakan baharu dalam sistem pendidikan yang berkualiti terutama dalam bidang digital. Dalam konteks isu serta masalah yang dihadapi mendapati murid tidak memahami simbol dan seterusnya sukar menulis dan melukis carta alir berdasarkan situasi, amalan di dalam bilik darjah berpusatkan guru, pengajaran dan pembelajaran (PdP) tidak menyeronokkan, kekurangan infrastruktur dan bahan bantu mengajar. Oleh itu, inovasi ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kefahaman murid terhadap simbol carta alir pengaturcaraan dalam matapelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), mewujudkan suasana yang menyeronokkan, memudahkan proses PdP dan meningkatkan kualiti amalan PdP guru. Sehubungan dengan itu, satu inovasi telah dihasilkan dalam meningkatkan kefahaman dari segi kefahaman murid. Seramai 12 orang murid daripada Sekolah Kebangsaan Dijih telah dipilih sebagai kumpulan sasaran. Reka Bentuk ditunjukkan apabila data dikumpul menggunakan pemerhatian, soal selidik dan analisis dokumen selepas menggunakan Topi S+7E. Dapatan inovasi membuktikan bahawa penggunaan Topi S+7E telah menunjukkan keberkesanaan apabila ditunjukkan dari segi tahap penguasaan murid. Seramai 10 murid menunjukkan peningkatan tahap penguasaan. Topi S+7E merupakan satu intervensi yang menggabungkan panduan setiap sub carta alir secara digital disertakan pelekat bentuk dan murid mengaplikasi bentuk urutan berdasarkan situasi. Secara keseluruhannya, inovasi diharapkan dapat digunapakai di sekolah rendah di Malaysia amnya oleh guru, murid dan komuniti samada di bandar mahupun luar bandar. I13
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 85 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation I'M MR. MAX TING KUNG JIN [email protected] SMK Sacred Heart Sibu, Sarawak SYNOPSIS: The goal of this innovation was to enhance the writing skills of a group of high- performing and average students in English essays. Due to the COVID-19 pandemic, teaching and learning were conducted remotely, posing challenges for both teachers and students. Recording and marking essays became troublesome, and many students did not meet the writing assessment criteria, especially in Organisation and Language. To address these issues, 35 students in 3A1 were asked to complete a questionnaire testing their understanding of the writing assessment scale and their opinion on the writing paper and submitting homework. A pre-test was also conducted to identify their problems. The 'I'm Mr. Max' method was then introduced, which involved typing essays in Google Docs and underlining connectors, cohesive devices, and impressive vocabularies. Three modules were taught before conducting the post-test and evaluation. After four weeks, the students were able to remember the features of the writing assessment scale and apply what they had learned in their essays, resulting in improved marks. The teachers found it easier to assign, mark, and monitor the essays. KIT DR. MORFOLOGI LING EUNG FU [email protected] SMK Luar Bandar No.1 Sibu SINOPSIS: Dalam proses pembelajaran dan pemudahcara (PdPc) di dalam kelas, murid-murid lebih suka akan PdPc yang melibatkan mereka secara aktif dan bermakna. Justeru, satu inovasi telah saya hasilkan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid di dalam kelas, iaitu inovasi Kit Dr. Morfologi. Inovasi ini adalah berdasarkan watak-watak doktor, jururawat, dan pesakit di klinik atau hospital. Watak-watak ini dipilih kerana murid-murid tahu akan peranan mereka dan menarik perhatian murid-murid. Inovasi ini telah mampu membantu guru dalam proses PdPc kerana mereka menunjukkan minat semasa PdPc berlangsung di dalam kelas. Subjek yang terlibat dalam kajian ini adalah Bahasa Melayu STPM Semester 2. Seramai 18 orang murid kelas 6A1 Kohort 2023 SMK Luar Bandar No.1 Sibu terlibat dalam kajian ini. Dapatan inovasi ini membuktikan bahawa inovasi ini mampu membantu guru memupuk minat murid-murid untuk belajar di dalam kelas. Dengan itu, guru dapat mengendalikan kelas dengan berkesan dan berjaya. I14 I15
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 86 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation TITLE KUPETA PLUS NORA BINTI SAHMAT [email protected] SMK St Joseph, Kuching SINOPSIS: ‘TITLE: KUPETA PLUS’ telah berjaya meningkatkan kemahiran pelajar untuk membina Alih Bentuk Komunikasi (ABK), dalam Bahagian B Kertas Pengajian Am Semester Dua. Objektif inovasi ini adalah untuk meningkatkan daya ingatan pelajar dan meningkatkan kecekapan pelajar menyemak semula hasil jawapan masing-masing. Selain itu, membantu para guru memberi penerangan dengan mudah kepada para pelajar dan meningkatkan prestasi mata pelajaran Pengajian Am keseluruhannya. Kumpulan pertama sasaran inovasi ini adalah pelajar-pelajar dari Kelas 6 Atas F pada Tahun 2020. Namun, inovasi ini terus diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan 6 tahun-tahun seterusnya. Pada awalnya didapati semua pelajar lemah dalam bahagian ini. Kebanyakan mereka mendapat markah 7/20 ke bawah. Setelah diperkenalkan teknik ‘TITLE: KUPETA PLUS’ prestasi pelajar meningkat sehingga lebih 50% lulus. Peningkatan ini telah membantu sebahagian besar daripada mereka mencapai gred lulus dan cemerlang dalam keputusan STPM Pengajian Am mereka. The CPR For the Planet in The Classroom ANGLELINA SII AI JING [email protected] SMK Merbau Miri HANIRAH BINTI HASLAN [email protected] SMK Chung Hua Miri SYNOPSIS: The CPR stands for content, participation and reflection. The CPR emphasises on Edutainment. In the effort to deliver content related to climate change, we chose not to use the conventional methods that the kids sometimes feel bored with. We will shoot our own TikTok video by referring to the conventional content that we can normally find. As for us, we think that the kids might find it more relatable when the people in the video are someone around them and someone that they know. For the participant, we will want to carry out a simulation game in giving out a clearer picture to the kids regarding the topic itself. Reflection session will be the last part of the whole project, where the students can actually pause and reflect about the whole process. At the end of the CPR, the feedback from the students were overwhelmingly positive and they have a clearer picture of what they can do in fighting against the climate change issue. I16 I17
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 87 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation SPIN & MATCH HII MING TOH [email protected] SMK Luar Bandar No.1 Sibu THEN SIANG YIIN [email protected] SMK Kampung Nangka Sibu SINOPSIS: Spin & Match merupakan alat bahan mengajar yang terdiri daripada 3 bulatan utama dan mengamalkan pendekatan bermain sambil belajar. Objektif inovasi ini membantu pelajar menulis esei Geografi dalam format fakta (bulatan merah), huraian (bulatan kuning) dan contoh (bulatan hijau). Kumpulan sasaran inovasi ini ialah pelajar Geografi tingkatan 4 dan 5 yang aras rendah dan aras sederhana. Inovasi ini memberi keberkesanan kepada PdP melalui ujian pra dan ujian pos. Inovasi ini mudah disebarluaskan kerana ia boleh digunakan dalam semua tajuk Geografi fizikal dan Manusia. Tambahan pula inovasi ini juga boleh digunakan untuk isi pelajaran yang lain seperti Bahasa Melayu, Sejarah, Pendidikan Moral dan Matematik. HANI X WOW FORMULA CARD HANITA BINTI LADJAHARUN [email protected] SMK Perempuan Likas Kota Kinabalu SINOPSIS: HANI X WOW Formula merupakan sekeping kad formula khusus bagi mata pelajaran sejarah yang mempunyai empat bahagian yang terdiri dari Easy Body KBAT, IMPAK, E-Wacana dan EasyCon. Easy Body KBAT merupakan koleksi jawapan yang dihasilkan berdasarkan anggota badan iaitu murid hanya perlu mengaitkan anggota badan dengan fakta atau kata kunci yang bersesuaian bagi menjawab soalan yang berkaitan iktibar, usaha, tindakan dan peranan. IMPAK merupakan kata kunci yang sesuai untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan kepentingan, kebaikan, manfaat, penghayatan dan kesan. Jika soalan berkaitan kesan negatif, murid perlu menggunakan kata kunci yang sama tetapi perlu mengubahsuai ayat agar sesuai dengan keperluan soalan. E-WACANA merupakan koleksi penanda wacana sebagai panduan agar murid dapat menulis esei dengan ayat lengkap dan mengelakkan markah dipotong jika ayat tidak lengkap. Easy-Con pula koleksi ayat yang terdiri dari tiga bahagian (ekonomi, politik dan sosial) yangsesuai digunakan sebagai inference. Empat aspek yang terkandung dalam kad formula ini sangat memudahkan murid menguasai dan menjawab saoalan sejarah respon terbuka. Ianya sesuai digunakan untuk murid-murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Kad ini telah mendapat kelulusan hakcipta MyIPO. I18 I19
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 88 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation 'PAH-KIT' WONG MEE LENG DR. ROZIAH MAHAMAD ALI [email protected] IPG Kampus Rajang SINOPSIS: Inovasi PAK21 yang bernama ‘PAH-KIT’ (Pahlawan Tempatan Bangkit) merupakan satu usaha inovatif selaras dengan pendidikan Abad ke-21 yang mengintegrasikan elemen Industry Revolution 4.0. Inovasi ini bertujuan membantu murid menguasai fakta sejarah melalui teknik 5W1H, yakni What, When, Where, Why, Who dan How tentang tokoh pahlawan tempatan dan dapat membangkitkan perkembangan pembelajaran aktif serta menyeronokkan dengan 3E (Explore, Explain, Pengalaman ) dan kerangka pembelajaran 6C abad 21. Untuk mengenal pasti keberkesanan dan kebolehgunaan ‘PAH-KIT’ dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah, pengkaji telah melaksanakan inovasi ini dengan adanya dan melalui pemerhatian pelajar serta lawatan para pengkaji ke sekolah. PBD bernama ‘To-Lawan’ dibina untuk kegunaan Ujian Pra dan Ujian Pos sebelum dan selepas PdPc dilaksanakan. Semasa tindakan kelas, murid didapati sangat berminat, seronok dan belajar melalui bermain melalui permainan ‘LA-NANG’ yang direka cipta sebagai pengukuhan. Analisis ujian murid turut menunjukkan peningkatan skor min +49.8% dalam tempoh masa dua minggu sahaja daripada lapan buah sekolah di negeri Sabah dan Sarawak. Penekanan pengajaran dan pembelajaran untuk ‘PAH-KIT’ bukan sahaja dapat digunakan dalam mata pelajaran Sejarah malah boleh juga digunakan dalam mata pelajaran lain seperti Sains, Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. Penggunaan ‘PAHKIT’ dalam Sejarah abad ke-21 membantu guru menerangkan isi pelajaran dan konsep kronologi, mudah digunakan, serta mampu menarik perhatian murid melalui teknik 5W1H. ‘PAH-KIT’ direka cipta atas pelaksanaan PdPc yang menyambut gelombang ketiga PPPM 2013-2025 iaitu pengajaran inovatif. I20
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 89 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation FNC JAMA TIONG SIEW JEN [email protected] MICTHELLE GWENDOLYNE ANAK CHUBING [email protected] Kolej Vokasional Sibu, Sibu, Sarawak SINOPSIS: Pengenalpastian masalah kemahiran pelajar mentafsir dan menghuraikan graf jarak masa telah merangsang pengkaji untuk mereka cipta suatu alatan pemudahcaraan yang bernama FNC JAMA. Alatan ini merupakan satu aplikasi digital yang dibangunkan dengan menggunakan platform “Geometry Sketchpad”. FNC JAMA mempertingkatkan aktiviti pembelajaran mentafsir dan menghuraikan graf jarak masa secara cepat, mudah dan menyeronokkan. Dengan adanya FNC JAMA, Pengkaji telah menjalankan ujian Pra dan pasca dengan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas sebenar bersama pelajar program Teknologi Elektronik Sijil Vokasional Malaysia,SVM Tahun 2 Kolej Vokasional Sibu. Dapatan data Kualitatif dan kuantitatif ini bertujuan mengenalpasti cara penambahbaikan alatan FNC JAMA sehingga ia mampu memajukan prestasi pelajar dalam hasil pembelajaran mentafsir dan menghuraikan graf jarak masa. Penerokaan penggunaan FNC JAMA diteruskan sehingga untuk semua pelajar SVM Tahun 2, ambilan 2021. Dapatan kajian menunjukkan bahawa produk inovasi FNC JAMA ini telah meningkatkan purata markah dari 13.8% sehingga 86.2%, iaitu peningkatan sebanyak +72.4%. Di samping itu, pengguna FNC JAMA ini dikesan menunjukkan minat yang lebih tinggi dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan. Walaupun tahap peningkatan kemajuan pelajar adalah berbeza, aspek pemahaman konsep halaju, tempoh masa pegum, dan purata laju jelas meningkatkan secara sangat ketara dan memuaskan. Justeru, proses eksplorasi terhadap FNC JAMA telah mendorong pelajar dan pensyarah menghasilkan produk inovasi dan aktiviti yang bermanfaat kepada para pendidik misalnya, EZmulasi JAMA, Goal, Susun Halaju ikut tertib dan sebagainya. Secara kesimpulannya, inovasi FNC JAMA bukan sahaja mampu menyelesaikan masalah pembelajaran murid, malahan membangkitkan kreativiti pelajar selaras dengan kehendak semasa dan masa depan negara kita. I21
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 90 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation OPTICAL KIT LEONG SIEW CHOON [email protected] JOYCE LANG TEE KHIN [email protected] SMK Tinggi Sarikei SYNOPSIS: Optical Kit is specifically designed to help F4 pupils in calculating the refractive index, n of a glass block or any transparent medium, to determine the critical angle, c of a glass block or any transparent medium, and to observe the light phenomenon of total internal reflection in a glass block or any transparent medium accurately. Optical Kit can also be used to observe reflection and refraction of light. A total of 38 pupils from Form 4 were involved and we realised that 26 of them had problems in determining the angles required using the conventional method compared to 6 using Optical Kit. When pupils take the wrong reading, they cannot verify Snell’s Law. Since a ray box must be used to emit the light ray, there must be a constant source of electricity supply which is deemed not to be possible in rural areas. The conventional method requires pupils to draw out the light rays emitted on a piece of A4 paper and later take the reading again using a protractor. So, it will take up a lot of time to complete the 3 experiments. With Optical Kit, the accuracy of the results improves by a median of 20 marks, the time to conduct the experiments is greatly reduced by 67%, the cost and weight are reduced by 77% and 67% respectively as well as promoting environmental friendliness as no A4 paper is used. Currently, Optical Kit has a pending patent, UI2022004319. I22
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 91 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation PERMAINAN PAPAN - GRB PRODUK MEKATRONIK LING SIE KUOK [email protected] SMK CHUNG HUA, SIBU SINOPSIS: Permainan GRB Mekatronik adalah bahan bantu mengajar dan belajar (BBB) yang direka untuk pembelajaran dalam reka bentuk Mekatronik dengan menggunakan cara permainan papan. Permainan GRB Mekatronik senang dibina oleh guru sendiri dan dimainkan oleh murid dengan mudah. Permain minimum adalah dua orang dan maximum lima orang. Terdapat dua cara yang direka untuk permainan papan ini. Peraturan dan cara permainan ini adalah mudah difahami dan senang dimain oleh semua jenis tahap murid termasuk murid berprestasi rendah. Permainan GRB Mekatronik membantu murid menghafalkan semua elemen dalam gambar rajah blok dengan mengikut susunan dan kedudukan yang bertujuan membolehkan mereka menghasilkan Gambar Rajah Blok bagi lima buah Produk Mekatronik sedia ada iaitu Mesin basuh automatik,Kereta kawalan Jauh,Pintu Gelangsar Automatik,Palang Automatik dan Penyembur Wangian Automatik. Kemahiran menghasilkan dengan melakar atau melukis Gambar Rajah Blok bagi lima produk mekatronik ini merupakan sebahagian daripada sukatan yang penting dalam topik Reka Bentuk Mekatronik mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 3. Namun demikian, topik tersebut amat sukar dikuasai oleh murid-murid, terutamanya murid-murid yang lemah kerana dalam melukis Gambar Rajah Blok produk -produk ini, mereka perlu menghafaz banyak nama elemen, mengingati susunan serta kedudukan setiap elemen dengan betul. Selepas alat inovasi ini diaplikasi atau digunakan dalam P&Pc terhadap kumpulan sasaran murid, berjaya membantu murid a) menghafalkan kebanyakkan elemen dalam gambar rajah blok dan juga mengingati susunan dan kedudukan setiap elemen dengan betul untuk produk mekatronik sedia ada; b) Berjaya membantu mereka menghasilkan dengan melakar atau melukis Gambar Rajah Blok bagi Produk Mekatronik sedia ada dengan mudah dan betul. Justeru itu, proses pembelajaran untuk topik tersebut menjadi senang dan menyeronokkan. Mereka menikmati kebaikan dan keseronokan yang dibawa oleh permainan papan. I23
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 92 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation PENGGUNAAN TEKNOLOGI "AUGMENTED REALITY" DALAM PDPC BAGI MENGUASAI TEORI ELEMEN DAN PRINSIP BAGI SUBJEK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI MELALUI KAEDAH AKRONIM. NURAIDA AMALIA BINTI MOHD HAMIM [email protected] SMK Three Rivers, Mukah SINOPSIS: Reka Bentuk & Teknologi (RBT) merupakan mata pelajaran yang di transformasikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada semua sekolah di Malaysia bagi mempersiapkan pelajar mempunyai pemikiran secara global dan kreatif serta memahami bagaimana mengaplikasikan teknologi masa kini dalam menyelesaikan masalah masa depan. Oleh itu, guru teknikal dan vokasional di sekolah perlu mengajar subjek ini bagi menggantikan subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) pada sebelum ini. Pelaksanaan mata pelajaran RBT memberi penekanan kepada pendedahan dalam mereka bentuk dan penghasilan produk yang berasaskan projek dengan menerapkan elemen dan prinsip teknologi yang dipelajari namun dalam pembangunan projek yang dijalankan pelajar harus mengetahui serta memahami beberapa teori dalam mata pelajaran RBT untuk diterapkan bersama dalam projek yang dihasilkan. Kajian ini dijalankan bagi menambahbaik amalan pengajaran guru didalam bilik darjah dan sekaligus membantu pelajar untuk mudah menghafal teori bagi Elemen dan Prinsip dalam Reka Bentuk dan Teknologi tingkatan 1 bab 1 unit 1.1.2 dan unit 1.1.3. Elemen dan Prinsip dalam Reka Bentuk dan Teknologi merupakan teori paling asas yang pelajar perlu hafal dan faham kerana teori ini akan dibawa daripada tingkatan satu hingga ke tingkatan tiga dengan menggunakan kaedah hafalan kata kunci (Akronim) dan diterjemahkan semula dalam tutorial “Augmented Reality” seiring dengan perubahan revolusi teknologi 4.0 iaitu penerapan teknologi digital dalam pembelajaran dan pengajaran. “Augmented Reality” atau AR merujuk kepada konsep dunia sebenar dengan menggabungkannya dengan dunia maya. Teknologi ini dapat mengubah persekitaran pembelajaran dengan memasukkan persekitaran sebenar kepada maklumat maya di dalam pelbagai format multimedia seperti grafik, video dan audio dan sebagainya. Seringkali pelajar menghadapi kesukaran dalam menggunakan teori dan pengetahuan di dalam bilik darjah untuk menyiapkan tugasan praktikal kerana kurangnya kemahiran visualisasi. Tinjauan awal telah dibuat melalui analisis peperiksaan pertengahan tahun dan didapati sebilangan besar pelajar menjawab dengan salah teori Elemen dan Prinsip bagi soalan struktur berteori dan juga pengaplikasian teori berikut dalam membangunkan gabungan objek asas yang menyumbang markah yang besar kerana kekerapannya ditanya yang tinggi dalam soalan peperiksaan. I24
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 93 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Jawatankuasa Induk PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 Penasihat YBhg. Datu Dr. Haji Azhar Bin Haji Ahmad Pengarah Pendidikan Sarawak En. Ahli Bin Chikba Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Sibu En. David Teo Wu Pengetua SMK Sacred Heart, Sibu Datuk Prof. Dr. Khairuddin Bin Ab. Hamid Vice-Chancellor, University Of Technology Sarawak, Sibu Tuan Haji Azmi Bin Haji Bujang Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Pengerusi Bersama Dr. Abang Hut Bin Abang Engkeh Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan, Jabatan Pendidikan Sarawak Pn. Lai May Ging Penolong Kanan Tingkatan Enam, SMK Sacred Heart, Sibu Ketua Bahagian Pendidikan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Setiausaha Bersama Pn. Natrah Bt. Ahim Unit Inovasi Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD JPNS Pn. Siti Mariam Bt. Abdul Rahman Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Sektor Perancangan Pn. Wong Siew Meng Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Sektor Pembelajaran En. Goh Yee Chung Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Sektor Perancangan Pn. Pamela Lim Mei Shan SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Sibu Pn. Ling Chai Kiong Guru Akademik Tingkatan Enam, SMK Sacred Heart, Sibu Pn. Mok Siew Ying Guru Akademik Tingkatan Enam, SMK Sacred Heart, Sibu En. Daniel Tan Yong Wen Pensyarah, University Of Technology Sarawak, Sibu
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 94 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation Jawatankuasa Pengelolaan PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 Penasihat En. David Teo Wu Pengerusi En. Ling Ngie Ming En. Dew Ka Yee En. Lau Tiew Kiong Pn. Lai May Ging Penyelaras En. Yee Hieng Ching En. Justin Ngo Jin Poh En. Winston Bin Thomas Nyadang Pn. Ting Suk Leng Urusetia Pn. Ling Chai Kiong (K) Pn. Mok Siew Ying Cik Wong Nyiik Yien Dr. Yek Siew King Pn. Chan Chiew Wair AJK Penyelaras Kertas Kajian Penyelaras Kajian Tindakan Pn. Chan Chiew Wair (Ketua) Pn. Sandra Anak Senja Pn. Sia Leong Ling En. Ting Kung Jin En. Franky Anak Dana Penyelaras Inovasi Cik Wong Nyiik Yien (Ketua) Pn. Ting Siao Fong Pn. Kong Mee Ching Pn. Sia Siew Ling Pn. Ling Ngiik Mink Cik Goh Leh Ling Penyelaras Penyelidikan Dr. Yek Siew King (Ketua) Pn. Ling Hong Hiong Pn. Linda Yip Soon Liang En. Tiong Tuang Ching AJK Pengurusan Pentas Pn. Ling Hong Hiong (K) Pn. Lee Ming Nguk Pn. Jennifer Liu Hei Kieng AJK Sambutan Tetamu Kehormat En. Jimrny Anak Juing (K) Pn. Heng Chui Ping En. Tap Anak Jingeb AJK Pendaftaran Para Pembentang & Peserta Pn. Sia Siew Ling (K) Pn. Lu Lee Eng Pn. Ting Tiu Sing Pn. Ngu Sze Nee En. Teng Yew Chiong En. Batia Bin Unus Cik Wong Hua Ching Pn. Wong Yieng Mee
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 95 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation AJK Cenderahati Tetamu Kehormat & Hadiah Para Pembentang Cik Goh Leh Ling (K) Pn. Dia Teck Ing Pn. Emily Wong Mee Lee AJK Jemputan Penceramah Sesi Plenary & Panel Penilai Dr. Yek Siew King (K) Cik Wong Nyiik Yien AJK Pengacaraan Majlis En. Franky Anak Dana (K) Pn. Jessica Anak Johnnes Kachong Cik Nastasha ak Johnny AJK Teks Ucapan Pn. Norleza Hossen (K) Pn. Lai Ai Ngiik Pn. Aziha Alias En. Norman Bin Annuar AJK Siaran “Live” dalam Youtube & Moderator En. Ngu Ming Ung (K) En. Abdul Ayzahar En. Goh Heng Chieh Pegawai Unit Sumber & Teknologi Pendidikan PPD Sibu Pegawai Teknikal UTS AJK Jamuan Tetamu Kehormat & Tetamu Jemputan Pn. Falisia Binti Ali (K) Pn. Hamidah Binti Hamdan Pn. Rosnani Binti Julaihi Cik Siti Hajeezah Binti Mohd Salleh Munir En. Abdul Murtallib Bin Murshidi Cik Agnes Anak Meling En. Dominic Anak Berundang Pn. Haluna Binti Rani Pn. Jacqualine Anak Dayong Pn. Nora Anak Sa Pn. Noriza Binti Johari En. Yahya Bin Julaihi En. Yusuf Bin Anoar AJK Jamuan/Makanan Para Pembentang & Peserta Pn. Ting Sing Kiu (K) Pn. Linda Yip Soon Liang Pn. Tay Poh Yeng Pn. Judith A/P Xavier Francis Pereira Pn. Christine Tang Chung Luo Pn. Lee Ling En. Teo Kah Chee En. Marshall Anak Brambun AJK Rakaman Video dan Jurugambar En. William Amylian Bin Jerome Putit (K) Pn. Ting Siao Fong En. Chong Chin Foh En. Ammar Zaqwan Aizzad Bin Yunus AJK Pengkomputeran, Siaraya & Teknikal En. Siew Haw Siong (K) En. Tang Hing Dak En. Daniel Chong Kock Hui En. Justin Ngo Jin Poh En. Ting Heng Huo AJK Persiapan Bilik Gerai Pameran Pn. Kong Mee Ching (K) Pn. Judy Chiong Kung Li Pn. Ngu Ling Ling Pn. Wong Shin Ing Pn. Lau Ai Ting
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 96 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation AJK SPLG Pn. Sandra anak Senja (K) Pn. Victoria Sim Siew Chin AJK Jualan Buku Persidangan Guru Cik Ling King Hee (K) Pn. Tang Siew Yung Pn. Tiong Kung Jim Cik Wong Ho Nan Pn. Lim Wi Li Cik Ngo Ker Nee AJK Buku Program Pn. Chong Sze Yuen (K) Pn. Mary Toh Chai Fong Cik June Hii Ko Ee Pn. Wong Chin Chin AJK Rekabentuk Buku & E-backdrop Persidangan Guru En. Ting Kung Jin (K) En. Yee Hieng Ching En. Siong Chee Sing AJK Sijil Cik Kong Bih Jing (K) Cik Liu Pik Ha Pn. Lau Pei Ding Pn. Loh Ying Ying Cik Ling Chung Siew AJK Kebersihan Bilik Gerai Pameran Pn. Sia Leong Ling (K) Pn. Stella binti Buda Cik Law Yuh Ming Pn. Tiong Mee Ling AJK Dokumentasi Pn. Low Kha Ing (K) Pn. Wong Leh Ping AJK Bacaan Doa En. Fathulah Hamka Bin Jamel AJK Digital Poster Sebaran & JPNS Youtube links En. Ammar Zaqwan Aizzad Bin Yunus (K) En. Phan Fuo Sz En. Abdul Ayzahar AJK Prosiding Buku Persidangan Guru 2023 Pn. Ling Chai Kiong (K) Pn. Mok Siew Ying Cik Wong Nyiik Yien Dr. Yek Siew King Pn. Chan Chiew Wair AJK Kewangan Pn. Yong King Wei (K) Pn. Lee Ek Ee Pn. Nora Anak Sa
PERSIDANGAN KAJIAN TINDAKAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 97 | P a g e Education Sustainability Through Action Research, Research And Innovation