MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 1 MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 TAHUN 2021 KOMPILASI BERSAMA GC, JU EKONOMI DAN UNIT TVET JPN PULAU PINANG Usahasama, Raja Shamsuddin Bin Raja Salleh, KPPK TVET, SBP JPNPP Azlina Binti Pawanteh, PP TVET, SBP JPNPP Effendy Abdullah, SISC+ TVET PPD SPU Abu Seman Bin Mat karim, SISC+ TVET PPD SPT Haji Bohari Bin Samsudin, SISC+ TVET PPD SPS Tan Phaik Leng, SISC+ TVET PPD Timur Laut Norshipa Ismail, SISC+ TVET PPD Barat Daya Disusun semula oleh JU Ekonomi, HJ Rozaini Bin Kasssim Tan Swee Chin Nor Suhaila Binti Khairudin Madihah Binti Bidin Katijah Binti Mohammed Ibrahim Helidzia Binti Ramli HJ Khairul Anuar Bin Abdul Salam Nor Azimah Binti Hassan Noor Sarfina Binti Shari Aniza Binti Ismail Ooi Kar Hong Lee Wee Chuan
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 1 BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI 1.1 Konsep Kekurangan, Pilihan, dan Kos Lepas 1.1.1 Takrif Ilmu Ekonomi • Ilmu ekonomi ialah satu bidang sains sosial yang mengkaji cara manusia mengurus sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad. 1.1.2 Konsep Kekurangan dan Pilihan • Kehendak ialah keinginan manusia terhadap barang dan perkhidmatan agar mencapai kehidupan yang lebih selesa dan mewah. • Kehendak manusia yang tidak terbatas berbanding dengan sumber ekonomi yang terhad telah membawa kepada masalah kekurangan. ➢ i) isi rumah kekurangan pendapatan ➢ ii) firma kekurangan faktor pengeluaran ➢ iii) kerajaan kekurangan hasil kerajaan atau cukai Masalah Ekonomi Unit Ekonomi Isi Rumah Firma Kerajaan Takrifan Seorang individu, sebuah keluarga, atau sekumpulan individu yang tinggal bersama dan berfungsi satu unit ekonomi Sebuah organisasi atau unit pengeluaran yang merancang dan menggunakan faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Sebuah badan organisasi yang mempunyai kuasa untuk membuat dan menguatkuasakan undangundang untuk menjaga kestabilan ekonomi dan sosial. Kekurangan Pendapatan atau wang Faktor pengeluaran Hasil kerajaan atau cukai. Matlamat Pilihan Mencapai kepuasan maksimum Mencapai keuntungan maksimum Memaksimumkan kebajikan masyarakat 1.1.3 Faktor Pengeluaran • Faktor pengeluaran ialah sumber ekonomi yang diperlukan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan. • Faktor pengeluaran atau sumber ekonomi terdiri daripada buruh, tanah, modal, dan usahawan (BTMU). Tanah - Anugerah daripada alam semula jadi - Penawarannya adalah terhad - Sumber yang boleh diperbaharui (sumber hutan,laut) - Sumber tidak boleh diperbaharui (jenis logam) - Tidak mempunyai mobiliti tempat tetapi mempunyai mobiliti kegunaan - Ganjaran ialah sewa Modal - Alat atau wang yang digunakan dalam proses pengeluaran - Contoh: bangunan, kilang, peralatan, jentera, dan mesin. - Peralatan dan mesin : mobiliti geografi yang tinggi (senang dipindah) - Bangunan dan kilang : mobiliti geografi yang rendah - Ganjaran ialah faedah
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 2 Buruh - Sumbangan tenaga manusia yang produktif dari segi fizikal atau mental dalam proses pengeluaran - Dibahagi kepada buruh mahir (jurutera) dan buruh tidak mahir (operator) - Mempunyai mobiliti pekerjaan dan mobiliti geografi yang tinggi - Ganjaran ialah upah Usahawan - Individu yang menggabungkan dan menyelaraskan faktor pengeluaran - Mengeluarkan barang dan perkhidmatan. - Matlamat memaksimumkan keuntungan - Meminimumkan kos pengeluaran - Individu yang kreatif, inovatif - Sanggup menanggung risiko - Ganjaran ialah untung 1.1.4 Takrif Kos Lepas • Kos lepas merujuk kepada pulangan yang mungkin daripada barang-barang atau perkhidmatan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan akibat daripada pemilihan sesuatu barangan. 1.1.5 Analisis Situasi Kos Lepas Kombinasi output Seluar Sukan (helai) Kemeja-T (helai) X 40 100 Y 60 80 Z 80 60 • Jika kombinasi output syarikat berubah dari X ke Y, untuk menambahkan 20 helai seluar sukan, syarikat terpaksa mengurangkan 20 helai kemeja-T, maka kos lepas untuk mengeluarkan 60 helai seluar sukan ialah 20 helai kemeja-T. Konsep Masalah Ekonomi Masalah Ekonomi Unit Ekonomi Isi Rumah Firma Kerajaan Kekurangan Pendapatan atau wang Faktor pengeluaran Hasil kerajaan atau cukai. Pilihan Kepuasan maksimum Keuntungan maksimum Kebajikan masyarakat maksimum Kos Lepas Kepuasan yang mungkin daripada barangan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan barangan yang dipilih Keuntungan yang mungkin daripada keluaran atau projek pelaburan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan keluaran atau projek pelaburan yang dipilih Kebajikan yang mungkin diperoleh daripada projek pembangunan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapat projek pembangunan yang dipilih Hitungkan kos lepas untuk mengeluarkan Kemeja-T jika kombinasi output berubah daripada Z ke Y. Kos lepas untuk mengeluarkan Kemeja-T = (80 – 60) helai seluar sukan = 20 helai seluar sukan
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 3 1.1.7 Keluk Kemungkinan Pengeluaran(KKP) • KKP menunjukkan had maksimum tingkat pengeluaran yang dapat dicapai oleh sebuah ekonomi dengan menggunakan faktor pengeluaran yang ada dan tingkat teknologi tertentu. • Andaian untuk analisis KKP: ➢ Ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh. (kadar pengangguran ≤ 4%) ➢ Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang. ➢ Sumber ekonomi yang dimiliki adalah terhad dan tetap. ➢ Tingkat teknologi adalah tetap. Kemungkinan Pengeluaran Pakaian Dan Makanan Kombinasi Pengeluaran Pakaian (ribu helai) Makanan (tan metrik) R 0 20 S 4 19 T 8 17 U 12 13 V 16 0 • Pada kombinasi R, semua faktor pengeluaran telah digunakan untuk mengeluarkan makanan dan tiada pakaian dikeluarkan. • Berdasarkan Jadual, suatu keluk kemungkinan pengeluaran dapat dibentuk seperti yang berikut: Titik Penerangan W • Titik berada di dalam KKP • Kombinasi pengeluaran yang tidak cekap / titik ketidakcekapan • Sumber ekonomi tidak digunakan sepenuhnya • Berlaku pembaziran • Berlaku pengangguran • Berlaku migrasi keluar faktor pengeluaran R,S,T,U,V • Kombinasi pengeluaran yang cekap. • Tingkat guna tenaga penuh • Teknologi digunakan sepenuhnya • Pengeluaran maksimum dengan kos yang minimum • Wujud masalah pilihan sama ada untuk mengeluarkan pada kombinasi R,S,T,U atau V • Wujud kos lepas Y • Titik berada di luar KKP • Titik ketidakupayaan ekonomi • Berlaku masalah kekurangan sumber ekonomi • Tidak boleh dicapai kerana tingkat guna tenaga penuh telah dicapai dan tiada faktor pengeluaran lebih untuk menambah keluaran. • KKP yang berbentuk cembung menunjukkan kos lepas yang semakin meningkat Pakaian (Ribu Helai)
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 4 1.2 Sistem Ekonomi dan Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi 1.2.1 Masalah Asas Ekonomi Masalah Asas Ekonomi Penentuan Apa yang hendak dikeluarkan Jenis barangan Berapa yang hendak dikeluarkan Kuantiti barangan Bagaimana hendak dikeluarkan Teknik/cara pengeluaran Untuk siapa dikeluarkan Corak agihan barangan 1.2.2 Sistem Ekonomi • Sistem ekonomi merujuk kepada peraturan yang diamalkan oleh sesebuah negara dalam menguruskan ekonominya. • Terdapat tiga jenis sistem ekonomi yang utama, iaitu: ➢ Sistem ekonomi pasaran bebas /laissez-faire’/ Kapitalis ➢ Sistem ekonomi campuran ➢ Sistem ekonomi perancangan pusat/sosialis/komunis Sistem Ekonomi Pasaran Bebas Ciri Sistem Ekonomi Pasaran Bebas /Laissez-Faire’/ Kapitalis 1. Pemilikan Sumber (siapa milik faktor pengeluaran- BTMU Sumber ekonomi adalah milik pihak swasta 2. Pembuat Keputusan (siapa berhak buat keputusan ekonomi : apa, berapa, bagaimanadan untuk siapa) Keputusan ekonomi ditentukan oleh pihak pengeluar dan pengguna 3. Pilihan (kuasa/ hak utk memilih barang atau pekerjaan) Wujud kebebasan dalam membuat pilihan 4. Penentu Harga (siapa yg berhak menentukan harga) Harga ditentukan oleh kuasa pasaran/ mekanisme harga/ kuasa permintaan dan penawaran 5. Persaingan (wujud atau tidak wujud persaingan) Wujud persaingan bebas antara pengeluar 6. Motif Motif utama untuk mencapai keuntungan maksimum 7. Contoh Negara Amerika Syarikat Kelebihan Sistem Ekonomi Pasaran Bebas ➢ Kepuasan individu dan masyarakat dapat dimaksimumkan ➢ Bebas melakukan kegiatan ekonomi ➢ Kecekapan dalam penggunaan sumber ➢ Menggalakkan perkembangan teknologi dan inovasi Kelemahan Sistem Ekonomi Pasaran Bebas ➢ Mewujudkan masyarakat materialistik ➢ Mewujudkan ketidakstabilan ekonomi ➢ Agihan pendapatan yang tidak setara ➢ Mewujudkan kuasa monopoli korporat besar ➢ Kesan luaran negatif
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 5 Sistem Ekonomi Perancangan Pusat Ciri Sistem Ekonomi Perancangan Pusat / Sosialis / Komunis 1. Pemilikan Sumber (siapa milik faktor pengeluaran- BTMU Sumber ekonomi adalah milik mutlak kerajaan 2. Pembuat Keputusan (siapa berhak buat keputusan ekonomi : apa, berapa, bagaimanadan untuk siapa) Segala keputusan ekonomi ditentukan oleh kerajaan 3. Pilihan (kuasa/ hak utk memilih barang atau pekerjaan) Kebebasan untuk membuat pilihan terhadap jenis barang dan pekerjaan tidak wujud. 4. Penentu Harga (siapa yg berhak menentukan harga) Harga dan kuantiti ditentukan oleh kerajaan 5. Persaingan (wujud atau tidak wujud persaingan) Tidak wujud persaingan antara pengeluar kerana hanya terdapat seorang pengeluar tunggal 6. Motif Motif utama ialah untuk maksimumkan kebajikan rakyat 7. Contoh Negara Cuba, Korea Utara Kelebihan Sistem Ekonomi Perancangan Pusat ➢ Agihan pendapatan yang seimbang ➢ Barang awam dan kebajikan masyarakat diutamakan ➢ Peruntukan sumber ke arah kebajikan rakyat ➢ Pengeluaran secara berskala besar Kelemahan Sistem Ekonomi Perancangan Pusat ➢ Pilihan individu terhad ➢ Kurang motivasi dan insentif bekerja kuat ➢ Keusahawanan individu terhad ➢ Risiko kesilapan dalam membuat keputusan Sistem Ekonomi Campuran • Kerajaan akan campur tangan jika berlaku ketidakstabilan dan penyelewengan dalam aktiviti ekonomi. Ciri Sistem Ekonomi Campuran 1. Pemilikan Sumber (siapa milik faktor pengeluaran- BTMU Individu bebas untuk memiliki sumber pengeluaran tetapi terdapat sumber yang dimiliki oleh pihak kerajaan 2. Pembuat Keputusan (siapa berhak buat keputusan ekonomi : apa, berapa, bagaimanadan untuk siapa) Pihak swasta buat keputusan untuk barang ekonomi. Pihak kerajaan buat keputusan untuk pengeluaran barang awam 3. Pilihan (kuasa/ hak utk memilih barang atau pekerjaan) Individu bebas untuk membuat pilihan barang dan pekerjaan tetapi terdapat kawalan daripada kerajaan 4. Penentu Harga (siapa yg berhak menentukan harga) Barang swasta – ditentukan oleh kuasa pasaran/ mekanisme harga Barang awam- dikawal oleh kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat. 5. Persaingan (wujud atau tidak wujud persaingan) Barang swasta – wujud persaingan Barang awam- tidak wujud persaingan 6. Motif Pihak swasta – maksimumkan keuntungan Kerajaan – maksimumkan kebajikan rakyat. 7. Contoh Negara Malaysia, Singapura
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 6 Tujuan campur tangan kerajaan dalam ekonomi: ➢ Membekalkan barangan awam ➢ Menstabilkan ekonomi ➢ Merapatkan jurang pendapatan ➢ Mengurangkan kesan eksternaliti ➢ Mengawal harga barang dan perkhidmatan ➢ Melaksanakan program ekonomi awam Sistem Ekonomi Islam Ciri Sistem Ekonomi Islam 8. Pemilikan Sumber (siapa milik faktor pengeluaran- BTMU Sumber ekonomi hak milik Allah swt Individu adalah pemegang amanah. Sumber mesti digunakan dengan bijak agar tidak berlaku pembaziran 9. Pembuat Keputusan (siapa berhak buat keputusan ekonomi : apa, berapa, bagaimanadan untuk siapa) Pengguna dan pengeluar boleh membuat keputusan. Keputusan yang dibuat mestilah berlandaskan prinsip dan hukum Islam 10.Pilihan (kuasa/ hak utk memilih barang atau pekerjaan) Pengguna dan pengeluar bebas untuk buat pilihan tetapi mestilah halal dan tidak memudaratkan. 11.Penentu Harga (siapa yg berhak menentukan harga) Harga ditentukan oleh mekanisme pasaran dengan kawalan kerajaan. 12.Persaingan (wujud atau tidak wujud persaingan) Barang swasta- wujud persaingan Barang awam- tidak wujud persaingan 13.Motif Individu dan pengeluar- motif memcapai kebahagiaan di dunia dan akhirat Kebajikan sosial diutamakan 14.Contoh Negara Mesir, Iran, Iraq dan Arab Saudi 1.2.3 Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi oleh Sistem Ekonomi Masalah Asas Ekonomi Sistem Ekonomi Pasaran Bebas Apa yang hendak dikeluarkan • Ditentukan oleh pengguna dan pengeluar Berapa yang hendak dikeluarkan • Ditentukan oleh mekanisme pasaran / kuasa pasaran Bagaimana hendak dikeluarkan • Ditentukan melalui cara pengeluaran yang paling cekap • meminimumkan kos pengeluaran. Untuk siapa dikeluarkan • Ditentukan melalui corak agihan pendapatan wang • Kebajikan masyarakat bukan yang diutamakan.
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 7 Masalah Asas Ekonomi Sistem Ekonomi Perancangan Pusat Apa yang hendak dikeluarkan • Ditentukan oleh kerajaan • Pengguna dan pengeluar tiada kuasa memilih Berapa yang hendak dikeluarkan • Ditentukan oleh kerajaan • Diselesaikan melalui kuasa mutlak kerajaan. • Tidak wujud masalah lebihan atau kurangan. Bagaimana hendak dikeluarkan • Ditentukan oleh kerajaan • Memilih kaedah intensif buruh sekiranya berlaku pengangguran. Untuk siapa dikeluarkan • Ditentukan oleh kerajaan. • Diagihkan secara adil, saksama dan sama rata untuk setiap individu dalam masyarakat. Masalah Asas Ekonomi Sistem Ekonomi Campuran Apa yang hendak dikeluarkan • Ditentukan oleh kuasa pasaran untuk barang ekonomi • kuasa kerajaan menentukan barang awam Berapa yang hendak dikeluarkan • Diselesaikan melalui mekanisme pasaran untuk barang ekonomi. • Kuantiti barang awam akan ditentukan oleh kerajaan mengikut keperluan rakyat Bagaimana hendak dikeluarkan • Barang Ekonomi: Kaedah pengeluaran yang paling cekap / meminimumkan kos pengeluaran / memaksimumkan keuntungan • Barang awam: kerajaanpilih kaedah paling cekap untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat. Untuk siapa dikeluarkan • Barang ekonomi: melalui corak agihan pendapatan wang • Kerajaan akan campur tangan melalui sistem percukaian dan subsidi • Barang awam: kerajaan agihkan kepada semua individu untuk menjaga kebajikan rakyat. Perbandingan penyelesaian masalah asas ekonomi oleh setiap sistem ekonomi: Masalah Asas Ekonomi Sistem Ekonomi Pasaran Bebas Sistem Ekonomi Perancangan Pusat Sistem Ekonomi Campuran Apa yang hendak dikeluarkan Mekanisme pasaran Kerajaan • Barang ekonomi: melalui mekanisme pasaran • Barang awam: oleh kerajaan Berapa yang hendak dikeluarkan Jumlah permintaan dan penawaran di pasaran atau mekanisme pasaran Kerajaan • Barang ekonomi: melalui mekanisme pasaran • Barang awam: mengikut keperluan rakyat Bagaimana hendak dikeluarkan Cara yang paling cekap (meminimumkan kos Pengeluaran/memaksimumkan untung) Kerajaan • Barang ekonomi: cara yang dapat memaksimumkan untung • Barang awam: cara yang dapat memaksimumkan kebajikan masyarakat Untuk siapa dikeluarkan Corak agihan pendapatan wang atau kuasa beli individu Kerajaan • Barang ekonomi: corak agihan pendapatan wang • Barang awam: untuk semua masyarakat
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 8 1.2.4 Ekonomi Islam • Merupakan sistem ekonomi campuran • berlandaskan Al-Quran dan Hadis / syariat Islam. • Semua unit ekonomi berperanan memastikan ekonomi berjalan dengan lancar, adil dan saksama. • Individu bebas mencari kekayaan mengikut hukum syarak • Konsep pembangunan ekonomi ialah pembangunan insan secara menyeluruh • Wujud persaingan adil dan saksama • pengeluaran barang yang halal • pembaziran sumber dan penindasan terhadap individu lain tidak berlaku. • Contoh negara : Arab Saudi dan Brunei. 3 Ciri Utama Ekonomi Islam Sebagai sebahagian daripada keseluruhan sistem hidup Islam ➢ Matlamat untuk mencapai al-Falah / kesejahteraan dunia dan akhirat. ➢ Keputusan ekonomi berdasarkan Al-Quran dan Hadis. ➢ Aktiviti ekonomi yang tidak halal diharamkan Wujud persaingan yang adil dan saksama antara individu ➢ Individu dan pihak swasta adalah bebas memiliki kekayaan asalkan tidak bertentangan dengan hukum Islam. ➢ Pengguna dan pihak pengeluar berhak dalam membuat keputusan ekonomi ➢ Pengguna bebas memilih barang dan perkhidmatan yang halal dan jenis pekerjaan yang ingin diceburi. ➢ Pengeluar bebas bersaing dalam pengeluaran barangan untuk memperoleh keuntungan. ➢ Kerajaan akan mengawal kebebasan pengguna dan pengeluar melalui undang-undang dan peraturan. Keseimbangan antara kepentingan individu dan masyarakat ➢ Kepentingan awam adalah lebih diutamakan berbanding dengan kepentingan individu. ➢ Kerajaa membuat keputusan dalam pengeluaran barang awam ➢ Sasaran pengeluaran adalah untuk semua masyarakat. ➢ Setiap individu dijamin memperoleh barang keperluan asas. ➢ Prinsip kesederhanaan amat dipentingkan ➢ Jurang ekonomi dikurangkan melalui agihan zakat
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 9 BAB 2 : PASARAN 2.1 Keseimbangan Pasaran 2.1.1 Hukum Permintaan • Permintaan merujuk kepada keinginan dan kemampuan seseorang individu untuk membeli sesuatu barang atau perkhidmatan pada suatu tingkat harga tertentu dan dalam jangka masa tertentu. • Permintaan berkesan ialah permintaan yang disokong oleh kuasa beli atau kemampuan membayar. • Hukum permintaan menyatakan bahawa semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin kurang kuantiti diminta terhadap barang tersebut dan sebaliknya, semakin rendah harga sesuatu barang, semakin banyak kuantiti diminta terhadapnya dengan andaian ceteris paribus. ➢ Hubungan antara harga barangan dengan kuantiti diminta adalah negatif / songsang 2.1.2 Keluk Permintaan Individu dan Pasaran • Permintaan individu ialah kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang diminta oleh seseorang individu pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu. Jadual Permintaan dan Pembentukan Keluk Permintaan Individu Harga (RM) Kuantiti diminta (KG) Titik 5 4 A 4 6 B 3 8 C 2 10 D Jadual 2.1 Permintaan Han Boon terhadap buah durian Rajah 2.1 Keluk permintaan Han Boon terhadap buah durian Huraian pembentukan keluk permintaan Penjelasan hukum permintaan dengan bantuan gambarajah ▪ Pada harga RM5, kuantiti diminta ialah 4 kg ditanda pada titik a. ▪ Pada harga RM4, kuantiti diminta ialah 6 kg ditanda pada titik b ▪ Pada harga RM3, kuantiti diminta ialah 8 kg ditanda pada titik c ▪ Pada harga RM2, kuantiti diminta ialah 10 kg ditanda pada titik d ▪ Keluk permintaan diperoleh apabila titik a, b, c, dan d digabungkan ▪ Keluk permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan ▪ Menunjukkan hubungan songsang antara harga dengan kuantiti diminta ▪ Semakin turun harga, semakin tinggi kuantiti diminta ▪ Keluk permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan ▪ Menunjukkan hubungan songsang antara harga dengan kuantiti diminta Harga(P) Kuantiti Diminta(Qd) Hubungan Negatif Harga(P) Kuantiti Diminta(Qd) Hubungan antara harga dengan kuantiti yang diminta adalah bersifat songsang (negatif)
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 10 Jadual Permintaan Pasaran dan Pembentukan Keluk Permintaan Pasaran • Permintaan pasaran ialah kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang diminta oleh semua individu dalam pasaran pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu. • Permintaan pasaran diperoleh dengan menjumlahkan secara mendatar kuantiti diminta oleh setiap individu dalam pasaran pada suatu tingkat harga tertentu dan dalam tempoh masa tertentu. (1) Harga (RM) (2) Kuantiti diminta oleh Rani (unit) (3) Kuantiti diminta oleh Sofea (unit) (4)=(2)+(3) Permintaan Pasaran (unit) (5) Titik 50 1 2 3 w 40 2 3 5 x 30 3 4 7 y 20 4 5 9 z Jadual 2.2 Permintaan pasaran terhadap baju kemeja Rajah 2.2 Pembentukan keluk pasaran daripada keluk permintaan individu ➢ Pada harga RM 50, kuantiti diminta pasaran ialah 3 unit (1+2) iaitu titik W ➢ Pada harga RM 40, kuantiti diminta pasaran ialah 5 unit (2+3) iaitu titik X ➢ Apabila titik W dan X digabungkan terbentuk keluk permintaan pasaran ➢ Kuantiti diminta Rani dan Sofea dijumlahkan secara mendatar pada setiap tingkat harga ➢ Keluk mencerun ke bawah dari kiri ke kanan ➢ Menunjukkan hubungan songsang antara harga dan kuantiti diminta ➢ Keluk permintaan pasaran lebih landai
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 11 2.1.3 Penentu Permintaan Terbahagi kepada dua: A. Harga Barang Itu Harga barang merupakan faktor utama yang mempengaruhi permintaan. B. Penentu Permintaan Bukan Harga Barang itu 1. Harga barang lain • Barang pengganti Harga daging meningkat, permintaan ikan akan meningkat Harga epal menurun, permintaan oren akan menurun Hubungan antara harga dengan permintaan barang penggantinya adalah positif. • Barang penggenap Harga mesin pencetak meningkat, permintaan kartrij dakwat menurun Harga kereta menurun, permintaan petrol meningkat Hubungan antara harga dengan permintaan barang penggenapnya adalah negatif 2. Cita rasa Iklan / fesyen yang berjaya akan meningkatkan permintaan barang Kesedaran kesihatan menyebabkan permintaan terhadap produk kesihatan meningkat. 3. Pendapatan Pendapatan meningkat, permintaannya terhadap sesuatu barang juga akan meningkat. Kejatuhan kuasa beli akan menyebabkan permintaan barang menurun 4. Musim Awal persekolahan/ perayaan, meningkatkan permintaan terhadap barang Cuaca panas, permintaan ais meningkat 5. Jangkaan harga masa depan Menjangkakan harga sesuatu barang akan meningkat pada masa depan, permintaan pada masa sekarang akan meningkat. Menjangkakan harga sesuatu barang akan turun pada masa depan, permintaan barang tersebut pada masa sekarang akan menurun. 6. Dasar kerajaan Kadar cukai pendapatan individu meningkat, permintaan terhadap barang akan menurun. Bantuan kerajaan akan meningkatkan permintaan barangan. ➢ Apabila harga meningkat kuantiti diminta menurun (pengucupan permintaan) ➢ Apabila harga menurun kuantiti diminta meningkat (pengembangan permintaan) ➢ Hubungan antara harga dengan kuantiti diminta adalah songsang. ➢ Pergerakan berlaku di sepanjang keluk permintaan yang sama. ➢ Juga dikenali sebagai perubahan kuantiti diminta
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 12 2.1.4 Perubahan Dalam Kuantiti Diminta • Pergerakan di sepanjang keluk permintaan yang sama. • Disebabkan perubahan harga barang itu • Pergerakan dari titik a ke b ( pengembangan permintaan) • Kuantiti diminta meningkat apabila harga barang itu menurun • Pergerakan dari titik a ke c (penguncupan permintaan) • Kuantiti diminta menurun apabila harga barang itu meningkat 2.1.5 Perubahan Permintaan • Peralihan keluk permintaan sama ada ke kiri atau ke kanan selari dengan keluk permintaan yang asal. • Perubahan penentu permintaan bukan harga barang itu. Faktor Pengurangan Permintaan Faktor Pertambahan Permintaan 1. Harga barang pengganti turun 2. Harga barang penggenap naik 3. Pendapatan turun 4. Cita rasa yang tidak menggalakkan 5. Harga dijangka turun pada masa depan 6. Kadar cukai pendapatan naik 7. Pembatalan bantuan kerajaan 1. Harga barang pengganti naik 2. Harga barang penggenap turun 3. Pendapatan naik 4. Cita rasa yang menggalakkan 5. Harga dijangka naik pada masa depan 6. Kadar cukai pendapatan jatuh 7. Pemberian bantuan kerajaan Pengurangan Permintaan Pertambahan Permintaan • Peralihan keluk permintaan ke kiri dari D0D0 ke D2D2 • Harga barang itu tidak berubah tetapi kuantiti permintaan telah menurun pada setiap tingkat harga. • Peralihan keluk permintaan ke kanan dari D0D0 ke D1D1 • Harga barang itu tidak berubah tetapi kuantiti permintaan telah meningkat pada setiap tingkat harga 2.1.6 Hukum Penawaran • Penawaran merujuk kepada kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang sanggup dan mampu dikeluarkan oleh pengeluar atau firma pada suatu tingkat harga tertentu dalam tempoh masa tertentu. • Hukum penawaran menyatakan bahawa semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin banyak kuantiti ditawarkan dan sebaliknya semakin rendah harga sesuatu barang, semakin kurang kuantiti ditawarkan dengan andaian ceteris paribus. • Hubungan antara harga barang dengan kuantiti ditawarkan adalah positif / langsung. Harga(P) Kuantiti Ditawar(Qs) Hubungan Positif Harga(P) Kuantiti Ditawar(Qs) Pengucupan permintaan Pengembangan permintaan
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 13 2.1.7 Keluk Penawaran Firma dan Pasaran Penawaran firma ialah kuantiti barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah firma pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu. Jadual Penawaran dan Pembentukan Keluk Penawaran Firma Penawaran kasut oleh Syarikat Kasut Teguh Harga (RM) Kuantiti ditawar (ribu pasang) Titik 20 4 a 40 6 b 60 8 c 80 10 d Keluk penawaran kasut oleh Syarikat Kasut Teguh Huraian pembentukan keluk penawaran Penjelasan hukum penawaran dengan bantuan gambarajah ▪ Harga kasut RM20, kuantiti ditawarkan adalah 4 ribu pasang seperti ditanda titik a. ▪ Harga kasut RM40, kuantiti ditawarkan adalah 6 ribu pasang seperti ditanda titik b. ▪ Harga kasut RM60, kuantiti ditawarkan adalah 8 ribu pasang seperti ditanda titik c. ▪ Harga kasut RM80, kuantiti ditawarkan adalah 10 ribu pasang seperti ditanda titik d. ▪ Menyambungkan setiap titik a, b, c, dan d ▪ Keluk mencerun ke atas dari kiri ke kanan. ▪ Hubungan langsung antara harga dengan kuantiti ditawarkan ▪ Apabila harga naik dari RM20 ke RM40, kuantiti ditawar meningkat dari 4 ribu pasang ke 6 ribu pasang ▪ Semakin meningkat harga, semakin tinggi kuantiti ditawar ▪ Keluk mencerun ke atas dari kiri ke kanan ▪ Hubungan langsung antara harga dengan kuantiti ditawarkan Pembentukan Keluk Penawaran Pasaran Penawaran pasaran ialah kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh semua firma dalam pasaran pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu. Diperoleh dengan menjumlahkan secara mendatar kuantiti ditawarkan oleh setiap firma dalam pasaran pada suatu tingkat harga dalam tempoh masa tertentu. (1) Harga (RM) (2) Kuantiti ditawar oleh S. Jenas (unit) (3) Kuantiti ditawar oleh S. Kiwis (unit) (4)=(2)+(3) Penawaran Pasaran (unit) (5) Titik 15 20 10 30 w 30 25 15 40 x 45 30 20 50 y 60 35 25 60 z Penawaran pasaran terhadap beg galas S S Hubungan antara harga dengan kuantiti yang ditawaran ialah langsung (positif)
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 14 Pembentukan keluk penawaran pasaran daripada keluk penawaran firma beg galas ➢ Harga RM15, kuantiti penawaran pasaran ialah 30 unit (20 + 10) ditanda titik w. ➢ Harga RM30, kuantiti penawaran pasaran ialah 40 unit (25 + 15) ditanda titik x. ➢ Apabila titik w dan x digabungkan terbentuk keluk penawaran pasaran ➢ Kuantiti ditawar Syarikat Jenas dan Syarikat Kiwi dijumlahkan secara mendatar pada setiap tingkat harga ➢ Keluk mencerun ke atas dari kiri ke kanan ➢ Hubungan langsung antara harga dengan kuantiti ditawarkan ➢ Keluk penawaran pasaran (SpSp) lebih landai. 2.1.8 Penentu Penawaran A. Harga Barang Itu ➢ Pergerakan di sepanjang keluk penawaran yang sama. ➢ Harga meningkat, kuantiti ditawarkan meningkat ➢ Harga menurun, kuantiti ditawarkan menurun ➢ Hubungan antara harga dengan kuantiti ditawarkan adalah positif.
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 15 B. Penentu Penawaran Bukan Harga Barang itu 1. Faktor pengeluaran Peningkatan harga faktor pengeluaran, kos pengeluaran meningkat, mengurangkan pengeluaran. Penurunan harga faktor pengeluaran, kos pengeluaran meurun, menambahkan pengeluaran. 2. Jangkaan harga masa depan Pengeluar menjangkakan harga sesuatu barang akan meningkat pada masa depan, firma akan mengurangkan penawaran barang tersebut pada masa sekarang. Pengeluar menjangkakan harga sesuatu barang akan turun pada masa depan, firma akan menambahkan penawaran barang tersebut pada masa kini. 3. Cuaca Cuaca buruk , keluaran pertanian akan menurun 4.Tingkat teknologi Teknologi meningkat penawaran meningkat 5. Matlamat pengeluar Memaksimumkan keuntungan, firma akan mengurangkan pengeluarannya. Memaksimumkan jualan, firma akan menambahkan pengeluaran. 6.Dasar kerajaan Kenaikan cukai atas input, penawaran menurun Memberi subsidi/ taraf perintis, penawaran meningkat 2.1.9 Perubahan Dalam Kuantiti Ditawarkan • Pergerakan di sepanjang keluk penawaran yang sama. • Disebabkan perubahan harga barang itu • Pergerakan dari titik a ke b ( pengembangan penawaran ) • Kuantiti ditawarkan meningkat apabila harga barang itu naik • Pergerakan dari titik a ke c ( penguncupan penawaran ) • Kuantiti ditawarkan menurun apabila harga barang itu turun Pengembangan penawaran Penguncupan penawaran
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 16 2.1.10 Perubahan Penawaran Perubahan penentu penawaran bukan harga barang itu Peralihan keluk penawaran sama ada ke kiri atau ke kanan selari dengan keluk penawaran yang asal. Faktor pengurangan penawaran Faktor Pertambahan penawaran 1. Harga faktor pengeluaran meningkat 2. Kemunduran tingkat teknologi 3. Cuaca yang buruk 4. Harga dijangka meningkat pada masa depan 5. Pengeluar bermatlamatkan untung maksimum 6. Kadar cukai input meningkat 7. Penghapusan subsidi 1. Harga faktor pengeluaran menurun 2. Tingkat teknologi bertambah baik 3. Cuaca yang baik 4. Harga dijangka menurun pada masa depan 5. Pengeluar bermatlamatkan jualan maksimum 6. Kadar cukai input menurun 7. Pemberian subsidi Pengurangan Penawaran Pertambahan Penawaran • Peralihan keluk penawaran ke kiri dari S0S0 ke S2S2 • Harga barang itu tidak berubah tetapi kuantiti penawaran telah menurun pada setiap tingkat harga • Peralihan keluk penawaran ke kanan dari S0S0 ke S1S1 • Harga barang itu tidak berubah tetapi kuantiti penawaran telah meningkat pada setiap tingkat harga 2.1.11 Keseimbangan Pasaran • Pasaran ialah suatu tempat atau situasi yang membolehkan penjual dan pembeli berinteraksi sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk menjalankan urus niaga pada suatu tingkat harga dalam tempoh masa tertentu. • Pasaran mencapai keseimbangan apabila: ✓ Kuantiti diminta sama dengan kuantiti ditawarkan (Qd=Qs) ✓ Keluk permintaan bersilang dengan keluk penawaran
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 17 2.1.12 Jadual dan Rajah Keseimbangan Pasaran Harga (RM/helai) Kuantiti Permintaan (‘000 helai) Kuantiti Penawaran (‘000 helai) 10 15 3 20 12 6 30 9 9 40 6 12 50 3 15 Jadual permintaan dan penawaran seluar sukan Rajah keseimbangan Pasaran • Keseimbangan pasaran dicapai apabila keluk permintaan pasaran (DD) bersilang dengan keluk penawaran pasaran (SS) pada titik E. • Harga keseimbangan dicapai pada RM30 • Kuantiti keseimbangan dicapai pada 9 000 helai 2.1.13 Ketidakseimbangan Pasaran • Jumlah permintaan pengguna tidak sama dengan jumlah penawaran pengeluar. • Lebihan permintaan / kurangan penawaran berlaku apabila kuantiti diminta melebihi kuantiti ditawarkan dalam pasaran pada suatu tingkat harga tertentu. (Qd>Qs) • Lebihan penawaran / kurangan permintaan berlaku apabila kuantiti ditawarkan melebihi kuantiti diminta dalam pasaran pada suatu tingkat harga tertentu. (Qs >Qd) Lebihan Permintaan Lebihan Penawaran • Harga lebih rendah daripada harga keseimbangan • RM10 dan RM20, lebihan permintaan berlaku • RM10, wujud lebihan permintaan sebanyak 12 000 helai (15 000 - 3 000). • Harga cenderung meningkat. • Pengeluar akan menambahkan penawaran • Pengguna akan mengurangkan permintaan. • Proses akan berterusan sehingga pasaran mencapai keseimbangan semula pada titik E. • Harga yang lebih tinggi daripada harga keseimbangan • RM40 dan RM50, lebihan penawaran berlaku. • RM40, wujud lebihan penawaran sebanyak 6 000 helai (12 000 - 6 000). • Harga cenderung menurun. • Pengguna akan menambahkan permintaan • Pengeluar akan mengurangkan penawaran. • Proses akan berterusan sehingga pasaran mencapai keseimbangan semula pada titik E.
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 18 2.1.14 Perubahan Keseimbangan Perubahan Permintaan Pertambahan Permintaan Pengurangan Permintaan ➢ Keseimbangan pasaran asal: • Keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0S0 pada titik E0. • Harga ialah P0 dan kuantiti diminta ialah Q0. ➢ Keluk permintaan beralih ke kanan dari D0D0 ke D1D1. ➢ Lebihan permintaan akan menyebabkan harga cenderung untuk meningkat. ➢ Keseimbangan baharu: • Keluk permintaan D1D1 bersilang dengan keluk penawaran S0S0 pada titik E1, • Harga naik dari P0 ke P1 • Kuantiti bertambah dari Q0 ke Q1. ➢ Keluk permintaan beralih ke kanan manakala keluk penawaran tetap. ➢ Harga dan kuantiti keseimbangan meningkat. ➢ Keseimbangan pasaran asal: • Keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0S0 pada titik E0. • Harga ialah P0 dan kuantiti diminta ialah Q0. ➢ Keluk permintaan beralih ke kiri dari D0D0 ke D1D1. ➢ Lebihan penawaran akan menyebabkan harga cenderung untuk menurun. ➢ Keseimbangan baharu: • Keluk permintaan D1D1 bersilang dengan keluk penawaran S0S0 pada titik E1, • Harga turun dari P0 ke P1 • Kuantiti berkurangan dari Q0 ke Q1. ➢ Keluk permintaan beralih ke kiri manakala keluk penawaran tetap. ➢ Harga dan kuantiti keseimbangan menurun.
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 19 Perubahan Penawaran Pertambahan Penawaran Pengurangan Penawaran ➢ ➢ Keseimbangan pasaran asal: • Keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0S0 pada titik E0. • Harga ialah P0 dan kuantiti ditawar ialah Q0. ➢ Keluk penawaran beralih ke kanan dari S0S0 ke S1S1. ➢ Lebihan penawaran akan menyebabkan harga cenderung untuk menurun. ➢ Keseimbangan baharu: • Keluk permintaan D1D1 bersilang dengan keluk penawaran S0S0 pada titik E1, • Harga turun dari P0 ke P1 • Kuantiti bertambah dari Q0 ke Q1. ➢ Keluk penawaran beralih ke kanan dan keluk permintaan tetap. ➢ Harga keseimbangan menurun dan kuantiti keseimbangan meningkat. ➢ Keseimbangan pasaran asal • keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0S0 pada titik E0. • Harga ialah P0 dan kuantiti ditawar ialah Q0. ➢ Keluk penawaran beralih ke kiri dari S0S0 ke S1S1. ➢ Lebihan permintaan akan menyebabkan harga cenderung untuk meningkat. ➢ Keseimbangan baharu: • Keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S1S1 pada titik E1, • Harga naik dari P0 ke P1 • Kuantiti berkurangan dari Q0 ke Q1. ➢ Keluk penawaran beralih ke kiri dan keluk permintaan tetap. ➢ Harga keseimbangan meningkat dan kuantiti keseimbangan menurun.
20 2.2 Keanjalan Harga 2.2.1 Keanjalan Harga Permintaan • Keanjalan harga permintaan (Ed) mengukur peratus perubahan dalam kuantiti diminta kesan daripada peratus perubahan harga barang itu dengan andaian ceteris paribus. • Keanjalan harga permintaan dapat dihitung mengikut rumus berikut: Keanjalan harga % perubahan dalam kuantiti diminta (% Q) permintaan = % perubahan harga(% P) Atau Ed = % Q % P % Q = kuantiti baru(Q1) –kuantiti asal(Q0) kuantiti asal (Q0) x 100 % P = harga baru(P1) – harga asal(P0) harga asal(P0) x 100 2.2.2 Pengiraan Keanjalan Harga Permintaan Contoh Pengiraan Hitung nilai keanjalan harga permintaan bagi beras apabila harga beras meningkat dari RM5.00 (P0) ke RM6.00 (P1) dan kuantiti dimintanya turun daripada 20 kg (Q0) kepada 18 kg (Q1). Langkah 1 Mengira peratus perubahan kuantiti diminta Langkah 2 Mengira peratus perubahan harga % Q = kuantiti baru(Q1) –kuantiti asal(Q0) kuantiti asal (Q0) x 100 = 18-20 20 = - 10 % Langkah 3 Mengira keanjalan harga permintaan Ed = % Q % P = - 10 % 20% = - 0.5 • Tanda negatif pada pekali keanjalan harga permintaan menunjukkan hubungan negatif antara harga dengan kuantiti diminta. • Tanda negatif ini akan diabaikan • Nilai keanjalan harga permintaan 0.5 bermaksud apabila harga meningkat 20%, kuantiti yang diminta akan turun 10% atau apabila harga meningkat 1%, kuantiti yang diminta akan turun 0.5%. X 100 % P = harga baru(P1)–harga asal(P0) harga asal (P0) x 100 = RM6 – RM 5 RM 5 = 20 % X 100
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 21 2.2.3 Keanjalan Harga Permintaan Anjal dan Tak Anjal • Dibahagikan kepada anjal dan tak anjal. Anjal • Nilai pekali keanjalan melebihi 1 (Ed > 1). • Peratus perubahan kuantiti diminta adalah lebih besar daripada peratus perubahan harga (%ΔQ > %ΔP). • Ini bermakna pengguna sangat responsif terhadap perubahan harga. • Contohnya, jika harga diturunkan 5%, kuantiti diminta akan meningkat lebih daripada 5%. Rajah 2.20 Keanjalan harga permintaan anjal Tak Anjal • Nilai pekali keanjalan kurang daripada 1 (Ed < 1). • Peratus perubahan harga adalah lebih besar daripada peratus perubahan kuantiti diminta (%ΔP > %ΔQ). • Ini bermakna pengguna kurang responsif terhadap perubahan harga. • Contohnya, jika harga dinaikkan 10%, kuantiti diminta menurun kurang daripada 10% . Rajah 2.21 Keanjalan harga permintaan tak anjal ➢ Apabila harga menurun dari P0 ke P1 kuantiti diminta meningkat dengan banyak dari Q0 ke Q1. ➢ Sebaliknya jika harga meningkat dari P1 ke P0, kuantiti diminta menurun dengan banyak dari Q1 ke Q0. ➢ Keanjalan harga permintaan anjal mempunyai keluk permintaan yang landai. ➢ Contoh barang ialah barang mewah. ➢ Apabila harga meningkat dari P0 ke P1 kuantiti diminta menurun dengan sedikit dari Q0 ke Q1. ➢ Sebaliknya jika harga menurun dari P1 ke P0, kuantiti diminta meningkat dengan sedikit dari Q1 ke Q0. ➢ Keanjalan harga permintaan tak anjal mempunyai keluk permintaan yang curam. ➢ Contoh barang ialah barang keperluan dan barang yang mempunyai ketaatan pengguna yang tinggi. 0 0
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 22 2.2.4 Penentu Keanjalan Harga Permintaan Fakta Huraian 1.Jenis barang • Barang mewah: anjal • Barang keperluan asas: tak anjal 2. Faktor jangka masa • Jangka masa pendek: tak anjal • Jangka masa panjang: anjal 3. Bilangan barang pengganti • Bilangan barang pengganti banyak : anjal • Tiada barang pengganti : tak anjal 4. Nisbah perbelanjaan dengan pendapatan • Nisbah perbelanjaan dengan pendapatan besar: anjal • Nisbah perbelanjaan dengan pendapatan kecil: tak anjal 5. Bilangan kegunaan • Barang banyak kegunaan : anjal • Barang kegunaan terhad : tak anjal. 6. Ketagihan • Barang tahap ketagihan yang tinggi : tak anjal 7.Ketahanan barang • Barang tahan lama : anjal • Barang tidak tahan lama : tak anjal. 2.2.5 Perhubungan antara Keanjalan Harga Permintaan dengan Jumlah Hasil • Jumlah hasil (TR) ialah pendapatan yang diterima oleh pengeluar daripada perbelanjaan yang dibuat oleh pengguna terhadap barang-barang yang dipasarkan. Oleh itu, jumlah hasil adalah sama dengan jumlah perbelanjaan pengguna. Anjal • Harga barang turun : jumlah hasil meningkat • Harga barang meningkat : jumlah hasil menurun Contoh: Andaikan pengeluar menjual suatu barang pada harga RM20 dan kuantiti yang berjaya dijual adalah sebanyak 60 unit. Maka jumlah hasilnya sama dengan RM1 200. Andaikan harga barang diturunkan kepada RM16 dan kuantiti diminta meningkat kepada 90 unit. Bagaimanakah keanjalan permintaan mempengaruhi jumlah hasil pengeluar? Ed = % Q % P % Q = 90−60 60 x 100 = 50% % P = 16−20 RM20 x 100 = -20 % Ed = 50 −20 = - 2.5 Rajah 2.22 Hubungan antara jumlah hasil dengan permintaan barang anjal Jumlah Hasil = Kuantiti x Harga TR = Q x P 0
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 23 • Nilai keanjalan harga permintaan ialah 2.5. • Ed > 1, maka keanjalan harga permintaan anjal. • Bagi barang yang permintaannya anjal, penurunan harga yang sedikit akan menyebabkan peningkatan kuantiti diminta yang lebih besar. • Bagi barang yang permintaannya anjal, penurunan harga barang akan menyebabkan jumlah hasil meningkat. Tak Anjal • Harga barang meningkat: jumlah hasil meningkat • Harga barang turun : jumlah hasil menurun Contoh: Andaikan pengeluar menjual suatu barang pada harga RM40 dan kuantiti yang berjaya dijual adalah sebanyak 100 unit. Apabila harga barang dinaikkan kepada RM72, kuantiti diminta menurun kepada 80 unit. Apakah hubungan antara keanjalan harga permintaan barang dengan jumlah hasil? Ed = % Q % P % Q = 80−100 100 x 100 = -20% % P = 72−40 RM40 x 100 = 80 % Ed = −20% 80 % = - 0.25 • Nilai keanjalan harga permintaan ialah 0.25. • Ed < 1, maka keanjalan harga permintaan barang ini adalah tak anjal. • Bagi barang yang permintaannya tak anjal, peningkatan harga yang banyak akan menyebabkan penurunan kuantiti diminta yang sedikit. • Bagi barang yang permintaannya tak anjal, kenaikan harga barang akan menyebabkan jumlah hasil meningkat. Rajah 2.23 Hubungan antara jumlah hasil dengan permintaan barang tak anjal BUKTI: Jumlah hasil asal = RM20 x 60 unit = RM 1,200 Jumlah hasil baru = RM16 x 90 unit = RM1,440 Pertambahan jumlah hasil = RM1,440 – RM1,200 = RM240. Kesimpulan : bagi barang yang permintaan anjal, penurunan harga barang akan menyebabkan jumlah hasil meningkat 0
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 24 2.2.6 Keanjalan Harga Penawaran • Keanjalan harga penawaran (Es) mengukur peratus perubahan dalam kuantiti ditawarkan kesan daripada peratus perubahan harga barang itu dengan andaian ceteris paribus. • Tanda positif pada pekali keanjalan harga penawaran menunjukkan hubungan positif antara harga dengan kuantiti ditawarkan. Keanjalan harga % perubahan dalam kuantiti ditawar (% Q) penawaran = % perubahan harga(% P) Atau Es = % Q % P % Q = kuantiti baru(Q1) –kuantiti asal(Q0) kuantiti asal(Q0) x 100 % P = harga baru(P1) – harga asal(P0) Harga asal(P0) x 100 Contoh Pengiraan Hitung nilai keanjalan harga penawaran bagi kasut apabila harga kasut meningkat dari RM50 (P0) ke RM52 (P1) dan kuantiti ditawarkan meningkat dari 150 pasang (Q0) ke 180 pasang (Q1). Langkah 1 Mengira peratus perubahan kuanti ditawar Langkah 2 Mengira peratus perubahan harga % Q = kuantiti baru(Q1) –kuantiti asal(Q0) kuantiti asal (Q0) x 100 = 180-150 150 = 20 % Langkah 3 Mengira keanjalan harga penawaran ES = % Q % P = 20 % 4% = 5 BUKTI: Jumlah hasil asal = RM40 x 100 unit = RM 4,000 Jumlah hasil baru = RM72 x 80 unit = RM 5,760 Pertambahan jumlah hasil = RM 5,760 – RM 4,000 = RM 1,760. Kesimpulan : bagi barang permintaan tak anjal, kenaikan harga barang akan menyebabkan jumlah hasil meningkat Nilai pekali keanjalan harga penawaran 5 bermaksud apabila harga meningkat 4%, kuantiti yang ditawarkan akan meningkat 20% atau apabila harga meningkat 1%, kuantiti ditawarkan akan meningkat 5%. X 100 % P = harga baru(P1)–harga asal(P0) harga asal (P0) x 100 = RM52 – RM 50 RM 50 = 4 % X 100
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 25 2.2.7 Keanjalan Harga Penawaran Anjal dan Tak Anjal Anjal • Pekali keanjalan harga melebihi 1 (Es > 1). • Peratus perubahan kuantiti ditawarkan adalah lebih besar daripada peratus perubahan harga (%ΔQ > %ΔP). • Ini bermakna kuantiti ditawarkan sangat responsif terhadap perubahan harga. Perubahan harga yang sedikit akan memberikan kesan yang besar kepada kuantiti yang ditawarkan. Contohnya apabila harga ditingkatkan 10%, kuantiti ditawarkan akan meningkat melebihi 10%. Rajah 2.24 Keanjalan harga penawaran anjal Tak Anjal • Pekali keanjalan kurang daripada 1 (Es < 1). • Peratus perubahan harga adalah lebih besar daripada peratus perubahan kuantiti ditawarkan (%ΔP > %ΔQ). • Ini bermakna kuantiti ditawarkan kurang responsif terhadap perubahan harga. Perubahan harga yang besar akan memberikan kesan yang sedikit sahaja kepada kuantiti yang ditawarkan. Contohnya, apabila harga diturunkan sebanyak 10%, kuantiti ditawarkan menurun kurang daripada 10%. Rajah 2.25 Keanjalan harga penawaran tidak anjal ➢ Apabila harga meningkat dari P0 ke P1 , kuantiti ditawarkan meningkat dengan banyak dari Q0 ke Q1. ➢ Sebaliknya, jika harga menurun dari P1 ke P0, kuantiti ditawarkan menurun dengan banyak dari Q1 ke Q0. ➢ Keanjalan harga penawaran anjal mempunyai keluk penawaran yang landai. ➢ Contoh barang terdiri daripada barang-barang perkilangan seperti kereta, pakaian, dan alatan elektrik. • Apabila harga menurun dari P0 ke P1, kuantiti ditawarkan menurun dengan sedikit dari Q0 ke Q1. • Sebaliknya, jika harga meningkat dari P1 ke P0, kuantiti ditawarkan meningkat dengan sedikit dari Q1 ke Q0. • Keanjalan harga penawaran tak anjal mempunyai keluk penawaran yang curam. • Contoh barang terdiri daripada barang-barang pertanian seperti kopi dan koko.
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 26 2.2.8 Penentu Keanjalan Harga Penawaran Fakta Huraian 1. Tambahan kos • Tambahan kos pengeluaran sangat besar : tak anjal • Tambahan kos pengeluaran sedikit : anjal 2. Corak penggunaan faktor pengeluaran • Faktor pengeluaran sukar diperolehi / memerlukan faktor pengeluaran tertentu : tak anjal. • Faktor pengeluaran mudah diperolehi / ditambahkan : anjal 3. Faktor masa • Jangka masa pendek : tak anjal • Jangka masa panjang : anjal 4. Bilangan firma dalam pasaran • Bilangan firma banyak : anjal • Bilangan firma sedikit : tak anjal. 5. Mobiliti faktor pengeluaran [mobiliti dari aspek berpindah tempat @ bertukar jenis pekerjaan] • Faktor pengeluaran boleh dipindahkan dengan mudah/mobiliti tinggi : anjal • Mobiliti faktor pengeluaran rendah : tak anjal 6. Ketersediaan stok/inventori • Stok barang banyak : anjal • Stok barang sedikit : tak anjal 2.2.9 Kepentingan Keanjalan Harga Firma • Untuk meningkatkan jumlah hasil, firma itu boleh ➢ menjual lebih banyak kuantiti barang ➢ menaikkan harga barang Jumlah Hasil = Kuantiti x Harga TR = Q x P
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 27 Kerajaan ➢ Percukaian • Pengenaan cukai tak langsung (cukai yang dikenakan kepada firma oleh kerajaan) • Beban cukainya boleh dipindahkan kepada pengguna • akan menambahkan kos pengeluaran pengeluar • Jumlah penawaran akan menurun pada setiap tingkat harga. • Pengurangan penawaran ditunjukkan oleh peralihan keluk penawaran ke kiri seperti rajah di bawah. Rajah 2.27 : Permintaan anjal dan kesan cukai Rajah 2.28 : Permintaan tak anjal dan kesan cukai ➢ Kedua-dua rajah di atas menunjukkan keseimbangan asal dicapai pada E0 dengan harga keseimbangan P0 dan kuantiti keseimbangan Q0. ➢ Setelah cukai dikenakan, keluk penawaran beralih ke kiri dari S0S0 ke S1S1, dengan keseimbangan baharu dicapai pada E1. Didapati harga keseimbangan meningkat dari P0 ke P1 manakala kuantiti keseimbangan turun dari Q0 ke Q1. ➢ Dengan cukai per unit sebanyak E1B, jumlah cukai pada Q1 ialah P1ElBC dengan beban cukai pengguna sebanyak P0P1E1A dan beban cukai pengeluar sebanyak CP0AB. ➢ Bagi keluk permintaan anjal, beban cukai pengeluar adalah lebih besar daripada beban cukai pembeli. ➢ Bagi keluk permintaan tak anjal, beban cukai pengeluar adalah lebih kecil daripada beban cukai pembeli. 1.Cukai per unit = E1B. 2.Jumlah cukai = P1E1BC 3.Beban cukai pembelieli = PoP1E1A. 4.Beban cukai pengeluar = CP0AB RUMUSAN
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 28 ➢ Subsidi • Pemberian subsidi oleh kerajaan kepada pengeluar akan mengurangkan kos pengeluaran • Keluk penawaran akan beralih ke kanan. • Jumlah subsidi yang akan dinikmati oleh pengeluar dan pembeli bergantung kepada keanjalan harga permintaan dan keanjalan harga penawaran. Rajah 2.29 : Permintaan anjal dan subsidi Rajah 2.30 : Permintaan tak anjal dan subsidi ➢ Kedua-dua rajah di atas menunjukkan keseimbangan asal dicapai pada titik E0 apabila keluk permintaan DD bersilang dengan keluk penawaran S0S0. Harga keseimbangan ialah P0 dan kuantiti keseimbangan Q0. ➢ Apabila subsidi per unit BE1 diberi, harga keseimbangan jatuh dari P0 ke P1 manakala kuantiti keseimbangan bertambah dari Q0 ke Q1. ➢ Bagi keluk permintaan anjal, subsidi yang dinikmati oleh pengeluar iaitu P0ABC adalah lebih besar daripada subsidi pembeli iaitu P1P0CE1. ➢ Bagi keluk permintaan tak anjal, subsidi yang dinikmati oleh pengeluar iaitu P0ABC adalah lebih kecil daripada subsidi pembeli iaitu sebanyak P1P0CE1. 3.Subsidi yang dinikmati oleh pengeluar = P0ABC. 4.Subsidi yang dinikmati oleh pembeli = P1P0CE1. 1.Subsidi per unit = BE1. 2.Jumlah subsidi = ABE1P1 RUMUSAN
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 29 BAB 3: WANG, BANK DAN PENDAPATAN INDIVIDU 3.1 Wang dan Bank 3.1.1 Fungsi Wang • Jenis-jenis wang - Duit Syiling - Wang Kertas - Deposit Semasa • Empat fungsi wang ➢ Alat Perantaraan Pertukaran - Fungsi wang ini membolehkan pertukaran pelbagai hala berlaku dan memudahkan urus niaga dalam ekonomi. ➢ Alat Ukuran Nilai - Setiap barang dan perkhidmatan dalam pasaran mempunyai harga yang dinyatakan dalam nilai wang dan perbandingan nilai dengan barang lain dapat dilakukan. ➢ Alat Penyimpan Nilai - Ciri wang yang tahan lama dan mempunyai nilai yang stabil membolehkan wang berfungsi sebagai alat penyimpan nilai. ➢ Alat Bayaran Tertunda - Wang boleh digunakan untuk urusniaga secara kredit dan boleh membuat bayaran secara ansuran kerana mempunyai nilai yang stabil 3.1.2 Fungsi Bank Pusat Mengeluarkan Mata Wang • Bank pusat mempunyai kuasa tunggal untuk mengeluarkan mata wang negara iaitu Ringgit Malaysia (RM). Mengawal Kestabilan Nilai Mata Wang • Nilai sesuatu mata wang diukur melalui dua cara iaitu dari aspek kuasa beli wang dan juga dalam mata wang asing. (a) Kuasa Beli ➢ bermaksud kemampuan wang untuk membeli sesuatu barang atau perkhidmatan. ➢ Kenaikan harga barang secara berterusan dalam ekonomi dikenal sebagai inflasi dan kadar inflasi yang tinggi boleh menjejaskan nilai mata wang. (b) Mata Wang Asing ➢ Kebanyakan mata wang negara termasuk Ringgit Malaysia dibandingkan dengan Dolar Amerika Syarikat kerana digunakan dengan meluas dalam perdagangan antarabangsa. • Tiga kaedah bank pusat menstabilkan nilai mata wang: (a) Mewujudkan sandaran minimum ➢ Ordinan Bank Negara Malaysia memperuntukkan sandaran minimum 80.59% dalam bentuk emas dan rizab antarabangsa. ➢ Rizab antarabangsa termasuklah emas, pertukaran asing, milikan hak pengeluaran khas, dan rizab kumpulan wang antarabangsa. (b) Campur tangan dalam pasaran pertukaran asing (FOREX) ➢ Bank Negara Malaysia akan membeli Ringgit Malaysia dengan menjual Dolar Amerika Syarikat apabila nilai Ringgit Malaysia adalah rendah.
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 30 (c) Mengawal Inflasi ➢ Bank pusat akan memastikan kadar inflasi dalam negara berada pada paras terkawal dengan menggunakan alat dasar kewangan. Jurubank Kepada Kerajaan (a) Mentadbir akaun Negara • Akaun kerajaan terdiri daripada akaun Kewangan dan Akuan Pinjaman Kewangan • Bank pusat juga menerima wang yang dibayar kepada kerajaan dan melakukan pembayaran bagi pihak kerajaan. (b) Memberi pendahuluan sementara • Bank pusat bertanggungjawab memberi pendahuluan sementara kepada kerajaan apabila kerajaan mengalami masalah kekurangan kewangan. (c) Mengurus hutang negara • Bank pusat akan memperoleh pinjaman melalui penjualan bil-bil perbendaharaan, surat jaminan kerajaan dan menerbitkan sijil pelaburan (d) Memberi nasihat pelaburan • Bank pusat bertindak sebagai penasihat dan ejen kerajaan untuk aktiviti pelaburan kerajaan di luar negara. (e) Mengurus pertukaran asing. • Bank pusat juga mengawal pertukaran asing dan memastikan bahawa nilai mata wang negara berada dalam keadaan stabil. Jurubank Kepada Bank Perdagangan (a) Menyediakan akaun penjelasan antara bank • Wang dalam akaun penjelasan ini akan digunakan untuk membayar hutang antara bank akibat pengeluaran cek. (b) Menjaga rizab berkanun • Rizab berkanun ialah simpanan wajib bank perdagangan di bank pusat pada kadar tertentu. (c) Sumber pinjaman terakhir kepada bank perdagangan • Bank perdagangan yang mengalami masalah kekurangan tunai boleh mendapatkan pinjaman daripada bank pusat. 3.1.3 Fungsi Bank Perdagangan Menerima Deposit • Bank perdagangan menerima 3 jenis akaun/deposit iaitu: (a) Akaun Simpanan ➢ Membolehkan masyarakat menyimpan wang dalam jumlah yang kecil dan tidak tetap. ➢ Simpanan tersebut boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. ➢ Pemegang akaun simpanan menerima faedah yang rendah..
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 31 (b) Akaun Simpanan Tetap ➢ Dibayar kadar faedah yang lebih tinggi berbanding akaun simpanan. ➢ Pemegang akaun diberi sijil simpanan yang boleh dijadikan cagaran untuk mendapatkan pinjaman bank. (c) Akaun Semasa ➢ Tidak dibayar faedah tetapi dikenakan caj perkhidmatan. ➢ Pemegang akaun semasa boleh memohon kemudahan overdraf dan kemudahan cek Memberi Pinjaman (a) Overdraf Kemudahan yang disediakan kepada pemegang akaun semasa (b) Pinjaman peribadi ➢ Digunakan untuk membiayai kos pendidikan, pembelian barang tahan lama. ➢ Pemohon tidak memerlukan cagaran tetapi memerlukan seorang penjamin. (c) Pinjaman bercagar ➢ Kemudahan pembiayaan untuk pembelian hartanah. ➢ Kegagalan membayar balik pinjaman mengakibatkan harta yang dicagarkan akan dilelong. (d) Pinjaman kenderaan (Kemudahan sewa-beli) ➢ Peminjam dikenakan faedah dan boleh membayar secara ansuran. (e) Pinjaman kad kredit ➢ Jenis pinjaman ini dikenakan faedah yang tinggi dan tidak memerlukan sebarang cagaran atau penjamin. (f) Mendiskaunkan bil pertukaran ➢ Mendiskaunkan bil pertukaran bermaksud bank membeli bil pertukaran pada harga yang lebih rendah daripada harga muka. Menerima dan Membuat Bayaran ❖ Sistem Cek ➢ Kemudahan bayaran ini hanya disediakan kepada pemegang akaun semasa. ➢ Bank bertindak sebagai ejen pembayar dan penerima bagi pemegang akaun semasa. ❖ Arahan kepada Bank Debit langsung ➢ Pelanggan boleh mengarahkan bank membuat bayaran yang tidak tetap jumlahnya pada tarikh tertentu kepada penerima bayaran seperti yang dinyatakan dalam bil. Pindahan kredit ➢ Pihak pengurusan syarikat boleh menggunakan kemudahan pindahan kredit, iaitu bayaran terus ke akaun penerima. Contohnya bayaran gaji. Perintah sedia ada ➢ Arahan daripada pemegang akaun tabungan atau akaun semasa kepada bank untuk membuat bayaran tetap dan berulang. Contohnya bayaran sewa dan premium insurans..
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 32 Draf bank ➢ Merupakan cek yang dikeluarkan oleh bank apabila diminta oleh pelanggannya untuk membuat bayaran kepada pihak tertentu. Kad juruwang elektronik (Kad ATM) ➢ Kad ini bertindak sebagai kad debit apabila membuat bayaran untuk pembelian barang atau perkhidmatan di pasar raya, stesen minyak atau urus niaga melalui e-dagang. Kad kredit ➢ Bank membiayai perbelanjaan pemegang kad dan pemegang kad boleh membayar balik sekali gus atau secara ansuran. Perkhidmatan Lain (a) Perbankan Internet ➢ Transaksi perbankan dengan menggunakan komputer, telefon pintar, peranti mudah alih, dan sebagainya. (b) Perkhidmatan-perkhidmatan lain ➢ Selain perbankan Internet, bank perdagangan juga menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan ini: Pelaburan emas Urus niaga saham Unit amanah Penulisan Wasiat Perkhidmatan Insuran Urusan bayaran eksport dan import Konsep Skim Perbankan Islam (SPI) ➢ Berbeza dengan perbankan konvensional kerana segala urusannya menghindari unsur-unsur Maghrib seperti riba, maisir, dan gharar. ➢ Berlandaskan hukum Islam (syariah). (a) Wadiah (Pemegang amanah) (b) Mudharabah (Perkongsian untung) (c) Bai Bithaman Ajil (Jualan secara ansuran) (d) Takjiri (Pindah milik harta sewa) 3.2 Pendapatan Individu 3.2.1 Jenis-jenis Pekerjaan Mengikut Sektor • Setiap pekerjaan dapat dikategorikan mengikut sektor ekonomi dalam sesebuah negara iaitu: (a) Sektor Utama (b) Sektor Kedua (c) Sektor Ketiga 3.2.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Pekerjaan (a) Upah • Ganjaran yang diterima oleh individu yang bekerja dengan majikan. (b) Faedah Sampingan. • Contohnya: ❖ Tempat tinggal, cuti bersalin, cuti rehat, elaun perumahan
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 33 (c) Jaminan Kerja (d) Lokasi Tempat Kerja (e) Suasana Tempat Kerja (f) Faktor-faktor Lain Kepuasan kerja Waktu bekerja Prospek pekerjaan Saiz firma Pengalaman dan kemahiran 3.2.4 Jenis-jenis Pendapatan Individu (a) Upah • upah wang (nominal) dan upah benar. • Rumus mengira upah benar ialah: = (b) Sewa • Ganjaran kepada pemilik faktor tanah seperti pemilik tanah pertanian dan pemilik bangunan. (c) Faedah • Ganjaran yang diterima oleh pemilik modal wang. (d) Untung • Ganjaran kepada faktor usahawan • Rumus mengira untung ialah: (e) Dividen • Keuntungan syarikat dibayar kepada pemegang saham syarikat. (f) Diterima oleh pemegang unit amanah seperti Amanah Saham Nasional (ASN) (g) Bayaran Pindahan • Pendapatan yang diterima oleh individu yang tidak memberi sumbangan dalam proses pengeluaran. • Antara contoh bayaran pindahan ialah wang pencen, bantuan kewangan. 3.2.5 Kaitan antara Pelbagai Kerjaya dengan Matlamat Pendapatan Peribadi Pilihan Kerjaya Pilihan Pendidikan Kemahiran Keusahawanan Keadaan Ekonomi Faedah = Jumlah Simpanan x Kadar Faedah x Tempoh Simpanan Untung = Jumlah Hasil - Jumlah Kos Upah benar = Upah Wang Harga Purata Barangan
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 34 3.3 Penggunaan Pendapatan Individu 3.3.1 Konsep Pendapatan Boleh Guna 3.3.2 Potongan Wajib (a) Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) • Tujuan penubuhan KWSP ialah menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan ahli secara cekap dan amanah. (b) Caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO) • Untuk memberi perlindungan keselamatan sosial melalui insurans sosial. (c) Cukai Pendapatan Individu • Kadar cukai pendapatan yang dikenakan adalah berbentuk progresif. (d) Bayaran Zakat • Dikenakan ke atas orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. o Tujuan adalah untuk membersihkan diri,mewujudkan sifat bersyukur,mengurangkan jurang perbezaan antara golongan kaya dengan golongan miskin dan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan 3.3.3 Keperluan dan Kehendak Keperluan Kehendak • Perkara asas yang mesti dipenuhi. • Untuk meneruskan kehidupan. • Bilangannya terhad. • Mudah dipenuhi. • Harga barang dikawal oleh kerajaan. • Perlu dipenuhi dan tidak dipengaruhi oleh saiz pendapatan. • Contoh: makanan, pakaian, dan tempat tinggal. • Perkara yang tidak semestinya dipenuhi. • Untuk hidup lebih selesa. • Bilangannya tidak terhad. • Sukar dipenuhi. • Harga barang tidak dikawal oleh kerajaan. • Tidak perlu dipenuhi dan dipengaruhi oleh saiz pendapatan. • Contoh: kereta dan telefon bimbit. Pendapatan Boleh Guna = Pendapatan Individu - Potongan Wajib
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 35 3.3.4 Penggunaan Pendapatan Individu • Perbelanjaan penggunaan individu terdiri daripada perbelanjaan untuk membeli: ➢ barang tahan lama ➢ barang tidak tahan lama ➢ perkhidmatan 3.3.5 Faktor yang Mempengaruhi Corak Perbelanjaan Pengguna • Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan isi rumah iaitu: (a) Pendapatan -Peningkatan pendapatan akan meningkatkan perbelanjaan dan sebaliknya. (b) Harga - Sebarang perubahan harga akan mengubah corak perbelanjaan pengguna (c) Barang Pengganti. - Peningkatan harga sawi akan menyebabkan perbelanjaan bayam meningkat (d) Pengiklanan dan Pemasaran - Kaedah pemasaran barang yang digunakan oleh pengeluar akan mempengaruhi corak perbelanjaan (e) Cita Rasa dan Segmen Pasaran - Perubahan citarasa mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna - Sebuah syarikat Nestle mengeluarkan nestum untuk golongan pengguna tertentu. 3.3.6 Kaedah Pembayaran untuk Pembelian Barang ➢ Bayaran Secara Tunai: Kelebihan Kelemahan ▪ Harga lebih murah kerana tidak melibatkan unsur faedah ▪ Berbelanja secara berhemat, pengguna yang membeli barang secara tunai perlu berdisiplin semasa berbelanja kerana tertakluk kepada had perbelanjaan bersandarkan jumlah wang yang dimiliki ▪ Pengguna mungkin menikmati diskaun tunai apabila membayar secara tunai mengikut syarat diskaun ▪ Bayaran tunai diterima secara meluas berbanding belian kredit ▪ Barang terus menjadi hak milik pembeli kerana harganya telah dibayar penuh ▪ Tidak dapat menikmati barang mewah seperti barang kemas kerana kekurangan tunai ▪ Tidak dapat melindungi diri daripada inflasi ▪ Kurang sesuai untuk membeli barang yang mahal seperti kereta kerana melibatkan jumlah wang yang banyak ▪ Ada risiko kehilangan tunai dan tiada jaminan dapat semula ▪ Pembeli sukar mendapat perkhidmatan selepas jualan seperti membaiki atau mengganti barang yang rosak kerana penjual tidak bertanggungjawab selepas barang telah ditukar milik Pendapatan Boleh Guna = Perbelanjaan Penggunaan + Tabungan
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 36 ➢ Bayaran Secara Kredit: Kelebihan Kelemahan ▪ Bayaran secara ansuran meringankan beban kewangan pembeli berbanding dengan bayaran secara tunai yang perlu dijelaskan sekaligus. ▪ Dapat menikmati barang walaupun harga penuh belum dijelaskan. ▪ Peningkatan taraf hidup pengguna kerana dapat menggunakan barang yang mahal seperti kereta dengan bayaran yang minimum. ▪ Menggalakkan pembeli merancang perbelanjaannya kerana terpaksa membayar ansuran bulanan. ▪ Pembeli boleh menggunakan barang yang dibeli secara kredit untuk menghasilkan pendapatan atau memulakan perniagaan. ▪ Pengguna terpaksa membayar jumlah yang lebih tinggi kerana dikenakan faedah. ▪ Mendorong pengguna berbelanja melebihi kemampuan dan menyebabkan pembaziran berlaku. ▪ Disebabkan bayaran ansuran yang perlu dibuat setiap bulan, pengguna terpaksa menangguhkan perbelanjaan yang lain. ▪ Barang boleh ditarik balik jika pembeli tidak mampu membayarnya. 3.3.7 Fitur Ekonomi dalam Pembelian Kredit • Bayaran Pendahuluan • Kadar Faedah • Caj Kewangan 3.3.8 Belanjawan Peribadi Anggaran perbelanjaan berdasarkan anggaran pendapatan boleh guna seseorang individu untuk tempoh tertentu 3.3.9 Penyediaan Belanjawan Peribadi Langkah-langkah menyediakan belanjawan peribadi: 1. Mengenal pasti punca pendapatan dan potongan wajib 2. Mencatat semua perbelanjaan yang hendak dilakukan 3. Menyusun perbelanjaan mengikut keutamaan 4. Mengimbangkan anggaran pendapatan boleh guna dan perbelanjaan 3.3.10 Kepentingan Belanjawan Peribadi • Membolehkan individu mendahulukan perkara penting • Membantu individu menabung sebahagian daripada pendapatan untuk tujuan kecemasan seperti kemalangan • Membantu menyelaraskan perbelanjaan mengikut pendapatan • Mengelakkan hutang kerana individu berbelanja tidak melebihi pendapatan • Mengelakkan kenaikan harga barang (inflasi)
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 37 3.3.11 Strategi Simpanan Berikut adalah pelbagai strategi simpanan: a) Bank Perdagangan b) Bank Islam c) Bank Simpanan Nasional(BSN) d) Lembaga Tabung Haji (LTH) e) Unit Amanah f) Koperasi g) Insurans Nyawa h) Syarikat Kewangan i) Simpanan lain 3.3.12 Konsep Risiko dan Pulangan dalam Pelaburan Pelaburan Jenis-jenis Pelaburan • Terdapat tujuh jenis pelaburan peribadi, iaitu: ➢ Simpanan di bank ➢ Hartanah ➢ Saham ➢ Unit amanah ➢ Sekuriti Pinjaman ➢ Logam berharga ➢ Urus niaga pertukaran asing (FOREX) Risiko Dalam Pelaburan • Pelabur mungkin menghadapi kerugian atau keuntungan daripada sesuatu pelaburan. Pulangan Dalam Pelaburan • Pulangan mungkin berbentuk: ➢ Pendapatan pelaburan seperti sewa dan faedah ➢ Keuntungan modal iaitu kenaikan nilai aset pelaburan seperti kenaikan nilai hartanah. 3.3.13 Perbandingan Tahap Risiko, Pulangan, dan Kecairan antara Pelbagai Jenis Pelaburan Peribadi Jenis pelaburan peribadi Tahap risiko Tahap pulangan Tahap kecairan Simpanan tetap Bebas risiko Rendah Tinggi Sekuriti kerajaan Bebas risiko Rendah Sederhana Unit amanah Rendah Rendah Tinggi Hartanah Rendah Rendah Rendah Logam berharga Sederhana Tinggi Rendah Saham syarikat Tinggi Tinggi Sederhana Urus niaga pertukaran asing (FOREX) Tinggi Tinggi Tinggi
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 38 BAB 4 : PENGELUARAN 4.1 Konsep Pengeluaran, Kos dan Hasil 4.1.1 Pengeluaran Firma • Firma ialah unit ekonomi yang merancang dan menggabungkan faktor pengeluaran yang terhad untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Pengeluaran • Pengeluaran ialah suatu proses yang menggabungkan faktor pengeluaran seperti buruh, tanah, modal, dan usahawan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan • Input terdiri daripada input tetap dan input berubah. Output • Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan dalam proses pengeluaran/ keluaran • Terdiri daripada barang perantaraan dan barang akhir. Jangka Masa Pengeluaran Jangka Masa Pendek Pengeluaran Jangka Masa Panjang Pengeluaran (a) Wujud sekurang-kurangnya satu input tetap dalam proses pengeluaran. (a) Semua input yang digunakan dalam proses pengeluaran adalah input berubah. (b) Tingkat output hanya dapat diubah dengan mengubah kuantiti input berubah. (b) Output dapat ditingkatkan dengan mengubah semua input seperti mesin dan bangunan kilang Input Tetap Input Berubah (a) Input yang kuantitinya tetap pada sebarang tingkat output. (a) Input yang kuantitinya berubah pada sebarang tingkat output. (b) Apabila tingkat output meningkat atau menurun, kuantiti input tetap yang digunakan adalah tetap. (b) Apabila tingkat output bertambah, kuantiti input berubah yang digunakan akan bertambah dan sebaliknya. (c) Pada tingkat output sifar, masih wujud input tetap. (c) Pada tingkat output sifar, tidak wujud input berubah. (d) Input tetap hanya berlaku dalam jangka masa pendek. (d) Input berubah wujud dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. (e) Contoh: mesin dan loji, bangunan kilang dan tanah. (e) Contoh: bahan mentah dan buruh.
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 39 4.1.2 Fungsi Pengeluaran Jangka Pendek RUMUS 1 Jumlah keluaran(TP) Keluaran Purata(AP) x Input Berubah(L) 2 Keluaran Purata (AP) Jumlah Keluaran(TP) / Input Berubah(L) 3 Keluaran Marginal Perubahan dalam Jumlah Keluaran (ΔTP) Perubahan dalam Input Berubah (ΔL) 4 Kos Tetap(FC) Harga Input Tetap X Kuantiti Input Tetap 5 Kos Berubah(VC) Harga Input Berubah × Kuantiti Input Berubah 6 Kos Berubah Purata (AVC) Kos Berubah (VC) / Jumlah Keluaran (TP) 7 Jumlah Kos (TC) Jumlah Kos Tetap (TFC) + Jumlah Kos Berubah (TVC) 8 Kos Purata (AC) Jumlah Kos (TC) / Jumlah Output (TP) 9 Kos Marginal Perubahan dalam Jumlah Kos (ΔTC) Perubahan dalam Jumlah Output (ΔTP) 10 Jumlah Hasil (TR) Harga (P) × Kuantiti Jualan (Q) 11 Untung Jumlah Hasil – Jumlah Kos 12 Jumlah Hasil (TR) Harga (P) × Kuantiti Jualan (Q) 13 Untung Ekonomi Jumlah Hasil – ( kos eksplisit + kos implisit) 14 Produktiviti Output / input 15 Kos Sosial Kos Peribadi + kos Luaran 16 Faedah Sosial Faedah Peribadi + Faedah Luaran
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 40 Kos Pengeluaran Jangka Pendek Sebuah Firma Dalam Ringgit Malaysia (RM) (1) Jumlah Output (Unit) (2) Kos Tetap (FC) (3) Kos Berubah (VC) (4)=(2)+(3) Jumlah Kos (TC) (5)=(4)/(1) Kos Purata (AC) (6)= Δ(4)/Δ(1) Kos Marginal (MC) (7)=(3)/(1) Kos Berubah Purata (AVC) 0 100 0 100 0 - 0 1 100 50 150 150 50 50 2 100 95 195 97.5 45 47.5 3 100 130 230 76.7 35 43.3 4 100 160 260 65 30 40 5 100 195 295 59 35 39 6 100 245 345 57.5 50 40.8 7 100 315 415 59.3 70 45 8 100 395 495 61.9 80 49.4 Titik Penutupan Operasi Firma Dalam Jangka Pendek Situasi P > AVC P = AVC P < AVC Tindakan yang wajar Meneruskan operasi Meneruskan operasi Berhenti operasi 4.1.8 Tahap Pengeluaran Paling Cekap (1) Input Tetap (K) Tanah (ekar) (2) Input Berubah (L) Buruh (orang) (3) Jumlah Keluaran (TP) (4) = (3)/(2) Keluaran Purata (AP) (5)=Δ(3)/Δ(2) Keluaran Marginal (MP) 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 0 6 14 24 32 37 41 44 46 46 45 0 6 7 8 8 7.4 6.83 6.28 5.75 5.1 4.5 - 6 8 10 8 5 4 3 2 0 -1 Tahap I Tidak cekap (Berlaku pembaziran input tetap) Tahap II Paling cekap Tahap III Tidak cekap (Berlaku pembaziran input berubah) Hukum pulangan berkurangan mula di sini
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 4 (JPN PULAU PINANG) 41 4.2 Produktiviti dan Eksternaliti 4.2.1 Konsep Produktiviti • Produktiviti atau daya pengeluaran ialah keupayaan untuk meningkatkan penghasilan output daripada sejumlah input yang diberikan. • Kepentingan produktiviti: (a) Peningkatan produktiviti (b) Peningkatan output (c) Peningkatan keuntungan atau daya saing firma (d) Peningkatan upah pekerja (e) Peningkatan pendapatan negara (f) Peningkatan taraf hidup rakyat 4.2.2 Faktor yang Mempengaruhi Produktiviti • Terdapat lapan faktor yang mempengaruhi produktiviti, iaitu: (a) Tenaga manusia (b) Sistem dan prosedur (c) Struktur organisasi (d) Gaya kepimpinan (e) Persekitaran kerja (f) Bahan-bahan (g) Teknologi (h) Kelengkapan modal 4.2.3 Eksternaliti • Kos atau faedah yang tidak diambil kira dalam pengeluaran dan penggunaan sesuatu barang atau perkhidmatan. 4.2.4 Kos Sosial dan Faedah Sosial • Kos sosial merupakan eksternaliti negatif manakala faedah sosial merupakan eksternaliti positif. • Kos sosial bermaksud kos kepada pihak ketiga yang tidak termasuk dalam harga pasaran. . Faedah Sosial: Mendatangkan kebaikan kepada syarikat baru sekiranya pekerja berpindah