The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-49348989, 2021-09-07 02:38:15

PANDUAN PENULISAN DOKUMEN RASMI

PANDUAN PENULISAN DOKUMEN RASMI

7.2 Penggunaan Bahasa dalam Penulisan Surat Rasmi dan Memo

Menurut Asmah (2016), bahasa dalam surat-menyurat lebih banyak menggunakan kata atau
ungkapan-ungkapan tertentu berbanding dengan kata-kata atau ungkapan-ungkapan yang
lain. Perkataan seperti memohon, makluman, dimaklumkan, diarahkan, disahkan,
dinyatakan, dihargai, difahamkan dan sebagainya kerap ditemui dalam surat rasmi. Selain
itu, dalam surat rasmi juga terdapat penggunaan ungkapan-ungkapan yang menunjukkan
perkaitan fikiran yang dengan sendirinya membayangkan perkaitan peristiwa-peristiwa yang
berlaku. Ungkapan-ungkapan ini dikenali sebagai penanda wacana. Menurut Asmah (2016)
lagi, penanda-penanda wacana ini boleh dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang
ditimbulkannya, seperti yang berikut:

a) Penanda rujukan
Antara ungkapan yang kerap digunakan sebagai penanda rujukan adalah seperti yang
berikut:
i. Merujuk kepada perkara yang tersebut di atas...
ii. Berhubung dengan perkara tersebut...
iii. Sehubungan dengan perkara itu...
iv. Berdasarkan maklumat yang disampaikan...
v. Menurut laporan yang diterima...
vi. Perkara di atas dirujuk.

b) Penanda penyertaan
Penanda ini diungkapkan seperti yang berikut:
i. Bersama-sama ini kami sertakan...
ii. Dengan ini dilampirkan...
iii. Pihak kami lampirkan di sini salinan surat...

c) Penanda makluman
Ungkapan-ungkapan yang menunjukkan adanya pemakluman yang dibuat, seperti:
i. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa...
ii. Seperti yang tuan/puan sedia maklum...
iii. Sukacita dimaklumkan bahawa...
iv. Dukacita dimaklumkan bahawa...

d) Penanda sebab-musabab
Ungkapan-ungkapan yang menunjukkan perkaitan sebab-musabab antara sesuatu
peristiwa dengan peristiwa yang lain, antaranya:
i. Berhubung dengan perkara tersebut, jabatan ini...
ii. Atas kesilapan yang tidak disengajakan itu, kami...
iii. Oleh sebab saya hendak pergi ke majlis itu, saya ingin mencadangkan
supaya ...

83 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

e) Penanda perintah

Ungkapan-ungkapan yang menunjukkan perintah atau arahan diberikan seperti:

i. Tuan diminta mengemukakan ...
ii. Dengan ini tuan diarahkan ...
iii. Pihak tuan dikehendaki ...

f) Penanda matlamat

Penanda jenis ini menunjukkan adanya matlamat atau tujuan yang hendak dicapai
dalam surat tersebut. Antara ungkapan yang digunakan bagi menggambarkan perkara
tersebut ialah:

i. Bagi tujuan tersebut ...
ii. Untuk pengetahuan tuan, surat ini bertujuan untuk ...
iii. Untuk makluman tuan, program tersebut diadakan bagi ...

g) Penanda perwakilan
Penanda jenis ini menggambarkan wujudnya perwakilan atau pelaksanaan sesuatu
tugas bagi pihak individu tertentu, seperti:
i. Bagi pihak jabatan ini, saya ...
ii. Saya bagi pihak majlis ingin ...
iii. Bagi pihak rakan-rakan sejawat, saya ...

h) Penanda pendapat
Penanda ini digambarkan dengan adanya perkataan pendapat, fikiran, hemat atau
pandangan, sepertI:
i. Pada pendapat saya, cadangan tuan itu boleh dilaksanakan.
ii. Pada pandangan kami, perkara itu boleh ...
iii. Dalam hal ini, kami berpendapat bahawa ...

i) Penanda sambungan
Antara ungkapan yang menunjukkan penanda sambungan ialah:
i. Merujuk percakapan telefon antara ...
ii. Sebagai lanjutan daripada surat saya yang bertarikh ...
iii. Sebagai susulan daripada pertemuan ...

j) Penanda sikap
Penanda sikap wujud hasil penggunaan kata-kata bersifat emotif yang
menggambarkan perasaan yang boleh bersifat positif atau negatif.
Contoh ayat-ayat yang bersifat positif ialah:
i. Pihak kami mengucapkan terima kasih atas segala bantuan yang pihak tuan
berikan.
ii. Atas kerjasama tuan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.
iii. Sukacita diberitahu bahawa tuan telah dipilih untuk mewakili jabatan ke majlis
tersebut.

84 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

Contoh ayat-ayat yang menunjukkan sikap negatif ialah:
i. Dukacita dimaklumkan bahawa tuan tidak berjaya dalam temu duga
pemilihan calon bagi jawatan tersebut.
ii. Saya memandang berat terhadap kejadian itu.
iii. Kami keberatan menerima cadangan tuan ...

k) Penanda antisipasi
Ungkapan yang digunakan untuk menunjukan adanya antisipasi ialah dahului dan
didahului. Misalnya:
i. Atas kerjasama tuan itu, saya dahului dengan ucapan terima kasih.
ii. Atas segala kerjasama tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.
iii. Segala pehatian dan keperihatinan tuan dalam perkara ini sangat dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.

l) Penanda penamat
Penanda penamat menunjukkan bahawa surat tersebut akan berakhir.
Sebagai contoh:
i. Sekian, terima kasih.
ii. Sekian untuk perhatian dan makluman tuan.
iii. Sekian dimaklumkan.

m) Penanda harapan
Ungkapan-ungkapan yang menggambarkan harapan yang diluahkan oleh penulis surat
terhadap penerima. Contohnya:
i. Besarlah harapan kami ...
ii. Sudilah kiranya tuan ...
iii. Harap dalam penerimaan dan perhatian tuan.

n) Penanda nasihat
Ungkapan-ungkapan yang menunjukkan penulis ingin menyampaikan nasihat menerusi
surat tersebut, seperti:
i. Tuan dinasihatkan supaya hadir ..
ii. Tuan dinasihatkan supaya menjelaskan ...
iii. Tuan diingatkan supaya mematuhi segala ...

o) Penanda permohonan
Ungkapan-ungkapan yang menggambarkan permohonan daripada penulis surat,
seperti:

a) Kami memohon kerjasama tuan untuk ...
b) Tuan diminta supaya ...
c) Jasa baik tuan dimohon bagi ...

p)Penanda penegas
Ungkapan-ungkapan yang digunakan bagi menegaskan lagi tentang sesuatu perkara.
Sebagai contohnya:

85 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

i. Tuan/puan diwajibkan hadir ..
ii. Tuan dikehendaki menjelaskan ...
iii. Tuan telah didapati ...

7.3 Penggunaan Ayat Pasif dalam Surat-menyurat

Ayat-ayat pasif lebih kerap digunakan dalam surat-surat rasmi kerana ayat-ayat seperti ini akan
menimbulkan suasana tak peribadian dan tak bersahaja berbanding penggunaan ayat aktif.
Dengan tidak menyebut pelaku, khususnya dalam ayat pasif akan menjadikan surat tersebut
bersifat tak peribadian. Ayat-ayat pasif ini boleh mengurangkan sifat mengarah terutama dalam
suasana memberi perintah. Situasi ini sedikit sebanyak boleh meredakan emosi penerima
arahan tersebut. Dalam ayat pasif, objek dipentingkan atau diutamakan bukannya pelaku.
Keadaan ini akan memperlihatkan kepentingan objek atau penerima surat tersebut.
Ayat contoh:

a) Sehubungan dengan itu, tuan dimohon hadir ke pejabat ini dengan segera. (ayat
pasif)

b) Sehubungan dengan itu, saya memohon tuan hadir ke pejabat ini dengan segera.
(ayat aktif)

Ayat (a) bersifat tak peribadian berbanding ayat (b) dan kurang memperlihatkan sifat
mengarah. Keadaan ini lebih mesra kepada penerima surat yang terpaksa melaksanakan
tugasan atau arahan tertentu.

7.4 Kesalahan Tatabahasa dalam Surat Rasmi dan Memo

Penggunaan tatabahasa yang betul dalam penulisan surat rasmi dan memo perlu diambil berat
oleh pemimpin pendidikan. Penggunaan tatabahasa yang salah boleh memberikan gambaran
serta imej yang negatif penerima terhadap pengirim. Walau bagaimanapun, terdapat pemimpin
pendidikan yang tidak mengambil berat tentang penggunaan tatabahasa ketika menulis surat
rasmi dan memo. Sebagai pemimpin bagi sesebuah organisasi, amatlah tidak wajar dan
mendukacitakan jika amalan penggunaan Bahasa Melayu yang salah dalam penulisan surat
rasmi dan memo dilakukan secara berterusan tanpa rasa kesal atau bersalah. Di sini,
disertakan secara ringkas mengenai kesalahan umum dalam aspek tatabahasa yang sering
dilakukan dalam penulisan surat rasmi dan memo.

a) Penggunaan Kata Pemeri
Seperti yang sedia maklum bahawa dalam Bahasa Melayu, terdapat dua kata pemeri
iaitu ialah dan adalah. Menurut Kamus Dewan, kata pemeri ialah menjadi pemeri hal
86 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Sering kali
terdapat penulis surat rasmi dan memo melakukan kesalahan dalam penggunaan kata
pemeri khususnya kata pemeri adalah.

Berikut beberapa contoh penggunaan kata pemeri yang salah:

 Adalah dimaklumkan…
 Tuan adalah dimaklumkan…
 Adalah saya merujuk surat tuan…

Menurut Tatabahasa Dewan (2009), kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif
dan frasa sendi nama. Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan kata kerja.
Contohnya: …adalah dirujuk (salah).

b) Penggunaan Kata “di”
Kesalahan penggunaan kata “di” juga sering ditemui dalam surat rasmi dan memo.
Walaupun nampak mudah tetapi ramai juga masih keliru tentang penggunaan kata “di”
dan kesalahan ini dilakukan secara berterusan. Dalam Bahasa Melayu, penggunaan
kata “di” digunakan dalam dua keadaan iaitu “di” yang dijarakkan dari perkataan
berikutnya dan kata “di” yang digunakan atau ditulis rapat dengan perkataan
berikutnya. Kata “di” yang berfungsi sebagai kata depan ditulis dengan jarak dan kata
“di” yang berfungsi sebagai imbuhan ditulis rapat. Sebagai contoh di sekolah
(dijarakkan) dan dimakan (dirapatkan).

Menurut Tatabahasa Dewan, (2009), kata “di” dapat dibahagikan kepada dua
fungsi. Fungsi pertama sebagai kata depan dan fungsi kedua sebagai imbuhan. Kata
“di” yang dieja atau ditulis rapat merujuk kepada perbuatan, manakala “di” yang dieja
atau ditulis jarak merujuk kepada tempat.

Contoh yang tepat:

Menunjukkan perbuatan Menunjukkan lokasi

dimakan, diminum, ditulis, dimaklumkan, di sekolah, di kedai, di pantai, di
diingatkan, dipapah, dimandikan, dalam hutan, di pejabat, di
dihantar dan sebagainya. universiti, di lautan dan
sebagainya.

Semasa menulis surat rasmi dan memo, perlu dipastikan bahawa penggunaan
kata depan “di” ditulis dengan betul. Berikut beberapa contoh penggunaan “di” yang
salah.

Bil Salah penggunaan Sepatutnya

1 Di maklumkan bahawa Dimaklumkan bahawa
jawatankuasa … jawatankuasa …

2 Dimajlis tersebut tuan Di majlis tersebut tuan
hendaklah… hendaklah…

3 Hadiah akan di sampaikan oleh Hadiah akan disampaikan oleh
YBhg. Datuk Azmi… YBhg. Datuk Azmi…

87 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

4 Ibu bapa perlu makan didalam bilik Ibu bapa perlu makan di dalam

yang telah disediakan. bilik yang telah disediakan.

5 Permohonan tuan telah di Permohonan tuan telah diproses
proses sejak dua minggu yang sejak dua minggu yang lalu.
lalu.

c) Penggunaan Kata Majmuk

Masalah penggunaan kata majmuk juga sering ditemui dalam penulisan surat rasmi
dan memo. Kadang-kadang didapati bahawa pemimpin pendidikan tidak mengambil
berat akan hal ini dan kesalahan dalam penggunaan kata majmuk terus diulang tanpa
rasa kesal. Kata majmuk merupakan kata atau perkataan yang terhasil melalui proses
merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu.

Dalam Bahasa Melayu, 15 perkataan majmuk dikategorikan sebagai mantap
dan kata majmuk mantap dieja sebagai satu perkataan. Berikut merupakan kata
majmuk mantap:

 antarabangsa  setiausaha
 beritahu  sukarela
 bumiputera  suruhanjaya
 jawatankuasa  tandatangan
 kakitangan  warganegara
 olahraga  pesuruhjaya
 tanggungjawab
 kerjasama

 matahari

Selain kata majmuk mantap, ia dieja secara berasingan atau dieja dalam dua
perkataan, iaitu seperti yang berikut:

 mata pelajaran  alat tulis
 reka bentuk 88 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n
 atur cara
 urus setia
 darah panas
 segi tiga
 tengah hari
 bandar raya
 jalan raya

Berikut disertakan beberapa contoh penggunaan kata majmuk dalam surat rasmi
dan memo:

Bil. Kesalahan Contoh: Sepatutnya

1 Jawatan kuasa sambutan telah Jawatankuasa sambutan telah

menyediakan gimik sambutan yang menyediakan gimik sambutan yang

menarik. menarik.

2 Berikut dinyatakan aturcara pada hari Berikut dinyatakan atur cara pada

tersebut. pada hari tersebut.

3 Jamuan tengahari diadakan di dalam Jamuan tengah hari diadakan di

dewan besar. dalam dewan besar.

4 Matapelajaran Bahasa Melayu Mata pelajaran Bahasa Melayu
mencatat keputusan yang cemerlang mencatat keputusan yang cemerlang
dalam SPM tahun lalu. dalam SPM tahun lalu.

Berikut dinyatakan pula kata tunggal lazim yang dieja bercantum:

 sukacita
 dukacita
 daripada
 manakala
 bagaimana
 kepada
 peribadi
 dinihari
 hulubalang
 apabila
 barangkali
 peribahasa
 kadangkala

Selain aspek tatabahasa yang telah dibincangkan di atas, terdapat juga beberapa
aspek lain yang kerap salah penggunaannya yang dilakukan oleh pemimpin
pendidikan. Walaupun mungkin tidak seserius yang dibincangkan di atas, tetapi
tetap tidak boleh dianggap remeh. Antara aspek yang dimaksudkan ialah:

i. ejaan;
ii. penggunaan Imbuhan;
iii. struktur ayat;
iv. penggunaan tanda baca; dan
v. penggunaan huruf besar dan huruf kecil.

89 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

7.5 Kesalahan Lazim dalam Penulisan Surat Rasmi

Antara kesalahan bahasa (perkataan/frasa yang dihitamkan) yang sering ditemukan
dalam surat kiriman rasmi adalah seperti yang berikut:

Bil. Kesalahan Contoh: Sepatutnya

a) Dengan hormatnya surat kami bilangan 77 dalam siri (dirujuk)
yang sama, bertarikh 8 Oktober 2001 adalah dirujuk.

b) Adalah diharapkan pihak YBhg. Datuk/Tuan dapat (Pihak kami berharap…)
memanjangkan maklumat ini kepada peserta dari

Jabatan YBhg. Datuk/Tuan.

c) Di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan, (Atas sokongan…)
kami ucapkan terima kasih.

d) Merujuk perkara di atas... (Perkara di atas dirujuk)

e) Tuan juga dijemput untuk hadir pada sesi bengkel (diundang)
yang akan diadakan pada...

f) Sehubungan itu, besarlah harapan kami sekiranya (Sehubungan dengan itu)
saudara dapat mengisi borang yang dilampirkan
bersama-sama surat ini.

g) Segala perhatian dan kerjasama saudara berhubung (terima kasih)
dengan perkara ini didahului dengan ucapan
berbanyak terima kasih.

h) Agenda mesyuarat adalah seperti berikut: (seperti ketetapan yang
berikut)

i) Sehubungan itu, YBhg. Datin/tuan/puan adalah (Sehubungan dengan

diharap untuk menghantar seorang guru... itu, … dimohon untuk)

j) Perlantikan tuan/puan dan tugas pemeriksaan (Pelantikan)

adalah SULIT di bawah peruntukan Akta Rahsia

Rasmi 1972.

k) Sehubungan dengan perkara tersebut, tuan adalah (… tuan dilantik

dengan segala hormatnya dilantik sebagai... sebagai …..)

l) Kehadiran tuan ke mesyuarat ini sangat dialu-alukan (urus setia …

dan pihak urusetia merakamkan setinggi-tinggi merakamkan
penghargaan dan ucapan terima kasih di atas penghargaan … atas)
kehadiran tuan.

m) Adalah diharapkan jemputan ini dapat perhatian (Kami berharap
dan kebenaran dari pihak pentadbiran untuk undangan ini dapat …
dilepaskan dari sekolah pada waktu seminar itu daripada)
diadakan.

n) Berikut ialah butir-butir mengenai program (Yang berikut ialah butir-

tersebut: butir tentang…)

o) Jika pihak tuan ada apa-apa masalah, bolehlah (Sebarang pertanyaan,

pihak tuan berhubung dengan... sila hubungi…)

p) Tuan adalah dikehendaki untuk membawa bahan- (Tuan dimohon

bahan berikut. membawa bahan yang

berikut.)

90 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

Bil. Kesalahan Contoh: Sepatutnya

q) Jika sekiranya pihak tuan menghadapi sebarang (Jika/Sekiranya..)
masalah, pihak tuan...

r) Pihak tuan boleh menghubungi pegawai meja di (melalui talian)

talian 013-3690000.

s) Sudilah apa kiranya pihak tuan menerima jemputan (Pihak kami berharap…

kami. undangan)

7.6 Kesalahan Penggunaan Kata

Antara kesalahan penggunaan kata yang kerap berlaku ialah;

a) Kesalahan Penggunaan Kata Ganti Diri
Bagi kesalahan kata ganti diri, kesalahan yang kerap dikemukakan ialah
ketidaktepatan penggunaan kata ganti diri dalam situasi ayat.

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

1. Pencuri itu diberkas ketika beliau cuba 1. Pencuri itu ditangkap ketika dia cuba

mencuri wang Encik Madzlan. mencuri wang Encik Madzlan.

2. Mereka-mereka telah berkhemah di 2. Mereka telah berkhemah di pinggir

pinggir hutan itu selama tiga hari. hutan itu selama tiga hari.

3. Kerbau-kerbau itu terpaksa dibunuh 3. Kerbau-kerbau itu terpaksa dibunuh

kerana ianya dijangkiti penyakit kerana dijangkiti penyakit berjangkit.

berjangkit.

Ulasan Ringkas:

- Kata ‘beliau’ hanya digunakan untuk orang yang dihormati sahaja.
- Kata ‘mereka’ tidak boleh digandakan kerana telah menunjukkan maksud

jamak.
- Kata ‘ianya’ perlu digugurkan kerana kedua-dua kata ganti nama diri tersebut

tidak boleh digabungkan. Kata ganti nama diri ‘ia’ juga tidak boleh digunakan
untuk menunjukkan kata nama selain manusia. Kata ganti nama diri ‘ia’
merupakan singkatan daripada ‘dia’.

b) Kesalahan Penggunaan Kata Bilangan
Kesalahan penggunaan kata bilangan merupakan bentuk yang paling kerap
dikemukakan dan merangkumi kesemua bentuk kata bilangan.

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

1. Tiap pelajar perlu mendisiplinkan diri 1. Setiap (atau tiap-tiap) pelajar ......

untuk menjadi warganegara yang 2. Para guru (atau guru-guru) ......

berguna. 3. Sesetengah negara (atau:

2. Para-para guru perlu berkorban demi setengah-setengah negara) .....

masa depan pelajar dan negara.

3. Setengah negara mengenakan

hukuman yang berat ke atas pengedar-

pengedar dadah.

91 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

Ulasan Ringkas

- Kata ‘Setiap’ atau ‘Tiap-tiap’ tidak boleh disingkatkan sewenang-wenangnya.
- Kata ‘para’ telah menunjukkan maksud jamak dan tidak boleh digandakan

untuk menunjukkan bilangan kerana bermaksud ‘rak’. Kata ‘setengah’ pula
merujuk kepada maksud ‘separuh’ atau ‘satu perdua’ bahagian.

c) Kesalahan Penggunaan Kata Kerja
Kesalahan yang kerap dikemukakan ialah tidak meletakkan imbuhan pada kata
kerja atau menggugurkan awalan MeN... pada kata kerja transitif atau kesalahan
meletakkan objek tepat pada kata kerja.

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

esalahan Contoh: 1. ........ berjalan kaki .....

1. Ahmad kerap jalan kaki ke sekolah. 2. ........ menasihati anaknya ........

2. Pak Osman sering nasihat anaknya 3. ........ menjatuhkan hukuman ....

supaya berbuat baik. 4. atau ........ menjatuhi pencuri itu...

3. Tuan hakim telah menjatuhi hukuman

penjara selama lima tahun ke atas

pencuri itu.

d) Kesalahan Pembentukan Kata Adjektif
Sesetengah kata adjektif tidak nyata yang bersifat emotif (perasaan) dapat di
perluas dengan menambahkan frasa nama selepas kata adjektif berkenaan.
Sekiranya hal ini berlaku, kata adjektif berkenaan perlu menerima kata sendi nama.
Kata adjektif berkenaan tidak boleh menerima akhiran ‘kan’ untuk menggantikan
kata sendi nama ‘akan’. Kata adjektif berkenaan juga tidak boleh diikuti terus oleh
kata nama tanpa kata sendi nama.

Kesalahan Contoh:
1. Saya sayang akan negara ini.
2. Mereka suka akan makanan yang tidak mengandungi lemak.
3. Saya percaya bahawa Ahmad akan datang sebentar lagi.

e) Kesalahan Penggunaan Kata Ganti
Kata ganti tak tentu merupakan kesalahan yang kerap dikemukakan dalam
peperiksaan. Kata ganti tak tentu digunakan untuk menggantikan sesuatu sama
ada benda (apa-apa), orang (siapa-siapa atau sesiapa), tempat (mana-mana),
masa (bila-bila) dan bilangan (beberapa). Penggunaannya mesti digandakan
dalam ayat-ayat penyata kerana tanpa penggandaan perkataan berkenaan akan
membentuk kata ganti pertanyaan dalam ayat-ayat tanya.

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

1. Saya tidak pergi ke mana pun semasa 1. .....pergi ke mana-mana pun .....
cuti persekolahan yang lalu.

2. Kamu boleh datang ke rumah kami bila 2. .....ke rumah kami bila-bila .....
sahaja kamu suka.

3. Siapa sahaja yang melakukan 3. Siapa-siapa/Sesiapa sahaja yang ......
kesalahan mengedarkan dadah akan
dikenakan hukuman gantung sampai
mati.

92 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

f) Kesalahan Penggunaan Kata Sendi dan Kata Hubung.
Kesalahan yang sering dikesan ialah kesalahan penggunaan kata sendi dan kata
hubung yang tidak tepat dengan maksud atau kehendak ayat.

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

1. Saya baru pulang daripada rumah 1. ........pulang dari rumah........
nenek.

2. Kami akan menghubungi saudara 2. ........dari semasa ke semasa........
daripada semasa kepada semasa.

3. Kami amat terpesona dengan 3. ........oleh keindahan ...
keindahan pulau itu.

Ulasan ringkas:

- rumah nenek menunjukkan tempat dan mesti menerima kata sendiri ‘dari’.
- ‘semasa’ menunjukkan masa dan perlu menerima kata sendi dari atau ‘ke’.
- Penggunaan kata hubung ‘dengan’ menunjukkan maksud bersama.

Contohnya; Dia datang dengan Maisarah.

g) Kesalahan Penggunaan Kata yang Tidak Tepat Dengan Maksud Ayat.
Kesalahan yang kerap dikemukakan ialah penggunaan kata yang tidak tepat dalam
ayat terutamanya pada kata kerja dan kata adjektif yang hampir sama maksud.

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

1. Dia menangis tersipu-sipu kerana 1. ........menangis tersedu-sedu......
sedih dengan kejadian itu.

2. Banyak kawasan pendalaman di 2. ........kawasan pedalaman........
negara ini telah dimajukan.

3. Mail selalu merengek kerana kerap 3. ........selalu merungut kerana......
dibebani tugas yang berat oleh
ketuanya.

Ulasan Ringkas:
- Kata ‘tersipu-sipu’ hanya digunakan bagi maksud perasaan malu.
- Kata ‘pendalaman’ menunjukkan maksud menerangkan kata kerja

mendalamkan. Maksud ayat ialah kawasan.
- Kata ‘merengek’ menunjukkan maksud meminta-minta dengan suara manja.

h) Kesalahan Penggunaan Penjodoh Bilangan.
Kerapkali kesalahan yang dikemukakan ialah meletakkan penjodoh bilangan pada
kata nama abstrak ataupun pada kata bilangan tak tentu.

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

1. Dia mempunyai sebuah impian untuk 1. ........mempunyai impian.......

menjadi seorang angkasawan.

2. Semua orang pelajar dikehendaki 2. Semua pelajar........

mematuhi peraturan sekolah.

3. Kebakaran itu telah memusnahkan 3. ........memusnahkan seluruh

seluruh buah bangunan itu. bangunan........

93 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

Ulasan Ringkas:
Penjodoh bilangan tidak boleh digunakan bersama kata nama abstrak dan kata
bilangan tak tentu kecuali kata bilangan tak tentu ‘beberapa’.

i) Kesalahan Penggunaan Imbuhan
Kesalahan yang kerap dikemukakan ialah penggunaan imbuhan yang tidak tepat
dengan maksud ayat atau menyalahi hukum pembentukan imbuhan.

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

1. Ahli politik itu cuba memperluaskan 1. ........memperluas pengaruhnya.....

pengaruhnya ke seluruh negara.

2. Malaysia telah mengalami 2. ........mengalami pertumbuhan

penumbuhan ekonomi yang pesat. ekonomi........

3. Kami telah menemui mayat itu di 3. ........telah menemukan mayat itu...

bawah pokok bakau.

Ulasan Ringkas:

- Kata adjektif ‘luas’ tidak boleh menerima imbuhan ‘Memper...kan’ – hanya
menerima ‘MeN... kan/i’ atau ‘Memper...’

- Kata ‘penumbuhan’ terbit daripada kata kerja menumbuhkan sedangkan
maksud ayat menunjukkan ber....

- Kata ‘menemui’ menunjukkan maksud bertemu atau berjumpa dengan
seseorang.

7.8 Kesalahan Penggunaan Frasa

Antara kesalahan dari segi frasa yang kerap dilakukan ialah:

a) Kesalahan Frasa Nama
Kesalahan yang kerap ialah kesalahan penggunaan bentuk jamak ataupun kata
bilangan, kata nama majmuk, rangkai kata setara dan hukum DM.

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

1. Kesemua peserta-peserta seminar itu 1. Kesemua peserta (atau peserta-
dihadiahi cenderamata sebagai kenang- peserta) seminar itu.......
kenangan.
2. ......membincangkan hal-hal lain
2. Kami akan membincangkan lain-lain dalam mesyuarat......
hal dalam mesyuarat tersebut.
3. Alat-alat tulis (atau semua alat
3. Alat tulis-alat tulis itu kami beli dari tulis) itu kami beli......
kedai buku berhampiran.
4. Para ibu bapa pelajar sekolah
4. Ibu-ibu bapa pelajar sekolah itu itu.....
diwajibkan hadir ke majlis penyerahan
keputusan peperiksaan anak-anak 5. Para guru (atau guru-guru)
mereka. diseru......

5. Para-para guru diseru oleh Menteri
Pendidikan agar sentiasa peka dengan
perkembangan teknologi maklumat.

94 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

Ulasan ringkas:
- Kata nama yang telah digandakan dan menunjukkan bilangan tidak boleh

menerima kata bilangan lagi. Namun kata nama yang digandakan tetapi tidak
menunjukan bilangan perlu menerima kata bilangan seperti ‘semua kanak-
kanak’ atau ‘semua rama-rama’.
- Perkataan ‘hal’ harus mendahului perkataan ‘lain’ dan digandakan untuk
menunjukkan hal yang banyak, bukannya lain yang banyak.
- Kata majmuk ‘alat tulis’ tidak boleh digandakan keseluruhannya, memadai
digandakan perkataan pertama sahaja atau menerima kata bilangan.
- Perkataan ‘ibu bapa’ merupakan rangkai kata setara yang boleh diselitkan
perkataan ‘dan’ ataupun ‘atau’ dan tidak boleh digandakan langsung,
sebaliknya hanya menerima kata bilangan untuk menunjukkan jumlah.
- Sama sebagaimana dalam ayat (1).

b) Kesalahan Frasa Kerja Pasif
Kesalahan yang kerap dikemukan ialah pembentukan frasa kerja pasif kata ganti
diri pertama dan kedua yang tidak tepat atau menyisipkan apa-apa perkataan
sama ada kata bantu atau kata sendiri antara pelaku dan kata kerja pasif diri
pertama dan kedua. Selain itu kesalahan pembentukan frasa kerja pasif ialah kata
ganti diri ketiga yang tidak tepat iaitu mengikut bentuk ayat pasif kata ganti nama
diri pertama atau kata ganti nama diri kedua. Selain itu juga terdapat ayat pasif
kata ganti nama diri ketiga yang menerima keterangan selepas kata kerja yang
menggugurkan kata sendi nama ‘oleh’.

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

1. Bahan-bahan buangan itu mereka 1. ........ dikumpulkan (oleh)

kumpulkan sebelum dilupuskan di tapak mereka .....

pelupusan.

2. Bahan-bahan buangan itu dikumpulkan 2. ........ kami kumpulkan ........

oleh kami sebelum dilupuskan di tapak

pelupusan.

3. Alat tulis itu kami akan beli pada minggu 3. ........ akan kami beli ........

depan.

4. Alat tulis itu perlu kamu membeli dengan 4. ........ perlu kamu beli ........

secepat mungkin.

5. Ceramah kerjaya itu akan disampaikan 5. ........ disampaikan pada hari

pada hari esok seorang pakar esok oleh seorang pakar

motivasi. motivasi.

Ulasan ringkas:
Proses pembentukan ayat pasif perlu difahami sebelum pelajar dapat menguasai
apakah yang dikatakan ayat pasif. Ayat pasif merupakan ayat yang meletakkan
‘benda yang kena’ oleh perbuatan sebagai ‘subjek’ ayat. Dalam ayat 1 hingga 5
semua subjeknya ‘bahan buangan’, ‘alat tulis’ dan ‘ceramah’ merupakan benda
yang kena oleh perbuatan.

- ‘Mereka’ merupakan kata ganti nama diri ketiga yang perlu mengikut bentuk
pasif yang betul iaitu didahului kata ganti nama diri baru kata kerja
berimbuhan ‘di...kan’. Kata hubung ‘oleh’ merupakan unsur pilihan iaitu
boleh wujud atau tidak wujud kerana selepas kata kerja pasif ‘dikumpulkan’
tiada sebarang keterangan.

95 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

- Ayat (1), (2) dan (3) mengandungi kata ganti nama diri pertama (kami) dan
kata ganti nama diri kedua (kamu) yang meletakkan pelaku baru diikuti kata
kerja pasif tanpa imbuhan awalan. Antara pelaku dan kata kerja juga tidak
boleh ada kata bantu (akan, perlu). Kata bantu aspek atau kata bantu
ragam perlu sebelum pelaku.

- Ayat (5) memerlukan kata hubung ‘oleh’ disebabkan selepas kata kerja
pasif ‘disampaikan’ merupakan keterangan masa baru diikuti pelaku (pakar
motivasi). Tanpa kata hubung ‘oleh’ ayat tersebut merupakan ayat
tergantung.

d) Kesalahan Frasa Kerja Transitif dan Tak Transitif
Kesalahan yang kerap dikemukakan merupakan kesalahan pembentukan frasa
dan penggunaan imbuhan yang membentuk frasa kerja.

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

1. Kami akan menerangkan tentang 1. ..... akan menerangkan perkara

perkara itu kepada mereka. itu .....

2. Aminah tidak mahu memulangkan 2. ..... tidak mahu memulangkan buku

semula buku itu kepada abangnya. itu semula ........

3. Mereka tidak dapat terima keputusan 3. ..... tidak dapar menerima

perlawanan itu lalu menarik diri keputusan .........

daripada pertandingan.

4. Badrul berharap Ahmad akan 4. ..... berharap agar Ahmad akan ........

menghubunginya sebaik sahaja sampai

di Pulau Pinang.

5. Salleh berfikir kejadian itu tidak akan 5. ..... berfikir bahawa kejadian itu........

menjejaskan hubungannya dengan

Kamil.

Ulasan ringkas:
- Pembentukan frasa kerja transitif dalam ayat (1) dan (2) memerlukan kata

nama atau frasa nama sebagai pelengkap atau penyambut ataupun objek.
Perkataan ‘menerangkan’ dan ‘memulangkan’ merupakan kata kerja transitif
yang harus menerima ‘perkara itu’ dan ‘buku’ sebagai penyambut. Secara
ringkas, selepas kata kerja transitif diikuti ‘apakah’ benda yang kena oleh
perbuatan.

- Ayat 3 memerlukan imbuhan ‘MeN’ (me, men, meN..i, meN...kan, meng, meny,
menge) bagi membentuk frasa kerja transitif.

- Ayat (4) dan ayat (5) membentuk frasa kerja tak transitif yang memerlukan kata
sendi nama ataupun kata hubung ‘agar’ dan ‘bahawa’ sebagai penyambung
kepada keterangan. Tanpa kata sendi nama ataupun kata hubung ayat
tersebut membentuk kesalahan frasa.

96 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

e) Kesalahan Frasa Adjektif.
Kesalahan yang kerap dikemukakan bagi kesalahan frasa adjektif ialah kesalahan
dari segi pembentukannya dan penggunaan kata penguat yang tidak tepat.

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

1. Harris merupakan pelajar yang 1. ........pelajar yang terpintar di dalam

terpintar sekali di dalam kelasnya. kelasnya. (atau) ...... pintar sekali di

2. Mereka berpakaian begitu kemas dalam kelasnya.

benar untuk ke majlis tersebut. 2. ........berpakaian begitu kemas

untuk ......(atau) ........berpakaian

3. Cikgu Adnin sering menjadi guru yang kemas sekali untuk ......

paling terawal sampai di sekolah pada 3. ........guru yang paling awal

setiap hari. sampai......(atau)........guru yang

4. Pemuda itu menjadi begitu terkenal terawal sampai .........

sekali setelah memenangi pingat emas 4. ........menjadi begitu terkenal

di peringkat Sukan Olimpik. setelah .......(atau) .......menjadi

5. Bangunan itulah yang paling tinggi terkenal sekali setelah.......

sekali di Kuala Lumpur. 5. ........yang paling tinggi di Kuala

Lumpur. (atau) ........yang tinggi

6. Saya sungguh benci kelakuan sekali di Kuala Lumpur.

buruknya. 6. ........sungguh benci akan kelakuan

buruknya.

Ulasan ringkas:
Dua kata penguat dalam frasa adjektif tidak boleh digunakan dalam satu adjekti
kecuali kata penguat bebas (sungguh, sangat dan amat). Begitu juga dengan
imbuhan ‘ter’ yang mendukung maksud darjah penghabisan tidak boleh menerima
kata penguat kecuali kata-kata penguat bebas. Selain itu, kata adjektif perasaan
juga memerlukan kata sendi nama untuk dihubungkan dengan keterangan (lihat
ayat 6).

Contoh dua kata penguat yang BOLEH digunakan dalam frasa adjektif ialah:
➢ amat cantik sekali
➢ sungguh besar sekali.
➢ sangat baik benar.
➢ teramat pandai.
➢ tersangat masyhur.

Dua kata penguat bebas (sangat, sungguh dan amat) boleh digunakan bersama
atau digabungkan dengan satu lagi penguat (biasanya kata penguat ‘sekali’) dalam
satu adjektif seandainya salah satunya merupakan kata penguat bebas.

f) Kesalahan Frasa Sendi
Kesalahan yang kerap dikemukakan ialah pengguguran frasa sendi antara kata
kerja transitif dan kata nama. Selain itu penggunaan kata sendi nama yang tidak
tepat juga merupakan kesalahan lazim yang kerap dikemukakan dalam penulisan.

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

1. Mereka berasal dari sebuah keluarga 1. ........berasal daripada sebuah

yang besar. keluarga......

2. ........keluar dari hutan........

97 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

2. Kami tidak menyangka bahawa mereka

akan keluar daripada hutan itu secepat 3. ........yang terlibat dalam

ini. kebakaran........

3. Mangsa-mangsa yang terlibat di dalam

kebakaran itu akan ditempatkan di 4. ........melemparkan buku tersebut

rumah panjang. kepada Azhar........

4. Dia melemparkan buku tersebut ke 5. ........kerja pembersihan itu dari sudut

Azhar kerana terlalu marah. kanan........

5. Mereka memulakan kerja pembersihan

itu daripada sudut kanan kawasan itu.

Ulasan ringkas:

- Pembentukan frasa sendi perlu mengikut tujuan pembentukannya yang tepat.

Sesuatu kata sendi yang membentuk frasa sendi tidak boleh digunakan

sewenang-wenangnya walaupun dalam keadaan biasa diterima dan difahami

maksud frasa berkenaan.

- Misalnya kata sendi ‘dari’ perlu digunakan untuk menunjukkan arah, tempat
dan masa. Dalam ayat (3) frasa ‘di dalam kebakaran’ tidak boleh diterima
sebagai betul kerana ‘kebakaran’ tidak menunjukkan maksud tempat
sebaliknya bermaksud keadaan sesuatu atau hal. Maka kata sendi nama ‘di’
perlu digugurkan dan hanya menggunakan ‘dalam’.

- Dalam ayat (4) ‘Azhar’ menunjukkan maksud ‘manusia’ yang perlu
menggunakan kata sendi nama ‘kepada’ bagi membentuk hukum penggunaan
kata sendi nama yang betul. Ayat (5) ‘sudut kanan’ bermaksud tempat, maka
kata sendi nama ‘dari’ perlu digunakan untuk membentuk frasa sendi yang
betul.

7.9 Kesalahan Dalam Ayat

Terdapat beberapa jenis kesalahan dalam pembentukan ayat. Antaranya ialah kesalahan
ayat tergantung, kesalahan struktur ataupun susunan ayat, kesalahan dalam ayat majmuk
pancangan sama ada relatif, komplemen ataupun keterangan dan kesalahan dalam ayat
majmuk gabungan.

a) Kesalahan Ayat Tergantung
Secara lazimnya ayat terdiri daripada subjek (benda/perkara yang diperkatakan)
dan predikat (cerita). Dalam susunan biasa subjek terletak di hadapan predikat
kecuali dalam susunan songsang dalam ayat inti. Kesalahan lazim dalam ayat-ayat
tergantung ialah bentuk-bentuk ayat yang tidak mengandungi subjek atau predikat.

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

Di seluruh dunia Ketiga-tiga ayat dalam ruangan sebelah tidak mengandungi
mengalami peperangan subjek. Ayat (1) tidak diketahui atau tidak dinyatakan berlaku
yang tiada penamatnya peperangan kerana fasa ‘di seluruh dunia’ tidak merupakan
sejak dahulu. subjek sebaliknya berfungsi sebagai keterangan yang terdiri
dari frasa sendi.

*Seluruh dunia mengalami peperangan yang tiada
penamatnya sejak dahulu.

98 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

Kemalasan yang Ayat (2) pula tidak mengandungi predikat. Keseluruhan ayat
menyebabkan pelajar- berkenaan membentuk frasa yang bertugas sebagai subjek
pelajar sering gagal yang mengandungi keterangan dengan menggunakan
dalam peperiksaan. ‘yang’. Pengguguran kata ‘yang’ akan mengubah perkataan
‘kemalasan’ menjadi subjek kerana kata hubung ‘yang’
berfungsi sebagai penyambung keterangan telah
memisahkan ‘kemalasan’ menjadi subjek.

*Kemalasan menyebabkan pelajar-pelajar sering
gagal dalam peperiksaan.

Untuk memastikan Ayat (3) pula tidak mengandungi subjek dan predikat ayat
gejala melepak di kerana tidak dinyatakan ‘apa’ atau ‘siapa’ yang
kalangan remaja dapat membolehkan gejala melepak dapat dibendung. Ayat
dibendung. berkenaan dapat dibetulkan dengan meletakkan ‘subjek’
ayat.

*Peranan ibu bapa perlu bagi memastikan gejala
melepak di kalangan remaja dapat dibendung.
atau
*Peranan ibu bapa amat penting untuk memastikan
gejala melepak di kalangan remaja dapat dibendung.

Teliti beberapa contoh kesalahan yang lain dan ayat yang sepatutnya.

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

1. Dengan kehadiran tuan dan puan 1. Kehadiran tuan dan puan (subjek)

akan memeriahkan majlis kami. akan memeriahkan majlis kami.

(predikat)

2. Tindakan tegas yang dapat mengawal 2. Tindakan yang tegas (subjek) dapat

disiplin di kalangan pelajar pada masa mengawal disiplin di kalangan pelajar

kini. pada masa kini. (predikat)

3. Siapakah tidak hadir pada hari ini? 3. Siapakah (subjek) yang tidak hadir

pada hari ini? (predikat)

4. Apakah menyebabkan kejadian 4. Apakah (subjek) yang menyebabkan

kemalangan di lorong itu? kejadian kemalangan di lorong itu?

(predikat)

5. Dengan pembabitan yang aktif dalam 5. Pembabitan yang aktif dalam

kokurikulum membantu pelajar kokurikulum (subjek) membantu

mencapai kecemerlangan. pelajar mencapai kecemerlangan.

(predikat)

b) Kesalahan Dalam Struktur Ayat
99 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

Kesalahan dalam struktur ayat atau susunan ayat lazimnya menyebabkan maksud
ayat menjadi kabur dan agak sukar untuk difahami maksudnya. Kesalahan
lazimnya terdapat dalam ayat-ayat tanya yang tidak betul strukturnya.

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

1. Ibu kamu dari pasar sudah pulangkah? 1. Sudah pulangkah ibu kamu dari

2. Kamu tidak datang ke sekolah semalam pasar?

mengapakah? 2. Mengapakah kamu tidak hadir ke

3. Keadaan mereka yang terlibat dalam sekolah semalam?

kemalangan itu bagaimanakah? 3. Bagaimanakah keadaan mereka

4. Mereka akan mengikuti rombongan ke yang terlibat dalam kemalangan itu?

Melaka selama berapa harikah? 4. Selama berapa harikah mereka akan

5. Binatang yang memakan ayam-ayam mengikuti rombongan ke Melaka?

kamu malam tadi jenis apakah? 5. Apakah binatang yang memakan

ayam-ayam kamu malam tadi?

Ulasan:
Ayat-ayat di atas mesti disongsangkan iaitu predikatnya diletakkan di hadapan
subjek. Jika tidak disongsangkan partikel ‘kah’ mesti digugurkan. Ini disebabkan
penggunaan partikel ‘kah’ tidak boleh diletakkan di hujung ayat sebagaimana
kesalahan dalam ayat-ayat di atas. Secara lazim ayat tanya boleh berbentuk biasa
iaitu subjek di depan diikuti oleh predikat ataupun disusun dalam susunan
songsang. Apabila sesuatu predikat didahulukan dalam ayat songsang, partikel
‘kah’ mesti digunakan dalam ayat berkenaan.

Satu lagi kesalahan lazim dalam struktur ayat ialah susunan ayat yang tidak tepat
sehingga maksudnya kabur dan tidak dapat difahami. Walaupun ayat-ayat
berkenaan mempunyai subjek dan predikat namun susunan subjek dan
predikatnya tidak mengikut susunan yang tepat.

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

1. Kami yang perlu diberi oleh Cikgu 1. Kami perlu menyiapkan kerja rumah

Sulaiman secepat mungkin yang diberi oleh Cikgu Sulaiman

menyiapkan kerja. secepat mungkin.

2. Pelajar-pelajar perlu memakai pada 2. Pelajar-pelajar perlu memakai

waktu pendidikan jasmani pakaian pakaian senaman pada waktu

senaman. pendidikan jasmani.

3. Mereka di kawasan rekreasi itu 3. Mereka berkhemah di kawasan

selama tiga hari tiga malam rekreasi itu selama tiga hari tiga

berkhemah. malam.

4. Orang kaya itu setelah berjaya 4. Orang kaya itu menjadi sombong

menjadi sombong dalam setelah berjaya dalam

perniagaannya. perniagaannya.

5. Dengan wujudnya antara pihak 5. Dengan wujudnya kerjasama antara

sekolah dan ibu bapa kerjasama pihak sekolah dan ibu bapa masalah

dapat diatasi masalah disiplin di disiplin di kalangan pelajar dapat

kalangan pelajar. diatasi.

Ulasan:
Ayat-ayat di atas salah dari segi susunan ataupun strukturnya kerana memisahkan
antara subjek dan predikat dengan meletakkan keterangan di antara kedua-

100 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

duanya. Seharusnya antara subjek tidak boleh dipisahkan dengan apa-apa
keterangan ayat yang sepatutnya diletakkan pada awal atau hujung ayat kecuali
keterangan yang menerangkan subjek yang harus diletakkan selepas subjek ayat.
Ini bermakna subjek dan predikat mesti membentuk satu komponen ayat yang
lengkap. Teliti ayat-ayat berikut yang telah dibetulkan strukturnya.

c) Kesalahan Dalam Ayat Majmuk Pancangan
Ayat majmuk pancangan merupakan ayat-ayat yang mengandungi satu ayat induk
dan satu atau lebih ayat kecil ataupun juga dikenali sebagai ayat yang
mengandungi klausa bebas (boleh berdiri sendiri sebagai satu ayat) dan klausa tak
bebas (tidak boleh berdiri sendiri sebagai satu ayat dan memerlukan klausa bebas
bagi membentuk maksud). Susunan kedua-dua ayat ini tidak tetap. Klausa bebas
(ayat induk) boleh diletakkan di hadapan ataupun selepas klausa tak bebas (ayat
kecil).

Bagi menghubungkan klausa bebas dan klausa tak bebas, kata hubung
digunakan untuk menghubungkan kedua-dua ayat berkenaan. Sekiranya klausa
tak bebas diletakkan di hadapan klausa bebas, ayat berkenaan ditandai dengan
tanda baca koma untuk membezakan klausa tak bebas dengan klausa bebas.
Sebaliknya jika klausa bebas diletakkan di hadapan, tanda baca koma tidak perlu
digunakan kerana penggunaan kata hubung telah memisahkan kedua-duanya.

Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan iaitu:
i. Ayat majmuk pancangan relatif yang menggunakan kata hubung ‘yang’
untuk menerangkan subjek atau predikat ayat daripada diulang.
ii. Ayat majmuk pancangan komplemen yang menggunakan kata hubung
‘bahawa’ dan ‘untuk’.
iii. Ayat majmuk pancangan keterangan yang menggunakan kata hubung
tertentu bergantung kepada jenis kata hubung dan maksud yang
terkandung dalam ayat sama ada keterangan sebab (kerana, oleh sebab,
lantaran), akibat (hingga, sehingga), syarat (sekiranya, jika, andai, kalau,
jikalau), waktu (setelah, sementara, tatkala, ketika), pertentangan
(sungguhpun, meskipun, kendatipun, sekalipun, sedangkan), harapan
(agar, supaya, kalau-kalau), cara (dengan), tujuan (untuk, demi, bagi) dan
perbandingan (seperti, bagai, macam, seakan-akan, seolah-olah).

Kesalahan yang lazim berlaku ialah menggugurkan kata hubung di hadapan klausa
tak bebas. Kesalahan ini lazim dilakukan apabila klausa tak bebas mendahului
klausa bebas dan tidak begitu ketara kesalahannya. Namun jika klausa tak bebas
diletakkan selepas klausa bebas kesalahan yang dilakukan lebih ketara.

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

1. Mengetahui berita yang menyedihkan 1. Setelah (apabila) mengetahui berita
itu, kami bergegas pulang ke kampung. yang menyedihkan itu, kami bergegas

2. Kami bergegas pulang ke kampung pulang ke kampung.
mengetahui berita yang menyedihkan 2. Kami bergegas pulang ke kampung
itu. setelah (apabila) mengetahui berita
yang menyedihkan itu.

101 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

Ulasan:

Ayat (1) tidak begitu ketara kejanggalannya kerana ditandai dengan tanda baca

koma sebelum klausa bebas. Namun ayat (2) nampak seolah-olah klausa ‘kami

bergegas pulang ke kampung’ dengan klausa ‘mengetahui berita yang

menyedihkan itu’ terpisah dan tiada hubung kaitnya kerana tiada kata hubung yang

digunakan. Teliti ayat sepatutnya.

Teliti beberapa contoh kesalahan dalam ayat berikut:

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

1. Budak kecil itu menangis ia 1. Budak kecil itu menangis kerana ia

kelaparan. kelaparan. Atau

Kerana ia kelaparan, budak kecil itu

menangis.

2. Sedang mengelamun sendirian, 2. Ketika sedang mengelamun sendirian,

Ahmad terdengar suara kanak- Ahmad terdengar suara kanak-kanak

kanak menangis. menangis. Atau

Ahmad terdengar suara kanak-kanak

menangis ketika sedang mengelamun

sendirian.

3. Mengenangkan peristiwa yang 3. Apabila mengenangkan peristiwa yang lucu

lucu itu, dia tersenyum. itu, dia tersenyum. Atau

Dia tersenyum apabila mengenangkan

peristiwa yang lucu itu.

4. Pemuda itu melaporkan diri ke 4. Pemuda itu melaporkan diri ke pusat latihan

pusat latihan mendapat surat setelah mendapat surat tawaran kerja

tawaran kerja sebagai anggota sebagai anggota bomba. Atau

bomba. Setelah mendapat tawaran kerja sebagai

anggota bomba, pemuda itu melaporkan

diri ke pusat latihan.

5. Menggunakan jentera pembajak, 5. Dengan menggunakan jentera pembajak,

dia mengerjakan sawah yang dia mengerjakan sawah yang dipusakai

dipusakai daripada bapanya. daripada bapanya. Atau

Dia mengerjakan sawah yang dipusakai

daripada bapanya dengan menggunakan

jentera pembajak.

d) Kesalahan Dalam Ayat Majmuk Gabungan
Berbeza dengan ayat majmuk pancangan yang terdiri daripada satu ayat induk
(klausa bebas) dan satu atau lebih ayat kecil (klausa tak bebas), ayat majmuk
gabungan terdiri daripada dua atau lebih ayat yang disatukan dengan
mencantumkan ayat-ayat berkenaan menggunakan kata hubung tertentu seperti
‘dan’, ‘atau’, ‘tetapi’, ‘sambil’ dan kata hubung lain yang bergantung kepada
maksud ayat. Ayat-ayat yang digabungkan sifatnya adalah setaraf dan boleh
berdiri sendiri berbanding ayat majmuk pancangan yang ayat kecilnya (klausa tak
bebas) tidak boleh berdiri sendiri. Kadangkala pengguguran kata hubung yang
digantikan dengan tanda baca ‘koma’ (,) masih membolehkan ayat-ayat berkenaan
membentuk maksud yang betul.

102 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

Ayat Majmuk Gabungan Contoh:
i. Mereka berdiri sambil memerhatikan sekumpulan kanak-kanak itu bermain
bola.
ii. Mereka berdiri, memerhatikan sekumpulan kanak-kanak itu bermain bola.
• Terbit daripada ayat;
- Mereka berdiri.
- Mereka memerhatikan sekumpulan kanak-kanak itu bermain.

Kesalahan lazim yang berlaku dalam ayat majmuk gabungan ialah ayat-ayat yang
tidak sama jenisnya dan bercampur aduk jenisnya.

Kesalahan Contoh:
i. Dia masuk ke dalam bilik lalu kereta itu melanggar pokok.
ii. Bapa saya sedang membasuh kereta dan adik saya belum makan.
iii. Emak sedang menanak nasi tetapi ayam itu gemuk betul.

iv. Siapakah yang tidak hadir ke sekolah hari ini sambil kanak-kanak itu
sedang menangis.

v. Saya selalu menziarahi Pak Cik Ahmad tetapi kambing itu sedang makan
rumput.

Ulasan:
Kelima-lima ayat di atas tidak mempunyai hubungan makna walaupun
dihubungkan dengan kata hubung kerana sifat atau jenisnya tidak setaraf. Maka
ayat-ayat berkenaan tidak boleh digabungkan dalam satu ayat yang dianggap tidak
gramatis. Ayat-ayat berkenaan harus digabungkan dengan ayat yang mempunyai
pertalian makna atau sama taraf antara kedua-duanya.

7.10 Penggunaan Kata Sendi Nama

Terdapat beberapa jenis kata sendi nama yang sering dikelirukan penggunaannya kerana
kebiasaan dalam perbualan seharian. Malah dalam sesetengah keadaan ‘media massa’
turut menggunakan kata sendi nama yang silap.

Antara kata sendi nama yang kerap disalahgunakan dan menimbulkan kekeliruan ialah:
a) Penggunaan kata sendi ‘dari’ dan ‘daripada’
b) Penggunaan kata sendi ‘pada’ dan ‘di’
c) Penggunaan kata sendi ‘ke’ dan ‘kepada’
d) Penggunaan kata sendi ‘dalam’ dan ‘di dalam’
e) Penggunaan kata sendi ‘di’ dan ‘ke’
f) Penggunaan kata ‘tentang’ sebagai kata sendi dalam ayat transitif
g) Penggunaan kata sendi dalam ayat berlapis
h) Penggunaan kata sendi dalam kata kerja tak transitif dan adjektif bentuk emotif

a) Penggunaan Kata Sendi ‘Dari’ dan ‘Daripada’

i. Kata Sendi ‘Dari’
Kata sendi ‘dari’ digunakan khusus pada kata nama yang menunjukkan tempat,
masa, waktu, zaman dan arah. Namun hal ini kerap dikelirukan dengan
penggunaan kata sendi ‘daripada’.

103 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

1. Angin ribut dijangka bertiup daripada 1. Angin ribut dijangka bertiup dari

pantai timur. pantai timur.

2. Mereka mengecat rumah itu daripada 2. Mereka mengecat rumah itu dari

bahagian tepi. bahagian tepi.

3. Kami sedang membahaskan isu itu 3. Kami sedang membahaskan isu itu

daripada aspek ekonomi. dari aspek ekonomi.

4. Pelajar itu menangis sejak daripada pagi 4. Pelajar itu menangis sejak dari

lagi. pagi lagi.

Ulasan Ringkas:

➢ Dalam ayat 1, kata ‘pantai timur’ menunjukkan maksud tempat.
➢ Dalam ayat 2, kata ‘bahagian tepi’ menunjukkan maksud tempat.
➢ Dalam ayat 3, kata ‘aspek ekonomi’ menunjukkan maksud tempat.
➢ Dalam ayat 4, kata ‘pagi’ menunjukkan maksud tempat.

ii. Kata Sendi ‘Daripada’
Kata sendi ‘daripada’ khusus digunakan untuk menunjukkan punca bagi manusia,
haiwan, benda atau unsur mujarad, asal kejadian dan perbandingan antara dua

benda. Kekeliruan kerap timbul apabila penggunaannya dicampuradukkan dengan

kata sendi ‘dari’.

K = Kejadian Dari Pejabat PPD Sabak Bernam (SB) = Tempat
A = Asal/Sumber Surat diterima daripada Pejabat PPD SB = Sumber
B = Bandingan Kain itu diperbuat daripada sutera = Sumber
O = Orang
S = Sumber

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

1. Baju sejuknya diperbuat dari kulit 1. Baju sejuknya diperbuat daripada kulit

harimau. harimau.

2. Kita perlu mengelakkan diri dari 2. Kita perlu mengelakkan diri daripada

terlibat dengan unsur dadah. terlibat dengan unsur dadah.

3. Sumbangan dari rakyat penting 3. Sumbangan daripada rakyat penting

untuk mengukuhkan ekonomi untuk mengukuhkan ekonomi negara.

negara.

4. Ahmad lebih besar dari abangnya. 4. Ahmad lebih besar daripada

abangnya.

Ulasan ringkas:
➢ Ayat 1 menunjukkan maksud asal kejadian.
➢ Ayat 2 menunjukkan maksud unsur mujarad.
➢ Ayat 3 menunjukkan maksud manusia.
➢ Ayat 4 menunjukkan maksud perbandingan.

b) Penggunaan Kata Sendi ‘Pada’ Dan ‘Di’
i. Kata Sendi ‘Pada’
104 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

Kata sendi nama ‘pada’ digunakan untuk menunjukkan keterangan waktu, tempat
dan menunjukkan gabungan ‘ada pada’ manusia atau haiwan dalam situasi
tertentu.

Kesalahan sendi ‘pada’ kurang ketara jika dibandingkan dengan kesalahan kata
sendi ‘di’ yang lebih mengelirukan penggunaannya.

ii. Kata Sendi ‘Di’
Kata sendi ‘di’ digunakan khusus untuk maksud tempat. Namun kerap digunakan
untuk menunjukkan masa, waktu atau zaman.

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

1. Dia tiada di ketika kami sampai di 1. Dia tiada pada ketika kami sampai di

sana sana

2. Di saat ini, Ali masih terkenang akan 2. Pada saat ini, Ali masih terkenang akan

ibunya yang sudah lama meninggal ibunya yang sudah lama meninggal

dunia. dunia.

3. Dia sering memburu ayam hutan di 3. Dia sering memburu ayam hutan pada

waktu malam. waktu malam.

4. Malaysia bakal menjadi negara maju 4. Malaysia bakal menjadi negara maju

di kurun ke-21. pada kurun ke-21.

Ulasan ringkas:
➢ Dalam ayat 1, kata ‘ketika’ menunjukkan masa/waktu.
➢ Dalam ayat 2, kata ‘saat’ menunjukkan masa/waktu.
➢ Dalam ayat 3, kata ‘malam’ menunjukkan masa/waktu.
➢ Dalam ayat 4, kata ‘kurun’ menunjukkan zaman.

c) Penggunaan Kata Sendi ‘Ke’, ‘Di’ Dan ‘Kepada’

i. Kata Sendi ‘Ke’
Kata sendi ‘ke’ menunjukkan arah yang dituju, tempat dan masa.

ii. Kata Sendi ‘Di’
Kata sendi ‘di’ menunjukkan kata nama tempat atau ‘ada’ di sesuatu tempat.

iii. Kata Sendi ‘Kepada’
Kata sendi ‘kepada’ merujuk kepada manusia, haiwan, unsur mujarad, pecahan
dan perubahan keadaan.

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

1. Dia sampai ke Pulau Pinang pada 1. Dia sampai di Pulau Pinang pada

petang semalam. petang semalam.

2. Dia akan bertolak di Singapura 2. Dia akan bertolak ke Singapura

sebentar lagi. sebentar lagi.

3. Bapanya telah berhijrah di England 3. Bapanya telah berhijrah ke England

sejak remaja lagi. sejak remaja lagi.

4. Abang telah menyerahkan wang 4. Abang telah menyerahkan wang yang

yang dijumpainya ke pihak polis. dijumpainya kepada pihak polis.

5. Dia akan balik kepada rumah ibunya 5. Dia akan balik ke rumah ibunya pada

pada setiap hujung minggu. setiap hujung minggu.

105 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

Ulasan Ringkas:
➢ Ayat 1 menunjukkan maksud tiba bukan menuju.
➢ Ayat 2 menunjukkan maksud menuju ke arah.
➢ Ayat 3 menunjukkan maksud menuju atau pergi ke sesuatu tempat.
➢ Ayat 4 menunjukkan maksud manusia.
➢ Ayat 5 menunjukkan maksud tempat.

d) Penggunaan Kata Sendi ‘Dalam’ Dan ‘Di Dalam

Penggunaan kata ‘dalam’ dan ‘di dalam’ sering menimbulkan kekeliruan dan kerap
tersilap penggunaan. Sebenarnya penggunaannya mudah difahami jika diteliti
secara mendalam.

Kata ‘dalam’ digunakan pada kata Kata ‘di dalam’ digunakan pada perkataan

nama abstrak. tempat.

Contoh: Contoh:
...dalam masyarakat. ...di dalam bilik.
...dalam perjuangan. ...di dalam poket bajunya.

Perkara yang menyebabkan kekeliruan ialah kerana kesilapan penggunaannya
yang tidak begitu ketara.

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

1. Di dalam masyarakat yang serba 1. Dalam masyarakat yang serba maju,

maju, manusia sering berlumba- manusia sering berlumba-lumba.

lumba.

2. Dia berada dalam bilik itu sejak 2. Dia berada di dalam bilik itu sejak

semalam. semalam.

3. Di dalam perjuangan menuntut 3. Dalam perjuangan menuntut

kemerdekaan, kita memerlukan kemerdekaan, kita memerlukan

pengorbanan yang banyak. pengorbanan yang banyak.

4. Sinarmaya sering tidur dalam kelas 4. Sinarmaya sering tidur di dalam kelas

semasa guru mengajar. semasa guru mengajar.

Ulasan ringkas:
➢ Dalam ayat 1, ‘masyarakat’ menunjukkan kata nama abstrak.
➢ Dalam ayat 2, ‘bilik’ menunjukkan maksud ruang/tempat.
➢ Dalam ayat 3, ‘perjuangan’ menunjukkan kata nama abstrak.
➢ Dalam ayat 4, ‘kelas’ menunjukkan maksud tempat.

e) Penggunaan ‘Tentang’ sebagai Kata Sendi

Sendi nama ‘tentang’ digunakan sebagai unsur yang menunjukkan maksud
rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum. Kata ‘tentang’ juga digunakan dalam
ayat kata kerja tak transitif. Namun kesalahan yang kerap mengelirukan pelajar
ialah penggunaannya dalam ayat-ayat kata kerja transitif, iaitu diletakkan sebagai
penghubung antara kata kerja dan pelengkap. Ingat, dalam kata kerja transitif
selepas kata kerja mesti diikuti oleh objek atau pelengkap kata kerja. Perkataan-

106 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

perkataan lain tidak boleh kecuali kata nama bilangan ataupun kata penjodoh
bilangan.

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

1. Kami akan membincangkan tentang 1. Kami akan membincangkan perkara ini

perkara ini dengan secepat dengan secepat mungkin.

mungkin. 2. Dia memberitahu kami tentang

2. Dia memberitahu tentang kejadian kejadian itu.

itu kepada kami. 3. Kerajaan akan menghebahkan

3. Kerajaan akan menghebahkan kenaikan harga barang selepas hari

tentang kenaikan harga barang raya

selepas hari raya.

Ulasan ringkas:
➢ Semua ayat di atas merupakan kata kerja transitif yang memerlukan objek

sebagai pelengkap.

➢ Penggunaan kata ‘tentang’ kadangkala dapat digantikan dengan kata
‘mengenai’ khususnya dalam ayat aktif intransitif. Walaupun pada dasarnya
kata ‘mengenai’ membentuk kata kerja transitif yang bermaksud ‘kena pada’
(lihat contoh) namun boleh juga digunakan untuk menggantikan kata ‘tentang’
dalam ayat-ayat intransitif.

Ayat Contoh:
• Tendangannya tepat mengenai badan penjaga gol pasukan lawan.
• Kami tidak tahu mengenai kejadian itu.
• Aduannya mengenai perkata itu akan kami siasat.
• Mereka tidak pasti mengenai kebenaran beritu itu.

f) Penggunaan Frasa Sendi dalam Ayat Berlapis

Kesalahan frasa sendi dalam ayat berlapis kerap dikemukakan dalam soalan
membetulkan sebahagian ayat yang bergaris jika mengandungi kesalahan. Kerap
kali dalam ayat berlapis predikat kedua yang terdiri daripada kata nama tidak
menerima kata sendi kerana pelajar-pelajar dan kebanyakan pengguna Bahasa
Melayu menganggap dan membuat andaian bahawa kata sendi pada predikat
pertama sudah memadai untuk mewakili kata sendi pada kedua-dua predikat. Hal
inilah yang mengelirukan dan kerap menjerat pelajar dalam memilih jawapan yang
betul kerana kesalahannya tidak menampakkan perbezaan ataupun kelainan dari
segi maksud ayat dan tidak menjejaskan maksud ayat secara keseluruhan.

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

1. Abang saya akan pulang dari 1. Abang saya akan pulang dari

Singapura pada bulan ini atau Singapura pada bulan ini atau pada

bulan depan. bulan depan.

2. Ahmad memandang budak itu ke 2. Ahmad memandang budak itu ke atas

atas dan bawah sebelum dan ke bawah sebelum menyoalnya.

menyoalnya.

3. Kami akan bertolak ke Muar dan 3. Kami akan bertolak ke Muar dan ke

Melaka pada malam esok. Melaka pada malam esok.

107 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

4. Sudin dan kakaknya sering membeli 4. Sudin dan kakaknya sering membeli

hadiah untuk Aminah dan Amin. hadiah untuk Aminah dan untuk

Amin.

Ulasan ringkas:
➢ Semua ayat dia atas merupakan ayat berlapis yang mengandungi dua predikat

atau keterangan yang terdiri daripada frasa sendri. Pengguguran salah satu
kata sendri dalam frasa yang membentuk predikat atau keterangan akan
menyalahi hukum pembentukan ayat dalam Bahasa Melayu.

g) Penggunaan Kata Sendi Dalam Kata Kerja Tak Transitif dan Adjektif Emotif

Kebanyakan pelajar keliru dengan pengunaan kata sendri yang kerap diabaikan
atau ditinggalkan selepas kata kerja tak transitif yang tidak mengandungi imbuhan
(contoh: balik, datang, ingat, tahu, lalu, pulang, lupa, sampai, kenal, pergi dan
sebagainya). Setiap kata kerja tak transitif perlu diikuti oleh kata sendri jika
diperluaskan dengan keterangan. Tanpa kata sendi selepas kata kerja, ayat
tersebut membentuk kesalahan frasa kerja.

Hal yang sama berlaku pada kata adjektif yang bersifat emotif (contoh: benci,
suka, sayang, marah, percaya, kasih, cinta, takut, yakin dan sebagainya).
Sekiranya kata adjektif ini diperluaskan dengan keterangan, ayat perlu menerima
kata sendi selepas kata adjektif berkenaan. Teliti contoh-contoh kesalahan berikut.

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

Ingat perkara itu ingat akan perkara itu
Kenal ibunya kenal akan ibunya
Suka kuih itu suka akan kuih itu
Pergi sekolah pergi ke sekolah
Lupa namanya lupa akan namanya
Balik kampung balik ke kampung
Tahu rahsianya tahu akan rahsianya
Percaya kata-katanya percaya dengan kata-katanya
Cinta tanah airnya cinta akan tanah airnya
Takut gurunya takut dengan gurunya

Kebanyakan pengguna Bahasa Melayu sekali lagi terkeliru dengan
pengunaan dalam pertuturan seharian dengan menganggap bahawa bahasa
pertuturan yang digunakan sebagai betul. Hakikatnya, kita perlu mengetahui dan
mendalami hukum-hukum penggunaan kata sendi nama dengan betul kerana
bahasa persuratan dan bahasa pertuturan adalah dua perkara yang berbeza.

7.11 Kata Pemeri Dan Kata Nafi

Penggunaan kata pemeri dalam Bahasa Melayu yang berfungsi sebagai pemeri hal atau
perangkai antara subjek ayat dengan frasa utama dalam predikat bukanlah sesuatu yang wajib
sebagaimana penggunaan ‘is’, ‘are’ ataupun ‘a’ dalam struktur Bahasa Inggeris.

108 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

Penggunaanya agak terbatas dan kurang digalakkan dalam pembentukan ayat-ayat
Bahasa Melayu. Namun demikian terdapat kecenderungan pengunaanya dalam pembentukan
ayat-ayat yang salah ataupun tidak gramatis khususnya apabila digunakan pada awal ayat di
hadapan frasa kerja ataupun kata kerja.

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

1. Adalah diberitahu bahawa mesyuarat

PIBG tersebut akan ditangguhkan ke

minggu depan. Ayat-ayat di sebelah seharusnya

2. Adalah dengan ini diisytiharkan menggugurkan kata pemeri ‘adalah’ bagi

bahawa anak bulan Syawal tidak membentuk ayat-ayat yang betul dan

kelihatan. gramatis.

3. TIngkah lakunya yang sombong itu Terdapat dua kata pemeri yang digunakan

adalah menyebabkan orang ramai sebagai pemeri hal dalam Bahasa Melayu

benci kepadanya. iaitu ‘ialah’ dan ‘adalah’.

a) Penggunaan Kata Pemeri ‘Ialah’
Kata pemeri ini digunakan di hadapan frasa nama ataupun kata nama untuk
menunjukkan pertalian antara subjek dan predikat ayat ataupun dengan kata lain
untuk memerihalkan subjek ayat.

Contoh ayat:
i. Yang turut hadir dalam majlis hari jadinya ialah beberapa orang guru.
ii. Antara sebab utama pelajar melepak ialah pengrauh daripada rakan-rakan
sebaya.
iii. Pekara yang paling penting sekarang ialah pemulihan ekonomi negara.

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

1. Mereka ialah bukan pelajar sekolah 1. Mereka bukan pelajar sekolah

tersebut tersebut.

2. Pelajar-pelajar itu didenda kerena 2. Pelajar-pelajar itu didenda kerena

ialah tidak hadir ke sekolah selama tidak hadir ke sekolah selama tiga

tiga hari berturut-turut. hari berturut-turut.

Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri ‘Ialah’
Kesalahan yang biasa dilakukan semasa pengunaan kata pemeri ‘ialah’
merupakan penggabungannya dengan kata nafi ‘bukan’ dan ‘tidak’.

Satu lagi kesalahan pengunaan ‘ialah’ berlaku apabila digabungkan dengan kata
kerja ataupun kata adjektif. Sepatutnya ‘ialah’ digunakan bersama-sama dengan
kata nama sahaja.

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

1. Mereka ialah memberitahu kami 1. Mereka yang memberitahu kami
tentang kejadian tersebut. tentang kejadian itu.

2. Orang tua itu ialah terjatuh ke 2. Orang tua itu terjatuh ke dalam
dalam longkang ketika longkang ketika menunggang
menunggang basikal. basikal.

Ulasan ringkas:

109 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

Dalam keempat-empat contoh kesalahan di atas, disebabkan penggunaan kata
pemeri yang tidak perlu, kata kata pemeri yang digunakan perlu digugurkan.

b) Penggunaan Kata Pemeri ‘Adalah’
Kata pemeri ‘adalah’ boleh digunakan secara lebih meluas berbanding kata pemeri
‘ialah’. Kata pemeri ini dapat digunakan di hadapan kata adjektif, frasa sendi nama

dan dapat hadir bersama binaan kata nafi ‘tidak’ yang digabungkan dengan kata

adjektif (adalah + kata nafi ‘tidak’ + adjektif).

Ayat Contoh:
i. Tawaran biasiswa tersebut adalah khusus untuk pelajar bumiputera
sahaja.
ii. Kenyataan yang diberikannya adalah tidak benar.
iii. Buku-buku itu adalah hasil daripada pengalamannya semasa menjadi
tentera.
iv. Tindakannya ketika menyelesaikan masalah itu adalah tidak wajar.

Kesalahan ayat:
Kata pemeri ‘adalah’ tidak boleh digunakan bersama kata nafi ‘bukan’ dan dalam
binaan frasa kerja.

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

1. Buku-buku itu adalah bukan untuk 1. Buku-buku itu bukan untuk kamu.

kamu.

2. Kegagalannya adalah disebabkan 2. Kegagalannya disebabkan oleh

oleh kemalasannya mengulang kaji kemalasannya mengulang kaji

pelajaran. pelajaran.

3. Adalah dimaklumkan bahawa ujian 3. Dengan ini dimaklumkan bahawa

Bahasa Melayu akan diadakan pada ujian Bahasa Melayu akan diadakan

hari esok. pada hari esok.

4. Tuan-tuan adalah dimaklumkan 4. Tuan-tuan dimaklumkan bahawa

bahawa kerja gotong-royong itu akan kerja gotong-royong itu akan

dibatalkan. dibatalkan.

Ulasan ringkas:
Penggunaan kata pemeri dalam contoh kesalahan ayat di atas tidak perlu dan
mesti digugurkan. Secara ringkasnya, penggunaan kata pemeri bukanlah sesuatu
yang amat perlu dalam ayat-ayat Bahasa Melayu sebagaimana struktur ayat
Bahasa Inggeris. Penggugurannya dalam ayat-ayat tertentu tidak menjejaskan
makna ayat.

c) Penggunaan Kata Nafi ‘Bukan’ dan ‘Tidak’
Secara umum terdapat dua perkataan kata nafi dalam Bahasa Melayu iaitu ‘bukan’ dan

‘tidak’. Kata nafi ‘bukan’ digunakan dalam binaan Frasa Nama dan Frasa Sendi Nama.

Ayat Contoh:

i. Itu bukan sekolah saya. (Frasa nama)

ii. Orang tua itu bukan bapa saya. (Frasa nama)

iii. Hadiah itu bukan untuk kami. (Frasa sendi nama)

iv. Dia bukan orang kampung kami. (Frasa nama)

Kata nafi ‘tidak’ pula digunakan dalam binaan Frasa kerja dan Frasa Adjektif

110 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

Ayat Contoh:

Bapa saya tidak tidur semalaman kerana menunggu kepulangan (Frasa kerja)
kakak.
(Frasa Kerja)
Kami tidak menjemputnya hadir dalam majlis itu. (Frasa kerja)

Pemergiannya ke kota tidak direstui oleh ibunya yang sudah tua. (Frasa adjektif)

Dia merasakan bahawa pembahagian harta pusaka bapanya
tidak adil.

Kesalahan umum yang kerap dilakukan dalam binaan kata nafi ialah penggunaannya pada
frasa yang tidak tepat. Dengan kata-kata lain disalahgunakan pada frasa yang tidak
seharusnya digunakan kata nafi berkenaan.

Kesalahan Contoh: Sepatutnya

1. Buku ini tidak untuk pelajar tingkatan 1. Buku itu bukan untuk pelajar tingkatan

tiga. tiga.

2. Orang tua itu tidak dari kampung 2. Orang tua itu bukan dari kampung

kami. kami.

3. Wang yang diperolehnya tidak 3. Wang yang diperolehnya bukan

daripada rezeki yang halal. daripada rezeki yang halal.

4. Dia marah kerana anaknya bukan 4. Dia marah kerana anaknya tidak

mendengar nasihat yang mendengar nasihat yang

diberikannya. diberikannya.

5. Tindakannya bukan wajar semasa 5. Tindakannya tidak wajar semasa

menangani masalah itu. menangani masalah itu.

Ulasan ringkas:
Kata nafi ‘bukan’ boleh digunakan pada frasa kerja dan frasa adjektif jika menunjukkan
maksud bertentangan, namun harus digunakan bersama kata hubung ‘tetapi’.

Ayat Contoh:
i. Dia bukan hendak belajar tetapi hendak bermain-main sahaja.
ii. Mereka bukan hendak memukul kamu tetapi hendak membantu kamu.
iii. Kata-katanya bukan membawa kebaikan tetapi hanya membawa keburukan.
iv. Dia bukan sahaja malas tetapi nakal juga.

7.12 Lembar Bahasa – Terbitan DBP

BIL. SALAH BETUL
1 1800an
1800-an

2 50 an 50-an

3 75% dari kadar sebenar 75% daripada kadar sebenar

4 80% daripada pengundi- 80% daripada pengundi
pengundi
acap kali
5 acapkali adapun
ada kala
6 ada pun adik-beradik
agregat
7 adakala
112 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n
8 adik beradik

9 agreget

BIL. SALAH BETUL
10 aked
arked
11 akitek arkitek
algebra / aljabar
12 aljebra ambil alih
empangan
13 ambil-alih anak-beranak
andaipun
14 ampangan anggerik
Antara maklumat
15 anak beranak antiagama
antidadah
16 andai pun anti-Israel
antikapal selam
17 anggerek/anggrik antikomunis
antilelaki
18 Antara maklumat-maklumat antinuklear
antiperang
19 anti agama antiperiuk api
antisosial
20 anti dadah antiaparteid
antidadah
21 anti Israel antijenayah
antikerajaan
22 anti kapal selam anti-Rusia
apakala
23 anti komunis apatah
apabila
24 anti lelaki apatah
aritmetik
25 anti nuklear artifak
atlet
26 anti perang audiens
pantomim
27 anti periuk api automotif
awan-gemawan
28 anti sosial bagaimanapun

29 anti-aparteid

30 anti-dadah

31 anti-jenayah

32 anti-kerajaan

33 antiRusia

34 apa kala / apa-kala

35 apa tah

36 apa-bila

37 apa-tah

38 arithmetik

39 artifek

40 atlit

41 audien

42 audit

43 automatif

44 awan gemawan

45 bagai mana pun / bagaimana bahkan
pun baik pulih
bantu-membantu
46 bah-kan

47 baikpulih

48 bantu membantu

113 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

BIL. SALAH BETUL
49 Banyak organisasi-organisasi Banyak organisasi
50 Banyak perkara-perkara Banyak perkara
51 banyak premis-premis banyak premis
52 barang kali barangkali
53 Barisan pelatih-pelatih Barisan pelatih
54 baucer baucar
55 Beberapa orang peminat- Beberapa orang peminat

peminat Beberapa orang peminat
56 Beberapa orang peminat-
begitupun
peminat beli-belah
57 begitu pun belum pun
58 beli belah benci-membenci
59 belumpun berbagai-bagai
60 benci membenci Berbagai-bagai isu
61 berbagai berbanyak-banyak terima kasih
62 Berbagai isu-isu bergantung pada...
63 berbanyak terima kasih bermacam-macam
64 bergantung kepada... bersesak-sesak
65 bermacam bertungkus-lumus
67 bersesak berserta
68 bertungkus lumus baharu/baru
69 beserta biarpun
70 bharu/bahru mihun
71 biar pun bilangan pekerja
72 bihun binti
73 bilangan pekerja-pekerja bestari
74 binte bufet
75 bistari buruh
76 buffet busjaket
77 buroh cahaya mata
78 busjeket calon
79 cahayamata campur tangan
80 calun catatan
81 campurtangan cenderamata
82 catitan cendekiawan
83 cendera mata cucuk
84 cendikiawan coklat
85 cocok (tusuk) cap
86 cokelat cocok
87 cop (tera)
88 cucuk (sesuai) 114 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

BIL. SALAH BETUL
89 dahulukala
90 dailog dahulu kala
91 dalam kawasan
92 dari Tuan Haji Jamaluddin dialog
93 deligasi
94 demi untuk di dalam kawasan
95 depoh
96 deraf daripada Tuan Haji Jamaluddin
97 Deretan kedai-kedai
98 di alaf delegasi
99 di beri
100 di berikan demi/untuk
101 di daftarkan
102 di dalam usaha depot
103 di hempap
104 di jangka (masa) draf
105 di kategorikan
106 di kurniakan Deretan kedai
107 di masa-masa
108 di masukkan pada alaf
109 di pelajari
110 di pelihara diberi
111 di perolehi
112 di persalahkan diberikan
113 Di Raja
114 di syorkan didaftarkan
115 di tahun
116 di tubuhkan dalam usaha
117 di zaman
118 diapun dihempap
119 diatas
120 dibahu dijangka
121 dibawah
122 didalam bangunan dikategorikan
123 dikawasan
124 dikenalpasti dikurniakan
125 dikiri
126 dilipatganda pada masa-masa
127 dinamis
128 dipelan dimasukkan

dipelajari

dipelihara

diperoleh

dipersalahkan

Diraja

disyorkan

pada tahun

ditubuhkan

pada zaman

dia pun

di atas

di bahu

di bawah

di dalam bangunan

di kawasan

dikenal pasti

di kiri

dilipatgandakan

dinamik

di pelan

115 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

BIL. SALAH BETUL
129 dipebuat dari... diperbuat daripada...
130 direstoran di restoran
131 dirumah di rumah
132 disamping di samping
133 disebelah di sebelah
134 disekitar di sekitar
135 disel diesel
136 ditempat di tempat
137 ditunjukan ditunjukkan
138 diubah suai diubahsuai
139 durhaka derhaka
140 dwi bahasa dwibahasa
141 dwi budaya dwibudaya
142 dwi bulanan dwibulanan
143 dwi cabang dwicabang
144 dwi cara dwicara
145 dwi fokus dwifokus
146 dwi fungsi dwifungsi
147 dwi guna dwiguna
148 dwi huruf dwihuruf
149 dwi jalur dwijalur
150 dwi lambang dwilambang
151 dwi logam dwilogam
152 dwi standard dwistandard
153 dwi tahunan dwitahunan
154 dwi-arah dwiarah
155 dwi-bentuk dwibentuk
156 ejensi agensi
157 eka atom ekaatom
158 eka bahasa ekabahasa
159 eka fungsi ekafungsi
160 eka suku kata ekasuku kata
161 eka-warna ekawarna
162 ekspress ekspres
163 e-mail e-mel
164 emel e-mel
165 empat salinan dokumen- empat salinan dokumen

dokumen Empat unsur yang berikut
166 Empat unsur-unsur yang
empat belas
berikut...
167 empatbelas 116 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

BIL. SALAH BETUL
168 engkar
ingkar

169 faksimili faksimile

170 fax faks

171 forklift forklif

172 fotostet fotostat

173 Gabungan persatuan-persatuan Gabungan persatuan

174 gambarajah gambar rajah

175 gantirugi ganti rugi

176 garispanduan garis panduan

177 garuda hipotesis

178 gelak-ketawa gelak ketawa

179 gembeling gembleng

180 geraf graf

181 gilang gemilang gilang-gemilang

182 gotong royong gotong-royong

183 Gugusan pulau-pulau Gugusan pulau

184 gulong gulung

185 gunatanah guna tanah

186 hajjah hajah

187 hakmilik hak milik

188 hamba Mu (ketuhanan) hamba-Mu (ketuhanan)

189 hambaMu hamba-Mu

190 hapuskira hapus kira

191 hasut menghasut hasut-menghasut

192 hati ku hatiku

193 Himpunan cerpen-cerpen Himpunan cerpen

194 hipotitis hipotesis

195 hirarki hierarki

196 hormat menghormati hormat-menghormati

197 hurmat hormat

198 ia-itu iaitu

199 ianya ia

200 ibu mu ibumu

201 ibubapa ibu bapa

202 ibupejabat ibu pejabat

203 ibusawat ibu sawat

204 idap hidap

205 ide idea

206 iktizam iltizam

207 illustrasi ilustrasi

117 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

BIL. SALAH BETUL
208 inipun
ini pun

209 injin enjin

210 inspekter inspektor

211 insuran insurans

212 intipati inti pati

213 ipar duai ipar-duai

214 isipadu isi padu

215 istihar isytihar

216 isya isyak

217 itupun itu pun

218 janakuasa jana kuasa

219 jasabaik jasa baik

220 jawaban jawapan

221 jawatan kuasa jawatankuasa

222 jeket jaket

223 jiwa-mu jiwamu

224 Johor Bharu Johor Bahru

225 jualbeli jual beli

226 jurukur juruukur

227 justru justeru

228 juwita juita

229 kadang kala kadangkala

230 kadhi kadi

231 kakilima kaki lima

232 kalau pun kalaupun

233 kampong kampung

234 kapitalisma kapitalisme

235 kaptain kapten

236 karenah (ragam) kerenah

237 kasih ku kasihku

238 kastad kastard

239 katrij kartrij

240 katun kartun

241 kawalselia kawal selia

242 ke2 ke-2

243 kearah ke arah

244 keatas ke atas

245 Kebanyakan pekerja-pekerja Kebanyakan pekerja

246 ke-dua kedua

247 kedua ibu bapa kedua-dua ibu bapa

118 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

BIL. SALAH BETUL
248 kefeteria
249 kejar mengejar kafeteria
250 Kelompok industri-industri
251 kemaskini kejar-mengejar
252 kendati pun
253 keramahtamahan Kelompok industri
254 kerapkali
255 keredhaan kemas kini
256 kerjatanah
256 kerjatanah kendatipun
257 kertaskerja
258 Kesatuan pengusaha- keramah-tamahan

pengusaha industri kerap kali
259 Keseluruhan peserta-peserta
260 Kesemua agenda-agenda keredaan
261 Kesemua agenda-agenda
262 ketahap kerja tanah
263 ketawapun
264 keunikkan kerja tanah
265 ke-v
266 kewajiban kertas kerja
267 ke-X
Kesatuan pengusaha industri
268 kimoterapi
269 kobis Keseluruhan peserta
270 Koleksi lagu-lagu Kesemua agenda
271 kolestrol Kesemua agenda
272 komidi ke tahap
273 komisyen ketawa pun
274 kondaktor keunikan
275 konsotium v
276 kontingen kewajipan
277 kontrek X (Tidak perlu ada tanda sempang sebelum
278 korum huruf roman). Contoh: Sukan SEA X
279 Kota Bahru kemoterapi
280 kraftangan kubis
281 kraton Koleksi lagu
282 kuartza kolesterol
283 kuatkuasa komedi
284 Kumpulan pelabur-pelabur komisen
285 lagi pun konduktor
konsortium
kontinjen
kontrak
kuorum
Kota Bharu
kraf tangan
keraton
kuarza
kuat kuasa
Kumpulan pelabur
lagipun

119 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

BIL. SALAH BETUL
286 lain-lain arahan arahan-arahan lain
287 lain-lain bangunan bangunan-bangunan lain
288 lain-lain cadangan cadangan-cadangan lain
289 lain-lain cara cara-cara lain
290 lain-lain faktor faktor-faktor lain
291 lain-lain hal hal-hal lain
292 lain-lain kehendak kehendak-kehendak lain
293 lain-lain konsep konsep-konsep lain
294 lain-lain mesyuarat mesyuarat mesyuarat lain
295 lain-lain sumber sumber-sumber lain
296 lain-lain syarat syarat-syarat lain
297 lain-lain usul usul-usul lain
298 lakun lakon
299 lalulintas lalu lintas
300 lama kelamaan lama-kelamaan
301 lanskap landskap
302 lapuran laporan
303 latarbelakang latar belakang
304 lebel label
305 lebuhraya lebuh raya
306 lembab lembap
307 lencungan lencongan
308 letrik elektrik
309 leukimia leukemia
310 liberalisma liberalisme
311 Lima peratus (5%) daripada Lima peratus (5%) daripada pembeli

pembeli-pembeli logik
312 lojik logistik
313 lojistik Longgokan kayu
314 Longgokan kayu-kayu mahupun
315 mahu pun manfaat
316 manafaat manakala
317 mana-kala mandi-manda
318 mandi manda mergastua
319 margasatwa marhaen
320 marhain mestika
321 mastika/mustika membasuh
322 membasoh membolak-balikkan
323 membolakbalikkan mempamerkan
324 mempamirkan

120 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

BIL. SALAH BETUL
325 memperolehi
memperoleh

326 memporakperandakan memporak-perandakan

327 menaik-tarafkan menaiktarafkan

328 menakibatkan mengakibatkan

329 menantu menantunya menantu-menantunya

330 mencatit mencatat

331 mengambilkira mengambil kira

332 menggembargemburkan menggembar-gemburkan

333 menghuruharakan menghuru-harakan

334 mengikut kepada alamat mengikut alamat

335 mengkucarkacirkan mengucar-ngacirkan

336 mengujudkan (mengadakan) mewujudkan

337 mentera mantera

338 menukarguna menukar guna

339 merbahaya berbahaya

340 merekapun mereka pun

341 meski pun meskipun

342 minima minimum

343 mundar mandir mundar-mandir

344 munshi munsyi

345 murtabak martabak

346 nasionalisma nasionalisme

347 negara ku negaraku

348 odit audit

349 olih kerana oleh sebab

350 olih oleh

351 organisme organisma

352 pantomin pantomim

353 papantanda papan tanda

354 pasca ijazah pascaijazah

355 pasca merdeka pascamerdeka

356 pasca mesyuarat pascamesyuarat

357 pasca modenisme pascamodenisme

358 pasca penerbitan pascapenerbitan

359 pasca projek pascaprojek

360 pekej pakej

361 pelancung (pelawat) manfaat

362 Pelbagai kuih-muih Pelbagai kuih

363 Pelbagai rancangan-rancangan Pelbagai rancangan

364 pemerosesan pemprosesan

121 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

BIL. SALAH BETUL
365 pemilekan
pemilikan

366 Penambahan jumlah anak-anak Penambahan jumlah anak

367 pendita pendeta

368 pengembala penggembala

369 pengemblengan penggemblengan

370 penghawa dingin penyaman udara

371 penguatkuasa penguat kuasa

372 pengubahmilik pengubah milik

373 pengwartaan pewartaan

374 perabut perabot

375 pergerakkan pergerakan

376 Perhimpunan pekerja-pekerja Perhimpunan pekerja

377 perlabelan pelabelan

378 perlesenan pelesenan

379 Persatuan peniaga-peniaga Persatuan peniaga

380 persona pesona

381 personal personel

382 pertunjukkan pertunjukan

383 pesaka pusaka

384 petroliam petroleum

385 petrolium petroleum

386 pilihanraya pilihan raya

387 pindahmilik pindah milik

388 pinggan mangkok pinggan mangkuk

389 plan pelan

390 plan pelan

391 platfom platform

392 pra kata prakata

393 pra Olimpik pra-Olimpik

394 pra sejarah prasejarah

395 pra wacana prawacana

396 pra-moden pramoden

397 pra-sekolah prasekolah

398 pra-siswazah prasiswazah

399 pra-syarat prasyarat

400 pro Barat pro-Barat

401 pro kemerdekaan prokemerdekaan

402 pro Malaysia pro-Malaysia

403 proAmerika pro-Amerika

404 profail profil

122 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

BIL. SALAH BETUL
405 profession
profesion

406 profesyenal profesional

407 pro-kerajaan prokerajaan

408 proMalaysia pro-Malaysia

409 pro-pembangkang propembangkang

410 prosidur prosedur

411 protin protein

412 radin (gelaran) raden

413 rahmat Nya (ketuhanan) rahmat-Nya (ketuhanan)

414 raksaksa raksasa

415 ramah tamah ramah-tamah

416 Ramai pelajar-pelajar Ramai pelajar

417 Ramai pengguna-pengguna Ramai pengguna

418 Rangkaian syarikat-syarikat Rangkaian syarikat

419 rebet rebat

420 rekabina reka bina

421 reket raket

422 renik (rendah) renek

423 Rentetan peristiwa-peristiwa Rentetan peristiwa

424 Rombongan penduduk- Rombongan penduduk
penduduk ruang niaga

425 ruangniaga

426 sabsidi subsidi

427 sabung menyabung sabung-menyabung

428 sanwic sandwic

429 satria/kesatria sateria/kesateria

430 sayugia seyogia

431 Sebahagian daripada Sebahagian daripada peneroka
peneroka-peneroka sebut harga

432 sebutharga

433 sediada sedia ada

434 sediakala sedia kala

435 Sedikit sahaja daripada ulasan- Sebahagian sahaja daripada ualasan

ulasan

436 segala aduan-aduan segala aduan

437 Segala bukti-bukti Segala bukti

438 segala butir-butir segala butir

439 Segala maklumat-maklumat Segala maklumat

440 segala syarat-syarat segala syarat

441 segalanya segala-galanya

442 Segelintir daripada pemohon- Segelintir daripada pemohon
pemohon

123 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

BIL. SALAH BETUL
443 Segerombolan pengganas- Segerombolan pengganas

pengganas segi tiga
444 segitiga

445 sekala skala

446 sekaligus sekali gus

447 Sekawan bunga-bungaan Sejambak bunga

448 sekelian sekalian

449 sekim skim

450 selangseli selang-seli

451 selinder silinder

452 semalaysia se-Malaysia

453 Semua ilmu-ilmu dan panduan- Semua ilmu dan panduan

panduan

454 semua kerja-kerja semua kerja

455 Semua surat-surat Semua surat

456 semua taman-taman semua taman

457 senarai barang-barang senarai barang

458 senireka seni reka

459 sepertimana seperti/yang

460 seringkali sering kali

461 serta merta serta-merta

462 sesungguh-nya sesungguhnya

463 setor stor

464 siapa-tah siapatah

465 siarkaki siar kaki

466 simpang perenang simpang-perenang

467 skima skema

468 snoker snuker

469 snooker snuker

470 spagetti spageti

471 spesis spesies

472 stem setem

473 stensel stensil

474 stesyen stesen

475 sub menu submenu

476 sub tajuk subtajuk

477 sub-judul subjudul

478 sub-kelas subkelas

479 sub-kontraktor subkontraktor

480 sub-kumpulan subkumpulan

481 sub-sektor subsektor

124 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

BIL. SALAH BETUL
482 sub-sistem
subsistem

483 sub-standard substandard

484 sub-seksyen subseksyen

485 sudahpun sudah pun

486 sulong sulung

487 sungguh pun sungguhpun

488 surat dari pihak... surat daripada pihak...

489 surat menyurat surat-menyurat

490 suratcara surat cara

491 Susunan fail-fail Susunan fail

492 susunatur susun atur

493 susup sasap susup-sasap

494 susutnilai susut nilai

495 tak berlampu tidak berlampu

496 tali temali tali-temali

497 talipon telefon

498 tari menari tari-menari

499 tata nama tatanama

500 tata rias tatarias

501 tata susila tatasusila

502 tata tertib tatatertib

503 tata urusan tataurusan

504 tata usaha tatausaha

505 tata-tertib tatatertib

506 tatatur tataatur

507 tatatur/tata atur tataatur

508 taugeh tauge

509 taukeh tauke

510 tauladan teladan

511 tegur menegur tegur-menegur

512 telahpun telah pun

513 telor ayam telur ayam

514 tembak menembak tembak-menembak

515 temuduga temu duga

516 terdiri dari 14 orang terdiri daripada 14 orang

517 terlepas dari tindakan terlepas daripada tindakan

518 tertumpu kepada tertumpu pada

519 tiada didiami tidak didiami

520 Tiga orang daripada penjenaya- Tiga orang daripada penjenayah
penjenayah

125 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

BIL. SALAH BETUL
521 Timbunan sepuluh karung- Timbunan sepuluh karung beras

karung beras tolong-menolong
522 tolong menolong tuan punya
tuan rumah
523 tuanpunya tukar syarat
tulen
524 tuanrumah ulang-alik
urus setia
525 tukarsyarat usaha sama
usik
526 tulin vokasional
527 ulang alik walaupun
528 urusetia walau bagaimanapun
iaitu
529 usahasama Yang Dipertua Majlis Perbandaran

530 usek yang bersalahan
unit
531 vokasyenal zuhur

532 walau pun
533 walaubagaimanapun

534 yaitu
535 Yang Di Pertua Majlis

Perbandaran
536 yang mana bersalahan

537 yunit

538 zohor

126 | B A B 7 : B a h a s a d a l a m P e n u l i s a n

Sumber Rujukan

Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Panduan Penulisan Surat
Rasmi dan Memo untuk Pemimpin Pendidikan. Bandar Enstek.

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. (2011). Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun
2011: Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam.
Putrajaya

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. (2020). Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun
2020: Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam.

Mohd Ashrof Zaki Yaakob, Ahmad Zaki Abd Latiff & Mohammad Mahyuddin Khalid. (2013).
Buku Panduan Penulisan Kertas Kerja & Pembentangan. Universiti Teknologi MARA.
UPENA.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. (https://prpm.dbp.gov.my/)
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan

Perdana Menteri. (2014). Panduan Penulisan Surat Rasmi, Memo, dan E-Mel
Bilangan 5 Tahun 2014. Putrajaya. Jabatan Perdana Menteri.
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan
Perdana Menteri. (2018). Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil. 2 Tahun
2018. Mymesyuarat: Ekosistem Pengurusan Mesyuarat Era Digital.

127 | R u j u k a n


Click to View FlipBook Version