The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

2024 Galeri Pahang Tenggara @ UNITEN (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nora Annuar, 2024-03-25 21:32:31

2024 Galeri Pahang Tenggara @ UNITEN (1)

2024 Galeri Pahang Tenggara @ UNITEN (1)

ݢݢااللرري ڤڤههڠڠ تتڠڠݢݢاارا @اوننييتتيينن "MENYELUSURI SEJARAH PAHANG TENGGARA"


Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah DKP., DKM., DK., DMN, SSAP., SIMP., DK(TERENGGANU)., DK.(JOHOR)., SPMJ., DKMB. (BRUNEI)., DK(KEDAH)., DK(PERLIS)., DK(PERAK)., DK(SELANGOR)., DK(KELANTAN)., ORDER OF THE STATE OF THE REPUBLIC OF TURKIYE, GRAND CROSS OF THE ORDER OF SAINT-CHARLES (MONACO)


Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj DK., DMN., SSAP., SIMP., DK(JOHOR)., SPMJ., DK(BRUNEI). DK (SELANGOR)


Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah DK., SSAP., SIMP.


Sekapur Sirih Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Memangku Tugas-tugas Naib Canselor, UNITEN 01 02 Seulas Pinang Pengarah Kampus, UNITEN KSHAS 03 Setitik Tinta Ketua Pegawai Operasi UNITEN 04 Seuntai Madah Pengurus Pentadbiran UNITEN KSHAS 05 Di Sebalik Tabir 06 Garis Masa Projek Galeri Pahang Tenggara @UNITEN 07 Pengenalan Pahang Tenggara ISI KANDUNGAN 08 Permata Pahang Tenggara Bandar Muadzam Shah 09 Sejarah UNITEN 10 Ruang Galeri Pahang Tenggara @UNITEN 11 Koleksi Bahan Pameran


Daulat Tuanku Daulat Tuanku


Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh dan Salam sejahtera, Terlebih dahulu saya memanjat setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan kurnia-Nya saya diberikan kesempatan untuk memberi ucapan di dalam buku cenderamata terbitan pertama Information Resource Centre (IRC) Universiti Tenaga Nasional, Kampus Sultan Haji Ahmad Shah. Tahniah saya ucapkan kepada warga kerja terlibat di atas usaha gigih mereka dalam mewujudkan sebuah galeri di dalam institusi pengajian tinggi yang mendekatkan sejarah kepada masyarakat dalam pendekatan menarik melalui ruang pameran yang disediakan. Ini merupakan satu usaha murni yang dapat memberi manfaat dan tatapan kepada ramai pihak iaitu para sejarawan, penyelidik, pelajar, warga kampus dan generasi akan datang. Galeri Pahang Tenggara ini akan menjadi wadah terbaik untuk memasyarakatkan sejarah dan mendidik bangsa memahami sejarah, kebudayaan, jati diri serta semangat cintakan negara. Akhir kata, syabas dan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang idea, tenaga dan masa bagi mewujudkan galeri ini yang mempunyai nilai-nilai sejarah dan budaya warisan bangsa. Sekapur Sirih PROFESOR DATO' TS. DR. MOHD. ZAMRI YUSOFF Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Memangku Tugas-Tugas Naib Canselor Universiti Tenaga Nasional


Setitik Tinta Ketua Pegawai Operasi Universiti Tenaga Nasional PROFESOR MADYA TS. DR. MOHD EZANEE RUSLI Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh dan Salam sejahtera. Alhamdulillah dipanjatkan kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, Coffee Table Book Galeri Pahang Tenggara @ UNITEN berjaya dihasilkan. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua Jawatankuasa terlibat kerana berjaya menerbitkan buku ini yang sememangnya bertepatan dengan matlamat universiti untuk menjadi tempat pengumpulan ilmu yang boleh dikongsi bersama komuniti. Dalam era globalisasi kini, sumber ilmu meledak dengan pantas dan cepat yang memerlukan pengumpulan maklumat juga perlu dilakukan dengan sumber yang diurus secara sistematik dan efisien. Saya menghargai inisiatif menerbitkan buku ini yang diharapkan dapat memberikan gambaran kepada semua pelawat akan usaha yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa dalam menghasilkan sebuah galeri yang menceritakan sejarah penubuhan dan kegemilangan DARA yang menjadi asas kemajuan kawasan Pahang Tenggara. Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada semua Jawatankuasa yang terlibat dan diharapkan ianya menjadi buah tangan amat bernilai UNITEN kepada negara tercinta.


Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, saya merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan taufik serta inayah-Nya buku Galeri Pahang Tenggara ini telah diterbitkan. Ucapan penghargaan dan tahniah diucapkan kepada warga kerja yang terlibat sehingga berjaya menerbitkan buku ini yang mengabadikan sejarah pembangunan wilayah Pahang Tenggara. Kewujudan galeri ini telah mentransformasi perkhidmatan perpustakaan sebagai tempat rujukan ilmu, penyebaran maklumat dan tarikan baharu bukan sahaja dalam bidang penyelidikan tetapi sebagai tempat pemeliharaan serta pemuliharaan khazanah sejarah, budaya dan warisan masyarakat tempatan. Semoga Galeri Pahang Tenggara ini dapat memberi peluang kepada setiap anggota masyarakat untuk mengetahui sejarah Pahang Tenggara terutamanya dalam kalangan generasi muda. Galeri ini dilihat dapat memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan memelihara warisan sejarah dan budaya negara. NURAZARIAH ABIDIN Seulas Pinang Pengarah Kampus Universiti Tenaga Nasional Kampus Sultan Haji Ahmad Shah


Syukur ke hadrat Allah swt pasukan saya berjaya menempuh onak dan duri dalam merealisasikan impian mewujudkan Galeri Pahang Tenggara dengan penuh ketekunan, kesabaran dan komitmen yang tinggi. Usaha awal penubuhan galeri ini mendapat sokongan Timbalan Naib Canselor Universiti Tenaga Nasional, Kampus Sultan Haji Ahmad Shah iaitu YBhg. Prof. Dato’ Dr. Salina Bte Daud. Tanpa beliau, Galeri Pahang Tenggara ini tidak mampu direalisasikan seperti hari ini. Di galeri ini tersimpan bahan seperti dokumen, gambar dan artifak yang diperolehi dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang dan masyarakat setempat yang boleh dijadikan sumber rujukan untuk menyemarakkan penyelidikan oleh para penyelidik, sejarawan dan pelajar. Akhir kata, sekali lagi syabas diucapkan kepada pasukan kerana menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam mengumpul bahan untuk tatapan umum. Galeri ini diharapkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelbagai pihak demi kebaikan bersama. Seuntai Madah NORATI HJ ABDUL MALEK Pengurus Pentadbiran Universiti Tenaga Nasional Kampus Sultan Haji Ahmad Shah


Di Sebalik Tabir Berdiri dari kiri : Ahmad Fakhirudin Ibrahim, Mohd Hanif Mohd Idris, Dzun Azarif Awang Aziz Duduk : Nurul Ain Nazeri


GARIS MASA PROJEK Galeri PAHANG TENGGARA @UNITEN


2016 Perbincangan konsep pameran secara terperinci diadakan untuk merealisasikan satu galeri yang menyimpan dokumen sejarah buat tatapan masyarakat. Cetusan idea untuk mengumpul dokumen sejarah Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA). 20 Disember 2016 2017 Perbincangan koordinasi projek dengan Ketua Pengarah Arkib Negara Cawangan Pahang untuk mendapatkan bahan berkenaan pembangunan Bandar Muadzam Shah. 8 Ogos 2017 Melihat dan menyemak bahan berkenaan pembangunan Bandar Muadzam Shah yang terdapat di Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang (Siri 1). 13 September 2017 Mendapatkan bahan di Arkib Negara Cawangan Negeri Pahang (Siri 2). 26 September 2017 Mendapatkan bahan di Arkib Negara Cawangan Negeri Pahang (Siri 3). 17 Oktober 2017 2018 Penyediaan fasiliti di ruang pameran bersama unit berkaitan. Mendapatkan bahan di Arkib Negara Cawangan Negeri Pahang (Siri 5). 8 Ogos 2018 Mendapatkan bahan di Arkib Negara Cawangan Negeri Pahang (Siri 4). 6 Ogos 2018 Kerja-kerja mengemaskini dokumen sejarah yang diperolehi dari Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang. Perbincangan bersama Kurator Program Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang untuk pengasingan gambar mengikut fasa pembangunan Bandar Muadzam Shah. Mendapatkan bahan koleksi peribadi (dokumen, buku laporan tahunan, gambar) daripada bekas Pengarah Bahagian Kerajaan Tempatan DARA, Tn. Hj Baharudin bin Abd Jalil (Siri 3). 26 Ogos 2019 Nama galeri secara rasmi dipersetujui - GALERI PAHANG TENGGARA @ UNITEN : MENYELUSURI SEJARAH PAHANG TENGGARA. 28 Ogos 2019 2019 Perbincangan bersama Pengarah Muzium Negeri Pahang, YH Dato' Ahmad Farid Abd Jalal untuk penyediaan galeri di IRC UNITEN KSHAS (Siri 2). 13 Ogos 2019 En. Mohd Hanif bin Mohd Idris, Eksekutif IRC UNITEN KSHAS menghadiri lawatan penanda aras ke Galeri TNB Bangsar yang baru dilancarkan untuk mendapatkan gambaran penyediaan galeri pameran. 18 September 2019 Percetakan bahan pameran Galeri Pahang Tenggara di Kuantan. 1 Oktober 2019 Projek cat dinding Galeri Pahang Tenggara. 21 Oktober 2019 Bahan pameran Galeri Pahang Tenggara siap dicetak. 4 November 2019 Perbincangan bersama YH Dato' Ahmad Farid Abd Jalal, Pengarah Muzium Negeri Pahang untuk berkongsi kepakaran dalam penyediaan galeri pameran (Siri 1). 19 Julai 2019 Perbincangan bersama bekas Pengarah Bahagian Kerajaan Tempatan DARA, Tn. Hj Baharudin bin Abd Jalil untuk mendapatkan bahan pembangunan wilayah Pahang Tenggara daripada koleksi peribadi beliau (Siri 1). 9 Ogos 2019 Bahan pameran yang telah siap dicetak mula dipasang di Galeri Pahang Tenggara. 29 November 2019 Perbincangan bersama Dato' Maznah Mazlan bagi projek Galeri Pahang Tenggara. 3 Disember 2019 Membuat perbincangan bersama pemimpin setempat untuk mendapatkan maklumat. 15 Januari 2018 Mendapatkan bahan koleksi peribadi (dokumen, buku laporan tahunan, gambar) daripada bekas Pengarah Bahagian Kerajaan Tempatan DARA, Tn. Hj Baharudin bin Abd Jalil (Siri 2).


2020 Mendapat bahan artifak koleksi peribadi penduduk sekitar untuk projek Galeri Pahang Tenggara. Lawatan Ketua Penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke Galeri Pahang Tenggara untuk projek buku 'Jejak Ayahanda'. 1 Disember 2020 3 Januari 2020 2021 Lawatan rasmi Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ke Galeri Pahang Tenggara. 19 Disember 2020 Lawatan bekas Pengarah Bahagian Kerajaan Tempatan DARA, Tn. Haji Baharuddin Abd Jalil ke Galeri Pahang Tenggara. 7 Januari 2021 17 September 2021 Perbincangan awal pembikinan video bersama bekas Pengarah Bahagian Kerajaan Tempatan, Tn. Hj Baharuddin Abd Jalil. 13 Oktober 2021 Pembikinan video bersama Unit ITMS di rumah bekas Pengarah Bahagian Kerajaan Tempatan, Tn. Hj Baharuddin Abd Jalil. 7 Disember 2021 2022 Pembentangan video pembangunan Muadzam Shah yang telah disediakan oleh pelajar praktikal. 11 Februari 2022 Mendapat bahan sejarah bandar Muadzam Shah daripada pihak Teras Dara Konsortium (TDK). 22 Jun 2022 Lawatan Naib Canselor UNITEN yang baharu, Prof. Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman ke Galeri Pahang Tenggara. 20 Jun 2022 Penyediaan fasiliti di ruang pameran bersama unit berkaitan. 7 Julai 2022 Lawatan Interaktif dari Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. 11 Ogos 2022 Lawatan Auditor SIRIM, En. Khalid Saleman. 12 September 2022 Lawatan ibu bapa & pelajar sekolah orang asli (SK Kedaik) program 'Dari Pangkin ke UNITEN'. 13 Oktober 2022 Lawatan Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Kuantan. 7 Mei 2021 Lawatan Pengurus Besar TNB Negeri Pahang, Datuk Baderul Sham Saad. 10 Disember 2021 Lawatan Pengerusi TNB, YB. Dato' Sri Hasan Arifin. 6 Februari 2020 Lawatan anjuran Pusat Bahasa Terengganu, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu. 12 Disember 2022 Lawatan Prof. Emeritus Dato' Dr. Hassan Said, Pengerusi Lembaga Pengelola UNITEN.


Perbincangan bersama En.Ahmad Sukri bin Abdul Kadir, Pengarah Arkib Negara Malaysia Cawangan Negeri Pahang Perbincangan bersama En.Usdi bin Abdullah, Pengarah Arkib Negara Malaysia Cawangan Negeri Pahang Menyemak dan meneliti bahan di Arkib Negara Malaysia Cawangan Negeri Pahang


Perbincangan bersama YH Dato' Ahmad Farid Abd Jalal, Pengarah Muzium Negeri Pahang di Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan Perbincangan bersama bekas Pengarah Bahagian Kerajaan Tempatan DARA, Tn. Hj Baharudin bin Abd Jalil Perbincangan bersama Pengarah Muzium Negeri Pahang, YH Dato' Ahmad Farid Abd Jalal di IRC UNITEN KSHAS


Bahan-bahan pameran yang telah siap untuk dipamerkan Perbincangan bersama Dato' Maznah Mazlan bekas ADUN Muadzam Shah dan bekas Pengarah Bahagian Pembangunan Sosial, DARA Penyediaan bahan pameran dan fasiliti di ruang galeri


Mendapat bahan artifak koleksi peribadi penduduk sekitar untuk projek Galeri Pahang Tenggara Lawatan rasmi Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ke Galeri Pahang Tenggara. Lawatan En. Wan Helmy Zain, Ketua Penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke Galeri Pahang Tenggara untuk projek buku 'Jejak Ayahanda'


Proses pembikinan video sejarah pembangunan Wilayah Pahang Tenggara di rumah Tn Hj Baharudin bin Abd Jalil Lawatan rasmi YB. Dato' Sri Hasan Arifin, Pengerusi TNB Lawatan Tn Hj Baharudin bin Abd Jalil, bekas Pengarah


PENGENALAN PAHANG TENGGARA


Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein. (11 Mac 1922 – 14 Januari 1976) ialah seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia kedua dari September 1970 hingga kematiannya pada Januari 1976. Beliau dikenali sebagai Bapa Pembangunan.


Tumbuhnya suatu konsep, berakarnya suatu bibit pembangunan yang menjelma menjadi kenyataan dalam Wilayah Pahang Tenggara ini adalah berpunca daripada ilham dan tekad seorang tokoh. Sebelum kajian perancangan dimulakan, Pelan Induk masih dalam pemikiran perancang, dan DARA belum lagi lahir, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak telah memilih kawasan Pahang Tenggara yang penuh potensi ini untuk dijadikan kawasan pembangunan raksasa, kawasan harapan bagi rakyat jelata. Bukit Ibam ialah sebuah penempatan yang didirikan oleh Syarikat Perlombongan Rompin untuk aktiviti pembangunan di kawasan itu. Ada kisah manis di sebalik tabir bandar ini. Dari sinilah kerlipan ilham seorang Negarawan mula memancar dan bersinar. Apabila lombong syarikat tersebut ditutup pada tahun 1970, pekan ini kerana peranannya masa itu dijangka akan terus berkubur ditelan masa. Namun, hidup mati tidak dapat ditelah. Ianya adalah di tangan Yang Maha Esa. Rentak dan denyut nadi pekan ini terus bergerak apabila Tun sebagai Perdana Menteri melawat Bukit Ibam pada 16 November 1970, dan beliau telah memberi kepastian dan jaminan bahawa Bukit Ibam akan dimajukan sebagai sebuah bandar yang subur dan makmur, akan dijadikan pusat aktiviti pembangunan ekonomi yang baru. Katakata adalah janji. Janji kepada rakyat menjadi tanggungjawab yang akan dihakimkan oleh rakyat. Namun begitu kata tetap dikotakan dan sejarah telah menjadi saksi nan nyata. ILHAM SEORANG TOKOH Suatu kepastian yang tekad dan berani telah dibuat oleh Allahyarham Tun untuk menubuhkan Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara selepas satu taklimat disampaikan kepada beliau pada 31 Julai 1971, sungguhpun di waktu itu kajian perancangan Pahang Tenggara masih belum selesai lagi. Pada 14 September 1971 beliau terus mengumumkan penubuhan Lembaga dan pelantikan ahli-ahlinya walaupun Pelan Induk hanya dijadualkan siap pada akhir Julai 1972, hampir setahun kemudian dan Bukit Ibam kembali bernafas semula. Pada 15 September 1997 lahirlah wilayah ini membawa seribu impian dan seribu harapan, diiringi seribu doa merestuinya. Bermulalah sebuah sejarah. YAB Allahyarham Tun berucap kepada pekerja-pekerja Lombong Ibam pada tahun 1970


Wilayah Pahang Tenggara diwujudkan pada tahun 1971 hasil ilham pemimpin ulung negara yang bergelar Bapa Pembangunan iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak. Walaupun ilham ini tercetus dari peristiwa penutupan operasi lombong besi Rompin Mining Company (ROMPINCO) di Bukit Ibam namun pembukaannya adalah untuk manfaat rakyat Malaysia seluruhnya. Pembangunan Wilayah ini dipandu oleh Pelan Induk yang disediakan oleh sebuah konsortium daripada Kanada. Perancangan dan unjuran-unjuran yang dibuat adalah berdasarkan kepada data-data dan maklumat yang ada pada waktu itu, contohnya pendapatan per kapita adalah berasaskan data tahun 1970 sementara kependudukan pula adalah berasaskan kajian sosio-ekonomi 1967. SEJARAH PAHANG TENGGARA Bagi mempercepatkan pembangunan, kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan projek penyediaan infrastruktur dalam wilayah ini menyimpang dari amalan biasa. Balai polis, sekolah, rumah dan tapak rumah, bekalan air dan sebagainya disediakan dahulu sebelum ada penduduk. Dijangkakan, semua kemudahan ini akan menjadi daya penarik penghijrahan masuk penduduk terutama dengan adanya peluang-peluang pekerjaan di ladang-ladang sekitar penempatan baru tersebut. Begitu juga penduduk kampung-kampung tradisional yang serba kekurangan akan berpindah meninggalkan kampung halaman mereka. Taklimat Pelan Induk DARA di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1971


Walau bagaimanapun selepas penubuhan DARA, beberapa perkara yang di luar ramalan telah berlaku. Satu demi satu Lembaga Kemajuan Wilayah telah diwujudkan yang didahului oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) pada tahun 1972 dan diikuti oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH-1973), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR-1978), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA-1981), Lembaga Kemajuan Pulau Pinang (PERDA-1983) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (JENGKA-1983). Kewujudan Lembaga-lembaga Kemajuan Wilayah yang baru ini telah menyebabkan penghijrahan masuk penduduk tidak seperti yang diramalkan. Tujuan penghijrahan yang berlaku itu pula, sebahagian besarnya hanya untuk menjadi peneroka tanah FELDA dan bukannya untuk mengisi kekosongan pekerjaan di ladang-ladang yang banyak dibuka. Penduduk Kampung-Kampung Tradisional pula sebahagian besarnya tidak mahu berpindah ke penempatan-penempatan baru yang berhampiran. Malah, mereka lebih rela tinggal di tempat asal mereka walaupun dalam kedaifan. Keadaan ini telah mendorong penglibatan FELCRA dan RISDA untuk membantu memulih dan memajukan tanahtanah mereka yang sebahagian besarnya tidak diusahakan secara produktif. Situasi ini menjadikan mereka bertapak lebih kukuh di kampung masingmasing dan meninggalkan penempatanpenempatan yang dibina oleh DARA didiami oleh penghijrah dari kawasan-kawasan dan negerinegeri yang lain. Pada masa yang sama, pembangunan industri pembuatan di bandar-bandar utama seluruh negara meningkat dengan pesat. Pembangunan ini menarik anak-anak muda dan tenaga kerja dari luar bandar berhijrah ke bandar-bandar untuk mencari pekerjaan yang lebih diminati. Pesta Pembangunan, Kuala Lumpur, 1974


Semua faktor ini telah menyumbang kepada masalah kekurangan tenaga kerja yang serius kepada pengusaha-pengusaha ladang dalam Wilayah ini. Kesannya ialah Wilayah ini telah menghadapi kebanjiran pendatang asing. Walaupun pendatang-pendatang ini telah meningkatkan bilangan penduduk dan membantu meningkatkan pengeluaran tetapi status dan matlamat mereka berbeza. Tambahan pula segala pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan oleh DARA adalah untuk kebajikan dan faedah rakyat negara ini. Perubahanperubahan ini telah menuntut kepada perubahan sasaran DARA seterusnya. Dengan itu DARA teleh membuat kajian semula dan menurunkan sasarannya daripada sasaran asal Pelan Induk di samping menangguhkan pembukaan beberapa penempatan baharu. Di samping itu, DARA juga telah diminta untuk merancang dan membangunkan kampungkampung tradisional yang pada mulanya tidak termasuk dalam perakuan Pelan Induk. Apabila Kerajaan melancarkan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), DARA juga telah diberi tugas penting untuk melaksanakan program ini dalam Wilayah Pahang Tenggara. Semua perubahan dan tugas tambahan yang diberi ini telah dilaksanakan oleh DARA sebaik mungkin. Akhirnya, peranan DARA telah sampai ke penghujungnya. Kerajaan telah membuat keputusan untuk membubarkan DARA melalui proses penswastaan selaras dengan program pengecilan saiz Perkhidmatan Awam. Perjanjian Penswastaan telah ditandatangani di antara Kerajaan Persekutuan, DARA dan Teras DARA Konsortium Sdn. Bhd. pada 15 Jun 1999 iaitu pada usia DARA 27 tahun 9 bulan. Dengan pembubaran DARA maka berakhirlah sebuah sejarah dan terbukalah pula sebuah lembaran sejarah yang baharu menjelang alaf baharu. Kerja-kerja awal pembinaan Jalan Raya Kuantan - Segamat, 1972


PERMATA PAHANG TENGGARA BANDAR MUADZAM SHAH Tapak Bandar Muadzam Shah 1975


Tanggal 12 November 1977 bersamaan 1 Zulhijah 1397H adalah detik yang paling bersejarah buat Wilayah Pahang Tenggara kerana termasyhurlah Bukit Ridan atau Bandar 10 dengan nama barunya, Bandar Muadzam Shah. Istiadat pemasyhuran nama Bandar Muadzam oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar telah menjadi satu upacara rasmi yang gilanggemilang dan menjadi ingatan yang berkekalan kepada seluruh rakyat Negeri Pahang Darul Makmur. ‘Muadzam Shah’ merupakan gabungan perkataan Arab dan Parsi, yang bermaksud keagungan dan kebesaran raja-raja. Nama yang sungguh menarik dan luar biasa ini dipilih begitu rupa sebagai simbol untuk mengabadikan jasa-jasa Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Muadzam Shah iaitu Sultan yang menjadi pemerintah seluruh jajahan Negeri Pahang Darul Makmur dari tahun 1933 hingga 1974. Almarhum Sultan Abu Bakar ialah seorang raja yang dikasihi seluruh rakyat negeri kerana sering mengambil berat dan prihatin akan nasib dan kehidupan sosioekonomi rakyat. Baginda sering melawat dan mengambil berat mengenai kesusahan rakyat di kampung-kampung dan di desa-desa. Dengan itu amatlah bersesuaian kawasan luar bandar yang mula diterokai di Wilayah Pahang Tenggara ini mengambil sempena nama Baginda. Pemasyhuran Bandar Muadzam Shah oleh Al-Marhum KDYMM Sultan Pahang, 1977


Muadzam Shah yang dahulu dikenali dengan nama Bukit Ridan telah mendapat perhatian yang khusus dari Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah. Bandar Muadzam Shah telah dijadikan pusat pentadbiran bagi wilayah Pahang Tenggara. Baginda sekali lagi berangkat ke bandar ini pada 27 September 1983 selaku Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan telah berkenan meletak batu asas bagi satu kawasan perumahan eksekutif di Muadzam Shah yang diberi nama "Pinggir Pelangi”. Di samping itu, Bandar Muadzam Shah juga turut menerima penghormatan menjadi tuan rumah bagi Musabaqah Membaca al-Quran peringkat Negeri Pahang Darul Makmur sempena Istiadat Perasmian Masjid Al-Muadzam Shah pada 5 April 1986 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Hasil ilham, kesedaran dan tindakan Allahyarham Tun Haji Abdul Razak, Wilayah Pahang Tenggara telah berubah daripada kawasan hutan belantara menjadi kawasan membangun dengan penempatanpenempatan baru yang mempunyai pelbagai kemudahan asas dan moden. Berkat peranan, pemerhatian naungan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah maka bandar Muadzam Shah dan Wilayah Pahang Tenggara telah berkembang maju dengan perubahan-perubahan dari segi pembangunan sosio ekonomi dan kerohanian. Lawatan Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah ke Muadzam Shah, 1983


PEMASYHURAN BANDAR MUADZAM SHAH 1 ZulhiJah 1397H 12 November 1977


Baginda dengan rela hati berkenan mencemar duli bagi upacara pemasyhuran nama Bandar Muadzam Shah sehinggalah merasmikan Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) sebagai melengkapkan perhatian Baginda terhadap wilayah ini. Rakyat juga turut berbangga dan menjunjung setinggi kasih di atas limpah perkenan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menamakan bangunan ibu pejabat DARA dengan nama rasminya "WISMA SULTAN AHMAD SHAH". Ibu pejabat DARA adalah pusat pentadbiran bagi keseluruhan Wilayah Pahang Tenggara. Jentera pentadbiran DARA berpusat di pejabat ini. Ibu Pejabat DARA merupakan nadi penggerak kepada semua program dan aktiviti pembangunan di Wilayah Pahang Tenggara yang merangkumi tugastugas perancangan, penyelarasan dan pentadbiran yang telah dipertanggungjawabkan kepada DARA. Kedudukan Ibu Pejabat DARA di tengah-tengah kawasan pembangunan adalah bersesuaian dengan peranannya sebagai pusat bagi pentadbiran pembangunan Wilayah Pahang Tenggara. Bangunan Ibu Pejabat DARA ini berdiri teguh dan megah di tengah-tengah persekitaran dan suasana aktiviti-aktiviti kemajuan yang sedang pesat dijalankan. Projek ini mula dirancang pada tahun 1977. Kerja-kerja pelaksanaannya dimulakan pada 16 Oktober 1981 dan telah disiapkan sepenuhnya pada 14 September 1984 dengan perbelanjaan berjumlah RM13 juta. Bangunan empat tingkat ini mempunyai keluasan lantai 128,459 kaki persegi serta dilengkapi kemudahan terbaru pada zamannya (sistem pendingin hawa berpusat, sistem pencegahan kebakaran dan sebuah lif yang dapat memuatkan 20 orang).


Ibu Pejabat DARA 1986


Pengerusi DARA Sepanjang 1971-1999 YM. Tunku Datuk Shahriman Bin Tunku Sulaiman Y.Bhg. Tan Sri Dato' Haji Ibrahim Bin Ali YB. Tuan Haji Mohd. Mazlan Bin Idris YB. Dato' Haji Mohd. Amin Bin Haji Daud YB. Dato' Haji Hasan Bin Arifin Y. Bhg. Datuk Dr. Abdul Aziz Bin Muhamad


Timbalan Pengerusi DARA YB. Datuk Abdul Rahman Bin Ismail YB. Dato' Haji Abdul Razak Bin Hitam Y.Bhg. Dato' Nasaruddin Bin Bahari Y.Bhg. Encik Azizan Bin Hussain Y.Bhg. Tuan Haji Mohd. Hanafiah Bin Omar Y.Bhg. Dato' Haji Wan Abu Bakar Bin Wan Abd. Rahman Y.Bhg. Puan Hajah Rahmah Binti Haji Kassim


Wakil Persekutuan Y.Bhg. Tan Sri Dato' Thong Yaw Hong Y.Bhg. Encik Jamil Biin Mohd. Jan Y. Bhg. Datuk Harun Bin Ariffin Y.Bhg. Tan Sri Datuk Dr. Haji Arshad Bin Ayub Y.Bhg. Datuk Seri Radin Soernarno Al- Haj Bin Radin Seonarjo Y.Bhg. Dato' Ibrahim Bin Ismail Y.Bhg. Encik Abdul Rahim Bin Haji Din


Wakil Persekutuan Y.Bhg. Encik Zainal Abidin Bin Mat Said Y.Bhg. Dato' Ismail Bin Mansor Y.Bhg. Tuan Haji Saedon Bin Daud Y.Bhg. Tuan Haji Mohd. Arif Bin Abu Bakar Y.Bhg. Dato' Dr. Haji Samsudin Bin Hitam Y. Bhg. Datuk Helmi Bin Mohd. Noor Y.Bhg. Tuan Haji Mohd. Amin Bin Haji Daud


Wakil Persekutuan Y.Bhg. Encik Mustapha Bin Mohd. Zain Y.Bhg. Encik Idris Bin Ramli Y.Bhg. Tuan Haji Mohamed Noor Bin Haji Mat Ali Y.Bhg. Puan Zaharah Binti Shaari Y.Bhg. Encik Asmawi Bin Mohd. Noh


Wakil Kerajaan Negeri YB. Datuk Muhammad Bin Jusoh Y.Bhg. Encik Abd. Aziz Bin Hussein YB. Tuan Haji Abdul Razak Bin Hitam YB. Dato' Mohd Khalil Bin Yaakob Y.Bhg. Encik Kamaruddin Bin Abdul Sani YB. Datuk Kamaruzzaman Bin Abdul Rahman YB. Dato' Haji Abdul Rashid Bin Haji Abdul Rahman YB. Datuk Haji Wan Sidek Bin Haji Wan Abdul Rahman


Wakil Kerajaan Negeri YB. Datuk Haji Abdul Rahman Bin Ismail Y.Bhg. Encik Shahbudin Bin Imam Mohamad Y.Bhg. Encik Mohd Sheriff Bin Mohd Kassim Y.Bhg. Encik Wan Abu Bakar Bin Wan Abd. Rahman YB. Tuan Haji Abdullah Bin Haji Kia YB. Dato' Haji Abdul Jabbar Bin Haji Ibrahim Y.Bhg. Encik Nik Mohd Affandi Bin Nik Yusoff


Wakil Kerajaan Negeri YB. Dato' Tan Mohd Aminuddin Bin Haji Ishak YB. Dato' Haji Wan Mohamad Razali Bin Wan Mahussin YB. Dato' Haji Hasan Bin Arifin YB. Dato' Haji Ayub Bin Haji Teh YB. Tuan Haji Ishak Bin Muhamad Y.Bhg. Encik Abdul Mahat Bin Atan Y.Bhg. Dato' Haji Wan Abdullah Bin Wan Salleh


Y.Bhg. Dato. Haji Muhammad Yusof Bin Hindon Wakil Profesional Y.Bhg. Dr. Mahyuddin Bin Mohd Dahan Y.Bhg. Encik Zulkiflee Bin Gusti Y.Bhg. Dato' Rohailan Bin Mohamed Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Mohd Nasir Bin Ismail


Wakil Profesional Y.Bhg. Tuan Haji Zulkifli Bin Jaffar YB. Dato' Dr. Haji Jamaludin Bin Dato' Haji Mohd Jarjis Y.Bhg. Encik Mohd Mustafa Bin Haji Mohd Khalid Y.Bhg. Encik Ismail Sabri Bin Yaakob


Pengurus Besar DARA Sepanjang 1971-1999 Y.Bhg. Encik Mohd Saufi Bin Haji Abdullah Y.Bhg. Encik Mohd Noordin Bin Hassan Y.Bhg. Tuan Haji Hood Bin Haji Musa Y.Bhg. Dato' Haji Ibrahim Bin Ismail Y.Bhg. Tuan Haji Mohd Affendy Bin Hanafiah Y. Bhg. Encik Abdul Habib Bin Mansur Y.Bhg. Encik Md. Yusof Bin Md. Johor Y.Bhg. Tuan Haji Samsudin Bin Othman


Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) ialah salah sebuah universiti swasta pertama yang ditubuhkan di Malaysia. Ia dimiliki penuh oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), salah sebuah utiliti elektrik terbesar di Asia Tenggara. UNITEN telah bermula beroperasi sebagai Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS) pada tahun 1976 dan berperanan sebagai pusat latihan korporat bagi TNB dan badan berkanun sebelumnya, Lembaga Lektrik Negara. SEJARAH UNITEN Pada tahun 1994, TNB telah menaik taraf ILSAS kepada sebuah institusi pengajian tinggi yang dikenali sebagai Institut Kejuruteraan Teknologi Tenaga Nasional (IKATAN). Institut ini menawarkan programprogram akademik pada peringkat ijazah dan pasca ijazah melalui program-program berkembar dengan universiti-universiti tempatan dan luar negara. Pada tahun 1997, IKATAN dinaik taraf menjadi sebuah universiti dan dikenali sebagai Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). UNITEN diwujudkan atas peranan tanggungjawab sosial TNB dalam menyediakan peluang pendidikan tinggi kepada bangsa dan negara. Ianya sejajar dengan aspirasi Kerajaan Malaysia untuk melihat negara ini muncul sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini.


UNITEN KAMPUS SULTAN HAJI AHMAD SHAH UNITEN Kampus Sultan Haji Ahmad Shah


Page


UNIVERSITI TENAGA NASIONAL KAMPUS SULTAN HAJI AHMAD SHAH Pemandangan udara kawasan akademik UNITEN Kampus Sultan Haji Ahmad Shah Berkonsepkan “Universiti Bandar dan Bandar Universiti”, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kampus Sultan Haji Ahmad Shah berpotensi menjadi pemangkin kepada peningkatan sumber intelektual sejajar dengan pertumbuhan ekonomi di Bandar Muadzam Shah, di rantau Rompin dan Pantai Timur. Kewujudan UNITEN Kampus Sultan Haji Ahmad Shah di Bandar Muadzam Shah ini menjadi satu lagi mercu tanda pembangunan dan pendidikan negeri Pahang.


Click to View FlipBook Version