Tanggal 4 Oktober 2003 tercatat dalam lipatan sejarah institusi pendidikan tinggi negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di mana UNITEN Kampus Sultan Haji Ahmad Shah diisytihar dengan rasminya. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah sudi mencemar duli menyempurnakan perisytiharan Kampus Sultan Haji Ahmad Shah. Penubuhan kampus ini merupakan kesinambungan kepada kecemerlangan UNITEN dalam menjana pembangunan insan terdidik. TNB akan terus memainkan peranan mendekati rakyat dalam penyediaan kemudahan pendidikan kepada para pelanggannya. Usaha-usaha secara berterusan seperti ini akan terus menjadi fokus utama TNB untuk memastikan agar wawasan negara dapat direalisasikan. Bangunan Wisma Sultan Ahmad Shah, UNITEN KSHAS
UNITEN Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (UNITEN KSHAS) menawarkan program pengajian dari peringkat asas , ijazah dan sarjana. Program yang ditawarkan seiring dengan pasaran tenaga kerja yang memasuki era revolusi 4.0. Berikut ialah 15 program yang ditawarkan di UNITEN KSHAS: Asasi Perakaunan Asasi Pentadbiran Perniagaan Diploma Perakaunan Diploma Pengajian Bisnes Diploma Perniagaan Digital Diploma Teknologi Kewangan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) Ijazah Sarjana Muda Kewangan (Kepujian) Ijazah Sarjana Muda Bisnes Antarabangsa (Kepujian) Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Keusahawanan & Teroka Niaga Ijazah Sarjana Sains (Perakaunan) Ijazah Sarjana Sains (Kewangan) Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan) UNITEN juga menawarkan program melahirkan Hufaz Profesional. Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-UNITEN merupakan program kerjasama antara Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani antara UNITEN dan JAKIM pada 12 Mac 2013 dengan disaksikan dan disempurnakan perasmiannya oleh YB. Dato' Dr. Mashitah Haji Ibrahim yang ketika itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sejak bermulanya program ini, UNITEN telah berjaya melahirkan seramai 329 orang graduan Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-UNITEN. Program ini unik kerana pelajar akan mengikuti pengajian akademik dan kelas Tahfiz secara bersepadu sepanjang pengajian. Pensijilian Tahfiz al-Quran JAKIM-UNITEN adalah program yang direka khusus untuk melahirkan graduan profesional dalam bidang kejuruteraan, sains komputer, perakaunan dan pentadbiran perniagaan di samping bergelar Al-Hafiz. Oleh itu, penggabungan ini dijangka dapat memberi impak baharu dalam proses transformasi pendidikan di samping mewujudkan modal insan yang holistik.
RUANG GALERI PAHANG TENGGARA@UNITEN Perpustakaan UNITEN KSHAS
Galeri ini terletak di dalam bangunan Information Resource Centre (IRC) Universiti Tenaga Nasional Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (UNITEN KSHAS) yang mempunyai lokasi strategik di pintu masuk utama Blok Akademik UNITEN KSHAS. Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2017, galeri ini memuatkan pelbagai koleksi artifak sejarah bernilai tinggi mengenai pembangunan wilayah Pahang Tenggara yang dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Penubuhan galeri ini bertujuan untuk menyimpan dan memelihara bahan tinggalan berkaitan Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) yang merupakan agensi penting dalam membantu menggerakkan pertumbuhan negeri Pahang suatu ketika dahulu. Ia juga merupakan sumbangan UNITEN kepada negara dengan membantu penyelidik dan pelajar membuat rujukan bahan berkaitan DARA dengan lebih tersusun.
KOLEKSI BAHAN PAMERAN
Pemasyhuran Bandar Muadzam Shah oleh KDYMM Sultan Pahang pada 12 November 1977. KDYMM Sultan Pahang selaku Yang DiPertuan Agong, KDYMM Tengku Ampuan Pahang selaku Raja Permaisuri Agong, KDYMM Pemangku Raja Pahang beramah mesra dengan rakyat jelata.
KDYMM Sultan Pahang diiringi KDYMM Tengku Ampuan Pahang berangkat melawat Wilayah Pahang Tenggara. Keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Muadzam Shah bersama KDYMM Raja Permaisuri Agong Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad beramah mesra dengan rakyat jelata di Bandar Muadzam Shah pada 27 September 1983.
KDYMM Sultan Pahang selaku Yang di-Pertuan Agong berangkat ke tapak Masjid Al-Muadzam Shah pada bulan September 1983. Perasmian Dewan Besar DARA oleh KDYMM Sultan Pahang pada 28 November 1997.
Perasmian Kilang Minyak Sawit Dara Lam Soon Sdn Bhd oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang. Lawatan KDYMMTengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah ke Ibam, 1977.
KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah beramah mesra dengan rakyat jelata. Lawatan KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah ke Selendang, Rompin pada 14 Ogos 1989.
Bandar Muadzam Shah pada era 1990-an Jabatan Pengangkutan Jalan 1993 Pasar Muadzam Shah 1.11.84 Pejabat Pos Muadzam Shah 1982 Hospital Muadzam Shah 1994
Antara lanskap DARA pada awal penubuhannya di Muadzam Shah Pembinaan kedai makan di lebuh raya (Disember 1985) Lebuh raya Kuantan - Segamat (Disember 1985) Hentian Bas dan Teksi Muadzam Shah
KEMUDAHAN ASAS YANG DISEDIAKAN
KEMUDAHAN ASAS YANG DISEDIAKAN
Peringkat-peringkat kerja pembinaan Ibu Pejabat DARA
RUANG KERJA PEJABAT DARA
SEKTOR EKONOMI
KAJIAN PELAN INDUK WILAYAH PAHANG TENGGARA BATU JADE KELUARAN DARAJED
DARA D A L A M S E J A R A H 1 9 7 1 - 1 9 9 9
SEKALUNG BUDI BEKAS ANGGOTA KERJA & PENGURUSAN LEMBAGA KEMAJUAN PAHANG TENGGARA (DARA)