Bayu Bitara 20260
Bayu Bitara 20261ISI KANDUNGAN BIL TAJUK M/SURAT1 Isi Kandungan 1-2Tinta Pengetua Pembuka Bicara 32 1.0 Maklumat Peribadi 41.1 Surat Aku Janji Guru 53 2.0 Pautan Digitalisasi Sekolah 6-84 3.0 Maklumat Sekolah 93.1 Pelan Sekolah 93.2 Profil Sekolah 10-153.3 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 163.4 Visi dan Misi 163.5 “Tagline” BAYU 163.6 Tatasusila Profesion Perguruan Kebangsaan/Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/1985 / PPPM 17-183.7 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 19-213.8 Tujuh Teras Utama Kementerian Pendidikan Malaysia 223.9 Tujuh Langkah Ke Arah Kesejahteraan Guru 233.10 Program Transformasi Sekolah TS25 243.11 5 Prakarsa Pendidikan Madani 253.12 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 25-263.13 Tagline Pengarah Pendidikan JPN Negeri Kedah 27-303.14 Sembilan Sasaran Standard PPD Kuala Muda Tahun 2026 31-323.15 Etika Profesionalisma Perkhidmatan Guru SMKTB 33-383.16 Kalender 2026 393.17 Penggal Persekolahan 2026 403.18 Cuti Peristiwa Yang Dicadangkan 413.19 Jadual Hari Kelepasan 413.20 Tarikh Pembayaran Gaji 423.21 Senarai Nama Staf Akademik dan Anggota Kumpulan Pelaksana 43-463.22 Data Staf Akademik dan Anggota Kumpulan Pelaksana 473.23 Surat Lantikan Menjalankan Tugas 483.24 Tatacara Perhimpunan Sekolah 493.25 Tanggungjawab Guru Bertugas Harian 50-523.26 Cadangan Latihan LDP Sekolah 533.27 Takwim dan Aktiviti Sekolah Tahun 2026 54-673.28 Takwim Program Pendidikan Khas (PPKI) 68-695Standard 2 – Pengurusan OrganisasiPengurusan Dan Pentadbiran 704.1 Fokus Pengurusan Dan Pentadbiran 714.2 Carta Organisasi Pengurusan dan Pentadbiran 724.3 Jawatankuasa Induk Pengurusan dan Pentadbiran 73-784.4 Jawatankuasa Bilik-Bilik Khas 794.5 Tugas-Tugas Khas 806 Standard 3 - Pengurusan Kurikulum 815.1 Fokus Kurikulum 82-835.2 Carta Organisasi Kurikulum 845.3 Jawatankuasa Kurikulum 85-915.4 Senarai Ketua Panitia 925.5 Takwim Mesyuarat JK Kurikulum 93-945.6 Agenda Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran 945.7 Jadual Waktu Persekolahan 945.8 Program Tingkatan 5 955.9 Cadangan Tarikh Pelaksanaan Modul Peningkatan Prestasi Murid Tingkatan 4 & 5 96-985.10 Pakej Mata Pelajaran 98
Bayu Bitara 202625.11 Carta Aliran Pengurusan PdPc 995.12 Agihan dan Semakan e-RPH Guru 1005.13 Jadual Pencerapan Guru dan Semakan Buku Latihan 101-1025.14 Jadual Pemantauan Bilik Darjah 1035.15 Takwim Mesyuarat Pengurusan 1037 Standard 3 -Pengurusan Hal Ehwal Murid 1046.1 Fokus HEM 104-1076.2 Carta Organisasi Hal Ehwal Murid 1086.3 Jawatankuasa Hal Ehwal Murid 109-1186.4 Penyelia Dan Guru Tingkatan 1196.5 Prosedur Pengurusan Kes Ponteng 1206.6 Carta Aliran Prosedur Tindakan Salah Laku Ponteng Sekolah (30 Hari) 1216.7 Carta Aliran Prosedur Tindakan Salah Laku Ponteng Sekolah (60 Hari) 1226.8 Surat Pekeliling Iktisas Bil 1/1972 1236.9 Prosedur Tindakan Dalam Menjalankan Kuasa Disiplin 1246.10 Prosedur Tindakan “Standard Operating Procedure” Laporan Isu Disiplin (Sop 1:3:7) 1256.11 Carta Aliran Prosedur Tindakan Menjalankan Kuasa Disiplin 1266.12 Carta Alir Tatacara Pengendalian Aduan Salah Laku Buli 127-1296.13 Jadual Guru Dan Pentadbir Bertugas Mingguan 130-1338 Standard 3 - Pengurusan Kokurikulum 1347.1 Fokus Kokurikulum 1357.2 Carta Organisasi Kokurikulum 1367.3 Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum dan Sukan 137-1387.4 Pengurusan Badan Beruniform 1397.5 Pengurusan Kelab dan Persatuan 1407.6 Pengurusan Sukan dan Permainan 1M1S 141-1427.7 Pengurusan Rumah Sukan 1427.8 Pemberatan Agihan Tugas Kokurikulum 143-1447.9 Tempat Aktiviti Kokurikulum 1457.10 Jadual Perjumpaan Aktiviti Kokurikulum 146-1487.11 Jadual Perhimpunan Kokurikulum 2026 1487.12 Takwim MSSD / MSSK / MSSM Tahun 2026 149-1517.13 Takwim Koakademik & Kokurikulum Tahun 2026 152-1569 Pengurusan Unit Bimbingan dan Kaunseling 1578.1 Fokus Perkhidmatan 1588.2 Jadual Program-Program UBK Tahun 2026 159-16010 Pengurusan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran 161Visi dan misi 1629.1 Fokus Pendidikan Khas Integrasi 163-1649.2 Carta Organisasi 1659.3 Guru Kelas dan Pakej Mata Pelajaran PPKI 166
Bayu Bitara 20263TINTA PENGETUA PEMBUKA BICARASalam buat semua warga SMK Teluk Bayu yang dihormati,Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, Manual Pengurusan Sekolah (Bayu Bitara) bagi sesi 2026 dapat disiapkan mengikut perancangan. Sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menyiapkan Bayu Bitara ini sebagai garis panduan kita bersama.Syabas dan terima kasih kepada semua warga SMKTB yang telah memberikan komitmen cemerlang sepanjang sesi persekolahan yang lepas. Saya berharap warga SMKTB akan terus istiqamah dan beriltizam untuk memastikan segala hasrat PPD, JPN dan KPM tercapai.Sehubungan dengan itu juga, kita perlu sederap menyahut dan menghayati 5 Prakarsa Pendidikan Madani KPM 2024 iaitu:Akses Pendidikan Saksama,Perluasan Dasar Pendidikan STEM dan TVET,Peningkatan Mutu Pendidikan Bahasa Inggeris,Membina Ekosistem Pendidikan Digital &Ekspresi Aspirasi Malaysia Madani.Akhir kata, saya mendoakan agar kita semua terus diberkati dalam menjalankan amanah besar ini dan bersama-sama membina satu pasukan yang mantap, bersatu hati untuk mencapai sasaran yang ditetapkan bagi sesi 2026.Sekian, terima kasih.“Sederap Memacu Kecemerlangan Bersama”#smktbno1MAWARDI BIN SAARIPengetuaSMK Teluk Bayu
Bayu Bitara 202641.0 MAKLUMAT PERIBADI Nama :Jawatan :Alamat Rumah :No. Tel. Rumah : No. Tel. Bimbit :E-mail :Tarikh Lahir : Kumpulan Darah :No. Kad Pengenalan :No. KWSP :No. Cukai Pendapatan : No. Fail Perkhidmatan Pendidikan :No. Plat Kenderaan :Nama Bank (Gaji) :No. Akaun Bank :Tarikh Mula Berkhidmat :Tarikh Lantikan :Tarikh Disahkan Jawatan :Tarikh Mula Berkhidmat di SMKTB :Tarikh Masuk ke Jawatan Berpencen :Kelulusan Akademik :1.2.Kelulusan Ikhtisas :Nama dan nombor telefon yang boleh dihubungi :
Bayu Bitara 202651.1 SURAT AKU JANJI GURU
Bayu Bitara 202662.0 PAUTAN DIGITALISASI SEKOLAH Pautan Buku Pengurusan SMKTB (Bayu Bitara) 2026 Perancangan Strategik Organisasi SMKTB2025 - 2027Pautan Pencapaian dan Program Sekolah2025 Pautan Majalah SekolahE-Seri Bayu Edisi Ke-92025Pautan Fail Professional Learning Community (PLC) 2025Kemenjadian Murid2025 e- BULETIN SMKTB VOL.1 - VOL.9 (2025)Pautan Program Peningkatan Prestasi(2025)Program Unit Bimbingan & Kaunseling (2025)
Bayu Bitara 20267Pautan Profil dan Sejarah Sekolah Pautan Amanat Pengarah JPN KedahPautan Laman Web Sekolah (Google Sites) Pautan Facebook Sekolah Pautan Tiktok Sekolah Pautan Instagram Sekolah Pautan Melindungi Masa Instruktional (MMI)Pautan Garis Panduan Pengurusan Salah Laku SeksualPautan Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli
Bayu Bitara 20268Pengurusan Kemudahan Cuti Pegawai Perkhidmatan Awam Pemerkasaan PLC Dalam Kepimpinan InstruksionalSembilan Sasaran Standard PPD Kuala Muda Tahun 2026 Peraturan Pakaian Guru dan Pensyarah di Maktab serta lain-lain Pegawai JPN, PPDPautan Etika Pakaian & Penampilan Penjawat AwamPautan e-BookingPusat Sumber Al-Fateh
Bayu Bitara 202693.0 MAKLUMAT SEKOLAH 3.1 PELAN SEKOLAH
Bayu Bitara 2026103.2 PROFIL SEKOLAH Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bayu adalah sebuah sekolah menengah harian kategori luar bandar yang telah dibuka pada dengan rasminya pada 1.1.2012 dengan kos berjumlah RM 12 juta dan keluasan 11.5 hektar. Kawasan persekitaran sekolah ini mempunyai Blok A, B1, B2, C, D dan E yang menempatkan sebuah dewan, makmal ICT, makmal Sains, bengkel Kemahiran Hidup, surau, bilik-bilik khas dan bilik darjah dengan kapasiti 24 buah. Lokasi sekolah ini adalah kawasan luar bandar yang terletak dalam bandar Sungai Petani dalam daerah Kuala Muda, Kedah. Pada peringkat awal, SMKTB hanya terdiri daripada seorang Penyelia Sekolah, seorang guru Bimbingan dan Kaunseling dan 19 orang guru penolong dan dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir (PT), seorang Pembantu Am Pejabat (PAP) dan 3 orang Pembantu Makmal. Kedudukan strategik sekolah ini yang berdekatan dengan kawasan perumahan dan fasiliti yang serba baru dan lengkap menjadi pilihan ibu bapa menghantar anak jagaan mereka di sekolah ini. Pengambilan pertama murid tingkatan 1,2 dan 4 sahaja iaitu seramai 393 orang pada tahun 2012. Pada tahun 2013 SMKTB mula membuat pengambilan murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan jumlah muridnya seramai 600 orang. Mulai 2 Mei 2014 kelas Pendidikan Khas telah diperkenalkan dengan jumlah muridnya seramai 6 orang dan 2 orang tenaga pengajar. Mulai tahun 2013 kumpulan pertama murid-murid sekolah ini telah menduduki peperiksaan SPM dan PMR.Tahun Jumlah Calon Gred Purata SekolahPeratus LulusSPM2013 108 6.83 42.99%2014 103 6.47 45.57%2015 120 6.42 41.03%2016 113 5.78 51.79%2017 137 6.38 48.53%2018 109 6.19 40.57%2019 93 5.48 87.78%2020 117 5.81 89.74%2021 106 6.26 76.47%2022 106 5.83 93.20%2023 94 5.43 96.81%2024 104 6.04 91.35%Sehingga 5 Januari 2026 jumlah murid sekolah ini ialah seramai 510 orang iaitu dari Tingkatan 1 hingga 5. Manakala kelas Pendidikan Khas Integrasi adalah seramai 24 orang. Dengan kekuatanseramai 50 orang tenaga pengajar dan 8 orang Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) diharapdapat mengorak langkah dan bersaing di persada pendidikan negara agar dapat membentuk muridyang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan beramal selaras dengan 5 Prakarsa Pendidikan Madani.
Bayu Bitara 202611 LENCANA SEKOLAH MAKSUD LOGO SEKOLAH1. Kuning -Lambang keikhlasan warga sekolah dalam menyebar dan menimba ilmu2. BiruLambang kerukunan dan semangat padu warga sekolah3. MerahLambang semangat kekuatan setiap warga4. Motto Keazaman Kejayaan KecemerlanganWarga sekolah berazam bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap bidang yang diceburi.5. Mata PenaSebagai sumber ilmu untuk mencapai kejayaan.6. Pokok padiPersekitaran sekolah yang dikelilingi oleh sawah padi.7. 3 GelungPerpaduan antara warga sekolah.8. Tahun 2012Tahun sekolah ini dibuka.
Bayu Bitara 202612
Bayu Bitara 202613
Bayu Bitara 202614
Bayu Bitara 202615LAGU SEKOLAHNamamu DipersadaSekolahku TercintaSMK Teluk BayuDi Sini Kami Tanamkan TekadBersama BerjayaDemi Nusa TercintaJuga Agama BangsaBersatu SetiaKami BersediaDemi Menjulang NamaDoa Semoga BerjayaSegunung HarapanMengapai ImpianSekolahku TercintaNamamu DipersadaPrestasi CemerlangSekolah GemilangPrestasi CemerlangSekolah GemilangSekolah Gemilang.......Lagu:Khairul Iswadi Bin Ahmad ShukeriLirik:Kapt Mohd Helmi Bin Abdul ManafMohd Shukri Bin Mohd SallehMelodi:Noor Azahariah Binti ZainonMohd Nazri Bin Abdul Rahman
Bayu Bitara 2026163.3 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 3.4 VISI DAN MISI 3.5 TAGLINE BAYU “Sederap Memacu Kecemerlangan Bersama”
Bayu Bitara 202617Tanggungjawab Terhadap Pelajar* Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatanpelajar kami daripada hal-hal lain.* Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpamengira fakta-fakta jasmani, mental, emosi, politik,ekonomi,sosial, keturunan atau agama.* Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit kepadamereka yang berhak mengetahuinya.* Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalamdarjah sendiri atau dalam mata pelajaran-matapelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarangbayaran.* Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dantingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baikkepada pelajar.* Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisasmelalui pengkajian, penyelidikan, lawatan danmenghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuaratatau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutuyang setinggi-tingginya.Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa* Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadapanak-anak mereka.* Berusaha mewujudkan hubunganmesra dan kerjasama.* Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibubapa mengenai keadaan rumahtangga mereka sebagai sulitdan tidak akan membocorkan kepada sesiapa kecualikepada mereka yang berhak mengetahuinya.* Memberikan maklumat kepada ibu bapa demikepentingan anak-anak mereka dan menggunakanmaklumat yang diterima daripada ibu bapa cara teliti danbijaksana.* Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata ataumelakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaanterhadap ibu bapa atau penjaga mereka.Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat Dan Profesion Perguruan* Mengelakkan diri daripada membuat sebarangkenyataan atau ulasan yang boleh membuat sesuatuyang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.* Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang bolehmenjejaskan kecekapan kami sebagai guru.* Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikantanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguhsungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuanikthtisas dan sosial.* Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kamiterutama mereka yang baru dalam profesionperguruan .* Akan menjadi ahlisebuah pertubuhan guru.Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara* Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yangboleh merosakan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara.* Memupuk dalam diri setiap sikap dan nilai yang bolehmembantu dan membimbing mereka untuk menjadiwarganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna,menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormatiadanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.* Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat danmemenuhi segala tanggungjawab sebagai warganegara yangsentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatanmasyarakat.* Menggalakan kerjasama dan persefahaman di antara gurudengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.* Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupanmoral, kebudayaan dan cendiakawan masyarakat.* Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima olehmasyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari denganbaik.3.6 TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIAKami guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusahamenuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, taat setia, bertanggungjawab danberkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan kearah pencapaian hasrat yang gemilang dan percaya kepada demokrasi, kebebasanperseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahamikebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzamanuntuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusilaberikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke tarafkesusilaan yang setinggi-tingginya.
Bayu Bitara 202618
Bayu Bitara 2026193.7 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 19 (GELOMBANG KE-3 2021-2025) ELEMEN PENDIDIKAN ABAD KE 21
Bayu Bitara 202620LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIAENAM CIRI UTAMA YANG DIPERLUKAN OLEH SETIAP MURID UNTUKBERUPAYA BERSAING PADA PERINGKAT GLOBAL
Bayu Bitara 202621LIMA TERAS STRATEGIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2024-2030
Bayu Bitara 202622 3.8 7 TERAS UTAMA KPM
Bayu Bitara 2026233.9 TUJUH LANGKAH KE ARAH KESEJAHTERAAN GURU
Bayu Bitara 202624
Bayu Bitara 2026253.11 5 PRAKARSA PENDIDIKAN MADANI3.12 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
Bayu Bitara 202626
Bayu Bitara 2026273.13 TAGLINE PENGARAH PENDIDIKAN JPN NEGERI KEDAH
Bayu Bitara 202628
Bayu Bitara 202629
Bayu Bitara 202630
Bayu Bitara 202631
Bayu Bitara 202632
Bayu Bitara 2026333.15 ETIKA PROFESIONALISME PERKHIDMATAN SMK TELUK BAYU, SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN. 1. MASA BERTUGAS GURU1.1 Waktu masuk: Sebelum 7.30 pagi pada setiap hari persekolahan1.2 Waktu balik: selepas 2.10 petang KECUALI pada hari Rabu pada jam 2.30 petang (Perjumpaan Kokurikulum)1.3 Masa PDPC mengikut jadual waktu dan jadual ganti (relief) yang diberikan.1.4 Hari Sabtu: Bergantung kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan, guru-guru perlu hadir pada 7.30 pagi dan pulang setelah program selesai.1.5 Masa Bertugas Penolong – penolong Kanan dan Guru Kanan Mata pelajaran:1.5.1 Penolong Kanan Pentadbiran 1.5.2 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 1.5.3 Penolong Kanan Kokurikulum 1.5.4 Semua Guru Kanan2. KEHADIRAN2.1 Rekod kehadiran semua staf2.1.1 Semua kakitangan dikehendaki mengetik sendiri kad perakam waktu (Punch Card)bagi waktu hadir dan balik dan dilarang mengetik bagi pihak orang lain.2.1.2 Jika guru/staf menghadiri mesyuarat/kursus/taklimat/bengkel luar, guru wajib memaklumkan ke “group” Telegram Info Kehadiran. Guru/staf perlu membuat catatan pada kad perakam waktu pada ruang CATATAN.2.1.3 Jika Tidak Dapat Hadir sekolah kerana sakit / Isteri Bersalin / Kematian ahli keluarga terdekat (ibubapa/isteri/suami/anak), staf perlu:2.1.3.1 Mohon/maklum segera kepada Pengetua/Pen.Kanan supaya kelas relief dapat segera disediakan.2.1.3.2 Serahkan Sijil Sakit untuk pengesahan pengetua dan seterusnya kepada Pembantu Tadbir untuk rekod2.1.3.3 Cuti Bersalin: sebaik sahaja mendapat Sijil Cuti Bersalin, perlu serahkan dengan kadar segera untuk urusan pengambilan Guru Ganti.2.1.4 Keluar Kawasan Sekolah2.1.4.1 Semasa bertugas, semua staf perlu berada di dalam kawasan sekolah 2.1.4.2 Jika perlu meninggalkan kawasan sekolah untuk tujuan urusan rasmi / kecemasan, semua staf perlu:2.1.4.2.1 Memaklumkan kepada Pengetua atau Penolong Kanan Pentadbiran (Jika Pengetua bertugas di luar sekolah) untuk tujuan kebenaran2.1.4.2.2 Semua guru dan staf yang perlu keluar kawasan sekolah mesti melengkapkan Buku Permohonan Keluar Sekolah dan mengetik Kad Perakam Waktupada waktu keluar dan waktu masuk semula.2.1.4.2.3 Bagi Melindungi Masa Instruktional (MMI), semua guru bersama ketua panitia mata pelajaran diwajibkan menyediakan modul latihan kepada murid semasa ketiadaan guru di kelas. Makluman latihan perlu disampaikan terus kepada guru ganti yang terlibat supaya pembelajaran murid tidak terjejas.2.1.5 “Time–off Slip” yang diperolehi daripada doktor tidak boleh digunakan untuk mendapatkan cuti. Slip ini hanya dokumen yang mengesahkan bahawa guru/AKP keluar daripada kawasan sekolah dan diperakukan oleh doktor berkenaan bahawa seseorang guru/AKP itu telah menerima rawatan pada masa berkenaan. “Time Slip” hendaklah diserahkan di pejabat tidak melebihi 4 jam dalam satu temujanji doktor dan jika melebihi guru/AKP perlu mengambil MC/CRK/CRT.2.1.6 Majlis Rasmi Sekolah – Semua guru wajib hadir pada semua majlis rasmi sekolah sama ada diadakan di sekolah atau di luar termasuk pada hari cuti. Contoh Majlis Rasmi sekolah: Perhimpunan Rasmi Mingguan, Hari Anugerah Cemerlang, Mesyuarat–mesyuarat yang ditetapkan, kursus-kursus atau latihan dalam perkhidmatan, pertandingan-pertandingan dan seumpamanya.7.30 pagi hingga 3.00 petang pada hari–hari ditetapkan (mengikut Jadual Bertugas Pentadbir)
Bayu Bitara 2026343. CUTI REHAT KHAS (CRK) & CUTI REHAT TAHUNAN3.1 Guru yang telah berkhidmat 10 tahun dan ke atas layak memperolehi 15 hari Cuti Rehat dalam 1 tahun. Manakala guru yang berkhidmat kurang dari 10 tahun layak memperolehi 10 hari Cuti Rehat dalam 1 tahun. Cuti Rehat bukan hak, ertinya ia hanya dibenarkan diambil setelah permohonan dibuat terlebih dahulu, ia disokong oleh Penolong Kanan (bagi guru) / Ketua Pembantu Tadbir (bagi staf sokongan) sebelum diluluskan oleh pengetua. Peraturan Dalam Jabatan Pendidikan Negeri telah menetapkan bahawa Cuti hendaklah ditaburkan sepanjang tahun, iaitu 2 hari cuti dalamtempoh 1 bulan.3.2 Prosedur Permohonan Cuti Rehat/CRK:3.2.1 Rancang cuti / bincang dengan Penolong Kanan untuk disokong 3.2.2 Isi borang Permohonan Cuti dan memohon kelulusan daripada Pengetua 3.2.3 Permohonan saat akhir / segera melalui telefon adalah sangat tidak digalakkan.3.2.4 Setiap permohonan cuti perlu disertakan dengan eviden4. CUTI TANPA REKOD (CTR) Kelompok diberikan maksimum 20 hari setahun calendar. Guru boleh mengambil mana-mana Jenis Cuti Tanpa Rekod (CTR) Kelompok mengikut syarat yang ditetapkan. Terdapat 5 jenis Cuti Tanpa Rekod (CTR) bilangan hari yang Fleksibel iaitu:1. Isteri Bersalin, 2. Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat, 3. Menjaga Ahli Keluarga Sakit, 4. Umrah (sekali dalam perkhidmatan) dan 5. Keagamaan (sekali dalam perkhidmatan). Cuti Tanpa Rekod (CTR) Kelompok ini juga perlu mendapat kelulusan dari Ketua Jabatan.5. CUTI KUARANTIN - Kemudahan Cuti Kuarantin telah diperuntukkan di bawah Perintah Am 24 Bab C (Cuti) kepada pegawai yang dalam perjalanan balik ke Malaysia dari luar negara yang ditahan di manamana stesen kuarantin oleh pihak berkuasa kesihatan pelabuhan atau lapangan terbang kerana berlaku wabak penyakit berjangkit atau pegawai dikurung di rumahnya oleh mana-mana kuasa kesihatan kerana wabak penyakit berjangkit.Tempoh yang boleh diluluskan adalah terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh manamana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah, termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.Pegawai yang diberi perintah kuarantin adalah layak mendapat cuti bergaji penuh sepanjang tempoh kuarantin selaras dengan peraturan dan ketetapan di atas.Sekiranya mana-mana anak pegawai telah diberi perakuan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu dikuarantin kerana penyakit berjangkit, pegawai boleh diberi Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan untuk menjaga anak yang sakit.6. CUTI MENJAGA ANAK diberikan bagi tujuan menjaga anak guru sebelum ini hanya diberikan kepada pegawai wanita sahaja tetapi kini dipanjangkan kepada pegawai lelaki. KadarCuti Menjaga Anak Yang Tidak Terikat Dengan Cuti BersalinTerhad sehingga satu (1) tahun sepanjang tempoh perkhidmatan atau sehingga anak mencapai umur lima (5) tahun, mengikut mana yang terdahulu.7. SEKOLAH ADALAH KAWASAN TEMPAT KERJA7.1 Semua guru mesti sentiasa berada di dalam kawasan sekolah/di dalam kelas (ada kelas)7.2 Guru dilarang berniaga / menerima kedatangan jurujual yang tidak dibenarkan oleh pihak pentadbir sekolah7.3 Sebarang urusan yang melibatkan pihak luar mesti mendapatkan kebenaran pihak pentadbir. 8. PAKAIAN 8.1 Semua guru dan semua staf sokongan adalah Penjawat Awam dan dengan ini adalah tertakluk kepada Peraturan Berpakaian Penjawat Awam semasa menjalankan tugas rasmi dan semasa berada di dalam kawasan bertugas.8.2 Lelaki: Bertali leher, bertanda nama dan kemas.8.3 Perempuan: Sopan bertanda nama dan beradab.
Bayu Bitara 2026358.4 Pemakaian baju korporat putih KPM: setiap hari Selasa dan menghadiri program luar sekolah.8.5 Pemakaian baju unit beruniform: setiap hari Rabu. Guru yang tidak terlibat dengan unit beruniform diwajibkan memakai pakaian uniform Kadet Remaja Sekolah.8.6 Pakaian batik Malaysia: diwaibkan pada setiap hari Khamis. (Surat KPPA bertarikh 21 Ogos 2023)9. SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN9.1 Guru hendaklah bertindak dengan menegur / mengambil tindakan kepada masalah disiplin murid, khasnya dalam aspek-aspek berikut:9.1.1 Adab dengan guru dan adab sesama murid9.1.2 Peraturan di kantin9.1.3 Berada di luar kelas/bilik darjah tanpa Kad Kebenaran Keluar Kelas9.1.4 Berada di dalam kelas sewaktu rehat atau pada waktu yang tidak dibenarkan9.1.5 Keterampilan sebagai murid sekolah (pakaian sekolah /rambut)9.1.6 Vandalisme, khususnya perabot di dalam kelas dan harta benda sekolah amnya10. BUKU REKOD MENGAJAR/e-RPH10.1Setiap guru akan diberikan pautan Delima untuk penghantaran dan semakan e-RPH.10.2Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan dilengkapkan dengan maklumatmaklumat berikut :) Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1999 dan P.U.(A)531- Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1977 iaitu:10.2.1 Butir peribadi guru10.2.2 Jadual Waktu Peribadi dan Kelas10.2.3 Sukatan Pelajaran10.2.4 Rancangan Pelajaran10.2.5 Senarai Buku Teks dan Buku Rujukan10.2.6 Rancangan Tahunan dan Rancangan Harian10.2.7 Headcount Kelas dan Mata pelajaran yang diajar10.2.8 Markah ujian / peperiksaan yang dikemaskini10.2.9 Lain-lain dokumen yang ditetapkan10.3e-RPH hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada hari Sabtu sebelum atau pada jam 11.59pm untuk semakan pentadbir.10.4Jika seseorang guru bercuti atau berkursus, e-RPH perlu disediakan seperti biasa dan dinyatakan sebab dan tindakan di dalam ruangan catatan. Buku Rekod Mengajar perlu diserahkan kepada pentadbir yang berkenaan.10.5Jika guru tidak menyediakan eRPH menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1999, guru boleh dikenakan “Tindakan Tatatertib” disebabkan mengabaikan arahan KPM dan “Penilaian Negatif” yang menyebabkan kesukaran dalam penilaian prestasi (LNPT) dan kenaikan pangkat disamping“Penalti” sebanyak RM500.00 mengikut P.U.(A) 531 Seksyen 8(1).11. MESYUARAT / TAKLIMAT /PERJUMPAAN GURU11.1Semua guru diwajibkan menghadiri mesyuarat / taklimat yang diberikan oleh Pengetua / Penolong Kanan seperti yang telah ditetapkan dan kehadiran akan diambil.11.2Sekiranya seseorang guru tidak dapat hadir kerana sesuatu sebab, guru berkenaan hendaklah memaklumkan kepada Pengetua sekurang-kurangnya sehari sebelum mesyuarat dengan menyerahkan Surat Makluman sebab ketidakhadiran.11.3Guru-guru juga wajib hadir dalam mesyuarat yang dikendalikan oleh Guru Kanan Bidang / Ketua Panitia / Setiausaha Sukan / Ketua-ketua Penasihat Persatuan /Kelab /Unit dan mana-mana jawatan yang seumpamanya.11.4Guru yang menghadiri bengkel/taklimat/mesyuarat perlu menyediakan minit curai kepada pentadbir berkenaan untuk tindakan selanjutnya.12. JADUAL WAKTU / JADUAL GANTI12.1Guru kelas hendaklah memastikan satu salinan Jadual Waktu Kelas dipamerkan di dalam kelas sendiri.12.2Guru perlu menandatangani pada jadual relief yang dipamerkan di hadapan pejabat sekolah.12.3Semua guru mesti mematuhi jadual waktu mengajar sepenuhnya.12.4Guru-guru yang mengajar mesti berada di dalam kelas / tempat mengajar mengikut jadual yang ditetapkan.
Bayu Bitara 20263612.5Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas kecuali dipanggil oleh Pengetua /Penolong Kanan atas urusan rasmi.12.6Semua guru mesti mematuhi Jadual Waktu Ganti yang ditetapkan kerana Jadual Waktu Ganti dianggap sebagai waktu mengajar. Oleh itu, guru mesti berada dalam kelas sewaktu Jadual Waktu Ganti.12.7Guru ganti dikehendaki menulis perkataan “Relief” dan masa relief pada papan putih dikelas.12.8Guru-guru yang perlu bertugas di luar seperti perlu menghadiri mesyuarat / kursus dan sebagainya perlu merancang kerja untuk murid dan serahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran untuk kegunaan Guru Ganti.13. MELAKSANAKAN ARAHAN / TUGAS13.1 Apabila diarahkan melaksanakan sesuatu tugas, contohnya mewakili sekolah membawa murid/ menghadiri mesyuarat /mengarahkan murid melakukan sesuatu tugas, maka tugas itu hendaklah dilakukan oleh guru berkenaan dan staf yang ditugaskan tidak dibenarkan mengarahkan orang lain tanpa kebenaran Pengetua.13.2 Sekiranya sesuatu tugas itu terpaksa diserahkan kepada staf lain walaupun dipersetujui oleh staf yang menggantikan, mestilah mendapat kebenaran daripada Pengetua terlebih dahulu.13.3 Tugas pengurusan yang sepatutnya dilakukan oleh guru tidak boleh diserahkan kepada murid, contohnya memegang / menyimpan kunci bilik-bilik khas termasuk pengambilan alatan dari bilik sukan atau bilik-bilik khas yang lain serta dicatat di dalam buku rekod pinjaman.14. PENGGUNAAN ALAT/ PERALATAN MILIK SEKOLAH14.1 Guru-guru mesti bertanggungjawab menjaga alat / peralatan milik sekolah yang digunakan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.14.2 Barang-barang / peralatan yang dipinjamkan hendaklah dipulangkan setelah menggunakannya. Barang-barang / peralatan milik sekolah tidak boleh dibawa balik ke rumah tanpa kebenaran pentadbir sekolah.14.3 Sebarang kerosakan / kehilangan perlu dilaporkan dengan segera.15. KESELAMATAN MURID15.1 Semua guru yang mengajar dalam bilik darjah, makmal, bilik-bilik khas, surau, bengkel-bengkel,padang dan lain-lain tempat adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan murid di bawah jagaannya. Oleh itu, guru hendaklah berhati-hati dan mengawal rapi gerak-geri murid supaya tidak berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan.15.2 Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani tidak boleh dijalankan di padang semasa hujan, waktu guruh dan kilat.15.3 Sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan, guru yang bertanggungjawab hendaklah mengambil tindakan segera dan melaporkan kepada guru bertugas dan Pengetua/Penolong Kanan.15.4 Guru Kanan Mata pelajaran adalah bertanggungjawab menyediakan prosedur langkah-langkah keselamatan bagi bidang mata pelajaran masing-masing.15.5 Guru Kelas / Guru Mata pelajaran bertanggungjawab melaporkan kepada Pengetua / Penolong Kanan sebarang kerosakan peralatan atau apa sahaja unsur-unsur bahaya.16. MAJLIS GURU /KAKITANGAN SEBAGAI AHLI PERSATUAN16.1 Semua guru yang mengajar dan staf yang berkhidmat di sekolah ini secara automatik adalah ahli staf (MASKAF).16.2 Membayar yuran sumbangan seperti yang ditetapkan.16.3 Melibatkan diri dalam aktiviti kelab agar kemesraan dan kerjasama akan lebih terjalin.17. ORANG LUAR BERJUMPA GURU / MURID17.1 Orang luar termasuk jurujual tidak boleh berjumpa guru dan kakitangan tanpa kebenaran Pengetua / Penolong kanan.17.2 Orang luar (dengan kebenaran masuk ke kawasan sekolah) dilarang berjumpa guru atau murid di bilik darjah semasa guru mengajar18. MENULIS SURAT RASMI18.1 Semua surat berkaitan hal sekolah atau perjawatan hendaklah ditulis melalui Pengetua supaya disalurkan kepada pihak tertentu dengan tatacara yang ditetapkan.
Bayu Bitara 20263718.2 “Letterhead” sekolah hanya boleh digunakan kebenaran Pengetua dan surat “Letterhead” sekolah wajib ditanda tangan oleh Pengetua.19. KUNJUNGAN GURU KE JABATAN PENDIDIKAN NEGERI / PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH19.1 Guru tidak dibenarkan ke Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah untuk urusan peribadi pada waktu sekolah.19.2 Guru perlu memakai pakaian bekerja dengan tanda nama semasa membuat kunjungan ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah untuk kunjungan rasmi.20. BILIK GURU20.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuk keselamatan segala peralatan di dalam bilik guru.20.2 Kelab staf adalah bertanggungjawab menguruskan bilik guru dan membentuk Jawatankuasa Bilik Guru.21. BUKU STOK / INVENTORI / KUNCI SEKOLAH21.1 Guru Kanan / Ketua Panitia / Guru Penyelaras Unit bertanggungjawab menguruskan Buku Stok atau inventori dan memastikan maklumat dalam stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari semasa ke semasa oleh Pengetua / Penolong Kanan.21.2 Semua kunci mesti disimpan di pejabat sekolah. Guru hendaklah menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran daripada Pengetua.22. AKTIVITI HARI SABTU / JUMAAT / CUTI UMUMKawasan sekolah adalah kawasan larangan pada hari-hari bukan persekolahan. Mana-mana aktiviti tidak dibenarkan dijalankan di kawasan sekolah pada hari cuti, kecuali:22.1 Aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang rutin, contohnya aktiviti sepanjang tahun seperti:22.1.1 Pasukan Unit Beruniform / Kelab Seni Mempertahankan Diri22.1.2 Aktiviti Bermusim seperti Permainan / Olahraga22.1.3 Sebarang program peningkatan prestasi akademik22.2 Aktiviti One Off; contohnya pertandingan / aktiviti pentas yang telah ditetapkan 22.3 Syarat:22.3.1 Disertai oleh Guru Penasihat22.3.2 Ada senarai murid yang terlibat dalam rekod Guru Penasihat22.3.3 Guru Penasihat membuatkan jadual, edarkan kepada Pengetua / PKP / PKH / PKK dan Pengawal Keselamatan Sekolah22.3.4 Murid tidak boleh merayau di kawasan lain selain daripada tempat aktiviti22.3.5 Bagi aktiviti sepanjang tahun yang melibatkan jurulatih luar, guru Penasihat perlu mendapatkan butiran tersebut kepada Penolong Kanan Kokurikulum (untuk difailkan) oleh Pengawal Keselamatan untuk tujuan kebenaran masuk ke kawasan sekolah.23. PERHIMPUNAN SEKOLAH23.1 Perhimpunan Harian –Setiap hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis23.1.1 Perhimpunan bermula pada pukul 7.15 pagi dengan bacaan Yasin / Mathurat23.1.2 Kedatangan murid diambil bermula pada pukul 7.30 pagi23.1.3 Semua murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas sehingga tamat waktu perhimpunan. Semua murid dikehendaki berkumpul di Dataran atau di tempat yang ditetapkan di SMK Teluk Bayu.23.1.4 Wajib dihadiri oleh semua guru dan murid dan dikendailkan oleh Guru Bertugas.23.1.5 Guru masa pertama mengiringi murid ke kelas.23.2 Perhimpunan Mingguan –setiap hari Ahad.23.2.1 Bermula pada jam 7.30 pagi hingga 8.20 pagi.23.2.2 Wajib dihadiri oleh semua guru dan semua murid SMK Teluk Bayu dan dikendalikan23.2.3 Semua guru diminta berada di atas pentas kecuali guru disiplin 23.2.4 Semua guru diminta menandatangani kehadiran perhimpunan.23.2.5 Perhimpunan Mingguan akan diselang-seli dengan Program Mentor Mentee dan Program Nilam berdasarkan jadual yang ditetapkan.
Bayu Bitara 20263823.3 Perhimpunan Harian dan mingguan DIBATALKAN jika:23.3.1 Diarahkan oleh Pengetua atas sebab-sebab tertentu23.3.2 Sekiranya Perhimpunan Mingguan dibatalkan, Guru Kelas hendaklah masuk ke kelas masing-masing (7.40 pagi hingga 8.20 pagi) untuk pengurusan atau “house keeping” kelas.23.4 Perhimpunan Kokurikulum23.4.1 Perhimpunan bermula 7.30 pagi hingga 8.20 pagi23.4.2 Murid akan pulang pada pukul 3.30 petang kecuali murid PPKI pada jam 2.00 petang23.4.3 Perhimpunan diadakan pada hari Rabu, minggu ketiga, setiap bulan23.4.4 Aktiviti kokurikulum bermula pada 12.50-3.30 petang (RABU) KECUALI pada minggu ketiga aktivit bermula pada 1.30-3.30 petang23.4.5 Perhimpunan akan dikendalikan oleh unit beruniform mengikut giliran dan semua guru digalakkan memakai uniform lengkap mengikut unit uniform masing-masing24. SURAT KEBENARAN WARISSemua aktiviti sekolah yang dilaksanakan di luar kawasan sekolah atau di luar waktu persekolahan (malam):24.1.1 Guru-guru Penasihat / bertanggungjawab terlebih dahulu wajib mengeluarkan Surat Kebenaran Waris untuk ditandatangani oleh Pengetua / Penolong Kanan setelah menulis nama murid pada surat tersebut (ditandatangan secara hidup atau dicop sekolah (bulat) pada di bahagian bawah sebelah kanan surat). Ini adalah untuk mengelakkan sebarang unsur penyelewengan penggunaan surat kebenaran waris oleh murid lain.24.1.2 Guru-guru Penasihat /Pengiring adalah bertanggungjawab terhadap segala hal pengurusan dan kebajikan murid berkenaan mengikut surat pekeliling yang berkaitan.25. INTIPATI ETIKA22.1 Tarikh kuatkuasa etika ini mulai 1 Januari 2025.22.2 Segala maklumat dalam Etika Profesionalisme Perkhidmatan SMK Teluk Bayu ini tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. 22.3 Etika ini juga tertakluk pada arahan pengetua dari semasa ke semasa.
Bayu Bitara 2026393.16 KALENDAR 2026
Bayu Bitara 2026403.17 PENGGAL PERSEKOLAHAN 2026
Bayu Bitara 2026413.18 CUTI PERISTIWA YANG DICADANGKANCUTI PERISTIWA 1 2 3 4TARIKH 12.04.2026 28.06.2026 11.10.2026HARI AHAD AHAD AHADSEMPENA KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-14MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGANHARI SUKAN NEGARA / KARNIVAL KOKURIKULUM3.19 JADUAL HARI KELEPASAN 2026BIL HARI KELEPASAN HARI TARIKH1 ISRAK & MIKRAJ SABTU 17/01/20262 HARI THAIPUSAM AHAD 01/02/20263 TAHUN BARU CINA SELASA & RABU 17/02/2026 - 18/02/20264 AWAL RAMADHAN KHAMIS 19/02/20265 HARI RAYA AIDILFITRI SABTU AHAD 21/03/2026 22/03/20266 HARI PEKERJA JUMAAT 01/05/20267 HARI ARAFAH SELASA 26/05/20268 HARI RAYA AIDIL ADHA RABU & KHAMIS 27/05/2026 - 28/05/20269 HARI WESAK AHAD 31/05/202610 HARI KEPUTERAAN YDP AGONG ISNIN 01/06/202611 AWAL MUHARRAM RABU 17/06/202612 HARI KEPUTERAAN SULTAN KEDAH AHAD 21/06/202613 MAULIDUR RASUL SELASA 25/08/202614 HARI KEBANGSAAN ISNIN 31/08/202615 HARI MALAYSIA RABU 16/09/202616 HARI DEEPAVALI AHAD 08/11/202617 HARI KRISMAS JUMAAT 25/12/2026
Bayu Bitara 2026423.20 TARIKH PEMBAYARAN GAJI 2026\"Setting Goals Is the First Step in Turning the Invisible into The Visible.\"
Bayu Bitara 202643
Bayu Bitara 202644
Bayu Bitara 202645
Bayu Bitara 202646STAF KUMPULAN SOKONGAN 1 MUHAMMAD ALI BIN SUDIN 840130045349KETUA PEMBANTU TADBIRN2 [email protected] 5/9/20222NOR HAYATI BINTI ABDUL RAOF 780610075270PEMBANTU TADBIR (P/O)N2(TBK1) [email protected] 1/1/20123NORHAIDA BINTI MOHD MARUDI 860702435026PEMBANTU PNGURUSAN MURIDN2(TBK1) [email protected] 8/7/20194 NORAZAH BINTI ABDUL AZIZ 860829355752PEMBANTU PNGURUSAN MURIDN2(TBK1) [email protected] 2/12/20245 MOHD HAFIZ BIN HAMID 851128075227 PEMBANTU MAKMAL C2(TBK1) [email protected] 23/5/20136 SITI NUR IZIAH BINTI ISMAIL 841211095182 PEMBANTU MAKMAL C2(TBK1) [email protected] STAF7SITI NORAZREEN NAZIRA BINTI ISMAIL 901015025058 PEMBANTU MAKMAL C2(TBK1) [email protected] 1/4/20128 MAZLAN BIN AYOB 750109025715PEMBANTU KHIDMAT AMH1 [email protected] 1/1/2014
Bayu Bitara 2026473.22 DATA STAF AKADEMIK DAN KUMPULAN PELAKSANA 2026STAF AKADEMIKGREDMELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAH JUMLAH (GRED) L P L P L P L P L PDG14 3 2 - - - 1 - - 3 3 6DG13 1 4 - - - - - - 1 4 5DG12 8 12 - - - 1 - 1 8 14 22DG10 1 10 - - 1 - - - 2 10 12DG9 - 5 - - - - - - - 5 5JUMLAH (L/P) 13 33 1 2 1 14 36JUM. BESAR: 50KUMPULAN PELAKSANAGREDMELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAH JUMLAH (GRED) L P L P L P L P L PN22 1 1 1N2 3 3 3H1 1 1 1C2 1 2 1 2 3C1 - - - - - - - - - - -JUMLAH (L/P) 3 5 3 5JUM. BESAR: 8
Bayu Bitara 2026483.23 SURAT LANTIKAN UNTUK MENJALANKAN TUGAS-TUGAS TAHUN 2026 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELUK BAYU 08000 SUNGAI PETANI KEDAH DARULAMAN Tel : 04 - 4311992 Fax : 04 - 4311993 SMKTB:10/002/26 Tarikh: 11 JAN 2026Tuan/Puan/Cik,……………………………………LANTIKAN UNTUK MENJALANKAN TUGAS-TUGAS TAHUN 2026Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan tuan / puan / cik dengan rasminya dilantik menjalankan tugas-tugas seperti yang tercatat dalam Buku Pengurusan Bayu Bitara dan Takwim SMK Teluk Bayu 20262. Lantikan ini berkuat kuasa serta merta mulai 11.01.2026.3. Adalah diharapkan tuan / puan / cik dapat memberi kerjasama dan sumbangan yang berfaedah bagi mempertingkatkan mutu Pentadbiran, Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum sekolah ini untuk mencapaivisi dan misi Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bayu.Sekian, terima kasih.“MALAYSIA MADANI”“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG” Saya yang menjalankan amanah.……………..…..………..(MAWARDI BIN SAARI)Pengetua,Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bayu,08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman
Bayu Bitara 2026493.24 TATACARA PERHIMPUNAN SEKOLAHPerhimpunan Mingguan1. Bacaan Al-Mathurat/Yaasin2. Jemputan Tuan Pengetua ke Dewan Transformasi3. Ucapan Alu-aluan pengacara majlis perhimpunan4. Nyanyian lagu Kebangsaan/Negeri Kedah/JPN5. Ikrar Rukun Negara6. Ikrar pelajar7. Bacaan doa8. Bacaan buku peraturan sekolah9. Laporan guru bertugas minggu lalu10. Ucapan guru bertugas mingguan (mengikut tema)11. Penyampaian Hadiah (jika ada - diurus oleh guru / murid terbabit)12. Slot Murid (jika ada - Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan lain-lain 5-10 minit)13. Slot Santapan Minda14. Ucapan Pengetua / Pentadbir Bertugas15. Pengumuman (jika ada)16. Nyanyian lagu sekolah17. Ucapan salam restu pelajar18. Majlis BersuraiPerhimpunan Harian1. Bacaan Al-Mathurat2. Ucapan Alu-aluan Guru Bertugas3. Program MBMMBI / 55 Minit Anti Dadah4. Pengumuman5. Bacaan Doa6. Majlis BersuraiPerhatian kepada guru bertugas:1. Perjalanan perhimpunan diuruskan sepenuhnya oleh Guru Perhimpunan dan Guru Bertugas dengan dibantu oleh Pengawas.2. Semua murid dan guru berada di tapak perhimpunan pada pukul 7.15 pagi.3. Perhimpunan Pagi akan diurus oleh Guru Penyelaras Perhimpunan Harian dan berlangsung dari pukul 7.20 hingga 7.40 pagi.4. Murid berdiri dalam barisan yang lurus sepanjang masa dan diawasi oleh pengawas dan Guru-Guru Disiplin.5. Penerima hadiah mesti bersedia untuk menerima hadiah. Sekiranya penerima hadiah tidak hadir, wakil perlu dicari dan bersedia.6. Pastikan tapak perhimpunan sentiasa bersih dan ceria (minta bantuan murid jika perlu).7. Sediakan laporan perhimpunan mingguan dan hantarkan laporan ke pejabat.8. Guru Perhimpunan dan Guru Bertugas perlu mengendalikan perhimpunan dan peka terhadap semua aspek yang berkaitan:• Menyemak skrip murid untuk slot tertentu• Kelancaran pengumuman-mengedit dan menyampaikan pengumuman dalam bahasa yang lancar dan betul• Sistem Siaraya (bekerjasama dengan AJK Siaraya)• Disiplin murid terkawal (bekerjasama dengan AJK Disiplin dan Lembaga Pengawas)• Mengurus selia Program Demi Masa (Murid Lewat) dan Program Halawatul Iman (Peningkatan bacaan dalam solat) Nota: Perhimpunan sekolah adalah upacara rasmi sekolah.