The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL PBL KU SEJAHTERA

Contoh & panduan penulisan Inovasi..

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abumiftah08, 2023-09-12 03:02:08

MODUL PBL KU SEJAHTERA

MODUL PBL KU SEJAHTERA

Contoh & panduan penulisan Inovasi..

MODUL PBL KU SEJAHTERA 2 PRAKATA Terlebih dahulu bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan berkat dan inayahNya, saya dapat melahirkan sebuah Modul Pembelajaran yang saya rasa sangat berguna dan bermanfaat untuk di jadikan sebagai bahan rujukan oleh para guru di dalam pengajaran dan pembelajaran. Idea untuk menghasilkan modul ini tercetus apabila, Prasekolah di SK Seksyen 24 ingin menjalankan Karnival Pembelajaran Berasaskan Projek buat kali yang pertama pada tahun 2018. Berdasarkan maklumbalas yang kami terima daripada pihak pentadbir, ibu bapa, guru-guru, Pembantu Pengurusan Murid prasekolah dan murid-murid prasekolah sendiri, mereka sangat seronok dan merasakan Karnival Pembelajaran Berasaskan Projek yang di jalankan itu sangat memberikan banyak manfaat terutama kepada anak-anak Prasekolah yang terlibat. Di atas dasar itu juga maka tercetuslah idea untuk saya menghasilkan Modul PBL KU SEJAHTERA. Di sini juga saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di sepanjang Karnival PBL ini dijalankan sehingga terhasilnya MODUL PBL KU SEJAHTERA.


MODUL PBL KU SEJAHTERA 3 KANDUNGAN Prakata 2 Latar Belakang 4 - 5 Pengenalan 6 Rasional 6 Matlamat 7 Objektif Modul 7 Pengurusan PBL KU SEJAHTERA 7 Konsep modul 8 Ciri-Ciri Modul 9 Tempoh Pelaksanaan Modul 9 Kaedah Pelaksanaan Modul 10 - 14 Penutup 15 Penghargaan Lampiran 1. Slip Penilaian 1 16 - 17 2. Slip Penilaian 2 18 - 19 3. Slip Penilaian 3 20 4. Slip Maklum Balas 21 5. Contoh Pelaksanaan PBL KU SEJAHTERA 22 - 47 6. Contoh Rancangan Pengajaran Harian 48 - 53 7. Penghargaan 54


MODUL PBL KU SEJAHTERA 4 LATAR BELAKANG Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 2010 memerlukan guru yang benar-benar profesional dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmonis daripada semua aspek perkembangan. KSPK yang menjadi dokumen rujukan standard setiap prasekolah perlu diketahui dan dilaksanakan guru dalam persekitaran pembelajaran berpusatkan murid mengikut kadar keupayaan murid (KPM 2010). Berasaskan teori konstruktivisme, KSPK menyarankan supaya kanak-kanak membina pengetahuan berdasarkan inisiatif mereka sendiri dan terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian, penyertaan dan penerokaan. Bagi memenuhi matlamat kurikulum, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam melakukan pedagogi berpusatkan murid, seterusnya dapat memenuhi standard pembelajaran yang ditetapkan. Bagi menghasilkan modul yang komprehensif, proses pembangunan modul dilakukan secara sistematik secara berperingkat. Proses pembangunan yang dibuat mengikut fasa bertujuan untuk menghasilkan produk berasaskan pengetahuan yang lebih praktikal untuk guru. Apabila melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kita perlu merujuk kepada Taksonomi pembelajaran di mana ianya terbahagi kepada tiga domain iaitu Kognitif, Psikomotor dan Afektif. 1. Domain Kognitif Domain kognitif mencakupi pengetahuan dan perkembangan keterampilan intelektual. Domain ini meliputi: ingatan atau pengetahuan tentang fakta-fakta, konsep-konsep yang menjadi dasar untuk mengembangkan kemampuan dan keterampilan intelektual. Aras kognitif melibatkan Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian. 2. Domain Afektif Domain afektif mencakupi perasaan (feelings), nilai-nilai (values), apresiasi (appreciation), antusiasme (enthusiasms), motivasi (motivations), dan sikap (attitude). Aras afektif melibatkan menerima, memberi maklum balas, menilai, mengorganisasi dan menghayati nilai.


MODUL PBL KU SEJAHTERA 5 3. Domain Psikomotor Domain Psikomotor mencakupi gerakan fizikal (physical movement), koordinasi (coordination), dan kemahiran motorik (motor skills). Perkembangan kemahiran ini memerlukan latihan dan pengukurannya mencakupi kecepatan, ketepatan, prosedur atau teknik. Aras psikomotor melibatkan persepsi, set, respons berpandu, mekanisma, respons ketara kompleks, adaptasi dan lakuan tulen Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang berterusan di antara murid dan guru, pembelajaran berpusatkan murid, murid adalah ‘autonomous’ dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran. Oleh itu, bagi melihat impak murid dengan lebih jelas kita perlu menggunakan strategi pembelajaran berpusatkan murid. Strategi ke arah pembelajaran berpusatkan murid adalah bertujuan untuk; 1. Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat murid serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Memberi peluang kepada murid belajar secara individu, kumpulan dan kelas. 3. Melibatkan murid dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan murid. 4. Memberi murid kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran. 5. Mewujudkan prosedur pemantauan agar murid bertanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan. 6. Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan murid. 7. Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.


MODUL PBL KU SEJAHTERA 6 PENGENALAN Modul PBL KU SEJAHTERA ini mengandungi tiga (3) komponen utama. Komponen pertama ialah PBL iaitu singkatan bagi “Project Based Learning” merupakan satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran Abad 21. Komponen kedua ialah KU merujuk kepada Kurikulum Standard Pendidikan Malaysia merupakan kandungan pengajaran dan pembelajaran kelas Prasekolah. Komponen ketiga ialah SEJAHTERA merujuk kepada produk yang hendak dihasilkan iaitu hasrat Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan (murid-murid) yang mempunyai potensi yang menyeluruh, seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah (JERIS) berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan seterusnya dapat melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Produk yang hendak dihasilkan melalui modul ini juga selari dengan konsep Sekolahku SEJAHTERA yang diperkenalkan oleh YB. Menteri Kanan Pendidikan Dato’ Dr. Radzi b. Jidin yang menekankan 14 elemen iaitu: S – Selamat, Seronok, Sihat, E – Etika, Empati, J – Jati diri, A – Adab sopan, H – Harmoni, T – Tekun,Teliti dan Terampil, E – Eksplorasi, R – Rasional dan A – Artikulasi. Secara asasnya, sekiranya modul ini digunakan bagi melaksanakan aktiviti “Project Based Learning” di semua sekolah maka 14 elemen yang ada dalam konsep Sekolahku SEJAHTERA secara tidak langsung dapat diterapkan, dihayati serta diamalkan sehingga menjadi budaya bagi seluruh warga sekolah seterusnya dapat melahirkan generasi masa depan yang berkeperibadian unggul dan mampu bersaing di peringkat dunia. RASIONAL Guru kurang mahir dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan PBL dengan menggunapakai kesemua kemahiran 4C iaitu Creativity, Collaboration, Critical Thinking dan Communication secara aktif seperti yang terkandung dalam Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) (Sumber: PAK21)


MODUL PBL KU SEJAHTERA 7 MATLAMAT Guru dapat menyokong pembelajaran abad ke-21 melalui pendekatan PBL yang paling komprehensif dengan menggunapakai kesemua kemahiran 4C secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran, iaitu Creativity, Collaboration, Critical Thinking dan Communication OBJEKTIF Melalui penggunaa Modul PBL KU SEJAHTERA ini, para guru dapat: Memahami proses perlaksanaan PBL. Merancang aktiviti PBL secara berfokus. Melaksanakan aktiviti PBL dengan sistematik. Mengenalpasti potensi murid sebelum melaksanakan PBL PENGURUSAN PBL KU SEJAHTERA Modul PBL KU SEJAHTERA ini boleh digunakan sebagai rujukan guru terutamanya ketika hendak melaksanakan PBL KU SEJAHTERA seperti yang telah ditetapkan oleh unit kurikulum sekolah di awal tahun. Tindakan yang perlu dibuat adalah seperti berikut: Bil Perkara Catatan 1 Perbincangan awal guru prasekolah dan pentadbir Mengenalpasti hala tuju konsep pelaksanaan PBL KU SEJAHTERA 2 Mesyuarat bersama guruguru prasekolah/ketua panitia Perbincangan jadual kerja pelaksanaan aktiviti PBL KU SEJAHTERA 3 Taklimat kepada guru Penerangan aktiviti PBL KU SEJAHTERA dan jadual kerja perlaksanaan. 4 Taklimat kepada murid Penerangan aktiviti PBL KU SEJAHTERA dan kaedah pelaksanaannya supaya mereka dapat membuat persediaan 5 Taklimat kepada ibu bapa/penjaga Penerangan ringkas aktiviti dan peranan yang perlu dilakukan. 6 Bengkel persediaan Penyediaan alat penilaian, bahan, tempat mengikut tema/tajuk 7 Karnival PBL KU SEJAHTERA Aktiviti PBL KU SEJAHTERA dilaksanakan mengikut tema/tajuk 8 Penilaian Produk dinilai oleh juri jemputan yang ditetapkan


MODUL PBL KU SEJAHTERA 8 KONSEP PEMBELAJARAN ABAD KE-21 Pembelajaran Abad Ke-21 dilaksanakan melalui pendekatan project based learning. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam situasi masyarakat dan persekitaran yang sebenar. Oleh itu, terdapat beberapa ciri dan kriteria yang boleh dijadikan panduan umum apabila melaksanakan PBL. Berikut adalah ciri-ciri aktiviti pembelajaran abad ke-21. Perkara Pendekatan Project Based Learning Projek Aktiviti yang melibatkan komuniti sekolah. Murid mempunyai kuasa untuk menentukan serta meneroka isu-isu yang berkaitan dan berlaku di dunia sebenar Proses Perancangan Murid diberikan peranan untuk menentukan aspirasi, pengalaman dan penerokaan pembelajaran mereka berkaitan tema/tajuk yang dipilih Ruang Aktiviti Ruang pembelajaran murid bukan berada di bilik darjah sahaja tetapi meliputi sekitar sekolah, komuniti dan luar negeri/negara (maya) Peranan Guru Peranan guru sebagai fasilitator Peranan Murid Murid berperanan membina pengetahuan, menilai, menganalisis dan membentangkan dapatan. Murid melakukan tugasan secara individu, kumpulan dan terarah kendiri (main peranan) Penilaian Murid membentang produk mereka di hadapan pengunjung. Penilaian meliputi penilaian kendiri, rakan sebaya dan juri jemputan KONSEP “PROJECT BASED LEARNING” (PBL) Murid mengkaji secara mendalam tentang sesuatu isu atau topik bagi menghasilkan sesuatu produk. MEMBINA SOALAN UTAMA SUARA DAN PILIHAN MURID KEMAHIRAN ABAD KE-21 PEMBENTANGAN PRODUK MAKLUMBALAS DAN SEMAKAN INKUIRI DAN INOVASI


MODUL PBL KU SEJAHTERA 9 CIRI-CIRI “PROJECT BASED LEARNING” (PBL) KU SEJAHTERA 1. Proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara terancang dalam jangka masa tertentu. 2. Menggunakan pendekatan “Flipped Classroom” (Perkongsian maklumat bersama ibubapa). 3. Penilaian dijalankan oleh juri yang dilantik, pentadbir, guru dan ibubapa (Slip penilaian 1, 2, 3 dan maklum balas). 4. Dilaksanakan secara karnival. (Di kunjungi oleh wakil Pejabat Pendidikan, ibu bapa, jemputan khas, NGO dan lain-lain) 5. Kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. 6. Melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul. 7. Kaedah ini boleh dijalankan secara individu atau kumpulan. 8. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap. 9. Interaksi guru dengan murid adalah berbentuk bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses (guru sebagai fasilitator). 10.Melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data serta pelaporan hasil serta refleksi kendiri. 11.Kaedah pembelajaran berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid. 12.Berorientasikan dunia sebenar. TEMPOH PELAKSANAAN Tempoh pelaksanaan PBL KU SEJAHTERA boleh dijalankan selama tiga / empat / lima bulan bergantung kepada tema/tajuk yang dipilih. Selain itu, jenis aktiviti yang hendak dijalankan oleh murid juga perlu diambil kira bagi memastikan produk yang dihasilkan sempurna dan berkualiti.


MODUL PBL KU SEJAHTERA 10 KAEDAH PELAKSANAAN PBL KU SEJAHTERA Pelaksanaan PBL KU SEJAHTERA masih dilaksanakan mengikut tiga (3) fasa seperti berikut: FASA PBL KU SEJAHTERA FASA PERTAMA (Permulaan / Pengenalan) Guru menerangkan konsep PBL kepada murid dan ibu bapa. Guru dan murid menjalankan “Brainstoming” untuk penetapan tajuk PBL KU SEJAHTERA yang akan dijalankan. Guru berkongsi ‘Link’ dan info media sosial berkaitan tema/tajuk PBL KU SEJAHTERA yang hendak dijalankan kepada ibu bapa untuk difahami bersama murid di rumah. Konsep ‘Flipped Classroom’ dilaksanakan pada peringkat ini. Pengetahuan murid diukur dengan menggunakan kaedah ‘Slip Penilaian 1’ yang dinilai oleh ibu bapa. ‘Main peranan’ dapat dikenalpasti pada peringkat ini. Murid bersoal jawab bersama guru berkaitan PBL yang akan dijalankan. Murid melaksanakan kerja projek seperti membuat buku skrap dan lain-lain dengan bimbingan guru. FASA KEDUA (Perkembangan / Perlaksanaan) Murid diberikan tugasan berlainan mengikut kepintaran - kenalpasti murid menggunakan ‘slip penilaian 1’ Guru melaksanakan penilaian berterusan di dalam kelas. (Anekdot & ippk) Murid melakukan aktiviti PBL berdasarkan tajuk yang diberi. PBL dijalankan sepenuhnya oleh murid tanpa bimbingan guru. PBL dilaksanakan secara bersistematik : Pengenalan produk Penghasilan produk Penjualan produk (jika ada) Promosi kepada pihak luar


MODUL PBL KU SEJAHTERA 11 Setiap peringkat ini dinilai melalui ‘Slip Penilaian 2’ PBL dilaksanakan secara karnival dengan menjemput pihak luar. FASA KETIGA (Refleksi / Pentaksiran) Karnival PBL KU SEJAHTERA dijalankan. PBL dilaksanakan secara karnival dengan menjemput pihak luar. Penilaian dijalankan secara pertandingan. Penilaian tugasan murid Penilaian produk PBL secara keseluruhan menggunakan ‘Slip Penilaian 3’ Penilaian dilakukan oleh : Wakil ibubapa Pentadbir sekolah Wakil PPD/NGO Setiap pemarkahan yang tertinggi dikira pemenang untuk kategori murid dan produk PBL yang dihasilkan. “Slip Maklum Balas” perlu diisi oleh ibu bapa dan pihak luar yang hadir semasa karnival


MODUL PBL KU SEJAHTERA 12 CARTA ALIR FASA 1 PBL KU SEJAHTERA PERBINCANGAN GURU DAN MURID SEWAKTU SESI PERBUALAN PAGI Guru mengesan kecenderungan minat dan kebolehan murid terhadap sesuatu isu atau tajuk PENETAPAN TAJUK Tajuk dipilih berdasarkan minat dan kebolehan murid terhadap sesuatu tajuk SEBARAN TENTANG TAJUK KEPADA IBU BAPA (FLIPPED CLASSROOM) Penyebaran tentang tajuk dan keperluan tajuk dikongsikan kepada ibu bapa melalui “Whatsapp”, link media sosial dan lain-lain. Murid mendapat gambaran awal mengenai tajuk “PBL” KU SEJAHTERA yang dijalanakan melalui perkongsian maklumat daripada guru dengan ibu bapa. PENGUMPULAN MAKLUMAT BERSAMA GURU Guru mengumpul maklumat bersama murid mengenai tajuk melalui tayangan video, carta ithink, risalah, poster, lawatan dan lain-lain. PENILAIAN 1 Penilaian dijalanakan oleh ibubapa dengan menggunakan ‘Slip Penilaian 1’ yang diberikan oleh guru. Murid dinilai dari aspek pengetahuan tentang tajuk dan kecenderungan masing-masing. Guru pula menilai murid melalui Rekod Anekdot.


MODUL PBL KU SEJAHTERA 13 CARTA ALIR FASA 2 PBL KU SEJAHTERA SIMULASI PERLAKSANAAN “PBL” KU SEJAHTERA Simulasi perlaksanaan PBL dijalankan mengikut tugasan yang telah ditetapkan berdasarkan kecenderungan yang telah dikenalpasti pada fasa 1. ‘Slip penilaian 2’ digunakan oleh guru bagi menilai tahap persediaan murid. “PBL” KU SEJAHTERA SISTEMATIK “PBL” KU SEJAHTERA dijalankan sepenuhnya oleh murid (Tanpa bimbingan guru). “PBL” KU SEJAHTERA dijalankan secara Karnival (Penglibatan pihak luar seperti ibu bapa, PPD dan lain-lain)


MODUL PBL KU SEJAHTERA 14 CARTA ALIR FASA 3 PBL KU SEJAHTERA KARNIVAL “PBL” KU SEJAHTERA Dilaksanakan secara karnival dimana ianya melibatkan pihak luar seperti ibu bapa, PPD, jemputan khas, wakil dari sekolah yang berdekatan dan lain-lain. PENILAIAN Dijalanakan secara pertandingan. Slip penilaian 3 digunakan oleh juri untuk menilai: Tugasan murid Produk “PBL” KU SEJAHTERA secara keseluruhan Penilaian dilakukan oleh: Wakil ibubapa / Pentadbir sekolah / Wakil PPD Setiap pemarkahan yang tertinggi dikira pemenang untuk kategori murid dan produk “PBL” KU SEJAHTERA yang dihasilkan. MAKLUMBALAS IBUBAPA DAN PIHAK LUAR YANG HADIR. Ketika karnival “PBL” KU SEJAHTERA ibu bapa dan pengunjung memberikan maklumbalas tentang produk yang dihasilkan menggunakan ‘Slip maklum balas’


MODUL PBL KU SEJAHTERA 15 PENUTUP Dalam pendidikan prasekolah, pembinaan modul pengajaran untuk guru melakukan pembelajaran berpusatkan murid berpotensi meningkatkan profesionalisme guru. Pengembangan pengetahuan dalam bentuk pedagogi baharu yang dihasilkan dalam modul ini dijangka berupaya mengubah amalan sedia ada guru. Walau bagaimanapun, program berasaskan bukti atau evidencebased hanya dapat dilaksanakan dengan efisien sekiranya guru faham tujuan pengajaran dan mengetahui bagaimana hendak merangsang murid untuk terus belajar (Gun et al. 2015). Jadi, matlamat seterusnya adalah untuk memastikan guru dapat melaksanakan modul ini dengan efisien supaya modul ini menjadi pelengkap bagi guru untuk memenuhi hasrat kurikulum prasekolah iaitu melahirkan insan (muridmurid) yang mempunyai potensi yang menyeluruh, seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah (JERIS) berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan seterusnya dapat melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.


MODUL PBL KU SEJAHTERA 16 SLIP PENILAIAN 1 (Diisikan oleh ibubapa) NAMA: _________________________________________________ KELAS: ________________________ Konstruk Pengetahuan Sedia Ada (Bulatkan pada nombor yang berkenaan) Elemen A: Pengetahuan ASPEK TRAIT SKALA MARKAH Produk Menyatakan tajuk 1 2 3 4 5 Bahan Menyenaraikan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan produk 1 2 3 4 5 Sumber Bahan Menyatakan dimana bahan di perolehi 1 2 3 4 5 Menerangkan bagaimana bahan itu di perolehi 1 2 3 4 5 Konstruk Pengetahuan Elemen B: Kecenderungan Bakat ASPEK TRAIT SKALA MARKAH Kemahiran Bercerita tentang proses menghasilkan produk. 1 2 3 4 5 Pengalaman menghasilkan produk 1 2 3 4 5 Bersoal Jawab Kuantiti bahan untuk menghasilkan produk 1 2 3 4 5 Peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan produk 1 2 3 4 5 Konstruk Keluarga Elemen C: Kepatuhan Kepada Diri Sendiri ASPEK TRAIT SKALA MARKAH Kebersihan Gigi Memberus gigi dua kali sehari 1 2 3 4 5 Kebersihan Kuku Memotong kuku sekali seminggu 1 2 3 4 5 Kebersihan Rambut Shampoo rambut 2 kali seminggu 1 2 3 4 5 Kebersihan Rambut Menyikat rambut selepas mandi 1 2 3 4 5 Kebersihan Badan Mandi setiap hari menggunakan sabun 1 2 3 4 5 Kebersihan Tuala Menyidai tuala selepas menggunakannya. 1 2 3 4 5 Baju Kotor Meletakkan pakaian kotor didalam tempat yang sepatutnya 1 2 3 4 5 Kebersihan Bilik Menjaga kebersihan bilik 1 2 3 4 5 SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 JALAN PETOLA 24/8, 40300 SHAH ALAM BORANG 1


MODUL PBL KU SEJAHTERA 17 Konstruk Keluarga Elemen D: Kepatuhan Kepada Ibubapa ASPEK TRAIT SKALA MARKAH Kepatuhan Melakukan perkara yang disuruh oleh ibubapa dan megikut arahan. 1 2 3 4 5 Bercakap Dengan Sopan Bercakap dengan sopan dan lembut dengan ibubapa. 1 2 3 4 5 Merendah Diri Memohon maaf bila melakukan kesalahan kepada ibubapa. 1 2 3 4 5 Menghargai Mengucapkan terima kasih jika menerima sesuatu daripada ibubapa. 1 2 3 4 5 SKALA MARKAH: 1 - Sukar menyatakan / melakukan 2 - Boleh menyatakan / melakukan dengan bimbingan berulang kali 3 - Boleh menyatakan / melakukannya dengan sekali bimbingan 4 - Boleh menyatakan / melakukan secara konsisten tanpa bimbingan 5 - Boleh menyatakan / melakukan secara konsisten serta mampu mengimprovasi MARKAH YANG DIPEROLEHI PERKARA MARKAH Pengetahuan Sedia Ada / 20 Kecenderungan Bakat / 20 Kepatuhan Kepada Diri Sendiri / 40 Kepatuhan Kepada Keluarga / 20 JUMLAH / 100


MODUL PBL KU SEJAHTERA 18 SLIP PENILAIAN 2 (Diisikan oleh guru) NAMA: _________________________________________________ KELAS: ________________________ Konstruk Pengetahuan Sedia Ada (Bulatkan pada nombor yang berkenaan) Elemen A: Pengetahuan ASPEK TRAIT SKALA MARKAH Produk Menyatakan tajuk 1 2 3 4 5 Bahan Menyenaraikan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan produk 1 2 3 4 5 Sumber Bahan Menyatakan dimana bahan di perolehi 1 2 3 4 5 Menerangkan bagaimana bahan itu di perolehi 1 2 3 4 5 Konstruk Pengetahuan Elemen B: Kecenderungan Bakat ASPEK TRAIT SKALA MARKAH Kemahiran Bercerita tentang proses menghasilkan produk. 1 2 3 4 5 Pengalaman menghasilkan produk 1 2 3 4 5 Bersoal Jawab Kuantiti bahan untuk menghasilkan produk 1 2 3 4 5 Peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan produk 1 2 3 4 5 Konstruk Kebersihan Elemen C: Kepatuhan Kepada Diri Sendiri ASPEK TRAIT SKALA MARKAH Kebersihan Gigi Memberus gigi selepas makan 1 2 3 4 5 Kebersihan Kuku Memotong kuku 1 2 3 4 5 Kebersihan Rambut Menyikat rambut dengan kemas 1 2 3 4 5 Ketrampilan Diri Kekemasan Pakaian 1 2 3 4 5 Kebersihan Kelas Menjaga harta benda sendiri seperti alat tulis 1 2 3 4 5 Kebersihan Kelas Membuang sampah ke dalam tong sampah. 1 2 3 4 5 Kebersihan Kelas Menjaga kebersihan bilik darjah 1 2 3 4 5 Kebersihan Kelas Menyusun kasut dengan betul 1 2 3 4 5 SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 JALAN PETOLA 24/8, 40300 SHAH ALAM BORANG 2


MODUL PBL KU SEJAHTERA 19 Konstruk Sosialisasi Elemen D: Kepatuhan Kepada Guru ASPEK TRAIT SKALA MARKAH Kepatuhan Melakukan perkara yang disuruh oleh guru dan megikut arahan. 1 2 3 4 5 Bercakap Dengan Sopan Bercakap dengan sopan dan lembut dengan guru. 1 2 3 4 5 Merendah Diri Memohon maaf bila melakukan kesalahan kepada guru. 1 2 3 4 5 Menghargai Mengucapkan terima kasih jika menerima sesuatu daripada guru. 1 2 3 4 5 SKALA MARKAH: 1 - Sukar menyatakan / melakukan 2 - Boleh menyatakan / melakukan dengan bimbingan berulang kali 3 - Boleh menyatakan / melakukannya dengan sekali bimbingan 4 - Boleh menyatakan / melakukan secara konsisten tanpa bimbingan 5 - Boleh menyatakan / melakukan secara konsisten serta mampu mengimprovasi MARKAH YANG DIPEROLEHI PERKARA MARKAH Pengetahuan Sedia Ada / 20 Kecenderungan Bakat / 20 Kepatuhan Kepada Diri Sendiri / 40 Kepatuhan Kepada Keluarga / 20 JUMLAH / 100


MODUL PBL KU SEJAHTERA 20 SLIP PENILAIAN 2 (Diisikan oleh juri) BORANG PEMARKAHAN KARNIVAL “PROJECT BASED LEARNING” PRASEKOLAH KELAS: ____________________________________ KRITERIA PENERANGAN SKOR MARKAH Rekabentuk Tema/Tajuk 5 Objektif 5 JUMLAH SKOR REKABENTUK Proses Pembahagian Tugasan 5 Mengumpulkan maklumat menggunakan kaedah yang sesuai 5 Memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber 5 Mempamer sikap bersungguh-sungguh 5 JUMLAH SKOR PROSES Pengetahuan Pembentangan Kebolehan berkomunikasi dalam sesi soal jawab. 10 JUMLAH SKOR PENGETAHUAN Persembahan Kreativiti 10 Kolaboratif ahli kumpulan 10 Keyakinan dan kelancaran komunikasi 10 Penghasilan Produk Akhir 10 Nilai murni/Elemen merentas kurikulum 10 Keceriaan Tempat 10 JUMLAH SKOR PERSEMBAHAN JUMLAH SKOR KESELURUHAN Panduan Skala Markah: Skala Markah (Reka Bentuk dan Proses) Skala Markah (Pengetahuan dan Persembahan) Skor 1 Sangat lemah Skor 1-2 Sangat Lemah Skor 2 Lemah Skor 3-4 Lemah Skor 3 Sederhana Skor 5-6 Sederhana Skor 4 Baik Skor 7-8 Baik Skor 5 Cemerlang Skor 8-10 Cemerlang SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 JALAN PETOLA 24/8, 40300 SHAH ALAM BORANG 3


MODUL PBL KU SEJAHTERA 21 SLIP MAKLUM BALAS KARNIVAL PBL KU SEJAHTERA (Diisikan oleh pengunjung) NAMA : _______________________________________________________ JAWATAN : _______________________________________________________ INSTITUSI : _______________________________________________________ TARIKH : ________________________ TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA DAN MAKLUM BALAS YANG DIBERIKAN SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 JALAN PETOLA 24/8, 40300 SHAH ALAM BORANG 4


MODUL PBL KU SEJAHTERA 22 CONTOH 1: PERLAKSANAAN PBL KU SEJAHTERA – PRASEKOLAH SK SEKSYEN 24, TAHUN 2018 FASA SATU 1. Guru dan murid mengadakan sesi perbualan pagi, dimana pada sesi ini guru membuat pemerhatian dan penilaian terhadap kecenderungan minat murid-murid. Sesi ini juga dinamakan “Brainstorming”. 2. Setelah guru melihat kecenderungan dan minat murid makan guru boleh menentukan tema dan tajuk untuk Pembelajaran Berasakan Projek. 3. Setelah penetapan tema dan tajuk dibuat, guru memaklumkan kepada ibu bapa tentang keperluan dan kemahiran apa yang hendak di nilai menggunakan media sosial yang ada seperti “Whatsapp”, pautan video dan pelbagai info di media sosial. (Flipped Classroom). 4. Pada tahun ini, guru telah memilih Tema: Pekerjaan / Kerjaya untuk pembelajaran berasaskan projek, dimana kerjaya yang dipilih ialah sebagai usahawan makanan. 5. Pada tahap ini juga murid dinilai tahap sahsiah dan kecenderungan mereka menggunakan “Slip Penilaian 1” dimana slip ini diberikan kepada ibubapa dan ianya dinilaikan oleh ibubapa berdasarkan pemerhatian mereka terhadap anak mereka dirumah. 6. Setelah tajuk dipilih, maka guru juga menentukan objektif. Di fasa ini juga guru dan murid telah mengumpulkan seberapa banyak maklumat tentang tajuk yang dipilih iaitu Makanan. (Biskut, Kek dan Roti). 7. Contoh aktiviti pengumpulan maklumat di fasa satu ini ialah : Melihat video tentang penghasilan biskut, roti dan kek. Mencari maklumat tentang bahan dan resepi untuk menghasilkan biskut,roti dan kek. Menghasilkan peta i-think tentang biskut, roti dan kek. Mencari risalah tentang harga, tempat dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat biskut, roti dan kek. 8. Memandangkan SKS24, mempunyai 3 blok dan enam buah kelas, makan setiap kelas telah memilih tajuk seperti berikut untuk PBL mereka. House of Cookies (Pra Berlian)


MODUL PBL KU SEJAHTERA 23 Delima Cookies (Pra Delima) Intanlicous (Pra Intan) Tinker Bell Cake (Pra Mutiara) Nilam Homemade Sandwich (Pra Nilam) D’Zamrud Cottage (Pra Zamrud) FASA DUA 1. Pada fasa kedua ini, murid-murid dibawa ke Kidzania untuk melihat bagaimana keadaan sebenar proses jual beli dijalankan dipasaraya dan melihat bagaimana proses penghasilan makanan seperti burger di hasilkan. 2. Pada fasa dua ini juga guru dan murid melakukan sesi praktikal dan latihan sebagai pengusaha makanan seperti bagaimana untuk membuat biskut, roti dan kek. 3. Guru juga membuat penilaian terhadap kecenderungan murid terhadap peranan yang sepatutnya seseorang murid itu jalankan seperti menjadi penyambut tetamu, chef, jurujual, juruwang dan sebagainya. 4. Pemilihan tugasan murid pada fasa dua ini, ditentukan oleh guru mengikut kepada kecenderungan dan kekuatan murid itu sendiri, berdasarkan kepada “Slip Penilaian 2” yang telah dijalankan pada fasa satu. 5. Murid menjalankan aktiviti latihan dan praktikal membuat biskut, kek, sandwich serta proses jual beli didalam kelas. FASA TIGA 1. Fasa refleksi, dimana murid menjelmakan segala kefahaman mereka terhadap kemahiran yang telah mereka kuasai dalam Karnival PBL KU SEJAHTERA dijalankan pada 29.10.2018. 2. Diantara kemahiran tersebut adalah kemahiran tentang urusan jual beli, membuat biskut, kek, sandwich dan berkomunikasi melayan tetamu dan pelanggan. 3. Pada fasa ini juga Prasekolah telah mengadakan pertandingan PBL terbaik berdasarkan 6 kelas dan ia di nilai oleh juri Profesional yang terdiri daripada pihak PPD, Jurulatih Utama Prasekolah dan Para Pentadbir SKS24 menggunakan “Slip Penilaian 3”. 4. Maklumbalas daripada ibubapa, pentadbir dan orang luar yang datang di rekodkan kedalam “Slip Maklum Balas”.


MODUL PBL KU SEJAHTERA 24 LAPORAN BERGAMBAR 1. PRA BERLIAN – HOUSE OF COOKIES Murid-murid Pra Berlian Murid mempromosikan menu dan biskut mereka Murid menjalankan aktiviti jual beli bersama pelanggan Murid menjalankan tugasan sebagai juru jual dan promosi


MODUL PBL KU SEJAHTERA 25 Aktiviti murid yang dijalankan semasa fasa 1 Pegawai ppd prasekolah bersama murid yang sedang menghasilkan biskut. 2. PRA DELIMA – DELIMA COOKIES Murid-murid Pra Delima Murid menjalankan aktiviti menjual biskut dengan menjaja kepada pelanggan. Murid mempromosikan menu di gerai mereka


MODUL PBL KU SEJAHTERA 26 3. PRA INTAN - INTANLICOUS Murid menjalankan demonstrasi masakan kek batik kepada pengunjung gerai. Murid bertindak sebagai chef, untuk memasak kek batik. Murid-murid Pra Intan 4. PRA MUTIARA : TINKER BELL CAKE Murid-murid Pra Mutiara


MODUL PBL KU SEJAHTERA 27 Murid menjalankan aktiviti menghias kek. Murid menjalankan aktiviti menghias kek. 5. PRA NILAM - NILAM HOMEMADE SANDWICH. Murid-murid Pra Nilam Murid menjalankan aktiviti menghasilkan sandwich. Murid menjalankan aktiviti menghias sandwich.


MODUL PBL KU SEJAHTERA 28 6. PRA ZAMRUD - D’ZAMRUD COTTAGE Murid-murid Pra Zamrud Murid menjalankan aktiviti menghasilkan sandwich telur Murid menjalankan aktiviti menghias sandwich telur


MODUL PBL KU SEJAHTERA 29 CONTOH 2: PERLAKSANAAN PBL KU SEJAHTERA – PRASEKOLAH SK SEKSYEN 24, TAHUN 2019 FASA 1 1. Guru dan murid mengadakan sesi perbualan pagi, dimana pada sesi ini guru membuat pemerhatian dan penilaian terhadap kecenderungan minat murid-murid. Sesi ini juga dinamakan “Brainstorming”. 2. Setelah guru melihat kecenderungan dan minat murid makan guru boleh menentukan tema dan tajuk untuk Pembelajaran Berasakan Projek. 3. Setelah penetapan tema dan tajuk dibuat, guru memaklumkan kepada ibu bapa tentang keperluan dan kemahiran apa yang hendak di nilai menggunakan media sosial yang ada seperti “Whatsapp”, pautan video dan pelbagai info di media sosial. (Flipped Classroom) 4. Pada tahun ini, guru telah memilih Tema: Pekerjaan/ Kerjaya untuk pembelajaran berasaskan projek, dimana kerjaya yang dipilih ialah sebagai usahawan makanan. 5. Pada tahap ini juga murid dinilai tahap sahsiah dan kecenderungan mereka menggunakan “Slip Penilaian 1” dimana slip ini diberikan kepada ibubapa dan ianya akan dinilaikan oleh ibubapa berdasarkan pemerhatian mereka terhadap anak mereka dirumah. 6. Setelah tajuk dipilih, maka guru juga menentukan objektif. Pada fasa ini juga guru dan murid telah mengumpulkan seberapa banyak maklumat tentang tajuk yang dipilih iaitu Pekerjaan. 7. Contoh aktiviti pengumpulan maklumat di fasa satu ini ialah : Melihat video tentang bidang kerjaya yang dipilih. Mencari maklumat tentang kerjaya yang dipilih. Menghasilkan peta i think tentang kerjaya yang dipilih. Mencari risalah tentang barang, tempat dan peralatan yang diperlukan dalam kerjaya yang dipilih. 8. Memandangkan SKS24, mempunyai 3 blok dan enam buah kelas, makan setiap kelas telah memilih tajuk seperti berikut untuk PBL mereka Chocolate Paradise (Pra Berlian) Delima Café (Pra Delima) Intanmart (Pra Intan)


MODUL PBL KU SEJAHTERA 30 Mini Vitagen Factory (Pra Mutiara) Lightworks Studio (Pra Nilam) D’Zamrud Showroom (Pra Zamrud) Contoh Objektif Mengikut Kelas: KELAS TAJUK OBJEKTIF Pra Berlian Chocolate Paradise Murid dapat menerangkan proses menghasilkan coklatbermula daripada biji benih koko sehingga produk-produk yang dapat dihasilkan daripada koko. (Menerangkan cara penyediaan produk coklat – Marshmallow, coklat blok, coklat jar) serta dapat menjalankan urusniaga (jualbeli) dengan baik. Pra Delima Delima Cafe Murid dapat menghasilkan sendiri sandwich istimewa, roti bakar yang dibakar serta doperkaya dengan vitamin omega 3 (Ikan makeral) dan murid dapat memasarkan hasil pembuatan sandwich tersebut kepada pelanggan. Pra Intan Intanmart Murid dapat menguasai kemahiran membuat kek batik, air MILO, asas solekan dan asas jual beli bersama pelanggan. Pra Mutiara Mini Vitagen Factory Murid tahu lima langkah penghasilan vitagen di kilang dan membuat vitagen homemade. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi, bekerjasama dan keyakinan diri. Pra Nilam Lightworks Studio Murid dapat menghasilkan bingkai gambar. Pra Zamrud D’zamrud Showroom Murid dapat menghasilkan model kenderaan daripada bahan terpakai.


MODUL PBL KU SEJAHTERA 31 Laporan Bergambar: PRA BERLIAN - CHOCOLATE PARADISE Chocolate paradise Murid menonton video tentang latar belakang coklat. Murid diterangkan oleh guru tentang bahan-bahan untuk menghasilkan coklat. Murid melukis pokok koko bahan asas untuk menghasilkan coklat. Murid membuat peta ithink tentang penghasilan coklat. Murid menulis resepi untuk menghasilkan coklat.


MODUL PBL KU SEJAHTERA 32 FASA DUA 1. Pada fasa kedua ini, murid-murid dibawa ke Kidzania untuk melihat bagaimana keadaan sebenar proses jual beli dijalankan dipasaraya dan melihat bagaimana latarbelakang setiap pekerjaan yang berbeza. 2. Pada fasa dua ini juga guru dan murid melakukan sesi praktikal dan latihan mengikut kerjaya yang mereka pilih. 3. Guru juga membuat penilaian terhadap kecenderungan murid terhadap peranan apa yang sepatutnya seseorang murid akan jalankan seperti menjadi penyambut tetamu, chef, jurujual, juruwang dan sebagainya. 4. Murid menjalankan aktiviti latihan dan praktikal bagaimana kerjaya sebenar mereka di dalam kelas. Laporan Bergambar: Pra Berlian: Chocolate paradise Murid membuat persediaan bagi mengadakan pameran untuk fasa 3. Murid menjalankan praktikal menghasilkan produk daripada coklat.


MODUL PBL KU SEJAHTERA 33 Pra Intan: Intanmart - Murid pergi ke pasaraya di kidzania untuk mendapatkan pengalaman menjadi juruwang, pembeli dan jurujual produk. Murid membuat latihan sebagai jurusolek. Murid membuat latihan menghasilkan kek batik untuk dijual semasa fasa 3 nanti. Murid membuat latihan sebagai juruwang. Pra Mutiara: Mini Vitagen Factory Murid ke galeri menghasilkan vitagen di Kidzania.


MODUL PBL KU SEJAHTERA 34 Murid menghasilkan poster untuk pameran vitagen mereka di fasa 3. Pra nilam: Lightworks Studio Murid ke galeri gambar untuk merasai pengalaman sebagai jurugambar. Murid membuat persediaan untuk galeri bingkai gambar. Pra Zamrud: D’Zamrud Showroom Murid menghasilkan model kenderaan untuk pameran pada fasa 3.


MODUL PBL KU SEJAHTERA 35 FASA TIGA 1. Fasa refleksi, dimana murid menjelmakan segala kefahaman mereka terhadap kemahiran yang telah mereka kuasai. 2. Karnival PBL KU SEJAHTERA dijalankan pada 27.9.2019. Pada fasa ini juga Prasekolah telah mengadakan pertandingan PBL terbaik berdasarkan 6 kelas dan dinilai oleh juri Profesional yang terdiri daripada pihak PPD, Jurulatih Utama Prasekolah dan Para Pentadbir SKS24. Penilaian dijalankan menggunakan‘Slip Penilaian 3’ 3. Penilaian dilakukan oleh: i. Wakil ibubapa ii. Pentadbir sekolah iii. Wakil PPD 4. Setiap pemarkahan yang tertinggi dikira pemenang untuk kategori murid dan produk PBL yang dihasilkan. “Slip Maklum Balas” perlu diisi oleh ibu bapa dan pihak luar yang hadir semasa karnival. Laporan Bergambar: Pra Berlian : Chocolate Paradise Murid main peranan sebagai Juruacara menerangkan proses penghasilan coklat bermula daripada pokok Koko


MODUL PBL KU SEJAHTERA 36 Murid menghasilkan produk daripada coklat. Murid menghasilkan produk daripada coklat. Pra Delima: Delima Cafe Murid menghasilkan sandwich sardin Murid menghasilkan sandwich sardin Murid menerima pesanan daripada pelanggan.


MODUL PBL KU SEJAHTERA 37 Murid main peranan sebagai “Promoter”. Pra intan : Intanmart Murid main peranan sebagai “Promoter”. Pra intan : Intanmart Murid menghasilkan kek batik untuk jualan. Murid menghasilkan air Milo untuk jualan.


MODUL PBL KU SEJAHTERA 38 Murid main peranan sebagai jurusolek dan mengambil tempahan menghias pelanggan. Murid main peranan sebagai jurujual di kaunter jualan. Pra Mutiara : Mini Vitagen Factory Murid main peranan sebagai juruacara menerangkan replika mesin menghasilkan Vitagen. Proses penghasilan minuman Vitagen. Pra Nilam: Lightworks Studio.


MODUL PBL KU SEJAHTERA 39 Hasil murid membuat frame gambar. Galeri gambar Pra Zamrud : D’zamrud Showroom Murid bersama replica kenderaan yang dihasilkan. Murid bersama replika kenderaan yang dihasilkan. Galeri Pameran Kenderaan.


MODUL PBL KU SEJAHTERA 40 CONTOH 3: PERLAKSANAAN PBL KU SEJAHTERA – PRASEKOLAH SK SEKSYEN 24, TAHUN 2020 PENGENALAN Penglibatan murid Prasekolah di dalam Program PBL “KEK BATIK” ini, adalah dengan setiap kelas akan menjalankan tajuk dan aktiviti yang sama berdasarkan kepada beberapa aktiviti yang telah dijalankan mengikut 3 fasa. Berikut adalah perincian aktiviti yang akan dijalankan mengikut 3 fasa yang telah dirancangkan berdasarkan tajuk yang dipilih. Memandangkan pada tahun 2020 telah berlakunya wabak Covid19, dan sesi pembelajaran telah dijalankan secara online, maka PBL pada tahun 2020 ini juga telah dijalanakan secara online dengan kerjasama bersama ibubapa dirumah. TEMA : MAKANAN TAJUK : KEK BATIK Fasa Aktiviti Fasa 1 30.11.2020 hingga 4.12.2020 Murid melihat video tentang kaedah penghasilan makanan yang telah dipilih Murid membuat buku skrap dan peta i-Think tentang penghasilan kek batik. Mengumpul maklumat tentang proses penghasilan makanan yang dipilih. Fasa 2 7.12.2020 hingga 11.12.2020 Murid berlatih untuk menghasilkan makanan yang dipilih menggunakan bahan-bahan yang sebenar. Fasa 3 14.12.2020 Murid membuat pembentangan tentang hasil kerja mereka mengenai proses penghasilan makanan yang telah dipilih. (melalui rakaman video)


MODUL PBL KU SEJAHTERA 41 Fasa satu: murid menyenaraikan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek batik. Fasa satu: murid menyenaraikan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek batik. Fasa dua: murid membuat topi chef untuk memasak kek batik. Fasa dua: murid membuat topi chef untuk memasak kek batik. Fasa dua: murid membuat topi chef untuk memasak kek batik.


MODUL PBL KU SEJAHTERA 42 Fasa 3: Murid menyediakan kek batik. Fasa 3: murid membuat video tentang bahan-bahan dan teknik penyediaan kek batik.


MODUL PBL KU SEJAHTERA 43 CONTOH 4: PERLAKSANAAN PBL KU SEJAHTERA – PRASEKOLAH SK SEKSYEN 24, TAHUN 2021 PENGENALAN Penglibatan murid Prasekolah di dalam PBL KU SEJAHTERA “CINTAI BUMI KITA” ini, adalah dengan setiap kelas akan menjalankan tajuk dan aktiviti yang sama berdasarkan kepada beberapa aktiviti yang telah dijalankan mengikut 3 fasa. Berikut adalah perincian aktiviti yang akan dijalankan mengikut 3 fasa yang telah dirancangkan berdasarkan tajuk yang dipilih. Memandangkan pada tahun 2021 telah berlakunya wabak Covid-19, dan sesi pembelajaran telah dijalankan secara online, maka PBL KU SEJAHTERA pada tahun 2021 ini juga telah dijalanakan secara online dengan kerjasama bersama ibubapa di rumah. TEMA : ALAM SEKITAR TAJUK : CINTAI BUMI KITA Objektif: Di akhir program ini murid dapat 1. Mengetahui tiga elemen alam sekitar iaitu air, udara dan tumbuhan. 2. Mengetahui empat jenis pencemaran alam sekitar iaitu air, udara, bunyi dan tanah. 3. Mengetahui tiga warna tong kitar semula. (Biru, Oren & Coklat) 4. Mengetahui kaedah kitar semula. Fasa Aktiviti Fasa 1 16 - 31 Ogos 2021 Guru berkongsi “Link” dan info tentang tema/tajuk PBL KU SEJAHTERA yang hendak dijalankan kepada ibu bapa. Murid mengenal dan tahu yang di maksudkan dengan alam sekitar. Murid menonton video tentang alam sekitar. Murid membuat peta i-Think tentang elemen yg ada di dalam alam sekitar. Murid mengetahui tentang masalah alam sekitar dan cara mengatasinya.


MODUL PBL KU SEJAHTERA 44 Fasa 2 1- 30 September 2021 Murid menghasilkan tong kitar semula, menggunakan apaapa bahan yg dianggap sesuai mengikut kreativiti masingmasing-masing. Murid menghasilkan buku skrap tentang bahan-bahan yang boleh dikitar semula dan bagaimana mengasingkannya mengikut warna tong yang betul. Fasa 3 1 - 29 Oktober 2021 Murid mengumpulkan beberapa bahan yang boleh dikitar semula dan meletakkannya di dalam tong kitar semula mengikut kategori yang betul. Murid membuat video penerangan tentang hasil projek kitar semula mereka. Laporan Bergambar Fasa satu: murid membuat peta i-Think yang bertajuk jenis-jenis pencemaran. Fasa satu: murid membuat peta i-Think yang bertajuk jenis-jenis pencemaran


MODUL PBL KU SEJAHTERA 45 Fasa satu: murid membuat peta poster yang bertajuk “Save Our Earth”. Fasa 2: murid menghasilkan tong kitar semula menggunakan bahan buangan. Fasa 3: Murid menerangkan jenis-jenis tong kitar semula dan bagaimana untuk menjalankan proses kitar semula. Fasa 3: Murid menerangkan jenis-jenis tong kitar semula, bagaimana untuk menjalankan proses kitar semula dan mengapa kita perlu sayangkan bumi kita.


MODUL PBL KU SEJAHTERA 46 CONTOH 5: PERLAKSANAAN PBL KU SEJAHTERA – PRASEKOLAH SK SEKSYEN 24, TAHUN 2022 PENGENALAN Penglibatan murid Prasekolah di dalam Program “Kenali Buah-Buahan Tempatan” ini, adalah dengan setiap kelas akan menjalankan tajuk dan aktiviti yang sama berdasarkan kepada beberapa aktiviti yang telah dijalankan mengikut 3 fasa. Berikut adalah perincian aktiviti yang akan dijalankan mengikut tiga fasa yang telah dirancangkan berdasarkan tajuk yang dipilih : TEMA : BUAH-BUAHAN TAJUK : KENALI BUAH-BUAHAN TEMPATAN Objektif : Di akhir program ini murid dapat: 1. Mengenali mengenali jenis-jenis buah-buahan melalui aktiviti PBL fasa pertama yang dijalankan bersama-sama guru dan rakan-rakan. 2. Mengetahui apakah khasiat yang terkandung pada buah-buahan tersebut dengan terperinci. 3. Mengetahui bagaimana bagaimana proses pertumbuhan buah-buahan dengan baik. 4. Mengetahui apakah produk yang dapat dihasilkan daripada buah-buahan. Fasa Aktiviti Fasa 1 9 – 20 Januari 2023 Menonton video tentang jenis-jenis dan proses pertumbuhan buah-buahan. Menonton video tentang produk-produk yang boleh dihasilkan daripada buah-buahan. Melukis peta ithink tentang jenis-jenis dan proses pertumbuhan buah-buahan. Membuat peta i-Think yang bertajuk produk yang dihasilkan daripada buah-buahan. Melukis poster buah-buahan yang bertajuk Kenali BuahBuahan Tempatan.


MODUL PBL KU SEJAHTERA 47 Menonton video tentang proses penghasilan produk daripada buah-buahan. Fasa 2 23 Januari – 3 Febuari 2023 Murid menjalankan aktiviti menghasilkan produk daripada buah-buahan. Murid membuat latihan untuk pembentangan bagaimana proses pertumbuhan buah-buahan dan proses penghasilan produk daripada buah-buahan. Fasa 3 9 Februari 2023 Perlaksanaan pembentangan proses pertumbuhan buahbuahan dan penghasilan produk daripada buah-buahan secara praktikal oleh murid-murid. Perlaksanaan Program “Kenali Buah-Buahan Tempatan


MODUL PBL KU SEJAHTERA 48 MINGGU – 33 HARI: ISNIN TARIKH: 10.9.2018 PENDEKATAN: PUSAT PEMBELAJARAN /TEMA/PEMBELAJARAN KENDIRI (MAKANAN) MASA STANDARD PEMBELAJARAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN BAHAN AKTIVITI KESEPADUAN/REFLEKSI 20MINIT PERBUALAN PAGI Berdoa, menyanyikan lagu negaraku, mencatat kedatangan murid, berbual tentang nama hari, cuaca dan tarikh dan membaca doa belajar. -Pembelajaran lepas. -Perbincangan mengenai hari ini. -Nasihat/peraturan sepanjang aktiviti dijalankan. 30 MINIT FIZIKAL (ASAS) 8.20-8.50 FK2.1.3 Melakukan pergerakan mengikut arah. Murid boleh melakukan pergerakan mengikut arah. CD lagu -Guru menunjukkan pergerakan mengikut arah yang ditentukan mengikut lagu. -Murid mengikut pergerakan guru bersamasama. 40 MINIT BM(AKT.PEM) 8.50-9.30 BM2.4.2Membaca ayat mudah yang menggandungi perkataan dengan suku kata terbuka. BM2.6.3Membaca perkataan yang terdapat dalam buku. BM3.2.5 Menyalin ayat mudah Murid boleh : -Membaca ayat mudah yang menggandungi perkataan dengan suku kata terbuka. -Membaca perkataan yang terdapat dalam buku. -Menyalin ayat mudah. Lembaran kerja Murid dibahagikan kepada 3 Stesyen. S1-Murid membaca ayat mudah yang mengandungi bahan-bahan membuat kek batik. S2- Murid membaca perkataan yang terdapat didalam resepi kek batik. S3-Murid menyalin resepi kek batik. -“Project Based Learning” Fasa 1 30 MINIT BM 9.30-10.00 KD2.3.1 30 MINIT REHAT DAN PENGURUSAN DIRI 20 MINIT MA (AKT.PEM) 10.30-10.50 MA3.2.4Menolak dalam lingkungan fakta asas. Murid boleh menolak dalam lingkungan fakta asas. -Murid menolak dalam lingkungan fakta asas. Contoh: 10-5=5 60 MINIT BI (AKT.PEM) 10.50-11.50 BI2.3.5 Read simple sentence. BI2.4.1 Recognise and name pictures in books. Pupils can : i. Read simple sentence. ii. Recognise and name pictures in books. -Pupils will split into 2 station based on the activities. -Pupils sound out letter of the alphabet based on the reading book given by the teacher. S1-Pupils read simple sentences with picture given. Eg: S2-Pupils draw and name the variety of food. 10 MINIT REFLEKSI 11.50-12.00 1. Ulasan Pdp dan hasil kerja murid. 2. Pesanan. 3. Beratur, baca,doa, nyanyian dan pulang.


MODUL PBL KU SEJAHTERA 49 MINGGU – 33 HARI: SELASA TARIKH: 12.9.2017 PENDEKATAN: PUSAT PEMBELAJARAN /TEMA/PEMBELAJARAN KENDIRI (MAKANAN) MASA STANDARD PEMBELAJARAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN BAHAN AKTIVITI KESEPADUAN/REFLEKSI 20MINIT PERBUALAN PAGI 8.00-8.20 Berdoa, menyanyikan lagu negaraku, mencatat kedatangan murid, berbual tentang nama hari,cuaca dan tarikh dan membaca doa belajar -Pembelajaran lepas. -Perbincangan mengenai hari ini. -Nasihat/peraturan sepanjang aktiviti dijalankan. 30MINIT 8.20-8.50 FIZIKAL ASAS FK5.2.1Menunjukkan contoh cara untuk mengelakkan jangkitan penyakit. Murid boleh menunjukkan contoh cara untuk mengelakkan jangkitan penyakit. Sabun basuh tangan -murid membuat praktikal cara membasuh tangan dengan betul bersamasama. 30 MINIT 8.50-9.20 BI(AKT.PEM) BI1.1.1Listen to and identify common sounds in the environment. Pupils can listen to and identify common sounds in the environment. -Talk about healthy food. 40 MINIT MA(AKT.PEM) 9.20-10.00 MA3.2.2Menyatakan baki berdasarkan situasi yang diberi dengan menggunakan objek. Murid boleh menyatakan baki berdasarkan situasi yang diberi dengan menggunakan objek. Murid menyelesaikan operasi tolak dengan menggunakan objek konkrit. 30 MINIT REHAT DAN PENGURUSAN DIRI 40 MINIT SA (AKT.PEM) 10.30-11.10 SA1.1.1Menunjukkan sikap ingin tahu dan bekerjasama. Murid boleh menunjukkan sikap ingin tahu dan bekerjasama Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan (station) S1-Murid menamakan Bahan-bahan untuk membuat Kek Batik. S2-Murid menyebut dan menuliskan jenis-jenis bahan untuk membuat kek batik. Contoh: MILO, biskut marie, susu pekat dll. KD2.3.1, BM1.4.6 -“Project Based Learning” Fasa 1 40 MINIT BM 11.10-11.50 BM2.3.4 Membaca perkataan dengan sukukata terbuka dan tertutup. i)KVK ii)V+KV iii)V+KVK iv)KV+KVK v)KVK+KV vi)KVK+KVK Murid boleh membaca perkataan dengan sukukata terbuka dan tertutup. i)KVK ii)V+KV iii)V+KVK iv)KV+KVK v)KVK+KV vi)KVK+KVK Buku bacaan -Murid membaca perkataan dengan sukukata terbuka dan tertutup bersama guru. -Murid diberikan kepada kumpulan kecil dan membaca bersamasama. KD2.3.1 10 MINIT REFLEKSI 11.50-12.00 1. Ulasan Pdp dan hasil kerja murid. 2. Pesanan. 3. Beratur, baca, doa, nyanyian dan pulang.


MODUL PBL KU SEJAHTERA 50 MINGGU – 33 HARI: RABU TARIKH: 12.9.2018 PENDEKATAN: PUSAT PEMBELAJARAN /TEMA/PEMBELAJARAN KENDIRI (PEKERJAAN) MASA STANDARD PEMBELAJARAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN BAHAN AKTIVITI KESEPADUAN/REFLEKSI 20MINIT PERBUALAN PAGI Berdoa, menyanyikan lagu negarakumencatat kedatangan murid, berbual tentang nama hari,cuaca dan tarikh dan membaca doa belajar -Pembelajaran lepas. -Perbincangan mengenai hari ini. -Nasihat/peraturan sepanjang aktiviti dijalankan. 60 MINIT AGAMA ISLAM 8.20-9.20 KELAS DIAMBIL ALIH OLEH USTAZAH 20 MINIT MAIN BEBAS 9.20-9.40 20 MINIT BM 9.40-10.00 BM1.2.4 Mendengar dan memberi respons dengan bertatasusila terhadap : (iii) Cerita Murid mendengar dan memberi respons dengan bertatasusila terhadap : (iii) Cerita Buku Cerita -Murid mendengar cerita yang diceritakan oleh guru bertajuk “Sang Kancil Dengan Kerbau”. 30 MINIT REHAT DAN PENGURUSAN DIRI 80 MINIT SENI (AKT.PEM) 10.30-11.50 KE1.1.3Memilih pelbagai bahan yang sesuai dalam penghasilan karya. Murid boleh memilih pelbagai bahan yang sesuai dalam penghasilan karya. -Kertas, warna, pensel warna, gam, gunting. -Murid melihat video dan slaid tentang penghasilan kek batik. -Murid menghasilkan buku skrap tentang proses menghasilkan kek batik. -“Project Based Learning” Fasa 1 10 MINIT REFLEKSI 11.20-11.30 1. Ulasan Pdp dan hasil kerja murid. 2. Pesanan. 3. Beratur, baca, doa, nyanyian dan pulang.


Click to View FlipBook Version