The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NOTA BMG0023 PENGANTAR OPERASI FULL CHAPTER

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haslindashafie, 2023-02-28 03:27:20

NOTA BMG0023 PENGANTAR OPERASI FULL CHAPTER

NOTA BMG0023 PENGANTAR OPERASI FULL CHAPTER

Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 1/65 BAB 1 : OPERASI 1.0 Definisi: Pengeluaran boleh dimaksudkan sebagai mengeluarkan barangan atau perkhidmatan. Fungsi pengeluaran menunjukkan perhubungan di antara input dengan output dimana ianya bermaksud kuantiti maksimum sesuatu barang itu dapat dikeluarkan pada satu masa tertentu dengan menggunakan kombinasi input yang tertentu. Pengurusan pengeluaran pula merujuk kepada satu sistem yang mengandungi semua aktiviti-aktiviti yang penting di dalam menghasilkan barangan dan perkhidmatan. Sistem ini dipanggil sebagai proses transformasi iaitu proses yang menukarkan input menjadi output dengan mengambil kira maklumbalas dan perubahan daripada persekitaran. Terdapat 4 komponen utama di dalam sistem pengeluaran iaitu: 1. input (sumber) 2. proses transformasi 3. output (hasil) 4. maklumbalas dari persekitaran. Sistem Pengeluaran Sumber: • Manusia • Pengurusan • Bahan mentah • Peralatan • Kewangan • Informasi Strategi operasi • Kualiti • Rekabentuk • Strategi Proses • Perancangan kapasiti • Lokasi • Susunatur • Inventori • Penjadualan agregat • Penjadualan j/pendek • Pengurusan projek Hasil • Barangan dan perkhidmatan • Keuntungan dan kerugian • Kepuasan dan penambahan • Pekerja dan pengguna •


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 2/65 MAKLUMBALAS DARI PERSEKITARAN 1. Input /sumber - bahan asas yang diperlukan bagi tujuan mengeluarkan barangan dan perkhidmatan. 2. proses transformasi – segala aktivti penukaran input kepada output. 3. output - hasil terakhir yang didapati hasil daripada proses transformasi. 1.1 Fungsi operasi 1. Perancangan • fungsi menetapkan matlamat dalam memuaskan kehendak pengguna dengan menghasilkan barangan atau perkhidmatan yang menepati citarasa mereka. • Melibatkan penetapan misi dan matlamat dengan mengambilkira kekuatan dan kelemahan dalaman syarikat dan peluang ancaman dari persekitaran luaran. Dinamakan sebagai perancangan strategik. • Perancangan taktikal melibatkan pembentukan serta perlaksanaan strategi untuk mencapai matlamat yang telah dirancang. 2. Penyusunan • fungsi pengurusan yang berfokus kepada pengagihan samada manusia, bahan, kewangan atau informasi supaya perancangan dapat dilaksanakan dengan sempurna. • Melibatkan seseorang pengurus mengenalpasti proses pengeluaran yang terlibat, mengumpulkan proses kepada unit-unit yang tertentu yang menjadi asas kepada struktur sesebuah syarikat. • Melibatkan penstafan iaitu memadankan pekerja dengan tugas yang diperlukan disetiap unit. 3. Penstafan • kakitangan yang terlibat dalam pengurusan operasi perlu menyokong misi syarikat. • Pekerja mempunyai kuasa tertentu dan perlu mengikut etika yang telah digariskan. INPUT PROSES TRANSFORMASI OUTPUT


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 3/65 • Harus mempunyai matlamat yang seiring dengan misi syarikat. Contohnya berusaha meningkatkan produktiviti pengeluaran output dengan penggunaan input yang tetap. 4. Pengarahan • proses mempengaruhi orang lain bagi melaksanakan kerja untuk mencapai matlamat syarikat. 5. Pengawalan • fungsi pengurusan yang melibatkan penyaluran aktiviti syarikat supaya prestasi sebenar menepati piawai dan matlamat yang dijangkakan. • Kawalan dilakukan ke atas sumber syarikat (manusia, kewangan ,bahan dan informasi) untuk menjamin kualiti dan pencapaian matlamat syarikat. 1.2 Kaitan dengan fungsi lain 1. Kaitan operasi dengan pemasaran • kaitan antara operasi dan pemasaran adalah hanya kepada kajian reaksi terhadap output yang dikeluarkan dan bukanya dari segi mempromosikan output tersebut • pemasaran bertanggungjawab menyelidiki geraklaku pengguna di dalam menilai dan menggunakan output termasuk memberi idea-idea atau maklumbalas yang diharapkan. • Manakala operasi pula akan memperbaiki proses transformasi jika terdapat kelemahan. 2. Kaitan operasi dan kewangan • kewangan pula lebih mengkhususkan kepada pemerhatian terhadap kos, keuntungan, pelaburan dan aliran dana syarikat. • Koordinasi yang wujud antara operasi da kewangan lebih berbentuk kawalan ke atas kos dan kewangan supaya jumlah pulangan yang menguntungksn diperolehi sejajar dengan modal yang dikeluarkan. • Melibatkan keputusan pembelian input seperti bahan mentah dan perbelanjaan overhead terhadap output yang hendak dikeluarkan seperti peralatan rekabentuk, proses dan sebagainya. 3. Kaitan operasi dengan pembelian input • operasi memainkan peranan penting dengan menggunakan kaedah pengurusan inventori untuk memastikan kecukupan bekalan bahan mentah bagi memenuhi permintaan pengguna.


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 4/65 • Tanpa koordinasi yang cekap akan mengakibatkan syarikat gagal mengeluarkan ouput. 4. Kaitan operasi dan sumber manusia • sumber manusia memainkan peranan penting dalam menyediakan pekerja kepada system pengeluaran terutama diperingkat proses transformasi • Operasi memainkan peranan dalam menyenaraikan ciri-ciri pekerja yang dikehendaki supaya mendapat pekerja yang betul-betul memenuhi criteria untuk berada di dalam proses transformasi bagi melaksanakan strategi operasi. 1.3 Operasi : barangan dan perkhidmatan Perbezaan antara barangan dan perkhidmatan Barangan Perkhidmatan 1. bersifat ketara (nampak) 1. bersifat tidak ketara (tidak nampak) 2. boleh diinventorikan 2. perkhidmatan tidak boleh diinventorikan. 3. beberapa aspek kualiti dapat diukur 3. kebanyakan aspek kualiti sukar diukur. 4. jualan adalah berbeza daripada Pengeluaran. 4. jualan selalunya sebahagian daripada perkhidmatan. 5. lokasi penting untuk meminimumkan kos. 5. lokasi penting untuk perhubungan dengan pengguna. 6. hasil dijanakan daripada barangan yang nampak. 6. hasil dijanakan daripada perkhidmatan yang tidak nampak. 1.4 Strategi operasi (fokus produk, proses dan berulangan) 1.4.1 . Strategi proses • satu pendekatan untuk mentrasnformasikan input kepada produk atau perkhidmatan. • Strategi proses adalah penting tidak kira organisasi bercorak pembuatan atau perkhidmatan kerana ia berkaitan dengan cara pemilihan input( kemahiran, bahan mentah, peralatan dan lain-lain), operasi, aliran kerja dan kadah untuk menghasilkan produk atau membekalkan perkhidmatan. • Strategi ini bertujuan untuk memenuhi permintaan pelanggan dan mencapai keberkesanan kos serta matlamat pengurusan.


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 5/65 a) Fokus proses • juga dikenali sebagai ‘ intermittent process atau job shop’. • Produk yang dihasilkan adalah kurang dari segi volum tetapi mempunyai variasi yang tinggi. • Ini kerana pemprosesan perkhidmatan atau produk berdasarkan kepada permintaan pelanggan. • Mesin-mesin untuk fokus proses dikongsi untuk pengeluaran barangan iaitu sejenis mesin boleh digunakan untuk menghasilkan barang-barang yang berlainan. • Mesin tersebut juga akan diberhentikan dan dipasang semula untuk penghasilan produk berlainan. • Contoh dalam kedai percetakan, projek-projek yang berlainan akan dilaksanakan seperti majalah, surat berita, laporan dan sebagainya. Kelebihan fokus proses • keboleubahan dalam pengeluaran produk dan volum. Organisasi boleh mengurangkan volum produk dan mengubah rekaan produk dengan senang. Kelemahan • kos per unit adalah tinggi berbanding dengan 2 strategi proses yang lain. • Perlu menghasilkan satu jadual yang kompleks untuk menyenaraikan proses sesuatu barangan supaya produk dapat dihasilkan pada waktu yang ditetapkan. • Produk dihasilkan secara manual. Oleh itu pekerja perlu menjalani laihan supaya produk yang dihasilkan memenuhi kehendak pelanggan dan berkualiti. • Mengambil jangka waktu yang lama untuk menghasilkan sesuatu produk. Utiliti peralatan adalah rendah. 1.4.2 fokus berulangan • juga dikenali sebagai ‘assembly line atau production line’. • ‘Modules’ digunakan dalam strategi proses ini dan telah disediakan dengan lebih awal, biasanya diproses melalui focus proses. • Modules akan dicantumkan dengan output fokus berulangan untuk menghasilkan produk yang siap. • Fokus ini lebih digunakan dalam memprosesan makanan segera, produk automobile dan peralatan rumah seperti tv, mesin basuh dll. • Dalam fokus berulangan, pemprosesan sesuatu produk seperti kereta memerlukan peralihan dari satu stesen ke satu stesen. • Lebih berstruktur dari fokus proses tapi kurang berstruktur berbanding fokus produk. • Menghasilkan produk dalam volum yang rendah tetapi mempunyai variasi yang tinggi.


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 6/65 Kelebihan • dapat menikmati kelebihan dari segi ekonomi kerana kebanyakan modules telah disediakan lebih awal dan boleh didapati dengan mudah. • Mesin tertentu digunakan untuk menghasilkan produk. Oleh itu tenaga kerja tidak memerlukan kemahiran yang banyak. Kelemahan • memerlukan sumber kewangan yang banyak dalam pembelian peralatan. Oleh itu kos tetap adalah tinggi. • Sukar untuk menukar teknologi ataupun rekaan produk. 1.4.3 Fokus produk • juga dikenali dengan ‘line flow production atau continuous production’. • Produk yang dihasilkan tidak mempunyai variasi yang tinggi tetapi volum yang tinggi dan mempunyai standardisasi yang tinggi iaitu produk adalah sama dari segi fizikal. • Mesin-mesin tidak dikongsi seperti fokus proses. Setiap jenis mesin mempunyai fungsinya yang spesifik. • Produk yang ingin dihasilkan mempunyai aliran masing-masing. Contoh produk daripada fokus produk adalah seperti keluli, kertas,mentol lampu dll. • Mempunyai automasi yang tinggi, peranan pekerja hanya mengawal perjalanan peralatan, tekan butang pada masa yang ditetapkan. • Bergantung kepada mesin , maka jangka masa beroperasi adalah 24 jam. • Pekerja hanya bertukar syif untuk mengendalikan mesin-mesin. Kelebihan • organisasi menikmati kelebihan dari segi kos berubah iaitu kos per unit adalah rendah. • Penggunaan automasi dalam pengeluaran mengurangkan kos melatih pekerja. • Perancangan dan pengawalan semasa penghasilan produk juga adalah lebih senang kerana dikawal oleh kawalan elektronik yang telah ditetapkan. • Utility penggunaan ke atas peralatan adalah tinggi iaitu sebanyak 70% hingga 90%. Kelemahan • tidak mempunyai fleksibeliti yang tinggi kerana produk diproses secara berterusan tanpa henti-henti. • Ini kerana peralatan yang digunakan adalah spesifik untuk pengeluaran produk yang tertentu seperti kertas dll. Melibatkan kos yang tinggi


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 7/65 1.4.4 Perbandingan antara ketiga-tiga strategi proses. Ciri-ciri Fokus proses Fokus berulangan Fokus produk 1.contoh Hospital, baranan tempahan, gunting rambut Baju, tv, kereta, makanan segera Elektrik, air, gas, mentol, kertas, kain 2. kuantiti/ volum rendah sederhana Tinggi 3. kepelbagaian/ variasi tinggi Kurang kepelbagaian Rendah 4. arahan kerja banyak Tidak banyak Standard 5. penjadualan kerja Kompleks sederhana Ringkas 6. pergerakan bahan Perlahan sederhana Pantas 7. alat pergerakan Manual Escalator, roller, conveyor belt, track Saluran paip 8. inventori dalam proses Banyak Cuba kurangkan dengan JIT Paling minimum 9. kos tetap Rendah Bergantung kepada organisasi Besar 10. kos berubah Tinggi Bergantung kepada organisasi Rendah 11. penggunaan mesin 5 – 25% 20 – 75% 70 – 80% 12. masa pengeluaran Pendek Bergantung kepada volum produk Lama 13. faktor pemenang Kualiti tinggi dan fleksibiliti tinggi Kualiti tinggi dan fleksibiliti rendah Kos rendah dan piawaian produk 14. kemahiran tinggi Rendah Rendah Latihan: 1. Berikan maksud pengurusan pengeluaran. 2. Berikan ENAM (6) perbezaan di antara barangan dan perkhidmatan. 3. Terangkan dengan ringkas LIMA (5) fungsi pengurusan operasi. 4. Berikan LIMA (5) perbezaan ciri antara fokus produk dengan fokus proses.


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 8/65 2.0 Definisi kualiti • menepati jangkaan atau kehendak pelanggan. • Keseluruhan sifat dan ciri/kriteria bagi produk atau perkhidmatan untuk memenuhi kepuasan dan kehendak pengguna. • Terdapat definisi lain tentang kualiti iaitu 1. Pendekatan kualiti berdasarkan pengguna (User - Based) oKualiti sesuatu barangan mengikut nilaian pengguna. Bermakna pengguna sebagai hakim yang bakal memeriksa dan menilai barangan yang dikeluarkan oleh pengeluar. 2. Pendekatan kualiti berdasarkan pengeluaran ( Manufacturing – Based) oKualiti yang dimaksudkan adalah kesesuaian barangan terhadap spesifikasi. oSesuatu barang perlu disiapkan pada kali pertama sahaja mengikut piawaian yang ditetapkan dan mengelakkan proses yang sama berulang. 3. Pendekatan kualiti berdasarkan barangan (Product-Based) o Melihat kualiti sebagai suatu yang tepat terhadap spesifikasi dan ianya boleh diukur. Sekiranya memenuhi spesifikasi atau lebih menunjukkan barangan tadi adalah berkualiti. 2.1 Dimensi kualiti Dimensi Keterangan Persembahan (Performance) Ciri-ciri utama operasi sesuatu barangan seperti warna dan kebolehan menerima rancangan daripada jarak yang jauh. Sifat (Features) Ciri-ciri tambahan seperti kawalan jauh Bentuk (Conformance) Tahap reka bentuk barangan dan pengoperasian ciri-ciri untuk menepati sasaran awal piawai. Kebolehpercayaan (Reability) Perlaksanaan yang konsisten sepanjang masa, purata unit yang cacat rendah. Kebolehtahanan (Durability) Ukuran jangka hayat barangan panjang. BAB 2 : KUALITI


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 9/65 Perkhidmatan (Service) Cekap dan cepat dalam menyelesaikan masalah, memperbaiki barangan yang rosak dalam memenuhi kehendak pengguna. Estetika (Aesthetics) Penentuan pengguna berdasarkan keutamaan individu terhadap sesuatu barangan. Maklumbalas (Response) Manusia berdepan dengan manusia lain seperti tingkah laku yang bersopan oleh peniaga dengan pembeli atau pengguna. Reputasi (Reputation) Keyakinan pengguna terhadap barangan membolehkan pelanggan berminat untuk membeli barangan tersebut. 2.1.1 Kos berkaitan kualiti 1. kos pencegahan- kos yang berkaitan dengan mengurangkan kecacatan dari bahagian atau perkhidmatan. Contohnya latihan dan program meningkatkan kualiti. 2. kos penilaian/taksiran – kos yang berkaitan dengan penilaian barang, proses, bahagian dan perkhidmatan. Contohnya ujian, makmal dan penyeliaan. 3. kegagalan dalaman – kos hasil dari keputusan pengeluaran bahagaian, perkhidmatan yang rosak sebelum penghantaran dilakukan kepada pihak pelanggan. 4. kos luaran – kos yang terjadi selepas penghantaran barangan, bahagian dan perkhidmatan yang rosak. Contoh pengulangan kerja, barangan yang dipulangkan, tanggungan, kos kepada orang awam dan kehilangan perasaan muhibbah/ nama perniagaan. 2.3 Pengenalan kepada TQM (Total Quality Management) • Pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) adalah satu falsafah yang menitikberatkan kualiti keseluruhan dalam sesuatu syarikat dengan memberi keutamaan kepada kepuasan pengguna dan penambahbaikan yang berterusan. • mendapatkan maklumat pelanggan melalui penyelidikan pengguna yang dijalankan dengan menggunakan kaedah-kaedah moden seperti persampelan dan rekabentuk eksperimen untuk kenalpasti kehendak, keperluan dan jangkaan pengguna terhadap sesuatu barangan. • TQM merujuk kepada pendekatan pengurusan kualiti secara menyeluruh pada sesebuah organisasi iaitu dari pembekal kepada pelanggan dan seterusnya elemen-elemen persekitaran seperti budaya, komitmen dan


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 10/65 komunikasi dengan dibantu oleh alat-alat perlaksanaan, sistem yang formal dan staf yang berkomited. 2.3.1 Model TQM 2.3.2 14 Prinsip Deming untuk pelaksanaan TQM • Dr. W. Edwards Deming mencipta 14 prinsip ini untuk mencapai kecemerlangan kualiti melalui penambahbaikan yang berterusan. • Falsafah ini telah meletakkan tanggungjawab penambahbaikan kualiti dalam tangan pihak pengurusan dan pekerja. • 14 prinsip yang telah dikemukan oleh Dr. Deming: 1. Mencipta tujuan yang tetap ke arah penambahbaikan barangan dan perkhidmatan. ▪ Pernyataan misi dan falsafah organisasi yang dibuat haruslah dipercayai oleh kedua-dua pihak pengurusan dan pekerja. Oleh itu tujuan yang tetap perlu dicipta dan diikuti untuk mencapai objektif organisasi secara efektif. 2. Tanggungjawab untuk menerima falsafah baru. ▪ kebolehubahan perlu dicapai untuk membolehkan organisasi itu bergerak ke arah pembaharuan yang berterusan. 3. Hentikan pengantungan terhadap pemeriksaan secara besar-besaran untuk mengenalpasti masalah. ▪ pemeriksaan secara besar-besaran adalah satu pandangan dalam jangkamasa pendek. Ia berlaku selepas proses pengeluaran iaitu selepas sumber digunakan. Komunikasi Budaya Komitmen Alat Kumpulan Sistem Pengguna Pembekal


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 11/65 ▪ bagi menghapuskan keperluan pemeriksaan ini pada peringkat asas adalah dengan menekankan prinsip kualiti terhadap barangan pada peringkat awal. 4. Hapuskan latihan menganugerahkan perniagaan pada asas pelabelan harga. ▪ pembelian berdasarkan kualiti perlu diselaraskan dengan harganya. Ini akan menyediakan tanggapan yang terbaik ke arah penyediaan kualiti yang melebihi keperluan pelanggan. 5. Penambahbaikan sistem yang berterusan ▪ memperbaiki kualiti pengeluaran barangan dan penyediaan perkhidmatan dengan mengurangkan kos secara berterusan. 6. Institut, kaedah moden untuk latihan pekerjaan ▪ latihan perlu dilihat sebagai pendekatan untuk mempertingkatkan pertumbuhan dan pembangunan seseorang pekerja. 7. kepimpinan institusi ▪ tujuan kepimpinan adalah untuk menolong organisasi, mesin dan peralatan yang kecil (gadgets) untuk melakukan kerja dengan lebih baik. 8. membuang perasaan takut di kalangan pekerja ▪ pekerja perlu mengikis perasaan takut kepada pihak atasan untuk menjamin mereka bekerja secara lebih efektif kepada syarikat. Oleh itu pekerja dan pihak atasan akan lebih berpeluang untuk bekerjasama, bergandingan bahu untuk mencapai gol atau misi syarikat. 9. Hapuskan sempadan di antara jabatan ▪ semua pekerja perlu bekerjasama sebagai sebuah pasukan untuk mengelak daripada sebarang masalah yang mungkin timbul dalam proses pengeluaran. ▪ Pihak pengurusan perlu memimpin semua jabatan ke arah perubahan sikap yang inovatif dan kreatif untuk memenuhi keperluan falsafah baru dalam penambahbaikan kualiti yang konsisten. 10. Hapuskan slogan, gesaan dan gol yang merujuk kepada tahap pengeluaran yang baru tanpa meyediakan kaedah yang sesuai. ▪ pihak organisasi tidak harus mengenakan paksaan kerja kepada para pekerjanya dengan meminta kepada ‘zero defects’ dan tahap capaian barangan kualiti yang baru tanpa menyediakan maklumat dan tunjuk ajar yang mencukupi. ▪ Semua gol perlulah dinyatakan dalam konteks kualiti dan difahami oleh pekerja.


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 12/65 11. Hapuskan piawaian kerja yang menetapkan kuota. ▪ memberi sedikit sahaja anggapan kepada kualiti dan biasanya kuota adalah alat dalam jangka masa pendek. ▪ Oleh itu ia perlu dihapuskan untuk mencapai penambahbaikan kualiti yang berterusan. 12. Menyingkirkan halangan yang merampas maruah dan kecekapan pekerja. ▪ faktor yang menyebabkan pekerja hilang maruah dan kecekapan adalah perlaksanaan program latihan yang lemah. Ini kerana pekerja tidak dilengkapi dengan peralatan yang mencukupi dan pekerja tidak tahu objektif atau misi mereka. ▪ Penyingkiran halangan ini membolehkan kuasa membuat keputusan menjadi mudah dan penyelia juga boleh menjadi pemimpin dan fasilitator dalam rancangan jangka panjang ini. 13. Implementasi program pembelajaran dan latihan berterusan. ▪ program latihan dan prmbelajaran adalah penting dalam menjayakan rancangan jangka panjang kerana para pekerja akan mengekalkan persaingannya dalam keadaan pasaran yang sentiasa berubah-ubah. ▪ Setiap ahli organisasi perlu diberi latihan berbentuk operasi statistik. Penting untuk tujuan mengimplimentasikan kaedahkaedah baru yang diperkenalkan melalui kemajuan yang berterusan. 14. Mencipta satu struktur yang boleh membawa kepada pengamalan prinsip ini dalam transformasi kerja. ▪ pihak pengurusan perlu mencipta satu struktur yang boleh mendorong kepada pengamalan 13 prinsip ini untuk mencapai gol penambahbaikan yang berterusan. ▪ Perlu tubuhkan pasukan yang terdiri daripada pihak atasan, ahli jawatankuasa dan pasukan kualiti untuk melaksanakan amalan-amalan TQM. 2.3.3 5 konsep TQM yang efektif 1. Penambahbaikan berterusan 2. Perkongsian kuasa dengan pekerja 3. Pengukuran 4. Just-In-Time (JIT) 5. Pengetahuan tentang alat TQM


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 13/65 1. Penambahbaikan Berterusan ▪ satu program yang disusun dengan menggunakan langkah-langkah yang ditentukan lebih awal untuk menyelidik proses yang terlibat. ▪ Proses ini melibatkan pekerja, peralatan, pembekal, bahan mentah dan pengeluar. ▪ Walter Shewhart telah mencipta satu kitaran rancang-buat-semakbertindak “PDCA” (Plan-Do-Check-Act) untuk proses penambahbaikan yang berterusan. 1. Plan (perancangan) ▪ Pada peringkat ini, sesuatu proses yang terlibat atau situasi dikaji, dikenalpasti masalahnya dan penyelesaian masalah mereka dirancang. ▪ bertujuan untuk menetukan penambahbaikan yang mungkin, menentukan bagaimana syarikat mengukur penambahbaikan, buktikan matlamat dan siapa yang terlibat dalam usaha tersebut. 2. Do (membuat) ▪ rancangan dilaksanakan sebagai suatu ujian sahaja. Data akan dikumpul sebelum,semasa dan selepas penambahbaikan tersebut. 3. Check (memeriksa) ▪ perancangan dinilai bagi memastikan ia mencapai gol pada peringkat pertama ataupun tidak. Data akan dibandingkan. 4. Act (tindakan) ▪ rancangan dilaksanakan dan penambahbaikan kualiti dibuat dibahagian operasi sebenar. 2. Perkongsian kuasa dengan pekerja ▪ untuk memastikan pekerja mengetahui tentang peranan mereka dalam melaksanakan misi organisasi. ▪ Mereka akan diberi sumber maklumat, kemahiran dan kuasa membuat keputusan untuk setiap peranan mereka. ▪ Oleh itu pekerja tahu tanggungjawab dan kuasa dalam menangani masalah yang timbul. 3. Pengukuran ▪ satu usaha memperbaiki kedudukan organisasi dalam dunia persaingan melalui satu pemilihan pengukuran yang terbaik untuk satu proses atau aktiviti. ▪ Perlu tahu/ada langkah berikut:


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 14/65 a. tentukan apa yang perlu diukur dan adakah memberi faedah kepada organisasi b. bentuk satu kumpulan untuk membuat analisis tentang proses pengukuran. c. Kenalpasti pasangan dalam pengukuran dan ukuran mestilah mengikut piawaian yang ditetapkan. d. Kumpul dan analisis maklumat pengukuran yang diperolehi. e. Ambil tindakan yang relevan yang boleh baiki pengamalan tersebut. 4. Sistem Tepat Pada Masa (JIT) ▪ satu sistem yang menunjukkan bahawa inventori (bahan mentah, barangan dalam proses atau barangan akhir) diperolehi sematamata untuk memenuhi pasaran pelanggan. ▪ Perlu sampai tepat pada masanya dan disiapkan tepat pada masa untuk memenuhi permintaan pelanggan. ▪ Pengeluaran hanya dimulakan bila jualan dipastikan atau dipesan. ▪ JIT berkait dengan kualiti melalui 3 aspek: i. JIT mengurangkan kos kualiti ii. JIT memperkembangkan kualiti iii. Kualiti yang baik bermaksud inventori yang kurang dan lebih senang untuk melaksanakan sistem JIT. 5. Pengetahuan tentang alat-alat TQM Alat TQM Penerangan 1. Fungsi Penyelerakan kualiti (rumah kualiti) ▪ merupakan alat perancangan yang digunakan untuk memenuhi jangkaan pelanggan. Ia merupakan suatu pendekatan yang menterjemahkan permintaan pelanggan kepada barangan yang diingini. ▪ Dengan kata lain FPK o mengesan perkara-perkara yang akan memberi kepuasan kepada pelanggan o menukarkan kemahuan ini kepada barangan yang diminta. 2. Teknik Taguchi ▪ diperkenalkan oleh Genichi Taguchi. ▪ Teknik ini menekankan kepada memperbaiki kualiti barangan dan proses rekaan. Terdapat 3 konsep penting dalam teknik ini iaitu ▪ kualiti tegap ▪ fungsi kerugian kualiti ▪ kualiti berdasarkan matlamat 1. kualiti tegap – barangan yang dapat diproses secara seragam dan konsisten dalam semua keadaan yang tidak sempurna. Taguchi mendapati bahawa terdapat 2 sebab berlaku perbezaan dalam barangan iaitu sifat-sifat rekaan


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 15/65 dan bising. • kebisingan dibahagikan kepada bising luaran dan bising dalaman. Bising luaran adalah disebabkan oleh persekitaran pengeluaran dan kesilapan manusia. Manakala bising dalaman pula ialah pelbagai faktor yang boleh dijangka dan dikawal. • Menurut Taguchi bahawa membaiki kesan adalah lebih murah daripada menyingkirkan puncapunca dan adalah lebih berkesan dalam pengeluaran barangan yang sempurna. 2. Fungsi kerugian kualiti • menunjukkan kos berkaitan dengan kualiti rendah bersekutu dengan setiap perbezaan dari nilai sasaran bagi sesuatu sifat kualiti. Kos yang diukur disini ialah kos sosial seperti ketidakpuasan pelanggan, kos perkhidmatan, penyeliaan dalaman, pembaiki dan selainnya. Segala perbezaan dari nilai sasaran merupakan kerugiannya. Semakin jauh dari nilai sasaran semakin besar kerugiannya. 3. kualiti berdasarkan sasaran • suatu falsafah penambahbaikan berterusan supaya dapat mengeluarkan barangan yang sama seperti yang diminta. Dengan kata lain, barangan yang dikeluar itu dapat menepati sasaran yang ditetapkan. 3. Carta Pareto • diperkenalkan oleh Vilfreda Pareto. • Menurut prinsip pareto, kebanyakan kesan adalah datang dari beberapa sebab sahaja. Ia juga dikenali sebagai hukum 80-20 iaitu 80% kesan akibat daripada 20% puncanya. • Sebagai contoh, 80% masalah barangan adalah disebabkan oleh mesin dan bahan mentah. • Carta pareto mengatur kesalahan, masalah utama dan kegagalan supaya dapat mengambil langkah penyelesaian dan tindakan penambahbaikan. Ia amat berguna dan merupakan suatu proses yang berterusan. 4. Carta proses ▪ analisis bagi mengenalpasti peluang penambahbaikan. Ia merupakan aturan kerja yang perlu dilakukan dalam pemprosesan. Carta ini juga membantu kita memahami setiap aktiviti dalam setiap proses. Gunakan simbol untuk menganalisis pindaan tenaga dan bahan mentah.


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 16/65 5. Carta penyebab dan kesan (cause and effect diagram) ▪ Alat yang digunakan oleh ishikawa untuk menerangkan bagaimana kepentingan faktor dan hubungannya kepada sekumpulan kejuruteraan. ▪ Cara untuk menganalisis proses yang bertujuan menghubungkan faktor dan kesan. Latihan : 1. Bezakan definisi antara pendekatan kualiti berdasarkan pengguna dengan barangan. 2. Senaraikan EMPAT (4) konsep TQM yang efektif. 3. Terangkan dengan ringkas LIMA (5) dimensi kualiti. 4. Berikan definisi penambahbaikan berterusan. 5. Huraikan EMPAT (4) prinsip Deming.


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 17/65 3.0 Definisi • ramalan ialah seni dan sains untuk penjangkaan peristiwa yang akan datang. • Ia boleh melibatkan proses memberi gambaran tentang perkara yang mungkin berlaku dengan menggunakan model-model matematik yang berdasarkan maklumat dan data sejarah yang sedia ada. 3.1 Jangka masa ramalan. -1. Ramalan jangka pendek – melibatkan had masa sehingga setahun tetapi biasanya untuk kurang dari 3 bulan. Contohnya, perancangan pembelian, jadual kerja, peringkat pengeluaran dan aktiviti harian atau mingguan 2. Ramalan jangka sederhana – melibatkan had masa antara 3 bulan hingga 3 tahun. Contohnya perancangan penjadualan, perancanga kewangan, analisis perancangan operasi dan ll. 3. Ramalan jangka panjang – melibatkan had masa melebihi 3 tahun. Contohnya perbelanjaan utama modal, perancangan produk baru, kemudahan lokasi dan penyelidikan dan pembangunan. 3.2 Kepentingan strategi ramalan dan 7 langkah dalam sistem ramalan. -Strategi ramalan penting kerana ia mempengaruhi keputusan-keputusan yang lain dalam operasi. Antara keputusan yang sangat mengharapkan maklumat ramalan ialah perancangan sumber manusia yang menjadi semakin mahal untuk diurus, kapasiti yang merangkumi pembelian peralatan dan penyediaan tempat. Dan pengurusan rangkaian pembekal yang mencakupi setiap elemen yang memberi sumbangan dalam menghasilkan perkhidmatan ataupun barangan tertentu. BAB 3 : MERAMAL PERMINTAAN


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 18/65 3.2.1 7 langkah dalam sistem ramalan: 3.3 Peramalan kuantitatif dan kualitatif 3.3.1 Pendekatan peramalan secara kualitatif • pendapat eksekutif secara juri, komposit jurujual, kaedah Delphi dan kajian pasaran. a) Pendapat secara juri • gunakan pandangan eksekutif berbentuk pendapat, pengalaman dan pengetahuan teknikal. • Digunakan untuk melakukan peramalan berbentuk jualan. • Pengurus peringkat tertinggi selalunya akan dirujuk. b) Komposit jurujual • jurujual merupakan orang yang paling rapat dengan pelanggan. mengenalpasti kegunaan ramalan memilih perkara yang akan diramal mengenalpasti had masa ramalan memilih model-model ramalan mengumpul data membuat ramalan mengesahkan serta melaksankan keputusan


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 19/65 • Pelanggan membuat pilihan kerana mengetahui mengenai produk atau perkhidmatan yang diingini dari jurujual. c) Kaedah Delphi • mendapatkan kata sepakat dikalangan sekumpulan pakar. Identiti pakar-pakar berkemungkinan besar tidak diketahui dan mereka tidak berhubung antara satu sama lain. d) Kajian pasaran • penggunaan kaedah yang sistematik di dalam menyelidik kehendak dan keperluan pelanggan dengan membina hipotesis dari data yang dikumpulkan melalui penyelidikan. 3.3.2 Pendekatan peramalan secara kuantitatif Kaedah Ramalan a) Model siri masa i. kaedah naïf ii. purata bergerak iii. pelicinan eksponen • Model siri masa dibuat berdasarkan data berangka yang diperolehi dari pemerhatian selanjar pada jangka masa yang tertentu. Jangka masa bagi satu data ke data yang lain adalah tetap. • komponen siri masa terdiri daripada trend, kitaran, musim dan rawak. • trend adalah paten kenaikan atau penurunan. • kitaran adalah interaksi di antara faktor-faktor yang mempengaruhi ekonomi. • musim adalah paten biasa serta naik turun mengikut cuaca dan budaya. • rawak adalah perubahan yang berlaku secara mendadak dan tidak sistematik. Contoh tunjuk perasaan, gempa bumi dan lain-lain. Berlaku dalam masa yang singkat dan tidak berulang. i. kaedah naïf • paling mudah digunakan. Peramalan ini dilakukan dengan anggapan bahawa kejadian yang berlaku pada masa hadapan adalah sama dengan yang telah berlaku sebelumnya. Contohnya ,katakan permintaan bagi bulan lepas adalah 256 unit, peramalan untuk bulan akan datang adalah sama dengan bulan sebelumnya iaitu 256 unit. ii. Purata bergerak • Σ permintaan dalam n jangkamasa sebelum n di mana n ialah jumlah jangkamasa untuk purata bergerak yang dipilih misalnya 3, 4 atau 5 bulan.


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 20/65 Contohnya ; Jualan bagi Nazim Sdn.Bhd untuk tempoh 6 bulan pertama adalah seperti berikut: Bulan Jualan sebenar Purata bergerak 3 bulan Januari 10 Februari 12 Mac 13 April 16 (10+12+13) / 3 = 11.667 Mei 19 (12+13+16) / 3 = 13.667 Jun 23 (13+16+19) / 3 = 16 Dapatkan ramalan jualan untuk bulan julai. Purata bergerak berpemberat Σ ( pemberat untuk jangkamasa n) ( permintaan dalam jangkamasa n) Σ pemberat Contohnya: Nazim Sdn. Bhd bercadang meramal jualannya berdasarkan purata- bergerak 3 bulan berpemberat. Pemberat jangkamasa 3 bulan sudah 2 2 bulan sudah 1 3 bulan sudah 6 jumlah pemberat Maka ramalan untuk bulan ini (julai) (3 x jualan bulan sudah) + (2 x jualan 2 bulan sudah) + (3 x jualan 3 bulan sudah) 6 (yakni jumlah pemberat) Bulan Jualan sebenar Purata bergerak 3 bulan Januari 10 Februari 12 Mac 13


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 21/65 April 16 [(3 x 13) + (2 x 12) + (1 x 10)]/ 6 = 12.167 Mei 19 [(3 x 16) + (2 x 13) + (1 x 12)]/ 6 = 14.333 Jun 23 [(3 x 19) + (2 x16) + (1 x 13)] /6 = 17.000 Kirakan purata berpemberat untuk bulan julai. iii. Pelicinan eksponen • kaedah purata bergerak berpemberat yang lebih canggih tetapi masih digunakan kerana ia menggunakan lebih banyak data sejarah. - Ramalan baru = ramalan tempoh sebelum + α (permintaan sebenar tempoh sebelum – ramalan tempoh sebelum) di mana α ialah pemberat (pemalar yang melicinkan) yang dipilih oleh peramal bernilai antara 0 dan 1. Ft = Ft -1 + α ( A t-1 - Ft-1) Di mana Ft = ramalan baru Ft -1 = ramalan sebelum α = pemalar pemberat (pelicinan) A t-1 = permintaan sebenar tempoh sebelum Contoh: jika ramalan Syarikat Nursyifaa untuk permintaan Februari dijangka sebanyak 142 unit dan nilai sebenar Februari 153 unit, gunakan pelicinan eksponen untuk meramal permintaan pada bulan Mac jika pemalarnya,α =0.20 Ramalan (Mac) = 142 + 0.20 (153 – 142) = 142 + 2.2 = 144.2 @144 2. Model Penyebab i. projeksi tren ii. regresi lini


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 22/65 Regresi lini • teknik untuk memadankan suatu garis lurus kepada titik yang diplotkan. Ianya adalah cara termudah yang melibatkan perhubungan lini di antara dua variasi. • Tujuan regresi lini adalah untuk mendapatkan persamaan garis lurus yang meminimumkan jumlah sisihan menegak oleh titik data daripada lurus. Pembolehubah bersandar akan berubah mengikut pembolehubah tidak bersandar Latihan: 1. Bulan Permintaan sebenar Ramalan untuk bulan 1 100 100 2 200 100 3 300 140 4 400 ? 5 500 ? Diandaikan permintaan untuk telefon bimbit meningkat 100 unit setiap bulan dan α = 0.25. Kirakan ramalan untuk bulan ke 4 dan 5 menggunakan model pelicinan eksponen. 2. Bulan Jualan (unit) Jun 300 Julai 345 Ogos 400 September 430 Oktober 450 Berdasarkan maklumat di atas, dapatkan ramalan jualan bagi bulan November untuk Syarikat Berjaya menggunakan purata bergerak empat dan lima bulan.


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 23/65 BAB 4 : JUST – IN – TIME (JIT) 4.0 Pengenalan kepada JIT • Teknik Hanya Pada Waktu (JIT) dikatakan mula diamalkan di negara Jepun. • Matlamat utamanya pada masa itu adalah mengurangkan ‘sampah’. • Sekiranya sesuatu barang tidak diperlukan pada masa ini dan tidak ada keperluan untuk menyimpannya dalam kilang, maka ia digolongkan sebagai sampah. • JIT merupakan sistem pembuatan bersistem dan bersepadu yang digunakan dalam memperbaiki proses pembuatan secara berterusan lalu menigkatkan kualiti barangan dengan mengurangkan sebarang sampah yang mungkin. 1. Mengurangkan sampah - sampah merupakan bahan yang tidak mendatangkan manfaat atau mempunyai nilai. Sebagai contoh, barangan yang disimpan, diperiksa, ditangguhkan ,yang berada dalam tangguhan, barangan rosak dan sebarang aktiviti yang tidak menambahkan nilai kepada barangan (dari perspektif pelanggan). - JIT mempercepatkan throughput, masa penghantaran lebih cepat dan proses kerja disingkatkan- aset dalam inventori dilepaskan untuk kerja-kerja yang lebih produktif. 2. Pengurangan pembolehubah - pembolehubah perlu dikurangkan untuk mencapai kelancaran JIT. - antara sebab-sebab pembolehubah boleh wujud adalah seperti berikut: 1. para pekerja, mesin dan pembekal menghasilkan unit yang tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan, lewat dan tidak dalam kuantiti yang sepatutnya. 2. lakaran/lukisan jurutera atau spesifikasi tidak tepat. 3. personel produksi cuba menghasilkan barangan sebelum lukisan/spesifikasi siap. 4. permintaan pelanggan tidak diketahui 3. Sistem tarik dan sistem tolak - pendekatan untuk pengawalan dan perancangan produksi. - sistem tolak memberi tekanan terhadap penggunaan maklumat tentang pelanggan, produksi dan pembekal untuk mengawal aliran bahan dan aliran tersebut telah dirancang dan dikawal oleh jadualjadual yang bersiri. - berbeza dengan sistem tolak, JIT ialah sistem tarik. Iaitu menarik sesuatu unit ke tempat yang diperlukan pada masa yang diperlukan.


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 24/65 - ia melibatkan pengguna isyarat untuk meminta produksi dan menghantar dari stesen atasan ke stesen tertentu yang berupaya menghasilkan barangan yang berkenaan. - konsep tarik digunakan dalam proses penghasilan dan juga dengan pembekal. 4.1 Keperluan JIT dalam operasi pengeluaran 1. Pembekal - mengikut perspektif JIT, hubungan persahabatan yang wujud antara pembeli dan pembekal. - kehendak pembeli telah bertambaha berikutan berlakunya kerjasama yang rapat dengan pembekal terpilih. • Strategi tersebut juga menggalakkan pergantungan antara pembeli dan pembekal serta menjanjikan faedah bagi kedua-dua pihak. • Rakan perkongsian wujud apabila pembekal dan pembeli bekerjasama menuju ke arah matlamat yang sama untuk mengelakkan pembaziran dan menurunkan kos. • Selain itu ia juga boleh menghindari pembekal daripada risiko persaingan dalam pasaran. 2. Susunatur - susunatur JIT amat berguna dalam operasi pengurusan kerana ia akan mengurangkan pemindahan bahan yang membuang masa. - penggunaan tenaga pekerja dalam pemindahan bahan juga dapat dikurangkan. • barisan pemasangan akan direka supaya bahan yang diperlukan adalah berdekatan dengan tempat pemasangan. • Taktik susunatur adalah:- 1. bina suatu ‘work cells’ untuk mengumpulkan keluaran. 2. meminimumkan jarak 3. mereka ruang inventori yang kecil 4. memperbaiki komunikasi antara pekerja 5. membina kelengkapan yang mudah dipindah dan fleksibel 6. melatih silang pekerja untuk menambahkan kefleksibelan. 3. Teknologi - berkumpulan, kebolehan bergerak, berubah, mesin yang boleh berubahsuai. • tempat kerja yang berkualiti dan kemas, mengurang tempat inventori • penghantaran terus kepada tempat kerja 4. Inventori - keperluan inventori yang minima untuk memastikan kelancaran sistem yang berkesan.


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 25/65 - dengan inventori JIT, jumlah inventori yang tepat akan diterima pada masa yang diperlukan. 1. Mengurangkan inventori • mengurangkan inventori akan mendedahkan masalah-masalah yang timbul. 2. Mengurangkan saiz lot • JIT bermakna menghapuskan pembaziran dengan mengurangkan pelaburan dalam inventori. • Caranya adalah dengan mengeluarkan barang-barang dalam saiz lot yang kecil. • Mengurangkan saiz lot ialah bantuan yang penting untuk mengurangkan inventori dan kos inventori. 3. Mengurangkan kos pembentukan • dengan mengurangkan kos setup, ia secara langsung dapat mengurangkan saiz lot dan purata inventori. • Kos setup dapat dikurangkan dalam mesin dikilang, malah masa setup dapat dikurangkan apabila proses mengambil tempahan diselesaikan. 4. Penjadualan • penjadualan yang efektif yang menghubungkan organisasi dan pembekal di luar organisasi merupakan suatu bahan yang menyokong sistem JIT. • Sistem penjadualan yang baik dapat meningkatkan keupayaan syarikat untuk memenuhi permintaan pelanggan, mengurangkan inventori dengan mengecilkan saiz lot dan memudahkan proses pengeluaran. • Terdapat 2 teknik yang utama dalam penjadualan iaitu: 1. Penjadualan Tahap Gunaan- Bahan 2. Kanban 1. Penjadualan Tahap Gunaan-bahan - menekankan penggunaan kelompok yang kecil tetapi kerap berbanding dengan kelompok besar dan jarang. - penjadualan ini digelar ‘jelly bean’ kerana teknik ini menjadualkan lot kecil yang selalu berubah. • Dalam penjadualan ini, tanggungjawab pengurus operasi adalah untuk menyediakan dan menggerakkan lot-lot kecil serta memastikan penjadualan tahap gunaan- bahan adalah ekonomi. 2. Kanban - konsep kanban memainkan peranan yang penting dalam menerangkan dan menganalisa cara sistem JIT beroperasi. - kanban bermaksud kad dalam perkataan Jepun, di mana kad ini mencatatkan maklumat yang diperlukan untuk proses ‘tarik’, dari bahagian mana bekas ditarik, ke mana bekas perlu ditarik,


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 26/65 sumber dan nod tarik untuk kanban dan jenis kanban yang terlibat iaitu jenis pengeluaran atau penghasilan produk. - terdapat 5 jenis kanban iaitu; 1. kanban produksi 2. petak kanban 3. kanban bahan 4. kanban pengambilam 5. kanban signal • kebaikan kanban : ➢ menitikberatkan kepatuhan pada jadual yang disediakan,mengurangkan masa dan kos yang diperlukan dan pengawalan sumber ekonomi. ➢ inventori kecil dan penarikan sumber melalui pelan apabila diperlukan adalah jelas. ➢ masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan segera. • Kelemahan kanban : • kualiti yang kurang memuaskan, ketinggalan zaman, kerosakan, menguasai ruang yang agak besar, meningkatkan masa pengendalian sumber dan meningkatkan peluang kemalangan. 4.2 JIT dalam sektor perkhidmatan 4 aspek iaitu : 1. Pembekal • kebanyakan pihak pengurus restoren mengimplikasi konsep JIT dalam hubungan dengan pihak pembekal. • Biasanya mereka akan mengekalkan pihak pembekal yang sama kerana salah faham semasa pengurusan akan diminimumkan. 2. Susunatur • susunatur JIT digunakan dengan meluas di dapur restoren untuk menyenangkan kerja penyediaan makanan. • Selain itu perkhidmatan perletakan beg dilapangan terbang juga menggunakan JIT. • Para pelanggan dapat memperolehi beg mereka tanpa sebarang pembaziran masa. 3. Inventori • dalam sector perkhidmatan, kebanyakan jangka masa inventori adalah pendek berbanding dengan sector pengeluaran. • Sebagai contohnya, McDonald’s menetapkan masa untuk mengekalkan inventori makanan yang siap mengikut jenis-jenis makanan iaitu 15 minit.


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 27/65 • Selain itu perkhidmatan dihospital juga menggunakan teknik inventori JIT dan mengekalkan stor yang rendah dalam perubatan. 4. Penjadualan • penting dalam menawarkan perkhidmatan yang memuaskan permintaan pelanggan tanpa pembaziran masa. • Contohnya dalam perkhidmatan makanan segera dan juga penerbangan. Latihan: 1. Terangkan maksud kanban dan berikan LIMA (5) jenis kanban. 2. Terangkan perbezaan antara sistem tarik dan sistem tolak. 3. Berikan maksud sistem Hanya Pada Waktu (JIT). 4. Senaraikan EMPAT(4) keperluan Hanya Pada Waktu (JIT). 5. Berikan DUA (2) kebaikan kanban.


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 28/65 5.0 Pengenalan • Penekanan harus diberi terhadap rekabentuk produk dan perkhidmatan untuk memenuhi pasaran global dengan menggunakan strategi-strategi yang munasabah seperti perbezaan produk, harga rendah dan maklum balas. • Rekabentuk produk dan perkhidmatan merupakan salah satu keputusan daripada 10 keputusan dalam pengurusan operasi. 5.1 Definisi produk • produk merupakan sesuatu yang ditawarkan kepada pasaran untuk perhatian, milikan atau kegunaan yang akan memenuhi sesuatu keperluan atau kehendak pengguna. • Produk tidak terhad kepada objek fizikal semata-mata ia juga merangkumi individu, tempat, organisasi, aktiviti, idea atau perkhidmatan. • Contohnya keluaran yang dapat memenuhi keperluan kecantikan meliputi pakaian, kasut, kosmetik, khidmat rawatan muka, khidmat makanan dan pemakanan, jamuan dan perkhidmatan perundingan imej. 5.1.1 Komponen-komponen produk i. Jenama (brand) BAB 5: STRATEGI PEMBANGUNAN PRODUK DAN REKABENTUK Produk Idea-idea produk Jenama Perkhidmatan (warranti) Barang- Ciri-ciri Tahap kualiti barang fizikal Bungkusan


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 29/65 • jenama ialah nama, ‘trend’, symbol, tanda, rekaan ataupun kombinasi daripada produk tersebut yang mengidentitikan pembuat atau penjual sesuatu barangan. • Kebanyakan jenama mengandungi nama jenama dan tanda jenama. • Nama jenama – bahagian sesuatu jenama yang boleh ditulis atau disebut . • Tanda jenama – satu tanda dan rekabentuk yang mempunyai warna dan gaya tulis tertentu yang mengingatkan orang ramai tentang nama jenama. ii. Idea-idea produk • Memudahkan pengguna membayar, mengguna dan menjaga keluaran tersebut. Contohnya, idea-idea produk adalah barang fizikal, ciri-ciri keunikan produk dan paras kualiti serta perkhidmatan (warranti). • Barang-barang fizikal ialah produk bukan perkhidmatan dan kita boleh nampak dan rasa serta ada bentuk. Serta boleh diinventorikan dalam gudang-gudang. • Ciri-ciri sesuatu produk meliputi saiz dan badan sesuatu produk. iii. Bungkusan • Satu alat pengenalpastian dan perbezaan keluaran. • Fungsi-fungsi pembungkusan ialah melindungi keluaran, memudahkan pengguna, senang dibawa dan mempunyai satu label yang memberi perancangan mengenai kandungan keluaran, bahanbahan mentah yang digunakan, jaminan atau warranti keluaran. • Rekabentuk pembungkusan merupakan gabungan warna, grafik dan simbol yang digunakan untuk membezakan sesuatu jenama daripada jenama yang lain. 5.3 STRATEGI PILIHAN PRODUK -terbahagi kepada 3 strategi iaitu i. perbezaan ii. kos rendah iii. tindak balas yang cepat i. Perbezaan • pengurus cuba membezakan produk organisasi dengan pesaingpesaing. • Perbezaan dari segi rekabentuk produk, kualiti dan perkhidmatan selepas jualan. • Pengurus akan meningkatkan perbelanjaan rekabentuk atau R & D untuk membezakan produk tetapi kos adalah meningkat.


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 30/65 ii. Strategi kos rendah • diadakan melalui rekabentuk produk. Pengurus cuba merendahkan kos supaya dapat meningkatkan permintaan produk dan dapat bersaing dengan pesaing-pesaing yang lain. • Contohnya, pengurus menyelidik cara-cara baru untuk merendahkan produk kos. • Pengurus juga perlu meminimumkan kos buruh dan perbelanjaan yang lain. iii. Tindakbalas dengan cepat. • rekabentuk produk haruslah diamalkan dalam jangka masa yang cepat supaya cita rasa penguna tidak berubah. • Jika berubah, maka pengurus harus mengubah produksi mereka mengikut citarasa pengguna. 5.4 PEMBANGUNAN PRODUK • carta pembangunan produk pelanggan Pembentukan idea Teknologi R & D Pemilihan produk Rekabentuk permulaan Pembentukan model percubaan Percubaan Rekabentuk Produk akhir Produk baru Percubaan Proses rekabentuk akhir Proses pembangunan produk baru


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 31/65 1. Penjanaan idea • idea dapat dihasilkan daripada pasaran atau teknologi. Selain itu, idea juga boleh diperloehi melalui: a) Pengguna • idea bermula daripada permintaan pengguna. Caranya dengan memerhati dan mendengar kehendak pengguna. Soala selidik dan tinjauan boleh dilakukan untuk mengetahui kehendak dan keperluan penguna. • Juga melalui analisis pertanyaan dan aduan pengguna serta bersemuka dengan pengguna tentang produk tersebut. b) Pesaing • memerhati promosi pesaing untuk memperolehi idea baru. • Produk pesaing dibeli dan dianalisis untuk mendapatkan idea baru dalam penghasilan produk baru. c) Pemborong dan pembekal • pembekal boleh menyampaikan maklumat tentang masalah pengguna kepada syarikat tentang konsep baru atau teknik dan bahan yang digunakan untuk membangunkan idea baru. d) Sumber dalaman • Didapati melalui penyelidikan. Idea juga datang dari para saintis, jurutera dan pengeluar syarikat. e) Teknologi • Adanya teknologi, pelbagai produk dapat dikeluarkan seperti plastik, semikonduktor dan komputer. • Ekploitasi teknologi merupakan sumber bagi menghasilkan idea untuk produk baru. 2. Pemilihan produk • 3 pemeriksaan perlu diadakan untuk menguji idea produk baru sebelum memasuki tahap rekabentuk permulaan. a) Pasaran potensi (market potential) b) Kewangan kemungkinan (financial feasibility) c) Operasi bersesuaian (operations compability) • Tujuannya ialah mengenalpasti bahawa idea tersebut sempurna dan produk dikeluarkan bukan hanya untuk memasuki pasaran • Analisis yang luas perlu diadakan melalui pemeriksaan pasaran sebelum mengadakan keputusan untuk mengeluarkan produk baru. 3. Rekabentuk permulaan produk


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 32/65 • di peringkat proses, rekabentuk produk ini adalah peringkat yang membangunkan rekabentuk yang terbaik bagi idea produk baru. • Sekiranya rekabentuk permulaan produk telah disetujui, satu model percubaan (prototypes) diadakan untuk membuat pemeriksaan dan analisis yang seterusnya. • Proses ini merangkumi form design dan functional design. • Form design - menunjukkan ciri-ciri fizikal produk iaitu bentuk,warna,saiz dan rupa bentuk. • Functional design - berkaitan dengan cara produk berfungsi. - ia harus memenuhi spesifikasi untuk kegunaan pengguna. - 2 ciri perlu dipertimbangkan untuk pencapaian tersebut termasuk kebolehpercayaan dan pengekalan. • Kebolehpercayaan – kebarangkaliam sesuatu produk akan mencapai fungsi yang diingini dalam satu tempoh masa yang spesifik. • Pengekalan – kemudahan penyelenggaraan untuk sesuatu produk. Sebagai contoh, pemberian tunjuk ajar kepada pengguna harus diberikan semasa pembelian produk. 4. Pembentukan Model Percubaan (prototype) • Model percubaan boleh diadakan dalam bnanyak bentuk yang berbeza. • Beberapa model percubaan yang menyerupai produk akhir akan dibuat dengan menggunakan tangan. • Dalam industri perkhidmatan, model percubaan akan diuji dengan menggunakan konsep perkhidmatan. • Apabila model tadi berjaya diuji, rekabentuk terakhir telah selesai dan perkhidmatan akan difrancais atau dibangunkan secara besarbesaran. 5. Percubaan • Percubaan dibuat untuk menilai pencapaian pasaran. • Pemeriksaan pasaran mengambil masa selama 6 hingga 12 bulan dan meliputi kawasan yang kecil. • Tujuan percubaan bagi model percubaan adalah mengesahkan pencapaian pemasaran dan teknikal. • Ia juga membolehkan kita menguji produk dan program pemasaran yang meliputi pengiklanan, pengagihan, harga, jenama, pembungkusan dan tahap belanjawan.


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 33/65 6. Rekabentuk Produk Akhir • Diperingkat ini, penulisan dan pengenalpastian bagi produk telah dibangunkan. • Sebagai keputusan kepada percubaan ke atas model, sebarang perubahan harus diuji dalam peringkat ini. • Sekiranya berlaku perubahan, produk tersebut akan diuji untuk memastikan produk akhir itu dalam keadaan yang memuaskan. • Harus mempertimbagkan 2 komponen untuk membuat analisis. 1. Kesesuaian • menunjukkan bahawa bahagian yang dipasang harus sepadan dan sesuai semasa dioperasikan. • Bahagian yang dipasang bukan sahaja harus sepadan, tetapi harus berupaya bertahan semasa menghadapi tekanan. • Pengubahsuaian harus dibuat untuk mengelakkan variasi semasa pemasangan. 2. Simplifikasi • menunjukkan ciri-ciri khas bagi sesuatu produk akan meningkatkan kos pengeluaran. • Kekurangan simplifikasi ini harus dibuktikan supaya dapat memenuhi kehendak dan tidak mengancam keselamatan pengguna semasa penggunaan produk tersebut. 5.5 REKABENTUK PERKHIDMATAN Ciri-ciri Perkhidmatan 1. Perkhidmatan adalah ‘intangible’ ✓ Merekabentuk perkhidmatan merupakan sesuatu kerja yang sukar kerana ia tidak dapat dilihat. ✓ Kualiti perkhidmatan dikenal pasti melalui pengalaman dan jangkaan pelanggan. ✓ Risiko rekabentuk perkhidmatan adalah lebih tinggi berbanding dengan produk kerana ia berbentuk ‘intangible’. 2. Output perkhidmatan adalah sentiasa berubah ✓ Cara perkhidmatan diberikan kepada pelanggan berdasarkan faktor semasa iaitu apabila permintaan dibuat serta jenis perkhidmatan yang dikehendaki. ✓ Pengukuran yang diguunakan untuk mengukur kualiti oleh pelanggan adalah melalui kebolehpercayaan dan keselarian.


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 34/65 3. Perkhidmatan memerlukan interaksi pelanggan yang tinggi. ✓ Perkhidmatan biasanya disampaikan secara langsung oleh pemberi khidmat kepada pelanggan. Maka interaksi pelanggan amat tinggi. ✓ Interaksi dengan pelanggan kadangkala akan mendatangkan kebaikan seperti kita tahu pengalaman pelanggan serta mendapatkan idea daripada mereka supaya dapat menjalankan pembaikan dalam perkhidmatan. 4. Perkhidmatan tidak tahan lama (Perishable) ✓ Masa dan lokasi penghantaran atau penyampaian perkhidmatan amat penting. ✓ Rekabentuk perkhidmatan perlu mementingkan “apa, di mana dan bila harus menghantar”. 5. Perkhidmatan mudah ditiru (Emulated) ✓ Idea baru dalam sesuatu bidang perkhidmatan mudah diserap atau ditiru oleh para pesaing. ✓ Oleh itu, idea pembaikan harus dielakkan daripada pengetahuan pesaing. 5.5.1 Teknik- teknik perkhidmatan • kos dan kualiti harus diambil kira untuk meningkatkan keuntungan dan kepuasan pelanggan pada masa yang sama. • Dengan itu, bebrapa teknik yang boleh mengurangkan kos serta meningkatkan perkhidmatan telah dikenalpasti seperti berikut: 1. Customization ✓ teknik yang menekankan bahawa perkhidmatan harus diberikan selewatlewat yang mungkin. ✓ Ini bermakna perkhidmatan ditawarkan pada masa yang terlewat iaitu semasa permintaan pelanggan dibuat. ✓ Contohnya dalam restoren, pelayan akan menanyakan soalan seperti ‘encik mahukan rasa masakan yang masin atau kurang masin?’ ✓ Keadaan ini berlaku kerana cita rasa setiap pelanggan adalah berbeza 2. Modularize ✓ Satu kaedah yang mengutarakan penyesuaian atau pengubahsuaian produk. ✓ Mengatur semula perubahan model. ✓ Misalnya dalam kedai baju, seseorang pelanggan suka pada fesyen sehelai baju tetapi malangnya kedai itu tidak mempunyai poket. maka pelanggan boleh meminta penjahit mengubahsuai fesyen dengan menambahkan poket pada baju itu. 3. Automation ✓ Segala kaedah memerlukan interaksi pelanggan yang kerap.


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 35/65 ✓ Untuk mengurangkan interaksi pelanggan serta mengekalkan hubungan yang mungkin berlaku. ✓ membahagikan sektor perkhidmatan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. ✓ contohnya dalam sektor perbankan, pihak bank memperkenalkan mesin ATM yang berkhidmat 24 jam sehari untuk memudahkan pelanggan. 4. Moment - of - truth ✓ Apabila perhubungan antara pembekal perkhidmatan dengan pelanggan berada pada tahap genting, maka pelanggan mula membuat penilaian semula terhadap kepuasan yang dinikamtinya. ✓ Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, ‘moment – of – truth’ merupakan masa untuk meningkatkan perkhidmatan dan jangkaan pelanggan. ✓ Tindakan yang perlu diambil pada masa itu adalah seperti memberi senyuman, meminta maaf, membantu pelanggan menyelesaikam maslah dan sebagainya. Latihan: 1. Berikan definisi jenama, tanda jenama dan nama jenama. 2. Senaraikan 3 strategi pilihan produk. 3. Terangkan 5 sumber penjanaan idea. 4. Binakan carta pembangunanproduk. 5. Terangkan ciri-ciri rekabentuk perkhidmatan.


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 36/65 6.0 Fungsi-fungsi inventori dalam organisasi • Inventori merupakan aset terpenting dan termahal dalam sesebuah firma. • inventori dapat menambahkan flexibilit sesebuah firma melalui beberapa cara berikut: 1. Inventori dapat menyediakan stok barangan yang mencukupi untuk memenuhi kehendak pengguna semasa ataupun masa depan (elakkan ’stockouts’) dan memberikan pelbagai pilihan barangan kepada pengguna. 2. Membolehkan lapisan produksi organisasi tidak terlalu bergantung kepada pembekal dan lapisan pengagihan serta organisasi tidak terlalu bergantung kepada lapisan produksi. 3. Inventori juga dapat membantu syarikat memperolehi kos pesanan per unit yang rendah dan potongan kuantiti (quantity discounts). selain itu dapat mengurangkan kos pengangkutan untuk mengangkut bahan mentah. Secara ta langsung dapat mengurangkan kos pengeluaran produk dan menjadikan produk lebih berupaya untuk bersaing. 4. Inventori juga dapat mengelak atau mengurangkan inflasi dan perubahan harga sesuatu barangan. menyimpan wang di bank mungkin dapat memberikan pulangan yang memuaskan kepada sesuatu firma tetapi melalui pelaburan dalam inventori, nilai inventori kita mungkin meningkat dan memberikan pulangan yang lebih memuaskan. 5. Boleh bertindak sebagai ’safety stocks’ iaitu stok berlebihan yang boleh digunakan untuk mengatasi ketidakcukupan sesuatu bahan mentah. 6. Untuk memastikan operasi syarikat dapat bergerak lancar melalui pengunaan inventori ’work-in-process’. 6.1 3 kos yang perlu ditanggung akibat tidak mempunyai inventori yang mencukupi:- 1. kos modal – duit yang digunakan untuk membeli inventori. 2. kos storan – penyimpanan inventori memerlukan ruangan ,tenaga pekerja dan peralatan. Ini secara tidak langsung meningkatkan kos produk. 3. kos risiko – kos yang perlu di bayar akibat kerosakan, kecurian dan insurans. BAB 6: PENGURUSAN INVENTORI


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 37/65 6.2. Jenis-jenis inventori 1. Inventori bahan mentah - bahan yang belum proses yan kitabeli daripada pembekal untuk dijadikan sebagai input kepada syarikat kita. •tujuan utama inventori ini adalah untuk mengelakkan ketidakstabilan pembekal dalam kuantiti atau masa penghantaran. 2. Inventori kerja- dalam- proses - merupakan komponen ataupun bahan yan sedang diproses tetapi belum siap sepenuhnya. •wujud kesan daripada kitaran masa iaitu tempoh masa yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu produk. •pengaliran barangan separa siap dari proses ke proses mewujudkan inventori ini. 3. Inventori MRO (maintenance, repair, operating supply) - merupakan bahan yang diperlukan untuk memastikan kelancaran pengoperasian mesin-mesin dan memastikan proses yan produktif. •termasuklah bahan yan diperlukan untuk penyelenggaraan, pembaikan dan pengoperasian. 4. Inventori barangan siap - produk yang telah siap diproses dan sedang menunggu untuk dihantar kepada pengguna. •merupakan output syarikat dan juga barangan yang distorkan untuk memenuhi keperluan masa depan yang tidak diketahui. 6.2.1 5 kepentingan menyimpan inventori a) mengurangkan kos pesanan b) kos kehabisan stok rendah c) kos membeli atau mendapatkan bahan seunit rendah d) kos kualiti permulaan adalah rendah e) melancarkan perjalanan operasi pengeluaran 6.2.2 5 kepentingan tidak menyimpan inventori a) kos membawa tinggi b) .kos ke atas tindakbalas pelanggan c) kos mengkoordinasi produksi d) kos ke atas pulangan atas modal e) kos masalah produksi


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 38/65 6.3. Analisis ABC • Analisis ABC merupakan aplikasi inventori yang berasaskan prinsip Pareto. • Menurut prinsip ini terdapat kritikal yang kurang dan tidak kritikal yang banyak. Ia membahagikan inventori dalam tangan ke dalam 3 kelas (A,B,C). ✓ Produk kelas A = Merangkumi sebilangan kecil produk, biasanya berharga tinggi, bervolum tinggi dan memberi kesan positif ke atas keputusan pihak pengurusan. ✓ Produk Kelas B = produk yang terletak antara kelas A dan C. ✓ Produk Kelas C = Merangkumi sebilangan besar produk, biasanya berharga rendah, bervolum rendah dan kurang mempengaruhi keputusan pihak pengurusan. 6.4. Model Inventori : Permintaan Tak Bersandar Berbanding Dengan Permintaan Bersandar. • Model pengawalan inventori menganggap bahawa permintaan bagi suatu barangan adalah bersandar atau tidak bersandar kepada permintaan barangan lain. • contoh: permintaan bagi kasut adalah tidak bersandar dengn permintaan baju. permintaan kain pula adalah bersandar kepada permintaan baju kerana kain merupakan bahan asas bagi penghasilan baju. 6.4.1 Kos Inventori • merupakan kos yang terlibat dalam inventori dan juga dalam pemesanan dan pengangkutan stok. Terdapat 3 jenis kos inventori:- 1. kos pemeganggan/ penyimpanan (holding cost) 2. kos memesan (ordering cost) 3. kos penyediaan (setup cost) 1. Kos Pemegang/ penyimpanan - kos untuk menyimpan dan mengangkut inventori dalam stok. -contoh kos ini seperti kos untuk menyimpan stok, kos pengendalian, kos pelaburan, pengangkutan


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 39/65 2. kos memesan - kos yang terlibat dalam proses pemesanan tanpa mengambil kira nilai sebenar barangan. -melibatkan proses penerimaan barangan, penghantaran jumlah pemesanan dan proses invois. -kos memesan boleh dibahagikan kepada: 1. header cost – kos untuk kenalpasti dan memesan dengan satu pembekal. 2. line cost – kos untuk mengira setiap item yang berbeza dipesan daripada pembekal yang sama. 3. Kos penyediaan - merupakan kos untuk menyediakan mesin atau proses untuk pengeluaran. • melibatkan pekerja berpengetahuan dan berpengalaman supaya pembaziran bahan dapat diminimumkan. 6.4.2 Model Kuantiti Pesanan Ekonomi Asas (EOQ) • merupakan satu model inventori berjenis kuantiti pesanan yang tetap yang memberi panduan jumlah inventori yan perlu dipesan. Dengan menggunakan model EOQ, pemesanan perlu dilakukan apabila stok sedia ada jatuh ke paras pesanan semula (re –order). • untuk mengira EOQ, formula berikut perlu digunakan: EOQ =√2DS H D = permintaan tahunan dalam unit bagi barangan invetori S = kos penyediaan bai setiap pesanan H = kos pemeganggan bagi setiap unit setahun Bilangan jangkaan pesanan = N = Q * D = kuantitipesanan permintaan masa jangkaan di antara pesanan = T = Bilangan hari bekerja setahun N Jumlah kos tahunan = kos penyediaan + kos pemeganggan TC = 2 QH + Q DS Titik pemesanan semula ( reorder points, ROP) ▪ pertimbangkan bilakah merupakan masa yan paling sesuai untuk


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 40/65 • memesan inventori. • -masa lopor (lead time), masa di antara pesanan dibuat dan pesanan • diterima, mungkin dalam lingkungan yang singkat iaitu beberapa jam • atau jangka masa yan panjang sehingga beberapa bulan. ROP = (permintaan sehari) (masa lopor bagi pesanan baru dalam unit hari) = d x L d = D / (bilangan hari bekerja setahun) D = permintaan tahunan Contoh 1: Haliza Company yang membekalkan pen kepada kolej PTPL yang ingin mengurangkan kos inventorinya dengan menentukan bilangan pen optimum yang didapati dalam satu pesanan. Permintaan tahunan ialah 1,000 unit, kos penyediaan atau kos pemesanan ialah RM10 bagi satu pemesanan. Kos pemegangan bagi satu unit dalam satu tahun ialah RM0.50. Kirakan kuantiti pesanan optimum bagi pesanan berikut. EOQ =√2DS H Q* = 0.50 2(1000)(10) Q* = 40,000 Q * = 200 unit Dengan menganggap hari bekerja 250 hari, kirakan bilanhan jangkaan pesanan (N) dan masa jangkaan di antara pesanan (T) dapat dikira. N = 200 1,000 kuantitipesanan Permintaan = 5 pesanan T = Bilangan hari bekerja setahun / bilangan jangkaan pesanan = 250 hari kerja setahun / 5 pesanan = 50 hari di antara pesanan


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 41/65 6.5 Model EOQ . Tahap inventori Q kuantiti pemesanan Purata inventori dalam tangan R Masa L R = titik pesanan semula L = masa lopor 6.6. Carta alir model EOQ Latihan: 1. DPP, pembekal buku-buku komik terkenal menjangkakan permintaan sebanyak 16,000 buah buku setahun. Kos bagi satu pesanan untuk menggantikan stok adalah RM20. Kos membawa setahun adalah RM3. Stok diterima 6 hari bekerja selepas pesanan dibuat. Anggapkan 300 hari bekerja setahun. Kirakan Model EOQ/ Sistem kuantiti pesanan tetap Tahap Idle Tunggu untuk permintaan Ada permintaan Bilangan dikeluar daripada inventori mengira status inventori Status = Jumlah di tangan + jumlah pesanan status < reorder point? membuat pemesanan bagi Q unit


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 42/65 a) kuantiti pesanan ekonomi (EOQ)(2 markah) b) kos pesanan setahun.(2 markah) c) bilangan jangkaan pesanan (N)(2 markah) d) masa jangkaan antara pesanan (T) (2 markah) 2. Terangkan secara ringkas EMPAT (4) jenis inventori. (8 markah)


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 43/65 7.0 Pengenalan kepada penjadualan agregat • kaedah yang digunakan oleh pengurus operasi untuk menentukan kuantiti dan ketepatan masa semasa pengeluaran produk itu dikeluarkan pada masa hadapan. • juga dikenali sebagai proses mengenalpasti kapasiti sumber yang diperlukan oleh organisasi bagi memenuhi permintaan pada masa depan. • jangkamasa bagi perancangan/penjadualan agregat adalah antara 3 hingga 18 bulan. 7.1 Objektif penjadualan agregat • untuk mengurangkan kos dalam jangkamasa perancangan . • sektor pembuatan pula bertujuan untuk membuat perancangan pengeluaran untuk mencapai objektif organisasi. ▪ contoh: perancangan agregat yang tertumpu hanya kepada berapa banyak basikal dikeluarkan tanpa adanya kategori, jenis dan warna basikal. • sektor perkhidmatan pula, perancangan agregat tertumpu kepada perincian jadual tenaga kerja dan kapasiti untuk mencapai objketif organisasi. ▪ contohnya: bilangan tempat duduk dalam kapal terbang, bilangan bilik hotel. 7.2 Proses perancangan agregat • proses perancangan agregat boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu; a) perancangan jangka pendek - mengambil masa kurang dari 3 bulan. - tugas dan tanggungjawab pekerja di bawah pengurus operasi seperti penyelia dan mandor - tugas utama adalah mengembangkan perancangan jangka sederhana kepada perancangan mingguan, harian dan jam. b) perancangan jangka sederhana - mengambil masa antara 3 hingga 18 bulan bermula apabila keputusan kapasiti jangka panjang dibuat. - tugas ini dibuat oleh pengurus operasi. - kesemua perancangan hendaklah selaras atau konsisten dengan strategi jangka panjang. BAB 7: PENJADUALAN AGREGAT


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 44/65 c) perancangan jangka panjang ▪ melebihi 1 tahun, banyak membantu seseorang pengurus ▪ berurusan dengan kapasiti dan isu-isu strategik yang kesemuanya adalah di bawah tanggungjawab pengurus atasan. ▪ pengurus atasan lah yang merangka polisi berkaitan dengan lokasi fasiliti dan pengembangan, pembangunan produk baru, tabung penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pelaburan. 7.3 Asas perancangan agregat • Perancangan agregat ini menyediakan satu garis panduan secara menyeluruh untuk membentuk satu jadual induk pengeluaran. • sesuatu jadual induk pengeluaran akan menentukan masa dan kuantiti pengeluaran setiap jenis keluaran yang dikeluarkan oleh kilang. • jadual induk pengeluaran merupakan satu jadual yang menterjemahkan rancangan pengeluaran kepada keperluankeperluan sebenar bahan mentah dan kapasiti. 7.31 Fungsi-fungsi jadual induk pengeluaran: a. Memperincikan rancangan agregat - menggabungkan semua sumber penting menjadi satu. - dibuat secara mingguan atau bulanan setiap keluaran akhir. - dibuat untuk masa 3 hingga 18 bulan. b. melicinkan pemprosesan maklumat - mengawal masa penghantaran. - memastikan fungsi-fungsi lain dapat dijalankan dengan lebih efisien. c. Input untuk sistem perancangan keperluan bahan - sebarang perubahan yang berlaku akan memberikan petanda atau isyarat kepada MRP bagi mengesan atau membuat perancangan tertentu. d. menentukan keperluan kapasiti - Jadual induk pengeluran adalah penting untuk menentukan keperluan kapasiti. e. menilai jadual-jadual pengeluaran - perlu dibuat berulang kali untuk dapatkan jadual perancangan yang terbaik. -penggunaan teknologi computer. f. megekalkan keesahan keutamaan pengeluaran. - perlu mengubah jadual induk pengeluaran untuk memenuhi


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 45/65 kehendak dan citarasa pelanggan yang berubah-ubah. g. penggunaan kapasiti yang efektif - jadual ini juga memberikan parameter-parameter penting untuk memastikan penggunaan kapasiti yang efektif. 7.3.2 Strategi perancangan agregat • merupakan strategi perancangan bagi menentukan jumlah dan masa yang bersesuaian untuk sesuatu produk bagi pasaran masa hadapan, selalunya 3 hingga 18 bulan kehadapan. • strategi ini kita boleh bahagikan kepada 2 bahagaian iaitu Pilihan Kapasiti yang mengandungi 5 pilihan dan Pilihan Permintaan yang mempunyai 3 pilihan. 1. Pilihan Kapasiti Pilihan kapasiti melibatkan penyerapan dalam turun naik permintaan tanpa melibatkan sebarang perubahan dalam aktiviti yang boleh menggalakkan permintaan. Terdapat 5 pilihan dalam pilihan kapasiti iaitu: a) Perubahan paras inventori ✓ Seorang pengurus boleh meningkatkan inventori dalam jangka masa permintaan rendah bagi memenuhi permintaan tinggi pada masa hadapan. b) Kepelbagaian tenaga kerja ✓ salah satu cara untuk memenuhi permintaan iaitu dengan mengambil atau memberhentikan pekerja di sektor pengeluaran bagi memadankan dengan kadar pengeluaran syarikat. c) Kepelbagaian kada pengeluaran ✓ Kadangkala adalah mungkin untuk mengekalkan tenaga kerja semasa permintaan rendah dan meningkatkannya bila permintaan tinggi. ✓ Semasa permintaan tinggi, terdapat had tertentu berapa banyak kerja lebih masa yang diperlukan. d). Penggunaan sub-kontrak ✓ sesebuah firma boleh memperolehi kapasiti sementara dengan sub-kontrak kerja semasa jangkamasa puncak permintaan bagi menampung permintaan yang tinggi. ✓ sub kontrak mempunyai beberapa kelemahan iaitu: a. melibatkan kos yang tinggi b. boleh membuka peluang kepada pesaing c. sukar untuk mencari sub-kontrak pembekal yang sesuai bagi memastikan produk sampai pada


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 46/65 masanya. e) Pengambilan pekerja sambilan ✓ terutamanya dalam sektor perkhidmatan. Pekerja sambilan ini diambil untuk memenuhi/menampung keperluan pekerja tidak mahir. ✓ pekerja sambilan ini juga biasanya lebih murah berbanding pekerja tetap dan akan dapat mengurangkan kos. ✓ biasanya dipraktikan di restoren-restoren dan pasaraya. 2. Pilihan Permintaan Firma cuba melicinkan perubahan dalam corak permintaan dalam masa perancangan. 3 pilihan permintaan adalah seperti berikut: a) Mempengaruhi permintaan ✓ Bila masa permintaan rendah, syarikat boleh cuba meningkatkan permintaan melalui pengiklanan, promosi, jualan persendirian dan pemotongan harga. ✓ Pemotongan harga seperti diskaun mingguan dan kadar penghabisan musim/tahun bagi syarikat penerbangan dan hotel serta pengurangan harga perkhidmatan pada waktu malam oleh syarikat telefon. b) Pesanan semula semasa jangkamasa permintaan tinggi ✓ pesanan semula ialah pesanan barangan atau perkhidmatan yang diterima oleh firma tetapi tidak boleh dipenuhi (sengaja atau peluang) buat masa itu. ✓ jika pelanggan sanggup tunggu tanpa kehilangan pesanan, pesanan semula adalah satu strategi yang mungkin boleh dipraktikkan. c) Produk dan perkhidmatan yang berterusan ✓ salah satu cara yang selalu digunakan dikalangan pengeluar ialah membuat satu pencampuran produk untuk musim yang berbeza. Latihan: 1. a) Berikan definisi strategi perancangan agregat. b) Terangkan dengan ringkas TIGA (3) proses perancangan dalam perancangan agregat. 2. a) Fungsi jadual induk pengeluaran begitu penting sebagai pemandu arah tuju. Jelaskan LIMA (5) fungsi jadual induk pengeluaran. b) Terangkan LIMA (5) pilihan dalam pilihan kapasiti


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 47/65 8.0 Pengenalan • perancangan s/atur melibatkan membuat keputusan tentang susunan fizikal untuk pusat aktiviti ekonomi dalam suatu kemudahan. • keputusan susunatur merangkumi tempat terbaik untuk mesin, alatalat keperluan pejabat dan meja, pusat perkhidmatan seperti hospital atau bilik stor. • sesuatu susunatur yang efektif memudahkan aliran untuk material, orang dan maklumat di sesuatu kawasan untuk mencapai objektif tertentu. 8.1 Tujuan perancangan s/atur; 1. memudahkan aliran manusia, material dan maklumat. 2. meningkatkan utiliti buruh dan alatan. 3. meningkatkan keselesaan pelanggan dan jualan. 4. mengurangkan risiko pekerja 5. memperbaiki moral dan komunikasi 8.2 Jenis-jenis susunatur 1. susunatur posisi tetap Susunatur bagi produk yang tetap seperti pembinaan rumah, bangunan dan pelantar minyak. 2. susunatur proses Susunatur bagi proses pengeluaran dan menghasilkan pelbagai jenis produk fizikal atau proses penyediaan perkhidmatan yang rendah bilangan unitnya seperti universiti dan bank. 3. susunatur pejabat Susunatur perabot, jabatan-jabatan atau pejabat dan penggunaan ruang bagi pengaliran maklumat 4. susunatur runcit s/atur yang menyediakan ruang para yang menarik dan yang dapat bertindakbalas dengan gelagat pengguna. 5. susunatur gudang s/atur yang berkaitan dengan ruang, pertukaran dan peralihan bahan. 6. susunatur produk s/atur yang berkaitan dengan penggunaan personel dan mesin secara optimum dalam pengeluaran berulang dan berterusan. BAB 8: SUSUNATUR


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 48/65 1. Susunatur Posisi Tetap • susunatur ini biasanya digunakan untuk produk yang tidak mudah dialihkan iaitu ia perlu berada disuatu tempat yang tetap. • Pekerja, bahan dan peralatan yang diperlukan untuk melaksanakan kerja akan dibawa ke stesen kerja tersebut. • Pengurus operasi perlu ke tempat kerja tersebut bagi mengurus dan menyediakan segala keperluan. • Contoh yang terbaik adalah pembinaan rumah, bangunan, jalanraya jejantas dan hal-hal yang melibatkan projek yang besar. • Peralatan yang akan digunakan disewa kerana penggunaan mereka adalah dalam satu tempoh masa yang terhad sahaja. • Pekerja yang diambil bekerja adalah yang berkemahiran tinggi dan upah yang diberi adalah tinggi. 2. Susunatur Proses • digunakan untuk menyusun proses-proses pengeluaran yang pelbagai produk atau perkhidmatan. • Ia sangat sesuai dan berkesan apabila membuat pelbagai produk yang berbeza keperluan pelanggannya atau apabila menangani pengguna, pesakit atau pelanggan yang berbeza kehendak dan karenah. • Contoh terbaik bagi susunatur proses adalah hospital, pasaraya, klinik, bank, kedai baiki kereta dan perpustakaan. Rajah 1 (a) Susunatur proses untuk perkhidmatan bank Pejabat Penolong Pengurus Pejabat Pengurus Kaunter Servis Lobi Menunggu Pegawai Pinjaman /Simpanan SSSimpanan Borang & Nombor


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 49/65 Rajah 1 (b) Susunatur Hospital • Rajah 1 (a) dan (b) mengambarkan susunatur proses untuk perkhidmatan bank dan hospital. • Setiap pelanggan atau pesakit dengan kehendak masing-masing perlu melalui satu proses ke proses berikutnya secara turutan. Susunatur proses untuk perkilangan • susunatur proses untuk perkilangan perlu disusun bagi memenuhi kepelbagaian dalam rekabentuk produk dan proses. • Jika pengilang mengeluarkan pelbagai produk yang tidak seragam dalam kuantiti yang kecil seperti dalam kedaian kerja, stesen-stesen kerjanya perlu disusun mengikut susunatur proses. Bilik Kecemasan Ketibaan Pesakit Dan Lobi Tempat Letak Tempat Letak Kereta Kereta Masuk Keluar Bilik Hospital Bilik Hospital Bilik Hospital Bilik Hospital Pembedahan Radiologi Unit Jagaan Rapi Servis Teknikal Ruang Pejabat Menunggu Jururawat Para Doktor Kantin Pejabat Pejabat Pentadbiran


Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 50/65 Penerimaan dan stor bahan mentah A B Melicin A A B Mengecat A B A B Pembungkusan dan penghantaran B A Rajah 2 Susunatur Proses bagi produk A dan B • Rajah 2 menunjukkan 2 jenis produk, A dan B setiapnya mempunyai rekabentuk, bilangan, jenis dan langkah-langkah dalam proses yang berbeza. Kebaikan 1. Kebolehan mudahalih buruh dan peralatan yang ditugaskan. Contohnya apabila seorang pekerja tidak dapat menjalankan tugasnya kerana sakit, maka tugas beliau itu akan diambil alih oleh pekerja lain yang mempunyai kemahiran yang sama. 2. Kedaian kerja ataupun sekumpulan yang perlu diproses bersama. Keburukan 1. Peralatanya bertujuan umum. Oleh itu latihan dan pendidikan kepada pekerja-pekerja mahir perlu ditingkatkan 2. Inventori kerja dalam proses yang tinggi akan menyebabkan peningkatan dalam pelaburan ke atas pengurusan inventori. • walaubagaimanapun objektif susunatur proses adalah untuk meminimumkan kos peralihan bahan dari satu stesen kerja ke satu stesen kerja yang lain. • Oleh itu stesen kerja yang mempunyai peralihan bahan yang banyak atau pergerakan pekerja yang ramai perlu diletakkan bersebelahan atau berhampiran dengan stesen kerja yang berikutnya. • Ianya bergantung kepada : i.bilangan bahan (pekerja) yang perlu dipindahkan di antara 2 stesen kerja. iii. Kos seunit untuk memindahkan bahan (pekerja) di antara 2 stesen kerja.


Click to View FlipBook Version