Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 51/65 3. Susunatur Pejabat • Dalam susunatur pejabat, pekerja, peralatan, perabot dan ruang pejabat disusunatur dengan baik bagi menyediakan keselesaan ditempat kerja, keselamatan dan kemudahan aliran maklumat. • Perubahan teknologi telah banyak mengubah cara merekabentuk susunatur pejabat. • Keputusan strategi susunatur pejabat adalah satu gabungan seni dan sains di mana bahagian sains sahaja dianalisis mengikut aliran kerja, kerja berkumpulan, kuasa dan peranan yang dimainkan masih perlu dikekalkan. • Nilai-nilai berestetika perlu diterapkan pada susunatur pejabat kerana ia memberi nilai estetika kepada pelanggan. Contohnya seperti warna bilik dan muzik berirama perlahan dapat memberi ketenangan kepada pesakit. Rajah 2 susunatur pejabat. 4. Susunatur Runcit • berdasarkan konsep jualan dan keuntungan di mana semakin tinggi pendedahan pelanggan kepada sesuatu produk, maka semakin tinggi jualan dan keuntungan syarikat.
Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 52/65 • Pengurus perlu membuat strategi susunatur bagi meningkatkan pendedahan pelanggan kepada semua produk yang mungkin. • 5 strategi boleh digunakan iaitu: 1. menempatkan item yang tinggi peralihannya berhampiran dengan stor seperti susu segar, ikan, daging dan sayur-sayuran. Barangan mudah rosak perlu disusun berhampiran dengan stor. 2. menggunakan lokasi yang tetap untuk item-item yang tinggi permintaan dan marginnya seperti barang-barang dapur, keperluan harian dan peribadi. 3. mempamerkan item-item yang dapat menguasai pembelian berhampiran dengan item-item lain supaya dapat meningkatkan pendedahan barangan kepada pelanggan dan meningkatkan jualan. 4. menggunakan kedudukan lorong yang terakhir di mana kadar pendedahan kepada pelanggan adalah tinggi terutama ketika menungggu giliran untuk membuat pembayaran. 5. menunjukkan objektif atau imej sesuatu pasaraya atau kedai dengan menempatkannya dibahagian hadapan pintu masuk. Rajah 3 5. Susunatur Gudang dan Stor • melibatkan penggunaan ruang gudang dan kos pergerakan bahan. • Objektif susunatur ini adalah untuk memaksimumkan penggunaan ruang disamping mengekalkan kos pergerakan bahan yang minimum. • Kos-kos yang terlibat semasa pergerakan bahan adalah peralatan dan pengangkutan, pekerja, stor, bahan, pengawalselia, insurans dan susutnilai.
Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 53/65 • Susunatur gudang yang efektif perlu meminimumkan kerosakan bahan dan meminimumkan penggunaan sumber mencari, mencapai dan mengalihkan bahan. Rajah 4 6. Susunatur Produk • melibatkan penyusunan mengikut jenis-jenis produk. • Ia digunakan untuk pengeluaran produk yang bilangan unitnya besar dan kepelbagaian susunatur produk yang rendah. • Perlu membuat keputusan dengan andaian-andaian berikut: 1. bilangan unit yang besar untuk penggunaan peralatan yang tinggi. 2. permintaan terhadap produk adalah tetap bagi emmastikan pelaburan yang tinggi dalam sesuatu peralatan tertentu. 3. produk biasanya diseragamkan. 4. bekalan bahan mentah dan komponen perlu cukup dan seragam bagi memastikan operasi berjalan dengan lancar. • susunatur produk digunakan dalam pembuatan yang berulang dan berterusan seperti barisan pembuatan dan pemasangan. • Barisan pembuatan dan adalah sebuah mesin yang bersiri yang digunakan untuk membuat bahagian logam komputer atau rangka radio dan kereta. • Barisan pemasangan pula adalah sebuah stesen kerja yang bersiri seperti pemasangan komponen-komponen komputer dan set televisyen sehingga produk-produk tersebut siap. • Produk-produk tersebut akan bergerak melalui mesin automatik seperti alat pembawa (conveyer). • Oleh itu kerja-kerja yang dilaksanakan oleh mesin dan pekerja pertama perlu seimbang dengan mesin dan pekerja seterusnya.
Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 54/65 Imbangan Barisan Pemasangan • menentukan tugas-tugas yang setiap pekerja akan laksanakan dan bagaimana pekerja-pekerja dikumpulkan pada stesen-stesen kerja supaya jumlah bilangan pekerja yang diperlukan pada barisan pemasangan adalah minimum. • Bagi menghasilkan seunit produk pada kadar tertentu, pengurusan operasi perlu mengetahui 3 perkara berikut: 1. alat-alat, perkakasan dan kaedah-kaedahkerja yang dijalankan. 2. masa yang diperlukan bagi setiap tugas pemasangan 3. hubungan keutamaan diantara aktiviti-aktiviti. Contoh 2 Pengeluar elektronik terbesar di Malaysia, memasang model HS51 kalkulator telapak tangan di sebuah kilang utamanya. Tugas pemasangan memerlukan masa selama 66 minit untuk menghasilkan seunit kalkulator. Tugas-tugas pemasangan yang berikut perlu dilaksanakan. Jadual 2 dan rajah 6 masing-masing menunjukkan data dan gambarajah keutamaan Tugas Masa Perlaksanaan Tugas yang mesti diutamakan dahulu A 10 - B 11 A C 5 B D 4 B E 12 A F 3 C , D G 7 F H 11 E I 3 G, H Jum Masa 66
Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 55/65 Latihan 1. Berdasarkan maklumat di bawah, lakarkan gambarajah keutamaan Aktiviti Masa Aktiviti terdahulu A 10 - B 7 - C 3 A D 9 B E 6 B F 7 C, D G 11 E H 8 F, G 2. Jelaskan dengan ringkas TIGA (3) tujuan perancangan susunatur. 3. Terangkan maksud susunatur i. proses ii. produk 4. Jelaskan mengenai LIMA (5) jenis strategi susunatur.
Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 56/65 9.0 STRATEGI LOKASI • Salah satu keputusan yang paling penting bagi sesebuah organisasi ialah di manakah lokasi operasi organisasi itu ditempatkan. Banyak firma dari seluruh dunia juga mengunakan konsep teknik lokasi untuk memilih lokasi yan strategik. 9.1. KEPENTINGAN / OBJEKTIF PEMILIHAN LOKASI • memaksimumkan kebaikan-kebaikan yang terdapat pada suatu lokasi kepada sesebuah firma atau syarikat. • meminimumkan kos-kos yang terlibat dalam pengeluaran. • memaksimumkan hasil/pendapatan. • meminimumkan kos dan memaksimumkan kelajuan penghantaran 9.2. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPUTUSAN LOKASI 1. Globalisasi • Globalisasi tempat kerja telah menjadikanpemilihan lokasi yang mempunyai kemudahan lebih kompleks. globalisasi mengambil tempat kerana pembangunan dalam: i. pasaran ekonomi ii. komunikasi antarabangsa yang lebih baik iii. pengangkutan dan pelayaran yang lebih kerap dan boleh dipercayai iv. kesenangan dalam pengaliran modal antara negara v. perbezaan yang tinggi dalam kos buruh 1. Keputusan Negara - turutan dalam keputusan lokasi selalunya bermula dengan memilih sesebuah negara sebagai tapak operasi. pertimbangan dan faktor yang mempengaruhi keputusan-keputusan negara adalah seperti:- i. perundangan, sikap, kestabilan, insentif kerajaan ii. isu,isu budaya dan ekonomi iii. lokasi pasaran-pasaran iv. sikap, produktiviti, kos buruh v. kadar tukaran mata wang 2. keputusan rantau/komuniti - setelah memilih negara, maka ia akan memfokus kepada rantau dan komuniti negara tersebut. Pertimbangan atau faktor yang mmpengaruhi adalah:- i. kehendak korporat ii. budaya,cukai, cuaca iii. kos dan sikap buruh terhadap kesatuan BAB 9: LOKASI FASILITI
Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 57/65 iv. kemudahan-kemudahan v. insentif kerajaan 3. keputusan tapak - memilih tapak yang spesifik samada sebiang tanah atau sebuah bangunan. Antara faktornya seperti:- i. saiz dan kos tapak ii. sistem-sistem udara, rel, lebuhraya, pengairan iii. had dalam penzonan iv. pendekatan kepada servis dan keperluan bekalan v. isu-isu kesan persekitaran 2. Produktiviti Buruh • Semasa memilih sesuatu lokasi, pengurus mungkin terpikat kepada kawasan dengan kadar gaji yang rendah. • W/bagaimanapun, kita tidak boleh hanya mempertimbangkan kadar gaji sahaja, pengurus juga harus mempertimbangkan produktiviti. • Perbezaan produktiviti wujud di negara yang berlainan. Contoh 1 3. Kadar Tukaran Wang Asing • Kadar tukaran asing yang tidak menguntungkan akan mengurangkan tabung wang negara. • Kadangkala syarikat akan mengambil kesempatan terhadap kadar tukaran wang asing yang menguntungkan itu dengan menempatkan semula atau mengeksport barangan ke negara asing. • Akan tetapi, nilai matawang asing sesebuah negara itu akan sentiasa turun naik di kebanyakan negara. Jika Lela membayar RM70 sehari dengan penghasilan 60 unit sehari di Bayam Lepas, perbelanjaan buruhnya adalah kurang berbanding dengan tapak di Taiping yang membayar RM25 sehari dengan produktiviti 20 unit sehari. Kos buruh sehari = kos per unit Produktiviti unit sehari) Penyelesaian: Kes 1 : Tapak Bayan Lepas RM 70 = RM 1.17 per unit 60 Kes 2 : Tapak Taiping
Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 58/65 • Perubahan sedemikian menyebabkan lokasi-lokasi yang terpilih pada tahun 2005 akan mengalami kerugian yang besar jika mata wang asing menurun pada tahun 2010. 4. Kos kos ketara - 2 jenis kos lokasi kos tidak ketara • faktor-faktor kos boleh diukur secara objektif walaupun terdapat ketidakpastian. • kos ketara seperti kos tanah, bangunan dan peralatan, kos pengangkutan, kos utiliti, cukai dan insurans dan kos buruh. • kos tidak ketara adalah seperti penawaran buruh, perhubungan dengan buruh dan kesatuan sekerja, sikap komuniti, peraturan kerajaan, persekitaran dan tindakbalas persaingan. 5. Sikap • sikap nasional dan kerajaan tempatan terhadap harta persendirian, penzonan, pencemaran dan kestabilan pekerjaan adalah selalu dalam keadaan yang berubah-ubah • sikap pekerja adalah berbeza-beza dari sesebuah negara, rantau, bandar besar dan bandar kecil. • pandangan pekerja terhadap keuntungan, kesatuansekerja dan kadar ketidakhadiran pekerja merupakan faktor-faktor yang berkaitan. 6. Lokasi pasaran • salah satu faktor yang mempengaruhi sesuatu lokasi ialah sasaran pasaran berhampiran. • bagi kebanyakan syarikat, adalah penting jika syarikat ditubuhkan di sasaran pasaran yang ramai. 7. Lokasi bahan mentah • Sebahagian syarikat menempatkan operasinya berdekatan dengan bahan mentah kerana di antara bentuk input dengan output keluaran yang dihasilkan. • jika input bahan mentah diperlukan dalam kuantiti yang besar, maka wajarlah syarikat-syarikat menempatkan kilang atau kemudahan berhampiran dengan sumber bahan mentah. • alasan yang lain adalah kerana sumbernya banyak dirantau tersebut. • jika keadaan ini berlaku, kemungkinan besar harganya murah dan secara langsung kos pengeluaran juga akan menjadi lebih murah.
Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 59/65 9.3 FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN LOKASI PERKHIDMATAN 1. kuasa pembelian pelanggan 2. servis dan imej bersesuaian dengan demografi 3. kualiti persaingan 4. keunikan syarikat 5. lokasi pesaing 6. kualiti fizikal fasiliti dan persekitaran perniagaan 7. polisi operasi syarikat 8. pengurusan kualiti Latihan: 1.Berikan DUA (2) kaedah penilaian alternatif lokasi. 2.Huraikan dengan lebih lanjut mengenai LIMA (5) faktor pemilihan lokasi. 3.Jelaskan EMPAT (4) objektif strategi lokasi. 4.Salah satu faktor yang mempengaruhi keputusan lokasi ialah globalisasi. 5.Terangkan faktor-faktor globalisasi tersebut.
Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 60/65 9.0 Pengenalan • pengurusan projek merupakan satu pengurusan yang melibatkan pembangunan, alat perubahan atau inovasi dalam kerja operasi • merangkumi aktiviti-aktiviti seperti merancang dan pengawalan sesuatu projek dengan bergantung kepada konstren belanjawan supaya projek itu dapat disempurnakan dalam tempoh masa yang ditetapkan (penjadualan). 9.1. Elemen-elemen pengurusan projek a) Pasukan projek • terdiri daripada kumpulan individu dari organisasi atau dari luar organisasi yang bergantung kepada kemahiran tertentu dan pengalaman yang berkaitan dengan sesuatu projek. • Ahli dalam pasukan termasuk pengurus dan staf personel yang mahir dalam bidang tertentu. • Ia bersifat sementara waktu sahaja. selalunya dketahui oleh seorang pengurusan yang dikenali sebagai pengurus projek. b) Matriks organisasi • merujuk kepada satu pasukan yang dibentuk khas untuk menjalankan sesuatu projek yang khas. • ahlinya boleh terdiri dari pelbagai jabatan fungsi dalam syarikat. Contohnya kejuruteraan, pemasaran dan pengeluaran yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu pojek. • struktur organisasi ini adalah berbentuk kekal. • Daripada gabungan kedua-dua kumpulan projek dan matriks organisasi, maka wujudlah organisasi projek yang akan menguruskan pengurusan projek melalui perancangan, penjadualan dan pengawalan. 9.2 3 peringkat pengurusan projek 1. perancangan (planning) 2. penjadualan (scheduling) 3. pengawalan (controlling) • ketiga-tiga peringkat ini akan digunakan dalam teknik PERT, CPM dan carta Gantt BAB 10: PENGURUSAN PROJEK
Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 61/65 1. Perancangan • merangkumi aktiviti menentukan objektif projek. kebiasaanya akan disenaraikan dalam bentuk dokumen formal yang dikenali sebagai skop projek. • projek akan dibahagikan kepada beberapa komponen yang terperinci dengan kaedah yang dikenali sebagai Struktur Pembahagian Kerja (WBS). Projek Perkara-perkara utama dalam projek sub perkara utama dalam projek Aktiviti-aktiviti matriks organisasi 2. Penjadualan ▪ proses penjadualan diperlukan untuk menganggarkan jangka masa yang diperlukan untuk menyiapkan setiap aktiviti. ▪ Tujuan penjadualan a) menentukan dan menghubungkaitkan antara aktiviti dengan aktiviti yang lain. b) mengenalpasti hubungan sebelumnya antara aktiviti-aktiviti. Hubungan ini dapat ditunjukkan melalui teknik CPM/PERT yang melibatkan graf rangkaian. c) menetapkan jangka masa untuk menyiapkan penyenggaran setiap aktiviti. d) mengoptimumkan pengunaan sumber-sumber manusia dan bahan mentah dengan lebih cekap khasnya dalam aktiviti yang kritikal. iii. Carta Gantt • merupakan salah satu teknik proses penjadualan yang popular. melibatkan beberapa aktiviti dan hubungan sebelumnya. • carta gantt juga dikenali sebagai carta bar di mana setiap aktiviti projek akan ditunjukkan bersama dengan laluan masa perjalanannya. • contoh carta gantt untuk pembinaan rumah.
Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 62/65 3. Pengawalan • semasa projek sedang dilaksanakan, pengurus projek akan tertumpu kepada peringkat pengawalan yang termasuk pengawalan sumber, kos kualiti dan belanjawan. • projek pengawalan melibatkan ; - memastikan semua aktiviti telah dikenalpasti - memastikan semua aktiviti dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan. - sumber-sumber yang diperlukan dikenalpasti - perubahan dalam jadual akan berlaku sekiranya terdapat sebaran perubahan atau pembaharuan dalam projek. 9.5 Teknik Pengurusan Projek • Program Penilaian dan Teknik Pemeriksaan (PERT) dan Kaedah Laluan Genting (CPM) merupakan teknik-teknik yang dibentuk bagi membantu pengurus untuk mengatur, mengurus dan mengawal projek-projek yang besar dan kompleks. 2 4 6 8 10 1 3 5 7 9 Aktiviti merekabentuk rumah dan mendapatkan bekalan wang mencari pembekal membuat pesanan dan menerima bahan mentah membina rumah mengecat memasang permaidani siapkan kerja
Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 63/65 • PERT merupakan teknik yang membolehkan pengurus mengatur, mengawal, dan menjadualkan projek yang besar dan kompleks mrelalui pengambilan anggaran sebanyak 3 kali untuk setiap aktiviti. • CPM merupakan suatu teknik rangkaian yan hanya menggunakan satu faktor masa per aktiviti untuk membolehkan pengurus untuk mengawal, mengurus dan menjadualkan projek besar dan kompleks. PERT – aktiviti-aktiviti ditunjukkan sebagai rangkaian dalam hubungan turutan menggunakan ’activity-on-arrow’ network (AOA) di mana arrows adalah aktiviti-aktiviti manakala nodes adalah titik masa di mana sesuatu aktiviti tamat. CPM – aktiviti-aktiviti ditunjukkan sebagai rangkaian dalam hubungan turutan menggunakan ’activity-on-node’ network (AON) di mana nodes adalah aktiviti-aktiviti hubungan manakala arrows adalah hubungan turutan antara aktiviti-aktiviti. biasanya merupakan masa permulaan dan masa penamatan setiap aktiviti. Nod (node) aktiviti merupakan suatu tugas atau jumlah kerja yang spesifikasi yang diperlukan dalam projek Anak panah (arrow) aktiviti A aktiviti B 9.5.1 AKTIVITI PATUNG (DUMMY) DAN PERISTIWA ▪ aktiviti patung dan peristiwa adalah sangat penting apabila program komputer digunakan untuk menentukan laluan genting dan projek penyiapan masa. ▪ aktiviti patung dan peristiwa juga boleh memastikan rangkaian membayangkan projek dalam pertimbangan. ▪ oleh sebab itu aktiviti patung dan peristiwa perlu dimasukkan ke dalam rangkaian untuk menyelesaikan masalah. peristiwa n P1 P2 P3
Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 64/65 ▪ masa aktiviti patung adalah sentiasa kosong (t = 0). ▪ aktiviti patung bergantung kepada laluan genting seperti garisan aktiviti lain. ▪ contoh:- masukkan aktiviti patung dan peristiwa untuk membetulkan rangkaian berikut: Penyelesaian: aktiviti patung Latihan: 1. Bentukkan rangkaian aktiviti anak panah (AOA) berdasarkan maklumat berikut: Aktiviti Aktiviti terdahulu A - B - C A D B E C, D F D G E H F 2. Berikan definisi pengurusan projek. P1 P2 P3 P5 P4 P1 P4 P2 P5 P3 D
Pengantar Pengurusan Operasi BMG 0023 Pn. Haslinda Shafie 65/65 3. Berikan DUA (2) peringkat pengurusan projek. 4. Terangkan secara ringkas i. Pasukan projek ii. Matrik organisasi