The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini menceritakan beberapa hal mengenai masa kini dan ingin disampaikan kepada pembaca untuk menyedarinya.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ahmad Rifqie, 2020-12-03 15:07:35

Sedikit Nota Untuk Mu

Buku ini menceritakan beberapa hal mengenai masa kini dan ingin disampaikan kepada pembaca untuk menyedarinya.

SEDIKIT NOTA UNTUK
MU

Dikarang oleh Jangan membaca
sampai koma, tapi
ABDUL AZIM WAL MUSTAQIM bacalah sampai
BIN JAMALUDDIN titik.

AHMAD RIFQIE BIN AHMAD
FIKRI

MUHAMMAD FIRDAUS BIN
JAMALUDDIN

DENDAM ABDUL AZIM

Cerpen Ringkas

Cahaya bulan menerangi kolej kediaman pelajar Politeknik Ungku
Omar pada malam jumaat yang hening. Mustaqim yang berada di jendela
dapat merasai bayu malam itu menerpa badannya. Terasa sungguh
sunyi malam itu kerana dia antara pelajar yang tidak dapat pulang ke
rumah kediamannya dan dia berseorangan di blok asrama yang
berketinggian 4 tingkat. Ramai penghuni asrama itu telah pulang ke
rumah mereka pada minggu lalu, namun begitu dia masih tidak boleh
pulang kerana abangnya hanya dapat mengambilnya pada hari esok
kerana kesibukan bekerja. Dia terpaksa duduk di asrama itu untuk
sehari lagi.

Jam di dinding menunjukkan waktu telah
bergerak menghampiri 9:00 malam, dan Mustaqim
merebahkan badannya di atas katil kerana dia baru
sahaja menghabiskan mi segera berperisa kari yang
diberikan rakan sebiliknya petang tadi sebelum
rakannya itu pulang.

Sebelum rakannya itu pulang, dia sempat

berpesan kepada Mustaqim agar berhati-hati

kerana dia duduk berseorangan di blok asrama itu

dan penghuni blok itu kesemuanya telah balik

kecuali Mustaqim. Tepat jam 9:00 malam, Mustaqim mula merasa

sakit kepala, penglihatannya mulai kabur dan badannya

tidak dapat bergerak. Dia seakan dipeluk oleh makhluk

berbadan besar yang sasa. Pergelutan dan jeritan

dilontarkan, akan tetapi tiada yang dapat membantu

dirinya kerana dia berseorangan di asrama tersebut.

Setelah lima minit pergelutan, dia akhirnya dapat

mengerakkan anggota badannya sedikit demi sedikit.

Mustaqim melihat sekeliling dan pandangannya terhenti
di jendela. Dia terlihat cahaya biru di sebalik langsir lalu dia
mendekatkan dirinya menghampiri jendela. Kaku seluruh
badannya kerana dia melihat bulan purnama yang bersinar
putih salju sebentar tadi telah bertukar menyinari bumi
dengan cahaya biru nila. Terkejut dengan keadaan tu, dia
mencapai telefon bimbitnya untuk melihat sekiranya
rakannya yang lain juga dapat melihat perkara yang sama
atau hanya dia sahaja yang dapat alami fenomena yang luar
biasa ini.

Malang buat dirinya kerana telefon bimbit
kepunyaannya menunjukkan bahawa terdapat gangguan
isyarat yang sedang berlaku. Dia tidak dapat menghubungi
dunia luar untuk mengesahkan bahawa apa yang dilihat
dengan matanya itu realiti atau hanya fantasi semata-
mata. Dia bertindak untuk mengambil beberapa keping
gambar bulan yang bercahaya biru nila itu menggunakan
telefon bimbitnya.

Sewaktu dia asyik memerhatikan bulan, dia tersentak
dengan jeritan yang hadir dari luar biliknya diikuti dengan bunyi
seperti sesuatu jatuh ke lantai. Lampu biliknya terpadam dan di
dalam kegelapan bayu dingin menerpa badannya. Bulu romanya
tegak berdiri dan tanpa berfikir panjang mengambil lampu suluh
yang ada di dalam laci mejanya lalu menyalakannya.

Pintu biliknya diketuk beberapa kali dan dia
berkata di dalam hatinya mungkin itu adalah warden yang
datang untuk melihat keadaan dirinya jika ada sesuatu
berlaku. Dia berlari ke arah pintu lalu membukanya. Akan
tetapi koridor biliknya lenggang tiada orang. Dia keluar
untuk meninjau keadaan sekeliling dan berhenti di tepi
beranda.

Dia melihat cahaya bulan biru nila itu menerangi
padang dan blok asrama lain yang ada di sekitarnya.
Pokok-pokok hijau, blok asrama yang berwarna kuning
langsat dan bumbung kafeteria yang berwarna merah
manggis itu telah bertukar menjadi warna biru nila
akibat pantulan sinar bulan.

Sedang asyik matanya meliar meneroka kawasan
sekeliling, dia dapat merasakan terdapat orang
menghembuskan nafas di tengkuknya. Lantas dia memusingkan
badannya untuk melihat siapa atau apakah yang
menghembuskan nafas di tengkuknya. Akan tetapi, dia tidak
dapat menemui sesiapa.

Dengan perasaan seram sejuk, Mustaqim melangkah
memasuki biliknya semula untuk mengambil telefon bimbit
serta lampu suluhnya. Dia berniat untuk pergi ke bilik
warden yang berada di tingkat dua. Koridor yang sunyi itu
bergema dengan bunyi dari tapak kakinya yang pantas
menuruni tangga.

Setelah tiba di hadapan pintu bilik warden, dia menekan loceng
yang ada di dinding bilik tersebut. Dia juga mengetuk pintu dan
memberi salam. Tiada yang menyahut dan dia melihat keadaan di dalam
bilik itu di menggunakan jendela di sebelah pintu. Bilik itu kosong dan
tiada tanda-tanda ada orang berada di dalam bilik itu.

Fikirannya mula buntu. Dia kemudian bergerak ke
tingkat satu untuk melihat jika terdapa-t litar pintas yang
berlaku di suis utama kerana keseluruhan 5 blok asrama yang
terdapat di kolej kediaman itu tidak mempunyai elektrik. Tiada
bilik yang menyalakan lampu mahupun koridor juga berada
dalam keadaan gelap.

Setelah sampai di kotak suis utama yang
berada di tingkat satu dia melihat bahawa tiada
litar pintas yang berlaku. Keadaan kawasan
sekeliling amat sunyi dan dia hanya mendengar bayu
meniup lembut mengenai tubuhnya.

Dalam asyik dia melihat kawasan sekeliling, telinganya
menangkap bunyi yang amat kuat berbunyi dari hujung koridor.
Bunyi itu datang dari arah belakang blok asrama. Bunyi itu sama
seperti bunyi yang didengari olehnya sebentar tadi. Akan tetapi,
bunyi kali ini lebih kuat dan dengan semangat ingin tahu yang tinggi,
dia melangkah menghampiri kawasan belakang blok asrama.

Setibanya dia di belakang blok asrama, badannya menjadi
kaku. Tubuhnya menjadi lemah longlai, tiada suara yang dapat
keluar dari mulutnya dan pernafasannya bertukar menjadi berat

seperti dia baru sahaja habis berlari maraton. Dia melihat
sesuatu yang tidak asing bagi dirinya terbaring di atas rumput
yang basah serta pendek kerana telah dipotong pada minggu yang

lalu.

Sekujur tubuh yang dia kenali terbaring dan berlumuran
dengan darah. Mustaqim memalingkan pandangannya ke tempat
lain kerana dia tidak boleh menghadamkan perkara yang baru

disaksikan olehnya sebentar sahaja tadi. Dia memandang
semula ke badan itu untuk memastikan bahawa adakah benar

apa yang disaksikan olehnya. Raut wajah badan itu
mengesahkan bahawa tubuh badan yang berlumuran dengan
darah dan kotor dengan lumpur itu adalah milik tunangnya,

Misaki atau lebih dikenali dengan nama Misa.

Misa merupakan tunang kepada Mustaqim selama 6 bulan. Mereka
telah bertunang sejak hujung tahun 2019, tetapi dia telah bertindak
memutuskan pertunangannya dengan Misa pada pertengahan tahun 2020
kerana dia masih tidak dapat melupakan kisah silamnya. Kisah silam
Mustaqim masih menghantui dirinya kerana pelbagai perkara tidak baik
dan negatif telah dilakukan pada masa lalu. Ingatannya masih segar
dimana dia kerap bertarung dengan sekumpulan orang yang dibawah

alkohol dan dadah di lorong yang sunyi. Dia kerap berlawan serta
memukul orang yang bersalah dan tidak bersalah pada masa yang lalu.

Sesiapa sahaja yang dia berjumpa pasti dia akan mengajak untuk
bertarung dengannya. Semangat darah muda yang ada di dalam dirinya
membara untuk menunjukkan pada dunia bahawa dia adalah orang yang
paling berkuasa dan kuat di kalangan orang di kawasan perumahannya.

Tetapi semuanya berubah apabila peristiwa hitam
menjengah dirinya. Kucing peliharaannya yang bernama Kobra

telah mati akibat dilanggar kereta. Mereka telah bersama
selama 10 tahun lagi. Banyak kenangan pahit manis yang telah

dilalui bersama. Pada pertengahan tahun 2019, Mustaqim
telah berjumpa dengan Misa di sebuah kedai makan yang

terkenal di pekan Ipoh. Misa menegur Mustaqim yang
kelihatan murung di meja. Misa memberitahunya bahawa
kedai makan itu akan tutup dan meminta agar Mustaqim

segera menghabiskan makanannya.

Mustaqim memandang tepat pada mata Misa dan dunia
bagaikan terhenti putarannya. Dunia yang disangka tamat
sewaktu Kobra hilang dari pandangannya telah kembali
menampakkan warna dan serinya. Sejak dari itu, Mustaqim mula
berkawan dengan Misa. Hari berganti hari, persahabatan mereka
semakin akrab dan akhirnya dia memutuskan untuk
menghalalkan pertaliannya dengan Misa. Akan tetapi pada
pertengahan tahun 2020, Mustaqim telah bertindak memutuskan
pertunangannya kerana takut dia mungkin akan mencederakan
atau menyakiti Misa.

Pelbagai memori dan ingatan yang
menderas laju memasuki mindanya. Sekali
lagi dia memandang ke arah tubuh badan
yang terbaring di atas tanah itu. Mustaqim
tidak dapat menghadam bagaimana bekas
tunangnya itu boleh ada terbaring kaku di
hadapannya. Ini kerana, Misa bukanlah
pelajar Politeknik Ungku Omar dan pelawat
tidak dibenarkan masuk selepas pukul 9:00
malam.

Tiba-tiba kepalanya berdenyut dan dia terlihat ada
lembaga hitam yang sedang berdiri tidak jauh darinya.
Lembaga itu berbulu lebat dengan ketinggian menghampiri 2
meter dan mempunyai lengan yang panjang serta kuku yang
tajam. Matanya bersinar merah merona walaupun keadaan
sekeliling masih lagi berwarna biru kerana sinaran bulan
biru yang aneh pada malam itu. Dengan laju lembaga itu
menghampiri Mustaqim dan terus memberikan satu
tumbukan yang padu tepat ke arah dadanya.

JANGANLAH MENJADI PRIBADI PENDENDAM

Sewaktu lembaga itu mahu menusukkan kukunya yang panjang
tepat ke jantung Mustaqim, terdengar jeritan kuat datang dari koridor
dan sepakan kuat diberikan terhadap lembaga itu sehingga ia jatuh
tersungkur. Mustaqim mendengar suara yang tidak asing bagi dirinya
bertanya tentang keadaan dirinya. Dia membuka mata perlahan-lahan dan
melihat wajah seorang lelaki berkulit sawo matang menghulurkan tangan
untuk membantu dirinya berdiri. Tekaannya tepat, lelaki yang berdiri di
hadapannya itu adalah rakan sebiliknya, Aiman yang telah memberikan mi
segera padanya petang tadi.

Mustaqim jatuh rebah ke tanah akibat tumbukan itu. Badannya
terasa lemah longlai tidak bertenaga. Dia berkata di dalam hati, mungkin
inilah balasan yang diberikan tuhan terhadap dirinya atas kesilapan yang
telah dilakukan pada masa lalu. Lembaga itu berdiri di hadapan Mustaqim
yang masih lagi terbaring di atas tanah lalu mengangkat tinggi tangannya
yang mempunyai kuku panjang di setiap jarinya. Lembaga itu memberikan
tumbukan dan cakaran terhadap badan Mustaqim. Dia masih berbaring
kaku menerima segala perbuatan lembaga itu sambil menghitung masa
untuk nyawanya ditarik keluar dari jasadnya. Air mata mengalir menitis
ke tanah akibat menahan sakit dipukul dan dicakar lembaga tersebut. Dia
sudah berserah kepada takdir dan tidak mahu membuat apa-apa.

Dengan penuh persoalan, Mustaqim bertanya kepada rakannya itu
mengapakah dia masih lagi ada di asrama sedangkan petang tadi dia
telah bergerak pulang ke kampung halamannya. Aiman menarik nafas
sebelum menjawab pertanyaan Mustaqim. Aiman berkata bahawa dia
melihat lembaga hitam yang disepaknya sebentar tadi sedang menunggu
Mustaqim dan berkeliaran di sekitar koridor bilik mereka sepanjang hari.
Ujarnya lagi, lembaga itu merupakan makhluk belaan milik Misa dan
dihantar untuk mencederakan serta menamatkan riwayat Mustaqim.

Tidak percaya dengan kata-kata Aiman, pdmbeirnieiamdnryeykuSanaaenmdnksgiaetedmipnomirerj,aiuammtdan, iauptgasaimeptfbe.oiielarjanarahnjknagadganin
Mustaqim melihat badan yang terbaring di tanah tadi
dan terkejut, kerana badan itu telah berubah menjadi
mayat yang telah reput dan mempunyai ulat yang
rakus meratah isi badan mayat itu. Kaku seluruh
badannya setelah mendengar penjelasan Aiman
sebentar tadi. Dia mengalihkan pandangannya pada
lembaga hitam tersebut, tetapi lembaga itu telah
hilang dan berlari dengan pantas meninggalkan
asrama itu sambil berkata ini bukanlah penamat
dengan suara yang garau.

Dengan cubaan untuk menenangkan Mustaqim,
Aiman bertindak memeluknya dan membacakan ayat-ayat
suci Al-quran di telinganya. Mustaqim masih lagi bingung
dan terpinga-pinga dengan perkara yang baru dilaluinya
sebentar tadi. Aiman menemani Mustaqim sepanjang
malam itu.

Keesokan pagi itu, abang Mustaqim tiba di
asrama itu untuk mengambilnya. Sebelum pulang,
Mustaqim berterima kasih kepada Aiman kerana telah
menolongnya malam semalam. Mereka berdua pulang ke
kampung halaman masing-masing.

JANGAN BERLEBIHAN
SEHINGGA TERLUPA

RIFQIE

Keseronokan bukanlah sesuatu yang dilarang
dalam agama Islam bahkan harus bagi seseorang
untuk merasakan keseronokan di dalam
kehidupannya. Namun, kesenangan juga bukanlah
perlu dirasakan sepanjang masa tanpa mengetahui
baik buruk yang akan dialami terhadap diri sendiri,
terutama kepada golongan anak muda masa kini.
Golongan muda jiwanya segar, pemikirannya
mencabar dan hatinya serba ingin tahu. Namun,
mereka perlu mengetahui perkara yang dibolehkan
dalam Islam kerana ia boleh menjadi larangan
sekiranya kita tidak memathui syarat-syaratnya.

Abang, tak bangun lagi ? matahari Amin ! kerja sekolah cikgu bagi
sudah berada di atas kepala masih minggu lepas bila nak siapkan ? Ini
dibuai mimpi. Masa pun berlalupergi bukan pertama kali tapi berkali-kali
tanpa disedari. sejak awal tahun.

Kakak, meh lah keluar bilik. Asyik Sara, laporan kewangan yang bos
berkurung dalam bilik melayan minta tu, awak dah siapkan ke ? Di
telefon pintar sehingga tetamu manakah tanggungjawabdiletak.
datang tidak ditegur.

Mengapa perkara ini sering berlaku kepada kita ?
Adakah ianya masalah kecil yang dipandang ringan oleh ibu
bapa ? masyarakat ? bagaimana perkara sebegini seringkali
berlaku kepada kita ? Jawapannya ada di depan mata kita
dan kita semua sedang menghadapinya. Semua orang
melakukan hal yang sama tidak kira yang tua atau yang
muda. Hiburan yang melampau sama ada dalam bentuk
media cetak mahupun elektronik telah mempengaruhi kita.

Kita tahu kesannya terhadap kita tetapi kita tidak
menyedarinya.Tahukah kita berapa banyak masa yang telah
digunakan hanya untuk bermain hiburan semata ? Apabila kita
sudah bermain permainan video, satu jam itu tidak cukup. Kita
akan bermain sehingga puas, kalah main lagi sehingga menang,
menang main lagi sehingga berkali-kali menang. Bukan sahaja
permainan video, malah cerita-cerita drama Korea yang begitu
popular menjadi hobi anak-anak muda mahupun dewasa. Jika
dihitung masa satu episod mengambil satu jam inikan pula 15 ke
20 episod. Berapa lama masa yang diambil hanya untuk
melayan hiburan ?Kita tidak akan menyedarinya kerana masa
berlalu begitu pantas.

Masa adalah sebuah
kehidupan. Dan kehidupan
itu adalah masa yang dia
habiskan bermula pada saat

kelahiran sehingga saat
kematiannya.

AS-SYAHID
HASSAN AL-BANNA

Bukan itu sahaja malah, akibat hiburan yang melampau ini
juga kita boleh meninggalkan tanggungjawab kita sebagai
pelajar, pekerja, anak dan umat Islam. Seandainya, masa diisi
hanya untuk hiburan, di manakah ruang untuk hal-hal yang lain ?
Kita sering tidur lewat akibat berjaga diwaktu malam.
Mengakibatkan kita terlambat ke sekolah, ke kelas, ke tempat
kerja dan lain-lain. Kita juga sering mengantuk di pagi hari
sehingga tugas yang dikerjakan tidak siap dengan sempurna.
Bahkan juga, kita boleh menjauhkan tali silaturrahim sesama
saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga. Banyak impak yang
kita telah nampak tetapi tidak menyedarinya kerana kita terlalu
sibuk melayan keseronokan yang dirasakan sehingga kita terlupa.

Walaubagaimanapun, hiburan bukanlah sesuatu
yang hanya membawa kepada keburukan, terdapat
kebaikan yang dapat diambil daripada hiburan ini juga.
Namun, kebaikan mahupun keburukan ini diperolehi di atas
tingkah laku atau sikap diri sendiri. Seandainya, sikap baik
sentiasa diamalkan ketika berhiburan, tidak akan
terjadinya hal-hal seperti yang berlaku sekarang.

Sesungguhnya, sikap yang baik tidaklah lahir secara
alaminya, ia perlu dibentuk oleh diri sendiri di dalam
kehidupannya. Sebagai contoh, ibu bapa perlulah menunjukkan
sifat yang baik bagi menjadi contoh tauladan kepada anak-
anak agar mereka menjadi orang yang baik, soleh dan solehah.
Ibu bapa juga perlu sentiasa memantau setiap perbuatan
anak-anak terutamanya ketika berhiburan. Ibu bapa masa kini
sering membiarkan anak-anak mereka melayan telefon pintar
sehingga lewat malam, ini perlu dicegah sejak awal lagi agar
tidak berlarutan. Anak-anak yang sudah terbiasa dengan cara
didikan ibu bapa akan selalu mempraktikkannya sehingga
dewasa.

Di samping itu, bagi yang sudah dewasa bukanlah
terlambat untuk kita mengubah tabiat buruk kita ini. Tidak
ada halangan untuk kita memperbaiki diri kita melainkan
kemahuan kita sendiri. Hanya dengan bijak mengatur masa,
kita boleh menghadkan masa kita untuk hiburan dengan
mendahulukan perkara penting. Andai kita selalu
membahagikan masa kita, maka segala perkara dapat
diselesaikan dengan baik. Dalam pada itu, kita juga perlu
bermuhasabah untuk menilai perkembangan perubahan
kita adakah ianya menjadi lebih baik atau disebaliknya.
Jikalau kita sudah cuba berulang kali tetapi gagal untuk
mengubahnya, janganlah kita mudah mengalah kerana
dengan adanya nawaitu yang baik, dengan izin Allah S.W.T
semuanya akan dipermudahkan.

unltHeubikdihumpbeamnigkudu,abaJhakuihaklnaudbi.kreairmumbuuathbeermrlseeebndijhiaadi

Diakhir kata, adakah kita sudah menyedarinya ? Atau kita
masih bersikap bersilengah terhadap hiburan yang membawa
kita kepada fantasi yang sia-sia ? Perlukah kita menerima
padahnya sebelum kita mengambil peduli mengenai hal ini ?
Sudah terang lagi bersuluh tidak perlu dibahaskan lagi, terlalu
jelas untuk disorokkan apabila ia berlaku di depan mata kita.
Hiburan yang menjadi rutin harian kita mengaburi mata dan
minda kita untuk menyedari hal-hal lain. Sesungguhnya, dengan
adanya penyampaian ini, terdapat ketukan di dalam sanubari
kita untuk membuka mata dan fikiran kita untuk menghindari
berhiburan secara melampau.

KERUNTUHAN AKHLAK

REMAJA

FIRDAUS

Remaja kini sering dikaitkan dengan masalah walaupun daripada ianya
adalah sifat semula jadi seseorang remaja. Alam remaja dikatakan sebagai saat
yang rapuh kerana diperingkat ini mereka mudah terpengaruh serta tekanan
dan menyebabkan mereka terjerumus kepada perkara yang negative. Apabila
mereka terpengaruh dengan perkara negatif, akhlak remaja akhlak remaja
mudah rosak sehingga menimbulkan masalah salah laku dan juvenil. Kes
jenayah dalam kalangan remaja menyebabkan fungsi sekolah dikritik dan di
anggap sebagai punca peningkatan jenayah dalam masyarakat. Pelbagai jenayah
juvenil yang dilakukan oleh remaja antaranya menjadi samseng, memeras ugut,
merosakkan harta benda sekolah dan sebagainya. Sering juga dikatakan remaja
adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara
sama ada membawa kebaikan atau keburukan. Kenyataan ini tidak dapat
dinafikan. Golongan remaja adalah aset penting yang bakal memegang peranan
penting dalam politik, sosial dan ekonomi negara. Namun demikian, masalah
akhlak remaja adalah ancaman besar kepada sumber tenaga manusia yang
merugikan negara dalam jangka masa panjang.

Antara cabaran remaja bagi keperluan menyediakan diri untuk menuju
alam dewasa telah menimbulkan beberapa perkara krisis dalam hidup remaja
iaitu mendapat pendidikan dan latihan bagi mencapai tahap kebebasan ataupun
ke tidak kebergantungan terhadap ibu bapa dalam aspek ekonomi dan
kewangan. Pada masa ini, remaja seharunya memilih kerja yang sesuai dengan
kebolehan, minat dan keperluan masyarakat. Remaja seharusnya bersedia
menghadapi masa depan yang lebih mencabar dan juga mampu mencapai
kebebasan pertalian emosi dengan ibu bapa dan orang dewasa lain disamping
dapat berhadapan dengan harapan dan nilai hidup bertentangan yang akan
menimbulkan kekeliruan dan kekecewaan terhadap diri remaja.

Keruntuhan akhlak remaja juga dapat dilihat pada masa ini . Langkah-
langkah mengenal pasti masalah adalah sangat penting bagi mengetahui punca-
puncanya supaya kita dapat menyusun strategi bagi mendapatkan jalan
penyelesaian yang berkesan dan ianya dapat diatur dengan rapi. Faktor yang
boleh mengakibatkan berlakunya keruntuhan akhlak di kalangan remaja adalah
Pengaruh media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala
sosial dalam kalangan para remaja hari ini. Contohnya, internet dapat
mewujudkan satu perhubungan antara Negara lain secara tidak langsung
seseorang remaja itu terdedah kepada pengaruh luar negara asing. Selain itu,
penapisan media yang kurang tegas. Contohnya, filem Negara asing yang
memaparkan unsur-unsur ganas dan seksual. Jika tiada penapisan yang tegas
dilaksanakan, maka masalah sosial seperti vandalisme dan gangsterisme dalam
golongan remaja akan berleluasa di Negara kita. Di samping itu, tidak
kesemuanya yang dipapar di media massa itu memberikan kesan yang buruk
terhadap akhlak remaja. Namun, ada terdapat segelintir program dan drama
yang memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program realiti
televisyen, serta rancangan yang bersifat hiburan semata- mata mempengaruhi
para remaja dengan perkara yang tidak baik. Terdapat juga unsur lucah dan
mengghairahkan yang mudah dipasarankan sama ada dalam bentuk bercetak,
CD, atau lain-lain.

Peranan media juga perlu diberi perhatian yang serius oleh
masyarakat dalam usaha membendung gejala yang tidak sihat dilakukan
oleh golongan remaja. Media cetak dan elektronik lebih digalakkan untuk
menyiarkan program berkaitan personaliti remaja berjaya. Remaja yang
berjaya dalam masalapangannya boleh memberi contoh yang positif
kepada remaja secara keseluruhannya. Di samping dapat menarik minat
para pembaca, gambar-gambar remaja yang berjaya juga dapat
merangsang pembaca supaya turut berkeinginan untuk berjaya dalam
kegiatan yang mereka ceburi. Oleh itu, pihak penerbit, terutamanya yang
menumpukan sasaran terhadap pembaca remaja perlu lebih sedar dan
peka akan tanggungjawab sosial dengan menerbitkan lebih banyak bahan
bacaan dan permainan bercorak pengetahuan. Hal ini akan melahirkan
golongan remaja yang bertanggungjawab dan mempunyai sifat-sifat yang
baik. Kesimpulan Matlamat utama Wawasan 2020 adalah membina
sebuah negara maju tanpa mengabaikan nilai agama dan moral di dalam
diri remaja.


Click to View FlipBook Version