The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH - SK Jemukan 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ussflip7518, 2022-10-11 11:34:48

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH - SK Jemukan 2022

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH - SK Jemukan 2022

SEKOLAH KEBANGSAAN
JEMUKAN

94300 Samarahan, Sarawak

YBA8302

MANUALPENGURUSAN

2022/23

Tel : 082 – 827 525 Fax: 082 - 827525
https://skjemukansamarahan.blogspot.my

ISI KANDUNGAN

Kata-kata Aluan Guru Besar 1

2 Visi dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia

Falsafah Pendidikan Negara 3

4 Ikrar Perkhidmatan Awam

Teras Perkhidmatan Awam 5

6 Budaya Kerja Sekolah

Etika Kerja 7

8 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

Tatasusila Profesioan Perguruan 9

10 Penggal Persekolahan

Jadual Gaji 11

12 Cuti Perayaan

Latar Belakang Sekolah 13

14 Unit Pentadbiran dan Kurikulum Sekolah

Unit Hal Ehwal Murid Sekolah 15

16 Unit Kokurikulum Sekolah

Takwim Tahunan Sekolah Tahun 2022 17

18 Lampiran

KATA-KATA ALUAN
GURU BESAR

ENCIK SALLEH BIN SABANG Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
GURU BESAR
Setingg-tinggi kesyukuran kita kehadrat Allah SW T
SK JEMUKAN, SAMARAHAN dengan limpah kurnia serta izinNya, Buku Pengurusan
Sekolah bagi tahun 2022 dapat dihasilkan.
SEJARAH Kandungannya yang disusun rapi akan dapat
PERKHIDMATAN memberikan panduan kepada guru dan staf sekolah ini
untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan
TAHUN SEKOLAH baik dan berkesan.

JAN 2017- SK TERASI Selama ini usaha gigih yang dijalankan oleh warga
NOV 2020 SK JEMUKAN sekolah telah menjadikan sekolah ini bergerak seriring
dengan perkembangan pendidikan semasa. Tahniah dan
NOV 2020 syabas kepada semua Penolong Kanan, guru, staf,
murid, PIBG dan ibu bapa yang memberikan sumbangan
ke arah kecemerlangan sekolah.

Selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 – 2025, warga sekolah perlu berkerja
sebagai satu pasukan dan memberikan komitmen terbaik
untuk memenuhi matlamat yang ditetapkan agar segala
usaha yang membuahkan kejayaan dan kecemerlangan
memberi satu kepuasan kerja dalam profesion yang kita
ceburi ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada jawatankuasa yang terlibat dalam
menghasilkan Buku Pengurusan ini. Marilah kita
memohon petunjuk daripada Allah SWT, mudah-
mudahan segala usaha murni yang kita lakukan ini
diberkati serta mendapat kejayaan dan keredaanNya jua.

Akhir kata kepada semua guru dan staf selamat
bertugas dan teruskan usaha gigih kita agar sekolah kita
terus cemerlang dalam pelbagai bidang serta menjadi
kebanggaan kita bersama.

Selamat bertugas, sekian terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

...........................................
( SALLEH BIN SABANG )

Guru Besar
SK Jemukan

VISI DAN MISI

VISI KPM IKRAR RUKUN NEGARA

“Pendidikan BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
Berkualiti Insan
Terdidik Negara Mendukung cita-cita hendak

Sejahtera” Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup yang
MISI KPM demokratik;

“Melestarikan Mencipta satu masyarakat yang adil di mana Kemakmuran
Sistem Pendidikan Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan
saksama;
yang Berkualiti
Untuk Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-
tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membangunkan
Potensi Individu Membina satu masyarakat progresif yang akan
Bagi Memenuhi menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI,
Aspirasi Negara”
rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut

berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:-

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan

FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.

FALSAFAH
PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah suatu
usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan masyarakat
Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara.

❖ Percaya dan patuh kepada Tuhan. UNSUR ROHANI DAN EMOSI
❖ Berilmu pengetahuan
❖ Berakhlak mulia Unsur-unsur rohani dan emosi
❖ Bertanggungjawab kepada diri, merangkumi aspek berikut :
❖ Keyakinan terhadap Tuhan
masyarakat, agama dan negara ❖ Kepercayaan beragama
❖ Berbakti dan memberi sumbangan kepada ❖ Kemantapan jiwa
❖ Penghayatan nilai-nilai murni dan
masyarakat dan negara
❖ Memiliki sahsiah yang seimbang yang norma masyarakat
❖ Berbudi pekerti mulia
sepadu ❖ Berbakti dan berkorban

WARGANEGARA MALAYSIA UNSUR JASMANI
YANG BAIK
Ciri-ciri unsur jasmani ialah :
Unsur intelek ini mengambil kira aspek
berikut : ❖ Kecergasan fizikal dan kesihatan diri
❖ Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa ❖ Dapat menggunakan anggota dan
kepada kebenaran
❖ Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif tenaga fizikal sendiri untuk berdikari
❖ Daya pemikiran yang logik dan analisis dan hidup bermasyarakat.
❖ Ilmu yang bermanfaat
❖ Masyarakat Malaysia yang berilmu
pengetahuan memiliki sikap suka
membaca serta cintakan ilmu
pengetahuan.

UNSUR INTELEK

IKRAR
PERKHIDM ATAN AWAM

IKRAR PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

KAMI YANG TELAH DILANTIK BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN MALAYSIA, MEMBUAT
IKRAR DI SINI, BAHAWA SEMASA DAN SELAGI KAMI BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN
MALAYISA, KAMI PATUH DAN MENGAMALKAN TERAS-TERAS PERKHIDMATAN SEMASA

MENJALANKAN TUGAS-TUGAS KE ARAH INI, KAMI:
BERAZAM MENINGGIKAN MUTU PERKHIDMATAN

BEKERJA DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB

BERUSAHA MENGIKIS SIKAP MEMENTINGKAN DIRI

BERKHIDMAT DENGAN MUHIBBAH DAN KEMESRAAN

BEKERJA KE ARAH MEMAJUKAN PEMIKIRAN RAKYAT DAN PENBANGUNAN NEGARA

BEKERJASAMA DALAM MEMBANTERAS KELEMAHAN DAN MUSUH-MUSUH NEGARA

IKRAR INBTEERGPERGIATNIGPTEERGKUHHKIDEPMADAATAAJNARAANWAAGMAMMA ALAYSIA

Kami, Pegawai Awam Malaysia dengan sepenuh rela hati mempertahan dan memperkukuhkan
intergrti Perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah

guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut :

PERTAMA Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah;
KEDUA
KETIGA Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada
KEEMPAT amalan rasuah;
KELIMA
KEENAM Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang,
peraturan dan etika jabatan;

Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi
sebarang perlakuan jenayah rasuah;

Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan
imej pegawai awam;

Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai
murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.

TERAS
PERKHIDM ATAN AWAM

Berazam meningkatkan mutu
perkhidmatan.

Bekerja dengan penuh tanggungjawab.

Berusaha mengikis sikap mementingkan
diri sendiri.

Berkhidmat dengan penuh muhibbah
dan kemesraan.

Bekerjasama dalam membanteras
kelemahan dan musuh-musuh negara.

Bekerja ke arah memajukan pemikiran
rakyat dan pembangunan negara.

Berpegang teguh kepada ajaran agama.

BUDAYA K ERJA
SEKOLAH

Memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, Falsafah, Matlamat dan Objek tif sekolah.
Memelihara dan memper tingkatkan imej Sekolah,
Jabatan dan Kementerian Pendidikan setiap masa.

Mementingkan mutu dan kesan pendidikan.
Menentukan objektif bagi setiap tugasan.

Mengamalkan kerja sepasukan serta bermesyuarat.

Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan amanah.

Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, amanah serta adil.
Mengamalkan perk hidmatan penyayang.

Kepimpinan melalui tauladan.

Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri.
Berusaha memper tingkatkan ilmu dan kemahiran.

Kerja adalah ibadah.

ETIKA KERJA

Setiap pekerja hendaklah sentiasa berusaha menunaikan tugas mereka masing-masing.
Sesebuah organisasi amat bergantung kepada pekerja yang produktif dan cemerlang dalam
melaksanakan tugas-tugas yang diberikan. Terdapat etika kerja yang boleh dipraktikkan dalam
tugas seharian untuk mendapat keredhaan Tuhan seterusnya meningkatkan kualiti sesebuah

organisasi.

BEKERJA DENGAN AZAM MENGABDIKAN DIRI KEPADA TUHAN

Sebagai seorang pekerja, seseorang itu hendaklah menyedari bahawa tugas yang dilaksanakan adalah
amanah Tuhan. Sekiranya dia tidak menunaikan tugas tersebut sebaik-baiknya, maka bererti dia tidak
menunaikan amanah Tuhan. Bekerja juga adalah seperti ibadat. Maka sewajarnya setiap pekerja
menunaikan tugas sebaik-baiknya demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Tuhan itu
maha melihat dan mendengar. Setiap gerak seseorang itu tidak lepas daripada pandangan-NYA.

BEKERJA DENGAN IKHLAS DAN AMANAH

Seseorang pekerja itu harus menyedari bahawa jawatan yang dipegang adalah hasil
permohonannya sendiri. Oleh yang demikian, wajarnya dia menjalankan tugasnya dengan penuh
kerelaan dalam usaha mengabdikan diri kepada Tuhan di samping berusaha untuk menyara diri

dan keluarga dengan rezeki yang halal.

BEKERJA DENGAN TEKUN DAN CEKAP

Ketekunan adalah suatu sifat yang perlu ada dalam setiap individu yang bergelar pekerja. Setiap
pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan dalam menjalankan tugas masing-masing

sekiranya meeka tekun. Rasullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah
suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun”. Mutu kecekapan

seseorang itu akan meningkat sekiranya pekerja itu sanggup belajar dan menambahkan ilmu
pengetahuan yang berkaitan dengan tugasnya sepanjang masa.

BEKERJA DENGAN SEMANGAT SATU PASUKAN DAN BERPADU
FIKIRAN

Untuk menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang, semangat bekerja sebagai satu pasukan
dalam melaksanakan tugas amat penting. Sikap saling bantu membantu di antara pekerja akan

menimbulkan suasana bekerja yang aman dan gembira.

PIPPM 2013 - 2025

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PIPPM 2013-2025

TERAS 1 : MEMBINA NEGARA BANGSA

Dalam tempoh PIPPM, KPM akan membina Negara Bangsa melalui pendidikan dengan memberi
tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan seperti berikut :

1. Memperkasakan Bahasa Kebangsaan

❑ Menggerakkan gelombang baru Memperkasakan Bahasa Kebangsaan.
❑ Memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara (DBN) dengan membentuk

jawatankuasa induk penggerak DBN dan lima jawatankuasa kerja penggerak DBN.
❑ Mengkoordinasi peranan semua pihak yang terlibat untuk menggiatkan aktiviti

kebahasaan, kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan.
❑ Mewujudkan Bulan Bahasa dan Sastera Negara.

1. Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional

❑ Meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman rakyat Malaysia supaya menghormati
Perlembagaan Malaysia.

❑ Meningkatkan semangat patriotik melalui Rukun Negara, penyebaran maklumat,
Kempen Cintakan Warisan Bangsa Negara dan aktiviti kokurikulum.

❑ Menanamkan sifat hormat-menghormati dan peka terhadap sensitiviti masyarakat
pelbagai kaum.

❑ Mempergiatkan aktiviti RIMUP dengan mewujudkan JK RIMUP di semua peringkat
pernacangan, pelaksanaan dan pemantauan aktviti RIMUP.

1. Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa

❑ Membina kurikulum kesenian.
❑ Membina Sekolah Seni.
❑ Meningkatkan kerjasama dengan KeKKWa.
❑ Membudayakan penggunaan tulisan Jawi.

4. Memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari

❑ Mempelbagai aktiviti untuk membimbing pelaksanaan Islam Hadhari dalam
pembentukan pemikiran dan kehidupan.

PIPPM 2013 - 2025

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PIPPM 2013-2025

TERAS 2 : MEMBANGUNKAN MODAL INSAN

Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan membangunkan modal insan dengan memberi fokus dan
strategi pelaksanaan berikut:

1. Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar

❑ Meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang
pengkhususan.

❑ Meningkatkan peruntukan belanja mengurus kepada Sekolah Kerajaan dan
Sekolah Bantuan Kerajaan.

❑ Meneruskan pendaftaran SAR dan SAN di seluruh negara.

2. Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan

❑ Mengkaji pelaksanaan KBSR dan KBSM supaya lebih menekankan kemahiran berfikir
aras tinggi (higher order thinking skills)

❑ Memupuk budaya cintakan ilmu pengetahuan.
❑ Melaksanakan Program Pembestarian Sekolah.
❑ Menyediakan pusat akses.
❑ Menyediakan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi
❑ Melaksanakan Program Pengkomputeran Sekolah.
❑ Melaksanakan perisisan yang lengkap dan pelbagai.
❑ Mengadakan latihan dan bimbingan.
❑ Mewujudkan sistem penyelenggaraan yang berterusan.

3. Memupuk pelajar memiliki kemahiran dan keterampilan

❑ Melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai jenis kemahiran hard and soft skills.
❑ Memupuk pelajar supaya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, budi bahasa

dan adab.
❑ Memastikan sekolah memberi penekanan kepada keselamatan dan kebersihan dan

kesihatan pelajar.

4. Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik

❑ Menyediakan pentaksiran alternatif.
❑ Memantapkan pentaksiran sedia ada dengan unsur-unsur berasaskan kompetensi.
❑ Mengkaji semula sistem pentaksiran dan penilaian untuk menjadikan persekolahan

tidak terlalu berorientasikan peperiksaan.

PIPPM 2013 - 2025

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PIPPM 2013-2025

TERAS 2 : MEMBANGUNKAN MODAL INSAN

5. Memantapkan program kokurikulum dan sukan

❑ Penambahbaikan aktiviti sukan dan kokurikulum.
❑ Meningkatkan penyertaan murid.
❑ Meningkat semangat patriotik dengan memastikan Rukun Negara dipelajari dan

dihayati sepenuhnya bermula daripada peringkat awal persekolahan.
❑ Memperkasakan sukan di sekolah ke arah sukan untuk semua.
❑ Memantapkan pelaksanaan kokurikulum bagi menggalakkan penglibatan pelajar

yang lebih menyeluruh.
❑ Memantapkan program keguruan dalam kokurikulum dan sukan serta kejurulatihan.
❑ Menyediakan infrastruktur dan peralatan yang lebih lengkap di sekolah, pusat

kokurikulum, kolej matrikulasi dan IPG.
❑ Meningkatkan kerjasama KPM dengan kementerian dan pihak luar KPM.

6. Memperkukuh disiplin pelajar

❑ Meningkatkan serta memantapkan mekanisme pengurusan dan pemantauan disiplin
sekolah.

❑ Meningkatkan kefahaman dan kemahiran pengurusan penguatkuasaan peraturan
disiplin pelajar.

❑ Mempelbagaikan saluran aduan terus.

7. Memantapkan kurikulum

❑ Meneruskan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral,
serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

❑ Mempergiatkan pelaksanaan aktiviti kerjasama dengan pelbagai agensi.
❑ Memantapkan kurikulum sains dan matematik.

PIPPM 2013 - 2025

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PIPPM 2013-2025

TERAS 3 : MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN

Dalam tempoh PIPP ini, fokus dan strategi pelaksanaan berikut akan diberi tumpuan bagi
memperkasakan SK :

1. Peluasan Program Prasekolah
❑ Menambahkan bilangan kelas prasekolah KPM.
❑ Menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
❑ Memastikan murid berkeperluan khas mendapat program prasekolah.
❑ Memastikan guru dan pembantu guru prasekolah mencukupi dan terlatih.

2. Pemantapan Kepimpinan Pengetua/Guru Besar dan Kualiti Guru
❑ Memantapkan kepimpinan Pengetua/Guru Besar.
❑ Meningkatkan kualiti guru.

3. Pengukuhan Budaya Sekolah
❑ Mewujudkan SK yang berbudaya cemerlang, iklim dan budaya sekolah yang sihat.

4. Pemantapan Kurikulum
❑ Memastikan semua murid Tahap 1 menguasai 3M.
❑ Memperluas j-QAF.
❑ Memperkenalkan Bahasa Cina dan Tamil.
❑ Memperkenalkan program bagi pelajar berkeperluan khas.
❑ Meningkatkan akses dan pilihan program di peringkat menengah.

5. Pemantapan Aktiviti Kokurikulum dan Sukan
❑ Menambah baik aktiviti kokurikulum dan sukan.
❑ Meningkatkan penyertaan murid.

6. Penambahbaikan Sistem Sokongan
❑ Menambahbaik sistem sokongan.
❑ Menambah bilangan jawatan pembantu guru.

7. Peningkatan Prestasi Akademik
❑ Memastikan semua pelajar mendapat peluang bersekolah.
❑ Memantapkan program intervensi.

8. Menyediakan Infrastruktur Dan Kemudahan Asas Mencukupi Dan Berkualiti
❑ Meningkatkan kualiti prasarana SK.
❑ Meningkatkan kualiti infrastruktur dan kemudahan pendidikan.
❑ Menambah bilangan sekolah rendah satu sesi.
❑ Pembestarikan sekolah.

PIPPM 2013 - 2025

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PIPPM 2013-2025

TERAS 4 : MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN

Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan merapatkan jurang pendidikan dengan memberi tumpuan
kepada fokus dan strategi pelaksanaan seperti berikut:

1. Membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar
❑ Menambahbaik Program Pembangunan Pendidikan Luar Bandar dan pedalaman.
❑ Menambah baik Sekolah Kurang Murid (SKM).
❑ Merapatkan jurang digital.

2. Meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran
❑ Penguasaan 3M.
❑ Pengurangan kadar keciciran.
❑ Pemantapan program pendidikan bagi murid orang kurang upaya.
❑ Membuka kelas khas bagi murid autisme dan ADHD serta yang mempunyai dua
kecacatan.
❑ Memantapkan program pendidikan khas inklusif.
❑ Menghasilkan kaedah penilaian yang diiktiraf.
❑ Menyediakan perkhidmatan pendidikan khas kepada kanak-kanak dari umur satu hari
di pusat perkhidmatan.
❑ Meminda Peraturan- Peraturan Pendidikan Khas 1997 untuk menerima pelajar dua
kecacatan.
❑ Memantapkan instrumen saringan untuk kenal pasti murid berkeperluan khas.
❑ Menyediakan kemudahan pengangkutan untuk murid pendidikan khas.
❑ Mengeratkan kerjasama antara KPM, Kem. Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, Kem. Kesihatan, KPT dan Kem. Sumber Manusia.

1. Meningkatkan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman
❑ Peningkatan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman.
❑ Mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman.
❑ Menambah baik insentif khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman.
❑ Menyediakan asurans kepada guru-guru yang berkhidmat di luar bandar.
❑ Menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna.

2.Menambah baik sistem pengagihan bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas
dan kumpulan minoriti

❑ Pemantapan sistem pengagihan bantuan.
❑ Memantapkan Sistem Maklumat Murid (SMM).
❑ Memantau pelaksanaan program bantuan secara berterusan.
❑ Menilai impak program secara berkala.
❑ Mewujudkan Majlis Tindakan Pendidikan Daerah (MTPD).
❑ Mengukuhkan kerjasama antara sekolah, sektor awam dan swasta.

PIPPM 2013 - 2025

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PIPPM 2013-2025

TERAS 5 : MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN

Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan memartabatkan profesion keguruan dengan memberi
tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan berikut:

1. Menambah baik sistem pemilihan calon guru

❑ Memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon guru.
❑ Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teachers Selection Test - MTeST),

temuduga individu dan berkumpulan serta ujian bertulis Bahasa Inggeris.
❑ Syarat tambahan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang bersesuaian dengan

keperluan opsyen.
❑ Pemilihan Guru Siswazah Sandaran Terlatih melalui iklan dan tapisan rapi.
❑ Pemantapan proses perlantikan dan pengesahan PPPS oleh Suruhanjaya

Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi memastikan setiap guru mencapai standard
minimum.

2. Memantapkan latihan perguruan

❑ Menaik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG).
❑ Mereka bentuk dan menggubal Kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat

kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru.
❑ Memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru.
❑ Membangunkan infostruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan, Sistem

Penyaluran, Rangkaian ICT, Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management
System.
❑ Memantapkan profesionalisme keguruan dengan memberi latihan dalam aspek
pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan dan pastoral care.
❑ Memperkasakan peranan IAB untuk kursus dalam perkhidmatan bagi membina
sumber tenaga pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang terbaik ke arah
meningkatkan profesionalisme guru.
❑ Meningkatkan kelayakan tenaga pengajar IPG dengan mengadakan Program
Peningkatan Akademik PPP yang dijalankan secara sepenuh masa, Pendidikan Jarak
Jauh (PJJ) serta gabungan PJJ dan sepenuh masa.
❑ Meningkatkan, pemantapan dan peluasan kursus dan latihan.
❑ Memperkasakan peranan Institut Aminudin Baki.

3. Memantapkan kerjaya guru

❑ Penambahan perjawatan dan peluasan naik pangkat untuk PPPS di
KPM/JPN/PPD/G.

PIPPM 2013 - 2025

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PIPPM 2013-2025

TERAS 5 : MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN

4. Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru

❑ Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif.
❑ Menyediakan kemudahan tempat tinggal yang mencukupi di kawasan pedalaman, luar

bandar dan bandar melalui pembinaan rumah guru baru dan membaik pulih rumah
guru sedia ada.
❑ Memperkasa peranan Yayasan Guru Malaysia untuk meningkatkan inisiatif menjaga
dan memelihara kepentingan dan kebajikan guru.
❑ Mensifarkan GSTT.
❑ Memantapkan pelaksanaan Guru Simpanan.
❑ Mewujudkan tambahan jawatan kumpulan sokongan bagi mengurangkan beban tugas
dan tanggungjawab guru dalam kerja-kerja pentadbiran.
❑ Mengkaji keperluan kemudahan asurans bagi guru-guru yang berkhidmat di kawasan
pedalaman.
❑ Menyediakan kemudahan bilik guru dan bilik darjah yang kondusif untuk
meningkatkan kualiti kerja dan p&p melalui projek naik taraf, bangunan tambahan dan
pembinaan baru.
❑ Menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan.
❑ Menyediakan perancangan bagi mengatasi masalah kekurangan guru mengikut
opsyen.
❑ Menyediakan data dan unjuran bilangan guru yang tidak mencukupi mengikut opsyen
dan lokasi.

4. Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia

❑ Penyediaan mekanisme bekalan guru.
❑ Mewujudkan kerjasama dengan IPT tentang latihan guru.
❑ Menambahbaik sistem maklumat guru.
❑ Mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman.

PIPPM 2013 - 2025

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PIPPM 2013-2025

TERAS 6 : MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI
PENDIDIKAN

Sebanyak 300 institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang dalam kluster institusi
pendidikan tertentu akan dikenal pasti dan dipilih mengikut elemen utama dan elemen
sokongan.
Bagi sekolah-sekolah yang terpilih, fokus akan diberikan terhadap perkara-perkara berikut :

1. Memastikan kepemimpinan teguh dan berkesan

❑ Pemantapan latihan kepemimpinan guru besar dan pengetua.
❑ Mengenalpasti memilih pengetua, guru besar dan guru penolong kanan.
❑ Menentukan KPI yang perlu dicapai oleh pengetua, guru besar dan guru penolong

kanan.

2. Pemilihan guru dan jurulatih berkebolehan dan berkemahiran tinggi

❑ Memilih guru dan jurulatih melalui iklan, permohonan dan temu duga.
❑ Pengetua, guru besar dan guru bersama-sama akan menentukan KPI yang perlu

dicapai oleh guru dan jurulatih.
❑ Prestasi guru dan jurulatih akan menentukan sama ada jawatan dikekalkan.

3. Memilih kelompok sekolah cemerlang

❑ Perlantikan sekolah.
❑ Menigkatkan keupayaan dengan memberi autonomi kepada sekolah.

4. Mewujudkan akauntabiliti

❑ Menyediakan pelbagai prosedur untuk memudahkan pelaksanaan program.
❑ Melaksanakan penilaian sekolah kluster.
❑ Melaksanakan penarafan kendiri.
❑ Memperkukuh mekanisme pemastian kualiti kolej matrikulasi.
❑ Memastikan semua program dan ijazah keluaran IPG diiktiraf di dalam dan luar

negara.

5. Mewujudkan piawaian dan penandaarasan

❑ Menyediakan pengurusan perubahan dan mengenal pasti amalan terbaik.
❑ Melaksanakan penarafan kendiri.

PIPPM 2013 - 2025

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PIPPM 2013-2025

TERAS 6 : MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI
PENDIDIKAN

6. Menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan

❑ Meningkatkan jalinan antara sekolah-sekolah cemerlang dalam dan luar negara.
❑ Meningkatkan jalinan antara IPG dengan universiti luar negara.
❑ Meningkatkan jalinan Bestari (Smart partnership) antara universiti luar negara.
❑ Mempakejkan dan memasarkan IPG secara berkesan agar negara dapat dikenali

sebagai pusat pendidikan guru.
❑ Mempakejkan dan memasarkan sekolah swasta dan antarabangsa untuk menarik

minat pelajar.
❑ Meminda dasar sekolah antarabangsa supaya dapat meningkatkan daya saing negara

dalam bidang pendidikan di rantau Asia.
❑ Melibatkan pelajar, guru dan sekolah dalam pertandingan kokurikulum pada peringkat

antarabangsa.
❑ Meningkatkan jalinan kerjasama antara sekolah-sekolah cemerlang di dalam dan luar

negara.
❑ Penglibatan dalam badan-badan pendidikan dunia seperti UNESCO, OECD dan IEA.
❑ Menyertai lebih banyak kajian pada peringkat antarabangsa.
❑ Memperkasa kolej matrikulasi.


7. Merintis perubahan dan pembaharuan

❑ Melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah.
❑ Mengadakan P&P berasaskan Model Hasil Pembelajaran (outcome based learning).
❑ Memperkenalkan program alternatif untuk kemasukan ke IPT seperti International

Baccalaureate dan peperiksaan StandardAdmission Test (SAT)

Rujukan : 1) RMK-9: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Edisi Pelancaran.
BPPDP, 2006.

Kad Laporan keempat seperti Disember 2008.

TATASUSILA
PROFESION PERGURUAN

Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke
arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan
berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke
arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan
dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

1 TANGGUNGJAWAB TERHADAP

PELAJAR

1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,

emosi, politik ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka

yang berhak mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata

pelajaran-mata pelajaran yang diajar di dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan

contoh yang baik kepada pelajar.
6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan,

lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya
pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

2 TANGGUNGJAWAB TERHADAP
IBU BAPA

1. Menghormati tenggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi

pendidikan dengan rumah tangga.
3. Mengganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan

rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan
membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh
menjelaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

TATASUSILA
PROFESION PERGURUAN

3 TANGGUNGJAWAB TERHADAP
MASYARAKAT DAN NEGARA

1. Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, atau pun yang bertentangan dengan
Rukun Negara.

2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab
dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya
perbezaan kebudayaan, keturunan dan ugama.

3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil
bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat.

5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan
kecendekiawan masyarakat.

6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan
menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

4 TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN
SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN

1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama bagi seorang guru.

2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai
guru.

3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan
bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam
profesion perguruan.

5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan.

6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

CATATAN Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ini ialah
orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah
institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi,
(termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran,
organisasi dan penyeliaan pendidikan).

11 ANJAKAN
TRANFORMASI PENDIDIKAN

Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan
berkualiti bertaraf antarabangsa.

Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam
bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan
mempelajari bahasa tambahan.

Melahirkan rakyat yang menghayati nilai.

Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion
pilihan.

Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di
setiap sekolah.

Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan
penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia.

Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian
kementerian.

Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor
swasta secara meluas.

Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban
awam secara langsung.

PENGGAL
PERSEKO LAHAN

PENGGAL
PERSEKO LAHAN

CUTI PERAYAAN

LATAR BELAKANG KANDUNGAN 1
SEKOLAH 2
Carta Organisasi Sekolah 3
Logo Sekolah 4
Bendera Sekolah 5
Visi dan Misi Sekolah 6
Ikrar Murid 7
Lagu Sekolah 8
Piagam Pelanggan 9
Sejarah Sekolah
Pelan Sekolah

CARTA ORGANISASI

L O G O SEKOLAH

Warna MAKSUD LOGO SEKOLAH
Bentuk
Merah - Berani menghadapi cabaran
Motto Kuning - Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Putih - Kesucian
Hijau - Sentiasa berkembang
Hitam - Keberanian menghadapi cabaran dan rintangan

Lima Segi - Semangat kesungguhan untuk menyemai dan memupuk
disiplin, nilai dan sikap positif selaras dengan prinsip rukun negara
Padi - Situasi aman dan damai serta bercita-cita tinggi
Genggaman Obor -Semangat mencari ilmu hingga mencapai kejayaan
lebih tinggi
Buku - Gedung ilmu
Lima Bulatan Kecil - Semangat kesukanan bagi memupuk
kewarganegaraan dan perpaduan

Berilmu - Peranan utama sekolah untuk melahirkan individu yang
berilmu dan berkebolehan dalam pelbagai bidang baik dari segi
akademik mahupun ko-kurikulum selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara
Berjaya - Individu yang berilmu itu dididik dan dibimbing hingga berjaya.
Dengan kejayaan yang diperolehi dapat menjamin masa depan dan
meningkatkan prestasi sekolah serta menyumbang kepada Negara
Berbakti - Anak didik yang berjaya akan mencurahkan bakti kepada
negara dengan penuh rasa kecintaan kepada Tanah Air di samping
menyahut seruan kerajaan untuk mencapai wawasan Negara

Logo sekolah ciptaan Cikgu Saat Bin Seron yang dipilih melalui
pertandingan mencipta logo pada tahun 1987

26

BENDERA SEKOLAH

MAKSUD BENDERA SEKOLAH

Latar Kuning Melambangkan emas simbol
kecemerlangan yang ingin dicapai
Tulisan warna oleh warga sekolah pada semua
Hitam peringkat dan bidang yang diceburi
Logo Sekolah
Melambangkan kecekalan ketabahan
dan keteguhan semangat juang sedia
menghadapi segala rintangan

Melambangkan kesatuan tekad
seluruh warga sekolah meletakkan SK
Jemukan di puncak jaya

VISI DAN MISI SEKOLAH

VISI SEKOLAH

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN
TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

MISI SEKOLAH
MELESTARIKAN SISTEM
PENDIDIKAN YANG BERKUALITI
UNTUK MEMBANGUNKAN
POTENSI INDIVIDU BAGI
MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

IKRAR MURID

LAFAZ IKRAR MURID

BA flAWASANYA KA MI, murid-murid SK Jemukan
berikrar akan mematuhisegala undang-undang
dan peraturan sekolah ini yang berlandaskan

kepada
Falsafah Pendidikan Negara
dan prinsip-prinsip Rukun Negara

pada sepanjang masa.
Kami juga berikrar

akan menghormati ibu bapa,
guru-guru dan semua warga sekolah serta

orang yang lebih tua daripada kami.
Kami juga berjanji

akan belajar bersungguh-sungguh
untuk mencapai kejayaan yang cemerlang
dalambidang kurikulumdan kokurikulum
serta mempunyai sahsiah diri yang tinggi

demi kesejahteraan diri,
keluarga, bangsa, agama dan negara.

Disediakan oleh UNIT HEM, SK JEMUKAN

LAGU SEKOLAH

SENIKATA LAGU SK JEMUKAN

Sekolah Kami yang dibanggakan
Terletak di kawasan persisiran

Didirikan Oleh Kerajaan
Itulah Sekolah Kebangsaan Jemukan

Sekolah kami yang disayangi
Di sini tempat ilmu dicari
Setiap masa setiap hari
Tanpa rasa jemu dan benci

KORUS :
Berdiri megah gagah perkasa
Tersergam indah ditanah rata
Melahirkan cendiakawan bangsa
Berkhidmat berbakti pada negara

Sekolah Kebangsaan Jemukan
Dikau sebagai lambang kejayaan
Tempat kami menimba pengetahuan
Semoga berkembang sepanjang zaman

Lagu dan Lirik dicipta Oleh : Cikgu Mohd Isa Bin Suki

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Sekolah Kebangsaan Jemukan berjanji akan memberikan perkhidmatan yang
terbaik kepada pelanggan seperti berikut:

MURID
i.Memastikan murid mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran mengikut masa yang
ditetapkan.
ii. Memastikan keselamatan murid terjamin semasa berada di sekolah.
Iii Memastikan kegiatan kokurikulum dijalankan pada masa yang ditetapkan.
iv.Memberi peluang kepada semua murid untuk bergiat aktif dan mengembangkan bakat
dalam aktiviti kokurikulum.
v.Memastikan penyediaan makanan oleh pihak pembekal RMT selamat dan berkhasiat
mengikut harga yang telah ditetapkan dalam tender.
vi. Memastikan semua murid yang layak berhak mendapat bantuan-bantuan yang disalurkan
melalui sekolah seperti SPBT,KWAPM,RMT,PS1M, e-KASIH dan sebagainya.

GURU DAN STAF

i. Memastikan guru yang baru dilantik, menerima gaji dalam masa kurang 3 bulan.
ii. Memastikan urusan pengesahan jawatan staf dibuat dalam masa 1-3 tahun.
v. Memastikan semua guru mendapat buku rekod mengajar, jadual waktu persendirian sehari
sebelum sesi persekolahan bermula.

IBU BAPA
i. Segala aduan dan rayuan secara bertulis diproses dalam masa satu minggu.
ii. Memastikan ibu bapa mendapat maklumat terkini tentang pencapaian pelajaran anak-anak
dalam masa 2 minggu setiap kali selepas peperiksaan dijalankan.
iii.Memastikan perkhidmatan di kaunter akan diberikan layanan selewat-lewatnya dalam
tempoh 15 minit.
iv.Mengadakan permuafakatan dengan ibu bapa/penjaga sekurang-kurangnya 2 kali
setahun.
v. Setiap cadangan/usul yang munasabah akan dibincangkan dalam Mesyuarat Agung PIBG.

KOMUNITI
i. Memberi layanan dan perkhidmatan yang sewajarnya terhadap aktiviti kemasyarakatan
mengikut keperluan dan kesesuaian semasa.
iii. Mengadakan program Mesra Komuniti / PIBKS sekuarng-kurangnya sekali setahun.

PIHAK BERKEPENTINGAN
i.Meletakkan segala maklumat terkini dari pihak berkepentingan di papan kenyataan guru
selepas 2 hari diterima.
ii.Memastikan setiap arahan dan permohonan daripada PPD, JPN dan KPM mendapat
maklum balas dalam tempoh 3 hari.
iii. Memberi kerjasama dalam melaksanakan program kecemerlangan murid yang dianjurkan
oleh PPD, JPN dan KPM

MATLAMAT DAN
OBJEKTIF SEKOLAH

MATLAMAT SEKOLAH

Berusaha untuk membangun kemampuan setiap murid
dalam aspek pengetahuan, kemahiran berfikir,
kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan
kerohanian serta identiti nasional bagi menghasilkan
modal insan yang mendapat pendidikan yang sempurna
ke arah membina negara Malaysia yang cemerlang.

OBJEKTIF SEKOLAH

1. Mengusahakan pencapaian akademik yang cemerlang
bermula daripada murid prasekolah.

2. Melibatkan murid SK JEMUKAN dalam aktiviti
kokurikulum di peringkat sekolah, zon, daerah dan
negeri.

3. Memupuk nilai-nilai murni bagi membentuk sahsiah yang
terpuji dijiwa murid seterusnya menjadi amalan
sepanjang hayat.

4. Melaksanakan sistem pengurusan pentadbiran yang telus
dan tulus dengan sokongan dan bimbingan yang
berterusan dari pelbagai pihak.

5. Mewujudkan persekitaran yang ceria dan kondusif bagi
menggalakkan perkembangan jasmani, emosi, rohani
dan intelektual murid.

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Jemukan pada asalanya sebuah Sekolah Rendah Kerajaan
(SRK) Jemukan dan seterusnya kepada Sekolah Kebangsaan Jemukan. Menurut
sumber-sumber yang boleh dipercayai, pengasas SRK Jemukan ialah Tuan Haji
Mohammad B Haji Yusuf, berasal dari Pulau Betawi, Indonesia.

Semasa berumur 5 tahun, beliau tinggal di Mekah bersama dengan ibu beliau
dan menuntut di sana. Setelah menetap selama 41 tahun di Mekah, beliau berpindah
ke Bombay, India iaitu setelah tercetusnya Perang Wahabi. Beliau berpindah ke
Kuching (Kampung Bako) dan berkahwin dengan Hajah Salehah Bt Abang Ning yang
berasal dari Spaoh. Hasil daripada perkongsian hidup, mereka dikurniakan 5 orang
cahaya mata. Atas kepandaian beliau dalam bidang agamalah beliau diminta untuk
menabur bakti di SRK Jemukan. Sebelum itu, beliau juga pernah berkhidmat di
kawasan Saribas dab Kampung Tanjung Bundong.

Pada tahun 1952, Madrasah al-Diniah didirikan oleh pengasasnya secara
gotong-royong dengan para penduduk kampung. Pada tahun 1962, beliau telah
menerima undangan penduduk Spaoh, Saribas dan di sanalah beliau jatuh sakit lalu
meninggal dunia. Jenazah beliau telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan
Islam Lubok Sue, Saribas.

Pada tahun 1964, Madrasah al-Diniah telah mendapat bantuan daripada Majlis
Tempatan Daerah Sadong Hilir dan namanya ditukar kepada SRK Jemukan dengan
bahasa pengantar yang digunakan ialah Bahasa Inggeris. Pada tahun 1973 pula,
ianya diambil alih oleh Kerajaan Pusat dan namanya terus ditukarkan kepada Sekolah
Kebangsaan Jemukan dan kekal sehingga sekarang.

Pada tahun 1983, sekolah ini telah menerima pembiayaan Bank Dunia,
dilengkapi dengan dua blok bangunan yang mengandungi 6 bilik darjah, sebuah bilik
Pusat Sumber (PSS), sebuah Bilik Guru, Pejabat Am, Pejabat Guru Besar dan Klinik
pergigian. Selain itu, ianya juga dibekalkan dengan sebuah kuaters Kelas IV, 3 unit
berek, 8 unit tandas murid, tempat perhimpunan dan kemudahan tangki air. Tanggal 1
Ogos 1986, SK Jemukan telah dirasmikan pembukaannya oleh Yang Berhormat Tuan
Haji Bujang B Haji Ulis, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.
Pada akhir tahun 2014, sekolah ini menerima blok Penjabat Am baru oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia

Pada akhir tahun 2018, sekolah ini menerima blok kelas baru yang di
sumbangkan oleh YB Aidel Bin Haji Lariwoo, ADUN N24 Sadong Jaya dengan kos
pembinaan sebanyak RM 750,000. Pembinaan blok baru tersebut hanya mengambil
masa 10 bulan sahaja. Blok kelas tersebut di lengkapi 6 buah kelas dan 2 buah
tandas dan kemudahan air dan elektrik.

SENARAI GURU BESAR

Senarai Nama Guru Besar Berkhidmat Di SK Jemukan

Tuan Hj. Mohammad B. Hj. Yusup--------------------------- 1945 - 1959
En. Khatan B. Rashid-------------------------------------------- 1959 - 1960

En. Fauzi B. Hj. Mahmud--------------------------------------- 1961

En. Ariffin B. Jeli 1961 - 1963

En. Abu Samah B. Drahman----------------------------------- 1964

En. Joshua Ak. Majang------------------------------------------ 1965 - 1966

En. Sulaiman B. Sutamin--------------------------------------- 1967 - 1970

En. Hashimi B. Haroun - 1971

En. Sitam B.Deron -1972 - 1973

En. Hashimi B. Haroun 1974 -

1975

En. Jamil B. Hj. Alop 1975 - 1976

En. Ali B. Kahir 1977-1982

En. Ramlee B. Hj. Maraat-----------------------------------------1983 - 1987

En. Madian B. Mohamad----------------------------------------- 1987 - 1997

En. Wan Rajiee B. Tengku Kasim---------------------1997-2000

En. Ahmad B. Daeng Marua------------------------- 2000 - 2003

En. Sejeli B. Saat -2003 - 2012

En. Ali B. Dom 2013 - 2016

En. Jamali Bin Bujang --------------------------------------- 2017 - Okt 2020

En. Salleh Bin Sabang Nov 2020

PELAN SEKOLAH

PELAN SEKOLAH

PETA KEDUDUKAN
SEKOLAH

PELAN LANTAI
SEKOLAH

PETUNJUK

Pintu Masuk QG Kuarters Guru

PP Pondok Pengawal TM Tandas Murid

PM Pondok Menunggu TG Tandas Guru

Dikemaskini pada 01 Disember 2020

KANDUNGAN

Kata-kata Aluan Penolong Kanan Kurikulum 1
Jawatankuasa Induk Unit Kurikulum 2
Visi dan Misi 3
Objektif dan Matlamat 4
Sasaran Akademik 5
Panduan Am Staf Sekolah 6
Senarai Nama Staf Akademik 7
Senarai Nama Staf Sokongan 8
Jawatankuasa-Jawatankuasa Pentadbiran 9
Peranan Panitia dan Tugas Kurikulum 10
11
Penyelaras Bangunan dan Bilik Khas 12

KATA-KATA ALUAN
P E N O L O N G KANAN PENTADBIRAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ENCIK SAHAR BIN BOJENG Dengan nama Allah, selawat dan salam buat junjungan
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN besar Nabi Muhammad s.a.w. serta sekalian sahabat-
sahabat baginda,guru-guru, kaum keluarga dan warga
SK JEMUKAN sekolah SK JEMUKAN Bersyukur ke hadrat Illahi kerana
dengan limpah kurniaNya Buku Pengurusan Sekolah
SEJARAH 2022 telah dapat dihasilkan dengan membawa harapan
PERKHIDMATAN buku pengurusan ini dapat membantu dan menjadi
panduan semua warga SK JEMUKAN Adalah diharapkan
TAHUN SEKOLAH dengan terhasilnya Buku Pengurusan Guru 2022 ini akan
memacu SK JEMUKAN ke arah kecemerlangan.
1989 SK KUALA BOK
Hasrat murni ini akan menjadi realiti apabila
1992 SK JEMUKAN semua panduan yang disediakan ini dapat dilaksanakan
dengan sempurna dan berkesan. Selain itu, kepimpinan
1998 SK RUMAH BARRAU peringkat sekolah perlulah efektif dan efisien, mempunyai
barisan guru yang berkualiti, berilmu pengetahuan,
2003 SK ASAJAYA LAUT berkemahiran dan memiliki sikap serta sahsiah yang
unggul.
2013 SK JEMUKAN
Adalah diharapkan pengemblengan tenaga semua
pihak dapat melahirkan generasi murid yang cemerlang.
Buatlah sesuatu yang terbaik pada anak-anak didik kita
berdasarkan kerelaan dan keikhlasan yang sejati. Tahun
2022 sudah bermula walaupun dunia masih lagi
dibelenggui pandemik Covid-19. Justeru, persiapan yang
rapi semaksimum mungkin perlu kita persiapkan bagi
menghadapi cabaran pendidikan masa kini. Seluruh
warga sekolah wajar membuat tranformasi ke arah
peningkatan minda, nilai kualiti kerja serta pembentukan
sahsiah terpuji agar sekolah ini dapat duduk sama
rendah dan berdiri sama tinggi di arena Pendidikan
Negara.

Selamat bertugas, sekian terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

.......................................
( SAHAR BIN BOJENG )
Penolong Kanan Pentadbiran
SK JEMUKAN

JAWATANKUASA INDUK
KURIKULUM

JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

Pengerusi
ENCIK SALLEH BIN SABANG

Guru Besar

Timbalan Pengerusi
ENCIK SAHAR BIN BOJENG

Penolong Kanan Kurikulum

Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2
ENCIK AZIZ BIN KUCHING EN AWG RUSDI B AWG YUSUF

Penolong Kanan HEM Penolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha Kurikulum
CIK MUNAWARAH BT MOYANG

AJK KECIL

Ketua Panitia Ketua Panitia Ketua Panitia
Bahasa Mala ysia Bahasa Inggeris Sains
PN NAILA JASSIMA BT HANAFI
EN. SABRIBIN C IKGU LIZA BT BUJANG
Ketua Panitia
Ketua Panitia Bahasa Arab Ketua Panitia
Pendidikan Isla m US. ZURIAH BT NARODIN Sejarah
USTDARUS BIN MOHAMAD
Ketua Panitia EN. AZIZ BIN KUC HING
Ketua Panitia Matematik
Pendidikan Jasmani & Ketua Panitia
EN. ADIL BIN SELI RBT
Kesihatan
EN. ABD TAIP BIN SAIBI G uru Penyelaras EN AWG RUSDIB AWG YUSUF
Pusat Sumber & NILAM
Ketua Panitia G uru Prasekolah
Kesenian PUAN C HENG PUAN HASLIZA BTSUUT

PUAN KHAIRULIZA BTMAT G uru Penyela rasIC T G uru Pemulihan Khas
PUAN NUR ATHIRAH BTOSMAN PUAN SAADIAH BTSEROJI
G uru Pra sekolah
PUAN HAZIJAH BTEMBO MEK

G uru PenyelarasPLaN G uru PenyelarasHIP G uru PenyelarasLDP SPL-KPM
PUAN HAZIZAH EMBOK MEK PN NAILA JASSIMA BT HANAFI USTH NORAZILLA BTOJE
/ MDM TIONG MAING SIONG

CARTA ORGANISASI

MATLAMAT & OBJEKTIF

MATLAMAT UNIT KURIKULUM

Untuk melahirkan kumpulan murid yang
‘Berilmu, Berjaya , Berbakti’

Menguasai dalam kemahiran asas
Menguasai Kemahiran Berfikir

Menguasai serta menyumbang dalam
kemajuan sains dan teknologi
Berdisiplin serta berakhlak mulia

Cekal, sentiasa berusaha untuk meraih
kecemerlangan

Berpegang teguh kapada “Rukun Negara”.

OBJEKTIF DAN MATLAMAT

OBJEKTIF UNIT KURIKULUM

TAHAP 1
MENINGKATKAN PENGUASAAN (3M)

(KEMAHIRAN ASAS)
MENGHAPUSKAN BUTA HURUF

TAHAP 2
MENINGKATKAN PENCAPAIAN KUALITI
AKADEMIK & MEMASTIKAN MURID MENCAPAI

SEKURANG-KURANGNYA TAHAP
PENGUASAAN 3 DALAN PENTAKSIRAN BILIK

DARJAH
.

PANDUAN AM STAF

PANDUAN AM

1. Selaku pegawai kerajaan, semua staf adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat
dalam Perintah Am Kerajaan

2. Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh
mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan.

3. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu
profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.

4. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
Perkhidmatan Cemerlang.

5. Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara.

6. Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam
menjalankan tugas.

7. Bertanggunjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid dan harta benda sekolah
ketika berada di sekolah.

8. Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan
tugas.

KEDATANGAN

1. Jadual waktu akademik mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.

2. Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu belajar dan
menandatangani Buku Kehadiran SEMASA sampai dan sewaktu balik sekolah.

3. Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan
dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin
supaya jadual waktu ganti dapat disediakan.

4. Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan
kecemasan.

5. Guru diwajibkan datang untuk menjayakan aktiviti kokurikulum, bengkel, mesyuarat dan
pelbagai program akademik di luar masa yang ditetapkan.

PANDUAN AM STAF

KELUAR WAKTU MENGAJAR

1. Guru tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah atau bilik darjah dalam masa waktu
mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan dan dimaklumkan
kepada Guru Besar/Penolong Kanan.

2. Guru dikehendaki mengisi dan menulis di dalam Buku Rekod Pergerakan Staf. Dapatkan
kebenaran Guru Besar/Penolong Kanan sebelum keluar.

3. Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar
melalui Penolong Kanan.

CUTI

1. Cuti Rehat / Cuti Penggal – mengikut surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP(PP)
0046.SJ/(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal
sekolah untuk menggantikan cuti rehat. TETAPI guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru
Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-
tugas seharian daripada tugas mengajar.

2. Cuti Sakit – Sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari
berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

3. Kelulusan cuti tanpa gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun diluluskan oleh Pengarah
Pelajaran Negeri. Cuti melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

4. Cuti Rehat Khas – cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab
kecemasan dan upacara agama bagi tempoh tujuh hari dalam setahun.

PEMAKAIAN GURU

1. Semua guru hendaklah berpakaian kemas (bertali leher bagi guru lelaki),Baju Batik pada
hari Khamis dan Baju Kebangsaan pada hari Jumaat (Guru Islam) sesuai dengan profesion
keguruan dan masyarakat timur seperti di dalam surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995.

2. Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan.

3. Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai.

4. Guru pendidikan jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.

PANDUAN AM STAF

MENGAJAR DALAM BILIK DARJAH

1. Guru-guru dinasihatkan supaya tidak duduk semasa mengajar di dalam kelas.

2. Seluruh waktu mengajar itu mestilah digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan bahan
pelajaran dan membimbing murid dalam proses pembelajaran.

3. Memeriksa buku latihan dan kertas jawapan murid tidak harus dilakukan dalam bilik
darjah ketika mengajar melainkan untuk memberI bimbingan dan perhatian individu
murid.

4. Tugas guru bukan sahaja menyampaikan bahan pelajaran tetapi juga mengawal kelas
supaya tidak bising, memberi contoh teladan dan bimbingan kepada murid supaya
menjadi warganegara yang berdisiplin dan berilmu.

5. Kerja bertulis dan kerja rumah mestilah diberi secukupnya bagi semua matapelajaran
dalam satu-satu minggu . Jumlah kerja bertulis, latihan, ujian atau kerja rumah akan
ditentukan dalam mesyuarat panitian mata pelajaran.

6. Semua kerja murid mestilah disemak dan diperiksa dengan SEGERA dan NOTA yang
diberi perlu disemak dan diperiksa . Tandatangan guru dan tarikh membuat semakan
hendaklah dicatat dalam buku latihan murid bagi setiap kerja semakan atau pemeriksaan
yang dibuat.

7. Guru yang menjalankan tugas/kerja ganti (relief) diminta mengajar matapelajaran yang
terdapat pada jadual waktu atau mengajar mana tajuk yang berfaedah kepada pelajar ..

8. Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas pada masa belajar tanpa sebab yang
munasabah kecuali mendapat kebenaran dari guru untuk keluar kelas.

9. Setiap orang guru mestilah menentukan bahawa bilangan murid dalam kelasnya adalah
sama dengan bilangan yang tercatat di dalam Buku Kawalan Kelas.

10. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah menarik dan berkesan. Guru hendaklah
memastikan persediaan yang cukup telah dibuat dengan segala BBM yang sesuai serta
strategi P & P yang berkesan.

PANDUAN AM STAF

KETEPATAN MASA

1. Ketepatan masa guru adalah penting untuk menentukan disiplin dan dihormati oleh pelajar-
pelajar.

2. Guru-guru hendaklah masuk kelas dan meninggalkan kelas mengikut waktu . Guru adalah
bertanggungjawab pada waktu guru itu sepatutnya berada di kelas; P & P hendaklah diberi
keutamaan . Unsur-unsur lain bolehlah dibuat pada masa yang lain.

3. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas ketika waktu mengajar . Kalau terpaksa
meninggalkan kelas kerana kecemasan atau sebab yang penting, guru berkenaan
dinasihatkan supaya memberi kerja secukupnya dan menentukan disiplin murid sekolah
terkawal sebelum meninggalkan kelas.Sila maklumkan kepada rakan guru di kelas sebelah
atau yang terhampir.

4. Ketua kelas patut dinasihatkan supaya mencari guru yang masih belum masuk kelas 5 minit
selepas sesuatu waktu pembelajaran bermula belajar . Jika guru masih tidak dapat dicari,
Penolong Kanan atau guru kanan mestilah diberitahu.

5. Guru-guru mestilah menjadi CONTOH teladan kepada semua pelajar dari segi tatakelakuan
percakapan dan penampilan..

6. Semua urusan berkaitan dengan PPD, JPN serta Kementerian Pelajaran hendaklah
diselesaikan dan di hantar kepada pihak yang berkenaan pada atau sebelum masa yang
ditetapkan.

DISIPLIN

1. Disiplin pelajar di sekolah adalah tanggungjawab bersama setiap guru. Sebarang masalah
yang berkaitan dengan disiplin pelajar mestilah diselesaikan bersama oleh guru-guru .
Jangan bebankan masalah disiplin semata-mata kepada guru disiplin sahaja.

2. Guru-guru adalah dilarang menjalankan sebarang HUKUMAN ROTAN kepada murid kecuali
diturunkan kuasa oleh Guru Besar .

3. Hanya Guru Besar dan guru-guru yang dibenarkan menjalankan hukuman rotan kepada
murid yang melanggar peraturan sekolah atau yang menimbulkan masalah disiplin.

4. Semua kesalahan mestilah direkodkan ke dalam buku “DISIPLIN” dan dalam Sistem
Sahsiah Diri Murid (SSDM)

PANDUAN AM STAF

DISIPLIN

1. Guru-guru kelas serta guru-guru mata pelajaran hendaklah merekod semua kesalahan murid dalam buku
persediaan mengajar di ruangan catatan. Rekod ini adalah penting dalam hal disiplin.

1. Sebagai panduan, aspek-aspek disiplin yang patut dikawal oleh semua guru adalah seperti berikut :
a. Kurang sopan, melawan guru / mencabar guru
b. Mencuri, menipu atau bercakap bohong
c. Mengugut, melawan atau memukul pengawas atau murid lain
d. Memeras ugut murid lain melibatkan wang atau harta benda bernilai dan lain-lain seumpamanya
e. Menipu tandatangan dan yang seumpamanya
f. Menganggotai kumpulan haram atau kongsi gelap
g. Meniru dalam perperiksaan (kecurangan akademik)
h. Keluar dari bilik kelas di waktu belajar dan merayau-rayau dalam kawasan sekolah tanpa tujuan
i. Kelakuan tidak sopan semasa perhimpunan
j. Pergerakan murid dari kelas ke makmal, padang permainan, bilik sumber dan lain-Lain.
k. Tabiat kebersihan diri, kebersihan sekolah dan kelas
l. Merosakkan harta benda sekolah
m. Membuat bising dalam kelas dan mengganggu pembelajaran kelas lain
n. Bergaduh dan bertumbuk
o. Berambut panjang
p. Pakaian yang tidak kemas
q. Berjudi
r. Terlibat dengan dadah
s. Menghisap rokok
t. Ponteng dan lewat datang sekolah
u. Membuat kenyataan akhbar dan sebagainya tanpa kebenaran
v. Sila rujuk buku peraturan sekolah

2. Bagi mewujudkan disiplin sekolah yang baik supaya proses pengajaran dan pembelajaran dan proses
sosialisasi dapat berjalan dengan lancar dan berkesan serta tidak terkeluar dari garis panduan yang telah ada,
sila rujuk peraturan atau Pekeliling-pekeliling yang berikut :-
a. School (General) Regulations 1951
b. Assited School Institution (Management) Rules 1969
c. Education Institution (Exemption Orders) 1959
d. School (Course of Studies) Regulations 1959
e. School Curriculum 1969
f. Education (School Decipline) Regulations 1959
g. School (Tour) Regulations 1958
h. School (Magazines) Regulations 1968
i. School (Societies) Regulations 1968
j. Education Institutions (Instruments of Managements Government) Rule 1963
k. Parent – Teacher Associations Rules 1973


Click to View FlipBook Version