The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM APPI 2021 (Final)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdjimhamzah, 2021-12-03 10:29:45

BUKU PROGRAM APPI 2021

BUKU PROGRAM APPI 2021 (Final)

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM KALANGAN GURU
PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH RENDAH BAGI MURID-MURID
MASALAH PEMBELAJARAN : JENIS, TAHAP PENGGUNAAN DAN

HALANGAN

1Lau Shiau Ching
2Siti Kamarul Huda Binti Ayob
1Universiti Kebangsaan Malaysia
2Open University Malaysia (OUM)
[email protected]

ABSTRAK
Lazimnya guru pendidikan khas dikehendaki mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran murid-murid
bermasalah pembelajaran selari dengan Individuals with Disabilities Education Act (IDEA). Namun
demikian, akta ini tidak memperincikan garis panduan berkenaan dengan jenis, kekerapan dan
tujuan teknologi digunakan dan penggunaan teknologi bergantung kepada guru dan ahli kumpulan
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) yang tidak memiliki pengetahuan tentang strategi
implementasi teknologi. Kajian ini memberi gambaran keseluruhan tentang cara guru pelbagai
ilmu displin menggunakan teknologi dalam sesi pengajaran harian murid-murid masalah
pembelajaran. Soal selidik diedarkan dalam kalangan guru Program Pendidikan Khas Integrasi
masalah pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan percanggahan iaitu cara guru menyampaikan
pengajaran dengan penggunaan teknologi meskipun pendedahan kepada pelbagai teknologi. Guru
cenderung menggunakan teknologi beraras rendah dan medium. Cabaran yang mempengaruhi
penggabungjalinan teknologi untuk murid-murid masalah pembelajaran juga diselidik.
Kata kunci: Penggunaan Teknologi, Guru Pendidikan Khas, Murid-murid Masalah Pembelajaran, Tahap

penggunaan Teknologi, Halangan

1

SPEEDLINE MATH ADVENTURE MOBILE GAME FOR SPECIAL EDUCATION

1Nor Azmidy bin Ismail
2Juniza binti Zamri

3Fajrul Norman bin Rashid
1Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang Melaka

2Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis
3Multimedia University

[email protected]

ABSTRAK
Pembelajaran secara maya merupakan cabaran yang dihadapi oleh semua guru dan murid Pendidikan
khas di Malaysia ketika menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).Oleh yang demikian
objektif kajian ini bertujuan untuk membantu guru dan murid Pendidikan khas menguasai asas matematik
mengira dengan menggunakan aplikasi pembelajaran secara Mobile Game.Intervensi yang digunakan ini
merupakan asas kepada inovasi kaedah pintar matematik inovasi Speedline.Oleh itu kajian ini berfokus
kepada kemahiran membilang nombor tertib menaik dan nombor tertib menurun sahaja.Dapatan kajian
mendapati bahawa permainan mobile game ini telah banyak membantu guru dan murid MBK semasa
proses pengajaran dan pembelajaran secara PdPR dan pembelajaran kendiri.
Kata Kunci : Speedline Math Adventure Mobile Game, PdPR, Murid Berkeperluan Khas Khas.

2

KAJIAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN APLIKASI PERISIAN
KOMPUTER DALAM KALANGAN STAF SOKONGAN DI INSTITUT

PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS (IPGKIK)

Rohana Jalani
Aiza Abdol Razak
Nurulhuda Abd Kader
Lee Leh Hong PhD
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran staf sokongan di IPGKIK terhadap
penggunaan aplikasi komputer semasa melaksanakan tugas mereka. Kecekapan menggunakan
komputer kini dianggap sebagai kemahiran asas seiring dengan kemahiran membaca, menulis dan
mengira. Teknologi merupakan sebuah alat yang mempengaruhi kehidupan pada masa kini
terutamanya di dalam sektor pekerjaan. Penggunaan teknologi dalam pekerjaan dapat membantu
dalam meningkatkan prestasi pekerja. Keberkesanannya dapat diukur berdasarkan peningkatan
produktiviti dan penerimaan dalam menggunakan sistem ini untuk membantu meningkatkan
penghasilan produk kerja yang bermutu. Ia juga banyak membantu dalam komunikasi,
meningkatkan integrasi pekerja, meningkatkan produktiviti dan penyampaian maklumat. Objektif
kajian ini adalah untuk mengenal pasti kemahiran staf sokongan menggunakan aplikasi komputer
dan juga mengenal pasti kursus yang diperlukan untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam
menggunakan aplikasi komputer dalam menjalankan tugas mereka. Rekabentuk kajian ini adalah
kajian tinjauan dan instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang ditadbirkan
dianalisis dengan kaedah statistik deskriptif. Seramai 35 staf sokongan telah menjawab soal
selidik ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran staf sokongan menggunakan
aplikasi komputer dalam menjalankan tugas mereka berada pada tahap sederhana tinggi (skor min
= 3.10). Sebanyak enam kursus aplikasi komputer yang diperlukan oleh mereka telah dikenal
pasti. Dapatan kajian ini dapat memberi input kepada pihak Jabatan Pengembangan
Profesionalisme Keguruan (JPPK) IPGKIK untuk merancang kursus yang telah dikenalpasti serta
memberi khidmat sokongan yang diperlukan dari semasa ke semasa.

Kata kunci: Aplikasi perisian komputer, staf sokongan, kemahiran penggunaan teknologi

3

BUDAYA PENYELIDIKAN DAN PENULISAN DALAM KALANGAN
WARGA AKADEMIK DI IPG

Syed Ismail Syed Mustapa,PhD.
Lee Leh Hong, PhD.

Jabatan Perancangan, Penyelidikan & Inovasi
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk amalan budaya penyelidikan dan penulisan dalam kalangan
warga akademik di IPG Kampus Ilmu Khas (IPGKIK), Kuala Lumpur. Sampel kajian terdiri
daripada 85 pegawai akademik yang berkhidmat di pelbagai jabatan dan unit di IPGKIK.
Kajian ini menggunakan pendekatan gabungan dengan menggunakan instrumen soal selidik
sebagai pengumpulan data utama manakala data kuantitatif diperoleh melalui temu bual.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya tahap penglibatan pegawai
akademik dalam tiga aspek kajian berada pada tahap sederhana rendah dengan penyelidikan
(min=2.40; sp=.1.12), penulisan (min=2.09; sp=.88), dan seminar (min=2.33; sp=.97).
Seterusnya dapatan kajian menunjukkan bahawa 95.3% (81 orang) menyatakan bahawa
faktor penglibatan dalam penyelidikan adalah atas kesedaran untuk mengatasi isu dan
membantu rakan melengkapkan kajian, manakala 95.3% (81 orang) menyatakan bahawa
penglibatan dalam penulisan adalah untuk memenuhi masa yang terluang. Dapatan kajian
juga menunjukkan bahawa pegawai akademik mempunyai kemahiran tertinggi dalam
membina persoalan kajian (min = 4.20; sp=.55). Berdasarkan ujian korelasi, dapatan kajian
menunjukkan bahawa tidak ada hubungan antara jumlah jam mengajar pegawai akademik
dengan penglibatan dalam penyelidikan (signifikansi p-value= .232; >0.05). Seterusnya
ujian korelasi juga menunjukkan bahawa tidak ada hubungan antara gred pegawai akademik
dengan penglibatan dalam penyelidikan (signifikansi p-value= .622; >0.05). Dapatan kajian
seterusnya menunjukkan dalam aspek penyelidikan, pegawai akademik memerlukan
bantuan (27 orang) untuk menganalisis data. Di samping itu pegawai akademik turut
mencadangkan agar diadakan sesi bimbingan dan galakan secara berterusan melalui
perbengkelan untuk membolehkan pengibatan mereka dalam penyelidikan dan penulisan.
Pengkaji mencadangkan agar Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi bersama
Jabatan Pengembangan Profesionalisme Keguruan dapat mengambil inisiatif untuk
menganjurkan kursus yang berkaitan dengan penyelidikan dan penulisan terhadap pegawaai
akademik untuk membolehkan mereka terlibat secara aktif dalam kedua-dua aspek tersebut.

Kata Kunci: budaya penyelidikan, penulisan, pegawai akademik

4

FAKTOR KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN ANALISIS NILAI
PENDIDIKAN MORAL BERSAMPINGAN

Hairul Faiezi Bin Lokman,PhD.
Zul Helmi Bin Deris

Fatin Erlyssa Binti Ezanuddin
Nur Adlin Nabilah Binti Din
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
[email protected]

ABSTRAK

Kecemerlangan akademik adalah aspirasi dan impian setiap individu. Penguasaan dalam
akademik digambarkan sebagai kompetensi seseorang individu dalam kehidupan terutamanya
pelajar yang sedang menyabung pengajian. Kecemerlangan selalu dikaitkan dengan faktor nilai
moral yang mendorong kepada tahap kecemerlangan selain faktor-faktor lain. Hal ini yang
demikian, objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk meneroka apakah faktor kecemerlangan
akademik dan juga nilai moral yang bersampingan. Kajian ini menggunakan reka bentuk
perpustakaan dengan membuat bacaan literatur yang luas berkenaan objektif kajian. Dapatan-
dapatan dalam kajian ini bersumberkan bahan rujukan artikel, jurnal, akhbar buku, kertas
prosiding dan penulisan. Sumber pangkalan data diambil sepenuhnya dari Google Scholar. Hasil
daripada dapatan kajian, terdapat tiga faktor yang membentuk kecemerlangan iaitu keperluan
untuk mencari ilmu (Need For Cognition), kecenderungan minat kepada akademik (Academic
Interest) dan penglibatan tingkah laku (Behavioral Engagement). Ketiga-tiga faktor ini pula wujud
bersampingan nilai universal Pendidikan Moral dan mengupayakan dimensi moral seseorang
individu bagi mencapai kecemerlangan akademik.
Kata kunci: Kecemerlangan Akademik, Nilai Pendidikan Moral, Dimensi Moral

5

KARAKTER PENULIS BUKU TEKS PENDIDIKAN ISLAM

Wan Ali Akbar Wan Abdullah
Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]
ABSTRAK

Buku teks adalah salah satu bahan penting yang digunakan sebagai panduan oleh guru dan pelajar
ketika sesi pembelajaran dan pengajaran. Oleh itu, penulisan buku teks perlu dilakukan oleh
individu yang berkelayakan. Namun, proses penulisan buku teks sendiri adalah satu cabaran yang
besar yang tidak mampu ditanggung oleh semua orang. Artikel ini memberi fokus kepada aspek
karakter yang perlu ada para penulis buku teks. Kajian dijalankan dalam bentuk kualitatif dengan
menjadikan pengalaman pengkaji sebagai sumber utama untuk membentuk konsep karakter
penulis buku teks. Dapatan menunjukkan terdapat sembilan karakter perlu ada pada penulis buku
teks Pendidikan Islam, iaitu; 1) ikhlas, 2) rajin belajar, 3) teliti, 4) berdikari, 5) berkolaborasi dan
berkomunikasi, 6) lapang dada, 7) sabar, 8) cerdas, dan 9) tawaduk. Dapatan ini dapat menjadi
panduan kepada bakal penulis buku teks untuk menilai kelayakan diri jika ingin menawarkan diri
untuk menjadi penulis buku teks.
Kata kunci: Buku teks, Pendidikan Islam, Karakter, Penulis buku teks.

6

HUBUNGAN ANTARA PENGETAHUAN DAN KESEDIAAN SIKAP
SISWA GURU TERHADAP PENDIDIKAN INKLUSIF

Muhammad Amsyar bin Azman
Amirah Adilah binti Abdul Karim
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

[email protected]
Abstrak

Penghayatan mengenai Program Pendidikan Inklusif dan amalan inklusif mestilah dipupuk dalam diri
warga pendidik lebih-lebih lagi semasa latihan perguruan bagi pembangunan kompetensi siswa guru dan
membentuk siswa guru lebih berketerampilan sejajar standard global. Kajian ini bertujuan untuk
mengenalpasti hubungan antara pengetahuan dan kesediaan sikap siswa guru terhadap Pendidikan Inklusif.
Kajian ini melibatkan 46 orang responden daripada program PISMP pengkhususan Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan Muzik di IPGKIK. Instrumen kajian ialah borang soal selidik dan dianalisis secara statistik
deskriptif menggunakan kaedah kekerapan dan peratusan. Manakala, data statistik inferensi diuji
menggunakan korelasi Spearman untuk menentukan hubungan antara pengetahuan dan kesediaan sikap
siswa guru terhadap Pendidikan Inklusif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan sedia ada
siswa guru mengenai Pendidikan Inklusif pada tahap rendah. Selain itu, kesediaan sikap siswa guru
terhadap Pendidikan Inklusif juga pada tahap rendah. Hasil analisis dapatan menunjukkan terdapat
hubungan signifikan iaitu <0.05 dan searah hubungan antara pengetahuan dan kesediaan sikap siswa guru
terhadap Pendidikan Inklusif (N=46, p=<0.05). Ini bermaksud, semakin tinggi tahap pengetahuan siswa
guru maka semakin tinggi tahap kesediaan sikap siswa guru terhadap Pendidikan Inklusif. Justeru itu,
dalam melestarikan cabaran pembentukan sikap siswa guru terhadap Pendidikan Inklusif maka, siswa guru
itu sendiri mestilah mendominasi ilmu dan mempraktikkan pengetahuan mengenai Pendidikan Inklusif
yang diperoleh sepanjang menjalani latihan perguruan.
Kata kunci : pengetahuan, kesediaan sikap, siswa guru, Pendidikan Inklusif

7

PENGARUH REKA BENTUK BILIK DARJAH TERHADAP TAHAP
KESELESAAN PEMBELAJARAN MURID KETIDAKUPAYAAN
PENGLIHATAN

Amirah Adilah binti Abdul Karim
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

[email protected]
ABSTRAK

Persekitaran bilik darjah penting dalam membentuk suasana pembelajaran yang kondusif. Keselesaan
pembelajaran terutamanya untuk murid ketidakupayaan penglihatan akan lebih baik sekiranya persekitaran
pembelajaran mengikut tahap keupayaannya. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh antara
reka bentuk bilik darjah terhadap tahap keselesaan pembelajaran murid ketidakupayaan penglihatan.
Kajian ini melibatkan 52 orang responden daripada program PISMP pengkhususan Pendidikan Khas
Masalah Penglihatan di IPGKIK. Instrumen kajian ialah borang soal selidik dan dianalisis secara statistik
deskriptif menggunakan kaedah frekuensi, peratusan dan min. Manakala, data statistik inferensi diuji
menggunakan korelasi Pearson untuk menentukan pengaruh reka bentuk bilik darjah terhadap tahap
keselesaan pembelajaran murid ketidakupayaan penglihatan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
kesesuaian elemen-elemen reka bentuk bilik darjah murid ketidakupayaan penglihatan iaitu elemen ruang
dan susun atur dan elemen pencahayaan pada tahap tinggi (min=3.56). Selain itu, tahap keselesaan
pembelajaran murid ketidakupayaan penglihatan dari aspek kognitif, sosioemosi serta orientasi dan
mobiliti juga pada tahap tinggi (min=3.93). Hasil analisis dapatan menunjukkan terdapat hubungan
signifikan reka bentuk bilik darjah terhadap tahap keselesaan pembelajaran murid ketidakupayaan
penglihatan (N=52, r=0.415, p=0.01). Justeru, reka bentuk bilik darjah murid ketidakupayaan penglihatan
perlu dirancang dengan teliti kerana persekitaran yang bersesuaian dapat mempengaruhi kepuasan suasana
pembelajaran dan tingkah laku murid.
Kata kunci : reka bentuk bilik darjah, keselesaan pembelajaran, murid ketidakupayaan penglihatan

8

TAHAP KESEDIAAN SISWA GURU UNTUK MENGAJAR MURID
MASALAH PENDENGARAN DALAM PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

Siti Muhibah binti Nor
Nurul Salikin binti Abdul Aziz
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

[email protected]

ABSTRAK

Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah satu program yang ditawarkan kepada murid
berkeperluan khas (MBK) untuk belajar bersama-sama dengan murid tipikal. Melalui program ini
mereka juga dapat berkongsi semua kemudahan untuk belajar tanpa mengira perbezaan kaum,
latar belakang dan ketidakupayaan. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kesediaan
siswa guru arus perdana untuk mengajar dalam PPI murid masalah pendengaran berdasarkan
aspek pengetahuan dan juga sikap. Kajian melibatkan 80 orang siswa guru arus perdana semester
lapan Ambilan Jun 2016. Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan instrumen soal selidik
berskala Likert 4 mata yang disebarkan secara atas talian. Semua data dianalisis secara deskriptif.
Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan siswa guru arus perdana untuk mengajar dalam PPI
murid masalah pendengaran adalah sederhana dalam aspek pengetahuan dengan nilai min,
M=2.79 dan sederhana juga dalam aspek sikap dengan nilai min, M=2.94. Kajian ini memberi
implikasi kepada siswa guru untuk melengkapkan diri dengan ilmu mengenai PPI dan pendidikan
khas. Pensyarah perlu memperbanyakkan aktiviti yang dapat memberi pendedahan kepada siswa
guru mengenai PPI dan MBK seperti aktiviti lapangan. Kementerian Pendidikan Malaysia pula
perlu meningkatkan keperincian subjek yang terkandung dalam struktur kursus yang diambil oleh
siswa guru di institut pendidikan guru serta mewajibkan semua siswa guru di institut pendidikan
untuk mempelajari bahasa isyarat dan membaca tulisan Braille.
Kata kunci: Program Pendidikan Inklusif, kesediaan, pengetahuan, sikap

9

KERANGKA PEMBANGUNAN KAPASITI PENDIDIKAN INKLUSIF
INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Lee Leh Hong, PhD.
Syed Ismail bin Syed Mustapa, PhD.
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

[email protected]

ABSTRAK

Selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam transformasi pendidikan
negara seperti yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025, bagi meningkatkan akses peluang pendidikan, maka telah banyak sekolah di aliran perdana
mula menerima murid berkeperluan khas (MBK). Dasar Pendidikan Inklusif adalah untuk
memastikan MBK mendapatkan hak yang sama rata untuk belajar dalam persekitaran tanpa
halangan dan dapat menyesuaikan diri dengan murid arus perdana bagi meningkatkan kemahiran
kehidupan harian mereka; membina keyakinan diri bagi mencapai potensi yang optimum dan
seterusnya meningkatkan kesedaran dan penerimaan warga sekolah serta komuniti tentang
kepelbagaian keupayaan MBK (KPM, 2018). Isu yang paling kontroversial mengenai pendidikan
inklusif di sekolah kini adalah terdapatnya permintaan yang tinggi terhadap keperluan pendidikan
inklusif berbanding dengan guru yang mempunyai kemahiran menginklusifkan bilik darjah
mereka. Analisis yang komprehensif telah dijalankan terhadap kajian-kajian lepas berkenaan
kebolehlaksanaan pendidikan inklusif di bilik darjah. Kajian ini mengetengahkan satu kerangka
kebolehlaksanaan pendidikan inklusif sebagai panduan untuk menyediakan bakal guru (pra
perkhidmatan) dan juga guru (dalam perkhidmatan) untuk melaksanakan pendidikan inklusif di
sekolah khasnya di sekolah aliran perdana. Kerangka ini memberi fokus kepada pembangunan
kapasiti pendidikan inklusif dalam bilik darjah dan mengandungi empat konstruk yang utama.
Pertamanya, meningkatkan kesedaran dan perubahan sikap terhadap keperluan pendidikan
inklusif, latihan guru untuk menangani murid berkeperluan khas (MBK), persekitaran sekolah dan
bilik darjah yang menyokong murid keperluan MBK serta nilai humanistik iaitu empati dan
penyayang. Kajian ini juga mencadangkan tindakan yang dapat diambil oleh Institut Pendidikan
Guru Malaysia dalam pembangunan kapasiti pendidikan inklusif agar dapat meningkatkan
profesionalisme guru khasnya pendidikan inklusif.

Kata kunci: pendidikan inklusif, pembangunan kapasiti, latihan guru.

10

KEFAHAMAN DAN KESEDIAAN SISWA GURU UNTUK
MELAKSANAKAN PENDIDIKAN INKLUSIF

Syed Ismail Syed Mustapa,PhD
Mohd Jim Hamzah,PhD
Ahmad Subki Miskon
Edaham Ismail

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meninjau kefahaman dan kesediaan siswa guru untuk melaksanakan
pendidikan inklusif. Sampel kajian ini terdiri daripada 374 orang siswa guru yang mengikuti
pelbagai program dan pelbagai peringkat pengajian di IPGKIK. Kajian ini menggunakan
pendekatan kuantitatif melalui instrumen soal selidik sebagai rujukan utama. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa secara keseluruhannya 68.8 % siswa guru faham bahawa pendidikan
inklusif merupakan murid-murid berkeperluan khas ditempatkan untuk belajar bersama-sama
murid normal di aliran perdana. Dapatan kajian seterusnya juga menunjukkan bahawa kesediaan
mengajar siswa guru dalam semua lima (5) aspek pengajaran dan pembelajaran (skpmg2) adalah
pada Tahap Tinggi (min=4.38; sp=.42). Di samping itu dapatan kajian juga menunjukkan bahawa
aspek bimbingan yang diperlukan untuk melaksanakan program Pendidikan Inklusif dalam
kalangan siswa guru adalah pemilihan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dengan keupayaan murid (306 orang; 81.8%). Selain itu dapatan kajian menunjukkan bahawa 90%
(338 orang) siswa guru menyatakan kesediaan untuk mengajar program pendidikan inklusif
setelah tamat pengajian kelak dengan justifikasi bahawa semua murid-murid perlu mendapat
peluang pendidikan yang sama, menjadi tanggungjawab guru untuk melunaskan tanggungjawab
walau dalam apa keadaan sekali pun dan mendapatkan pelbagai pengalaman sesuai dalam situasi
yang berbeza. Pengkaji mencadangkan agar setiap jabatan di IPGKIK merancang pelbagai
program dan aktiviti melibatkan siswa guru yang berkaitan dengan pendidikaniInklusif. Para
pensyarah pula dicadangkan agar memberikan pendedahan terhadap pendidikan inklusif kepada
siswa guru ketika melaksanakan mana-mana tajuk kuliah yang berkaitan dengan kursus yang
dilaksanakan manakala siswa guru sendiri perlulah berusaha untuk mendapatkan maklumat
berkaitan dari pelbagai sumber yang relevan.

Kata Kunci: pendidikan inklusif, kesediaan mengajar, murid berkeperluan khas

11

PEMBANGUNAN MODUL BERASASKAN BUDAYA (MBB) DALAM KELAS
PEMULIHAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH RENDAH

Ling Pik Kuong, PhD.
Adib Farhan bin Sapian
Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang
[email protected]

ABSTRAK

Pembanguan modul dalam kajian ini bertujuan meningkatkan pengalaman pembelajaran
berasaskan budaya di samping penguasaan kemahiran penulisan rangkai kata dan ayat mudah
Bahasa Melayu khususnya dalam kelas pemulihan sekolah rendah di Daerah Meradong,
Sarawak. Modul pembelajaran yang merangkumi satu set templat Seni Motif Sarawak (SMS)
dengan 10 lembaran kerja dijilidkan dan dinamakan Modul Berasaskan Budaya (MBB).
Pelaksanaan MBB melibatkan aktiviti seni motif dan kraf dengan penginteprasian kemahiran
penulisan Bahasa Melayu. Dalam fasa pelaksanaan dan penilaian MBB, 30 orang murid dari
kedua-dua buah sekolah rendah dipilih sebagai responden kelas rawatan dan kawalan. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan kemahiran menulis sebanyak +59.15% dalam
kelas rawatan berbanding dengan peningkatan +30.05% dalam kelas kawalan. Perbandingan
skor min peningkatan ini adalah signifikan dengan p<0.05. Data temu bual juga menyokong
keberkesanan MBB dari aspek keaslian, kebolehpercayaan, keberkesanan kos dan replikasi MBB
untuk penyebarluasannya. Sebagai kesimpulan, MBB mampu meningkatkan peluang
penerokaan seni dan budaya tempatan dalam kelas pemulihan Bahasa Melayu. Hal ini selaras
dengan kehendak Pendidikan Abad Ke-21 yang menekankan “cross-cultural skills” dalam acuan
kepelbagaian budaya di Malaysia.

Kata Kunci: Bahasa Melayu, Seni tradisional Sarawak, modul kelas Pemulihan .

12

PEMBELAJARAN MELALUI INTERVENSI PEMBELAJARAN
BERASASKAN PENGALAMAN DALAM KURSUS DANDANAN

RAMBUT

Hemarani a/p Munisamy
SMPK Vokasional Indahpura

[email protected]

ABSTRAK

Bidang Dandanan Rambut merupakan satu industri perkhidmatan yang semakin berkembang di
Malaysia yang berasaskan proses pendidikan serta latihan. Pendidikan vokasional berteraskan
hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri yang sentiasa dinamik dan
progresif untuk kebolehpasaran MBP dalam dunia pekerjaan. Kekurangan pendedahan terhadap
industri sebenar menyukarkan MBP untuk mengaitkan perkhidmatan yang ditawarkan dan
menyebabkan MBP tidak berjaya kekal lama dalam alam pekerjaan. Maka, satu kaedah
pembelajaran berasaskan pengalaman bersama pihak industri diketengahkan bagi memastikan
proses pembelajaran MBP mencapai tahap mobiliti tenaga kerja global. Pendedahan intervensi ini
semakin banyak diaplikasikan dalam dunia pendidikan. Namun, intervensi ini dalam Pendidikan
Khas masih belum mencapai tahap yang membanggakan dan perlu dipertingkatkan. Justeru itu,
tujuan kajian ini ialah meningkatkan kompetensi MBP dalam Kursus Dandanan Rambut melalui
intervensi pembelajaran berasaskan pengalaman. Objekftif kajian ini ialah meningkatkan
kompetensi MBP intervensi pembelajaran berasaskan pengalaman dan meningkatkan
kebolehkerjaan MBP bagi memenuhi keperluan Industri. Peserta kajian terdiri daripada sembilan
(9) orang MBP yang mengambil kursus Dandanan Rambut di sebuah Sekolah Menengah
Pendidikan Khas Vokasional di Johor. Kajian ini menggunakan metodologi kajian tindakan
berdasarkan model Kemmis dan McTaggart (1988). Kaedah pengumpulan data adalah melalui
pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Analisis data menunjukkan bahawa peningkatan
tahap kompetensi serta kebolehkerjaan MBP melalui intervensi pembelajaran berasaskan
pengalaman dengan trampil serta meningkatkan kemenjadian MBP. Dapatan kajian menunjukkan
peningkatan minat MBP peningkatan tahap kompetensi serta kebolehkerjaan MBP adalah tinggi.
Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan permbelajaran berasaskan pengalaman berupaya untuk
meningkatkan tahap kompetensi serta kebolehkerjaan MBP serta menjadikan proses pembelajaran
yang bermakna dalam Kursus Dandanan Rambut.

Kata Kunci: Murid Bermasalah Pembelajaran; Permbelajaran Berasaskan Pengalaman; Kursus
Dandanan Rambut; SMPK Vokasional.

13

MENINGKATKAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN
INKLUSIF

1Lau Shiau Ching
2Morniyati Binti Mohamad
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
[email protected]

ABSTRAK

Pendidikan merupakan hak asasi manusia serta juga instrumen perkembangan ekonomi dan
pembangunan manusia. Sistem pendidikan dititikberatkan memandangkan sumbangan kepada
perkembangan Nasional melalui peruntukan sumber manusia yang membantu untuk merangsang
produktiviti dan menghapuskan kemiskinan, penyakit dan pengabaian. The World Declaration
on Education for All adopted in Jomtein, Thailand (1990) menetapkan visi dalam
memperuntukkan peluang pendidikan untuk menggalakkan kesamarataan. Pendidikan inklusif
bertujuan memperkukuh kapasiti sistem pendidikan kepada kanak-kanak . Proses pembelajaran
adalah berasaskan pemahaman di mana murid-murid adalah individu yang berbeza perwatakan
dan latarbelakang serta strategi untuk memperbaiki kualiti perlu menegaskan pengetahuan dan
kekuatan murid-murid. Banyak akta diterbitkan daripada 1948 Universal Declaration of Human
Rights termaktub untuk mendorong pendidikan inklusif. Meskipun penegasan dalam pelaksanaan
pendidikan inklusif, banyak pihak yang menghadapi cabaran dalam pelaksanaan, banyak
kurikulum masih dibina berdasarkan model tradisional iaitu mewujudkan cabaran kepada jenis
murid-murid yang berbeza. Kajian menunjukkan bahawa guru masih belum bersedia untuk
melaksanakan tangggungjawab dalam kelas inklusif.. Persekitaran pembelajaran gagal untuk
menyokong persekitaran dan penilaian terhadap pencapaian murid-murid. Kajian ini tentang hak
manusia dan pendekatan pendidikan inklusif serta implikasi teori dan amalan kurikulum
sehubungan dengan kandungan kurikulum yang berbeza, proses pengajaran, penilaian yang
berbeza , penstrukturan pendidikan guru dan penglibatan ibu bapa dan masyarakat.
Kata kunci: Pendekatan pendidikan Inklusif, Teori Kurikulum dan amalan, Pelaksanaan
Kurikulum Pendidikan Inklusif

14

BAHAN BANTU BACA UNTUK MURID DISLEKSIA VISUAL:
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT MUDAH

BAGI MURID DISLEKSIA VISUAL
TAHAP RINGAN KE SEDERHANA

Nazariah binti Md Isa
Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam

[email protected]

ABSTRAK

Kemahiran membaca adalah satu proses yang dinamik tetapi kompleks. Pandangan seorang murid
Disleksia berbeza dengan pandangan murid tipikal ketika melihat huruf dan perkataan. Murid
Disleksia Visual sering menghadapi masalah visual seperti pembalikan konsep, disorentasi
vertikal, disorentasi lateral, kabur, imej terbalik, keciciran huruf, keciciran perkataan penting dan
terbalik atas bawah.. Justeru itu, objektif utama kajian ini juga adalah untuk menambah baik
amalan saya dalam pengajaran terhadap murid Pendidikan Khas yang mengalami masalah
Disleksia Visual sehingga terhasil produk khas untuk murid Disleksia Visual yang dinamakan
3BDV. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan rekabentuk kajian tindakan yang melibatkan
model Kurt Lewin. Responden bagi kajian ini adalah 1 orang murid Disleksia dari kelas PKB 6
Arif yang bertempat di SK Sungai Rokam pada tahun 2021. Data yang dikumpulkan dalam kajian
ini menggunakan kaedah pemerhatian, temubual, rakaman video, gambar, set ujian pra dan pos
serta senarai semak yang dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati penggunaan bahan
bantu belajar yang dinamakan 3BDV ini telah membantu murid Disleksia Visual membaca dengan
lebih baik. Kesimpulannya, kajian ini bukan sahaja dapat membantu murid Disleksia Visual
membaca dengan lebih sempurna tetapi dapat memberi impak yang positif terhadap dalam
menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran guru-guru Pendidikan Khas dalam subjek
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Justeru itu, masa depan murid-murid Disleksia Visual yang
menghadapi masalah membaca juga akan lebih terjamin dengan adanya 3BDV.

Kata Kunci: Bahan bantu Baca Disleksia, guru Pendidikan Khas, Murid Disleksia Visual,
kemahiran membaca

15

INTERVENSI AKTIVITI BERKUDA TERHADAP KEMAHIRAN
PEMBELAJARAN MURID AUTISME

Noragayah Bt Mohamad Jasid
Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meneroka penglibatan murid autisme yang mengikuti aktiviti berkuda dan bagaimana
aktiviti ini mampu meningkatkan kemahiran pembelajaran mereka. Penguasaan kemahiran pembelajaran
penting bagi menyediakan murid autisme dengan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Hal ini kerana intervensi yang menggunakan haiwan sebagai satu kaedah untuk meningkatkan penguasaan
kemahiran pembelajaran semakin popular dewasa ini. Metodologi kajian menggunakan pendekatan
kualitatif iaitu melalui kaedah fenomenologi. Sesi temu bual dijalankan kepada 8 orang peserta iaitu ibu
bapa yang mempunyai anak autisme dan telah mengikuti aktiviti berkuda selama lebih 6 bulan. Pemilihan
peserta kajian dilakukan secara bertujuan bagi mendapatkan data yang jitu dan tepat. Dapatan kajian
menyatakan murid autisme mempunyai peningkatan self-concept atau keyakinan diri yang tinggi setelah
menyertai aktiviti berkuda. Penerimaan input sensori juga semakin baik kerana pendaftaran input sensori
yang betul akan membantu murid autisme untuk lebih fokus sewaktu berada dalam kelas. Selain itu, ibu
bapa juga berpendapat murid autisme memperoleh kebaikan dari segi fizikal, emosi dan sosial apabila
menyertai aktiviti berkuda secara konsisten. Semua kebaikan yang diperolehi secara tidak langsung dapat
meningkatkan kemahiran pembelajaran murid autisme dan seterusnya meningkatkan potensi diri mereka
ke tahap yang optimum.

Kata kunci: aktiviti berkuda, autisme, kemahiran pembelajaran, intervensi

16

MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TINGKATAN 2 PKKS
PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PEMBELAJARAN) DALAM

KEMAHIRAN MANDI HADAS BESAR MENGGUNAKAN TEKNIK DMB

Raja Nor Ashikin Binti Raja Harun
SMK Kg. Dato’ Seri Kamaruddin

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid Tingkatan 2 PKKS Pendidikan Khas
Integrasi (Pembelajaran) Dalam Kemahiran Mandi Hadas Besar. Teknik yang digunakan adalah
Teknik Demonstrasi Menggunakan Boneka (DMB). Teknik DMB ini merupakan satu teknik yang
digunakan untuk memudahkan murid mengingati langkah-langkah yang betul sewaktu melakukan
mandi hadas. Memandang murid-murid ini cepat lupa disebabkan masalah ketidakupayaan
mereka adalah penting guru menyediakan satu kaedah atau teknik yang bersesuaian dengan
keadaan mereka. Melalui pembacaan yang dilakukan demonstrasi merupakan satu kaedah yang
amat praktikal digunakan untuk mengajar bidang Ibadah dalam subjek Pendidikan Islam. Kaedah
ini dirasakan lebih berkesan kerana murid dapat belajar melalui pengalamannya sendiri. Alat
bantu mengajar yang digunakan adalah boneka. Hasil kajian terdahulu menunjukkan penggunaan
boneka dalam proses pengajaran dan pembelajaran sememangnya dapat membantu guru
melaksanakan pdpc yang berkesan. Penggunaan boneka di dalam pdpc dapat menarik minat murid
terhadap pengajaran guru. Kajian ini menggunakan kaedah mixed-method yang mana ia
menggunapakai kaedah soal selidik, temubual dan juga pemerhatian bagi sesi amali. Data juga
diambil melalui latihan murid. Kajian ini hanya melibatkan murid-murid pendidikan khas SMK
Kg. Dato’ Seri Kamaruddin. Seramai 6 orang murid kelas Tingkatan 2 PKKS terlibat yang terdiri
daripada 2 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan yang mempunyai pelbagai masalah
ketidakupayaan seperti lembam, ADHD dan sebagainya. Hasil daripada kajian ini mendapati
terdapat peningkatan penguasaan murid pendidikan khas dalam kemahiran mandi hadas dengan
menggunakan Teknik DMB. Diharapkan kajian yang dihasilkan ini, sedikit sebanyak dapat
memberi manfaat kepada guru dan murid.

Kata kunci : mandi hadas, Pendidikan Islam, ibadah, demonstrasi dan boneka,

17

MENEROKA PENGUASAAN NILAI MURNI BAGI MURID
PENCAPAIAN RENDAH MELALUI MODUL DEARest(C)

1Uthayakumaran Karuppiah
2Geetha Periasamy
3Utayatharani Parati

4Kalaivarman Subramaniam
1,2,3Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

4SK Kampung Lindungan
[email protected]

ABSTRAK

Pendidikan Moral Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menggariskan beberapa
pendekatan dalam menerapkan nilai murni dikalangan murid sekolah rendah. Seorang murid
sekolah rendah perlu menguasai 14 nilai murni yang disenaraikan dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Moral. Beberapa pendekatan telah disyorkan
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral. Namun demikian, kebanyakan
pendekatan yang disarankan adalah berfokuskan murid aliran perdana secara umum. Ini
menimbulkan kesukaran bagi para guru yang mengajar murid pencapaian rendah iaitu 40 markah
ke bawah. Kajian ini diharapkan dapat mengisi lompang tersebut. Rekabentuk kuasi-eksperimen
digunakan dalam kajian ini. Seramai 20 orang murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu
kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Satu modul yang dikenali sebagai Modul DEARest(C)
digunakan. Ketika mengajar, guru dimohon menggunakan modul DEARest(C) bersama buku teks
Pendidikan Moral Tahun 3 bagi kumpulan rawatan, manakala hanya buku teks Pendidikan Moral
Tahun 3 bagi kumpulan kawalan. Data bagi kajian ini diperolehi melalui pelaksanaan Ujian Pra
dan Ujian Pasca yang mengandungi 7 soalan isi tempat kosong dengan ilustrasi. Ujian ini
dijalankan sebelum dan selepas intervensi selama 14 minggu. Dapatan kajian menunjukkan
terdapat perbezaan skor min yang signifikan tahap penguasaan nilai murni dalam kalangan murid
pencapaian rendah dalam kumpulan rawatan sebelum dan selepas mendapat pelaksanaan aktiviti
Modul DEARest(C). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan skor min yang
signifikan peningkatan tahap kemahiran penguasaan nilai murni dalam kalangan murid
pencapaian rendah rawatan berbanding dengan murid pencapaian rendah kawalan. Perbincangan
dengan guru yang mengajar, menggambarkan bahawa penggunaan Modul DEARest(C) membantu
meningkatkan tahap penguasaan kemahiran nilai murni dalam kalangan murid pencapaian
rendah.

Kata kunci : Murid Pencapaian Rendah, nilai murni, Modul DEARest(C), Pendidikan Moral

18

MENINGKATKAN KEMAHIRAN INTERPERSONAL MURID
BERMASALAH PEMBELAJARAN MELALUI ‘HOT CHAIR’ DALAM

KURSUS PENYEDIAAN DAN PEMBUATAN MAKANAN

Viknesvari Letchumanan
SMPK Vokasional Indahpura Kulai

[email protected]

ABSTRAK

Kemahiran interpersonal merupakan salah satu kemahiran insaniah yang wajib diterapkan oleh
guru kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran interpersonal MBK sebelum mereka
ke alam pekerjaan. Kajian ini terdiri daripada sepuluh orang murid kursus Penyediaan dan
Pembuatan Makanan. Melalui aktiviti abad-21 iaitu “Hot Chair” membantu MBK untuk
memupuk rasa kepercayaan pada diri sendiri, persahabatan, membina hubungan erat bersama ahli
kumpulan dan wujudkan perasaan positif semasa bekerja atau belajar. Kaedah kualitatif telah
digunakan untuk mendapatkan data. Dapatan kajian menunjukkan lima MBK dapat menyambung
pengajian ke tahap tinggi, tiga MBK telah bekerja tetapi diluar bidang pengajian, manakala dua
orang MBK lagi masih tengah mencari pekerjaan. Dengan dapatan kajian ini, MBK menyatakan
bahawa kemahiran interpersonal yang telah diterapkan oleh guru sangat membantu mereka
sehingga mereka boleh membawa diri ke dunia luar dengan jayanya. Kemahiran interpersonal
yang telah diterapkan membantu MBK untuk berani berkomunikasi dan berhubung dengan orang
luar. Dengan melaksanakan pembelajaran abad-21 dalam kalangan MBK dapat meningkat
kemahiran insaniah dalam diri mereka.

Kata kunci: Murid Berkeperluan Khas, Pembelajaran Abad-21, Pekerjaan

19

PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN TOPIK KECERGASAN
FIZIKAL DALAM SUBJEK ASAS SENAMAN DAN KECERGASAN
(PJMS 1104) PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA

PENDIDIKAN (PPISMP) DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Junaidy bin Mohamad Hashim PhD., Rosli bin Hamid, PhD., Rohana binti Yahya, PhD.
Syed Ahmad Ezahar bin Syed Ambon, Azizah binti Mohamad & Thanabalan A/L Muniandy

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
[email protected]

ABSTRAK

Tujuan utama kajian ini ialah untuk membina Modul Pembelajaran Topik Kecergasan Fizikal
dalam Subjek Asas Senaman dan Kecergasan (PJMS 1104) Program Persediaan Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan (PPISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) sebagai panduan kepada pelajar
dan pensyarah yang mengajar subjek tersebut. Kursus ini berfokus kepada pelajar supaya mereka
dapat menguasai pengetahuan berkaitan konsep asas senaman berasaskan aerobik dan anaerobik,
kecergasan keseluruhan serta kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan lakuan motor dan
prosedur pentadbiran ujian-ujian kecergasan fizikal tersebut. Kursus ini ditawarkan agar para
pelajar mampu mengetahui dan mengaplikasi pengetahuan berkaitan asas senaman dan
kecergasan fizikal ke arah gaya hidup yang sihat dan kompetensi sebagai jurulatih sekolah
(teacher coach). Modul Pembelajaran ni hanya memberi fokus kepada topik Kecergasan Fizkal
yang meliputi subtopik Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan, Kecergasan Fizikal Berasaskan
Lakuan Motor dan Prosedur Pentadbiran ujian kecergasan berlandaskan komponen-komponen
kecergasan tersebut. Subtopik ini sangat penting kerana topik ini merupakan asas kepada
pengenalan dan konsep kecergasan fizikal yang meliputi 11 komponen kecergasan yang perlu di
pelajari dan difahami oleh pelajar. Kecrgasan Fizikal Berasaskan Kesihatan terdiri daripada
komponen daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, fleksibiliti dan komposisi
tubuh badan. Manakala Kecergasan fizikal Berasaskan Lakuan Motor pula terdiri daripada
kepantasan. ketangkasan, imbangan, kuasa, koordinasi dan masa reaksi. Modul ini dihasilkan
untuk menggalas tanggungjawab bagi menyelesaikan masalah kekurangan modul dan bahan
rujukan kepada pelajar dan pensyarah pengkhususan Pendidikan Jasmani dan Kokurikulum.
Kajian ini dijalankan secara kualitatif melibatkan pelajar-pelajar PPISMP dengan menggunakan
kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis untuk mengumpul data kajian. Modul ini didapati
memiliki ciri-ciri kebolehgunaan yang bersifat praktikal iaitu mudah difahami, jelas,
bermaklumat, berfaedah dan meyakinkan pengguna.

Kata kunci: Modul, Kecergasan Fizikal, Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan, Kecergasan
Fizikal Berasaskan Lakuan Motor

20

KEBERKESANAN KAEDAH LATIH TUBI DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI
QUIZIZZ UNTUK MENINGKATKAN KEFAHAMAN TEORI PELAJAR DALAM KURSUS

AMALAN KESELAMATAN BENGKEL AUTOMOTIF

Mohammad Hazrul Bin Md Jori
Kolej Vokasional Taiping
[email protected]

ABSTRAK
Pada masa kini, penggunaan elemen permainan digunakan dalam pelbagai konteks untuk pelbagai
tujuan. Permainan dalam bentuk talian adalah merupakan salah satu kaedah alternatif dalam
pengajaran dan pembelajaran pelajar pada abad 21 ini. Quizizz adalah merupakan salah satu
kaedah di dalam pembelajaran interaktif pada masa kini dan ia juga merupakan kaedah alternatif
yang dapat meningkatkan kefahaman teori pelajar di dalam pembelajaran di atas talian. Tujuan
kajian ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan kaedah latih tubi dengan menggunakan
aplikasi quizizz ke atas pelajar-pelajar tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia dalam Program
Teknologi Automotif yang mengambil kursus Amalan Keselamatan Bengkel Automotif secara
atas talian. Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian tindakan dan melibatkan 10 orang pelajar
sebagai responden kajian ini. Dapatan daripada pemerhatian terdahulu yang telah dijalankan
melalui Pra-Penilaian Akhir Teori (PAT) 1, didapati keputusan yang diperolehi berada pada tahap
yang kurang memuaskan. Walaubagaimana pun, penggunaan aplikasi quizizz dalam bentuk latih
tubi secara atas talian telah menunjukkan hasil dapatan yang memberangsangkan. Dapatan kajian
Pra-Penilaian Akhir Teori (PAT) 2 bagi 10 orang pelajar ini telah menunjukan peningkatannya.
Selain itu, hasil dapatan daripada soal selidik persepsi pelajar terhadap latih tubi menggunakan
aplikasi quizizz juga mendapati pelajar cenderung serta minat terhadap aplikasi tersebut. Maka
dengan itu, kaedah latih tubi dengan menggunakan aplikasi quizizz merupakan medium alternatif
yang efektif di dalam pengajaran secara lebih meluas khususnya di dalam kursus Amalan
Keselamatan Bengkel Automotif

Kata kunci: Keberkesanan Latih Tubi, Aplikasi Quizizz, Amalan Keselamatan Bengkel
Automotif.

21

KELESTARIAN PENDIDIKAN FESYEN (KPF):
TAHAP AMALAN PELAJAR SRF DI KOLEJ VOKASIONAL

Sarimah binti Abu Bedor
Arasinah binti Kamis, Farah Najwa binti Ahmad Puad, Sharifah binti Shafie,

Asmahan binti Md Yusoff Aizudin
Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad

[email protected]

ABSTRAK

Pendidikan Pembangunan Lestari (ESD) dalam konteks pendidikan merupakan proses
melengkapkan pelajar dengan pengetahuan, pemahaman, kemahiran dan atribut yang diperlukan
untuk bekerja dan hidup dengan cara melindungi alam sekitar, sosial dan ekonomi untuk masa
kini dan generasi akan datang. Oleh itu, saranan terhadap semua negara melakukan pendekatan
yang holistik dan kreatif bagi mencapai matlamat SDGs tersebut. Justeru, kelestarian pendidikan
fesyen (KPF) merupakan suatu pendekatan alternatif yang praktikal bagi mencapai matlamat ESD.
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan tahap amalan KPF dalam kalangan
pelajar Seni Reka Fesyen (SRF) di Kolej Vokasional. Teori yang mendasari kajian ini adalah teori
Tingkah laku terancang (TPB), teori Norma pengaktifan (NAT), model Tingkah laku
bertanggungjawab terhadap alam sekitar (PEB) dan model Sistem perubahan tingkah laku (KAP).
Rekabentuk kajian ini menggunakan strategi tinjauan keratan rentas kuantitatif terhadap 330
pelajar SRF di KV Semenanjung Malaysia dengan menggunakan teknik persampelan rawak strata
dan rawak mudah. Instrumen soal selidik skala likert 5 mata yang diadaptasi dan diubahsuai
daripada kajian terdahulu digunakan bagi mendapatkan data kajian. Perisian IBM SPSS versi 26.0
digunakan sebagai alat analisis deskriptif dengan melihat kepada nilai min dan sisihan piawai.
Penemuan terhadap tahap amalan KPF dalam kalangan pelajar SRF di KV menunjukkan tahap
tinggi (min=3.88, sisihan piawai=0.66). Implikasinya, kajian ini dapat menyumbang kepada
Bahagian Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional (BPLTV) sebagai panduan dalam penerapan
elemen kelestarian terhadap pengstrukturan semula kandungan kurikulum program SRF di KV.
Malah, dapat menyumbang terhadap sumber badan ilmu pendidikan fesyen melalui amalan yang
dilaksanakan.

Kata kunci: Pendidikan Pembangunan Lestari (Education sustainable development), Kelestarian
Pendidikan Fesyen (Fashion education sustainability), Amalan Kelestarian Pendidikan Fesyen
(Fashion education sustainability practices).

22

PENGGUNAAN APLIKASI FLIPGRID UNTUK TUGASAN VIDEO PENDEK

Shufianah Puteri binti Yusof
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

[email protected]
ABSTRAK

Pandemik COVID-19 banyak mengubah aktiviti pangajaran, pembelajaran dan penilaian menjadi lebih
kreatif dan menarik. Aplikasi dalam talian alternatif telah digunakan untuk memenuhi keperluan dalam
menilai aktiviti domain afektif seperti pembentangan, perbincangan dan projek kumpulan. Oleh itu,
kertas kerja ini berhasrat untuk berkongsi maklum balas mengenai pendekatan penilaian dalam talian
bagi domain afektif menggunakan aplikasi Flipgrid untuk tugasan video pendek. Salah satu aplikasi dalam
talian yang menakjubkan dan berguna untuk tugasan video yang merakam respon lisan guru pelatih.
Aplikasi ini membantu guru pelatih mengambil bahagian dalam proses pembelajaran, terutamanya dalam
domain afektif. Proses pembelajaran untuk menggambarkan idea atau konsep, dan untuk menukar
kepada pemahaman sendiri adalah hasil pembelajaran. Kertas kerja ini menerangkan maklum balas guru
pelatih tentang penggunaan Flipgrid untuk tugasan video pendek. Proses maklum balas dijalankan
dengan menggunakan soal selidik untuk mengukur kepuasan dan pengalaman guru pelatih. Kelebihan
Flipgrid boleh dimuat turun dengan mudah oleh mana-mana pengguna ke peranti mudah alih.

Kata kunci: Flipgrid, domain afektif, penilaian dalam talian, tugasan video, guru pelatih

23

KEBERKESANAN KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN SECARA
ATAS TALIAN DALAM KALANGAN PELAJAR TEKNOLOGI
PEMBINAAN

Siva a/l Rabindarang. Ph.D, P.Tech, MMIM
Kolej Vokasional Slim River
[email protected]

ABSTRAK

Pelaksanaan kursus peningkatan kemahiran adalah satu pendekatan tambahan dalam
meningkatkan serta membangunkan kompetensi pelajar khususnya dalam pendidikan TVET.
Pelaksanaan kursus ini bertujuan untuk memberikan pembelajaran bermakna serta nilai tambah
kepada pelajar. Merujuk situasi semasa disebabkan oleh Covid-19, kursus peningkatan kemahiran
dilaksanakan secara atas talian dalam medium Zoom dan Webex oleh agensi luar. Justeru, kajian
ini dilaksanakan untuk menentukan keberkesanan kursus peningkatan kemahiran secara atas talian
dalam kalangan pelajar teknologi pembinaan. Reka bentuk kajian ini adalah gabungan kaedah
kuantitatif dan kualitatif. Bagi kajian kuantitatif, ujian pra dan pos telah dilaksanakan. Manakala,
temubual separa berstruktur telah digunakan untuk kaedah kualitatif. Seramai 28 sampel iaitu
kesemua pelajar dalam program teknologi pembinaan terlibat dalam kajian kuantitatif. Manakala,
seramai 4 pelajar terlibat bagi kajian kualitatif iaitu temu bual separa berstruktur. Dapatan kajian
kuantitatif menunjukkan para pelajar menyatakan pelaksanaan kursus peningkatan kemahiran
secara atas talian berkesan dan sangat membantu. Malah, dapatan ini juga disokong oleh data
kualitatif iaitu pelajar berpuas hati dan menyatakan selesa dengan pelaksanaan kursus ini secara
atas talian. Pelajar juga menyatakan mereka perolehi sijil tambahan yang mana dapat digunakan
dalam kerjaya mereka kelak. Secara keseluruhannya, kajian menunjukkan pelaksanaan kursus
peningkatan kemahiran dalam kalangan pelajar teknologi pembinaan adalah berkesan, membantu
serta memberikan nilai tambah kepada mereka.
Kata kunci: Kursus, peningkatan, kemahiran, teknologi, talian

24

ENHANCING FORM FIVE STUDENTS’ SPEAKING SKILL THROUGH
COMMUNICATIVE ACTIVITIES INCORPORATED WITH HIGHER
ORDER THINKING SKILLS (HOTS)

Chew Ann Phin
SMK Sungai Besar, Selangor
[email protected]

ABSTRACT
Higher Order Thinking Skills (HOTS) plays a vital role in shaping a holistic future generation
based on the new National Blueprint 2013 - 2025. An action research is conducted among 22
students from Form 5 SK 2021, which aims to enhance the students’ speaking skills thorough
activities of HOTS. Throughout the study, it focusses on the techniques in analysing the
requirements of the questions, generating mind maps, producing complete answers for HOTS
related questions and presenting their answers verbally. Based on the observation in my previous
teaching lessons, the students were seemed to be lacked of confidence in speaking English, which
then resulted in lower proficiency level of English in speaking skill. The research has yielded
positive results, whereby students were able to think critically and creatively in giving a complete
answer based on the requirements of the questions. Furthermore, students were able to present
their answers confidently and engage in the conversations in their daily lives. This has shown that
efforts are needed in guiding the students to understand and enhance their speaking skill through
activities in HOTS.
Keywords: Higher Order Thinking Skills (HOTS), speaking skill.

25

KESAN PENGGUNAAN AYAT KURSI SEBAGAI SALAH SATU
TERAPI RAWATAN

Nik Asilah binti Nik Ali PhD
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

[email protected]
ABSTRAK:

Penggunaan ayat Kursi bukan lagi asing kepada orang Islam dalam merawat penyakit berkaitan
dengan penyakit spritual. Kajian ini cuba mengorak langkah menggunakan ayat kursi sebagai
terapi dalam dunia pendidkan. Tujuannya antara lain untuk menangani masalah tingkah laku
murid-murid khususnya murid masalah pembelajaran dan menjadikannya tenang dan fokus
sebagai persediaan awal sebelum sesi pembelajaran dimulakan. Kajian ini menggunakan kaedah
kuantitatif melalui reka bentuk quasi experimen 2 kumpulan (pra – rawatan – pasca). Seramai
60 orang sample murid hiperaktif berumur 8-11 tahun diambil dari 3 buah sekolah rendah
Program Pendidikan Khas Integrasi di sekitar negeri Selangor. Ujian pra dibuat sebanyak 3 kali
sebelum pembelajaran murid dilakukan, manakala ujian pasca dibuat sebanyak
6 kali rawatan. Berdasarkan ujian paired-sampel t test, hasil kajian menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan nilai t (29) = -.39.768, p<.000 min ujian pra 1.28, manakala min ujian
pasca telah meningkat kepada min 4.41 selepas 6 kali rawatan diberikan kepada 30 murid
hiperaktif yang berumur dalam lingkungan 8 – 11 tahun. Kajian ini boleh disebarluas bagi
mengatasi masalah –masalah lain yang berkaitan psikologi malahan dapat juga digunakan juga
bagi membendung masalah murid dialiran perdana.

Kata kunci: Al-Quran, Ayat Kursi, Hiperaktif

26

AKTIVITI KAD RANGSANGAN IMBAS (KRI) TERHADAP
PERKEMBANGAN KEMAHIRAN INSANIAH (KI) DALAM
MENINGKATKAN PENCAPAIAN MENULIS KARANGAN

BAHASA MELAYU

1Nor Samsiyah binti M. Horsi, PhD.
2Siti Suraiyah binti M. Horsi

3Intan Suhaini bin Mohd Selamin
4Abd Haris bin M. Horsi

1Pejabat Pendidikan Daerah Manjong, Perak
2Bahagian Psikologi dan Kaunseling, KPM
3Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya

4SMK Bidor, Perak
[email protected]

ABSTRAK

Kemahiran insaniah (KI) atau soft skill merupakan kemahiran generik yang merentasi pelbagai
domain pembelajaran merangkumi aspek intrapersonal dan interpersonal. Namun, murid kurang
diberi pendedahan berkaitan kemahiran insaniah kerana pihak sekolah lebih mengutamakan
pencapaian akademik berbanding penerapan kemahiran insaniah. Penguasaan murid yang kurang
berkaitan kemahiran insaniah memberi kesan pada masa hadapan lebih-lebih lagi sewaktu murid-
murid menempuh alam pekerjaan. Malah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia juga telah
menggariskan enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada
peringkat global antaranya adalah pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin,
kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional (PPPM, 2013-2025). Tujuan
kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka inovasi kad rangsangan imbas (KRI) untuk
perkembangan kemahiran insaniah dan meningkatkan pencapaian murid dalam menulis karangan.
KRI mengandungi tema-tema dalam buku teks yang boleh digunakan semasa perbincangan
dijalankan dan mengandungi tujuh elemen kemahiran insaniah serta bahan bergambar bagi
merangsang murid-murid menulis karangan. Metod kajian yang digunakan adalah temu bual,
pemerhatian dan analisis dokumen. Keputusan temu bual menunjukkan guru dapat menerapkan
kemahiran insaniah dengan lebih berkesan. Manakala murid dapat menonjolkan empat daripada
tujuh elemen kemahiran insaniah selepas menggunakan KRI. Keputusan analisis dokumen
terhadap tahap penguasaan murid adalah berada pada band 4 dan peningkatkan dalam menulis
karangan melalui latihan kedua iaitu 12 orang mendapat A- ke atas berbanding dengan latihan
yang pertama hanya 3 orang mendapat A-. Pemerhatian juga menunjukkan murid seronok dan
aktif apabila menggunakan KRI dalam proses pembelajaran manakala guru mempunyai alat serta
cadangan aktiviti yang dapat digunakan untuk perkembangan kemahiran insaniah.

Kata Kunci: Kemahiran insaniah, Kad Rangsangan Imbas, Menulis Karangan, Bahasa Melayu

27

KEPERLUAN PEMBELAJARAN HIBRID DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN NORMA BAHARU GURU BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH

Sharifah Said
Ruslan Abdullah, PhD.

Hapsah Majid
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur

[email protected]

ABSTRAK

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara hibrid menjadi satu cabaran apabila sesi pembelajaran
murid semasa keadaan berisiko seperti semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan
guru-guru. Kajian ini bertujuan meninjau cabaran guru-guru Bahasa Melayu dalam pelaksanaan
PdP menggunakan kaedah Hibrid. Model Penerimaan Teknologi (TAM) digunakan sebagai model
asas dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang guru Bahasa Melayu daerah
Rembau, Negeri Sembilan. Kajian ditadbir secara kuantitatif dan data dipungut berdasarkan
dapatan soal selidik. Data yang diperoleh disokong menggunakan kaedah triangulasi melalui temu
bual tidak berstruktur daripada 5 orang sampel dan 3 orang pakar. Data juga diperoleh melalui
penghasilan bahan-bahan kursus seperti persembahan, video, audio, kuiz, infografik; yang
dikumpulkan dalan Google Classroom. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penerimaan
guru Bahasa Melayu terhadap aplikasi digital dengan menggunakan Model TAM berada pada
tahap tinggi, iaitu 4.25. Kesimpulannya, dapatan kajian membuktikan bahawa pelaksanaan PdP
secara hibrid banyak memberi manfaat kepada pihak institusi pendidikan untuk melaksanakannya
takkala situasi negara tidak mengizinkan PdP bersemuka. Guru-guru Bahasa Melayu sentiasa
bersedia dan mampu melaksanakannya dengan berkesan menggunakan aplikasi DELIMA yang
ditadbir oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Permasalahan dalam pelaksanaan wujud
apabila peranti dan liputan internet yang tidak stabil.
Kata kunci: PdP Hibrid, Guru Bahasa Melayu, Model TAM, PKP

28

PENGUPAYAAN UNSUR KBAT DAN CABARAN PELAKSANAAN
SEMASA PANDEMIK COVID-19

Hairul Faiezi Bin Lokman, PhD
Chin Mei Keong, PhD

Pushpavalli A/P A.Rengasamey, PhD
Hajarul Bahti Binti Zakaria, PhD

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti pengupayaan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) oleh pensyarah (opsyen bidang) dan cabaran melaksanakan KBAT semasa pandemik
Covid-19 melanda negara. Kaedah penyelidikan tinjauan dengan menggunakan soalan terbuka
kepada seramai 51 orang siswa guru semester lapan PISMP ambilan Jun 2017 dari IPG Kampus
Ilmu Khas (IPGKIK), Kuala Lumpur telah diberikan. Pelajar-pelajar ini terdiri dari tiga opsyen
bidang iaitu Pendidikan Khas, Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan
Bahasa Melayu. Data dihuraikan secara naratif bertema. Dapatan kajian menunjukkan pensyarah
(opsyen bidang) telah dapat mengupayakan empat unsur KBAT iaitu mengaplikasi, pemikiran,
penilaian dan penciptaan. Di samping itu, berdasarkan soalan terbuka terdapat tiga cabaran dalam
melaksanakan KBAT semasa pandemik iaitu kemahiran penggunaan teknologi maklumat,
capaian internet dan kesukaran dalam mengaplikasikan unsur KBAT. Kajian ini telah memberikan
gambaran bahawa dalam keadaan apa sekalipun, pengupayaan aspek KBAT tetap boleh
dilaksanakan, walaupun terdapat beberapa cabaran yang wujud sepanjang sesi pengajaran
disampaikan. Ia membuktikan, kesungguhan dan keupayaan dalam melaksanakan sesi pengajaran
memastikan setiap matlamat dan tujuan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Kata kunci: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Unsur KBAT, Cabaran Pensyarah,
Pandemik Covid-19

29

MENINGKATKAN MINAT DAN KEHADIRAN MURID PENDIDIKAN
KHAS DENGAN MENGGUNAKAN GOLDEN DREAM WHEEL

Intan Norzira binti Tormudzi
SMK Air Molek, Melaka

[email protected]

ABSTRAK

Golden Dream Wheel (GDW) ialah sistem ganjaran atau token ekonomi yang digunakan bagi
menggalakkan murid mengikuti kelas Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). GDW
digunakan bagi mengubah tingkahlaku yang tidak diingini serta menarik minat murid mengikuti
kelas sekali gus meningkatkan bilangan kehadiran murid mengikuti kelas PdPR. Murid akan diberi
markah bagi setiap kali menghadiri kelas dan markah juga akan diberikan bagi setiap tugasan yang
dibuat dan jawapan betul bagi kuiz yang diberikan. Markah akan direkodkan dalam GDW untuk
dikumpulkan bagi satu tempoh masa. Markah yang dikumpulkan akan ditukar kepada bahan
maujud yang disukai murid seperti wang ringgit, alat tulis, makanan dan lain-lain yang dipersetujui
oleh murid dan guru. Dengan menggunakan inovasi ini, murid sentiasa memberikan fokus pada
sesi pembelajaran bagi membolehkan mereka mendapat markah yang boleh ditukar dengan
ganjaran. Seramai tujuh orang murid pendidikan khas yang telah terlibat dalam kajian untuk
melihat keberkesanan inovasi ini. Hasil dapatan mendapati hanya 30% orang murid sahaja yang
aktif mengikuti sesi pembelajaran sebelum inovasi ini digunakan. Selepas diperkenalkan inovasi
ini kepada murid, didapati 80% murid terlibat secara aktif dalam sesi pembelajaran. Hasil dapatan
in jelas menunjukkan inovasi yang digunakan dapat menarik minat murid mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran sekali gus meningkatkan peratus kehadiran.

Kata kunci: Golden Dream wheel, Token Ekonomi, Ganjaran

30

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR NOMBOR DALAM KALANGAN
MURID ‘SLOW LEARNER’ TAHUN 4 MENGGUNAKAN KIT RoundaHILLS
Muhammad Amsyar Bin Azman
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
[email protected]
ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi menguji keberkesanan Kit RoundaHILLS untuk meningkatkan
kemahiran membundar nombor dalam kalangan murid slow learner. Subjek kajian yang dipilih
adalah seramai tiga orang murid slow learner tahun 4 di sebuah sekolah rendah yang mempunyai
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Tinjauan awal telah dijalankan melalui ujian
diagnostik, pemerhatian dan temu bual. Dapatan tinjauan mendapati bahawa subjek kajian
tersebut mempunyai masalah untuk membundar nombor tiga digit. Bagi mengatasi masalah ini,
pengkaji memperkenalkan satu inovasi Kit RoundaHILLS kepada subjek kajian untuk menguasai
kemahiran membundar nombor. Pengumpulan data diperoleh melalui ujian, pemerhatian, dan
analisis dokumen. Hasil kajian mendapati subjek kajian menunjukkan peningkatan skor semasa
ujian pasca dijalankan iaitu sebanyak 100%. Dapatan kajian yang diperoleh membuktikan bahawa
Kit RoundaHILLS dapat membantu subjek kajian untuk meningkatkan kemahiran membundar
nombor. Berdasarkan hasil kajian ini, pengkaji berminat untuk mengaplikasikan inovasi ini dalam
proses pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang.
Kata kunci : kemahiran membundar, slow learner, Kit RoundaHILLS

31

PENGGUNAAN KAEDAH 5X+1S DAN 4M+1T MEMBANTU MURID DALAM
MENGENALPASTI DAN MEMAHAMI ISI KANDUNGAN PERJANJIAN

AQABAH PERTAMA DAN KEDUA BAGI MATAPELAJARAN PENDIDIKAN
ISLAM TAHUN 4 DALAM BIDANG SIRAH
Muhammad Fikri Bin Norddin
Sekolah Kebangsaan Sri Labis
[email protected]

ABSTRAK: Pedagogi merujuk kepada pengajaran yang lebih berbentuk kepada pendidikan
formal. Pedagogi merupakan sebuah kajian yang meluas bertumpu kepada proses pengajaran dan
pembelajaran pengurusan bilik darjah dan sebagainya. Justeru memandang kepada situasi masa
kini, pelbagai kaedah pedagogi boleh dijalankan bagi memberikan kefahaman kepada murid
terutamanya dalam bidang Sirah Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Kajian ini bertujuan untuk
membantu murid-murid sekolah rendah khususnya murid Tahun 4 dalam mengenalpasti dan
memahami isi Perjanjian Aqabah Pertama Dan Kedua. Kajian ini dijalankan terhadap 26 orang
murid sekolah rendah melibatkan sebuah kelas di salah sebuah daerah Labis, Johor. Penggunaan
Kaedah 5X+1S dan 4M+1T sangat membantu murid dalam memahami salah satu tajuk Bidang
Sirah merujuk sukatan dalam Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 4. Kajian ini merupakan kajian
berbentuk kualitatif dalam menganalisis data yang diperolehi. Kajian ini diharapkan dapat
membuka minda dan memberi idea kepada semua guru khususnya guru yang mengajar
Pendidikan Islam sebagai satu medium yang bertindak sebagai alternatif untuk memberi
kefahaman dan dapat mengenalpasti tajuk sirah khususnya. Selain itu, pihak Jabatan mahupun
Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri mungkin diharapkan dapat menjadikan kaedah ini
sebagai sebuah pedagogi dalam yang dapat membantu murid-murid khususnya dalam
memahami isi pelajaran dalam bidang Sirah.

Katakunci: Pendidikan Islam Sekolah Rendah, Sirah, Perjanjian Aqabah

32

MENINGKATKAN KEMAHIRAN 2M DAN MOTIVASI BELAJAR
DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN KHAS MENGGUNAKAN

HALAMAN AUDIO-VISUAL INTERAKTIF

Muhammad Sabiq bin Mohd Noor, Nur Hayani binti Yaakub, Mohd Asnorhisham bin Adam,
Nadiahtun Azreen binti Othman, Irni binti Ismail
Pusat Pembelajaran Digital Pasir Gudang, Johor
[email protected]

ABSTRAK
Kemahiran literasi melibatkan dua kemahiran asas dalam penerokaan ilmu iaitu kemahiran
membaca dan menulis (Kemahiran 2M). Kegagalan murid menguasai kemahiran ini berpunca
daripada masalah proses penyahkod (decode) yang melibatkan proses menghubungkan antara
huruf dan suku kata kepada bahasa lisan atau bentuk tulisan khususnya kepada murid tahap satu.
Oleh yang demikian, sebuah halaman e-pembelajaran dibangunkan dengan mengintegrasikan
pembelajaran teradun dengan aplikasi pendidikan dalam pembelajaran kemahiran 2M iaitu
CEKAL WARNA@2. Kumpulan sasaran bagi kajian ini terdiri daripada murid tahap satu
menggunakan kaedah kutipan data ujian sebelum dan selepas dan soal selidik. Dapatan kajian
menunjukkan terdapat peningkatan penguasaan kemahiran 2M murid selepas sesi intervensi
dilaksanakan. Intervensi ini turut memberi impak kepada motivasi murid dimana 83.33%
bersetuju penggunaan halaman ini meningkatkan motivasi dalam mempelajari kemahiran ini.
Kesimpulannya, intervensi ini menyokong hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dalam anjakan kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 disamping
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang interaktif dan interaktiviti bagi mencapai
pembelajaran yang bermakna.
Kata kunci : CEKAL WARNA@2, Kemahiran membaca, Kemahiran menulis, Pembelajaran
Teradun

33

PENGGUNAAN KAEDAH PERMAINAN E-15 TERHADAP
MURID TINGKATAN 2 TUN KUDU BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN

MENGINGAT PERANTI-PERANTI ELEKTRONIK

Noor Adilah Binti Othman
SMK Sungai Rambai, Melaka
[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengingat peranti-peranti elektronik
terutamanya murid-murid kelas 2 Tun Kudu. Seramai 17 orang murid terlibat dalam kajian ini yang
terdiri daripada 8 orang murid perempuan dan 9 orang murid lelaki. Tinjauan awal yang dibuat
menunjukkan kesemua murid tidak berminat untuk mempelajari subtopik Reka bentuk Elektronik
ditambah lagi sukar untuk mengingat peranti-peranti elektronik yang ada. Dalam kajian ini, pengkaji
menggunakan Alat Bahan Bantu Mengajar yang dicipta oleh pengkaji sendiri iaitu Papan Permainan E-
15 (Peranti Elektronik). Papan Permainan E-15 yang dihasilkan adalah berdasarkan inspirasi permainan
dam bagi mata pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi Tingkatan 2. Rasional kajian ini dicipta adalah
untuk membantu proses pembelajaran murid di dalam kelas selain dapat menguji daya fikir dan cara
untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh mereka. Selain itu, kajian ini juga dijalankan
bagi menarik minat murid terhadap sub topik bertajuk Peranti Elektronik seterusnya memberi
pengetahuan tentang sub topik yang diajar. Murid akan mendapat ilmu pengetahuan ketika bermain
dan sekaligus dapat mempelbagaikan teknik pembelajaran semasa berada di dalam kelas. Penciptaan
permainan ini juga dapat mengukuhkan dan memberi keseronokkan kepada murid kerana permainan
ini menggunakan teknologi “QR-CODE” pada setiap soalan yang diajukan. Penciptaan kajian ini juga
menepati Instrumens yang telah ditetapkan iaitu Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
bagi Penguasaan 1 dan 2. Dengan adanya kajian seperti ini, saya yakin murid akan berasa seronok
ketika belajar dan dalam pada masa yang sama mereka telah mendapat input yang baik dan impak yang
positif. Dapatan Ujian Diagnostik menunjukkan peningkatan pencapaian murid 2 Tun Kudu meningkat
sebanyak 100% dari Ujian Diagnostik 1 ke Ujian Diagnostik . Analisis Soal Selidik menunjukkan majoriti
murid amat suka , seronok dan mudah untuk mengingati peranti-peranti elektronik dalam mempelajari
tajuk bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi terutamanya Reka Bentuk Elektronik . Papan
Permainan E-15 boleh digunakan pada masa akan datang supaya dapat menarik minat murid lelaki dan
perempuan terhadap mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi dan seterusnya membolehkan murid
lulus dengan cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan 3 akan datang.
Kata Kunci : Permainan E-15, QR-CODE, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

34

KAJIAN FB (FOKUS BAHAN) SEBAGAI PENILAIAN KAEDAH
PEMBELAJARAN SEJARAH TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR

SVM 2KRG

Nor Abizan Binti Md Zain
Kolej Vokasioanal Balik Pulau

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dibuat untuk membantu pelajar tentang teknik mengingati fakta-fakta yang terdapat
dalam Subjek Sejarah melalui Pembelajaran Berasaskan FB ( Fokus Bahan). Oleh itu, objektif
utama kajian ini ialah meningkatkan keupayaan mengingat fakta Sejarah dalam kalangan pelajar
SVM 1 KRG KVBP menggunakan teknik Pembelajaran Berasaskan FB ( Fokus Bahan). Kaedah
kajian yang digunakan Penyelidikan Tindakan. Penyelidikan Tindakan ini dilakukan secra
berkolaboratif antara penyelidik dan 10 orang pelajar SVM 2 KRG KVBP. Kaedah pengumpulan
data dilakukan melalui pemerhatian, soal selidik, temu bual dan ujian pra dan pos bagi
pengumpulan data untuk mengukur daya ingatan dan kefahaman pelajar terhadap topik
perbincangan sebelum dan selepas menggunakan Teknik Pembelajaran Berasaskan FB ( Fokus
Bahan). Dapatan kajian menunjukkan perkembangan yang meningkat iaitu pelaksanaan latihan
pra dan pos dilakukan. Bagi latihan pra, skor min menunjukkan jumlah sebanyak 0.9% dan skor
min bagi latihan pra pula ialah 51.2%. Hal ini menunjukkan pelajar dapat menjawab soalan latihan
yang diberi kerana dapat mengingati fakta topik sejarah dengan baik melalui Teknik Pembelajaran
Berasaskan FB ( Fokus Bahan). Secara tidak langsung, Teknik ini dapat meningkatkan lagi
kemahiran mengingati fakta sejarah dengan konsistem dan berkesan. Ia merupakan satu alternatif
lain kepada guru untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari Subjek Sejarah. Implikasi kajian
penyelidikan ini antaranya adalah para guru perlu mengubah teknik pembelajaran dan pengajaran
agar menjadi pembelajaran bermakna. Pelajar juga berjaya menjawab dengan baik soalan yang
diberi selepas mengunakan Pembelajaran Berasaskan FB ( Fokus Bahan). ini. Kaedah ini amat
bermanfaat sebagai bahan bantu mengajar guru dan pelajar ke arah meningkatkan prestasi pelajar,
malah boleh diaplikasi ke dalam subjek lain.
Kata Kunci : Teknik Berasaskan Fokus Bahan : Menjana Idea untuk Menjawab Soalan

35


Click to View FlipBook Version