MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID DISKALKULIA DALAM PENGIRAAN
OPERASI TAMBAH DAN TOLAK MENGGUNAKAN KAEDAH SPEEDLINE DOTS-
CULIA
1Nor Azmidy Bin Ismail
2Yoong Soo May
1Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang, Melaka
2Universiti Perguruan Sultan Idris
[email protected]
ABSTRAK
Speedline Dots-Culia merupakan kaedah baru yang sesuai digunakan untuk murid Diskalkulia.
Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan saya dalam pengajaran mengenai kemahiran
mengira operasi tambah dan tolak terhadap murid Diskalkulia.Kajian ini dijalankan dengan
menggunakan rekabentuk kajian tindakan yang melibatkan kumpulan sasaran seramai 5 orang
murid Pendidikan khas di kelas Marikh yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang
Melaka pada tahun 2020.Data yang dikumpulkan dalam kajian ini dengan menggunakan
pemerhatian, temubual, rakaman video, gambar dan ujian yang dianalisis secara
diskriptif.Dapatan kajian mendapati aktiviti yang telah dirancang telah membantu guru serta dapat
menambah baik proses amalan pengajaran dan pembelajaran dari segi aspek merangka,
merancang dan melaksanakan aktiviti PdP berpusatkan murid tanpa menjejaskan elemen isi
kandungan yang perlu dikuasai oleh murid.Malahan kajian ini juga dapat membantu guru
memahami proses pelaksanaan kajian tindakan secara keseluruhannya.
Kata Kunci : Kaedah Speedline Dots-Culia, Operasi Tambah Dan Tolak, Murid Pendidikan Khas Diskalkulia.
36
KEBERKESANAN PORTAL e-PEMBELAJARAN DALAM
MENINGKATKAN MOTIVASI PEMBELAJARAN MURID SEKOLAH
MENENGAH
Radziah Mokhtar,
Aziah Amir
Chun Cheng Chuan, Ph.D
Normala Omar
S’aleh Osman
SMK Seri Bintang Selatan, Kuala lumpur
[email protected]
ABSTRAK
Ketidaksamaan akses terhadap capaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) oleh murid-
murid menuntut agar guru dapat mempelbagaikan kaedah, kreativiti dan inovasi dalam amalan
pengajaran dan pembelajaran supaya lebih kreatif dan dinamik (PPPM, 2013-2025). Oleh itu,
Portal E-Pembelajaran dapat dijadikan satu platform pembelajaran digital supaya murid-murid
dapat akses kepada pendidikan dengan mudah tanpa mengira lokasi dan masa. Berdasarkan
anjakan ke-tujuh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menyatakan bahawa para
guru perlu meningkatkan kualiti pengajaran dan pemudahcaraan dengan memanfaatkan TMK.
Walau pun e-pembelajaran merupakan salah satu pilihan kaedah pembelajaran terbaik oleh para
guru, namun untuk memastikan murid-murid terus bermotivasi dalam pembelajaran masih
merupakan cabaran yang utama. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap
motivasi pembelajaran murid-murid semasa mengakses Portal e-Pembelajaran yang telah
dibangunkan oleh pihak sekolah. Seramai 152 orang murid telah menjawab soal selidik
menggunakan Google Form. Data kajian telah dianalisis menggunakan perisian Statistical
Package for Social Science (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan item saya dapat menggunakan
Portal e-Pembelajaran dengan baik berada pada tahap tinggi dengan min 3.93 (SP=0.757), diikuti dengan
item saya dapat memperolehi bahan pengajaran jika menggunakan Portal e-Pembelajaran (Min=3.84, SP=
0.767), saya mempunyai pengetahuan dan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
(Min=3.81, SP=0.822), Portal e-Pembelajaran meningkatkan pemahaman saya (Min=3.68, SP=0.796) dan
Portal e-Pembelajaran meningkatkan kesediaan saya untuk menghadiri kelas (Min=3.61, SP=0.869).
Murid-murid bermotivasi apabila mengakses Portal e-Pembelajaran. Portal ini diharap dapat
menjadi pemangkin kepada sumber rujukan bahan pengajaran dan seterusnya meningkatkan
motivasi pembelajaran dalam kalangan murid-murid.
Kata kunci: Portal e-Pembelajaran, Motivasi, Pembelajaran, Inovasi
37
PRINSIP PEMBELAJARAN UNIVERSAL DI DALAM PENGAJARAN DALAM
TALIAN BAGI MURID BERKEPERLUAN KHAS
Rohaya Binti Mohd Hatta
SMPK Vokasional Indahpura
[email protected]
ABSTRAK
Rekabentuk pembelajaran universal merupakan satu kerangka yang menyokong guru menentukan
kepelbagaian pengajaran di dalam bilik darjah. Data dikumpul daripada 5 orang murid berkeperluan khas
terdiri daripada seorang murid kurang upaya pembelajaran dan 4 murid kurang upaya pendengaran
menggunakan temubual berstruktur untuk mengetahui tahap penglibatan murid berkeperluan khas
terhadap pengajaran atas talian. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti bukti penggunaan prinsip
pembelajaran universal di dalam pengajaran menggunakan medium google sites. Kajian menunjukkan
daripada satu prinsip pembelajaran universal iaitu penglibatan murid berkeperluan khas, menggunakan
tiga garis panduan dan sepuluh peraturan dapat dibuktikan penggunaannya.
Kata kunci: Pembelajaran universal, pengajaran atas talian, murid berkeperluan khas.
38
E-PARAGRAPHIC JIGSAW PUZZLE
Salbi Binti Abu Bakar
SMK Tunku Abdul Rahman, Kuching
[email protected]
ABSTRACT
This innovation is a based on the creation Paragraphic Jigsaw Puzzle. Due to Covid 19
pandemic, it will be a bit challenging to conduct a group activity as social distancing is
concerned. To ensure there is still fun learning in teaching paragraphing writing, e-paragraphic
Jigsaw puzzle is created. Hopefully by having this innovation, it will attract learners
particularly those who are under low proficiency group to understand better the concept of
writing sentences in a paragraph. E-Paragraphic Jigsaw Puzzle can help to assist learners to
master the skills of paragraphing writing and at the same it can build up their confidence.
Developing learners’ motivation to learn writing is vital as it also helps to boost up their
interest. Hence, there is no limitation in assessing the puzzles and learners can access them at
their own pace. Learners can also come up with their own e-Paragraphic Jigsaw Puzzle and
share their puzzles with their peers.
39
MURID MEMBINA AYAT MUDAH MELALUI PEMBELAJARAN
GRAMMAR DALAM BAHASA INGGERIS
Siti Rohaizalina Binti Mohd Jalaluddin
Sekolah Kebangsaan Bukit Wan, Terengganu.
[email protected]
ABSTRAK
Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan di seluruh dunia dan bahasa kedua di kebanyakan
negara. Kesedaran terhadap pentingnya penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid, maka
kajian tindakan ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi penguasaan asas grammar. Kebanyakan
murid kurang jelas terhadap penulisan ayat mudah bahasa Inggeris dengan betul. Wheel of Colours
diperkenalkan dalam asas grammar Verb to Be dan secara tidak langsung melibatkan penggunaan
Adjectives berdasarkan Sukatan Pelajaran Tahun 5. Wheel of Colours membantu murid menyelesaikan
masalah asas grammar dengan menggunakan teknik pusingan roda. Wheel of Colours dibahagikan
kepada dua iaitu Verb to Be (singular) dan Verb to Be (plural). Kajian ini melibatkan sebanyak 18
orang murid dari SK Bukit Wan, Kuala Nerus, Terengganu. Kajian ini menggunakan kaedah
kuantitatif dan data tersebut diperoleh daripada markah murid berdasarkan kepada ujian pra dan pasca.
Hasil dari analisis tinjauan awal menunjukkan hanya 4 orang (22%) memahami pembinaan ayat mudah
dengan cepat manakala 14 orang (78%) kurang memahami pembinaan ayat mudah dengan cepat.
Selepas diperkenalkan Wheel of Colours, dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan
pencapaian murid 16 orang (89%) dapat memahami pembinaan ayat mudah dengan cepat dan 2 orang
(11%) kurang memahami pembinaan ayat mudah. Secara keseluruhan, murid dapat menguasai
pembelajaran grammar dengan lebih baik selepas penggunaan Wheel of Colours. Wheel of Colours
berpotensi dalam menarik minat pelajar selain meningkatkan pencapaian dalam bahasa Inggeris.
Kata kunci : wheel of colours, verb to be, grammar, pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
40
INNOVATION OF EGG RATE AS A METHOD OF TEACHING
INOVASI PENGUKUR TELUR SEBAGAI SATU KAEDAH MENGAJAR
Suriani Salleh
Sekolah Kebangsaan Buloh Kasap Segamat Johor
[email protected]
ABSTRACT
Masalah yang dihadapi oleh pengguna perlu diambil perhatian oleh pereka agar dapat mereka
sesuatu produk yang lebih baharu dan sesuai ataupun menjadikan ia lebih sesuai untuk
diguna.Bagi penghasilan Egg RATE , masalah yang dikenalpasti merupakan salah satu masalah
di Sekolah Kebangsaan Buloh Kasap.Egg RATE dihasilkan kerana kesukaran untuk
mengenalpasti telur yang baik atau buruk. Baru baru ini , negara dikejutkan dengan kes keracunan
makanan seperti puding buih di Terengganu yang terjadi akibat telur yang telah luput tarikh.Oleh
itu, pembinaan egg RATE dilihat dapat menyelesaikan masalah keracunan makanan disamping
mencerminkan perkembangan serta kemajuan sekolah, dalam melahirkan modal insan dan
seterusnya membuktikan sekolah sebagai satu institusi pendidikan yang berwibawa. Di samping
itu, egg RATE ini juga menjadi medium untuk mengeratkan hubungan antara sekolah dengan
masyarakat setempat.
41
FLIP CLASSROOM INTEGRATION IN ENGLISH LANGUAGE
COURSES AT SABAH’S TERTIARY INSTITUTIONS,
MALAYSIA
Tracy Joann Stanlee
Universiti Malaysia Sabah
[email protected]
ABSTRAK
The need to incorporate technology becomes even greater as technology advances in the 21st Century;
added with the Covid-19 pandemic situation which coerced education to be administered virtually.
Eventually, traditional teaching approaches requires transformation with modern teaching tactics that
include technology integration as a plethora of alternatives at all courses, including English Language
Courses. Previous studies suggested that Flip Classroom approach may assists both students and educators
in their 21st Century teaching and learning during Covid- 19 Pandemic era. Hence, this paper will enlighten
the benefits of incorporating Flip Classroom strategies in English Language Courses among educators and
students, as well as the challenges faced when Flip Classroom strategy being incorporated at Sabah’s
tertiary institutions, Malaysia. This paper will be organised through diverse of vicarious data in the form
of previous studies performed by vicarious researchers in English as Second Language (ESL). The findings
found that there are numerous advantages of implementing this 21st Century teaching approach in the
language courses, yet challenges do occur when such modern teaching tactics are to integrate in the long
run. Furthermore, this paper would assist both educators and learners improving their self-efficacy to fully
implement Flip Classroom that leads to students’ learning achievement, at the same time enhancing
educators’ teaching quality in the 21st Century.
Keywords: 21st Century Education, Covid-19, ESL, Flip Classroom, Tertiary Institutions
42
AKTIVITI PENDIDIKAN ISLAM DALAM PEMBINAAN AKHLAK
SISWA GURU DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU
KHAS, KUALA LUMPUR : CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Zahiah binti Haris @ Harith,PhD
Jainudin bin Ngah
Mustapha Kamal bin Ahmad Kassim, PhD
IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji cadangan penambahbaikan terhadap aktiviti Pendidikan
Islam dalam pembinaan akhlak siswa guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala
Lumpur (IPGKIK). Kajian ini penting kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) kerana dapat
memberikan maklumat yang bermanfaat untuk memastikan aktiviti Pendidikan Islam yang
dijalankan dapat ditambah baik dalam pembinaan akhlak siswa guru di Institut Pendidikan Guru
Kampus (IPGK). Kajian ini melibatkan temu bual seramai sembilan orang siswa guru PISMP,
IPGKIK yang terdiri daripada empat orang lelaki dan lima orang perempuan. Mereka merupakan
siswa guru PISMP semester tiga ambilan Jun 2019 dan semester lima ambilan Jun 2020. Reka
bentuk kajian ini adalah kualitatif. Data temu bual dianalisis berdasarkan tema-tema yang
diperolehi. Kajian ini memberi fokus kepada cadangan penambahbaikan terhadap aktiviti
Pendidikan Islam berdasarkan pandangan siswa guru dalam pembinaan akhlak siswa guru di
IPGKIK. Dapatan kajian ini mendapati terdapat beberapa cadangan penambahbaikan antaranya
ialah kolaborasi dengan pelbagai pihak, membuat hebahan maklumat aktiviti, menjemput
penceramah yang terkenal dan menyediakan kotak cadangan untuk mendapatkan cadangan dari
siswa guru dari semasa ke semasa. Aktiviti Pendidikan Islam yang dilaksanakan dengan baik dapat
membantu dalam pembinaan akhlak siswa guru di Institut Pendidikan Guru Kampus seluruh
Malaysia.
Kata kunci: aktiviti Pendidikan Islam, cadangan penambahbaikan, dan pembinaan akhlak
siswa guru.
43
KEMAHIRAN INTERPERSONAL: TINJAUAN TERHADAP SISWA GURU INSTITUT
PENDIDIKAN GURU
1Kalaivarman Subramaniam
2Uthayakumaran Karuppiah
1SK Kampung Lindungan, Selangor
2Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
[email protected]
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kemahiran komunikasi interpersonal siswa guru dalam
pembelajaran, yang merangkumi kemahiran seperti komunikasi lisan, komunikasi bukan lisan,
kemahiran berucap dan kemahiran maklum balas dalam kalangan siswa guru, di Institut
Pendidikan Guru. Kajian ini melibatkan 101 responden yang terdiri daripada siswa guru Institut
Pendidikan Guru. Kajian ini mengunakan pendekatan kuantitatif dengan instrumen soal selidik
berskala lima mata yang mengandungi tiga konstrak dan 29 item. Data yang diperolehi telah
dianalisis mengunakan perisisan Excel dan SPSS versi 22.0. Hasil analisis mendapati konstrak
Komunikasi lisan mencatatkan bacaan nilai min 3.92 manakala konstrak kemahiran komunikasi
bukan lisan mencatatkan bacaan nilai min 3.99, kontstrak kemahiran berucap pula mencatatkan
bacaan nilai min 3.99 dan konstrak maklum balas mencatatkan bacaan nilai min sebanyak 3.91.
Secara keseluruhannya, tahap kemahiran komunikasi interpersonal siswa guru ambilan Jun 2016
berada pada tahap sederhana tinggi. Pada kajian akan datang, dicadangkan supaya penkaji
menggunakan sampel yang lebih besar supaya gambaran yang lebih menyeluruh dapat diperolehi
berhubung dengan komunikasi interpersonal dalam kalangan semua siswa guru Institut
Pendidikan Guru.
Kata kunci : Kemahiran Interpersonal, Komunikasi Lisan, Komunikasi Bukan Lisan
44
PENGAPLIKASIAN BOOKLET DALAM MENINGKATKAN PENGLIBATAN MURID
BERMASALAH PEMBELAJARAN
Koh Chun Jing
SJK (C) Tah Tong, Johor
[email protected]
ABSTRAK
Booklet merupakan satu aplikasi Permainan Digital yang telah menggabungkan Pendidikan
dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Pengaplikasian Booklet adalah untuk
menggalakkan penglibatan murid bermasalah pembelajaran secara aktif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dalam talian. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaplikasian
Booklet dalam meningkatkan penglibatan murid bermasalah pembelajaran. Kajian ini
menggunakan reka bentuk inkuiri naratif. Seramai 3 orang murid bermasalah pembelajaran yang
terdapat dalam kelas aliran perdana dipilih secara peserta kajian. Data kajian ini dikumpul
menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis bukti dokumen. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa pengaplikasian Booklet dapat meningkatkan penglibatan murid bermasalah
pembelajaran dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Implikasinya,
pengaplikasian Booklet merupakan kaedah yang efektif dalam meningkatkan penglibatan murid
bermasalah pembelajaran seharusnya dilaksanakan secara lebih meluas semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dalam talian dijalankan. Hal ini penting untuk membantu murid bermasalah
pembelajaran dapat menguasai objektif pembelajaran bersama-sama murid aliran perdana semasa
mengikuti proses pembelajaran dalam talian.
Kata Kunci: Booklet, penglibatan, murid bermasalah pembelajaran
45
HUBUNGAN KOMPETENSI GURU DENGAN PRESTASI
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
Norfarahin Mohd Zamri
Mohd Isa Hamzah
Shahlan Surat
Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected]
ABSTRAK
Perubahan kurikulum merupakan usaha meningkatkan kualiti program pembelajaran bagi
meningkatkan keberhasilan murid bersaing di peringkat global. Konteks kajian berfokus kepada
perubahan pentaksiran dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Tahap 1 sekolah rendah
berdasarkan pemansuhan peperiksaan pada tahun 2019 kepada tinjauan Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD) kurikulum Pendidikan Islam KSSR (Semakan 2017). Tujuan kajian adalah mengenal pasti
tahap kompetensi guru Pendidikan Islam dalam melaksanakan PBD, mengenal pasti tahap prestasi
PBD kurikulum Pendidikan Islam dan menguji hubungan antara kompetensi guru dengan prestasi
PBD kurikulum Pendidikan Islam. Kajian melibatkan 350 orang guru Pendidikan Islam yang
mengajar murid Tahap 1 di Negeri Selangor dengan menggunakan borang soal selidik sebagai
instrumen kajian dan data dianalisis menggunakan SPSS versi 21.0. Hasil kajian menunjukkan
tahap kompetensi guru dan tahap prestasi PBD adalah pada tahap yang tinggi. Berdasarkan
analisis korelasi, terdapat hubungan yang signifikan antara kompetensi guru dengan prestasi PBD
kurikulum Pendidikan Islam. Kajian ini mengukuhkan peranan guru mempunyai kompetensi yang
tinggi bagi melaksanakan PBD yang berkesan ke arah keberhasilan murid selaras dengan sasaran
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
Kata kunci: perubahan kurikulum, pentaksiran bilik darjah, kompetensi guru, prestasi, pendidikan
islam
46
KNOWLEDGE TOWARDS COVID-19 VACCINATION PROGRAMME: A
CROSS-SECTIONAL PRE-SERVICE TEACHERS’ SURVEY
Ramesh Rao a/l Ramanaidu, PhD
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
[email protected]
ABSTRACT
The success of COVID19 Vaccination Programmes depends on the public’s trust in the vaccines
and knowledge on the virus itself. Though some believe, laws and enforcement are vital in
combating the virus, awareness on the programme and efforts taken by the government are more
effective. However raising awareness among the school going children could prove to be a
challenging task. Teachers play a crucial role in disseminating information. On the other hand,
teachers face multiple hurdles in infusing awareness while teaching. Plutzer and Warner (2021)
pointed out that the teachers who discussed about vaccines are rare; and those who do, only
emphasizes the scientific consensus surrounding the vaccines. This study intends to explore
teacher’s knowledge about the COVID19 vaccination programme. 107 pre-service teachers took
part in this study by responding to a questionnaire. A survey with 10 items related to the
vaccination programme was administered. Using ANOVA to analyze the data, pre-service
teachers who had taken science related subjects during their schooling days had better grasp of
the vaccination programme. To bridge the gap in knowledge among the pre-service teachers,
topics related to the COVID 19 pandemic must be included in the teacher education programmes.
For this, teacher educators must be given the free hand to formulate strategies to bridge the gap.
Keywords: COVID19, Vaccination Programme, pre-service teachers, knowledge
47
PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBP) : “My
Roller-Coaster” DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSAINS
Sudina @ Sulina bte Sonte
Sabariah bte Sharif
Universiti Malaysia Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) ialah proses pembelajaran yang berlaku melalui tugasan
denganmatlamat akhirnya murid menghasilkan sesuatu projek. Melalui PBP diharapkan murid
akan memahami matlamat pembelajaran mereka dengan cara merancang dan menghasilkan
sesuatu produk. Berdasarkanrefleksi pengajaran dan pembelajaran yang diperolehi, pengkaji
rasa terpanggil untuk membaiki keadaan ini dengan melaksanakan Kajian Tindakan
menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskanprojek (PBP) : “My Roller-Coaster” bagi
mengajar sub topik Prinsip Keabadian Tenaga dalam Sains KSSM (Kurikulum Standard
Sekolah Menengah) Tingkatan 3 . Objektif kajian ini adalah untuk membantu meningkatkan
tahap pencapaian dan kefahaman murid bagi meningkatkan kemahiranmenjawab soalan-soalan
bab Tenaga dan Kuasa khususnya sub topik Prinsip Keabadian Tenaga dan juga membantu
meningkatkan keyakinan murid serta membantu meningkatkan skor min persepsi muridterhadap
mata pelajaran sains. Sebagai langkah alternatif bagi melaksanakan penilaian kajian ini,
pengkaji telah melaksanakan kajian tindakan menggunakan Model Kemmis & Mc Taggart
sebanyak satu gelungan dengan menggunakan intervensi pelaksanaan pendekatan PBP : “My
Roller-Coaster”. Seramai 10 orang murid Tingkatan 3 dari kumpulan B melaksanakan kajian
ini selama tiga minggu. Data kajian dikutip melalui analisis dokumen data ujian formatif, ujian
1 dan ujian 2, temu bual, pemerhatian serta soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan; (i)
didapati kesan pendekatan PBP terhadap tahap pencapaian dan kefahaman murid adalah positif,
iaitu terdapat peningkatan pencapaian dengan beza min 8.3% lebih tinggi dalam ujian 2
berbanding ujian 1 (ii) wujud peningkatan dari aspekkeyakinan murid untuk menjawab soalan
melalui analisis pemerhatian yang dilakukan (iii) melalui analisis soal selidik min purata
peratus sebanyak 79% murid memberikan persepsi positif terhadap keberkesanan penggunaan
Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) : “My Roller-Coaster” terhadap Prinsip
Keabadian Tenaga dalam bab Tenaga dan Kuasa dalam mata pelajaran Sains KSSM Tingkatan
3.
Kata Kunci: Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek, Kurikulum Standard Sekolah
Menengah, Prinsip Keabadian Tenaga
48
ART ATTACK: ENHANCING HIGH ORDER THINKING
CULTURE THROUGH VISUAL LITERACY
1Rajendra, T.R.
2Rajendra, T. D.
1Institute of Teacher Education Malay Language Campus
2SMK Bandar Baru Sungai Buloh
[email protected]
ABSTRACT
This study draws upon the writers’ own practices of using various art forms in the
English language classroom to develop student voices and enhance higher order
thinking culture among students from various backgrounds. The objective of this
was to investigate the effects of art as a supplementary material in supporting the
needs of students in writing poetry. The focus of this qualitative study is to look
into how the adoption of the arts specifically images of paintings in an inclusive
English language classroom encourages critical and conceptual thinking besides
building confidence and creativity. Data was collected through students’ poetry
writings, interviews and observations. The variables studied were the utilization of
images as an approach and their impact on students’ proficiency, skills and
attitudes. The results indicate that images used as stimuli promote meaningful
lessons and encourage multiple intelligences in students. They also motivate and
support language acquisition besides developing technical and problem-solving
skills. Through the arts, students are also able to explore their own identity with
greater confidence based on their experiences and interpretations. Adopted as
supplementary activities, this study recommends the usage of different art forms
in the English language classroom as they offer creative exploration, hands-on
learning and authentic experiences. Additionally, the use of various art forms is also
multidisciplinary, thus reaching a wider population with multiple benefits.
Through quality instruction, intervention and support, students are able to perform
well in a less restricted environmnet.
Key words: Art, language acquisition, cognitive development, creative
exploration, visual
literacy
49
PENGETAHUAN GURU SEKOLAH AGAMA BANTUAN
KERAJAAN TERHADAP KURIKULUM BERSEPADU DINI
Firdaus Abdul Fatah
Zainal Rashid Kamaruddin
Khadijah Abdul Razak
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, KPM
[email protected]
ABSTRAK
Guru merupakan agen pelaksana terhadap kurikulum yang telah dibina. Kurikulum
Bersepadu Dini pula adalah kurikulum yang mula dilaksanakan di sekolah
Agama Bantuan Kerajaan pada tahun 2015. Kajian ini berbentuk kualitatif yang
bertujuan bertujuan memerihalkan bagaimana guru sekolah Agama Bantuan
Kerajaan yang mengajar mata pelajaran Shariah memahami Kurikulum Bersepadu
Dini yang digunakan untuk mengajar mata pelajaran yang diajar. Data di kumpul
melalui kaedah temubual, pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran serta
analisis dokumen kurikulum yang berkaitan. Dapatan kajian ini mendapati guru
memahami secara menyeluruh tentang kehendak dan tujuan kurikulum ini.
Kefahaman yang menyeluruh ini menggambarkan bahawa guru di Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan telah benar-benar memahami kehendak kurikulum sebagaimana
yang dihasratkan oleh Kementeruan Pelajaran Malaysia. Kajian ini telah
mengukuhkan elemen pengetahuan kandungi guru dalam aspek pengetahuan
terhadap kurikulum. Selain itu, dapatan kajian ini diharapkan menjadi panduan
kepada guru SABK yang mengajar mata pelajaran Dini di SABK agar
memantapkan kefahamann terhadap kurikulum sebagaimana yang dihasratkan
demi memartabatkan kompetensi guru yang mengajar sekolah aliran agama.
Kata kunci: Kurikulum Bersepadu Dini, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan,
Pengetahuan kurikulum
50
CABARAN GURU DALAM PENDIDIKAN INKLUSIF
DI ERA REVOLUSI INDUSTRI 4.0
1Rosnah@Nining Sidek,PhD
2Bustam Daman²
¹Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
²Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
[email protected]¹
[email protected]²
ABSTRAK
Pendidikan Inklusif (PI) di Malaysia telah diperkenalkan dalam Peraturan-
peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas)1996 sebagai sebahagian daripada
perkhidmatan untuk kanak-kanak berkeperluan khas (KBK). Matlamat Program
Pendidikan Inklusif (PPI) untuk meningkatkan penyertaan dan penglibatan bagi
memberi peluang kepada murid berkeperluan khas (MBK) mengikuti program
akademik dan bukan akademik bersama-sama murid normal dalam arus perdana di
sekolah harian. MBK akan belajar bersama-sama murid lain dalam kelas yang
sama. Melalui percampuran ini memberi peluang kepada MBK untuk
menyesuaikan diri dengan masyarakat dalam semua aspek dari peringkat awal lagi
supaya mereka berkeyakinan dan mampu berdikari. Pandemik Covid-19 telah
mengubah sistem Pendidikan kepada norma baharu iaitu perlaksanaan PdPR.
Rentetan ini menjadi isu dan cabaran besar kepada guru-guru yang terlibat secara
langsung dengan MBK. Kajian ini mengenalpasti isu-isu, cabaran dan melihat
sejauhmana keberkesanan perlaksanaan PdPR semasa Pandemik kepada MBK.
Kajian ini dilaksanakan melalui pemerhatian, temubual dan analisis dokumen.
Responden kajian adalah guru-guru yang terlibat dengan kursus PPI di sekolah
rendah. Data-data dianalisis secara kualitatif. Dapatan Kajian menunjukkan
keperluan latihan dan bimbingan guru secara terarah dalam peningkatan kualiti
guru-guru PI yang dilatih dari segi tahap keyakinan diri untuk melaksanakan PPI
di sekolah.
Kata kunci: Pandemik Covid-19, MBK, PPI dan PdPR
51
RI-KeM : SATU LANGKAH EFEKTIF MENGAWAL INTEGRASI
EMOSI POSITIF DALAM NORMA BAHARU
Muhammad Safuan
Bin Ibrahim Sekolah
Kebangsaan Nong
Chik
safuanibrahim93@g
mail.com
ABSTRAK
Pandemik Covid-19 yang telah melanda negara Malaysia telah mengakibatkan
pelbagai kesan yang negatif terutamanya dari segi pengurusan emosi dan mental.
Hal ini mengakibatkan emosi seseorang individu mudah terganggu. Oleh itu,
pengkaji mendapati ramai murid terkesan dengan pandemik yang melanda ini
dan wujud beberapa emosi negatif seperti stress, sedih, kecewa, malu dan bosan.
Berdasarkan Saringan Minda Sihat menunjukkan ramai murid mengalami
gangguan emosi negatif ini. Hal ini yang demikian, objektif kajian ini
dilaksanakan adalah untuk membantu murid menguruskan emosi negatif semasa
pandemik dalam norma baharu dan menyenaraikan cara pengurusan emosi
negatif norma baharu dengan betul. Sebagai Langkah alternatif bagi
melaksanakan penilaian kajian tindakan ini, pengkaji telah melaksanakan kajian
tindakan menggunakan Model Kemmis dan McTaggart sebanyak satu kitaran
dengan menggunakan intervensi Kit Aktiviti RI-KeM. Seramai tiga orang murid
tahun 6 melaksanakan kajian ini selama tiga minggu. Data dipungut dengan
menggunakan analisis dokumen, jurnal refleksi dan temu bual. Dapatan kajian
menunjukkan pelaksanaan tindakan ini dapat menguruskan emosi negatif mereka
dengan baik dengan menyatakan tindakan yang positif bagi mengatasi emosi
yang dihadapi.
Kata Kunci : Emosi, Norma Baharu, Saringan Minda Sihat
52
HA4WA DOUZO SENI MEMPERKENAL DIRI BAHASA
JEPUN
1Nor Sahayu Binti Hamzah
2Ooi Guan Lee
1Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam.
2Sekolah Menengah Sains Kepala Batas
[email protected]
[email protected]
ABSTRAK
Teknik Hashiwa Douzo ini menjurus kepada pengajaran Bahasa Jepun Tingkatan 1
di bawah tajuk Watashi Wa Amin Desu dan Watashi No Kazoku Desu. Dalam bab
ini respondan akan mempelajari cara memperkenalkan diri dan keluarga. Oleh yang
demikian objektif kajian merujuk kepada pembinaan ayat mudah membentuk
karangan pendek memperkenalkan diri atau jikousohokai. Berdasarkan 3 isu yang
timbul dalam pengajaran guru bersama respondan, guru telah merancang satu
teknik pengajaran untuk membantu respondan menangai permasalahan yang
berlaku. Kajian ini dilaksanakan menggunakan Model Kemmis & Mc Taggart
(1988) yang mana setiap fasa melalui satu gelungan intervensi Hashiwa Douzo.
Seramai 5 orang responden terdiri dari respondan SMK Seksyen 9 terlibat dalam
kajian tindakan selama tiga bulan. Data dikumpul dengan menggunakan kaedah
pemerhatian dan analisis dokumen. Berdasarkan dapatan kajian menunjukkan
intervensi Hashiwa Douzo berjaya membantu 5 orang respondan mengingat,
menulis dan memuatnaik video memperkenalkan diri atau jikoshokai mengikut
turutan yang betul.
Kata kunci: Bahasa Jepun, Jikoushokai, Kajian Tindakan
53
5 JEMARI BINA AYAT BAHASA JEPUN
1Ooi Guan Lee
2Nor Sahayu Binti Hamzah
1Sekolah Menengah Sains Kepala Batas
1Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam.
[email protected]
[email protected]
ABSTRAK
Pengajaran mata pelajaran Bahasa Jepun merupakan satu mata pelajaran elektif yang
ditawarkan di sekolah menengah serta ditaksir dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Bahasa
Antarabanga (UPBA). Peperiksaan UPBA bakal dilaksanakan berdasarkan format baharu mulai
tahun 2021. Berdasarkan refeksi yang dilakukan oleh pengkaji, terdapat tiga isu utama yang
dikenal pasti iaitu kesukaran guru dapat memahami format baharu instrument peperiksaan
UPBA yang bakal dilaksanakan, kemahiran menulis banyak diuji dalam peperiksaan UPBA
serta kekurangan bahan rujukan yang sesuai bagi membuat persediaan menghadapi UPBA. Hal
yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk mengadakan pemahaman format baharu
instrument peperiksaan UPBA dalam kalangan guru Bahasa Jepun negeri Pulau Pinang dan
menghasilkan satu modul yang komprehensif bagi persediaan menghadapi peperiksaan UPBA
serta menghasilkan satu intervensi bagi meningkatkan kemahiran menulis dalam aspek
pembinaan ayat. Pengkaji telah melaksanakan kajian tindakan satu gelungan dengan
menggunakan Model Kemmis & Mc Taggart (1988) menerusi intervensi Teknik Aplikasi 5
Jemari. Seramai 19 orang responden terdiri daripada 14 orang murid lelaki dan 5 orang murid
perempuan Tingkatan 5 Sekolah Menengah Sains Kepala Batas, Pulau Pinang terlibat dalam
kajian yang diselesaikan dalam tempoh tiga bulan. Data dipungut dengan menggunakan kaedah
analisis dokumen dan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan intervensi Teknik aplikasi 5
Jemari ini telah dapat membantu murid-murid Bahasa Jepun Tingkatan 5 membina ayat dengan
struktur ayat yang betul dan tepat.
Kata kunci: Bahasa Jepun, Kemahiran membina ayat, Format baharu peperiksaan UPBA
54
GRAMCa & GRAMMa KiT FOR ESSAY WRITING
Aishah Binti Haji Othman
Sekolah Menengah Kebangsaan Keladi, Kulim, Kedah Darulaman
[email protected]
ABSTRACT
Writing and grammar have always been one of the difficult components in teaching and
learning English as second language (L2). Teachers constantly facing various
challenges in assisting learners to write proper and interesting essays. The objective of
this action research is to help students to write better essays with accurate grammar.In
order to aid students in writing effective and precise essays especially argumentative
essay. The researcher introduce the alternative teaching and learning aid namely
Grammar Calendar and Grammar Matrix. The researcher use the adoption of Kemmis
& Mc Taggart (1988) one cycle action research by using the intervention of Grammar
Calendar and Grammar Matrix in writing argumentative essay. Error analysis has been
carried out among 57 students of Semester One Form Six Students Cohort 2020/2021
and 5 students are selected for the usage of the teaching aid intervention. Data collection
is based on document analysis, unstructured interview and observation. Findings show
that students have some improvement in writing better and accurate essays. They also
give positive feedback on the usage of the Grammar Calendar and Grammar Matrix.
Keywords : Writing, Grammar, Action research
55
MENGINTEGRASI CARTA ALIR DALAM PERMAINAN BUKA
TUTUP DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PVMA
PENYEDIAAN DAN PEMBUATAN MAKANAN
Norzaharah bt Ab Hamid
Zulkiffle b Mohammad
Mimi Norashikin bt Md Jaini
Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor, Seremban, NS
[email protected]
ABSTRAK
Mata pelajaran Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) Penyediaan dan
Pembuatan Makanan merupakan subjek yang ditawarkan kepada murid tingkatan
empat dan lima aliran kemahiran di sekolah menengah harian. Berdasarkan refleksi
yang dilakukan oleh pengkaji ketika mengajar tajuk Dessert Production, terdapat tiga
isu utama iaitu murid tidak dapat membezakan antara dessert (pencuci mulut) dan
appetizer (pembuka selera). Selain itu murid tidak dapat membezakan antara dessert
tempatan dan dessert antarabangsa. Murid juga sukar membezakan ciri-ciri hot dan cold
dessert. Hal ini yang demikian, objektif kajian ini dilaksanakan supaya murid dapat
menguasai bidang Dessert Production Penyediaan dan Pembuatan Makanan (Sijil
Kemahiran Malaysia) dan guru dapat menambah baik proses pengajaran dan
pembelajaran bagi subjek PVMA Penyediaan dan Pembuatan Makanan. Dalam kajian
tindakan ini, pengkaji telah menggunakan model kajian tindakan yang diasaskan oleh
Kemmis dan McTaggart (1988) sebanyak satu kitaran menggunakan intervensi
mengintegrasi carta alir dalam permainan Buka Tutup. Seramai lima orang murid
tingkatan 5 PVMA melaksanakan kajian ini selama sebulan. Data dipungut dengan
menggunakan pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Dapatan kajian
menunjukkan murid telah dapat membezakan antara dessert dan appetizer. Selain itu
murid telah dapat membezakan antara dessert tempatan dan dessert antarabangsa, serta
membezakan ciri-ciri hot dan cold dessert.
Kata kunci : PVMA Penyediaan dan Pembuatan Makanan, dessert (pencuci mulut) dan
appetizer (pembuka selera), Kajian Tindakan
56
TEKNIK JOMrelease MEMBANTU MENYELESAIKAN DILEMA
MORAL
Norjilawati Binti Haji Mohd Amin
Hairul Faeizi Bin Lokman, PhD.
Sekolah Menengah Kebangsaan Setia Alam
[email protected]
ABSTRAK
Dilema moral terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran sering ditanya dalam soalan
yang menyediakan pelbagai maklumat untuk menjana pemikiran murid. Dilema moral
memberikan fokus pada situasi yang menimbulkan dilema kepada seseorang untuk
membuat pilihan yang patut dan wajar dalam menyelesaikan masalah. Pengkaji
merupakan guru mata pelajaran Pendidikan Moral, sangat terkesan semasa mengajar
mata pelajaran pengkaji mendapati beberapa permasalahan dalam penguasaan murid
Tingkatan 5 dalam membuat pilihan berdasarkan dilema moral. Murid menghadapi
masalah menjana pemikiran dalam membuat penyelesaian dilema moral melalui
pembelajaran berasaskan masalah. Hal ini yang demikian, objektif kajian ini
dilaksanakan untuk membantu murid mengenalpasti pilihan tindakan yang patut dan
wajar dengan membuat justifikasi dalam menyelesaikan masalah dilema moral.
Pengkaji telah mengambil langkah alternatif dengan melaksanakan kajian tindakan
menggunakan carta alir dilema moral sebanyak satu kitaran dengan menggunakan
Teknik JOMrelease. Seramai sepuluh orang murid Tingkatan 5 melaksanakan kajian
ini empat minggu. Data dipungut dengan menggunakan analisis dokumen dan
pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan tindakan ini telah dapat
membantu murid mengenalpasti pilihan tindakan yang patut dan wajar dan dapat
membuat justifikasi berdasarkan pilihan tindakan dalam dilema moral. Hasil daripada
kajian tindakan yang dijalankan, terdapat perubahan yang positif daripada segi amalan
pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid. Intervensi ini dapat dimanfaatkan dan
menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran lebih menarik, berkesan dan
menyeronokkan
Kata kunci : Dilema moral, Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL), Kajian
Tindakan.
57
SERONOKNYA MENYANYI LAGU NILAI UNIVERSAL
DALAM PENDIDIKAN MORAL
Rafidah Binti Mohd Ghazali
Shafirah Binti Yusof
SMK Rapat Setia
[email protected]
ABSTRAK
Penerapan 18 nilai universal yang diperkenalkan dalam mata pelajaran Pendidikan
Moral KSSM adalah bertujuan untuk membantu murid untuk membuat keputusan yang
rasional dan matang dalam menyelesaikan sesuatu isu dalam masyarakat.
Bagaimanapun, pengkaji mendapati bahawa murid-muridnya menghadapi masalah
untuk menghafal nilai-nilai universal ini. Oleh itu, pengkaji sering berbincang tentang
permasalahan ini bersama ahli Panitia Pendidikan Moral untuk menangani masalah
dalam kalangan murid iaitu memberikan istilah nilai universal yang menepati isu-isu
kemasyarakatan yang dibincangkan dalam mata pelajaran ini. Sehubungan itu,
objektif-objektif kajian yang ditetapkan adalah untuk membantu murid-murid agar
dapat menghafal kesemua 18 nilai universal ini. Pengkaji telah melaksanakan kajian
tindakan menggunakan Model Kemmis dan McTaggart dengan menggunakan
intervensi penggunaan lagu dalam usaha murid menghafal kesemua 18 nilai universal.
Seramai enam orang murid dari kalangan murid Tingkatan Lima telah melaksanakan
kajian ini selama enam minggu. Data dipungut dengan menggunakan analisis
dokumen, temu bual dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan
tindakan ini telah dapat membantu murid untuk menghafal kesemua 18 nilai universal
dengan tepat.
Kata Kunci: Pendidikan Moral, Nilai Universal, Hafal Lagu, Kajian Tindakan
58
TEKNIK WARNA, MODEL DAN ENSTEKS UNTUK
MEMBEZAKAN ANTARA TUBUL RENAL DAN
JARINGAN KAPILARI DARAH DALAM PENGHASILAN
AIR KENCING MANUSIA
Roshilah Anita binti Kassim
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar
[email protected]
ABSTRAK
Mata pelajaran biologi adalah satu mata pelajaran yang memerlukan murid mengecam
struktur dan mengetahui fungsi struktur supaya dapat menerangkan sesuatu proses yang
berlaku. Pengkaji mendapati kegagalan dan kesukaran murid untuk menerangkan
proses penghasilan air kencing manusia adalah disebabkan oleh murid tidak dapat
membezakan antara struktur tubul renal dan jaringan kapilari darah pada nefron. Hal
ini yang demikian, objektif kajian dilaksanakan adalah untuk membantu murid supaya
dapat membezakan antara tubul renal dan jaringan kapilari darah serta murid dapat
menerangkan dengan tepat tiga proses dalam penghasilan air kencing manuisa.
Pengkaji telah melaksanakan kajian tindakan dengan menggunakan Model Kajian
Tindakan Kemmis Mc Taggart (1988) sebanyak satu kitaran dengan menggunakan
intervensi Teknik Warna, Model dan ENSTEKS. Seramai 10 orang murid terlibat
dalam kajian ini selama tiga minggu. Data dipungut dengan menggunakan analisis
dokumen dan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan tindakan ini telah
dapat meningkatkan keupayaan murid untuk membezakan antara tubul renal dan
jaringan kapilari darah serta murid dapat menerangkan proses pembentukan air kencing
dengan betul dan tepat.
Kata Kunci: Biologi, Proses Penghasilan Air Kencing Manusia, Kajian Tindakan
59
STK: CARTA KEBERKESANAN MAKMUM MASBUK
Nur Aini binti Amran
SMK Panchor, Seremban, Negeri Sembilan
[email protected]
ABSTRAK
Bagi solat berjemaah, seorang makmum tidak terkecuali berada dalam keadaan
menjadi makmum masbuk. Sehubungan itu, penting bagi makmum tersebut
mengetahui keadaan dirinya pada ketika solat berjemaah, kerana dibimbangi jika
makmum tidak pasti atau tidak melaksanakan solat berdasarkan cara yang
sepatutnya, solat tersebut menjadi tidak sah kerana kejahilannya mengenai sesuatu
isu (Metro (2019). Pengkaji yang merupakan Guru Pendidikan Islam sekolah
menengah mendapati ada segelintir murid dari kelas lemah yang tiada pengetahuan
tentang makmum masbuk. Objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk murid
dapat menyempurnakan solat berjemaah jika menjadi makmum masbuk dan murid
dapat melengkapkan kiraan rakaat yang tepat apabila menjadi makmum masbuk.
Pengkaji telah melaksanakan kajian tindakan satu gelungan dengan menggunakan
Model Kemmis & Mc Taggart (1988) melalui intervensi Carta Skrin Tulis Kira.
Seramai 5 orang responden terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 3 orang murid
perempuan dari kelas 2 Ehsan iaitu di SMK Panchor terlibat dalam kajian yang
diselesaikan dalam tempoh empat bulan. Data dipungut dengan menggunakan
kaedah temubual, pemerhatian dan analisis dokumen. Dapatan kajian
menunjukkan intervensi Carta Skrin Tulis Kira ini telah dapat membantu murid
menguasai solat berjemaah bagi makmum masbuk.
Kata kunci: Solat Masbuk, Carta Skrin Tulis Kira, Kajian Tindakan
60
PENGAPLIKASIAN CARTA BUSSTP MEMBANTU MURID
MENCARI TEMA DAN FOKUS RUMUSAN BAHASA MELAYU
Nor Fadhilah Binti Abdullah
Sekolah Menengah Agama Nilai
[email protected]
ABSTRAK
Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM). Bermula tahun 2020, format pentaksiran bagi mata
pelajaran ini telah mengalami perubahan. Salah satu instrumen pentaksiran bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 ialah rumusan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk
membantu murid yang lemah dalam menguasai kemahiran menulis rumusan yang
merupakan satu komponen dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM.
Sampel kajian melibatkan seramai tiga orang murid dan seorang guru. Tinjauan awal
telah dibuat melalui temu bual dan analisis dokumen yang menunjukkan murid lemah
dalam mencari tema dan fokus dalam bahan rumusan yang telah disediakan oleh guru.
Oleh itu, carta BUSSTP diperkenalkan kepada murid sebagai satu cara untuk mengatasi
masalah pembelajaran yang dihadapi mereka dalam penulisan rumusan. Bagi
melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji telah menggunakan model kajian tindakan
yang diasaskan oleh Kemmis dan McTaggart (1988) dengan menggunakan intervensi
carta BUSSTP. Dapatan kajian mendapati penguasaan kemahiran murid dalam menulis
rumusan semakin memuaskan jika dibandingkan dengan sebelumnya. Mereka lebih
bersikap positif dengan menunjukkan pembelajaran aktif untuk menguasai kemahiran
menulis rumusan dan mempunyai keyakinan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam Bahasa Melayu di
peringkat SPM.
Kata Kunci: Bahasa Melayu SPM, Rumusan, Carta BUSSTP
61
KONSEP KASIMA DALAM PENGAJARAN VISI, MISI DAN
OBJEKTIF PERNIAGAAN TINGKATAN EMPAT
Nurul Illyana binti Mohamad
SMK Terusan Lahad Datu
[email protected]
ABSTRAK
Mata pelajaran Perniagaan bertujuan untuk menyediakan murid sebagai modal insan
yang menjadikan perniagaan sebagai peluang kerjaya, mengurangkan kebergantungan
kepada kerajaan serta mampu bersaing hingga ke peringkat global. Pengkaji mendapati
masih terdapat banyak masalah yang dihadapi murid dalam menguasai mata pelajaran
ini kerana kaedah yang digunakan dalam menyampaikan isi mata pelajaran masih
kurang disebabkan mata pelajaran ini baharu diperkenalkan. Oleh yang demikian,
kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan kaedah yang
diperkenalkan dalam proses Pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) subtopik bab 3
tingkatan empat iaitu Visi, misi dan objektif perniagaan. Pengkaji telah menggunakan
model Kemmis & Mc Taggart (1988) sebanyak satu kitaran menggunakan intervensi
yang diperkenalkan iaitu Konsep KASIMA. Seramai lima orang murid tingkatan lima
telah dipilih sebagai kumpulan sasaran dalam kajian ini. Kajian dilaksanakan selama
satu bulan dan data dikutip dengan menggunakan kaedah pemerhatian, soal jawab dan
analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan keputusan yang positif selepas
intervensi konsep KASIMA diperkenalkan bagi isu yang dikesan oleh pengkaji.
Kata kunci : Perniagaan, VMO Perniagaan, Kajian Tindakan
62
FORMULA ‘BTS’: APLIKASI UNTUK MENGESAN
PEMBOLEHUBAH
Siti Haniah Binti Rohmad(Rahmad)
Sekolah Menengah Agama Bugisiah, Tampok, Pontian, Johor
[email protected]
ABSTRAK
Kemahiran proses Sains adalah satu kemahiran untuk mencari jawapan bagi sesuatu
masalah secara sistematik. Mengeksperimen adalah antara salah satu kemahiran proses
Sains yang dapat membantu murid dalam menganalisa dan melaksanakan satu kajian
mengikut tertib yang betul. Pengkaji yang merupakan seorang guru yang mengajar
subjek Sains ini telah mengenalpasti bahawa terdapat beberapa masalah dalam
penguasaan murid mencapai tahap prestasi terbaik bagi kemahiran ini. Justeru itu,
objektif kajian ini dilaksanakan adalah agar murid dapat mengenalpasti jenis
pembolehubah dalam sesebuah pernyataan masalah dengan betul. Sebagai langkah
alternatif bagi menangani permasalahan ini, pengkaji telah melaksanakan satu kajian
tindakan model Kemmis dan McTaggart dengan menggunakan intervensi iaitu formula
‘BTS’ bagi memudahkan murid mencari pembolehubah dalam sebuah pernyataan
masalah. Dalam kajian ini, data dipungut daripada 12 orang murid Tingkatan 5 yang
sangat lemah penguasaannya dalam kemahiran mengeksperimen menggunakan kaedah
analisis dokumen dan soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan aplikasi
‘BTS’ ini telah dapat meningkatkan kefahaman murid untuk mencari pembolehubah
dari situasi yang melibatkan soalan bentuk Eksperimen.
Kata kunci: Kemahiran Proses Sains, Mengeksperimen, Pembolehubah, BTS
63
PENGGUNAAN “FOTD WIRES” BAGI MENGINGAT DAYS OF
THE WEEK KEPADA MURID BERKEPERLUAN KHAS
Izzati Syafiqah binti Mansor
Sekolah Kebangsaan Simpang Lima
[email protected]
ABSTRAK
Penguasaan Murid Berkeperluan Khas (MBK) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris
dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas dilihat
membimbangkan atas beberapa faktor tertentu. Berdasarkan pemerhatian pengkaji,
murid tidak dapat menjawab soalan lisan yang mudah berkenaan nama hari (dalam
Bahasa Inggeris) setiap kali guru bertanya terutamanya semasa guru masuk ke kelas
dan murid juga tidak boleh mengecam dan mengeja nama-nama hari dalam Bahasa
Inggeris dengan baik. Hal ini demikian, objektif kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk
murid dapat menjawab soalan lisan yang mudah berkenaan nama hari (dalam Bahasa
Inggeris) setiap kali guru bertanya dan murid boleh mengecam juga mengeja nama-
nama hari dalam Bahasa Inggeris dengan betul. Dalam kajian ini, pengkaji telah
melaksanakan kajian tindakan menggunakan model Kemmis dan McTaggart (1988)
sebanyak satu kitaran dengan menggunakan intervensi Teknik FOTD WIRES. Seramai
enam orang murid yang terdiri daripada pelbagai kategori MBK telah melaksanakan
kajian ini selama empat minggu. Data kajian dipungut menggunakan analisis dokumen
dan tembual. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa murid telah dapat menjawab
soalan lisan yang mudah berkenaan nama hari (dalam Bahasa Inggeris) setiap kali guru
bertanya dan murid boleh mengecam dan mengeja nama-nama hari dalam Bahasa
Inggeris dengan lebih baik
Kata kunci: Murid Berkeperluan Khas, Days of the Week, Kajian Tindakan
64
KREATIVITI KEMAHIRAN KARANGAN JENIS CERITA
SEMASA PdPR MELALUI TEKNIK I-V-W
Muhamad Hakim Bin Azaman@Azman
SK Kuala Kubu Bharu
[email protected]
ABSTRAK
Satu paradigma baharu sedang dilalui dunia pendidikan untuk berdepan dengan
tuntutan semasa global. Dalam tempoh pandemik Covid-19, sistem pendidikan perlu
disesuaikan dan diseimbangkan dengan situasi semasa dalam memastikan pendidikan
berterusan. Alternatif pembelajaran semasa melalui pengajaran dan pembelajaran di
rumah (PdPR) telah menjadi satu paradigma baharu dalam pendidikan. Pengkaji yang
merupakan seorang guru bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di SK Kuala Kubu Bharu
melalui masalah dalam tempoh PdPR ini apabila murid-murid tidak berminat untuk
menyiapkan tugasan karangan jenis cerita dan kehadiran murid semasa PdPR menurun.
Oleh itu, objektif kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan minat murid untuk
menghasilkan tugasan karangan jenis cerita menggunakan idea kendiri semasa tempoh
sesi PdPR dan meningkatkan kehadiran murid semasa PdPR melalui Intervensi Teknik
IVW. Kajian tindakan ini telah dilaksanakan menggunakan Model Kemmis &
McTaggart dengan menggunakan intervensi IVW melalui aplikasi Digital Storyjumper.
Lima orang murid tahun enam telah dipilih sebagai responden dalam kajian tindakan
ini selama empat minggu. Data dipungut melalui analisis dokumen dan juga temubual.
Dapatan kajian tindakan ini menunjukkan pelaksanaan teknik IVW berjaya menarik
minat murid untuk menghasilkan karangan jenis cerita dan berjaya meningkatkan
kehadiran murid semasa PdPR. Malahan, teknik ini juga menggalakkan penerokaan
idea secara terbuka dan pembelajaran kendiri dalam memastikan murid meneroka ilmu
secara lebih aktif semasa dan selepas PdPR berlangsung. Teknik ini juga sesuai dengan
gaya pembelajaran digital murid untuk mendepani revolusi industri 4.0.
Kata kunci: Teknik IVW, PdPR, Karangan Jenis Cerita, Kajian tindakan
65
MENEROKA BENTUK 2D DAN 3D DENGAN MENGGUNAKAN
“MAGIC SHAPES BOOK”
Punitha A/P Karunakaran
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Kulai Oil Palm, Kulai, Johor
[email protected]
ABSTRAK
Kurikulum matematik sekolah rendah sering mengalami perubahan dari semasa ke
semasa. Mengikuti perkembangan dan perubahan itu amat mencabar dikalangan murid
dan guru. Ruang merupakan suatu tajuk yang murid sering mengalami masalah.
Penyelidik merupakan guru matematik turut dapat kesan murid mengalami malasah
dalam mengenalpasti dan membezakan bentuk 2D dan 3D dalam topik ini. Oleh
demikian, murid tidak dapat menyelesaikan masalah rutin tajuk ini. Mereka berasa
matematik susah untuk dilulus. Jadi objektif kajian dijalankan adalah untuk murid
mengenal dan membezakan bentuk-bentuk 2D dan 3D dengan betul serta
menyelesaikan masalah rutin topik ruang. Penyelidik telah melaksanakan kajian
tindakan satu gelungan melalui intervensi “Magic Shapes Book” dengan menggunakan
Model Kemmis & Taggart (1988). Seramai 8 responden dari tahun 5 Roja, SJKT
Ladang Kulai Oil Palm telah terlibat dalam kajian ini. Data dipungut dengan
menggunakan kaedah temubual, pemerhatian dan analisis dokumen. Dapatan kajian
menunkukkan intervensi dapat membantu murid mengenal, membeza dan
menyelesaikan masalah rutin topik ruang dengan tepat. Persepsi murid terhadap
matapelajaran matematik turut menjadi positif dikalangan responden.
Kata kunci : Bentuk 2D dan 3D, Topik Ruang, Matematik, Sekolah Rendah
66
PENGGUNAAN KAEDAH PROMATS DALAM MEMAHAMI
MITOSIS
1Che Zunaidah Che Hassan
2Hairul Faiezi Lokman
1SMK Seri Paka
2Institut Pendidikan Guru Kampu Ilmu Khas
[email protected]
[email protected]
ABSTRAK
Mata pelajaran Biologi merupakan mata pelajaran elektif yang diambil oleh murid-
murid aliran Sains Tulen bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Berdasarkan refleksi
yang dilakukan oleh pengkaji dalam memahami mitosis, terdapat dua isu utama yang
timbul iaitu murid tidak dapat menyusun dan menyatakan perlakuan kromosom serta
murid tidak dapat melukis dan melabel struktur sel dan kromosom dalam setiap
peringkat mitosis. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk membantu murid supaya
dapat menyusun dan menyatakan perlakuan kromosom dalam peringkat-peringkat
mitosis mengikut turutan serta membantu murid untuk melukis dan melabel struktur sel
dan kromosom dalam setiap peringkat mitosis dengan tepat. Pengkaji telah
menjalankan kajian menggunakan Model Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart
(1988) sebanyak satu kitaran menggunakan intervensi Kaedah Promats. Seramai 11
orang murid telah melaksanakan kajian selama 2 minggu. Data dipungut menggunakan
analisis dokumen dan temubual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan
Kaedah Promats telah berjaya membantu murid memahami proses mitosis dengan
menyatakan perlakuan kromosom dalam setiap peringkat serta melukis dan melabel
gambarajah setiap peringkat dalam mitosis dengan betul.
Kata Kunci : Mitosis, Kromosom, Kajian Tindakan
67
PENGGUNAAN VIDEO ANIMASI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR)
Zainab binti Khairi
Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Mewah
[email protected]
ABSTRAK
Dalam situasi pendemik Covid-19 ini, semua guru berusaha mencari medium
pembelajaran yang terbaik bagi menyampaikan ilmu dan memberi kefahaman kepada
murid-murid dalam fasa Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PdPR). Murid
perlu menguasai empat kemahiran asas bagi memastikan murid mencapai Tahap
Penguasaan (TP) dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Antaranya kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Pengkaji merupakan guru matapelajaran
Bahasa Arab di sekolah rendah mendapati semenjak PdPR dilaksanakan, terdapat
beberapa masalah timbul dalam penguasaan murid Tahun 1 bagi tajuk nombor satu
hingga sepuluh matapelajaran tersebut. Hal yang demikian, objektif kajian ini
dilaksanakan bagi bagi mengkaji proses Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah
(PdPR). Kajian ini bagi memastikan murid dapat mengingat dan menulis nombor-
nombor asas Bahasa Arab dengan betul. Pengkaji telah melaksanakan kajian tindakan
satu gelungan dengan menggunakan Model Kemmis & Mc Taggart (1988) melalui
intervensi Video Animasi Bahasa Arab. Seramai 5 orang murid terdiri daripada 3
orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan Tahun 1 Delima terlibat dalam
kajian yang diselesaikan dalam tempoh satu bulan. Data dipungut dengan
menggunakan kaedah pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Dapatan kajian
menunjukkan intervensi Video Animasi Bahasa Arab ini telah dapat membantu murid
mengingat dan menulis nombor-nombor asas Bahasa Arab dengan betul.
Kata kunci : Bahasa Arab, Video Animasi, Kajian Tindakan
68
BUILDING RESILIENCE THROUGH POEM-EXPREEMOTION
Siti Anisah Binti Abdul Majid
Alasra Binti Saim
Diana Joan Kampulin
Nor Maizatul Akmam Bt Mohammad Nasair
SMK Seksyen 19, Shah Alam, Selangor
[email protected]
ABSTRACT
Our young minds are greatly affected by the Covid-19 Pandemic in many ways. The
issues of absenteeism and Zoom fatigue during the home-based Teaching and Learning
has led the researchers to unveil the real problems that are enveloping the pupils. We
have never embedded the importance of mental health in our lessons to produce holistic
pupils who have resilience, confidence, tolerance, empathy towards others and the
ability in making wise decisions to overcome problems. Therefore, this action research
was carried out to encourage pupils to share their problems and solutions to the
problems so as to lessen their emotional burden. Inspired by Amanda Gorman, an
American poet and Prince Ea, an American talking artis, the researchers came up with
Poem-Expreemotion Intervention and used one cycle of the Kemmis & McTaggart
model to carry out the action research which lasted in three months. Six Form 2 Exora
pupils involved in three phases of research action using three selected poems from the
Poetry for Leisure textbook. A series of intervention were done throughout the process
of building resilience such as Sharing & Caring, Expressive Art Therapy and
Affirmations. Data were collected through document analysis and interview. It was
found that they were overwhelmed by personal problems rather than family or school
problems and more creative when writing about best things compared to when writing
about worst things. Prince Ea’s Affirmations helped them change their mindsets. This
action is in line with the national campaign “Let’s TALK Minda Sihat.”
Keyword: English – Poem Expreemotion – Action Research
69
MODUL MOTIVASI PSIKO-PENDIDIKAN V-BeCogA UNTUK
MOTIVASI BELAJAR MURID
Mohd Shahril Bin Khasin
SMK Taman Tun Aminah, Johor Bahru
[email protected]
ABSTRAK
Bimbingan dan Kaunseling merupakan aspek yang penting kepada murid sekolah
dalam usaha membantu murid dalam perkembangan, pembangunan dan kesejahteraan
diri. Salah satu perkembangan bimbingan dan kaunseling murid dapat diperhatikan
melalui motivasi belajar murid. Sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling, melalui
dapatan pemerhatian dan temubual, dapat diperhatikan murid mempunyai motivasi
belajar yang rendah dalam aspek tingkah laku, kognitif (pemikiran) dan afektif (emosi).
Hasil pemerhatian menunjukkan murid tidak membuat kerja rumah, murid bersembang
dalam kelas dan murid selalu tidak hadir ke sekolah. Hasil temu bual bersama guru
akademik menunjukkan hasil yang lebih berfokus iaitu murid yang kurang motivasi
belajar dalam aspek kognitif (pemikiran) ialah murid yang berada di kelas-kelas yang
terakhir. Selain itu, melalui pemerhatian dapat diperhatikan murid tidak mempunyai
keseronokan untuk belajar dan kelihatan murid bosan apabila bercakap berkaitan
kejayaan, masa depan dan pelajaran. Hal yang demikian, objektif kajian ini
dilaksanakan adalah untuk meningkatkan motivasi belajar murid dalam aspek kognitif,
tingkah laku dan emosi yang positif. Sebagai langkah alternatif bagi melaksanakan
kajian tindakan ini, pengkaji telah melaksanakan kajian tindakan menggunakan model
kajian tindakan yang diasaskan oleh Kemmis dan McTaggart sebanyak satu kitaran
dengan menggunakan intervensi Modul Motivasi Psiko-Pendidikan V-BeCogA secara
dalam talian. Seramai 20 orang murid melaksanakan kajian ini selama hamper sebulan.
Data dipungut menggunakan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan
pelaksanaan intervensi Modul Motivasi Psiko-Pendidikan V-BeCogA mempu
meningkatkan motivasi belajar murid sasaran dalam aspek tingkah laku, kognitif
(pemikiran) dan afektif (emosi).
Kata Kunci: Bimbingan dan Kaunseling, Modul Motivasi Psiko-Pendidikan V-
BeCogA, Kajian Tindakan
70
PENDEKATAN RUMUS THT DAN PEMBELAJARAN
KOLABORATIF DALAM PEMANTAPAN PEMAHAMAN
ABSTINEN
Chun Cheng Chuan, Ph.D,
Suria Yamat
Afeda Ab Aziz
Shahin Shahadah Ali Nafiah
Sandra Chee Siew Fung
SMK Seri Bintang Selatan
[email protected]
ABSTRAK
Pengajaran Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) merupakan cabaran
dalam proses pelaksanaan PdP Pendidikan Kesihatan memandangkan pendidikan
seksualiti merupakan isu yang agak sensitif dalam kalangan masyarakat. Berdasarkan
refleksi sesi pengajaran kelas Pendidikan Kesihatan, kebanyakan murid tingkatan
empat tidak dapat menerangkan maksud abstinen dan menyatakan kepentingan
abstinen dalam pencegahan tingkah laku seksual sebelum nikah. Oleh yang demikian,
objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk membolehkan murid-murid dapat
menyatakan maksud dan kepentingan abstinen dalam pencegahan tingkah laku seksual
sebelum nikah. Kajian tindakan ini menggunakan Model Kemmis dan McTaggart
(1988) sebanyak satu kitaran dengan mengaplikasikan intervensi rumus THT dan
pembelajaran kolaboratif telah diperkenalkan semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran
Di Rumah (PdPR) Pendidikan Kesihatan. Seramai 9 orang murid telah melaksanakan
kajian ini selama tiga minggu. Data kajian telah dipungut melalui penggunaan analisis
dokumen, temu bual dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan kajian
tindakan membolehkan murid-murid menerangkan maksud abstinen dan kepentingan
abstinen dalam pencegahan tingkah laku seksual sebelum nikah.
Kata kunci: Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial, Abstinen, Tingkah laku
seksual, Pembelajaran kolaboratif
71