Siti Khadijah Abdullah Penolong Pengarah Kanan (Pemakanan) Pusat Laktasi Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia PENDIDIKAN PENYUSUAN BAYI KEPADA IBU YANG TIDAK MENYUSU SUSU IBU (Feeding Infant Who Are Not Breastfeeding) 1 Kursus Pengurusan Laktasi 20 Jam Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM, 17 hingga 19 Ogos 2022
5 Topik Utama perlu diberitahu kepada ibu: 1. Risiko dan kebaikan pelbagai pilihan pemakanan bayi. 2. Bagaimana membantu ibu membuat pilihan Acceptable, Feasible, Affordable, Sustainable and Safe (AFASS)? 3. Cara penyediaan, pemberian dan penyimpanan susu rumusan bayi secara bersih dan selamat. 4. Bagaimana untuk menyediakan dan memberikan susu rumusan bayi? 5. Cara mengatasi kecenderungan ibu yang masih menyusukan bayi daripada beralih kepada penggunaan susu rumusan bayi. kathy_NLC'22 2
KLAUSA 5.12 m/s: 7 5.12 Memberi segala arahan yang perlu mengenai penggunaan secara selamat dan betul produk -produk tersenarai kepada ibu -ibu yang yang tidak berupaya atau memilih untuk tidak menyusu dengan susu ibu . Nasihat sedemikian hendaklah diberikan secara individu jauh dari khalayak ramai dan hendaklah termasuk penerangan yang jelas mengenai kesan penggunaan produk -produk tersenarai secara tidak betul , implikasi kewangan serta kesan negatif akibat penggunaan puting kosong (pacifier) ke atas bayi . kathy_NLC'22 3
1. Risiko dan kebaikan pelbagai pilihan pemakanan bayi kathy_NLC'22 4
Pemilihan Pemakanan Bayi • Pemilihan pemakanan bayi adalah berdasarkan kepada situasi masingmasing • Ibu perlu membuat pilihan yang terbaik berdasarkan maklumat yang diberi: i. Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif (Exclusive breastfeeding) - amalan menyusukan bayi dengan ibu sahaja - termasuk penyusuan daripada ibu susuan dan susu ibu perahan ii. Rumusan Bayi (Commercial infant formula) - Makanan yang diperkenalkan @ dijual sebagai alternatif kepada susu bagi makanan bayi - diproses daripada sumber susu lembu/haiwan lain ditambah dengan unsur-unsur daripada haiwan termasuklah ikan dan tumbuhan yang sesuai bagi pemakanan bayi iii. Ibu Susuan (Wet nursing) - ibu lain yang menyusukan bayi dengan susunya - ibu ini bebas daripada jangkitan HIV kathy_NLC'22 5
Kebaikan dan risiko pelbagai pilihan pemakanan bayi Pilihan Pemakanan Kebaikan Risiko i. Penyusuan Susu Ibu Eksklusif (Exclusive breastfeeding) • Makanan yang paling sempurna untuk bayi dan melindungi penyakit terutamanya cirit-birit dan jangkitan saluran pernafasan serta risiko kematian disebabkan oleh penyakit-penyakit tersebut • Zat makanan dan air yang mencukupi mengikut keperluan bayi • Percuma, sentiasa ada dan tidak memerlukan sebarang persediaan khas • Mengurangkan risiko jangkitan HIV berbanding dengan penyusuan campuran • Membantu ibu dalam proses selepas bersalin dan dapat menjarakkan kehamilan • Bagi ibu yang HIV, risiko bayi terdedah kepada HIV adalah berterusan selagi bayi menyusu • Tekanan daripada unsur luar agar ibu mengamalkan penyusuan campuran (meningkatkan risiko jangkitan HIV, cirit birit, dan jangkitan lain) • Sokongan untuk penyusuan eksklusif sukar diperolehi • Ibu bekerjaya • Ianya mungkin sukar dilakukan sekiranya ibu bertambah sakit dengan HIV kathy_NLC'22 6
Kebaikan dan risiko pelbagai pilihan pemakanan bayi Pilihan Pemakanan Kebaikan Risiko ii. Rumusan Bayi (commercial infant formula) • Memberi hanya rumusan bayi, tidak membawa sebarang risiko jangkitan HIV kepada bayi • Kebanyakan nutrien yang diperlukan bayi telah ditambah ke dalam rumusan bayi • Ahli keluarga boleh membantu dalam penyusuan bayi sekiranya ibu sakit atau sehingga ibu sembuh • Tidak mengandungi antibodi • Cenderung untuk mendapat cirit birit, jangkitan saluran pernafasan, dan kurang zat makanan • Penyusuan campuran boleh meningkatkan risiko jangkitan HIV • Memerlukan air dan peralatan yang bersih untuk penyediaan • Memerlukan banyak masa untuk penyediaan dan perlu dibancuh untuk setiap penyusuan • Mahal • Bayi perlu minum melalui cawan • Ibu mungkin hamil lagi dalam jangka masa yang singkat kathy_NLC'22 7
Kebaikan dan risiko pelbagai pilihan pemakanan bayi Pilihan Pemakanan Kebaikan Risiko iii. Ibu Susuan (wet nursing) • Makanan yang sempurna dan boleh melindungi bayi daripada penyakit • Bayi masih boleh mendapat susu ibu dan segala faedahnya tetapi daripada individu lain selain ibunya • Tidak membawa risiko jangkitan HIV melalui susu ibu jikalau ibu susuan bebas dari HIV • Perlu memastikan ibu susuan bebas dari HIV • Ibu susuan mesti berupaya lindungi dirinya daripada HIV sepanjang tempoh masa penyusuan • Tidak melakukan seks rambang dan menggunakan kondom setiap kali melakukan seks, @ mengadakan hubungan seks dengan pasangannya yang juga HIV-negatif dan setia padanya seorang sahaja • Mesti sentiasa bersedia untuk menyusu bayi kerap (siang & malam) @ boleh memerah susunya jika bayi tidak tinggal bersamanya • Ibu mungkin hamil lagi dalam jangka masa singkat kathy_NLC'22 8
Susu Formula Bayi • Terdapat TIGA penyediaan formula bagi bayi: a. Ready-To-Feed (use) ▪ tidak perlu ditambah air atau dibancuh ▪ harga sangat mahal b. Dalam bentuk cecair berkepekatan tinggi (concentrated liquid formula) ▪ perlu ditambah sedikit air (ikut arahan pengilang) ▪ harga mahal c. Serbuk kering (Powdered Infant Formula) ▪ perlu dibancuh ▪ harga lebih murah kathy_NLC'22 9
2. Bagaimana membantu ibu membuat pilihan Acceptable, Feasible, Affordable, Sustainable and Safe (AFASS)? kathy_NLC'22 10
Bagaimana ibu boleh membuat pilihan secara AFASS? • Penyusuan Gantian adalah proses memberi penyusuan kepada bayi yang tidak menyusu susu ibu dengan penyusuan lain yang mengandungi semua jenis zat makanan sehingga bayi tersebut boleh menerima sepenuhnya makanan keluarga • Tempoh 6 bulan pertama, susu ibu gantian yang diberikan hendaklah bersesuaian dengan keperluan bayi • Selepas bayi berumur 6 bulan, susu ibu gantian diberi bersama makanan pelengkap yang lain • Susu ibu gantian mestilah (AFASS): • (Acceptable) Boleh diterima • (Feasible) Boleh dilakukan • (Affordable) Mampu diperolehi • (Sustainable) Mampu diteruskan • (Safe) Selamat kathy_NLC'22 11
Definisi AFASS kathy_NLC'22 12 Definisi Huraian Boleh diterima (Acceptable) • Ibu merasakan tiada halangan kepada penyusuan gantian • Halangan mungkin disebabkan oleh adat budaya, sosial @ takut kepada stigma@ diskriminasi Boleh dilakukan (Feasible) • Ibu @ keluarga mempunyai: - masa yang cukup, berpengetahuan, berkemahiran - mempunyai sumber-sumber lain untuk menyediakan makanan gantian • Memberi makanan kepada bayi sehingga 12 kali dalam masa 24 jam Mampu diperolehi (Affordable) • Mempunyai kemampuan dari segala aspek untuk membeli & menyediakan penyusuan gantian tanpa mengabaikan hak kesihatan dan pemakanan ahli keluarga yang lain Mampu diteruskan (Sustainable) • Bekalan yang berterusan & boleh didapati pada bila-bila masa dengan tiada gangguan Selamat (Safe) • Penyediaan dan penyimpanan yang betul serta bersih
3. Cara penyediaan, pemberian dan penyimpanan susu rumusan bayi secara bersih dan selamat kathy_NLC'22 13
Peralatan mengajar kathy_NLC'22 14
Keperluan pemakanan secara bersih dan selamat • Makanan terbaik untuk bayi adalah susu ibu. • Penggunaan botol susu yang tidak bersih meningkatkan risiko jangkitan di kalangan bayi dan kanak-kanak. • Ibu bapa atau penjaga perlu diingatkan bahawa penggunaan botol susu hanya sesuai untuk pemberian cecair atau minuman. • Tekstur makanan pepejal seperti bijirin atau separa pepejal tidak sesuai diberikan dengan menggunakan botol susu. kathy_NLC'22 15
• Penyediaan makanan secara bersih dan selamat: ✓ Tangan yang bersih ✓ Peralatan yang bersih ✓ Air dan makanan yang selamat ✓ Penyimpanan yang selamat Keperluan pemakanan secara bersih dan selamat kathy_NLC'22 16
Mencuci Tangan • Selepas menggunakan tandas • Selepas mencuci punggung bayi • Sebelum penyediaan atau menghidang makanan • Sebelum memberi kanak-kanak penyusuan atau makanan kathy_NLC'22 17
Pembersihan cawan • Cawan tidak perlu direbus seperti botol • Untuk mencuci cawan, cuci dan gosok dengan menggunakan air sabun yang panas setiap kali digunakan. • Rendam cawan dalam air mendidih, atau bilas dengan air mendidih sebelum digunakan. • Cawan yang terbuka, dengan permukaan yang licin adalah lebih mudah di cuci. kathy_NLC'22 18
3. Bagaimana cara untuk membersih, steril dan penyediaan dan penyimpanan peralatan penyusuan? kathy_NLC'22 19
20 Hubungan suhu dengan kehidupan mikrorganisma Bakteria tidak mati pada suhu ais/sejuk Bakteria mati jika dipanaskan sehingga mendidih Bakteria hidup sempurna pada suhu persekitaran, boleh membiak dan mengeluarkan racun kathy_NLC'22
Bagaimana Untuk Mengurangkan Risiko Kesihatan? ❑ Penyediaan susu formula yang betul serta penyimpanan yang betul ❑ Penyediaan susu formula menggunakan air mendidih (suhu 70oC untuk membunuh E.sakazakii) ❑ Susu yang telah disediakan perlu diminum sejurus disediakan atau disimpan di dalam peti sejuk (bagi mengelakkan pertumbuhan E.sakazakii) (WHO, 2007) kathy_NLC'22 21
Membersih Peralatan Penyusuan kathy_NLC'22 22 Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air bersih. Keringkan tangan menggunakan kain lap yang bersih Langkah 1 Basuh semua peralatan penyusuan menggunakan air panas yang bersabun. Bersihkan bahagian dalam dan luar botol serta puting yang susah dibersihkan menggunakan berus yang lembut dan bersesuaian Langkah 2 Langkah 3 Bilas dengan sempurna semua peralatan menggunakan air yang bersih dan selamat (WHO, 2007)
Cara menyahkuman peralatan penyusuan • Terdapat 2 cara: a. Penyahkuman komersial (steriliser) ➢ Mudah ➢ Terdapat beberapa jenis dipasaran • Elektrik baby bottle sterilizer • Microwave steam sterilizer • Ubat penyahkuman • UV sterilizer ➢ Ikut arahan pengilang kathy_NLC'22 23
b) Rebus dengan air mendidih kathy_NLC'22 24 Isikan periuk besar dengan air bersih. Gunakan periuk yang khas untuk merebus botol susu Langkah 1 Letakkan botol susu dan peralatannya yang telah dibersihkan ke dalam air. Pastikan botol susu dan peralatannya benarbenar tenggelam agar tiada gelembung udara terperangkap Langkah 2 Tutup periuk dengan penutup. Panaskan air sehingga mendidih. Pastikan air tidak mendidih sehingga kering. Langkah 3 Padamkan api dan biarkan periuk sentiasa bertutup untuk mengelak pencemaran. Langkah 4 (WHO, 2007)
Penyimpanan Peralatan Penyusuan • Digalakkan mengeluarkan peralatan menyusu dari tempat sterile sejurus sebelum diperlukan • Jika mahu menyimpan, keluarkan dari periuk dan simpan di tempat bertutup dan bersih • Pastikan setiap bahagian botol dan puting diasingkan • Basuh tangan dengan sabun dan air bersih sebelum mengendalikan peralatan penyusuan Disimpan dalam bekas bertutup Terdedah kepada udara kathy_NLC'22 25
Cara penjagaan keselamatan botol susu Bisphenol A (BPA) ❑ Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat ❑ Elakkan pendedahan BPA dalam botol susu Kesan BPA kepada kesihatan ❑Gangguan kepada sistem hormon yang menyebabkan gangguan sistem fungsi tubuh kathy_NLC'22 26
Cara penjagaan keselamatan botol susu ❑ Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'BPA' berkuat kuasa 1 Mac 2012 (Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai). ❑ Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius. ❑ Sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan kathy_NLC'22 27
Bagaimana bayi terdedah kepada BPA • BPA boleh berpindah daripada botol susu polikarbonat ke dalam susu bayi seperti berikut: i. Permukaan dalam botol susu bayi yang calar atau rosak. ii. Air panas dimasukkan terus ke dalam botol susu bayi kathy_NLC'22 28
kathy_NLC'22 29
Pemilihan botol susu kathy_NLC'22 30 Polypropylene (PP) (#5) Polyethersulfone (PES) Polyamides (PA) Alatan kaca PES PA
4. Bagaimana untuk menyediakan dan memberikan susu rumusan bayi? kathy_NLC'22 31
kathy_NLC'22 32
Penyediaan Susu Formula Bersihkan dengan cecair membasmi kuman pada permukaan untuk menyediakan bancuhan susu rumusan bayi. Cuci tangan dengan sabun dan air, dan keringkan dengan kain bersih atau kertas dapur (kitchen towel). Didihkan air yang selamat. Jika anda menggunakan periuk untuk mendidih air, pastikan air mendidih sehingga menggelegak. Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4 Baca arahan pada tin susu untuk membancuh susu kathy_NLC'22 33 (WHO, 2007)
Tuangkan air dalam sukatan yang betul ke dalam botol susu Pastikan suhu air tidak kurang dari 70ºC. Masukkan susu formula ke dalam air Goncang botol susu untuk memastikan susu dan air bercampur dengan sekata. Sambungan … Lalukan botol susu di bawah air mengalir untuk menyejukkannya kepada suhu yang sesuai Langkah 5 Langkah 6 Langkah 7 Langkah 8 kathy_NLC'22 34 (WHO, 2007)
Keringkan bahagian luar botol dengan kain bersih Titiskan susu di bahagian dalam tangan untuk memastikan suhu yang sesuai. Jika susu masih panas, sejukkan semula sebelum diberi kepada bayi . Beri susu kepada bayi Buangkan baki susu jika tidak digunakan dalam tempoh 2 jam. Amaran: jangan gunakan microwave untuk sediakan susu Langkah 9 Langkah 10 Langkah 11 Langkah 12 Sambungan … kathy_NLC'22 35 (WHO, 2007)
Kaedah pemberian susu kepada bayi • Memberi keselesaan kepada bayi • Memberi peluang bayi menggunakan lidah untuk merasa susu • Merangsang sistem penghadaman bayi • Menggalakkan koordinasi bernafas, menghisap dan menelan • Bayi dapat dipegang rapat dan memudahkan “eye-contact” • Bayi dapat kawal amaun dan kadar penyusuan • Lebih mudah dibersihkan kathy_NLC'22 36 1. Kebaikan pemberian susu menggunakan cawan berbanding botol
2. Panduan memberi susu dengan cawan i. Posisikan bayi duduk dalam keadaan menegak (upright~90̊ͦͦ ) @ condongkan sedikit (semiupright~45 ) di atas riba, ampu belakang bayi, kepala, leher dan punggung. ii. Pegang cawan yang mengandungi susu. Sentuhkan cawan di bahagian bibir bawah bayi & hujung permukaan cawan menyentuh bibir atas bayi iii. Apabila bayi buka mulut, condongkan sedikit cawan sehingga susu cecah lidah bayi. biarkan bayi menjilat, mengecap dan menelan sendiri. iv. Pada permulaan, susu akan tumpah sedikit. lama-kelamaan apabila pemberian stabil, susu akan lebih banyak masuk ke mulut bayi. v. Bayi akan berhenti menjilat apabila kenyang. kathy_NLC'22 37
Anggaran Jumlah Susu yang diperlukan oleh bayi dalam sehari Umur Bayi Bilangan penyusuan sehari Amaun susu atau rumusan bayi pada setiap penyusuan Jumlah susu atau rumusan bayi dalam sehari Dari lahir ke 1 bulan 8 60 ml 480 ml 1 hingga 2 bulan 7 90 ml 630 ml 2 hingga 4 bulan 6 120 ml 720 ml 4 hingga 6 bulan 6 150 ml 900 ml Nota: Secara purata, bayi cukup bulan, 2.5kg atau lebih, memerlukan susu sebanyak 150ml/kg berat badan sehari. Jumlah sebenar bagi setiap penyusuan adalah berbeza kathy_NLC'22 38
3. Teknik yang betul menggunakan botol susu i. Badan bayi hendaklah rapat kepada badan ibu/penjaga. ii. Kedudukan kepala bayi hendaklah lebih tinggi daripada badannya. iii. Masukkan puting apabila bayi membuka mulut. iv. Tinggikan posisi botol supaya bahagian hadapan botol sentiasa dipenuhi susu. Biarkan bayi menyedut susu tanpa membiarkannya menyedut udara di dalam botol. v. Semasa menyusu, keluarkan puting dari mulut bayi sekali-sekala (terutama bayi yang masih kecil) kathy_NLC'22 39
• Elak meninggalkan bayi bersendirian semasa menyusu. Penjaga/ ibu perlu sentiasa kerap mengawasi bayi semasa menyusu. Botol susu diletak atas tangan bayi Penyusuan tanpa pengawasan 40 Teknik yang betul menggunakan botol susu kathy_NLC'22 40
Teknik yang betul menggunakan botol susu vi. Selepas habis menyusu, buang susu yang berlebihan. Asingkan puting dan penutup dari botol, bersihkan dan steril peralatan secepat mungkin. vii. Lazimnya bayi baru lahir sering jeluak selepas menyusu. Sekiranya perkara ini berlaku terlalu kerap, dapatkan nasihat doktor. viii. Selepas menyusu: • Berikan air kosong kepada bayi > 6 bulan. • Lapkan mulut bayi untuk memastikan bayi sentiasa bersih dan selesa. • Biarkan bayi dalam keadaan duduk atau posisi di mana kepala adalah lebih tinggi daripada badan. kathy_NLC'22 41
• Elakkan daripada membaringkan bayi selepas menyusu untuk mengelakkan muntah (dalam tempoh lebih kurang 30 minit). • Elak mengoncangkan bayi di dalam buaian/ bouncer untuk mengelakkan muntah. Teknik yang betul menggunakan botol susu kathy_NLC'22 42
• Sekiranya bayi tidur selepas menyusu, pastikan: ➢Bayi tidak tidur dalam keadaan puting berada di dalam mulut. Ini kerana susu/minuman manis yang tertinggal dalam mulut akan meningkat risiko karies (kerosakan) gigi. Karies botol susu akibat tabiat penyusuan dengan botol yang beterusan Teknik yang betul menggunakan botol susu kathy_NLC'22 43
• Kepala bayi dalam posisi mengiring supaya sekiranya bayi termuntah, susu boleh keluar dan tidak meyebabkan bayi tersedak • Bayi sentiasa diawasi • Berikan bantuan kecemasan atau dapatkan bantuan segera dari klinik kesihatan/ hospital terdekat melalui talian 999 untuk pertolongan cemas sekiranya bayi didapati: ➢Sukar bernafas ➢Gelisah (restless) ➢Warna kulit pucat atau kebiruan ➢Kulit terasa sejuk Teknik yang betul menggunakan botol susu kathy_NLC'22 44
4. Bagaimana untuk sendawakan bayi? • Semasa bayi menghisap minuman/susu, ia sering menyedut udara dan menelannya bersama susu. • Oleh itu bayi perlulah disendawakan sekurangkurangnya satu atau dua kali semasa menyusu. • Bayi baru lahir (<6 bulan) disarankan sendawa setiap (15 -30 ml) susu diberi. • Bayi yang berumur 6-12 bulan disarankan sendawa 2 - 3 kali pada setiap penyusuan. • Ini akan dapat mengelakkan bayi menjadi kembung dan muak atau muntah sebelum kenyang • Biarkan bayi dalam keadaan duduk atau posisi di mana kepala adalah lebih tinggi daripada badan kathy_NLC'22 45
CARA SENDAWA BAYI kathy_NLC'22 46 POSISI BAHU Ibu boleh meletakkan bayi di atas bahu, ini akan menekan tulang leher ibu terhadap perutnya. Tekanan itu sangat penting untuk mensendawakan bayi dengan baik. Pastikan bayi bersandar selesa pada badan ibu dan diampu dengan baik. Gosok belakang bayi.
POSISI TANGAN Dudukkan bayi di pangkuan ibu dengan membiarkan bayi bersandar kehadapan dengan sebahagian besar berat badannya sedang berehat di tapak tangan ibu. Tapak tangan ibu menahan dibahagian atas perut bayi. Dagu bayi diampu dengan merehatkan ia di antara ibu jari dan jari telunjuk anda (kedua jari ini dalam bentuk "V". Jika bayi kurang daripada tiga bulan, pastikan anda menyokong lehernya. Gosok belakang bayi. CARA SENDAWA BAYI CARA SENDAWA BAYI kathy_NLC'22 47
CARA SENDAWA BAYI Posisi Lap Pastikan kain di alas di paha. Letakkan bayi di atas peha ibu secara tertiarap, dengan bahagian muka mengadap lantai. Gosokkan bahagian belakang bayi anda. CARA SENDAWA BAYI kathy_NLC'22 48
5. Cara mengatasi kecenderungan ibu yang masih menyusukan bayi daripada beralih kepada penggunaan susu rumusan bayi kathy_NLC'22 49
1. Kepentingan penyusuan susu ibu kepada bayi Susu ibu: • Pemakanan yang unggul, memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan bayi • Melindungi bayi dari pelbagai jangkitan, boleh mencegah sesetengah kematian bayi • Mengurangkan risiko alahan, juvenile-onset diabetes, obesiti dan darah tinggi • Telah tersedia pada bila-bila masa dan tidak memerlukan sebarang penyediaan • Berubah-ubah mengikut keperluan bayi kathy_NLC'22 50