The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Feeding Infant Who Are Not Breastfeeding

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by unitlaktasi 2022, 2023-03-12 21:17:42

Kursus Laktasi 2o Jam

Feeding Infant Who Are Not Breastfeeding

2. Kepentingan penyusuan susu ibu kepada ibu Ibu dapat mengurangkan risiko: • Kanser payudara dan beberapa jenis kanser ovari. • Patah tulang pinggul apabila meningkat usia (osteoporosis). • Membakar lemak badan yang terkumpul semasa hamil dan seterusnya akan mengembalikan bentuk badan asal sebelum hamil. • Mempercepatkan pengecutan rahim selepas bersalin dan melewatkan kedatangan haid. • Menjarakkan kehamilan. • Merapatkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi. kathy_NLC'22 51


3. Keburukan kepada ibu yang tidak memberi susu ibu Meningkatkan risiko: • Barah payudara, dan beberapa jenis barah ovari. • Patah tulang pinggul di usia tua (osteoporosis). • Pengekalan lemak badan yang terkumpul semasa hamil seterusnya akan menyebabkan kegemukan di kemudian hari. • Kurang sel darah merah (anemia) disebabkan kurang pengecutan rahim selepas bersalin dan kedatangan haid yang lebih awal. • Kehamilan yang rapat disebabkan oleh kurang mendapat kesan kejarakan kehamilan melalui penyusuan susu ibu. • Kurang kesempatan untuk menjalin hubungan yang lebih rapat dengan bayi. kathy_NLC'22 52


4. Keburukan kepada bayi yang tidak diberi susu ibu. Mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk: • Masalah jangkitan seperti jangkitan usus, cirit-birit, jangkitan sistem pernafasan, jangkitan telinga dan jangkitan salur kencing. • Eczema dan lain-lain keadaan alahan. • Keradangan usus besar yang serius (necrotising enterocolitis) bagi bayi pramatang. • Perkembangan IQ yang lebih rendah. • Diabetes dari peringkat kanak-kanak lagi (juvenile diabetes), tekanan darah yang lebih tinggi dan kegemukan sewaktu kanak-kanak, penanda penyakit jantung di peringkat dewasa. • Kematian bayi dan kanak-kanak di peringkat awal usia. kathy_NLC'22 53


5. Keburukan susu gantian • Rumusan bayi tidak mengandungi antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan. • Bayi lebih cenderung untuk mendapat penyakit yang serius seperti cirit-birit, jangkitan saluran pernafasan dan kurang zat makanan, terutamanya jika rumusan bayi tidak disediakan dengan betul. • Penyediaan susu memerlukan air yang bersih dan bahan api untuk memasak air sehingga mendidih selama 1-2 saat untuk menyediakan susu rumusan bayi. Sabun juga diperlukan untuk membasuh cawan bayi. • Bayi kurang kecerdasan otak. • Memerlukan banyak masa untuk penyediaan dan perlu dibancuh untuk setiap penyusuan. kathy_NLC'22 54


Kontak 1 – Sewaktu penjagaan kehamilan • Anggota kesihatan membincangkan kebaikan dan pengurusan penyusuan susu ibu • Termasuk sentuhan awal kulit-ke-kulit • Pada lawatan seterusnya, bincang dengan lebih mendalam termasuk apa saja kebimbangan ibu kathy_NLC'22 55


Kontak 2 – Sewaktu kelahiran, di hospital atau di rumah • Bayi diletakkan atas dada ibu sejurus selepas dilahirkan untuk sentuhan awal kulit ke kulit • Bayi juga digalakkan untuk bergerak ke arah payudara untuk pelekapan dan penghisapan. kathy_NLC'22 56


Kontak 3 – Selepas kelahiran 1: dalam masa 24 jam • Ini harus dilakukan dalam masa 6 jam selepas kelahiran di hospital • Atau pada hari pertama jika dilahirkan di rumah • Memberi khidmat nasihat dan memberi bantuan cara posisi dan pelekapan yang betul dan penghisapan yang berkesan • Beritahu ibu tentang kumpulan sokongan dan bantuan susulan yang ada kathy_NLC'22 57


Kontak 4 – Selepas kelahiran 2: hari 2-4 • Memeriksa keadaan ibu dan bayi • Membuat susulan tentang lawatan sebelumnya, perhatikan penyusuan susu ibu • Menasihatkan ibu tentang apa-apa kesukaran yang dihadapi • Menggalakkan penyusuan secara eksklusif. kathy_NLC'22 58


Kontak 5 – Selepas kelahiran 3: hari 5-8 • Memeriksa keadaan ibu dan bayi • Membuat susulan tentang lawatan sebelumnya, perhatikan penyusuan susu ibu • Menasihatkan ibu tentang apa-apa kesukaran yang dihadapi • Menggalakkan penyusuan secara eksklusif. kathy_NLC'22 59


Kontak 6 – Selepas kelahiran 4: antara hari 10 ke 20 • Memeriksa keadaan ibu dan bayi • Membuat susulan tentang lawatan sebelumnya, perhatikan penyusuan susu ibu • Menasihatkan ibu tentang apa-apa kesukaran yang dihadapi • Menggalakkan penyusuan secara eksklusif. kathy_NLC'22 60


Kontak 7 – Selepas kelahiran 5: antara minggu 6 dan 8 • Boleh dilakukan selepas 6 minggu kelahiran • Memeriksa keadaan ibu dan bayi • Membuat susulan tentang lawatan sebelumnya, perhatikan penyusuan susu ibu • Menasihatkan ibu tentang apa-apa kesukaran yang diihadapi • Menggalakkan penyusuan secara eksklusif. kathy_NLC'22 61


Kontak berterusan – selepas 2 bulan • Lawatan susulan bagi penilaian kesihatan, perkembangan dan immunisasi • Atau apabila ibu dan bayi datang untuk masalah kesihatan atau perancang keluarga • Menasihatkan ibu tentang apa-apa kesukaran yang diihadapi • Menggalakkan penyusuan secara eksklusif sehingga bayi berumur 6 bulan. • Ibu yang HIV positif perlu dirujuk untuk khidmat nasihat secara perseorangan mengikut polisi kebangsaan kathy_NLC'22 62


Rujukan atau sokongan setelah pulang ke rumah kathy_NLC'22 63


• Ibu yang tidak mahu atau tidak boleh memberi susu ibu juga perlu diberi sokongan dan bantuan dari segi pengurusan penyusuan atau pemakanan bayi mereka. • Sokongan atau bantuan ini adalah untuk memastikan bayi mendapat penyusuan atau pemakanan yang optima dan selamat. Ibu-ibu perlu diberitahu tentang bagaimana untuk mendapat bantuan berterusan sekiranya menghadapi kesulitan setelah pulang ke rumah. • Sokongan ini boleh diperolehi dengan cara-cara berikut: ➢Menghubungi hospital tempat ibu melahirkan ➢Menghubungi Hospital Rakan Bayi berdekatan ➢Menghubungi klinik kesihatan yang berdekatan ➢Menghubungi Kaunselor Laktasi berpandukan risalah yang diberikan. ➢Menghubungi kumpulan sokongan terlatih kathy_NLC'22 64


• Bahan Pendidikan bercetak PERLU dibekalkan kepada ibu setelah selesai sesi demonstrasi kathy_NLC'22 65


66 kathy_NLC'22 National Lactation Centre Tingkat 5 Hospital Selayang 017-361 2790 [email protected] National Lactation Centre nationallactation


Click to View FlipBook Version