HIMPUNAN Inovasi
Pendidikan
Daerah Kinta Utara
Tahun 2021
KATEGORI
PRASEKOLAH
( GURU )
KAD RUTIN ‘MEMORIZE TRAIQNIC’
Kategori Inovasi: Kategori Pertandingan:
INOVASI PDPC INDIVIDU PRASEKOLAH
Kemahiran membaca merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu yang amat
penting dari peringkat prasekolah lagi. Terdapat beberapa kajian telah dijalankan
bagi menguji hipotesis bahawa kaedah Memorize TraiQnic berkesan dan
membantu cepat membaca dalam tempoh yang singkat untuk murid-murid
prasekolah, tahun satu dan murid pemulihan. Berdasarkan pemerhatian di dalam
bilik darjah semasa PdPc menunjukkan murid tidak menguasai bacaan asas
suku kata terbuka dan suku kata tertutup pada 3 bulan awal persekolahan.
Berdasarkan isu ini, saya telah membuat beberapa tinjauan awal. Antaranya
menjalankan bacaan lisan secara individu kepada keseluruhan murid-murid
Prasekolah Inovatif SK Pakatan Jaya seramai 25 orang. Hasil daripada bacaan
lisan itu, didapati 1 orang boleh membaca, 10 orang mengenal semua huruf, 10
orang sedang menguasai huruf dan 7 orang tidak kenal keseluruhan huruf, cuma
kenal a dan o. Oleh yang demikian, saya mengambil inisiatif menghasilkan
inovasi kad ‘Memorize TradiQnic’ yang merupakan asas kepada kaedah cepat
membaca dengan penggunaan yang optima dan penggunaan yang menyeluruh
untuk murid-murid prasekolah dan boleh diguna pakai oleh murid-murid tahap 1
dan murid-murid pemulihan khas. Ia juga mengalakkan murid belajar dengan
cara yang mudah, bermakna, berkesan dan menyeluruh.
NAMA:
NORHAMIZAH BINTI IBRAHIM
TEMPAT BERTUGAS:
SK PAKATAN JAYA
DAERAH: KINTA UTARA
MAKLUMAT DIHUBUNGI
018-8703823
[email protected]
Link dan QR code
pembentangan
Katergori Inovasi: KIT MATEMATIK TamTol
INOVASI PDPC
Kategori Pertandingan:
INDIVIDU PRASEKOLAH
ABSTRAK
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyatakan bahawa pedagogi
berasaskan bermain sebagai pendekatan yang perlu dilaksanakan dalam proses
pegajaran dan pembelajaran di prasekolah. Pelaksanaan pedagogi berasaskan
bermain merentasi tunjang prasekolah membawa kepada matlamat
pembelajaran tanpa mengabaikan minat kanak-kanak. Apabila keperluan
bermain kanak-kanak dipenuhi, secara tidak langsung minat kanak-kanak akan
meningkat seterusnya objektif pembelajaran mudah untuk dicapai.
Kit Matematik TamTol salah satu aktiviti permainan disamping belajar
aktiviti operasi tambah dan tolak. Kit Matematik TamTol merupakan satu kaedah
mengecam nombor, membuat operasi tambah dan tolak. Sebahagian murid-
murid prasekolah yang baru belajar operasi tambah dan tolak didapati kurang
cekap membuat pengiraan. Teknik ini sangat efektif untuk murid-murid
prasekolah yang sukar membuat operasi tambah dan tolak. Bahan Bantu
Mengajar ini direka untuk memudahkan murid-murid yang baru belajar operasi
tambah dan tolak.
Murid-murid boleh membuat operasi tambah dan tolak tanpa bimbingan
guru, murid bersemangat untuk memberi tumpuan ketika teknik ini dijalankan
serta memberi kesan yang positif. Selain itu, murid-murid kurang melakukan
kesilapan semasa membuat operasi tambah dan tolak. Kit Matematik TamTol ini
membantu murid-murid prasekolah membelajar operasi tambah dan tolak
dengan mudah. Tambahan pula, Kit Matematik TamTol ini menarik perhatian dan
ingin belajar di kalangan murid-murid prasekolah.
NAMA:
M YAMUNAGAYATHRRI A/P M MURUGIAH
TEMPAT BERTUGAS:
SJKT TAMAN DESA PINJI
DAERAH: KINTA UTARA
MAKLUMAT DIHUBUNGI
NO. TEL : 017 – 5127023
EMAIL : [email protected]
Link dan QR code
pembentangan
PENGGUNAAN “RODA IMPIAN” DI KALANGAN MURID PRASEKOLAH
DAPAT MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENGEJA
SUKUKATA KV MELALUI KAEDAH BELAJAR SAMBIL BERMAIN
Katrgori Inovasi: Kategori Pertandingan:
INOVASI PDPC INDIVIDU PRASEKOLAH
ABSTRAK
Kajian inovasi ini dijalankan bertujuan untuk menilai sejauh manakah
penggunaan roda impian dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran
mengenal huruf dan mengeja perkataan mudah bagi suku kata KV di
kalangan murid prasekolah. Objektif kajian adalah untuk meninjau tahap
penggunaan roda impian dalam membantu kanak-kanak dapat mengeja
perkataan dengan mudah dan lancar. Sasaran untuk kajian ini terdiri daripada
murid kelas Pra Inovatif SK Seri Kelebang seramai 25 orang yang akan
menggunakan roda impian sebagai bahan bantu belajar di sekolah dan di
rumah sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPr)
berlangsung. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian dan senarai semak
sebagai instrumen. Terdapat peningkatan peratus dalam proses mengenal
huruf dan mengeja suku kata menggunakan roda impian terhadap murid-murid
Pra Inovatif berdasarkan hasil dapatan tinjauan sebelum dan tinjauan selepas
Tindakan. Secara keseluruhannya murid-murid telah mencapai 92% untuk
objektif pertama manakala 84% untuk objektif kajian yang kedua. Kajian ini
telah membuktikan bahawa penggunaan roda impian sebagai bahan bantu
belajar telah berjaya membolehkan murid-murid Pra Inovatif mengingati,
mengenal dan menyebut huruf dan seterusnya mengeja perkataan dengan
mudah dan lancar.
NAMA:
UMMI HABIBAH BINTI ABD RASHID
TEMPAT BERTUGAS:
SK SERI KELEBANG
DAERAH: KINTA UTARA
MAKLUMAT DIHUBUNGI
NO. TEL : 013-7778142
EMAIL :[email protected]
Link dan QR code
pembentangan
KIT SENSORI ASAS BAHASA TAMIL ( KSABAT )
Kategori Inovasi : Kategori Pertandingan:
INOVASI PDPC KUMPULAN PRASEKOLAH
ABSTRAK
Pengkaji telah menjalankan pemerhatian dalam kelas dan mendapati
segelintir murid prasekolah menghadapi masalah dalam penguasaan huruf
asas Bahasa Tamil. Daripada hasil tinjauan tersebut, pengkaji merekacipta
inovasi yang bertajuk KIT SENSORI ASAS BAHASA TAMIL bagi
membantu murid untuk mengecam, menyebut dan menulis huruf asas
Bahasa Tamil dengan teknik yang betul. Inovasi ini telah dipraktiskan selama
tiga minggu di kelas prasekolah. Tujuan inovasi ini adalah untuk mengkaji
tahap pengenalan, penyebutan dan cara penulisan huruf asas Bahasa
Tamil dalam kalangan murid prasekolah. Selain daripada itu, inovasi ini juga
dapat memupuk minat murid prasekolah dalam menguasai kemahiran
prabacaan. Inovasi ini juga akan bertindak sebagai bahan
pemulihan,pengukuhan dan pengayaan. Penggunaan kertas pasir bertujuan
untuk memudahkan anak murid dapat mengenalpasti arah penulisan huruf,
menggabungkan bunyi huruf serta mengingat bentuk huruf. Langkah
pertama adalah murid akan meraba simbol huruf dengan menggunakan jari
telunjuk. Kemudian, murid akan mendengar bunyi huruf melalui kod qr yang
disediakan di atas kad huruf yang sama. Seterusnya, murid akan mengulang
langkah satu sambil membunyikan huruf. Setelah murid mahir dalam proses
mengecam dan membunyikan kesemua dua belas huruf asas Bahasa Tamil,
murid akan dilatih untuk menulis kesemua huruf asas dengan teknik yang
betul
NAMA:
MALARVILI A/P LACHIMUNAN
KASTHURI A/P VARATHARAJAN
TEMPAT BERTUGAS:
SJKT MENGLEMBU
DAERAH: KINTA UTARA
MAKLUMAT DIHUBUNGI
012-5572741 ([email protected]):
010-2298840 ([email protected]
Link dan QR code
pembentangan
Kategori Inovasi : BAHAN PELANTAR ILMU
INOVASI PDPC
Kategori Pertandingan :
INDIVIDU PRASEKOLAH
ABSTRAK
Bahan Pelantar Ilmu yang dihasilkan adalah untuk diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran norma baharu, terutamanya ketika negara sedang menghadapi
pandemik Covid-19. Sasaran utama Bahan Pelantar Ilmu ini dihasilkan adalah untuk
murid kelas Pra Kasih, Prasekolah Sekolah Kebangsaan Jalan Panglima Bukit
Gantang bagi meningkatkan tahap kemahiran membina dan membaca suku kata
dan perkataan yang berdasarkan dengan Tunjang Komunikasi Bahasa Melayu
seperti yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran
Semakan 2017 ( DSKP ) Prasekolah. Bahan Pelantar Ilmu ini tidak melibatkan kos
yang tinggi kerana projek inovasi ini lebih mengutamakan nilai sayang pada alam
iaitu menggunakan kotak yang dikitar semula. Sebelum projek inovasi ini
diperkenalkan, murid – murid kelas Pra Kasih, Prasekolah Sekolah Kebangsaan
Jalan Panglima Bukit Gantang mempunyai tahap kemahiran yang berbeza. Hasil
dapatan pemerhatian guru, menunjukkan bahawa peningkatan jumlah bilangan
murid Pra Kasih yang berminat terhadap pengajaran guru sekiranya guru
menggunakan kaedah bunyi huruf ( Fonetik Bahasa Melayu ) dengan menggunakan
Bahan Pelantar Ilmu ini. Pengajaran dan Pembelajaran membina dan membaca
suku kata dan perkataan dalam Bahasa Melayu bagi murid kelas Pra Kasih,
Prasekolah Sekolah Kebangsaan Jalan Panglima Bukit Gantang, terutamanya
dalam suasana Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah ( PDPR ) dapat
memberikan peluang untuk murid lebih faham dengan pengajaran yang
disampaikan oleh guru serta dapat memberikan peluang kepada ibu bapa turut
serta belajar dan lebih faham cara penggunaan kaedah fonetik Bahasa Melayu
untuk membina dan membaca suku kata dan perkataan yang betul. Selain itu,
melalui penggunaan Bahan Pelantar Ilmu ini juga dapat memudahkan ibu bapa
faham dan dapat membantu guru untuk mengajar murid di rumah. Cabaran guru
Prasekolah untuk mengajar murid kelas Pra Kasih yang mempunyai tahap
kemahiran berbeza dapat ditangani dengan mudah melalui perlaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran secara kaedah fonetik Bahasa Melayu melalui
penggunaan Bahan Pelantar Ilmu ini. Impak positif hasil inovasi ini dijangka dapat
membantu dan memberi manfaat kepada semua guru Prasekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia. Matlamat projek inovasi ini, adalah untuk meningkatkan
kemahiran murid dalam membina dan membaca suku kata dan perkataan melalui
kaedah fonetik Bahasa Melayu dengan betul dan tepat.
NAMA:
ROSZAIREEN BINTI ALI
TEMPAT BERTUGAS:
SK JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG
DAERAH: KINTA UTARA
MAKLUMAT DIHUBUNGI Link dan QR code
NO. TEL : 0164285993 pembentangan
EMIL : [email protected]
KETUK-KETUK PANDAI
Kategori Inovasi : Kategori Pertandingan:
INOVASI PDPC KUMPULAN PRASEKOLAH
ABSTRAK
Ketuk-ketuk Pandai merupakan satu alat permainan ringkas yang dicipta
bagi menarik minat murid untuk belajar dan membantu menghilangkan rasa
mengantuk di dalam kelas dan mengembalikan mood pembelajaran. Contoh
penggunaan alat permainan ini, murid dikehendaki mengetuk kad gambar
yang betul berdasarkan bunyi yang diperdengarkan. Gambar-gambar akan
diletakkan secara rawak di atas meja. Murid hanya perlu membuat pilihan
yang tepat. Gambar yang diketuk akan melekat pada key-chain pelekat.
Permainan ini menekankan penglibatan domain psikomotor dan kognitif.
Domain psikomotor digunakan semasa mengetuk kayu pengetuk. Manakala
domain kognitif digunakan apabila daya tumpuan dan kemahiran membuat
keputusan memilih kad gambar yang tepat. Walaupun penggunaan bahan
yang mudah dan ringkas , permainan ini secara tidak langsung mewujudkan
keghairahan murid untuk menerima pembelajaran. Di samping itu, produk ini
boleh digunakan untuk semua matapelajaran dan peringkat umur sama ada
prasekolah, pemulihan dan tahap satu. Selain itu produk ini dapat memenuhi
ciri-ciri membantu guru dan murid seperti tidak perlu berkongsi, mudah
disimpan dan dibawa kemana- mana sahaja.
NAMA:
NOR AZLINA BINTI NOOR AZHAR
KHAIRUL AFFRINA BINTI KASUL
MAHASLINI BINTI MOHAMED AMIN
TEMPAT BERTUGAS:
SK DATO’ AHMAD SAID TAMBAHAN
DAERAH: KINTA UTARA
MAKLUMAT DIHUBUNGI
1. NO TEL : 017-5774615
EMEL: [email protected]
2. NO TEL : 017-4827312
EMEL: [email protected]
3. NO TEL : 012-5767905
EMEL: [email protected]
Link dan QR code
pembentangan
Kategori Inovasi : MULTI – SCRIBBLE
INOVASI PDPC
Kategori Pertandingan:
INDIVIDU PRASEKOLAH
ABSTRAK
Multi-Scibble merupakan inovasi permainan pasir yang dihasilkan untuk
membantu murid menguasai kemahiran motor halus dan mengenal warna
serta pandai mengira. Multi - Sciribble ini dibuat dengan batang aiskrim yang
berwarna – warni dan pasir warna-warni. Ia digunakan semasa PdPc di luar
bilik darjah atau semasa main bebas iaitu pada awal tahun untuk menguatkan
motor halus kanak-kanak,bagi meningkatkan minat kanak-kanak dalam asas
menulis serta bagi mengenal warna melalui penarikan Multi - scribble yang
berwarna-warni. Ia dihasilkan seperti sebuah kid permainan. Produk Multi-
Scribble menguatkan motor halus kanak-kanak, membantu kanak-kanak
menulis huruf, nombor, melukis dan sebagainya bagi mengflexsibelkan motor
halusnya. Produk ini, membantu kanak-kanak mengingat dan mengimbas
kembali, bermakna serta berkesan. Responden bagi projek Inovasi ialah 7
murid Prasekolah SJKT Kerajaan, Ipoh. Keberkesanan Inovasi diukur dengan
pemerhatian kekuatan motor halus kanak-kanak. Pada akhirnya 7 murid
prasekolah dapat memegang pensel dengan cara yang betul dan aktif dalam
pdp. Jumlah keseluruhan kos ialah RM 10.00 hingga RM 25.00. Multi-
Scribble sangat berpotensi untuk disebarkan kepada pihak lain kerana ia
boleh didaftarkan untuk hak cipta. Ia sesuai untuk kanak-kanak 4-8 tahun
serta murid pendidikan khas. Ia boleh diperbanyakkan dengan kos yang
berpatutan dan bersifat komersil serta boleh dipasarkan.
NAMA:
GAYATHRY DEVI A/P SUPPIAH
TEMPAT BERTUGAS:
SJKT KERAJAAN, IPOH
DAERAH: KINTA UTARA
MAKLUMAT DIHUBUNGI:
No. tel: 016-6198305
Email Id: [email protected]
Link dan QR code
pembentangan
MODUL BERTEMA UNTUK MURID-MURID PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS
MASALAH PEMBELAJARAN
Kategori Inovasi : Kategori Pertandingan:
INOVASI PDPC INDIVIDU PRASEKOLAH
ABSTRAK
Modul Bertema dibangunkan untuk memberi pendedahan kepada kaedah
pembelajaran lebih menarik untuk kanak-kanak masalah pembelajaran di
peringkat awal pembelajaran. Modul ini dibangunkan mengikut sukatan di dalam
KURIKULUM PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN
2010. Modul ini merangkumi Tunjang komunikasi untuk Bahasa Malaysia dan
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika untuk Motor Halus.
Modul Bertema ini dibangunkan dengan gabungan dua elemen iaitu teks dan
grafik. Ia mampu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik
dan berkesan. Guru hanya perlu menggunakan item-item yang terdapat di dalam
modul ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif serta mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan
NAMA :
ROSILAWATI BINTI RAZALI
TEMPAT BERTUGAS :
SK JELAPANG JAYA, IPOH
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO TEL : 0124692791
EMAIL : [email protected]
Link dan QR code
pembentangan
KAEDAH 2A(ANYWHERE & ANYTIME) TAMIL SERIALFLIP
Kategori Inovasi : Kategori Pertandingan:
INOVASI PDPC INDIVIDU PRASEKOLAH
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan PdPc saya dalam
pengajaran. Kaedah 2A (Anywhere & Anytime) Tamil Serialflip Reading Book
meningkatkan Kefasihan Dalam Bacaan Bahasa Tamil yang menggunakan
kaedah inovasi berpandukan Anyflip digital. Kajian ini dijalankan dengan
menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang melibatkan kumpulan
sasaran seramai 20 orang murid prasekolah SJKT KLEBANG pada tahun
2021. Data yang dikumpulkan dalam kajian ini menggunakan kaedah
instrumen kajian seperti kaedah pemerhatian, senarai semak dan temu bual.
Intervensi telah dilaksanakan dengan menggunakan teknologi terkini iaitu
pendedahan terhadap aplikasi digital anyflip dalam Bahasa Tamil supaya
murid fasih dalam menyebut serta membaca perkataan dengan
memahaminya. Pengulangan perkataan (repeating) dapat meningkatkan
daya ingatan murid serta gambar-gambar yang terkandung pada flipbook
tersebut menarik perhatian murid untuk membaca dengan pantas serta
dengan penuh keyakinan. Dapatan kajian membuktikan bahawa penggunaan
anyflip book sangat membantu murid-murid prasekolah dalam menguasai
huruf dan perkataan Bahasa Tamil kerana penggunaanya luas dan mudah
digunakan dengan adanya peranti digital seperti komputer riba, tablet dan
telefon pintar. Kaedah ini sesuai dengan pendidikan maya alaf baharu ini
disamping aktiviti pdpr yang menyebabkan murid belajar dari rumah. Secara
keseluruhannya, kajian ini bukan sahaja dapat meringankan tugas guru
malahan mampu meningkatkan minat dan pengalaman yang berbeza dalam
diri murid-murid prasekolah semasa menjalankan aktiviti. Kajian ini juga
dapat membantu saya memahami proses pelaksanaan kajian tindakan
secara keseluruhannya.
NAMA :
JAYANTHI A/P BATHAMANATHAN
TEMPAT BERTUGAS :
SJKT KLEBANG,CHEMOR
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL : 016-4425046
EMEL :- [email protected]
Link dan QR code
pembentangan
Kategori Inovasi : TULISAN TITIK
INOVASI PDPC
Kategori Pertandingan:
KUMPULAN PRASEKOLAH
ABSTRAK
Tulisan Titik dapat membantu murid-murid untuk meningkatkan kemahiran
menulis dengan betul dan mengenal huruf.
• BM 3.2.1 Menulis huruf kecil dengan cara yang betul
• BM 2.2.1 Mengenal pasti abjad
Inovasi Tulisan Titik ini mengandungi abjad yang tersusun secara rawak dan
titik-titik yang dihasilkan pada helaian lembaran. Tulisan titik ini boleh
digunakan semasa PdPC di dalam bilik darjah iaitu dalam tajuk BM 3.2
Menguasai kemahiran menulis dan BM 2.2 Mengenal huruf abjad. Bagi aktiviti
menulis huruf kecil dengan cara yang betul, murid boleh menyambungkan titik
berdasarkan panduan huruf yang telah di sediakan di atas titik tersebut. Bagi
aktiviti mengenal huruf pula, murid boleh mmenulis sambil menyebut huruf
yang telah tersusun secara rawak pada helaian Tulisan Titik tersebut. Apa
yang membezakan menulis pada helai Tulisan Titik ini ialah penggunaan titik
adalah paling minima hanyalah satu titik sahaja yang disedikan. Jadi murid
akan berusaha dengan sendiri membentuk huruf tanpa bantuan atau
sokongan sepenuhnya mengikut penuh titik-titik huruf. Hal ini juga bagi
mengelakkan dari murid dibimbing dengan memegang tangannya ketika mula
belajar menulis. Melalui helai Tulisan Titik ini, murid akan mahir menulis
dengan cara yang betul dan secara tidak langsung murid akan mengenal
huruf. Menurut Hamalik (1986), minat dan keinginan untuk belajar dalam
kalangan murid dapat dibangkitkan dengan adanya bahan bantu mengajar
semasa proses pengajaran dilaksanakan dan keadaan ini juga turut
mempengaruhi motivasi yang seterusnya akan menjadikan murid aktif sekali
gus memberikan kesan positif terhadap murid. Oleh yang demikian, inovasi
Tulisan Titik sebagai bahan bantu mengajar ini dapatlah disimpulkan sebagai
sesuatu yang sangat menarik minat dan fokus murid terhadap pembelajaran
menulis huruf dan mengenal abjad.
NAMA :
NUR AMMALIN BINTI MOHD NOOR
ZABIDAH BINTI MAT NOOH
TEMPAT BERTUGAS :
SK TAMBUN
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
1. No. Tel :012-5421581
EMIL : [email protected]
2. No. Tel: 017-5035550
EMIL : [email protected]
Link dan QR code
pembentangan
KATEGORI
PRASEKOLAH
( AKP )
Kategori Inovasi : KIT PANTAS MENGIRA
INOVASI PDPC
Kategori Pertandingan:
AKP PRASEKOLAH
ABSTRAK
Dalam mata pelajaran matematik, operasi tambah dan tolak adalah tajuk
penting yang seharusnya dikuasai oleh murid seawal usia 6 tahun. Oleh
yang demikian Kit Pantas Mengira dihasilkan bagi membantu murid
menguasai operasi tambah dan tolak dengan mudah dan pantas. Kit Pantas
Mengira memfokuskan operasi tambah dan tolak dalam lingkungan angka
0-10.
Kebiaasaan murid akan mula mengira mengikut jumlah digit yang dilihat.
Contoh soalan A+B=C, murid akan mula mengira nilai A dengan
mengunakan jari atau objek tertentu dan ditambah nilai B dengan jari atau
objek. Kemudian, murid akan mengira sekali lagi keseluruhan jumlah jari
atau objek untuk mendapatkan jumlah C. Kaedah yang sama juga akan
digunakan untuk menyelesaikan operasi tolak. Hal ini menyebabkan murid
mengambil masa untuk mengira berulangkali bagi menyelesaikan satu
soalan operasi tambah mahupun tolak.
Dengan mengunakan Kit Pantas Mengira, murid tidak lagi perlu mengira
berulangkali. Murid hanya perlu menanggalkan atau menambah kepingan
magnet pada roda mengira untuk menyelesaikan soalan operasi tambah
atau tolak. Angka yang terdapat pada roda mengira membantu murid
mendapatkan terus jawapan, murid tidak perlu lagi mengira berulang kali.
Satu perbandingan kaedah mengira tanpa Kit Pantas Mengira dan dengan
menggunakan Kit Pantas Mengira telah dilakukan bersama seorang murid.
Hasil dari perbandingan ini, didapati bahawa murid lebih faham untuk
menyelesaikan soalan operasi tambah dan tolak, serta dapat menyelesaikan
soalan tambah dan tolak dengan mudah dan pantas. Kekerapan
menggunakan Kit Pantas Mengira, InsyaAllah boleh membantu murid
semakin mahir dan dapat menyelesaikan soalan operasi tambah dan tolak
secara congak sahaja
NAMA :
JUNAIDAH BINTI JOHARI
TEMPAT
SK SYED IDRUS
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
No. Tel: 019-5172607
EMEL : [email protected]
Link dan QR code
pembentangan
Kategori Inovasi : RAJA BUAH AH
INOVASI PDPC
Kategori Pertandingan:
AKP PRASEKOLAH
ABSTRAK
Kajian seni visual ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran motor
halus dan daya tumpu murid di antara koordinasi mata-tangan. Video ini
telah dihasilkan bagi membantu guru, ibubapa dan murid dalam
melakukan aktiviti seni. Video yang telah dihasilkan ini mempunyai muzik
latar yang boleh menarik minat murid untuk menyasikkan video ini dari
mula hingga akhir. Penyediaan bahan untuk menghasilkan seni "Raja
Buah” ini adalah mudah didapati. Di samping itu, untuk menghasilkan
seni ‘Raja Buah” ini amat mudah bagi murid membuatnya. Penghasilan
video yang mempunyai pelbagai tarikan seperti penggunaan muzik latar,
bahan - bahan yang mudah didapati serta cara penghasilan yang mudah
difahami dan penuh keceriaan ini adalah amat sesuai dengan tahap
umur murid – murid prasekolah sama ada prasekolah di aliran perdana
mahupun prasekolah pendidikan khas.
NAMA :
HASLINA BINTI ABDUL RAHMAN
TEMPAT
SK PENDIDIKAN KHAS
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
No. Tel:
EMEL :
Link dan QR code
pembentangan
KATEGORI
INDIVIDU SEKOLAH
RENDAH
Kategori Inovasi : MODUL PEDAGOGI PA4K
INOVASI PDPC
Kategori Pertandingan:
ABSTRAK INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
Modul Pedagogi PA4K dibangunkan untuk menyokong penerapan kemahiran 4K
(pemikiran kritis, komunikasi, kolaborasi dan kreativiti) dalam pembelajaran
matematik Tahun Tiga menerusi aktiviti pembelajaran aktif. Modul Pedagogi PA4K
telah melalui tiga fasa penilaian iaitu kesahan, kebolehgunaan dan
kebolehpercayaan. Modul ini mencapai nilai peratus kesahan yang tinggi bagi setiap
item dengan julat antara 86.67% hingga 100.00%. Hasil analisis ujian-t dalam kajian
kebolehgunaan pula mendapati Modul Pedagogi PA4K berupaya meningkatkan
penguasaan kemahiran 4K dalam kalangan murid secara signifikan, p ≤ .005.
Kebolehpercayaan modul ini juga adalah tinggi dengan nilai-nilai pekali Cronbach
Alpha, α ≥ 0.7 menandakan ketekalan dalamannya yang baik. Kesimpulannya, Modul
Pedagogi PA4K berpotensi meningkatkan penguasaan kemahiran 4K murid dalam
pembelajaran Nombor Bulat dan Operasi Asas melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran
aktif. Modul ini berpotensi digunakan oleh KPM, guru-guru matematik dan murid-
murid Tahun Tiga.
NAMA :
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN
TEMPAT:
SK SERI MUTIARA
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL : 013-2166079
EMIL :[email protected]
Link dan QR code
pembentangan
PINUTA (PIRAMID NUN TANWIN)
Kategori Inovasi : Kategori Pertandingan:
INOVASI PDPC INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
ABSTRAK
Kajian ini akan membincangkan penggunaan inovasi dalam pengajaran dan
pembelajaran ilmu tajwid yang melibatkan hukum nun sakinah dan tanwin (hukum
lima) yang dinamakan sebagai kaedah PINUTA. Kaedah Pinuta menggunakan teknik
padanan lima lapisan piramid dengan bilangan lima hukum tajwid yang melibatkan
nun sakinah dan tanwin.Pinuta ini juga diwarnakan dengan warna yang berbeza bagi
setiap lapisan untuk memudahkan lagi murid untuk menghafal warna tersebut
mengikut hukum tajwid bagi setiap bahagian. Kajian ini bertujuan untuk menilai
keberkesanan kaedah Pinuta terhadap penguasaan murid melibatkan hukum nun
sakinah dan tanwin. Metodologi Kajian yang digunakan adalah melalui temubual
bersama guru dan hasil kerja murid. Selain itu ujian pra dan ujian pasca dilaksanakan
kepada murid Tahun 6. Hasil daripada kajian yang dijalankan menunjukkan kaedah
Pinuta telah dapat mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran berkaitan
dengan nun sakinah dan tanwin (hukum lima). Kaedah Pinuta juga mampu membantu
murid memahami, mengingati dan menguasai hukum Iklab, Idgham Bila Ghunnah,
Idgham Maal Ghunnah, Izhar Halqi dan Ikhfak Hakiki dengan mudah dan pantas.
Hasil daripada kajian ini menyumbang kepada peningkatan kepelbagaian kaedah
pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid agar menjadi satu ilmu yang mudah untuk
dikuasai oleh murid dan secara tidak langsung dapat membantu memperbetulkan
bacaan al-Quran dengan bertajwid.
NAMA :
MARDIANA BINTI KAMIL
TEMPAT:
SK JATI
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL :019-6024160
EMEL :[email protected]
Link dan QR code
pembentangan
Kategori Inovasi : DADU BIMATE TJI 3.0
INOVASI PDPC
Kategori Pertandingan:
INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
ABSTRAK
Dadu BiMate TJI 3.0 dihasilkan bagi membantu murid Tahun Tiga menguasai
konsep koordinat dalam pembelajaran matematik dan fakta sains. Inovasi
permainan berteraskan STEM (Science Technology, Engineering and
Mathematics) ini juga direka bentuk bagi membantu menguatkan memori
murid. Instrumen soal selidik dan ujian telah digunakan dalam kajian ini.
Dapatan soal selidik mendapat skor yang tinggi iaitu dalam julat 4.93 hingga
5.00 bagi kelima-lima item yang dikemukakan. Dapatan daripada ujian yang
dijalankan pula mencatatkan purata skor 96% bagi item berkaitan koordinat,
93% bagi item fakta sains manakala 89% bagi item memori. Dapatan soal
selidik dan ujian ini menunjukkan potensi Dadu BiMate TJI 3.0 dalam
membantu memupuk minat dan kefahaman murid terhadap konsep koordinat
dan fakta sains melalui aktiviti permainan. Selain itu, Dadu BiMate TJI 3.0 juga
sesuai digunakan untuk membantu meningkatkan memori murid. Oleh yang
demikian, penggunaan Dadu BiMate TJI 3.0 dalam kelas matematik dan sains
adalah sesuai dan perlu diperluaskan lagi kepada murid-murid Tahun Tiga di
sekolah-sekolah lain.
NAMA :
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN
TEMPAT:
SK SERI MUTIARA
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL : 013-2166079
EMIL :[email protected]
Link dan QR code
pembentangan
MY CHICK COUNT MASTER
Kategori Inovasi : Kategori Pertandingan:
INOVASI PDPC INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
ABSTRAK
My Chick Count Master dihasilkan untuk membantu murid-murid pemulihan
yang masih belum menguasai kemahiran asas operasi tambah dalam
lingkungan 0 hingga 20. Ia juga berertujuan untuk mengkaji keberkesanan
penggunaan My Chick Count Master terhadap pencapaian murid dalam
matapelajaran, Matematik murid pemulihan tahun 2 di Sjkt St. Philomena
Convent, Ipoh Perak. Kajian ini dijalankan selama 8 minggu yang melibatkan
seramai 30 orang murid pemulihan dari tahun 2. Bilangan sampel dipilih secara
rawak dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 12 orang murid sebagai
kumpulan rawatan dan 12 orang murid lagi sebagai kumpulan kawalan.
Instrumen yang digunakan ialah soalan ujian pra dan ujian pasca untuk
mengukur tahap pencapaian murid dalam matapelajaran Matematik tahun 2.
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan pencapaian antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan
dalam ujian pra. Pencapaian murid dalam matapelajaran agak rendah, kerana
gagal memahami kemahiran asas operasi Tambah dalam lingkungan 0-20.
Implikasi daripada kajian ini membolehkan pelajar memahami My Chick Count
Master dengan lebih jelas dan secara tidak langsung dapat menarik minat
pelajar untuk belajar dan meningkatkan pencapaian pelajar.
Kata kunci : My Chick Count Master, pencapaian,Matematik.
NAMA :
AMUTHA A/P RAMACHANDRAN
TEMPAT BERTUGAS :
SJKT ST. PHILOMENA CONVENT
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL :012-5133237
EMIL : [email protected]
Link dan QR code
pembentangan
KIT KLIP-KLIP KV
Kategori Inovasi : Kategori Pertandingan:
INOVASI PDPC INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
ABSTRAK
“KLIP-KLIP KV” dihasilkan untuk murid-murid yang lemah dalam
menggabungkan dua suku kata tertutup khususnya untuk murid Pemulihan
Khas. Inovasi yang dihasilkan mengandunggi 3 set kemahiran dua suku kata
tertutup iaitu V+KV, KV+KV dan KV+KVK. Setiap set yang lengkap
mengandungi 6 kad board bergambar dan 6 set kad suku kata. Cara
penggunaan Kit “Klip-Klip KV” ini ialah murid perlu menyusun suku kata yang
betul berdasarkan gambar pada kad board. Suku kata tersebut mempunyai
warna bergred untuk memudahkan kefahaman murid untuk mencantumkan
suku kata dengan betul iaitu warna merah dan biru. Sebagai penambahan
untuk didik hibur dalam inovasi ini setiap kad board bergambar mempunyai
lampu LED berwarna hijau yanag akan menyala sekiranya gabungan suku
kata tersebut dipadankan dengan betul. Murid lebih seronok dan teruja
melihat lampu yang menyala dan memberi motivasi kepada mereka untuk
mencuba lagi. Jumlah keseluruhan kos yang diperlukan adalah sebanyak
RM44.30. Sebelum inovasi diperkenalkan, bilangan murid Pemulihan Khas
yang tidak menguasai kemahiran membatangkan dua suku kata tertutup
ialah seramai 6 orang. Setelah menggunakan inovasi ‘klip-klip KV’ murid diuji
dengan soalan bertulis dengan menggabungkan 10 suku kata tertutup
daripada gambar yang diberi tanpa bantuan guru, rakan-rakan mahupun
perkataan-perkataan. Hasilnya sangat baik, 6 orang murid ini dapat
menjawab 5 hingga 9 perkataan dengan betul berbanding sebelum ini yang
langsung tidak tahu untuk mengabungkan suku kata dengan betul. Begitu
juga diuji dengan soalan secara lisan, murid dapat membatangkan dengan
ejaan dan sebutan yang tepat. Selain digunakan untuk murid Pemulihan
Khas inovasi ini juga bersesuaian untuk digunakan oleh kanak-kanak seawal
usia 4-5 tahun, murid Pra Sekolah, murid tahun 1 dan murid Pendidikan
Khas.
NAMA :
FAZLIYANA BT MAT PUZI
TEMPAT BERTUGAS :
SK MANJOI SATU
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL : 016-5379875
EMIL : [email protected]
Link dan QR code
pembentangan
FANTASY SOUND BOX ( FSB )
Kategori Inovasi : Kategori Pertandingan:
INOVASI PDPC INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
ABSTRAK
Fantasy Sound Box ( FSB ) dihasilkan untuk memudahkan murid – murid
kelas Bahasa Tamil sekolah kebangsaan mengenali fonem – fonem bahasa
tamil mengikut sebutan yang betul. Fonologi Bahasa Tamil disifatkan dengan
kehadiran konsonan retrofleks. Fonem – fonem bahasa tamil dikelaskan
kepada vokal , konsonan dan aksara sekunder ( aytam) . Fonologi Bahasa
Tamil mempunyai jumlah sebanyak 247 huruf. Daripada 247 huruf ( fonem ),
kombinasi vokal dan konsonan sejumlah 228 huruf mempunyai sebutan/ nada
tersendiri yang dikelaskan kepada huruf yang mempunyai bunyi pendek (
kuril / குறில்) dan huruf yang mempunyai bunyi Panjang ( nedil / நெடில்).
Huruf yang mempunyai bunyi panjang kira – kira dua kali ganda kepanjangan
huruf yang mempunyai bunyi pendek. Diftong pula biasanya disebut kira –
kira 1.5 kali panjangnya berbanding huruf pendek. Kemahiran penguasaan
sebutan yang betul telah diberikan pendedahan kepada murid dari Tahun 1
lagi . Namun, murid menghadapi masalah dalam pemahaman konsep
sebutan yang betul mengikut bunyinya yang pendek dan panjang disebabkan
oleh tiada alat bantu mengajar yang bersesuaian dan banyak huruf yang
perlu dikenali dan difahami. Murid juga akan menghadapi masalah apabila
bentuk huruf – huruf berubah apabila dipasangkan dengan konsonan dan
apakah hurufnya berupa vokal panjang dan pendek. Murid kelihatan seronok
dan berminat apabila menggunakan Fantasy Sound Box dalam proses
pembelajaran. Manakala guru pula lebih mudah untuk menceritakan konsep
sebutan bunyi yang betul.
NAMA :
SAMENTHE A/P KARUNANITHE
TEMPAT BERTUGAS :
SK MARIAN CONVENT IPOH
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL : 016-4826175
EMIL : [email protected]
Link dan QR code
pembentangan
Kategori Inovasi : KIT PENSANITASI ECO
INOVASI PDPC
Kategori Pertandingan:
INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
ABSTRAK
Kit Pensanitasi Eco ini adalah cecair semulajadi yang dijadikan sebagai bahan
pensanitasi tangan. Ia diperbuat dengan bahan-bahan seperti serbuk kunyit,
daun neem, air mawar dan air. Satu produk membantu dan mengatasi
masalah menghapuskan mikroorganisma. Ia digunakan untuk mencuci
tangan. Adakalanya juga disapu pada tangan ataupun boleh digunakan untuk
mandian serta merenjis pada halaman dan dalam rumah. Murid-murid
menggunakan bahan ini membersihkan tangannya di sekolah. Ia tidak
merbahaya dan tidak beracun. Kit Pensanitasi Eco merupakan sesuatu bahan
yang membantu murid-murid menguasai ilmu pengetahuan dalam topik
kebersihan diri dan persekitaran mengikut standard Pembelajaran Pendidikan
Kesihatan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Bahagian
Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Tujuan Kit
Pensanitasi Eco dihasilkan untuk memantapkan lagi tentang kesedaran
mengenai kebersihan diri kepada murid-murid. Kit Pensanitasi Eco ini adalah
suatu kit yang direkacipta berdasarkan elemen standard asas dalam PAK21.
Kit Pensanitasi Eco direkacipta dengan unsur PBD iaitu pentaksiran menerusi
5 aktiviti seperti projek mudah. Kit ini juga boleh digunakan dengan bantuan
ibubapa dan guru.Teknik pendekatan belajar dengan projek mudah ini dapat
membantu murid-murid SJK(T) Ladang Chemor memahami tentang
kebersihan diri dan persekitaran. Kajian berbentuk ini menggunakan
pemerhatian dan temubual. Seramai 21 orang murid Tahun3 dari Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Chemor, Perak Darul Ridzuan dipilih sebagai
sampel kajian. Hasil tinjauan awal mendapati murid masih takut menggunakan
kit ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Ia sesuai digunakan oleh semua
semasa pendemic covid 19 dan pada masa yang lain. Ia juga meningkatkan
kualiti kebersihan diri dan persekitaran di kalangan murid.
NAMA :
ASHOK PILLAI A/L KUPPUSAMY
TEMPAT BERTUGAS :
SJK(T) LADANG CHEMOR
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL : 017-5426013
EMIL : [email protected]
Link dan QR code
pembentangan
Kategori Inovasi : JOM! FRACT
INOVASI PDPC
Kategori Pertandingan:
INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
ABSTRAK
Dalam abad ke-21, Malaysia menghadapi pelbagai cabaran, seperti cabaran
dari aspek globalisasi dan perkembangan dalam teknologi komunikasi.
Matematik merupakan instrumen yang sesuai digunakan untuk
mengembangkan profisiensi intelektual individu. Pecahan ialah satu topik yang
melibatkan pengiraan kompleks namun merupakan konsep yang penting dalam
matematik. Oleh hal yang demikian, murid hilang minat dan bersikap negatif
dalam proses pembelajaran pecahan. Jadi, kajian ini dilaksanakan untuk
mengenal pasti kesan penggunaan Jom! Fract dalam meningkatkan minat
belajar serta kemahiran murid dalam mencari pecahan setara dan melakukan
operasi asas tambah pecahan. Kajian berbentuk kuasi eksperimental telah
digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian ini telah menunjukkan pendekatan
pembelajaran berasaskan permainan seperti penggunaan permainan Jom! Fract
dalam proses pembelajaran telah mengurangkan kesilapan yang dilakukan oleh
murid. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan minat belajar dan
mempertingkatkan keyakinan murid dalam proses menjawab soalan
penambahan pecahan. Hal ini disimpulkan bahawa permainan Jom! Fract
memang memberi kesan yang positif dalam kalangan murid semasa
mempelajari pecahan.
NAMA :
YOONG YING QI
TEMPAT BERTUGAS :
SJKC CHUNG SHAN, IPOH
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL : 0165374931
EMIL : [email protected]
Link dan QR code
pembentangan
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA FRASA PENDEK BAGI
MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS TAHUN 2 MELALUI KAEDAH
ALL JAZZ
Kategori Inovasi : Kategori Pertandingan:
INOVASI PDPC INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan baik PdPC saya dalam
pengajaran bertajuk “My Perfect Week” yang melibatkan kemahiran
membaca dengan menggunakan kaedah ALL JAZZ (gabungan Interactive
Word Wall dan Jazz Chants). Kajian ini dijalankan dengan menggunakan
reka bentuk kajian Model Kurt Lewin (1946) yang melibatan kumpulan
sasaran seramai 4 orang murid tahun 2 Ar-Razi SK Simpang Pulai pada
tahun 2021. Data yang dikumpul dalam kajian ini menggunakan kaedah
pemerhatian, temu bual serta ujian pra dan pos yang dianalisis secara
deskriptif. Dapatan kajian mendapati aktiviti yang telah dirancang dalam
kajian ini telah membantu murid dalam meningkatkan kemahiran membaca
frasa pendek dan secara tidak langsung dapat meningkatkan tingkah laku
positif murid dalam bilik darjah. Kajian ini juga dapat membantu saya
memahami proses pelaksanaan kajian inovasi secara keseluruhan.
Kata Kunci: Interactive Word Wall, Jazz Chants, PAK 21, Kemahiran
membaca.
NAMA :
SHARLINI A/P MANIAM
TEMPAT BERTUGAS :
SK SIMPANG PULAI
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL : 010- 3970742
EMIL :[email protected]
Link dan QR code
pembentangan
AKAR & CABANG ILMU
Kategori Inovasi : Kategori Pertandingan:
INOVASI PDPC INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
ABSTRAK
Akar & Cabang Ilmu dihasilkan untuk membantu murid-murid pemulihan khas
membentuk perkataan daripada huruf-huruf yang dirawakkan. Perkataan-
perkataan yang sesuai digunakan adalah perkataan daripada 32 kemahiran
pemulihan khas, iaitu bermula dari perkataan kemahiran 5 (KV+KV) hingga
kemahiran 30 (Digraf). Justeru, 9 slot telah disediakan kerana perkataan yang
mempunyai bilangan huruf tertinggi adalah 9 huruf. Huruf-huruf akan
dirawakkan di bahagian akar. Memandangkan inovasi ini mempunyai dua
paparan iaitu depan dan belakang, huruf-huruf yang dirawakkan perlu sama di
dua paparan tersebut.
Inovasi ini dapat digunakan secara berkumpulan kerana ianya mempunyai dua
paparan. Paparan pertama, murid yang akan menggerakkan huruf-huruf yang
dirawakkan ke cabang-cabang yang disediakan bagi membentuk perkataan
berdasarkan gambar yang diberi. Di paparan kedua iaitu dibelakang paparan
pertama, murid akan memerhatikan pergerakan huruf dan menyemak sama
ada perkataan yang bentuk oleh rakan benar atau salah. Murid dipaparan
kedua yang menyemak telah disediakan gambar dan jawapan kepada
perkataan yang perlu dibentuk. Sekiranya benar, token bertanda √ akan
dipaparkan diruang disediakan. Sekiranya salah pula, token bertanda X akan
diberi.
Penghasilan inovasi ini diharap dapat memberi keseronokan kepada murid
untuk belajar disamping memberi keyakinan dalam membina perkataan. Sifat
kerjasama juga dapat dibentuk melalui pembelajaran secara berkumpulan.
Selain itu, membantu dalam pergerakan bukan lokomotor, iaitu keupayaan
menggunakan otot-otot kecil dalam menggerakkan huruf-huruf.
NAMA :
MOHD AZLAN BIN ALIAS
TEMPAT BERTUGAS :
SK SYED IDRUS
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL : 017-4737201
EMIL :[email protected]
Link dan QR code
pembentangan
PERMAINAN JUTABAHASA 2.0
Kategori Inovasi : Kategori Pertandingan:
INOVASI PDPC INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
Abstrak
Permainan Jutabahasa 2.0 merupakan kesinambungan daripada Permainan
Jutabahasa yang telah dihasilkan sebelum ini. Permainan Jutabahasa 2.0
merupakan inovasi permainan dalam bahasa yang mengadaptasi permainan
jutaria dan monopoly. Permainan Jutabahasa ini dihasilkan bermatlamat
untuk membantu menguasai tabahasa dikhusukan kepada kata tugas.
Permainan ini berkonsepkan belajar sambil bermain. Selaras dengan itu,
elemen PAK21, didik hibur dan elemen merentas kurikulum secara tidak
langsung digabungjalinkan dalam pembelajaran murid. Permainan
Jutabahasa mengandungi sebuah papan permainan yang mempunyai unsur
soalan, info dan tanya kawan. Selain itu, untuk menggerakkan setiap
pemain, dadu dan penanda akan digunakan. Markah akan dinilai
berdasarkan nilai wang yang diperoleh berdasarkan nilai soalan. Setiap murid
berpeluang untuk menjawab soalan sekiranya terkena petak soalan.
Seterusnya, terdapat petak info untuk murid menerangkan info dan maklumat
berkaitan tentang kata sendi dari dan daripada kepada rakan-rakan. Selain
itu, terdapat petak tanya kawan. Dalam petak ini, murid akan bertanya rakan-
rakan berkenaan soalan kata tugas. Permainan Jutabahasa 2.0
diperkemaskan semula dengan mewujudkan unusur baharu iaitu unsuru
kejutan dengan menambahkan elemen kejutan. Elemen kejutan
menggunakan “surprise egg” untuk menimbulkan lagi minat murid dalam
meneroka ke langkah seterusnya. Manual permainan ini akan dijelaskan
dengan lebih lanjut dalam subtopik huraian inovasi. Papan Permainan
Jutabahasa direka sendiri da dicetak di atas kertas bersaiz A3. Permainan
Jutabahasa digunakan semasa PdPc dalam bilik darjah dalam topik kata
sendi nama dari dan daripada.
NAMA :
FATIN BINTI ZULKIFLI
TEMPAT BERTUGAS :
SJKC SAM TET, IPOH
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL : 0106561776
EMIL :[email protected]
Link dan QR code
pembentangan
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS AYAT MAJMUK
KEPADA AYAT TUNGGAL DENGAN MENGGUNAKAN KIT
GuKata-Bung
Kategori Inovasi : Kategori Pertandingan:
INOVASI PDPC INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
ABSTRAK
Kit GuKata-Bung merupakan inovasi yang dihasilkan untuk membantu
murid-murid menguasai kemahiran menulis dalam menguasai ayat
majmuk kepada ayat tunggal mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP), Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian
Pendidikan Malaysia. Kajian penyelidikan dalam PdPc yang dijalankan ini
bertujuan untuk meninjau keberkesanan penggunaan Kit Pembelajaran
GuKata-Bung untuk mengenalpasti kemahiran menulis dalam penggunaan
ayat majmuk kepada ayat tunggal . Teknik pendekatan belajar bermain ini
dapat membantu murid-murid SJK(T) Kerajaan,Ipoh memahami prinsip
asas tatabahasa. Kajian berbentuk ini menggunakan pemerhatian,ujian pra
dan ujian pos. Seramai 5 orang murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Kerajaan, Perak Darul Ridzuan dipilih sebagai sampel kajian. Hasil tinjauan
awal mendapati murid masih lemah dan keliru dalam menukarkan ayat
majmuk kepada ayat tunggal terutamanya dalam penggunaan kata hubung
“dan” dan “atau”. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Kit Pembelajaran
GuKata-Bung mendorong murid menjadi aktif semasa PdPc, tidak keliru
malah menjadikan PdPc lebih menarik dan menyeronokkan, mencapai
objektif pembelajaran secara mudah, dapat menguasai penukaran ayat
majmuk kepada ayat tunggal dan memperoleh skor yang baik dalam ujian.
Ia juga meningkatkan kualiti pembelajaran. Jumlah keseluruhan kos ialah
hanya RM 4.50 sahaja. Kit GuKata-Bung sangat berpotensi untuk
disebarkan kepada pihak lain kerana ia boleh didaftarkan untuk hak cipta. Ia
sesuai untuk murid-murid Tahun 3 serta murid pemulihan. Ia boleh
diperbanyakkan dengan kos yang berpatutan dan bersifat komersil serta
boleh dipasarkan.
NAMA :
BHAVANII A/P RAJASEGAR
TEMPAT BERTUGAS :
SJKT KERAJAAN,IPOH
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL : 019-5740025
EMIL :[email protected]
Link dan QR code
pembentangan
‘MY KNOWLEDGE BOX VERSI 2’
Kategori Inovasi : Kategori Pertandingan:
INOVASI PDPC INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
ABSTRAK
‘My Knowledge Box Versi 2’ (MBK) merupakan satu inovasi permainan
kreatif yang dihasilkan untuk menarik minat dan fokus para murid dalam proses
menyemai amalan membaca. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan amalan
membaca dan penggunaan pusat sumber di kalangan murid SJKT Kampung
Simee. Fokus kajian ini adalah untuk mengetahui faktor sebenar yang
mempengaruhi tahap sebenar amalan membaca dan penggunaan pusat
sumber di kalangan murid-murid SJKT Kampung.Simee. Kajian ini melibatkan
30 responden daripada 196 orang murid. Inovasi ini merangkumi bahagian
soalan dan jawapan. Murid-murid difahamkan tentang lampu,tetikus dan bunyi
pada MBK. Apabila murid memadankan jawapan yang betul dan menekan
tetikus maka lampu akan bernyala dan berbunyi. Telah dibuat penambahbaikan
dengan memasang litar supaya murid tidak mengetahui kedudukan jawapan di
tempat yang sama. Rekaan sebegini menyeronokkan murid dan mereka harus
membaca bahan bacaan yang disarankan dari pusat sumber untuk menjawab
dengan betul untuk dapatkan ganjaran. Keterujaan murid untuk mencuba dan
seterusnya dapat menambah ilmu melalui amalan membaca. Sebelum ini,
murid-murid tidak menggunakan pusat sumber sebagai gedung ilmu.
Penggunaan MBK menggalakkan murid membaca,memahami dan menaakul
supaya objektif PdPc tercapai.
NAMA :
INDRA A/P SUBRAMANIAM
TEMPAT BERTUGAS :
SJKT KAMPUNG SIMEE,IPOH
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL : 016-5574167
EMIL :[email protected]
[email protected]
Link dan QR code
pembentangan
Kategori Inovasi : KID’S LAPPY
INOVASI PDPC
Kategori Pertandingan:
INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
ABSTRAK
Tujuan ‘Kid’s Lappy’ ini dihasilkan adalah untuk meningkatkan penguasaan
kemahiran membaca, menulis dan membina frasa serta ayat mudah dan juga
meningkatkan minat dan keyakinan diri dalam kalangan murid-murid
pemulihan. Kajian telah dijalankan menggunakan ‘Kid’s Lappy’ untuk
mengumpul data-data dengan melibatkan sebanyak 8 responden dalam
kalangan murid pemulihan di SJK(T) Klebang. Data-data dikumpul melalui
instrumen soal selidik. Hasil analisis menunjukkan bahawa ‘Kid’s Lappy’
memberi kesan positif terhadap penguasaan kemahiran membaca, menulis
dan membina frasa serta ayat mudah. Oleh itu, bahan inovasi ini boleh
dimanfaatkan oleh warga pendidik dalam meningkatkan penguasaan
kemahiran membaca, menulis dan membina frasa serta ayat mudah dan
diharapkan dapat memperbaiki mutu persekitaran pembelajaran di kelas
pemulihan. Secara tidak langsung, ia juga menarik minat murid-murid
pemulihan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan juga
menggalakkan untuk bertindak secara berdikari.
NAMA :
VEKNESWARY A/P M.ELANGO
TEMPAT BERTUGAS :
SJK(T) KLEBANG
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL : 019-2637994
EMIL :[email protected]
Link dan QR code
pembentangan
TEKNIK ‘SUDOKU’ BAHASA
Kategori Inovasi : Kategori Pertandingan:
INOVASI PDPC INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
ABSTRAK
Memperkenalkan perkataan baharu dalam mata pelajaran bahasa Melayu
merupakan sesuatu yang bukan mudah dalam kalangan murid sekolah
rendah aliran Tamil terutamanya kosa kata yang kurang biasa diamalkan
dalam kehidupan harian. Walaupun, perbendaharaan kata yang
diperkenalkan boleh difahami namun menulisnya dengan ejaan yang betul
menjadi masalah kepada murid. Maka, sebagai guru Bahasa Melayu yang
menitikberatkan penguasaan kemahiran menulis murid iaitu menyalin
perkataan dengan ejaan betul guru mengambil inisiatif dengan
mendedahkan teknik ‘SUDOKU’ BAHASA’. Kajian ini dijalankan dengan
menggunakan reka bentuk kajian yang melibatkan kumpulan sasaran
seramai 19 orang murid Tahun 2 SJKT Ladang Chemor pada tahun 2021.
Data yang dikumpulkan dalam kajian ini menggunakan kaedah instrumen
kajian seperti kaedah pemerhatian, senarai semak dan temu bual.
Intervensi telah dilaksanakan dalam Bahasa Melayu supaya murid peka
dalam ejaan yang betul dengan memahaminya. Kaedah Pengulangan
perkataan (repeating) yang diserapkan dalam teknik ini dapat
meningkatkan daya ingatan murid serta menarik perhatian murid untuk
belajar sambil bermain. Dapatan kajian membuktikan bahawa penggunaan
teknik ‘SUDOKU’ Bahasa sangat membantu murid-murid tahun 2 dalam
menguasai perkataan Bahasa Melayu kerana penggunaanya luas dan
mudah digunakan dengan adanya alat tulis yang asas iaitu pensel,
pemadam, pembaris dan kertas. Secara keseluruhannya, kajian ini bukan
sahaja dapat meringankan tugas guru malahan mampu meningkatkan
minat dan pengalaman yang berbeza dalam diri murid-murid tahun 2
semasa menjalankan aktiviti.
NAMA :
UTHAYACHANDRAN A/L PERUMAL
TEMPAT BERTUGAS :
SJKT LADANG CHEMOR
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL : 016-4425047
EMIL :[email protected]
Link dan QR code
pembentangan
PEMUPUKAN KEMAHIRAN MEMBUNDARKAN NOMBOR
BULAT DENGAN MODEL INOVASI HI 5
Kategori Inovasi : Kategori Pertandingan:
INOVASI PDPC INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
ABSTRAK
Pada tahun ini saya diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran
Matematik Tahun 5 Thiruvalluvar. Hasil tinjauan mendapati murid-murid kurang
mahir dalam membundarkan nombor bulat. Kesukaran memahami konsep bundar
dan tidak dapat membayangkan bagaimana membundar dengan kaedah garis
nombor menyebabkan murid-murid mengambil masa yang panjang untuk
menyelesaikan soalan yang berkaitan pembundaran. Oleh itu, satu Model inovasi
Hi5 (Hi Five) dihasilkan untuk membantu murid-murid tahun 5 Thiruvalluvar yang
masih belum menguasai kemahiran membundar nombor.
Objektif utama Model inovasi Hi5 adalah untuk membantu meningkatkan
kemahiran membundar dikalangan murid-murid Tahun 5 Thiruvalluvar dengan
cepat dan tepat dan mampu menarik minat murid untuk mempelajarai mata
pelajaran Matematik. Kumpulan sasaran saya ialah murid tahun 5 Thiruvalluvar iaitu
seramai 10 orang.
Metadologi pendekatan kualitatif melalui pemerhatian, soal selidik, latihan
bertulis dan ujian pra di jalankan. Saya menggunakan model inovasi Hi 5 (Hi Five )
dalam kajian ini. Kajian ini berfokus kepada peningkatan kemahiran membundar
dan aplikasi inovasi ini mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang
menyoronokkan dalam kalangan murid dengan intervensi pedagogi pembelajaran
abad ke-21. Di samping itu, kajian ini secara tidak langsung dapat memupuk minat
murid-murid terhadap Matematik kerana membundar menjadi lebih mudah.
Setelah kajian Inovasi dilaksanakan, keputusan ujian pasca menunjukkan
peningkatan prestasi murid. Semua murid kumpulan sasar saya dapat menjawab
semua soalan dengan tepat dan cepat. Secara keseluruhannya, kajian Inovasi ini
telah dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid
dalam kemahiran membundar.
NAMA :
VIJAYA A/P KRISHNAN
TEMPAT BERTUGAS :
SJKT KAMPUNG SIMEE, IPOH
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL :019 5775376
EMIL :[email protected]
Link dan QR code
pembentangan
LITAR AYAT SERBAGUNA
Kategori Inovasi : Kategori Pertandingan:
INOVASI PDPC INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
ABSTRAK
Litar Ayat Serbaguna yang dihasilkan dalam pengajaran dan pembelajaran
mengenal jenis ayat dalam Bahasa Tamil merupakan kaedah yang sesuai
diaplikasikan dalam pengajaran agar murid dapat meningkatkan tahap
penguasaan yang baik dalam mengenali jenis ayat. Justeru, kajian ini
dilaksanakan untuk mengenalpasti kesesuaian dan impak penggunaan inovasi
Litar Ayat Serbaguna. Produk ini dinamakan begitu kerana hasil produk ini
merupakan alat yang berfungsi menggunakan litar elektronik dan digunakan
untuk mengenal pasti ayat dan juga memainkan peranan serbaguna seperti
soal selidik. Kajian ini akan dijalankan dalam kelas 5 Thiruvalluar, SJK(T)
Kampung Simee, yang terdiri daripada 34 orang murid. Dalam kajian ini, saya
hanya akan melibatkan 10 orang murid yang terdiri daripada 6 orang murid
perempuan dan 4 orang murid lelaki dari tahun 5 Thiruvalluar. Kajian ini
menggunakan pendekatan kualitatif dan data kajian pula akan dikumpulkan
melalui soal selidik, permerhatian dan analisis dokumen. Laporan kajian
menunjukkan bahawa amalan penggunaan inovasi membolehkan murid
menjadi lebih mahir dalam mengenali jenis ayat. Impaknya, murid-murid dapat
meningkatkan penguasaan dalam mengenal ayat yang berkualiti. Kajian juga
menunjukkan bahawa aplikasi inovasi ini dalam pengajaran dan pembelajaran
mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang menyoronokkan dalam
kalangan murid dengan intervensi pedagogi pembelajaran abad ke-21. Guru
bertindak sebagai penatar dan murid terlibat secara bersungguh-sungguh
dalam setiap aktiviti pembelajaran abad ke-21. Malangnya Modal Inovasi ini
tidak dapat di demonstrasikan bersama murid-murid kerana penutupan sekolah
akibat pendemik covid-19 semasa modal ini hampir siap. Secara
keseluruhannya, kajian ini membuktikan bahawa inovasi Litar Ayat serbaguna
sesuai diaplikasikan dalam pengajaran kemahiran mengenalpasti jenis ayat
dalam semua Bahasa.
NAMA :
SUGUNNA A/P PARAMESWARAN
NAMA :
TSEUMGPUANTNBAEAR/PTUPGAARSAM: ESWARAN
SJK(T) KAMPUNG SIMEE
TEMPAT BERTUGAS :
SMJAKK(LTU) KMAAMTPUUNNTGUKSIDMIEHEUBUNGI :
NO. TEL :012-5277586
MEMAIKLLU:[email protected] :
NO. TEL :012-5277586
EMIL :[email protected]
Link dan QR code
pembentangan
PIN BOWLING PELBAGAI GUNA
Kategori Inovasi : Kategori Pertandingan:
INOVASI PDPC INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
ABSTRAK
Pin Bowling Pelbagai Guna “ ialah satu bahan yang dihasilkan untuk
menarik minat murid belajar terutamanya murid pemulihan khas. Bahan ini
menekankan kaedah belajar sambil bermain. Antara masalah yang
dihadapi oleh murid pemulihan khas ialah sukar memberi tumpuan dan
fokus sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.Mereka juga tidak menunjukkan minat belajar dan sukar
mengingati apa yang dipelajari.Bagi mengatasi masalah ini saya telah
menghasikan Bowling Pelbagai Guna yang mengunakan kaedah belajar
sambil bermain. Pin bowling ini dijadikan sebagai tempat menyangkutkan
kad nombor / kad abjad/ kad suku kata mengikut mata pelajaran yang
mahu diajar. Murid akan cuba menjatuhkan pin bowling yang ada suku
kata itu menggunakan peluru dari pistol mainan.
Melalui permainan in di dapatii minat pelajar telah berubah.Murid
memberi tumpuan sepenuhnya pada pelajaran semasa terlibat dalam
permainan,Terlihat kegembiraan diwajah mereka setelah berjaya
menembak pin bowling yang ada kad yang diminta
NAMA :
NOR AISHAH BT MOHD SABRI
TEMPAT BERTUGAS :
SK BANDAR BARU PUTERA
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL :017-5595319
EMIL :[email protected]
Link dan QR code
pembentangan
Kategori Inovasi : KVKV QR GAME BOARD
INOVASI PDPC
Kategori Pertandingan:
INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
ABSTRAK
KVKV QR Game board ini dihasilkan dengan tujuan mencungkil keinginan
murid-murid pemulihan untuk menguasai kemahiran membaca dan
membentuk perkataan –perkataan KVKV secara permainan. Kaedah
permainan sambil belajar dapat mencungkil naluri murid-murid untuk membaca.
Contohnya apabila murid-murid bermain sambil belajar bersama rakan-rakan
mereka akan lebih aktif dan akan berdaya saing untuk maju atau menjadi top.
Saya sebagai guru pemulihan mendapati murid-murid di kelas Tahun 2
Pemulihan yang saya mengajar ,menghadapi masalah dalam membaca dan
membentuk perkataan KVKV. Keadaan ini menyebabkan saya untuk
membentuk satu bahan yang dapat membantu murid-murid saya ini menguasai
kemahiran ini. Permainan KVKV QR Game board ini dimainkan oleh dua orang.
Di game board terdapat 10 perkataan KVKV dalam bentuk QR code. Pemain
akan diberikan dadu untuk melambung dan akan memilih nombor perkataan
KVKV di board. Pemain perlu membuat scan dan membaca perkataan yang
terdapat dalam Qr code itu. Kemudian pemain perlu membentuk perkataan
yang dibaca tadi dengan menggunakan huruf-huruf konsonan dan vokal yang
diberi. Pemain yang berjaya membentuk perkataan yang banyak daripada
pihak lawan dikategorikan sebagai pemenang. Pemain juga diberi masa 3 minit
bagi membentuk setiap perkataan. Saya berharap bahan inovasi yang dicipta
oleh saya ini dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran KVKV.
NAMA :
PARAMESWARI A/P VIRAYA@VEERAIAH
TEMPAT BERTUGAS :
SJKT GUNONG RAPAT,IPOH
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL :012-4930230
EMIL :[email protected]
Link dan QR code
pembentangan
EFFECTIVENESS OF GOOGLE JAMBOARD
Kategori Inovasi : Kategori Pertandingan:
INOVASI PDPC INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
Abstract
Writing is one of the key aspect in language learning. In the virtual learning
context, some web tools such as Applications or Extensions has then become
very helpful tool during lessons. For many Malaysian teachers, blending key
elements of both physical and virtual classroom for best results in learning has
been an adventurous journey. There were times of experimenting with different
web tools after facing various difficulties in online lessons.
Thus, the study aims to look into effectiveness of using Google Jamboard
during Google Meet learning sessions . Specifically, writing lesson is focused in
this study.
In this context, students subject in the study is the second batch of student who
went through nationwide online learning phase. Teacher-researcher look into
effectiveness of using Google Jamboard during online lessons, and collected
results of workbooks, together with lesson experience . The study compares
results of two different group of students , one which used Google Jamboard
and the other share screen of textbook and workbook. The study finds that
Google Jamboard is effective in helping to achieve lesson goals and raising
students’ performance levels.
NAMA :
VIVIEN CHOO JING RHU
TEMPAT BERTUGAS :
SJKC BERCHAM IPOH
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL :016-5057553
EMIL :[email protected]
Link dan QR code
pembentangan
INOVASI PENGGUNAAN KATA KUNCI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DAPAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS
KARANGAN BAHASA MELAYU DIKALANGAN MURID-MURID
TAHAP DUA DI SEKOLAH RENDAH.
Kategori Inovasi : Kategori Pertandingan:
INOVASI PDPC INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
ABSTRAK
Inovasi pengajaran penggunaan kata kunci yang dihasilkan dalam pengajaran
dan pembelajaran menulis karangan Bahasa Melayu merupakan kaedah yang
sesuai perlu diaplikasikan dalam pengajaran agar murid dapat menghasilkan
karangan dengan idea serta pengolahan yang menarik. Justeru, kajian ini
dilaksanakan untuk mengenalpasti kesesuaian dan impak penggunaan inovasi
kata kunci dengan pendekatan kontruktivisme serta aktiviti pembelajaran abad
ke-21 dalam pengajaran kemahiran menulis karangan. Seramai 10 orang
murid tahun 5 Thiruvalluvar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Kerajaan
terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu
reka bentuk Modal Bantu Kata Kunci dan data kajian pula dikumpulkan
menggunakan soal selidik, ujian, temu mual,pemerhatian dan analisis
dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan penggunaan inovasi
ini, murid-murid lebih mahir dalam proses penulisan dan hasil penulisan.
Kesannya kepada murid-murid ialah karangan yang ditulis lebih berkualiti.
Kajian juga menunjukkan bahawa aplikasi inovasi ini dalam pengajaran dan
pembelajaran mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang
menyeronokkan dalam kalangan murid seiring dengan intervensi pedagogi
pembelajaran abad ke-21. Guru bertindak sebagai pembimbing dan murid
terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran abad ke-21. Secara
keseluruhannya, dapatan kajian membuktikan bahawa inovasi Modal Bantu
Kata Kunci sesuai diaplikasikan dalam pengajaran kemahiran menulis
karangan Bahasa Melayu.
NAMA :
SANTHADEVI A/P KATHIRESAN
TEMPAT BERTUGAS :
SJKT KERAJAAN
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL :0125382515
EMIL :[email protected]
Link dan QR code
pembentangan
Kategori Inovasi : CONGKAK MATEMATIK
INOVASI PDPC
Kategori Pertandingan:
INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
ABSTRAK
‘Permainan Congkak Matematik’ diaplikasikan dengan tujuan untuk membantu
meningkatkan kemahiran sifir 6,7, 8 dan 9 dalam kalangan murid tahun 4.
Seramai 10 orang murid Tahun 4 dan seorang guru penyelidik terlibat dalam
inovasi ini. Tinjauan awal telah dilakukan melalui pemerhatian, temu bual, soal
selidik, dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid- murid kurang mahir
dalam sifir 6 hingga 9. Oleh demikian, pengkaji telah mencipta bahan inovasi
yang berunsurkan permainan dengan menggunaan ‘Congkak Matematik’.
Metodologi kajian yang digunakan adalah kajian kuantitatif yang berbentuk
deskriptif berkaitan penguasaan murid dalam operasi darab dengan
menggunakan ‘Congkak Matematik’. Kajian ini juga menggunakan pendekatan
kualitatif. Dari segi pengumpulan data, kajian kualitatif banyak menggunakan
kaedah interaktif, bersemuka dengan sampel kajian. Dapatan kajian
menunjukkan, terdapat peningkatan dari segi minat, sikap dan pencapaian
murid dalam Matematik. Setelah inovasi dilaksanakan, keputusan ujian pos
menunjukkan peningkatan prestasi murid. Semua murid kumpulan sasaran
dapat menjawab semua soalan dengan tepat dan cepat. Secara
keseluruhannya, inovasi ini telah dapat meningkatkan kualiti amalan
pengajaran guru dan pembelajaran murid dalam kemahiran sifir 6 hingga 9.
NAMA :
SHEMESWARY A/P MUNIANDY
TEMPAT BERTUGAS :
SJKT KAMPUNG SIMEE
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL :016-9166075
EMIL :[email protected]
Link dan QR code
pembentangan
PERMAINAN TUTUTE” UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
ASAS LITERASI PROGRAM PEMULIHAN KHAS MELALUI DIDIK
HIBUR SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR.
Kategori Inovasi : Kategori Pertandingan:
INOVASI PDPC INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
ABSTRAK
Inovasi yang dihasilkan berfungsi sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM). Idea
melaksanakan inovasi ini tercetus daripada sebuah permainan Kuiz Online.
Yang diberi nama REMEMBERY. Permainan ini dilihat dapat diaplikasikan di
dalam pengajaran & pembelajaran didik hibur bagi murid-murid SK Pos Raya
khususnya. Permainan FGM TUTUTE didatangkan dengan bahan sokongan
berbentuk kad huruf, kad suku kata, kad perkataan & lembaran kerja yang
dihasilkan berdasarkan kandungan aktiviti latihan, pengukuhan & Ujian
Formatif yang terdapat dalam Buku Program Pemulihan Khas & Ujian
Saringan IPP2M. Permainan FGM TUTUTE hanya memerlukan bahan-bahan
terpakai, tikar getah terpakai, alat tulis & kertas A4. Seterusnya sticker sebagai
labelling dan item untuk mencantikkan lagi BBM. Jumlah keseluruhan kos
yang diperlukan adalah antara RM10-RM15 sahaja. Sasaran adalah murid
yang TAK MENGUASAI HURUF KECIL ( murid Pemulihan Khas ) tahun 1 & 2.
Hasil pemerhatian guru mendapati, murid menunjukkan minat dan cepat
mengingat huruf-huruf yang diajar sekiranya menggunakan kaedah Didik
Hibur FGM TUTUTE. Cabaran guru dilihat apabila perlu mengajar murid-murid
yang mempunyai tahap kemahiran bahasa yang pelbagai. Namun ianya
dapat ditangani dengan baik dan agak mudah apabila pelaksanaan P&P didik
hibur melalui permainan yang dijalankan dalam bentuk beberapa kaedah.
Pelaksanaan inovasi telah memberi impak yang positif kepada peningkatan
keberkesanan P&P. Bukti awal ialah selepas ujian Pos yang dilakukan ke atas
10 orang murid Pemulihan Khas SK Pos Raya yang amat lemah dalam huruf
kecil. 100% murid yang diuji telah berjaya menguasai 15 huruf kecil dalam
tempoh masa 2 minggu daripada tarikh Pra Ujian dilaksanakan. Impak Positif
daripada Inovasi ini dijangka dapat dimanafaatkan oleh pencipta inovasi, guru-
guru Pemulihan Khas, Guru-guru BM, Matematik, Sains, Bahasa Inggeris &
Pendidikan Islam turut dapat menggunakannya dan dapat disebarluaskan
penggunaannya kepada sekolah-sekolah orang Asli khususnya dan sekolah-
sekolah kebangsaan Amnya. Matlamat Program Pemulihan Khas dijangka
dapat dicapai lebih awal dari jangkaan tarikh KPI KPM.
NAMA :
MAZLAN BIN CHE MOHD GHAZALI
TEMPAT BERTUGAS :
SK POS RAYA
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL :0185701299
EMIL :mazlangoatee@gmail
Link dan QR code
pembentangan
PERMAINAN BANG BANG
Kategori Inovasi : Kategori Pertandingan:
INOVASI PDPC INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
ABSTRAK
Permainan Bang Bang dihasilkan untuk membantu murid-murid pemulihan
yang masih belum menguasai kemahiran KVKV. Permainan ini amat sesuai
bagi kelas 2A4 kerana mempunyai ramai murid lelaki. Murid lelaki lebih
suka kepada pergerakan bersesuaian dengan inovasi ini. Selain itu,
permainan ini juga membina fokus murid iaitu murid perlu menembak
kearah suku kata yang dipilih. Bahan sokongan untuk Inovasi ini ialah kad
bergambar, kad suku kata dan pistol mainan. Seramai 8 orang murid tidak
menguasai perkataan KVKV. Murid menunjukkan minat permainan ini dan
amat membantu murid mengingat ejaan suku kata. Permainan Bang Bang
ini menggunakan kad bergambar yang berlainan dan juga kad suku kata
yang berwarna warni bagi menarik minat dan fokus murid. Permainan ini
memberi impak positif kepada murid dimana pada awal kemasukan murid
ke pemulihaniaitu seramai 8 orang murid tidak mengenal suku kata. Setelah
permainan ini berulang kali digunakan semasa P&P, seramai 5 orang murid
boleh menguasai perkataan KVKV. Permainan ini juga boleh digunakan
untuk kemahiran pemulihan yang lain.
NAMA :
ROSE MARIZA BINTI CHE YUSOFF
TEMPAT BERTUGAS :
SK ST MICHAEL
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL :019-5511278
EMIL :[email protected]
Link dan QR code
pembentangan
Kategori Inovasi : KIT JAM SIFIR
INOVASI PDPC
Kategori Pertandingan:
INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
ABSTRAK
KIT JAM SIFIR merupakan sebuah hasil inovatif yang membantu guru-
guru terutamanya guru Matematik dalam menjalankan pengajaran dan
pembelajaran . Bahan-bahan maujud di dalam KIT JAM SIFIR ini sangat
membantu murid untuk lebih memahami konsep darab. Penggunaan KIT
bukan sahaja sebagai bahan bantu dalam mendarab ia juga membantu
murid menghafal sifir dengan lebih berkesan dengan memahami konsep
dengan lebih menarik dan kemampuan yang melibatkan kemahiran tolak
dan tambah.
Melalui pemerhatian, guru hanya menggunakan soalan mekanikal yang
dalam bentuk lazim. Apabila temu bual bersama guru-guru Matematik yang
mengajar juga bersetuju dengan penggunaan bahan maujud dapat
membantu menarik minat murid untuk menghafal konsep mendarab di
samping dapat membantu pemahaman mereka. Hasil kajian mendapati
murid lebih seronok dan dapat memberi tumpuan sepenuhnya serta lebih
mudah memahami konsep matematik yang terkandung dalam ujian ini.
Pencapaian perbandingan saringan menggunakan hafalan biasa dan
saringan menggunakan KIT JAM SIFIR menunjukkan peningkatan yang
boleh dijadikan analisis yang telah mencapai objektif kajian.
NAMA :
HAPPYZA BIN AHMAD
TEMPAT BERTUGAS :
SK JALAN PEGOH
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL :0135926979
EMIL :[email protected]
Link dan QR code
pembentangan
KATEGORI
INDIVIDU SEKOLAH
MENENGAH
PENGGUNAAN ‘SPEECH IMITATION THERAPY’ UNTUK
MENINGKATKAN PENGUASAAN PERTUTURAN DALAM BAHASA
INGGERIS DALAM KALANGAN PELAJARAN IPOH
Kategori Inovasi: Kategori Pertandingan
INOVASI PDPC INDIVIDU SEKOLAH MENENGAH
Speech Imitation Therapy’ adalah projek Bahasa Inggeris yang telah
direka bentuk untuk membantu pelajar – pelajar tingkatan 4 dan 5 yang
mempunyai masalah pertuturan dalam Bahasa Inggeris. Melalui projek
ini pelajar telah ditugaskan untuk menonton pelbagai video – video dalam
Bahasa Inggeris dan meniru gaya percakapan petutur dalam video
tersebut. Pelajar ditugaskan satu video setiap minggun dan diberikan
tutorial tentang gaya peniruan video Bahasa Inggeris. Projek selama 8
minggu ini melibatkan pelajar meniru video Bahasa Inggeris dalam
pelbagai ‘genre’ seperti pembacaan berita Bahasa Inggeris, video
temubual Bahasa Inggeris, Video Tedtalk dan juga pelbagai video lain
yang dapat membantu meningkatkan penguasaan pelajar dalam
pertuturan. Sebagai latihan ‘Speech Imitation Therapy’ pelajar
dikehendaki untuk merakam pertuturan mereka dan dimuat naik adalam
aplikasi ‘FLIPGRID’ untuk penilaian guru. Untuk mengesan
keberkesanan ‘Speech Imitation Therapy’ ini speaking test pre – test dan
post – test telah dijalankan. Pre – test dan post – test telah dijalan
semasa sesi pengajaran secara bersemuka. Manakala proses ‘Speech
NAMA :
MOHANA RAM A/L MURUGIAH
TEMPAT BERTUGAS :
SMK PEREMPUAN METHODIST IPOH
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL :019 – 546 9941
EMIL :[email protected]
[email protected]
Link dan QR code
pembentangan
Kategori Inovasi: CHEM-MAZE KIT
INOVASI PDPC
Kategori Pertandingan
INDIVIDU SEKOLAH MENENGAH
ABSTRAK
CHEM-MAZE KIT ini merupakan modul bimbingan yang berbentuk
permainan.Langkah demi langkah yang direka bentuk untuk meningkatkan tahap
penguasaan pelajar terhadap menghubungkaitkan bilangan zarah,bilangan
mol,jisim serta isipadu sesuatu unsur. Selain itu,ia juga direka bagi meningkatkan
tahap penguasan pelajar dalam penyelesaian masalah numerikal yang melibatkan
konsep mol.Chem-maze kit ini juga memberi impak positif terhadap motivasi
pelajar untuk mempelajari topik konsep mol dengan senang.Ia dapat mengatasi
miskonsepsi pelajar terhadap penulisan formula kimia bagi bahan dan hasil serta
penulisan persamaan kimia yang seimbang bagi tindak kimia. Walaupun, kit ini
dibina khas untuk pelajar tingkatan 4, namun konsep dan kaedah didik hibur yang
ditunjukkan ini adalah sesuai digunakan dalam subjek STEM yang lain. CHEM-
MAZE KIT ini terdiri daripada set modul interaktif yang dipelbagaikan dengan
nota padat, kuiz,video serta papan permainan berwarna-warni.Pelbagai format ini
adalah bagi memenuhi gaya pengajaran guru dan pembelajaran murid yang
berbeza. Dapatan kajian tindakan yang dijalankan menunjukkan Ujian Pra
mendapati peratus min markah pelajar adalah 44.73%.Selepas permainan
CHEM-MAZE KIT dikendalikan, Ujian Pos menunjukkan peningkatan kepada
84.2%. Pemerhatian pengkaji mendapati pelajar terlibat secara aktif dalam proses
Pdpc kimia melalui permainan ini dan interaksi antara pelajar dengan pengkaji
sebagai guru turut meningkat.Ada juga bukti untuk menunjukkan pelajar
mendapat kesan motivasi yang tinggi daripada permainan ini.
NAMA :
KOMATHY A/P VEERASINGHAN
TEMPAT BERTUGAS :
SMK AVE MARIA CONVENT,IPOH
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL :013-5303033
EMIL :[email protected]
Link dan QR code
pembentangan
TEKNIK McD (MAGIC DIAGRAM)
Kategori Inovasi: Kategori Pertandingan
INOVASI PDPC INDIVIDU SEKOLAH MENENGAH
ABSTRAK
Teknik McD (Magic Diagram) dibina untuk menarik minat pelajar
mengulangkaji topik-topik penting dan meningkatkan motivasi pelajar untuk
terus belajar. Selain itu, Teknik McD ini, dapat meningkatkan kemahiran
memahami dan mengingat fakta khususnya topik pengorganisasian
semester 2 kerana dengan bantuan gambar rajah pelajar lebih mudah
membuat ulangkaji. Penghasilan inovasi Teknik McD menggunakan sehelai
kertas A4 dan ada lakaran gambar rajah Carta Organisasi dengan soalan-
soalan yang berwarna warni. Inovasi ini dihasilkan oleh pelajar setelah
mendapati pelajar-pelajar yang lain sukar memahami dan mengingat fakat-
fakta yang ada dalam topik Perorganisasian. Setelah berbincang dengan
guru pembimbing, inovasi ini dihasilkan dan dikongsi bersama pelajar
dalam kelas. Satu ujian pra dan ujian pasca telah dilaksanakan dan
keputusan Ujian menunjukkan berlakunya peningkatan dalam ujian.
Manakala hasil dapatan analisis soal selidik, didapati pelajar sangat teruja
dan membantu pelajar memahami dan mengingat topik pengorganisasian
dengan mudah. Teknik McD telah disebarluaskan kepada guru-guru
Pengajian Perniagaan dan pelajar-pelajar lain juga telah digunakan sebagai
alat bantu mengajar dalam PdPc
NAMA :
AZRINA BINTI ARIFFIN ( GURU )
YEAP KAH MAN ( PELAJAR)
NG XUE BIN (PELAJAR)
LEE CHI WEI (PELAJAR)
TEMPAT BERTUGAS :
KOLEJ TINGKATAN 6 SERI PUTERA
IPOH
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL :012 - 5983429
EMIL :[email protected]
Link dan QR code
pembentangan
Kategori Inovasi: ILLUSTRASI PERNIAGAAN
INOVASI PDPC
Kategori Pertandingan
INDIVIDU SEKOLAH MENENGAH
ABSTRAK
Illustarasi perniagaan merupakan inovasi projek multimedia
dipersembahkan samada dalam bentuk lukisan, gambar atau karya seni
lain untuk memperjelas teks mengikut pemahaman pelajar terhadap
sesuatu topik PdP yang dapat meningatan kefahaman sekaligus
meningkatkan prestasi pelajar. Tinjauan awal mendapati pelajar dan guru
mengahdapi pelbagai masalah dalam PdP pengajian perniagaan. Oleh itu,
inovasi ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan pencapaian, motivasi
dan penglibatan pelajar dalam matapelajaran pengajian perniagaan bagi
topik pengurusan. Illustrasi perniagaan merupakan pembelajaran
berpusatkan pelajar yang menerapkan kemahiran analitikal dimana
penghasilan inovasi berlaku berdasarkan pemahaman dan kreativiti pelajar
secara kumpulan selepas aktiviti PdP bagi subtopik yang diberi. Hasil
inovasi dimuatnaik di aplikasi telegram dan whatsapp bagi tujuan
perkongsian. Kumpulan sasaran adalah pelajar tingkatan enam SMK
Menglembu, Ipoh. Inovasi ini melibatkan 19 pelajar aliran sastera yang
mengambil matapelajaran pengajian perniagaan. Analisis min skor dan
Ujian-t digunakan untuk membandingkan pencapaian ujian pra dan post.
Keputusan ujian post menunjukkan peningkatan markah purata pelajar
adalah sebanyak 37.58%. Dapatan nilai korelasi pearson pula
menunjukkan pencapaian, motivasi dan penglibatan pelajar mempunyai
hubungan positif yang signifikan dengan illustrasi perniagaan. Sehubungan
itu, jelas menunjukkan aktiviti illustrasi perniagaan ini membantu
meningkatkan prestasi pelajar. Illustrasi perniagaan ini dicadang
dimuatnaik dalam youtube bagi kebaikan bersama. Secara menyeluruh
illustrasi perniagaan boleh membawa satu anjakan pradigma dalam
meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran pengajian perniagaan.
Kata kunci: Illustrasi Perniagaan, Pembelajaran Interaktif, Pembelajaran
Klobaratif, Pembelajaran Berpusatkan Pelajar dan Kemahiran analitikal
NAMA :
LINGASARAN A/L ARJUNAN
TEMPAT BERTUGAS :
SMK MENGLEMBU, IPOH
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL :016-5554391
EMIL :[email protected]
Link dan QR code
pembentangan
DAKWAT DIGITAL : PDPR MENGGUNAKAN DRAWBOARD PDF
DALAM MATA PELAJARAN KIMIA DAN SAINS
Kategori Inovasi: Kategori Pertandingan
INOVASI PDPC INDIVIDU SEKOLAH MENENGAH
Abstrak
Tujuan kajian ini di jalankan adalah untuk melihat keberkesanan kaedah
aplikasi
‘Drawboard PDF’ untuk menggantikan aplikasi ‘Powerpoint’ sewaktu
pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPr) ke atas pelajar-
pelajar yang mengambil mata pelajaran Kimia dan Sains bagi menyelesaikan
masalah dalam memahami kandungan topik Termokimia dan Kadar Tindak
Balas. Dalam kajian ini 35 orang sampel pelajar digunakan kajian tindakan
ini. Dapatan daripada pemerhatian terdahulu yang telah dijalankan melalui
ujian pengetahuan Kuiz ‘Google Form’, didapati keputusan yang diperolehi
oleh sampel pelajar berada pada tahap kurang memuaskan. Kajian yang
dijalankan sepanjang 21 Januari hingga 5 Mac 2021 dan telah menunjukkan
hasil yang memberangsangkan bagi para pelajar dan guru. Penggunaan
aplikasi ‘Drawboard PDF’ bagi pelaksanaan penerangan konsep, latih tubi,
ulang kaji dan tugasan dalam talian telah menunjukkan pelajar semakin
terangsang dan teruja untuk mempelajari Kimia dan Sains. Dapatan kajian
menunjukkan terdapat peningkatan dalam pencapaian pelajar dimana
perbandingan keputusan di antara Ujian Sebelum-Tindakan dan Ujian
SelepasTindakan bagi 35 orang pelajar ini telah menunjukkan peningkatan.
Selain itu, hasil dapatan daripada temubual juga turut mendapati pelajar
menunjukkan kecenderungan serta minat terhadap kaedah pengajaran
pembelajaran melalui aplikasi tersebut. Maka dengan itu, aplikasi ‘Drawboard
PDF’ ini merupakan medium alternatif untuk menggantikan slaid ‘Powerpoint’
yang dapat membantu guru melaksanakan PdPr secara dalam talian
mahupun luar talian dengan lebih menarik, menyeronokkan dan berkesan.
NAMA:
NORAINI BINTI NASIKIN
TEMPAT BERTUGAS :
SMK RAJA PEREMPUAN IPOH
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL :0176601670
EMIL :[email protected]
Link dan QR code
pembentangan
PROJECT- BASED LANGUAGE BOARD GAMES TO ENHANCE
COMMUNICATIVE LANGUAGE TEACHING AND LEARNING.
Kategori Inovasi: Kategori Pertandingan
INOVASI PDPC INDIVIDU SEKOLAH MENENGAH
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan PdP saya dalam
pengajaran tajuk yang mengukur kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa
Inggeris di kalangan pelajar tingkatan 2. Inovasi Project- based board
games ini digunakan sebagai kaedah yang boleh merangsang kemahiran
bercakap dalam Bahasa Inggeris bagi sesuatu tajuk (poetry). Kajian ini
dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang
melibatkan kumpulan sasaran seramai 65 orang murid tingkatan 2 SMK
Tarcisian Convent, Ipoh pada tahun 2019. Data yang dikumpulkan dalam
kajian ini menggunakan pemerhatian, semakan dokumen dan temu bual
yang dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati aktviti yang
telah dirancang dalam kajian ini telah membantu kerberkesanan
komunikasi berfokus di kalangan pelajar-pelajar yang sebelum ini kurang
berkeyakinan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Selain itu
kaedah PDP menggunakan “Project-Based Language Board Games”
membantu pelajar belajar dalam persekitaran yang menyeronokan tanpa
tekanan justerus mendorong PDP abad ke-21.Kajian ini juga dapat
membantu saya memahami proses pelaksanaan kajian tindakan secara
keseluruhannya.
Kata Kunci: Project-based learning, Language Board Games,
Communicative Language teaching
NAMA:
ANITA KALIMUTHU
TEMPAT BERTUGAS :
SMK TARCISIAN CONVENT
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL :011-58190378
EMIL :[email protected]
Link dan QR code
pembentangan
KAD “ TIC TAC TOE ”
Kategori Inovasi: Kategori Pertandingan
INOVASI PDPC INDIVIDU SEKOLAH MENENGAH
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan Pendekatan
Pembelajaran Terbeza (PPT) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) bagi mata pelajaran sains tingkatan 2 . Sampel yang diambil ialah
seramai 26 orang murid kelas 2 Hibiscus. Kajian telah dilakukan dalam
bentuk kajian tindakan merangkumi beberapa langkah iaitu pemerhatian
tidak berstuktur dan semakan dokumen PBD sebelum dan selepas
penggunaan kad “TIC TAC TOE”. Kaedah kuantitatif dan kualitatif
digunakan untuk mendapatkan data untuk melihat keberkesanan
pelaksanaan PPT menggunakan Kad “TIC TAC TOE” dalam PdPc kelas
Sains. Setelah melaksanakan kajian, guru membuat pencerapan dan
elemen dalam SKPMg2 Standard 4 telah digunakan sebagai sumber data.
Dapatan kajian ini jelas menunjukkan bahawa pengaplikasian PPT
menggunakan Kad “TIC TAC TOE” telah memberi kefahaman yang lebih
baik tentang keberkesnan PPT kepada guru, melaksanakan PPT dengan
lebih baik dan memahami keperluan PPT dalam PdPc di sekolah. Selain
itu pelaksanaan PPT juga membuka minda guru, memberi motivasi serta
memulihkan semangat guru dalam perlaksanaan Pentaksiran bilik darjah
(PBD). Hasil pemerhatian terhadap murid pula menunjukkan bahawa
mereka sangat positif dan aktif untuk belajar sains kerana mereka tidak
rasa terkongkong kerana mereka dapat membuat pilihan, murid didorong
untuk menjadi lebih kreatif dan murid seronok kerana dapat mencabar
potensi diri. Cadangan kajian selanjutnya boleh dilaksanakan terhadap
perlaksanaan PPT menggunakan Kad “TIC TAC TOE” kepada murid bagi
matapelajaran matematik.
Kata kunci: Pedagogi Pembelajaran Terbeza (PPT), Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc)
NAMA:
ATIKAH BINTI YAHYA
TEMPAT BERTUGAS :
SMK TARCISIAN CONVENT
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL :0124229190
EMIL :[email protected]
Link dan QR code
pembentangan
TEMPLATE 3+1 INFOGRAFIK
Kategori Inovasi: Kategori Pertandingan
INOVASI PDPC INDIVIDU SEKOLAH MENENGAH
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan PdP saya dalam pengajaran
tajuk ‘Koordinasi Dan Gerak Balas’ mata pelajaran sains Tingkatan 1
menggunakan inovasi Template 3+1 Infografik. Kajian ini dijalankan dengan
menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang melibatkan kumpulan sasaran
seramai 20 orang murid tingkatan 1 Orkid SMK Tarcisian Convent, Ipoh pada
tahun 2021. Data yang dikumpulkan dalam kajian ini menggunakan
pemerhatian, semakan dokumen dan temu bual yang dianalisis secara deskriptif
Dapatan kajian mendapati aktviti yang telah dirancang dalam kajian ini telah
membantu guru-guru dalam menambah baik amalan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas yang sebelum ini sering menimbulkan kesukaran
kepada guru terutama untuk melihat murid berani berkomunikasi dan
menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan berkesan. Kajian ini juga dapat
membantu saya memahami proses pelaksanaan kajian tindakan secara
keseluruhannya.
Kata Kunci: Homeostasis, Template 3+1 infografik, komunikasi
NAMA:
SHAHRONIZAM BINTI AHMAD
TEMPAT BERTUGAS :
SMK TARCISIAN CONVENT
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL :019 449 2151
EMIL :[email protected]
Link dan QR code
pembentangan