The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by seridewi bt sahlan seridewi bt sahlan, 2022-01-10 03:52:12

ANTOLOGI ABSTARK INOVASI 2021

antologi abstrak inovasi

KATEGORI
PENDIDIKAN KHAS

JOM NYANYI

Kategori Inovasi: Kategori Pertandingan
INOVASI PDPC PENDIDIKAN KHAS

ABSTRAK

Audio merupakan salah satu media yang sering digunakan dalam sesuatu
elemen muzik. Audio mampu menyampaikan maklumat dengan lebih
berkesan, menimbulkan suasana yang lebih menyerlah dan menarik
tumpuan terhadap apa yang ingin disampaikan. Aplikasi Mudah Alih
Android (Mobile Apps) JOM NYANYI dihasilkan untuk membantu guru
mengajar muzik hanya dengan menggunakan Mobile Apps Android. Ianya
mempunyai perisian lagu secara MP3/Audio Player ( yang menawarkan
ruang penyimpanan yang jauh lebih banyak daripada CD), mempunyai lirik
dan jugak boleh di download walau di mana berada. Dengan adanya
mobile apps ini, pembelajaran muzik lebih teratur kerana boleh diakses
secara mudah,cepat dan praktikal semasa guru mengajar,kerana sudah
tidak perlu menggunakan Laptop atau CD semasa mengajar. Menjimatkan
masa dari membuka laptop. Selain itu, membolehkan guru merujuk lirik
sekiranya lupa. JOM NYANYI jugak berguna pada murid-murid Pendidikan
Khas sama ada semasa berada di sekolah atau di rumah. Murid boleh
mengakses lagu dan muzik yang pernah di ajar di sekolah, secara tidak
langsung memudahkan murid untuk mengulangkaji,sama ada secara online
dan offline(boleh di download hanya menggunakan telefon). Selain itu,
Mobile Apps JOM NYANYI membantu menyampaikan maklumat dengan
lebih berkesan contohnya penggunaan suara latar atau kesan audio
istimewa.. Antara CD dan JOM NYANYI, lebih mudah digunakan kerana
dengan pemutar MP3, seluruh koleksi muzik di hujung jari.

NAMA:
NURIANAH BINTI DAIS

TEMPAT BERTUGAS :
SK PASUKAN POLIS HUTAN

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL :0111-0317337
EMIL :[email protected]

Link dan QR code
pembentangan

BAHAN BANTU BACA UNTUK MURID DISLEKSIA VISUAL :
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS AYAT
MUDAH BAGI MURID DISLEKSIA VISUAL TAHAP RINGAN KE

SEDERHANA.

Kategori Inovasi: Kategori Pertandingan
INOVASI PDPC PENDIDIKAN KHAS

ABSTRAK

Kemahiran membaca adalah satu proses yang dinamik tetapi
kompleks. Kemahiran ini meliputi keupayaan membaca dengan pantas,
memahami fakta, kebolehan mengingati fakta serta membuat
interpretasi secara bijak dan analitis. Justeru itu, kajian ini bertujuan
mendiskripsikan pelaksanaan pdpc berpusatkan murid dengan aktiviti
bacaan dengan menggunakan Bahan Bantu Baca khas untuk murid
Disleksia. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menambah baik
amalan saya dalam pengajaran mengenai kemahiran membaca
terhadap murid Pendidikan Khas yang mengalami masalah Disleksia.
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan rekabentuk kajian tindakan
yang melibatkan 1 orang murid Disleksia di kelas PKB 6 Arif yang
bertempat di SK Sungai Rokam pada tahun 2021. Data yang
dikumpulkan dalam kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian,
temubual, rakaman video, gambar dan senarai semak yang dianalisis
secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati aktiviti yang telah
dirancang dalam kajian ini telah membantu guru menambah baik
proses pengajaran dan pembelajarannya dari segi aspek merangka,
merancang, dan melaksanakan aktiviti PdP berpusatkan murid tanpa
menjejaskan elemen isi kandungan yang perlu dikuasai oleh murid.
Tambahan, kajian ini juga dapat membantu guru memahami proses
pelaksanaan kajian tindakan secara keseluruhan.

Kata Kunci : Bahan bantu Baca Disleksia, Murid Pendidikan Khas,
Kajian Tindakan

NAMA:
NAZARIAH BINTI MD ISA

TEMPAT BERTUGAS :
SK SUNGAI ROKAM

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL :01120888776
EMIL :[email protected]

Link dan QR code
pembentangan

MULTI SENSORY BOX

Kategori Inovasi: Kategori Pertandingan
INOVASI PDPC PENDIDIKAN KHAS

ABSTRAK

Multi Sensory Box merupakan inovasi baharu dihasilkan untuk
membantu murid-murid pendidikan khas yang masih belum menguasai
kemahiran asas motor halus dan motor kasar terhadap deria sentuhan
yang dimiliki. Kepelbagaian bahan yang dicipta untuk memberi
rangsangan deria sentuhan kepada murid pendidikan khas masalah
pemebalajaran kefungsian rendah. Inovasi yang dilakukan oleh guru
adalah penggunaan bahan-bahan yang akan menarik minat murid untuk
meneroka sesuatu bahan yang ditunjukkan oleh guru. Bahan yang
disediakan terdiri daripada bahan-bahan pembelajaran yang terdapat
dalam PDPC. Hasil kajian ini akan membantu murid pendidikan khas
masalah pembelajaran kefungsian rendah memberi rangsangan deria
motor halus dan kasar seperti yang dipelajari dalam mata pelajaran
Manipulatif. Dengan ini, keunikan Multi Sensory Box yang dibina oleh
guru akan menyunting minat murid untuk aktif dalam pembeljaran harian
disamping dapat membantu perkembangan neurologi murid. Neurologi
dan saraf otak murid akan dirangsang dengan menggunakan Multi
Sensory Box yang dicipta oleh guru. Oleh itu tempoh ingatan terhadap
pembelajaran menggunakan Multi Sensori Box akan lebih panjang
disebabkan murid akan menyimpan maklumat yang dipelajari didalam
memori jangka panjang. Hal ini demikian kerana, murid akan
menggunakan emosi positif dan gembira menyebabkan proses ingatan
jangka panjang akan berlaku ketika sesi pembelajaran berlaku ketika

menggunakan Multi Sensory Box.

NAMA:
MOHAMAD FAKRUL RAZI BIN ADNAN

TEMPAT BERTUGAS :
SMK PENGKALAN

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL :013-4202047
EMIL :[email protected]

Link dan QR code
pembentangan

KIT BACAAN PANTAS BLOKAYU +

Kategori Inovasi: Kategori Pertandingan
INOVASI PDPC PENDIDIKAN KHAS

ABSTRAK

Kit BLOKAYU + disediakan untuk meningkatkan kemahiran operasi
tambah lingkungan 10 dalam kalangan MBK tahun satu. Kit ini saya
gunakan untuk MBK tahun 1 yang dikenal pasti mengalami masalah
dalam operasi tambah lingkungan 10 berdasarkan pemerhatian saya
semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,
keputusan ujian diagnostik dan lembaran kerja. Kit ini diadaptasi dari
Cuisenaire rods dan jalur nombor yang menitikberatkan konsep
penyatuan, pengalaman konkrit, bahan konkrit, kaedah hands-on,
kaedah multisensori dan belajar sambil bermain. Terdapat lima
kompenan yang di bina untuk melaksanakan kemahiran ini iaitu Kotak
Misteri, Papan Soalan, Blok nombor, Blok Kira dan Kotak BLOKAYU +.
Ada tiga aktiviti dijalankan bagi pelaksanaan inovasi pengajaran dan
pembelajaran BLOKAYU + iaitu Susun Blok Nombor, Cari Papan
Soalan di dalam Kotak Misteri dan Penyatuan Blok Kira.

NAMA:
SITI NORAFZAN BINTI MUHAMMAD

TEMPAT BERTUGAS :
SK CHEPOR

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL :014-9053039
EMIL :[email protected]

Link dan QR code
pembentangan

BIR – ‘BUNDAR’ INTELLIGENT RULER

Kategori Inovasi: Kategori Pertandingan
INOVASI PDPC PENDIDIKAN KHAS

ABSTRAK

BIR – ‘ Bundar ‘ Intelligent Ruler dihasilkan untuk membantu murid-
murid sekolah rendah dan murid-murid Pendidikan Khas yang kurang
menguasai topik bundar atau membundarkan nombor dalam mata
pelajaran matematik
Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan PdP kami dalam
pengajaran tajuk membundar puluh, ratus dan ribu menggunakan
inovasi BIR atau ‘Bundar’ Intelligent Ruler. Kajian ini dijalankan dengan
menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang melibatkan kumpulan
sasaran seramai 14 orang murid Pendidikan Khas di tahun 5 Adil dan 4
Bijak yang terdiri daripada 13 orang murid lelaki dan seorang murid
perempuan di SK Coronation Park pada tahun 2021. Data yang
dikumpulkan dalam kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian,
semakan dokumen dan temubual yang dianalisis secara desikriptif.
Dapatan kajian mendapati aktviti yang telah dirancang dalam kajian ini
telah membantu guru dalam menambah baik amalan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas yang sebelum ini sering menimbulkan
kesukaran kepada guru untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran
dengan berkesan kepada murid – murid. Kajian ini juga dapat
membantu saya memahami proses pelaksanaan kajian tindakan secara
keseluruhannya.

NAMA:
NOR HASLINDA BT SAMSUDIN
NORAJIMAH BT ABDULLAH
SAIFUL AZMIR BT HOSAINI

TEMPAT BERTUGAS :
SK CORONATION PARK, IPOH

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL :012-4324287
EMIL :[email protected]

NO. TEL :011-21500063
EMIL :[email protected]

NO. TEL :019-5730096
EMIL :[email protected]

‘MAGIC TEAPOT’

Kategori Inovasi: Kategori Pertandingan
INOVASI PDPC PENDIDIKAN KHAS

ABSTRAK

Magic Teapot merupakan sebuah inovasi pembelajaran yang berfokuskan
teknik main sambil belajar. Bermain sambil belajar merupakan satu teknik
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada murid terutamanya
murid berkeperluan khas. Melalui teknik ini juga dapat menggalakkan
murid-murid meneroka, menyelesaikan masalah dan memperolehi
pembelajaran secara kontektual selain memberikan keseronokan. Ia
merupakan satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi
memberi peluang kepada murid-murid belajar dalam suasana informal,
menyeronokkan, bebas dan selamat. Kemahiran bermain sambil belajar
dapat mempengaruhi perkembangan murid berkeperluan khas dari segi
kognitif, bahasa, sosial, emosi dan juga fizikal. Melalui inovasi ini murid-
murid boleh mengembangkan kemahiran bahasa, literasi, numerasi dan
kemahiran sosial. Bermain mendatangkan keseronokan, kepuasan, dan
membantu mengatasi perasaan malu, bimbang dan tertekan yang sering
dialami oleh murid berkeperluan khas. Selain itu, melalui belajar sambil
bermain atau didik hibur melalui permainan, murid-murid berkeperluan
khas berpeluang belajar secara berpasukan, bekerjasama, bertoleransi,
berinteraksi antara satu sama lain melalui aktiviti permainan, serta
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan atau
individu. Malahan, cabaran guru Pendidikan Khas mengajar murid
berkeperluan khas yang mempunyai tahap kemahiran berbeza dapat
ditangani dengan mudah melalui pelaksanaan pdpc bermain sambil
belajarkhususnya dengan menggunakan ‘Magic Teapot’ yang boleh
diubahsuai mengikut keperluan murid atau topik matapelajaran yang ingin
disampaikan. Inovasi PDPC ‘Magic Teapot’ diharap dapat menjadi
panduan kepada guru untuk meningkatkan lagi
keberkesanan dan kefahaman murid murid dalam pdpc.

NAMA:
1. JAMILAH BT. ISMAIL
2. SUHANA BT. ISMAIL
3. IHZAN MORNI BT. ISMAIL
4. VENOTHA A/P SUMARAN
5. NORAZMALIZA BT. RAMLI
6. NOOR AIN BT. SAAD

TEMPAT BERTUGAS :
SMK SERI INTAN,

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL : 019-555 2244
EMIL : [email protected]

KATEGORI
KUMPULAN

Kategori Inovasi: EZ REFLECTION KIT
INOVASI PDPC
Kategori Pertandingan
KUMPULAN

ABSTRAK

Tujuan pembinaan Ez-Reflection adalah untuk meningkatkan kefahaman murid
dalam subtopik Pantulan Cahaya Bagi Subjek Fizik Tingkatan 4. Produk ini
dibina dari bahan terbuang iaitu tin biskut, tin aluminium, sudu, cermin cekung,
cermin cembung, sedikit kertas dinding dan mentol terpakai. Kos keseluruhan
alat ini ialah RM 0.60. Alat ini boleh digunakan untuk menerangkan konsep
cermin melengkung iaitu cermin cekung dan cermin cembung. Alat ini
digunakan untuk eksperimen ciri imej dari segi saiz, keadaan imej bagi
kedudukan objek yang berbeza. Seramai 16 orang murid tingkatan 4 aliran
sains yang mengambil mata pelajaran Fizik terlibat dalam kajian ini. Ujian pra
diberikan kepada murid selepas PdPc secara konvensional digunakan. Ujian
Pos diberikan selepas selesai PdPc menggunakan EZ Reflection Kit.
Pembentukan imej maya dan nyata dapat ditunjukkan dengan jelas. Fungsi
cermin samada mencapahkan cahaya atau menumpukan cahaya juga dapat
ditunjukkan dengan jelas. Kit ini dibina kerana cermin cekung dan cermin
cembung yang dibeli dari pembekal tidak dapat digunakan untuk menunjukkan
pembentukkan imej pada kedudukan objek yang berbeza dan juga tidak dapat
menunjukkan ciri imej maya dan nyata. Keputusan ujian menunjukkan
peningkatan markah ujian pos berbanding ujian pra. Keputusan ujian
menunjukkan peningkatan markah ujian pos berbanding ujian pra. Purata
peningkatan markah ialah sebanyak 15.33%. seramai dua orang murid
menunjukkan peningkatan tertinggi iaitu peningkatan sebanyak 30%. Terdapat 3
orang pelajar mendapat markah 100% semasa ujian pos manakala markah
tertinggi dari ujian pra hanya seorang pelajar mendapat markah 90%. Kit ini
sangat sesuai untuk digunakan di dalam kelas kerana selain berkesan untuk
tujuan pembelajaran ia juga mudah dibina dan mudah dikendalikan.

NAMA:
NORHAYATI BINTI ABDUL LATIF
NUR AZREN BINTI MOHAMAD ZAKI

TEMPAT BERTUGAS :
SMK RAJA PEREMPUAN

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL :0175780196
EMIL :[email protected]

NO. TEL :0129029546
EMIL :[email protected]

Link dan QR code
pembentangan

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN KATA KERJA DALAM
AYAT DENGAN BETUL DALAM KALANGAN MURID
TAHUN 4.

Kategori Inovasi: Kategori Pertandingan
INOVASI PDPC KUMPULAN

ABSTRAK

KIT IMPI ini dihasilkan bertujuan untuk meningkatkan penggunaan kata
kerja yang tepat dalam ayat dalam kalangan murid Tahun 4
Thiruvalluvar. Seramai 10 orang murid terlibat dalam kajian ini. Selain
itu, pengkaji juga ingin meningkatkan pemahaman murid-murid dalam
kemahiran membina ayat yang betul dan lengkap. Tinjauan awal telah
dijalankan melalui aktiviti di dalam kelas dan semakan latihan di dalam
buku latihan. Pengkaji dapati terdapat kesilapan penggunaan kata kerja
dalam ayat-ayat yang telah dibina. Pengkaji juga mendapati bahawa
murid kurang mahir tentang penggunaan kata kerja dalam pembinaan
ayat. Untuk mengatasi masalah ini, pengkaji telah menyediakan ‘KIT
IMPI’ (IMBAS & PILIH) untuk meningkatkan penggunaan kata kerja
yang tepat dalam ayat. Kit ini membantu murid mengenali 100 patah
kata kerja berserta dengan gambar. Hasilnya pengkaji dapati, terdapat
peningkatan dalam penggunaan kata kerja yang tepat oleh anak-anak
murid ini. Pengkaji juga berasa teruja untuk meneruskan aktiviti yang
dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran.

NAMA:
SELVARANI A/P R.KUPPIAH
TAILAGAVATHY A/P ARUMUGAM

TEMPAT BERTUGAS :
SJKT KAMPUNG SIMEE.

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL :016-5479724
EMIL :[email protected]
NO. TEL :014-6038334
EMIL :[email protected]

Link dan QR code
pembentangan

KIT JEJAK KOORDINAT

Kategori Inovasi: Kategori Pertandingan
INOVASI PDPC KUMPULAN

ABSTRAK

Murid-murid menghadapi masalah untuk menulis koordinat X dan Y
dalam format yang betul.
Penguasaan menulis koordinat dengan betul merupakan asas yang
penting untuk menyelesaikan semua masalah matematik koordinat.
Kajian ini bertujuan membantu
murid-murid Tahun 4 yang gagal mengenalpasti konsep koordinat,
dengan menggunakan alat intervensi yang direka dan dinamakan
sebagai “KIT JEJAK KOORDINAT (KJK)”. Seramai 6 orang murid dipilih
daripada 26 orang keseluruhan murid sebagai responden kajian
berdasarkan penguasaan mereka yang lemah. Dalam proses
penguasaan konsep koordinat ini, KJK diperkenalkan pada fasa 1 untuk
membantu memahami konsep menulis koordinat dengan betul.
Seterusnya KJK digunapakai dalam fasa 2 untuk mengenalpasti
koordinat daripada carta cartesan dan fasa 3 pula sebagai aktiviti
pengukuhan. Instrumen kajian terdiri daripada pemerhatian, analisis
dokumen, temu bual dan ujian pra / pasca. Hasil kajian menunjukkan
bahawa responden telah dapat menulis koordinat dengan betul selepas
intervensi KJK. Pendekatan ini telah membantu kumpulan sasaran
menguasai konsep koordinat dengan mudah dan tepat. Didapati KJK ini
merupakan kaedah ‘hands on’ yang dapat menarik minat murid-murid.
Kaedah ini berpotensi untuk diperluaskan kepada kemahiran koordinat
yang lebih mendalam seperti translasi dan sebagainya

NAMA:
MOHANASUNDARI A/P KAMARAJ
DAINA ROS A/P ATPUTHARAJU
LEENADEVI A/P VIJAYARAGULAN

TEMPAT BERTUGAS :
SJKT KLEBANG, CHEMOR

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL :0165390034
EMIL :[email protected]
NO. TEL :0164455620
EMIL :[email protected]
NO. TEL :0165162150
EMIL :[email protected]

Link dan QR code
pembentangan

Kategori Inovasi: BIJAK BUNDAR ( 2B )
INOVASI PDPC
Kategori Pertandingan
KUMPULAN

ABSTRAK
Bijak Bundar (2B) yang melibatkan teknik pembundaran yang
membolehkan murid menuliskan jawapan dengan pantas tanpa perlu
mengetahui konsep pembundaran. Murid hanya perlu mengetahui bilangan
sifar bagi puluh, ratus, ribu, puluh ribu, ratus ribu dan juta. Kajian ini
dijalankan bertujuan untuk membantu murid dalam kategori sederhana dan
lemah menguasai kemahiran membundarkan nombor. Murid juga dapat
melihat atau menyelesaikan pembundaran secara konkrit dengan syarat
mereka mengetahui jumlah sifar pada setiap nilai tempat. Cara ini juga
dapat mengurangkan risiko bagi murid menuliskan sebarang nombor
selepas dibundarkan. Langkah pertama, murid perlu gariskan pada nombor
yang hendak dibundarkan. Kemudian, murid melihat nombor pada
sebelahnya. Pada peringkat ini murid perlu tahu sama ada nombor
selepas nombor tersebut ialah kumpulan “SEDIKIT” atau “BANYAK”
(nombor kumpulan SEDIKIT-1,2,3,4) dan kumpulan BANYAK- 5,6,7,8,9).
Sekiranya nombor tersebut berada dalam kumpulan BANYAK bermaksud
perlu TAMBAH 1(+1) kepada nombor yang digariskan, manakala jika
nombor sebelahnya berada dalam kumpulan SEDIKIT perlu KEKAL.
Kemudian, murid hanya perlu menuliskan nombor +1 ATAU huruf K di atas
nombor yang digariskan.Akhir sekali, murid perlu menulis jawapan

NAMA:
NUR AISYAH BT RAMLY
AZITA NOR BT SAMIGAN

TEMPAT BERTUGAS :
SK TANJONG RAMBUTAN

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL :012-5463693

019-2953199
EMIL :[email protected]

[email protected]

Link dan QR code
pembentangan

GO & STOP

Kategori Inovasi: Kategori Pertandingan
INOVASI PDPC KUMPULAN

ABSTRAK

Abstrak penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh mana
keberkesanan Inovasi “Go & Stop” mampu untuk meningkatkan
penguasaan murid dalam operasi tambah dan tolak.Sampel dalam kajian
ini terdiri daripada 10 orang murid dari SK Meru Raya, Ipoh, Perak. Data
dikumpulkan berdasarkan ujian pra dan pasca. Keputusan penyelidikan
pada ujian pra mendapati murid tidak menguasai kemahiran operasi
tambah dan tolak. Guru mendapati, murid menggunakan cara yang
lama/konvensional iaitu menggunakan jari, objek dan membuat palang.
Masalah ini menyebabkan murid tidak mengira dengan tepat dan cepat
bosan. Daripada isu-isu ini, guru mengambil inisiatif untuk menghasilkan
inovasi “Go & Stop” yang dapat membantu murid menyelesaikan masalah
operasi tambah dan tolak dengan lebih mudah dan mendapat jawapan
yang tepat. Murid hanya mengambil masa yang singkat untuk menjawab
soalan menggunakan inovasi “Go & Stop”. Hasil analisis data mendapati
bahawa hampir kesemua sampel menunjukkan peningkatan markah
dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Inovasi “Go & Stop” juga telah
menambahkan elemen keseronokkan dengan menggabungjalinkan
subjek Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) iaitu menggunakan
kenderaan kereta sebagai buah dan gambar jalan raya sebagai tapak
dalam inovasi ini. Keistimewaan inovasi “Go & Stop” adalah kerana
sifatnya yang ringan, mudah disimpan dan mudah digunakan oleh murid-
murid. Keputusan penyelidikan menunjukkan bahawa inovasi “Go & Stop”
yang menggunakan kaedah garis nombor sangat berkesan sebagai
alternatif untuk meningkatkan penguasaan murid dalam subjek
matematik.

NAMA:
NORMAWATI BINTI MAT ISA
SALSHIMA BINTI MOHAMED SALLEH

TEMPAT BERTUGAS :
SK MERU RAYA

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL :

018-5768433
EMIL :[email protected]

[email protected]

Link dan QR code
pembentangan

RESISTANCE ELECTRIC KIT (REK).

Kategori Inovasi: Kategori Pertandingan
INOVASI PDPC KUMPULAN

ABSTRAK

Melalui pemerhatian, eksperimen 3.3 bagi mata pelajaran Fizik tingkatan 5
(rujuk buku teks Fizik tingkatan 5 ms 107), guru mendapati pelajar
kesuntukan masa untuk melaksanakan eksperimen dan menganalisis data
yang diperolehi dalam tempoh 60 minit (2 waktu Pdpc). Pelajar mengambil
masa yang lama untuk memasang radas, mengukur panjang setiap dawai,
memotong, menyambungkan litar, merekod data, menganalisis data dan
memplot graf. Ini kerana dalam eksperimen tersebut, pelajar perlu
menyediakan radas/litar menggunakan 5 dawai konstantan yang berbeza
luas keratan rentas. Kebiasaannya pelajar hanya sempat menjalankan
eksperimen dan menjadual data sahaja. Pelajar tidak sempat
menghabiskan tugasan, akibatnya pelajar kurang kefahaman tentang
faktor yang dikaji. Ini memberi idea kepada guru untuk menghasilkan
Resistance Electric Kit (REK). REK menggunakan 30 cm dawai konstantan
yang berbeza ketebalan (luas keratan rentas) iaitu dawai konstantan swg
22, 24, 26,28, dan 30. Kelima-lima dawai konstantan ini discrew pada
papan bersaiz 14” x 6” dan dilabelkan. Dengan menggunakan kaedah
REK, pelajar hanya perlu mengkaji hubungan antara luas keratan rentas
dawai dan rintangan tanpa perlu menyediakan litar. Pelajar dapat
menyiapkan eksperimen dan tugasan dalam waktu pembelajaran (60
minit) pada hari yang sama. REK dapat menjimatkan masa eksperimen
daripada 45 minit kepada 20 minit. Selain itu REK dapat menjimatkan kos
untuk jangka masa panjang kerana ia boleh digunakan oleh pelajar pelajar
dari kelas lain dan boleh digunakan berulang kali pada masa-masa akan
datang. Ianya juga, dapat mengelakkan pembaziran dawai konstantan
yang sebelum ini terbuang begitu sahaja selepas eksperimen.

NAMA:
NORMAZIDA BINTI MOHAMED ISA
NURAIZA BINTI ABU BAKAR
WAN NUR ASHIKIN BINTI WAN DERAMAN

TEMPAT BERTUGAS :
SMK PENGKALAN

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL: 019 5708834
EMIL : [email protected]
NO. TEL : 019 4787187
EMIL : [email protected]
NO TEL :017 4807972
EMIL :[email protected]

Link dan QR code
pembentangan

NTA (NEW TECH ABACUS) ALAT BANTU MURID MENGHITUNG
DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK

Kategori Inovasi: Kategori Pertandingan
INOVASI PDPC KUMPULAN

ABSTRAK

NTA (New Tech Abacus) dibina sebagai salah satu alat bantu mengajar
yang boleh digunakan oleh pelajar. Untuk projek ini, kami berusaha
menghasilkan Abacus yang mudah digunakan, senang difahami dan
mesra pengguna. Abacus sama dengan sempoa. Alat ini memiliki
kegunaan untuk membantu pelajar menghitung dalam mata pelajaran
Matematik. .Matematik adalah subjek yang memerlukan banyak pengiraan
sama ada menggunakan alat atau mencongak menggunakan akal fikiran.
Pelbagai alat atau bahan yang digunakan sebagai alat bantu mengajar
seperti carta, pembilang, muka jam dan sebagainya. Salah satu alat bantu
mengajar yang sering digunakan dan juga perlu dipelajari oleh pelajar
tahap dua ialah Mental Arithmetic (Abacus). Sehubungan itu, kami telah
menjalankan dua eksperimen, yang pertama untuk mengenal pasti Abakus
yang ada di pasaran untuk memudahkan pembelajaran pelajar dan
memberikan pemahaman yang tepat. Eksperimen kedua kami
menghasilkan prototaip Abacus NTA (New Tech Abacus) baru untuk
menguji sama ada pemahaman pelajar bertambah baik berbanding
penggunaan Abacus sebelumnya. Produk ini pasti dapat bersaing dengan

alat lain di pasaran kerana keistimewaan yang dimilikinya.

NAMA:
MIRAWATI BINTI JAHAYA
AHMAD SAIFUL ANUAR BIN JAMALUDIN
ZULKHAIRI BIN GHAZALI

TEMPAT BERTUGAS :
SK MERU RAYA

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL:018-2735799
EMIL :[email protected]
NO. TEL : 013-3704393
EMIL :[email protected]
NO TEL :012-5707458
EMIL: [email protected]

Link dan QR code
pembentangan

PERMAINAN SIFIR ZOOMANJI BAGI MATA PELAJARAN
MATEMATIK TERHADAP PENGUASAAN SIFIR DALAM

KALANGAN MURID TAHUN DUA

Kategori Inovasi: Kategori Pertandingan
INOVASI PDPC KUMPULAN

ABSTRAK

PERMAINAN SIFIR ZOOMANJI ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan
permainan “Zoomanji” terhadap murid-murid Tahun 2 dalam pembelajaran
sifir 3, 6 dan 7. Kumpulan sasaran terdiri daripada empat orang murid dari
Tahun 2 yang menghadapi masalah dalam pembelajaran sifir 3, 6 dan 7.
Permainan “Zoomanji” ini adalah permainan kad board yang memerlukan
murid menggabungkan dua kemahiran asas topik sifir bagi mencari
jawapan soalan sifir. Data-data kajian dikumpul dengan menggunakan
ujian pra, lembaran kerja dan ujian pasca, pemerhatian serta temu bual.
Hasil dapatan menunjukkan peningkatan markah antara ujian pra dan
ujian pasca. Murid-murid diperhatikan menunjukkan penguasaan
kemahiran asas dalam pembelajaran sifir dan mewujudkan interaksi yang
baik dengan rakan sebaya. Murid-murid menunjukkan minat yang baik
dalam pembelajaran sifir 3, 6 dan 7 semasa menggunakan permainan ini.
Kesimpulannya, permainan “Zoomanji” ini memberi kesan yang baik
kepada murid dalam pembelajaran sifir. Penggunaan kaedah beransur
maju, aktiviti kumpulan dan penerokaan adalah kaedah yang sesuai untuk
menggunakan permainan “Zoomanji”.

NAMA:
LOW SEE HUEY
NG LOO YEE
KOH LI LING

TEMPAT BERTUGAS :
SJK (C) GUNONG HIJAU, PUSING

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL:013-2803338
EMIL ::[email protected]
NO. TEL : 012-6964263
EMIL :[email protected]
NO TEL :016-7737860
EMIL:[email protected]

Link dan QR code
pembentangan

SARANG PINTAR

Kategori Inovasi: Kategori Pertandingan
INOVASI PDPC KUMPULAN

ABSTRAK

Sarang Pintar dihasilkan untuk membantu murid-murid yang masih belum
menguasai kemahiran mengenal huruf khususnya huruf besar. Kajian ini
dilaksanakan untuk mengenalpasti kesesuaian dan impak penggunaan
inovasi Sarang Pintar yang dimantapkan lagi dengan pendekatan
Pembelajaran Masteri serta aktiviti pembelajaran abad ke-21 dalam
pengajaran kemahiran menulis huruf. Seramai 10 orang murid Tahun 1
Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh terlibat dalam kajian ini. Data
kajian dikumpulkan menggunakan soal selidik, ujian, temu bual, pemerhatian
dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan
penggunaan inovasi ini akan menjadikan murid lebih mahir dalam proses
penulisan huruf. Impaknya kepada murid-murid ialah cara penulisan huruf
betul dan kemas. Di samping itu, inovasi ini mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang menyeronokkan dalam kalangan murid seiring dengan
pedagogi pembelajaran abad ke-21. Tambahan pula, inovasi ini mesra
pengguna kerana bahan yang digunakan merupakan bahan kitar semula
yang sangat mudah didapati dan selamat digunakan. Konklusinya, dapatan
kajian membuktikan bahawa inovasi Sarang Pintar ini sesuai diaplikasikan
dalam pembelajaran kemahiran menulis huruf Bahasa Melayu.

NAMA:
NOREHAN BINTI AHMAD JALALUDDIN
SUMARNI BINTI SHARUDDIN

TEMPAT BERTUGAS :
SK SUNGAI ROKAM

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL : 0126848210
NO. EMIL ::[email protected]
NO. TEL : 0194245476
EMIL : [email protected]

Link dan QR code
pembentangan

DADU & SIFIR JAWI

Kategori Inovasi: Kategori Pertandingan
INOVASI PDPC KUMPULAN

ABSTRAK

Sikap dan tingkahlaku 25 orang murid tahun 1 Cemerlang semasa
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Jawi menunjukkan mereka
keliru dengan sebutan dan penggunaan sukukata Jawi. Punca masalah
utama yang diperolehi dari pemerhatian awal ialah mereka tidak mengenal
huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi, tidak tahu menulis suku kata dalam
tulisan Jawi serta tidak mahir menyambung antara huruf - huruf tunggal Jawi.
Maka, untuk menangani masalah tersebut kami telah membuat satu inovasi
terhadap penggunaan dadu dan sifir Jawi dalam melakukan susun atur
berdasarkan keperluan menyebut dan menulis sukukata Jawi. Ujian
Diagnostik Jawi dijalankan bagi mengenalpasti secara terperinci
permasalahan murid. Dapatan ujian menunjukkan 22 daripada 25 orang
murid kelas 1 Cemerlang gagal dalam ujian mengenal huruf Jawi dan
keseluruhan 25 orang murid kelas berkenaan gagal membunyikan sukukata
mudah dalam Jawi. Berpandukan Teori Integrasi Deria, maka bahan Inovasi
sifir Jawi yang digabungkan dengan teknik pengajaran Jawi dinamakan Dadu
Jawi diperkenalkan, hasil dapatan diperolehi menunjukkan 25 orang murid
tersebut dapat menyebut dan menulis sukukata Jawi. Ujian pos yang
dijalankan menunjukkan 100% murid lulus dalam ujian mengenal huruf,
menyebut serta menulis sukukata mudah. Peratus lulus adalah 90%.
Berdasarkan dapatan kajian, dapat dirumuskan bahawa kemahiran murid
dalam menulis Jawi dapat di pertingkatkan setelah memperkenalkan inovasi
Bahan Bantu Mengajar SIFIR JAWI yang digabungkan dengan teknik
permainan DADU.

NAMA:
NUR SYUHADA BINTI AHMAD OTHMAN
NAJIBAH BINTI AS’ARI
SARIPAH BINTI ABDUL GHANI

TEMPAT BERTUGAS :
SK SUNGAI ROKAM

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL:019 – 5929776
EMIL ::: [email protected]
NO. TEL : 017-5287342
EMIL :[email protected]
NO TEL :
EMIL:[email protected]

Link dan QR code
pembentangan

RUMAH IDAMAN OH SYURGAKU

Kategori Inovasi: Kategori Pertandingan
INOVASI PDPC KUMPULAN

ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk meningkatkan pencapaian tahap penguasaan murid
dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mata pelajaran Matematik bagi
murid-murid pelbagai aras pencapaian dalam kelas arus perdana di sebuah
sekolah di Daerah Kinta Utara. Kertas ini melaporkan satu dapatan kajian
kuantitatif dan kualitatif yang dijalankan bagi melaksanakan PBD dengan
mengaplikasi Penciptaan Rumah Idaman untuk digunakan oleh guru
semasa proses PdPc dalam mata pelajaran Matematik di bilik darjah.
Seramai 55 orang murid menjadi peserta kajian ini. Kaedah pengumpulan
data adalah menggunakan senarai semak (borang rekod transit PBD),
Model Rumah Idaman Oh Syurgaku, pembentangan dan catatan refleksi
murid. Dapatan kajian menunjukkan 18% responden dapat mencapai
Tahap Penguasaan (TP) 5 dan 82% responden dapat mencapai tahap TP
6. Penciptaan Rumah Idaman dapat menghasilkan murid yang mampu
mencapai penguasaan Kemahiran Pemikiran Aras Tinggi (KBAT) hingga
mencapai tahap mencipta. Terdapat murid yang mampu mencapai TP 6
pada tahun 2020 yang mana tidak dapat dicapai pada tahun 2019 bagi
domain Sukatan dan Geometri.

Kata kunci: Pentaksiran Bilik Darjah, Penciptaan Rumah Idaman, Pemikiran
Aras Tinggi

NAMA:
NORHAYATI BINTI MD BAHARUM
NORHAYATI BINTI ABDUL LATIF

TEMPAT BERTUGAS :
SMK RAJA PEREMPUAN, IPOH

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :

NO. TEL:012-5992904
EMIL:[email protected]
NO. TEL : 017-5780196
EMIL :[email protected]

Link dan QR code
pembentangan

KAEDAH ‘DRAW AND REMEMBER’ FOR P.I

Kategori Inovasi: Kategori Pertandingan
INOVASI PDPC KUMPULAN

ABSTRAK

KAEDAH DRAW AND REMEMBER FOR P.I ini dibuat khusus berdasarkan
penelitian kami terhadap masalah yang oleh murid-murid dalam
penguasaan tajuk Perjanjian Hudaibiyah dan Pembukaan Kota Mekah.
Hasil daripada pengalaman dan tinjauan kami menunjukkan kebanyakan
murid mengatakan bidang Sirah dan Tamadun Islam sebagai bidang yang
paling sukar dalam subjek Pendidikan Islam. Banyak faktor yang menjadi
penyebab kepada ketidakberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran
murid-murid. Oleh sebab itu, kami telah membuat satu inovasi dalam
kaedah PdPC yang bertujuan untuk membantu meningkatkan daya ingatan
serta tahap penguasaan dan pemahaman murid terhadap tajuk berkenaan.
Inovasi ini mengaplikasikan konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21),
iaitu pembelajaran yang berpusatkan murid dan merentasi kurikulum.
Menggunakan kaedah pemerhatian, ujian pra-ujian pasca dan refleksi murid
untuk menguji keberkesanan inovasi ini ke atas pengajaran dan
pembelajaran, kami telah menjalankan kajian ini ke atas 13 orang murid
tingkatan 3 Gardenia. Hasil dapatan menggunakan inovasi ini di dalam
kelas, menunjukkan keberkesanannya dalam membantu meningkatkan
penguasaan murid-murid dalam tajuk Perjanjian Hudaibiyah dan
Pembukaan Kota Mekah. Perbandingan markah Ujian Pra dan Ujian Pasca
menunjukkan peningkatan 100% atau keseluruhan murid meningkat dari
segi pencapaiannya selepas menggunakan kaedah ini. Selain itu,
penggunaan inovasi ini menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran
lebih santai dan ceria. Murid-murid juga terlibat secara holistik dalam proses
pembelajaran dan mengelakkan masalah keciciran dalam pembelajaran.
Kesimpulannya, Kaedah DRAW AND REMEMBER FOR P.I ini sangat
bermanfaat untuk diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Kajian inovasi ini juga diharap dapat disebarluas kepada guru-guru dan
murid-murid dalam usaha melahirkan insan seimbang jasmani, emosi,
rohani dan intelek.

NAMA:
MAZIAH BINTI MOKHTAR
AZBARINA MOHD BAKRI

TEMPAT BERTUGAS :
SMK RAJA PEREMPUAN, IPOH

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :

NO. TEL: 019-5769465
EMIL:[email protected]

NO. TEL : 012-5321952
EMIL :[email protected]

Link dan QR code
pembentangan

‘ADD-TRACTION BOARD’

Kategori Inovasi: Kategori Pertandingan
INOVASI PDPC KUMPULAN

ABSTRAK

Penguasaan murid dalam operasi tambah dan tolak yang melibatkan nombor
integer merupakan asas kepada pembelajaran Matematik dalam bilik darjah.
Pemerhatian awal guru- guru di SMK Rapat Setia menunjukkan pelajar lemah
dalam menguasai operasi tambah dan tolak nombor integer menyebabkan
murid kurang menguasai sepenuhnya pembelajaran Matematik pada peringkat
yang lebih tinggi. Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi meningkatkan penguasaan murid
dalam operasi tambah dan tolak yang melibatkan nombor integer dengan
menggunakan kaedah ‘Add-Traction Board’. Kajian ini dijalankan dengan
menggunakan Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988) yang
melibatkan kumpulan sasaran seramai 22 orang murid Tingkatan 1 Baiduri
SMK Rapat Setia pada tahun 2021. Data yang dikumpulkan dalam kajian ini
menggunakan kaedah semakan dokumen dan soal selidik yang dianalisis
secara deskriptif. Kajian ini mendapati kaedah ‘Add-Traction Board’ membantu
murid 1 Baiduri lebih menguasai operasi tambah dan tolak integer di samping
mengubah iklim pembelajaran bilik darjah daripada suasana yang
membosankan kepada suasana yang lebih menyeronokkan selaras dengan
Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21). Kajian ini juga dapat membantu guru-
guru mempelbagaikan kaedah PdP dan meningkatkan penguasaan murid
terhadap operasi tambah dan tolak nombor integer serta mengoptimumkan
pelibatan murid dalam PdP.

NAMA:
KARTINA BINTI SHARIF
NOR HAMIZAH BINTIHASHIM
ZAHIDAH BINTI ABD SAMAD

TEMPAT BERTUGAS :
SMK RAPAT SETIA

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL : 0126103805
EMAIL : [email protected]

Link dan QR code
pembentangan

STEN-LIFE

Kategori Inovasi: Kategori Pertandingan
INOVASI PDPC KUMPULAN

ABSTRAK

Kajian inovasi ini dilaksanakan untuk mengetahui keberkesanan
penggunaan Sten-Life dalam kalangan murid. Inovasi ini juga bertujuan
mengeksplorasi penggunaan stensil dalam membantu meningkatkan
keyakinan murid yang kurang kecerdasan visual ruang untuk membuat
lakaran. Keberkesanan penggunaan Sten-Life ditafsir daripada hasil kerja
murid. Lukisan sebelum dan selepas menggunakan Sten-Life
dibandingkan untuk mengkaji kerberkesanan penggunaan Sten-Life.
Sampel seramai 31 orang murid tahun 4 Mawar SK Marian Convent
terlibat dalam kajian inovasi ini. Sampel kajian dipilih berdasarkan
pengurusan buku nota sains. Sten-Life ialah stensil-stensil lukisan yang
bertemakan sains hayat. Sten-Life ini dihasilkan untuk membantu murid-
murid sekolah rendah yang kurang menguasai kemahiran melakar untuk
melakar gambar rajah. Hasil dapatan kajian inovasi menunjukkan
penggunaaan Sten-Life amat berkesan dalam membantu murid melakar
gambar rajah dengan kemas dan cantik. Hasil kajian juga menunjukkan
penggunaan Sten-Life mempunyai hubungan kolerasi dengan masa
pelaksaanan tugasan murid. Penggunaan Sten-life dapat menjimatkan
masa pelaksanaan tugasan murid, dimana murid yang tidak mahir melukis
dapat menghasilkan satu hasil kerja yang kemas yang cantik dan kemas.
Kesimpulannya, penggunaan bahan inovasi Sten-Life amat berkesan
dalam menghasilkan hasil kerja murid yang yang kemas dan cantik.

NAMA:
AMIRATUL IQAMAH NASUTION BINTI
LUKMAL HAKIM
SELVARANI A/P MUNISAMY

TEMPAT BERTUGAS :
SK MARIAN CONVENT

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO. TEL :017-4404613

010-5094713
EMIL :[email protected]

[email protected]

Link dan QR code
pembentangan

KATEGORI
PENGURUSAN

INFIX-SEAT

Kategori Inovasi: PENGURUSAN

ABSTRAK

Inovasi Infix-seat ini bertujuan mencipta satu produk yang bersesuaian
dengan keperluan murid sekolah rendah untuk mengurangkan berat beg
sekolah dan seterusnya membantu pengurusan bilik darjah. Di samping
produk inovasi ini juga membantu murid menguruskan barangan peribadi dan
buku murid di sekolah. Hasil inovasi ini adalah berdasarkan metodologi
dengan kaedah pemerhatian dan tinjauan, serta disokong sorotan literatur
yang berkaitan dengan isu beban beg sekolah yang menjadi faktor
mempengaruhi kesihatan dan psikologi murid, serta kebimbangan ibu bapa.
Pada 2019, lebih 11,000 cadangan dan masalah sistem pendidikan
diketengahkan pelbagai pihak dalam platform perisian Google Form yang
dibangunkan bagi menerima pendapat mengenai isu pendidikan di Malaysia.
Masalah beban beg melibatkan murid sekolah rendah menjadi antara isu
yang banyak diketengahkan pelbagai pihak. Penyelesaian yang realistik perlu
diambil kira oleh guru-guru supaya tidak membabitkan kos yang terlalu tinggi
dan mengambil kira faktor sosio-ekonomi muriddan kewangan sekolah.
Manakala cadangan untuk menyediakan rak atau almari untuk menyimpan
buku perlu dilihat dari aspek keluasan bilik darjah dan bilangan murid, yang
mungkin mempengaruhi kelancaran pelaksanaan PdP. Antara penyelesaian
lain yang dikaji untuk masalah beg berat ialah murid mungkin tidak perlu lagi
membawa buku teks ke sekolah dan tidak hanya bergantung kepada buku
teks di dalam kelas. Walaubagaimanapun, sebagai guru adalah amat penting
kepada kami untuk menyampaikan pembelajaran dan menjalankan PdP
berdasarkan kandungan yang digariskan oleh KPM. Iaadalah dilemma yang
telah lama dirasai daripada pihak pelaksana, disamping ingin memberikan
yang terbaik terutamanya dari faktor kesihatan dan psikologi, tanpa
mengambil kira hubungan dengan faktor risiko lain yang berkaitan dengan
sifat subjektif.Justeru, inovasi Infix-Seat dicipta sesuai dengan keperluan dan
penggunaan murid sekolah rendah, supaya dapat meletakkan buku teks dan
buku aktiviti yang tidak perlu dibawa pulang ke rumah. Murid hanya akan
bawa buku yang perlu untuk membuat kerja rumah dan seterusnya dapat
mengurangkan beban beg harian. Melalui hasil inovasi ini, terdapat beberapa
aspek rekomendasi yang boleh ditambah baik untuk Infix-Seat supaya
digunakan di semua peringkat persekolahan dan aspek keselamatan seperti
material dan penambahan klip kunci pada penutup Infix-Seat.

NAMA:
RABBIATUL NATRAH BT. ROSMAN
NURUL FAHIDA BT. MOHD. ARIF

TEMPAT BERTUGAS :
SK CONVENT

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO.TEL:016555366/0125757266
EMEL: [email protected]

[email protected]

Link dan QR code
pembentangan

PENGUKUR MANUAL USJ

Kategori Inovasi: PENGURUSAN

ABSTRAK

Pengukur Manual USJ; USJ membawa maksud ‘Untuk Sekolah Je’. Ini
adalah permasalahan terhampir dengan apa yang berlakudi sekolah
kami. Namun jika ada keperluan inovasi perlu dimobilisasikan, ia tidak
menjadi masalah untuk kami melakukan penambahbaikan.

Pengukur manual ini berfungsi sebagai pengukur jarak bagi acara
lompat jauh. Ia adalah sebuah solusi dan variasi teknik di samping
memanipulasi elemen-elemen persekitaran yang ada iaitu penggunaan
bahan kitar semula dan juga aspek penjimatan kos.

Situasi pita ukur yang rosak dan tidak boleh digunakan dan
berselerak di setor sukan menjadi pencetus idea inovasi ini. Setiap tahun
pihak sekolah terpaksa membeli pita ukur baru. Kos pita ukur (50m)
adalah sekitar RM20.00 hingga RM60.00 tertakluk kepada kualiti dan
jenama pita. Manakala kesluruhan kos pembinaan inovasi ini ialah
RM81.90 dan ianya boleh bertahan lama.

Melalui ciptaan inovasi ini, kos boleh dijimatkan meskipun tanpa pita
ukur di mana tandaan ukuran boleh ditanda terus pada batang keluli.
Teknik penggunaan bongkah indikator menjadi panduan bacaan jarak
oleh peserta. Petugas bagi acara lompat jauh tidak perlu tergesa-gesa
mengemaskan peralatan kerana inovasi ini boleh ditinggalkan begitu saja
dan dikemaskan kemudian. Inovasi ini dilihat lebih menjimatkan kos
kewangan, masa dan guna tenaga.

Aplikasi kitar semula seperti pita ukur lama, papan, besi, kayu dan
sebagainya, diharapkan dapat menjadi pemangkin khususnya kepada
golongan pelajar untuk mencetuskan sesuatu dalam kehidupan seharian.
Budaya mencipta adalah unsur-unsur pembelajaran yang terkandung
secara langsung di dalam subjek Pendidikan Seni Visual, Reka Bentuk
Teknologi manakala ianya juga adalah aspek penting di dalam program
KmR (Kefahaman Melalui Reka Bentuk).

NAMA:
NOOR ANUAR BIN ABDULLAH SHANI
MOHD. HAFIZ B. ALIAS
MOHD. KHAMARUL AZRYLL B. MOHD. KHALID

TEMPAT BERTUGAS :
SMK Bandar Baru Putra

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO.TEL:012-5233642/011-33925092/012-5220278
EMEL:[email protected]

[email protected]
[email protected]

Link dan QR code
pembentangan

TEMPLAT DORAEMON

Kategori Inovasi: PENGURUSAN

ABSTRAK

Templat merupakan satu bentuk yang dipotong daripada sesuatu bahan
yang dijadikan sebagai contoh untuk menghasilkan bentuk yang serupa
pada bahan yang lain. ‘Doraemon’ pula ialah watak kartun yang
mempunyai pelbagai alat bagi menyelesaikan masalah. Sehubungan itu,
Templat Doraemon dicipta dan diolah sama seperti idea poket tersebut
yang mempunyai beberapa pautan bagi membantu guru menyimpan segala
data Pengajaran dan pemudahcaraan semasa Bekerja di Rumah dalam
menjalankan PdPR. Ini bersesuaian dengan norma baru yang memerlukan
guru bekerja secara dalam talian.
Templat Doraemon dihasilkan bagi membantu guru-guru Sekolah Rendah
menghasilkan satu pengkalan data PdPR didalam bentuk pautan. Kami
mendapat idea untuk mengahasilkan templat ini apabila melihat rakan-
rakan guru, selain mengalaminya sendiri apabila pihak pentadbir meminta
kami menyerahkan data-data PdPR. Penyimpanan fail yang tidak teratur
dan kadang-kala guru telah lupa lokasi fail yang disimpan. Banyak masa
yang dibazirkan semasa proses pencarian fail. Rakan-rakan guru
mengalami tekanan apabila sistem penyimpanan fail yang tidak sistematik.
Menerusi Templat Doraemon kami menyediakan pautan e-RPH, latihan
Google Form sebagai bukti kehadiran, latihan tambahan, penghantaran
latihan tambahan, respon latihan Google Form dan respon latihan
tambahan. Selain itu Templat Doraemon juga memaparkan senarai nama
murid mengikut kelas dan data penyertaan PDPR mengikut tarikh. Medium
yang kami gunakan adalah google sheet.
Kami menggunakan kemudahan yang disediakan didalam DELIMA iaitu
medium google drive, google sheet, google form. Kelebihan Templat
Doramon ialah penyimpanan data lebih teratur dan sistematik, menjimatkan
masa guru untuk mencari bahan, data responden dapat diberikan secara
cepat dan tepat, boleh dikongsi bersama Pentadbir pada bila-bila masa
dikehendaki, boleh disunting menggunakan pelbagai gajet,penghantaran
dan semakan tugasan lebih teratur dan sistematik. Selain itu penilaian dan
penyimpanan evidens PBD lebih teratur dan sistematik.

NAMA:
HASLINDA BINTI OMAR
SHAHRILLIZA BINTI MD YUNUS

TEMPAT BERTUGAS :
SK SG. ROKAM

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO.TEL:016-5515050/019-5981900
EMEL:[email protected]

[email protected]

Link dan QR code
pembentangan

INTEGRAL CENTRE SETIA

Kategori Inovasi: PENGURUSAN

ABSTRAK

Krisis global akibat penularan wabak COVID-19 bukan sahaja
menyebabkan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara konvensional
tertangguh, bahkan menjadikan tugas pemimpin dan guru semakin
mencabar. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah
diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai
alternatif pembelajaran norma baharu. Pemantauan oleh pentadbir
terhadap pendokumentasian PdPR tidak dapat dilaksanakan dengan
lebih efisien sekiranya guru-guru masih menggunakan pendokumentasian
secara konvensional. Justeru, pendokumentasian secara berpusat
berkenaan pentadbiran dan kerja-kerja guru diterjemahkan melalui
penggunaan Integral Centre Setia (ICS) sebagai Paksi SMKRS. Integral
Centre Setia ini boleh diakses dengan segera dan pada bila-bila masa
sekiranya diperlukan sesuai dengan keadaan norma baharu iaitu bekerja
dari rumah. Data-data akan diakses oleh pemantau dan dianalisis untuk
tindakan susulan bagi memastikan PdPR dapat dijalankan dengan lebih
berkesan. Impak keseluruhan penggunaan Integral Centre Setia ini
menjadikan pengurusan pentadbiran lebih efisien dan sistematik. Selain
itu, penggunaan Integral Centre Setia ini juga membawa kepada
peningkatan kompetensi penggunaan aplikasi digital terkini dalam
kalangan pemimpin dan guru sekolah.

Kata kunci: Intergral Centre Setia, pendokumentasian, norma baharu,
efisen dan sistematik

NAMA:
KHALILAH BINTI ZA’ABA
INTAN IZAZI BINTI CHE ANI
FATIN IZZATI BINTI ZAINAL ABIDIN

TEMPAT BERTUGAS :
SMK RAPAT SETIA

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO.TEL:017-4789753/019-4965570/013-3964805
EMIL: [email protected]

[email protected]
[email protected]

Link dan QR code
pembentangan

IDSS (ID SUPPORT SYSTEM)
Kategori Inovasi: PENGURUSAN

ABSTRAK

Inovasi ID support System ini diwujudkan untuk menangani isu murid lupa
ID dan kata laluan. COVID-19 meningkatkan keperluan norma baharu
dalam sistem pendidikan, iaitu pembelajaran dalam talian. Aplikasi
DELIMa KPM merupakan platform tunggal yang menyediakan
perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber
pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pelajar, di mana ia boleh
diakses menggunakan akaun Google sedia ada. Setiap pelajar dan guru
akan diberikan satu ID Delima KPM yang akan membolehkan mereka
mengakses semua kemudahan ini secara percuma. Sebelum ini, murid
tidak biasa menggunakan id DELIMa ini. Mereka sering lupa id dan kata
laluan. Pihak sekolah tidak menyimpan kata laluan warga sekolah untuk
menghindari kebocoran data peribadi murid seiring dengan Akta
Perlindungan Data Peribadi 2020. Paling penting ialah, ianya percuma.
Guru hanya perlu ikut cara untuk menghasilkan paparan tersebut dengan
data studio!

NAMA:
HO YEE WAN

TEMPAT BERTUGAS :
SMK TARCISIAN CONVENT IPOH

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO.TEL:012-5412751
EMIL:[email protected]

Link dan QR code
pembentangan

eZ-PENDAFTARAN KOKURIKULUM

Kategori Inovasi: PENGURUSAN

ABSTRAK

IeZ-Pendaftaran Kokurikulum merupakan satu inovasi dengan
menggunakan sistem dalam talian untuk menggantikan pendaftaran
kokurikulum sercara manual pada hari ini. Pendaftaran secara online yang
menggunakan Google Form ini memudahkan pengumpulan maklumat dan
capaian murid serta guru untuk menyemak semula. Sekolah dalam norma
baharu bagi memastikan pengurusan sekolah dan proses PdP boleh
berjalan dengan lancar. Oleh kerana mengambil kira faktor amalan
penjarakan sosial dan keselamatan murid, pihak sekolah telah menetapkan
penggunaan eZ - pendaftaran kokurikulum. Sistem ini telah dilengkapi
dengan formula supaya dapat diasingkan mengikut kategori-kategori
tertentu seperti mengikut kelas, persatuan, sukan /permainan dan unit
beruniform. Murid –murid dan guru –guru boleh menggunakan maklumat
yang ada untuk tujuan perekodan unit masing-masing. Perekodan
maklumat mengunakan sistem ini adalah 100% seperti yang diisi oleh
murid. Sistem ini juga dapat membantu mengurangkan beban guru untuk
mengumpul dan menaip semula maklumat murid di samping itu, dapat
mengurangkan penggunaan kertas. Tambahan pula, murid baru dapat
daftar dengan serta merta dan maklumat yang wujud adalah maklumat
yang terbaru. Paling penting ialah, ianya percuma. Guru hanya perlu
menggunakan templat tersebut dan membuat sedikit perubahan!

NAMA:
HO YEE WAN

TEMPAT BERTUGAS :
SMK TARCISIAN CONVENT IPOH

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO.TEL:012-5412751
EMIL:[email protected]

Link dan QR code
pembentangan

MySchool

Kategori Inovasi: PENGURUSAN

ABSTRAK

Inovasi MySchool diwujudkan sebagai satu inisiatif untuk
mengumpul maklumat sekolah secara terancang dalam satu storan
yang tiada had iaitu Google Drive. MySchool memudahkan
pengurusan sekolah di mana guru menggunakkan id Delima yang
dibekalkan oleh KPM dan tetapan ditentukan oleh pihak sekolah.
Maklumat-maklumat penting KPM seperti PBD dan Skpmg2 dapat
disimpan dengan selamat dan dapat diakses oleh pentadbr dan guru
sekolah sahaja. Pada masa yang sama, guru juga dapat akses ke
folder lain seperti TS25, HEM, Kokurikulum. Gambar aktiviti sekolah
boleh disimpan dalam galeri gambar untuk kegunaan membuat
laporan, majalah sekolah dan sebagai kenangan. Semua folder itu
akan diuruskan oleh setiausaha unit masing-masing. Semua data dan
bahan akan dapat disimpan dalam jangka masa yang panjang. Ini
juga akan dapat mengurangkan penggunaaan fail dan pembaziran
kertas. Paling penting ialah, ianya percuma dan mudah untuk
dihasilkan.

NAMA:
HO YEE WAN

TEMPAT BERTUGAS :
SMK TARCISIAN CONVENT IPOH

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO.TEL:012-5412751
EMIL:[email protected]

Link dan QR code
pembentangan

FAIL PANITIA DIGITAL

Kategori Inovasi: PENGURUSAN

ABSTRAK

Pemerkasaan teknologi hijau seiring teknologi terkini seperti Revolusi
Perindustrian 4.0 (IR4.0) untuk mengurangkan kesan pencemaran
daripada sisa buangan sebagai contohnya kertas dan plastik.
Penggunaan kertas tanpa had dan kawalan akan mengakibatkan
kemusnahan alam sekitar. Jika tidak dibendung, ia akan meningkatkan
penghasilan karbon dioksida yang menyebabkan peningkatan
pemanasan global lebih pantas. Oleh yang demikian Fail Penitia Digital
ini dicipta untuk menyokong hasrat kerajaan dalam memperkasakan
teknologi hijau. Penggunaan Fail Panitia Digital bukan sahaja dapat
menjimatkan kertas dan ink pencetak tetapi ianya membolehkan
menyenangkan kerja guru tambahan pula fail digital ini memboleh guru-
guru menyiapkan fail dirumah masing-masing ketika pendemik Covid
19 kini. Fail panitia digital ini menggunakan QR Code sekiranya
pengguna ingin mengakses maklumat didalam fail dan maklumat-
maklumat di dalam fail disimpan didalam Google Drive.

NAMA:
MUHAMMAD ANWAR HUSNI B SHAMSUDIN

TEMPAT BERTUGAS :
SMK RAPAT SETIA

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO.TEL:0135065756
EMIL:[email protected]

Link dan QR code
pembentangan

SISTEM REKOD KEHADIRAN MURID
(SiRKeM).

Kategori Inovasi: PENGURUSAN

ABSTRAK

Melalui pemerhatian, penggunaan rangkaian aplikasi Whatapps untuk
merekodkan kehadiran murid pada setiap waktu pertama PdP di mana
guru mata pelajaran waktu pertama perlu melaporkan jumlah kehadiran
supaya guru kelas dapat mengambil data tersebut untuk diisi dalam Sistem
Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) seperti masa yang telah
ditetapkan. Guru kelas akan mengambil masa yang lama untuk merekod
kehadiran dalam Sistem APDM kerana perlu menunggu guru mata
pelajaran waktu pertama melaporkan jumlah kehadiran di dalam aplikasi
Whatapps. Ini kerana Sistem APDM perlu merekodkan kehadiran sebelum
masa yang ditetapkan sama ada sesi pagi mahupun sesi petang.
Kebiasaannya pada waktu pertama ini, guru dan pelajar hanya sempat
melakukan PdP di dalam kelas pada masa yang singkat 25 minit daripada
30 minit yang diperuntukkan hanya untuk melapor kehadiran murid. Ini
memberi idea untuk menghasilkan Sistem Rekod Kehadiran Murid
(SiRKeM). SiRKeM ini di bina atas platform Google Data Studio. SiRKeM
menggunakan sumber data daripada Google Sheets di mana semua
kehadiran murid akan direkodkan terus di dalamnya apabila setiap murid
mengimbas qr code yang telah disediakan. Dengan menggunakan
SiRKeM, pelajar hanya perlu mengimbas qr code masing-masing apabila
tiba di pintu utama sekolah. Qr code yang telah di imbas menggunakan qr
scanner secara automatik di simpan dalam sumber data Google Sheets.
SiRKeM dapat menjimatkan masa semua guru mata pelajaran waktu
pertama dan juga mengurangkan kesalahan atau ralat apabila merekod
kehadiran murid. Selain itu, SiRKeM dapat membantu semua guru di
sekolah untuk mencapai jumlah rekod kehadiran murid dalam pengisian
RPH, kehadiran waktu Kokurikulum dan lain-lain. Ianya juga dapat
menggalakkan semua guru untuk lebih celik it di dalam dunia teknologi
maklumat yang serba canggih ini.

Link SiRKeM : https://datastudio.google.com/reporting/77f3eef6-
8d93-43da-8f76-9e1eb65c0958

NAMA:
NURULAZLINA BINTI MAZLAN

TEMPAT BERTUGAS :
SMK PENGKALAN

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI :
NO.TEL:016-4196131
EMIL:[email protected] /

[email protected]

Link dan QR code
pembentangan

SEKALUNG PENGHARGAAN

Sejuta penghargaan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara
kepada semua pihak yang telah menjayakan Pertandingan Inovasi
Pendidikan Daerah Kinta Utara tahun 2021 :

En. Mohamad Hazawawi bin Yusof,
Pegawai Pendidikan Daerah,

Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara

En. Zulkafli bin Mohamed Mokhtar
Timbalan PPD Sektor Perancangan,
Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara

En. Abdul Rashid bin Shafie
Timbalan PPD Sektor Pembelajaran,
Pejabat Pendidikan Daeraha Kinta Utara

Tn. Hj. Muhamad Firdaus bin Ahmad
Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah

Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara

En. Zaherin bin Rahmat
Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid

Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara

Pensyarah-pensyarah IPG Kampus Ipoh

Pegawai SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah & AKP Sektor Perancangan,
Kinta Utara

Majlis Pengetua Sekolah Menengah ( MPSM ), Kinta Utara

Majlis Guru Besar ( MGB ), Kinta Utara

Guru-guru Kinta Utara

Serta semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tindak
langsung bagai menjayakan pertandingan ini.


Click to View FlipBook Version