The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MTE1-0622 Siti Maryam Binti Zakaria, 2024-04-14 08:56:33

SITI MARYAM BT ZAKARIA _BUKU LOG BSMM

SITI MARYAM BT ZAKARIA _BUKU LOG BSMM

Pemimpin No 3


Korporat


Pemimpin Mufti


Ahli No 3


Ahli No 4


Ahli Mufti


5.3 Pangkat/ Lencana Kemahiran


6.0 Perancangan takwim sekolah rendah


6.0 Perancangan Takwim Sekolah Rendah


7.0 Rancangan Pengajaran Harian


8.0 Laporan Perjumpaan Aktiviti


Minggu : Minggu 1 Tarikh : 10 Januari 2024 Masa : 2.30 petang - 4.30 petang Tempat : Pusat Sinergi, IPG Kampus Temenggong Ibrahim Jurulatih : En. Mohtar Bin Yacob Kehadiran : 35 Orang Pada minggu pertama, ahli BSMM seramai 35 orang berkumpul di Pusat Sinergi dengan berpakaian seragam lengkap bagi menghadiri kelas. Sebelum itu, kami menyusun kerusi dan meja terlebih dahulu untuk mendengar taklimat dengan selesa. Semasa perjumpaan, jurulatih BSMM, Encik Mohtar memberi kata-kata aluan serta penerangan tentang BSMM serta menyerahkan Maklumat Kursus di aplikasi Whatsapp sebagai rujukan. Beliau memperincikan topik-topik yang harus dipelajari dan dikuasai sepanjang semestar ini. Seterusnya, dia juga mengarahkan ahli BSMM untuk melaksanakan istiadat pada setiap minggu dan meminta penyelaras kursus untuk membahagikan tugas. Beliau juga menrangkan perkara-perkara penting yang perlu ada dalam istiadat dan mengarahkan ahli BSMM untuk menyediakan tiang bendera daripada buluh. Akhir sekali, dia memberitahu tentang pentaksiran berterusan dimana ahli BSMM perlu menjalani amali seperti bantuan kecemasan serta kawad dan menyiapkan buku log digital. 7.0 Laporan Perjumpaan Aktiviti Laporan Mingguan Persatuan BSMM


Minggu : Minggu 2 Tarikh : 17 Januari 2024 Masa : 2.30 petang - 4.30 petang Tempat : Pusat Sinergi, IPG Kampus Temenggong Ibrahim Jurulatih : En. Mohtar Bin Yacob Kehadiran : 35 Orang Laporan Mingguan Persatuan BSMM Pada minggu kedua, ahli BSMM bersiap sedia untuk melaksanakan istiadat. Seorang Komander dilantik serta beberapa orang yang bertugas untuk menaikkan bendera, membaca ikrar serta membaca doa. Masing-masing menjalankan tugas seperti yang diarahkan. Selepas istiadat dijalankan, jurulatih, Encik Mohtar bin Yacob telah memberikan beberapa teguran iaitu tentang tiang bendera yang tidak kukuh serta ada beberapa ahli BSMM masih tidak menghafal lagu rasmi BSMM. Semua ahli BSMM mendengar teguran dengan teliti dan ada yang mencatat. Seterusnya, encik memperbaiki cara kawad dengan betul. Beliau juga memperbaiki pergerakan kaki supaya diangkat dengan betul. Kemudian, jurulatih juga telah mengajar ahli BSMM bagaimana untuk memotong buluh dengan betul iaitu tentang pucuk dan pangkal serta jenis ikatan yang sesuai untuk membina tiang bendera. Ada ahli BSMM yang merekod video sebagai panduan untuk ahli BSMM memperbaiki tiang bendera kelak.


Minggu : Minggu 3 Tarikh : 24 Januari 2024 Masa : 2.30 petang - 4.30 petang Tempat : Pusat Sinergi, IPG Kampus Temenggong Ibrahim Jurulatih : En. Mohtar Bin Yacob Kehadiran : 35 Orang Laporan Mingguan Persatuan BSMM Pada minggu ketiga, kami melaksanakan istiadat seperti biasa selepas kehadiran jurulatih. Ahli BSMM menjalankan tugas seperti biasa tetapi berbeza ahli. Setelah itu, terdapat beberapa teguran yang diberikan supaya ahli BSMM boleh perbaiki pada istiadat akan datang kelak. Kemudian, ahli BSMM daripada kelas Matematik 1 telah diminta untuk membuat pembentangan bagi topik 1 berdasarkan MK MPU 3415 (A). Antara tajuk yang dibincangkan ialah pendaftaran ahli & kumpulan, kuasa penganjur, struktur unit, tanggungjawab pemimpin serta pengurusan buku log. Setiap kumpulan selesai mebentangkan bahagian masing-masing, jurulatih akan memberikan ulasan serta berbincang bersama-sama tentang topik tersebut. Beliau juga ada menambah info-info baharu yang tidak dibentangkan. Akhir sekali, sesi soal jawab berlangsung dimana ahli BSMM yang kurang faham boleh bertanya jurulatih secara langsung untuk mendapatkan jawapan.


Minggu : Minggu 4 Tarikh : 31 Januari 2024 Masa : 2.30 petang - 4.30 petang Tempat : Pusat Sinergi, IPG Kampus Temenggong Ibrahim Jurulatih : En. Mohtar Bin Yacob Kehadiran : 35 Orang Laporan Mingguan Persatuan BSMM Pada minggu keempat perjumpaan, ahli BSMM melaksanakan istiadat seperti biasa selepas kehadiran jurulatih. Ahli BSMM menjalankan tugas seperti biasa tetapi berbeza ahli. Setelah itu, terdapat beberapa teguran yang diberikan supaya ahli BSMM boleh perbaiki pada istiadat akan datang kelak. Apa yang amat diperhatikan oleh jurulatih adalah tentang kemahiran kawad kaki kerana masih ada yang salah ketika berjalan. Maka, jurulatih menunjukkan asas kawad kaki yang betul. Komander bertugas diminta untuk memberikan hukuman manakala ahli BSMM diminta untuk menerima hukuman. Jurulatih juga ada menerangkan tentang kepentingan kawad kaki dan memberitahu bahawa 5% markah pentaksiran berterusan adalah daripada kawad kaki. Ahli BSMM juga terus menerima hukuman sehingga jurulatih berpuas hati. Akhir sekali, jurulatih berpesan kepada ahli BSMM untuk membuat latihan kawad kaki pada setiap petang bagi mempertingkatkan kemahiran.


Minggu : Minggu 5 Tarikh : 7 Februari 2024 Masa : 2.30 petang - 4.30 petang Tempat : Pusat Sinergi, IPG Kampus Temenggong Ibrahim Jurulatih : En. Mohtar Bin Yacob Kehadiran : 35 Orang Laporan Mingguan Persatuan BSMM Pada minggu kelima, kami melaksanakan istiadat seperti biasa selepas kehadiran jurulatih. Ahli BSMM menjalankan tugas seperti biasa tetapi berbeza ahli. Setelah itu, terdapat beberapa teguran yang diberikan supaya ahli BSMM boleh perbaiki pada istiadat akan datang kelak. Kemudian, ahli BSMM daripada kelas Matematik 1 telah diminta untuk membuat pembentangan bagi topik 1 berdasarkan MK MPU 3415 (A). Antara tajuk yang dibincangkan ialah pakaian seragam ahli & pemimpin, takwim dan rancangan aktiviti, perlantikan jawatankuasa unit da penfurusan ahli. Setiap kumpulan selesai membentangkan bahagian masing-masing, jurulatih akan memberikan ulasan serta berbincang bersama-sama tentang topik tersebut. Beliau juga ada menambah info-info baharu yang tidak dibentangkan. Akhir sekali, sesi soal jawab berlangsung dimana ahli BSMM yang kurang faham boleh bertanya jurulatih secara langsung untuk mendapatkan jawapan. Jurulatih juga berpesan untuk membeli buku BSMM serta kain anduh bagi kegunaan bantuan kecemasan.


Minggu : Minggu 6 Tarikh : 21 Februari 2024 Masa : 2.30 petang - 4.30 petang Tempat : Pusat Sinergi, IPG Kampus Temenggong Ibrahim Jurulatih : En. Mohtar Bin Yacob Kehadiran : 35 Orang Laporan Mingguan Persatuan BSMM Pada minggu keenam, kami melaksanakan istiadat seperti biasa selepas kehadiran jurulatih. Ahli BSMM menjalankan tugas seperti biasa tetapi berbeza ahli. Setelah itu, terdapat beberapa teguran yang diberikan supaya ahli BSMM boleh perbaiki pada istiadat akan datang kelak. Antara teguran yang diberikan ialan tiang bendera tidak kukuh serta pemakaian baret. Jurulatih menunjukkan cara pemakaian baret yang benar iaitu logo terletak pada bahagian kiri serta bahagian kanan baret harus diluruskan kebawah Kemudian, ahli BSMM daripada kelas Matematik 2 telah diminta untuk membuat pembentangan bagi topik 2 berdasarkan MK MPU 3415 (A). Antara tajuk yang dibincangkan ialah prinsip-prinsip asas Bulan Sabit Merah, Struktur dan Organisasi pertubuhan palang merah/ bulan sabit merah antarabangsa, Struktur pertubuhan BSMM, Undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta pembangunan konvensyen Geneva. Setiap kumpulan selesai membentangkan bahagian masing-masing, jurulatih akan memberikan ulasan serta berbincang bersama-sama tentang topik tersebut. Beliau juga ada menambah info-info baharu yang tidak dibentangkan. Akhir sekali, sesi soal jawab berlangsung dimana ahli BSMM yang kurang faham boleh bertanya jurulatih secara langsung untuk mendapatkan jawapan.


Minggu : Minggu 7 Tarikh : 28 Februari 2024 Masa : 2.30 petang - 4.30 petang Tempat : Pusat Sinergi, IPG Kampus Temenggong Ibrahim Jurulatih : En. Mohtar Bin Yacob Kehadiran : 35 Orang Laporan Mingguan Persatuan BSMM Pada minggu ketujuh, kami melaksanakan istiadat seperti biasa selepas kehadiran jurulatih. Ahli BSMM menjalankan tugas seperti biasa tetapi berbeza ahli. Setelah itu, terdapat beberapa teguran yang diberikan supaya ahli BSMM boleh perbaiki pada istiadat akan datang kelak. Kemudian, ahli BSMM daripada kelas Matematik 2 telah diminta untuk membuat pembentangan bagi topik 2 berdasarkan MK MPU 3415 (A). Antara tajuk yang dibincangkan ialah Protokol-protokol tambahan, tanggungjawab negara-negara, Konvesyen Hague, Lambang/embiem, indikatif & perlindungan lambang dan singnifikannya serta undang-undang asas konvensyen. Setiap kumpulan selesai membentangkan bahagian masing-masing, jurulatih akan memberikan ulasan serta berbincang bersama-sama tentang topik tersebut. Beliau juga ada menambah info-info baharu yang tidak dibentangkan. Akhir sekali, sesi soal jawab berlangsung dimana ahli BSMM yang kurang faham boleh bertanya jurulatih secara langsung untuk mendapatkan jawapan.


Minggu : Minggu 8 Tarikh : 6 Mac 2024 Masa : 2.30 petang - 4.30 petang Tempat : Pusat Sinergi, IPG Kampus Temenggong Ibrahim Jurulatih : En. Mohtar Bin Yacob Kehadiran : 35 Orang Laporan Mingguan Persatuan BSMM Pada minggu kelapan, kami melaksanakan istiadat seperti biasa selepas kehadiran jurulatih. Ahli BSMM menjalankan tugas seperti biasa tetapi berbeza ahli. Setelah itu, terdapat beberapa teguran yang diberikan supaya ahli BSMM boleh perbaiki pada istiadat akan datang kelak. Kemudian, Jurulatih, Encik Mohtar Bin YACOB telah menyampaikan pesanan dan nasihat daripada rektor IPGM iaitu tentang kepentingan Kokurikulum dalam pendidikan. Beliau menegaskan bahawa semua ahli BSMM perlu menguasai semua kemahiran yang ada bagi kegunaan di sekolah supaya mereka boleh menjadi guru yang rerbaik dengan melahirkan murid yang cemerlang dalam akademik tetapi juga seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Contohnya, kemahiran kawad kaki. Seterusnya, kami sambung dengan pembelajaran topik 3 iaitu mengenai orientasi Kurikulum Unit Beruniform di sekolah rendah iaitu topik tentang takwim dan rancangan aktiviti.


Minggu : Minggu 9 Tarikh : 13 Mac 2024 Masa : 2.30 petang - 4.30 petang Tempat : Pusat Sinergi, IPG Kampus Temenggong Ibrahim Jurulatih : En. Mohtar Bin Yacob Kehadiran : 35 Orang Laporan Mingguan Persatuan BSMM Pada minggu kesembilan, kami melaksanakan istiadat seperti biasa selepas kehadiran jurulatih. Ahli BSMM menjalankan tugas seperti biasa tetapi berbeza ahli. Setelah itu, terdapat beberapa teguran yang diberikan supaya ahli BSMM boleh perbaiki pada istiadat akan datang kelak. Seterusnya, kami sambung dengan pembelajaran topik 3 iaitu mengenai orientasi Kurikulum Unit Beruniform di sekolah rendah. Pengajaran disampaikan sendiri oleh jurulatih BSMM iaitu Encik Mohtar Bin Yacob dengan penayangan slaid nota. Antara topik yang diajar ialah Program unit beruniform BSMM di sekolah rendah dan Skim latihan sekolah rendah. Beliau menerangkan prosuder yang harus dilakukan untuk melaksanakan aktiviti BSMM di sekolah. Tambahan itu, memperingatkan ahli BSMM peperiksaan dan amali yang perlu dijalani mendapatkan kad keahlian. Akhir sekali, encik meminta kami untuk mengisi borang keahlian melalui pautan yang dikongsikan dalam aplikasi whatsapp.


Minggu : Minggu 10 Tarikh : 13 Mac 2024 Masa : 2.30 petang - 4.30 petang Tempat : Pusat Sinergi, IPG Kampus Temenggong Ibrahim Jurulatih : En. Mohtar Bin Yacob Kehadiran : 35 Orang Pada minggu ketiga, kami melaksanakan istiadat seperti biasa selepas kehadiran jurulatih. Ahli BSMM menjalankan tugas seperti biasa tetapi berbeza ahli. Setelah itu, terdapat beberapa teguran yang diberikan supaya ahli BSMM boleh perbaiki pada istiadat akan datang kelak. Seterusnya, kami sambung dengan pembelajaran topik 4: Keselamatan dan cara pencegahan Kecederaan Tisu lembut Renjatan Penilaian asas pesakit Kecederaan tulang, rangka, sendi dan otot Kecederaan kepala dan tulang belakang Kecederaan terbakar Racun dan keracunan Pitam dan tidak sedarkan diri Pengajaran disampaikan oleh jurulatih sendiri dengan penayangan slaid serta beliau membawa peti kecemasan sebagai pengalaman sebenar kepada ahli BSMM untuk mengetahui setiap jenis ubat untuk kegunaan akan datang. Laporan Mingguan Persatuan BSMM


Minggu : Minggu 11 Tarikh : 27 Mac 2024 Masa : 2.30 petang - 4.30 petang Tempat : Pusat Sinergi, IPG Kampus Temenggong Ibrahim Jurulatih : En. Mohtar Bin Yacob Kehadiran : 35 Orang Pada minggu ketiga, kami melaksanakan istiadat seperti biasa selepas kehadiran jurulatih. Ahli BSMM menjalankan tugas seperti biasa tetapi berbeza ahli. Setelah itu, terdapat beberapa teguran yang diberikan supaya ahli BSMM boleh perbaiki pada istiadat akan datang kelak. Seterusnya, kami sambung dengan pembelajaran topik 4 iaitu tentang anduh dan balutan. Ahli BSMM mempelajari untuk melipat anduh seperti anduh besar, anduh menaik, anduh kecil, anduh pergelangan tangan dan balutan cincin. Beliau juga menunjukkan balutan di kaki, kepala dan lutut. Pengajaran ini sangat menarik kerana jurulatih memilih model dan menunjukkan secara terperinci tentang cara lipatan dan kedudukan kain. Beliau juga memeriksa setiap ahli BSMM cara lipatan agar mereka dapat melatih diri untuk lipat dengan kemas serta betul. Akhir sekali, sesi soal jawab berlangsung dimana ahli BSMM yang kurang faham boleh bertanya jurulatih secara langsung untuk mendapatkan jawapan. Laporan Mingguan Persatuan BSMM


Click to View FlipBook Version