Minggu : Minggu 12 Tarikh : 3 April 2024 Masa : 2.30 petang - 4.30 petang Tempat : Pusat Sinergi, IPG Kampus Temenggong Ibrahim Jurulatih : En. Mohtar Bin Yacob Kehadiran : 35 Orang Pada minggu kedua belas, kami melaksanakan istiadat seperti biasa selepas kehadiran jurulatih. Ahli BSMM menjalankan tugas seperti biasa tetapi berbeza ahli. Setelah itu, terdapat beberapa teguran yang diberikan supaya ahli BSMM boleh perbaiki pada istiadat akan datang kelak. Seterusnya, kami sambung dengan pembelajaran topik 4 iaitu tentang bantuan kecemasan iaitu: Bantuan hidup asas (CPR) Pengenalan CPR Keperluan CPR CPR untuk orang dewasa, kanak-kanak dan bayi Mangsa tercekik Pengenalan mangsa tercekik dewasa, bayi Mengangkat dan memindahkan mangsa Jurulatih membawa patung CPR iaitu Anne untuk menunjukkan secara langusung bagaimana CPR itu dijalankan terhadap mangsa. Ini memastikan semua ahli BSMM dapat lihat dengan teliti bagi melaksanakan prosuder dengan betul ketika pengalaman sebenar. Laporan Mingguan Persatuan BSMM
Minggu : Minggu 13 Tarikh : 17 April 2024 Masa : 2.30 petang - 4.30 petang Tempat : Pusat Sinergi, IPG Kampus Temenggong Ibrahim Jurulatih : En. Mohtar Bin Yacob Kehadiran : 35 Orang Pada minggu ketiga belas, ahli BSMM MT1 melaksanakan amali istiadat, kawad serta balutan bagi memenuhi keperluan pentaksiran berterusan. Setiap ahli mengisi borang markah terlebih dahulu kemudian mereka perlu menunggu giliran untuk melaksanakan amali kawad. Amali ini dijalankan secara individu. Antara kriteria yang diambil kira ialah dari segi kelantangan suara, hukuman yang diberikan serta gerakan kaki. Semua ahli BSMM dapat melepasi amali ini dengan baik Ujian amali diteruskan lagi dengan balutan. Terdapat 5 jenis balutan yang harus dipilih iaitu 2 anduh, 1 balutan kaki, 1 balutan kepala dan 1 balutan tangan. Ahli BSMM harus melakukannya secara berpasangan iaitu seorang menjadi model dan seorang lagi yang melakukan balutan. Jurulatih memberikan markah dengan sangat adil mengikut kekemasan balutan serta cara ikat yang betul. Laporan Mingguan Persatuan BSMM
Minggu : Minggu 14 Tarikh : 24 April 2024 Masa : 2.30 petang - 4.30 petang Tempat : Pusat Sinergi, IPG Kampus Temenggong Ibrahim Jurulatih : En. Mohtar Bin Yacob Kehadiran : 35 Orang Pada minggu ketiga akhir, ahli BSMM MT1 melaksanakan amali bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dimana setiap ahli BSMM perlu melakonkan situasi kecemasan dan ada yang memerlukan CPR. Setiap orang harus menunggu giliran. Amali dijalankan untuk memenuhi keperluan pentaksiran berterusan. Seterusnya, ahli BSMM MT1 melaksankan amali kesihatan bagi menguji kebersihan dan penghasilan makanan seimbang. Sebelum memulakan proses memasak, jurulatih akan memeriksa penyediaan bahan sama ada dibasuh bersih ataupun tidak untuk diberi markah. Kemudian proses masak dijalankan hingga selesai. Jurulatih merasa masakan yang dirasa. Laporan Mingguan Persatuan BSMM
Sekian Terima Kasih!!!