KOLEJ VOKASIONAL SANDAKAN, PETI SURAT 1162,
90713 SANDAKAN, SABAH
KERTAS PENERANGAN 1
KOD DAN NAMA UAE 1112
KURSUS
SEMESTER ASAS EKONOMI
NO DAN TAJUK
STANDARD 1
PEMBELAJARAN
1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI
TUJUAN
1.1 Menerangkan konsep ekonomi
1.2 Menjelaskan masalah asas ekonomi
1.3 Menerangkan sistem ekonomi
1.1 Menerangkan konsep ekonomi
1.1.1 Menyatakan definisi ekonomi
1.1.2 Menerangkan sumber ekonomi
(i) Tanah
(ii) Buruh
(iii) Modal
(iv) Usahawan
1.1.3 Menerangkan sumber ekonomi
(i) kekeurangan
(ii) kos lepas
(iii) pilihan
1.2 Menjelaskan masalah asas ekonomi
1.2.1 Menjelaskan masalah asas ekonomi
(i) Apa yang hendak dikeluarkan?
(ii) Berapa yang hendak dikeluarkan?
(iii) Bagaimana hendak dikeluarkan?
(iv) Untuk siapa dikeluarkan?
1.3 Menerangkan sistem ekonomi
1.3.1 Menerangkan sistem ekonomi
(i) Sistem ekonomi kapitalis
(ii) Sistem ekonomi perancangan pusat
(iii) Sistem ekonomi campuran
(iv) Sistem ekonomii Islam
1.3.2 Menerangkan kebaikan dan keburukan sistem ekonomi
TARIKH
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
1.1 KONSEP EKONOMI
1.1.1 Definisi ekonomi.
Perkataan ekonomi berasal daripada perkataan Greek ‘oikounomos’. ‘oikou’ bermakna isi
rumah dan ‘nomos’ bermakna peraturan.
Ekonomi didefinisikan sebagai sains sosial yang mengkaji bagaimana manusia menguruskan
sumber ekonomi yang terhad bagi memenuhi kehendak mereka yang tidak terhad.
Contoh :
a) Adelyn ingin membeli sebuah beg tangan dan seluar jeans tetapi wangnya tidak mencukupi.
b) Pengeluaran industri makanan terhad berbanding permintaan makanan yang tinggi.
1.1.2 SUMBER EKONOMI
1. Sumber ekonomi (faktor pengeluaran) diperlukan dalam proses pengeluaran barang dan
perkhidmatan.
2. Faktor pengeluaran dimiliki oleh individu, masyarakat dan negara bersifat kekurangan secara
relatif.
3. Faktor pengeluaran wujud dalam bentuk wang, harta benda atau keupayaan fizikal dan
mental.
a) Tanah Sumber ekonomi (faktor-faktor pengeluaran) yang terhad
b) Buruh
c) Modal Sumber alam semula jadi yang dianugerahkan Tuhan yang terdapat
d) Usahawan di permukaan bumi atau di dalam perut bumi.
Penawarannya terhad (bersifat tetap dan kekal). Ia tidak dapat
dipindahkan ke tempat lain disebabkan kedudukan geografinya yang
tetap.
Tanah pada asasnya adalah tidak serupa. Nilainya bergantung
kepada faktor kualiti dan lokasi.
Ganjarannya ialah sewa.
Sumber ekonomi atau individu yang menyumbangkan tenaga secara
mental dan fizikal untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
Buruh terdiri daripada buruh mahir dan tidak mahir.
Buruh membuat kerja mengikut arahan dan tidak memikirkan hal
inovasi. Jadi, buruh tidak menanggung risiko.
Buruh mempunyai mobiliti tempat dan kegunaan.
Ganjaran ialah upah.
Alat ciptaan manusia yang digunakan untuk melicinkan proses
pengeluaran bagi meningkatkan pendapatan dan kekayaan.
Modal terdiri daripada wang, mesin, peralatan, bahan mentah dan
barang yang digunakan dalam proses pengeluaran.
Modal mudah dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain.
Penawaran modal adalah tidak tetap. Ia boleh ditambah dan
dikurangkan dengan mudah.
Ganjaran atau pulangan modal ialah faedah (kadar bunga).
Sumber ekonomi atau individu yang menggabungkan faktor
pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
Berperanan sebagai perancang, penyelaras, pemimpin dan pengawal
aktiviti firma.
Usahawan sentiasa memikirkan hal inovasi untuk meningkatkan kualiti
keluaran sedia ada untuk menghasilkan keluaran yang baharu di
pasaran.
Usahawan perlu menanggung risiko
Ganjaran atau pulangan kepada usahawan ialah keuntungan.
2
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
1.1.3 MASALAH EKONOMI
Punca masalah ekonomi
Akibat daripada kehendak manusia yang tidak terhad dan sumber ekonomi yang terhad, maka
wujudnya masalah-masalah kekurangan, pilihan dan kos lepas.
a) Kekurangan
1. Masalah kekurangan wujud kerana sumber ekonomi yang sedia ada terhad untuk
memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.
2. Barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan hanya dapat memenuhi sebahagian
daripada kehendak manusia sahaja.
3. Semakin terhad sesuatu barang, semakin tinggi nilai ekonomi barang tersebut.
4. Kesannya, sesetengah pelaku ekonomi (isi rumah, firma dan kerajaan) tidak dapat
menikmati barang dan perkhidmatan di pasaran.
b) Pilihan
1. Kesan dari sumber ekonomi terhad dan kehendak manusia tidak terhad, maka manusia
berhadapan dengan masalah kekurangan dan terpaksa membuat pilihan. Misalnya
pilihan sama ada kita hendak membeli telefon bimbit atau membeli buku pelajaran.
2. Pilihan melibatkan pembuatan keputusan tentang kehendak yang perlu dipenuhi terlebih
dahulu. Apabila pilihan terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan telah dibuat, sumber
ekonomi akan diagihkan kepada pengeluaran barang atau perkhidmatan tersebut dan
pengeluaran barang atau perkhidmatan lain terpaksa dikurangkan.
c) Kos lepas
1. Kos lepas ialah barang atau perkhidmatan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk
mendapatkan barang atau perkhidmatan lain yang dipilih.
2. Dalam kata lain, kos lepas adalah pilihan lain yang terbaik yang terpaksa dilepaskan.
3. Contoh-contoh kos lepas bagi seorang individu ialah:
a) Belajar atau bekerja
b) Ulangkaji pelajaran atau berehat
c) Penggunaan sekarang atau penggunaan masa depan
4. Contoh-contoh kos lepas bagi seorang usahawan:
a) Mengeluarkan barang A atau barang B
b) Melaksanakan projek pelaburan A atau projek pelaburan B
Unit Kekurangan Pilihan Kos lepas
Ekonomi Pendapatan
Isi rumah Pilih barang dan perkhidmatan Barang dan perkhidmatan
yang terbaik yang kedua terbaik yang
Firma terpaksa dilepaskan
Untuk mencapai kepuasan yang
Kerajaan maksimum
Faktor-faktor Pilih keluaran/output yang Keluaran/ouput kedua terbaik
pengeluaran terbaik. yang terpaksa dilepaskan.
seperti buruh, Untuk mencapai keuntungan
yang maksimum.
tanah dan
modal Pilih projek pembangunan yang Projek pembangunan kedua
terbaik. terbaik yang terpaksa
Sumber hasil / dilepaskan
pendapatan Untuk memberi kebajikan yang
negara maksimum kepada rakyat
3
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
1.2 MASALAH ASAS EKONOMI
1.2.1 Menjelaskan masalah asas ekonomi
a) Apa hendak dikeluarkan
1. Masalah apa yg hendak dikeluarkan merujuk kepada jenis barang yg hendak
dikeluarkan dan bergantung kepada permintaan dan penawaran masyarakat.
2. Apa yang dikeluarkan akan menentukan corak peruntukan sumber dalam ekonomi
bagi memastikan barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dapat
memaksimumkan kepuasan pengguna, mamaksimumkan keuntungan pengeluar
atau memaksimumkan kebajikan masyarakat.
a) Berapa banyak hendak dikeluarkan
1. Masalah berapa yang hendak dikeluarkan merujuk kepada kuantiti barang yang
hendak dikeluarkan dalam ekonomi bergantung kepada permintaan dan
penawaran masyarakat.
2. Semakin tinggi permintaan terhadap sesuatu barang, semakin banyak barang
tersebut dikeluarkan, maka semakin kurang barang lain yang dapat dikeluarkan
kerana masalah kekurangan sumber ekonomi.
c) Bagaimana hendak dikeluarkan
1. Masalah bagaimana hendak dikeluarkan merujuk kepada teknik atau kaedah
pengeluaran sesuatu barang.
2. Dua kaedah pengeluaran yang utama ialah:
(i) intensif buruh
tenaga buruh digunakan lebih banyak dalam proses pengeluaran
berbanding modal
(ii) intensif modal
modal digunakan lebih banyak dalam proses pengeluaran berbanding
tenaga buruh
3. Firma akan menggunakan teknik pengeluaran yang paling cekap yang dapat
meminimumkan kos pengeluaran bagi mendapatkan keuntungan yg maksimum.
d) Untuk siapa dikeluarkan
1. Masalah untuk siapa dikeluarkan merujuk kepada pengagihan barang dan
perkhidmatan kepada pelbagai golongan dalam masyarakat ekonomi.
2. Ia bergantung kepada corak agihan pendapatan dan jumlah pendapatan dalam
ekonomi berkenaan.
3. Golongan berpendapatan tinggi berupaya untuk mendapatkan kebih banyak
barang atau perkhidmatan berbandingn dengan golongan berpendapatan
rendah.
4
1.3 SISTEM EKONOMI
1.3.1 Menerangkan sistem ekonomi
Kapitalis Siste
Perancangan Pusat
Sistem ekonomi pasaran bebas Sistem ekonomi perancan
merupakan sistem ekonomi yang pusat merupakan sistem
Ciri-ciri yang menekankan peranan ekonomi yang menekankan
individu dan pihak swasta peranan kerajaan atau
dalam menyelesaikan masalah pemerintah dalam
ekonomi tanpa campur tangan menyelesaikan masalah
kerajaan dan berasaskan ekonomi.
keuntungan.
Pemilikan Sumber dimiliki oleh individu dan Sumber dimiliki oleh kerajaan
sumber swasta
Pembuat Keputusan ekonomi dibuat oleh pihak Keputusan ekonomi dibuat oleh
keputusan swasta kerajaan
Pilihan Individu bebas memilih barangan dan Pilihan individu terhad kerana
Penentu pekerjaan dibuat oleh kerajaan
harga
Harga ditentukan oleh mekanisme Harga ditentukan oleh kerajaan
harga
Persaingan Firma bebas bersaing dan Tiada persaingan untuk menda
mempunyai daya usaha yang tinggi sumber
Motif Matlamat firma untuk mendapatkan Matlamat kerajaan
keuntungan yang maksimum dan kos memaksimum kebajikan rakyat
pengeluaran yang minimum
Contoh Diamalkan oleh Amerika Syarikat, Diamalkan oleh Cuba, Korea
negara
Britian, Hong Kong Russia
em Ekonomi
Campuran Islam
ngan Merupakan sistem ekonomi Merupakan sistem
an
yang menekankan kerjasama ekonomi yang
antara pihak swasta dengan berpandukan al-Quran
kerajaan dalam menyelesaikan dan sunnah.
masalah ekonomi.
h pihak Sumber dimiliki oleh individu dan Sumber dimiliki oleh Allah
pilihan kerajaan s.w.t / tuhan
n Keputusan ekonomi dibuat oleh pihak Keputusan ekonomi dibuat
apatkan swasta dan kerajaan oleh pihak swasta dan
untuk kerajaan Islam mengikut
Utara, Individu bebas memilih tetapi hukum syarak
sesetengah barangan adalah dikawal Individu bebas memilih
oleh kerajaan barangan dan pekerjaan yang
Harga ditentukan oleh mekanisme halal
harga dan kerajaan Harga ditentukan oleh
mekanisme harga dan
Berlaku persaiang antara pengeluar, kerajaan yang berlandaskan
kerajaan akan campur tangan jika prinsip Islam
persaingan tidak sihat. Berlakunya persaingan yang
Matlamat firma untuk mendapatkan sihat
keuntungan yang maksimum dan
kerajaan untuk memaksimum Keuntungan yang berpatutan
kebajikan rakyat (bukan riba) dan kebajikan
Diamalkan oleh Malaysia, Jepun, masyarakat dipentingkan
Singapura
Diamalkan oleh Iran, Arab
Saudi, Pakistan
1.3.2 KEBAIKAN DAN KELEMAHAN SISTEM EKONOMI
1. Ekonomi Pasaran Bebas
Kebaikan Kelemahan
1. Mekanisme harga berfungsi secara 1. Ketidakstabilan ekonomi
automatik
Mekanisme harga meungkin
Apabila ketidakseimbangan berlaku dalam membawa kepada ketidakstabilan
pasaran, iaitu permintaan tidak sama ekonomi. Sesebuah ekonomi
dengan penawaran, langkah mungkin mengalami inflasi pada
penyelesaiannya adalah melalui perubahan suatu masa dan mengalami
harga yang berlaku secara automatik. kemelesetan pada masa berikutnya.
2. Meningkatkan kecekapan dan insentif untuk 2. Ketidakadilan dalam agihan
bekerja keras pendapatan
Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, Kebebasan memiliki faktor
buruh dan usahawan digalakkan untuk pengeluaran menyebabkan
meningkatkan kecekapan mereka dan golongan kaya akan menjadi semakin
bekerja dengan lebih kuat. kaya, manakala golongan miskin
Peningkatan kecekapan firma dan buruh akan terus diabaikan.
masing-masing akan mendatangkan Jurang pendapatan antara golongan
keuntungan dan upah yang kebih tinggi. kaya dan miskin menjadi semakin
Kesannya, tingkat keluaran sesebuah besar
negara akan bertambah dan Jurang pendapatan yang besar akan
mempercepatkan pertumbuhan ekonomi. menjejaskan proses pembangunan
negara dan keharmonian
masyarakat.
3. Menggalakkan persaingan 3. Mewujudkan monopoli dalam pasaran
Para pengeluar akan menggunakan teknik- Persaingan hebat berlaku antara
teknik pengeluaran yang lebih moden dan pengeluar dalam sistem ekonomi
cekap supaya dapat bersaing dengan pasaran bebas. Hanya beberapa
pengeluar yang lain. firma yang dapat bertahan dalam
pasaran.
Persaingan akan mewujudkan
monopoli dalam pasaran.
Kewujudan monopoli tanpa kawalan
memberikan kesan buruk kepada
kebajikan pengguna.
4. Menggalakkan perkembangan teknologi dan 4. Gagal menyediakan barang awam
reka cipta baharu Barang awam ialah barang yang
Persaingan menggalakkan peningkatan dibekalkan secara percuma kepada
teknologi dan reka cipta baharu. masyarakat. Firma swasta tidak
Di samping menjimatkan kos pengeluaran, mengeluarkan barang awam kerana
penggunaan teknologi dan reka cipta barang tersebut tidak mendatangkan
baharu dapat meningkatkan daya keuntungan.
pengeluaran dan seterusnya menyumbang
kepada kemajuan ekonomi sesebuah
negara.
5. Peruntukan sumber yang cekap
Sumber-sumber diperuntukkan dengan cekap dalam ekonomi. Mekanisme harga
membolehkan pengguna membeli apa sahaja yang dikehendaki dan pada masa yang sama,
membolehkan pengeluar mengeluarkan barangan yang memberi untung yang maksimum. Ini
kerana pengeluar hanya akan mengeluarkan barang-barang yang diminta oleh pengguna.
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
2. Sistem Ekonomi Perancangan Pusat Kelemahan
1. Pilihan individu terhad
Kebaikan 2. Kurang motivasi dan insentif bekerja kuat
1. Agihan pendapatan yang seimbang 3. Keusahawanan individu terhad
2. Barang awam dan kebajikan masyarakat 4. Risiko kesilapan dalam membuat
diutamakan keputusan
3. Peruntukan sumber kea rah kebajikan
rakyat
4. Pengeluraran secara berskala besar
3. Sistem Ekonomi Campuran
Kebaikan Kelemahan
1. Wujud turun naik harga pasaran
1. Menyediakan barang awam
2. Masyarakat bebas membuat keputusan
dan pilihan
3. Wujud kestabilan ekonomi
Kebaikan dan Kelemahan Sistem Ekonomi Kapitalis dan Perancangan Pusat
Sistem Ekonomi a) Kelebihan a) Kelemahan
Sistem Ekonomi b) Pilihan barangan yang banyak Agihan pendapatan yang tidak
Kapitalis c) Daya usaha individu yang tinggi b) seimbang
d) Ekonomi berkembang maju c) Tiada pengeluaran barangan awam
Kecekapan dalam penggunaan d) Wujudnya kuasa monopoli
sumber e) Berlakunya ketidakstabilan ekonomi
Berlaku persaingan yang tidak sihat
f) antara pengeluar
g) Kebajikan masyarakat diabaikan
Berlakunya kesan luaran yang
h) negatif
Sumber diagihkan dengan cara
Sistem Ekonomi a) Agihan pendapatan lebih setara a) yang salah
Perancangan b) Kebajikan masyakat diutamakan Pilihan individu terhadap barangan
Pusat c) Barangan awam dapat disediakan b) terhad
d) Pembaziran sumber daripada c) Sistem pentadbiran yang birokratik
persaingan yang tidak sihat dapat d) Daya usaha individu yang rendah
dikurangkan Ketidakcekapan dalam agihan
sumber
7
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi Oleh Sistem Ekonomi
Masalah asas Sistem Ekonomi
ekonomi
Kapitalis Perancangan Campuran Islam
Apa yang
hendak Pusat Barangan halal
dikeluarkan yang diminta oleh
Barang dan Barang dan Barang swasta pengguna
Berapa yang
hendak perkhidmatan yang perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
dikeluarkan
diminta oleh dikeluarkan oleh pihak swasta
Bagaimana
hendak pengguna kerajaan melalui manakala barang
dikeluarkan
badan awam dikeluarkan
perancangan oleh kerajaan
pusatnya
Ditentukan oleh Ditentukan oleh Ditentukan oleh Ditentukan oleh
mekanisme harga
badan mekanisme harga mekanisme harga
perancangan pusat dan kerajaan dan kerajaan
dengan
berlandaskan
prinsip Islam
Berdasarkan Kaedah yang dapat Kaedah yang Kaedah yang
meningkatkan
kepada kos kebajikan mendatangkan mendatangkan
masyarakat
pengeluaran yang keuntungan yang keuntungan yang
Barang diagihkan
minimum dan secara sama rata maksimum (pihak maksimum (pihak
kepada semua
boleh rakyat swasta) dan swasta) dan
mendatangkan kaedah yang dapat kaedah yang dapat
keuntungan yang meningkatkan meningkatkan
maksimum kebajikan kebajikan
masyarakat masyarakat
(kerajaan) (kerajaan)
Untuk siapa Mengikut agihan Barangan swasta Semua golongan
dikeluarkan pendapatan. dibahagikan baik yang kaya
Golongan yang mengikut agihan atau yang miskin
kaya akan pendapatan dapat memiliki
mendapat lebih manakala barangan
banyak barangan barangan awam keperluan asas
berbanding untuk semua kerana
golongan miskin. golongan terutama kepentingan
Agihan pendapatan orang miskin masyarakat dan
adalah tidak setara keadilan sosial
diutamakan
Sistem ekonomi yang diamalkan di Malaysia
1. Malaysia mengamalkan sistem ekonomi campuran iaitu sektor swasta dan sektor kerajaan membuat
keputusan ekonomi bersama-sama.
2. Kerajaan yang memiliki sumber ekonomi seperti tanah dan modal akan menggunakan sumber
tersebut untuk mengeluarkan barang awam seperti hospital awam, perkhidmatan polis, bomba dan
sebagainya.
3. Pihak swasta pula bebas menggunakan sumber sedia ada untuk mengeluarkan barang ekonomi,
tetapi tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
4. Kerajaan juga campur tangan dalam mekanisme harga dengan melaksanakan kawalan harga ke
atas barang keperluan seperti gula, beras dan minyak.
5. Sebagai contoh, kerajaan menetapkan harga minimum untuk beras bagi membantu golongan petani,
dan pada masa yang sama menetapkan harga maksimum untuk menjaga kebajikan pengguna.
6. Kerajaan turut menetapkan upah minimum untuk buruh yang mempunyai gaji kasar yang rendah.
7. Kerajaan mengenakan cukai dan memberi subsidi untuk mempengaruhi pengeluaran barang dan
peruntukan sumber tertentu.
8
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
LATIHAN PENGUKUHAN
SOALAN OBJEKTIF
1. Ilmu ekonomi mengkaji bagaimana manusia menggunakan sumber ekonomi yang
A terhad untuk memenuhi kehendak yang terhad
B tidak terhad untuk memenuhi kehendak yang terhad
C terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad
D tidak terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad
2. Pernyataan berikut berkaitan dengan satu masalah ekonomi
Kekurangan faktor pengeluaran mewujudkan pilihan
Matlamat pilihan tersebut dibuat untuk memaksimumkan
A keluaran C kebajikan
B kepuasan D keuntungan
3. Pernyataan berikut merujuk kepada suatu masalah kos lepas.
Output kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan akibat memilih output yang paling
menguntungkan
Unit ekonomi yang manakah mengalami masalah kos lepas itu?
A Seorang suri rumah C Kementerian Pertanian Malaysia
B Tuan punya sebuah kilang D Perbadanan Pembangunan Infrastruktur Negara
4. Rajah 1 menunjukkan sumber-sumber ekonomi yang diperlukan untuk mengeluarkan barang-barang
dan perkhidmatan
Faktor-faktor Pengeluaran
Buruh Tanah Usahawan Y
Rajah 1
Y ialah satu daripada sumber tersebut
Apakah ganjaran yang diberi kepada penyumbang Y?
A Upah C Faedah
B Sewa D Untung
5. Jadual 1 menunjukkan dua barang X dan Y keluaran suatu firma.
Kaedah Pengeluaran Barang X (unit) Barang Y (unit)
M 100 25
N 80 40
P 50 60
Q 30 75
Jadual 1
Tingkat pengeluaran bergantung kepada kaedah pengeluaran yang digunakan. Jika pengurusan firma
itu mengambil keputusan mengubah kaedah pengeluaran daripada kaedah P kepada kaedah Q,
berapa unit barang X terpaksa dilepaskan untuk mengeluarkan 75 unit barang Y?
A 15 C 30
B 20 D 45
9
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
6. Pernyataan berikut adalah berkaitan dengan Syarikat Z
Syarikat Z mengeluarkan minyak masak dengan menggunakan kaedah
intensif modal bagi kegunaan industri makanan ringan
Apakah masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan oleh
Syarikat Z?
I Apakah yang hendak dikeluarkan?
II Berapakah yang hendak dikeluarkan?
III Untuk siapa hendak dikeluarkan?
IV Bagaimanakah hendak dikeluarkan?
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
7. Berikut adalah perbualan antara rakyat dua Negara, X dan Y.
Rakyat Di negara saya, pengguna adalah raja.
Negara X Saya bebas memilih barang yang
dikehendaki
Rakyat Oh! Bagusnya. Pengguna di negara saya
Negara Y tiada hak untuk memilih
Berdasarkan perbualan itu, apakah sistem ekonomi yang diamalkan oleh Negara X dan Negara Y?
Negara X Negara Y
A Sistem ekonomi campuran Sistem ekonomi Islam
B Sistem ekonomi perancangan pusat Sistem ekonomi kapitalis
C Sistem ekonomi kapitalis Sistem ekonomi perancangan pusat
D Sistem ekonomi Islam Sistem ekonomi campuran
8. Maklumat berikut adalah berkaitan dengan suatu sistem ekonomi.
a. Wujud persaingan harga dan bukan harga antara firma
b. Masalah ekonomi diselesaikan melalui mekanisme harga
Pihak yang manakah berkuasa membuat keputusan dalam sistem ekonomi itu?
I Pemerintah III Pengeluar
II Pengguna IV Pemilik faktor
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
9. Encik Zahari menanam 300 batang pokok rambutan di atas tanah seluas 10 hektar dengan
menggunakan teknik pertanian moden.
Dalam situasi di atas beliau dapat menyelesaikan masalah
I apa yang hendak dikeluarkan
II berapa yang hendak dikeluarkan
III bagaimana hendak dikeluarkan
IV untuk siapa hendak dikeluarkan
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
10
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
10. Apakah sistem ekonomi yang menggunakan mekanisme harga untuk menentukan jenis barang yang
dikeluarkan?
I Sistem Ekonomi Kapitalis
II Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
III Sistem Ekonomi Campuran
IV Sistem Ekonomi Islam
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
11. Antara yang berikut, yang manakah merujuk kepada ‘untuk siapa hendak dikeluarkan’ dalam
penyelesaian masalah asas ekonomi?
I Agihan pendapatan
II Penentuan kualiti
III Agihan barangan
IV Jenis barangan
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
12. Berikut adalah maklumat tentang Syarikat Kasturi.
Syarikat Kasturi mengeluarkan 1000 bungkus rempah sehari
dengan menggunakan mesin yang diimport dari India
Apakah masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan oleh Syarikat Kasturi?
I Apa yang hendak dikeluarkan
II Bagaimana hendak dikeluarkan
III Untuk siapa hendak dikeluarkan
IV Berapa yang hendak dikeluarkan
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
13. Apakah kebaikan sistem ekonomi kapitalis?
A Kebajikan rakyat terjamin C Individu bebas membuat pilihan
B Wujud persaingan yang adil D Harga barang keperluan terkawal
14. Kawasan berlorek menunjukkan persamaan ciri Sistem Ekonomi Perancangan Pusat dan Sistem
Ekonomi Islam.
Apakah ciri tersebut? C Harga ditentukan oleh kerajaan
D Mengutamakan kebajikan rakyat
A Memaksimumkan keuntungan
B Wujud persaingan antara firma
11
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
15. Maklumat berikut berkaitan dengan suatu situasi dalam ekonomi
Penternak-penternak ayam telah menambahkan bilangan pekerja untuk
meningkatkan pengeluaran pada musim perayaan bagi memenuhi
permintaan orang ramai.
Apakah masalah asas ekonomi yang telah dapat diatasi dalam situasi tersebut?
I Apakah barang yang hendak dikeluarkan
II Berapakah barang yang hendak dikeluarkan
III Bagaimanakah barang hendak dikeluarkan
IV Untuk siapakah barang dikeluarkan
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
16. Maklumat berikut berkaitan dengan ciri sistem ekonomi bagi dua buah negara.
Negara A Negara B
Firma bebas membuat pilihan Firma bebas membuat pilihan tetapi
mengeluarkan output dikawal oleh peraturan dan undang-
undang
Firma memaksimumkan Firma memaksimumkan keuntungan
keuntungan manakala kerajaan memaksimumkan
kebajikan
Apakah sistem ekonomi yang diamalkan oleh Negara A dan Negara B?
Negara A Negara B
A Sistem ekonomi campuran Sistem ekonomi Islam
B Sistem ekonomi perancangan pusat Sistem ekonomi kapitalis
C Sistem ekonomi kapitalis Sistem ekonomi campuran
D Sistem ekonomi Islam Sistem ekonomi perancangan pusat
17. Golongan kaya berupaya memperoleh lebih banyak barangan dalam sistem ekonomi kepitalis
berbanding golongan miskin.
Apakah masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan?
A Apa barangan yang dikeluarkan C Berapa barangan yang dikeluarkan
B Bagaimana barangan dikeluarkan D Untuk siapa barangan dikeluarkan
18. Pasangan yang manakah benar?
Sistem Ekonomi Ciri-ciri
A Sistem ekonomi Pengguna bebas membuat pilihan
Kebajikan masyarakat diutamakan
perancangan
pusat Harga ditentukan oleh mekanisme harga
B Sistem ekonomi Sumber ekonomi dikawal sepenuhnya oleh kerajaan
kapitalis Harga ditentukan oleh mekanisme harga dan
C Sistem ekonomi
campuran dikawal oleh kerajaan
Sumber ekonomi dimiliki sepenuhnya oleh firma
D Sistem ekonomi Islam Wujud persaingan sihat
Kebajikan masyarakat dititikberatkan
12
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
SOALAN STRUKTUR DAN ESEI
1. Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi?
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
[ 2 markah ]
2. Terangkan empat sumber ekonomi yang diperlukan dalam pengeluaran sesuatu barang.
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
[ 8 markah ]
3. Dialog berikut merupakan perbualan antara Hanim dan Puan Zahira.
Hanim : Ibu, saya mahu kasut dan skirt ini.
Puan Zahira : Hanim, ibu tidak mampu hendak membeli kedua-duanya sekali.
Hanim : Tapi, saya suka kedua-duanya.
Puan Zahira : Apa kata Hanim pilih satu saja. Antara kasut dan skirt itu, yang mana Hanim
Hanim paling suka?
: Kalau begitu, saya pilih kasut.
(a) Berdasarkan dialog di atas, terangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh keluarga
tersebut.
[ 4 markah ]
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
13
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
Isi rumah
Firma
kerajaan
(b) Terangkan bagaimana unit-unit ekonomi tersebut menyelesaikan masalah pilihan.
[ 6 markah ]
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
14
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
KOLEJ VOKASIONAL SANDAKAN, PETI SURAT 1162,
90713 SANDAKAN, SABAH
KERTAS PENERANGAN 2
PROGRAM PELANCONGAN
KOD DAN NAMA KURSUS UAE 1112
ASAS EKONOMI
LEVEL
CREDIT UNIT SEMESTER 1
NO DAN TAJUK
2
2.0 PERMINTAAN ,PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN
PASARAN
STANDARD 2.1 Menerangkan Konsep Permintaan
PEMBELAJARAN 2.2 Mengenal pasti Konsep Penawaran
2.3 Menerangkan keseimbangan pasaran
NAMA PENSYARAH
NAMA PELAJAR
TAJUK : PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN
TUJUAN/ : Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar tentang
konsep, hukum dan faktor-faktor penentu permintaan, penawaran dan
keseimbangan pasaran.
15
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
2.1 PERMINTAAN
2.1.1 Konsep Permintaan
Permintaan ialah keinginan dan kesanggupan seseorang pengguna untuk membeli sesuatu
barang dan perkhidmatan pada suatu tingkat harga dalam suatu jangka masa tertentu.
2.1.2 Hukum Permintaan
Hukum permintaan menyatakan bahawa apabila harga tinggi/meningkat, kuantiti permintaan
akan merosot dan sebaliknya apabila harga rendah/menurun, kuantiti permintaan akan
meningkat berdasarkan ceteris paribus (faktor-faktor lain kekal pada tahap yang sama).
HARGA TINGGI PERMINTAAN RENDAH
HARGA RENDAH PERMINTAAN TINGGI
Kuantiti permintaan menurun apabila harga meningkat dan sebaliknya kerana:
a) Utiliti sut bertambah kurang
Hukum utiliti Sut Bertambah Kurang menyatakan bahawa tingkat kepuasan akan berkurangan
ke atas sesuatu barang yang digunakan apabila kuantiti barang yang digunakan semakin
bertambah.
Contoh:
Permintaan pengguna terhadap air minuman, apabila cuaca terlalu panas
dan berasa haus, pengguna sanggup membayar dengan harga yang relatif
tinggi. Pengguna sanggup bayar RM10 untuk satu unit botol air pertama.
Kesediaan membayar semakin berkurang bagi setiap tambahan botol air
yang diminum.
b) Kesan penggantian
Barang pengganti memberi kesan kepada kuantiti barang yang diminta kerana apabila berlaku
perubahan harga ke atas barang (X), sementara harga barang lain (Y) (barang penggenap)
tidak berubah sedangkan pendapatan benar tidak berubah, maka akan menyebabkan kuantiti
barang (X) yang diminta berkurangan.
Contoh:
Apabila harga Milo meningkat, pengguna akan mencari barang pengganti
yang lebih murah contohnya Vico. Hal ini menyebabkan pengguna akan
kurang membeli Milo dan kuantiti yang diminta oleh Milo akan jatuh
kerana harga yang meningkat.
16
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
2.1.3 Keluk Permintaan
Merupakan satu keluk yang menunjukkan hubungan antara tingkat harga sesuatu barang dengan
kuantiti yang diminta. Keluk permintaan menyambungkan setiap kombinasi harga dan kuantiti
sesuatu barang yang diminta. Keluk permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan (cerun
negatif).
Ciri-ciri keluk permintaan adalah mencerun ke bawah dari kiri ke kanan dan menunjukkan
hubungan negatif antara harga (P) dengan kuantiti diminta (D).
Keluk Permintaan Barang X
Berdasarkan keluk permintaan di atas,
Paksi menegak mewakili harga barang X .
Paksi mendatar mewakili kuantiti barang X yang diminta.
Keluk permintaan tersebut dihasilkan dengan menyambungkan setiap kombinasi harga dan
kuantiti diminta, iaitu tititk A, B, C, D dan E.
Kombinasi A menunjukkan pada harga RM5, kuantiti yang diminta adalah 3 unit.
Kombinasi E pula menunjukkan apabila harga jatuh kepada RM1, kuantiti yang diminta
bertambah menjadi 11 unit.
Keluk permintaan menerangkan semakin rendah tingkat harga semakin banyak kuantiti
barangan yang diminta oleh pengguna dan sebaliknya.
17
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
2.1.4 Pembentukan Keluk Permintaan
Pembentukan keluk permintaan berlaku apabila kuantiti yang diminta berhubungan dengan tingkat
harga sesuatu barangan dan perkhidmatan. Jadual permintaan menunjukkan hubungan antara
harga sesuatu barang dengan kuantiti yang diminta.
Kombinasi Harga Kuantiti
(RM) (Unit)
A 5
B 3 10
C 2
15
1
Berdasarkan keluk permintaan di atas:
Andaikan harga asal adalah RM2 dan kuantiti yang diminta adalah 10 unit.
Jika harga jatuh dari RM2 kepada RM1, kuantiti yang diminta akan meningkat daripada 10
unit kepada 15 unit.
Jika harga meningkat dari RM2 kepada RM3, kuantiti yang diminta akan menurun dari 10
unit kepada 5 unit.
Keluk permintaan menunjukkan hubungan yang negatif dan mencerun ke bawah dari kiri ke
kanan.
2.1.5 Permintaan Individu dan Permintaan Pasaran
(i) Definisi Permintaan Individu dan Permintaan Pasaran
Permintaan individu ialah permintaan ke atas sesuatu barang oleh seseorang individu
pada suatu tingkat harga dalam suatu tempoh masa tertentu. ini dapat ditunjukkan
melalui keluk permintaan individu.
Permintaan pasaran pula adalah jumlah permintaan semua individu dalam pasaran
pada suatu tingkat harga dalam suatu tempoh masa tertentu. Jumlah permintaan
pasaran diperoleh setelah mencampurkan permintaan individu terhadap sesuatu barang
dan perkhidmatan pada tingkat harga dalam suatu tempoh masa tertentu.
18
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
(ii) Jadual permintaan individu dan permintaan pasaran
Bagi melukiskan keluk permintaan pasaran, kita perlu membentukan satu jadual permintaan
pasaran. Jadual ini diperolehi dengan menggabungkan kuantiti barang yang diminta oleh
beberapa orang pengguna untuk mendapatkan suatu barang pada suatu tingkat harga tertentu.
Kombinasi Harga Kuantiti Kuantiti Kuantiti
Buku diminta diminta Pasaran
A (RM) (Abu)
B (Ali) (Unit)
2.00 4
3 7
1.00 8
5 13
Huraian Pembentukan Keluk Permintaan Pasaran
Andaikan satu pasaran terdiri daripada dua individu sahaja, iaitu Abu dan Ali. Pada tingkat
harga RM2, kuantiti buku yang diminta oleh Abu ialah sebanyak 4 unit, manakala kuantiti buku
yang diminta oleh Ali pula ialah sebanyak 3 unit. Oleh itu, kuantiti diminta di pasaran pula
sebanyak 7 unit ( 4 unit + 3 unit) hal ini dapat ditunjukkan pada titik A.
Apabila harga buku jatuh dari RM2 ke RM1, maka kuantiti diminta oleh Abu bertambah dari 4
unit ke 8 unit. Begitu juga jumlah kuantiti yang diminta oleh Ali iaitu berlaku pertambahan dari 3
unit ke 5 unit. Oleh itu, kuantiti buku yang diminta di pasaran ialah sebanyak 13 unit ( 8 unit + 5
unit ). Hal ini dapat ditunjukkan pada titik B.
Apabila titik A dan B disambungkan, maka terbentuklah keluk permintaan pasaran. Keluk
permintaan pasaran bentuknya lebih landai daripada keluk permintaan individu (Abu & Ali) yang
lebih curam.
19
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
2.1.6 Penentu Permintaan
Permintaan seseorang atau sesuatu masyarakat kepada sesuatu barang ditentukan oleh banyak
faktor. Antara faktor-faktor tersebut adalah:
(i) Harga barang itu
Permintaan suatu barang akan turun jika harganya naik. Permintaan suatu barang akan
naik jika harganya turun.
(ii) Harga barang lain
Perubahan harga barang pengganti
Merupakan barang yang boleh diganti dengan barang lain. Contoh teh dengan milo.
Apabila harga milo naik, permintaan teh akan meningkat. (hubungan positif).
Px Qy
(milo) (teh)
Meningkat
Naik Hubungan barang ganti = Positif
Berkurangan
Menurun
Perubahan harga barang penggenap
Merupakan barang yang harus digunakan bersama untuk melengkapkan antara satu sama
lain dengan penggunaan. Misalnya:
kereta dengan petrol
sampul surat dengan setem
pen dengan dakwat
Apabila harga kereta naik, kuantiti petrol yang diminta akan berkurangan, begitu juga
dengan sampul surat, apabila harga sampul surat meningkat, permintaan untuk setem
juga turut berkurangan.
Px Qy
(pen) (dakwat)
Meningkat
Naik Hubungan barang penggenap= Negatif
Meningkat
Menurun
(iii) Pendapatan pengguna
Perubahan dalam pendapatan individu mempengaruhi kuantiti yang diminta. Jika pendapatan
individu meningkat, permintaan akan naik kerana kuasa beli meningkat. Jika pendapatan
individu turun, permintaan akan turun kerana kuasa beli menurun. Hubungan antara tingkat
pendapatan dengan kuantiti yang diminta adalah positif.
Barang Normal atau Barang Biasa
Kenaikan pendapatan akan menyebabkan permintaan ke atas barang normal akan
meningkat dan sebaliknya jika pendapatan jatuh, permintaan ke atas barang normal
menurun. Contoh barang normal ialah pakaian, buku, beg dll. Hubungan pendapatan
dengan barang normal adalah positif.
20
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
Barang Bawahan atau Barang Giffen
Kejatuhan pendapatan menyebabkan permintaan ke atas barang bawahan akan
meningkat dan sebaliknya jika pendapatan meningkat, permintaan ke atas barang
bawahan akan menurun kerana pengguna akan mengganti barang yang lebih baik atau
berkualiti. Contoh barang bawahan ialah beras hancur. Hubungan pendapatan dengan
barang bawahan ialah negatif.
Barang Mesti
Perubahan dalam pendapatan tidak akan menyebabkan perubahan ke atas
permintaan barang mesti. Misalnya garam, gula, tepung dan minyak masak. Kenaikan
dalam pendapatan pengguna tidak akan menaikkan permintaan ke atas garam. Hubungan
pendapatan ke atas barang mesti adalah sifar.
(iv) Cita rasa pengguna
Iklan, kesedaran kesihatan dan fesyen akan mengubah cita rasa pengguna. Permintaan
terhadap suatu barang akan bertambah jika terdapat perubahan cita rasa terhadap barang
itu.
(v) Jangkaan harga pada masa depan
Jika harga sesuatu barang dijangka naik pada masa depan dan barang tersebut boleh
disimpan, maka pengguna akan membeli dengan banyak pada masa sekarang. Oleh itu,
permintaan pada masa kini akan bertambah. Jika harga pada masa depan dijangka jatuh,
maka pengguna akan menangguhkan pembeliannya pada masa sekarang. Hubungan antara
Jangkaan harga pada masa depan dengan kuantiti yang diminta adalah negatif.
(vi) Musim
Antaranya musim perayaan, musim cuti sekolah, keadaan cuaca pada masa-masa tertentu.
Contohnya : Hari Raya Aidilfitri - permintaan baju kurung, baju melayu, selendang dan songkok
akan meningkat. Musim persekolahan dan perayaan akan meningkatkan permintaan
terhadap pakaian.
(vii) Dasar Kerajaan
Jika kerajaan menaikkan kadar cukai pendapatan, permintaan akan jatuh kerana
pendapatan jatuh. Jika kerajaan menurunkan kadar cukai pendapatan, permintaan akan
naik kerana pendapatan naik. peningkatan pendapatan akan menambah kuasa beli pengguna.
21
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
2.2 PENAWARAN
2.2.1 Konsep Penawaran
Penawaran adalah kuantiti sesuatu barang yang sanggup ditawar oleh pengeluar atau firma
pada tingkat harga tertentu dalam jangka masa tertentu. Semakin tinggi tingkat harga, semakin
banyak barang yang sanggup dikeluarkan oleh pengeluar. Hal ini kerana, pengeluar
mengutamakan keuntungan.
2.2.2 Hukum Penawaran
Hukum penawaran menerangkan hubungan positif antara harga dengan kuantiti sesuatu barang
yang ditawarkan. Semakin rendah harga sesuatu barang, semakin sedikit kuantiti barang
tersebut ditawarkan. Sebaliknya semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin banyak
kuantiti barang yang ditawarkan.
HARGA TINGGI PENAWARAN TINGGI
HARGA RENDAH PENAWARAN RENDAH
Hukum ini menunjukkan hubungan positif antara tingkat harga dengan kuantiti yang ditawarkan.
Hal ini disebabkan:
Harga yang tinggi akan memberi keuntungan yangg lebih kepada pengeluar/firma, jadi
pengeluar akan menawarkan lebih banyak barang.
Harga yang tinggi akan menyebabkan pengeluar berpendapat barang tersebut sangat diminta
oleh pengguna tetapi penawarannya kurang di pasaran.
Pengeluar akan menambahkan penawaran untuk memenuhi permintaan.
22
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
2.2.3 Keluk penawaran
Keluk penawaran menunjukkan kuantiti barang yang ditawarkan oleh firma pada pelbagai
tingkat harga. Keluk penawaran menyambungkan setiap kombinasi harga dengan kuantiti sesuatu
barang yang ditawarkan. Keluk penawaran mencerun ke atas dari kiri ke kanan (cerun positif).
S
S
Keluk Penawaran Barang X
Berdasarkan keluk penawaran di atas:
Paksi menegak mewakili harga barang X.
Paksi mendatar mewakili kuantiti barang X yang ditawar atau dikeluarkan oleh firma.
Keluk penawaran dihasilkan dengan menyambungkan setiap titik kombinasi harga dan kuantiti
ditawarkan, iaitu tititk A, B, dan C.
Kombinasi A, menunjukkan harga barang RM1 dan kuantiti ditawar adalah 3 unit.
Kombinasi C pula menunjukkan apabila harga barang meningkat kepada RM3, kuantiti
ditawarkan akan turut meningkat menjadi adalah 7 unit.
Keluk penawaran menerangkan semakin tinggi harga, semakin banyak kuantiti barangan yang
akan ditawarkan oleh firma dan sebaliknya.
23
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
2.2.4 Pembentukan Keluk Penawaran
Berdasarkan jadual penawaran di bawah, semakin tinggi harga barang, semakin banyak kuantiti
yang ditawarkan kerana firma mengutamakan keuntungan.
Keluk penawaran mencerun ke atas dari kiri ke kanan. Ini menunjukkan hubungan yang positif
antara harga dan kuantiti yang ditawarkan.
KOMBINASI HARGA KUANTITI DITAWAR
(RM) (UNIT)
A 2.00 1
B 4.00 2
C 6.00 3
Andaikan harga asal adalah RM4 dan kuantiti ditawarkan sebanyak 2 unit sahaja
Jika harga jatuh dari RM4 kepada RM2, kuantiti yang ditawarkan berkurang daripada 2
unit kepada 1 unit
Jika harga meningkat dari RM4 kepada RM6, kuantiti yang ditawarkan akan meningkat
daripada 2 unit kepada 3 unit.
24
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
2.2.5 Penawaran Individu dan Penawaran Pasaran
i. Definisi Penawaran Individu dan Penawaran Pasaran
Penawaran individu ialah kesanggupan seorang pengeluar untuk menawarkan sesuatu barang
pada satu tingkat harga dalam jangka masa tertentu. Penawaran pasaran pula ialah,
kesanggupan semua penjual dalam pasaran untuk menawarkan sesuatu barang pada satu
tingkat harga dalam tempoh masa tententu.
SS FIRMA SS PASARAN
Penawaran barang dan perkhidmatan Penawaran barang dan perkhidmatan oleh
oleh sesebuah firma pada suatu tingkat semua firma dalam pasaran pada suatu
harga tertentu dalam jangka masa tingkat harga tertentu dalam jangka masa
tertentu. tertentu.
ii. Jadual Penawaran Individu dan Penawaran Pasaran
Jadual penawaran individu adalah jadual yang menunjukkan hubungan antara kuantiti suatu
barang yang ditawarkan oleh sesebuah firma dalam suatu pasaran pada suatu tingkat harga
tertentu dalam satu jangka masa tertentu.
Jadual penawaran pasaran ialah jadual yang menunjukkan hubungan antara kuantiti suatu
barang yang ditawarkan oleh semua firma dalam suatu pasaran pada suatu tingkat harga
tertentu dalam satu jangka masa tertentu.
Kombinasi Harga Qs Qs Penawaran
(RM) Firma A Firma B Pasaran
A 22
B 4 8 14 ............
C 3 5 10 ............
D 2 3 6 ............
1 0 2
iii. Keluk Penawaran Individu dan Keluk Penawaran Pasaran
Keluk penawaran individu adalah keluk yang menunjukkan hubungan antara kuantiti suatu
barang yang ditawarkan oleh sesebuah firma dalam suatu pasaran pada suatu tingkat harga
tertentu dalam satu jangka masa tertentu
Keluk penawaran pasaran ialah keluk yang menunjukkan hubungan antara kuantiti suatu
barang yang ditawarkan oleh semua firma dalam suatu pasaran pada suatu tingkat harga
tertentu dalam satu jangka masa tertentu.
Berdasarkan rajah di bawah, pembentukan keluk penawaran pasaran dilakukan dengan
mencampur secara mendatar kuantiti yang ditawarkan oleh semua firma dalam pasaran
pada suatu tingkat harga tertentu.
25
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
Huraian Pembentukan Keluk Penawaran Pasaran
Pada harga RM4 kuantiti sos tomato yang ditawar oleh Firma X ialah 5 botol, Firma Y ialah 8
botol dan penawaran pasaran 13 botol ditunjukkan pada titik a.
Pada harga RM3 kuantiti sos tomato yang ditawar oleh Firma X ialah 4botol, Firma Y ialah 6
botol dan penawaran pasaran 10 botol ditunjukkan pada titik b.
Pada harga RM2 kuantiti sos tomato yang ditawar oleh Firma X ialah 3 botol, Firma Y ialah 4
botol dan penawaran pasaran 7 botol ditunjukkan pada titik c.
Pada harga RM1 kuantiti sos tomato yang ditawar oleh Firma X ialah 2 botol, Firma Y ialah 2
botol dan penawaran pasaran 4 botol ditunjukkan pada titik d.
Apabila titik-titik a, b, c dan d disambungkan maka terbentuklah keluk penawaran pasaran
Keluk penawaran pasaran mencerun ke atas dari kiri ke kanan
Wujud hubungan yang positif antara harga dengan kuantiti yang ditawarkan
2.2.6 Menerangkan Penentu-Penentu Penawaran
a) Perubahan harga barang itu sendiri
Dengan andaian ceteris paribus, semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin banyak kuantiti
barang itu ditawarkan. Sebaliknya, semakin rendah harga sesuatu barang, semakin kuranglah
kuantiti barang itu ditawarkan. Harga sesuatu barang dan kuantiti barang itu ditawarkan
mempunyai hubungan positif.
b) Perubahan Harga Barang Lain yang Berkaitan
Barang bersaing/bertanding
Sesetengah barang menggunakan input pengeluaran yang sama dalam proses
pengeluaran. Jika pengeluaran sesuatu barang bertambah, maka pengeluaran barang lain
akan berkurang. Hal ini kerana pengeluar akan menggunakan input yang sama untuk
meningkatkan keluaran yang lain.
26
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
Barang bersama
Penawaran barang adalah secara serentak atau bersama. Jika pengeluarannya bertambah
maka pengeluaran suatu barang lain juga akan bertambah.
c) Harga faktor-faktor pengeluaran
Perubahan harga faktor-faktor pengeluaran akan mempengaruhi penawaran sesuatu barang.
Kenaikan harga faktor bermaksud peningkatan dalam kos pengeluaran. Pengeluar terpaksa
membayar kos yang lebih tinggi dalam pengeluaran. Sesetengah pengeluar akan
menghentikan pengeluaran atau mengurangkan pengeluaran. Penawaran pasaran akan
dikurangkan.
d) Tingkat Teknologi
Perkembangan teknologi baru dapat menjimatkan penggunaan faktor-faktor pengeluaran dan
mempercepatkan pengeluaran barangan. Dengan pengurangan dalam kos dan penambahan
keuntungan, firma digalakkan meningkatkan penawaran.
e) Matlamat Pengeluar
Memaksimumkan Pengeluaran
Firma yang ingin memaksimumkan pengeluaran akan menawarkan kuantiti barang
seberapa banyak yang mampu. Contoh firma yang memaksimumkan pengeluaran ialah
firma yang dimiliki oleh kerajaan.
Memaksimumkan Keuntungan
Firma yang ingin memaksimumkan keuntungan tidak akan menawarkan kuantiti dengan
maksimum. Oleh itu, penawaran adalah terhad.
f) Dasar Kerajaan
Mengenakan cukai
Pengutipan cukai ke atas sesuatu barang akan menaikkan kos pengeluaran firma.
Peningkatan kos ini akan menyebabkan penurunan penawaran. Kesannya keluk
penawaran berpindah ke kiri.
Memberi subsidi
Pemberian subsidi ke atas sesuatu barang akan mengurangkan kos pengeluaran firma.
Hal ini akan mendorong firma menawarkan lebih banyak barang itu dan penawaran barang
tersebut akan meningkat.
Menaikkan tarif
Peningkatan tariff ke atas barang import akan menaikkan harga barang itu. Orang ramai
akan membeli kurang barang import dan meminta lebih banyak barang pengganti
tempatan. Penawaran barang pengganti tempatan akan naik.
g) Daya Pengeluaran Buruh
Buruh yang cekap mempunyai daya pengeluaran yang tinggi. Mereka dapat menghasilkan lebih
banyak kuantiti sesuatu barang. Kenaikan daya pengeluaran buruh secara keseluruhan dapat
menaikkan penawaran pasaran.
h) Bilangan Pengeluar
Penawaran pasaran ditentukan oleh bilangan pengeluaran dalam pasaran. Semakin ramai
pengeluar, semakin banyak penawaran sesuatu barang di pasaran.
27
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
2.3 KESEIMBANGAN PASARAN
2.3.1 Penentu Keseimbangan Pasaran
(i) Definisi Pasaran
Pasaran adalah tempat penjual dan pembeli bertemu untuk urus niaga. Terdapat dua pihak
yang mempunyai matlamat yang berbeza iaitu :-
Penjual : ingin tawarkan barang pada harga tertinggi untuk mencapai keuntungan yang
maksimum
Pembeli : ingin membeli barang yang ditawarkan pada harga yang terendah untuk mencapai
kepuasan yang maksimum
(ii) Andaian Keseimbangan Pasaran
Keseimbangan pasaran ialah suatu keadaan di mana jumlah permintaan sama dengan
jumlah penawaran pada suatu tingkat harga tertentu.
Terma keseimbangan digunakan dalam ekonomi untuk menerangkan keadaan di mana semua
pemboleh ubah telah mencapai titik yang mantap tanpa sebarang kecenderungan untuk
berubah. Keseimbangan hanya akan berubah sekiranya penentu permintaan atau penawaran
berubah.
Melalui keluk pula, keseimbangan dapat ditentukan apabila keluk permintaan bersilang
dengan keluk panawaran di pasaran pada suatu tingkat harga tertentu. Persilangan tersebut
akan menentukan harga keseimbangan dan kuantiti keseimbangan.
28
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
(iii) Jadual Keseimbangan Pasaran
Berdasarkan rajah di bawah, kedua-dua keluk ini dilakarkan dalam diagram yang sama. Kedua-
dua keluk ini bersilang pada titik E0. Titik E0 ini dikenali sebagai titik keseimbangan,
manakala D mewakili kuantiti yang diminta, manakala S pula adalah kuantiti yang
ditawarkan.
Tingkat Harga Situasi
RM1 Ketiadakseimbangan pasaran berlaku kerana lebihan permintaan.
Kuantiti diminta adalah 18 unit, tetapi jumlah yang ditawarkan adalah 8 unit.
RM2 Maka wujud lebihan permintaan sebanyak 10 unit.
RM3 Ini menyebabkan harga naik dan pengeluar menambahkan penawaran
sementara permintaan beerkurang.
Proses ini berterusan sehingga pasaran mencapai keseimbangan di tingkat
harga RM2 dan kuantiti keseimbangan 13 unit.
Keseimbangan tercapai.
Ini bermakna tiada lebihan atau kurangan penawaran dan permintaan berlaku.
Dicapai pada tingkat harga RM2 dengan kuantiti keseimbangan 13 unit.
Ketidakseimbangan pasaran berlaku kerana lebihan penawaran
Kuantiti yang ditawarkan adalah 18 unit, tetapi jumlah yang diminta hanyalah 8
unit
Maka wujud lebihan penawaran sebanyak 10 unit.
Ini menyebabkan harga turun dan pengeluar mengurangkan penawaran
sementara permintaan meningkat.
Proses ini berterusan sehingga pasaran mencapai keseimbangan di tingkat
harga RM2 dan kuantiti keseimbangan 13 unit.
29
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
2.3.2 Perubahan Keseimbangan Pasaran
Keseimbangan pasaran tidak akan berubah selagi tiada sebarang kuasa di pasaran yang
mempengaruhi permintaan dan penawaran. Walau bagaimanapun, permintaan dan penawaran akan
sentiasa bergerak ke kiri atau kanan apabila penentu permintaan dan penawaran berubah. Oleh itu,
perubahan dalam penentu permintaan dan penawaran akan menyebabkan kuantiti dan harga
keseimbangan berubah.
(i) Perubahan Permintaan sahaja
Secara umumnya, perubahan permintaan dan penawaran akan memberi kesan yang boleh
dijangka kepada kuantiti dan harga keseimbangan seperti berikut:
Apabila permintaan meningkat manakala penawaran pula tidak berubah, maka harga dan
kuantiti keseimbangan juga akan meningkat. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih
jelas tentang kesan peningkatan permintaan ke atas keseimbangan pasaran, mari kita lihat
Rajah 3.3(a). Titik E0 adalah keseimbangan asal di mana keluk permintaan D0 bersilang
dengan keluk penawaran S0. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0.
Apabila permintaan meningkat, keluk permintaan D0 akan beralih ke D1, manakala E1 titik
keseimbangan yang baru.
Apabila permintaan berkurangan dan penawaran tidak berubah, harga dan kuantiti
keseimbangan akan jatuh (rujuk Rajah 3.3[b].
30
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
(ii) Perubahan penawaran sahaja
Apabila penawaran meningkat dan permintaan tidak berubah, harga keseimbangan akan jatuh
dan kuantiti keseimbangan akan naik (rujuk Rajah 3.4[a])
Apabila penawaran turun dan permintaan tidak berubah, harga keseimbangan akan naik dan
kuantiti keseimbangan akan jatuh (rujuk Rajah 3.4[b])
(iii) Perubahan permintaan dan penawaran secara serentak
Perubahan permintaan dan penawaran secara serentak akan menyebabkan harga dan kuantiti
keseimbangan berubah seperti berikut:
Apabila kedua-dua permintaan dan penawaran meningkat, kuantiti keseimbangan akan
naik (rujuk Rajah 3.5 [a])
Apabila kedua-dua permintaan dan penawaran turun, kuantiti keseimbangan akan jatuh
(rujuk Rajah 3.5[b])
Rajah 3.5 menunjukkan kedua-dua keadaan ini. Kesan ke atas harga pula tidak dapat
ditentukan kerana ia bergantung kepada beberapa perkara terutamanya sejauh mana keluk
berubah dan juga keanjalan keluk itu.
31
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
Apabila permintaan naik dan penawaran turun, harga keseimbangan akan naik (rujuk Rajah
3.6[a])
Apabila permintaan turun dan penawaran naik, harga keseimbangan akan turun. Kesan
kepada kuantiti tidak dapat ditentukan disebabkan oleh perkara yang sama seperti di atas
(rujuk Rajah 3.6[b]).
32
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
LATIHAN PENGUKUHAN
SOALAN OBJEKTIF
1. Apakah faktor yang menyebabkan pergerakan titik di sepanjang keluk permintaan?
A. Harga barang itu sendiri C. Pendapatan
B. Harga barang lain D. Citarasa
2. Peningkatan harga barang A menyebabkan permintaan barang B berkurangan. Ini menunjukkan
barang A dan barang B adalah
A. barang mewah C. barang pengganti
B. barang bawahan D. barang penggenap
3. Jika harga pasaran lebih tinggi daaripada harga keseimbangan berlaku
A. lebihan penawaran dan harga akan turun C. lebihan penawaran dan harga akan naik
B. lebihan permintaan dan harga akan naik. D. lebihan permintaan dan harga tetap.
4. Faktor yang menyebabkan keluk permintaan sesuatu barang beralih ke kanan adalah
A. penurunan harga barang tersebut C. penurunan harga barang pengganti
B. kenaikan harga barang penggenap D. pengurangan cukai pendapatan pengguna
5. Peralihan keluk penawaran ke kiri lebih besar daripada peralihan keluk permintaan ke kanan secara
serentak akan menyebabkan
A. harga dan kuantiti keseimbangan naik
B. harga dan kuantiti keseimbangan tidak berubah
C. harga keseimbangan naik dan kuantiti keseimbangan turun
D. harga keseimbangan turun dan kuantiti keseimbangan tidak berubah.
6. Manakah antara faktor berikut TIDAK menyebabkan peralihan keluk penawaran sesuatu barang?
A. Perubahan harga barang tersebut. C. Perubahan harga barang penggenap.
B. Perubahan harga barang pengganti. D. Perubahan tingkat teknologi pengeluaran.
7. Pertambahan penawaran dan permintaan sesuatu barang pada kadar yang sama akan menyebabkan
A. harga dan kuantiti keseimbangan menurun.
B. harga dan kuantiti keseimbangan meningkat.
C. harga tetap dan kuantiti keseimbangan meningkat.
D. harga meningkat dan kuantiti keseimbangan menurun.
8. Jika barang A dan barang B adalah pengganti hampir
A. kenaikan harga barang A akan mengurangkan permintaan barang B.
B. kejatuhan harga barang A akan meningkatkan permintaan barang B.
C. kejatuhan harga barang A akan mengurangakan permintaan barang B.
D. kenaikan harga barang A tidak menyebabkan perubahan permintaan barang B.
9. Keluk permintaan sesuautu barang beralih ke kiri akibat daripada
A. pertambahan jumlah penduduk.
B. kenaikan harga barang pengganti.
C. kenaikan harga barang penggenap.
D. kenaikan tingkat pendapatan pengguna.
33
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
10. Kesan terhadap tingkat harga dan kuantiti keseimbangan ayam berikutan daripada kemajuan
teknologi penangkapan ikan adalah
A. harga ayam naik dan kuantiti keseimbangan ayam jatuh.
B. harga ayam turun dan kuantiti keseimbangan ayam jatuh.
C. harga ayam naik dan kuantiti keseimbangan ayam tidak berubah.
D. harga ayam tidak berubah dan kuantiti keseimbangan ayam naik.
11. Lebihan pengeluar merupakan
A perbezaan antara tingkat harga minimum dengan tingkat harga pasaran
B perbezaan antara tingkat harga pasaran dengan tingkat harga kawalan oleh kerajaan
C perbezaan antara tingkat harga yang sanggup diterima pengeluar dengan tingkat harga pasaran.
D perbezaan antara permintaan dan penawaran di pasaran pada suatu tingkat harga tertentu.
12. Jika berlaku kejatuhan harga kereta, maka keluk permintaan ke atas petrol akan
A beralih ke kiri C. menjadi lebih anjal
B beralih ke kanan D. menjadi kurang anjal
13. Jika harga sebuah buku adalah RM40.00 dan pengguna X sanggup membayar RM50.00,
pengguna Y sanggup membayar RM45.00 manakala pengguna Z sanggup membayar
RM40.00, maka jumlah lebihan pengguna ialah
A RM15.00 C. RM95.00
B RM40.00 D. RM135.00
14. Jika berlaku lebihan penawaran di pasaran, maka
A harga akan jatuh. C. kuantiti yang diminta akan berkurangan.
B harga akan meningkat. D. berlaku keseimbangan antara permintaan dan
penawaran.
15. Rajah menunjukkan keluk permintaan (DD) dan penawaran (SS) bagi barang X.
Berdasarkan, keluk penawaran S1 akan beralih ke S2 apabila berlaku
A pengurangan kadar cukai terhadap barang X.
B subsidi dihapuskan terhadap pengeluaran barang X.
C kejatuhan harga faktor pengeluaran untuk barang X.
D pengeluar mempunyai matlamat untuk memaksimumkan jualan barang X.
SOALAN SUBJEKTIF DAN ESEI
1. Nyatakan konsep permintaan dan konsep penawaran
Konsep Permintaan
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
34
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
Konsep Penawaran
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
2. Berikut merupakan jadual permintaan suri rumah terhadap susu pekat manis
Harga (RM) Kuantiti diminta (Unit)
1 40
2 28
3 20
4 12
5 5
Lukiskan keluk permintaan tukang masak tersebut pada kertas graf di bawah
35
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
3. Jadual di bawah menunjukkan permintaan komputer riba pada tahun 2013 hingga 2015
Tahun Unit
2013 40,000
2015 70,000
Huraikan tiga (3) faktor-faktor yang menyebabkan perubahan permintaan terhadap komputer pada
tahun 2015?
.............................................................................................................................................................
.............................................................................................................................................................
.............................................................................................................................................................
.............................................................................................................................................................
.............................................................................................................................................................
.............................................................................................................................................................
4. Jadual berikut menunjukkan penawaran untuk suatu barang oleh Firma A dan Firma B.
Harga Kuantiti ditawar (Unit) Penawaran Pasaran
(RM) Firma A Firma B (Unit)
3 10 2
4 15 4
5 20 6
6 25 8
i) Hitungkan penawaran pasaran pada jadual di atas.
ii) Lukis keluk penawaran individu dan penawaran pasaran
FIRMA A
36
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
FIRMA B
PENAWARAN PASARAN
37
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
KOLEJ VOKASIONAL SANDAKAN, PETI SURAT 1162,
90713 SANDAKAN, SABAH
KERTAS PENERANGAN 3
KOD DAN NAMA UAE 1112
KURSUS ASAS EKONOMI
SEMESTER 1
NO DAN TAJUK 3.0 WANG DAN BANK
STANDARD 3.1 Menjelaskan konsep wang
PEMBELAJARAN 3.2 Menerangkan jenis-jenis bank
TUJUAN 3.1 Menjelaskan konsep wang
3.1.1 Memberikan definisi wang
3.1.2 Menerangkan ciri-ciri wang
3.1.3 Menjelaskan fungsi wang
3.2 Menerangkan jenis-jenis bank
3.2.1 Menerangkan bank pusat
i. Mendefinisikan bank pusat
ii. Menerangkan fungsi-fungsi bank pusat
3.2.2 Menerangkan bank perdagangan
i. Mendefinisikan bank perdagangan
ii. Menerangkan fungsi-fungsi bank
perdagangan
3.2.3 Menerangkan perbezaan bank pusat
dan bank perdagangan
TARIKH
38
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
3.0 WANG DAN BANK
3.1 KONSEP WANG
3.1.1 Definisi Wang
Contoh wang kertas Malaysia
Wang merupakan benda (komoditi) yang boleh diterima umum oleh masyarakat sebagai
alat perantaraan pertukaran barang dan perkhidmatan. Ia merupakan alat yang
melancarkan kegiatan ekonomi.
Wang merupakan satu medium yang telah menyelesaikan masalah yang dialami oleh sistem
barter iaitu :
a) Masalah kehendak serentak
b) Masalah pengukuran nilai
c) Masalah penyimpanan nilai
d) Kesukaran membahagikan barang kpd unit yg kecil
e) Bayaran tertunda sukar dilakukan
Individu menerima wang terhadap bayaran dan perkhidmatan yang dijualnya kerana individu
tersebut boleh menggunakan wang tersebut untuk membeli barang dan perkhidmatan yang
dikehendakinya. Lihat rajah di bawah
Barang dan
perkhidmatan
Ditukarkan kepada
WANG
Digunakan untuk
menukar kepada
BARANG DAN
PERKHIDMATAN
lain
Peranan wang
39
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
JENIS-JENIS WANG
a. Wang sah
Wang sah adalah wang yang sah diterima oleh penduduk dalam sesebuah negara. Ringgit
dan duit syiling adalah wang sah di Malaysia. Ringgit Malaysia adalah wang sah yang tidak
terhad. Duit syiling adalah wang sah yang terhad.
b. Wang biasa
Wang biasa adalah wang negara lain yang diterima oleh penduduk sesuatu negara. Sebagai
contoh, dolar Brunei diterima oleh penduduk Malaysia sungguhpun ia bukan wang sah. Jadi,
dolar Brunei dianggap sebagai wang biasa di Malaysia.
c. Wang tanda
Wang tanda adalah wang yang nilai mukanya melebihi nilai logamnya. Contoh wang tanda di
Malaysia ialah duit syiling. Duit syiling mempunyai nilai muka yang lebih dari nilai logamnya.
d. Wang bernilai penuh
Wang bernilai penuh adalah wang yang nilai logamnya sama dengan nilai mukanya. Di
Malaysia, oleh kerana nilai muka duit syiling adalah melebihi nilai logamnya, maka duit syiling
bukan wang bernilai penuh.
JENIS-JENIS WANG DI MALAYSIA
a. Duit syiling dan wang kertas
Di Malaysia, duit syiling dan wang kertas dikeluarkan oleh Bank Negara. Duit syiling yang ada
dalam ekonomi mempunyai nilai muka 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen, dan RM 1.00. Jenis nilai
yang lebih besar seperti RM5, RM10, RM20, RM100 dan RM500 merupakan keluaran khas,
terutamanya bagi tujuan peringatan. Wang kertas yang dikeluarkan oleh Bank Negara
mempunyai nilai RM1, RM5, RM10, RM20, RM50, RM100, RM500 dan RM1000. Duit syiling
dan wang kertas juga disebut wang fiat kerana diisytiharkan sebagai wang dan diterima oleh
orang ramai dengan penuh keyakinan.
b. Deposit semasa bank
Deposit semasa bank juga dikenali sebagai wang dalam ekonomi moden. Melalui deposit
semasa bank, cek boleh digunakan untuk membuat pembayaran. Deposit semasa bank boleh
juga ditukarkan kepada wang tunai pada bila-bila masa. Oleh sebab itu, ia dianggap sebagai
wang. Deposit tabungan dan deposit tetap tidak boleh dipindah tangan melalui cek. Oleh itu,
ia tidak dianggap sebagai wang.
Jenis wang Penerangan
Duit syiling Digunakan sebagai wang tanda (token money) kerana nilai
Wang kertas
mukanya lebih tinggi daripada bahan sebenar.
Deposit semasa Disandarkan kepada emas dan pertukaran asing.
Merupakan wang sah – wang yang wajib diterima untuk
sebarang pembayaran.
Bayar menggunakan cek.
Bukan wang sah
40
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
3.1.2 Ciri-ciri wang
Komoditi yang dijadikan wang mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Diterima umum
Sesuatu komoditi yang digunakan sebagai wang mestilah diterima umum sebagai alat
perantaraan pertukaran dan dapat digunakan untuk menjelaskan hutang.
Contoh : emas dapat diterima oleh semua orang dan dengan itu ia boleh dijadikan wang
dan berfungsi sebagai alat pertukaran.
2. Penawaran yang terhad
Sesuatu komoditi yang digunakan sebagai wang mestilah mempunyai penawaran yang
terhad, iaitu tidak terlalu banyak sehingga menjelaskan nilainya. Namun, kuantitinya
tidaklah terlalu kurang sehingga tidak mencukupi untuk menjalankan aktiviti ekonomi.
Ini adalah untuk menjamin kestabilan nilainya dan mendapat kepercayaan serta keyakinan
orang ramai.
Contoh : emas, berlian dan perak boleh dijadikan wang kerana sukar diperoleh.
Kelemahannya ialah ia terlalu sukar untuk ditambah kuantitinya.
3. Kestabilan nilai
Sesuatu komoditi yang digunakan sebagai wang mestilah mempunyai nilai yang stabil.
Nilainya tidak mudah berubah dalam jangka masa pendek atau panjang.
Ciri ini penting agar orang ramai tidak hilang keyakinan terhadap komoditi yang digunakan
sebagai wang.
Contoh : emas dan perak mempunyai nilai yang stabil walaupun telah diurusniaga sejak
berabad-abad dahulu.
4. Tahan lama
Sesuatu komoditi yang digunakan sebagai wang mestilah tahan lama dan tidak mudah
rosak kerana ia digunakan dalam banyak urusniaga, pertukaran dan perpindahan.
Ciri ini penting agar dapat berfungsi sebagai alat penyimpanan nilai yang baik dalam
jangka panjang.
Contoh : emas dan perak.
5. Mudah dikenali dan mudah dibawa
Sesuatu komoditi yang digunakan sebagai wang mestilah mudah dikenali dan mestilah
bersaiz kecil dan ringan supaya mudah dibawa kemana-mana.
Agar dapat berfungsi sebagai alat simpanan nilai yang baik.
Contoh : kertas dan logam dikecilkan saiznya seperti wang kertas dan duit syiling yang
mudah disimpan di dalam beg duit atau saku.
6. Boleh dibahagi kepada unit yang lebih kecil
Sesuatu komoditi yang digunakan sebagai wang mestilah boleh dibahagi kepada unit-unit
yang lebih kecil dan dalam pelbagai ukuran.
Ini bagi membolehkan urusniaga dapat dijalankan dengan mudah dan tepat.
Wang boleh dibahagikan daripada nilai yang sebesar RM100 kepada nilai sekecil-kecilnya
seperti 5 sen.
Contoh : untuk membayar bil elektrik yang bernilai RM125.05.
41
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
3.1.3 Fungsi wang
Wang mempunyai empat fungsi yang utama iaitu:
1. Alat perantaraan pertukaran
Wang merupakan suatu komoditi perantaraan pertukaran yang boleh diterima umum.
Digunakan untuk membeli atau menjual barang dan perkhidmatan.
Urusniaga dapat dilakukan dgn mudah dan cekap tanpa memerlukan kehendak yg
serentak.
Contoh : Puan Salmah menggunakan RM10 untuk membeli dua ekor ikan bawal dan
membayar RM5 untuk menggunakan perkhidmatan teksi.
2. Alat ukuran nilai
Wang merupakan ukuran seragam untuk menilai barang dan perkhidmatan.
Ia membolehkan nilai barangan dinyatakan dalam unit harga (RM) dan sen sebagai
memudahkan perbandingan.
Contoh : harga sebuah komputer riba bernilai RM3500.00 dan En. Bawadi ingin membeli
laptop tersebut. Oleh itu, En. Bawadi perlu menyediakan sejumlah wang yang sama
nilainya dengan harga komputer riba tersebut untuk memperolehnya.
3. Alat simpanan nilai
Wang boleh dijadikan alat simpanan nilai kerana sifatnya yang tahan lama.
Jika wang disimpan ia boleh digunakan pada masa hadapan atau untuk tujuan
awasan. Jika ia disimpan di institusi kewangan, pendeposit akan mendapat faedah ke
atas simpanannya dan ini akan menambahkan jumlah wangnya.
4. Alat bayaran tertunda
Wang boleh digunakan untuk membuat pembayaran pada masa hadapan.
Seseorang boleh membeli sesuatu barang dan membuat bayaran secara ansuran
pada setiap bulan.
Keadaan ini tidak akan merugikan pemiutang kerana nilai wang yang stabil menjamin
nilainya adalah sama pada masa kini atau pada masa hadapan.
Contoh : Puan Alia membeli alat penyaman udara yang berhara RM2500.00 secara
kredit dan membayar deposit sebanyak RM500.00. Bakinya akan dibayar secara
ansuran selama lima bulan. Ansuran lima bulan itu merupakan bayaran tertunda
kerana nilai wang tersebut pada lima bulan akan datang adalah sama dengan nilainya
pada bulan pertama pembayaran.
42
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
Kebaikan sistem wang berbanding sistem barter
Sistem Wang Aspek Sistem Barter
Menyelesaikan masalah Perantaraan Pertukaran hanya boleh berlaku
kehendak serentak. pertukaran antara individu yang saling
mengkehendaki barang yang
Barang dan perkhidmatan boleh dimiliki.
diperoleh menggunakan wang. Urusniaga memerlukan banyak
masa dan tenaga.
Memberikan ukuran seragam Ukuran nilai Sukar untuk menilai kerana
nilai barangan dalam sebutan barangan dinilai dalam unit
harga. kuantiti barang lain.
Ciri tahan lama dan stabil Penyimpan nilai Barang tidak tahan lama akan
mengekalkan nilai dalam masa yang baik mengalami kemerosotan nilai,
hadapan. oleh itu tidak boleh menjadi
penyimpan nilai yang baik.
Nilai yang stabil membolehkan Bayaran tertunda Barangan tanpa nilai yang stabil
bayaran untuk pembelian hari ini menyukarkan bayaran tertunda
dilakukan secara ansuran. kerana nilai pembayaran pada
masa hadapan mungkin berbeza
dengan nilai yang dipersetujui.
43
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
3.2 JENIS-JENIS BANK
Contoh bank di Malaysia
Terdapat banyak bank yang beroperasi di negara kita. Bank-bank ini boleh dikelaskan kepada
beberapa jenis, iaitu:
1. Bank pusat.
2. Bank perdagangan (termasuk Bank Islam).
3. Syarikat kewangan.
4. Bank saudagar.
3.2.1 Bank Pusat
Bank Negara Malaysia
Pengenalan
Bank pusat bagi negara kita ialah Bank Negara Malaysia (BNM).
BNM mula beroperasi pada 26 Januari 1959 di bawah Ordinan Bank Negara Malaysia 1958.
Pada asalnya bank pusat mempunyai 12 cawangan tetapi selepas penstrukturan semula, kini ia
mempunyai lima cawangan sahaja tidak termasuk cawangan utama di Kuala Lumpur.
44
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
(i) Definisi bank pusat
Bank pusat adalah satu badan kewangan yang ditubuhkan untuk mengawal kestabilan aktiviti
institusi kewangan yang wujud dalam ekonomi.
Matlamat utama bank pusat adalah
a) Memastikan kestabilan operasi kewangan negara
b) memajukan struktur ekonomi negara.
Aktiviti bank pusat adalah berteraskan kepentingan negara dan ia bukannya organisasi
perniagaan yang bermotifkan keuntungan.
(ii) Fungsi bank pusat
a) Mengeluarkan mata wang
Mengeluarkan mata wang Malaysia iaitu duit syiling dan wang kertas.
BNM akan memastikan jumlah penawaran wang adalah sentiasa mencukupi dan
sesuai dengan keperluan ekonomi semasa.
Pengeluaran mata wang adalah berdasarkan kepada rizab emas dan rizab pertukaran
asing, iaitu pada kadar 80.59%.
Contoh : untuk setiap RM1.00 yang dikeluarkan, bank pusat akan mencagarkan RM80.59
sen.
b) Mengawal kestabilan nilai mata wang
BNM merupakan badan rasmi yang bertanggungjawab mengawal kestabilan nilai mata
wang negara.
Nilai mata wang yang tidak stabil akan menjejaskan kuasa beli wang dan keyakinan orang
ramai terhadap mata wang sesebuah negara.
Cara BNM mengawal wang ialah
(i) mewujudkan sandaran minimum
Bank pusat mewujudkan sandaran minimum sebanyak 80.95% untuk setiap unit
mata wang.
Sandaran untuk mata wang Malaysia adalah dalam bentuk rizab antarabangsa.
Rizab antarabangsa terdiri daripada emas dan pertukaran asing.
(ii) campurtangan dalam pasaran pertukaran asing
BNM akan bertindak membeli atau menjual pertukaran asing bagi mempengaruhi
nilai Ringgit Malaysia di pasaran pertukaran asing.
Contoh : Jika nilai RM adalah rendah berbanding Yen Jepun, BNM akan menjual
Yen Jepun. Kesannya, penawaran RM akan berkurangan di pasaran dan nilai
RM akan kembali meningkat.
(iii) mengawal inflasi
Inflasi akan menyebabkan kuasa beli wang jatuh.
Ini bermakna lebih banyak wang yang diperlukan untuk membeli barangan dalam
jumlah yang sama.
Kesannya, nilah wang telah terjejas dan akibatnya, orang ramai akan hilang
kepercayaan terhadap wang tersebut.
Oleh itu, pihak BNM perlu mengawal inflasi dengan menggunakan alat-alat
kewangan seperti rizab tunai, rizab berkanun, kadar faedah, jual beli surat
jaminan kerajaan dan kawalan syarat sewa beli.
45
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
c) Jurubank kepada kerajaan
BNM bertindak sebagai jurubank kepada kerajaan dengan menyediakan perkhidmatan
kewangan kepada kerajaan.
BNM mentadbir akaun kerajaan dengan menyediakan cek, membuat dan menerima
pembayaran bagi pihak kerajaan.
Ia juga bertanggungjawab menguruskan sumber dan pembayaran hutang negara.
Apabila negara menghadapi kurangan belanjawan, BNM akan memberi pendahuluan
kepada kerajaan.
BNM juga menjalankan urusniaga pertukaran asing bagi pihak kerajaan.
BNM bertindak sebagai penasihat pelaburan dan pengurus portfolio pelaburan kerajaan
seperti pengeluaran bil-bil sekuriti baru.
BNM turut bertindak sebagai penasihat pelaburan bagi pihak kerajaan.
d) Jurubank kepada bank perdagangan
Bank pusat bertindak
a) Menyimpan rizab berkanun – disimpan di bank pusat.
b) Mengawal rizab tunai serta rizab berkanun – disimpan di bank perdagangan.
c) Menyediakan rumah penjelasan untuk tujuan menunaikan cek antara bank-bank.
d) Sumber pinjaman terakhir bagi bank perdagangan yang mengalami masalah
kewangan.
3.2.2 Bank Perdagangan
Contoh bank perdagangan
Pengenalan
Bank perdagangan merupakan bank terbesar dan terpenting di Malaysia.
(i) Definisi bank perdagangan
Bank perdagangan merupakan institusi yang dimiliki oleh persendirian (swasta) dan
aktivitinya adalah berteraskan keuntungan.
Bank perdagangan ini dikawal oleh Bank Negara di bawah Akta Bank dan Institusi
Kewangan 1989.
Terdapat dua jenis skim perbankan yang dijalankan oleh bank perdagangan di Malaysia,
iaitu:
a) Skim Perbankan Konvensional
b) Skim Perbankan Islam (SPI) 46
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
(ii) Fungsi-fungsi bank perdagangan
1. Menerima simpanan atau deposit
Terdapat tiga jenis deposit iaitu
a) Deposit tabungan
Merupakan skim simpanan yang paling mudah
Amaun minimum yang rendah
Boleh dikeluarkan pada bila-bila masa
Kemudahan juruwang elektrik
b) Deposit semasa
Simpanan yang membenarkan pelanggan menggunakan kemudahan
pembayaran cek
Amaun minimum RM500.00
Kemudahan cek dan overdraf – caj perkhidmatan dikenakan
c) Deposit tetap
Merupakan simpanan untuk tempoh tertentu – contoh : setahun, tiga tahun
atau lima tahun
Kadar faedah yang tinggi – mengikut tempoh matang
2. Memberi pinjaman
Bank perdagangan menyalurkan deposit yang disimpan oleh pendeposit kepada pihak
yang memerlukan dana pada kadar dan syarat tertentu.
Tiga kaedah utama
a) Kemudahan overdraf
Overdraf ialah kebenaran mengeluarkan wang lebih daripada baki di
dalam akaun semasa.
Pendeposit boleh mengeluarkan wang dengan cek melebihi jumlah deposit
yang dimiliki.
Hanya boleh dinikmati oleh pelanggan yang mempunyai akaun semasa.
Kadar faedah berasaskan kadar faedah harian, menyebabkan peminjam
terpaksa membayar jumlah faedah yang tinggi.
Contoh :
Tuan Haji Ahmad mempunyai deposit semasa bernilai RM10 000.00. Bank
telah meluluskan permohonannya untuk menggunakan kemudahan overdraf
bernilai RM5 000.00. Bagaimanapun, jika beliau hanya mengeluarkan cek
RM8 000.00 bermakna beliau tidak menggunakan kemudahan overdraf.
Sekiranya beliau mengeluarkan cek yang bernilai RM12 500.00, bermakna
beliau hanya menggunakan separuh daripada kemudahan overdrafnya dan
kadar faedah harian hanya akan dikenakan RM2 500.00 sahaja.
47
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
b) Pinjaman
Tiga bentuk pinjaman iaitu :
i) Pinjaman bercagar
Ialah pinjaman untuk membeli harta tetap seperti rumah dan tanah
dengan mencagarkan aset tetap kepada bank.
Merupakan pinjaman jangka panjang, iaitu tempoh pembayaran
baliknya melebihi lima tahun.
ii) Pinjaman persendirian
Merupakan pinjaman yang diberikan kepada individu dalam tempoh
enam bulan hingga tiga tahun.
Tidak memerlukan cagaran.
Bank memberikan pinjaman berasaskan kepada maklumat peribadi
dan pendapatan pemohon, keupayaan pembayaran balik dan tujuan
pinjaman.
iii) Kad kredit
Pemilik kad kredit membayar harga sesuatu barang secara kredit
(hutang) dengan kad kreditnya.
Bank akan membuat bayaran bagi pihak pemegang kad kredit dan
bagi mendapatkan semula wang yang dipinjamkan, pihak bank aan
menuntut pemilik kad kredit supaya membuat pembayaran balik,
sama ada secara sekali gus atau secara ansuran bulanan.
c) Mendiskaunkan bil pertukaran
Mendiskaunkan bil pertukaran ialah menunaikan bil di kaunter bank
perdagangan pada kadar yang lebih rendah daripada nilai muka bil
pertukaran.
Bank perdagangan boleh memberi kredit kepada pemiutang dengan
mendiskaunkan bil pertukaran sebelum tarikh pembayaran.
Bank akan membuat pembayaran kepada pemiutang tetapi pada kadar yang
lebih rendah dengan nilai muka bil tersebut.
Pengurangan nilai ini merupakan caj yang dikenakan oleh bank untuk
kemudahan kredit tersebut.
Caj tersebut merupakan salah satu cara bank mendapatkan keuntungan.
Contoh :
Seorang pengkesport mempunyai bil pertukaran dengan nilai muka RM50
000.00. bayaran untuk bil ini akan hanya diterima dalam masa 3 bulan lagi.
Sekiranya pengeksport ini memerlukan pinjaman, dia boleh menunaikan bil ini
di kaunter bank perdagangan. Bank akan memberikan wang kepada
pengeksport tetapi pada nilai yang telah didiskaunkan, contohnya RM48
000.00. Bank akan menuntut pembayaran daripada pengeluar bil.
Pengurusan amaun yang diterima oleh pengeksport berbanding nilai muka bil
tersebut merupakan caj yang dikenakan oleh bank.
48
KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112
3. Membuat dan menerima bayaran
Bank perdagangan membantu pelanggannya membuat dan menerima bayaran
menerusi dua cara, iaitu:
a) Sistem cek
Pemilik akaun semasa boleh menggunakan cek untuk membuat pembayaran.
Kemudian pihak yang menerima cek boleh menunaikan cek tersebut di
kaunter bank perdagangan. Contohnya, pemilik akaun semasa boleh
membayar dengan cek apabila membeli komputer. Penjual komputer akan
menunaikan cek tersebut di kaunter bank. Bank perdagangan akan
mendebitkan amaun cek tersebut daripada akaun pemilik cek.
Bank juga bertindak sebagai agen penerima bayaran bagi pihak pemilik akaun
semasa sahaja.
Semua pihak yang menerima pembayaran menerusi cek boleh menunaikan
cek tersebut di kaunter bank.
Pihak yang mempunyai akaun simpanan boleh mendepositkan cek yang
diterima terus ke dalam akaunnya.
Cek tak laku ialah cek yang dikeluarkan tetapi tidak mempunyai wang yang
mencukupi di dalam akaun semasa.
Contoh cek
b) Arahan kepada bank
Bank perdagangan bertindak sebagai agen pembayran wang mengikut
arahan pelanggan menerusi:
(i) Perintah sedia ada
Merupakan arahan yang diberikan oleh pemilik akaun simpanan
kepada bank untuk melakukan pembayaran secara tetap dan
berulang kepada pihak tertentu.
Contoh : bayaran premium insurans, ansuran kereta dan pinjaman
pada setiap bulan.
(ii) Pindahan kredit
Ialah arahan pembayaran terus dikreditkan ke dalam akaun
penerima
Contoh : pembayaran gaji pihak majikan kepada pekerjanya.
49