The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOLEJ VOKASIONAL SANDAKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by imaedora32, 2020-04-05 22:58:58

NOTA ASAS EKONOMI

KOLEJ VOKASIONAL SANDAKAN

KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112

(iii) Debit langsung
 Merupakan arahan pembayaran yang diberikan oleh pemilik
akaun simpanan kepada bank untuk melakukan pembayaran
secara berulang tetapi jumlah bagi setiap pembayran adalah
berbeza.
 Contoh : debit langsung boleh digunakan untuk menjelaskan bil
setempat dan bil kad debit.

(iv) Draf bank
 Merupakan cek yang dikeluarkan oleh bank perdagangan apabila
diminta oleh pelanggan.
 Draf bank sangat berguna untuk membuat pembayaran dan kiriman
wang dalam negeri dan luar negara.
 Contoh : ia boleh digunakan untuk membuat pembayaran bagi
memohon dan melanggan terbitan saham baru.

(v) Kad kredit
 Pemilik kad kredit boleh mengarahkan bank perdagangan untuk
melakukan pembayaran sama ada secara tetap atau berulang
menggunakan kad kredit.
 Contoh : pemilik kad kredit boleh mengarahkan bank untuk
membuat pembayaran premium insurans dan mencajkan jumlah
tersebut ke dalam akaun pemilik kad kredit.

(vi) Kad juruwang elektronik (ATM), tele perbankan dan internet
 Dikeluarkan kepada pemilik akaun tabungan dan akaun semasa.
 Kemudahan ini membolehkan pelanggan bank menjalankan
pelbagai urusan perbankan secara elektronik.
 Boleh digunakan untuk mengeluarkan wang di mesin ATM,
membuat pindahan wang dan menyemak baki akaun pada bila-bila
masa.

4. Mengurus pertukaran asing
 Bank perdagangan merupakan agen sah yang dilantik untuk menjalankan urus naga
pertukaran asing. Bank menjual mata wang asing kepada pengimport dan pihak yang
memerlukan, contohnya penduduk tempatan yang melancong ke luar negara.
 Bank perdagangan juga membeli mata wang asing daripada individu dan daripada
pihak yang ingin menukarkan mata wang negara luar dengan Ringgit Malaysia. Urus
niaga ini memberikan keuntungan kepada pihak bank kerana bank membeli
padaharga yang rendah dan menjual semula pada harga yang tinggi. Ia juga
mengenakan komisen ke atas jumlah pertukaran yang dilakukan.

5. Perkhidmatan-perkhidmatan lain ialah

a) Perkhidmatan peti simpanan keselamatan
 Ditawarkan kepada orang ramai
 Digunakan untuk menyimpan dokumen-dokumen penting – sijil, saham dan
barang-barang berharga seperti barang kemas.

b) Perkhidmatan nasihat dan perundingan
 Bank juga menawarkan perkhidmatan perundingan pelaburan dan urusan
perniagaan kepada pelanggannya.

50

KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112

c) Pemegang amanah
 Bank bertindak sebagai pemegang amanah untuk menguruskan wang atau harta

bagi individu atau firma mengikut arahan pelanggannya.

d) Mengeluarkan cek kembara
 Cek kembara ialah cek dalam nilai mata wang asing dan boleh ditunaikan di

negara tersebut.
 Kemudahan ini digunakan oleh pelancong yang ingin ke luar negara.

3.2.3 Perbezaan bank pusat dan bank Perdagangan

Bank Perdagangan Aspek Perbezaan Bank Pusat

 Menjadi jurubank kepada orang Fungsi  Menjadi jurubank kepada
awam kerajaan dan menyediakan
perkhidmatan kepada kerajaan
 menjalankan perkhidmatan untuk
kepentingan orang awam  Menyimpan dan membayar bagi
pihak kerajaan

 Dimiliki oleh pihak swasta dalam Milikan Tunggal  Dimiliki oleh pihak kerajaan
bentuk syarikat berhad

 Menjalankan dasar-dasar

 Memperoleh untung yang kerajaan bagi menjamin

maksimum Tujuan penubuhan kestabilan dan perkembangan

ekonomi

 Tidak mempunyai kuasa Menerbitkan mata  Mempunyai kuasa mutlak untuk
menerbitkan mata wang negara wang menerbitkan dan mengedarkan
mata wang negara

 Menyediakan kemudahan

 Tidak menyediakan rumah Rumah penjelasan cek Rumah Penjelasan Cek untuk
penjelasan cek menjelaskan cek-cek antara

bank perdagangan

 Menggubal dan mengawasi

 Perlu mematuhi dasar-dasar dasar-dasar yang ditetapkan

yang ditetapkan oleh bank pusat Dasar bagi mempengaruhi operasi

serta aktiviti bank perdagangan

 Tidak berhak menetapkan kadar Kadar bunga  Menetapkan kadar bunga yang
bunga tetapi mesti mematuhi boleh dikenakan oleh bank
kadar bunga yang ditentukan perdagangan
oleh Bank Pusat

51

KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112

LATIHAN PENGUKUHAN

SOALAN OBJEKTIF

1. Encik Hashim membeli sepasang kasut dengan harga RM180. Apakah fungsi wang dalam situasi di
atas?

A. Alat ukuran nilai C. Alat bayaran tertunda

B. Alat simpanan nilai D. Alat perantaraan pertukaran

2. Maklumat yang berikut berkaitan dengan salah satu fungsi wang.
Apakah fungsi wang yang berkaitan dengan maklumat tersebut?
I. Alat perantaraan pertukaran

II. Alat bayaran tertunda

III. Alat ukuran nilai

IV. Alat penyimpanan nilai

A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

3. Wang boleh digunakan untuk urusan niaga kontrak. Apakah fungsi wang tersebut?

A. Alat ukuran nilai C. Alat perantaraan pertukaran

B. Alat penyimpanan nilai D. Alat bayaran tertunda

4. Antara yang berikut, fungsi wang manakah yang melibatkan faktor masa?
I. Alat ukuran nilai

II. Alat penyimpanan nilai

III. Alat bayaran tertunda

IV. Alat perantaraan pertukaran

A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

5. Maklumat yang berikut berkaitan dengan satu kemudahan pembayaran yang disediakan oleh bank
perdagangan.
Apakah kemudahan pembayaran tersebut?

A. Draf bank C. Pindahan kredit
B. Debit langsung D. Perintah sedia ada

6. Manakah yang benar tentang akaun simpanan tetap?
A. Kadar faedah yang diberi adalah lebih rendah
B. Pulangan faedah diperoleh setelah cukup tempoh
C. Pengeluaran wang pada bila-bila masa
D. Pemegang akaun akan diberi buku bank

52

KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112

7. Apakah pembayaran yang boleh dilakukan oleh individu melalui kemudahan debit langsung?

A. Bil telefon C. Premium insuran

B. Ansuran kereta . D. Gaji pekerja

8. Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri utama kemudahan overdraf?
A. Kemudahan pinjaman jangka panjang
B. Kemudahan pinjaman yang disediakan untuk pemegang akaun deposit tetap
C. Kadar faedah dikenakan ke atas jumlah kemudahan overdraf yang diluluskan
D. Sesuai digunakan untuk membeli stok perniagaan dan membayar perbelanjaan luar jangka

9. Antara yang berikut, yang manakah merupakan fungsi Bank Negara Malaysia sebagai jurubank
kepada kerajaan?
A. Mentadbir akaun kerajaan
B. Mengawal kadar faedah
C. Mengawal syarat sewa beli
D. Mengawal rizab berkanun bank perdagangan

10. Antara yang berikut, yang manakah tepat mengenai fungsi wang sebagai alat bayaran tertunda dalam
ekonomi?
A. Urus niaga pelbagai hala dalam masyarakat dapat dilakukan
B. Membolehkan nilai sesuatu barangan ditentukan dalam sebutan harga
C. Membolehkan individu membeli barang secara kredit dan sewa beli
D. Individu dapat menangguhkan kuasa beli pada masa kini ke suatu masa tertentu

11. Gambar dibawah menunjukkan iklan jualan sebuah motorsikal

Apakah fungsi wang terlibat dalam iklan tersebut?

A. Alat ukuran nilai C. Alat bayaran tertunda

B. Alat simpanan nilai D. Alat perantaraan pertukaran

12. Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu kemudahan bank pusat untuk bank perdagangan.

Apakah kemudahan X? C. Akaun pelaburan khas
A. Akaun penjelasan D. Akaun rizab berkanun

B. Akaun deposit tetap

13. Mengapakah bank pusat bertindak mengawal kadar rizab berkanun bank perdagangan?
A. Menjaga kepentingan para pendeposit
B. Mengawal penawaran wang dalam ekonomi
C. Mengawal margin keuntungan bank perdagangan
D. Meningkat kuasa beli masyarakat semasa inflasi

53

KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112

14. Mengapakah deposit semasa dalam bank dianggap sebagai wang dalam membuat pembayaran?
A. Deposit semasa merupakan wang sah
B. Deposit semasa dijamin sepenuhnya oleh bank
C. Pembayaran boleh dibuat melalui kemudahan cek
D. Deposit semasa boleh dikeluarkan dalam bentuk tunai pada tempoh matang

15. Maklumat di bawah berkaitan dengan kemudahan deposit bank perdagangan.

Pilih ciri lain yang tepat menggambarkan kemudahan deposit tersebut.
A. Pemegang akaun akan dibekalkan sebuah buku cek
B. Pemegang akaun akan diberikan sijil simpanan
C. Boleh mengeluarkan simpanan pada bila-bila masa
D. Boleh memohon kad juruwang elektronik (ATM)

16. Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu kemudahan deposit bank perdagangan,

Apakah kemudahan deposit tersebut? C. Akaun pelaburan khas
A. Akaun deposit tetap D. Akaun deposit simpanan

B. Akaun deposit semasa

17. Gambar di bawah berkaitan dengan suatu kemudahan deposit bank perdagangan.

Pilih ciri lain yang tepat menggambarkan kemudahan deposit tersebut.

A. Menawarkan kadar faedah yang lebih tinggi
B. Pemegang akaun boleh memohon kemudahan overdraf
C. Pendeposit tidak boleh memohon kad juruwang elektronik (ATM)
D. Hanya boleh mengeluarkan simpanan apabila tempoh matang

18. Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri utama kemudahan overdraf?
A. Kemudahan pinjaman jangka panjang
B. Kemudahan pinjaman yang disediakan untuk pemegang akaun deposit tetap
C. Kadar faedah dikenakan ke atas jumlah kemudahan overdraf yang diluluskan
D. Sesuai digunakan untuk membeli stok perniagaan dan membayar perbelanjaan luar jangka

54

KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112

19. Pilih pasangan pernyataan yang benar.

Pinjaman peribadi Pinjaman cagaran
A Memerlukan cagaran Tidak memerlukan cagaran
B Peminjam harus membayar balik pinjaman Peminjam akan membayar balik pinjaman
secara ansuran
secara sekali gus Pinjaman jangka pendek
C Pinjaman jangka panjang Digunakan untuk pembiayaan asset tetap
D Digunakan untuk membeli barang tahan lama

20. Pilih pernyataan yang tepat menerangkan maksud rizab antarabangsa Negara.
A. Simpanan wajib bank perdagangan di bank pusat berdasarkan jumlah deposit yang diterima
B. Sumber pinjaman bank pusat kepada bank perdagangan yang menghadapi kekurangan tunai
C. Pendahuluan sementara yang diberi kepada kerajaan yang menghadapi kekurangan hasil
D. Simpanan mata wang asing oleh bank pusat dalam Dolar Amerika dan Pound Sterling

SOALAN SUBJEKTIF DAN ESEI
1. Berikut menunjukkan alat komunikasi dalam ekonomi.

a) Huraikan fungsi alat komunikasi di atas.

[ 3 markah ]

_____________________________________________________________________________

b) Jelaskan perbezaan antara akaun simpanan tetap dan akaun simpanan semasa.

[ 4 markah ]

_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________

55

KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112

c) Senaraikan peranan bank pusat.

d) Terangkan kemudahan pinjaman bercagar yang disediakan oleh bank perdagangan.
[ 3 markah ]

_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________

2. Gambar di bawah menunjukkan logo Bank Negara Malaysia.

a) Bagaimanakah bank pusat bertindak menstabilkan nilai mata wang negara?

[ 8 markah ]

56

KERTAS PENERANGAN DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112

b) Jelaskan kaedah bank pusat menjalankan peranannya sebagai jurubank kepada kerajaan
Malaysia.
[ 12 markah ]

57

Click to View FlipBook Version