The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatinnasuha0303, 2021-11-16 08:44:57

KERJA KURSUS BMMB1074 E-PORTFOLIO

KERJA KURSUS BMMB1074 E-PORTFOLIO

SEJARAH
PERKEMBANGAN
TULISAN DALAM
BAHASA MELAYU

SISTEM TULISAN PALLAVA Contoh tulisan pallava

❖ Menurut buku Epigrafi
Melayu:Sejarah Sistem Tulisan Dalam
Bahasa Melayu 2006, tulisan pallava
adalah sistem tulisan abjad suku
kata (agugida) yang berasal
daripada tulisan tahmi dari
Indo-aryan lembah indus-kush

❖ Tulisan pallava juga dikenali sebagai
‘tulisan bulat’.

❖ Nama aksara ini berasal dari dinasti
pallava yang pernah berkuasa di
Selatan India antara abad ke-4
sampai abad ke-9 Masihi.

❖ Tulisan pallava merupakan sistem tulisan paling awal digunakan untuk
menulis dalam bahasa Melayu Kuno

❖ Tulisan yang paling banyak menerima pengaruh daripada Sanskrit
❖ Bukti penggunaan tulisan ini terdapat pada yupa (tiang batu persembahan)

/prasasti di daerah Muara Kaman, pertemuan antara Sungai Mahakam dan
Kedang Kepala, sekitar 125 km atau dua jam menaiki bot laju ke Hulu
Tenggarong, ibu kota Kebuapaten Kutai Kartanegara
❖ Sistem tulisan pallava jauh lebih kompleks berbanding dengan sistem
tulisan rumi
❖ Tulisan pallava turut memperkenalkan simbol bagi gabungan bunyi seperti
-au, -ai, pa, ya, kka, nca dan lain-lain
❖ Setiap konsonan tidak menandakan huruf sahaja namun membawa bunyi
yang berbeza

SISTEM TULISAN KAWI

❖ Tulisan kawi (tulisan jawa kuno) ialah sistem tulisan terawal di Kepulauan
Melayu yang telah wujud dalam kurun ke-8 Masihi.

❖ Berfungsi untuk menulis bahasa Sanskrit dan Jawa Kuno yang kemudiannya
dibawa masuk ke kawasan di sekitar Asia Tenggara lalu bercambah menjadi
sistem-sistem tulisan baharu.

❖ Berasal daipada huruf vangki (wenggi) iaitu orang-orang pallava yang berasal
dari Coromandel, India.

❖ Huruf kawi ini lenyap pada tahun 1400 Masihi beriringan dengan runtuhnya
kemaharajaan iaitu Majapahit.

❖ Lalu diganti dengan huruf jawa (carakan) yang dikembangkan daripada huruf
kawi oleh kekhalifahan Demak.

❖ Orang melayu kuno menulis tulisan kawi di atas kulit-kulit kayu, daun-daun
lontar, kepingan-kepingan logam dan batu-batu (batu bersurat)

❖ Menurut buku Zaman Proto Sejarah di Malaysia (2012),perbezaan antara
tulisan kawi dan tulisan jawi adalah tulisan kawi lebih mementingkan suku kata
bukannya huruf.

❖ Setiap huruf mewakili sebuah suku kata dengan vokal yang dapat diubah
dengan penggunaan tanda baca dan ditulis tanpa ruang kosong.

❖ Aksara kawi memiliki sekitar 47 huruf namun, terdapat sejumlah huruf yang
bentuk dan penggunaannya tidak dikenal pasti.

❖ Aksara kawi memiliki bentuk subskrip huruf yang digunakan untuk menulis
tumpukan konsonan, sama dengan pasangan dalam aksara Bali.

Suku kata ‘ka’ ditulis Contoh ayat aksara kawi yang berbunyi
dengan satu huruf. Tanda jahni yahning talaga kadi langit
baca mengubah, bermaksud air telaga jernih bagaikan
menambah atau langit.
menghilangkan vokal suku
kata tersebut.

SISTEM TULISAN JAWI

❖ Tulisan jawi antara tulisan yang paling awal yang pernah diketemui dan telah
berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai, Kerajaan Melaka, Johor dan
juga Aceh pada abad ke-17

❖ Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah perjumpaan batu bersurat
Terengganu pada 702 Hijrah/ 1303 Masihi

❖ Tulisan jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu semasa zaman British

❖ Kini, tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu
di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu

❖ Pernah digunakan sebagai perantara dalam urusan pentadbiran, adat istiadat
dan perdagangan. Contohnya dalam perjanjian penting antara pihak-pihak
Diraja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris
serta Pemasyhuran Kemerdekaan 1957

❖ Menurut Kamus R.J Wilkinson (2010), perkataan jawi di dalam bahasa
Melayu digunakan untuk pokok jawi-jawi/jejawi, beras jejawi yang berbeza
dengan beras pulut dan makna kerbau/lembu dalam bahasa Minangkabau
tetapi yang jelas disini perkataan jawi tersebut tidak ada kaitan dengan
tulisan tersebut.

❖ Manuskrip Melayu bukti sejarah kewujudan tulisan jawi dalam Tamadun
Melayu dahulu boleh dilihat bahan-bahan bertulis seperti batu bersurat,
manuskrip lama, kertas lama, majalah, batu nisan dan sebagainya.

★ Manuskrip Melayu adalah karya yang ditulis dalam tulisan jawi pada abad ke-15 hingga awal
abad ke-20.

★ Ia merupakan warisan yang tidak ternilai harganya dan mengandungi pelbagai ilmu seperti
perubatan, tauhid, tasawwuf, tajwid, sejarah, undang-undang, petua dan azimat

★ Contohnya adalah Hikayat Hang uah, Sir At Al-Mustaqim, Hukum Kanun Melaka, Syair
Seratus Siti dan Kitab Tib.

❖ Manuskrip perlu disimpan dan dijaga dengan rapi di pusat manuskrip Melayu yang
telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan didokumentasikan serta katalog
diterbitkan.

❖ Pusat ini telah mengumpul koleksi berjumlah 2940 naskah iaitu koleksi manuskrip
melayu yang terbesar dalam simpanan sesebuah institusi di dunia.

❖ Semua manuskrip akan diperolehi melalui proses pengwasapan, disimpan dalam
kotak bebas asid dalam bilik simpanan yang terkawal suhu dan kadar
kelembapannya sepanjang masa.

❖ Terdapat empat ciri utama yang terdapat pada skrip jawi iaitu:
a) Ligatur
b) Aksara-aksara berbaris atau mempunyai titik
c) Aksara bersambung
d) Bertindan secara menegak

Perkembangan ejaan jawi peringkat pertama telah melalui empat tahap iaitu:

a) Menggunakan tulisan Arab
● Tulisan jawi mengikut ejaan Arab sepenuhnya dengan menggunakan tanda-tanda baris
● Terdapat manuskrip Melayu lama seperti Aqa’id Al-Nasafi (manuskrip tertua)
● Penggunaan tanda baris/diakritik yang banyak merupakan satu kelemahan
● Tanda-tanda baris yang tidak lengkap
b) Menghilangkan baris
● Tanda-tanda baris dihapuskan dan disebut sebagai tulisan Arab Gundu
● Sukar membunyikan sesuatu perkataan itu dengan tepat dan menimbulkan perkataan yang berbentuk

homograf (sama ejaan, berbeza sebutan)
c) Menggunakan huruf saksi
● Huruf-huruf saksi iaitu (alif, wau dan ya)
● Huruf saksi diletakkan pada suku kata pertama perkataan
● Kelemahan: tiada huruf saksi pada suku kata kedua, terdapat perkataan yang boleh dilafazkan

beberapa bunyi sebutan membawa makna yang berbeza
d) Huruf saksi pada suku kata pertama dan kedua
● Sistem ini disempurnakan dengan menggunakan semua huruf Arab dan enam huruf tambahan iaitu

(nya, pa, ga, nga, ca, va)
● Huruf Arab terdiri daripada 29 huruf (kecuali lam-alif)
● Kurang enam huruf untuk mewakili bunyi lazim pada orang Melayu
● Orang Melayu mencipta enam huruf tersebut dan sehingga kini terdapat 36 huruf melambangkan

fonem dalam bahasa

Perkembangan ejaan jawi peringkat kedua iaitu:

● Sistem ejaan jawi berubah secara beransur-ansur tanpa ada panduan bertulis
● Dahulu, sejarah hanya mengikut kezaliman yang berlaku tanpa peraturan dan

panduan
● Jika perubahan dilakukan oleh seorang penulis, maka ia akan mudah diikuti oleh

penulis yang lain
● Menjelang abad ke-20, perkembangan sistem ejaan jawi boleh dibahagikan

kepada beberapa pedoman dan panduan yang disusun atau digunakan oleh
perseorangan atau pertubuhan tertentu seperti Heejaj.P.B Diraja, ejaan jawi
Za’ba, sistem ejaan Dian dan pedoman ejaan yang disempurnakan.

SISTEM EJAAN ZA’BA

❖ Sistem ejaan rumi Za’ba adihasilkan olehnya di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung
Malim pada tahun 1924

❖ Menurut buku Akhbar dan Tokoh Persuratkhabaran Malaysia Kurun ke-20 (2011), sistem
ejaan ini telah diperkemas dalam beberapa tahun dan termuat dalam beberapa buah buku
pedoman bahasa

❖ Antaranya ialah buku Ilmu Bahasa Melayu penggal 1 (1926), Pelita Bahasa Melayu
penggal 1 (1941), daftar ejaan jawi-rumi (1949) dengan judul petua-petua ejaan Rumi
yang dikarang oleh Pendeta Za’ba

❖ Sistem ini telah dijadikan sebagai sistem ejaan rasmi dalam Kerajaan Malaysia,
sekolah-sekolah dan IPT sehingga tahun 50-an sebelum digantikan dengan sistem ejaan
baharu Malaysia pada 16 Ogos 1972

❖ Sistem ejaan Za’ba tidak menggunakan teori dan teknik linguistik kerana ianya hanya
melambangkan bunyi-bunyi melalui huruf-huruf rumi yang digunakan dalam sistem ejaan
jawi bahasa Melayu

❖ Antara perubahan dalam ejaan Za’ba adalah membahagikan huruf-huruf bahasa
Melayu kepada huruf saksi dan huruf benar

❖ Huruf saksi merupakan vokal yang terdiri daripada enam abjad iaitu a,e,i,o dan u
manakala huruf benar merupakan konsonan yang terdiri daripada 21 huruf

❖ Terdapat 40 peraturan dalam sistem ejaan za’ba. Peraturan 1 hingga 5
menyentuh keserasian vokal dalam suku kata pertama dan kedua jika suku kata
kedua itu suku tertutup

❖ Peraturan yang dimaksudkan adalah huruf ‘h’ dan ‘k’ adalah huruf akhir dalam
suku kata tertutup maka vokal e yang dipilih bukan vokal ‘i’ pada suku kata itu.
Contohnya aleh, leteh, sireh, tueh, balek, batek dan chantek

❖ Jika terdapat deretan bunyi diftong a-i, maka ejaan diftong dikekalkan.
Contohnya naik, baik dan raih

❖ Jika suku kata akhir tertutup bukan diakhiri oleh konsonan ‘h’ dan ‘k’, maka
vokal ‘i’ digunakan bukannya ‘e’. Contohnya, nasib, katil, kutip dan pasir

❖ Jika vokal dalam suku kata pertama ialah vokal ‘o’ dan ‘e’, maka vokal ‘e’
digunakan bukannya vokal ‘i’. Contohnya, deret, leher, bogel, chomel dan
montel

❖ Perkataan pinjaman daripada bahasa arab jika belum diasimilasi
sepenuhnya, hendaklah dieja mengikut bunyi asal (memakai tanda ‘) dan
ditulis dengan huruf condong. Contohnya, wa,sala’m, ahlu’nujum dan
‘amirul-minim

❖ Perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris yang sudah diasimilasi
sepenuhnya dengan bunyi Melayu dan dieja mengikut sebutan Melayu.
Contohnya saman, repot, pereman dan sain

❖ Bentuk si- dan tetap dieja dengan sempang dan huruf ‘s’ dalam bentuk si-
dieja dengan huruf besar jika berganding dengan nama khas. Contohnya,
Si-matio, Si-laki, Si-abu

❖ Kecualiannya adalah dalam ejaan perkataan sianu dan siapa yang tidak
memakai sempang.

SISTEM EJAAN RUMI KONGRES

EJAAN RUMI KONGRES

❖ Menurut Mohd Naim Daipi (1991), ejaan kongres dihasilkan berasaskan
persetujuan yang dicapai dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang
diadakan pada 16-21 September 1956 yang membincangkan perkembangan
bahasa Melayu.

❖ Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi Bahasa Melayu pada sidang tersebut telah membuat
16 ketetapan tentang ejaan bahasa Melayu, dua ketetapan bunyi bahasa dan satu
ketetapan tentang tulisan jawi.

Peraturan mengeja dalam huruf rumi menggunakan kaedah yang berikut:
a. - huruf vokal diberi nama yang sama nilai bunyi fonemnya misalnya ‘a’ diberi ‘a’

seperti ‘a’ dalam anak.
- vokal dalam sistem ini terdiri daripada a, e, e’, i, o, u.

b. - konsonan pula diberi nama setelah mendapat bantuan daripada vokal ‘a’.
- konsonan asli dalam sistem ejaan ini berjumlah 17.
- konsonan dimaksudkan ialah b, c, d, h, j, k, l, m, n, s, p, q, r, s, t, dan w.
- konsonan f, g, v, x, dan z digolongkan ke dalam konsonan pinjaman kerana
konsonan tersebut hanya digunakan apabila mengeja kata pinjaman.

Penggunaan Vokal Dalam Bahasa Melayu:

a) Sesuatu perkataan terdiri daripada satu suku kata
b) Sesuatu suku kata dapat digambarkan dengan satu vokal sahaja atau

huruf vokal bersama satu huruf konsonan di hadapan atau di belakang
vokal atau dengan satu vokal di tengah-tengah dua huruf konsonan
c) Apabila dua huruf vokal yang sama atau tidak sama berdekatan maka
itu bererti dua suka kata
d) Satu suku kata panjang banyak mengandungi dua konsonan tetapi tidak
lebih dari satu vokal
e) Jika vokal diletak di hadapan konsonan, maka satu suku kata yang
terjadi disebut suku kata mati. Jika vokal itu dibelakang, suku kata itu
disebut suku kata hidup.

Satu ketetapan iaitu menggunakan sistem fonologi (maksudnya fonemik) bukan
fonetik iaitu melambangkan satu fonem dengan satu grafem atau huruf sahaja.

a) Fonem ‘h’ yang terdapat pada awal kata boleh digugurkan jika tidak
menimbulkan keraguan

b) Fonem ‘h’ pada tengah tidak boleh digugurkan apabila diapit oleh vokal yang
sama

c) Fonem ‘h’ boleh dikekalkan atau dihilangkan apabila diapit oleh vokal yang tidak
sama

d) Fonem ‘h’ boleh digugurkan pada tengah kata setelah dipastikan memang tidak
ada fonem ‘h’ pada katanya yang asal

e) Fonem ‘h’ pada akhir kata tidak boleh digugurkan kecuali memang fonem
tersebut tidak ada pada katanya yang asal

Tujuan penggunaan sempang (-) dalam sistem ejaan adalah:

a) Memisahkan kata apabila kata itu tidak lengkap ditulis kerana sudah
sampai ke hujung baris

b) Menulis kata ulang
c) Menyambung beberapa kata majmuk

PEDOMAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

Pada 27 Jun 1967:

❖ Satu sistem ejaan baru yang ilmiah, praktikal serta sesuai untuk bahasa Malaysia dan
bahasa Indonesia telah dicapai.

❖ Rundingan mengenai persetujuan sistem ejaan bahasa Malaysia Indonesia itu telah
dihadiri oleh Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan Malaysia yang dipengerusikan oleh
Tuan Syed Nasir bin Ismail (Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka) dengan kumpulan
ahli bahasa KOTI (Komando Tertinggi Indonesia) yang diketuai oleh Nyonya S.W.
Ruddijati Muljadi

❖ Hasil pertukaran fikiran dan pendapat serta penelitian dan pengolahan bersama,
kedua-dua pihak telah mencapai kesimpulan dan persefahaman bahasa
perkembangan ejaan dalam kedua-dua bahasa adalah wajar dan sesuai dengan
tuntutan kemajuan ilmiah dan keperluan praktikal.

❖ Antara rangka usaha mencapai cita-cita bersama antara rakyat Indonesia
dan Malaysia ialah meningkatkan lagi hubungan antara bahasa Indonesia
dan bahasa Malaysia melalui semua saluran, baik pertuturan mahupun
tulisan.

❖ Kempen-kempen memberikan penerangan tentang ejaan bersama telah
dijalankan melalui akhbar-akhbar, radio, televisyen serta majalah-majalah
dan ceramah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Pada 16 Ogos 1967:

❖ Hasil daripada persetujuan antara Malaysia dan Indonesia, sistem ejaaan
baharu bagi bahasa Malaysia-Indonesia telah dilancarkan penggunaannya oleh
Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur

❖ Bertujuan untuk memperbaiki sistem ejaan rumi bahasa Malaysia dan
menyesuaikannya dengan unsur-unsur Malaysia dan menyesuaikannya dengan
unsur-unsur dan perkembangan yang telah mempengaruhi bahasa Malaysia
sejak beratus tahun

Sejarah Perkembangan Tulisan Rumi Pada Tahun 1902

❖ Tulisan rumi yang pertama disusun oleh Jawatankuasa Ejaan R.J. Wilkinson
❖ Kemudian, diperbaiki oleh Pendeta Za’ba dan dikenali sebagai Sistem Ejaan Za’ba
❖ Sistem ini dijadikan sistem tulisan rasmi sehingga beberapa tahun
❖ Ketika Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga diadakan di Singapura dan Johor

Bahru pada tahun 1956, satu sistem ejaan yang dinamakan Ejaan Kongres telah dibentuk
tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana terdapat beberapa huruf yang agak sukar untuk
diikuti.
❖ Pada tahun 1959, Sistem Ejaan Malindo diperkenalkan setelah beberapa rundingan
diadakan antara Malaysia dan Indonesia tetapi tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab
tertentu
❖ Rundingan baru diadakan dengan Indonesia sehingga tercapai persetujuan pada 27 Jun
1967 dan dikenali sebagai Sistem Ejaan Bersama Malaysia/Indonesia
❖ Akhirnya pada tahun 1972, Sistem Ejaan Bahasa Malaysia/Indonesia dilancarkan dan
bertugas sebagai alat yang mengawal perkembangan bahasa Malaysia
❖ Dengan adanya sistem ejaan baharu ini, tidak timbul lagi masalah sistem ejaan yang harus
digunakan terutama di sekolah-sekolah dan media massa.

Perkara Dalam Ejaan Rumi Bahasa Melayu

1. Pemakaian huruf
● Senarai abjad yang digunakan
● Lima huruf vokal a, e , i, o, u
● Tiga diftong yang dilambangkan oleh tiga pasangan huruf vokal iaiatu ai, oi, dan

au
● 26 huruf konsonan
2. Senarai gugus konsonan untuk mengeja istilah pinjaman bahasa asing dan

senarai pola persekutuan kata bahasa Melayu
3. Penulisan nama khas tempat, orang dan sebagainya disesuaikan dengan ejaan

baharu kecuali jika terdapat pertimbangan khusus untuk mengekalkannya
4. Kaedah penulisan huruf
● Huruf besar mempunyai 12 kaedah
● Huruf kecil mempunyai 3 kaedah

5. Penulisan terdiri daripada

❏ Kata dasar yang dieja terpisah
❏ Kata turunan (pan-Asia)
❏ Kata gandaan
❏ Kata ganti singkatan yang ditulis serangkai dengan perkataan sebelumnya (ku, mu, nya)
❏ Kata depan yang ditulis berpisah daripada perkataan yang mengikutinya (di, ke, dari)
❏ Kata panggilan yang ditulis terpisah (si, sang)
❏ Partikel yang dieja berangkai dengan perkataan yang mendahului (lah, kah, tah)
❏ Kata gabungan dieja terpisah

- Bentuk rangkai kata umum (air hujan)
- Bentuk parataksis atau rangkai setara (hidup, mati)
- Bentuk simpulan bahasa (anak emas)
- Dieja berangkai
❏ Semua bentuk gabungan yang terpisah bercantum apabila menerima imbuhan
❏ Gabungan kata yang dianggap sebagai satu kata yang tersenarai dalam daftar ejaan rumi

bahasa melayu
❏ Gabungan kata yang dieja terpisah apabila digandakan yang mana hanya bahagian

pertama kata yang diulang

SEJARAH
PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
PRAMERDEKA &
PACAMERDEKA

PEJABAT KARANG-MENGARANG

Sebuah badan terjemahan Pengasas:
yang ditubuhkan pada tahun i) Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba)
1923 di Maktab Perguruan ii) O.T. Dussek
Sultan Idris, Tanjung Malim
(MPSI)

Ketua pengarang dan Tokoh penulis dan penterjemah
penterjemahan kanan pejabat yang bertanggungjawab:
karang-mengarang: Za’ba i) Andul Kudus Muhamed
ii)Abdul Rahman Yusuf
Penasihat: R.O. Winstedt dan ii) Ahmad Murad Nasarudddin
O.T. Dussek iv) Yazid Ahmad

Matlamat Penubuhan

Mengatasi masalah Menerbitkan sebanyak mungkin
kekurangan bahan bacaan buku sekolah melayu dan
bahasa Melayu di sekolah bahan-bahan bacaan untuk
bahasa Melayu masyarakat melayu

Mewujudkan perpustakaan
bergerak ke
kampung-kampung

Menerbitkan jurnal Menggalakkan penulis
bergambar menghasilkan karya
dalam bahasa Melayu

Sumbangan Menerbitkan 85 buah
buku untuk bacaan
Membina asas sekolah di bawah ‘siri
pengetahuan bahasa buku teks sekolah’
melayu dan ilmu karang
Contoh:
Buku-buku teks yang i) Pelita Bahasa Melayu
diterbitkan merangkumi ii) IlmuMengarang Melayu
bidang ilmu penulisan, iii) Pelita Mengarang
sejarah, ilmu hisab, ilmu alam iv) Daftar Ejaan Melayu
dan kesihatan

Siri Perpustakaan Sekolah Dan Umum

Sebanyak 64 buah buku untuk bacaan umum diterbitkan
antara tahun 1929-1957

Kebanyakan buku yang diterbitkan merupakan karya
terjemahan daripada bahasa inggeris

Contoh:
i) Sang Maharaja Singa
ii) Hikayat Taman Ajaib
iii) Ali Baba Dengan 40 Orang Penyamun
iv) Lagu-lagu KeroncongMelayu
v) Julius Caesar

Pakatan belajar-mengajar pengetahuan bahasa
(pbmpb)

Ditubuhkan pada tahun Matlamat utama:
1888 Untuk memelihara,
memperlengkap dan
Pengasas: memodenkan bahasa melayu
i) DatukSeri Amar Diraja Abdul Rahman dari segi ejaan, mencipta
Andak perkataan baru dan
ii) Datuk Muhammad Ibrahim Musyti memelihara ejaan jawi

Penggerak utama:
i) Mejar Dato’ Muhammad Said Sulaiman
ii) Dato’ Abdullah Abdul Rahman
iii) Dato’ Awang Omar
iv) Mejar Musa Yusof

Sumbangan: Tujuan:
● Menghasilkan 34 ● Menyeragamkan ejaaan dan

buah buku berkaitan perkataan
dengan sejarah, ● Mencipta perkataan baharu
kebudayaan, riwayat ● Menyediakan daftar kata (gugus
perjalanan dan
maklumat PPMPB katan)
● Buku Katan (1936) ● Menerbitkan buku
● Jalan Bahasa Melayu ● Membentuk istilah
(1937) ● Mengadakan majlis-majlis
● Penokok dan
Penambah (1939) ceramah dan perbincangan
● Menerbitkan peredar/ jurnal

enam bulan sekali
● Mewujudkan perpustakaan

ANGKATAN SASTERAWAN 50 (ASAS 50)

DITUBUHKAN DI SINGAPURA PADA 6 OGOS 1950

PENGASAS:
ANGKATAN PENULIS MUDA (TONGKAT WARRANT, KERIS MAS,
A,SAMAD SAID

PERTUBUHAN YANG PALING BESAR SUMBANGANNYA KEPADA
PERANCANGAN DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

MATLAMAT

● MEMPERLUAS DAN MENINGKATKAN KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU

● MELINDUNGI HAK-HAK AHLI DAN PARA PENGARANG
● MENGADAKAN PEMBAHARUAN DALAM SASTERA DENGAN

TIDAK MEMBUNUH YANG LAMA
● PEJUANGANNYA TERTUMPU KEPADA PEMBAHARUAN DALAM

SASTERA DENGAN SLOGAN ‘SENI UNTUK MASYARAKAT’ DAN
STATUS POLITIK BAHASA IAITU PERJUANGAN BAHASA DAN
POLITIK BERJALAN DENGAN SERENTAK

PERANAN DAN SUMBANGAN

❖ Perkembangan bahasa Melayu (aspek ejaan dan peristilahan) hingga
mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

❖ Mencadangkan agar bahasa Melayu diberi nilai ekonomi dengan
mengutamakan kelulusan dalam bahasa Melayu untuk memperoleh
pekerjaan

❖ Berjaya menganjurkan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Pertama
(1952)

- Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan
❖ Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kedua (1954)

- Memutuskan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi untuk memudahkan bahasa
kebangsaan

❖ Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga (1956)
- Mencadangkan penubuhan Balai Pustaka (kini Dewan Bahasa dan Pustaka)
- Penyatuan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia
- Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah

LAPORAN BARNES (1951)

❖ DIPENGERUSIKAN OLEH L.J BARNES, PENGARAH BAHAGIAN LATIHAN SOSIAL
UNIVERSITI OXFORD

❖ MENUBUHKAN SEKOLAH DWIBAHASA DIMANA BAHASA PENGANTAR ADALAH
BAHASA MELAYU DAN INGGERIS

❖ SEKOLAH-SEKOLAH MELAYU, CINA DAN TAMIL DITUKARKAN SECARA
BERANSUR-ANSUR KEPADA SEKOLAH KEBANGSAN

❖ PENDIDIKAN PERCUMA UNTUK SEMUA KANAK-KANAK DI SEKOLAH
KEBANGSAAN

❖ SEKOLAH CINA DAN TAMIL DIHAPUSKAN DAN HANYA SATU JENIS SEKOLAH
SAHAJA IAITU SEKOLAH KEBANGSAAN

❖ SEKOLAH KEBANGSAAN MENGGUNAKAN SATU BAHASA SAHAJA IAITU
BAHASA MELAYU ATAU INGGERIS SEBAGAI BAHASA PENGANTAR

❖ SEKOLAH KEBANGSAAN DITADBIR DAN DIBIAYAI BERSAMA OLEH PENGUASA
PELAJARAN TEMPATAN

❖ UNTUK SEKOLAH MENENGAH, HANYA SATU BAHASA PENGANTAR INGGERIS
SAHAJA YANG AKAN WUJUD

ORDINAN PELAJARAN (1952)

❖ MENGADAKAN DUA SISTEM PERSEKOLAHAN IAITU SEKOLAHYANG
MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA
PENGANTAR

❖ SISTEM PENDIDIKAN SEKOLAH KEBANGSAAN DILAKSANAKAN MELALUI
PENGENALAN BAHASA INGGERIS SECARA BERANSUR-ANSUR DI SEKOLAH
MELAYU, CINA DAN TAMIL

❖ BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS JUGA DIKUATKUASAKAN DI
SEKOLAH-SEKOLAH CINA DAN TAMIL

❖ SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (INGGERIS) DIKEKALKAN
❖ PENDIDIKAN AGAMA DIADAKAN PADA WAKTU PERSEKOLAHAN UNTUK

MURID-MURID BERAGAMA ISLAM
❖ PELAJARAN BAHASA MELAYU DIWAJIBKAN DI SEKOLAH INGGERIS DAN

SEBALIKNYA
❖ PELAJARAN BAHASA CINA DAN TAMIL PERLU DISEDIAKAN SEKIRANYA

TERDAPAT SEKURANG-KURANGNYA 15 ORANG PELAJAR
❖ SEKOLAH-SEKOLAH VOKASIONAL DIPERKEMBANGKAN

LAPORAN FENN-WU (1952)

❖ JAWATANKUASA FENN-WU TELAH DITUBUHKAN OLEH DUA ORANG
PENGERUSI IAITU DR W.O. FENN DAN DR. WU TEH YAU

❖ BAHASA MELAYU, BAHASA CINA DAN BAHASA INGGERIS DIJADIKAN
BAHASA PENGANTAR DI SEKOLAH-SEKOLAH VERNAKULAR

❖ DASAR PENDIDIKAN DI TANAH MELAYU HENDAKLAH BERMATLAMAT KE
ARAH PEMBENTUKAN KEWARGANEGARAAN MALAYA

❖ PEMAKSAAN TERHADAP RAKYAT BERBILANG KAUM UNTUK
MEMPELAJARI SATU ATAU DUA BAHASA AKAN MENJEJASKAN
PERPADUAN KAUM

❖ ORANG CINA SEDAR DAN AKAN BERSEDIA MEMPELAJARI BAHASA
MELAYU DAN INGGERIS DI SAMPING BAHASA MEREKA, MAKA
HENDAKLAH MEMBERI GALAKAN

PENYATA RAZAK (1956)

❖ DIKETUAI OLEH TUN HAJI ABDUL RAZAK HUSSEIN, MENTERI PELAJARAN
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. BERTUJUAN:

- BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN
- MELAHIRKAN PERPADUAN KAUM
- PERAPTKAN JURANG PERBEZAAN ANTARA KAUM
- MEWUJUDKAN SISTEM PENGURUSAN PENDIDIKAN YANG CEKAP DAN

BERKESAN.
- MENYEDIAKAN KEMUDAHAN PELAJARAN YANG MENCUKUPI
❖ ANTARA CADANGANNYA:
- DASAR PELAJARAN ADALAH TANGGUNGJAWAB MENTERI PELAJARAN
- BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS MENJADI MATA PELAJARAN

WAJIB BAGI SEMUA SEKOLAH
- UNTUK MEMASUKISEKOLAH MENENGAH RENDAH, PELAJAR

HENDAKLAH LULUS DALAM PEPERIKSAAN MASUK SEKOLAH MENENGAH

PENUBUHAN DAN PERANAN DEWAN BAHASA
DAN PUSTAKA

❖ Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan 22 jun 1956 sebagai
sebuah jabatan dalam Kementerian Pelajaran. Pada tahun 1959 DBP
dinaik taraf menjadi sebuah badan berkanun yang bermatlamat:

- Berusaha memajukan dan mengembangkan peristilahan bahasa melayu
- Bertanggungjawab menyelaraskan penggunaan istilah dan ejaan bahasa

melayu
- Menyusun kamus am dan kamus istilah dalam pelbagai bidang ilmu
- Bertanggungjawab menyalurkan atau menyebarkan istilah baru secara

berkesan kepada semua pihak yang memerlukan
- Berusaha mengawasi penggunaan bahasa, khususnya penggunaan

istilah dan ejaan di sektor awam dan swasta

❖ Bagi mencapai matlamat tersebut, DBP melaksanakan banyak kegiatan
kebahasaan. Tugas pertama adalah memperjuangkan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan setelah bahasa ini diterima sebagai bahasa
kebangsan tunggal.

❖ DBP turut mencipta istilah-istilah baharu, menyediakan kamus,
buku-buku teks dan bahan bacaan termasuk majalah dan risalah-risalah
bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan.

❖ DBP juga mengusahakan satu sistem ejaan baharu bersama Indonesia

AKTA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 1959 (PINDAAN 1995)

UNTUK MEMBINA DAN MEMPERKAYA BAHASA KEBANGSAAN (BAHASA MELAYU) DALAM SEMUA
BIDANG TERMASUK SAINS DAN TEKNOLOGI

UNTUK MEMPERKEMBANGKAN BAKAT SASTERA, KHUSUSNYA DALAM BAHASA KEBANGSAAN

UNTUK MENCETAK, MENERBITKAN, ATAU MEMBANTU DALAM PERCETAKAN ATAU PENERBITAN
BUKU-BUKU, MAJALAH-MAJALAH,RISALAH-RISALAH DAN LAIN-LAIN BENTUK KESUSASTERAAN
DALAM BAHASA KEBANGSAAN DAN DALAM BAHASA-BAHASA LAIN

UNTUK MEMBAKUKAN EJAAAN DAN SEBUTAN DAN MEMBENTUK ISTILAH-ISTILAH YANG SESUAI
DALAM BAHASA KEBANGSAAN

UNTUK MENGGALAKKAN PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN SUPAYA IA AKAN DIGUNAKAN
SECARA MELUAS BAGI SEGALA MAKSUD MENGIKUT UNDANG-UNDANG YANG SEDANG BERKUAT
KUASA

UNTUK MENGGALAKKAN PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN YANG BETUL

❖ Dewan bahasa kebangsaan ini disokong oleh Seksyen 5 Akta Dewan
Bahasa dan Pustaka Seksyen 5 Akta Dewan Bahasa dan Pustaka
1959 (disemak 1978)[akta 213] dan diperluas melalui Akta Dewan
Bahasa dan pustaka 1995

❖ Tujuan akta ini adalah memperkukuh dan memperkayakan bahasa
kebangsaan

❖ Melalui akta ini, maka dbp sebagai sebuah institusi yang diberi
autonomi telah menyusun pelbagai program bagi membina dan
mengembangkan bahasa dan sastera Melayu. Selain itu, DBP juga
banyak menerbitkan buku, khususnya buku sekolah dan buku ilmiah
dalam bahasa kebangsaan

KERJASAMA SERANTAU DAN PENGANTARABANGSAAN

❖ Kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia atau bahasa
antarabangsa memang telah ada dalam sejarah perkembangan dan
kebangkitan tamadun Melayu, sejak Zaman Sriwijaya pada abad ke-7
Masihi dan memuncak dalam zaman Kesultanan Melayu, dalam tempoh
beberapa ratus tahun

❖ Perkembangan bahasa Melayu yang merentasi buana secara langsung
berkaitan dengan bidang Pendidikan Bahasa, khususnya strategi
pengajaran bahasa Melayu kepada penutur asing.

❖ Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa benar-benar
menyerlah dalam Zaman Bahasa Melayu Klasik pada sekitar abad ke-15
dan beberapa abad berikutnya walaupun tidak dominan seperti bahasa
Inggeris yang menjadi bahasa pertama atau bahasa ibunda

USAHA MENGANTARABANGSAKAN BAHASA MELAYU DI BEBERAPA
BENUA NEGARA

❖ Peringkat serantau dan antarabangsa yang dikongsi wawasan
pelaksanaannya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia
semasa pimpinan Dato’ Haji A’ziz Deraman, DBP Brunei di bawah
pimpinan Dato Paduka Haji Alidin binHaji Othman dan Pusat Bahasa
Indonesia yang diketuai oleh Dr Hassan Alwi

❖ Pusat pengajian melayu yang pertama telah ditubuhkan di Leiden,
Belanda pada tahun 1876 dan sehingga kini pusat itu telah diiktiraf
sebagai pusat utama bagi kajian budaya melayu di peringkat
antarabangsa

❖ Malaysia telah memulakan langkah Penubuhan Kursi Pengajian Melayu
di Eropah dengan ditempatkan seseorang yang bertaraf professor di
Universiti Leiden. Penubuhan kursi bukan sahaja diharap akan
mempertingkatkan kajian sastera Melayu di Eropah, bahkan turut
mengembangkan bahasa, budaya Melayu dan promosi pengetahuan
pelbagai bidang tentang Malaysia khasnya dan dunia Melayu atau
rantau amnya.

❖ Pada tahun 1995, Kursi Pengajian Melayu telah ditubuhkan di
Universiti Victoria, Wellington. New Zealand

❖ Malaysia juga telah menubuhkan Kursi PengajianMelayu di Universiti
Pengajian Asing Beijing (BSFU), China. Seorang professor telah
ditempatkan di sana pada awal tahun 2008 yang lalu

KEPENTINGAN PENUBUHAN KURSI-KURSI

Menjalin dan melestarikan Merangsang minat para pengkaji,
persefahaman budaya serta pakar dan cendekiawan yang
mengakrabkan kerjasama berminat dalam bidang sosiologi,
antara dunia Melayu antropologi, bahasa, sastera dan
dengan rantau Eropah budaya Melayu atau dunia Melayu
secara leseluruhannya

Senario ini akan turut Perkembangan bahasa, sastera
mencetuskan iklim dan budaya Melayu peringkat
sosioekonomi dan sosiopolitik antarabangsa akan lebih jelas
yang lebih kondusif arahnya

USAHA MENGANTARABANGSAKAN BAHASA MELAYU MELALUI KERJASAMA
NEGARA

1) Rangkaian kerja institusional antara negara memang sangat munasabah dan
forum-forum kerjasama yang diwujudkan misalnya Majlis Bahasa Brunei
Darussalam-Indobesia-Malaysia (MABBIM), Majlis Sastera Asia Tenggara
(MASTERA), Majlis Kerjasama Kebahasaan dan Persuratan (MEKKAP) kawasan
segi tiga Asia Tenggara

2) Usaha -usaha memperkenalkan kesusasteraan Melayu ke peringkat serantau
dan antarabangsa telah dipergiatkan atau disokong oleh pelbagai institusi
seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia dan Brunei, Pusat Bahasa
Indonesia dan beberapa institusi pengajian tinggi serantau melalui program
seminar, pertemuan, dialog, persidangan penulis, pengucapan puisi disamping
Program Sastera atau Minggu Sastera Melayu di luar negara

CABARAN &
MASA DEPAN

BAHASA
MELAYU

❖ Perkembangan zaman kemerdekaan dan zaman moden telah memberi cabaran
kepada perkembangan bahasa Melayu

❖ Cabaran-cabaran ini memperlihatkan bahawa bahasa Melayu pada suatu ketika
dahulu menjadi bahasa antarabangsa sejak Zaman EmpayarSriwijaya pada abad
ke-7 Masihi sehinggalah abad ke-19 Masihi, iaitu apabila bahasa Melayu telah
menjadi lingua franca di rantau ini

PENDIDIKAN CABARAN PENTADBIRAN
KERAJAAN

EKONOMI


Click to View FlipBook Version