PENDIDIKAN
❖ PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Kajian oleh Juriah Long Et Al. (2002), mendapati beberapa kekangan ditemui dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, antaranya:
- Tidak semua guru yang mengajar bahasa Melayu mendapat latihan khusus
dalam bidang bahasa. Ini akan menjejaskan kualiti pengajaran dan hasil
pembelajaran murid.
- Guru bergantung pada buku teks
- Kemahiran lisan, bacaan dan menulis diajar secara terpisah dan bukannya
secara penggabungjalinan atau penyerapan
- Jumlah masa pengajaran si SK, SJKC dan SJKT yang berbeza
- Murid bersikap negatif terhadap mata pelajaran bahasa Melayu berbanding
bahasa Inggeris.
❖ BAHASA MELAYU DALAM AKTA PENDIDIKAN TINGGI SWASTA
- Apabila Akta Pendidikan 1996 dan Akta IPTS 1996 diluluskan, maka semua
IPTS dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
- Oleh sebab Institut Pendidikan Swasta (IPS) merupakan sebahagian daripada
sistem pendidikan kebangsaan maka IPS mempunyai pilihan dalam hal
penggunaan bahasa pengantar sama ada untuk mengikut amalan sekolah
kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan atau memohon pengecualian
mengikut Seksyen 17 akta berkenaan
- Kelonggaran IPS memilih bahasa pengantar mereka sendiri telah merendahkan
martabat bahasa Melayu sekaligus melemahkan pencapaian falsafah dan
matlamat dasar pendidikan kebangsaan
EKONOMI
❖ BAHASA MELAYU DALAM URUSAN PERNIAGAAN
- Dokumen perniagaan syarikat swasta masih menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa utama dan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua
- Bahasa Inggeris mendominasi 100% industri perhotelan, syarikat jualan kereta,
barangan elektrik dan komputer
❖ BAHASA MELAYU DALAM PELUANG PEKERJAAN
- Graduan boleh memilih kerjaya dalam bidang perguruan atau pendidikan
sebagai Guru Bahasa Melayu dengan mengikuti kursus-kursus iktisas seperti
PISMP/DPLI, bachelor pendidikan dan sebagainya
- Graduan bahasa Melayu boleh memilih bidang penulisan kreatif, pengacaraan,
editor dan penterjemahan
PENTADBIRAN KERAJAAN
❖ URUSAN RAMI DALAM NEGARA
➔ Surat rasmi
- Surat rasmi dalam negara oleh agensi kerajaan menggunakan bahasa kebangsaan
- Jika terima surat selain daripada bahasa kebangsaan, maka hendaklah dibalas
beserta dengan dokumen lampiran dalam bahasa kebangsaan
➔ Urusan mesyuarat melibatkan kehadiran warganegara malaysia
- Urusan surat menyurat, minit mesyuarat, nota pembentangan dalam bahasa
kebangsaan
➔ Dokumen perjanjian
- Semua dokumen perjanjian dalam negara oleh agensi kerajaan menggunakan
bahasa kebangsaan
- Dokumen tambahan boleh dilampirkan dalam bahasa inggeris
➔ Penganjuran majlis rasmi melibatkan kehadiran warganegara malaysia
- Urusan surat menyurat, minit mesyuarat, nota pembentangan dalam bahasa
kebangsaan
❖ URUSAN RASMI ANTARABANGSA
➔ Surat rasmi antarabangsa
- Surat rasmi antarabangsa oleh agensi kerajaan kepada pihak luar digalakkan
menggunakan bahasa kebangsaan bersertakan dengan lampiran dalam bahasa
Inggeris
➔ Urusan mesyuarat melibatkan kehadiran bukan warganegara Malaysia
- Urusan surat menyurat, minit mesyuarat, nota pembentangan dalam bahasa
kebangsaan atau bahasa Inggeris
➔ Dokumen perjanjian antarabangsa
- Semua dokumen perjanjian antarabangsa oleh agensi kerajaan hendaklah
menggunakan bahasa Inggeris
- Terjemahan dalam bahasa kebangsaan diperlukan bagi tujuan rekod dan semakan
➔ Penganjuran majlis rasmi melibatkan kehadiran warganegara Malaysia
- Urusan surat menyurat, minit mesyuarat, nota pembentangan dalam bahasa
kebangsaan dan bahasa Inggeris
❖ PENGIKLANAN KEKOSONGAN JAWATAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM
- Hendaklah dalam bahasa kebangsaan
❖ PERKHIDMATAN KAUNTER
- Menggunakan bahasa kebangsaan
- Boleh menggunakan bahasa lain yang difahami oleh pelanggan
❖ MAKLUM BALAS ADUAN DI AKHBAR DAN ISU MEDIA MASSA
- Sebarang isu atau maklum balas menggunakan bahasa kebangsaan
- Jika siaran dalam bahasa Inggeris perlu ada terjemahan dalam bahasa
kebangsaan
- Salah tafsir dapat dielakkan
KERANCUAN BAHASA MELAYU DALAM MEDIA SOSIAL
DEFINISI KONSEP
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), telah menjelaskan bahasa kata ‘rancu’
ialah tidak teratur, campur aduk, kacau (bahasa) kekeliruan serta
mentakrifkan perkataan kerancuan sebagai rancu di mana maksud imbuhan
ke_an itu sendiri ialah keadaan atau ciri rancu, kekacauan yang berkaitan
dengan penggunaan bahasa yang tidak betul
FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA KERANCUAN BAHASA MELAYU
❖ PENGARUH BAHASA IBUNDA
Kerancuan bahasa Melayu berlaku kerana terdapat pengaruh bahasa ibunda yang
digunakan oleh murid-murid di sekolah. Bagi murid melayu, kesalahan tersebut
kurang ketara berbanding murid bukan Melayu. Satu daripada kesalahan umum
murid bukan melayu ialah kegagalan mereka mengenali perbezaan antara bunyi e’
dan e semasa membaca dan menulis
CONTOH:
Perak (logam): perak (terpinga-pinga)
Kaji: semak (kusut)
Perang (warna): perang (gaduh)
Sepak (tampar): sepak (tendang)
❖ PENGARUH BAHASA DIALEK/DAERAH
Bagi murid-murid bahasa dialek/daerah ini sudah menjadi bahasa pertama
yang mereka perolehi dari rumah maka dalam pertuturan seharian mereka
akan menggunakan bahasa tersebut.
❖ PENGARUH BAHASA ASING
Pengaruh bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris juga merupakan faktor
murid bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu yang salah
penggunaanya. Kesalahan ini berlaku kerana penggunaan istilah yang tidak
tepat
❖ PENGARUH TEKNOLOGI
Sekarang masyarakat mudah berhubung antara satu sama lain dengan
menggunakan sistem yang baik seperti laman interaksi menggunakan media sosial
seperti ‘facebook’, blog dan ‘twitter’ atau menggunakan telefon bimbit. Kebanyakan
medium bahasa yang digunakan bercampur aduk antara bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris. Hal yang demikian telah menimbulkan kecelaruan atau kekeliruan serta
kesalahan dalam penggunaan bahasa melayu.
❖ PENGARUH MAJALAH, CERPEN DAN NOVEL
Pengaruh bahan-bahan bacaan dan cetakan yang kadang-kadang bersifat picisan
juga telah berjaya mempengaruhi murid-murid menggunakan bahasa melayu rancu.
Terdapat banyak kesalahan bahasa yang digunakan oleh penulis atau pengarang
untuk menjadikan bahasa melayu yang digunakan dalam majalah, novel dan cerpen
menarik dan sesuai dengan bahan yang hendak ditulis namun mengetepikan
penggunaan bahasa Melayu yang betul
PERCAMPURAN KOD
DEFINISI PERCAMPURAN KOD
Percampuran kod merupakan satu fenomena biasa dalam kalangan mereka yang
boleh berbahasa lebih dari satu. Percampuran kod berlaku apabila seseorang
bertutur mencampuradukkan bahasa atau dialek dengan bahasa atau dialek yang
lain atau antara satu dialek dengan dialek yang lain. Fenomena ini amat berleluasa di
Malaysia kerana di sini terdapat pelbagai jenis bahasa dan dialek seperti bahasa
Melayu, Cina, Tamil dan suku kaum serta dialek tempatan.
❖ PENGGANTIAN KONSONAN (m),(n) KE (ng) Bahasa melayu baku: dialek terengganu
Dalam: dalang
Malam: malang
Ikan: ikang
❖ PENGHILANGAN KONSONAN Bahasa melayu baku: dialek terengganu
Sampai: sapa
Bantal: bata
❖ KONSONAN (s), (f) DI AKHIR DIGANTI Bahasa melayu baku: dialek terengganu
DENGAN (h) Panas: panah
Maaf: maah
❖ PENGHILANGAN DIFTONG Bahasa melayu baku: dialek terengganu
Kedai: koda
Pisau: pisa
Amboi: ambo
BAHASA SLANGA
DEFINISI BAHASA SLANGA
Bahasa slanga ialah penggunaan bahasa yang tidak rasmi dan ungkapan-ungkapan
yang tidak dianggap sebagai standard dalam dialek atau bahasa
FAKTOR PENGARUH BAHASA SLANGA
1) Keinginan seseorang itu untuk meringkaskan perkataan dan rangkai kata yang
digunakan dalam komunikasi harian
2) Bertujuan untuk gurauan, slogan, identiti kumpulan dan melahirkan perasaan
3) Untuk menimbulkan keakraban dan kemesraan dalam sesebuah kelompok
masyarakat
4) Pengaruh akibat kelaziman dalam persekitaran keluarga dan masyarakat
❖ KATA SLANGA UNTUK MEMUDAHKAN EKSPRESI
- Gabungan/ringkasan dua perkataan menjadi satu perkataan. Contoh,
diorang (dia orang), takpe (tidak apa)
❖ KATA SLANGA DARIPADA BAHASA ASING
- Diambil daripada bahasa asing tetapi dieja dalam bahasa Melayu.
Melibatkan bahasa inggeris, bahasa cina dan bahasa Arab. Contoh kiut
(cute), otai (ketua)
Bibliography
DAIPI, M. N. (1991). PERKEMBANGAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU. 28-48.
ISMAIL, A. R. (2011). AKHBAR DAN TOKOH PERSURATKHABARAN MALAYSIA KURUN KE-20. USM.
KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT. (2010). KUALA LUMPUR: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.
LONG, J. (2002). PENDIDIKAN BAHASA MELAYU:ANTARA HASRAT DENGAN PELAKSANAAN . BANGI: UNIVERSITI
KEBANGSAAN MALAYSIA.
MUSA, H. B. (2006). EPIGFRAFI MELAYU:SEJARAH SISTEM TULISAN DALAM BAHASA MELAYU. DEWAN BAHASA DAN
PUSTAKA.
RAMLI, Z. (2012). ZAMAN PROTO SEJARAH DI MALAYSIA. INSTITUT ALAM DAN TAMADUN MELAYU (ATMA).
WILKINSON, R. J. (2010). A MALAY-ENGLISH DICTIONARY. KELLY & WALSH.
SEKIAN TERIMA KASIH