The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Isak Izaac, 2019-07-14 02:19:19

ILMU_KEBATINAN-1

ILMU_KEBATINAN-1

AMALAN ILMU KEBATINAN ZAMAN BERZAMAN

Assalamulaikum w.b.t.
Pengijazahan adalah milik Allah jua. Kami yang belajar dan mengumpulkan
ilmu ini dengan besar hati menyambungkan kepada tuan/puan. Allah s.w.t
sudah jamin pengijazahannya dengan FirmanNya:

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang
memelihara dan menjaganya.” (Al-Hijr 15:9)

Makna Ilmu Kebatinan
Ilmu hikmah adalah sebuah ilmu kebatinan dengan teknik zikir dan doa,
adakalanya juga dengan mentera berbahasa Arab atau campuran tetapi tidak
bertentangan dengan akidah dan syari’at Islam, ditujukan untuk urusan duniawi
seperti keselamatan, pangkat, karier, perjodohan, pengasihan dan lain-lain. Ilmu
kebatinan yang dimaksudkan di sini adalah ilmu-ilmu yang berhubungan dengan

pemanfaatan sebagai suatu kekuatan. Ilmu ini dapat dipelajari dengan cara
melakukan amalan-amalan yang telah ditentukan. Namun kita perlu berhati-hati,
karena tidak sedikit ilmu kebatinan yang menyimpang dari ajaran Islam. Oleh itu,
kami cuba memaparkan ilmu-ilmu kebatinan ini yang dari sumbernya, iaitu ilmu
kebatinan yang terdapat langsung dari Al-Qur'an. Sebab ilmu kebatinan yang
terdapat dalam Al-Qur'an sudah jelas tidak bertentang dengan ajaran Islam,
bahkan siapa saja yang mengamalkannya mendapat ganjaran pahala yang besar..
Dalam Islam setiap umatnya diwajibkan untuk berdoa agar segala keinginannya
dikabulkan oleh Allah SWT.

10 surah untuk amalan harian

1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan
membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.
Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan.
Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit
mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.

Untuk mengelak kemurkaan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali
sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu
ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an.
Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala
menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat
At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab
Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan

pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala
baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan
dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan
kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata
mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya.
(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari
kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di
Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan
membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan
merasai kepapaan.. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah
akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak
14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan
rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah
sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7
kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga
kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah
Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan
isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka
sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai
jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka
Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan
pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak
hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w.
dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti
membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh
dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan
(Riwayat At-Tarmizi).

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta
membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat
dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya.
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan
membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan
dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah,
akan terselamat dari azab kubur.

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti
Aisyah, antara mafhumnya :
"Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an."
Siti Aisyah

Fadilat Surah Thoha

Terjemahan Ayat 1 - 5 (Surah Taha).
Taa. Haa.
Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau
menanggung kesusahan.
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar
perintah Allah.

Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.

Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.

Bacaan Untuk Anak/Suami Yang Degil Yang Tak Mahu Solat
Baca doa ini 3 x dan dihembuskan semasa anak/suami anda sedang tidur pada
hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya
7 malam semasa anak /suami sedang tidur nyenyak. InsyaAllah...

ZIKIR NAFAS

A. CARANYA :

a. Bersuci dahulu. (hadas kecil & besar)
b. Duduk bersila atau duduk dikerusi didalam ruangan yang bersih.
c. Posisi badan tegak, kepala lurus dengan tulang punggung dan semua otot-otot
dikendurkan. Mata terpejam, mulut tertutup rapat dan lidah sedikit dibengkuk ke
atas.
d. Pusatkan fokus pada jantung. Bayangkan jantung adalah masjid dan anda
duduk didalamnya.
e. Ucapkan dalam hati selama melakukan hal tersebut diatas :
- Laila hailallah , Laila haillalah … (sampai 10 minit dengan sama rentaknya.
Waktu menyedut nafas ucapkan "Laila hailallah" dan waktu menghembuskan
nafas ucapkan pula "Laila hailallah". Lebih lama akan lebih baik lagi. Bagi yang
sudah terbiasa bole melakukan hingga satu jam.
f. Setelah itu ucapkan takbir berkali-kali (Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu
Akbar, Allahu Akbar …. Dst).
- Waktu menghirup nafas baca " Allahu Akbar" dan waktu menghembuskan nafas

juga membaca " Allahu Akbar" hingga 10 minit atau lebih. Sikap duduk tetap
seperti diatas.
g. Terakhir kali ucapkan secara terus menerus " Allah, Allah, Allah, Allah … dst.
Sampai yang terdaya. Ucapan didalam hati saja bersamaan dengan detak jantung.
Yang terakhir ini boleh dilakukan bila saja dan dimana saja, berjalan, bekerja,
santai dan bahkan boleh dilakukan sambil nak tidur.

B. PENJELASAN :

Bila zikir nafas tersebut dilakukan secara rutin atau berterusan/istiqomah, paling
tidak sehari satu kali atau setiap selesai sholat fardhu, maka dalam satu tahun anda
akan menjadi orang yang hebat, InsyaAllah. Anda boleh mengubati orang sakit ,
sakit apa saja, dengan kekuatan tenaga dalam hasil zikir nafas. Dan dalam beladiri
anda akan mudah melumpuhkan lawan.
Anda tidak akan mudah kena ilmu sihir, santau atau sebagainya. Dan anda tidak
mudah diganggu Roh Jahat.

Bila anda sering melakukan zikir nafas anda tidak mudah terserang penyakit.
Orang yang rajin zikir nafas apabila di terawang (dengan ilmu keghaiban) maka
orang tersebut akan nampak bersinar terang, putih kebiru-biruan.
Hal tersebut diatas akan lebih baik lagi apabila dikombinasikan dengan puasa
sunnah isnin-khamis atau puasa sunnah lainnya dan melakukan sholat, serta
menjauhi segala kemungkaran.

Latihan Ilmu Nafas Tenaga Dalam

a) Allah Hu Akbar 21X

Latihan Nafas Keluar dari lubang hidung sebelah kanan, setelah dikepit/tutup
lubang hidung sebelah kiri dengan jari telunjuk tangan kiri sambil tapak tangan
kanan menutup lubang pusat. Nafas dihembus dengan kuat sebanyak bilangan
bacaan diatas.

Latihan ini diulang2 sebanyak 7 kali didalam sesuatu masa latihan. Badan
hendaklah suci daripada hadas kecil atau besar dan hendaklah berkeadaan
berwuduq mengadap Kiblat.

Latihan ini boleh dilakukan bila2 masa tetapi adalah lebih baik selepas Solat Isya’
sunyi dari kewujudan manusia dan gangguan

Latihan Ilmu Nafas ini bertujuan untuk mendapatkan kekuatan Kerohanian
Tenaga Dalam yang amat diperlukan untuk kekuatan Kebatinan seseorang, dan
ianya diamalkan sepanjang masasampai bila2pun.

Setelah dapat merasakan kekuatan dalaman yang bertambah melalui bukti2
seperti Sikap yang semakin berkeyakinan tinggi, berani, bersemangat dan lain2
sifat perubahan yang daripada lemah ke bertambah2 kuat dan bertenaga, maka itu
tandanya amalan latihan Ilmu Nafas ini sudah menunjukkan ‘Menjadi’. Salah-satu
tanda yang ketara ialah tubuh-badan seolah-olah berisi suatu kekuatan Tenaga
yang mana kita senantiasa bertenaga dan cergas. Jika sudah mendapat tanda2 ini,
maka teruskan usaha amalan tersebut.

Cara Kedua

ALLAH-HU..........................

Berlatih menggunakan mulut untuk bernafas masuk-keluar tanpa sedikitpun
bernafas menggunakan hidung. Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan lagi
Tenaga Dalam/Aura/Cakra dan sebagainya.

Cara latihan ialah , sebutkan ALLAH apabila sambil bernafas masuk melalui
mulut dan HU apabila menghembuskan nafas keluar sambil kedua2 belah tangan
seperti Qiam berdiri Solat dimana tapak tangan kanan diatas belakang tangan kiri
(Seperti sedang berdiri bersolat ) dan menutup lubang pusat.

Latihan ini hendaklah dilakukan sebanyak bilangan 66X sekali amal seperti
jumlah huruf ALIF LAM LAM HA........................didalam kiraan huruf Arab.

Tanda2 seperti Muka bercahaya, badan terasa ringan tetapi bertenaga, sifat
bertambah Positif, perasaan terlebih tenang dan fikiran bertambah tajam,
kesedaran kejadian yang berlaku disekeliling kita bertambah peka walaupun mata
pejam mahupun dibelakang kita, maka itu tanda2 awal amalan dan latihan sudah
berhasil
Apabila melakukan latihan ini, hendaklah nafas disedut sedalam dalam yang
boleh dan dihembuskan sekuat kuat yang boleh tanpa memutuskan Kalimah
ALLAH-HU tersebut.

Ilmu Kebatinan Melayu yang semakin dilupakan - Bismillah 6

Makbul segala hajat dan cita-cita.
Luas rezekinya.
Jika ditiup kpd lelaki/perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
Menang dalam peperangan.
Penerang hati.
Dijauhkan dari segala penyakit.
Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang
zalim yang hendak membunuhnya.

Dibaca ditempat yang suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.

Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang di dalam kubur.

Aman daripada binatang2 buas.

Air laut menjadi tawar.

Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.

Jika ditulis dan dijadikan pendinding atau dibaca pada sawah aman daripada
ancaman babi, tikus atau burung.

Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.

Terselamat dari karam dilaut.

Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan
beranak jika meminumnya.

Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selama 7 hari nescaya mendengar.

Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali
insyaallah lari iblisnya.

Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular
dan ikan.

Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada
miang rebung, ulat bulu mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.

Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.

Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; letakkan
tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat

Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dan urut sedikit. Baca juga ayat ini pada
air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan
keluar daripada pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.
Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang
diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi
makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.
AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN
SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI
MUDARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG
MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH
PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.

DOA NURRUN NUBBUWAH
Doa Nurun Nubuwwah di katakan memiliki khasiat yang banyak sekali dan
sangat menakjubkan terhadap siapa yang suka membaca dan mengamalkannya
dengan ikhlas hati benar-benar kerana Allah.
Dan di antara khasiat –khasiatnya adalah seperti berikut;
(1) Pelindung dari Sihir.
Di riwayatkan , bahawa Rasulullah SAW bersabda setelah solat Subuh ketika
duduk-duduk bersama para sahabat di Masjidil Haram, tiba-tiba datanglah
Malaikat Jibril a.s. membawa doa Nurun Nubuwwah, seraya berkata : ”Wahai

Rasulullah, aku telah di utus oleh Allah Subhanahu Wa Taala untuk
menyampaikan doa ini kepadamu / Rasulullah”. Selanjutnya beliau bersabda
:”Doa Nurun Nubuwwah ini banyak sekali faedahnya bila di baca dan diamalkan.
Dan apabila tidak dapat membaca atau tidak hafal, maka cukuplah ditulis,
kemudian tulisan tersebut disimpan dalam rumah, maka Allah akan senantiasa
memberikan perlindungan kepada penghuni rumah itu dari sihir / tenung atau
penyakit.

(2) Hajat Tercapai.

Barangsiapa yang membaca dan mengamalkan doa ini secara istiqamah pada
setiap selesai solat sekurang-kurangnya sekali, maka Insya Allah apa pun hajatnya
akan segera terlaksana.

(3) Penyelamat dari gangguan makhluk halus.

Bilamana doa Nurun Nubuwwah ini ditulis pada kertas lalu tulisan tersebut di
letakkan pada tanaman, Insya Allah tanaman tersebut akan selamat dari hama,
apabila di letakkan pada tempat-tempat yang menakutkan atau pada tempat-
tempat yang ditempati syaitan atau iblis, jin atau hantu dan segala macam jenis
makhluk halus, maka dalam waktu singkat mereka akan bubar dan minggat tanpa
kembali lagi.

(4) Dimuliakan orang

Rasulullah SAW bersabda , ”Jika kamu ingin dimuliakan oleh orang lain, maka
bacalah Doa Nurun Nubuwwah.”

(5) Pengasih

Bilamana anda ingin mendekati raja / menteri atau orang yang berpangkat atau
berkumpul dengan orang banyak maka bacalah doa ini pada tiap hari sekurang-
kurangnya sekali, Insya’Allah semua orang yang anda dekati itu akan menaruh
kasih sayang.

(6) Air masin menjadi tawar

Bilamana anda pergi belayar naik perahu, kemudian disitu anda kehabisan air
minum, maka bacalah doa ini pada air laut, Insya’Allah air laut yang semulajadi
masin itu berubah menjadi tawar dan boleh anda minum.

(7) Bertemu para nabi.

Rasulullah SAW bersabda: ”Barangsiapa yang ingin bertemu dengan para Nabi,
maka bacalah doa Nurun Nubuwwah sebanyak seratus kali, kemudian tidur,
Insya’Allah akan mimpi bertemu dengan para Nabi, di samping itu siapa pun pun
yang melihatnya akan menaruh kasih sayang, dan hendaknya tidak terhenti dalam
mewiridkan doa Nurun Nubuwwah ini hingga sampai anak cucu.

(8) Penyembuh Kesakitan.

Bilamana ada orang sakit, maka bacalah doa ini pada minyak (minyak kelapa /
sawit wijen), kemudian sapukan pada tempat yang sakit, Insya’ Allah akan lekas
sembuh.

(9) Mengubat dari kerasukan.

Bilamana ada orang di rasuk hantu, syaitan dan jin, atau gila, maka cara
mengubatinya adalah sebagaimana di atas.

(10) Kuat berjalan

Bilamana anda ingin kuat berjalan, bacalah doa tersebut pada daun sirih yang
bertemu ruasnya, kemudian sapukanlah mulai dari kepala hingga kaki,
Insya’Allah anda akan kuat berjalan walau sejauh perjalanan yang anda tempuh
itu.

(11) Turun hujan.

Bilamana akan turun hujan dalam suatu perjalanan, agar anda tidak kehujanan,
maka bacalah doa tersebut, Insya’Allah tidak jadi turun hujan.

(12) Pengaman bagi orang bertengkar

Bilamana ada orang yang bertengkar, sedang anda ingin melerainya maka bacalah
doa ini, Insya’Allah orang yang bertengkar itu akan berhenti dan akhirnya saling
memaafkan.

(13) Musuh menjadi takut

Bilamana anda pergi berperang (fisabilillah), bacalah doa ini, Insya’ allah tidak di
kejar musuh, bahkan musuh akan lari tunggang langgang ketika bertemu dengan
anda.

(14) Sulit bersalin.

Bilamana ada wanita bersalin yang sulit, maka bacalah doa ini pada pinggang atau
mangkuk putih yang berisi air, kemudian airnya diminumkan, Insya’ Allah
bayinya akan segera keluar tanpa kesulitan yang di derita oleh sang ibu.

(15) Sakit mata

Bilamana ada orang sakit mata, maka bacalah doa ini lalu tiupkan pada mata yang
sakit itu. Insya’allah akan lekas sembuh.

(16) Penawar gigitan ular

Bilamana ada orang digigit ular, atau kena sengatan binatang berbisa, atau kena
racun dan penyakit lain, maka bacakanlah doa tersebut pada tempat yang terkena
gigitan atau sengatan itu, Insya’ Allah akan lekas sembuh.

(17) Raja Jin.

Bilamana anda ingin mendatangkan raja jin, maka bacalah doa ini sebanyak
seratus kali dalam keadaan tidak berhadas (suci), baik suci badan dan tempat,

kemudian masuk ditempat yang sepi pada malam Jumaat. Insya’ Allah anda akan
dijumpai oleh si raja jin itu.

(18) Terhindar dari Kekufuran.

Bilamana anda membaca doa ini pada malam Jumaat sebanyak lima puluh kali,
Insya’Allah akan terhindar dari kekufuran, bid’ah dan dijauhkan dari perbuatan
buruk.

(19) Menjumpai Jin.

Suatu keajaiban yang luar biasa bilamana ada jin yang ingin menyerupai manusia,
maka jadi lah ia manusia lantaran berkah-Nya doa Nurun Nubuwwah ini,
begitupun manusia jika ingin menjumpai jin, maka ia mengamalkan doa tersebut.

(20) Penyelamat siksa neraka.

Bilamana doa ini di baca setiap hari, maka akan selamat dari siksa neraka, selamat
dunia akhirat dan terhindar dari godaan syaitan.

(21) Ingin mimpi yang indah.

Bilamana anda ingin mimpi yang indah, maka bacalah doa ini pada malam Sabtu,
sebanyak seratus kali, Insya Allah akan tercapai.

(22) Awet Muda

Bilamana anda baca pada malam Minggu, maka anda boleh awet muda walau usia
sudah lanjut.

(23) Memberi keselamatan.

Bilamana anda baca pada malam Isnin, maka Allah akan memberikan
keselamatan kepada anda, dijauhkan dari malapetaka.

(24) Menjadi kuat

Bilamana anda baca pada malam Selasa, maka anda akan menjadi kuat, serta
terjauh dari penyakit.

(25) Gigitan yang kuat

Bilamana anda baca pada malam Rabu, maka gigi anda akan menjadi kuat, serta
terjauh dari penyakit.

(26) Penyeri wajah.

Bilamana anda baca pada malam Khamis, maka wajah anda bertambah elok
sehingga banyak wanita yang terpikat.

(27) Binatang menjadi patuh.

Bilamana anda baca pada malam Jumaat, maka semua binatang yang buas akan
menjadi patuh terhadap anda.

(28) Melamar wanita.

Bilamana anda ingin melamar seorang wanita, maka berpuasalah sehari dan
malamnya jangan tidur, kemudian bacalah doa ini terus menerus di tempat yang
sunyi, Insya’Allah lamaran anda di terima.

Inilah doanya :



Ertinya:

“Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah
yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang
sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-
jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata
manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan
menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-
Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang
gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang
mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah
adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia,
panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku,
perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku, cintakanlah semua manusia dan
jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s., orang-orang yang masih
hidup dan semoga tetap ancaman siksa bagi orang-orang kafir. Dan katakanlah
: “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara
yang batil itu pasti musnah”. Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang
menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak
akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya
kerugian. Maha Suci Allah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat
yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul.
Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.”

DOA PENDINDING DIRI - RUQYAH JIBRIL

Maksud : Aku berlindung dengan wajah Allah yang Maha Mulia dan dengan
Kalimat-Kalimat Allah yang Sempurna yang tidak ada “melampauinya” segala
kebaikan mahupun keburukan dari kejahatan apa yang masuk ke dalam bumi dan
apa yang keluar darinya dan dari kejahatan apa yang turun dari langit dan apa

yang naik kepadanya. Dan dari kejahatan fitnah di malam dan siang hari dan dari
kejahatan jalan-jalan dimalam dan siang hari, kecuali suatu jalan yang dilalui
dengan kebaikan, wahai yang Maha Penyayang.

Amalan mudah setiap hari.

Di sini diceritakan amalan harian yang mudah diamalkan selain amalan petua lain.
Ianya bertujuan untuk kesihatan dan kesejahteraan diri. Setiap pagi kita bangun
pagi sama ada bangun pukul 5, 5.30, 6 atau 6.30. adalah lebih baik jika bangun
lebih awal dan elakkan dari terlebih tidur. Andai kata bangun pukul 6 pagi, buka
saja mata ucapkanlah Alhamdulillah. Kemudian lakukan sedikit senaman ringan.
Paling ringkas pun pusing pinggang kiri-kanan atau senaman regangan otot.
Sebelum masuk bilik air minumlah segelas kecil air suam dan masuk bilik air.
Lakukan pembersihan badan seperti mandi dan gosok gigi dengan betul. Untuk
memulakan mandian, mula dari bawah kaki dibawa ke atas badan sehingga ke
atas kepala. Lakukan sekali dan mandi seperti biasa. Jika diamalkan boleh
menghindarkan dari sakit dan pening kepala. Begitu juga ketika menggosok gigi.
Jangan ambil ringan ketika memberus gigi. Gigi yang bersih boleh menjadikan
minda yang baik dan terhindar dari batuk. Malah sepanjang hari kita akan rasa
selesa.

Selepas mandi biarkan seketika sambil lap badan dengan tangan sebelum
menggunakan tuala. Selepas selesai mandi, kenakanlah dengan pakaian yang
sesuai, bersih dan disertakan dengan bau-bauan wangi. Solat subuh dua rakaat dan
berdoa. Kemudian buat persiapan diri sama ada untuk ke tempat kerja atau ke
tempat belajar. Ketika mengadap cermin, baca doa dan senyum selama 30 saat.
Sebutkan pada cermimin, “Hebatnya aku ini, Alhamdulillah.”

Pastikan sarapan pagi tidak ditinggalkan. Sarapan pagi sangat penting untuk
pembentukan rutin makanan sepanjang hari. Oleh itu bersarapanlah setiap pagi
mengikut amaun makanan yang cukup dan tidak berlebihan. Pada tengah hari,

makan tengah hari juga perlu dan tidak patut ditinggalkan. Biarpun sedikit, tapi
ianya perlu ambil. Ketika makan, jangan makan bersulamkan air. Makan dahulu
dan tunggu seketika sebelum minum air. Dan amalkan minum air yang banyak.
Jangan diselalukan minum air sejuk atau air batu. Sekali-sekala tak mengapa.
Selepas makan tengah hari, berkumurlah untuk membersihkan dalam mulut.
Selepas itu lakukan solat Zohor. Pada waktu petang hadapilah hidangan petang
dengan meminum teh atau kopi panas. Lakukan sedikit senaman ringkas atau
senaman berat jika ada masa terluang. Lakukan senaman atau kerja yang
mengeluarkan peluh selapas solat Asar. Kemudian pergi bersihkan diri dengan
mandi. Lakukan mandian seperti pagi tadi dan jangan lupa berus gigi.

Pada waktu malam, selepas solat Magrib, lakukan pembacaan Al-Quran. Paling
kurang pun satu muka surat. Kemudian lakukan solat Isya. Ketika hendak masuk
tidur, baca doa-doa ringkas. Sebelum tidur, cuci muka dan berus gigi. Tidurlah
pada waktu awal dan bangun untuk solat tahjut dua rakaat. Pada waktu pagi,
lakukanlah seperti permulaan tadi. Lakukanlah rutin ini setiap hari kerana ianya
ringkas. Apa lagi! Jika susah nak fikir, buat saja macam ini. Yang lain-lain tu,
pandai-pandailah tambah. Semoga kehidupan lebih ceria dan sihat. Secara
ringkasnya, kesihatan perlu jaga seperti sarapan pagi, cara pemakanan,
membersihan diri seperti mandi dan berus gigi, dan lain-lain. Selain itu solat
jangan lupa. Kalau perkara lain buat, tapi solat tak buat, tak bestlah. Hidup tak
sempurna. Oleh itu jaga kedua-duanya.

Doa Bismillah Mujarab

Apabila kita ingin beramal dengan mana mana khasiat Bismillah, terutama
Bismillah Enam dan Bismillah Sembilan, sudahi dengan Doa khusus ini, maka
kemustajaban amalan lebih ketara,malahan boleh juga diamalkan dengan Isim
Bismillah 313 X yang diamalkan selepas Solat Subuh dipagi hari ahad untuk
tujuan khusus dan tertentu. Doa bismillah ini juga mempunyai beberapa khasiat

yang tidak ramai orang mengetahui melainkan yang mendapat terus daripada Tok
Guru Pondok atau mereka yang pernah bertarikat.

Ayat untuk mengetahui perkara ghaib
AYAT KETAHUI PERKARA GHAIB

Hendaklah kita memulakan puasa bermula pada hari isnin berbuka dengan sesuatu
yang tidak berdarah seperti jenis ikan dan daging. Berbuka dengan kurma/tamar,
nasi berserta sayuran, buah buahan, madu lebah dan air sahaja. Sesudah solat
subuh awal hari selasa, sebelum matahari terbit, ayat Quran tersebut dituliskan
diatas kain putih bersih berdakwatkan bancuhan air mawar (air ros) bercampur
dengan zakfaron/kumkuma/kunyit. Maka kain yang sudah tertulis itu perlu
ditanam di suatu tempat yang tidak dilalui manusia, tersembunyi dari manusia.

Setelah selesai, pada malamnya tersebut yakni malam rabu itu, sebelum tidur
selepas solat isya’, bacalah ayat diatas beserta doanya yakni:-

Sebanyak beberapa kali sehingga terlena, maka sekiranya ingin mengetahui wajah
sebenarnya seseorang seperti tokoh politik bertopengkan agama, maka Tuhan
akan menunjukkan wajah sebenarnya samada bersifat Soleh atau munafik/fasik

Jurus Bismillah/Jurus Angin
Jurus ini boleh digunakan untuk tujuan kecemasan apabila diserang lebih daripada
satu musuh, khasnya musuh yang mengetahui juga ilmu bela diri tidak kira
daripada Silat, Kung Fu, Judo atau Karate....boleh sahaja sebagai jalan untuk
menyelamatkan diri daripada cedera.

Ayatnya Ialah:-

Bismillah Hi-akbar
Allah Hu-akbar kabiro
Allah.................pukul jurus seolah- olah memukul musuh walaupun dari jarak
jauh.

Cubalah jika kecemasan

Ayat Serba Guna-2

Ayat ini amat dikenali kerana juga dibaca pada tahlil dan doa selamat didalam
mana mana bacaan yasin. Saya yakin ramai yang menghafazkan ayat tersebut
namun mungkin tidak ramai yang mengetahui ianya boleh digunakan sebagai
penyeri muka dan ilmu pangasih. Ayat ini juga boleh diguna-pakai sebagai
pendinding dan pagar diri jika tahu cara amalan yang khusus, malahan ramai
dikalangan ulama mengamalkannya jika melakukan dakwah pada kawasan
pendalaman orang asli dan juga di Sabah Sarawak.

Di Sarawak ada sesuatu ilmu sihir terkenal di kalangan Iban dan Kadazan bagi
sesiapa yang mempermainkan anak dara mereka. Perbuatan sihir mereka sebegitu
unik mampu meletakkan atau mengubah kemaluan ke dahi.
Maka amalan ini khusus untuk mematikan perbuatan sihir tersebut .
Ayat Ampuh Dari Khianat dan Kecemasan

Bismillah.................................

S
etiap selepas solat atau mana mana waktu lapang sebanyak sekurang kurangnya
40X sehari semalam sampai bila bila.
Cara menggunakannya apabila berhadapan dengan kecemasan seperti musuh
mencuba memukul, merompak atau apa sahaja perbuatan mendatangkan mudarat
kepada kita, bacalah ayat diatas, dan apabila sampai pada ayat akhir
MAKATAB....tekan lidah pada langit langit diatas dan jangan lepaskan sehingga
keadaan sudah selamat.
Perbuatan khianat seperti sihir, khianat tersembunyi dan sebagainya yang
tersembunyi dari pengetahuan kita, serahkan sahaja pada Allah, Dia yang akan
uruskan perbuatan jahat tersebut.

Amalan diatas juga, sekiranya kita diserang oleh musuh bersenjata, maka caranya
sama kecuali ditambah tumit dihendak dengan kuat ke tanah/bumi, maka jika
pistol, ianya tidak akan meletup, manakala musuh bersenjata tajam atau pistol,
akan terkunci terpaku seolah olah badan dikunci kaku dan kaki seolah olah
dipegang bumi.

RAHSIA SURATUL IKHLAS

Semua muslim pasti tahu dan hafal akan Surah Al-Ikhlas yang juga digelar Asas
Mengenal Zat dan Sifat ALLAH. Nabi bersabda bahawa sesiapa yang
mengamalkan Surah Al-Ikhlas setiap Solat, wajib masuk syurga.

Permulaan untuk mendapat Ruh atau fadhilat Surah Al-Ikhlas, hendaklah
mendirikan Solat Hajat dua rakaat dan seterusnya mula mengamalkan membaca
sebanyak 1000X sehari-semalam, sekurang-kurangnya. Afdalnya ialah, hendaklah
diwakafkan pada setiap antara ayat ayatnya. Juga perlu tepat sebutan huruf dan
mahraj. Ianya boleh sahaja diamalkan mengikut kelapangan tetapi jumlah bacaan
mestilah mencukupi 1000X sehari semalam.

Setelah beristiqomah mengamalkan dan melazimkan , maka sekiranya ada rezeki,
cepat atau lambat, akan datang suatu berbentuk mimpi tang terang lagi nyata
menunjukkan kita didalam suatu keadaan dimana Surah Al-Ikhlas ini akan
membantu kita didalam kesusahan. Bagaimana bentuknya, adalah mengikut
peribadi kita, boleh jadi kita akan berhadapan dengan suatu makhluq memberi
kata-kata nasihat atau cara-cara penggunaan mengikut rezeki masing-masing.
Boleh jadi kita berhadapan dengan suatu keadaan Nur yang amat terang ,

membuatkan hati kalbu tenang dan lazat, maka, itulah petanda bahawa amalan
kita sudah berhasil, namun, kita harus terus mengamalkan setiap hari, Cuma
bolehlah jumlahnya dikurangkan atau bertambah mengikut kemampuan masing-
masing.

Sebagai penambahan, apabila mendirikan Solat, selepas Surah Al-Fatihah,
bacalah Surah Al-Ikhlas jangan ditinggalkan sampai bila-bila. Saya menjamin,
sesiapa yang melakukan sedemikian, akan memahami kelebihan dan
kelazatannya.

Baik, sesudah mendapat petanda-petanda seperti diatas, maka, segala hajat dan
niat nescaya pasti makbul dan mujarab. Ini adalah kegunaan 1001 satu jenis
mengikut keadaan dan ketentuan semasa itu.

KECEMASAN
Di ganggu binatang, jin dan lain-lain kecemasan, buatlah seperti berikut:-

Bismillah……

Allahus-somad……..3X atau 7X atau 13X atau 17X

Allah-humma , Ya robbul ‘alamin

Beri kami pertolonganMU dengan segera

Dan seterusnya sebutlah YA SOMAD (Wahai Yang Memberi Bantuan-Yakni
ALLAH SWT) tanpa henti-henti sehingga lenyap kecemasan tersebut

GERAK SILAT
Basmallah

Surah Al-Ikhlas…………………………………..3X
Salawat………………………………………………3X

Ya ALLAH Ya Robbul ‘alamin

Berikanlah kami gerak silat yang sesuai dan terbaik
Sesungguhnya, Engkaulah yang memberi gerak
Lauhau-lawala-quwwata-illa-billah-hil-‘aliyil-‘azhiim

Sesudah itu, sambil tangan menadah seperti berdoa, sebutlah tanpa henti-henti Ya
Somad, maka Insyaallah, kita akan dikurniakan gerak silat tanpa perlu belajar.
Amarannya, ialah, janganlah dilakukan seorang diri, mestilah hadir bersama
sekurang-kurangnya seorang teman supaya dapat sedarkan kita kalau terlajak.

HALAU GANGGUAN JIN SYAITAN
Sambil kedua belah tapak tangan menutup pusat, maka bacaan ini perlu dibacakan
dengan suara keras dan mantap keyakinan Zahir Batin, fikiran dan hati tertumpu
kepada nama dan sifat Al-Ahad
Basmallah
WALAM YAQUL-LAHU-KUFUWAN-AHAD
Lahaulawala-quwwata-illa-billah-hil-‘aliyil-a’zhiim
Ya-Haq, Ya Haq ,Ya Haq ,Allah Hu-akbar
Semasa perbuatan ini, makrifatkan pagar pendinding terdiri daripada Besi Waja
enam penjuru disekeliling kita, rumah atau gelanggang atau apa sahaja sekuat
seluas mana makrifat meliputi diri sendiri atau rumah atau gelanggang mahupun
sekampung. Disini, kekuatan makrifat memainkan peranan utama selain Hakikat
Nama dan Sifat ALLAH diatas

AYAT JURUS PUKULAN

Al-Qafirun....................1X
Ya Haiyyu Ya Qoiyyum..........11X
Salawat.......................13X

Ya ALLAH Ya Rabbi
Tuhan Sekelian Alam

7 Petala Langit
7 Petala Bumi

Berikanlah hambaMU ini Buah Pukulan Pencak Seni Silat Sinar Yang
Terbaik..3X

Sambil tangan masih berada pada kedudukan berdoa, maka hendaklah berzikir
dengan ini, mulut dan hati serentak, memerlukan penumpuan betul2 dan
bersungguh2 supaya hasilnya baik,

Ya Haiyyu Ya Qoiyyum....sebanyak2 tanpa henti seterusnya sehingga berniat
untuk berhenti berlatih.

Jika sudah letih atau puas beramal, maka hendaklah untuk berhenti dengan:-
Mengucap Dua Kalimah Syahadah......1X
Salawat tanpa henti sehingga hilang rasa gerak atau sudah tenang kembali.

Ayat Binatang Bercakap
Ini adalah Petua orang2 Tua dahulu dimana untuk memahami bahasa haiwan.
Caranya agak mudah.

Ayat Bercakap dengan Haiwan

======================

Untuk luka-luka kecil, baca ayat ini:-

ALHAMDULILLAH-HIROBBIL’ALAMIN 1X/ 3X/7X

Cara kegunaan, diambil air liur di-langit-langit menggunakan ibujari selepas
membaca ayat diatas dan sapukan kepada luka tersebut bagi menghentikan darah
(luka ringan).
Boleh jua digunakan apabila disengat serangga seperti lebah, tebuan, kerengga ,
lipan dan sebagainya sekiranya tiada usaha lain semasa itu seperti ubatan dan jauh
daripada klinik. Namun, hasilnya amat menakjubkan, serta-merta bisa akan hilang
dan terasa sejuk dengan Izin ALLAH SWT.

Bagaimanapun, ianya harus diamalkan khusus yakni ayat diatas dibaca 40X sehari
semalam selama 40 hari berturut-turut, sebelum itu hendaklah membaca Al-
Fatihah dihadiahkan kepada Nabi SAW dan Keluarga Baginda, Aulia-Allah dan
para sahabat. Satu kali Fatihah khusus untuk amalan ini, Insyallah, mujarab .

MEMULIH MANGSA KERASUKAN

Salah satu amalan untuk memulihkan kerasukan dan gangguan ialah
mengamalkan SURAH AL AN’AM AYAT 1 HINGGA 3. Fadhilat ayat ini amat
besar dan amat mujarab, terutama apabila gangguan kerasukan keatas Wanita
bukan muhrim.

Ayat 1 hingga 3 dari SURAH AL AN’AM hendaklah selalu diamalkan sesudah
mana-mana Solat supaya apabila keperluan , ianya mujarab . Ayat ini
mengandungi tanda-tanda kebesaran ALLAH dan sifat sifat UTAMA ALLAH.

Cara kegunaan mudah, hanya apabila berhadapan mangsa kerasukan atau
gangguan, bacalah ayat diatas sebanyak-banyak tanpa menyentuh langsung
mangsa tersebut sambil setiap-kali habis membaca, hendaklah hembus kearah
mangsa sambil makrifat Jin atau syaitan keluar dari tubuh badan mangsa .
Selalunya, apabila seseorang yang mengamalkan ayat ini bersungguh-sungguh,
baru mula membaca sahaja , mangsa akan pulih serta-merta. Kadang-kala, saya
biasa dipanggil untuk membantu mangsa kerasukan di Universiti dahulu, namun
sebelum sampai, mangsa sudah pulih, dengan berkat Ayat Besar ini dan Izin
ALLAH Jua.

Boleh juga digunakan bersama sama ayat ayat pemulih yang lain seperti:-

AYATUL QURSI

AL-IKHLAS
AN-NAS
AL-FALAQ
AYAT AKHIR SURAT AL-BAQARAH

Dan lain-lain

RAHSIA AYATUL-QURSI

Khasiat Ayat Kursi:

1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai
sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau
kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan
diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang
kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang
memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya,
hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang
mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali,
inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai
hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan
kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara
dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya
dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali)
setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.

4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi
sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan
kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan
memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan
mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur,
terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia
marah, maka akan hilang rasa marahnya.

6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak
hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi
pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam
melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya
dan diberikan apa yang dituntutnya.

7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan
mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya
dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan
itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh
hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil
membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam
garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat
Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan
melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang
membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40
hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan
membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan
diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

AYAT BAGI MENGHILANGKAN MENGANTUK

Baca ayat akhir ayat Kursi LAA TAK KHUZUHU-SINATUW-WALA-NAUM
Ambil air langit-langit dan baca ayat diatas dan disapukan kepada mata, Insyallah,
hilang mengantuk dan letih

AYAT MENGHILANGKAN/MEMBATALKAN PUKAU
Ada dua cara yakni melalaui solat hajat dan amalan khusus
a) Solat hajat seperti biasa DUA ATAU EMPAT RAKAAT, rakaat pertama
membaca:-
Al-Fatihah dan
Ayatul Qursi 7X sambil diulang-ulang ayat LAA TAK KHUZUHU –
SINATUW-WALA-NAUM 7X
Dan berdoa seperti maksud solat hajat itu
b) Membaca Ayatul Qursi sebanyak 17X atau 170X sambil diulang-ulang ayat

diatas 7X kepada lada hitam, garam jantan atau air zam-zam sekiranya ada,
ditaburkan sekeliling rumah dalam dan luar dan air dibuat mandi atau membasuh
muka.

AYAT MELEMAHKAN MUSUH SECARA BATIN ATAU MENARIK
KEKUATAN ILMU BATIN MUSUH

Baca LAHUMA-FISSAMAWA-TIWAMA FIL-ARDH

Ada dua cara, satu apabila berhadapan musuh dan satu lagi dibuat dari jauh

a) Apabila berhadapan musuh yang mempunyai ilmu kebatinan, maka kita boleh
menarik keluar atau melemahkan kekuatan batin musuh. Ayat tadi dibaca
sebanyak TUJUH kali senafas dan selepas selesai, hembuskan nafas dari hidung
sekuat-kuatnya kita 7X sambil makrifat menarik keluar kekuatan ilmu batin
musuh.

b) Cara kedua ialah mendirikan Solat Hajat khusus, dan selepas selesai hendaklah
membaca Ayatul Qursi 170X sambil diulang-ulang ayat tadi yakni
LAHUMAFISSAMA WATIWAMAFIL ARDH 7x.

Sebelum itu, hendaklah menyalakan 7 batang lilin, dan apabila setelah selesai
mengamalkan seperti diatas, ketujuh tujuh lilin itu ditiup sehingga padam sambil
bermakrifat padamlah kekuatan batin musuh, Insyaalah, musuh akan menjadi
lemah dan ilmu kebatinannya tidak menjadi seperti biasa. Cubalah

Perubatan

Ayatul Qursi juga boleh digunakan sebagai menghilangkan demam biasa, demam
panas, demam keteguran, sakit perut biasa, bias-bisa badan, sakit kepala, cara
amalannya ialah:-

Basmallah
Ayatul Qursi 1X

Apabila sampai kepada ayat ini semasa sedang membaca ayatul Qursi hendaklah
diulang tujuh(7) kali yakni-

MAN-zAL-LA-zI-YASH-FA ‘U- ‘ENDAHU-ILLABI-Iz-NIH 7x

Dan sambung bacaan sehingga habis ayatul Qursi.
Hendaklah dibaca pada segelas air bersih, sebaik-baiknya air suam atau lebih
afdal sekiranya ada air Zam-Zam, maka air tersebut disapukan pada tempat yang
sakit dan selebihnya diminum.

Nota: Harap sesiapa yang ingin mengamalkan Ayatul Qursi, sila rujuk pada Al-
Qur-an untuk bunyi huruf yang tepat beserta tajwidnya.

AYAT MENGHILANGKAN LEMAH-LEMAH ANGGOTA BADAN

Baca ayat ini:-
Basmallah
LA-HU-MAFIS-SAMA-WATIWAMA-FIL-ARD-DHI (Bunyi Ard bila wakaf
disini)

Dibacakan pada sepiring air (ganti minyak urut) ayat tersebut 40X dan gunakan
air tersebut sepertimana minyak urut sambil membaca:-

YA-HAIY-YU YA-QOIY-YUM sebanyak banyaknya sambil tangan mengurut
urut anggota lemah, lengoh atau terseliuh. Cubalah, mujarab INSYAALLAH

AYAT MENGHILANGKAN GANGGUAN PADA ANAK KECIL
DITENGAH MALAM

Sekiranya anak kita tiba-tiba menangis di tengah malam barangkali kembung
perut, demam dan sebagainya, namun apabila bukan daripada penyakit zahir,
maka disyaki ianya adalah berpunca daripada gangguan Jin dan Syaitan, maka
hendaklah dibaca seperti berikut:-

Basmallah
SURATUL AL-FATIHAH 1X
AYATUL QURSI 1X
SALAWAT 3X

Dan bacaan ini:- ALLAHHU-LAA-ILA-HAILLAHUWAL HAIY-YUL
QOIYYUM
Ya HAIYYU Ya QOIYYUM 7X dan dihembuskan pada ubun-ubun anak kecil
dan diusap kedua-dua belah mata anak itu, semuga mereka tidak lagi Nampak
akan jin dan syaitan, INSYAAALLAH.

Selepas itu, digalakkan membaca AYATUL QURSI 7X dibuat pendinding rumah

ILMU PENERANG HATI SUPAYA DAPAT MENGUASAI ILMU
DENGAN CEPAT DAN PANTAS
Doa ini di baca sebelum belajar atau selepas sembahyang fardhu.

Ya Allah, keluarkanlah daku dari kegelapan khayalan. Muliakanlah daku dengan
sinaran kefahaman. Bukakanlah untukku pengetahuan ilmu. Perelokkan akhlakku
dengan sifat penyantun. Mudahkanlah untukku semua pintu anugerah-Mu.
Limpahkanlah kepadaku perbendaharaan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha
Mengasihani.

Penggerun Pandangan Seteru : Kitab Mat Kilau

Dari jawi ke Rumi
Penggerun pandangan Seteru
Cara menggunakannya hendaklah kita bayangkan lam alif itu melingkungi hidung

kita dan kedua kaki lam itu naik keatas kedua-dua belah kening kita, seteleh itu
kita bayangkan cahaya lam itu menjadi kuning seperti emas yang baru disepuh
kemudian bayangkan pula alif itu seolah nampak di dahi kita dan juga kalimah
Allah nampak lengkap dengan sabdunya sekali, setelah itu kita bayangkan diri
kita seolah-olah kita berada dalam linkungan lam dan alif, dan alifnya seolah-olah
di depan
Pemulih Sihir
ayat pertama : Surah Taubat (51)

ayat kedua : surah yunus (107)

ayat ketiga : surah hud (6)

ayat keempat : surah hud (56)
ayat kelima : surah al-ankabut (60)
ayat ke enam : surah Fathir (2)
ayat ketujuh : surah Zumar (2)

khasiat :-
1) amalkan 7 kali setiap lepas solat tidak akan memudaratkan sebarang benda
keatas tubuhnya, terbuka pintu langit dan bumi akan rezekinya, dan terhindar dari
aniaya sihir aniaya dengan izin Allah.

Pagaran Rumah

pagar rumah ....
apabila kita nak keluar rumah ...... bacalah ayat ini .... 3X
QUL HU WALLAH HU AHAD
ALLAH HUS SAMAD - YA SAMAD 3X; YA MALIK 3X; YA AZIZ 3X
LAM YALID WALAM YU LAD
WALAM YAQULLAHU KU FUAN AHAD.
LEPAS TU JGN TOLEH BELAKANG LAGI .... JALAN TERUS MAJU
KEHADAPAN

Mengubati Ilmu Hitam/Kerasukan

Bagi anda yang terkena serangan ilmu hitam, kerasukan dll pada diri anda, tempat
kerja dll, maka gunakan cara berikut untuk meneutral pengaruh negatif. Berikut
caranya :
1. Siapkan bekas yang berisi air.
2. Baca mantera berikut ini 41x, kemudian setelah selesai tiupkan ke air tsb.
berikut ayatnya:

Robbana arinal ladzaini adhollana minal jinni wal ingsi naj'al huma tahta
aqdaamina liyakuna minal asfalin (Surat Haa-Mim As-Sajdah ayat 29)

3. Kemudian percikan ke tempat usaha anda sambil ayat tersebut dibaca berulang-
ulang.

Catatan :
* Jika yang terkena ilmu hitam atau kerasukan itu adalah manusia maka air
tersebut dibasuhkan pada wajah, kening, rambut/kepala, telapak tangan dan kaki,
sisanya untuk diminumkan ke pesakit.

* Ayat diatas juga bole digunakan untuk menenangkan bayi yang menangis.
caranya cukup dibaca 7x di permukaan air kemudian dibasuhkan pada wajah,
kening, rambut/kepala, telapak tangan dan kaki. Insya Allah bayi akan tenang
kembali.

Menghalau Penghuni Rumah Yang Tak Diundang

Menghalau Penghuni Rumah Yang Tak Diundang

Bagi anda yang sering mengalami gangguan gaib di rumah seperti penampakan
mahkluk halus yang mengganggu maka lakukan cara berikut untuk mengusir
mahkluk yang mengganggu tersebut.

1. Berpuasa 3 hari dimulai pada hari kamis

2. Selama masa puasa 3 hari tersebut memperbanyak bacaan ayat kursi dan
khusus tiap sholat subuh dan maghrib membaca ayat kursi 21x dihadapan air
dalam bejana.

3. Tiap 1x bacaan menahan napas dan dihembuskan ke dalam air tersebut.
Kemudian air yang telah berisi energi ayat kursi tersebut anda renjis
didalam/sekitar rumah. Insya Allah mahluk halus yang mengganggu tersebut akan
kepanasan dan pergi dari rumah anda. Lakukan dengan penuh keyakinan kepada
Allah.

MINYAK PENGASIH

1. Buat Solat Hajat Khusus, rakaat pertama sesudah baca Al-fatihah baca surah
Qul 10 x, rakaat yang kedua 20x, rakaat ketiga 30x, rakaat keempat 40x, pastu
salam (jangan lupa sediakan minyak wangi tanpa alkohol letak tepi sejadah)

2. Kemudian wirid YA WADUUD 1000x, setiap 100x, tiupkan pada minyak

3. Bila nak gunakan minyak nih, baca BUDUHHHUN 4 x ( sambil tahan nafas)
pastu sapu pada baju

Cara Untuk Menghilang Diri
Ini adalah cara untuk menghilangkan diri supaya tidak terlihat oleh manusia (tidak
boleh untuk kejahatan/maksiat). Caranya adalah sbb:
1. Berwudu’lah dan carilah tempat yang sunyi. Menghadap kiblat dan membaca
asm Allah " Yaa lathiif" 16,641x
2. Tiap selesai membaca "Ya Lathif" 129x maka bacalah ayat dibawah 1x :

3. Bila ingin menghilang maka baca ayat diatas 1x. jika ingin menampakan diri
cukup berniat/memohon kepada Allah.

Ayat ini amat popular dengan istilah ayat parang terbang, bedah batin dan zikir
pendinding dari sihir.
Mari kita semak apakah fadilat setiap satu ayatnya

TASBIH YUNUS

Tasbih Yunus (Al-Anbia:87)
Juga dikenali sebagai Tasbih Yunus. Doa Nabi Yunus a.a. didengar Allah, ia
diselamatkan Allah, ikan besar
itu terdampar di pantai.
Sayid Muhammad an-Nazili Rahimanullah Taala mengatakan ;"Diajarkan
kepadaku seorang guru Thariqah khasiat ayat tersebut:
Barangsiapa yg terdesak memerlukan utk mendapatkan sesuatu atau menolak
sesuatu maka dibacanya
ayat tersebut (41x) tidak kurang tidak lebih dan ditengah pembacaan tidak
terganggu,dibacanya secara amalan sesudah solat siubuh dalam waktu 40
hari,maka dia akan dapatkan keberhasilan apa yg dihajati/dinginkan atau apa yg
ditolaknya. InsyaAllah.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda yg bermaksud " barangsiapa terdesak satu
keperluan maka berwuduklah sebaik-baiknya, juga melakukan sunat-sunat
wudhuk, lalu sembahyang dua rakaat dan salam, selesai sembahyang maka
bersujudlah dan di dalam sujud itu bacalah (doa tersebut) Lalu berdoa
sesudah sujud tersebut, maka Allah akan mengabulkan doanya.

Rahsia ayat Kaf 40

‫ﺑﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ‬

‫َﻛﻔَﺎ َﻙ َﺭﱡﺑ َﻚ ﻛَ ْﻢ ﻳَﻜْﻔِ َﻚ ﻭَﺍﻛَِﻔﺔٌ * ِﻛْﻔﻜﺎَُﻓﻬﺎَ ﻛَ ِﻜﻤَْﻴﻦٍ ﻛﺎَ َﻥ ﻣُْﻨ َﻜﻠِﻜًﺎ‬

‫ﺍ ﻛَﻜَ ﱢﺮ ﺍﻟْﻜَﻴْ ِﻒ ﻛﺎَﺑِ ٍﺪ * ﺗُﻬْ ِﻜﻲْ ﻣُﺴَﻜْ َﺴﻜَﺘًﺎ َﻛﻠﱠ ْﺖ ﻟَﻚَ ﺍْﻟ َﻜﻠَ َﻚ‬‫ﺗَ ِﻜ ﱡﺮ َﻛﺮ‬

‫ﻛََﻔﺎ َﻙ َﺭﺑﱡﻚَ ﻛﺎَِﻓﻰ ﺍْﻟﻜﺎَﻓِﻰ ُﻛ ْﺮﺑََﺘﻬﺎَ * ﻳَﺎ َﻛﻮْﻛَﺒﺎً ﻛﺎَ َﻥ ﻳُﻬْ ِﻜﻲْ ﻛَ ْﻮ َﻛ َﺐ ﺍﻟَْﻔﻠَ َﻚ‬

Kafa ka rabbuka kam yakfika wakifatan
kifka fuha kakaminin kana min kalakin
takirru karran kakarril karri fi kibidin
tahki musyaksyakatan kallak lakil kalak

kafa ka mabi kafal kafa kurbatuhum
ya kaukaban kana yahki kaukabalfalak

RAHSIA KAF 40

Hizbul Kaf atau Hizib Kaf Empat Puluh ini adalah antara amalan rahsia orang-
orang tua kita dahulu. Ianya ibarat berlian segunung, sangat berharga dan menjadi
buruan penuntut ilmu hikmah pada zaman sekarang, kerana bukan senang untuk
mencari dan menemukan orang yang memiliki hizib ini. Jikalau dapat bertemu
pun, belum tentu dia akan diajar dan diijazahkan. Hal ini kerana sudah menjadi
resam orang-orang tua melayu, “meletakkan sesuatu yang berharga, biarlah kena


Click to View FlipBook Version