pada tempatnya”, kerana takut ilmu itu disalahgunakan oleh orang yang tidak
bertanggungjawab. Lebih-lebih lagi pada zaman yang serba moden dan canggih
ini, ramai manusia yang dengan terlalu mudah membuat penilaian dan melabelkan
ilmu hikmat dengan ilmu sesat, ilmu hitam, sihir, syirik dan pelbagai lagi tuduhan
dan tohmahan yang tidak bertanggungjawab. Walhal dia sendiri tidak tahu dan
tidak menyelidiki apakah hakikat ilmu yang dilabelkan dengan sesat itu. Maka
jadilah orang yang tidak belajar dan mengetahui hal ilmu kerohanian dan hikmat,
membuat penilaian yang bukan-bukan berbanding dengan orang yang belajar dan
mengetahuinya.
Kaf empat puluh ini ada mempunyai empat puluh khasiat dan kegunaan. Bahkan
khasiatnya dikatakan lebih dari itu. Hizib ini mempunyai beberapa riwayat yang
sedikit berbeza, tetapi jumlah huruf kafnya tetap cukup empat puluh. Bahkan ada
yang sampai lima puluh kafnya. Sebelum mengamalkannya adalah lebih baik kita
mengambil ijazah dahulu daripada ahlinya.
Kata orang-orang tua Kelantan, Hizib yang berbahasa Suryani ini adalah ilmu
Rijalul Ghaib. Hizib ini 80% hampir sama dengan hizib Nabi Nuh. Kalimat-
kalimatnya mirip seperti sebuah syair kuno yang amat sukar untuk diterjemah dan
difahami. Namun begitu, supaya mujarab dan cepat mustajabnya, hendaklah
diamalkan setiap hari berturut-turut sehingga sampai empat puluh hari, atau yang
sebaiknya diistiqamahkan sepanjang hayat. Insya-Allah kita sendiri akan dapat
merasakan satu kelainan dan dapat merasakan kekuatan energinya (aura).
Kaifiat Amalan
Amalan sebagai Wirid
Jika hendak dijadikan sebagai wirid harian. Sebelum membacanya, hendaklah
terlebih dahulu membaca Al-Fatihah niat hadiah kepada Rasulullah SAW,
kemudian membaca Selawat sebanyak tiga kali dan Ayatul Kursi satu kali.
Kemudian barulah kita membacanya sebanyak tiga kali.
Boleh diwiridkan secara beristiqamah atau berterusan pada waktu pagi dan petang
atau tiap-tiap kali selepas selesai solat lima waktu.
Amalan Untuk Riadhah Atau Khalwat
Kaifiatnya seperti berikut :
♣ Hendaklah berpuasa 3 hari dan mewiridkan kaf 40 sebanyak 7000 kali.
♣ Berwirid bermula dari subuh dan tamat pada hari ketiga lepas Isyak.
♣ Berwirid hendalah duduk, lebih utama di atas tanah atau batu. Tidak boleh
berdiri semasa beramal.
♣ Tidak boleh berkata-kata dengan sesiapa pun.
♣ Hendaklah berwirid di tempat yang berasingan atau jauh dari orang ramai
(sunyi)
♣ Memasang bau-bauan yang wangi.
♣ Riadhah hendaklah ditamatkan dalam masa 3 hari.
♣ Pada malam terakhir, akan dihadiri Khadam Ayat Ini. Biarkan kerana hajat kita
hanya pada Allah. Firasat kita akan dapat mengetahui dan mengesan
kehadirannya. Seperti tubuh menjadi bersemangat, keras, suasana malam
berangin, sejuk, pendengaran akan lebih sensitif. Itu adalah tanda amalan kita
menjadi dan telah berjaya di kuasai. Seterusnya, pelbagai mimpi dan firasat cara-
cara pengunaan ayat ini akan anda perolehi insya-Allah.
Khasiat Kaf Empat Puluh
Antara khasiatnya yang dapat saya nukilkan daripada beberapa buah kitab adalah
seperti berikut :
(1) Menyerang musuh.
Jika hendak menghadap musuh, maka bacalah Kaf 40 ini sebanyak tiga kali di
hadapan tangga dan dihembuskan kekanan, kiri dan hadapan serta genggamkan
tangan dan kancingkan gigi. Kemudian berjalan melangkah barulah dilepaskan
genggaman tangan itu tadi. Maka teruskanlah berjalan. Insya-Allah terpelihara
daripada musuh seteru.
(2) Membutakan mata musuh
Supaya musuh tidak dapat melihat kita, maka bacalah kaf ini sebanyak tiga kali
dan hembuskan pada pasir, tanah dan sebagainya. Setelah itu lontarkan pasir
tersebut ke arah musuh. Insya-Allah musuh tidak akan dapat melihat kita.
(3) Musuh berlawan sama sendiri.
Bacakan kaf ini sebanyak tujuh kali dan hembuskan pada pasir, kayu, tanah atau
sebagainya. Kemudian lontarkan ke arah musuh. Insya-Allah mereka akan
berlawan dan berlaga sesama sendiri.
(4) Kelimunan.
Jikalau musuh terlampau ramai, maka bacalah kaf ini sebanyak bilangannya iaitu
empat puluh kali pada pasir, tanah, batu, kayu dan sebagainya. Kemudian
lontarkan ke arah musuh, nescaya gelap gelitalah pandangan mereka insya-Allah.
(5) Menawarkan Bisa-bisa senjata atau sengatan binatang.
Jika terkena bisa-bisa senjata atau binatang, kaf ini hendaklah dibaca sebanyak
tiga kali dan dihembus serta diludahkan ke tempat yang terkena itu. Insya-Allah
hilang dan turunlah bisa-bisa itu.
(6) Perempuan lekat uri.
Jika perempuan lekat uri atau mati anaknya di dalam perut, maka bacakan kaf ini
sebanyak sembilan kali pada air di dalam tudung periuk atau pada minyak tanak.
Kemudian diberi minum sedikit dan dihembuskan kepada perut perempuan itu.
Insya-Allah Taala keluarlah uri atau anak itu.
(7) Memperbanyakkan air susu.
Jikalau perempuan kurang air susunya, bacakan kaf ini sebanyak tujuh kali pada
air kemudian sapukan dengan sisir dan diurut-urutkan susunya itu. Insya-Allah
susunya akan bertambah banyak. Atau dijampikan pada jantung pisang kelat.
Kemudian direbus dan diberi makan kepada perempuan yang bersalin itu, maka
susunya akan bertambah.
(8) Menghalau pelesit.
Bagi orang yang kerasukan syaitan, hendaklah dibacakan kaf ini sebanyak tiga
kali pada lada hitam yang dipecah-pecahkan sedikit atau dibelah dua. Kemudian
letakkan di sebelah atas dan di sebelah bawah ibu jarinya serta dipicit-picit dan
ditekan. Insya-Allah akan keluar.
(9) Menahan darah.
Barangsiapa yang luka dan banyak keluar darahnya, bacakan kaf ini sebanyak tiga
kali dan dihembus serta diludahkan pada tempat luka itu tadi, nescaya darahnya
akan berhenti insya-Allah taala.
(10) Menghilangkan Bisa-bisa binatang.
Jika kita disengat lipan, kala, jengking, ular dan sebarang binatang yang berbisa,
samaada yang di darat atau di laut. Hendaklah membaca kaf 40 ini dengan segera
dan serta merta selepas disengat itu tiga kali dan dihembus serta diludahkan pada
tempat yang disengat. Insya-Allah bisa-bisa itu akan hilang dengan segera. Molek
juga dibaca pada air garam dan disapu pada tempat itu.
(11) Menjauhkan bahaya dan gangguan hantu puaka.
Bacalah kaf ini tiga kali ketika hendak tidur, insya-Allah selamat sejahtera dalam
perlindungan Allah Taala daripada gangguan dan kekacauan hantu puaka itu.
Kalau dibaca kaf ini di tempat yang keras atau berpuaka, insya-Allah sejahtera
dari gangguan mereka dan hal ini telah beberapa kali dicuba dan terbukti.(Ada
satu hikayat) sewaktu Jepun menjajah Tanah Melayu suatu ketika dahulu, ramai
orang yang keluar berniaga ke Bangkok dengan kapal layar atau tongkang.
Semasa dalam pelayaran di tengah laut tiba-tiba muncul tiga jenis warna api
menghampiri tiang layar. Setelah dilihat oleh anak-anak kapal nyatalah api itu
adalah hantu. Jikalau api itu terjun turun ke atas kapal, pastinya kapal itu akan
tembus. Semua anak-anak kapal terperanjat dengan kemunculan 3 jenis api itu
tadi, lalu membaca beberapa ayat untuk menghalau hantu jembalang, namun api
itu tidak juga terpadam. Maka dibacanya pula akan hizib kaf ini, belum lagi habis
hizib ini dibaca, api itu pun terus terpadam. Akhirnya baru lah mereka sedar akan
kelebihan kaf empat puluh ini.InsyaAllah.
(12) Sakit mata.
Bacalah Kaf ini lima kali dan hembuskan ke mata yang sakit itu selama tiga atau
tujuh pagi. Serta dibuat sedikit air tawar untuk diminum dan dilumur pada mata
yang sakit itu. Insya-Allah akan segera sembuh
(13) Terkena lintasan atau sawan.
Bacalah kaf ini tujuh kali pada orang yang terkena lintasan hantu syaitan atau
pada kanak-kanak yang sawan dan timang-timangkan kanak-kanak tersebut.
Insya-Allah selamat.
(14) Penawar demam.
Baca kaf ini tujuh kali pada air kelapa muda dan diberi minum kepada orang yang
demam. Insya-Allah akan segera sembuh.
(15) Kuat Badan.
Sesiapa yang terasa lemah badannya, hendaklah membaca kaf ini tiga kali
kemudian disuhud atau tarik nafas dalam-dalam. Insya-Allah kuatlah badannya.
Tetapi petua ini tidak boleh dilakukan kerap kali. Hanya jarang-jarang ketika
terdesak sahaja.
Dan dilarang sama sekali melakukannya bagi orang yang dibawah umur 25 tahun,
kerana takut kepanasan.
(16) Tuju demam kura.
Bacakan kaf ini sembilan kali pada orang yang demam kura. Mulakan dengan
bacaan Al-fatihah, selawat tiga kali dan buatkan rajah Lam Alif dengan kapur
pada perutnya. Kemudian tekan dengan ibu jari pada lubang rajah Lam Alif itu
serta dipulas-pulaskan. Lakukan pengubatan ini sampai tujuh pagi insya-Allah
sembuh.
(17) Menumbangkan Tiang Kayu berpenunggu.
Bacalah kaf ini tujuh kali serta ayat ( Walaqad fatannaa Sulaimaana Wa alqaina
’ala kursiyyihi jasadan tsumma anaab ) tujuh kali dalam keadaan mengelilingi
pokok atau tiang yang hendak ditebang itu, nescaya larilah hantu syaitan, jin yang
menjadi penghuni tiang itu tadi. Maka selamatlah kita daripada gangguan dan
kejahatan mereka.
(18) Sakit pinggang
Jika sakit pinggang, bacalah kaf ini tujuh kali pada tiap-tiap pagi. Apabila sampai
kepada tempat syaja’nya itu, kepala lutut hendaklah dipalu atau dipukul dengan
tangan, manakala tangan yang sebelah lagi hendaklah memalu atau memukul
pinggang sejatuh atau serentak dengan perkataan kaf itu. Demikianlah lakukan
pada lutut yang sebelah lagi, insya-Allah sembuh.
(19) Memperbanyakkan makanan yang sedikit.
Baca kaf ini 21 kali pada makanan yang sedikit, insya-Allah akan mencukupi
untuk tetamu yang ramai.
(20) Menjinakkan binatang liar.
Baca tujuh kali pada sebaldi air dan diberi minum kepada kerbau atau binatang
yang liar, insya-Allah ia akan menjadi jinak. Atau dimandikan pada kerbau yang
beranak. InsyaAllah susunya akan menjadi.
(21) Pelaris.
Bacalah hizib kaf ini tiap-tiap hari sebanyak 44 kali untuk melariskan perniagaan
kita.
(22) Pengebal
Kata orang, antara khasiatnya lagi adalah untuk kekebalan kulit dan kekuatan
tulang dari segala jenis benda keras seperti logam. Ilmu kebal secara umumnya
bolehlah dibahagikan kepada tiga jenis :
a. Ilmu Kebal Defensif ( kebal ketika diserang sahaja).
b. Ilmu Kebal Atraktif / Demontratif ( khusus untuk demontrasi / dabus, dll ).
c. Ilmu Kebal Pro Aktif ( boleh dipakai di mana sahaja, tanpa mengira waktu,
boleh diperlihatkan kepada orang ramai. Kekebalannya sentiasa aktif walaupun
tidak diserang).
a. Kategori pertama biasanya daripada aliran ilmu hikmah. Ilmu kebalnya
diperolehi melalui pengisian oleh guru , riadah, pertapaan dan lain-lain. Amalan
hizib kaf 40 termasuk di dalam kategori ini.
b. Kategori kedua biasanya daripada aliran kebudayaan, ilmu-ilmu kedaerahan.
Tiap-tiap daerah memiliki ciri khas ilmu kebal masing-masing. Ilmu itu berasal
dari pengisian oleh guru atau amalan wirid dan riadah
c. Kategori ketiga inilah yang paling ekstrim, biasanya kekuatan ilmu berasal
daripada mustika alam atau batu permata yang memiliki kekebalan alami seperti
rantai bumi, batu badar besi, besi kuning dan lain-lain. Biasanya kebal kategori ini
sering disalahgunakan oleh orang-orang jahat dan tidak bertanggungjawab.
Diceritakan bahawa pahlawan masyhur Si Pitung juga memakai hizib kaf 40 ini
sebagai azimat. Menjadikan dirinya kebal dari sebarang jenis senjata. Kata orang,
ilmunya itu dituntut daripada Al Habib Husein Al Idrus. Wallahua’lam.
(23) Pelembut Besi
Jikalau kita melakukan riadah hizib kaf 40 ini, pada hari terakhir riadah, kita
hendaklah memegang sebatang besi. Semasa mewiridkan hizib ini kita hendaklah
memicit-micit besi itu. Jikalau besi itu jadi lembut seperti kita memicit batang
lilin, maka itulah tandanya amalan kita telah berhasil dan menjadi.
(24) Orang Gila
Bacalah hizib ini kepada orang gila beberapa kali sehingga hilang gilanya. Insya-
Allah berkat ikhtiar.
(25) Meredakan ribut dan ombak besar.
Bacalah hizib ini tiga kali dan tiuplah ke arah ribut atau ombak besar itu.
Insya-Allah ribut dan ombak besar itu akan reda.
(26) Hendak Masuk Hutan.
Jika kita hendak masuk hutan, bacalah terlebih dahulu hizib ini di tepi hutan
sebelum masuk. Insya-Allah selamat daripada segala kejahatan yang ada di dalam
hutan itu.
(27) Perang Sabil .
Jika berlaku peperangan, pengamal mampu memimpin 40 orang pengikut dengan
selamat pulang dan pergi. Insya-Allah.
(28) Pendinding
Hizib ini mujarab untuk dibuat pendinding, samaada daripada kejahatan jin,
manusia atau binatang buas. Lebih utama dibaca selepas Ayatul Kursi lalu ditiup
ke tujuh arah dengan niat memagar diri sejauh mata memandang. Insya-Allah
selamat daripada gangguan.
ILMU MEMANCING IKAN
Kawan selalu amalkan amalan orang tua-tua sebelum turun kelaut. Kata orang
tua-tua kalau nak masuk rumah orang, berilah salam dulu baru masuk. Kalau nak
ambil barang, minta izin dulu baru ambil. Jadi kesimpulan disini setiap tempat ada
tuan rumahnya setiap barang pula ada pemiliknya. pemilik segala pemilik dan
tuan rumah segala tuan rumah ialah ALLAH TAALA. Permulaan segalanya
dahuluilah dengan BISMILLAH. Amanah air seperti sungai, laut dan sebagainya
pula urusan nabi ALLAH KHAIDIR A.S tapi pengghulunya pula
RASULALLAH SAW. Jadi amalan yang kawan amalkan bila nak turun ke laut
ialah:
1.Bacalah BISMILLAH dengan nawaitu yang betul.
2.Bacalah AL-FATIHAH kepada RASULALLAH SAW dgn ikhlas.
3.Bacalah AL-FATIHAH kepada Nabi KHAIDIR dengan niat minta izin.
Kalau masuk ke rumah orang tanpa izin namanya penceroboh dan pula kalau
mengambil barang dari dalamnya tanpa izin penyamun pula namanya jadi elakkan
diri kita dari mendapat rezeki yang begini.
Kalau diamalkan dengan cara begini hati kita akan aman dan tenang setiap kali
berada disungai atau laut dan sebagainya. Hasilnya pula kalau sikit pun hati kita
puas dan bersyukur dan kalau banyak tu sedekahkanlah kepada jiran-jiran dan
kenkawan dengan hati yang ikhlas. Insya'Allah urusan lainnya akan mudah,
rezeki melimpah serta berkat dan hasil pancing yang lumayan.
Sebelum baling, bacalah ayat ini:
�Wamaromaita izromaita Walakinallaharoma�
- Ertinya, "Dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi
Allahlah yang melempar." - Ayat An-Anfaal, ayat:17
Amalan ilmu nafas ke 3..
Ada banyak teknik dan cara yang ada dalam mengamalkan amalan nafas..orang
dulu-dulu amat menitik beratkan perkara ini dalam kehidupan seharian. dibawah
ini salah satu amalan ilmu nafas yang ada.keistimewaanya hanya diketahui pada
pengamalnya yang tekun dan istiqamah mengamalnya..hehehe.dalam erti kata lain
urat dawai tulang besi ler..tahan lasak,badan sehat...
1.Istifar 3x
2.Alfatihah untuk nabi muhammad
4.Al-fatihah untuk sekalian guru-guru kita
5.Al-fatihah untuk ibu bapa kita
6.Al-fatihah memohon keselamatan di dunia dan akhirat
7.Selawat pendek Allahumasalli ala muhammad 3x
8.la ilah hailla anta Subhanaka inni kuntumminazzalimin 1x
9. syahadah 1 x
10.laillaha illallah 1x
11.tarik nafas-dalam hati sebut hu teran dalam hati sebut haq
12.baca dalam hati-la mau juddun bi haqqin illallah
13.tarik nafas selama mungkin.
14.tahan nafas ikut kemampuan...
15.lepaskan nafas perlahan-lahan...
ulang langkah 11-15 seberapa banyak yang mungkin sebagai latihan
posisi dalam keadaan duduk bersila badan tegak.
Amalan Harian Yang Mudah Untuk Diamalkan
Nabi berkata Allah lebih suka suatu amalan yang berterusan, walaupun ianya
sangat sedikit/pendek.
A. Hadiah Al-Fatihah setiap pagi selepas Subuh
1. Kepada diri sendiri 7X
2. Kepada Rasulullah dan ahlil bait 1X
3. Kepada semua Nabi dan Rasul sejak Nabi Adam hingga ke Nabi Muhammad
1X
4. Kepada semua sahabat Nabi r.a. 1X
5. Kepada semua warisatul anbia’, wali kutub, wali Allah 1X
6. Kepada semua malaikat di langit dan di bumi 1X
7. Kepada kedua ibubapa 1X
8. Kepada diri yang sebenar diri dan untuk kalimah Lailahaillah 1X
Penerangan:
1. Sebelum kita memberi hadiah kepada orang lain, kita mestilah ada bekalannya
dahulu. Dan selalunya, kita hanya bersedekah kepada orang lain dan tiada sesiapa
yang akan bersedekah untuk kita. Maka, oleh itu sebaiknyalah kita bersedekah
untuk diri kita dahulu. Seperti juga zakat.
2. Sebagai tanda kita kasih akan Baginda Nabi, maka seharusnyalah kita sentiasa
bersedekah untuknya, sebagaimana kita selalu berselawat keatasnya ketika solat.
3. Semua Nabi dan Rasul itu adalah kekasih Allah, maka selayaknyalah kita juga
mesti ingat kepada mereka. Bila kita ingat semua kekasihNya, maka Dia juga
akan ingat akan kita.
4. Semua sahabat Nabi itu mendapat tempat yang istimewa di sisi Nabi di akhirat
nanti. Maka adalah amat dituntut bagi kita untuk mengingati mereka juga.
5. Semua warisatul anbia’ itu adalah pewaris Nabi, maka selayaknyalah kita
berterimakasih kepada mereka. Kerana tanpa mereka, Islam dan ilmunya tidak
sampai kepada kita.
6. Para malaikat itu ditugaskan untuk menjaga kita. Amatlah molek jika kita
bersedekah untuk mereka juga supaya mereka dapat menjadi saksi yang baik
untuk kita.
7. Allah akan murka kepada kita jika kita tidak mendoakan kedua ibubapa kita.
Oleh itu, kita kena perlu bersedekah dan berdoa untuk mereka juga. Selain ketika
ini, setiap kali kita membaca Al-Fatihah di dalam solat, sebelum membaca amin,
ini adalah tempat yang sesuai untuk kita berdoa untuk keampunan bagi mereka
dengan doa “rabbigh firli waaliwaalidaiya”.
8. Diri yang sebenar diri kita adalah roh kita, yang akan kembali menemui Allah
nanti. Bila kita bersedekah kepada roh kita sendiri, insyaallah adalah bekalan
yang akan kita bawa nanti. Kita bersedekah untuk kalimah Lailahaillah supaya
kalimah yang mulia itu akan rapat di hati kita, dan akan datang kepada kita di
saat-saat kita amat memerlukannya, iaitu ketika malaikat Izrail datang menjemput
kita.
B. Kita yang dilahirkan sebagai manusia biasa ini adalah senantiasa di dalam
keadaan berdosa. Contoh dosa yang biasa kita lakukan :
- dosa hati seperti bersangka buruk dengan orang lain, ujub dan riak yang sengaja
atau tidak,
- mengumpat/terumpat atau terdengar orang lain mengumpat
Oleh itu, bila kita banyak berdosa dengan Allah (tidak termasuk dosa dengan
sesama manusia lagi), maka perkara yang wajib untuk kita lakukan adalah
beristighfar meminta keampunan dariNya. Salah satu istighfar yang baik untuk
diamalkan adalah penghulu istighfar.
Maksudnya: “Ya Allah, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Engkau, Engkaulah
yang menjadikan aku, aku adalah hamba-Mu, dan aku berjanji mentaati-Mu
semampuku, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan kelakuanku,
Kukembalikan kepada-Mu segala nikmat yang Kau berikan dan aku kembali
kepada-Mu dengan dosa yang kulakukan. Ampunilah aku, kerana tiada siapa yang
dapat mengampuniku melainkau Engkau.”
(Riwayat al-Bukhari no. 6306, 6323)
Nota:
Penghulu Istighfar
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Syaddad bin Aus, Nabi
mengajar sepotong doa. Sesiapa yang membacanya dengan keimanan pada waktu
pagi, lalu dia mati pada petangnya, maka dia akan menjadi ahli syurga. Demikian
pula bagi yang membacanya dengan keimanan pada waktu petang, lalu meninggal
dunia selepas itu maka jadilah dia daripada kalangan ahli syurga:
Selepas solat asar adalah waktu yang sesuai untuk beristighfar sebanyak 70X.
(tukar 3X ke 70X). Diriwayatkan, bila kita istighfar 70X itu akan menghapuskan
dosa kita selama 70 tahun. Akan diampunkan pula dosa ibu kita untuk tahun yang
terlebih itu.
Selain dari itu, setiap kali ketika hendak mandi, apalah salahnya jika kita berniat
untuk mandi sunat taubat, selain dari niat untuk menghilangkan bau badan.
C. Berselawat ke atas Nabi
Berselawatlah ke atas Nabi, kerana sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu
berselawat keatas Baginda. Sekali kita berselawat keatasnya, 10X Allah akan
memberi rahmat kepada kita. Bila kita rujuk kitab-kitab yang biasa ditulis, kita
akan dapati terlalu banyak kelebihan bila selawat ini menjadi amalan kita.
Pernah diceritakan ada seorang yang telah meninggal dunia bertukar wajahnya
menjadi kehitaman. Tidak lama selepas itu anaknya melihat wajah ayahnya telah
bertukar kembali seperti sediakala. Menurut anaknya, ayahnya banyak melakukan
dosa ketika hayatnya. Tetapi pada masa yang sama, beliau juga banyak berselawat
ke atas Nabi. Kemungkinan dengan berkat banyak berselawat itulah wajah
ayahnya itu telah kembali pulih.
Secara logiknya, kita akan dibangkitkan di akhirat nanti bersama dengan berbilion
orang lain yang juga umat Nabi Muhammad. Dengan seramai itu, bagaimanakah
Nabi kita boleh mengenali kita dan memberi syafaat kepada kita? Hanya dengan
banyak berselawatlah kita akan dapat dikenalinya dengan mudah. Logiknya, jika
kita selalu memberi hadiah kepada seseorang, pasti beliau akan selalu ingatkan
kita.
Di antara selawat yang bagus untuk diamalkan adalah selawat Nariah/ Tafrijiyah,
dibaca 11X selepas Subuh.
D. Membaca doa untuk keberkatan dunia dan akhirat sebelum salam di dalam
solat. Mudah-mudahan Allah memberikan ketenangan dan kebahagiaan kepada
kita.
Doanya: Rabbanaa aatinaa fiddunyaa hasanah Wafil aakhiratihasanah Waqinaa
‘azaabannar.
Boleh juga ditambah dengan doa lain yang dimulai dengan rabbanaa atau juga
doa-doa yang lain.
E . Membaca doa seribu dinar 3X setiap lepas solat. Mudah-mudahan Allah
memberi kemudahan kepada kehidupan kita dan diberi rezeki yang tidak
disangka-sangka.
F. Membaca doa untuk menjauhkan bala.
Bacalah doa ini setiap lepas solat subuh dan asar. Mudah-mudahan Allah akan
menjauhkan kita dari segala bahaya.
Bismillahillazi laayadhurruma’asmihii syaiunfil ardhi walaafissamaai
wahuwassamii ‘un’aliim 3X
G. Ketika menaiki kenderaan
Kemalangan itu boleh berlaku bila-bila dan di mana sahaja. Selepas kita
memastikan yang kereta kita berkeadaan baik, cara memandu kita yang tidak
merbahaya, kita hendaklah sentiasa bermohon kepada Allah meminta supaya
dijauhkan ia daripada menimpa kita. Banyak kejadian yang berlaku walaupun dia
memandu secara berhemah, ada kenderaan lain pula yang entah dari mana
datangnya melanggarnya. Maka, di sinilah pentingnya untuk kita berdoa sebelum
memulakan perjalanan. Lebih-lebih lagi jika ianya suatu perjalanan yang jauh. Di
antara doa yang bagus:
a. Bismillahirrahmaanirrahim
b. Bismillahi tawakkaltu ‘alallah walaahaulawala quwwata illabillahil ‘aliyyil
‘azim
c. Doa naik kenderaan:
Subhaanallazii sakhkharalana haazawamakunnalahu muqriniin Waiinaila rabbina
lamun qalibuun
d. Bismillahillazi laayadhurruma’asmihii syaiunfil ardhi walaafissamaai
wahuwassamii ‘un’aliim
Jika ianya perjalanan yang jauh, seeloknya dilakukan solat hajat sekali sebelum
memulakan perjalanan itu (atau di malam sebelumnya) memohon supaya:
a. Dilindungkan, diselamatkan, dijauhkan daripada terlanggar, dilanggar atau
terbabas ketika memandu
b. Dijauhkan dari mengalami kereta rosak atau tayar pancit dijalanraya
c. Dijauhkan dari menjadi mengantuk atau tertidur ketika memandu
d. Dirahmati sepanjang perjalanan pergi dan balik
Jika kita terlihat ada kemalangan yang berlaku ketika dalam perjalanan, seeloknya
kita terus berdoa: Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur Engkau telah
melindungkan aku dari kemalangan seperti itu. Ya Allah ya tuhanku,
lindungkanlah aku, selamatkanlah aku, jauhkanlah aku dari melanggar, dilanggar
atau terbabas di jalanraya.
Ini kerana Allah gembira jika Dia mendengar ada hambaNya yang bersyukur. Dan
Dia akan menambahkan lagi rahmat/rezekiNya kepada mereka.
Jika ada pula yang kita lihat dikenakan saman polis, janganlah pula kita
mentertawakan/mengatakan padanlah dengan mereka. Ini kerana kita tiada hak
untuk berkata demikian. Sebaliknya, kita harus berdoa: Ya Allah, sesungguhnya
aku bersyukur Engkau telah menjauhkan/menyelamatkan aku dari disaman seperti
itu. Ya Allah ya tuhanku, lindungilah aku, selamatkanlah aku, jauhkanlah aku
daripada disaman polis di jalanraya.
H. Sebelum tidur
Tidur adalah keadaan di mana roh kita keluar dari badan, dan ada ketikanya orang
yang meninggal (bila roh itu tidak kembali ke badannya) semasa di dalam
tidurnya. Oleh itu, kita haruslah sentiasa bersedia untuk menghadapinya. Oleh itu,
kita mestilah memulakannya dengan beristighfar:
a. Istighfar 3X
b. Mengucap
c. Al Fatihah
Untuk mengelakkan tidur dari gangguan, disambung pula dengan:
d. Ayat Kursi
e. Al Ikhlas
f. Al Falaq
g. An Nas
Dibaca dan ditiupkan kepada dua-dua tapak tangan, disapu keseluruh badan. Buat
3X.
h. Bagus kalau disambung dengan Bismillah 21X.
Jika ingin bangun tidur pada waktunya (eg jika tiada jam loceng), bacalah
Ya qaihaq alaihissalam, kejutkan aku pukul ______
ILMU KUAT
Ilmu ni lebih dikenali sebagai ilmu bandung bondowoso di indonesia, si pengamal
akan memiliki kekuatan yang sangat luar biasa, pokok yang berganda besar
daripadanya boleh di angkat dengan mudah. Dulu, dimalaysia ada seorang
guru/pengamal ilmu ini menunjukkan sedikit kelebihan ilmu yang dimiliki nya,
beliau boleh menerbangkan buah kelapa ke seberang sungai dengan hanya
menjentik sahaja...berbagai cara untuk mendapatkan ilmu ini, aku bagi salah satu
cara iaitu dengan cara ilmu hikmah untuk korang semua
bersih kan niat,jangan ada niat yang tak baik untuk dapatkan ilmu ini
mandi sebelum puasa
puasa sunat 1 hari
selama 21 malam lepas solat isya' amalkan bacaan di bawah;
al-fatihah 41x
al-ikhlas 41x
al-falaq 41x
an-nas 41x
ayat kursi 41x
dikunci dengan bacaan
"laa haula wala quwwata illa billahil 'aliyyil'azhiim" 313x
apabila amalan dah khatam, untuk menggunakan cuma perlu baca kuncinya 7x
sambil tahan nafas
Ayat Ilmu Gerak - Pukulan Maut/Bisa
Ayat gerak ini hanya bertujuan untuk mengisi pukulan2 dengan bisa dan isian2
kebatinan.
Bismillah..................
Surah Al-Fil..........1X
Allah huakbar kabiro
Walham dulillah hika tsi ro
Wasubhanallah hibuk ratau wa asila...............1X
(Bacaan selepas Takbir memulakan Solat )
Ya Allah Ya Rabbi
Berikanlah hambaMU ini gerak geri pukulan maut........3X
Allah Huakbar....................................................................7X
#Baca senafas dan hembus nafas dengan PETUA tujuh kali juga.
Seterusnya bacakan
Ya 'Aziz Ya Qahhar sebanyak2nya tanpa henti sehingga merasakan sudah puas
dengan latihan2/main dan cara untuk menamatkan adalah sama seperti
sebelumnya
TENAGA DALAM PUKULAN ANGIN
Dengan cara ini akan meningkat kan Tenaga dalam dan memunculkan satu
Tenaga yang dasyat,
Untuk mendapatkan Ilmu ini, Caranya
1. Solat Hajat 4 rakaat, satu salam.
Rakaat 1, setelah Al-Fatihah lalu baca surah Al-Kafiruun
Rakaat 2, setelah Al-Fatihah lalu baca surah Al-Ikhlas
Rakaat 3, setelah Al-Fatihah lalu baca surah Al-Kafiruun
Rakaat 4, setelah Al-Fatihah lalu baca surah Al-Ikhlas
2.Disertai Puasa Sunat 3 Hari
3.Setiap malam Selama Berpuasa Baca;
Al-Fatihah 51x
Ayat 128 dari Surah At-Taubah 51x
Ayat 129 dari Surah At-Taubah 51x
4. Amalkan Baca Surah At- Taubah selama 11 Hari setiap Selesai Solat Fardhu.
InsyaAllah, apabila diperlukan, kekuatan ghaib anda akan muncul dengan hebat.
Niatkan sahaja, juruskan tangan ke hadapan arah musuh dengan hembus nafas
sekuat hati melalui hidung
Ilmu menundukkan musuh yang garang
Cara pertama
masa solat, letak pisau atau parang kat depan tempat sembahyang, abis solat sunat
2 rakaat, selesai salam, baca bismillah 6 sambil pegang parang, dan bayang kan
wajah orang tersebut. Insya allah, orang tu akan tunduk dengan kita.
Cara kedua
baca ayat 21 - 24 dari surah al-hasyr ( lau anzalna....)ditambah kaf, ha, ya, 'ain,
shoood,...ha,mim, 'ain, sin, qof.....sambil bayangkan wajah orang tersebut, pastu
tiup ke arah wajah orang tu. Insya allah berhasil
sambil membayang kan wajah orang tersebut
Ayat Membuka Yang Terkunci
ayat membuka apa yang terkunci ... tak kira lah terkunci kereta dari luar ke,
terkunci atas kerana sihir ke, berat rezeki ker ... ni ayat dia .... surah Al-fathi ayat
1-3. Amalkanlah selalu I.Allah.
﴾١﴿ ﺇِﱠﻧﺎ َﻓَﺘ ْﺤَﻨﺎ َﻟ َﻚ َﻓْﺘﺤًﺎ ﻣﱡِﺒﻴًﻨﺎ
ِﻟَﻴ ْﻐِﻔﺮَ ﻟَ َﻚ ﺍﻟﻠﱠﻪُ ﻣَﺎ ﺗََﻘ ﱠﺪ َﻡ ِﻣﻦ ﺫَﻧِﺒ َﻚ ﻭَ َﻣﺎ َﺗَﺄ ﱠﺧﺮَ ﻭَُﻳِﺘﻢﱠ ِﻧﻌْﻤَﺘَﻪُ َﻋﻠَﻴْ َﻚ
﴾٢﴿ َﻭَﻳﻬْﺪِﻳَﻚَ ﺻِ َﺮﺍ ًﻃﺎ ﱡﻣﺴْﺘَِﻘﻴﻤًﺎ
﴾٣﴿ َﻭﻳَﻨ ُﺼ َﺮﻙَ ﺍﻟﻠﱠ ُﻪ ﻧَﺼْﺮًﺍ َﻋﺰِﻳ ًﺰﺍ
Artinya : “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang
nyata, supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah
lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan
memimpin kamu kepada jalan yang lurus, dan supaya Allah menolongmu dengan
pertolongan yang kuat (banyak).” (QS. Al Fath : 1 – 3)
AMALAN UNTUK MELUNASI HUTANG
Jam 12 malam ke atas lakukan sholat hajat khusus 4 rekaat dengan 2 salam,rekaat
pertama sesudah alfatihah bacalah surat aliklash 10x, rekaat kedua sesudah baca
alfatihah bacalah surat aliklash 20x lalu salam,rekaat ketiga sesudah baca
alfatihah baca aliklash 30x, rekaat keempat setelah baca alfatihah baca surat
aliklash 40x lalu salam.Setelah sholat hajat,baca fatihah seperti dibawah ini:
a)Ila hadrotin nabiyyil musthofa muhammadin rosulillahi shollallohu alaihi
wasallam,alfatihah 1x
b)Ila hadroti nabiyyulloh yunus alaihi salam,alfatihah 1x
c)Khusushon sayyidina wamaulana sulthonul auliya syekh abdul qodir
jaelani,alfatihah 1x
Lalu baca doa nabi yunus ini 1000x
Laa-ilaaha illa anta subhana inni kuntu minadhdholimiin 1000x.
Kemudian baca hauqolah dibawah ini 300x
Laa haula walaa quwata illa billahil ngaliyyil ngadzim 300x
Lalu berdoa:
Ya nabi yunus as dengan barokah doamu,saya mohon kasiat doa ini semoga aku
dapat melunasi hutang-hutangku. Ya Allah Makbulkannlah. Amin.
Lakukan cara diatas selama 40 malam berturut-turut dengan sabar dan iklas.Insya
allah cepat lunas hutangnya dengan jalan yg tidak disangka-sangka.
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
TASBIH SAYYIDINA JIBRIL A.S
Telah terdapat suatu riwayat mengenai adanya satu zikir Tasbih yang mustajab
untuk siapa yang ingin melihat tempatnya disurga dalam mimpinya, jika dia
adalah memang salah satu dari ahlinya. Dia adalah Zikir Tasbihnya Sayyidina
Jibril A.S. Yang meriwayatkannya adalah As-Sayyid Al-Ajal Ali bin Thawus
R.a, dan beliau mendapatkannya dari Abi Zahariah R.a. Dia menceritakan tentang
apa yang dialaminya. Dia berkata ,” Pada suatu malam kami pernah
melaksanakan sholat isya’ di masjid Baitul Maqdis, setelah itu kami duduk-duduk
dengan bersandar kesebuah tiang dimasjid itu. Kemudian khadim pengurus masjid
itu mulai menutup pintu-pintu dan jendela masjid dan menguncinya. Kami
dibiarkannya saja, tidak diusirnya sebagaimana kebiasaan yang dilakukannya saat
mengunci masjid. Maka masjid harus dikosongkan terlebih dahulu agar tidak ada
yang terkurung disitu.
Akhirnya kami pun tertidur disitu. Dan kami terbangun oleh suatu suara asing.
Yang akhirnya kami ketahui berasal dari suara sayap-sayapnya para malaikat
yang telah memenuhi masjid itu. Diantara mereka ada yang sangat dekat dengan
kami. Dilihatnya bahwa kami jadi terbangun. Maka dia berkata kepada kami,”
Apakah engkau manusia ?” kami jawab ,” Betul.” Kemudian kami beritahu
alasan-alasan kenapa kami sampai berada dan tertidur disitu. Malaikat itu berkata
lagi, “ Untukmu hal itu tidaklah menjadi suatu kesalahan bagimu.”
Kemudian kami mendengar malaikat yang berada disebelah kanan kami
mengucapkan tasbih (seperti diatas). Setelah itu yang disebelah kiri kami juga
mengucapkan ucapan yang sama. Maka kami memberanikan diri dan bertanya
kepada malaikat yang berada didekat kami itu.” Demi Yang memberi kalian
kekuatan beribadah , siapakah yang mengucapkan tasbih yang berada disebelah
kanan kami ?” Malaikat itu berkata,” Dia adalah Jibril.” Kemudian kami bertanya
lagi siapa pula yang berada disebelah kiri kami. Dijawabnya,” Dia adalah Mikail.”
Maka kami bertanya lagi padanya,” Demi yang memberi kalian kekuatan
beribadah, apakah yang akan diperoleh bagi seseorang yang mengucapkan seperti
yang kalian ucapkan itu ?”
Maka malaikat itu menjawab ,” Barangsiapa mengucapkan seperti apa yang telah
kami ucapkan itu setiap hari satu kali dan itu dilakukannya selama satu tahun,
maka dia tidak akan mati sehingga dia melihat terlebih dahulu tempat yang telah
disediakan untuknya di surga.”
Ini bacaan Tasbih yang dimaksudkan :
· ﺑﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻟﺮ ﺣﻤﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ
,ﺳﺒﺤﺎﻥ ﺍﻟﻮﺍﺣﺪ ﺍﻻﺣﺪ,· ﺳﺒﺤﺎﻥ ﺍﻟﺪﺍﺋﻢ ﺍﻟﻘﺎﺋﻢ
,ﺳﺒﺤﺎﻥ ﺍﻟﺤﻲ ﺍﻟﻘﻴﻮﻡ,· ﺳﺒﺤﺎﻥ ﺍﻟﻔﺮﺩ ﺍﻟﺼﻤﺪ
,ﺳﺒﺤﺎﻥ ﺍﷲ ﻭﺑﺤﻤﺪﻩ,· ﺳﺒﺤﺎﻥ ﺍﻟﺤﻲ ﺍﻟﺬﻱ ﻻ ﻳﻤﻮﺕ
,ﺳﺒﺤﺎﻥ ﺭﺏ ﺍﻟﻤﻼ ﺋﻜﺔ ﻭﺍﻟﺮﻭﺡ,· ﺳﺒﺤﺎﻥ ﺍﻟﻤﻠﻚ ﺍﻟﻘﺪﻭﺱ
ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ,· ﺳﺒﺤﺎﻥ ﺍﻟﻌﻠﻲ ﺍﻻﻋﻠﻰ
· Subhaanad-daa-imil Qoo-im.Subhaanal wahidil ahad.
· Subhaanal fardhish-shomad.Subhaanal Hayyil Qoyyum.
· Subhaana Hayyil ladzii laa yamuutu.Subhaanallahi wa bihamdihi.
· Subhaanal Malikil Quddus. Subhaana Robbil Malaa-ikati war-ruuh.
· Subhaanal ‘Aliyyil a’laa. Subhaanahu wa ta’alaa.
Maknanya :
· Maha suci Engkau yang Maha Melanggengkan/Mengabadikan yang
Berdiri Sendiri,
· Maha Suci Engkau Yang Maha Esa, Maha Suci Engkau Yang Tunggal
yang menjadi tempat memohon, Maha Suci Engkau Yang Hidup dan Berdiri
Sendiri,
· Maha Suci Engkau Yang Hidup dan Tidak akan Pernah Mati, Maha Suci
Engkau Ya Allah dan Segala Puji Bagi-MU
· Maha Suci Engkau Yang Merajai dan Yang Maha Suci, Maha Suci Engkau
yang menjadi Tuhannya para Malikat dan Ruh,
· Maha Suci sang Maha Tinggi yang Luhur, Maha Suci Allah yang Maha
Luhur dan Agung.”
Syaikh Abi Zahariah melanjutkan ceritanya,” Ketika pagi harinya timbullah satu
fikiran dibenak kami, mungkin saja umur kami yang tertinggal sudah tidak
mencukupi masa satu tahun. Mengingat hal itu maka kami ambil satu keputusan
untuk tetap saja duduk disitu dan membacanya sebanyak 360 x yaitu sebanyak
bilangan hari-hari dalam setahun. Setelah dia dapat kami selesaikan, malam
berikutnya diperlihatkan Allah Ta’Ala kepada kami tempat kami disurga.
Benarlah apa yang telah dikatakan oleh malaikat tersebut.
Begitu pula Syaikh Al-Juaini R.A, beliau mengatakan ,” Pada saat kami pergi
untuk menunaikan ibadah Haji, kami bertemu dengan Ar-Rabii dan kami
ceritakan tentang riwayat itu padanya. Kemudian pada musim haji tahun
berikutnya kami berjumpa lagi. Dan dia berkata pada kami,” Saya sangat
berterima kasih kepadamu atas riwayat yang telah engkau ceritakan kepada saya,
dan semoga Allah membalasnya untukmu dengan segala kebaikan. Saya telah
mengucapkan apa yang engkau suruhkan kepada saya itu dan telah saya lihat
tempat untuk saya disurga.”
Dan banyak lagi dari para As-Sholihin yang mendengar riwayat tersebut, mereka
telah mencoba dan mendapatkan hasilnya seperti yang dikatakan Syaikh Abi
Zaharia R.A.
SOLAT HAJAT KHUSUS AYAT 1000 DINAR ( UNTUK MEMUDAHKAN
REZEKI )
Ketahuilah ada banyak cara untuk membuka kesulitan rezeki. Ayat 1000 Dinar
adalah yang sangat dianjurkan oleh para salafush sholih.Maka ambillah cara ini
sebagai kunci untuk membuka kesulitanmu.Beginilah cara yang di Ijazahkan Al-
Habib Muhammad bin Ali Syahab, Palembang.
Kaifiatu ‘amal :
Adalah melaksanakan sholat hajat dua rakaat selama 7 ( tujuh ) hari berturut-
turut.Dengan cara : Setiap rakaat ba’da al-fatihah membaca ayat At-Tholaq 2-3
hingga akhir sebanyak 25 kali. Setelah salam membaca doa dibawah ini dengan
sungguh-sungguh dan ikhlas 100 kali.
Di bawah ini bacaan Surah At-Thalaq ayat 2-3 :
Wa man yattaqillaha yaj’al lahu makhrojaa,wayarzuqhu min haitsu laa yahtasiib.
Wa man yatawakkal ‘alallahi fahuwa hasbuhu.Innallaha balighu amrihi, Qod
ja’alallahu likulli syaii-in Qodroo. ( At-Thalaq ayat 2-3 ) :
Maknanya :
“ Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, niscaya DIA akan memberikan jalan keluar
dan memberinya rezki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa
yang bertawakal kepada Allah, niscaya DIA akan mencukupkan keperluannya.
Sesungguhnya Allah menjalankan urusanNYA. Sesungguhnmya Allah telah
mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu “ ( QS Ath-Thalaq : 2-3 )
Dan ini doa yang dibaca 100 x :
همللا ىنفاك كلالبح نع حرا مك ننيغوا كلضفب
منع سواك.x١٠٠
Allahummakfinii bihalaalika ‘an haroomika waghninii bifadhlika ‘amman
siwaaka.100x
“ Ya Allah berilah kecukupan kepadaku dari rezeki yang halal dari-MU dan (
jauhkan ) jangan yang haram, dan dengan keutamaan-MU kayakanlah aku dan
jauhkan aku ( dari rezeki ) yang selain dari Engkau.” 100 x.
Menurut guru kami, jika shalat ini dirutinkan terus-menerus ( jadi tidak terbatas
hanya 7 hari ) itulah yang sebaik-baiknya. Dan bagi yang mengamalkannya dia
tidak akan pernah mengalami kekurangan apapun dalam keperluan hidupnya.
Redaksi Asma’ul A’dhoom Syekh Hasan Al-Basri, Ra.
ﺩﺑﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻟﺮ ﺣﻤﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ
,ﺍﷲ ﺍﷲ ﺍﷲ,ﻭﺍﷲ ﺍﻧﺖ ﺍﷲ ﻻ ﺍﻟﻪ ﺍﻻ ﺍﻧﺖ,ﻳﺎ ﺍﷲ ﻳﺎ ﺍﷲ ﺍﻧﺖ ﺍﷲ ﺑﻠﻰ
.ﻭﺍﺭﻗﻨﻲ ﺑﻌﺪ ﺍﻟﺪﻳﻦ,ﺍﻗﺾ ﻋﻨﻲ ﺍﻟﺪﻳﻦ,ﻭﺍﷲ ﺍﻧﻪ ﻻ ﺍﻟﻪ ﺍﻻ ﺍﷲ
Doa Syaikh Al-Hasan Basri, Ra.
Bismillahir rahmaanir rahiim
Yaa Allah Yaa Allah Antallahu bala, wallahi antallahu Laa ilaha illa anta. Allah
Allah Allah, Wallahi innahu laa ilaha ilallah. Iqdhi ‘annid dayni, warzuqnii
ba’dad-dayni
‘ Ya Allah Ya Allah, Engkaulah Allah. Memang sebetulnyalah demi Allah
Engkaulah Allah, Tiada Tuhan terkecuali Engkau, lunasilah dariku semua hutang
dan berilah aku rezki terjauh dari hutang ‘
Catatan :
Doa ini berasal dari Syaikh Hasan Basri. Salah seorang dari Waliyullah Agung
dan mempunyai banyak karomah. Diriwayatkan dari beliau mengenai kisah do’a
ini, sebagai berikut :
Dikisahkan suatu hari beliau kedatangan seorang temannya yang sengaja datang
berkunjung dan ingin meminta suatu do’a dari beliau. Temannya menceritakan
tentang keadaannya yang terhimpit oleh hutang dan kesulitan ekonomi yang
parah. Si teman berkata,” Wahai Aba Saiid saya sedang terbeban hutang dan saya
ingin agar engkau ajarkan kepada saya doa mustajab Allah Ta’alaa Al-A’dham,
yang jika seorang hamba berdoa dengan memanggil-NYA dengan isim itu maka
do’anya dikabulkan-NYA.”
Maka dijawab beliau,” Jika itu yang engkau inginkan maka engkau berdirilah dan
berwudhulah !” Maka temannya itu bangun dari duduknya dan pergi berwudhu.
Setelah itu ia kembali menghadap beliau. Kemudian Syaikh Hasan Basri
mengajarkan do’a tersebut.
Pada malamnya orang itu mulai mengerjakan apa yang diajarkan oleh beliau. Dan
mengulang-ulanginya ditempat shalatnya. Keesokan harinya saat shubuh, dia
mendapatkan ditempat sholatnya itu ada sebuah wadah berisi seratus ribu Dirham
dalam bentuk berbagai mata uang dan dalam keadaan utuh seperti uang baru.
Dibagian kepala wadah itu tertulis ,” Seandainya Engkau Meminta Lebih Dari Itu
Maka Itupun Akan Kami Berikan, Kenapa Bukannya Syurga Yang Engkau Minta
?”
Mendapatkan hal tersebut orang itu kemudian pergi menemui Syaikh Hasan
Bashri dan diceritakannya perihal apa yang telah ditemukannya itu. Maka Al-
Hasan pergi bersama orang itu untuk menyaksikan sendiri berita itu. Lalu
temannya itu berkata lagi padanya,” Saya jadi sangat menyesal kenapa saya tidak
meminta kepada Allah agar diberi-NYA surga ?” maka Al-Hasan menjawab “
Sesungguhnya yang mengajarkan isim itu padamu, tidaklah dia diajarkannya
kepadamu melainkan untuk suatu kebaikan yang diinginkan-NYA untukmu.
Maka simpanlah dia baik-baik.
Amalan Tok Janggut Gerik: Hj. Abdul Razak bin Kasman
Menakutkan musuh:
-“Bismillahirrahmanirrahim,Ya-zal jalaliwal-ikram Tabbat Yada Abi lahabin
Watab”,
dibaca pada kacang hijau kemudian dibakar. InsyaAllah asapnya akan menjadi
seperti tebuan.
Pendinding kena tembak:
Supaya terselamat daripada kena tembak, maka bacalah seperti ayat di bawah:
-“Bismillahirrahmanirrahim, Wama-Ramaita-iz-Ramaita-Walakinnallaha Rama.
Jampi binatang buas tidak mengusik kita:
-“Bismillahirrahmanirrahim, Salamun Ala Nuhin Fil-alamin Innaka Hamidun
Majid”.
Diwiridkan membaca ayat ini, InsyaAllah binatang buas akan pergi jauh dari
tempat kita.
Diriwayatkan semasa karam dunia, bahtera nabi Nuh a.s diisikan dengan pelbagai
rupa binatang dan lain-lain semasa inilah binatang buas berjanji terhadap nabi
Nuh a.s itu mengatakan ia tidak akan mengusik sesiapa bila menyebut nama nabi
Nuh a.s itu.
Penahan Darah/ Penghalau anjing:
Semasa sebut ‘watab’, tutup mulut rapat dan iktikadkan supaya darah berhenti.
Juga boleh diguna ketika dikepung anjing. Baca dan sebut ‘watab’ dengan kuat
sekali , InsyaAllah lari anjing-anjing itu.
Penawar kena api/ demam panas:
Baca dan hembuskan pada tempat yang kena api, InsyaAllah sejuk , tidak pedih
dan cepat sembuh.
Jika demam, bacakan pada air, diberi minum dan disapukan ke tubuh.
Doa Baginda Nabi Sulaiman
Terjemahan:
Ya ALLAH, masukkan kami dalam kawalan lingkungan Nabi Sulaiman, dan Nabi
Sulaiman telah memiliki daripada timur dan barat dengan kebolehan anugerah
ALLAH, sifat, perbuatan-perbuatan dan juga kekuatannya. Selamat
sejahterakanlah kami wahai tuhanJibrail, Mikail, Israfil dan Izrail. Telah
menguasai Nabi Sulaiman dari timur dan barat, jin, manusia, angin dan awan
berserta keselamatan yang banyak. Maha suci ALLAH Taala yang maha mulia
kemuliaan, dan kesempurnaanNya, ketahuilah oleh kamu wahai iblis, wahai iblis,
wahai iblis, Syaitan-syaitan tinggal dalam kegelapan. Wahai Tuhan
kami, terimalah daripada kami doa Nabi Sulaiman, dan telah berselawat ALLAH
ke atas Nabi Sulaiman, juga ke atas para nabi dengan rahmat-Mu ya ALLAH
yang amat mengasihani daripada segala-galanya.
Antara kelebihan mengamalkan doa ini ;
Dihindari dari gangguan syaitan
Dihindari dari gangguan makhluk halus
Boleh di amalkan sebagai perisai diri dan keluarga
P/s ; Semua ini adalah dengan atas keizinan Allah yang Maha Mengetahui akan
kelebihan Doa Sulaiman ini
Mandi Pelimau
Amalan yang sangat mustajab InsyaAllah.
Antara kebaikannya:
1- Menyegarkan badan.
2- Menyembuhkan penyakit fizikal dan spiritual.
3- Menghalau entity yang menumpang.
4- Menghapuskan sihir.
5- Menaikkan seri
6- Menguatkan otot dan saraf
Cara mandi pelimau:
Sediakan 7 biji limau, secawan garam, sebaldi air, mangkuk kosong.
Mulakan dengan Basmallah. Masukkan garam ke dalam mangkuk. Belah empat
setiap biji limau dan ramas ke dalam mangkuk. Biarkan kulitnya sekali dalam
mangkuk. Gaulkan dengan garam sambil baca Fatihah 3x, Kursi 3x, Selawat 7x, 3
Qul 3x, Bismillah…100x dan hembus setiap kali bacaan ke dalam mangkuk.
Tuang ke dalam air dalam baldi isi mangkuk. Gaulkan air dengan baca Ya
Rahman 100x dan Ya Rahim 100x.Hembus pada air. Doa apa yang diinginkan.
Mandi dan biarkan kering di badan. Kemudian boleh mandi air biasa selapis.
Buatlah 3 hari berturut2 pada mulanya. Kemudian seminggu sekali sehingga
slesai masalah. Insya Allah.