The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN PROGRAM MURABBI JUNIOR WARISAN IMAN, 22-23 JUN 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Huda Rohmat, 2020-06-23 04:37:35

LAPORAN PROGRAM MURABBI JUNIOR WARISAN IMAN

LAPORAN PROGRAM MURABBI JUNIOR WARISAN IMAN, 22-23 JUN 2020

LAPORAN PROGRAM
MURABBI JUNIOR WARISAN IMAN

TARIKH :
22 DAN 23 JUN 2020 (ISNIN DAN SELASA)

TEMPAT :
KEDIAMAN MASING-MASING (APLIKASI GOOGLE MEET)

ANJURAN :
SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JPN PAHANG

TARIKH LAPORAN :
23 JUN 2020

1.0 Pengenalan
Program ini diadakan berasaskan program asal yang dirancang iaitu aktiviti Kem
Pemantapan Aqidah. Mengambil kira norma baharu yang diamalkan sekarang, SPI
JPN Pahang mengambil inisiatif untuk meneruskan program ini secara atas talian
melalui aplikasi Google Meet.

2.0 Objektif
2.1 Melahirkan murid-murid yang sentiasa memelihara akidah dan tingkah laku
berasaskan iman.
2.2 Membentuk jati diri murid yang berpaksikan kepada ajaran Islam yang benar.
2.3 Melahirkan murid-murid yang berupaya menjadi agen perubahan kepada
rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.
2.4 Melahirkan murid yang berfikiran kritis dan kreatif dalam pembelajaran untuk
mencapai kejayaan dalam kehidupan.

2

3.0 Latar Belakang

TARIKH : 22 dan 23 Jun 2020 [10.00 hingga 11.30 pagi]

JANGKA MASA : 2 hari

TEMPAT : Kediaman masing-masing

SASARAN : Murid sekolah menengah tingkatan 1 hingga 5

SENARAI PESERTA : Rujuk Lampiran

AKTIVITI :

1. Percambahan Ilmu dengan Tajuk : Kewajipan Memelihara Aqidah Ketika

Berinteraksi Dengan Non Muslim oleh Murabbi : En. Arfaizal bin Hj Rozali.

2. Dialog / Sesi soal jawab

3. Rumusan/ Penutup oleh Murabbi

4. Ucapan penutup oleh KPPK, SPI, JPN Pahang (Tn Hj Ishak bin Othman)

Murabbi : En. Arfaizal bin Hj Rozali.

4.0 Pencapaian Aktiviti

Peserta menunjukkan minat dan komitmen serta kerjasama yang baik sepanjang
majlis berlangsung.

5.0 Kemajuan / Masalah

Tiada.

6.0 Cadangan

Program seperti ini perlu diteruskan untuk memberi pendedahan kepada pelajar
bagaimana cara berinteraksi yang betul dengan non muslim sebagai seorang pelajar
muslim.

3

7.0 Gambar Aktiviti
4

5

8.0 Penutup
Secara keseluruhannya, program ini banyak memberi ilmu dan faedah kepada semua
pelajar dan guru yang terlibat. Program ini juga dapat meningkatkan keimanan para
peserta disamping menimbulkan rasa tanggungjawab untuk menyebarkan dakwah
Islam kepada rakan-rakan non muslim.

Laporan disediakan oleh :
…………………………………
(NORUL HUDA BT ROHMAT)
Guru Pengiring
Program Murabbi Junior Warisan Iman
SMK PPP Tun Razak
2020.

6


Click to View FlipBook Version