The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL ALQURAN DIHATIKU, AL MATHURAT & HADIS 40

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Huda Rohmat, 2023-10-29 02:46:00

MODUL ALQURAN DIHATIKU, AL MATHURAT & HADIS 40

MODUL ALQURAN DIHATIKU, AL MATHURAT & HADIS 40

101 Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda : Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah SWT akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Kiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah SWT akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup keaiban seorang muslim, nescaya Allah SWT akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Allah SWT sentiasa bersedia menolong hamba-Nya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah SWT akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah SWT akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisi-Nya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya. (Hadis riwayat Muslim dengan lafaz ini) Maksud Hadis Ke-36 ُكْرَبًة ِمْن ُكَرِب الُّدْنَيا َنَّفَس اللُه َعْنُه ُكْرَبًة ِمْن ُكَرِب َيْوِم اْلِقَياَمِة، َوَمْن َيَّسَر َعَلى ُمْعِسٍر َعْن َأِبي ُهَرْيَرَة َرِضي اللُه َعْنُه، َعِن الَّنِبِّي َصَّلى اللُه َعَلْيِه َوَسَّلَم َقاَل : َمْن َنَّفَس َعْن ُمْؤِمٍن َبْيَنُهْم ِإَّال َنَزَلْت َعَلْيِهْم الَّسِكْيَنُة َوَغِشَيْتُهُم الَّرْحَمُة، َوَحَّفْتُهُم اْلَمَالِئَكُة، َوَذَكَرُهُم اللُه ِفْيَمْن َطِرْيقًا ِإَلى اْلَجَّنِة، َوَما اْجَتَمَع َقْوٌم ِفي َبْيٍت ِمْن ُبُيْوِت اللِه َيْتُلْوَن ِكَتاَب اللِه َوَيَتَداَرُسْوَنُه َعْوِن اْلَعْبِد َما كَاَن اْلَعْبُد ِفي َعْوِن َأِخْيِه. َوَمْن َسَلَك َطِرْيقًا َيْلَتِمُس ِفْيِه ِعْلمًا َسَّهَل اللُه ِبِه َيَّسَر اللُه َعَلْيِه ِفي الُّدْنَيا َواآلِخَرِة، َوَمْن َسَتَر ُمْسِلمًا َسَتَرُه اللُه ِفي الُّدْنَيا َواآلِخَرِة َواللُه ِفي ِعْنَدُه، َوَمْن َبَطَأ ِفي َعَمِلِه َلْم ُيْسِرْع ِبِه َنَسُبُه. ]متفق عليه[ Pengajaran Hadis Islam menggalakkan umatnya agar sentiasa membantu dan meringankan beban orang lain serta memelihara keaibannya daripada disebarkan kepada manusia. Ilmu adalah cahaya menuju ke syurga. Sesiapa yang menuntut ilmu dengan ikhlas, Allah SWT menjanjikan kemudahan baginya menuju ke syurga. Sesungguhnya manusia dimuliakan dan memasuki syurga dengan amalannya dan rahmat Allah, bukannya dengan keturunan. Justeru, umat Islam perlu memperbanyakkan amalan soleh untuk menghadapi hari akhirat nanti. 1. 2. 3.


102 Dari Ibn Abbas RA dari Rasulullah SAW menurut yang diriwayatkannya dari Tuhannya Tabaraka wa Ta’ala katanya : Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menetapkan kebaikan-kebaikan dan kejahatan-kejahatan kemudian menerangkannya : Sesiapa berhasrat mengerjakan kebaikan namun tidak jadi mengerjakannya, Allah mencatat di sisi-Nya satu kebaikan yang sempurna. Jika dia berhasrat mengerjakan kebaikan lalu benar-benar mengerjakannya, Allah mencatat nilai kebaikan itu sepuluh kali hingga tujuh ratus kali ganda, bahkan berlipat ganda lagi. Dan sesiapa berhasrat mengerjakan kejahatan namun tidak jadi mengerjakannya, Allah mencatat di sisi-Nya satu kebaikan yang sempurna, dan jika dia berhasrat mengerjakan kejahatan lalu benar-benar mengerjakannya, Allah hanya mencatat satu kejahatan untuknya.” (Riwayat Bukhari & Muslim) Maksud Hadis Ke-37 َتَباَرَك َوَتَعاَلى : ِإَّن اللَه َكَتَب اْلَحَسَناِت َوالَّسِّيَئاِت، ُثَّم َبَّيَن َذِلَك : َفَمْن َهَّم ِبَحَسَنٍة َفَلْم َعْن اْبِن َعَّباِس َرِضَي اللُه َعْنُهَما، َعْن َرُسْوِل اللِه َصلى الله عليه وسلم ِفْيَما َيْرِوْيِه َعْن َرِّبِه َسْبِعِماَئِة ِضْعٍف ِإَلى َأْضَعاٍف َكِثْيَرٍة، َوِإْن َهَّم ِبَسِّيَئٍة َفَلْم َيْعَمْلَها َكَتَبَها اللُه ِعْنَدُه َحَسَنًة َيْعَمْلَها َكَتَبَها ِعْنَدُه َحَسَنًة َكاِمَلًة، َوِإْن َهَّم ِبَها َفَعِمَلَها َكَتَبَها اللُه ِعْنَدُه َعْشَرَة َحَسَناٍت ِإَلى َكاِمَلًة، َوِإْن َهَّم ِبَها َفَعِمَلَها َكَتَبَها اللُه َسِّيَئًة َواِحَدًة ]رواه البخاري ومسلم في صحيحهما بهذه الحروف[ Pengajaran Hadis Kasih sayang Allah SWT terhadap hamba-hamba-Nya yang beriman sangat luas dan keampunannya menyeluruh sedang pemberian-Nya tidak terbatas. Sesungguhnya Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Adil lagi Maha Pemurah. Allah SWT membalas satu kebaikan dengan 10 pahala dan hanya membalas satu maksiat dengan satu dosa. Kemurahan Allah SWT tiada batasannya, kerana suatu amalan baik berpeluang menerima ganjaran sehingga 700 kali ganda, bahkan digandakan lebih banyak daripada itu. Setiap muslim mestilah sentiasa berniat dan berusaha melakukan kebaikan serta menjauhi maksiat dan dosa. 1. 2. 3. 4.


103 Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: ”Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman : Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku (orang yang setia pada-Ku), maka sesungguhnya Aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hamba-Ku yang bertaqarrub (beramal) kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Ku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang Ku fardukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hamba-Ku sentiasa bertaqarrub dirinya kepada-Ku dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan sekiranya ia meminta kepadaKu nescaya Aku berikan kepadanya, dan sekiranya ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku lindungi dia. (Hadis Riwayat Bukhari) Maksud Hadis Ke-38 َعْن َأِبي ُهَرْيَرَة َرِضَي اللُه َعْنُه َقاَل : َقاَل َرُسْوُل اللِه صلى الله عليه وسلم : ِإَّن اللَه َتَعاَلى اْفَتَرْضُتُه َعَلْيِه، َوَال َيَزاُل َعْبِدي َيَتَقَّرُب ِإَلَّي ِبالَّنَواِفِل َحَّتى ُأِحَّبُه، َفِإَذا َأْحَبْبُتُه ُكْنُت َسْمَعُه َقاَل : َمْن َعاَدى ِلي َوِلًّيا َفَقْد آَذْنُتُه ِباْلَحْرِب، َوَما َتَقَّرَب ِإَلَّي َعْبِدي ِبَشْيٍء َأَحَّب ِإَلَّي ِمَّما اَّلِذي َيْسَمُع ِبِه َوَبَصَرُه اَّلِذي ُيْبِصُر ِبِه، َوَيَدُه اَّلِتي َيْبِطُش ِبَها، َوِرْجَلُه اَّلِتي َيْمِشي ِبَها، َوَلِئْن َسَأَلِني ُألْعِطَيَّنُه، َوَلِئِن اْسَتَعاَذِني ُألِعْيَذَّنُه .)رواه البخاري( Pengajaran Hadis Para wali Allah SWT itu ialah terdiri dari kalangan orang-orang yang soleh dan taat kepada perintah dan larangan Allah SWT dan Rasul-Nya. Amalan yang paling disukai Allah SWT ialah amalan fardu yang Dia fardukan ke atas hamba-hamba-Nya. Sesiapan yang berterusan melakukan amalan sunnah dan menghindari perbuatan maksiat, maka dia akan memperoleh kecintaan Allah SWT. Mulianya kedudukan para wali di sisi Allah kerana setiap perbuatannya dipelihara oleh Allah SWT. 1. 2. 3. 4.


104 Dari Ibnu ‘Abbas RA berkata sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah telah memaafkan (keranaku) daripada umatku perbuatan yang dilakukan secara tersilap, terlupa dan secara paksaan.” (Hadis hasan, Riwayat Ibnu Majah, Al-Baihaqi dan lain-lain) Maksud Hadis Ke-39 Pengajaran Hadis Hadis ini menjelaskan betapa besar dan luasnya rahmat dan kasih sayang Allah SWT terhadap hamba-Nya. Manusia hanya dipertanggungjawabkan ke atas dosa yang dilakukan secara sedar, sengaja dan dengan kemahuan sendiri tanpa paksaan. Islam mengutamakan keadilan kerana perbuatan yang dilakukan secara tidak sengaja atau tanpa disedari atau kerana dipaksa tidak akan diberikan balasan dosa. 1. 2. 3. َعِن اْبِن َعَّباس َرِضَي اللُه َعْنُهَما : َأَّن َرُسْوَل اللِه َصَّلى الله عليه وسلم َقاَل : ِإَّن اللَه َتَجاَوَز ِلْي َعْن ُأَّمِتي : اْلَخَطُأ َوالِّنْسَياُن َوَما اْسُتْكِرُهوا َعَلْيِه. ]حديث حسن رواه ابن ماجة والبيهقي وغيرهما[


105 Daripada Ibnu Umar RA berkata, Rasulullah SAW pernah memegang bahuku dan bersabda : Jadilah kamu di dunia ini seolah-olah orang asing atau seorang pengembara. Ibnu Umar RA telah berkata ; Apabila kamu berada di waktu petang, janganlah kamu menunggu datangnya waktu pagi, dan apabila kamu berada di pagi hari, maka janganlah menunggu waktu petang. Manfaatkanlah waktu sihatmu sebelum sakitmu, dan hidupmu sebelum matimu. (Hadis Riwayat Bukhari) Maksud Hadis Ke-40 Pengajaran Hadis Dunia bukanlah tempat tinggal yang hakiki, ianya sebagai sebuah persinggahan dan jambatan untuk menuju ke negeri akhirat yang kekal abadi. Orang yang mengerti nilai waktu, tidak akan bertangguh melakukan sesuatu dan tidak akan membiarkan waktunya berlalu pergi tanpa diisi dengan amal kebajikan yang bermanfaat. Beramallah sebelum datangnya kesusahan, kesakitan, kesibukan dan kematian. 1. 2. 3. َعْن اْبِن ُعَمْر رضي الله َعْنُهَما َقاَل : َأَخَذ َرُسْوُل اللِه صلى الله عليه وسلم ِبَمْنِكَبَّي َفَقاَل : ُكْن ِفي الُّدْنَيا َكَأَّنَك َغِرْيٌب َأْو َعاِبُر َسِبْيٍل. َوكَاَن اْبُن ُعَمَر َرِضَي اللُه َعْنُهَما َيُقْوُل : ِإَذا َأْمَسْيَت َفَال َتْنَتِظِر الَّصَباَح، َوِإَذا َأْصَبْحَت َفَال َتْنَتِظِر اْلَمَساَء، َوُخْذ ِمْن ِصَّحِتَك ِلَمَرِضَك، َوِمْن َحَياِتَك ِلَمْوِتَك. ]رواه البخاري[


106 Daripada Abi Muhammad Abdillah bin ‘Amr bin al-‘Ash RA, berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda : Maksudnya : “Tidak beriman seseorang kamu sehingga hawa nafsunya mengikuti apa yang telah aku bawa (sampaikan).” Hadis hasan sahih dan kami riwayatkan dari Kitab al-Hujjah dengan sanad yang sahih. Maksud Hadis Ke-41 Pengajaran Hadis Setiap mukmin mestilah memelihara imannya dengan memastikan hawa nafsunya tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT. Reda sepenuhnya dengan ketentuan Allah dalam segala hal sama ada hukum itu sesuai dengan hawa nafsu ataupun tidak. Hanya orang yang benar-benar ikhlas beriman dan menyintai Allah dan rasul-Nya dapat bermujahadah melawan hawa nafsu. 1. 2. 3. الله عليه وسلم : َال ُيْؤِمُن َأَحُدُكْم َحَّتى َيُكْوَن َهَواُه َتَبعًا ِلَما ِجْئُت ِبِه. ]َحديٌث َحَسٌن َعْن َأِبي ُمَحَّمٍد َعْبِد اللِه ْبِن َعْمرو ْبِن اْلَعاِص َرِضَي اللُه َعْنُهَما َقاَل : َقاَل َرُسْوُل اللِه صلى َصِحْيٌح َوَرَوْيَناُه ِفي ِكَتاِب اْلُحَّجة بإسناٍد صحيٍح [


107 Daripada Anas bin Malik RA berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, bahawa Allah SWT berfirman : Maksudnya: ”Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepadaKu maka Aku mengampuni segala dosamu yang telah lalu, dan Aku tidak akan mempedulikannya. Wahai anak Adam, jika dosamu sampai setinggi langit lalu engkau minta ampun kepada-Ku nescaya Kuampuni. Wahai anak Adam, jika engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan seluas permukaan bumi lalu engkau menemui-Ku tanpa menyekutukan sesuatu pun dengan-Ku, nescaya Aku datang padamu dengan ampunan seluas bumi pula.” (Riwayat al-Tirmizi no: 3534 dan al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah) Maksud Hadis Ke-42 َتَعاَلى : َيا اْبَن آَدَم، ِإَّنَك َما َدَعْوَتِني َوَرَجْوَتِني َغَفْرُت َلَك َعَلى َماَكاَن ِمْنَك َوَال ُأَباِلي، َيا اْبَن َعْن َأَنٍس َرِضَي اللُه َعْنُه َقاَل : َسِمْعُت َرُسْوَل اللِه َصَّلى الله عليه وسلم َيُقْوُل : َقاَل اللُه آَدَم َلْو َبَلَغْت ُذُنْوُبَك َعَناَن الَّسمَاِء ُثَّم اْسَتْغَفْرَتِني َغَفْرُت َلَك، َيا اْبَن آَدَم، ِإَّنَك َلْو َأَتْيَتِني ِبُقَراِب ْاَألْرِض َخطَايَا ُثَّم َلِقْيَتِني َال ُتْشِرْك ِبي َشْيئًا َألَتْيُتَك ِبُقَراِبَها َمْغِفَرًة . ]رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح [ Pengajaran Hadis Rahmat dan keampuan Allah SWT jauh lebih luas dan besar dari dosa hamba-Nya jika dia memohon keampunan dan bertaubat. Syirik adalah dosa besar paling dahsyat yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT. Umat Islam dituntut untuk sentiasa berbaik sangka kepada Allah SWT kerana Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat hambaNya. Allah Maha Berkuasa memberikan yang lebih baik daripada apa yang kita pinta. 1. 2. 3. 4.


telah bersabda : Dari Malik, sesungguhnya Rasulullah ِبِهَما : ِكَتاَب اللِه َو ُسَّنَة َرُسْوِلِه َتَرْكُت ِفْيُكْم َأْمَرْيِن َلْن َتِضُّلْوا َما َتَمَّسْكُتْم ( Riwayat Malik ) Maksudnya : “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Qur’an) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi SAW).” 108


Click to View FlipBook Version