BUKU LOG PENGAKAP INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN UNIT: BAHASA MELAYU 1 NO KAD PENGENALAN: 020203-02-0860 NAMA: AFIFATUL HUSNA BINTI AHMAD MUZAMMIL AMBILAN: JUN 2022/2026 PENSYARAH: ENCIK A.ZAMRI NO ANGKA GILIRAN: 2021112340252 SEKAWAN: KUNING
NAMA: AFIFATUL HUSNA BINTI AHMAD MUZAMMIL UNIT : BAHASA MELAYU 1 NO ANGKA GILIRAN: 2021112340252 NO KAD PENGENALAN: 020203-02-0860 AMBILAN: PISMP JUN 2021/2026 NO TEL: 019-5521497 KUMPULAN: KLM 34 NAMA INSTITUSI: IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS, PAHANG EMEL: [email protected] BIODATA DIRI SEKAWAN: KUNING
Negaraku Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup bersatu dan maju, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan. Raja kita selamat bertakhta LAGU NEGARAKU
“ALLAH SELAMATKAN SULTAN KAMI” Ya Allah Yang Maha Kuasa Lanjutkan Usia Duli Yang Maha Mulia Dirgahayu Darul Makmur Aman Dan Bahagia Sentiasa Ya Allah Selamatkan Duli Tuanku Raja Kami. LAGU NEGERI PAHANG
Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar, setia Pada pertiwi tercinta Menolong orang setiap masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia. LAGU PENGAKAP
PERSETIAAN PENGAKAP Kedudukan Tangan Semasa Melafazkan Persetiaan Pengakap Bahawa Dengan Sesungguhnya Saya berjanji Dan Bersetia Yang Saya Dengan Seberapa Daya Upaya Saya Akan Taat Kepada Tuhan, Raja Dan Negara Menolong Orang Pada Setiap Masa Menurut Undang-Undang Pengakap. Menurut UndangUndang Pengakap Menolong orang pada setiap masa Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara Persaudaraan Pengakap Sedunia
UNDANG-UNDANG PENGAKAP DIPERCAYAI Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. TAAT Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya. BERBUDI Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. SUCI FIKIRAN SUCI PERKATAAN SUCI PERBUATAN Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya. BERSAUDARA Pengakap adalah bersahabat kepada sekalian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun. BERGUNA Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. KASIHKAN BINATANG Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang. MENURUT PERINTAH Pengakap adalah seorang yang menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengan tiada bantahan. TABAH HATI Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya di masa susah. BERJIMAT Pengakap adalah jimat dan cermat.
PENGHARGAAN Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan buku log digital Persatuan Pengakap dengan jayanya. Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan kerana memberi peluang kepada saya menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan saya mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan saya. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Encik Azamri bin Abdul Rahim iaitu pensyarah untuk tugasan ini yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya dari awal sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan dorongan serta bantuan dari segi wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan mereka mungkin tidak dapat saya hasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti yang diminta. Malah, jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus demi menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada semua warga IPG Tengku Ampuan Afzan kerana turut memberi kerjasama yang baik dalam tempoh saya melaksanakan tugasan ini.
CARTA ORGANISASI PENGAKAP MALAYSIA
CARTA ORGANISASI PENGAKAP IPGMKTAA SETIAUSAHA PENSYARAH PENASIHAT NAIB PENGERUSI PENGERUSI NAIB SETIAUSAHA NAIB BENDAHARI BENDAHARI AHLI JAWATANKUASA SEKAWAN KUNING SEKAWAN MERAH SEKAWAN BIRU SEKAWAN HIJAU ENCIK AZAMRI BIN ABDUL RAHIM ENCIK ABDUL RAMIT BIN SULAIMAN MUHAMMAD AKMAL BIN ADAM BALQIS SYAIMA’ BINTI YUZAIMI LISHA A/P JAYABALAN MOHAMMAD IRFAN DANIEL BIN MOHD IHSAN NUR ALEEYA MAISARAH BINTI MD JUSOH MOHD NAJMUDDIN BIN AMIR
CARTA ORGANISASI PENGAKAP SEKAWAN KUNING
HORMAT PENGAKAP
BENDERA MALAYSIA WARNA BIRU TUA Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia WARNA MERAH WARNA KUNING WARNA PUTIH Melambangkan keberanian Menandakan kesucian Melambangkan warna DYMM Raja-Raja ANAK BULAN & BINTANG 7 JALUR MERAH & PUTIH BINTANG PECAH 14 Melambangkan perpaduan negeri & Wilayah Persekutuan Melambangkan keanggotaan negeri & wilayah Persekutuan Melambangkan agama Islam agama rasmi di Malaysia
BENDERA PENGAKAP BENDERA PENGAKAP MALAYSIA
BENDERA-BENDERA DI MALAYSIA
KELOPAK SEBELAH KIRI LAMBANG PENGAKAP SEDUNIA KELOPAK TENGAH KELOPAK SEBELAH KANAN LORD BADEN-POWELL BERKATA LADY OLAVE BADENPOWELL BERKATA IKATAN PUTIH PADA KELOPAK IKATAN BUKU SILA LINGKARAN TALI BERWARNA PUTIH DUA BUTIR BINTANG UNGU PECAH LIMA Melambangkan tanggungjawab kepada Tuhan “Ia menunjukkan jalan uang sebenar untuk kita lakui” “Lambang Pengakap kita menghala ke titik uatan yang digunakan dalam peta” Melambangkan ketaatan UndangUndang Pengakap Melambangkan ikatan kekeluargaan di kalangan ahli Pengakap yang kukuh Tidak mudah terurai apabila ditarik bermaksud kekuatan dan perpaduan persaudaraan Pengakap Sedunia Melambangkan kesatuan dan persaudaraan Pengakap Sedunia Melambangkan kesatuan dan persaudaraan Pengakap Sedunia Melambangkan perkhidmatan untuk orang lain Warna ungu melambangkan perkhidmatan dan kepimpinan Warna putih atau perak melambangkan kesucian
Melambangkan persetiaan ketiga: menurut UndangUndang Pengakap LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA Melambangkan persetiaan kedua: menolong orang setiap masa Bintang pecah 14 melambangkan 14 negeri di Malaysia termasuklah Wilayah Persekutuan Melambangkan persetian pertama: taat kepada Tuhan, Raja dan Negara Bulan sabit dan dua bintang di kanan dan kiri melambangkan agama Islam sebagai agama Ikatan buku sila melambangkan persaudaraan dan perpaduan ahli-ahli Pengakap Melambangkan keberanian (merah) Warna rasmi pengakap (hijau) Melambangkan kedaulatan raja dan negara (kuning)
SEJARAH PENGAKAP Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. BadenPowell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth.
SEJARAH PENGAKAP Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan BadenPowell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah BadenPowell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera.
SEJARAH PENGAKAP Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau).
SEJARAH PENGAKAP Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer.
SEJARAH PENGAKAP Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya BadenPowell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun.
SEJARAH PENGAKAP Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku “Aids To Scouting”. Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budakbudak yang menyertainya.
SEJARAH PENGAKAP Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku “Aids To Scouting”. Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya. S
SEJARAH PENGAKAP Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul “Scouting For Boys”. Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budakbudak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.
SEJARAH PENGAKAP Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan ” Lord Baden Of Gillwell ” kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulang tahun ke 84.
COGAN KATA PENGAKAP Pengakap Kanak-kanak : Buat Habis Baik Untuk menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak seseorang itu mestilah berumur 8 tahun dan beLum mencapai umur 13 tahun. Pengakap Muda : Selalu Bersedia Untuk menjadi pengakap Muda seorang kanak-kanak mestilah mencapai umur 12 tahun dan tidak melebihi umur 16 tahun. Pengakap Remaja: Pandang Luas Untuk menjadi seorang seorang pengakap Remaja seseorang itu mestilah berumur 15 tahun dan tidak mencapai umUr 18 tahun. Pengakap Kelana : Berkhidmat Untuk menjadi pengakap Kelana seseorang itu mestilah berumur 17 atau seelok-eoknya berumur 18 tahun . Pengakap Kelana ialah sekumpulan belia berumur diantara 18 tahun sehingga 40 tahun bagi yang mempunyai minat.
PENGURUSAN KEAHLIAN 1.PENUBUHAN KUMPULAN Satu kumpulan bagi sebuah sekolah Boleh ditubuhkan beberapa pasukan dalam kumpulan tersebut contohnya: Kelana ‘A’ Bandar Kuala Lipis Kelana ‘B’ Bandar Kuala Lipis 2. BILANGAN ANGGOTA Sekurang-kurangnya 18 orang Seramai-ramainya 48 orang Dengan dua orang pemimpin Jika melebihi 48 orang anggota perlu pecahkan kepada dua buah pasukan 3. PENDAFTARAN Setiap kumpulan perlu didaftarkan dengan PPM Gunakan beberapa jenis borang: Borang PPM 8 (Pendaftaran Kumpulan) Borang PPM 1A (Pendaftaran Anggota) Borang PPM 1B (Borang Kawalan) Borang PPM 9A (Permohonan Tauliah Pemimpin/Penolong) Borang boleh diperolehi daripada Pesuruhjaya Daerah, Negeri atau Ibu Pejabat PPM 4. YURAN PENDAFTARAN Kumpulan/Anggota yang baru perlu didaftarkan dan kumpulan/ anggota yang lama perlu diperbaharuhi pendaftaran kumpulan dengan PPM Yuran pendaftaran : Kumpulan :RM 30.00 (setahun) • Anggota Pengakap :RM 5.00 (setahun) Pemimpin/Penolong Pemimpin : RM 10.00 (setahun) Kumpulan/Anggota yang tidak menjelaskan yuran pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan aktiviti pengakap 5. TAULIAH PEMIMPIN Setiap pemimpin wajib memiliki dua jenis tauliah daripada PPM: Tauliah Sementara dan Tauliah Tetap Tauliah Sementara diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepemimpinan Manikayu Peringkat Satu Tauliah Tetap diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepemimpinan Manikayu Peringkat Tiga Perlu pohon tauliah baru serta mengembalikan tauliah lama kepada PPM sekiranya pemimpin bertukar ke sekolah lain 6. KEGIATAN Semua kegiatan dijalankan berdasarkan kepada Skim Latihan yang dikeluarkan PPM: Program Latihan PKK untuk murid-murid sekolah rendah Program Latihan PM untuk pelajar Ting. 1 - 3 Program Latihan PR untuk pelajar Ting.4- 5 Program Latihan PK untuk pelaiar Tingkatan 6 dan remaja Semua kegiatan di luar kawasan sekolah perlu mendapat kelulusan dan sokongan daripada kuasa penganjur (Guru Besar/Pengetua); Ibu bapa/Penjaga dan Pemimpin Unit PKK, PM dan PR
PENGURUSAN KEAHLIAN 7. PENTADBIRAN KUMPULAN Dilaksanakan oleh kuasa penganjur (Guru Besar/Pengetua) dan pemimpin Surat menyurat dibuat secara rasmi dan ditandatangani oleh kuasa penganjur/ketua pemimpin bagi pihak pelajar. Anggota tidak dibenar menjalankan urusan pentadbiran Pihak sekolah perlu memilki/ menyediakan satu fail pengakap. 8. JAWATANKUASA KUMPULAN Jawatankuasa Pemimpin Kumpulan Jawatankuasa Mailis Ketua Patrol | (bagi Budak-budak Pengakap) 9. TUGAS MAJLIS PEMIMPIN Memeriksa dan menyemak buku log kumpulan Mengambil kedatangan anggota kumpulan dan pemimpin Memeriksa stok alatan kumpulan Membuat persediaan mengajar (Program Mingguan Mengeluarkan surat kebenaran Ibu Bapa/ Penjaga) 10. BUTIRAN PERIBADI ANGGOTA PENGAKAP Nama dan no. kad pengenalan anggota Nombor pendaftaran Nama ibu bapa/penjaga Alamat dan no. telefon ibu bapa/penjaga Tarikh Lahir Bangsa dan Agama Kesihatan dan Alergi Pemakanan Kecenderungan/Minat 11. REKOD-REKOD Rekod Kehadiran Rekod Prestasi (kegiatan, sijil, lencana) Rekod Perancangan Semester dan Mingguan Rekod Kewangan Fail Surat-menyurat Fail Minit Mesyuarat Laporan Aktiviti 12. BILIK PERJUMPAAN Carta Organisasi Gambar-gambar dan Poster-poster (lencana / pangkat) Buku-buku Rujukan Model-model hasilan kerja (model tapak perkhemahan / gajet / ikatan dan simpulan) Peralatan Latihan Peralatan Perkhemahan Meja dan kerusi untuk bermesyuarat
PENGURUSAN KEAHLIAN
PAKAIAN SERAGAM DAN PANGKAT
PAKAIAN SERAGAM DAN PANGKAT
PAKAIAN SERAGAM DAN PANGKAT
PAKAIAN SERAGAM DAN PANGKAT
PAKAIAN SERAGAM DAN PANGKAT
PAKAIAN SERAGAM DAN PANGKAT
PAKAIAN SERAGAM DAN PANGKAT
PAKAIAN SERAGAM DAN PANGKAT
PAKAIAN SERAGAM DAN PANGKAT
PAKAIAN SERAGAM DAN PANGKAT
PAKAIAN SERAGAM DAN PANGKAT
LENCANA KEMAHIRAN
LAPORAN MINGGUAN (8 MINGGU)
MINGGU 1 PERJUMPAAN PERTAMA UNIT BERUNIFORM PENGAKAP UNIT 1 KLM 34 AMBILAN JUN 2021/2026 Perjumpaan kali pertama Pengakap Unit 1 dan Unit 2. Pengenalan berkaitan Pengakap yang dibentangkan oleh Encik Azamri bin Abdul Rahim dan pemilihan Ahli Jawatankuasa Pengakap bagi sesi 2024 bertempat di Makmal Sains 1 dengan sejumlah ahli pengakap seramai 48 orang ahli pengakap. Pemilihan ahli jawatankuasa dipilih melalui undian dari ahli aktif dan pelantikan dipersetujui oleh Encik Azamri. Selesai waktu kuliah Pengakap Unit 1 dan Unit 2 mengadakan sesi bergambar secara formal sebagai bukti kuliah di jalankan pada hari tersebut. 10 JANUARI 2024
MINGGU 2 17 JANUARI 2024 PERJUMPAAN KALI KEDUA :ISTIADAT PENGAKAP Perjumpaan pada minggu kedua dimulakan dengan Istiadat pengakap secara keseluruhan dilatih pada minggu kedua di Astaka IPGMKTAA. Istiadat ini diberi bimbingan penuh oleh Encik Azamri dan Encik Abdul Ramit bagi memastikan istiadat ini dijalankan dengan betul dan tepat. Sebarang kesalahan yang dilakukan oleh ahli pengakap ditegur secara terus oleh pensyarah bimbingan agar tidak berlaku kesilapan pada perjumpaan akan datang. Istiadat ini dimulakan dengan Pengerusi Persatuan Pengakap sebagai Akela. Sekawan bertugas adalah sekawan kuning.
MINGGU 3 24JANUARI 2024 Perjumpaan pada minggu ketiga dimulakan dengan Sekawan bertugas sekawan hijau di mana mereka memimpin nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Pahang, Lagu Pengakap, Persetiaan dan UndangUndang Pengakap. Selesai perhimpunan dan taklimat semua ahli pengakap diberikan tali setiap orang untuk menjalankan aktiviti ikatan dan simpulan. Sebelum memulakan aktiviti ikatan dan simpulan, ahli pengakap diminta untuk menjalani kawad kaki mengikut sekawan masing-masing. Sewaktu kawad dijalankan pensyarah bimbingan membuat semakan pakaian ahli Pengakap bagi memastikan pakaian yang dipakai adalah mengikut tatacara yang betul. Demikian, ikatan dan simpulan yang dipelajari pada hari tersebut adalah tindih kasih, buku sila, manuk, dan bunga keti.
MINGGU 4 Perjumpaan pada minggu keempat dijalankan di padang bola baling iaitu melakukan aktiviti kawad kaki, ikatan dan simpulan kain anduh. Ikatan dan simpulan kain anduh ini diberi bimbingan oleh Encik Abdul Ramit sekiranya berlaku kecemasan semasa aktiviti dijalankan sama ada waktu kuliah atau perkhemahan. Aktiviti ini adalah persediaan awal bagi ahli pengakap sebelum ujian individu dijalankan mengikut kehendak kerja kursus. Aktiviti ikatan dan simpulan ini dijalankan mengikut sekawan masing-masing dan setiap sekawan diberi beberapa jenis ikatan anduh yang perlu dilakonkan di hadapan sekawan yang lain. Untuk mengetahui kaedah ikatan anduh yang betul setiap ahli perlu merujuk youtube jika tidak memahami kaedah yang diajjarkan oleh pensyarah bimbingan agar tidak ketinggalan jauh. Selesai ikatan anduh, ahli pengakap diminta untuk menjalankan aktiviti kawad kaki supaya mendapat pergerakan yang serentak dan seiring sewaktu perarakan dijalankan. Aktiviti kawad kaki diberikan mengikut sekawan dan setiap sekawan mempunyai ketua untuk mengajar kawad. 31 JANUARI 2024
MINGGU 5 7 FEBRUARI 2024 Perjumpaan minggu kelima sekawan bertugas adalah sekawan merah. Aktiviti yang dilakukan pada minggu tersebut adalah menyanyikan lagu “Kami Pilih Pengakap Saja” , lafaz persetiaan pengakap, dan undang-undang pengakap yang dipimpin oleh sekawan merah. Selesai lafaz persetiaan dan nyanyian kami diberikan kertas mahjong untuk melakukan aktiviti pembentangan berkaitan Sejarah Pengakap Dunia, Sejarah Pengakap Malaysia dan Sejarah Pengakap Peringkat IPGM. Setiap kumpulan diminta untuk menyenaraikan sebanyak yang mungkin untuk menguji tahap pengetahuan berkaitan penubuhan pengakap secara keseluruhannya. Setiap sekawan diberikan masa selama 30 minit untuk mencari maklumat dan menyiapkan kertas mahjong lalu dibentangkan oleh wakil ahli kumpulan. Aktiviti pada minggu tersebut dibimbing oleh Encik Azamri dan Encik Abdul Ramit.
MINGGU 6 Perjumpaan minggu keenam dijalankan di Astaka IPGMKTAA. Semua ahli pengakap diminta untuk memakai uniform lengkap pada hari tersebut bagi menjalankan Istiadat Penuh dan setiap bulan wajib memakai uniform lengkap. Sekawan bertugas pada hari tersebut adalah sekawan biru. Kuliah pada minggu keenam dikelola oleh Encik Azamri iaitu berkaitan kit peralatan pengakap iaitu kit yang hanya layak dipegang oleh pesuruhjaya tertentu sahaja. Selesai taklimat berkaitan kit pengakap, kami diminta untuk berlatih kawad kaki mengikut sekawan masing-masing. Latihan kawad kaki dijalankan untuk memantapkan lagi pergerakan dan arahan untuk memenuhi kehendak kerja kursus supaya mendapat markah yang cemerlang. Kawad kaki dilakukan mengikut sekawan masing-masing. 21 FEBRUARI 2024
MINGGU 7 28 FEBRUARI 2024 Perjumpaan minggu ketujuh semua ahli pengakap diminta untuk membuat masakan rimba mengikut sekawan tetapi setiap sekawan dibahagikan kepada dua kumpulan untuk mengelakkan ahli dalam setiap sekawan mencuri tulang sepanjang aktiviti dijalankan. Setiap sekawan diminta untuk membawa beras dan telur untuk menguji semasa masakan rimba. Masakan rimba diuji berdasarkan keadaan makanan yang dimasak, kawasa memasak, dan hiasan hidangan masakan selepas selesai memasak. Tujuan utama masakan rimba dijalankan adalah untuk menguji bagaimana setiap sekawan bekerjasam dalam menyelesaikan masalah dalam sekawan masing-masing antaranya cara menghidupkan kayu api, memasak nasi menggunakan tin dan memasak telur agar tidak mentah. Setiap sekawan haru menggunakan kreativiti masing-masing agar masakan rimba yang dimasak boleh dinikmati bersama dan diuji oleh pensyarah. Pensyarah bimbingan pada minggu tersebut adalah Encik Azmri kerana Encik Abdul Ramit terlibat dengan Program Bina Insan Guru (BIG)