MINGGU 8 6 MAC 2024 Perjumpaan pada minggu kelapan semua ahli pengakap diminta untuk membincangkan tarian yang akan dipersembahkan pada malam kebudayaan pengakap yang merupakan salah satu kerja kursus tugasan dua kursus unit beruniform pengakap. Perjumpaan ini boleh dijalankan di mana sahaja mengikut ahli sekawan masing-masing. Semua pelajar diminta untuk memberi idea dan pandangan berkaitan aktiviti tarian yang hendak dilakukan pada malam kebudayaann agar setiap ahli pendapat markah yang cemerlang di samping mendapat pengetahuan baharu tentang tarian yang bakal dipersembahkan nanti. Selain itu, dengan adanya aktiviti sebegini dapat kita nilai tahap komitmen ahli kumpulan dalam memberi kerjasama dalam menjalankan sesuatu aktiviti yang melibatkan markah walaupun markahnya dinilai secara individu.
ISTIADAT-ISTIADAT PENGAKAP PENGAKAP KANAK-KANAK (Murid Sekolah Rendah) TUJUAN LAUNGAN AGUNG Tradisi dalam Istiadat Pengakap KanakKanak. Digunakan di Seluruh Dunia. Jalankan pada Perjumpaan PEK Melahirkan semangat setiakawan dan perpaduan serta membina disiplin Untuk menghormati seseorang tetamu yang datang melawat Pek Di jalankan permulaan & penutupan PEK.
ISTIADAT-ISTIADAT PENGAKAP Cara Laungan Agung Akela berteriak "PEK!" Semua Pengakap Kanak-kanak berdiri diam dalam keaadan sedia. Akela berteriak "PEK!! PEK!! РЕК!!" dan terus melipar tangan paras bahu yang menunjukkan isyarat buat bulatan kecil (Bahu ke bahu). Sambil berteriak " P..E... K!!!!!" (5 harkat), Pengakap kanak-kanak berlari mengelilingi Akela dengan membuat bulatan kecil bahu ke bahu.
ISTIADAT-ISTIADAT PENGAKAP Akela depa tangan, Pengakap Kanak-kanak lantas memegang tangan membuat bulatan besar mengikut sekawan. Bila bulatan telah sedia, keadaan telah bulat, Akela turunkan tangan dan Pengakap Kanak-kanak pun turun tangan mereka Akela angkat tangan depa dari bawah ke paras bahu, Pengakap Kanak-kanak mengangkat tumit: Akela rapatkan tangan ke peha, Pengakap kanak-kanak mencangkung peha rapat ke hadapan, tangan di sisi kedua-dua belah peha, 5 jari rapat mencecah ke tanah, kepala pandang depan dan terus berteriak" A-K-E-LA! KITA BUAT HABIS BAIK!" Di penghabisan perkataan "BAIK", Pengakap Kanak-kanak lantas bangun tegak dalam keadaan sedia
ISTIADAT-ISTIADAT PENGAKAP Petugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar: "KAMU BUAT HABIS BAIK" Pengakap Kanak-kanak memberi hormat kepada Akela dan terus menjawab: "KAMI BUAT HABIS BAIK". Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (tidak berpusing). Pengakap Kanak-kanak tidak turunkan tangan mereka sehingga Akela turun tangannya. Istiadat mengibarkan bendera dilakukan.
ISTIADAT-ISTIADAT PENGAKAP Cara Menjalankan Istiadat Pengibarari Bendera PKK Akela Memberi Arahan: 1. " BENDERA!!" Semua mengadap bendera. Petugas keluar ke tiang bendera, Lantas menarik tali bendera Selangkah ke belakang dan memberi (#TIDAK KIRA BENDERA BERKIBAR ATAU TIDAK) * Petugas balik ke posisi asal. 2. "NYANVI LAGU NEGARAKU & NEGERI" 3. "DOA" Akela memberi arahan "AP" Yang beragama Islam mengangkat tangan untuk DOA. Manakala Pengakap Bukan Islam tunduk kepala dan berdoa mengikut agama masing masing. Selepas akela memberi arahan "AP" utk turun tangan AKELA memeriksa Pakaian Seragam.
ISTIADAT-ISTIADAT PENGAKAP ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA UNTUK PEK & KUMPULAN. Semua pengakap diberi arahan berdiri bentuk tapak kuda & Pek pula dalam bentuk Bulatan. Akela tau Pemimpin memberi arahan. 1. " BENDERA" Semua mengadap bendera. Dua orang pengakap dalam patrol bertugas mara ke tiang bendera. Seorang petugas akan menurunkan bendera dan seorang lagi akan mengawasi dengan cermat supaya tiada bahagian bendera tercecah lantai. Kedua petugas melipat bendera. Bendera dilipat dan dibawa tangan kiri Petugas serah bendera kepada Akela/Pemimpin. Petugas kembali ke tempatnya. Akela/Pemimpin member taklimat akhir. Memberi arahan "PEK!!!/ KUMPULAN!!! BER.....SURAI!!!"
ISTIADAT-ISTIADAT PENGAKAP ISTIADAT PERLANTIKAN PENGAKAP KANAK-KANAK Seseorang budak patutlah disahkan sebagai seorang ahli Pergerakan Pengakap melalui satu istiadat yang serupa bagi seluruh dunia Istiadat itu patutlah dalam perkataan dan upacara yang mudah Ikhlas dari segi budak dan pemimpin Khusyuk (dignified) dan syahdu
ISTIADAT-ISTIADAT PENGAKAP ISTIADAT PERLANTIKAN Cara istiadat dilaksanakan baik di tempat luas / terbuka Kalau diadakan di perjumpaan Troop, istiadat perlantikan di adakan di peringkat awal Kalau diadakan di dewan, bersih dan alatan dewan di ketepikan. Tugas in di jalankan oleh patrol yang bertugas Janganlah menggunakan buku rujukan. Teks biasa jangan di ubah Pembantu mesti faham peranan masing-masing. Adakan raptai kalau perlu (tapa kehadiran ahli baru itu) Cadangan untuk mengadakan istiadat tersebut hendaklah dihebohkan kepada Troop atau PEK pada perhimpunan yang sebelumnya dan semua keperluan di sediakan Pengakap itu patutlah di lantik oleh Pemimpin Kumpulan. Perlantikan adalah perkara peribadi antara pemimpin dengan pengakapnya Pemimpin hendaklah mempunyai tauliah
ISTIADAT-ISTIADAT PENGAKAP Istiadat Melantik Pengakap Kanak-Kanak PEK dalam bulatan, AKELA berdiri di tengahtengah bulatan. Penolong Pemimpin berdiri di luar bulatan belakang bendera. PEK berdiri dalam keadaan sedia Adik yang baru berada di luar bulatan dipanggil masuk ke bulatan Ketua sekawan yang berkenaan membawa ahli baru itu berdiri di hadapan AKELA. Selepas itu, ketua sekawan balik ke tempatnya. Serentak, Penolong Pemimpin masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah AKELA dengan membawa topi, sekaf dan lencana keahlian
ISTIADAT-ISTIADAT PENGAKAP AKELA: Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak? PKK Baru: Ya, AKELA. AKELA: Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap? PKK Baru: Ya, AKELA. AKELA melafazkan Persetiaan Pengakap dan dikuti oleh PKK baru itu Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara Menolong orang pada setiap masa Menurut UndangUndang Pengakap AKELA berjabat tangan dengan Pengakap KanakKanak yang baru dan berkata: "Saya percaya kamu akan buat habis baik dan menurut apa yang kamu janjikan. Kamu sekarang adalah seorang Pengakap Kanak-Kanak dan seorang ahli dalam Persaudaraan Pengakap Sedunia.
ISTIADAT-ISTIADAT PENGAKAP AKELA menyematkan lencana keahlian, menyarungkan sekaf dan memakai topi kepada Pengakap Kanak-Kanak itu. Pengakap Kanak-Kanak memberi hormat kepada AKELA. Kemudian PKK itu berpusing dan hormat kepada PEK. PEK membalas hormat sebagai tanda mengalualukan PKK (Adik baru) ke PEK Ketua sekawan berkenaan bawa PKK baru itu dan memperkenalkannya kepada sekawan itu Istiadat ini diakhiri dengan Laungan Agong yang di buat kali pertama di sertai oleh Pengakap KanakKanak tersebut Sekiranya semua sekawan itu adalah ahli baru, maka istiadat perlantikan diadakan dalam dua peringkat. Ketua sekawan di lantik terlebih dahulu dan ahli lain di lantik kemudian Peringatan: Ibu bapa PKK baru boleh di jemput untuk menyaksikan istiadat ini
PERANCANGAN TAKWIM YANG BERORIENTASIKAN SEKOLAH RENDAH
PERANCANGAN TAKWIM BERORIENTASIKAN SEKOLAH RENDAH
PERANCANGAN TAKWIM YANG BERORIENTASIKAN SEKOLAH RENDAH