SMK ISKANDAR SHAH Nota PI T4 2017
35. ZIKRULLAH MENGUBAT HATI
Objektif pelajaran ini:
Menerangkan tuntutan berzikir kepada Allah.
Menjelaskan lafaz dan masa yang afdal untuk berzikir.
Menjelaskan kesan mengamalkan berzikir kepada Allah.
Pengertian Zikrullah
Iaitu mengingati Allah dengan hati, lisan dan perbuatan.
Adab berzikir
Menyebut lafaz zikir dengan betul serta memahami
Berzikir dalam keadaan bersih dan suci daripada hadas
Zikir dengan lafaz yang terdapat dalam nas Al-Quran dan As-Sunnah
Merasa kehebatan kekuasaan dan keagungan Allah
Menggunakan suara yang pelahan
Perbanyakkan berzikir dalam suasana genting
Berzikir dengan lafaz tertentu mengikut keadaan dan tempat
Tidak berzikir ketika qadak hajat
Sebab perlu beradab ketika berzikir
Supaya tidak mengganggu ketenteraman orang lain
Untuk mencapai kesempurnaan dalam ibadah
Selaras dengan sunnah Rasulullah s.a.w.
Supaya zikir diterima Allah
Berdisiplin dalam menunaikan ibadah
Kerugian kepada orang yang tidak berzikir
Mudah terdedah kepada perkara yang dilarang Allah
Sukar mengawal hawa nafsu
Lupa tanggungjawab terhadap agama
Berada dalam keadaan kegelisahan
Soalan Latihan
1. Nyatakan garis panduan zikir kepada Allah.
2. Nyatakan tiga adab berzikir.
3. Nyatakan tingkah laku tidak beradab ketika zikir.
4. Jelaskan dua sebab perlu beradab ketika zikir.
5. Nyatakan lafaz-lafaz zikir.
6. Jelaskan tiga hikmat beradab berzikir kepada Allah.
7. Jelaskan tiga kerugian orang yang tidak melakukan zikir kepada Allah.
Hak Cipta Dipelihara Allah 101 ZUL SIS 09
SMK ISKANDAR SHAH Nota PI T4 2017
36. ADAB DENGAN RASULULLAH S.A.W
Objektif pelajaran ini:
Menerangkan kewajipan beradab dengan rasul.
Menerangkan garis panduan dan adab dengan Rasuluallah s.a.w
Menjelaskan kelebihan mengamalkan selawat kepada Rasuluallah s.a.w.
Menjelaskan hikmat mengamalkan adab kepada Rasulullah s.a.w.
Adab dengan Rasulullah s.a.w
Berselawat kepada nabi
Tawaduk dan bersopan santun
Menziarahi makam baginda
Mengasihi para sahabat
Beriltizam dengan sunnah Rasulullah
Tingkah laku tidak beradap dengan Rasulullah
Tidak mentaati perintah baginda
Bercakap-cakap atau berbuat bising ketika menziarahi makam baginda
Tidak mengucap selawat ketika nama baginda disebut
Tidak menghormati sahabat baginda
Kerugian orang yang tidak melakukan sunnah Rasulullah s.a.w
Tidak berpeluang menerima safaat daripada baginda di akhirat kelak
Boleh merosakkan iman
Tidak berpegang dengan sunnah bererti tidak berpegang dengan ajaran Allah
Terhapusnya pahala atas kebaikan yang dilakukan
Soalan Latihan
1. Nyatakan garis panduan adab beradab menghormati Rasulullah.
2. Nyatakan adab adab menghormati Rasulullah.
3. Nyatakan tingkah laku tidak beradab dalam mengingati Rasulullah.
4. Nyatakan dua perbezaan antara adab terhadap Rasulullah dengan adab terhadap
orang lain.
5. Jelaskan tiga kelebihan mencintai Rasulullah.
6. Jelaskan tiga hikmat mengamalkan adab kepada Rasulullah.
7. Terangkan dua sebab perlu adab menghormati Rasulullah.
8. Terangkan dua kerugian orang yang tidak melakukan sunat Rasulullah.
ALHAMDULILLAH
Hak Cipta Dipelihara Allah 102 ZUL SIS 09
SMK ISKANDAR SHAH Nota PI T4 2017
Hak Cipta Dipelihara Allah 103 ZUL SIS 09
SMK ISKANDAR SHAH Nota PI T4 2017
Hak Cipta Dipelihara Allah 104 ZUL SIS 09