The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by teachernaz80, 2022-06-24 04:36:44

BUKU AGM KE 30 & 31 ISKANDARIAN 2022

BUKU AGM

38. Tiada perkara atau resolusi yang boleh dibawa ke mana-mana Mesyuarat Agung kecuali
terma-terma mengenainya telah dimaklumkan secara bertulis dan diterima oleh
Setiausaha tidak kurang dari tujuh (7) hari penuh sebelum tarikh Mesyuarat Agung.

39. Semua notis-notis, usul-usul atau resolusi hendaklah dimajukan kepada Setiausaha dan
akan hanya berkuatkuasa jika diterima oleh Setiausaha dalam masa yang ditetapkan.

40. Korum yang diperlukan di dalam mana-mana mesyuarat agung ialah 10% daripada
jumlah bilangan ahli-ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda bilangan ahli-ahli
Jawatankuasa Eksekutif yang hadir.

41. Tiada sebarang urusan boleh dilaksanakan di dalam mana-mana Mesyuarat Agung
melainkan ada korum pada masa mesyuarat memulakan urusan.

42. Jika dalam tempoh setengah jam daripada waktu mesyuarat sepatutnya dimulakan
korum tidak ada maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan ke hari yang sama di
minggu hadapan pada masa dan tempat yang sama dan jika korum tidak cukup dalam
tempoh setengah jam dari waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan
itu dimulakan maka ahli-ahli yang hadir akan membentuk korum dan boleh meneruskan
urusan yang perlu dijalankan tetapi tidak boleh membuat keputusan-keputusan yang
melibatkan keahlian atau klausa-klausa ini. Bagaimanapun, bagi suatu Mesyuarat
Luar Biasa yang dituntut oleh ahli-ahli jika tiada korum dalam masa setengah jam
daripada waktu mesyuarat yang ditangguhkan itu sepatutnya bermula maka mesyuarat
itu hendaklah dibatalkan dan tiada mesyuarat agung luar biasa boleh dipanggil untuk
tujuan yang sama sehingga selepas sekurang-kurangnya enam (6) bulan.

43. Pengerusi boleh dengan persetujuan mana-mana mesyuarat yang mencukupi korum
dan jika diarahkan oleh mesyuarat menangguhkan mesyuarat dari masa ke semasa dan
dari satu tempat ke tempat lain tetapi mesyuarat tertangguh itu tidak boleh membuat
urusan lain selain daripada urusan yang belum selesai daripada mesyuarat yang
ditangguhkan itu. Apabila sesuatu mesyuarat ditangguhkan lebih daripada 14 hari,
notis bagi mesyuarat yang ditangguhkan mestilah dikeluarkan sepertimana sesuatu
mesyuarat asal. Selain daripada yang dinyatakan sebelum ini, adalah tidak perlu
mengeluarkan sebarang notis bagi sesuatu penangguhan atau urusan yang perlu
diselesaikan dalam mana-mana mesyuarat yang ditangguhkan selain daripada hal-hal
yang belum diselesai di dalam mesyuarat di mana penangguhan itu berlaku.

PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KEWANGAN

47.
a. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan di dalam klausa ini, wang Persatuan
ini boleh digunakan untuk sebarang tujuan bagi melaksanakan matlamat-matlamat
Persatuan, termasuklah perbelanjaan Eksekutif, bayaran gaji, elaun dan
perbelanjaan pemegang-pemegang jawatan dan kakitangan yang bergaji serta
upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidaklah boleh sama
sekali digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh
mahkamah undang-undang atau dibayar dalam bentuk dividen, bonus atau
keuntungan kepada mana-mana ahli Persatuan.

b. Bendahari dibenarkan menyimpan pendahuluan wang runcit tidak melebihi 100
daripada RM500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja) pada sesuatu masa.
Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang

ISKANDARIAN

diluluskan oleh Jawatankuasa Eksekutif. Akaun bank itu hendaklah di atas nama
Persatuan.

c. Perbelanjaan yang lebih daripada RM20,001.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh
Ribu Satu sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar tanpa diluluskan
terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Eksekutif. Perbelanjaan yang tidak melebihi
RM20,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Ribu sahaja) bagi sesuatu masa
hendaklah diluluskan secara bersama oleh Presiden dan samada Timbalan Presiden,
Setiausaha atau Bendahari.

d. Semua cek atau notis pengeluaran wang daripada akaun Persatuan hendaklah
ditandatangan bersama oleh Presiden dan Setiausaha atau Bendahari. Semasa
ketiadaan Presiden, atau Setiausaha maka bolehlah Jawatankuasa Eksekutif
melantik sesiapa di antara Penandatangan Klausa 47(c) sebagai pengganti.

e. Dengan seberapa segera yang boleh selepas berakhirnya setiap tahun kewangan,
satu penyata penerimaan dan pembayaran serta kunci kira-kira untuk tahun tersebut
hendaklah disediakan dan diaudit oleh juruaudit/juruaudit-juruaudit yang dilantik di
bawah Klausa 48. Akaun-akaun beraudit tersebut hendaklah dibentangkan untuk
kelulusan oleh mesyuarat agung tahunan yang berikutnya dan salinannya hendaklah
sediakan di alamat tempat urusan berdaftar Persatuan untuk penelitian ahli-ahli.

f. Tahun kewangan Persatuan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31 hb
Disember tiap-tiap tahun.

JURUAUDIT

48. Satu atau lebih orang yang tidak memegang apa-apa jawatan dalam Persatuan
hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit-juruaudit
Kehormat. Mereka hendaklah memegang jawatan selama dua (2) tahun dan boleh
dilantik semula.

PERLINDUNGAN

49. Jawatankuasa Eksekutif Persatuan dan ahli-ahlinya serta anggota kesemua
jawatankuasa-jawatankuasa dan jawatankuasa-jawatankuasa kecil yang dilantik oleh
Persatuan dan oleh Jawatankuasa Eksekutif dan lain-lain pegawai Persatuan berkaitan
dengan perihal Persatuan adalah, selain daripada perlindungan sediada yang termaktub
dalam undang-undang, dilindungi dengan harta-harta milik Persatuan terhadap dan
daripada sebarang saman, tindakan, prosiding, kos, caj, kerugian, gantirugi dan
perbelanjaan yang akan atau mungkin diterima atau ditanggung oleh mereka atau
sesiapa daripada mereka disebabkan apa-apa tindakan atau pengabaian oleh mereka
bagi atau dalam melaksanakan tugas jawatan atau amanah masing-masing melainkan
ianya adalah akibat dan hasil dari kecuaian yang melampau atau tindakan atau
pengabaian yang disengajakan oleh mereka. Tiada mana-mana pegawai atau pemegang
amanah boleh dipertanggungjawabkan ke atas tindakan pengabaian atau kecuaian yang
dilakukan oleh pegawai atau pemegang amanah yang lain. Begitu juga seseorang
pegawai atau pemegang amanah tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas
kemampuan membayar atau kejujuran mana-mana jurubank yang bertindak bagi pihak
seseorang yang lain yang dengannya apa-apa atau sebarang harta benda Persatuan

ISKANDARIAN 101

diserah simpan atau ke atas sebarang ketidakcukupan atau kecacatan apa-apa jaminan
terhadap sebarang wang yang dilaburkan oleh Persatuan atau ke atas kerugian atau
gantirugi yang diakibatkan oleh perkara-perkara tersebut semasa menjalankan tugasnya
sebagai pegawai atau pemegang amanah melainkan perkara tersebut berlaku kerana
kecuaian yang melampau atau tindakan atau pengabaian yang disengajakan oleh
pegawai atau pemegang amanah itu.

UNDANG-UNDANG KECIL

50. Jawatankuasa Eksekutif boleh membuat, meminda atau memansuhkan undang-undang
kecil yang difikirkannya sesuai bagi tujuan-tujuan berikut:

a. Untuk menetapkan prosedur Jawatankuasa Eksekutif atau sebarang jawatankuasa
kecil.

b. Untuk menyelaras kemasukan ahli baru.

c. Untuk menyelaras kawalan ke atas ahli-ahli dan lain-lain orang yang
menggunakan Persatuan dan untuk menarik balik daripada mereka kesemua atau
sebahagian keistimewaan-keistimewaan atau kemudahan-kemudahan Persatuan
secara sementara atau kekal.

d. Untuk menyelaras penggunaan Persatuan oleh ahli-ahli dan lain-lain individu dan
untuk menerangkan liabiliti yang berkaitan dengan penggunaan itu.

e. Untuk menetapkan dan mengenakan ke atas ahli-ahli dan lain-lain orang ynag
menggunakan Persatuan liabiliti untuk kerosakan yang dilakukan, yuran-yuran
lewat dan denda-denda akibat melanggar klausa-klausa dan undang-undang kecil
Persatuan.

f. Untuk menyelaras tingkah laku dan pengurusan permainan, sukan dan kegiatan
riadah yang dianjurkan oleh Persatuan untuk menyelaras tingkah laku dan
pengurusan pertandingan-pertandingan dan kejohanan-kejohanan.

h. Untuk menyelaras penggunaan rumah Persatuan, kamar-kamar Persatuan, lain-
lain premis dan kawasan Persatuan.

i. Untuk menetapkan kaedah bagaimana semua hutang ahli kepada Persatuan perlu
dibayar.

j. Dan secara keseluruhan untuk menguruskan dengan sesuai lain-lain hal kebajikan
dan tingkah laku ahli-ahli Persatuan dan untuk menguruskan Persatuan dengan
baik asalkan undang-undang kecil tersebut tidak bercanggah dengan klausa-
klausa ini.

PINDAAN KLAUSA-KLAUSA 102

51. Klausa-klausa ini boleh dipinda atau dimansuhkan dari semasa ke semasa melalui
resolusi di Mesyuarat Agung Persatuan dan hendaklah dibawa ke dalam Mesyuarat
Agung Persatuan jika mendapat sokongan sekurang-kurangnya dua pertiga ahli-ahli
Jawatankuasa Eksekutif. Selanjutnya diperuntukkan bahawa jika sekiranya sebarang

ISKANDARIAN

perubahan atau pindaan kepada klausa-klausa ini tidak mendapat sokongan daripada
sekurang-kurangnya dua pertiga Jawatankuasa Eksekutif dan dalam kes sedemikian
setelah mendapat tuntutan bertulis daripada dua puluh (20) orang ahli yang berhak
mengundi untuk membawa cadangan pindaan klausa-klausa ke Mesyuarat Agung, maka
Jawatankuasa Eksekutif hendaklah memasukkannya ke dalam agenda Mesyuarat Agung
yang akan datang.

52. Setiap resolusi untuk mewujud, meminda atau memansuhkan klausa-klausa Persatuan
mestilah menerima undi dua per tiga majoriti ahli yang hadir dan berhak untuk
mengundi di mesyuarat di mana resolusi itu dibentangkan.

53. Semua permohonan untuk perubahan-perubahan atau pindaan-pindaan kepada klausa-
klausa ini hendaklah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari daripada
tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya
boleh dikuatkuasakan setelah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

INTERPRETASI KLAUSA-KLAUSA DAN UNDANG-UNDANG KECIL

54. Jawatankuasa Eksekutif mempunyai kuasa tunggal untuk mentafsir klausa-klausa dan
undang-undang kecil yang termaktub di sini atau yang berkuatkuasa pada sesuatu
masa dan untuk membuat keputusan ke atas sebarang persoalan yang timbul darinya.
Keputusan Jawatankuasa Eksekutif adalah muktamad dan mengikat ke atas semua ahli-
ahli kecuali dibatalkan oleh Persatuan di dalam Mesyuarat Agung.

55. Dalam keadaaan di mana ada sebarang persoalan atau perkara yang timbul yang tidak
diperuntukkan di dalam klausa-klausa atau undang-undang kecil Jawatankuasa
Eksekutif mempunyai kuasa penuh untuk membuat keputusan terhadapnya dan
keputusan mereka adalah muktamad dan mengikat ke atas semua ahli-ahli dan lain-lain
orang yang menggunakan Persatuan tetapi keputusan-keputusan oleh Jawatankuasa
Eksekutif itu hendaklah mendapat pengesahan Mesyuarat Agung secepat yang mungkin.

56. Klausa-klausa ini hendaklah dicetak dan salinan-salinannya hendaklah diberikan kepada
semua ahli-ahli apabila diminta daripada Setiausaha selain daripada dibekalkan kepada
semua ahli-ahli dan ahli-ahli yang baru dilantik.

57. Satu salinan sah klausa-klausa dan undang-undang kecil hendaklah disimpan sedia di
Persatuan untuk semakan ahli-ahli dan lain-lain orang yang menggunakan Persatuan.

58. Setiap ahli Persatuan adalah terikat dengan klausa-klausa dan undang-undang kecil
Persatuan dan adalah dianggap telah diberi notis penuh mengenainya samada beliau
mendapat atau tidak sesalinan klausa-klausa dan undang-undang kecil tersebut.

PEMEGANG-PEMEGANG AMANAH

59. Apabila Persatuan memiliki harta tetap tiga orang atau lebih pemegang-pemegang
amanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat
Agung untuk memegang amanah harta tersebut untuk tempoh yang tertentu.

60. Harta dan pelaburan-pelaburan Persatuan (selain dari tunai yang hendaklah dikawal
oleh bendahari) hendaklah diletak hak kepada pemegang-pemegang amanah secara
bersama atau berasingan atau sebahagian berasingan sebagaimana yang diarahkan oleh

ISKANDARIAN 103

Persatuan dan ahli-ahlinya. Pemegang-pemegang amanah hendaklah mengendalikan
harta dan pelaburan-pelaburan tersebut mengikut klausa-klausa ini dan seperti yang
diarahkan dari semasa ke semasa oleh Mesyuarat Agung

61. Seseorang pemegang amanah yang berhenti menjadi Ahli Seumur Hidup Persatuan
atau telah meninggalkan negara untuk tempoh lebih daripada enam (6) bulan atau telah
menjadi penduduk tetap di luar Malaysia hendaklah dianggap telah dilepaskan daripada
jawatannya sebagai pemegang amanah Persatuan dan penggantinya bolehlah di lantik
oleh Mesyuarat Agung.

62. Apabila berlaku pertukaran mana-mana pemegang amanah suatu perintah letak hak
hendaklah diperolehi bagi tujuan meletak hak harta dan pelaburan-pelaburan Persatuan
kepada pemegang-pemegang amanah atau pemegang amanah tunggal.

63. Tugas-tugas pemegang-pemegang amanah atau pemegang amanah tunggal yang mana
berkenaan hendaklah dihadkan kepada amanah pengekalan sahaja dan Persatuan
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan harta dan pelaburan-pelaburannya
dan terhadap pembayaran semua wang keluar dan liabiliti lain berkaitan dengan harta
dan pelaburan-pelaburan yang diletak hak kepada pemegang-pemegang amanah atau
pemegang amanah tunggal tersebut.

PEMBUBARAN

64.
a. Persatuan ini boleh dibubarkan secara sukarela melalui resolusi oleh tidak kurang
daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu
Mesyuarat Agung yang dipanggil khas kerananya.

b. Sekiranya Persatuan hendak dibubarkan seperti yang diperuntukkan di atas, maka
segala hutang dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut undang-undang
hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan
mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung.

c. Notis pembubaran hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam
masa empat belas (14) hari dari tarikh pembubaran itu.

LARANGAN-LARANGAN

65. Menghisap candu di premis dan memperkenalkan pelacuran dan kelakuan tidak
a. baik adalah dilarang sama sekali di dalam premis Persatuan.

b. Permainan-permainan berikut tidak boleh dimainkan di premis Persatuan:
Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow,
Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan
setengah, semua permainan dadu, permainan-permainan jurubank dan semua
permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib.

c. Persatuan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara
juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan

ISKANDARIAN 104

di dalam gerakan Kesatuan Sekerja seperti didefinisi dalam Akta Kesatuan
Sekerja, 1959.
d. Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dihadkan kepada ahli-ahli
atau tidak, atas nama Persatuan atau pemegang-pemegang jawatannya atau
jawatankuasa atau ahli.
e. Pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima sebagai ahli Persatuan
kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Naib Chanselor atau pihak
pengurusan Universiti yang berkenaan terlebih dahulu.
f. Persatuan hendaklah tidak memberi apa-apa manfaat sepertimana di bawah
Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966 kepada mana-mana ahli Persatuan.

T.1

………………………………………..
Presiden

Nama: Datuk Ismail Kamaruddin

ISKANDARIAN 105

AGENDA 5: Membentang dan Membahaskan Usul-usul (jika ada)

ISKANDARIAN 106

ISKANDARIAN

Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit, Perak
No. Pendaftaran: PPM-006-08-16062000 Sejak: 1986

AGENDA 6: Ucapan Penangguhan

ISKANDARIAN 107

ISKANDARIAN

SEKALUNG BUDI

Datuk Presiden dan Jawatankuasa Eksekutif
Persatuan Bekas Penuntut
Sekolah Iskandar Shah, Parit

[ ISKANDARIAN ]

Dengan sukacitanya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan yang teramat
tinggi dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Kepada:-

Yang Berhormat Dato’ Mohd Nizar bin Hj Zakaria

Ahli Parlimen Parit

Y.bhg. Dato’ Ir Hj Azizuddin bin Meor Hamzah

Penaung ISKANDARIAN

Yg. Berusaha Tuan Pengetua SMK Iskandar Shah, Parit
Yg. Berusaha Puan Guru Besar SK Iskandar Shah, Parit

Guru-Guru SMK Iskandar Shah, Parit
Guru-Guru SK Iskandar Shah, Parit

Semua Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit, yang hadir ke Mesyuarat
Agung Tahunan ISKANDARIAN kali ke-30 dan kali ke-31

Dan kepada

Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak bagi sama-sama menjayakan

MAJLIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 108
ISKANDARIAN

KALI KE 30 & 31.
Sehingga berjumpa lagi di tahun hadapan

ISKANDARIAN

ISKANDARIAN Autograph

109


Click to View FlipBook Version