The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

40 Hadith Kemuliaan Masjid dan Adab-adabnya

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TADABBUR AL QURAN 30 JUZUK, 2020-05-19 23:00:03

40 Hadith Kemuliaan Masjid dan Adab-adabnya

40 Hadith Kemuliaan Masjid dan Adab-adabnya

18.1: Enam Majlis Yang Dijamin Ganjarannya
(Syurga): Di antaranya Majlis di Masjid Jama’ah

:‫ َقا َل‬، ‫َع ْن َع ْب ِد اللهِ ْب ِن َع ْم ٍرو َع ْن َر ُسو ِل الل ِه‬

،‫ ِفي َم ْس ِج ِد ََ َجا َع ٍة‬:‫ اَ ْلـُ ْؤ ِم ُن َضا ِمن َعََّل اللهِ َت َعا َل َما َكا َن ِفي ََ ْش ٍء ِمنْ َها‬،‫(( ِس َّت ُة ََ َمالِ َس‬
‫ ) َأ ْو ِفي َم ْش َه ِد‬،‫ َأ ْو ِعنْ َد إِ َما ٍم ُم ْق ِس ٍط ُي َع ِّز ُر ُه َو ُي َو ِّق ُر ُه‬،‫ َأ ْو ِفي َب ْيتِ ِه‬،‫ َأ ْو ِفي َجنَا َز ٍة‬،‫َو ِع ْن َد َم ِري ٍض‬

)) )‫ِج َها ٍد‬

Daripada ‘Abdullah Bin ‘Amr , beliau meriwayatkan bahawa

Rasulullah  bersabda:

“Enam majlis, seorang Mukmin yang berada padanya dijamin
ganjarannya (syurga) oleh Allah . [Majlis-majlis tersebut ialah]:

(i) Di dalam masjid jama’ah (yang didirikan padanya solat
berjemaah); dan

(ii) Di sisi orang sakit [yang diziarahi]; atau

(iii) Di sisi jenazah [yang diiringi]; atau

(iv) Di dalam rumahnya [yang diberi salam sebelum
memasukinya]; atau

(v) Di sisi pemimpin yang adil, dan dia memuliakannya dan
menghormatinya; atau

(vi) (Di lapangan jihad).”

T: (al-Haythamī (807H), 1994 - Majmaʿ al-Zawāʾid wa Manbaʿ al-
Fawāʾid), No. 2034 [Lafaz di atas] dan beliau berkata: ( ‫َرَواه ال َطّبَ َرانِي فِي الْ َكبِي ِر‬
‫ َوِر َجاله مَوَثّقو َن‬،‫)َوالْبَ َّزار بِنَ ْح ِوِه‬.
*Juga di dalam: ('Abd Ibn Humayd (249H), - Musnad 'Abd Ibn
Humayd), No. 337; (Ibn Zanjuyah (251H), - al-Amwal), No. 48; (al-
Haythamī (807H), 1979 - Kashf al-Astār ʿan Zawāʾid al-Bazzār), No. 435;

33

(al-Būṣīrī (840H), 1998 - Itḥāf al-Khiyarah al-Maharah bi Zawāʾid al-
Masānīd al-ʿAsharah), No. 1486 dan beliau berkata: ( ‫ ثَنَا‬،ِ‫َوَرَواه الْبَ َّزار فِي م ْسنَ ِده‬
‫ َم َدار أَ َسانِي ِد َه َذا‬:‫ق ْلت‬.‫َوَرَواه ال َطّبَ َرانِي ِفي م ْع َج ِمِه الْ َكبِي ِر ِم ْن طَِري ِق اْلَفْ ِريِق ِّي‬.‫ فَ َذَكَره‬،‫ ثَنَا َعبْد الَلِّه بْن يَِزي َد‬،‫َسلَم‬
،‫ َرَواه أَ ْح َمد بْن َحْنبَل‬،‫ لَ ِك َّن الْ َمْت َن لَه َشا ِهد ِم ْن َح ِدي ِث مَعا ِذ بْ ِن َجبَل‬،‫الْ َح ِدي ِث عَلَى اْلَفْ ِريِق ِّي َوهَو َضِعيف‬
‫ َوابْن ِحَبّا َن ِفي َص ِحي َحْيِه َما‬،َ‫ َوابْن خَزيَْمة‬،‫( & )َوالْبَ َّزار ِفي م ْسنَ َديِْه َما‬Ibn Ḥajar al-ʿAsqalānī
(852H), 1998 - al-Maṭālib al-ʿĀliyah bi Zawāʾid al-Masānid al-
Thamāniyah), No. 374.
*(al-Mundhiri (656H), 1417H - al-Targhib wa al-Tarhib min al-Hadith al-
Sharif), No. 496: Tambahan: (‫ )أَْو فِي َم ْشَه ِد ِجَهاد‬adalah daripada nukilan
beliau. Dan beliau berkata: ( ‫َرَواه ال َطّبَ َرانِي فِي الْ َكبِير َوالْبَ َّزار َولَْي َس إِ ْسنَاده بَِذا َك لَ ِكن رِو َي من‬
‫) َح ِديث مَعاذ بِِإ ْسنَاد َص ِحيح َويَأْتِي ِفي الْ ِجَهاد َوغَيره إِن َشا َء الله تَ َعالَى‬.
Pada riwayat Ibn Zanjuyah di dalam kitab “Al-Amwal” (No. 48),
terdapat tambahan di hujung nasnya:

)) ‫ (( َم ْن َما َت ِفي ََ ْش ٍء ِمنْ َها َد َخ َل ا ْل َـ َّن َة‬:‫ َما ال َّضا ِم ُن؟ َقا َل‬:‫ ُق ْل ُت‬:‫َقا َل‬

“Beliau (‘Abdullah Bin ‘Amr ) berkata: Aku berkata: Apakah
yang dijamin [bagi mereka]?. Baginda  berkata: Barangsiapa
yang meninggal dunia dalam keadaan tersebut, dia akan memasuki
syurga.”

34

Hadith 19: Cahaya Yang Sempurna bagi Mereka
Yang Pergi ke Masjid Pada Waktu Gelap (Malam)

:‫ َع ِن النَّبِ ِّي َقا َل‬، ‫َع ْن ُب َر ْي َد َة ا ْلأَ ْس َل ِم ِّي‬
)) ‫(( َبِِّّ ِش اَ ْلـَ َّشائِي َن ِفي الظ َل ِم إِ َل اَ ْل َـ َسا ِج ِد بِالنو ِر ال َّتا ِّم َي ْو َم ا ْل ِق َيا َم ِة‬

Daripada Buraydah al-Aslamī , beliau meriwayatkan bahawa
Baginda Nabi  bersabda:

“Berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sering
berjalan di dalam kegelapan (malam) ke masjid-masjid dengan
cahaya yang sempurna pada Hari Kiamat kelak.”
T: (al-Tirmidhī (279H), - al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidhī)), No. 223
[Lafaz di atas] dan beliau berkata: ( ‫ َمْرفوع هَو َص ِحيح‬،‫َه َذا َح ِديث غَ ِريب ِم ْن َه َذا الَْو ْجِه‬

‫ َوَمْوقوف إِلَى أَ ْص َحا ِب الَنّبِ ِّي َولَ ْم ُي ْسَن ْد إِلَى الَّنِبي‬،‫( ;)م ْسنَد‬Abū Dāwud (275H),
2010 - Sunan Abī Dāwud), No. 561; (al-Bayhaqī (458H), 1992 - al-Sunan
al-Saghīr), No. 473; (al-Bayhaqī (458H), 2000 - al-Sunan al-Kubrā), No.
4586; (al-Bazzār (292H), 1997 - al-Baḥr al-Zakhkhār bi Musnad al-
Bazzār), No. 4448; (al-Rūyānī (307H), 1416H - Musnad al- Rūyānī), No.
56; (al-Shihāb al-Quḍāʿī (454H), 1986 - Musnad al-Shihāb), No. 752 &
755; (al-Tabarānī (360H), - al-Muʿjam al-Awṣaṭ), No. 4207 dan lain-lain.

35

Hadith 20: Pahala Haji dan Umrah Bagi Orang Yang
Melakukan Solat Fardu dan Duha di Masjid Setelah
Bersuci di Rumahnya

:‫ َأ َّن َر ُسو َل اللهِ َقا َل‬، ‫َع ْن َأ ِب ُأ َما َم َة‬

‫ َو َم ْن َخ َر َج‬،‫(( َم ْن َخ َر َج ِم ْن َب ْيتِ ِه ُم َت َط ِّه ًرا إِ َل َص ََل ٍة َم ْك ُتو َب ٍة َف َأ ْج ُر ُه َك َأ ْج ِر اْ ْل َـا ِّج اَ ْلـُ ْح ِر ِم‬
‫ َو َص ََلة َعََّل َأ َث ِر َص ََل ٍة َل‬،‫إِ َل َت ْسبِي ِح الض َحى َل َي ْن ِص ُب ُه إِ َّل إِ َّيا ُه َف َأ ْج ُر ُه َك َأ ْج ِر اَ ْل ُـ ْع َت ِم ِر‬

)) ‫َل ْغ َو َب ْينَ ُه ََم كِ َتاب ِفي ِع ِّل ِّيي َن‬

Daripada Abu Umamah al-Bahili , beliau meriwayatkan bahawa
sesungguhnya Rasulullah  bersabda:

“Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan suci
(berwudu’) menuju (ke masjid) untuk melakukan solat fardu,
maka pahalanya adalah seumpama pahala seorang yang
melakukan haji dan berihram.

Dan barangsiapa yang keluar untuk melakukan tasbih al-Duha
(solat Duha) (di masjid) dan dia tidak berpenat melainkan
untuknya maka pahalanya adalah seperti pahala seorang yang
melakukan ‘Umrah.

Dan solat selepas solat, yang tidak ada perkara sia-sia (kata-kata
keduniaan) di antara kedua-duanya adalah satu amalan yang
tertulis di ‘illiyyin (isyarat kepada ketinggian darjat dan
penerimaan amalan tersebut).”

T: (Abū Dāwud (275H), 2010 - Sunan Abī Dāwud), No. 558 [Lafaz di
atas]: Sanadnya sahih atau hasan; (Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad),
No. 21800; (al-Bayhaqī (458H), 2000 - al-Sunan al-Kubrā), No. 4523 &
4582; (al-Rūyānī (307H), 1416H - Musnad al- Rūyānī), No. 1204 dan lain-
lain.

36

Sedikit keterangan:
Imam Ibn Hajar al-Haytami al-Makki menyatakan bahawa hadith ini
menjadi hujah di sisi sebahagian para ulama’ yang menyatakan
bahawa solat Duha lebih afdal dibuat di masjid dan ia merupakan
pengecualian bagi hadith yang masyhur yang menyatakan solat Sunat
di rumah lebih afdal. Al-Mubarakfuri - di dalam ʿAwn al-Maʿbūd -
pula menambah bahawa hadith ini menunjukkan kepada keharusan
melakukannya di masjid atau bagi sesiapa yang tidak mempunyai
rumah atau rumahnya sibuk dengan perkara lain kerana lafaz masjid
tidak ada dalam lafaz hadith yang asal.
Mulla ‘Ali al-Qari menyatakan bahawa ‘Illiyyin adalah merupakan
nama bagi senarai (diwan) kebaikan yang ditulis di dalamnya
amalan-amalan orang-orang yang soleh (al-abrar).

37

Hadith 21: Berwuduk dengan Wuduk Yang
Sempurna di Rumah dan Kemudian Pergi ke Masjid
untuk Solat adalah Sebab Keampunan Dosa

:‫ َقا َل‬،  ‫َع ْن ُع ْث ََم َن ْب ِن َع َّفا َن‬
‫ ُث َّم َخ َر َج‬،‫ (( َم ْن َت َو َّض َأ َه َك َذا‬:‫ ُث َّم َقا َل‬،‫َر َأ ْي ُت َر ُسو َل الل ِه َت َو َّض َأ َف َأ ْح َس َن ا ْل ُو ُضو َء‬

)) ‫ ُغ ِف َر َل ُه َما َخ ََل ِم ْن َذ ْنبِ ِه‬،‫ َل َي ْن َه ُز ُه إِ َّل ال َّص ََل ُة‬،‫إِ َل اَ ْل َـ ْس ِج ِد‬

Daripada ʿUthman Bin ʿAffan , beliau berkata:
“Aku pernah melihat Rasulullah berwuduk, dan Baginda 
memperindahkan/ menyempurnakan wuduk Baginda  tersebut,
kemudian Baginda  bersabda:
Barangsiapa yang berwuduk seperti ini (dengan sempurna),
kemudian dia keluar menuju ke masjid, tidak ada yang
menggerakkannya/ membangkitkannya untuk itu melainkan solat,
maka diampunkan baginya apa yang telah lalu daripada dosa-
dosanya.”
T: (al-Bukhārī (256H), 1999 - Ṣaḥīḥ al-Bukhārī), No. 6433; (Muslim
(261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 341, 345 [Lafaz di
atas] & 346; (al-Nasāʿī (303H), 1986 - al-Sunan al-Sughrā / al-Mujtabā
min al-Sunan), No. 856; (Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No. 461 dan
lain-lain.

38

Hadith 22: Persinggahan/ Hidangan di Syurga Bagi
Setiap Perjalanan ke Masjid Pada Waktu Pagi dan
Petang

:‫ َع ِن النَّبِ ِّي َقا َل‬، ‫َع ْن َأ ِب ُه َر ْي َر َة‬
)) ‫(( َم ْن َغ َدا إِ َل اَ ْل َـ ْس ِج ِد َو َرا َح َأ َع َّد اللهُ َل ُه ُن ُز َل ُه ِم َن ا ْلـَنَّ ِة ُك َّل ََم َغ َدا َأ ْو َرا َح‬

Daripada Abu Hurayrah , beliau meriwayatkan bahawa Nabi 
bersabda:

“Barangsiapa yang pergi ke masjid pada waktu pagi dan petang,
maka Allah  akan menyediakan baginya nuzulnya (tempat yang
disediakan untuk singgahan atau hidangan yang disediakan buat
tetamu yang datang) di syurga bagi setiap perjalanan pagi dan
petangnya [ke masjid tersebut].”
T: (al-Bukhārī (256H), 1999 - Ṣaḥīḥ al-Bukhārī), No. 662 [Lafaz di atas];
(Muslim (261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 671;
(Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No. 10230; (Ibn Khuzaymah (311H),
- Ṣaḥīḥ Ibn Khuzaymah), No. 1414; (Ibn Ḥibbān (354H), 1993 - Ṣaḥīḥ Ibn
Ḥibbān), No. 2037 dan lain-lain.

39

Hadith 23: Berjalan ke Masjid Mengapus Dosa dan
Mengangkat Darjat; Menunggu Solat Selepas Solat
di Masjid adalah Jihad

: ‫ َأ َّن َر ُسو َل الل ِه َقا َل‬، ‫َع ْن َأ ِب ُه َر ْي َر َة‬

‫ َبََّل َيا‬:‫ َقا ُلوا‬،)) ‫ َو َي ْر َف ُع بِ ِه ال َّد َر َجا ِت؟‬،‫(( َأ َل َأ ُدل ُك ْم َعََّل َما َي ْم ُحو اللهُ بِ ِه ا ْل َـ َطا َيا‬
‫ َوا ْنتِ َظا ُر‬،‫ َو َك ْث َر ُة ا ْلـُ َطا إِ َل اَ ْلـَ َسا ِج ِد‬،‫ (( إِ ْس َبا ُغ ا ْل ُو ُضو ِء َعََّل اَ ْلـَ َكا ِر ِه‬:‫ َقا َل‬،ِ‫َر ُسو َل الله‬
‫ َفذلِ ُك ُم‬،‫ (( َفذلِ ُك ُم ال ِّر َبا ُط‬:‫ وفي رواية‬، )) ‫ َفذلِ ُك ُم ال ِّر َبا ُط‬،‫ال َّص ََل ِة َب ْع َد ال َّص ََل ِة‬

))‫ال ِّر َبا ُط‬

Daripada Abu Hurayrah , beliau meriwayatkan bahawa
sesungguhnya Rasulullah  bersabda:

“Tidakkah kamu mahu agar aku menunjukkan kamu kepada
sesuatu [amalan] yang mana Allah  menghapuskan dengannya
dosa-dosa dan mengangkat dengannya darjat-darjat?.

Mereka (para Sahabat ) berkata: Bahkan, wahai Rasulullah.

Baginda  bersabda: “Menyempurnakan wuduk dalam keadaan
yang tidak disukai/sukar, memperbanyakkan langkah ke masjid-
masjid, dan menunggu solat [fardu] selepas mengerjakan solat
[fardu], maka semua amalan itu adalah ikatan perjuangan.”

Dalam riwayat lain: Maka semua amalan itu adalah ikatan
perjuangan, maka semua amalan itu adalah ikatan perjuangan.”

T: (Muslim (261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 253
[Lafaz di atas]; (al-Tirmidhī (279H), - al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-
Tirmidhī)), No. 51 dan beliau berkata: ( ‫َو َح ِديث أَبِي هَريَْرةَ ِفي َه َذا الْبَا ِب َح ِديث َح َسن‬
‫( ;) َص ِحيح‬al-Nasāʿī (303H), 1986 - al-Sunan al-Sughrā / al-Mujtabā min al-
Sunan), No. 143; (Ibn Mājah (273H), 2010 - Sunan Ibn Mājah), No. 428
dan lain-lain. [Status: Sahih]

40

Dalam menghuraikan makna al-Ribat, Imam Al-Nawawi berkata:

‫ َو َأ ْصل ال ِّر َباط اْ َْل ْبس َعََّل الََّّ ْشء‬،‫ ( َف َذلِ ُك ْم ال ِّر َباط ) َأ ْي ال ِّر َباط اَ ُْل َر َّغب فِي ِه‬:‫َو َق ْوله‬
‫ َو ََ ْي َت ِمل َأ َّن ُه َأ ْف َضل ال ِّر َباط َك ََم ِقي َل ا ِْل َهاد‬:‫ ِقي َل‬.‫َك َأ َّن ُه َح َب َس َن ْفسه َعََّل َه ِذ ِه ال َّطا َعة‬

.‫ َو ََ ْي َت ِمل َأ َّن ُه ال ِّر َباط اَ ُْل َت َي ِّّس اَ ُْل ْمكِن َأ ْي َأ َّن ُه ِم ْن َأ ْن َواع ال ِّر َباط‬،‫ِج َهاد النَّ ْفس‬

“Dan sabda Baginda  : (Maka semua amalan itu adalah ikatan
perjuangan), iaitu [bermakna] ikatan perjuangan yang digalakkan
melakukannya.
Dan makna asal al-Ribat ialah ikatan ke atas sesuatu, dan orang
yang melakukan amalan ini adalah seumpama orang yang
mengikat dirinya bagi melakukan ketaatan.
Qil: Dan barangkali ia adalah sebaik-baik al-Ribat sepertimana
yang dikatakan/diriwayatkan bahawa Jihad yang sebenar adalah
jihad melawan nafsu.
Dan barangkali ia adalah ribat yang mudah dan mampu dilakukan
(oleh ramai orang) dan sesungguhnya ia adalah salah satu
daripada jenis-jenis ribat (di jalan Allah).”
R: (al-Nawawi (676H), 1999 - al-Minhaj: Sharh sahih Muslim Ibn al-
Hajjaj).

41

23.1 Perjalanan Yang Jauh Bagi Mengerjakan Solat
Berjemaah Di Masjid Membesarkan Ganjaran
Pahala

: ‫ َقا َل النَّبِي‬:‫ َقا َل‬، ‫َع ْن َأ ِب ُمو َسى‬
‫ َوا َّل ِذي َي ْن َتظِ ُر ال َّص ََل َة َح َّتى‬،‫(( َأ ْع َظ ُم ال ّنَا ِس َأ ْج ًرا ِفي ال َّص ََل ِة َأ ْب َع ُد ُه ْم َف َأ ْب َع ُد ُه ْم ََمْ ًشى‬

)) ‫ُي َص ِّل َي َها َم َع ا ْْ ِل َما ِم َأ ْع َظ ُم َأ ْج ًرا ِم َن ا َّل ِذي ُي َص ِّل ُث َّم َي َنا ُم‬

Daripada Abu Musa al-Ash’ari , beliau berkata: Nabi  bersabda:
“Orang yang paling besar ganjarannya dalam melakukan solat [di
masjid], adalah orang yang paling jauh, kemudian yang paling jauh
langkah kakinya/perjalanannya.
Dan seseorang yang menunggu solat sehingga dia dapat bersolat
bersama Imam [secara berjemaah] mendapat pahala yang lebih
besar berbanding mereka yang bersolat [terlebih dahulu] dan
kemudian tidur [selepas itu].”
T: (al-Bukhārī (256H), 1999 - Ṣaḥīḥ al-Bukhārī), No. 651 [Lafaz di atas];
(Muslim (261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 664 dan
lain-lain. [Status: Sahih]

42

AMALAN-AMALAN DI MASJID

Hadith 24: Kebesaran Fadilat Melakukan Solat
Berjemaah di Masjid dan Duduk di Tempat Solat
Setelah Selesai Melakukan Solat

ِ‫ َقا َل َر ُسو ُل الله‬:‫ َقا َل‬، ‫َع ْن َأ ِب ُه َر ْي َر َة‬
،‫ بِ ْض ًعا َو ِعِّْ ِشي َن َد َر َج ًة‬،‫ َو َب ْيتِ ِه‬،‫(( َص ََل ُة َأ َح ِد ُك ْم ِفي ََ َجا َع ٍة َت ِزي ُد َعََّل َص ََلتِ ِه ِفي ُسو ِق ِه‬
‫ َل َي ْن َه ُز ُه‬،‫ َل ُي ِري ُد إِ َّل ال َّص ََل َة‬،‫ ُث َّم َأ َتى اَ ْلـَ ْس ِج َد‬،‫َو َذلِ َك بِ َأ َّن ُه إِ َذا َت َو َّض َأ َف َأ ْح َس َن ا ْل ُو ُضو َء‬
‫ َواَ ْل َـ ََلئِ َك ُة ُت َص ِّل‬،‫ َأ ْو ُح َّط ْت َعنْ ُه ِِ َبا َخطِي َئة‬،‫ َلْ ََ ْي ُط َخ ْط َو ًة إِ َّل ُرفِ َع ِِ َبا َد َر َج ًة‬،‫إِ َّل ال َّص ََل ُة‬
ْ‫ َما َل‬،‫ الل ُه َّم ا ْر َْ ْح ُه‬،‫ َالل ُه َّم َص ِّل َع َل ْي ِه‬:‫َعََّل َأ َح ِد ُك ْم َما َدا َم ِفي ُم َص ََّل ُه ا َّل ِذي ُي َص ِّل فِي ِه‬

)) ‫ (( َأ َح ُد ُك ْم ِفي َص ََل ٍة َما َكا َن ِت ال َّص ََل ُة ََ ْتبِ ُس ُه‬: ‫ َو َقا َل‬،)) ‫َُ ْي ِد ْث فِي ِه َما َلْ ُي ْؤ ِذ فِي ِه‬

Daripada Abu Hurayrah , beliau berkata: Rasulullah  bersabda:

“Solat seseorang daripada kamu secara berjemaah adalah melebihi
solatnya secara sendirian di pasarnya atau rumahnya sebanyak dua
puluh lebih darjat (di antara 23 dan 29). Dan itu adalah kerana
apabila dia berwuduk, dan dia menyempurnakan wuduknya,
kemudian dia datang ke masjid, tidak ada sebarang tujuan
melainkan untuk bersolat, tidak ada yang menggerakkannya
melainkan solat, maka tidaklah dia melangkah satu langkah
melainkan dia diangkat satu darjat dengannya, atau digugurkan
satu kesalahan daripadanya dengannya.

Dan para malaikat itu sentiasa berselawat ke atas salah seorang
daripada kamu (beristighfar untuknya) selagi mana dia masih
berada di tempat solatnya di mana dia telah melakukan solat
padanya:

43

‫ الل ُه َّم ا ْر َْ ْح ُه‬،‫َالل ُه َّم َص ِّل َع َل ْي ِه‬

Ya Allah, berselawatlah ke atasnya, Ya Allah, rahmatilah dia.

selama mana dia tidak berhadas (terbatal wuduknya), selama
mana dia tidak menyakiti [orang lain atau malaikat] padanya.”
Dan Baginda  bersabda: “Seseorang daripada kamu itu dikira di
dalam solat (bersolat) selama mana dia ditahan oleh solat
(menunggu solat).”

T: (al-Bukhārī (256H), 1999 - Ṣaḥīḥ al-Bukhārī), No. 477, 647 & 2119
[Lafaz di atas]; (Muslim (261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ
Muslim), No. 649; (Abū Dāwud (275H), 2010 - Sunan Abī Dāwud), No.
559;(Ibn Khuzaymah (311H), - Ṣaḥīḥ Ibn Khuzaymah), No. 1408 dan
lain-lain. [Status: Sahih]

24.1 Kemuliaan Orang Yang Mengerjakan Solat
Berjemaah di Masjid, Menunggunya dan Duduk di
dalam Masjid Selepasnya

: ‫ َقا َل َر ُسو ُل الل ِه‬:‫ َقا َل‬، ‫َع ْن َأ ِب ُه َر ْي َر َة‬

‫ بِ ْض ًعا َو ِعِّْ ِشي َن‬،‫ َو َص ََلتِ ِه ِفي ُسو ِق ِه‬،‫ َت ِزي ُد َعََّل َص ََلتِ ِه ِفي َب ْيتِ ِه‬،‫(( َص ََل ُة ال َّر ُج ِل ِفي ََ َجا َع ٍة‬
‫ َل َينْ َه ُز ُه إِ َّل‬،‫ ُث َّم َأ َتى اَ َْل ْس ِج َد‬،‫ َو َذلِ َك َأ َّن َأ َح َد ُه ْم إِ َذا َت َو َّض َأ َف َأ ْح َس َن ا ْل ُو ُضو َء‬،‫َد َر َج ًة‬
‫ َو ُح َّط َعنْ ُه ِِ َبا‬،‫ إِ َّل ُرفِ َع َل ُه ِِ َبا َد َر َجة‬،‫ َف َل ْم ََ ْي ُط َخ ْط َو ًة‬،‫ َل ُي ِري ُد إِ َّل ال َّص ََل َة‬،‫ال َّص ََل ُة‬
‫ َما َكا َن ِت ال َّص ََل ُة ِه َي‬،‫ َكا َن ِفي ال َّص ََل ِة‬،‫ َفإِ َذا َد َخ َل اَ َْل ْس ِج َد‬،‫ َح َّتى َي ْد ُخ َل اَ ْلَ ْس ِج َد‬،‫َخطِي َئة‬
‫ َالل ُه َّم‬:‫ َي ُقو ُلو َن‬،‫ َما َدا َم ِفي ََ ْملِ ِس ِه ا َّل ِذي َصََّّل فِي ِه‬،‫ َواَ َْل ََلئِ َك ُة ُي َصلو َن َعََّل َأ َح ِد ُك ْم‬،‫ََ ْتبِ ُس ُه‬

)) ‫ َما َلْ َُ ْي ِد ْث فِي ِه‬،‫ َما َلْ ُي ْؤ ِذ فِي ِه‬،‫ َالل ُه َّم ُت ْب َع َل ْي ِه‬،‫ َالل ُه َّم ا ْغ ِف ْر َل ُه‬،‫ا ْر َْ ْح ُه‬

Daripada Abu Hurayrah , beliau berkata: Rasulullah  bersabda:

“Solat seorang lelaki secara berjemaah adalah melebihi solatnya
[secara sendirian] di rumahnya, dan solatnya di pasarnya sebanyak

44

dua puluh lebih darjat (di antara 23 dan 29). Dan itu
sesungguhnya adalah kerana apabila salah seorang daripada kamu
berwuduk, dan menyempurnakan wuduknya. Kemudian dia
datang ke masjid, tidak ada yang menggerakkannya melainkan
solat, tidak ada sebarang keinginan yang lain melainkan solat,
maka tidaklah dia melangkah satu langkah melainkan diangkat
baginya dengan langkahnya itu satu darjat, dan dihapuskan
baginya dengannya satu dosa/kesalahan, sehinggalah dia
memasuki masjid.

Maka apabila dia memasuki masjid, dia dikira sedang bersolat,
selama mana solatlah yang menahannya [daripada keluar dari
masjid].

Dan para malaikat itu sentiasa berselawat ke atas salah seorang
daripada kamu (beristighfar untuknya) selagi mana dia masih
berada di tempat solatnya di mana dia telah melakukan solat
padanya. Mereka berkata:

‫ َالل ُه َّم ُت ْب َع َل ْي ِه‬،‫ َالل ُه َّم ا ْغ ِف ْر َل ُه‬،‫َالل ُه َّم ا ْر َْ ْح ُه‬

Ya Allah, rahmatilah dia. Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah,
kurniakan taubat baginya.

selama mana dia tidak menyakiti [orang lain atau malaikat]
padanya, selama mana dia tidak berhadas (terbatal wuduknya).”

T: ;(Ibn Khuzaymah (311H), - Ṣaḥīḥ Ibn Khuzaymah), No. 1408 [Lafaz
di atas]; (al-Bukhārī (256H), 1999 - Ṣaḥīḥ al-Bukhārī), No. 477, 647 &
2119; (Muslim (261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 649;
(Abū Dāwud (275H), 2010 - Sunan Abī Dāwud), No. 559dan lain-lain.
[Status: Sahih]

45

Hadith 25: Melazimi Jama’ah Umat Islam dan
Masjid Menyelamatkan Seseorang Daripada Tipu
Daya Syaitan

:‫ َقا َل‬ ‫ َأ َّن َنبِ َّي الل ِه‬، ‫َع ْن ُم َعا ِذ ْب ِن َج َب ٍل‬

‫ َفإِ َّيا ُك ْم‬،‫(( إِ َّن ال َّش ْي َطا َن ِذ ْئ ُب ا ْْ ِل ْن َسا ِن َك ِذ ْئ ِب ا ْل َغ َن ِم َي ْأ ُخ ُذ ال َّشا َة ا ْل َقا ِص َي َة َوال َّنا ِح َي َة‬
)) ‫ َواَ ْلـَ ْس ِج ِد‬،‫ َوا ْل َعا َّم ِة‬،‫ َو َع َل ْي ُك ْم بِا ْل َـ ََم َع ِة‬،‫َوال ِّش َعا َب‬

Daripada Muʿadh Bin Jabal , beliau meriwayatkan bahawa
sesungguhya Nabi  bersabda:

“Sesungguhnya syaitan itu seumpama serigala bagi manusia
seperti serigala bagi kambing. Ia hanya mengambil (memakan)
kambing yang menyendiri jauh dan meminggir jauh dari
kawanannya. Maka berhati-hatilah kamu semua daripada
perpisahan/ perpecahan, dan hendaklah kamu semua sentiasa
berjama’ah (bersatu di bawah pemimpin yang sah), bersama
dengan masyarakat umum (Muslimin), dan (pergi ke) masjid.”

T: (Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No.21523 [Lafaz di atas] & 21601;
(al-Shashi (335H), - al-Musnad), No. 1387; (al-Būṣīrī (840H), 1998 - Itḥāf
al-Khiyarah al-Maharah bi Zawāʾid al-Masānīd al-ʿAsharah), No. 5697 &
5698; (al-Haythami (807H), - Bughyat al-Bahith 'an Zawa'id Musnad al-
Harith), No. 605; (al-Tabarānī (360H), - al-Muʿjam al-Kabīr), No. 344 &
345 dan lain-lain.
*(al-Haythamī (807H), 1994 - Majmaʿ al-Zawāʾid wa Manbaʿ al-
Fawāʾid), No. 2033, Jilid 2/10, p.23 dan beliau berkata: ( ‫ َوالَْعلَاء بْن ِزيَاد‬،‫َرَواه أَ ْح َمد‬
‫)لَ ْم يَ ْس َم ْع ِم ْن مَعاذ‬.

46

25.1 Solat Berjemaah di Masjid adalah daripada
Sunnah-sunnah Petunjuk (Sunan al-Hudā) Yang
Memelihara Seseorang Daripada Kesesatan (a)

: ِ‫ َقا َل َع ْب ُد الله‬:‫ َقا َل‬،‫َع ْن َأ ِب الأَ ْح َو ِص‬

‫ إِ ْن َكا َن‬،‫ َأ ْو َم ِريض‬،‫ إِ َّل ُم َنافِق َق ْد ُعلِ َم نِ َفا ُق ُه‬،‫َل َق ْد َر َأ ْي ُتنَا َو َما َي َت َخ َّل ُف َع َن ال َّص ََل ِة‬
‫ َع َّل َم َنا ُسنَ َن‬ ِ‫ إِ َّن َر ُسو َل الله‬:‫ َو َقا َل‬،‫ َح َّتى ي ْأ ِ َت ال َّص ََل َة‬،‫اَ ْلـَ ِري ُض َل َي ْمَِّش َب ْي َن َر ُج َل ْي ِن‬

‫ َوإِ َّن ِم ْن ُس َن ِن اْْل ُـ َدى ال َّص ََل َة ِفي اَ ْلـَ ْس ِج ِد ا َّل ِذي ُي َؤ َّذ ُن فِي ِه‬،‫اْْل ُـ َدى‬

Daripada Abu al-Ahwas, beliau berkata: ‘Abdullah Bin Masʿud 
berkata:

“Sesungguhnya aku telah melihat (masih teringat) kami (para
sahabat ), tidak ada yang meninggalkan solat (berjemaah)

melainkan seorang munafiq yang diketahui kemunafiqannya, atau
seorang yang sakit. Bahkan, seorang yang sakit ada yang sanggup
berjalan dengan dipapah dua orang lelaki sehingga dia datang
bersolat (berjemaah).

Dan beliau (Ibn Masʿud ) berkata: Sesungguhnya Rasulullah 
telah mengajarkan kami Sunnah-sunnah Petunjuk (sunan al-
hudā), dan sesungguhnya di antara Sunnah-sunnah Petunjuk
tersebut adalah bersolat di masjid yang dilaungkan azan padanya.”

T: (Muslim (261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 1051
[Lafaz di atas]; (Ibn Ḥibbān (354H), 1993 - Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān), No. 2100;
(Abu 'Awanah (316H), 1998 - Mustakhraj Abi 'Awanah), No. 1263; (Abu
Nu'aym al-Asbahani (430H), 1996M/1417H - al-Musnad al-Mustakhraj
'ala Sahih Muslim), No. 1461 dan lain-lain.[Status: Sahih]

47

25.1 Solat Berjemaah Di Masjid adalah Sunnah
Petunjuk (b)

:‫ َقا َل‬، ‫ َع ْن َع ْب ِد الل ِه‬،‫َع ْن َأ ِب ا ْلأَ ْح َو ِص‬

‫ َح ْي ُث ُينَا َدى‬،‫ َف ْل ُي َحافِ ْظ َعََّل َه ُؤ َل ِء ال َّص َل َوا ِت‬،‫ َأ ْن َي ْل َقى الل َه َغ ًدا ُم ْسلِ ًَم‬،‫(( َم ْن ََ َّس ُه‬
‫ َو َل ْو َأ َّن ُك ْم َص َّل ْي ُت ْم‬،‫ َوإََِّنُ َّن ِم ْن ُسنَ ِن اْْلـُ َدى‬،‫ َفإِ َّن اللهَ ََ َش َع لِ َنبِ ِّي ُك ْم ُسنَ َن اْْل ُـ َدى‬،‫ِِبِ َّن‬
،‫ َو َل ْو َت َر ْك ُت ْم ُس َّن َة َنبِ ِّي ُك ْم‬،‫ َل ََ َت ْك ُت ْم ُسنَّ َة َنبِ ِّي ُك ْم‬،‫ َك ََم ُي َص ِّل َه َذا اَ ْل ُـ َت َخ ِّل ُف ِفي َب ْيتِ ِه‬،‫ِفي ُب ُيوتِ ُك ْم‬
‫ ُث َّم َي ْع ِم ُد إِ َل َم ْس ِج ٍد ِم ْن َه ِذ ِه‬،‫ َو َما ِم ْن َر ُج ٍل َي َت َط َّه ُر َف ُي ْح ِس ُن الط ُهو َر‬،‫َل َض َل ْل ُت ْم‬
‫ َو ََ ُيط َعنْ ُه ِِ َبا‬،‫ َو َي ْر َف ُع ُه ِِ َبا َد َر َج ًة‬،‫ إِ َّل َك َت َب اللهُ َل ُه بِ ُك ِّل َخ ْط َو ٍة ََ ْي ُطو َها َح َس َن ًة‬،‫اَ ْل َـ َسا ِج ِد‬
‫ َو َل َق ْد َكا َن ال َّر ُج ُل ُي ْؤ َتى‬،‫ إِ َّل ُمنَافِق َم ْع ُلو ُم ال ِّن َفا ِق‬،‫ َو َل َق ْد َر َأ ْي ُت َنا َو َما َي َت َخ َّل ُف َع ْن َها‬،‫َس ِّي َئ ًة‬

)) ‫ َح َّتى ُي َقا َم ِفي ال َّص ِّف‬،‫ ُُ َيا َدى َب ْي َن ال َّر ُج َل ْي ِن‬،‫بِ ِه‬

Daripada Abu al-Ahwas, beliau meriwayatkan bahawa ‘Abdullah Bin
Mas’ud  berkata:

“Barangsiapa yang suka untuk bertemu dengan Allah kelak sebagai
seorang Muslim (yang sempurna), maka hendaklah dia
memelihara solat-solat [fardu] ini, di mana ia (azannya)
dilaungkan. Sesungguhnya Allah  telah menshariatkan bagi Nabi
kamu  sunnah-sunnah petunjuk, dan sesungguhnya ia (solat
fardu berjemaah di tempat azan dilaungkan/masjid) adalah
daripada sunnah-sunnah petunjuk.

Dan sekiranya kamu melakukan [solat fardu] kamu di rumah
kamu, seperti mana dilakukan oleh mutakhallif ini (orang yang
tidak bersolat fardu secara berjemaah di masjid) di rumahnya,
maka kamu telah meninggalkan sunnah Nabi kamu , dan

48

sekiranya kamu meninggalkan sunnah (petunjuk) Nabi kamu 
ini, pasti kamu akan jatuh sesat.
Dan tidak ada seorang lelaki pun yang bersuci/berwuduk, lalu dia
memperelokkan wudu’nya itu, kemudian dia pergi ke sebuah
masjid daripada masjid-masjid ini, melainkan Allah  akan
mencatat bagi setiap langkah yang dilakukannya itu satu kebaikan,
dan Dia mengangkatnya dengannya satu darjat, dan Dia
menggugurkan baginya dengannya satu kesalahan/dosa.
Dan sesungguhnya aku pernah melihat (masih teringat) kami
(para sahabat ), tidak ada yang meninggalkan solat (berjemaah
di masjid) melainkan seorang munafiq yang diketahui
kemunafiqannya. Dan sesungguhnya ada lelaki di kalangan kami
yang didatangkan untuk melakukanya dengan dipapah oleh dua
orang lelaki lain, sehinggalah dia [bersama kami] berdiri di dalam
saf [solat berjemaah di masjid].”
T: (Muslim (261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 1052
[Lafaz di atas]; (Abū Dāwud (275H), 2010 - Sunan Abī Dāwud), No. 462;
(Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No. 3849 & 4205 dan lain-lain.
[Status: Sahih].

49

Hadith 26: Duduk Di Dalam Masjid Menunggu Solat
Mendapat Pahala Bersolat

:‫ َأ َّن َر ُسو َل الل ِه َقا َل‬، ‫َع ْن َأ ِب ُه َر ْي َر َة‬
‫ َالل ُه َّم‬،‫ َالل ُه َّم ا ْغ ِف ْر َل ُه‬:‫(( اَ ْل َـ ََلئِ َك ُة ُت َص ِّل َعََّل َأ َح ِد ُك ْم َما َدا َم ِفي ُم َص ََّل ُه َما َلْ َُ ْي ِد ْث‬
‫ َل َي ْمنَ ُع ُه َأ ْن َينْ َقلِ َب إِ َل َأ ْهلِ ِه‬،‫ َل َي َزا ُل َأ َح ُد ُك ْم ِفي َص ََل ٍة َما َدا َم ِت ال َّص ََل ُة ََ ْتبِ ُس ُه‬،‫ا ْر َْ ْح ُه‬

)) ‫إِ َّل ال َّص ََل ُة‬

Daripada Abu Hurayrah , beliau meriwayatkan bahawa
sesungguhnya Rasulullah  bersabda:

“Para malaikat itu sentiasa berselawat (mendoakan keampunan)
bagi seseorang daripada kamu, selama mana dia masih berada di
tempat dia melakukan solat, selama mana dia belum berhadath
(dalam keadaan berwudu’). [Mereka berkata]:

‫ َالل ُه َّم ا ْر َْ ْح ُه‬،‫َالل ُه َّم ا ْغ ِف ْر َل ُه‬

Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, rahmatilah dia.
Dan seseorang daripada kamu itu [dikira] masih berada di dalam
solat selama mana solat jualah yang menghalangnya. Iaitu: tidak
ada yang menghalangnya untuk pulang kepada ahli keluarganya
[dari masjid] melainkan solat.”
T: (al-Bukhārī (256H), 1999 - Ṣaḥīḥ al-Bukhārī), No. 176 & 659 [Lafaz di
atas]; (Muslim (261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 662
& 663 dan lain-lain. [Status: Sahih].

50

26.1 Menunggu Solat Di Dalam Masjid dalam
Keadaan Berwuduk Dikira Sebagai Bersolat

: ‫ َقا َل النَّبِي‬:‫ َقا َل‬، ‫َع ْن َأ ِب ُه َر ْي َر َة‬

)) ‫ َما َلْ َُ ْي ِد ْث‬،‫(( َل َي َزا ُل ا ْل َع ْب ُد ِفي َص ََل ٍة َما َكا َن ِفي اَ ْل َـ ْس ِج ِد َينْ َتظِ ُر ال َّص ََل َة‬

Daripada Abu Hurayrah , beliau berkata: Nabi  bersabda:

“Seorang hamba sentiasa [dikira] berada dalam solat selama mana
dia berada di dalam masjid bagi menunggu solat, dan selama mana
dia belum berhadath [dalam keadaan berwudu’].”

T: (al-Bukhārī (256H), 1999 - Ṣaḥīḥ al-Bukhārī), No. 176 [Lafaz di atas];
(Muslim (261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 663; (Abū
Dāwud (275H), 2010 - Sunan Abī Dāwud), No. 470 dan lain-lain.

26.2 Menunggu Solat Di Dalam Masjid Dikira
Sebagai Bersolat

:‫ َس ِم ْع ُت َر ُسو َل اللهِ َي ُقو ُل‬:‫ َقا َل‬، ‫َع ْن َس ْه ِل ال َّسا ِع ِد ِّي‬

)) ‫(( َم ْن َكا َن ِفي اَ ْل َـ ْس ِج ِد َينْ َتظِ ُر ال َّص ََل َة َف ُه َو ِفي ال َّص ََل ِة‬

Daripada Sahl Bin Sa’d al-Sa’idi , beliau berkata: Aku telah
mendengar Rasulullah  bersabda:

“Barangsiapa yang berada di dalam masjid bagi menunggu solat
(dikerjakan), maka dia berada di dalam solat (dikira sebagai
sedang bersolat).”

T: (al-Nasāʿī (303H), 1986 - al-Sunan al-Sughrā / al-Mujtabā min al-
Sunan), No. 734 [Lafaz di atas]: Sanadnya baik; (Aḥmad (241H), 1995 -
al-Musnad), No. 22304; (Ibn Ḥibbān (354H), 1993 - Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān),
No. 1751 & 1752; (Abū Yaʿlā al-Mawṣilī (307H), 1992 - Musnad Abī Yaʿlā

51

al-Mawṣilī), No. 7546 & 7550; (al-Rūyānī (307H), 1416H - Musnad al-
Rūyānī), No. 1114 dan lain-lain. [Status: Sahih li ghayrih].

52

Hadith 27: Allah  Meredhai dan Kasih kepada
Seorang Muslim Yang Datang Bersolat dan Berzikir
di Masjid-masjid

:‫ َع ِن ال َنّبِ ِّي َقا َل‬، ‫َع ْن َأ ِب ُه َر ْي َر َة‬
‫ إِ َّل َت َب ْش َب َش الل ُه َل ُه َك ََم َي َت َب ْش َب ُش َأ ْه ُل‬،‫(( َما َت َو َّط َن َر ُجل ُم ْسلِم اَ ْل َـ َسا ِج َد لِل َّص ََل ِة َوال ِّذ ْك ِر‬

)) ‫ا ْل َغا ِئ ِب بِ َغائِبِ ِه ْم إِ َذا َق ِد َم َع َل ْي ِه ْم‬

Daripada Abu Hurayrah , beliau meriwayatkan bahawa Nabi 
bersabda:

“Tidaklah seorang lelaki Muslim itu mengambil tempatnya di
masjid-masjid untuk bersolat dan berzikir, melainkan Allah 
bergembira (redha dan kasih) dengannya sepertimana ahli
keluarga orang yang hilang/bermusafir bergembira dengan
kepulangannya kepada mereka.”
T: (Ibn Mājah (273H), 2010 - Sunan Ibn Mājah), No. 800 [Lafaz di atas]:
Sanadnya baik; (Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No. 8150 & 9531;
(Ibn Khuzaymah (311H), - Ṣaḥīḥ Ibn Khuzaymah), No. 1421; (Ibn Ḥibbān
(354H), 1993 - Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān), No. 1607 & 2278 dan lain-lain.[Status:
Sahih li ghayrih]

53

271. 1 I’tikaf di dalam Masjid, Khususnya di dalam
bulan Ramadan

:‫ َقا َل‬، ‫َع ْن َأ ِب ُه َر ْي َر َة‬
،‫ َف َل ََّم َكا َن ا ْل َعا ُم ا َّل ِذي ُقبِ َض فِي ِه‬،‫َكا َن ال َّنبِي َي ْع َتكِ ُف ِفي ُك ِّل َر َم َضا ٍن َعَِّْش َة َأ َّيا ٍم‬

‫ا ْع َت َك َف ِعِّْ ِشي َن َي ْو ًما‬

Daripada Abu Hurayrah , beliau berkata:
“Nabi  melakukan i’tikaf [di dalam Masjid Nabawi] pada setiap
bulan Ramadan selama sepuluh (10) hari.
Dan apabila tiba tahun di mana Baginda  wafat padanya, Baginda
 telah beri’tikaf selama dua puluh (20) hari [di dalamnya].”
T: (al-Bukhārī (256H), 1999 - Ṣaḥīḥ al-Bukhārī), No. 2044 [Lafaz di atas];
(al-Tirmidhī (279H), - al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidhī)), No. 790
dan beliau berkata: (‫ َو َعائِ َشةَ َح ِديث َح َسن َص ِحيح‬،َ‫( ;) َح ِديث أَبِي هَريَْرة‬Abū Dāwud
(275H), 2010 - Sunan Abī Dāwud), No. 2466; (Ibn Mājah (273H), 2010 -
Sunan Ibn Mājah), No. 1769 dan lain-lain. [Status: Sahih]

54

Hadith 28: Empat (4) Fadilat Besar Bagi
Perkumpulan Membaca al-Quran Di Masjid-Masjid

:‫ َقا َل‬ ‫ َع ِن ال َنّبِ ِّي‬، ‫َع ْن َأ ِب ُه َر ْي َر َة‬
‫(( َما ا ْج َت َم َع َق ْوم ِفي َب ْي ٍت ِم ْن ُب ُيو ِت الل ِه َت َعا َل َي ْت ُلو َن كِ َتا َب الل ِه َو َي َت َدا َر ُسو َن ُه َب ْينَ ُه ْم إِ َّل‬
‫ َو َذ َك َر ُه ُم الل ُه فِي َم ْن‬،‫ َو َح َّف ْت ُه ُم اَ ْلـَ ََل ِئ َك ُة‬،‫ َو َغ ِش َي ْت ُه ُم ال َّر ْْ َح ُة‬،‫َن َز َل ْت َع َل ْي ِه ُم ال َّسكِينَ ُة‬

))‫ِعنْ َد ُه‬

Daripada Abu Hurayrah , beliau meriwayatkan bahawa Nabi 
bersabda:

“Tidaklah berhimpun satu kaum/kumpulan manusia di dalam
sebuah rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid) dalam keadaan
mereka membaca kitab Allah dan saling bertadarus dengannya
melainkan:
(i) sakinah (keteguhan iman bersama ketenangan) akan turun

ke atas mereka (bagi menambah/mengukuhkan keimanan
mereka),
(ii) rahmat (Allah) akan meliputi mereka,
(iii) para malaikat akan mengerumuni mereka dan
(iv) Allah akan menyebut (nama) mereka kepada sesiapa (para
malaikat) di sisiNya (lalu mereka akan memohon
keampunan untuk nama-nama yang disebutkan).”

T: (Abū Dāwud (275H), 2010 - Sunan Abī Dāwud), No. 1455 [Lafaz di
atas]: Sanadnya sahih; (Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No. 9021; (Ibn
Ḥibbān (354H), 1993 - Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān), No. 768; (al-Tabarānī (360H),
- al-Muʿjam al-Awṣaṭ), No. 3780 dan lain-lain.

55

Hadith ini adalah merupakan dalil yang sangat jelas bagi
penshariatan pembacaan al-Qur’an di masjid-masjid secara beramai-
ramai seperti yang diamalkan oleh masyarakat kita bagi majlis bacaan
Yasin pada malam Jumaat. Dan pada waktu ini, amalan membaca al-
Qur’an secara berjemaah mula bertambah bagi surah-surah yang lain
seperti Surah al-Mulk dan Surah al-Kahfi di sebahagian masjid dan
surau – Alhamdulillah.

56

Hadith 29: Majlis Zikrullah di Masjid-masjid adalah
Majlis Orang-orang Yang Mempunyai Kemuliaan Di
Sisi Allah 

:‫ َقا َل‬ ‫ َع ْن َر ُسو ِل الل ِه‬، ‫َع ْن َأ ِب َس ِعي ٍد‬

‫ َم ْن َأ ْه ُل‬:‫ َف ِقي َل‬،)) ‫ َس َي ْع َل ُم َأ ْه ُل ا ْلـَ ْم ِع ا ْل َي ْو َم َم ْن َأ ْه ُل ا ْل َك َر ِم‬:‫(( َي ُقو ُل الل ُه َج َّل َو َع ََل‬
)) ‫ (( َأ ْه ُل ََ َمالِ ِس ال ِّذ ْك ِر ِفي اَ ْل َـ َسا ِج ِد‬:‫ا ْل َك َر ِم َيا َر ُسو َل الل ِه؟ َقا َل‬

Daripada Abū Saʿīd (al-Khudri) , beliau meriwayatkan bahawa
Rasulullah  bersabda:

“Allah (jalla wa ʿalā) akan berfirman (hadith qudsi): Orang-orang
di dalam perhimpunan pada hari (Akhirat) ini akan mengetahui
siapakah mereka orang-orang yang mempunyai kemuliaan (di
sisiKu).

Maka (Rasulullah ) ditanya: Siapakah ahli (pemilik) kemuliaan
itu, wahai Rasulullah?.

Baginda menjawab: Ahli majlis-majlis zikir di masjid-masjid
(ketika di dunia).”

T: (Ibn Ḥibbān (354H), 1993 - Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān), No.816 [Lafaz di atas];
(Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No.27309 & 27322; (Abū Yaʿlā al-
Mawṣilī (307H), 1992 - Musnad Abī Yaʿlā al-Mawṣilī), No. 1046&1403;
(al-Bayhaqī (458H), - Shuʿab al-Imān), No. 535 dan lain-lain.

Istilah “Majlis Zikir” adalah istilah yang datang dari Rasulullah 
sendiri di dalam banyak hadith Baginda . Ia bukanlah istilah yang
diciptakan atau dimulakan oleh para ulama’ semata-mata. Hakikat ini
menunjukkan kepentingan dan kemuliaan Majlis Zikir di dalam
Islam. Hadith ini juga menunjukkan kaitan masjid dengan majlis
zikir.

57

Istilah “Majlis Zikir” boleh merujuk kepada empat majlis iaitu:

(i) Majlis zikir (dengan makna yang khusus), di mana
tasbih, tahmid, tahlil, takbir, selawat dan istighfar serta
sebahagian al-Qur’an dibaca beramai-ramai,

(ii) Majlis pembacaan al-Qur’an beramai-ramai atau
sebahagiannya membaca al-Qur’an dan sebahagian
pula mendengarnya,

(iii) Majlis ilmu, di mana ilmu-ilmu agama khususnya
diajarkan, dan

(iv) Masjlis dakwah atau tazkirah, di mana seseorang
memberi nasihat dan peringatan kepada para hadirin
tentang ketaqwaan kepada Allah, kepentingan Sunnah
Rasulullah , seruan kepada akhlak-akhlak yang baik
serta menyintai akhirat dan membuat persiapan
baginya.

Namun begitu, istilah majlis zikir pada kebiasaannya digunakan
untuk merujuk kepada majlis zikir dengan makna yang khusus.
Terdapat empat majlis zikir yang tersebar dan diamalkan secara
meluas di kalangan masyarakat Islam di Malaysia, khususnya di
masjid dan surau iaitu:

(i) Zikir berjemaah selepas solat fardu,
(ii) Majlis Tahlil,
(iii) Majlis bacaan Yasin, khususnya pada malam Jumaat di

antara Maghrib dan Isyak, di masjid dan surau,
(iv) Majlis Mawlid Nabi .

“Segala pujian hanyalah bagi Allah”

58

Hadith 30: Fadilah Pergi ke Masjid Bagi
Mempelajari Ilmu atau Membaca al-Qur’an

:‫ َقا َل‬، ‫َع ْن ُع ْق َب َة ْب ِن َعا ِم ٍر‬
‫ (( َأي ُك ْم َُيِب َأ ْن َي ْغ ُد َو ُك َّل َي ْو ٍم إِ َل‬:‫ َف َقا َل‬،‫َخ َر َج َر ُسو ُل الل ِه َو َن ْح ُن ِفي الص َّف ِة‬
،)) ‫ َو َل َق ْط ِع َر ِح ٍم؟‬،‫ ِفي َغ ْ ِي إِ ْث ٍم‬،‫ َأ ْو إِ َل ا ْل َع ِقي ِق َف َي ْأ ِ َت ِم ْن ُه بِنَا َق َت ْي ِن َك ْو َما َو ْي ِن‬،‫ُب ْط َحا َن‬
‫ َأ ْو‬،‫ (( َأ َف ََل َي ْغ ُدو َأ َح ُد ُك ْم إِ َل اَ ْل َـ ْس ِج ِد َف َي ْع َل ُم‬:‫ َقا َل‬،‫ ُن ِحب َذلِ َك‬،‫ َيا َر ُسو َل الل ِه‬:‫َف ُق ْل َنا‬
‫ َو َأ ْر َبع َخ ْي َل ُه‬،‫ َو َث ََلث َخ ْي َل ُه ِم ْن َث ََل ٍث‬،‫ َخ ْي َل ُه ِم ْن َنا َق َت ْي ِن‬ ِ‫َي ْق َر ُأ آ َي َت ْي ِن ِم ْن كِ َتا ِب الله‬

)) ‫ َو ِم ْن َأ ْع َدا ِد ِه َّن ِم َن اْ ِلبِ ِل؟‬،‫ِم ْن َأ ْر َب ٍع‬

Daripada ‘Uqbah Ibn ‘Amir , beliau berkata:
“Rasulullah  telah keluar [datang kepada kami] sedangkan kami
berada di Suffah. Lalu Baginda  bersabda: Siapakah di antara
kalian yang suka untuk keluar pada awal pagi setiap hari ke
Buthan, atau ke ‘Aqiq2, kemudian dia pulang daripadanya dengan
dua ekor unta betina yang besar, tanpa melakukan sebarang dosa
atau memutuskan silaturahim?.
Kami berkata: Wahai Rasulullah, kami suka untuk melakukannya.
Baginda  pun bersabda: Maka, mengapakah tidak salah seorang
seorang daripada kamu keluar pada awal pagi ke masjid, lalu dia
mengetahui (mempelajari) atau membaca dua ayat Al-Qur’an
daripada Kitab Allah, kerana ia lebih baik baginya daripada dua

2 Buthan dan ‘Aqiq adalah dua tempat yang berdekatan dengan Madinah di
zaman Rasulullah .

59

ekor unta betina, dan tiga ayat daripadanya adalah lebih baik dari
tiga ekor unta betina, dan empat ayat daripadanya adalah lebih
baik dari empat ekor unta betina, dan seterusnya dengan bilangan-
bilangannya daripada unta?.”
T: (Muslim (261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 806
[Lafaz di atas]; (Abū Dāwud (275H), 2010 - Sunan Abī Dāwud), No. 1456;
(Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No. 16955; (Ibn Ḥibbān (354H), 1993
- Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān), No. 115 dan lain-lain. [Status: Sahih].

60

Hadith 31: Keharusan Melantunkan Syair dan
Qasidah Memuji Rasulullah  atau Seumpamanya di
dalam Masjid

: ‫َع ْن َأ ِب ُه َر ْي َر َة‬

‫ َق ْد‬:‫ َف َقا َل‬،‫) َو ُه َو ُي ْن ِش ُد ال ِّش ْع َر ِفي اَ ْل َـ ْس ِج ِد َف َل َح َظ إِ َل ْي ِه‬( ‫) َم َّر بِ َح َّسا َن‬( ‫َأ َّن ُع َم َر‬
َ‫ َأ ْن ُش ُد َك الله‬:‫ َف َقا َل‬،)( ‫ ُث َّم ا ْل َت َف َت إِ َل َأ ِب ُه َر ْي َر َة‬،‫ُكنْ ُت ُأ ْن ِش ُد َوفِي ِه َم ْن ُه َو َخ ْي ِمنْ َك‬
‫ َالل ُه َّم‬:‫ َقا َل‬،))‫ َالل ُه َّم َأ ِّي ْد ُه بِ ُرو ِح ا ْل ُق ُد ِس‬،‫ (( َأ ِج ْب َع ِنّي‬:‫َأ َس ِم ْع َت َر ُسو َل اللهِ َي ُقو ُل‬

.‫َن َع ْم‬

Daripada Abu Hurayrah , beliau meriwayatkan bahawa:

“Sesungguhnya Umar (al-Khattab)  lalu berdekatan dengan
Hassan (Ibn Thabit)  ketika beliau sedang melantunkan syair
(membaca syair dengan suara yang tinggi) di dalam Masjid
(Nabawi), lalu beliau (Umar ) memandang kepadanya.

Maka beliau (Hassan ) pun berkata: Sesungguhnya aku pernah
melantunkan/ membaca (syair) dengan suara yang tinggi ketika di
dalamnya (masjid ini) ada seseorang yang lebih baik dari kamu
(iaitu di hadapan Rasulullah ).

Kemudian, beliau pun berpaling kepada Abu Hurayrah , dan
berkata: Aku memanggilmu dengan (kemuliaan) Allah, adakah
engkau pernah mendengar Rasulullah  bersabda (kepadaku):
Jawablah bagi pihakku [terhadap kaum Mushrikin]. Ya Allah!
Bantulah dia dengan Ruh al-Qudus (Jibril ).

Beliau (Abu Hurayrah ) pun menjawab: Ya Allah! Benar.”

T: (al-Bukhārī (256H), 1999 - Ṣaḥīḥ al-Bukhārī), No. 453, 3212 & 6152;
(Muslim (261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 2487

61

[Lafaz di atas]: Kitab Fada’il al-Sahabah/ Bab Fada’il Hassan Ibn Thabit
 dan lain-lain..
Ketika mensyarahkan hadith ini, Imam al-Nawawi (676H) berkata:

‫فِي ِه َج َوا ُز إِ ْن َشا ِد ال ِّش ْع ِر ِفي اَ َْل ْس ِج ِد إِ َذا َكا َن ُم َبا ًحا َوا ْستِ ْح َبا ُب ُه إِ َذا َكا َن في َمادح اْلسَلم‬
‫وأهله أوفي ِه َجا ِء ا ْل ُك َّفا ِر َوال َّت ْح ِري ِض َعََّل ِق َتاْ ِل ْم َأ ْو ََ ْت ِق ِي ِه ْم َو َن ْح ِو َذلِ َك َو َه َك َذا َكا َن‬

‫ِش ْع ُر َح َّسا َن َوفِي ِه ا ْستِ ْح َبا ُب الد َعا ِء َ َلِ ْن َقا َل ِش ْع ًرا ِم ْن َه َذا ال َنّ ْو ِع‬

“Padanya [dalil] keharusan melantunkan syair di dalam masjid
apabila syair itu berkaitan sesuatu yang harus; dan [dalil] ia
disunatkan apabila syair itu berkaitan dengan puji-pujian kepada
Islam dan ahlinya, atau jika ia untuk menjatuhkan kafir (harbi)
dan mendorong bagi memerangi mereka atau menghina mereka
(kafir harbi) dan seumpamanya, dan begitulah bentuk syair
[Saidina] Hassan  dan padanya juga [dalil] sunat mendoakan
bagi sesiapa yang melantunkan syair dari jenis (yang baik) ini..”

T: (al-Nawawi (676H), 1999 - al-Minhaj: Sharh sahih Muslim Ibn al-
Hajjaj).

31.1 Larangan Melantunkan Syair Jahiliyyah dan
Kebatilah di dalam Masjid

:‫ َع ْن َر ُسو ِل الل ِه َأ َّن ُه‬، ‫َع ْن َع ْب ِد الل ِه ْب ِن َع ْم ٍرو‬
‫ َو َأ ْن َي َت َح َّل َق ال ّنَا ُس فِي ِه‬،‫ َو َع ِن ا ْل َب ْي ِع َوا ْ ِل ْش َِ َتا ِء فِي ِه‬،‫ََنَى َع ْن َت َنا ُش ِد ا ْلأَ ْش َعا ِر ِفي اَ ْلـَ ْس ِج ِد‬

‫َي ْو َم ا ْل ُـ ُم َع ِة َق ْب َل ال َّص ََل ِة‬

Daripada ‘Abdullah Bin ‘Amr , beliau meriwayatkan bahawa

sesungguhnya:

“Baginda Rasulullah  melarang daripada dilantunkan syair-syair
di masjid; dan daripada jualan dan belian dilakukan di dalamnya;

62

dan daripada perbuatan orang ramai yang duduk dalam
kumpulan-kumpulan yang banyak di dalamnya pada hari Jumaat
sebelum solat [Jumaat].”
T: (al-Tirmidhī (279H), - al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidhī)), No. 322
[Lafaz di atas] dan beliau berkata: (‫;) َح ِديث َع ْب ِد الل ِه ْب ِن َع ْم ِرو ْب ِن ا ْل َعا ِص َح ِديث َح َسن‬
(al-Nasāʿī (303H), 1986 - al-Sunan al-Sughrā / al-Mujtabā min al-Sunan),
No. 715; (Ibn Mājah (273H), 2010 - Sunan Ibn Mājah), No. 749 dan lain-
lain. [Status: Hasan].
Hadith ini seolah-seolah bertentangan pada zahirya dengan hadith
sebelum ini yang membenarkan syair dilantunkan di dalam masjid.
Kaedah pengharmonian di antara makna kedua-dua hadith ini telah
disebut oleh Al-Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani di dalam “Fath
al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari”, di mana beliau berkata:

‫َفا َْل ْم ُع َب ْي َن َها َو َب ْي َن َح ِدي ِث ا ْل َبا ِب َأ ْن َُ ْي َم َل ال َّن ْه ُي َعََّل َتنَا ُش ِد َأ ْش َعا ِر ا َْلا ِهلِ َّي ِة َواَ ُْل ْبطِلِي َن‬
‫َواَ َْل ْأ ُذو ُن فِي ِه َما َسلِ َم ِم ْن َذلِ َك‬

“Dan kaedah untuk menghimpunkan di antara hadith ini dan
hadith yang menjadi asas dalam bab ini ialah:
Larangan yang disebutkan [di dalam hadith ini] diletakkan pada
lantunan syair-syair jahiliyyah dan golongan yang batil.
Dan [lantunan syair] yang dibenarkan ialah syair-syair yang
bebas/sejahtera daripada elemen-elemen (jahiliyyah dan
kebatilan) tersebut.”
R: (Ibn Ḥajar al-ʿAsqalānī (852H), 1960 - Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-
Bukhari), Jilid 1/13, p.527.

63

ADAB-ADAB MASJID

Hadith 32: Doa Masuk dan Keluar Masjid (a)

: ِ‫ َقا َل َر ُسو ُل الله‬:‫ َقا َل‬، ‫ َأ ْو َع ْن َأ ِب ُأ َس ْي ٍد‬، ‫َع ْن َأ ِب ُْ َح ْي ٍد‬
،‫ َوإِ َذا َخ َر َج‬،‫ َالل ُه َّم ا ْف َت ْح ِل َأ ْب َوا َب َر ْْ َحتِ َك‬:‫ َف ْل َي ُق ْل‬،‫(( إِ َذا َد َخ َل َأ َح ُد ُك ُم اَ ْل َـ ْس ِج َد‬

)) ‫ َالل ُه َّم إِِِّّن َأ ْس َأ ُل َك ِم ْن َف ْضلِ َك‬:‫َف ْل َي ُق ْل‬

Daripada Abu Humayd  atau Abu Usayd , beliau berkata:
Rasulullah  bersabda:

“Apabila salah seorang daripada kamu masuk ke masjid, maka
hendaklah dia mengucapkan:

‫َالل ُه َّم ا ْف َت ْح ِل َأ ْب َوا َب َر ْْ َحتِ َك‬

Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu,
Dan apabila dia keluar [daripada masjid], maka hendaklah dia
mengucapkan:

‫َالل ُه َّم إِِِّّن َأ ْس َأ ُل َك ِم ْن َف ْضلِ َك‬

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon daripadaMu kurniaan-
kurniaan [milik]Mu.”
T: (Muslim (261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 715
[Lafaz di atas]; (Abū Dāwud (275H), 2010 - Sunan Abī Dāwud), No. 465;
(al-Nasāʿī (303H), 1986 - al-Sunan al-Sughrā / al-Mujtabā min al-Sunan),
No. 729; (Ibn Mājah (273H), 2010 - Sunan Ibn Mājah), No. 772 dan lain-
lain.

64

32.1 Doa Masuk Masjid (b)

‫ َب َل َغنِي َأ َّن َك َح َّد ْث َت َع ْن‬:‫ َف ُق ْل ُت َل ُه‬،‫ َل ِقي ُت ُع ْق َب َة ْب َن ُم ْسلِ ٍم‬:‫ َقا َل‬،‫َع ْن َح ْي َو َة ْب ِن َُ َش ْي ٍح‬
: ‫ َع ِن ال َّنبِ ِّي‬، ‫َع ْب ِد الل ِه ْب ِن َع ْم ِرو ْب ِن ا ْل َعا ِص‬

‫ (( َأ ُعو ُذ بِاللهِ ا ْل َعظِي ِم َوبِ َو ْج ِه ِه ا ْل َك ِري ِم َو ُس ْل َطانِ ِه ا ْل َق ِدي ِم‬:‫ َقا َل‬،‫َأ َّن ُه َكا َن إِ َذا َد َخ َل اَ ْلـَ ْس ِج َد‬
:‫ َقا َل ال َّش ْي َطا ُن‬،‫ َفإِ َذا َقا َل َذلِ َك‬:‫ َقا َل‬،‫ َن َع ْم‬:‫ َأ َقط؟ ُق ْل ُت‬:‫ َقا َل‬،)) ‫ِم َن ال َّش ْي َطا ِن ال َّر ِجي ِم‬

.‫ُح ِف َظ ِم ِنّي َسائِ َر ا ْل َي ْو ِم‬

Daripada Haywah Bin Shurayh, beliau berkata: Aku telah bertemu
dengan ‘Uqbah Bin Muslim, dan aku berkata kepadanya: Telah
sampai berita kepadaku bahawa engkau meriwayatkan daripada
‘Abdullah Bin ‘Amr Bin al-‘As , beliau meriwayatkan tentang Nabi

 bahawa:

“Apabila Baginda  masuk ke masjid, Baginda  bersabda:

‫َأ ُعو ُذ بِالل ِه ا ْل َعظِي ِم َوبِ َو ْج ِه ِه ا ْل َك ِري ِم َو ُس ْل َطانِ ِه ا ْل َق ِدي ِم ِم َن ال َّش ْي َطا ِن ال َّر ِجي ِم‬

Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Agung, dan dengan
ZatNya yang Maha Mulia, serta KekuasaanNya yang Maha
Terdahulu/Sedia Ada, daripada syaitan yang direjam.”

Beliau (‘Uqbah Bin Salim) berkata: Adakah itu sahaja [yang kamu
dengar]?. Aku (Haywah Bin Shurayh) berkata: Ya. Beliau berkata:
Maka apabila seseorang itu berkata sedemikian, maka syaitan akan
berkata: Dia telah dipelihari daripadaku pada seluruh hari ini.”

T: (Abū Dāwud (275H), 2010 - Sunan Abī Dāwud), No. 466 [Lafaz di
atas]: Sanadnya baik & (al-Bayhaqi (458H), 1986 - al-Da'awat/ al-Da'wat
al-Kabir), No. 65: Sanadnya baik.

65

32.2 Solat Sunat Tahiyyatul Masjid

: ‫ َقا َل ال َنّبِي‬:‫ َقا َل‬، ‫َع ْن َأ ِب َق َتا َد َة ْب ِن ِر ْب ِعي ا ْلأ ْن َصا ِر ِّي‬
)) ‫(( إِ َذا َد َخ َل َأ َح ُد ُك ُم اَ ْلـَ ْس ِج َد َف ََل ََ ْيلِ ْس َح َّتى ُي َص ِّ َل َر ْك َع َت ْي ِن‬

Daripada Abu Qatadah Bin Rib’i al-Ansari , beliau berkata: Nabi 
bersabda:

“Apabila salah seorang daripada kamu masuk ke masjid, maka
janganlah dia duduk sehingga dia mengerjakan solat dua rakaat
(Tahiyyatul Masjid).”
T: (al-Bukhārī (256H), 1999 - Ṣaḥīḥ al-Bukhārī), No. 444 & 1167 [Lafaz di
atas]; (Muslim (261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 715;
(Abū Dāwud (275H), 2010 - Sunan Abī Dāwud), No. 467; (al-Nasāʿī
(303H), 1986 - al-Sunan al-Sughrā / al-Mujtabā min al-Sunan), No. 730;
(Ibn Mājah (273H), 2010 - Sunan Ibn Mājah), No. 1013 dan lain-lain.
[Status: Sahih Muttafaq ‘alayh].

66

Hadith 33: Rasulullah  Memerintahkan Agar
Masjid Dibina Di Kawasan Penempatan Serta
Dipelihara Kebersihannya

:‫ َقا َل ْت‬، ‫َع ْن َعا ِئ َش َة‬

)) ‫(( َأ َم َر َر ُسو ُل اللهِ بِبِنَا ِء اَ ْل َـ َسا ِج ِد ِفي الدو ِر َو َأ ْن ُتنَ َّظ َف َو ُت َط َّي َب‬

Daripada Saidatina ‘A’ishah , beliau berkata:

“Rasulullah  telah memerintahkan agar masjid-masjid dibina di
kawasan-kawasan qabilah-qabilah/ penempatan, dan agar masjid-
masjid tersebut dibersihkan dan diletakkan wangi-wangian.”

T: (al-Tirmidhī (279H), - al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidhī)), No.
594 [Lafaz di atas]; (Abū Dāwud (275H), 2010 - Sunan Abī Dāwud), No.
455; (Ibn Mājah (273H), 2010 - Sunan Ibn Mājah), No. 758 & 759;
(Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No. 25853; (Ibn Khuzaymah (311H),
- Ṣaḥīḥ Ibn Khuzaymah), No. 1227; (Ibn Ḥibbān (354H), 1993 - Ṣaḥīḥ Ibn
Ḥibbān), No. 1634 dan lain-lain.

33.1: Perintah Rasulullah  Bagi Memelihara
Kebersihan Masjid

:‫ َأ َّن ُه َك َت َب إِ َل ا ْبنِ ِه‬، ‫َع ْن َس ُم َر َة‬
‫ َفإِ َّن َر ُسو َل الل ِه َكا َن َي ْأ ُم ُر َنا بِاَلْ َـ َسا ِج ِد َأ ْن َن ْصنَ َع َها ِفي ِد َيا ِر َنا َو ُن ْصلِ َح‬،‫َأ َّما َب ْع ُد‬

‫َصنْ َع َت َها َو ُن َط ِّه َر َها‬

Daripada Samurah (Bin Jundub) , sesungguhnya beliau telah
menulis surat kepada anaknya dengan berkata:

“Amma’ ba’d (Adapun selepas itu), sesungguhnya Rasulullah 
telah memerintahkan kami berkenaan masjid:

67

 agar kami membinanya di kawasan rumah-rumah (tempat
tinggal) kami, dan

 agar kami memperbaikkan/memperbaiki binaannya dan
 agar kami sentiasa membersihkannya.”
T: (Abū Dāwud (275H), 2010 - Sunan Abī Dāwud), No. 456 [Lafaz di
atas]; (al-Bayhaqī (458H), 2000 - al-Sunan al-Kubrā), No. 3962; (al-
Bazzār (292H), 1997 - al-Baḥr al-Zakhkhār bi Musnad al-Bazzār), No.
4622 & (al-Tabarānī (360H), - al-Muʿjam al-Kabīr), No. 7026 & 7027.

33.2: Perintah Rasulullah  Bagi Memelihara
Kebersihan Masjid

:‫ َقا َل‬، ‫َع ْن َس ُم َر َة ْب ِن ُج ْن ُد ٍب‬
‫ َو َأ َم َر َنا َأ ْن ُننَ ِّظ َف َها‬،‫َأ َم َر َنا َر ُسو ُل الل ِه َأ ْن َن َّت ِخ َذ اَ ْلـَ َسا ِج َد ِفي ِد َيا ِر َنا‬

Daripada Samurah Bin Jundub , beliau berkata:
“Rasulullah  memerintahkan kami agar kami membina masjid di
[sekitar] kawasan kediaman kami, dan Baginda  memerintahkan
kami agar sentiasa membersihkannya.”
T: (Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No. 19670 [Lafaz di atas]; (al-
Tabarānī (360H), - Musnad al-Shāmiyyīn), No. 3483 & (Ibn Ḥajar al-
ʿAsqalānī (852H), 1996 - Ithaf al-Maharah bi al-Fawa'id al-Mubtakarah
min Atraf al-'Asharah), No. 5915: Semuanya dengan lafaz yang sama.

Semua hadith di atas memberikan maksud yang sama.

68

Hadith 34: Pahala Membersihkan Masjid Daripada
Kekotoran Walaupun Sangat Kecil

:  ِ‫ َقا َل َر ُسو ُل الله‬:‫ َقا َل‬، ‫َع ْن َأ َن ِس ْب ِن َمالِ ٍك‬
‫ َو ُع ِر َض ْت َع َ َّل‬،‫(( ُع ِر َض ْت َع َ َّل ُأ ُجو ُر ُأ َّمتِي َح َّتى ا ْل َق َذا ُة َُ ْي ِر ُج َها ال َّر ُج ُل ِم َن اَ ْلـَ ْس ِج ِد‬
)) ‫ُذ ُنو ُب ُأ َّمتِي َف َل ْم َأ َر َذ ْن ًبا ُه َو َأ ْع َظ ُم ِم ْن ُسو َر ٍة ِم َن ا ْل ُق ْرآ ِن َأ ْو آ َي ٍة ُأوتِي َها َر ُجل ُث َّم َن ِس َي َها‬

Daripada Anas Bin Malik , beliau berkata: Rasulullah  bersabda:

“Telah dibentangkan kepadaku pahala-pahala umatku sehingga
satu kotoran kecil yang dibuang oleh seseorang dari dalam masjid
sekalipun.

Dan telah dibentangkan kepadaku dosa-dosa umatku, maka aku
tidak melihat dosa yang lebih besar daripada surah daripada al-
Quran atau satu ayat daripadanya yang telah diberikan kepada
seseorang (hafalannya), kemudian dia melupakannya.”

T: (Ibn Khuzaymah (311H), - Ṣaḥīḥ Ibn Khuzaymah), No. 1230 [Lafaz di
atas]; (al-Tirmidhī (279H), - al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidhī)), No.
2916 dan beliau berkata: (‫ َل َن ْع ِرفه إِ َل ِم ْن َه َذا ا ْل َو ْج ِه‬،‫( ;) َه َذا َح ِديث َغ ِريب‬Abū Dāwud
(275H), 2010 - Sunan Abī Dāwud), No. 461; (al-Bayhaqī (458H), 2000 -
al-Sunan al-Kubrā), No. 3965; (al-Bazzār (292H), 1997 - al-Baḥr al-
Zakhkhār bi Musnad al-Bazzār), No. 6219; (Abū Yaʿlā al-Mawṣilī
(307H), 1992 - Musnad Abī Yaʿlā al-Mawṣilī), No. 4265; (ʿAbd al-Razzāq
al-Sanʿānī (211H), 1403H - al-Muṣannaf), No. 5977; (al-Tabarani (360H),
- al-Mu'jam al-Saghir), No. 198; (al-Tabarānī (360H), - al-Muʿjam al-
Awṣaṭ), No. 6489 dan lain-lain. S: Jabir .
Al-Qadhah (ُ‫ )القَ َذاة‬adalah tanah kecil atau seumpamanya yang boleh
masuk ke dalam mata dan minuman.

69

34.1 Mengotorkan Masjid Walaupun Sedikit adalah
Dosa

:‫ َع ِن النَّبِ ِّي َقا َل‬، ‫َع ْن َأ ِب َذر‬
‫ ا ْلأَ َذى ُي ََم ُط‬،‫ َف َو َج ْد ُت ِفي َُ َما ِس ِن َأ ْع ََمَِْلا‬،‫ َأ ْع ََم ُل ُأ َّمتِي َح َس ُن َها َو َس ِّي ُئ َها‬،‫(( ُع ِر َض ْت َع َ َّل‬

)) ‫ َل ُت ْد َف ُن‬،‫ َت ُكو ُن ِفي اَ َْل ْس ِج ِد‬،‫ الن َخا َع َة‬،‫ َو َو َج ْد ُت ِفي َم َسا ِوي َأ ْع ََمَِْلا‬،‫َع ِن ال َّط ِري ِق‬

Daripada Abu Dharr al-Ghifari , beliau meriwayatkan bahawa Nabi
 bersabda:

“Telah dibentangkan kepadaku amalan-amalan umatku, amalan
mereka yang baik dan buruk.
Lalu aku mendapati di antara amalan-amalan mereka yang baik
(walaupun dipandang kecil) ialah: mengalihkan sesuatu yang
menyakitkan dari jalan/laluan, dan aku juga mendapati di antara
amalan-amalan mereka yang buruk (walaupun dipandang kecil)
ialah: Kahak yang dibuang di dalam masjid dan tidak
ditanam/ditimbus.”
T: (Muslim (261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 555
[Lafaz di atas]; (Ibn Mājah (273H), 2010 - Sunan Ibn Mājah), No. 3683;
(Aḥmad (241H), 1995 - al-Musnad), No. 21038, 21039 & 21056 dan lain-
lain. [Status: Sahih]

70

34.2: Mengotorkan Masjid adalah Satu Dosa dan
Kesalahan

: ‫ َقا َل النَّبِي‬:‫ َقا َل‬، ‫َع ْن َأ َن ِس ْب ِن َمالِ ٍك‬
)) ‫(( ا ْل ُب َزا ُق ِفي اَ ْل َـ ْس ِج ِد َخطِي َئة َو َك َّفا َر ُُ َتا َد ْف ُن َها‬

Daripada Anas Bin Malik , beliau berkata: Rasulullah  bersabda:
“Meludah di dalam masjid adalah satu kesalahan/dosa, dan
kaffarahnya ialah menanamnya/menimbusnya [bagi masjid yang
berlantaikan tanah].”
T: (al-Bukhārī (256H), 1999 - Ṣaḥīḥ al-Bukhārī), No. 415 [Lafaz di atas];
(Muslim (261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 554
[Dalam salah satu riwayat: ‫ ] الَتّ ْفل فِي الْ َم ْس ِج ِد‬dan lain-lain. [Status: Sahih
muttafaq ‘alayh]

71

Hadith 35: Menjaga Kehormatan Masjid untuk
Zikrullah, Solat dan Al-Qur’an

:‫ َأ َّن َر ُسو َل الل ِه َد َعا َأ ْع َرابِ ًّيا ا َّل ِذي َبا َل ِفي اَ ْل َـ ْس ِج ِد َف َقا َل َل ُه‬ ‫َع ْن َأ َن ٍس‬
 ِ‫ إِ َّن ََم ِه َي لِ ِذ ْك ِر الله‬،‫(( إِ َّن َه ِذ ِه اَ ْل َـ َسا ِج َد َل َت ْص ُل ُح لِ ََّ ْش ٍء ِم ْن َه َذا ا ْل َب ْو ِل َو َل ا ْل َق َذ ِر‬

)) ‫َوال َّص ََل ِة َو ِق َرا َء ِة ا ْل ُق ْرآ ِن‬

Daripada Anas Bin Malik , beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah
 telah memanggil seorang lelaki arab kampung yang telah
membuang air kecil di dalam masjid dan bersabda kepadanya:

“Sesungguhnya masjid-masjid ini tidak boleh digunakan untuk
sesuatu daripada [membuang] air kecil dan apa sahaja kekotoran.
Ia adalah semata-mata untuk mengingati dan menyebut Allah
(zikrullah), solat dan membaca al-Qur’an.”
T: (Muslim (261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 287.
[Dengan ringkasan].

Di dalam hadith ini juga, Rasulullah  juga menyebutkan tiga amalan
utama di masjid iaitu:

1. Zikrullah
2. Solat
3. Bacaan Al-Qur’an

72

35.1 Memelihara Kehormatan Masjid Daripada
Perkara-perkara Yang Tidak Layak Dengan
Kemuliaannya

:‫ َأ َّن ال َّنبِ َّي َقا َل‬، ‫َع ْن َواثِ َل َة ْب ِن ا ْلأَ ْس َق ِع‬

‫ َو َر ْف َع‬،‫ َو ُخ ُصو َماتِ ُك ْم‬،‫ َو َب ْي َع ُك ْم‬،‫ َو َِ َشا َء ُك ْم‬،‫ َو ََ َمانِي َن ُك ْم‬،‫(( َج ِّن ُبوا َم َسا ِج َد ُك ْم ِص ْب َيا َن ُك ْم‬
‫ َو ََ ِّج ُرو َها‬،‫ َواََّّ ِت ُذوا َعََّل َأ ْب َواِِ َبا اَ ْلـَ َطا ِه َر‬،‫ َو َس َّل ُس ُيوفِ ُك ْم‬،‫ َوإِ َقا َم َة ُح ُدو ِد ُك ْم‬،‫َأ ْص َواتِ ُك ْم‬

)) ‫ِفي ا ْل ُـ َم ِع‬

Daripada Wathilah Ibn Al-Asqa’ , beliau meriwayatkan bahawa
Rasulullah  bersabda:

“Jauhkanlah masjid-masjid kamu daripada kanak-kanak kamu,
orang-orang gila kamu, jual-beli kamu, pertelingkahan-
pertelingkahan kamu, kebingitan suara-suara kamu, perlaksanaan
hukum hudud kamu, hunusan pedang-pedang kamu.

Dan letakkanlah di pintu-pintunya tempat-tempat bersuci, dan
wangikanlah ia pada hari-hari Jumaat.”

T: (al-Bayhaqī (458H), 2000 - al-Sunan al-Kubrā; al-Tabarānī (360H), -
al-Muʿjam al-Kabīr; al-Tabarānī (360H), - Musnad al-Shāmiyyīn; Ibn
ʿAsākir (571H), 1998 - Tārīkh Dimashq; Ibn Mājah (273H), 2010 - Sunan
Ibn Mājah) dan lain-lain. S: Mu’adh Ibn Jabal , Abu Umamah al-Bahili
 dan Abu al-Darda’ .
*(al-Shawkani (1250H), - al-Fawa'id al-Majmu'ah fi al-Ahadith al-
Mawdu'ah), No. 62 dan beliau berkata: ( ‫ َضِعيف َولَك ْن لَه‬:‫قَا َل ال َّس َخا ِوي ِفي الْ َمَقا ِص ِد‬
‫) َشا ِهد بِأَ َسانِي َد لا تَ ْخلو َع ْن َض ْعف‬.
*Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani meriwayatkan hadith ini dari Mu’adh Bin
Jabal  di dalam al-Maṭālib al-ʿĀliyah bi Zawāʾid al-Masānid al-
Thamāniyah, No. 1458 dan beliau berkata: ( ‫ َوَك َذا َرَواه ال َطّبَ َرانِي فِي الْ َكبِي ِر ِم ْن ِرَوايَِة‬:‫ق ْلت‬
،‫ َوأَبِي أَماَمةَ َرَواه َما ال َطّبَ َرانِي فِي الْ َكبِي ِر‬،‫ َولَه َشا ِهد ِم ْن َح ِدي ِث أَبِي ال َّد ْرَداِء‬،‫ َع ْن مَعاذ َولَ ْم يَ ْس َم ْع ِمْنه‬،‫َم ْكحول‬
‫ َم ْن َح ِدي ِث َواثِلَةَ بْ ِن اْلَ ْسَق ِع " َج ِّمروَها " بَ ِخروَها " َوْزنه َوَم ْعنَاه‬،‫ َوال َطّبَ َرانِي ِفي الْ َكبِي ِر‬،َ‫)َوَرَواه ابْن َما َجة‬.

73

Imam Al-Sakhawi memberikan komentar yang agak panjang
berkenaan hadith ini di dalam “Al-Maqasid al-Hasanah fi bayan
kathīr min al-aḥādīth al-mushtahirah ‘ala al-Alsinah”. Secara
umumnya ia adalah hadith yang da’if pada sanadnya, dan mempunyai
shawahid yang juga da’if, namun maknanya boleh diperkuatkan oleh
beberapa hadith yang lain. (‫)وّللا أعلم‬.

Komentar Al-Hafiz Al-Sakhawi

‫ والعقيل وابن عدي بسند‬،‫ ولكن له شاهد عند الطْباِّن في الكبي‬،‫ وسنده ضعيف‬...
‫ عن أب الدرداء وأب‬،‫ وهو ضعيف من حديث مكحول‬،‫فيه العَلء بن كثي الشامي‬
،‫ مساجدكم‬:‫ وذكره بلفظ‬،‫ سمعنا رسول الل َّه َصََّّل الل َُّه َع َل ْي ِه َو َس َّل َم‬:‫ قالوا‬،‫أمامة وواثلة‬
‫ وكذا أخرج‬،‫ ومن حديث مكحول عن معاذ مرفوعا بنحوه‬.‫وبدون َشاءكم وبيعكم‬

.‫ ومكحول ل يسمع من معاذ‬،‫عبد الرزاق وإسحاق حديث معاذ‬

‫ وفي‬،‫ جنبوا مساجدكم صبيانكم وَمانينكم‬:‫ولبن عدي من حديث أب هريرة رفعه‬
‫ وذكره عبد اْلق من جهة‬،‫ وهو ضعيف‬،‫ بمهمَلت وزن ُممد‬،‫سنده عبد الل ّهَ بن ُمرر‬

.‫ انتهى‬،‫ وليس له أصل‬:‫ ثم من حديث ابن مسعود قال‬،‫البزار‬

‫ أو يبتاع في‬،‫ كحديث من رأيتموه يبيع‬:‫وفي الباب َما يستأنس به لتقويته عدة أحاديث‬
.‫ اْلديث‬،‫ أو ينشد ضالة‬،‫اَلسجد‬

Fiqh: Menurut fatwa Dar al-Ifta’ al-Misriyyah, hukum membawa
kanak-kanak yang memuyyiz ke masjid adalah digalakkan
berdasarkan beberapa hadith Rasulullah  bagi mendidik mereka
untuk bersolat dan membiasakan diri mereka di dalam suasana yang
baik di masjid. Namun begitu, ia boleh menjadi makruh dan dilarang

74

bagi kanak-kanak yang dijangka boleh mengganggu ketenteraman
orang-orang yang bersolat dan beribadah di masjid. [Tambahan
penulis: Jika diyakini bahawa kanak-kanak tersebut akan
mengganggu orang-orang yang beribadah di masjid atau
mengotorkan masjid atau merosakkan harta benda masjid, maka ia
boleh menjadi haram]. (‫)وّللا أعلم‬.
Penulis meletakkan teks fatwa Dar al-Ifta’ al-Misriyyah tersebut
secara penuh di Lampiran.

75

Hadith 36: Wanita Yang Masuk ke Syurga kerana
Membersihkan dan Membuang Kekotoran Dari
Masjid

: ‫َع ِن ا ْب ِن َع َّبا ٍس‬

‫ َف َقا َل‬،‫ َف َل ْم ُي ْؤ َذ ِن ال َنّبِي بِ َد ْفنِ َها‬،‫ َف ُت ُو ِّف َي ْت‬،‫َأ َّن ا ْم َر َأ ًة َكا َن ْت َت ْل ِق ُط ا ْل َق َذى ِم َن اَ ْلـَ ْس ِج ِد‬
‫ (( إِِِّّن َر َأ ْي ُت َها ِفي‬:‫ َو َقا َل‬،‫ َو َصََّّل َع َل ْي َها‬،)) ‫ (( إِ َذا َما َت ِمنْ ُك ْم َم ِّيت َفآ ِذ ُنوِِّن‬: ‫النَّبِي‬

)) ‫ا ْل َـنَّ ِة َ َلـَّا َكا َن ْت َت ْل ُق ُط ا ْل َق َذى ِم َن اَ ْل َـ ْس ِج ِد‬

Daripada ‘Abdullah Bin ‘Abbas , beliau meriwayatkan bahawa:

“Sesungguhnya pernah ada seorang wanita yang [menjadi
kebiasaannya] mengutip kotoran-kotoran kecil di dalam masjid
dan membuangnya, kemudian dia meninggal dunia, dan
pengkebumiannya itu tidak diberitahu kepada Nabi . Baginda
Nabi  pun bersabda: Jika salah seorang daripada kamu
meninggal dunia, maka beritahulah kepadaku [lalu para sahabat

memberitahu tentang kewafatan wanita tersebut].

[Baginda  pun pergi kuburnya] dan melakukan solat [jenazah] ke
atasnya dan kemudian Baginda  bersabda: Sesungguhnya aku
telah melihatnya [wanita tersebut] di dalam syurga lantaran
amalannya membuang kekotoran dari masjid.”

T: (al-Tabarānī (360H), - al-Muʿjam al-Awṣaṭ), No. 8220 [Lafaz di atas]
dan beliau berkata: (‫ ال ِّذَما ِري‬:‫ تََفَّرَد بِِه‬،‫ إلا فَائِد بْن ع َمَر‬،‫)لَ ْم يَْرِو َه َذا الْ َح ِدي َث َع ِن الْ َح َك ِم بْ ِن أَبَا َن‬
& (al-Tabarānī (360H), - al-Muʿjam al-Kabīr), No. 11607 [Lafaz dan
sanad yang sama].
*(al-Haythamī (807H), 1994 - Majmaʿ al-Zawāʾid wa Manbaʿ al-
Fawāʾid), No. 1957 dan beliau berkata: ( :‫َرَواه ال َطّبَ َرانِي فِي الْ َكبِي ِر َوقَا َل ِفي تََرا ِج ِم الِنّ َساِء‬
‫ َوذََكَر بَ ْع َد َه َذا‬- ‫ َصَلّى الَلّه َعلَْيِه َو َسَلّ َم‬- ‫الْ َخْرقَاء ال َّسْوَداء اَلّتِي َكانَ ْت ت ِميط اْلَذَى َع ْن َم ْس ِج ِد َرسوِل الَلِّه‬
‫ َوإِ ْسنَاد ابْ ِن َعَبّاس ِفيِه َعْبد‬،‫ فَ َذَكَر الْ َح ِدي َث َوِر َجال إِ ْسنَا ِد أَنَس ِر َجال ال َّص ِحي ِح‬:‫الْ َكلَاِم إِ ْسنَا ًدا َع ْن أَنَس قَا َل‬

76

‫ َو َح ِديث أَبِي قِْر َصافَةَ ِفي الْبَا ِب قَْب َل َه َذا‬:‫ ق ْلت‬.‫ فَائِد بْن ع َمَر َوهَو َوْهم‬:‫الَْع ِزي ِز بْن فَائِد َوهَو َم ْجهول َوِقي َل فِيِه‬
‫ِفي إِ ْخَرا ِج الْق َماَمِة ِم َن الْ َم ْس ِج ِد َوأََنّه مهور الْحوِر الِْعي ِن‬.)

36.1: Rasulullah  Melakukan Solat Jenazah Di
Kubur Seorang Wanita Berkulit Gelap Yang Sering
Membersihkan Masjid

: ‫َع ْن َأ ِب ُه َر ْي َر َة‬

،‫ َف َس َأ َل َع ْن َها َب ْع َد َأ َّيا ٍم‬، ِ‫َأ َّن ا ْم َر َأ ًة َس ْو َدا َء َكا َن ْت َت ُقم اَ ْلـَ ْس ِج َد َف َف َق َد َها َر ُسو ُل الله‬
.‫ َف َأ َتى َق ْْ َب َها َف َصََّّل َع َل ْي َها‬،)) ‫ (( َف َه ََّل آ َذ ْن ُت ُموِِّن؟‬:‫ َقا َل‬،‫ إََِّنَا َما َت ْت‬:‫َف ِقي َل َل ُه‬

Daripada Abu Hurayrah , beliau meriwayatkan bahawa:
“Sesungguhnya pernah ada seorang wanita berkulit gelap yang
sering menyapu/membersihkan Masjid [Nabawi]. Maka [pada satu
ketika], Rasulullah  mendapatinya tidak ada di masjid setelah
beberapa hari, lalu Baginda  bertanya tentangnya. Baginda 
diberitahu bahawa wanita tersebut telah meninggal dunia.
Baginda  bersabda: Mengapakah kamu tidak memberitahu daku
[tentang kewafatannya]?. Lalu Baginda  pergi ke kuburnya dan
menyembahyangkannya (melakukan solat jenazah di kuburnya).
T: (Ibn Mājah (273H), 2010 - Sunan Ibn Mājah), No. 1527 [Lafaz di atas]:
Sanadnya sahih; (al-Bukhārī (256H), 1999 - Ṣaḥīḥ al-Bukhārī), No. 458,
460 & 1337; (Muslim (261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim),
No. 959; (Abū Dāwud (275H), 2010 - Sunan Abī Dāwud), No. 3203 dan
lain-lain. [Status: Sahih]

77

36.2: Rasulullah  Melakukan Solat Jenazah Di
Kubur Seorang Wanita Berkulit Gelap Yang Sering
Membersihkan Masjid

:  ‫َع ْن َأ ِب ُه َر ْي َر َة‬

:‫ َف َقا ُلوا‬،‫ َف َس َأ َل ال َّنبِي َعنْ ُه‬،‫َأ َّن َر ُج ًَل َأ ْس َو َد َأ ِو ا ْم َر َأ ًة َس ْو َدا َء َكا َن َي ُقم اَ ْلـَ ْس ِج َد َف ََم َت‬
‫ َف َأ َتى‬،)) ‫ (( َق ْْ ِب َها‬:‫ َأ ْو َقا َل‬،)) ‫ ُدلوِِّن َعََّل َق ْْ ِب ِه‬،‫ (( َأ َف ََل ُك ْن ُت ْم آ َذ ْن ُت ُموِِّن بِ ِه‬:‫ َقا َل‬،‫َما َت‬

‫َق ْْ َب َها َف َصََّّل َع َل ْي َها‬

Daripada Abu Hurayrah , beliau meriwayatkan bahawa:

“Sesungguhnya pernah ada seorang lelaki berkulit gelap atau
seorang wanita berkulit gelap yang sering membersihkan Masjid
[Nabawi]. Kemudian, beliau telah meninggal dunia. Rasulullah 
pun bertanya tentangnya, dan mereka memberitahu Baginda :
Beliau telah wafat. Baginda  pun bersabda: Mengapakah kamu
semua tidak memberitahu daku tentang kewafatannya. Tunjukkan
daku kuburnya. [Setelah diberitahu], Rasulullah  pun pergi ke
kuburnya dan melakukan solat [jenazah] di kuburnya.”

T: (al-Bukhārī (256H), 1999 - Ṣaḥīḥ al-Bukhārī), No. 458 [Lafaz di atas],
460 & 1337; (Muslim (261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim),
No. 959; (Abū Dāwud (275H), 2010 - Sunan Abī Dāwud), No. 3203; (Ibn
Mājah (273H), 2010 - Sunan Ibn Mājah), No. 1527 dan lain-lain. [Status:
Sahih]

36.3: Ummu Mihjan : Pembersih Masjid Nabawi

Di dalam sebahagian riwayat, nama wanita yang terkenal kisahnya ini
sebagai pembersih Masjid Nabawi di zaman Rasulullah  ialah
Ummu Mihjan . Al-Imam al-Mundhiri menukilkan di dalam

kitabnya Al-Targhib wa al-Tarhib dengan berkata:

78

‫ َكا َنت ا ْم َر َأة بِاَ ْل َـ ِدينَ ِة تقم‬:‫ َقا َل‬،‫وروى َأ ُبو ال َّش ْيخ ا ْلأَ ْص َب َهاِِّين َعن عبيد الله بن َم ْر ُزوق‬
،)) ‫ (( َما َه َذا ا ْل َق ْْ ُب؟‬:‫اَ ْل َـ ْس ِج َد َف ََم َت ْت َفلم يع َل ْم ِ َبا النَّبِي َفمر عَّل قْ ِبها َف َقا َل‬
‫ َفصف النَّاس‬،‫ نعم‬:‫ َقا ُلوا‬،)) ‫ (( ا َّلتِي َكا َنت تقم اَ ْل َـ ْس ِجد‬:‫ َقا َل‬.‫ َقْ ُب ُأ ِّم ُ ِْم َج ٍن‬:‫َف َقا ُلوا‬
،‫ َيا َر ُسو َل اللهِ َأ َت ْس َم ُع؟‬:‫ َقا ُلوا‬،))‫ (( َأي ا ْل َع َم ِل َو َج ْد ِت َأ ْف َض َل؟‬:‫ ث َّم َقا َل‬،‫فصَّل َع َل ْي َها‬

. ‫ َفذكر َأََّنَا َأ َجا َب ْت ُه ُقم اَ ْلـَ ْس ِجد‬،‫ َما َأ ْن ُتم بأسمع ِمنْ َها‬:‫َقا َل‬

“Dan Abu al-Shaykh Al-Asbahani telah meriwayatkan [hadith]
daripada ‘Ubaydillah Ibn Marzuq, beliau berkata:

Pernah ada seorang wanita di Madinah yang sering membersihkan
Masjid Nabawi. Lalu beliau telah meninggal dunia dan
kewafatannya itu tidak diketahui oleh Baginda Nabi .

Maka, pada satu ketika Rasulullah  lalu di kuburnya dan
bersabda: Kubur siapakah ini?. Mereka (para Sahabat ) berkata:

Kubur Ummu Mihjan . Baginda  bersabda: Yang sering

membersihkan masjid itu?. Mereka (para Sahabat ) berkata: Ya.

Maka Baginda  pun menyusun para Sahabat di dalam saf solat

dan melakukan solat [jenazah] di kuburnya. Kemudian Baginda 
bersabda [kepada Ummu Mihjan]: Apakah amalan engkau dapati
paling afdal?. Mereka (para Sahabat ) berkata: Wahai

Rasulullah, adakah dia mendengarnya?. Baginda  bersabda:
Kamu semua tidak lebih mendengar berbandingnya. Setelah itu
Baginda  memberitahu bahawa Ummu Mihjan menjawab
pertanyaannya dengan berkata: Menyapu/membersihkan masjid.”

R: (al-Mundhiri (656H), 1417H - al-Targhib wa al-Tarhib min al-Hadith
al-Sharif), No. 427 dan beliau berkata: (.‫)َوَه َذا مْر َسل‬.

79

Hadith-hadith di dalam tajuk ini menunjukkan kemuliaan tugas Siak
masjid yang menjalankan fungsi utama bagi memastikan kebersihan
masjid.

Sebagai contoh, tugas-tugas Siak yang disebut di dalam Peraturan-
peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) 2017 [SEL.P.U
11/2017] adalah seperti berikut:

a) menjaga kebersihan seluruh kawasan meliputi dalam dan luar
masjid itu;

b) memastikan pintu masjid dibuka dan ditutup pada setiap hari;
c) memastikan ruang sembahyang, tempat wuduk, kolah, ruang

makan, bilik mesyuarat, bilik kuliah, bilik mandi dan tandas
sentiasa bersih;
d) memastikan alat kelengkapan sembahyang seperti tikar,
sejadah, kain saf, telekung, sentiasa tersedia, bersih, kemas dan
tersusun rapi;
e) memastikan aset dan inventori masjid dalam keadaan selamat;
f) memastikan suis dan kelengkapan elektrik dihidupkan dan
dimatikan selepas digunakan;
g) melaporkan apa-apa kejadian yang tidak diingini yang berlaku
di masjid itu kepada Nazir;
h) menghadiri tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa Kariah; dan
i) menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh
Majlis atau Nazir.

80

Hadith 37: Larangan Membawa Bau Busuk
Walaupun Kesan Makanan ke Masjid

:‫ َع ِن ال ّنَبِ ِّي َقا َل‬،‫َع ْن َجابِ ِر ْب ِن َع ْب ِد الل ِه‬
‫ َفإِ َّن اَ ْل َـ ََلئِ َك َة َت َت َأ َّذى َِمَّا‬،‫ َف ََل َي ْق َر َب َّن َم ْس ِج َد َنا‬،‫ َوا ْل ُك َّرا َث‬،‫ َوالثو َم‬،‫(( َم ْن َأ َك َل ا ْل َب َص َل‬

)) ‫َي َت َأ َّذى ِم ْن ُه َبنُو آ َد َم‬

Daripada Jabir Bin Abdullah , beliau meriwayatkan bahawa Nabi
 bersabda:

“Barangsiapa yang makan bawang besar/merah, bawang putih dan
daun bawang [secara mentah sehingga mengeluarkan bau yang
kurang menyenangkan], maka janganlah dia mendekati (datang)
ke masjid kami ini. Sesungguhnya para malaikat itu merasa sakit
dengan apa yang dirasa sakitnya oleh anak Adam [lantaran bau
yang kurang menyenangkan].”
T: (al-Bukhārī (256H), 1999 - Ṣaḥīḥ al-Bukhārī), No. 854, 855, 5452 &
7359; (Muslim (261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 566
[Lafaz di atas] dan lain-lain. [Status: Sahih]

81

37.1 Jangan Mendekati Masjid dengan Bau Yang
Kurang Menyenangkan Sehinggalah Ia Hilang

:‫ َأ َّن َر ُسو َل الل ِه َقا َل‬، ‫َع ِن ا ْب ِن ُع َم َر‬
‫ َي ْعنِي الثو َم‬،)) ‫ َح َّتى َي ْذ َه َب ِرَ ُي َها‬،‫ َف ََل َي ْق َر َب َّن َم َسا ِج َد َنا‬،‫(( َم ْن َأ َك َل ِم ْن َه ِذ ِه ا ْل َب ْق َل ِة‬

Daripada ‘Abdullah Bin ‘Umar , beliau meriwayatkan bahawa
sesungguhnya Rasulullah  bersabda:

“Barangsiapa yang makan daripada pohon sayuran ini [secara
mentah], makan janganlah dia mendekati masjid kami sehinggalah
baunya itu hilang,” Baginda  maksudkan bawang putih.
T: (al-Bukhārī (256H), 1999 - Ṣaḥīḥ al-Bukhārī), No. 853 & 4215;
(Muslim (261H), 2006 - al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 563 & 564
[Lafaz di atas] dan lain-lain. [Status: Sahih]

82


Click to View FlipBook Version