Hadith 38: Larangan Jual Beli dan Mengiklankan
Barang Yang Hilang Di Masjid
: َأ َّن َر ُسو َل الل ِه َقا َل، َع ْن َأ ِب ُه َر ْي َر َة
َوإِ َذا َر َأ ْي ُت ْم َم ْن، َل َأ ْر َب َح الل ُه ِِ َتا َر َت َك: َف ُقو ُلوا، َأ ْو َي ْب َتا ُع ِفي اَ ْل َـ ْس ِج ِد،(( إِ َذا َر َأ ْي ُت ْم َم ْن َيبِي ُع
)) َل َر َّد اللهُ َع َل ْي َك: َف ُقو ُلوا،َينْ ُش ُد فِي ِه َضا َّل ًة
Daripada Abu Hurayrah , beliau meriwayatkan bahawa
sesungguhnya Rasulullah bersabda:
“Apabila kamu melihat seseorang yang menjual atau membeli
[sesuatu] di dalam masjid, maka ucapkanlah: Semoga Allah tidak
menguntungkan perniagaanmu itu.
Dan apabila kamu melihat seseorang yang meninggikan suaranya
mencari barang yang hilang di dalamnya, maka ucapkanlah:
Semoga Allah tidak mengembalikannya kepadamu.”
T: (al-Tirmidhī (279H), - al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidhī)), No. 132
dan beliau berkata: ( ، َوالَْع َمل َعلَى َه َذا ِعْن َد بَ ْع ِض أَْه ِل الْعِْل ِم،َح ِديث أَبِي هَريَْرةَ َح ِديث َح َسن غَ ِريب
َوقَ ْد َرَّخ َص فِيِه بَ ْعض أَْه ِل الِْعْل ِم فِي الْبَْي ِع، َوإِ ْس َحاق، أَ ْح َم َد: َوهَو قَ ْول، َوال ِّشَراءَ ِفي الْ َم ْس ِج ِد،َك ِرهوا الْبَْي َع
( ;)َوال ِّشَراِء فِي الْ َم ْس ِج ِدal-Dārimī (255H), 2000 - Sunan al-Dārimī), No. 1401;
(Ibn Khuzaymah (311H), - Ṣaḥīḥ Ibn Khuzaymah), No. 1239; (al-Ḥakim
(405H), 1990 - al-Mustadrak ʿalā al-Saḥīḥayn), No. 2276 dan beliau
berkata: ( ) َه َذا َح ِديث َص ِحيح َعلَى َشْر ِط م ْسِلم َولَ ْم ي َخِّر َجاهdan lain-lain. [Status: Sahih li
ghayrih].
Fiqh: Majoriti ulama’ menyatakan bahawa jual-beli di dalam masjid -
sama ada barang tersebut ada (hadirah) dalam majlis akad atau tidak
ada dan hanya diberikan ciri-cirinya dalam majlis akad (gha’ibah
mawsufah) – adalah makruh (dari sudut hukum taklifi) tetapi sah
dan berlaku kesannya (dari sudut hukum wad’i).
83
38.1 Athar: ‘Ata’ Ibn Yasar Menegur Orang Yang
Melakukan Jual Beli di dalam Masjid dengan
Hikmah
Imam Malik Bin Anas meriwayatkan di dalam Al-Muwatta’ bahawa:
َد َعا ُه َف َس َأ َل ُه َما،َأ َّن ُه َب َل َغ ُه َأ َّن َع َطا َء ْب َن َي َسا ٍر َكا َن إِ َذا َم َّر َع َل ْي ِه َب ْع ُض َم ْن َيبِي ُع ِفي اَ َْل ْس ِج ِد
َوإِ َّن ََم َه َذا. َع َل ْي َك بِ ُسو ِق الد ْن َيا: َقا َل،َم َع َك؟ َو َما ُت ِري ُد؟ َفإِ ْن َأ ْخ َْ َب ُه َأ َّن ُه ُي ِري ُد َأ ْن َيبِي َع ُه
. ُسو ُق ا ْْل ِخ َر ِة
“Sesungguhnya telah sampai kepadanya riwayat bahawa [Imam]
‘Ata’ Ibn Yasar itu, apabila ada orang yang melakukan jual-beli di
dalam masjid lalu berdekatannya, maka dia akan memanggilnya
dan bertanya: Apakah yang ada bersamamu? Dan apakah yang
kamu mahu?.
Maka sekiranya orang tersebut memberitahunya bahawa dia ingin
menjual barangnya itu, beliau berkata: Hendaklah engkau pergi ke
pasar dunia. Sesungguhnya [masjid] ini adalah pasar Akhirat.”
T: (Mālik (179H), 1985 - al-Muwaṭṭaʾ), No. 92.
[Imam] ‘Ata’ Ibn Yasar ialah seorang ulama’ dan tokoh perawi hadith
Rasulullah yang thiqah dari kalangan Tabi’in di Madinah. Beliau
banyak mengambil riwayat hadith daripada para Sahabat dan
mengajar orang ramai di Masjid Nabawi. Beliau dilahirkan pada
tahun 29H pada era Khilafah Saidina ‘Uthman Ibn ‘Affan dan wafat
pada tahun 103H ketika berumur 84 tahun.
84
TANDA AKHIR ZAMAN PADA MASJID
Hadith 39: Manusia Akan Bermegah-megah dengan
Perhiasan Masjid di Akhir Zaman
: َقا َل َأ َّن ال ّنَبِ َّي، َع ْن َأ َن ٍس
)) (( َل َت ُقو ُم ال َّسا َع ُة َح َّتى َي َت َبا َهى ال َّنا ُس ِفي اَ ْلـَ َسا ِج ِد
Daripada Anas Bin Malik , beliau meriwayatkan bahawa Nabi
bersabda:
“Tidak akan terjadinya Hari Kiamat sehinggalah orang ramai
saling-saling berbangga-bangga pada masjid [iaitu pada
perhiasannya tetapi masjid-masjid ini sepi dari pengimarahan dan
petunjuk].”
T: (Abū Dāwud (275H), 2010 - Sunan Abī Dāwud), No. 449 [Lafaz di
atas]; (al-Nasāʿī (303H), 1986 - al-Sunan al-Sughrā / al-Mujtabā min al-
Sunan), No. 689; (Ibn Mājah (273H), 2010 - Sunan Ibn Mājah), No. 739;
(al-Dārimī (255H), 2000 - Sunan al-Dārimī), No. 1408; (Aḥmad (241H),
1995 - al-Musnad), No. 11971, 12064, 12128, 12991 & 13606 dan lain-lain.
[Status: Sahih]
85
Hadith 40: Orang Tidak Menjaga Adab Terhadap
Masjid di Akhir Zaman
: َقا َل َر ُسو ُل الل ِه: َف َقا َل، َأ َّن ُه َد َخ َل اَ ْلـَ ْس ِج َد، َع ِن ا ْب ِن َم ْس ُعو ٍد
َو ِع ْر ِض ِه َل ُي َص ِّل فِي ِه،(( َأ َّن ِم ْن َأ َْ َشا ِط ال َّسا َع ِة َأ ْن َي ُم َّر ال َّر ُج ُل ِفي ُطو ِل اَ ْل َـ ْس ِج ِد
)) َر ْك َع َت ْي ِن
Daripada Salim Ibn Abi al-Ja’d, beliau berkata: ‘Abdullah Ibn Mas’ud
telah masuk ke dalam masjid dan berkata: Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda [dekatnya] Hari Kiamat
ialah apabila ada orang yang lalu di dalam masjid, sejauh panjang
dan lebarnya, namun dia tidak mengerjakan solat dua rakaat di
dalamnya.”
T: (al-Tabarānī (360H), - al-Muʿjam al-Kabīr)
*(al-Haythamī (807H), 1994 - Majmaʿ al-Zawāʾid wa Manbaʿ al-
Fawāʾid), No. 2039 dan beliau berkata: ( ،َرَواه ال َطّبَ َرانِي ِفي الْ َكبِي ِر َوِر َجاله ِر َجال ال َّص ِحي ِح
)إَِلّا أَ َّن َسلَ َمةَ بْ َن كَهْيل َوإِ ْن َكا َن َس ِم َع ِم َن ال َّص َحابَِة لَ ْم أَ ِج ْد لَه ِرَوايَةً َع ِن ابْ ِن َم ْسعود.
40.1 Tidak Mengerjakan Solat Walaupun Memasuki
Masjid
: َو ُه َو َي ُقو ُل، َس ِم ْع ُت َر ُسو َل اللهِ َع َل ْي ِه الصَلة ال َّسَل ُم... : َِع ْن َع ْب ِد الله
َو َأ ْن َل، َأ ْن َي ُم َّر ال َّر ُج ُل ِفي اَ ْل َـ ْس ِج ِد َل ُي َص ِّل فِي ِه َر ْك َع َت ْي ِن:(( إِ َّن ِم ْن َأ َْ َشا ِط ال َّسا َع ِة
)) َو َأ ْن ُي َْ ِّب َد ال َّصبِي ال َّش ْي َخ،ُي َس ِّل َم ال َّر ُج ُل إِ َّل َعََّل َم ْن َي ْع ِر ُف
Daripada Abdullah Bin Masʿud , beliau berkata: Rasulullah
bersabda:
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda Kiamat adalah:
86
i. apabila seorang lelaki lalu di dalam masjid, namun dia
tidak mengerjakan dua rakaat solat di dalamnya; dan
ii. apabila seorang lelaki itu tidak memberi salam melainkan
kepada orang yang dia kenali; dan
iii. apabila budak-budak menjadikan orang tua sebagai
utusan/orang suruhan [bagi menunaikan keperluannya].”
T: (Ibn Khuzaymah (311H), - Ṣaḥīḥ Ibn Khuzaymah)
40.2: Orang Tidak Menjaga Adab Terhadap Masjid
di Akhir Zaman
َُّ َص َد َق الله: َف َل ََّم َف َر َغ َس َأ ْل ُت ُه َع ْن َق ْولِ ِه، ُث َّم َو َص َل إِ َل ال َّص ِّف، َص َد َق اللهَُّ َو َر ُسو ُل ُه:ََِّع ْب ُد الله
: إِ َّن ُه َكا َن َي ُقو ُل: َف َقا َل،َو َر ُسو ُل ُه
، َو َح َّتى ُي َس ِّل َم ال َّر ُج ُل َعََّل ال َّر ُج ِل بِاَ َْل ْع ِر َف ِة،(( ل َت ُقو ُم ال َّسا َع ُة َح َّتى ُت َّت َخ َذ اَ َْل َسا ِج ُد ُط ُر ًقا
َفَل َت ْغ ُلو إِ َل َي ْو ِم، ُث َّم َت ْر ُخ َص، َو َح َّتى َت ْغ ُلو ا َْل ْي ُل َوال ّنِ َسا ُء،َو َح َّتى َت َّت ِج َر اَ َْل ْر َأ ُة َو َز ْو ُج َها
)) ا ْل ِق َيا َم ِة
Daripada Abdullah Bin Masʿud , beliau berkata: Rasulullah
bersabda:
“Tidak akan berlakunya Hari Kiamat:
i. sehinggalah masjid-masjid dijadikan jalan-jalan/tempat
laluan [maknanya orang hanya lalu di dalam masjid tetapi
tidak melakukan solat di dalamnya]; dan
ii. sehinggalah apabila seseorang itu hanya memberi salam
kepada orang yang dia kenali sahaja; dan
iii. sehinggalah seorang isteri berniaga bersama suaminya; dan
87
iv. sehinggalah harga kuda dan [mahar] wanita menjadi mahal,
kemudian ia menjadi murah, dan ia tidak akan mahal
semula sehinggalah Hari Kiamat.”
T: (Ibn Khuzaymah (311H), - Ṣaḥīḥ Ibn Khuzaymah)
40.3: Athar Saidina ‘Abdullah Ibn Mas’ud
:َع ْن َع ْل َق َم َة
ال َّسَل ُم َع َل ْي َك َيا ا ْب َن ُأ ِّم: َف َجا َء َأ ْع َرا ِ ٌّب َف َقا َل،َأ َّن ُه َكا َن َم َع َم ّْ ُسو ٍق َوا ْب ُن َم ْس ُعو ٍد َب ْي َن ُه ََم
: َس ِم ْع ُت َر ُسو َل الل ِه َي ُقو ُل: ِم َّم َت ْض َح ُك؟ َف َقا َل: َف َقا َل، َف َض ِح َك ا ْب ُن َم ْس ُعو ٍد،َع ْب ٍد
)) َو َأ ْن َي ُم َّر ال َّر ُج ُل بِاَ ْلـَ ْس ِج ِد ُث َّم َل ُي َص ِّل فِي ِه،(( إ َّن ِم ْن َأ َْ َشا ِط ال َّسا َع ِة ال َّسَل َم بِاَ ْل َـ ْع ِر َف ِة
Daripada ‘Alqamah, beliau meriwayatkan bahawa:
“Beliau pernah bersama Masruq, dan [Saidina] ‘Abdullah Ibn
Mas’ud berada di tengah-tengah mereka. Lalu datang seorang
lelaki Arab kampung serata berkata: Al-Salam buatmu, wahai Ibn
Umm ‘Abd (‘Abdullah Ibn Mas’ud ). Maka ‘Abdullah Ibn Mas’ud
pun ketawa. Lelaki tersebut berakat: Mengapa Tuan ketawa?.
Beliau pun berkata: Aku telah mendengar Rasulullah bersabda:
Sesungguhya di antara tanda-tanda [dekatnya] Hari Kiamat ialah:
(i) Ucapan salam hanya diberikan kepada orang yang dikenali dan
apabila seorang lelaki lalu di masjid (memasukinya), dia
kemudiannya tidak bersolat di dalamnya.”
T: (al-Tahawi (321H), - Mushkil al-Athar), No. 1591 [Lafaz di atas] dan
1592. Kedua-dua sanadnya adalah sahih.
88
PENUTUP
Sebenarnya di sana terdapat banyak lagi hadith Rasulullah
berkenaan kemuliaan masjid dan adab-adabnya yang tidak
dimuatkan di dalam buku ini. Semoga himpunan hadith yang ringkas
ini dapat menggambarkan kepada para pembaca betapa penting dan
mulianya institusi masjid dan pengimarahannya di dalam Islam.
Berdasarkan kajian kami - Kumpulan Penyelidik Model Imarah
Masjid MIMAS, USIM, secara asasnya masjid pada hari ini dilihat
dapat memainkan tiga peranan penting di dalam sesebuah komuniti
masyarakat Islam setempat iaitu:
1. Pusat Ilmu dan Ibadah
2. Pusat Sosial dan Kebajikan
3. Pusat Ekonomi Setempat
Gambarajah 1: Tiga Peranan Penting Masjid
Pusat
Ekonomi
Setempat
Pusat
Sosial dan
Kebajikan
Pusat Ilmu dan
Ibadah
89
Dalam erti kata lain, walaupun pada asasnya masjid adalah institusi
ilmu dan ibadah, namun ia juga tidak mengabaikan peranannya
sebagai sebuah institusi kebajikan sosial dan institusi ekonomi,
khususnya sektor ijtima’i dan tabarru’. Keupayaan institusi masjid
dan surau dalam mendidik masyarakat Islam, menjaga kebajikan
masyarakat setempat dan menggembeling dana ijtima’i dan tabarru’
adalah di antara peranan penting yang dilakukan oleh institusi masjid
dan surau secara berterusan. Berdasarkan data pihak JAKIM,
terdapat 6,368 buah masjid dan 17,640 surau di seluruh Malaysia
pada waktu ini.3 Ini menunjukkan potensi besar yang dimiliki oleh
institusi-institusi masjid dan surau sama ada dari sudut aset fizikal,
manfaat dan kewangan4.
Hubungan umat Islam dengan masjid dan surau adalah satu
hubungan yang istimewa serta berkekalan kesannya sehingga Hari
Kiamat. Segala pengorbanan dan sumbangan yang ditaburkan oleh
mereka dalam membangunkan institusi masjid dan surau serta
menggerakkannya dalam melaksanakan fungsinya pasti tidak akan
menjadi sesuatu yang sia-sia di sisi Allah.
Akhir kata dari penulis: “Masjid adalah Hati Ummah dan
Kekuatannya.”
َوال َّس ََل ُم َع َل ْي ُك ْم َو َر ْْ َح ُة اللهِ َو َب َر َكا ُت ُه،َوبِالل ِه ال َّت ْوفِي ُق َواْْلـِ َدا َي ُة
3 JAKIM. (2020). Statistik Masjid dan Surau Seluruh Negara Sehingga
09/02/2020. http://masjid.islam.gov.my .
4 Buku Kumpulan Penyelidik Model Imarah Masjid MIMAS, USIM bertajuk
“Pengurusan Kewangan Masjid: Model Imarah Masjid” boleh didapati di SINI.
90
Telah selasai penulisan ini dengan tawfiq dan limpah kurnia Allah .
Selawat dan salam buat junjungan kita dan penghulu sekalian Nabi
dan Rasul - Saidina Muhammad , ahli keluarga, para Sahabat
serta pengikut Baginda sehingga Hari Kiamat.
Dan segala pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan Pencipta, Pemilik dan
Pentadbir seluruh alam.
ﱡﭐ ﳁ ﳂ ﳃ ﳄ ﳅ ﳆﳇ ﳈ ﳉ ﳊ ﳋﳌ ﳍ ﳎﳏ
ﳐﱠﱡﭐﱈﱉ ﱊﱋﱌﱍﱎﱏﱠﭐﱡﭐﱜﱝﱞ ﱟﱠ
ﱡ ﱢ ﱠ ﭐﱡﭐ ﳉ ﳊ ﳋ ﳌ ﳍ ﳎ ﳏ ﳐ ﳑ
ﳒﳓﳔﳕﳖﳗﳘﱠ ﭐ
“Penuntut Ilmu” – Dr. Abdullaah Jalil
Rhu Renggeh, Marang, Terengganu
Malam 27 Ramadan 1441 Hijrah, bersamaan 20 Mei 2020 Masihi.
91
PROFIL PENULIS
Nama Dr. Abdullaah Jalil
Jawatan Pensyarah Kanan
Institusi Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai,
Negeri Sembilan.
Alamat Email [email protected] /
[email protected]
Hp +6019 223 4502
Pej. +606 798 6332
Latar 2019: PhD Kewangan Islam, INCEIF, Kuala Lumpur.
Belakang
Pendidikan 2004: MBA (Perbankan dan Kewangan Islam),
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. –
(Anugerah Pelajar Terbaik Program).
2001: Sarjana Muda Shariah (Fiqh dan Pengajian
Islam), Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan. (Kelas
Pertama / Mumtāz).
1996-1997: Kolej Islam Sultan Alam Shah. SPM &
SKK (Mumtāz).
1993-1995: Sekolah Menengah Agama Kerajaan
Johor, Kluang. PMR & SRA (Mumtāz)
Industri Pengerusi JK Syariah Prudential BSN Takaful
(Terpilih) AJK Syariah, Bank Rakyat
AJK Syariah, Koperasi Kakitangan USIM
Ahli Jawatankuasa Panel Syariah USIM
Ahli Panel Penyelidik Fatwa Negeri Sembilan
Ahli Panel Syariah bagi Sistem Pengurusan
92
Berasaskan Syariah MS1900:2014 di USIM
Panel Kepakaran bagi penyusunan Standard
Program: Muamalat dan Kewangan Islam (MQA)
Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah dan Pemasaran
Wakaf USIM
Anugerah “Friends of the Police” 2012
Ahli Panel Deradikalisasi, Kementerian Dalam
Negeri (KDN) [Tarikh lantikan: 21 April 2017]
Pakar Rujuk Bagi Kes-kes Keganasan Yang Disiasat
Di Bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-
langkah Khas) 2012 (KDN) [Tarikh lantikan: 13
Disember 2018]
“Advisory Committee Member”, Global Peace
Institute.
Bidang Fiqh Muamalat dan Aplikasinya
Kepakaran
dan Kajian Tadbir Urus & Kepatuhan Shariah
Perbankan, Kewangan dan Ekonomi Islam
Pengurusan Kewangan Masjid
Wakaf Korporat
Ahli Sunnah dan Jamaʿah
Deradikalisasi & Rehabilitasi (PCVE)
Hasil 1. (2011) The Four Introductory Theories of Fiqh
Penulisan Muamalat
(Buku)
2. (2012) Pengurusan Kewangan Masjid: Model Imarah
Masjid
3. (2013) 40 Hadith Pengurusan Harta dan
Perancangan Kewangan
4. (2013) Menjawab Persoalan Agama: Konsep al-Tark
dan Perkara Baru dan Baik dari Perspektif Shariat.
93
[Siri Memperbaiki Kefahaman Agama]
5. (2013) Natijah Fikir dan 40 Hadith Kelebihan Zikir
6. (2013) Pengajian Halaqah UTH3012: Program
Pensiswazahan Guru
7. (2013) Cahaya-Cahaya Sunnah Yang Khusus
Berkenaan Kelebihan Selawat Ke Atas Nabi Yang
Terpilih (Abdullaah Jalil, Terjemah dan Edit).
8. (2013;2016) Nusūs Turāthiyyah: Dirāsah
Manhajiyyah (Subjek al-Halaqah).
9. (2014) The Four Main Contracts of Fiqh Muamalat.
10. (2014) Fiqh and Management of Hajj and Umrah
11. (2014) Arabic-English Terminology for Special
Purposes in Management Studies
12.(2015) Miftah al-Muamalat: The Gateway to Business
13.(2016) 40 Hadith Puasa dan Ramadan: Dengan Nota
Ringkas Fiqh Mazhab al-Shafi'i dan Fiqh
Perbandingan
14.(2016) Sosial Sekuriti (Takaful Ijtima’i) Menurut
Perspektif Islam
15. (2017) Quranic Index for Medical Sciences.
16.(2017) Quranic Index for Economics, Business and
Management.
17.(2017) 40 Hadith Berkenaan Ketegasan
Pengharaman Riba (Dengan Ulasan dan Edit)
(Abdullaah Jalil: Terjemah dan Edit).
18. (2018) 40 Hadith Berkenaan Ibadat Harta.
19.(2018) Islamic Law of Tort.
20. (2019) 50 Hadith Utama Berkenaan Kepentingan
dan Kelebihan Zikrullah.
21.(2019) Natijah Fikir & Mutiara Nabawi Berkenaan
94
Majlis Zikir.
22. (2019) 50 Hadith Doa Rasulullah dan Adab
serta Kelebihannya.
23. (2019) 40 Hadith Berkaitan Kelebihan Ilmu dan
Adab-adabnya
24. (2019) 40 Hadith Berkenaan Kelebihan Penghulu
Para Rasul (Abdullaah Jalil: Terjemah dan Edit).
25. (2020) Aqidah Murshidah dan Beberapa
Muqaddimah Aqidah.
26. (2020) 40 Hadith Kemuliaan Masjid dan Adab-
adabnya.
27. (2020) Pembacaan Al-Qur’an di sisi Kubur (Al-
Imam al-Hafiz Abu Bakr al-Khallal al-Hanbali):
Terjemahan dan Ulasan.
Laman penuntutilmu.com
Sesawang FB Page: Penuntut Ilmu
& FB Page: Masjid Hati Ummah
FB “Page” FB Page: Muzakarah Muamalat
95
KUMPULAN PENYELIDIK MODEL IMARAH
MASJID MIMAS
Bil. Nama Fakulti/Pusat Bidang
1. Dr. Abdullaah Jalil Shariah,
Fakulti Ekonomi dan Kewangan
Muamalat, USIM Islam
Shariah,
2. Dr. Asharaf Mohd Fakulti Ekonomi dan Kewangan
Ramli Muamalat, USIM Islam
Ekonomi
3. Prof. Madya Dr. Fakulti Ekonomi dan
Asmaddy Haris Muamalat, USIM Shariah
* Penolong Naib Canselor Perakaunan
(Pengurusan Infrastruktur
dan Perancangan
Pembangunan)
4. En. Mohamad Pusat Pengajian Teras,
Aizuddin Abdul Aziz USIM
*Pengarah Pusat Islam
USIM
5. En. Norman Fakulti Ekonomi dan
Hamdan Muamalat, USIM
Untuk maklumat lanjut, klik di sini.
96
BIBLIOGRAFI
1. 'Abd Ibn Humayd (249H). Musnad 'Abd Ibn Humayd.
al-Qahirah: Maktabat al-Sunnah.
2. ʿAbd al-Razzāq al-Sanʿānī (211H). (1403H). al-
Muṣannaf. Bayrut: al-Maktab al-Islami.
3. Abu 'Awanah, Ya'qub Ishaq (316H). (1998). Mustakhraj
Abi 'Awanah. Bayrut: Dar al-Ma'rifah.
4. Abu Bakr al-Shafi'i (354H). al-Fawa'id al-Shahir bi al-
Ghaylaniyyat. al-Riyad: Dar Ibn al-Jawzi.
5. Abū Dāwūd al-Ṭayālisī (204H). Musnad Abū Dāwūd al-
Ṭayālisī. Misr: Dar Hijr li al-Nashr wa al-Tawzi'.
6. Abū Dāwud, Sulaymān al-Sijistānī (275H). (2010).
Sunan Abī Dāwud. Bayrūt: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.
7. Abu Nu'aym al-Asbahani (430H). Akhbar Asbahan.
Dilhi: al-Dar al-'Ilmiyyah.
8. Abu Nu'aym al-Asbahani (430H). (1993M/1414H). al-
Arba'in 'ala Madhhab al-Mutahaqqiqin min al-
Sufiyyah. Bayrut: Dar Ibn Hazm.
9. Abu Nu'aym al-Asbahani (430H). (1996M/1417H). al-
Musnad al-Mustakhraj 'ala Sahih Muslim. Bayrut: Dar
al-Kutub al-'Ilmiyyah.
10. Abū Nuʿaym al-Asbahānī (430H). (1409H). Ḥilyat al-
Awliyāʾ wa Ṭabaqāt al-Aṣfiyāʾ (Vol. 10). Bayrut: Dar
al-Kutub al-'Ilmiyyah.
11. Abū Yaʿlā al-Mawṣilī (307H). (1992). Musnad Abī Yaʿlā
al-Mawṣilī. Dimashq - Bayrūt: al-Thaqāfah al-
ʿArabiyyah.
12. Aḥmad, Ibn Ḥanbal (241H). (1995). al-Musnad.
ʿAmmān: Muʿassasat al-Risālah.
13. al-'Ajluni, Abu al-Fida' Ismai'il (1162H).
(2000M/1420H). Kashf al-Khafa' wa Muzil al-Ilbas:
al-Maktabah al-'Asriyyah.
14. al-Bayhaqi, Abu Bakr Ahmad Ibn al-Husayn (458H).
(1986). al-Da'awat/ al-Da'wat al-Kabir. al-Kuwayt:
Markaz al-Makhtutat wa al-Turath.
97
15. al-Bayhaqī, Abu Bakr Aḥmad Ibn al-Ḥusayn (458H).
Shuʿab al-Imān. Bayrūt: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.
16. al-Bayhaqī, Abu Bakr Aḥmad Ibn al-Ḥusayn (458H).
(1992). al-Sunan al-Saghīr. Bayrūt: Dār al-Kutub al-
ʿIlmiyyah.
17. al-Bayhaqī, Abu Bakr Aḥmad Ibn al-Ḥusayn (458H).
(2000). al-Sunan al-Kubrā. Bayrūt: Dār al-Kutub al-
ʿIlmiyyah.
18. al-Bazzār, Abū Bakr (292H). (1997). al-Baḥr al-
Zakhkhār bi Musnad al-Bazzār. al-Madīnah al-
Munawwarah: Maktabat al-ʿUlūm wa al-Ḥikam.
19. al-Bukhārī, Muḥammad Ismāʿīl (256H). (1999). Ṣaḥīḥ
al-Bukhārī. al-Riyāḍ: Dar al-Salām.
20. al-Būṣīrī (840H). (1998). Itḥāf al-Khiyarah al-Maharah
bi Zawāʾid al-Masānīd al-ʿAsharah. al-Riyad: al-Rushd.
21. al-Dārimī, ʿAbdullāh ʿAbdurraḥmān (255H). (2000).
Sunan al-Dārimī. al-Mamlakah al-ʿArabiyyah al-
Saʿūdiyyah: Dār al-Mughnī li al-Nashr wa al-Tawzīʿ.
22. al-Ḥakim, Ibn al-Bayyiʿ al-Naysabūrī (405H). (1990).
al-Mustadrak ʿalā al-Saḥīḥayn. Bayrūt: Dār al-Kutub
al-ʿIlmiyyah.
23. al-Haythami, Nur al-Din (807H). Bughyat al-Bahith
'an Zawa'id Musnad al-Harith. Misr: al-Tala'i'.
24. al-Haythamī, Nūr al-Dīn (807H). (1979). Kashf al-Astār
ʿan Zawāʾid al-Bazzār. Bayrūt: Muʾassasat al-Risālah.
25. al-Haythamī, Nūr al-Dīn (807H). (1994). Majmaʿ al-
Zawāʾid wa Manbaʿ al-Fawāʾid. al-Qahirah: Maktabat
al-Qudsi.
26. al-Mundhiri, Zakiyy al-Din 'Abd al-'Azim (656H).
(1417H). al-Targhib wa al-Tarhib min al-Hadith al-
Sharif. Bayrut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah.
27. al-Nasāʿī, Aḥmad Shuʿayb (303H). (1986). al-Sunan al-
Kubrā. Bayrūt: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.
28. al-Nasāʿī, Aḥmad Shuʿayb (303H). (1986). al-Sunan al-
Sughrā / al-Mujtabā min al-Sunan. Ḥalab: Maktab al-
Matbūʿāt al-Islāmiyyah.
98
29. al-Nawawi, Yahya Sharaf (676H). (1999). al-Minhaj:
Sharh sahih Muslim Ibn al-Hajjaj. Bayrut: Dar al-
Macrifah.
30. al-Rūyānī, Abū Bakr (307H). (1416H). Musnad al-
Rūyānī. al-Qāhirah: Muʿassasat Qurṭubah.
31. al-San'ani, 'Abd al-Razzaq (211H). Tafsir al-Qur'an li
'Abd al-Razzaq al-San'ani. al-Riyad: Maktabat al-
Rushd.
32. al-Shashi, al-Haytham Kulayb (335H). al-Musnad. al-
Madinah al-Munawwarah: Maktabat al-'Ulum wa al-
Hikam.
33. al-Shawkani, Muhammad 'Ali al-Yamani al-San'ani
(1250H). al-Fawa'id al-Majmu'ah fi al-Ahadith al-
Mawdu'ah. Bayrut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah.
34. al-Shihāb al-Quḍāʿī (454H). (1986). Musnad al-Shihāb.
Bayrut: al-Risalah.
35. al-Tabarani, Sulayman Ahmad (360H). al-Mu'jam al-
Saghir. al-Mawsil: Maktabat al-'Ulum wa al-Hikam.
36. al-Tabarānī, Sulaymān Aḥmad (360H). al-Muʿjam al-
Awṣaṭ. al-Mawsil: Maktabat al-'Ulum wa al-Hikam.
37. al-Tabarānī, Sulaymān Aḥmad (360H). al-Muʿjam al-
Kabīr. al-Mawṣil: Maktabat al-ʿUlūm wa al-Ḥikam.
38. al-Tabarānī, Sulaymān Aḥmad (360H). Musnad al-
Shāmiyyīn. Bayrūt: Muʿassasat al-Risālah.
39. al-Tahawi (321H). Mushkil al-Athar. Bayrut:
Mu'assasat al-Risalah.
40. al-Tirmidhī, Muḥammad ʿIsā (279H). al-Jāmiʿ al-Kabīr
(Sunan al-Tirmidhī). al-Riyāḍ: Maktabat al-Maʿārif li
al-Nashr wa al-Tawzīʿ.
41. Ibn Abi Dawud, al-Sijistani (316H). al-Masahif. Bayrut:
Dar al-Basha'ir al-Islamiyyah.
42. Ibn Abi Shaybah (235H). (2004). Musannaf Ibn Abi
Shaybah. al-Riyad: al-Rushd.
43. Ibn al-Jawzī, Abdurrrahman Ali (597H). (1996). al-Birr
wa al-Ṣilah. Misr: al-Kutub al-Thaqafiyyah.
44. Ibn ʿAsākir, Ali Hasan (571H). (1998). Tārīkh Dimashq.
Bayrut: Dar al-Fikr.
99
45. Ibn Ḥajar al-ʿAsqalānī, Aḥmad ʿAlī (852H). (1960). Fath
al-Bari bi Sharh Sahih al-Bukhari. Bayrut: Dar al-
Ma'rifah.
46. Ibn Ḥajar al-ʿAsqalānī, Aḥmad ʿAlī (852H). (1996).
Ithaf al-Maharah bi al-Fawa'id al-Mubtakarah min
Atraf al-'Asharah. al-Madinah al-Munawwarah:
Majma' al-Malik Fahd wa Markaz Khidmat al-Sunnah
wa al-Sirah al-Nabawiyyah.
47. Ibn Ḥajar al-ʿAsqalānī, Aḥmad ʿAlī (852H). (1998). al-
Maṭālib al-ʿĀliyah bi Zawāʾid al-Masānid al-
Thamāniyah. al-ʿĀṣimah al-Ghayth: al-Mamlakah al-
ʿArabiyyah al-Saʿūdiyyah.
48. Ibn Ḥibbān, Muḥammad (354H). (1993). Ṣaḥīḥ Ibn
Ḥibbān. Bayrūt: Muʿassasat al-Risālah.
49. Ibn Khuzaymah (311H). Ṣaḥīḥ Ibn Khuzaymah. Bayrut:
al-Maktab al-Islami.
50. Ibn Mājah, Muḥammad Yazīd Qazwīnī (273H). (2010).
Sunan Ibn Mājah: Dār Ihyāʿ al-Kutub al-ʿArabiyyah.
51. Ibn Zanjuyah (251H). al-Amwal. al-Riyad: Markaz al-
Malik Faysal li al-Buhuth wa al-Dirasat.
52. Mālik, Anas al-Madanī (179H). (1985). al-Muwaṭṭaʾ.
Lubnān: Dār Iḥyāʾ al-Turāth al-ʿArabī.
53. Malik, Ibn Anas al-Madani (179H). al-Muwatta' -
Riwayat Yahya al-Laythi. Misr: Dar al-Sha'b.
54. Mu'ammar Ibn Rashid (154H). al-Jami'. Bayrut: al-
Maktab al-Islami.
55. Muslim, Ibn al-Ḥajjāj (261H). (2006). al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ
/ Ṣaḥīḥ Muslim. al-Riyāḍ: Dār Ṭaybah.
100
LAMPIRAN
1. Fatwa Dar al-Ifta’ al-Misriyyah Berkenaan Hukum
Membawa Kanak-kanak ke Masjid
السؤال :ما حكم اصطحاب الأطفال إل اَلساجد؟
الـــــــــــــــــــــــــــواب:
اصطحاب الأطفال اَلميزين إل اَلسجد هو أمر مستح ٌّب َش ًعا؛ لتعويدهم عَّل
الصَلة ،وتنشئتهم عَّل حب هذه الأجواء اْليَمنية التي َيتمع اَلسلمون فيها لعبادة الله
تعال؛ حتى يكون ذلك مكو ًنا من مكونات شخصيتهم بعد ذلك ،وذلك مع اْلرص
عَّل تعليمهم الأدب ،وَنيهم عن التشويش عَّل اَلصلين أو العبث في اَلسجد ،عَّل أن
يكون ذلك برفق ورْحة ،وأن ُي َتعا َمل مع الطفل بمنتهى اْللم وسعة الصدر من غي
َّتويف أو ترهيب له؛ فإن ردود الأفعال العنيفة التي قد يلقاها الطفل من بعض
اَلصلين ربَم ُت َو ِّلد عنده صدم ًة أو خو ًفا ورع ًبا من هذا اَلكان ،والأصل أن يَت َّبى
الطفل عَّل أن اَلسجد ملء بالرْحات والنفحات والْبكات ،ف َي ْك ُْب عل ُح ِّب هذا
اَلكان ويتعلق قلبه ببيت الله تعال ،كَم جاء في حديث السبعة الذين يظلهم الله في ظله؛
حيث ذكر النبي صَّل الله عليه وآله وسلم منهمَ « :و َر ُجل َق ْل ُب ُه ُم َع َّلق ِفي اَ َل ْس ِج ِد» رواه
البخاري.
وأما اصطحاب الأطفال الذين ُيع َلم أو يغلب عَّل الظن أن الواحد منهم ل َينْ َكف عن
التشويش وإْلاء اَلصلين إذا َُ ِن َي عن ذلك فهو أمر مكروه َش ًعا؛ وذلك للحفاظ عَّل
جو اْلدوء اَلطلوب َش ًعا في اَلسجد ْلصول الشوع الواجب أثناء الصَلة أو
101
الطبة ،وللحفاظ كذلك عَّل طهارة اَلسجد وسَلمة ُمتوياته.
وقد استدل العلَمء عَّل جواز إحضار الأطفال عمو ًما إل اَلساجد بأحاديث؛ منها ما
رواه البخاري ومسلم في صحيحيهَم عن أب قتادة الأنصاري رضي الله عنه أن رسول
الله صَّل الله عليه وآله وسلم كان يصل وهو حامل ُأ َما َم َة بن َت زين َب بِ ْن ِت رسول الله
صَّل الله عليه وآله وسلم.
قال اْلافظ ابن حجر في "فتح الباري" ( 592/1ط .دار اَلعرفة)[ :واس ُت ِد َّل به عَّل
جواز إدخال الصبيان في اَلساجد] اهـ بتِّصف.
وأخرج اْلمامان البخاري ومسلم في صحيحيهَم عن أنس رضي الله عنه أن رسول الله
صَّل الله عليه وآله وسلم قال« :إِِِّّن َلأَ ْد ُخ ُل ِفي ال َّصَ َل ِة َو َأ َنا ُأ ِري ُد إِ َطا َل َت َهاَ ،ف َأ ْس َم ُع ُب َكا َء
ال َّصبِ ِّيَ ،ف َأ َِ َت َّو ُز ِفي َصَ َل ِت َِمَّا َأ ْع َل ُم ِم ْن ِش َّد ِة َو ْج ِد ُأ ِّم ِه ِم ْن ُب َكائِ ِه».
كَم أخرج الأئمة أْحد وأبو داود والَتمذي والنسائي وابن ماجه وابن حبان واْلاكم
عن بريدة رضي الله عنه قال :كان النبي صَّل الله عليه وآله وسلم ََي ُطب ،فأقبل اْلسن
واْلسين رضي الله عنهَم عليهَم قميصان أْحرانَ ،ي ْمشيان و َيع ُثران ،فنزل رسول الله
صَّل الله عليه وآله وسلم من اَلنْب فحملهَم؛ واح ًدا من ذا الشق ،وواح ًدا من ذا الشق،
ثم صعد اَلنْب فقال« :صدق الله﴿ :إِ َّن ََم َأ ْم َوا ُل ُك ْم َو َأ ْولَ ُد ُك ْم فِ ْت َنة﴾؛ إِّن َ َيلا َن َظ ْر ُت إل
هذين الغَلمين َي ْمشيان و َيع ُثران ل أصْب أن قطعت كَلمي ونزل ُت إليهَم».
ومن هذه الأحاديث أخذ العلَم ُء جواز إحضار الأطفال للمسجد ،واستثنوا منهم من
كان ل ينتهي عن التشويش عَّل اَلصلين إذا َُ ِن َي عنه ،فبينوا مِّشوعية منعهم من
دخول اَلساجد ،عَّل أن يكون ذلك اَلنع بالرفق والرْحة.
102
قال اْلمام الأُ ِّب الأزهري اَلالكي في "جواهر اْلكليل َشح مختِّص خليل" (،80/1
ط .دار الفكر)([ :و) جاز (إحضار صبي به ل يعبث ويكف) عن العبث (إذا َني)
عنه ،فإن كان شأنه العبث أو عدم الكف فَل َيوز إحضاره به؛ ْلديث جنبوا
مساجدكم َمانينكم وصبيانكم] اهـ.
وقال اْلمام الشوكاِّن في "نيل الأوطار" ( ،144/2ط .دار اْلديث)[ :وفيه جواز
إدخال الصبيان اَلساجد .وقد أخرج الطْباِّن من حديث معاذ بن جبل قال :قال
رسول الله صَّل الله عليه وآله وسلم« :جنبوا مساجدكم صبيانكم وخصوماتكم
وحدودكم وَشاءكم وبيعكم وَجروها يوم َجعكم واجعلوا عَّل أبواِبا مطاهركم»
ولكن الراوي له عن معاذ مكحول وهو ل يسمع منه ،وأخرج ابن ماجه من حديث
واثلة بن الأسقع أن النبي صَّل الله عليه وآله وسلم قال« :جنبوا مساجدكم صبيانكم
وَمانينكم وَشاءكم وبيعكم وخصوماتكم ورفع أصواتكم وإقامة حدودكم وسل
سيوفكم واَّتذوا عَّل أبواِبا اَلطاهر وَجروها في المع» وفي إسناده اْلارث بن
شهاب وهو ضعيف .وقد عار هذين اْلديثين الضعيفين حديث أمامة اَلتقدم
وهو متفق عليه .وحديث الباب وحديث أنس رضي الله عنه أن النبي صَّل الله عليه
وآله وسلم قال« :إِّن لأسمع بكاء الصبي وأنا في الصَلة فأخفف ،مخافة أن تفتتن أمه»
وهو متفق عليه فيجمع بين الأحاديث بحمل الأمر بالتجنيب عَّل الندب كَم قال
العراقي في "َشح الَتمذي" ،أو بأَنا ُتنَ َّز ُه اَلساج ُد عمن ل ُي ْؤ َم ُن َح َد ُثه فيها] اهـ.
وقال العَلمة اْلمام النووي الشافعي في "اَلجموع َشح اَلهذب" ( ،176/2ط .دار
الفكر)[ :قال اَلتول وغيه :يكره إدخال البهائم واَلجانين والصبيان الذين ل يميزون
اَلسجد؛ لأنه ل ُي ْؤ َم ُن تلوي ُثهم إياه ،ول َيرم ذلك؛ لأنه ثبت في الصحيحين أن رسول
103
الله صَّل الله عليه وآله وسلم صَّل حامَل أمامة بنت زينب رضي الله عنهَم وطاف عَّل
بعيه ،ول ينفي هذا الكراهة؛ لأنه صَّل الله عليه وآله وسلم فعله لبيان الواز فيكون
حينئذ أفضل في حقه فإن البيان واجب] اهـ.
وبنا ًء عَّل ذلك :فإنه ل مانع َش ًعا من اصطحاب الصبيان اَلميزين إل اَلساجد؛
لتعويدهم عَّل الصَلة ،وتنشئتهم عَّل حب الأجواء اْليَمنية ،وأما َمن ُيع َلم منهم عدم
النتهاء عن التشويش وإْلاء اَلصلين فيكره اصطحاِبم إل اَلساجد؛ حفا ًظا عَّل
مقصود الشوع في الصَلة ،مع اللتزام بالرفق وعدم العنف في إرشادهم إذا تم
اصطحاِبم.
والله سبحانه وتعال أعلم
104
Dr. Abdullaah Jalil
Sarjana Muda Shariah (Fiqh and Pengajian Islam), Universiti
Yarmouk (Kelas Pertama/Mumtaz) (2001); MBA (Perbankan dan
Kewangan Islam) (Anugerah Pelajar Terbaik Program), Unversiti
Islam Antarabangsa Malaysia (2004); PhD Kewangan Islam, INCEIF
(2019).
Pada waktu ini, beliau berkhidmat sebagai pensyarah kanan di
Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia di
Nilai, Negeri Sembilan.
Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Syariah Prudential
BSN Takaful, Ahli Jawatankuasa Syariah Bank Rakyat, Ahli
Jawatankuasa Panel Syariah USIM, Panel Penyelidik Fatwa Negeri
Sembilan, Ahli Panel Deradikalisasi dan Pakar Rujuk Bagi Kes-kes
Keganasan Yang Disiasat Di Bawah Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-langkah Khas) 2012, Kementerian Dalam Negeri.