MODUL PENGURUSAN 2024 PRASEKOLAH
ISI KANDUNGAN Rukun Negara Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pengenalan Objektif Pengurusan Pengenalan diri Pengurusan Rekod Pengurusan Ruang Pengurusan Makanan Pengurusan Persekitaran Pengurusan Kesihatan Pengurusan Keselamatan Rujukan
RUKUN NEGARA Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya Memelihara satu cara hidup demokratik Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dengan pelbagai corak Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,berakhlak mulia, betanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Modul Pengurusan Prasekolah ini merangkumi beberapa aspek pengurusan yang amat penting dalam mewujudkan pengurusan prasekolah yang lebih efektif. Setiap aspek pengurusan memainkan peranan yang amat penting dalam mewujudkan perkembangan holistik terhadap kanak-kanak. Modul ini turut menerangkan setiap aspek pengurusan yang boleh dijadikan sebagai panduan yang komprehensif terhadap para pengajar. Modul ini tidak hanya bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dalam pengurusan sekolah tetapi juga untuk memupuk budaya kerjasama dan pembangunan profesionalisme dalam kalangan komuniti prasekolah. Modul ini bukan hanya sekadar menjadi panduan asas tetapi menjadi penguat dalam proses pembangunan profesional serta peningkatan kualiti pendidikan prasekolah di Malaysia. PENGENALAN
Objektif Modul ini adalah: Memberikan pemahaman berkaitan elemen-elemen pengurusan prasekolah 1. OBJEKTIF 5. Memberikan pengetahuan mengenai teori dan prinsip pembelajaran awal kanak-kanak yang berkesan dalam pendidikan prasekolah 3. Memastikan semua yang terlibat dalam pengurusan prasekolah memahami dan mengamalkan piawaian keselamatan dan kesihtan untuk mencipta persekitaran yang selamat dan kondusif bagi kanak-kanak 4. Memberikan pengetahuan dan kemahiran dalam mengurus kewangan prasekolah dengan bertanggungjawab 2. Membantu pengurus, guru dan kakitangan prasekolah dalam melaksanakan tugas-tugas mereka dengan lebih efisien dalam menyediakan pendidikan berkualiti
NUR LIYANA BINTI YUSRI perempuan melayu IPG NUR AQILAH BINTI JOHARI
PENGURUSAN REKOD PENGURUSAN REKOD
Memastikan setiap maklumat peribadi murid disimpan dengan selamat dan teratur bagi penggunaan rujukan Membantu guru dalam mengembangkan perkembangan murid dengan menganalisis setiap rekod prestasi sesi pengajaran Memastikan prasekolah mematuhi peraturan dan undangundang yang telah ditetapkan iaitu penyimpanan dan perlindungan maklumat peribadi Rekod Kewangan Pengurusan rekod adalah proses penyelenggaraan dan mengurus rekod-rekod yang penting berkaitan murid-murid prasekolah. Pengurusan ini amatlah penting kerana rekod yang teratur mampu membantu prasekolah dalam memastikan operasi harian prasekolah menjadi lebih efisien. Tambahan pula, rekod adalah merupakan bukti sekiranya terdapat perkara atau masalah yang berlaku. PENGENALAN TUJUAN JENIS-JENIS REKOD Rekod Inventori Rekod Perkembangan Kanak-Kanak Rekod Peribadi Kanak-Kanak & Kakitangan REKOD
Pengurusan kewangan amatlah penting kerana akan mewujudkan sistem pentadbiran yang lancar atau tidak. Ini turut adalah untuk meningkatkan kecekapan dalam penggunaan sumber serta aliran wang masuk dan keluar (Chear, 2020). Transaksi kewangan yang berlaku di prasekolah amatlah penting untuk direkod supaya tiada berlakunya sebarang penggunaan wang secara peribadi. Rekod kewangan ini turut dapat dikategorikan kepada yuran pendaftaran, yuran bulanan dan pembelian peralatan serta pembeliaan yang berkaitan dengan operasi prasekolah. Pengurusan rekod kewangan yang baik akan mendorong pihak prasekolah untuk menguruskan kewangan yang dimiliki secara terancang. Ini turut membentuk kecekapan rekod kewangan yang lebih berkualiti dalam menyediakan persekitaran pembeljaran yang berkesan. REKOD KEWANGAN TUJUAN laporan kewangan yang telus Laporan kewangan yang telus akan memberikan gambaran yang jelas tentang prasekolah. Ini membantu pihak prasekolah dalam membuat keputusan yang lebih baik berdasarkan keadaan kewangan semasa perancangan dan pengurusan bajet Penyelenggaraan rekod yang tepat membolehkan pihak prasekolah untuk mengetahui dengan jelas setiap sumber kewangan digunakan dan diperolehi. Ini justeru membolehkan mereka untuk membuat bajet yang realistik untuk operasi prasekolah
Menunjukkan prestasi kewangan prasekolah CIRI-CIRI PENGURUSAN REKOD KEWANGAN YANG BAIK Rekod kewangan yang baik adalah asas yang penting bagi pengurusan kewangan yang berkesan secara keseluruhan Rekod kewangan yang baik akan membantu untuk menunjukkan prestasi kewangan prasekolah kepada komuniti seperti ibu bapa. Ini akan mendorong ibu bapa berasa yakin dan percaya untuk menghantar anak-anak mereka ke prasekolah ini
Memudahkan untuk pemantauan dan kawalan Rekod kewangan yang baik akan menyebabkan pengurusan dapat dijalankan secara berterusan dan lebih mudah untuk mengenal pasti sebarang masalah. Justeru ini memudahkan pihak prasekolah untuk melakukan tindakan kawalan secara cepat dan tepat. CIRI-CIRI PENGURUSAN REKOD KEWANGAN YANG BAIK Pelaporan yang tepat dan berkala Rekod kewangan yang baik membolehkan penyediaan laporan kewangan yang tepat dan berkala. Laporan ini penting bagi pemberian maklumat kepada pihak berkepentingan mengenai prestasi kewangan prasekolah dan untuk membuat keputusan yang berasaskan data
Pengurusan hutang Keselamatan kewangan Rekod kewangan yang baik membantu dalam pengurusan hutang prasekolah dengan lebih berkesan. Strategi dapat dirancang dengan mengetahui jumlah hutang, tempoh bayaran dan caj faedah. Ini akan mengurangkan hutang secara berperingkat dan memastikan kestabilan kewangan jangka panjang CIRI-CIRI PENGURUSAN REKOD KEWANGAN YANG BAIK Rekod kewangan yang baik membantu memastikan keselamatan kewangan prasekolah. Penyusunan rekod yang teliti dan tepat akan membantu pengurangan masalah kehilangan dana, penyelewengan atau perkara yang tidak diingini
Bantuan Geran Per Kapita Prasekolah (PCG) BANTUAN KEWANGAN Bantuan Geran Per Kapita Prasekolah (PCG) Bantuan Geran Per Kapita Prasekolah (PCG) BANTUAN GERAN PER KAPITA PRASEKOLAH (PCG) PCS Prasekolah layak untuk dituntut oleh kanak-kanak prasekolah bawah kerajaan sahaja Kadar yang layak dituntu adalah sebanyak RM100.00 seorang murid setahun Perbelanjaan yang boleh dilakukan adalah: -pembelian barangan yang bertujuan pengajaran dan pembelajaran -penyelenggaraan barangan prasekolah yang digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran Program yang berunsurkan pendidikan yang dapat menguatkan lagi konsep pengetahuan kanakkanak
BANTUAN MAKANAN PRASEKOLAH (BMP) BMP boleh dituntu atau layak hanya untuk kanakkanak yang bersekolah di prasekolah kerajaan sahaja Kadar BMP yang layak diterima adalah sebanyak: -RM2.00 (Semenanjung) -RM2.25 (Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan) BMP boleh dituntut untuk tempoh 200 hari setahun Perbelanjaan yang boleh dilakukan adalah seperti bahan mentah, makanan tambahan dan peralatan untuk penyediaan makanan berkhasiat BANTUAN KOKURIKULUM PRASEKOLAH (BKKP) BKKP layak dituntut oleh kanak-kanak prasekolah kerajaan sahaja Kadar BKKP sebanyak RM25.00 seorang setahun Contoh perbelanjaan adalah sukan, lawatan, penyelenggaraan peralatan sukan, pembelian hadiah aktiviti
CONTOH REKOD KEWANGAN
INSTRUMEN REKOD KEWANGAN
Rekod inventori adalah suatu rekod item yang dimiliki dan digunakan bagi pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan ini melibatkan penyelenggaraan dan pemantauan bekalan prasekolah seperti bahan bacaan dan peralatan keselamatan. Sekiranya sistem pengurusan inventori dijalankan dengan sistematik, prasekolah mampu memastikan kecukupam bekalan dalam menyokong aktiviti pembelajaran murid-murid. Seterusnya, pengurusan rekod inventori yang baik akan mendorong prasekolah untuk memastikan setiap sumber yang dimilki digunakan secara optimum. Oleh itu, penjagaan inventori seharusnya dikemas kini secara berkala agar setiap peralatan dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan. REKOD INVENTORI TUJUAN Kecukupan sumber Kecukupan bekalan dan peralatan pembelajaran amatlah penting dalam menggalakkan perkembangan murid-murid yang maksimum. Setiap inventori perlu direkod supaya mudah untuk mengenal pasti keperluan bekalan yang diperlukan lagi serta dapat mengambil langkah-langkah seperti pembelian dalam memastikan kecukupan sumber pada setiap masa persekitaran pembelajaran yang dinamik Pelbagai peralatan yang dimiliki akan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Tambahan pula, mereka dapat berinteraksi dengan peralatan yang mendorong diri mereka untuk meneroka
membuat jadual penghantaran inventori agar sentiasa mencukupi untuk sesi pembelajaran menjalinkan hubungan yang baik dengan pembekal untuk mendapatkan harga berpatutan dan penyediaan stok yang lancar penyelenggaraan berkala agar inventori sentiasa dalam keadaan yang baik dan berfungsi membuat katalog digital yang mudah diakses oleh pihak sekolah untuk merujuk inventori yang ada dan membuat pembelian CADANGAN-CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN INVENTORI LEBIH BAIK
CONTOH REKOD INVENTORI
INSTRUMEN REKOD INVENTORI
Pengurusan rekod perkembangan kanak-kanak dari pelbagai aspek seperti kognitif, bahasa, sosial dan emosi. Pengurusan rekod ini penting kerana mampu meningkatkan lagi potensi setiap kanak-kanak secara individu. Ini kerana guru dapat memahami keperluan pembelajaran serta masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak dan merancang intervensi yang lebih sesuai untuk mereka. Rekod ini turut boleh dijadikan sebagai rujukan untuk para ibu bapa untuk megetahui tahap prestasi anak-anak mereka di prasekolah. Maka, ini secara tidak langsung dapat membantu guru serta ibu bapa untuk menoyokong perkembangan kanakkanak secara menyeluruh. REKOD PERKEMBANGAN KANAK-KANAK TUJUAN mengukur keberkesanan program Perubahan dalam perkembangan kanak-kanak dari semasa ke semasa akan membantu untuk menilai keberkesanan program pembelajaran yang dilaksanakan menyokong pembelajaran individu Guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap murid secara individu. Ini justeru akan mendorong penghasilan strategi pengajaran yang lebih memberangsangkan untuk membantu kanak-kanak mencapai potensi mereka yang sepatutnya
Menerapkan penilaian berterusan yang memberi tumpuan kepada pemahaman keseluruhan perkembangan kanakkanak. Penilaian ini membolehkan guru untuk mengenal pasti keperluan kanak-kanak. Menggunakan teknologi dalam pembelajaran bagi menyokong pembelajaran berpusatkan kanak-kanak dalam meningkatkan penglibatan aktif. Membangunkan hubungan yang lebih erat dengan ibu baoa. Sesi maklum balas serta program perkongsian maklumat berkaitan kanakkanak mampu menguatkan lagi hubungan yang baik. Memastikan fasilitasi prasekolah memenuhi standard keselamatan, kebersihan dan keselesaan yang diperlukan untuk menyokong perkembangan kanak-kanak. Persekitaran yang kondusif termasuklah ruang bermain yang selamat. Penilaian berterusan REKOD PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Pengintergrasian teknologi Kerjasama dengan ibu bapa Fasilitasi dan persekitaran yang sesuai
CONTOH REKOD PERKEMBANGAN
INSTRUMEN REKOD PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Pengurusan peribadi melibatkan pemeliharaan maklumat peribadi yang merupakan hal penting bagi setiap individu. Contohnya untuk kanak-kanak, butiran peribadi seperti nama, alamat, kad pengenalan atau maklumat kesihatan. Manakala untuk kakitangan prasekolah pula, nama, nombor telefon, kelayakan pendidikan dan kad pengenalan. Sekiranya maklumat peribadi mereka didedahkan atau dibocorkan, ini akan memberi kesan yang buruk seperti orang lain boleh mencuri identiti mereka. Oleh itu, pentinglah pihak prasekolah untuk mengurus rekodrekod peribadi dengan amanah. Tambahan pula, pihak prasekolah perlu memastikan akses maklumat peribadi hanya diberikan kepada individu yang mempunyai kebenaran atau keperluan untuk mengaksesnya. Penyelenggaraan maklumat peribadi yang tidak bertanggungjawab akan dikenakan denda mengikut undang-undang yang berkaitan dengan perlindungan data. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya salahguna berkaitan maklumat peribadi. Secara jelaslah bahawa, pengurusan peribadi tidak boleh diambil secara ringgan kerana berkait rapat dengan keselamatan dan kesejahteraan privasi setiap individu. Maka, ini akan menjadikan operasi prasekolah berlaku dengan lancar tanpa sebarang kebocoran maklumat peribadi. REKOD PERIBADI KANAK-KANAK & KAKITANGAN PRASEKOLAH
Sistem pengurusan maklumat bersepadu Pematuhan dasar privasi & keselamatan maklumat Penyusunan rekod yang teratur Latihan pengurusan rekod CADANGAN PENAMBAHBAIKAN REKOD PERIBADI KANAK-KANAK & KAKITANGAN PRASEKOLAH Pembangunan sistem pengurusan maklumat yang terintegrasi bagi menyimpan rekod peribadi kakitangan dan kanak-kanak yang efisien. Sistem ini haruslah boleh diakses untuk rujukan Menyelaraskan prosedur pengurusan rekod dengan dasar privasi dan keselamatan maklumat. Ini termasuk dengan mengambil langkah-langkah data peribadi berada dalam keadaan yang selamat dan diakses dengan kebenaran Mewujudkan sistem penyusunan yang teratur bagi menyimpan dan mengakses rekod dengan mudah. Ini justeru memudahkan proses untuk membuat rujukan untuk sebarang hal yang penting. Memberikan latihan tentang pentingnya pengurusan rekod peribadi yang baik termasuklah dengan mematuhi undangundang privasi & prosedur keselamatan maklumat.
CONTOH REKOD PERIBADI KANAK-KANAK & KAKITANGAN PRASEKOLAH
INSTRUMEN REKOD PERIBADI KANAKKANAK & KAKITANGAN PRASEKOLAH
PENGURUSAN RUANG PENGURUSAN RUANG
Di antara tips penyusunan ruang dan alatan ialah peralatan yang digunakan adalah mudah alih agar mudah untuk diubah suai. Bangunan hendaklah dijauhkan dengan bangunan atau blok yang bising agar pembelajaran tidak terganggu. Pelbagai guna, ruang tersebut boleh digunakan bagi menjalankan pelbagai aktiviti. Peralatan, perabot dan kemudahan hendaklah sesuai dengan ketinggian murid agar tidak menimbulkan kesukaran ketika mereka menggunakannya. Mudah selia, pastikan kedudukan alatan dan kemudahan mudah untuk dipantau oleh guru. Bersih dan pengudaraan yang baik, ruang tersebut perlu bersih dan tidak terlalu sempit oleh pelbagai perabot serta memiliki pengudaraan dan pencahayaan yang baik. Suasana bilik darjah yang kondusif akan memberikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada guru dan murid. Suasana bilik darjah yang kondusif membantu dalam perkembangan murid-murid. Kelas yang di susun dengan selamat, ceria dan ruang yang praktikal dapat menggalak penglibatan kanak-kanak sepenuhnya diruang-ruang tersebut. Pengurusan ruang yang efektif mempengaruhi pelbagai aspek pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak, serta membantu dalam pengurusan kelas yang lebih efisien. PENGENALAN
BERMAKNA MUDAH ALIH PELBAGAI GUNA SELESA ASPEK YANG PERLU DIAMBIL KIRA DALAM PENGURUSAN RUANG PENGURUSAN RUANG PRASEKOLAH TUJUAN Mendorong pembelajaran yang aktif Ruang yang dirancang dengan baik memudahkan aktiviti pembelajaran yang berbeza dan menyediakan peluang bagi kanak-kanak untuk menjelajah dan belajar secara mandiri. Menyokong perkembangan fizikal Pengurusan ruang yang memadai termasuk menyediakan ruang yang mencukupi untuk bergerak dan untuk perkembangan motor kasar kanak-kanak. Ruang yang cukup untuk berlari dan melompat.
Contoh ruang yang perlu disediakan oleh guru dalam bilik darjah
SELESA Keluasan bilik darjah yang sesuai dengan bilangan kanak-kanak. Pengudaraan yang baik. Pengcahayaan yang baik RUANG Pengcahayaan yang memadai Keluasan bilik darjah yang mengambil kira pergerakan kanakkanak Memudahkan aktiviti dilaksanakan Membuka tingkaptingkap untuk pengudaraan yang baik Tidak menggunakan suhu yang terlalu sejuk Memastikan kanakkanak sentiasa kekal aktif dan sihat Mendorong penglibatan kanakkanak secara aktif Pencahayaan yang baik sangat penting dalam ruang kelas prasekolah. Pencahayaan buatan yang memadai juga penting untuk hari-hari yang mendung atau untuk penggunaan ruangan setelah gelap. Kipas angin bolah digunakan untuk membantu mengedarkan udara dalam ruangan. Kipas dapat meningkatkan kualiti udara dan membuat suhu ruangan lebih sejuk dan nyaman. CADANGAN
PELBAGAI GUNA Ruang dan peralatan yang sesuai dapat digunakan untuk pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan bukan sahaj berfokuskan kepada tempat untuk belajar sahaja tetapi belajar sambil bermain. Membuat ruang perbincangan supaya memudahkan kanak-kanak berkomunikasi dan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah. Bilik darjah di mana pembelajaran berasaskan projek dan pemikiran reka bentuk menggantikan hafalan memerlukan ruang di mana pelajar dapat membuat lakaran, membina, membuat, dan prototaip. Satu jenis ruang khusus ialah ruang yang boleh ditulis iaitu ruang untuk pelajar membuat sketchnote. Tambahkan ruang yang lebih mudah ditulis dengan membeli papan hitam mini, papan putih mini atau papan tulis DIY. Ruang pameran pembelajaran yang menekan dokumentasi dan memaparkan proses pembelajaran, bukan hanya produk siap seperti meletakkan gambar dari sesi pembelajaran berasaskan projek, sesi bemain dan sebagainya.
MUDAH ALIH Penggunaan bahan yang mudah alih atau portabel sangat membantu dalam pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran supaya dapat belajar secara fleksibel dan dinamik. Bahan yang mudah alih membolehkan guru untuk mempelbagaikan ruangan dengan cepat sesuai dengan keadaan pelajaran atau aktiviti yang berbeza. Meja dan Kerusi yang mudah dipindahkan Papan tulis bergerak CONTOH BAHAN MUDAH ALIH Rak buku portabel Kotak penyimpanan barang dengan roda Karpet atau Tikar Lantai yang Mudah Dilipat Alat Elektronik Portable Penggunaan bahan yang mudah alih ini tidak hanya memberikan fleksibiliti dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi juga memaksimumkan penggunaan ruang dengan pendekatan pembelajaran yang dapat menyesuaikan dengan keadaan perubahan semasa dalam arus pendidikan
01 02 03 04 RUANG YANG BERMAKNA Ruang yang bermakna dalam bilik darjah merujuk kepada perancangan yang dilakukan untuk mengoptimumkan pembelajaran, meningkatkan kreativiti, dan memupuk kesejahteraan Ruang kelas yang menarik visual dapat meningkatkan imaginasi dan kreativiti. Menggunakan warna-warna cerah, karya seni dan bahan seni visual yang menarik dapat membuat ruang belajar lebih menyenangkan dan menginspirasi. BERMAKNA Integrasi teknologi yang tepat dapat meningkatkan pengalaman belajar. Penggunaan papan interaktif, tablet, atau komputer harus mudah diakses oleh kanakkanak dan terintegrasi secara sendiri dalam pembelajaran. Sertakan elemen alam di dalam atau melalui pemandangan dari bilik darjah. Penelitian menunjukkan bahwa interaksi dengan alam boleh meningkatkan kesejahteraan dan fokus.
CADANGAN DALAM BILIK DARJAH Menyediakan tempat penyimpanan kerja untuk kanak-kanak supaya dapat dilihat Ruang yang disediakan perlu menarik perhatian dengan dihiasi dengan warna warni disekeliling Menyediakan bahan dan peralatan yang mencukupi ketika melakukan aktiviti Mempelbagaikan aktiviti semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Meletakkan bahan sumber pembelajaran yang bersesuaian dengan bilangan kanak-kanak agar mereka tidak mudah berasa bosan Menggunakan rekaan yang menarik dalam bilik darjah mengikut Pendidikan abad ke21
RUANG-RUANG PEMBELAJARAN DALAM PRASEKOLAH Ruang-ruang kawasan kelas mempunyai fokus atau peluang-peluang tertentu untuk pembelajaran. Ruang dalam kelas seharusnya dibahagi kepada sudut pembelajaran tertentu bagi membolehkan kanak-kanak nampak lebih jelas tentang pilihan ruang bagi menjalankan aktiviti tertentu seperti sudut keluarga untuk aktiviti main peranan. Selain itu, ia juga membenarkan kanak-kanak memilih ruang kegemaran mereka semasa menjalankan aktiviti bebas. Merancang ruang pembelajaran perlu dibuat dengan teliti dan memerlukan perancangan yang rapi. Segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di ruang pembelajaran dan persekitaran prasekolah perlu diberi perhatian yang lebih mendalam. Kesemua ruang pembelajaran (di dalam ataupun di luar) perlu disesuaikan dengan tujuan dan objektif yang ditetapkan. Keadaan itu melambangkan keperluan pengajaran prasekolah itu. Ruang pembelajaran tersebut mesti bersih, tidak terlalu sempit oleh pelbagai perabot, pencahayaan yang cukup dan pengudaraan yang baik. Aspek ini sangat penting bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya aspek ini tidak diambil kira, ia akan mendatangkan ketidakselesaan kepada guru dan kanak-kanak. Secara tidak langsung, objektif pembelajaran tidak dapat dicapai.
TUNJANG-TUNJANG KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PUSAT PEMBELAJARAN MAIN DRAMA PUSAT PEMBELAJARAN SAINS CONTOH PUSAT-PUSAT PEMBELAJARAN DALAM PRASEKOLAH PUSAT PEMBELAJARAN MATEMATIK Pusat ini bertujuan untuk membuat matematik menjadi menarik dan mudah difahami bagi kanak-kanak. Membina pengetahuan secara langsung Menggalakkan kanakkanak membuat penerokaan Bekerjasama dalam kumpulan Membina pengetahuan yang baru Meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti Memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk mengcungkil bakat Membawa watak masingmasing
CONTOH GAMBAR Meningkatkan kemahiran murid dalam berkomunikasi. Mengembangkan kemahiran membaca dan menulis. Membina keyakinan diri murid. Membolehkan murid makan ditempat yang disediakan. Dapat membimbing murid cara menghidang makanan dan minuman. Mengajar murid cara mengemas ruang makan. Memerlukan keadaan senyap supaya kanak-kanak dapat menumpukan perhatian tanpa gangguan. Melahirkan sifat rajin membaca dalam diri kanak-kanak Ilmu pengetahuan bertambah Menjalankan aktiviti sendiri. Kanak-kanak dapat berinteraksi dengan kawankawan dengan lebih mesra. Mengalami suasana seperti di rumah Melahirkan emosi, minat dan bakat Melakonkan cerita berdasarkan pengalaman Memupuk nilai murni Melahirkan semangat perpaduan antara kaum.
PELAN LANTAI PRASEKOLAH
INSTRUMEN PENILAIAN
PENGURUSAN PEMAKANAN PENGURUSAN PEMAKANAN
PENGENALAN Kanak-kanak awal adalah tempoh kritikal untuk mewujudkan tabiat pemakanan yang baik, kerana ia boleh memberi kesan kepada pertumbuhan, perkembangan, kesihatan, dan seterusnya, kedewasaan. Sebagai contoh, pemakanan yang tidak sihat pada kanak-kanak seawal usia tiga tahun telah terbukti mempengaruhi tandatanda awal penyakit kardiovaskular yang boleh berterusan sehingga dewasa (Jakrin & Yunus, 2022). Aspek ini amat penting kerana mempengaruhi perkembangan potensi berfikir kanak-kanak. Di Malaysia, purata kanak-kanak prasekolah menghadiri 20 jam sesi pembelajaran seminggu di Tadika Sekolah Kebangsaan di bawah Kementerian Pendidikan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017). TUJUAN pemakanan kanak-kanak Modul ini menekankan nutrisi yang diterima oleh kanakkanak. Pemakanan yang seimbang dan berkualiti memberikan pertumbuhan yang memberangsangkan panduan pengurusan makanan Modul ini boleh dijadikan sebagai rujukan untuk menyediakan makanan yang sihat kepada kanak-kanak. Maka, kanak-kanak dapat memperolehi hidangan yang sihat. Bukan itu sahaja, standard penyediaan makanan turut dijaga agar tidak berlakunya sebarang keosakan bahan mentah.