PROJEK TAHUN AKHIR
VRR 3996
JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN
PROPOSAL PROJEK TAHUN AKHIR:
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kreativiti Mereka Cipta Produk
Perabot Dalam Kalangan Pelajar Reka Bentuk Pembuatan Perabot
Di Sebuah Universiti Awam.
BIL NAMA PELAJAR KOD ID PELAJAR
1. Mohammad Fahmi Jazimin Bin Osman KURSUS D20172081354
AT-55
PENSYARAH PENYELIA:
Profesor Dr. Ramlee bin Mustapha
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KREATIVITI MEREKA
CIPTA PRODUK PERABOT DALAM KALANGAN PELAJAR REKA
BENTUK PEMBUATAN PERABOT DI SEBUAH UNIVERSITI AWAM
MOHAMMAD FAHMI JAZIMIN BIN OSMAN
FAKULTI TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2021
KANDUNGAN Muka Surat
SENARAI JADUAL 1
SENARAI RAJAH 8
10
BAB I PENDAHULUAN 13
15
1.1 Pengenalan 15
1.2 Latar Belakang Kajian 16
1.3 Pernyataan Masalah 17
1.4 Kerangka Konseptual Kajian 18
1.5 Tujuan dan Objektif Kajian 19
1.6 Persoalan Kajian 20
1.7 Hipotesis Nol 20
1.8 Kepentingan Kajian 21
1.9 Batasan Kajian 21
1.10 Definisi Operasional 22
1.10.1 Kreativiti
1.10.2 Pemikiran Kreatif 23
1.10.3 Kemahiran Teknikal 24
1.10.4 Inovasi 24
1.11 Rumusan 26
27
BAB II KAJIAN LITERATUR 27
2.1 Pengenalan 31
2.2 Konsep Berkaitan
2.2.1 Konsep Kreativiti
2.2.2 Konsep Inovasi
2.2.3 Konsep Pemikiran Kreatif
2.2.4 Konsep Mereka Cipta
2.3 Teori Berkaitan
2.3.1 Teori Inovasi (Rogers) 31
2.4 Model Berkaitan 33
2.4.1 Model Pemikiran Kreatif (Torrance) 33
2.4.2 Model Mereka Cipta 34
2.4.3 Model Inovasi (Rogers) 38
2.5 Kajian-kajian Lepas 43
2.5.1 Kajian Dalam Negara 43
2.5.2 Kajian Luar Negara 45
2.6 Rumusan 46
BAB III METODOLOGI KAJIAN 48
3.1 Pengenalan 49
3.2 Reka Bentuk Kajian 50
3.3 Populasi dan Sampel 51
3.4 Instrumen Alat Kajian 55
3.5 Prosedur Pengumpulan Data 55
3.6 Kajian Rintis 56
3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen 57
3.8 Prosedur Analisis Data 57
3.9 Rumusan 59
RUJUKAN
SENARAI JADUAL
Jadual Skala Likert Muka Surat
Julat interpretasi skor min
3.1 Taburan Item Soal Selidik 53
3.2 53
3.3 54
SENARAI RAJAH
Rajah Muka Surat
1.1 Kerangka Konseptual Kajian 14
2.1 Konsep Formula Idea Kreatif dan Reka Cipta 28
2.2 Model Wallas 1988 37
2.3 Model Diffusion of Innovation, Everett M. Rogers (1983) 40
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Era revolusi industri 4.0 kini merupakan zaman persaingan teknologi dan ekonomi
perindustrian yang sengit. Hal ini turut terkesan kepada industri perabot dari segi reka
bentuk dan teknologi supaya dapat jalan seiring dengan industri lain. Industi perabot
menyumbang pendapat besar kepada sesebuah negara berbanding industi lain. Menurut
Raphael et al. (2003), antara 1995 dan 2000 perdagangan perabot di seluruh dunia
tumbuh 36 peratus, lebih cepat daripada perdagangan barangan dunia sebagai
keseluruhan (26.5 peratus), pakaian (32 peratus) dan kasut (1 peratus). Walaupun
industri perabot merupakan industri yang kurang menggunakan inovasi dalam
teknologi ianya banyak membantu bagi melonjakkan pendapatan negara pada angka
yang tinggi. Menurutnya lagi, pada tahun 2000 sektor industri perabot merupakan
sektor berteknologi rendah terbesar, dengan jumlah perdagangan global bernilai AS $
2
57.4 bilion, melebihi pakaian (AS $ 51 bilion) dan kasut (AS $ 36.5 bilion). Dengan
terdapat pelbagai bahan dalam pembuatan perabot, kayu menjadi bahan pilihan supaya
perabot yang direka bentuk lebih kukuh dan sumbernya dapat diperoleh hanya di dalam
negara. Dalam pembuatan perabot kayu merupakan bahan asas dan mudah didapati di
negara ini.
Kayu menjadi bahan utama yang dipilih dalam pembuatan perabot kerana bahan
yang kukuh dalam jangka hayat yang panjang. Menurut Hardt (2006) dalam Wan Noor
Faaizah (2017), reka bentuk adalah proses kreatif yang mana ianya menggabungkan
kualiti produk disamping mempertimbangkan nilai estika. Malaysia juga yang
berkembang pesat dari segi teknologi, pendidikan dan ekonomi perindustriannya.
Menurut Nik Mohd Hazrul et al. (2020), di pasaran global Malaysia dibariskan sebagai
pengeksport perabot kelapan terbesar di dunia iaitu 80 peratus daripadanya berasaskan
kayu. Menurut Mohd Rafi dan Tuan Mohd Rosli (2014), sektor pembuatan termasuk
industri perabot dan produk berasaskan kayu telah banyak berperanan dalam ekonomi
negara Malaysia, industri ini telah menjadikan negara sebagai negara pengeksport
perabot kesepuluh terbesar di dunia, dan ketiga di Asia (Malaysia Furniture Industry
Council (MFIC), 2009). Malaysia menjadi pengeksport utama kerana idea dan reka
bentuk yang dihasilkan unik dan mendapat permintaan dari negara-negara luar. Banyak
produk hasil dari reka cipta masyarakat di Malaysia telah dieksport ke negara-negara
lain.
Hasil dari persaingan tersebut, pelbagai produk yang telah dihasilkan yang di
eksport ke luar negara hasil dari buah fikiran rakyat Malaysia yang kreatif serta inovatif
dalam menghasilkan idea-idea baharu. Antara industri yang menjadi penyumbang
3
utama dalam ekonomi negara ialah industri perabot. Menurut Muhammad Abdillah dan
Haleefa (2011), bagi mencapai status sebagai sebuah negara pembuat baharu di rantau
ini yang mampu mengeksport hasil pembuatan negara ke pasaran antarabangsa, negara
kita Malaysia memerlukan lebih ramai lagi pereka yang kreatif daripada golongan
muda. Dalam menghasilkan pembuatan perabot yang mempunyai nilai pada pasaran
kreativiti merupakan elemen penting bagi dalam memperoleh idea yang menarik bagi
sesebuah reka cipta. Bagi merealisisasikan matlamat ini generasi muda dijadikan batu
loncatan bagi membantu negara dalam memacu ekonomi negara dengan penyertaan di
sektor industri.
Generasi muda adalah tiang bagi negara dalam tenaga kerja yang dapat
membawa ekonomi negara dalam memacu kejayaan yang memerlukan mereka
mempunyai pengetahuan k-ekonomi (Ramlee, 2013). Menurut Muhamad Marzuki
(2018), generasi muda perlu menumpukan daya intelektual dalam mengeluarkan
produk-produk inovatif di samping mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi dalam
diri mereka. Jadi mereka perlu sedar supaya mereka dapat bersaing satu sama lain agar
tidak ketinggalan dan mudur kerana tidak memupuk pemikiran kreatif dan inovasi sejak
di bangku persekolahan. Bagi generasi muda ini dapat menghasilkan reka bentuk
sesuatu produk yang mempunyai nilai elemen kreativiti perlu diterapkan bagi
menjadikan produk lebih baik.
Dalam mereka cipta perabot yang menarik elemen kreativiti amatlah penting
bagi penghasilan produk yang berkualiti yang dapat bersaing dengan pasaran luar
negara. Kreativiti juga dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam penghasilan
produk yang berlaku dalam kehidupan seharian. Justera itu, aspek ini perlu diasah dari
4
bangku sekolah agar pelajar mempunyai pemikiran secara kreatif dalam mereka bentuk
sesuatu produk. Menurut Siti Norni (2008), institusi pendidikan merupakan tempat
terpenting untuk menyuburkan bakat dan kebolehan kreatif pelajar. Daya pemikiran
kreatif sangat penting dalam kehidupan seharian bagi menghadapi arus globalisasi yang
berkembang dari segi sains dan teknologi. Penggunaan kreativiti merupakan elemen
asas yang perlu digunakan dalam pelbagai pekerjaan atau bidang dalam memantapkan
idea yang sedia ada.
Menurut Mohsin dan Nasruddin (2008), para pemimpin, ahli perniagaan,
saintis, ahli sejarah, pendidik dan ahli psikologi menyatakan bahawa kreativiti sangat
diperlukan untuk kelangsungan hidup penduduk di dalam sesebuah negara terutamanya
dalam revolusi industri 4.0 di mana perubahan, cabaran, dan persaingan sedang dan
akan terus berlaku. Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun dan
berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 dan keperluan kreativiti
rakyatnya adalah lebih mendesak. Berdasarkan pemerhatian masyarakat Malaysia
hanyalah sebagai pengguna kepada teknologi luar dan kurang dari segi mewujudkan
produk keluaran dari dalam negara. Tradisi masyarakat kita kurang mementingkan
penggunaan teknologi sendiri dan hanya menggunakan teknologi dari luar.
Namun apa yang dilihat pada hari ini, masyarakat kita masih bergantung pada
teknologi luar tanpa meneroka ianya sendiri. Kita tidak menggunakan kemahiran
berfikiran kreatif secara meluas kerana budaya masyarakat yang telah diamalkan sejak
dahulu. Menurut Siti (2008), kreativiti dan inovasi masih belum benar-benar
diaplikasikan dan dimasyarakatkan. Tetapi ianya tidak mustahil untuk diubah dengan
dipupuk dari seseorang itu dari kecil. Menurutnya lagi cara terbaik untuk
5
melaksanakannya adalah bermula pada peringkat sekolah lagi iaitu dengan
menyuburkan budaya kreativiti dan inovasi dalam kalangan para pelajar. Jika hasil ini
berjaya dilaksanakan ianya dapat melahirkan norma baharu dalam cara pemikiran
masyarakat akan datang. Menurut Siti (2008), kreativiti sesungguhnya amat penting
dalam dunia pendidikan kerana ia mampu melahirkan sebuah citra masyarakat kreatif
(creative society) dan seterusnya menghasilkan sebuah negara kreatif (creative nation).
Reka cipta yang berjaya pastinya mempunyai kegunaan yang memberi manfaat dan
membantu dalam kehidupan seharian. Reka cipta yang dilakukan perlulah mempuyai
manfaat ke atas pengguna agar dapat membantu dalam kehidupan seharian.
Dalam hasil sesuatu reka cipta perabot yang telah pasti ada kegunaannya yang
tersendiri. Tetapi pasti terdapat kelebihan dan kekurangan pada sesuatu produk malah
dalam suatu masa mungkin gagal .Hal ini kerana kreativiti dalam mereka cipta
memerlukan beberapa elemen bagi menghasilkan reka cipta yang berjaya. Menurut
Muhammad Adillah dan Haleefa (2011), reka cipta adalah berdasarkan gabungan tiga
dimensi atau konsep iaitu minda, kemahiran dan sikap atau nilai Namun bagi
menghadapi masalah tersebut kreativiti amat memainkan peranan penting dalam
sesebuah reka cipta yang berjaya. Menurut Yahaya Buntat dan Noor Sharliana (2011),
kreativiti merupakan suatu kebolehan berfikir dan bertindak yang tidak berasaskan
logik biasa kerana logik bersifat ‟penilaian‟ (judgemental). Tetapi itu tidak bermakna
kreativiti tidak memerlukan pemikiran kreatiff dan analitis. Kreativiti tahap tinggi amat
memerlukan pemikiran logik-kritis kerana idea yang asli belum tentu boleh berjaya jika
ia dipasarkan (Mohd Azhar, 2004). Kreativiti dalam diri individu mempunyai
perbezaan dari segi tahap pengetahuaan seseorang.
6
Namun, kreativiti seseorang tidak dapat disamaratakan kerana setiap individu
itu mempunyai kecenderungan yang berbeza antara satu sama lain. Menurut Yahya
Buntat dan Noor Sharliana (2011), pemikiran kreatif dianugerahkan oleh Allah s.w.t
kepada semua manusia, apa yang membezakan seseorang itu ialah kecenderungan dan
keupayaan seseorang itu berkreativiti banyak bergantung kepada faktor diri,
persekitaran dan jenis masalah yang dihadapi. Untuk melahirkan daya pemikiran kreatif
terdapat pelbagai cabaran dalam melahirkan sifat kreativiti dalam diri individu.
Pelbagai isu diketengahkan berkaitan dengan kreativiti pelajar yang
melibatkan pemupukan kreativiti dan halangan-halangan dalam usaha memupuk
kreativiti pelajar. Pada masa kini terdapat sikap pelajar yang memplagiat atau meniru
hasil dari sumber tertentu tanpa membuat inovasi. Menurut Muhammad Abdillah Royo
dan Haleefa Mahmood (2011), iatu sikap pelajar yang terlalu bergantung pada orang
lain boleh menyebabkan mereka sukar untuk menghasilkan idea yang kreatif dan projek
yang berkualiti. Justera, hal ini menyebabkan kreativiti pelajar akan berkurang dalam
mereka cipta sesuatu produk. Namun, terdapat langkah atau faktor lain yang mampu
memupuk elemen kreativiti dalam kalangan pelajar. Dalam membuat reka cipta
pembuatan perabot perlu diterapkan elemen inovasi bagi membezakan dengan produk
sedia ada.
Inovasi dalam diri pelajar juga penting bagi meningkatkan daya kreativiti
pelajar. Hal ini kerana mereka perlu berfikir dalam pelbagai aspek dalam memperbaiki
reka cipta produk perabot. Menurut Udin (2014), inovasi adalah idea, item atau perkara
baharu belum ada atau sudah ada tetapi belum diketahui pelajar tentang fungsinya sama
ada berkesan atau tidak. Dalam menginovasi sesuatu reka cipta individu itu sendiri
7
perlu menerima mempunyai sifat inovasi daripada kaedah-kaedah penerimaan inovasi
dalam diri mereka untuk menghasilkan satu reka cipta produk perabot yang
mempunyai nilai dan dapat digunakan. Menurut Udin (2014), inovasi juga boleh
menjadi kaedah baru untuk meningkatkan kualiti atau kualiti program atau barang
sudah ada. Dapat dilihat kaedah inovasi banyak mempengaruhi daya melahirkan
individu yang kreatif. Individu yang mempunyai pemikiran kreatif dan inovasi dapat
menjana idea yang dapat membantu dalam reka cipta produk perabot.
Justera itu, untuk melahirkan daya fikiran yang kreatif dan inovatif ianya perlu
dilihat dari faktor yang banyak mempengaruhi diri dalam menjayakan idea kreatif
seseorang. Hal ini supaya pelajar itu dapat mengadaptasi dengan dunia luar dengan ilmu
yang telah dipelajari. Menurut Mohamad Mohsin dan Nasruddin (2008), perkembangan
pesat yang berlaku dalam bidang teknologi dan komunikasi telah memberikan kesan
kepada cara hidup penduduk Malaysia. Dengan cara itu mereka akan menyesuaikan diri
dan mampu bersaing antara satu sama lain dengan ilmu dan latihan serta tunjuk ajar
yang telah diterapkan dari bidang yang diceburi. Dengan cara itu permintaan dari pihak-
pihak industri akan mencari pelajar yang berkemahiran ini supaya dapat memenuhi
sektor-sektor tertentu dengan idea-idea barharu yang sesuai dengan zaman kini.
Menurut Nor Fadila dan Nik Mohd Amir (2010), keperluan sumber manusia
bersandarkan kemahiran teknikal adalah sangat diperlukan. Kebanyakkan kajian lepas
lebih tertumpu hanya kepada peringkat rendah.
Kajian-kajian lepas banyak bertumpu kepada faktor kreativiti terhadap guru dan
pelajar dalam peringkat sekolah dalam peringkat rendah. Kecenderungan kreativiti
pelajar dalam beberapa faktor sangat penting dalam. Namun kajian atau penulisan yang
8
mendalam tetang kreativiti mereka cipta terhadap pelajar institusi tinggi kurang
dijalankan kerana hanya menumpukan kreativiti pada peringkat rendah sahaja. Justeru
adalah kritikal kajian ini dijalankan.
1.2 Latar Belakang Kajian
Pada zaman globalisasi ini, dalam perkembangan teknologi dan pendidikan di dalam
mahupun luar negara berlakunya persaingan yang sengit. Hal yang demikian para
pelajar cara berfikir secara kreatif dan inovasi haruslah dijadikan kemahiran dalam diri
setiap pelajar agar mampu menciptakan sesuatu yang luar dari jangkaan. Justera itu,
untuk memupuk daya kreativiti ianya dapat dipupuk sejak dari institusi sekolah.
Menurut Siti Hajar (2008), institusi sekolah merupakan tempat terbaik memupuk
semangat kreativiti seperti inkuiri, kreativiti dan diskoveri pada pelbagai tahap pelajar
adalah menerusi pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam pembelajaran formal
dan bukan formal. Dengan pemupukan ini mampu melahirkan pelajar yang berfikiran
kreatif pada masa hadapan. Pada ketika ini dapat dilihat banyak produk yang terdapat
di pasaran merupakan reka cipta dari negara barat.
Menurut Muhammad Marzuki (2018), pada hari ini kita dapat lihat lambakkan
produk yang dihasilkan dari pengeluar barat hasil dari pemikiran kreatif dan inovasi
seperti iphone, Tesla dan Daison telah menjadi kegilaan masyarakat di seluruh dunia
tidak terkecuali negara Malaysia. Dalam hal ini dapat dilihat negara Malaysia hanya
pengguna kepada teknologi yang dibangunkan oleh masyarakat barat daripada
mencipta teknogi. Dapat dilihat Malaysia kurang individu yang mementingkan
9
pemikiran kreatif dan inovasi dalam kehidupan seharian. Menurut Rajendran (2001),
dalam menentukan kekuatan sesebuah negara bergantung kepada tahap dan kemahiran
yang dimiliki oleh rakyat negara tersebut. Hal ini membantu dalam melahirkan
masyarakat berfikiran kreatif dan inovatif dalam pelbagai bidang. Dalam mengubah
ekonomi negara generasi muda perlu mengikut peredaran revolusi industri supaya dapat
berdaya saing dengan negara-negara maju.
Revolusi industri 4.0 mengubah cara kerja dan kehidupan yang didorong oleh
tiga domain teknologi iaitu digital, fizikal dan biologikal yang merentasi sembilan
tonggak I.R. 4.0 yang melibatkan simulasi realiti maya, Internet of Things (IoT),
integrasi sistem menegak dan melintang, keselamatan siber, pengkomputeran awan,
pembuatan bahan tambahan, analisis data, rantaian bekalan dan automasi robotik
(Klaus, 2016). Hal ini menyebabkan generasi muda di Malaysia perlu sedar dan bangkit
bagi merealisasikan perubahan tersebut dalam membuat inovasi supaya dapat bersaing
di pasaran antarabangsa. Bagi menyahut seruan I.R 4.0 ini dalam sistem pendidikan
turut diterapkan pemikiran kreatif supaya mereka dapat menyelesaikan masalah dengan
pelbagai idea.
Walaupun kita dapat lihat sistem pendidikan negara kita menyarankan
pembangunan pelajar yang boleh berfikir dengan daya kreativiti yang tinggi tetapi ianya
tiada kesan yang menyeluruh pada peringkat yang tertinggi. Menurut Mohd Azhar Abd
Hamid et al. (2004) dalam Siti Hajar (2008), kesedaran yang agak lewat ini berlaku
akibat daripada penekanan sistem pendidikan yang lebih mementingkan ‘kebolehan
berfikir’ tetapi kurang penekanan terhadap kebolehan rekacipta dan eksperimentasi.
Reka cipta yang mempunyai inovasi dapat membantu daya kreatif dalam diri individu.
10
Namun bagi menangani masalah ini pelbagai pihak tampil dalam membantu supaya
pelajar dapat menerapkan elemen kreativiti ini pada masa akan datang.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak dalam memberikan
pendidikan yang terbaik kepada para pelajar tetapi mereka sendiri tidak mengambil
peluang serta inisiatif dalam mengembangkan bakat mereka. Menurut Ummi Aishah
(2017), pendidikan teknikal dan vokasional merupakan agenda penting dalam sistem
pendidkan negara dalam pembangunan modal insan yang membantu negara dapat
berdaya saing dan kompetitif seperti negara maju lain. Hal ini kerana kini terdapat
lambakkan graduan yang keluar ke pasaran kurang menarik perhatian syarikat-syarikat
dan sektor-sektor industri kerana mereka gagal dalam menggunakan kreativiti dan
inovasi dalam bidang pekerjaan. Jadi kajian yang dijalankan oleh penyelidik ingin
melihat apakah faktor yang mendorong kepada konsep mereka cipta perabot
berdasarkan kreativiti dan inovasi. Justera itu, dapat melahirkan lebih ramai individu
yang berfikiran kreatif dan inovatif dalam mereka cipta produk perabot pada masa akan
datang.
1.3 Pernyataan Masalah
Pengaplikasian daya berfikir secara kreatif amatlah penting kepada pelajar itu sendiri
pada masa kini atau masa depan mereka. Menurut Yahaya dan Noor Sharliana (2011),
keperluan kreativiti semasa proses pembelajaran atau pun sepanjang berada di alam
pekerjaan ianya tidak boleh dinafikan lagi. Hal ini kerana kreativiti memainkan peranan
penting atau sebagai nadi dalam memastikan negara dapat melahirkan pelajar yang
11
mempunyai minda kelas pertama. Menurut Siti Hajar (2008), matlamat wawasan
pendidikan adalah melahirkan warganegara yang mampu menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara maju dengan masyarakat yang saintifik dan progresif yang mempunyai
daya perubahan yang tinggi, memandang jauh ke hadapan serta menjadi tamadun sains
dan teknologi pada masa depan. Bagi merealisasikan pemikiran kreatif dan inovasi
dalam kalangan pelajar satu mata pelajaran diwujukan bagi membantu pelajar.
Dalam Jabatan Teknologi Kejuruteraan di sebuah universiti awam, terdapat satu
mata pelajaran reka bentuk pembuatan perabot yang ditawarkan untuk pelajar-pelajar
kos reka bentuk dan teknologi. Kewujudan kos ini supaya pelajar-pelajar mahir dalam
pembuatan dari segi reka bentuk perabot itu sendirii. Mata pelajaran ini juga berkait
dengan kehidupan seharian kerana kemahiran yang dalam mata pelajaran ini dapat
membentuk pemikiran kreatif dan inovasi dalam diri pelajar. Menurut Ummi Aishah
(2017), pendidikan teknikal dan vokasional menyediakan latihan kursus untuk
kemahiran vokasional bagi melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan,
kemahiran asas dan juga mempersiapkan mereka untuk memasuki alam pekerjaan
kelak. namun berdasarkan pemerhatian ianya kurang dari nilai estetika dan hanya
melihat contoh yang sedia anda tanpa mengubah apa-apa nilai tambah dalam rekaan
tersebut. Menurut Siti Hajar (2008), di Institusi Pengajian Tinggi menunjukkan bahawa
siswazah kurang mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif. Menurut Sufean dan
Rahim (1995) dalam Siti Hajar (2008), siswazah kurang berkebolehan dalam
mengkritik, mengemukakan idea dan cadangan yang relevan. Dalam menilai tahap
kreativiti dalam diri seseorang individu pelbagai aspek perlu dilihat bagi memastikan
ianya benar terlihat dalam diri seseoarang. Dapat dilihat daya pemikiran kreatif pelajar
turut menyumbang kepada kreativiti dalam diri individu.
12
Menurut Hasriena Ariemi (2014), pemikiran kreatif dapat dikategorikan kepada
kemampuan untuk mencipta, menghasilkan dan seterusnya mengembangkan idea yang
baharu dan asli. Namun kebanyakkan pelajar kini gagal menerapkan daya berfikir
secara kreatif dalam menghasilkan reka cipta perabot. Hal ini disebabkan kerana pelajar
hanya bergantung kepada sesuatu perkara atau rujukan tanpa memberikan idea sendiri
dalam membantu menjadikan produk perabot lebih baik. Menurut Siti Hajar dan
Mohamad Yusof (2008), kurangnya usaha pelajar dalam pembelajaran yang mana
semua maklumat disediakan oleh guru menyebabkan kemahiran asas pembelajaran
seperti membuat hipotesis, inferens serta mencuba konsep baru tidak dapat dikuasai.
Hal ini menyebabkan pelajar lemah dalam pemikiran kreatif kerana pelajar bergantung
hanya kepada guru kerana tidak mencari idea baharu dalam menyelesaikan masalah
yang menjadikan daya kreativiti mereka lemah. Hasil daripada reka cipta yang
dilakukan oleh pelajar dilihat kurang melakukan inovasi kerana tidak memahami
inovasi yang sedia ada dalam pasaran.
Menurut Mirza (2018), matlamat utama penyebaran inovasi adalah penerapan
inovasi (sains pengetahuan, teknologi, pembangunan masyarakat) oleh anggota sistem
sosial tertentu. Dari segi inovasi dalam kalangan pelajar berada di tahap yang rendah
kerana mereka hanya mereka cipta perabot tanpa menambah atau membuat perubahan
lebih baik supaya reka cipta perabot dan hanya meniru produk asal. Hal ini kerana
pelajar tidak mendalami pengetahuan dan teknologi dalam inovasi yang telah dilakukan
sebelum ini. Menurut Yahaya dan Noor Sharliana (2011), manusia mempunyai sifat
yang lemah dalam mewujudkan sesuatu yang baharu. Pelajar perlulah memahami dan
menerima inovasi sekeliling supaya mereka mudah mengaplikasikan idea dari inovasi
yang dilihat ke atas reka cipta pembutan perabot mereka. Banyak kajian-kajian lepas
13
mengenai kreativiti dilakukan dan hanya pada penringkat rendah dan dalam pengajaran
dan pembelajaran.
Kebanyakkan kajian yang dilakukan mengenai kreativiti sama ada kajian luar
atau dalam negara, kesemuanya tertumpu kepada kreativiti pelajar dalam sesi
pembelajaran dan pengajaran akademik di peringkat alam persekolahan. Menurut
Yahaya dan Noor Sharliana (2011), memang tidak dinafikan segala perancangan
haruslah bermula dari peringkat bawah. Hal ini timbul kerana daya pemikiran kreatif
diterapkan kepada tetapi ianya tidak dapat dikeluarkan oleh pelajar apabila meningkat
usia mereka. Namun kajian atau penulisan yang mendalam tentang pemikiran kreatif
dan inovasi terhadap kreativiti mereka cipta terhadap pelajar institusi tinggi kurang
dijalankan kerana hanya menumpukan kreativiti pada peringkat rendah sahaja. Justeru
adalah kritikal kajian ini dijalankan. Berdasarkan masa;ah-masalah yang dinyatakan
dalam bahagian ini terdapat jurang dari segi kelemahan pelajar dari aspek kreativiti
dalam bidang perabot. Justera itu, adalah penting kajian ini dijalankan untuk melihat
faktor-faktor yang mempengaruhi kreativiti pelajar dalam mereka cipta perabot.
1.4 Kerangka Konseptual Kajian
Kerangka konseptual dalam kajian ini berdasarkan kepada ciri-ciri pemikiran kreatif
individu melalui teori pemikiran kreatif Torrance (1970) dalam Muhammad Marzuki
(2018) dan teori inovasi Rogers (1983). Terdapat sembilan pemboleh ubah dalam teori
ini yang membentuk kerangka konseptual kajian ini dalam melihat faktor yang
mempengaruhi kreativiti mereka cipta pembuantan perabot dalam kalangan pelajar.
14
Menurut Torrance (1970), terdapat empat ciri-ciri individu yang mempunyai
pemikiran kreatif iaitu keaslian, kelancaran, fleksibel dan penjelasan. Bagi melihat
penerimaan inovasi dalam diri pelajar pula terdapat lima langkah yang diperlukan bagi
seseorang itu menerima inovasi iaitu pengetahuan, persuasi, mengambil keputusan,
implementasi dan pengesahan (Rogers, 1983).
Pemboleh ubah Moderator Pemboleh
bebas ubah
bersandar
Faktor-faktor yang Jantina Mereka cipta perabot
mempengaruhi kreativiti dalam kalangan Pelajar
Latarbelakang reka bentuk pembuatan
dalam mereka cipta pendidikan
perabot - Mempunyai nilai
- Inventif
1) Pemikiran
Kreativiti (Penemuan)
- Baharu
- Keaslian
- Kelancaran Mohd. Azhar Abd.
- Fleksibel Hamid , Mohd.
- Penjelasan Koharuddin Balwi, &
Muhamed Fauzi. (2006)
(Torrance, 1970)
2) Inovasi
- Pengetahuan
- Persuasi
- Mengambil
keputusan
- Implementasi
- Pengesahan
(Rogers, 1983)
Rajah 1.1: Kerangka konseptual kajian di adaptasi dari (Rogers 1983) dan (Torrance
1970).
15
1.5 Tujuan dan Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kreativiti
mereka cipta perabot dalam kalangan pelajar reka bentuk pembuatan perabot di sebuah
universiti awam. Justeru itu, kajian ini menjurus secara spesifik untuk menjawab
persoalan kajian berikut :
1. Mengenalpasti ciri-ciri pemikiran kreatif yang wujud dalam kalangan
pelajar yang mereka cipta produk perabot berdasarkan jantina.
2. Mengenalpasti sama ada faktor pemikiran kreatif dan inovasi
mempengaruhi kreativiti pelajar dalam mereka cipta produk perabot.
3. Mengenalpasti sama ada pelajar memahami inovasi dan menerap dalam
reka cipta pembuatan perabot bedasarkan latar belakang pendidikan.
1.6 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini penyelidik mengemukakan beberapa persoalan bagi menentukan
objektif kajian tercapai,berikut merupakan persoalan kajian yang telah dibentuk dalam
kajian ini:
1. Apakah ciri-ciri pemikiran kreatif yang wujud dalam kalangan pelajar
yang mereka cipta produk perabot berdasarkan jantina?
2. Adakah faktor pemikiran kreatif dan inovasi mempengaruhi kreativiti
pelajar dalam mereka cipta produk perabot?
3. Adakah pelajar memahami inovasi dan menerap dalam reka cipta
pembuatan perabot bedasarkan latar belakang pendidikan?
16
1.7 Hipotesis Nol
Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan sama ada wujud hubungan yang
signifikan antara faktor-faktor yang mempengaruhi kreativiti pelajar mereka
cipta berdasarkan faktor-faktor demografi dari persepsi responden. Berdasarkan
persoalan kajian, beberapa hipotesis nol telah dibentuk seperti berikut:
Persoalan Kajian 1: Apakah ciri-ciri pemikiran kreatif yang wujud dalam
kalangan pelajar yang mereka cipta produk perabot
berdasarkan jantina?
Hipotesis Ho1: Tidak dapat perbezaan yang signifikan antara ciri-ciri
pemikiran kreatif yang wujud dalam kalangan pelajar reka
bentuk pembuatan yang mereka cipta produk perabot
berdasarkan jantina.
Persoalan Kajian 3: Adakah pelajar memahami inovasi dan menerap dalam reka
cipta pembuatan perabot bedasarkan latar belakang
pendidikan?
Hipotesis Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar
memahami inovasi dan menerap dalam mereka cipta
pembuatan perabot bedasarkan latar belakang pendidikan.
17
1.8 Kepentingan Kajian
Kajian yang dijalankan ini penting kerana ianya mengenalpasti dan menjelaskan faktor-
faktor yang menyebabkan kepada kemahiran kreativiti dalam mereka cipta produk yang
berjaya dan membantu pelajar itu sendiri dalam berfikir secara kreatif. Menurut Rozana
(2015), keperluan kepada kemahiran berfikir secara kreatif ini amat penting bagi pelajar
institut pengajian tinggi kerana peringkat ini memerlukan mereka lebih berdikari dan
perlu menjana idea serta mengatur strategi bagi menghadapi pelbagai masalah dan
situasi yang mencabar.
Selain itu diharapkan kajian ini juga penting bagi memberikan pendedahan
kepada pelajar mengenai kepentingan kreativiti dalam menghasilkan sesuatu projek dan
dalam kehidupan seharian. Pelajar juga dapat memperbaiki faktor-faktor yang lemah
dan mendorong mereka supaya lebih bersemangat dan menjadi lebih kreatif bagi
menghasilkan projek yang berkualiti.
Kajian ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak yang
terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti tenaga pengajar dengan
penggunaan kemahiran berfikir secara kreatif kepada pelajar di bengkel amali. Hal ini
kerana mereka dapat meningkatkan atau menyusun strategi cara pengajaran dan
pembelajaran seiring dengan era modenisasi. Hal ini kerana bagi meningkatkan tahap
kreativiti bagi menghasilkan reka cipta produk yang lebih baik pada masa akan datang.
18
Kajian ini juga penting untuk mewujudkan pelajar yang mempunyai daya
kreativiti yang tinggi dalam menghadapi dunia moden yang pesat membangun. Hal ini
kerana jika mereka berkemahiran tinggi dan kreatif, agensi-agensi dan pihak industri
akan memberikan peluang pekerjaan kerana mereka menggalakkan idea-idea baharu
dari generasi muda kini.
Disamping itu, dapatan kajian ini juga dihrapkan dapat boleh digunakan oleh
pihak pentadbir, ketua bidang kursus sebagai panduan kepada mereka dalam
mengambil langkah dan merancang aktiviti yang sesuia bagi meningkatkan kreativiti
mereka cipta pelajar bagi melatih pelajar dalam mereka cipta supaya mereka terbiasa
sebelum menghadapi situasi sebenar di alam pekerjaan.
1.9 Batasan Kajian
Seperti kajian-kajian lain, hasil perkongsian penulis dalam kertas kajian ini juga
mempunyai batasan-batasannya. Hal ini kerana kajian ini hanya melibatkan pelajar reka
bentuk teknologi dalam universiti sendiri. Hal ini kerana hanya sedikit pelajar dari kos
lain yang mengikuti subjek ini dan subjek ini tidak ditawarkan kepada universiti awam
lain. Kajian ini juga hanya dikhususkan kepada pelajar kos fakulti teknikal vokasional
tanpa mengira latarbelakang pendidikan pelajar.
Selain itu, kekangan informasi dari pelbagai sumber serta komunikasi yang
terhad antara pensyarah dalam membantu membuat kajian secara efektif. Hal ini kerana
segala interaksi hanya di atas talian menyebabkan terdapat beberapa perkara dalam
19
penyelidikan tidak dapat dijelaskan dengan lebih terperinci. Sumber dalam mencari
idea penulisan juga terhdapa kerana hanya menumpukan dalam pencarian dari laman
web sahaja.
Seterusnya, pengkaji hanya melihat perkembangan kreativiti dari satu subjek
sahaja iaitu hanya dalam subjek reka bentuk pembuatan perabot. Hal ini juga dapat
dilihat jika pelajar tersebut menggunakan pemikiran kreatif dalam subjek-subjek yang
yang diminati kerana hanya mengambil dari pandangan satu subjek sahaja. Hal ini
kerana mungkin terdapat pelajar yang kurang berminat dalam sesuatu subjek yang
ditawarkan di dalam kos yang diambil kerana tiada latarbelakang pendidikan kemahiran
yang akan menyebabkan kemerosotan produktiviti dalam subjek tersebut
Dalam kajian ini pengkaji juga melihat dari beberapa pemboleh ubah yang
hanya kepada skop individu iaitu pemikiran kreatif dan penerimaan dan penerapan
inovasi. Hal ini mungkin menyebabkan dapatan kajian yang tidak menyeluruh. Hal ini
menyebabkan pengkaji perlu membuat temubual dengan tenaga pengajar untuk
memastikan sama ada dapatan yang diperoleh sama dengan hasil temubual.
1.10 Definisi Operasional
Di dalam kajian ini terdapat beberapa istilah yang membawa maksud tersendiri bagi
menjelaskan tentang sesuatu perkara dikaji. Berikut dijelaskan beberapa istilah yang
digunakan dalam penyelidikan ini.
20
1.10.1 Kreativiti
Menurut Ummi (2017), kreativiti bermaksud keupayaan untuk berfikir secara kreatif
bagi menghasilkan sesuatu idea produk atau penyelesaian yang asli dan berguna. Dalam
kajian ini kreativiti yang ingin dikaji adalah faktor yang mendorong kepada kreativiti
mereka cipta pelajar. Menurut Yahaya Buntat dan Noor Sharliana (2011), kreativiti
adalah suatu potensi dan kebolehan asasi yang dimiliki oleh semua manusia.
Menurutnya lagi, sebenarnya tidak ada seorang pun di dunia ini tidak kreatif cuma
kreativiti ini berbezabeza mengikut sikap, persekitaran dan jenis masalah yang
dihadapinya. Kreativiti merupakan suatu kebolehan berfikir dan bertindak yang tidak
berasaskan logik biasa kerana logik bersifat penilaian (Mohd Azhar, 2004). Tambah
beliau lagi, konsep kreativiti amat luas dan tidak rigid berdasarkan ruang, tempat dan
masa. Malah konsep kreativiti boleh dilihat dari pelbagai sudut berdasarkan latar
belakang seseorang. Berdasarkan definisi tersebut kita tidak boleh menayatakan
kreativiti wujud secara kebetulan. Hal ini kerana sesuatu produk yang kreatif hasil dari
pemikiran individu mempunyai nilai yang baik.
1.10.2 Pemikiran Kreatif
Menurut Hasriena Ariemi (2014), pemikiran kreatif ini merupakan kelebihan seseorang
individu dalam melontarkan idea dan pandangan dari sesuatu pemikiran terhadap
sesuatu masalah bagi menghasilkan produk yang kreatif. Menurut Nanang (2018),
orang yang berfikir secara kreatif adalah orang yang mempunyai banyak idea dalam
penyelesaian kepada masalah yang ditimbulkan dan selalu terbuka untuk idea barharu.
21
1.10.3 Kemahiran Teknikal
Schermerhorn (2005), berpendapat bahawa kemahiran teknikal adalah kebolehan untuk
menggunakan kepakaran yang ada bagi melaksanakan sesuatu perkara dengan cekap.
Kemahiran teknikal juga adalah keupayaan bagaimana seseorang dapat
mengaplikasikan pengetahuan dan kepakaran dalam melaksanakan tugas dan aktiviti
yang melibatkan kaedah, proses dan tatacara. Contohnya pengendalian alatan
berteknologi tinggi memerlukan kemahiran teknikal yang khusus.
1.10.4 Inovasi
Inovasi pada sesuatu produk merupakan olahan dari masalah yang didapati timbul pada
sesuatu produk. Ianya diubah atau dinaiktaraf supaya dapat memenuhi permintaan oleh
pelanggan di pasaran. Menurut Li dan Calantone (1998), berpendapat bahawa keunikan
produk ditafsirkan sebagai sifat penting bagi keunggulan produk, iaitu dipengaruhi oleh
daya inovatif dan teknologi tinggi, sehingga dapat dihasilkan produk mengikut
kehendak pengguna. Sesuatu produk atau sistem yang sering berlaku inovasi dapat
bertahan lama dalam pasaran tanpa sebarang masalah yang rumit. Menurut Meike
(2009), individu yang dapat merancang produk mengikut kehendak pelanggan akan
dapat bertahan di tengah persaingan kerana produknya masih diminati oleh pelanggan.
Hal ini kerana produk tersebut sering dikaji dari masalah atau kekurangan yang yang
perlu diperbaiki dari masa ke semasa.
22
1.11 Rumusan
Dalam mendepani arus globalisasi yang berteraskan sains dan teknologi masyarakat
perlu bersiap sedia dengan pemikiran kreatif dan inovasi supaya dapat bersaing antara
satu sama lain . Hal ini dapat dilihal Malaysia menjadi barisan hadapan dalam
pengeksport perabot ke negara-negara lain. Tetapi Malaysia kekurangan dari segi idea
kreatif dan inovasi pada produk dan kebanyakkan hanya meniru dari negara-negara
lain. Justera itu, pemikiran kreatif dan inovasi ianya perlu dipupuk sejak dari peringkat
sekolah lagi. Kebanyakkan pelajar turut melakukan perkara sama dengan hanya melihat
contoh reka bentuk perabot yang sedia ada tanpa meneroka lebih mendalam bagaimana
ianya dapat dilakukan dengan lebih baik dan mempunyai nilai. Pemikiran kreatif dan
pemahaman terhadap inovasi itu sendir dilihat dari faktor-faktor yang mempengaruhi
kreativiti pelajar dalam mereka cipta pembuatan perabot. Pada dasarnya terdapat
pelbagai pemboleh ubah digunakan bagi memahami kreativiti pada seseorang individu
melalui pemikiran kreatif individu dan inovasi. Hal ini kerana projek yang mempunyai
nilai kreativiti dan berjaya dapat dilihat dari personaliti individu itu dalam berfikir dan
mengolah idea bagi memperoleh idea yang baru dan luar biasa. Kajian ini dijalankan
bagi melihat faktor yang domain dalam diri seseorang pelajar dalam pemupukan budaya
kreativiti dan inovasi supaya dapat dilihat oleh pihak-pihak lain dalam meningkatkan
domain-domain yang lemah.
23
BAB II
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Bab dua ini pengkaji membincangkan tentang konsep, teori dan model pemikiran
kreativiti dan mereka cipta, yang menyebabkan pelajar cendurung menghasilkan
produk perabot yang berkualiti atau tidak yang dilihat melalui kajian-kajian lepas sama
ada di dalam mahupun luar negara. Hal ini dapat dapat membantu masyarakat amnya
dan pelajar khususnya dalam menyelesaikan masalah dalam ini.
24
2.2 Konsep Berkaitan
2.2.1 Konsep Kreativiti
Di dalam dunia sains dan teknologi kini pelbagai inovasi, reka cipta dan pengubahan
idea baru yang terhasil oleh individu yang hebat. Hal ini disebabkan oleh elemen
kreativti mereka yang menghaslkan idea-idea baharu yang belum wujud atau
pengubahsuaian yang unik. Menurut Mohsin dan Nasruddin (2006), agak sukar untuk
mendapatkan satu konsep kreativiti yang akan dipersetujui ramai. Ini adalah kerana
fitrah kreativiti itu sendiri yang merupakan satu konsep yang memiliki pelbagai dimensi
(multidimensional concept). Oleh hal demikian, setiap penyelidik cenderung untuk
memahami kreativiti mengikut pendekatan yang mereka gunakan untuk mengkaji
kreativiti.
Mohd Azhar (2001), pula menyatakan kreativiti merupakan satu usaha secara
sedar yang melibatkan penglahiran idea kreatif berserta tindakan kreatif terhadap
suatu konsep, pendekatan, ciri-ciri, dan sifat-sifat lama. Kreativiti baginya
merupakan penciptaan atau proses penciptaan. Beliau menambah lagi, dalam konteks
realiti, kreativiti, invensyen dan inovasi masih belum benar-benar dimasyarakatkan.
Apatah lagi untuk membumikannya dalam budaya masyarakat Malaysia. Namun
kreativiti tidak mustahil untuk dilaksanakan. Cara terbaik untuk melaksanakannya
adalah bermula pada peringkat sekolah lagi iaitu dengan menyuburkan budaya
kreativiti, invensyen dan inovasi. Hal ini amat penting bagi pembangunan sumber daya
manusia pada masa depan seperti mana yang dinyatakan oleh Mohd Azhar dan
Zainuddin Hassan (2003),:
25
“…amat perlu juga diwujudkan tenaga buruh mahir yang berdaya usaha,
berfikiran saintifik dan kreatif serta lengkap dengan kebolehan bagi
menyelesaikan sebarang masalah. Kesemua ini harus dimulakan pada
peringkat sekolah”.
Menurutnya lagi, kreativiti berkait dengan membuat perhubungan.
Pengetahuan adalah bahan mentah yang boleh dibuat hubungan. Dengan itu, jika
seseorang mempunyai pengetahuan yang pelbagai, maka peluang beliau membuat
hubungan baru yang belum wujud di antara pengetahuan adalah tinggi (Yew K.K.,
2000). Pendapat dari luar pula terdiri daripada Edward de Bono iaitu bapa
pemikiran moden dan pengarang buku tersohor (Dr. Kamaruddin, 2004) yang
mengatakan bahawa kreativiti bukan sahaja berkaitan dengan menghasilkan idea-
idea baru tetapi juga melarikan diri daripada idea-idea lama.
Menurut Aik Kwang (2001), terdapat sekurang-kurangnya empat pendekatan
untuk mengkaji kreativiti. Pendekatan-pendekatan itu termasuklah kognitif, personaliti,
psikososial dan sistem. Pendekatan kognitif cuba memahami proses-proses mental yang
mendasari pemikiran kreatif. Pelbagai model telah dihasilkan oleh pendekatan kognitif
ini untuk menjelaskan proses mental yang berlaku apabila idea-idea kreatif dihasilkan.
Salah satu daripada model-model tersebut ialah model Geneplore (Ward, Smith, dan
Finke, 1999). Mengikut model Geneplore terdapat dua fasa proses dalam sesuatu
pemikiran kreatif iaitu fasa penjanaaan dan kemudiannya diikuti dengan fasa
penjelajahan. Di dalam fasa penjanaan seseorang individu itu akan membina
perwakilan-perwakilan mental yang memilikisifat-sifat yang boleh mempromosikan
perjumpaan-perjumpaan kreatif. Di dalam fasa penjelajahan pula sifat-sifat ini
26
digunakan untuk menghasilkan idea-idea kreatif. Para penyelidik yang melihat
kreativiti dari sudut personaliti pula cuba mengenal pasti ciri-ciri insan yang kreatif.
Mereka telah melakukan banyak penyelidikan terhadap insan-insan kreatif yang telah
menyumbang banyak kepada dunia seperti Einstein, Edison, Picasso dan lain-lain lagi.
Berdasarkan penyelidikan-penyelidikan ini mereka telah menyenaraikan ciri-ciri insan
kreatif, di antaranya ialah : terbuka kepada pelbagai pengalaman, mempunyai minat
yang luas dalam kehidupan mereka, sangat tertarik kepada idea-idea yang kompleks,
bertoleransi terhadap kekaburan, suka mengambil risiko dan sangat yakin terhadap apa
yang sedang mereka lakukan (Aik Kwang, 2001).
2.2.2 Konsep Inovasi
Inovasi merupakan teknik atau kaedah yang sangat luas yang boleh digunakan dalam
pelbagai bidang bagi memantapkan lagi idea yang dihasilkan. Menurut Amabile (1996),
inovasi adalah konsep yang lebih luas yang membincangkan penerapan idea, produk
atau proses baru. Inovasi ialah pembaharuan ke atas sesuatu produk atau sistem yang
sedia ada yang dapat memberi impak atau kesan baik kepada pengguna. Dengan adanya
inovasi ke atas produk atau sistem ianya mampu membezakan dengan produk lain
kerana perbezaan dari fungsi walaupun rupaya seakan-akan sama. Menurut Meike
(2009), terdapat persamaan dalam penampilan produk dan sistem yang serupa dari
pesaing adalah faktor mendorong kepada inovasi yang biasanya muncul tanpa
perubahan yang ketara. Hal ini merupakan satu kelebihan kepada individu kerana
produk mereka akan lebih mendapat perhatian kerana fungsi yang telah diubahsuai
yang lebih maju berbanding pesaing.
27
2.2.3 Konsep Pemikiran Kreatif
Kreativiti merupakan hasil daripada pemikiran kreatif dari seseorang individu. Menurut
Tatang Yuli (2004), berfikir secara kreatif adalah proses yang digunakan semasa kita
memunculkan sesuatu idea baharu. Individu yang berfikir secara kreatif dengan
menghasilkan idea-idea bagi reka cipta perabot dapat menghasilkan produk yang
mempunyai kreativiti yang tinggi. Menurut Musa (2009) dalam Norfarhana (2012),
pemikiran kreatif dapat ditafsirkan sebagai kebolehan melihat sesuatu daripada
pelbagai sudut. Individu yang memiliki kebolehan ini dapat memberi pelbagai pendapat
bagi menyelesaikan masalah dalam sesuatu perkara. Menurut Ishak Ramly (2005)
dalam Muhamad Marzuki (2018), pemikiran kreatif juga menyatakan penekanan
kepada kecekapan dan keupayaan menggunakan minda dalam menghasilkan idea yang
baharu, pelbagai, asli, luar biasa yang memberi pertimbangan pada penerokaan dan
penemuan penciptaan yang lebih luas dan terbuka. Dalam meneliti individu yang
mempunyai pemikiran kreatif ialah dapat dilihat melalui ciri-ciri pemikiran kreatif
dalam diri seseorang individu (Torrance,1970).
2.2.4 Konsep Mereka Cipta
Menurut Mohd Azhar, Mohd. Koharuddin dan Muhamed Fauzi (2006), reka cipta
berasal daripada perkataan latin (invenire) yang bermaksud muncul. Dalam bahasa
Melayu (Invention) pula ialah kata nama bermaksud reka cipta atau daya cipta. Dalam
konteks Islam, reka cipta hanya sifat dan hak Allah S.W.T yang mencipta sesuatu
elemen yang tiada kepada ada. Dalam konteks yang tidak bercanggah dengan kuasa dan
28
hak Allah yang agung itu, reka cipta ialah pencarian, penemuan dan penghasilan seustu
produk daripada tiada kepada ada. Kewujudan dalam fasa kedua ini ada yang telah
diubahsuai menggunakan pelbagai teknik, pendekatan dan teori. Penemuan dan reka
cipta adalah untuk memudahkan urusan manusia dalam kehidupannya.
Menurutnya lagi reka cipta ialah suatu sains yang mengabungkan beberapa
displin ilmu, misalnya seperti sains dan teknologi. Secara literal, reka cipta difahami
sebagai suatu proses untuk menghasilkan produk atau konsep baru berdasarkan
kreativiti pereka cipta. Produk dalam bentuk konkrit dan abstrak ini dinamakan sebagai
reka cipta. Menurut Braun (1998) dalam Mohd Azhar, Mohd. Koharuddin dan
Muhamed Fauzi (2006), “An invention is a novel technological ideaa that need never
reach production or the market” Sesuatu reka cipta mesti bersifat asli, praktikal,
berkualiti dan bernilai tambah. Jika sesuatu reka cipta itu memenuhi semua syarat asas
produk tersebut bermakna reka cipta terbabit layak menerima paten (hak cipta produk).
Masalah + Idea (Model mental) + Teori + Kepakaran +
Penyelidikan dan pembangunan + (Modal) Material + Paten=
Reka cipta
Rajah 2.1 Konsep formula idea kreatif dan reka cipta
Paten ialah suatu bentuk pengubahsuaian atau pengiktirafan bahawa sesuatu
produk yang dihasilkan memiliki ciri-ciri keaslian, inovatif dan kreatif. Hal ini
ditegaskan oleh Brannigan (1981) dalam Mohd Azhar, Mohd. Koharuddin dan
Muhamed Fauzi (2006), sebagai berikut,”...the way in which a new discovery or
invention had to be legitimized by recognizedauthorities before it could be seen as
valid.”
29
Reka cipta yang layak menerima paten terdiri daripada tiga jenis Ainon dan Abdullah,
1996 dalam Mohd Azhar, Mohd. Koharuddin dan Muhamed Fauzi (2006) :
a) Produk itu sendiri, iaitu produk yang memiliki ciri-ciri istimewa dan bersifat
asli (novel)
b) Proses yang dicipta untuk menghasilkan produk, dengan proses itu bersifat
novel.
c) Peralatan yang digunakan mengeluarkan produk, dengan peralatan tersebut
bersifat novel.
Untuk layak menerima paten, sesuatu produk atau proses hendaklah memenuhi syarat
berikut Ainon dan Abdullah (1995) dalam Mohd Azhar, Mohd. Koharuddin dan
Muhamed Fauzi (2006),:
a) Baharu
b) Melibatkan tahap inventif
c) Boleh digunakan dalam industri
d) Tidak terkecuali
Menurut Mohd Azhar, Mohd. Koharuddin dan Muhamed Fauzi (2006), reka
cipta ialah suatu sains dan seni penghasilan produk. Tetapi Menurutnya, ramai daripada
kita yang membayangkan reka cipta mestilah sebuah ciptaan yang sangat kompleks dan
teknikal seperti kereta, jam tangan, kapal terbang dan lain-lain.
30
Justera, itu reka cipta ada kalanya menjadi suatu istilah yang menakutkan.
Kejayaan sesebuah reka cipta itu bukannya terletak pada nama, jenis, dan cara
pengoperasiannya, tetapi yang lebih penting ialah nilai kegunaan yang dapat diberikan
kepada manusia. Reka cipta ialah suatu seni penghasilan produk yang bersifat teknikal.
Seni ini mesti dipelajari dan seseorang itu harus memiliki pengalaman yang mendalam.
Reka cipta boleh dikategorikan kepada dua, iaitu: 1) reka cipta produk konkrit dan , 2)
reka cipta produk abstrak:
1) Reka cipta produk konkrit
Reka cipta jenis ini menghasilkan produk konkrit seperti kasut, jam, kereta, sapu
tangan, komputer peribadi, tayar kereta dan lain-lain. Reka cipta ini juga dikenali
sebagai reka cipta industri kerana kebanyakan daripada produk ini dihasilkan secara
komersial. Pendek kata, apa sahaja hasil ciptaan yang boleh dilihat, disentuh, dirasa,
didengar dan dihidu dianggap sebagai reka cipta konkrit.
2) Reka cipta produk abstrak
Reka cipta jenis ini dihasilkan secara konseptual dan dikenali sebagai reka cipta sosial.
Reka cipta ini diterjemahkan menerusi konsep persepsi, teori, hipotesis, formula,
kaedah, pendekatan, strategi, taktik dan pelan perancangan (Ainon dan Abdullah 1995)
dalam Mohd Azhar, Mohd. Koharuddin dan Muhamed Fauzi (2006). Menurut Mohd
Azhar, Mohd. Koharuddin dan Muhamed Fauzi (2006), manusia ialah haiwan sosial
yang sentiasa terlibat dengan persekitaran sosialnya demi pelbagai kepentingan
ekonomi, politik dan sosial. Banyak contoh yang yang dapat didapat di sekeliling kita
antaranya dalam sistem perdagangan, kewangan, pinjaman, pajak gadai, insuran dan
lain-lain. Contohnya, jika kita menaiki bas, sistem operasi sendiri (one man operation)
31
diperkenalkan. Sistem ini tidak memerlukan konduktor bas. Di Malaysia, pelbagai reka
cipta sosial (abstrak) diperkenalkan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara
cemerlang gemilang dan terbilang. Pelbagai inovasi diperkenalkan dalam pelbagai
sektor, misalnya pendidikan, kewangan, suber masusia, pertanian dan teknologi, sukan,
kesihatan dan lain-lain.
2.3 Teori Berkaitan
2.3.1 Teori Inovasi (Rogers)
Inovasi merupakan satu aspek penting yang perlu diterima dan difahami bagi seseorang pelajar
mendapat idea bagi melakukan reka cipta. Rogers (1983), mendefinisikan penyebaran
sebagai proses dimana suatu inovasi dikomunikasikan melalui saluran tertentu dalam
jangka waktu tertentu di antara para anggota suatu sistem sosial (the process by which
an innovation is communicated through certain channels overtime among the members
of a social system). Menurut Udin (2014), penyebaran adalah proses menyampaikan
idea atau kaedah dianggap baru untuk dikemas kini. Menurut Udin (2014), penyebaran
inovasi terbahagi kepada dua jenis, iaitu penyebaran berpusat (penyebaran yang
dilakukan oleh pemimpin) dan penyebaran tidak berpusat (penyebaran secara
berkelompok oleh masyarakat dengan sebilangan orang yang telah menerima inovasi).
Oleh itu, penyebaran inovasi adalah proses penyerapan idea atau perkara baharu dalam
usaha unutk mengubah masyarakat secara berterusan dari satu tempat ke tempat lain,
dari masa kini kepada akan datang, dari bidang tertentu ke bidang lain kepada
sekumpulan anggota sistem sosial (Rogers, 1983). Menurut Mirza (2018), matlamat
32
utama penyebaran inovasi adalah penerimaan inovasi dari segi (ilmu pengetahuan,
teknologi, bidang pembangunan masyarakat) oleh anggota sistem sosial tertentu.
Menurut Rogers (1983), dalam proses difusi inovasi terdapat 4 (empat) elemen
utama, iaitu: suatu inovasi, dikomunikasikan melalui saluran komunikasi tertentu,
dalam jangka waktu dan terjadi diantara anggota-anggota suatu sistem sosial.
a) Inovasi - (gagasan, tindakan atau barang) yang dianggap baharu oleh seseorang.
Dalam hal ini, kebaharuan inovasi diukur secara subjektif menurut pandangan
individu yang menerimanya.
b) Saluran komunikasi - adalah alat untuk menyampaikan mesej inovasi dari
sumber kepada penerima. Sekiranya komunikasi bertujuan untuk
memperkenalkan inovasi kepada khalayak yang luas dan luas, maka saluran
komunikasi yang lebih tepat, cepat dan cekap adalah media massa. Tetapi jika
komunikasi bertujuan untuk mengubah sikap atau tingkah laku penerima secara
peribadi, maka saluran komunikasi yang paling sesuai adalah saluran
interpersonal.
c) Jangka waktu - proses membuat keputusan inovasi dari seseorang yang
mengetahui sehingga memutuskan untuk menerima atau menolaknya.
Pengesahan keputusan ini berkait rapat dengan dimensi masa. Setidaknya
dimensi waktu dilihat dalam (a) proses membuat keputusan inovasi, (b) inovasi
seseorang (relatif awal atau lebih lambat dalam menerima inovasi), dan (c)
kepantasan inovasi diterima dalam sistem sosial.
33
d) Sistem sosial - adalah kumpulan unit yang berbeza secara fungsional dan
terikat untuk bekerjasama untuk menyelesaikan masalah untuk mencapai
tujuan bersama.
2.4 Model Berkaitan
2.4.1 Model Pemikiran Kreatif (Torrance)
Dalam memastikan seseorang individu itu mempunyai kreativiti dalam mereka cipta
pembuatan perabot, ciri pemikiran kreatif perlu dilihat sama ada mereka mempunyai
daya berfikir kreatif yang lengkap melalui model pemikiran kreatif (Torrance,1970).
Menurut Munandar (1999) dalam Yenni Anna (2017), idea kreatif atau karya kreatif
tidak datang dengan sendiri, untuk membuat sesuatu yang bermaknya memerlukan
persiapan daripada seseorang individu. Menurut Torrance (1970) dalam Muhammad
Marzuki (2018), terdapat empat aspek kreativti iaitu kefasihan, penerangan , abstrak
dan tajuk dan keaslian. Berikut merupakan ciri-ciri pemikiran kreatif pada seseorang
individu:
a) Kefasihan atau kelancaran seseorang individu dapat menghasilkan beberapa
idea, menyelesaikan sesuatu masalah, perkara atau tugasan menggunkan
pengetahuan yang sedia ada.
b) Keaslian adalah dapat menghasilkan sesuatu idea yang mempunyai perbezaaan
berbanding dengan yang lain.
c) Fleksibel ialah individu bebas dalam menggunakan pelbagai pendekan atau
cara dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.
34
d) Penjelasan ialah keupayaan seseorang individu memberikan idea serta
memperincikan secara terperinci dan mengembangkan idea yang dipilih
terhadap sesuatu perkara.
2.4.2 Model Mereka Cipta
Model Kreativiti Wallas
Dalam menjadi idea dari kreativiti untuk mereka cipta perabot merupakan sebuah
proses dan ianya tidak muncul dengan sendiri. Salah satu model proses kreatif
terawal dikemukakan oleh Graham Wallas pada tahun 1926 dalam (Abdul Halim,
2019). Wallas mencadangkan tahap proses pemikiran kreatif kepada empat peringkat,
iaitu:
a) Persediaan (preparation) meliputi definisi isu, keperluan, keinginan pemerhatian
dan kajian. Pada peringkat ini, tindakan menyusun cerita bagi persediaan
penyelesaian juga dilakukan.
b) Pemeraman (incubation) membiarkan idea atau permasalahan dalam minda untuk
diselesaikan atau dikeluarkan semula.
c) Pengeluaran atau penglahiran (Illumination) ialah saat idea baru muncul pada
akhirnya. Idea-idea ini boleh menjadi pecahan dari satu keseluruhan atau satu
keseluruhan itu sendiri.
d) Pengesahan (verification) merupakan penyemakan untuk mengesahkan maklumat
yang akan digunapakai.
35
Torrance (1988) dalam Abdul Halim (2019), mendakwa model Wallas
merupakan asas kepada program latihan berkaitan pemikiran kreatif yang diguna
pakai pada masa kini. Walau bagaimanapun, tahap-tahap dalam model ini bukannya
yang pertama dan terakhir, kerana tanggapan terhadap pemikiran kreatif bermula
dengan persediaan yang sebaiknya dan berakhir dengan penentusahan yang kritis,
dan ini menyarankan pemikiran analitis dan kreatif sebenarnya salinan lengkap
melengkapi. Pemikir yang kreatif belajar dan menganalisis, tetapi mereka
mempunyai mekanisma melakukan tanggapan yang telah dilatih untuk menyatakan
sesuatu perkara yang orang lain tidak boleh buat.
Torrance (1988) dalam Abdul Halim (2019), model proses kreativiti ini terdiri
daripada empat peringkat iaitu persediaan (preparation), pengeraman (incubation),
illuminasi (illumination) dan verifikasi (verification):
a) Pada peringkat persediaan (preparation) ialah proses individu dalam
menentukan masalah, mencari keperluan, atau keinginan dan
mengumpulkan maklumat bagi jalan penyelesaian ataupun jawapan yang
yang memerlukan penjelasan di samping menubuhkan kriteria untuk
mengesahkan penerimaan penyelesaian. Dengan kata lain persediaan ini
menerangkan bahawa individu perlu mengumpul segala pengetahuan,
bahan, maklumat untuk memahami dan menjelaskan masalah sebenar yang
wujud atau produk yang hendak dihasilkan. Segala maklumat dan sumber
relevan diterokai, dipilih dan dinilai untuk memikirkan kesesuaian
penyelesaian.
36
b) Pada peringkat pengeraman (incubation) pula bermaksud individu
mengundur diri daripada masalah dan membiarkan fikiran unutk merenung
dan cuba untuk menyelesaikan masalah itu. Proses, pengeraman boleh
menjaangkau masa semala beberapa selama minit, minggu, malahan
bertahun-tahun. Secara terperinci pengeraman ini menerangkan bahawa
tahap ini berlaku pada tahap aktiviti mental bawah sedar, tidak sedar dan
hampir sedar. Seseorang itu masih lagi kabur tentang “apa” yang hendak
dihasilkan dan membuat refleksi. Peluang kejayaan kelihatan terhad kerana
tempoh individu membuat keputusan. Di peringkat ini terdapat dua perkara
yang berlaku pada pemikir. Yang positif ialah pemikir mencari bahan,
mengkaji, menganalisis dan memikirkan masalahnya secara sedar dan
secara sukarela semasa bersenam, menonton televisyen, bermain golf dan
lain-lain. Yang negatif mungkin pemikir tidak mahu memikirkan
masalahnya secara sedar.
c) Pada peringkat iluminasi (illumination) bermaksud idea timbul daripada
minda untuk menyediakan asas bagi tindak balas yang kreatif. Idea-idea ini
boleh menjadi keseluruhan iaitu melihat keseluruhan konsep atau entiti
semua sekali. Berbeza dengan peringkat lain, iluminasi sangat ringkas yang
melibatkan pandangan dalam beberapa minit atau jam. Dalam erti kata lain,
iluminasi ini adalah pengalaman “Aha!” atau “Eureka”. Peringkat iluminasi
dianggap sebagai puncak proses kreativiti. Di peringkat ini, pemikir dapat
mengubah persepsinya, mendapat kombinasi idea baru atau satu
transformasi di mana penyelesaian atau jawapan dapat dihasilkan dan sangat
memuaskan. Iluminasi datang di luar jangkaan pemikir. Pemikir merasai
37
keseronokan, penuh semangat dan kepuasan kerana dapat menghasilkan
idea atau mencari penyelesaian yang dikehendaki.
d) Peringkat verifikasi menerangkan bahawa verifikasi ialah proses menyemak
idea atau jawapan yang dihasilkan. Kemungkinan menghasilkan Eureka
yang tidak berguna. Di peringkat ini, produk yang sudah siap dihasilkan
akan disemak dan dinilai oleh pemikir. Penilaian oleh pakar atau orang
berkepentingan juga mungkin dilakukan bagi mengesahkan kesesuaian
penyelesaian atau kualiti produk dan mencadangkan pindaan. Sekiranya
idea yang dijanakan tidak boleh diguna atau diterima, pemikir akan balik ke
tahap persediaan dan pengeraman.
Rajah 2.2 Model Wallas 1988
38
Peringkat pertama dan terakhir dibiarkan aktiviti otak (Quadrant A dan B),
manakala peringkat kedua dan ketiga milik otak kanan (Quadrant D dan C). Model
proses kreatif ini adalah adaptasi daripada model Empat Quadrant Ned Herrmann
terhadap otak manusia.
2.4.3 Model Inovasi Roger
Dalam memastikan sesorang individu menerapkan elemen inovasi dalam reka cipta
pembuatan perabot, mereka sendiri perlulah memahami dan menerima inovasi supaya
ianya menjadi idea atau pengetahuan dalam mereka cipta. Menurut Rogers (1983),
proses membuat keputusan inovasi adalah proses mental di mana seseorang dari
pengetahuan awal tentang inovasi dengan membentuk sikap terhadap inovasi, sehingga
memutuskan untuk menolak atau menerima, melaksanakan idea baru dan
mengukuhkan keputusan inovasi.
a) Tahap permulaan (pengetahuan) tahap seseorang tahu dan sadar ada terdapat
suatu inovasi sehingga muncul adanya suatu kesadaran terhadap hal tersebut.
Dalam tahap ini, seseorang belum memiliki informasi mengenai inovasi baharu.
Untuk itu informasi mengenai inovasi tersebut harus disampaikan melalui
berbagai saluran komunikasi yang ada, bisa melalui media elektronik, media
cetak, mahupun komunikasi interpersonal diantara masyarakat. Tahap ini juga
dipengaruhi oleh beberapa karakteristik dalam pengambilan keputusan, iaitu:
(1) Karakteristik sosial-ekonomi, (2) Nilai-nilai pribadi dan (3) Pola
komunikasi.
39
b) Tahap Keinginan (Interest) tahap yang sedang dipertimbangkan oleh seseorang
atau sedang membentuk sikap terhadap inovasi yang sudah diketahui sehingga
dia mula berminat dengannya. Pada peringkat ini, individu berminat dalam
inovasi dan secara aktif mencari maklumat dan perincian mengenai inovasi.
Tahap kedua ini lebih banyak berlaku pada tahap pemikiran pengguna
berpotensi. Inovasi yang dimaksudkan berkaitan dengan ciri inovasi itu sendiri,
seperti: (1) Kelebihan inovasi, (2) Tahap keserasian, (3) Kerumitan, (4) Dapat
dicuba dan (5) Dapat dilihat.
c) Tahap Evaluasi (Evaluation) tahap seseorang membuat keputusan sama ada
individu menolak atau menerima inovasi yang ditawarkan sehingga pada masa
itu dia mula menilai.
Pada peringkat ini individu mengambil konsep inovasi dan menimbang
kelebihan dan kekurangan menggunakan inovasi tersebut dan memutuskan
sama ada akan menerima atau menolak inovasi tersebut.
d) Tahap mencuba atau implemetasi (Trial) tahap di mana seseorang
melaksanakan keputusan yang telah dibuatnya sehingga dia mula mencuba
tingkah laku baru. Pada peringkat ini pengambilan individu untuk inovasi
berbeza bergantung pada keadaan. Semasa peringkat ini, individu menentukan
kegunaan inovasi dan dapat mencari lebih banyak maklumat mengenainya.
e) Tahap pengesahan (Adoption) tahap di mana seseorang mengesahkan atau
mengesahkan keputusan yang dibuatnya sehingga dia mula menerapkan tingkah
laku baru. Setelah keputusan dibuat, seseorang kemudian akan berusaha untuk
40
membenarkan keputusan mereka. Ada kemungkinan seseorang mengubah
keputusan sebelumnya untuk menerima inovasi setelah melakukan penilaian.
Rajah 2.3 Model Diffusion of Innovation, Everett M. Rogers (1983)
Menurut Dewi Ariningrum (2016), tempoh pengambilan keputusan inovasi adalah
jangka masa diperlukan untuk menyelesaikan keseluruhan proses pembuatan keputusan
inovasi.
a) Inovator adalah sekumpulan orang yang berani dan bersedia untuk mencuba
perkara baru. Biasanya orang-orang ini adalah mereka yang mempunyai gaya
hidup bandar yang dinamik yang mempunyai banyak kawan atau hubungan.
Ciri-ciri Inovasi: 1. Kelebihan relatif 2. Kesesuaian 3. Kerumitan 4. Boleh diuji 5. Dapat
dilihat keputusan menerima saluran komunikasi daripada sistem sosial dalam tahap
penerapan dari agen perubahan.
41
b) Pengguna awal (early adopter). Kategori penerimaan ini menghasilkan lebih
banyak pendapat daripada kategori lain, dan selalu mencari maklumat mengenai
inovasi.
c) Majoriti awal (early majority). Kategori pengguna ini akan berkompromi
dengan berhati-hati sebelum membuat keputusan untuk menerima inovasi,
bahkan dalam jangka waktu yang panjang. Orang seperti ini menjalankan fungsi
penting untuk menunjukkan kepada seluruh masyarakat bahawa inovasi layak
digunakan atau cukup berguna.
d) Majoriti lewat (late majority). Kumpulan ini lebih berhati-hati dengan fungsi
inovasi. Mereka menunggu sehingga kebanyakan orang telah mencuba dan
menerapkan inovasi tersebut sebelum mereka membuat keputusan
.
e) Perlahan (laggard). Kumpulan ini adalah orang terakhir yang menerima inovasi.
Mereka lebih bersifat tradisional, dan enggan mencuba perkara baru. Ketika
kumpulan ini mengadopsi inovasi baru, kebanyakan orang sebenarnya telah
menggunakan inovasi lain jauh, dan menganggapnya sudah ketinggalan zaman.
Rogers (1983), mengemukakan ada lima karakteristik inovasi, iaitu : relative
advantage (kelebihan relatif), compatibility (keserasian), complexity (kerumitan),
triability (dapat diuji) dan observability (dapat dilihat):
42
a) Kelebihan relatif (Relative Advantage) adalah tahap kelebihan inovasi, sama
ada lebih baik daripada inovasi sebelumnya atau perkara yang biasanya
dilakukan. Biasanya diukur dari segi ekonomi, pencapaian sosial, keselesaan
dan kepuasan. Semakin besar kelebihan relatif yang dirasakan oleh pengguna,
semakin cepat inovasi diterima.
b) Keserasian (compatibility) adalah tahap keharmonian sesuatu inovasi, sama ada
dianggap konsisten atau sesuai dengan nilai, pengalaman dan keperluan yang
ada. Sekiranya inovasi bertentangan atau tidak sesuai dengan nilai dan norma
yang dipegang oleh pengguna, maka inovasi baru tidak dapat diterima dengan
mudah oleh pengguna.
c) Kerumitan (complexity) adalah tahap kerumitan inovasi untuk diterapkan,
betapa sukarnya memahami dan menggunakan inovasi tersebut. Semakin
mudah inovasi difahami dan difahami oleh pengguna, semakin cepat inovasi
tersebut diterima.
d) Dapat diuji (Triability) adalah sejauh mana sesuatu inovasi dapat dicuba terlebih
dahulu atau mesti digunakan. Inovasi dapat diuji dalam keadaan sebenar,
inovasi secara amnya diterima dengan lebih cepat. Untuk mempercepat lagi
proses penerimaan inovasi mesti dapat menunjukkan keunggulannya.
43
e) Pemerhatian (observability) adalah sejauh mana hasil penggunaan inovasi dapat
dilihat oleh orang lain. Semakin mudah seseorang melihat hasil inovasi,
semakin besar kemungkinan inovasi tersebut diterima pakai oleh seseorang atau
sekumpulan orang.
2.5 Kajian-kajian Lepas
Seksyen ini membincangkan beberapa kajian dalam negara dan luar negara yang
berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi kreativiti dalam mereka cipta.
Berikut ini adalah huraian beberapa kajian- kajian tersebut.
2.5.1 Kajian Dalam Negara
Kajian yang dijalankan oleh Yahaya & Noor Sharliana (2011), tentang Faktor-Faktor
Yang Mendorong Kreativiti Di Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini terdiri
daripada 71 pelajar tahun empat SPH dari Fakulti Pendidikan, UTM telah menjadi
responden untuk kajian ini. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan
merupakan faktor utama yang mendorong kreativiti pelajar. Ia diikuti dengan faktor
motivasi, personaliti, keadaan persekitaran dan gaya berfikir . Penyelidik juga melihat
hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti pelajar. Hasil kajian
ditunjukkan melalui jadual yang ringkas dan jelas tentang terdapat hubungan yang
signifikan yang wujud antara kreativiti dan keadaan persekitaran.
44
Seterusnya, kajian Noor Fadila & Nik Mohd Amir (2010), tentang Faktor Yang
Mempengaruhi Kreativiti pelajar Tingkatan 4 Dalam Mata Pelajaran Reka Cipta yang
melibatkan tiga buah sekolah di kawasan bandar Johor Bahru. Sampel responden
daripada tiga sekolah tersebut ialah seramai 48 orang pelajar. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa faktor guru telah dikenalpasti sebagai faktor yang paling
mempengaruhi kreativiti pelajar berbanding dua lagi faktor lain yang turut dikaji iaitu
faktor pelajar itu sendiri dan faktor persekitaran mereka. Ini menunjukkan bahawa
pelajar merasakan yang guru telah berjaya mempengaruhi kreativiti mereka semasa
menjalankan projek Reka Cipta di sekolah. Dapatan kajian juga membuktikan bahawa
guru telah memberi kepercayaan terhadap para pelajarnya serta mempunyai keyakinan
yang tinggi terhadap projek yang telah dihasilkan oleh pelajar.
Dari segi faktor motivasi dalam kreativiti terhadap pelajar, Liu Tse Hui & Liu
Tse Hui (2013), telah menjalankan kajian untuk melihat samada Pengaruh Motivasi
Wujud Dalam Perkembangan Kreativiti Pelajar Kejuruteraan UTHM yang melibatkan
330 orang pelajar dari 3 fakulti Kejuruteraan yang terdapat di Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia.. Penyelidikan ini juga untuk melihat hubungan jantina, faktor motivasi
dan kelulusan pelajar terhadap kreativti pelajar. Berdasarkan kajian yang dijalankan,
jelaslah menunjukkan bahawa tahap faktor motivasi pelajar kejuruteraan UTHM yang
sederhana merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kreativiti pelajar. Motivasi
merupakan salah satu elemen penting dan harus diberi perhatian dalam semua bidang
di pelbagai peringkat usia di negara kita. Namun begitu, kajian ini juga mendapati
keputusan positif dimana motivasi intrinsik pelajar kejuruteraan UTHM adalah lebih
tinggi daripada motivasi ekstrinsik mereka secara keseluruhannya.