The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nama: Mohammad Fahmi Jazimin Bin Osman

No. Matrik: D20172081354

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fahmi Jazimin, 2021-01-10 22:00:44

Report Proposal Projek Tahun Akhir

Nama: Mohammad Fahmi Jazimin Bin Osman

No. Matrik: D20172081354

45

Ahmad dan Rahmat (2010) dalam Balan dan Ivy Lian (2014), pula menjalankan
kajian mengenai Perbezaan Kreativiti Berdasarkan Jantina Pelajar Tingkatan Empat Di
Kota Kinabalu Sabah. Kajian ini menggunakan sampel seramai 111 orang pelajar
Tingkatan Empat telah dipilih secara persampelan bertujuan di sebuah sekolah di Sabah
untuk menjadi responden kajian.. Hasil kajian tidak terdapat perbezaan yang signifikan
dalam kreativiti antara pelajar sains lelaki dan perempuan. Kemampuan berkreativiti
tidak tertakluk kepada sama ada pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan. Kedua-dua
jenis jantina ini tidak mempunyai sebarang kesan dalam meningkat atau mengurangkan
idea kreatif pelajar.

2.5.2 Kajian Luar Negara

Kajian yang berkaitan dengan kecerdasan vokasional yang dijalankan oleh Lailan
Fachrah dan Nor Azlina, Ashah (2017), untuk mengenalpasti Faktor-Faktor yang
Mempengaruhi Keberkesanan Amali Kerja Kayu dari Perspektif Pelajar Sekolah
Menengah Vokasional di Provinsi Acheh dengan saiz sampel Sebanyak 130 responden
telah dipilih secara rawak dari enam buah sekolah menengah vokasional di provinsi
Acheh. Hasil ujian-F menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara
faktor-faktor keberkesanan amali kerja kayu berdasarkan faktor demografi kecuali
tahap pendapatan ibu bapa dan pekerjaan bapa daripada responden. Hasil dari analisis
regresi linear berganda metode stepwise mendapati bahawa hanya empat faktor (faktor
persekitaran bengkel, faktor minat pelajar, faktor kemahiran guru dan faktor
kelengkapan bengkel) yang mempengaruhi keberkesanan amali kerja kayu dari
perspektif pelajar sekolah menengah vokasional di Provinsi Acheh.

46

Kajian oleh Ijaz et al. (2012), menentukan Peranan Kecerdasan Emosi Dan
Kreativiti Mempunyai Hubungan Dalam Pencapaian Akademik dengan saiz sampel
sebanyak 235 Pelajar kolej di Pakistan. Hasil kajian ini kajian menunjukkan bahawa
kecerdasan emosi dan kreativiti apabila digabungkan bersama-sama meramalkan
pelajar pencapaian.

Berdasarkan kajian-kajian lepas mengenai faktor yang mempengaruhi kreativiti
didapati bahawa motivasi dan faktor persekitaran pelajar merupakan faktor yang
merangsang kreativiti pelajar. Dari segi jantina pula, kreativiti tidak mempengaruhi
dalam kemahiran berfikir secara kreatif. Dapatan kajian juga mendapati terdapat
hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosidan kreativit pelajar bagi
meningkatkan pencapaian pelajar. Oleh itu, kreativiti individu dapat dikembangkan
melalui pelbagai faktor dan boleh dikembangkan dan dilatih melalui pendidikan dan
latihan.

2.6 Rumusan

Tujuan kajian ini untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi kreativiti dalam
mereka cipta produk perabot dalam kalangan. Kebanyakan kajian-kajian lepas
mengenai kreativiti telah memfokuskan kepada faktor guru, persekitaran dan motivasi
pelajar maka amat kurang kajian-kajian yang telah dijalankan mengenai kreativiti
dalam mereka cipta produk perabot dalam kalangan. Teori utama yang digunakan
dalam kajian ini ialah teori torrance dan teori rogers yang membincangkan tentang
faktor yang mempengaruhi kreativiti mereka cipta dalam diri mereka. Berdasarkan teori

47

torrance dapat disimpulkan bahawa jika terdapat ciri-ciri pemikiran kreatif pada
seseorang individu idea kreatif dapat disampaikan atau dilontarkan kepada reka cipta
pembuatan perabot. Manakala teori rogers pula menyatakan bahawa individu yang
menerima perubahan inovasi mudah unutk mengeluarkan idea-idea dalam membuat
reka cipta yang mempunyai inovasi yang baharu bagi membezakan dengan produk
sedia ada.

48

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Dalam bab tiga ini, penyelidik akan menjelaskan beberapa pekara yang berkaitan
metadologi iaitu kaedah atau prosedur yang akan digunakan untuk mengkaji faktor-
faktor yang mempengaruhi kreativiti mereka cipta perabot dalam kalangan pelajar reka
bentuk pembuatan perabot di sebuah universiti awam. Pekara yang dibincangkan ialah
reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data,
tatacara penganalisisan data.

49

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini dijalakan merupakan kajian berbentuk kajian kes. Kes ini
merupakan suatu kejadian yang berlaku dalam satu situasi tertentu dengan sempadan
tertentu. Individu dalam konteks tersebut dipilih sebagai fokus kepada kajian bagi
menghuraikan situasi yang menjadi kes. Disamping itu, kajian kes merupakan suatu
penelitian mendalam terhadap sesuatu keadaan atau suatu bentuk dokumen yang
tersimpan (Meriam, 1988).

Kajian kes dibahagikan kepada kepada tiga jenis iaitu kajian penerokaan, kajian
kes desktriptif dan kajian kes penerangan. Kajian yang dilakukan bagi mengumpul data
ialah berbentuk deskriptif. Kajian ini menggunakan pengumpulan data melalui dua
pendekatan, iaitu pendekatan kuanlitatif dan pendekatan kuantitatif (Ahmad Mahdzan
Ayob, 1983). Pendekatan kuantitatif dengan cara soal selidik dan kualitatif dilakukan
dengan cara tinjauan.

Reka bentuk kajian kes melibatkan pengumpulan maklumat secara sistematik
dan mendalam mengenai pemerhatian faktor yang menyebabkan sesuatu masalah.
Dalam pendekatan kuantitatif penggunaan soal selidik adalah satu kaedah
pengumpulan data yang paling efektif bagi kajian ini. Soal selidik selalu digunakan
untuk mengetahui faktor terhadap sesuatu masalah dengan menggunakan soalan atau
item bebas-jawab iaitu terbuka, senarai semak atau skala kadar. Hal ini bertepatan
dengan kenyataan Mohd Majid Konting (2009) iaitu soal selidik lebih praktikal dan
berkesan digunakan untuk populasi yang besar dan sekiranya kaedah persampelan
digunakan untuk mengkaji populasi, soal selidik dapat mengukur ciri-ciri atau

50

pembolehubah yang hendak diukur daripada saiz sampel yang banyak. Kaedah ini dapat
memenuhi objektif dan persoalan kajian, mempunyai kesahan alat ukur ,
kebolehpercayaan dan praktikal.

Bagi menjalankan kajian ini, data akan dikumpulkan melalui kaedah soal selidik
yang diedarkan kepada responden mewakili populasi pelajar Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI) yang mengambil subjek reka bentuk pembuatan perabot. Hal ini
bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kreativiti dalam
mereka cipta dalam kalangan pelajar.

3.3 Populasi dan Sampel

Menurut Mohd Majid (2009), populasi boleh didefinisikan sebagai satu set ciri yang
menunjukkan cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas sekumpulan individu atau
objek. Menurut beliau lagi, persampelan merupakan strategi penyelidikan supaya
penyelidik boleh mendapatkan maklumat mengenai sesuatu populasi dari sebahagian
individu yang menganggotai populasi tersebut.

Pemilihan sampel bagi kajian ini dijalankan menggunakan kaedah persampelan
rawak mudah untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Menurut Mohd. Majid
Konting (2009), kaedah persampelan rawak mudah merupakan proses mengambil atau
menggunakan sampel bila mana setiap individu dalam populasi mempunyai peluang
yang sama untuk dipilih. Mengikut persampelan Krejcie dan Morgan (1970) Seramai
56 terdiri dari lelaki dan perempuan orang sampel kajian telah dipilih daripada 65 orang

51

pelajar tahun tiga, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Reka Bentuk dan Teknologi dengan
Kepujian tahun 3 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

3.4 Instrumen Alat Kajian

Instrumen ialah medium pengumpulan data yang dikehendaki bagi menjawab soalan
penyelidikan yang telah ditetapkan. Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan dalam
kajian ini ialah berbentuk soal selidik dan temubual. Borang soal selidik yang
digunakan oleh penyelidik adalah soal selidik jawapan dipilih. Menurut Mohd. Majid
Konting (2009), kelebihan penggunaan soal selidik jawapan dipilih sangat nyata kerana
soal selidik ini tidak memerlukan kemahiran subjek untuk melahirkan idea-idea
secukupnya melalui tulisan. Soal selidik ialah sesuatu alat pengumpulan data secara
tidak langsung, penyelidik tidak langsung bertanya jawab dengan responden (Bruce,
2004). Manakala Mohd Majid (2009) menyatakan bahawa soal selidik dapat
meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas subjek terhadap rangsangan soalan
yang diberi kerana tidak dipengaruhi oleh personaliti dan tingkah laku penyelidik serta
cara penyelidikan kerana penyelidik tidak hadir sama semasa subjek memberikan gerak
balasnya. Melalui instrumen soal selidik ini, responden perlu menjawab atau memberi
jawapan berdasarkan pilihan jawapan yang disediakan oleh penyelidik. Selain itu,
terdapat tiga kaedah alat pengumpulan data iaitu pemerhatian, temubual, dan analisis
dokumen (Chua, 2006). Menurut Bruce (2004), penggunaan ketiga-tiga kaedah tersebut
merupakan sebahagian daripada proses tringulasi yang dapat menghasilkan dapatan
kajian yang lebih tepat dan meyakinkan tentang konsep yang dikaji. Dalam
penyelidikan ini, penyelidik menggunakan dua jenis instrumen untuk mendapatkan data

52

yang dikehendaki iaitu soal selidik, dan temu bual.

Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini ialah berdasarkan kepada dua
bentuk iaitu soal selidik tertutup dan soal selidik terbuka. Menurut Kerlinger (1986),
soal selidik tertutup sangat mudah untuk difahami kerana soalan ini tidak memerlukan
responden untuk berfikir atau mecari idea dalam menjawab terhadap sesuatu soalan.
Bagi soal selidik terbuka pula responden bebas dalam menjawab dan melontarkan idea.
Hal ini dapat mengetahui sikap inovasi dalam diri individu. Data-data dikumpul akan
disusun secara bersistematik dan dianalisis daripada jawapan yang diberikan untuk
dijelaskan dengan lebih terperinci.

Borang soal selidik ini dibahagikan kepada lima bahagian utama. Bahagian
pertama iaitu A merangkumi item-item mengenai demografik responden sebagai
moderator di dalam kajian iaitu jantina dan latar belakang pendidikan. Bahagian B pula
mengenai item-item pemikiran kreatif iaitu keaslian, kelancaran, fleksibel dan
penjelasan. Item yang dikemukakan adalah dalam bentuk Skala Likert di mana
responden perlu menandakan pada pilihan jawapan yang disediakan. Skala likert ini
mempunyai lima bahagian yang berbeza iaitu daripada sangat tidak setuju kepada
sangar setuju. Jadual 3.1 menunjukkan skala dan simbol yang digunakan dalam set soal
selidik bagi kajian ini. Jadual 3.2 pula menunjukkan julat interpretasi skor min untuk
Skala Likert yang digunakan. Setiap item bagi pemikiran kreatif mempunyai lapan ke
sepuluh set soalan.

53

Jadual 3.1 Skala Likert

_____________________________________________________________________

Skala Item Singkatan

_____________________________________________________________________

1 Sangat tidak setuju STS

2 Tidak setuju TS

3 Tidak pasti TP

4 Setuju S

5 Sangat setuju SS

_____________________________________________________________________

Jadual 3.2: Julat interpretasi skor min

______________________________________________________
Min Tahap

______________________________________________________

4.21-5.00 Sangat setuju

3.41-4.20 Setuju

2.61-3.40 Tidak pasti

1.81-2.60 Tidak setuju

1.00-1.80 Sangat tidak setuju

______________________________________________________

Ramlee dan Noraini (2007)

Bagi bahagian C ialah soal selidik berbentuk item terbuka untuk mendapat

jawapan yang lebih mendalam daripada responden. Bahagian ini terdiri daripada 10

soalan subjektif yang mengkehendaki pelajar dalam memberikan pendapat dan idea

yang bebas.

54

Jadual 3.3: Taburan Item Soal Selidik

_____________________________________________________________________

Perkara No. Item

_____________________________________________________________________

Latar belakang responden (Demografik) 2

Persoalan Kajian 1

a) Apakah ciri-ciri pemikiran kreatif yang wujud dalam kalangan

pelajar reka bentuk pembuatan yang mereka cipta produk

perabot berdasarkan jantina? 25

Persoalan Kajian 2

Adakah faktor pemikiran kreatif dan inovasi

mempengaruhi kreativiti pelajar mereka cipta

pelajar produk perabot?

Persoalan Kajian 3

Adakah pelajar memahami inovasi dan menerap

dalam mereka cipta pembuatan perabot bedasarkan

latar belakang pendidikan?

Item terbuka 10

_____________________________________________________________________

Jumlah Item 37

_____________________________________________________________________

55

3.5 Prosedur Pengumpulan Data

Pungumpulan data dijalankan dengan menggunakan soal selidik, item terbuka dan
tertutup. Setiap responden atau sampel diberikan borang soal selidik secara
persendirian. Sebelum mereka menjawab soalan dalam borang soal selidik berkenaan,
penyelidik memberikan penjelasan dan arahan dengan jelas mengenai soal selidik
berkenaan. Soal selidik berkenaan dibina dengan soalan-soalan yang mudah difahami
oleh para responden. Borang soal selidik yang telah dilengkapkan oleh responden
selanjutnya akan dikumpulkan oleh penyelidik untuk dianalisis.

3.6 Kajian Rintis

Menurut Mohd Majid konting (2009), melalui kajian rintis, kesesuaian dan ketepatan
soalan serta format yang digunakan dapat dikenal pasti serta untuk memastikan
kesesuaian arahan dan format yang digunakan, soal selidik harus dicuba ke atas
sekumpulan subjek yang setara dengan subjek yang akan dikaji.

Satu kajian rintis telah dijalankan ke atas 3 orang pelajar yang dipilih dari kos
reka bentuk dan teknologi tahun 3. Objektif kajian rintis ini ialah untuk mengukur
kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik, menguji sama ada item-item yang
dikemukakan dan istilah yang digunakan tepat dan sesuai. Selain daripada itu,
penyelidik juga dapat mengetahui jangka masa yang diperlukan untuk menjawab semua
item yang dikemukakan dan diminta memberi pandangan-pandangan serta ulasan yang
perlu bagi memperbaiki kertas soal selidik. Kajian rintis berdasarkan kuantitatif

56

dijalankan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian yang
sebenar dijalankan.

Kajian rintis daripada kualitatif juga dilakukan dengan menggunakan instrumen
kaedah soal selidik terbuka. Melalui kajian rintis juga item-item soalan yang yang
diberikan akan dapat dipastikan statusnya adalah relevan dengan kajian yang hendak
dijalankan. Selain daripada itu, perlaksanaan kajian rintis juga akan memudahkan
proses memberikan kod bagi tujuan pemprosesan data (Cresswell, 2008).

3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen

Kesahan membawa maksud kepada instrumen itu benar-benar dalam mengukur apa
yang sepatutnya diukur. Kesahan merupakan memastikan kandungan intrumen soal
selidik benar daripada semakan oleh pakar-pakar. Dalam membuat kesahan bagisoal
selidik kajian ini menggunakan 3 orang pakar dalam memastikan ianya dapat dijawab
oleh pelajar. Soal selidik perlulah mendapat kesahan daripada pakar dalam bidang
Fakulti Teknikal dan Vokasional di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Menurut Mohd
Najib (2003), pengesahan soal selidik merangkumi aspek ketepatan, istilah bahasa,
kesesuaian dan struktur ayat supaya tidak mengelirukan dan disalah tafsir.
Kebolehpercayaan pula memastikan tahap kosistensi responden dalam memberikan
jawapan melalui soalan yang diajukan (Mohd Najib, 2003). Item yang telah diuji boleh
dilakukan melalui kajian rintis dengan tujuan menguji item dari segi bahasa dalam
mendapatkan darjah kepercayaan dengan tujuan untuk mengukur ketepatan serta
ketekalan kajian

57

3.8 Prosedur Analisis Data

Data yang diperolehi daripada sampel akan dianalisis menggunakan Statistical Package
for the Social Science (SPSS) version 17.0 Windows version. SPSS dapat memberikan
taburan frekuensi, ukuran-ukuran kecenderungan memusat seperti min, mod dan
penengah serta ukuran-ukuran serakan seperti varians dan sisihan piawai (Mohd Majid,
2009). Kaedah yang digunakan untuk menganalisis data dalam kajian ini adalah kaedah
min, frekuensi, peratusan, kekerapan (N). Dapatan ini kemudiannya disusun, diringkas
dan dipersembahkan dalam bentuk yang mudah difahami.

3.9 Rumusan

Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kreativiti
dari segi pemikiran kreatif dan inovasi terhadap mereka cipta perabot dalam kalangan
pelajar reka bentuk pembuatan perabot di sebuah universiti awam telah dipilih untuk
menjalankan kajian ini. Pelajar yang terlibat merupakan pelajar kos reka bentuk dan
teknologi tahun 3 dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Bab ini telah
menjelaskan reka bentuk kajian, prosedur kajian, instrumen kajian, kajian rintis, proses
pengumpulan dan penganalisis data kajian. Seterusnya dengan mengemukakan lokasi
dan sampel kajian, pengkaji memilih Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjong
Malim Perak. Dalam bahagian ini juga pengkaji telah menerangkan alat kajian yang
digunakan serta tatacara analisis data. Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah kajian
kes deskriptif yang melibatkan pengumpulan data secara kuantitatif dan kualitatif.
Populasi kajian ini adalah seramai 65 orang yang mempunyai perbezaan dari segi

58

demografik seperti jantina dan latarbelakang pendidikan. Sampel kajian dipilih secara
rawak menggunakan jadual Krejcie dan Morgan iaitu seramai 56 orang daripada kursus
reka bentuk dan teknologi yang telah mengambil subjek reka bentuk pembuatan
perabot. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang dibuat berpandukan
kerangka konseptual yang mempunyai soalan terbuka dan tertutup.

59

Rujukan

Abdul Ghafar, M. (2003). Reka bentuk tinjauan soal selidik pendidikan. Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia.

Abdullah, M. M. (2018). Pemikiran Kreatif dan Inventif Dalam Kalangan Pelajar
Kolej Vokasional: Satu Kajian Kes di Negeri Perak. Universiti Pendidikan
Sultan Idris, 1-165.

Ahmad Mahdzan Ayob. (1983). Kaedah penyelidikan sosioekonomi: satu
pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ali, A. H. . (2019). Proses Kreatif A. Samad Said dalam Penghasilan Karya Kreatif.
Journal of Malay Language, Education and Literature, 3, 155 - 180.

Alias, S. H. (2008). Tahap kreativiti di kalangan pelajar program sains di Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Doctoral dissertation , Universiti
Teknologi Malaysia, 1-10.

Amabile, T. M. . (1983). Social psychology of creativity: A componential
conceptualization. Journal of Personality and Social Psychology, 45, 997-
1013.

Amabile, T. M. (1983). The Social Psychology of Creativity. New York: Springer.

Amabile, T. M. (1996). Assesing The Work Environment For Creativity. Academy of
Management Journal, 1154-1184.

60

Amin, N. F. (2010). Faktor Yang Mempengaruhi Kreativiti Pelajar Tingkatan 4
Dalam Mata Pelajaran Reka Cipta. Research Project Report, Universiti
Teknologi Malaysia.

Appulembang, Y. A. (2017). Norma Kreativitas Menggunakan Torrance Test Of
Creativity Thinking Untuk Anak Usia 6-12 Tahun. Provitae: Jurnal Psikologi
Pendidikan, 41-57 9 (1).

Balan Rathakrishnan, & Ivy Lian . (2014). Perbezaan Kreativiti Berdasarkan Jantina
Pelajar Tingkatan Empat Di Kota Kinabalu Sabah. seminar kebangsaan
integrity keluarga 2014 11 Disember, Fakulti Psikologi dan Pendidikan,
Universiti Malaysia Sabah.

Bruce, L. B. (2004). Qualitive research method for the social science. Boston:
Pearson Education, Inc.

Buntat, Y. B. Faktor-faktor Yang Mendorong Kreativiti Di Kalangan Pelajar Tahun
Empat SPH, Universiti Teknologi Malaysia.

Buntat, Y. N. (2011). Faktor-faktor yang mendorong kreativiti di kalangan pelajar,
Universiti Teknologi Malaysia. Journal of Education Psychology and
Counseling , 175-208 2(1).

Chua Yan Piaw . (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan
Buku 1. Kuala Lumpur: McGraw-hill Sdn. Bhd.

Diana, N. (2018). Mengembangkan Kemampuan Berfikir Kreatif dan Berpikir Logis
Mahasiswa dengan Adversity Quotient dalam Pemecahan Masalah. Prosiding
Seminar Nasional Matematika dan Pendidikan Matematika, 101-112 (2).

61

Guilford, J. P. (1950). Creativity. American Psychologist, 5, 444–454.

Hashim, N. M. (2020). Orientasi Pasaran Eksport dan Prestasi Eksport: Satu Kajian
Empirikal ke atas Firma Perabot di Malaysia. Jurnal Pengurusan UKM , 1-14
(58).

Huber, A. M., Leigh, K. E, & Tremblay, K. R. (2012). Creativity Processes of
Students in the Design Studio. Journal of College Student, 46(4), 903-913.

Husain, M. Y. (2013). Tahap kemahiran employability pelajar kejuruteraan dari
perspektif majikan. Sains Humanika, 62(1).

Ijaz Ahmad, Tahseen Mehmood, Zulfiqar Ali , & Muhammad Iqbal. (2012). Role of
Intelligence and Creativity in the Academic Achievement of Students.
International Journal of Physical and Social Sciences, 2(7), 1–10.

Kaplinsky, R. M. (2003). The global wood furniture value chain: What prospects for
upgrading by developing countries. UNIDO Sectoral Studies Series Working
Paper, 1-36.

Kerlinger, F. N. (1986). Foundations of behavioral research. Forth Worth: TX: Holt,
Rinehart and Winston.

Kiong, T. T. (2017). Tahap penguasaan teori dan amali dalam kalangan pelajar
ekonomi rumah tangga: Kajian persepsi di universiti awam Malaysia.
Geografia-Malaysia Journal of Society and Space, 12(3).

Krejcie, R. V. (1970). Determining sample size for research activities. Educational
and Psychological Measurement, 607-610 (30).

62

Lai Mei Lan, L., & Tse Hui, L. (2008). Pengaruh Motivasi Dalam Kreativiti Pelajar
Kejuruteraan UTHM. Persidangan Pendidikan (Penyelidikan dan Inovasi)
Dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional, Kolej Komuniti Mas
Gading.

Lailan Fachrah, Azlina Hasbullah, & Ashah Ab Rahman. (2017). Faktor-Faktor yang
Mempengaruhi Keberkesanan Amali Kerja Kayu dari Perspektif Pelajar
Sekolah Menengah Vokasional di Provinsi Acheh. Sains Humanika, 9(1-5),
143-151.

Li, T. (1998). The Impact of Market Knowledge Competence on New Product
Advantage: Conceptualization and Empirical Exam. Journal of Marketing ,
13-29 Vol.62.

Lubart, T. I. , & Sternberg, R. J. (1991). An Investment Theory of Creativity and Its
Development. Human Development, 34(1), 1-31.

Mahmood, M. A. (2011). Faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian
cemerlang dalam mata pelajaran reka cipta. Journal of Education Psychology
and Counseling, 145-175 (2).

Manja Mohd Ludin . (1990). Peranan Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Kanak-
Kanak di Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Meriam., R. E. (1983). Cognitive views if creativity: creative teaching for creative
learning. Contemporary Educational Psychology, 203-211 (14).

Mohamad Said, M. M. (2008). Halangan-halangan kepada usaha memupuk kreativiti
di kalangan pelajar. Prosiding SKIKS 08, 89-149.

63

Mohamad Said, Mohamad Mohsin, & Nasruddin Yunus. (2008). Halangan-halangan
kepada Usaha Memupuk Kreativiti di Kalangan Pelajar. Seminar
Kebangsaaan Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan, Hotel Mahkota
Melaka, 18-19 Ogos, 89-149.

Mohamad, K. B. (2017). Pengaruh Tingkah Laku, Amalan Pengajaran dan Tahap
Profesionalisme Guru Terhadap Peningkatan Kreativiti Pelajar dalam Mata
Pelajaran Reka Cipta. Universiti Putra Malaysia, 1-107.

Mohammad Said, Mohamad Mohsin, & Nasruddin Yunus. (2006). Hubungan
Kreativiti dan Ilmu Pengetahuan. Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 7,
41-52.

Mohd Azhar Abd Hamid. (2004). Kreativiti Konsep Teori & Praktis. Skudai, Johor:
Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Majid Konting. (2009). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Amin, Nor Fadila, & Nik Ab. Aziz, Nik Mohd. (2010). Faktor Yang
Mempengaruhi Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 Dalam Mata Pelajaran Reka
Cipta. Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd. Azhar Abd. Hamid . (2001). Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif. Skudai,
Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd. Azhar Abd. Hamid , Mohd. Koharuddin Balwi, & Muhamed Fauzi. (2006).
Reka Cipta & Inovasi dalam Perspektif Kreativiti. Skudai, Johor: Universiti
Teknologi Malaysia.

64

Muhamad Zaki Samsudin , & Razali Hassan . (2013). Melestari Program TVET
Bedasarkan Kreativit Guru. Conference In Education Technical Vocational
Education & Technology (CiE-TVET) Hotel Permai, Kuala Terengganu,
Terengganu 2hb – 3hb September.

Muhammad, H. (2014). Pemikiran Kreatif dalam Kalangan Pelajar yang Meyertai
Pertandingan Inovasi: Satu Kajian Kes di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Universitii Pendidikan Sultan Idris, 1-146.

Mustafa, U. A. (2017). Amalan Pengajaran Guru dan Kreativiti Pelajar Tehadap
Strategi Peluang Perniagaa dalam Kalangan Pelajar Pengajian Keusahawanan
Sekolah Menengah Teknik. Universiti Putra Malaysia, 1-111.

Mustapha, R., & Mohd Salleh, N. (2007). Self-fulfilling prophecy and digital divide
revisited: vocational and it competencies of special population in Malaysia.
Malaysia Journal of Social Work, 33-65 6(1).

N., S. Rajendran (2001). Pengajaran kemahiran berfikiran aras tinggi: kesediaan guru
mengendalikan mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Seminar
Projek KBKK: Poster 'warisan Pendidikan-Wawasan'. Pusat Perkembangan
Kurikulum, KPM.

Ng, Aik Kwang . (2001). Why Asians Are Less Creative Than Westerners. Creativity
Research Journal, 15, 301-302.

Omar, W. N. (2017). Pemikiran Reka Bentuk Kreatif Dalam Proses Reka Bentuk
Perabot di Malaysia Berdasarkan Pendekatan Biomikri. Universiti Putra
Malaysia, 1-232.

65

Prabhu, V., Sutton, C., & Sauser, W. . (2008). Creativity and Certain Personality
Traits:Understanding the Mediating Effect of Intrinsic Motivation. Creativity
Research Journal, 20(1), 53–66.

Rabuan, H. A. (2011). Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang
asli terhadap kerja amali mata pelajaran Kemahiran Hidup di tiga buah
sekolah menengah dalam daerah Kluang, Johor. Doctor dissertation,
Universiti Teknologi Malaysia, 1-59.

Rasul, M. S. (2013). Pembentukan karektor pelajar kreatif mengikut teori sternberg:
Suatu analisis kandungan dan pembangunan kerangka konseptual. Sains
Humanika: Jurnal Teknologi (Social Sciences), 8-15 63(1).

Rogers, E. M. (1983). Diffusion of Innovations: Third Edition. New York: The Free
Press.

Romeli, N. (2012). Tahap kemahiran berfikir kreatif dan kritis dalam kalangan Pelajar
Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Doctoral dissertation , Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 1-100.

Rozana Reduan . (2015). Faktor Yang Mendorong Kreativiti Dalam Kalangan Pelajar.
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rusmiarti, S. A. (2016). Analisis Difusi Inovsi dan Pengembangan Budaya Kerja
Pada Organisai Birokrasi. Masyarakat Telematika dan Informasi: Jurnal
Penelitian Teknologi Informasi dan Komunikasi, 85-100 6(2).

Salam, S. N. (2008). Tahap Kreativiti Pelajar Program Pendidikan Sains Sosial dan
Kemahiran Hidup. Universiti Teknologi Malaysia, 1-9.

66

Sa'ud, U. S. (2014). Inovasi Pendidikan, cetakan ke-VII. Bandung: Alfabaeta.

Schermerhorn. (2005). Management (8th ed). New York: John Wiley & Sons.

Schlichting, H. &. (2016). Boundary-layer theory. Berlin: Springer.

Setyawan, S. (2017). Pola Proses Penyebaran dan Penerimaan Informasi Teknologi
Kamera DSLR. Komuniti: Jurnal Komunikasi dan Teknologi Informasi, 146-
156 9(2).

Shahreza, M. (2018). Implemetasi Teori Difusi Inovasi pada Gerakan Bank Sampah.
Researchgate, 1-32.

Siswono, T. (204). Mendorong Berpikir Kreatif Siswa Melalui Pengajuan Masalah
(Problem Posing). Makalah dipresentasikan pada Konferensi Nasional
Matematika XI, Universitas Udayana Denpasar, 23-27.

Sternberg, R. J. (2006). The Nature of Creativity. Creativity Research Journal, 18(1),
87-98.

Sternberg, R. J., & Lubart, T. I. . (1995). Defying the Crowd. New York: Free Press.

Supranoto, M. (2009). Startegi mencipta keunggulan bersaing produk melalui
orientasi pasar, Inovasi, dan orientasi kewirausahawan dalam rangka
meningkatkan kinerja pemasaran (Studi empiris pada: Industri Pakaian Jdi
Skala Kecil dan Menengah di kota Semarang. Doctor dissertation, Universitas
Diponegoro.

Torarance, P. E. (1970). Creative learning and teaching . New York: Harper and
Row.

67

Torrance, E. P. . (1974). Torrance Tests of Creative Thinking. Lexington, MA:
Personnel Press.

Torrance, E. P. (1962). Guiding Creative Talent. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Wallas, G. . (1926). The Art of Thought. New York: Harcout, Brace & World.

Ward, T.B., Finke, R.A., & Smith, S.M. . (1995). Creativity and The Mind.
Discovering The Genius Within. New York: Plenum Press.

Wibisono, S. (2013). Pengaruh creative self-efficacy, perceived organization support
for creativity terhadap individual creativity pada PT. Kompas Gramedia group
of magazine. SKRIPSI-2011.

Y.Sung , & J. N. Choi. (2009). Do Big Five Personality Factors Affect Individual
Creativity? The Moderating Role of Extrinsic Motivation. Journal Social
Behavior and Personality, 37(7), 941–956.

Yaacob, M., & Tuan Hassan, T. (2014, Oktober 17-19). Senario Usahawan dan
Kesusahawanan Melayu dalam Industri Perabot di Malaysia. Persidangan
Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-9, (pp. 866-874). Kuala Terengganu,
Terengganu.

Yahaya Buntat, & Noor Sharliana Mat Nasir. (2011). Faktor-faktor Yang Mendorong
Kreativiti di Kalangan Pelajar. Journal of Educational Psychology and
Counseling, volume 2, 175-208.

Yahaya Buntat, & Noor Sharliana Mat Nasir. (2011). Faktor-faktor Yang Mendorong
Kreativti di Kalangan Pelajar Tahun Empat SPH. Universiti Teknologi

68

Malaysia.
Yew, K. (2000). You Are Creative: Let Your Creativity Bloom. Kuala Lumpur:

Mondbloom Sdn. Bhd.


Click to View FlipBook Version