The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PERATURAN AKADEMIK KKTM, MJII & IKM EDISI 4 2019 (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by radee740, 2020-11-17 01:47:23

BUKU PERATURAN AKADEMIK KKTM, MJII & IKM EDISI 4 2019 (1)

BUKU PERATURAN AKADEMIK KKTM, MJII & IKM EDISI 4 2019 (1)

MAJLIS AMANAH RAKYAT
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL

PERATURAN
KAKTKMA, MDJEIIM& IIKKM

Edisi 4 2019

BUKU PERATURAN AKADEMIK
KKTM, MJII & IKM

Edisi 4 2019
Bahagian Kemahiran Dan Teknikal MARA

Level 20 & 21, MARA Headquarters,
21, Jalan MARA,

50609 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2613 4300

BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pendahuluan 1
2.0 Takrif 2
3.0 Tempoh Pengajian 4
4.0 Sesi Akademik 5
5.0 Pendaftaran 7
6.0 Keperluan /Sistem Kredit 12
7.0 Penangguhan Pengajian 19
8.0 Kedudukan Gagal 19
9.0 Kehadiran 20
10.0 Penilaian 21
11.0 Sistem Penilaian 29
12.0 Syarat Penganugerahan 36
13.0 Kecemerlangan Akademik 37
14.0 Pengeluaran Skrol 38
15.0 Gantian Dokumen Persijilan 38
16.0 Peruntukan Am 40

Lampiran 1: Jadual 12: Senarai Kadar Bayaran 41
Lampiran 2: Borang Pendaftaran Kursus 42
Lampiran 3: Borang Pengguguran Kursus 43
Lampiran 4: Borang Mengulang Kursus 44
Lampiran 5: Borang Semakan Semula 45
Lampiran 6: Contoh Surat Pengesahan Tamat Belajar 46
Lampiran 7: Contoh Surat Peringatan Akademik 47

Lampiran 8: Contoh Surat Akuan Belajar 48

Lampiran 9: Borang Permohonan Penangguhan Pengajian

Institusi 49

Lampiran 10: Borang Permohonan Pertukaran Tempat /

Program Institusi 51

Lampiran 11: Pengesahan Pelajar KKTM /MJII/ IKM 53

Lampiran 12: Borang Permohonan Skrol /

Transkrip Gantian 54

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Peraturan ini dinamakan Peraturan Akademik KKTM,
MJII & IKM Edisi 4 2019 Bahagian Kemahiran dan
Teknikal (BKT) hendaklah mula berkuatkuasa pada
tarikh yang ditetapkan oleh BKT.

1.2 Peraturan ini terpakai kepada pengajian sepenuh
masa yang membawa kepada penganugerahan sijil
dan diploma daripada BKT.

1.3 Peraturan Akademik ini digubal dengan tujuan untuk
menyelaras dan mentadbir semua hal-hal akademik
dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

1.4 Hanya Senat BKT sahaja yang berhak untuk meminda
sebarang peraturan dari semasa ke semasa.

1.5 Peraturan ini hendaklah dibaca bersama Buku
Panduan Kokurikulum Edisi 3, Manual Latihan Industri
Pindaan 2016, Buku Peraturan Tatatertib Edisi 2,
Buku Dasar Pembangunan Kurikulum Program
Diploma KKTM, MJII & IKM Edisi 3 2019 dan Dasar
Pentaksiran dan Penilaian. Mana-mana peraturan
yang bercanggah maka edisi terkini adalah
digunapakai.

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 1

2.0 TAKRIF

“BKT” Bahagian Kemahiran dan Teknikal
“IKM” Institut Kemahiran MARA
“KKTM” Kolej Kemahiran Tinggi MARA
“MJII” MARA-Japan Industrial Institute
“Program” Susunan modul yang distruktur untuk suatu tempoh

tertentu dan peringkat pembelajaran bertujuan

mencapai hasil pembelajaran yang telah ditentukan dan

yang lazimnya menjurus kepada penganugerahan

“Program suatu kelayakan.
Perdana” Program-program yang ditawarkan secara sepenuh
“Kursus” masa merangkumi tempoh pengajian 1 hingga 3 tahun.
Mata pelajaran dalam kurikulum program yang

“Ketua mempunyai kod tersendiri.
Program” Individu yang dilantik sebagai ketua yang
bertanggungjawab untuk mengurus sesuatu program.
“Ketua Individu yang dilantik sebagai ketua yang
Jabatan” bertanggungjawab untuk mengurus sesuatu jabatan.
“Senat BKT” Jawatankuasa tertinggi peringkat BKT yang

bertanggungjawab untuk mengesahkan penilaian dan

persijilan.

“Senat KKTM, Jawatankuasa tertinggi peringkat institusi yang
penilaian dan
MJII & IKM” bertanggungjawab dalam hal-hal

“Jawatankuasa persijilan.
Akademik ” Jawatankuasa yang dilantik untuk bertanggungjawab
dalam hal ehwal akademik

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 2

“Penasihat Individu yang dilantik dan diberi tanggungjawab untuk
Akademik” membimbing dan menasihati pelajar dari aspek

akademik dan beliau adalah mentor pelajar tersebut.
“Pelajar Kanan” Pelajar yang telah mengikuti sekurang-kurangnya satu

“SPP” (1) semester di institusi.
SPP (Seksyen Penilaian dan Persijilan) adalah unit

yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan

“UPP” penilaian & persijilan di BKT.
UPP (Unit Penilaian dan Persijilan) adalah unit yang

bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan

“SPPP” penilaian & persijilan di institusi.
“Sijil & Sistem Penilaian Prestasi Pelajar.
Penganugerahan yang dikeluarkan oleh BKT kepada
Diploma” pelajar yang telah menamatkan pengajian dan

memenuhi syarat bergraduat.

“GPA” GPA (Grade Point Average) adalah purata nilai gred

“CGPA” yang diperolehi dalam sesuatu semester.
CGPA (Cumulative Grade Point Average) adalah purata

nilai gred kumulatif yang diperolehi bagi semua

“Kredit” semester yang telah diikuti.
Nilai yang diberikan kepada setiap kursus berdasarkan

jam belajar pelajar (Student Learning Time, SLT).
“Jumlah Kredit” Jumlah kredit yang diambilkira dalam pengiraan GPA

“Kredit Kira” dan CGPA.
Kredit yang diambil kira dalam pengiraan GPA dan

“Kredit Dapat” CGPA.
Jumlah kredit yang diperoleh oleh pelajar bagi kursus

yang lulus.

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 3

“Gred” Tahap pencapaian dalam bentuk abjad bagi kursus
yang didaftarkan
“Mata” Nilai yang diberikan mengikut gred.
“Nilai” Hasil darab mata dan kredit kira
“Penyata Keptusan pencapaian akademik bagi setiap semester
Pencapaian”
“Institusi” KKTM,MJII & IKM

3.0 TEMPOH PENGAJIAN

3.1 Tempoh pengajian program perdana sepenuh masa
adalah di antara 1 hingga 3 tahun mengikut syarat
yang telah ditetapkan bagi program berkenaan.

3.2 Tempoh maksimum pengajian adalah seperti
JADUAL 1.

JADUAL 1: TEMPOH MAKSIMUM PENGAJIAN

TEMPOH PENGAJIAN MAKSIMUM
1 Tahun 3 Tahun
1.5 Tahun 3.5 Tahun
2 Tahun 4 Tahun
2.5 Tahun 4.5 Tahun
3 Tahun 5 Tahun

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 4

4.0 SESI AKADEMIK
Sesi akademik Program Diploma & Sijil dibahagikan kepada
dua sesi pengajian utama:
a. Sesi akademik 18 minggu
b. Sesi akademik 16 minggu
Pembahagian aktiviti mengikut minggu bagi setiap sesi
adalah seperti di JADUAL 2 dan JADUAL 3.

JADUAL 2 : SESI AKADEMIK 18 MINGGU (SETAHUN)

AKTIVITI SESI 1 BILANGAN
MINGGU MINGGU
Pembelajaran / Penilaian 1 – 10 10
Minggu Aktiviti (Tertakluk 11
kepada pindaan) 12 – 19 1
Pembelajaran/Penilaian
8

Minggu Ulangkaji 20 1

Peperiksaan Akhir 21 – 23 3

Cuti Semester 24 – 26 3

SESI 2

Pembelajaran / Penilaian 27 - 36 10
37 1
Minggu Aktiviti (Tertakluk 8
kepada pindaan) 38 - 45

Pembelajaran/Penilaian

Minggu Ulangkaji 46 1

Peperiksaan Akhir 47 – 49 3

Cuti Semester 50 – 52 3

JUMLAH 52

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 5

JADUAL 3 : SESI AKADEMIK 16 MINGGU (SETAHUN)

AKTIVITI SESI 1 BILANGAN
MINGGU MINGGU
Pembelajaran / Penilaian 1 – 10 10
Minggu Aktiviti (Tertakluk 11
kepada pindaan) 12-17 1
Pembelajaran/Penilaian
6

Minggu Ulangkaji 18 1
Peperiksaan Akhir 19 – 20 2
Cuti Semester 21 – 22 2

Pembelajaran / Penilaian SESI 2 10
23 – 32 1
Minggu Aktiviti (Tertakluk 33 6
kepada pindaan) 34-39

Pembelajaran/Penilaian

Minggu Ulangkaji 40 1
Peperiksaan Akhir 41 – 42 2
Cuti Semester 43 – 44 2

SEMESTER PENDEK

Pembelajaran / Penilaian 45 - 50 6

Peperiksaan Akhir 51 1

Cuti Semester 52 1

JUMLAH 52

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 6

5.0 PENDAFTARAN

5.1 Pendaftaran Program

5.1.1 Pendaftaran program adalah diwajibkan
kepada semua pelajar pada setiap awal
semester mengikut tarikh yang telah ditetapkan
oleh institusi.

5.1.2 Setiap pelajar wajib mendaftar program bagi
setiap semester sehingga tamat pengajian
dalam tempoh maksimum yang dibenarkan.

5.1.3 Pelajar yang mendaftar lewat kurang dari tiga
(3) hari dari tarikh pendaftaran yang ditetapkan,
akan dikenakan denda.
(Rujuk Lampiran 1 : Jadual 12 - Senarai
Kadar Bayaran)

5.1.4 Pelajar yang mendaftar lewat lebih dari tiga (3)
hari dari tarikh pendaftaran yang ditetapkan,
akan dikenakan denda dan dirujuk kepada
Jawatankuasa Tatatertib.

5.1.5 Pelajar kanan yang berstatus tangguh
pengajian / digantung pengajian WAJIB
membuat pendaftaran semula pada awal
semester berikutnya mengikut tarikh yang
ditetapkan oleh institusi.

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 7

5.2 Pendaftaran Kursus

5.2.1 Pelajar diwajibkan mendaftar setiap kursus
yang ditawarkan pada awal semester setiap
sesi pengajian.

5.2.2 Pendaftaran kursus hendaklah dibuat pada
minggu pertama mengikut tempoh pendaftaran
yang telah ditetapkan oleh pihak institusi
dengan kelulusan Ketua Jabatan/ Program.

5.2.3 Pelajar boleh dikenakan denda jika mendaftar
kursus selepas minggu pertama sesi pengajian
tanpa sebab-sebab yang boleh diterima oleh
Jawatankuasa Akademik.
(Rujuk Lampiran 1 : Jadual 12 - Senarai
Kadar Bayaran)

5.2.4 Pelajar perlu menyelesaikan bayaran denda
yang berkaitan sebelum dibenarkan mendaftar
kursus pada sesi berkenaan.
(Rujuk Lampiran 1 : Jadual 12 - Senarai
Kadar Bayaran)

5.2.5 Bagi mana-mana kursus yang mempunyai pra-
syarat, pelajar perlu lulus kursus pra-syarat
sebelum mendaftar kursus berikutnya
KECUALI bagi pelajar semester terakhir
sebelum menjalani Latihan Industri yang masih

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 8

mempunyai kursus tertunggak tertakluk
kelulusan Jawatankuasa Akademik.
.
5.2.6 Pelajar kanan yang berstatus mengulang
kursus atau mempunyai kursus tertunggak
WAJIB membuat pendaftaran kursus pada
minggu pertama sesi pengajian.

5.3 Penangguhan Kursus

5.3.1 Ketua Jabatan/Program boleh memohon
penangguhan penawaran kursus bagi sesuatu
program atas sebab-sebab yang munasabah.

5.3.2 Permohonan penangguhan kursus perlu
mendapat pengesahan Timbalan Pengarah
(HEA) dan tertakluk kepada kelulusan
Pengarah institusi serta perlu dimaklumkan
kepada Pengarah BKT.

5.3.3 Kelulusan penangguhan kursus hanya sah
pada semester yang dimohon sahaja.

5.3.4 Bagi kes penangguhan kursus pelajar tidak
perlu didaftarkan kursus tersebut.

5.3.5 Penangguhan kursus boleh dimohon selewat-
lewatnya sehingga minggu ke tiga (3) semester
bermula.

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 9

5.4 Penambahan Kursus

5.4.1 Pelajar dibenarkan menambah mana-mana
kursus atas sebab-sebab yang munasabah
dengan kelulusan Timbalan Pengarah (HEA)
selewat-lewatnya pada minggu ke dua (2) sesi
pengajian. Kursus tersebut perlu didaftarkan
menggunakan Borang Pendaftaran Kursus
seperti di Lampiran 2.

5.4.2 Kebenaran untuk pelajar menambah kursus
tertakluk kepada jumlah kredit maksimum per
semester yang dibenarkan.

5.5 Pengguguran Kursus

5.5.1 Pelajar boleh menggugurkan mana-mana
kursus yang telah didaftarkan atas sebab-
sebab yang munasabah tertakluk kepada
kelulusan Timbalan Pengarah (HEA) selewat-
lewatnya pada minggu ke empat (4) sesi
pengajian.

5.5.2 Kursus yang digugurkan tidak akan didaftarkan
pada semester berkenaan.

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 10

5.6 Tarik Diri Kursus

5.6.1 Pelajar dibenarkan menarik diri dari mana-
mana kursus yang telah didaftarkan dengan
alasan yang munasabah dan mendapat
kelulusan Timbalan Pengarah (HEA) selewat-
lewatnya pada minggu ke-12 sesi pengajian.

5.6.2 Kebenaran untuk pelajar menarik diri tertakluk
kepada jumlah kredit minimum per semester
yang dibenarkan.

5.6.3 Gred WD akan dicatatkan pada status
pendaftaran kursus dan slip keputusan
akademik pelajar. Walaubagaimana pun gred
tidak akan diambil kira dalam pengiraan GPA
dan CGPA dan pelajar dikehendaki membayar
denda apabila ingin mendaftar kursus
berkenaan pada sesi berikutnya.

5.7 Pertukaran Program Pengajian

5.7.1 Permohonan pertukaran program perlu
dikemukakan dalam tempoh dua (2) minggu
setelah sesi pengajian bermula tertakluk
kelulusan Pengarah Institusi.

5.7.2 Bagi pertukaran program dalam bidang kluster
yang sama, rekod akademik pelajar

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 11

digunapakai dan pengajian pelajar dikira
berterusan dengan syarat telah mengikuti
pengajian tidak melebihi tiga (3) semester.

5.7.3 Pertukaran program hanya dibenarkan sekali
sahaja sepanjang pengajian.

6.0 KEPERLUAN /SISTEM KREDIT

6.1 Kredit

6.1.1 Kredit bermaksud pemberian dan pengakuan
yang bersesuaian dengan proses
pembelajaran yang telah dilalui oleh pelajar.
Secara umumnya menurut norma yang
digunapakai oleh MQA, seseorang pelajar yang
melalui proses pembelajaran selama 40 jam
dalam satu semester yang bersesuaian dengan
hasil pembelajaran program akan
dianugerahkan satu (1) kredit.
(Rujuk Buku Dasar Pembangunan
Kurikulum Edisi 3)

6.2 Penetapan Kredit

6.2.1 Penetapan kredit bagi sesuatu kursus dikira
berdasarkan jam belajar pelajar (Student
Learning Time, SLT) dibahagikan dengan
Notional Standard.

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 12

Kredit = Jumlah SLT
40

6.2.2 SLT mengambil kira jumlah jam pertemuan
rasmi secara bersemuka (Face to Face-FTF)
dan jumlah jam pembelajaran tidak bersemuka
(None Face to Face-NFTF).

SLT = FTF + NFTF

6.3 Beban Kredit Bagi Satu Semester

6.3.1 Beban kredit pelajar bagi satu semester ialah
seperti di JADUAL 4.

JADUAL 4

SEMESTER PANJANG

STATUS KEDUDUKAN JUMLAH KREDIT
MINIMUM MAKSIMUM
KEDUDUKAN GRED MATA

Kedudukan CGPA ≥ 2.00 12 20
Baik (KB) 8 12

Kedudukan 1.70 ≤ CGPA <

Bersyarat (KS) 2.00

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 13

SEMESTER PENDEK

STATUS KEDUDUKAN JUMLAH KREDIT
MINIMUM MAKSIMUM
KEDUDUKAN GRED MATA

Kedudukan CGPA ≥ 2.00 2 9
Baik (KB) 2 9

Kedudukan 1.70 ≤ CGPA <

Bersyarat (KS) 2.00

6.3.2 Pelajar yang membawa beban kredit yang
melebihi kredit maksimum perlu mendapat
kelulusan Senat BKT.

6.3.3 Beban kredit minimum per semester tidak
terpakai ke atas pelajar yang masih mempunyai
kursus tertunggak sebelum menjalani Latihan
Industri.

6.4 Perpindahan Kredit

6.4.1 Pelajar dibenarkan untuk memohon pindah
kredit secara menegak (vertical).

6.4.2 Pindah kredit secara menegak (vertical) adalah
proses memindahkan kredit kursus yang telah
diambil oleh pelajar dalam sesuatu program ke
program lain, yang membawa kepada
penganugerahan kelayakan yang ditawarkan

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 14

oleh institusi yang sama atau institusi yang
berbeza.

(Rujuk Surat Edaran BKT Bil.1/2017:GARIS
PANDUAN PINDAH KREDIT SECARA
MENEGAK BAGI PROGRAM PENGAJIAN DI
KKTM,MJII DAN IKM).

6.4.3 Proses ini membolehkan kredit bagi kursus
tersebut dikira sebagai sebahagian daripada
keperluan kredit bergraduat program yang
diikuti sekarang. Pada asasnya, kursus yang
boleh dipindahkan kredit adalah kursus yang
setara dan boleh membawa kepada
penganugerahan kelayakan.

6.4.4 Pelajar boleh memohon perpindahan kredit
sesuatu kursus dengan syarat:
6.4.4.1 Kursus tersebut telah diambil dan
lulus di Institut Pengajian Tinggi
(IPT) lain yang dibenarkan dalam
tempoh pengajiannya di institusi; dan

6.4.4.2 Kursus yang dimohon untuk
dipindahkan kredit mestilah daripada
program pengajian yang telah
mendapat Perakuan Akreditasi
daripada MQA.

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 15

6.4.4.3 Pindah kredit hendaklah berasaskan

kepada pemetaan kandungan antara

kursus kepada kursus (course to

course mapping) dan tertakluk

kepada syarat umum pindah kredit

iaitu:

i. Gred minimum kursus yang

boleh dipindah kredit adalah

Gred C.

ii. Kesetaraan antara

kandungan mestilah tidak

kurang daripada 80%.

iii. Pindah kredit daripada kursus

yang digabungkan boleh

dipertimbangkan dengan

maksimum kursus yang

digabungkan adalah dua (2)

kursus sahaja.

iv. Nilai kredit kursus bagi

program terdahulu (termasuk

kursus yang digabungkan)

mestilah sama atau lebih

dengan nilai kredit kursus bagi

program yang diikuti.

6.4.4.4 Permohonan perpindahan kredit

perlu mendapat kelulusan

Jawatankuasa Akademik.

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 16

6.4.4.5 Proses pindah kredit membolehkan
kredit bagi kursus tersebut dikira
dalam keperluan kredit bergraduat
program yang baharu, tetapi gred
kursus berkenaan tidak diambil kira
dalam pengiraan PNG (GPA) dan
PNGK (CGPA).

6.4.4.6 Pelaksanaan pindah kredit adalah
berdasarkan permohonan pelajar
dan kelulusan Jawatankuasa
Akademik di peringkat institusi.
Permohonan ini hanya dibenarkan
sekali sahaja dalam tempoh
pengajian dan tidak dibenarkan
memohon bagi semester
terdahulu/yang telah dilalui.

6.4.4.7 Permohonan hendaklah dilakukan
pada minggu pertama dalam
semester pengajian.

6.4.4.8 Keputusan permohonan pindah
kredit mestilah dimaklumkan kepada
pelajar selewat-lewatnya pada
minggu ketiga dalam semester
pengajian.

6.4.4.9 Sehingga keputusan berkaitan
pindah kredit dikeluarkan, pelajar
perlu mengikuti kursus-kursus yang

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 17

berkaitan seperti yang telah dijadual
untuk mereka.

6.4.4.10 Pindah kredit dibenarkan dengan
maksimum 30% daripada jumlah
kredit program yang diikuti.

6.4.4.11 Keutamaan pindah kredit diberikan
kepada kursus dari semester/tahun
yang rendah terlebih dahulu (jika
jumlah keseluruhan pindah kredit
yang layak bagi pelajar berkenaan
melebihi 30% daripada jumlah kredit
program).

6.4.4.12 Pindah kredit tidak dibenarkan bagi
kursus-kursus berikut:
i. Pengajian Malaysia
ii. Bahasa Inggeris
iii. Pengajian Islam / Pendidikan
Moral
iv. Kokurikulum
v. Keusahawanan
vi. Matematik
vii. Projek Tahun Akhir
viii. Latihan Industri

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 18

7.0 PENANGGUHAN PENGAJIAN

Pelajar boleh memohon untuk menangguhkan pengajian
atas alasan yang munasabah dengan mendapat kelulusan
daripada Pengarah institusi dan dimaklumkan kepada
Pengarah BKT dengan syarat penangguhan tersebut tidak
melebihi dua (2) semester.

7.1 Permohonan penangguhan melebihi dua (2)
semester, tertakluk kepada pertimbangan dan
kelulusan Pengarah BKT.

7.2 Tempoh maksimum penangguhan pengajian yang
dibenarkan hanya empat (4) semester sahaja samada
secara berasingan atau terkumpul.

7.3 Tempoh penangguhan semester akan diambil kira
dalam bilangan tempoh maksimum pengajian.

8.0 KEDUDUKAN GAGAL

8.1 Pelajar yang telah mendapat status Kedudukan Gagal
(KG) tidak dibenarkan untuk menyambung pengajian
atau memohon semula program pengajian yang sama
pada masa akan datang.

8.2 Pelajar berstatus KG yang berhasrat untuk mengikuti
program pengajian lain boleh memohon kemasukan
ke bidang/program pengajian tersebut selepas
tempoh 6 bulan daripada keputusan KG diperolehi.

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 19

9.0 KEHADIRAN

9.1 Pelajar wajib hadir pada setiap pertemuan pengajaran
dan pembelajaran (P&P) yang telah ditetapkan bagi
sesuatu kursus.

9.2 Pensyarah bertanggungjawab mencatat kehadiran
setiap pelajar bagi setiap pertemuan P&P yang
dijalankan.

9.3 Pelajar yang tidak mencapai syarat kehadiran sebagai
mana ditetapkan dalam Jadual 5 akan disekat
daripada menduduki Peperiksaan Akhir atau Tugasan
Akhir (bagi kursus berasaskan 100% kerja kursus)
dan diberi Gred WX.

9.4 Pemberian Gred WD dan WX dalam kes kehadiran
adalah seperti JADUAL 5.

JADUAL 5

PERKARA SYARAT GRED SYARAT
TAMBAHAN
Cuti Dengan WD
Kehadiran < 80% WX Tiada

Kebenaran Tiada

Cuti Tanpa Kehadiran < 90
Kebenaran %

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 20

Cuti Dengan

Kebenaran Cuti Tanpa

+ Kehadiran < 70% WD Kebenaran tidak

Cuti Tanpa melebihi 10%

Kebenaran

9.5 Pelajar yang tidak menghadiri pertemuan P&P yang
ditetapkan melebihi 20% atau dalam tempoh empat
minggu berturut-turut perlu mendapatkan kelulusan
Pengarah Pusat

10.0 PENILAIAN

Semua penilaian setiap kursus dibuat secara berkala dan
berterusan dalam tempoh minggu pembelajaran sesuatu
semester menurut kaedah yang ditetapkan oleh Senat BKT.
Penilaian setiap kursus adalah terdiri daripada kerja kursus
dan peperiksaan akhir.

10.1 Kerja Kursus

10.1.1 Semua kerja kursus wajib diselesaikan
sebelum minggu Peperiksaan Akhir.

10.1.2 Pelajar yang tidak menduduki mana-mana
penilaian berterusan yang ditetapkan walaupun
jumlah keseluruhan markah melebihi gred lulus
minimum kursus berkenaan akan diberi gred
WA. (Rujuk Jadual 8)

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 21

10.1.3 Pelajar yang memperolehi gred WA bagi
sesuatu kursus, wajib mendaftar dan
menduduki semula mana-mana penilaian yang
tidak lengkap bagi kursus berkenaan.

10.1.4 Keputusan penilaian kerja kursus perlu
dimaklumkan kepada pelajar sebelum minggu
peperiksaan akhir bermula.

10.2 Peperiksaan Akhir

Pelajar wajib menduduki Peperiksaan Akhir bagi
semua kursus yang ditetapkan. Peperiksaan Akhir
hendaklah dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan
dan mengikut Buku Panduan Dasar Pentaksiran dan
Penilaian.

10.3 Mengulang Kursus

10.3.1 Pelajar yang gagal dalam sesuatu kursus
hendaklah mengulang kursus tersebut
sehingga lulus dengan syarat menepati had
maksimum tempoh pengajian.

10.3.2 Pelajar yang mengulang kursus perlu mengikuti
kelas dan menduduki semua penilaian yang
disyaratkan bagi kursus tersebut.

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 22

10.3.3 Gred yang diperolehi adalah gred sebenar yang
dicapai oleh pelajar tersebut.

10.3.4 Bagi tujuan pengiraan GPA dan CGPA, mata
nilai terakhir kursus yang diulang akan
diambilkira dan mata nilai asal dimansuhkan.

10.4 Peperiksaan Khas

10.4.1 Peperiksaan khas ditakrifkan sebagai
peperiksaan yang diduduki oleh pelajar tertentu
atas kes-kes seperti berikut :-

a. Pelajar yang tidak dapat menduduki
peperiksaan akhir semester kerana
disahkan sakit / tidak upaya oleh pegawai
perubatan dari hospital kerajaan/pusat
perubatan yang diiktiraf.

b. Bagi pelajar dalam kategori ini, gred yang
diperolehi adalah gred sebenar yang
dicapai oleh pelajar tersebut dengan
mengambil kira penilaian berterusan.

ATAU

c. Pelajar yang tidak memenuhi syarat untuk
menjalani Latihan Industri tertakluk kepada
gagal satu (1) kursus sahaja (kecuali gred
WX). Pihak institusi dibenarkan

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 23

mengadakan Peperiksaan Khas dengan
syarat kursus berkenaan telah diduduki oleh
pelajar tersebut di semester terakhir
sebelum Latihan Industri dijalankan.

Bagi pelajar dalam kategori ini, gred
maksimum yang boleh dicapai adalah gred
lulus minimum mengikut kursus tersebut
dan disahkan oleh Senat BKT.

ATAU

Peperiksaan khas bagi tujuan lain dalam
keadaan luar biasa seperti bencana alam,
wabak penyakit atau kes-kes darurat hanya
akan diberi kepada pelajar tertakluk kepada
kelulusan Senat BKT dengan
mengemukakan dokumen pengesahan
pihak berkuasa tempatan.

Bagi pelajar dalam kategori ini, gred yang
diperolehi adalah gred sebenar yang
dicapai oleh pelajar tersebut dengan
mengambil kira penilaian berterusan

ATAU

i. Peperiksaan khas untuk tujuan
memperbaiki CGPA bagi pelajar yang
mendapat Keputusan Bersyarat (KS) di

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 24

semester akhir. Bagi pelajar dalam kategori
ini hanya dibenarkan mengambil
maksimum 12 kredit sahaja dari mana-
mana kursus semester akhir yang
mendapat gred C+, C atau C- sahaja
dengan mendapat kelulusan Senat BKT

Bagi pelajar dalam kategori ini, gred yang
diperolehi adalah gred sebenar yang
dicapai oleh pelajar tersebut tanpa
mengambil kira penilaian berterusan.

ii. Peperiksaan khas perlu dilaksanakan
dalam tempoh dua (2) minggu selepas
Senat BKT bersidang.

iii. Pihak institusi perlu mendapatkan
kelulusan Jawatankuasa Senat BKT
sebelum peperiksaan khas dikendalikan.

10.5 Kebenaran Menduduki Peperiksaan

i. Pelajar perlu menerima Slip Kelayakan
Menduduki Peperiksaan daripada UPP
sebelum peperiksaan akhir semester bermula.

ii. Pelajar diwajibkan membawa Slip Kelayakan
Menduduki Peperiksaan dan dokumen
pengenalan diri pada setiap sesi peperiksaan

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 25

dijalankan. Kegagalan membawa dokumen
tersebut ke dalam dewan atau bilik peperiksaan
boleh mengakibatkan pelajar tidak dibenarkan
menduduki peperiksaan.

10.6 Keputusan Peperiksaan

i. Keputusan akan dikeluarkan dalam bentuk
Penyata Pencapaian (Achievement Slip) bagi
setiap semester yang mencatatkan rekod
pencapaian akademik.

ii. Penyata Pencapaian (Achievement Slip)
pelajar akan diedarkan pada minggu pertama
sesi pengajian berikutnya kecuali pelajar yang
mendapat KEDUDUKAN GAGAL (KG)

iii. Pelajar yang mendapat keputusan
KEDUDUKAN GAGAL (KG), perlu
dimaklumkan keputusannya sebelum sesi
pengajian berikutnya bermula setelah
mendapat pengesahan Senat BKT.

iv. Transkrip hanya akan dikeluarkan kepada
pelajar yang bergraduat sahaja.

v. Tarikh graduasi pelajar pada skrol adalah
mengikut tarikh hari pertama Senat BKT
bersidang.

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 26

10.7 Penyemakan Semula Keputusan

10.7.1 Pelajar boleh membuat permohonan
penyemakan semula keputusan peperiksaan
akhir bagi kertas teori/amali dengan kadar
bayaran seperti yang telah ditetapkan.
(Rujuk Jadual 12: Senarai Kadar Bayaran).

10.7.2 Permohonan penyemakan markah hanya boleh
dibuat dalam tempoh dua (2) minggu sesi
pembelajaran bermula.

10.7.3 Keputusan penyemakan semula yang disahkan
oleh Senat BKT adalah muktamad.

10.8 Salah Laku Peperiksaan

10.8.1 Pelajar tidak boleh melakukan mana-mana
salah laku peperiksaan seperti berikut ;

10.8.1.1 Memberi, memiliki atau menerima
sebarang maklumat dalam bentuk
elektronik, bahan bertulis, bercetak,
alat atau objek yang dilarang
daripada mana-mana pihak semasa
peperiksaan dijalankan tanpa
kebenaran Ketua Pengawas.

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 27

10.8.1.2 Menggunakan maklumat yang
diperolehi seperti di atas bagi tujuan
menjawab soalan peperiksaan.

10.8.1.3 Menipu atau cuba untuk menipu atau
berkelakuan mengikut cara yang
boleh ditafsirkan sebagai menipu
semasa peperiksaan akhir sedang
berjalan.

10.9 Hukuman

10.9.1 Kes – kes salah laku peperiksaan perlu
dikemukakan dengan bukti - bukti yang sahih
serta diperakukan oleh Ketua Pengawas
Peperiksaan.

10.9.2 Gred CX akan diberikan kepada pelajar yang
melakukan salah laku peperiksaan untuk kes
kali pertama dengan pengesahan
Jawatankuasa Akademik dan dikehendaki
mengulang kursus tersebut dengan kadar
bayaran seperti yang telah ditetapkan.
(Rujuk Jadual 12: Senarai Kadar Bayaran)

10.9.3 Pelajar yang melakukan kesalahan kali kedua
boleh ditamatkan pengajian dengan kelulusan
senat BKT.

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 28

10.10 Penyelewengan Akademik

10.10.1 Pelajar yang melakukan penyelewengan
akademik seperti berikut boleh diberikan
markah sifar (0) terhadap tugasan tersebut
setelah disahkan oleh Jawatankuasa
Akademik ;
i. plagiat tanpa menyatakan sumber asal
ii. menciplak tugasan atau hasil kerja
kursus pelajar lain

iii. apa-apa bentuk perlakuan atau cubaan
penipuan akademik selain daripada yang
dinyatakan di atas.

11.0 SISTEM PENILAIAN

Sistem penilaian terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu
berdasarkan gred dan Lulus atau Gagal.
Walaubagaimanapun lulus atau gagal hanya digunapakai
pada penilaian Latihan Industri sahaja.

11.1 Sistem Gred

11.1.1 Pemberian Gred dan Mata (point) adalah
berdasarkan kepada JADUAL 6.

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 29

JADUAL 6

STATUS

JULAT GRED NILAI MARKAH MARKAH
MARKAH GRED
KURSUS LULUS KURSUS LULUS
4.0
60% 50%

90-100 A+

85-89 A 4.0 CEMERLANG CEMERLANG

80-84 A- 3.7

75-79 B+ 3.3

70-74 B 3.0 KEPUJIAN

65-69 B- 2.7 KEPUJIAN

60-64 C+ 2.3 LULUS

55-59 C 2.0

50-54 C- 1.7 LULUS
GAGAL
45-49 D+ 1.3 GAGAL

40-44 D 1.0

0-39 F 0

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 30

11.1.2 Markah dan gred lulus sesuatu kursus adalah
merujuk pada JADUAL 7.

JADUAL 7

BIL KATEGORI MARKAH LULUS MARKAH LULUS
KURSUS PROGRAM SIJIL PROGRAM
DIPLOMA

1 Amali 60% (C+) 50% (C-)

2 Teori 50% (C-) 50% (C-)

11.1.3 Selain daripada gred di para 11.1.2, pelajar juga
boleh diberi gred seperti JADUAL 8 bagi kes-
kes berikut:-

JADUAL 8

GRED KES

Menarik diri dengan kebenaran. Gred yang diberikan kepada kursus, jika pelajar
WD menarik diri dengan kebenaran atau pelajar gagal hadir peperiksaan dengan

alasan yang munasabah dan diterima oleh Jawatankuasa Akademik.

(Tidak dimasukkan ke dalam pengiraan GPA dan CGPA).

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 31

Menarik diri tanpa kebenaran. Gred yang diberikan kepada kursus, jika pelajar
menarik diri tanpa kebenaran, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan atau
dibatalkan. Catatan pada sistem aplikasi berkomputer (SPPP) adalah seperti
berikut :

“AX” - Status yang dicatatkan didalam sistem terhadap pelajar yang tidak
hadir / tidak menduduki Peperiksaan Akhir tanpa alasan yang
munasabah.

“BA” - Status diberi kepada pelajar yang tidak cukup kehadiran bagi kursus
WX

yang tiada peperiksaan akhir.

“BX” - Status yang diberikan kepada pelajar sekiranya disekat dari
menduduki Peperiksaan Akhir akibat kekurangan kehadiran.

(Barred exam)

“CX” - Status yang diberikan kepada pelajar yang didapati melakukan salah
laku peperiksaan.

“DX” - Status yang diberikan kepada pelajar yang gagal ujian kritikal.

(Dimasukkan ke dalam pengiraan GPA dan CGPA).

Tidak menduduki mana-mana penilaian berterusan yang ditetapkan dengan
syarat jika jumlah keseluruhan markah melebihi gred lulus minimum kursus
WA berkenaan.

(Tidak dimasukkan ke dalam pengiraan GPA dan CGPA).

11.2 Kedudukan Akademik

Pelajar akan diberi taraf kedudukan akademik di atas
keputusan penilaiannya mengikut kategori seperti
JADUAL 9.

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 32

JADUAL 9

KEDUDUKAN CGPA
AKADEMIK
CGPA  2.00
Kedudukan Baik
(KB) 1.70  CGPA < 2.00

Kedudukan Bersyarat CGPA < 1.70
(KS) ATAU

Kedudukan Gagal GPA < 1.0
(KG) (Tidak termasuk semester akhir)

ATAU
Kedudukan Bersyarat (KS) 2 kali berturut-

turut bagi Program sijil
ATAU

Kedudukan Bersyarat (KS) 3 kali berturut-
turut bagi Program diploma

11.3 Status Kedudukan

11.3.1 Pelajar yang mendapat Kedudukan Baik (KB),
layak untuk meneruskan pengajian ke
semester berikutnya.

11.3.2 Pelajar yang mendapat Kedudukan Baik (KB)
tetapi gagal mana-mana kursus layak
meneruskan pengajian ke semester berikutnya

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 33

dengan syarat wajib mengulangi kursus
berkenaan sehingga lulus untuk
melayakkannya dianugerahkan sijil/diploma
tertakluk kepada tempoh maksimum pengajian.

11.3.3 Pelajar yang mendapat keputusan Kedudukan
Bersyarat (KS), layak untuk meneruskan
pengajian ke semester berikutnya. Walau
bagaimanapun, pelajar hanya dibenarkan
mengambil kursus dengan maksimum 12 kredit
sahaja.

11.3.4 Pelajar yang mendapat keputusan Kedudukan
Bersyarat (KS) dua (2) kali berturut-turut bagi
Program Sijil ATAU Kedudukan Bersyarat (KS)
tiga (3) kali berturut-turut bagi Program Diploma
ATAU Kedudukan Gagal (KG) akan ditamatkan
pengajian.

11.3.5 Keputusan kedudukan akademik dan status
penganugerahan bagi pelajar semester akhir
adalah seperti di JADUAL 10.

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 34

JADUAL 10

KEDUDUKAN KETERANGAN STATUS STATUS
AKADEMIK GRADUAT PENGANUGERAHAN

Kedudukan CGPA ≥ 2.00 Tamat Pengajian Layak
Baik Bergaduat DAN dan Bergraduat Tidak Layak

(KBG) Memenuhi syarat
penganugerahan.

Kedudukan CGPA ≥ 2.00 Tidak Graduat
Baik Tidak Gagal mana-mana kursus. (Mengulang
Bergraduat kursus gagal)

(KBTG)

Kedudukan 1.70 ≤ CGPA < 2.00 Tidak Graduat Tidak Layak
Bersyarat (Memperbaiki

(KS) gred)

Kedudukan CGPA < 1.70 Tidak Graduat Tidak Layak
Gagal ATAU (Ditamatkan
pengajian)
(KG) Kedudukan Bersyarat (KS)
dua (2) kali berturut-turut

bagi program sijil
ATAU

Kedudukan Bersyarat (KS)
tiga (3) kali berturut-turut

bagi program diploma

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 35

12.0 SYARAT PENGANUGERAHAN
Syarat-syarat penganugerahan adalah seperti berikut :-
a) Memperolehi CGPA 2.00 atau lebih pada semester
akhir pengajian.
DAN
b) LULUS dalam semua kursus yang diwajibkan bagi
sesuatu program.
DAN
c) KEPUJIAN Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V)
atau LULUS Bahasa Kebangsaan A bagi program
yang melibatkan akreditasi MQA.
DAN
d) MENDUDUKI Japanese Language Proficiency Test
(JLPT-N5) bagi pelajar peringkat diploma MJII.

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 36

13.0 KECEMERLANGAN AKADEMIK
Pelajar yang menunjukkan kecemerlangan akademik
(kecuali pelajar di semester pendek) akan diberi
penganugerahan seperti berikut:

13.1 Anugerah Platinum (Platinum Award)

13.1.1 Anugerah yang diberikan kepada pelajar yang
berjaya bergraduat dengan mendapat GPA
3.50 atau lebih pada setiap semester
pengajian.

13.1.2 Catatan Anugerah Platinum akan dipamerkan
pada skrol dan transkrip.

13.2 Anugerah Emas (Gold Award)

13.2.1 Anugerah yang diberikan kepada pelajar yang
berjaya bergraduat dengan mendapat CGPA
3.50 atau lebih tetapi tidak mendapat GPA 3.50
bagi setiap semester pengajian.

13.2.2 Catatan Anugerah Emas akan dipamerkan
pada skrol dan transkrip.

13.3 Anugerah Dekan (Dean’s Award)

13.3.1 Anugerah yang diberikan pada setiap semester
kepada pelajar yang berjaya memperolehi

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 37

GPA 3.50 atau lebih pada mana-mana
semester pengajian berkenaan dengan syarat
mengambil minimum 12 kredit pada semester
berkenaan.

13.3.2 Catatan Anugerah Dekan akan dipamerkan
pada penyata pencapaian.

14.0 PENGELUARAN SKROL

14.1 Penyata pencapaian dan transkrip akan dikeluarkan
oleh UPP KKTM//MJII/IKM

14.2 Skrol sijil dan diploma akan dikeluarkan oleh BKT dan
diserahkan kepada UPP institusi untuk edaran kepada
pelajar.

14.3 Skrol sijil dan diploma yang tidak dituntut oleh pelajar
selepas lima (5) tahun, perlu di serahkan kepada SPP
BKT.

15.0 GANTIAN DOKUMEN PERSIJILAN

15.1 Permohonan skrol gantian boleh dibuat oleh pelajar
kepada BKT.

15.2 Permohonan transkrip dan penyata pencapaian
gantian boleh dibuat oleh pelajar kepada Pengarah
Institusi di mana pelajar berkenaan mengikuti
pengajian.

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 38

15.3 Permohonan bagi para 15.1 dan 15.2 hendaklah
disertakan bersama dokumen-dokumen sokongan
seperti:

i. Skrol atau penyata pencapaian yang rosak
ATAU

ii. Laporan polis (kes hilang sahaja- terpakai bagi kes
kehilangan Skrol atau Penyata Pencapaian

iii. Resit bayaran berdasarkan kadar bayaran seperti
Jadual 12.

15.4 Pelajar boleh mendapatkan dokumen persijilan seperti
di JADUAL 11.

JADUAL 11

DOKUMEN JABATAN
SPP BKT
Salinan Skrol SPP BKT
UPP Institusi
Salinan Skrol Seterusnya UPP Institusi
UPP Institusi
Transkrip UPP Institusi

Penyata Pencapaian

Transkrip Seterusnya
Penyata Pencapaian

Seterusnya

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 39

16.0 PERUNTUKAN AM
Setiap pindaan terhadap mana-mana klausa di dalam Buku
Peraturan Akademik ini tidak boleh dibatalkan atau dipinda
melainkan diluluskan oleh Jawatankuasa Senat BKT. Semua
kaedah perlaksanaan yang dibuat WAJIB dipatuhi oleh semua
pihak yang terlibat.

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 40

Lampiran 1

JADUAL 12: SENARAI KADAR BAYARAN

STATUS KADAR BAYARAN

Pendaftaran Lewat Kursus RM 50/ kursus
Hari Pertama – RM 50
Pendaftaran Lewat Hari seterusnya – Tambahan RM10/hari
bekerja
Pertukaran Latihan Industri (tanpa
kebenaran) RM 200
Mengulang Latihan Industri
(Tindakan tatatertib) RM 300
Mengulang kursus dan WA
RM 50 per kursus
Mengulang kursus WX RM 100 per kursus
Mengulang kursus gagal disebabkan
kes salah laku peperiksaan (CX). RM 200 per kursus

Mengulang Kokurikulum RM 100
Penyemakan Semula Keputusan RM 50 per kursus
Peperiksaan khas untuk mengulang RM 100 per kursus
kursus gagal,dan memperbaiki gred
Skrol Gantian Tersalah Cetak RM 100
RM100
Skrol Gantian Seterusnya RM 50
Transkrip RM 30
Penyata Pencapaian RM 80
RM 50
Transkrip Seterusnya
Penyata Pencapaian Seterusnya

Nota: Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 41

Lampiran 2
SPA 1

BORANG PENDAFTARAN KURSUS
PROGRAM : _____________________________________________________________

NAMA : ___________________________________________________________

NO.MATRIK: _____________ SESI : ______________ SEMESTER : _______________

No Kod Kursus Kredit Tandatangan
Pengajar
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
JUMLAH KREDIT

Kursus Mengulang : Kursus Kredit Tandatangan
No Kod Pengajar

1
2
3
4
5
JUMLAH KREDIT

__________________ ________________________
Tandatangan pelajar Tandatangan Ketua Program
Tarikh : Tarikh :

PENGESAHAN OLEH UPP
Saya mengesahkan kursus di atas telah dikemas kini di dalam sistem dan jumlah beban

kredit bagi pelajar di atas ialah ___________ kredit.

____________________________ 42
Nama :
Tarikh :

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 |

Lampiran 3
SPA 2

BORANG PENGGUGURAN KURSUS

PROGRAM : _____________________________________________________________

NAMA : ___________________________________________________________

NO.MATRIK: _____________ SESI : ______________ SEMESTER : _______________

No Kod Kursus Kredit Tandatangan
Pengajar
1
2
3
4
5
6
7
8
JUMLAH KREDIT

Alamat surat Menyurat :____________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

No. Telefon : ____________________

Disokong oleh:

____________________ ____________________
Tandatangan pelajar Penasihat Akademik

Tarikh : Tarikh:

PENGESAHAN JAWATANKUASA AKADEMIK

Permohonan di atas DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN
Sebab tidak diluluskan : ________________________________________________

________________________________
Tandatangan Pengerusi
Jawatankuasa Akademik

Tarikh :

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 43

Lampiran 4
SPA 3

BORANG MENGULANG KURSUS

BAHAGIAN A : MAKLUMAT PELAJAR

NAMA : _______________________________________________________

NO. K/P : _____________________ NO. MATRIK : ___________________

KOD/KURSUS : _______________________________________________________

SEMESTER : _____________________ SESI : ________________________

BIL KOD KURSUS KREDIT GRED NOTA TANDATANGAN BAYARAN
PENGAJAR (RM)

JUMLAH JUMLAH BAYARAN

Nota : Kadar Bayaran

WX : Menarik Diri Tanpa Kebenaran (RM100/kursus)

AX : Tidak hadir Peperiksaan Akhir (RM100/kursus)

BX : Disekat menduduki Peperiksaan Akhir (kurang kehadiran)

(RM100/kursus)

CX : Meniru (RM200/kursus)

WA : Tidak hantar Tugasan (RM50/kursus)

Mengulang Kokurikulum (RM100)

Mengulang Latihan Industri (RM300)

Mengulang Kursus (RM50/kursus)

Saya ingin mengulang kursus-kursus yang tersebut di atas dan bersama-sama ini
disertakan bayaran secara * tunai / kiriman wang / wang pos sebanyak
RM_________________________________________________

_____________________ ______________ _______________________
(Tandatangan Pelajar) Tarikh Tandatangan dan Cop

Ketua Program/Ketua Jabatan

* Potong yang tidak berkenaan

Potong Di Sini

BAHAGIAN B : UNTUK DIISI OLEH PEMBANTU TADBIR KEWANGAN.

Disahkan bahawa saya telah menerima bayaran sebanyak RM__________ untuk tujuan
penilaian semula.
NO. RESIT : ________________________ PEMBAYAR : ______________________
NO. K/P : ________________________ PROGRAM : _____________________

_______________________________ __________________
Tandatangan & Cop Penerima Tarikh

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 44

Lampiran 5
SPA 4

BORANG SEMAKAN SEMULA

BAHAGIAN A : MAKLUMAT PELAJAR

NAMA : ______________________________________________________

NO. K/P : _______________________ NO. PELAJAR : ________________

PROGRAM : ______________________________________________________

SEMESTER : _______________________ SESI : ________________________

BIL KOD KURSUS KREDIT GRED NOTA SESI BAYARAN
(RM)

JUMLAH JUMLAH BAYARAN

PENGESAHAN OLEH KETUA JABATAN/KETUA PROGRAM

Rayuan Penyemakan Semula Kertas Jawapan Peperiksaan Akhir adalah *DILULUSKAN
/ TIDAK DILULUSKAN.

Tandatangan Ketua Jabatan/ Ketua Program : ____________ Tarikh: ______________

Cop Jawatan :

Saya ingin membuat rayuan penyemakan semula kertas jawapan peperiksaan akhir bagi
*kursus tersebut di atas dan bersama-sama ini disertakan bayaran secara * tunai / kiriman
wang / wang pos sebanyak RM _____________________________

_________________________ _______________

(Tandatangan Pelajar) Tarikh

* Potong yang tidak berkenaan.

Potong Di Sini

BAHAGIAN B : UNTUK DIISI OLEH PEMBANTU TADBIR KEWANGAN.

Disahkan bahawa saya telah menerima bayaran sebanyak RM__________________
untuk tujuan Rayuan Penyemakan Semula Kertas Jawapan Peperiksaan Akhir.

NO. RESIT : ____________________ PEMBAYAR : _____________________
NO. K/P : _____________________ PROGRAM : ______________________

_______________ _______________________
Tandatangan & Cop Penerima Tarikh

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 45

Lampiran 6
SPA 5

CONTOH SURAT PENGESAHAN TAMAT BELAJAR

Ruj. Kami :
Tarikh :

Nama :
No. Kad Pengenalan :

SURAT PENGESAHAN TAMAT BELAJAR

Mesyuarat Senat yang bersidang pada _________________
mengesahkan bahawa saudara/saudari telah LULUS dengan
jayanya dalam program _____________. Maka dengan ini
saudara/saudari layak dianugerahkan__________________ .
Maklumat majlis konvokesyen akan dimaklumkan kemudian.

Pihak Kolej Kemahiran Tinggi MARA/MARA-Japan Industrial
Institute/ Institut Kemahiran MARA mengucapkan tahniah dan
'Selamat Maju Jaya'.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“LUAR BANDAR SEJAHTERA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………..
(Pengarah Institusi)

MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 46


Click to View FlipBook Version