The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ladap.dls, 2022-05-31 09:51:42

Melindungi Masa Instruksional - Amalan Terbaik Pengurusan

Melindungi Masa Instruksional 2 (Pengurusan Final)

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

j) Kejayaan PPB bergantung besar kepada faktor berikut:
Pemberian markah (bonus dan demerit) yang sistematik dengan
wajaran yang telah ditetapkan.
i. Setiap penglibatan dan perubahan positif murid mesti disokong
oleh pengiktirafan markah dan penghargaan berterusan.
ii. Semua warga sekolah (guru dan murid) bertanggungjawab atas
pemberian markah yang berterusan dan terkini untuk mendapat
Lencana Bintang Permata Bonus yang betul.
iii. Proses semakan dan penambahbaikan PPB dipantau rapi,
contohnya, kemasukan penambahan markah baharu ke dalam
PPB boleh dibuat dan hendaklah dikemas kini oleh guru
penyelaras untuk menyokong kejayaan program baharu yang
berkenaan. Maklumat tambahan ini haruslah diuar-uarkan
seluasnya melalui papan notis induk PPB, buletin, dan ketika
perhimpunan mingguan.
iv. Yang terpenting ialah sifat kepekaan, kepedulian, dan
keprihatinan guru dalam menghargai setiap perubahan positif
murid. Faktor pengukuhan daripada guru ini akan
menggalakkan perubahan positif murid dan akan menjadi
amalan dalam kehidupan mereka sehari-hari.

2. Program Training of the Trainers (TOT)

Keperluan latihan dalaman berasaskan sekolah diperoleh melalui analisis
keperluan yang dimaklumkan oleh guru semasa temu duga environmental
scanning dan juga dapatan daripada kutipan data/maklumat dalam borang
Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) guru dan staf pada akhir tahun.
Sebagai strategi jangka panjang yang efektif, budaya CPD dilaksanakan.
Untuk mengelakkan gangguan MMI, guru sesi pagi mengadakan LDP
pada waktu petang dan sebaliknya untuk guru sesi petang. Pendekatan

M u k a S u r a t | 243

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

TOT dikenal pasti sebagai metodologi terbaik atas perkongsian kepakaran
antara guru senior yang boleh membimbing dan memimpin guru junior.

Hasil dapatan daripada proses pemantauan dan pencerapan guru oleh
Pengetua, Penolong Kanan, dan Guru Kanan, kekuatan guru untuk
dilantik sebagai ketua ataupun coach mengikut kategori berikut telah
dikenal pasti:

a) Kepakaran guru mengikuti pedagogi tertentu, contoh, pendekatan
pembelajaran secara
 konstruktivisme,
 kontekstual,
 berpusatkan murid,
 aplikasi teori kecerdasan pelbagai,
 masteri,
 ICT, dan lain-lain

b) Berkemahiran dalam teknik menyoal yang menarik dan dalam
pelbagai aras daripada soalan mudah ke kompleks untuk membuka
minda murid semasa PdP. Kemahiran ini menduduki tempat teratas
dalam keperluan latihan guru.

c) Kepakaran guru dalam mengawal kelas yang muridnya dianggap
nakal dan rendah motivasi untuk belajar.

d) Kemahiran guru menggunakan ICT.

e) Kemahiran guru dalam menyediakan Bahan Bantu Mengajar
(BBM).

M u k a S u r a t | 244

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

f) Kelebihan guru dalam merangsang murid kelas pintar untuk menjadi
lebih cemerlang.

g) Kelebihan guru dalam menyediakan rancangan harian pengajaran.

Sebagai jurulatih, tempoh pengalaman mengajarkan sesuatu mata
pelajaran serta amalan terbaik juga diambil kira. Guru-guru dipilih
menjadi ahli beberapa kumpulan yang diketuai oleh seorang pakar atau
coach. Setiap kumpulan akan menyediakan PdP yang lengkap daripada
fasa persediaan rancangan mengajar sehingga ke proses PdP dengan
menggunakan pendekatan terbaik untuk topik tertentu bersesuaian dengan
aras kecerdasan kelas yang disasarkan. Dalam sesi TOT ini setiap
kumpulan akan membuat mirco teaching mengikut jadual LDP sepanjang
tahun dan guru-guru lain bertindak sebagai pemerhati, penilai, dan
perekod seperti yang telah ditetapkan dalam senarai tugas LDP. Pada
akhir sesi micro teaching tersebut rakan sejawat akan memberikan
maklum balas tentang:

a) Apa yang dipelajari mereka daripada sesi tersebut.
b) Komen tentang kekuatan dan kelemahan pendekatan yang

digunakan dan kesan proses penyampaian kumpulan berkenaan.
c) Syor penambahbaikan, teknik penyampaian dan pedagogi yang

digunakan oleh kumpulan tersebut.

Melalui cara ini, tindakan segera boleh diambil untuk
mempertingkatkan sebarang kelemahan yang wujud dalam PdP masing-
masing. Situasi ini juga memberikan satu platform profesional yang
mantap untuk guru-guru berkongsi permasalahan pembelajaran murid dari
kelas tertentu dan mencari jalan penyelesaian melalui perkongsian
amalanterbaik. Peranan penting Pengetua di sini ialah memberikan ruang

M u k a S u r a t | 245

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

dan peluang sepenuhnya kepada guru untuk mencuba pelbagai
kaedah/pendekatan (experimenting) demi mencari hasil yang terbaik.
Oleh itu, Pengetua perlu meluangkan masa untuk membina hubungan
yang akrab sesama guru untuk membina satu pasukan yang padu lagi
mantap sebagai satu landasan profesional yang efisien.

Selain berkemahiran dalam penyampaian, guru-guru juga diberi
kemahiran tentang proses headcount untuk mempertingkatkan keupayaan
murid dalam pembelajaran masing-masing dan akhirnya boleh membantu
mutu pencapaian akademik murid berkenaan. Pendekatan headcount
menjurus kepada setiap pencapaian murid dititikberatkan (every child
matters).

Training Of The Trainers

INOVASI SEKOLAH

IMPAK LATIHAN DALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
Sepanjang tempoh lima tahun itu, pencapaian PMR dan SPM murid SMK
Riam, Miri, secara konsisten telah meningkat. Kemuncak prestasi akademik

M u k a S u r a t | 246

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

ialah pencapaian SPM 2005 yang telah menghasilkan 13 mata pelajaran
(termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) mencatat kelulusan 100%
walaupun TOV sebanyak 10% murid di peringkat kelas peralihan dan
Tingkatan 1 ialah murid yang buta huruf dan memiliki keputusan UPSR semua
mata pelajaran gred E. Namun hasil daripada teknik pengajaran guru yang
sesuai lagi menarik telah dapat mendorong murid belajar apabila guru mengajar
dalam keadaan MMI terpelihara.

Pencapaian Akademik SMK Riam, Miri
(1999 – 2005)

Tahun PMR SPM
1999 (TOV) 55.5% 66.8%
62.5% 72.7%
2000 70.4% 65.8%
2001 77.3% 78.5%
2002 77.3% 81.9%
2003 84.2% 83.8%
2004 89.2% 100%
2005

Setelah program ini dilaksanakan beberapa tahun, satu jati diri yang unik
bersulamkan semangat juang battle cry‘Fly Riam, Miri’ (slogan sekolah),
tercipta dalam kalangan murid dan guru. Semangat jati diri ini telah berjaya
meraih beberapa anugerah berprestij dalam peningkatan akademik dan
kokurikulum/sukan di peringkat negeri, kebangsaan, dan antarabangsa. SMK
Riam, Miri telah dinobatkan sebagai Johan Sekolah Harapan Negara Peringkat
Kebangsaan 2004 dan Johan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Kebangsaan
2002 dan tempat ketiga Anugerah Sekolah Selamat (3K) Peringkat Kebangsaan
2003.

M u k a S u r a t | 247

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

KESIMPULAN

Program Permata Bonus boleh berdiri sendiri dalam menangani berbagai-bagai
isu permasalahan murid. Walau bagaimanapun,untuk mendapat impak yang
optimum dalam MMI, program ini perlu digabungkan dengan program
peningkatan kemahiran guru melalui program, Training of the Trainers yang
berterusan dan sentiasa ditambah baik sifatnya (kaizen’s ontinuous
improvement concept).

SYOR

Kedua-dua program yang membangunkan keupayaan dan kesediaan murid
serta guru untuk belajar, diajar, dan mengajar mesti dilaksanakan selari dan
mempunyai sifat penambahbaikan yang berterusan.

1. Sekolah Happening and Desirable diwujudkan dengan perkara-perkara
berikut:

a) Meriahkan suasana sekolah dengan aktiviti sukan, riadah, dan seni
yang pelbagai untuk memenuhi minat, cita rasa, dan bakat murid
setempat.

b) Aspek penghargaan dan pengiktirafan ditonjolkan dan mengamalkan
budaya Sekolah Penyayang. Manakala kes salah laku dan disiplin
dikendalikan dengan berhemah.

c) Kewujudan rasa kepunyaan murid diutamakan apabila suara murid
(Students’ Voice matters) diambil kira dalam pelaksanaan program,
contohnya, wakil murid dalam JK Induk 3K, JK Pembelia, dan

M u k a S u r a t | 248

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Pemilihan Buku Perpustakaan, JK Dokumentasi, dan Papan Notis
Induk Program Permata Bonus.

d) Murid dibenarkan menggunakan kemudahan sekolah selepas waktu
sekolah untuk tujuan yang baik dan diselia oleh guru bertugas (open
door policy).

2. Suara dan cadangan guru juga perlu diberi perhatian. Mereka seharusnya
diberi autonomi untuk mencuba pendekatan baharu dalam PdP. Sebagai
satu pengiktirafan atas usaha gigih guru dalam mengatasi permasalahan
PdP, maka mereka hendaklah diberi peluang untuk berkongsi hasil
daripada amalan terbaik bersama guru lain sehingga ke peringkat
antarabangsa.

3. Pengetua dan guru diberi kursus/latihan untuk mendapat kemahiran
kepimpinan instruksional yang tinggi melalui CPD. Sebagai tambahan
kita juga perlu diberi pendedahan kepada soft skills untuk menangani
karenah murid generasi kini.

4. Pemimpin diberi peluang untuk berkongsi amalan terbaik di peringkat
antarabangsa sambil membuat lawatan benchmarking ke sekolah contoh.

5. Hari profesional untuk tujuan latihan dalam perkhidmatan diberi kepada
warga sekolah setiap semester tanpa gangguan kerja routine PdP, contoh,
2 hari setahun itu diambil daripada cuti peristiwa sekolah untuk
kepentingan MMI dan juga guru boleh memberikan tumpuan secara total
semasa menghadiri latihan profesionalisme mereka.

M u k a S u r a t | 249

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Rujukan
Fullan, M. (2011). The Change Leader: Learning to Do What Matters Most.

San Franciso: Jossey-Bass
Kementerian Pendidikan Malaysia, Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil.

10/2001: Semua Guru Adalah Guru Disiplin
Kohn, Alfie. The Schools Our Children Deserve. Houghton Mifflin Company,

diterjemahkan oleh Rosnani Kamaruddin (2004). Institut Terjemahan
Negara Malaysia Berhad.
Sharma, Robin. (2009). Leadership Wisdom, The 8 Rituals Of Visionary
Leaders: JaicoPublishing House
Sufa’at Tumin (2012). Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional.
Persembahan powerpoint semasa Taklimat MMI Zon Sabah, Sarawak dan
WP Labuan pada 13-15 September 2012

M u k a S u r a t | 250

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Lampiran 1
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Sijil Pencapaian SMK Riam Miri

Sekolah
Harapan
Negara
Peringkat
Kebangsaan

2004

TEMPAT KE-3
PERTANDINGAN

POLISI
SEKOLAH
SELAMAT
PERINGKAT
KEBANGSAAN

2004

M u k a S u r a t | 251

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

JOHAN
Pertandingan
Pusat Sumber

Sekolah
Cemerlang
Peringkat
Kebangsaan

2002

M u k a S u r a t | 252

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Pusat Cemerlang
Angkat Berat
bersama

Majlis Sukan Sarawak 2003

Pusat Pembangunan Lawan Pedang (2003)

bersama

Majlis Sukan Sarawak

M u k a S u r a t | 253

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Pusat PembangunanMemanah

(bersama Majlis Sukan Sarawak)

Tahun 2001

KECEMERLANGAN
KOKURIKULUM
PERINGKAT
NEGERI
SARAWAK
TAHUN 2004

M u k a S u r a t | 254

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Graf Menunjukkan Jumlah Bilangan Bahan Bacaan Murid Secara Kumulatif
Sehingga Tahun 2004

250000 233,220

Bilangan Bahan Bacaan 200000

150000 142,751
100000 89,286

50000 3,853 17,336 45,114
0
1999 2000 2001
2002 2003 2004

Tahun

Graf Menunjukkan Bilangan Murid Yang Memperoleh Anugerah
Nilam (1999-2004)

800 (Jum : 942 ) 747

Bilangan Bahan Bacaan 700 (Jum : 949 )
505
600
(Jum : 334 )
500
255
400
(Jum : 146 ) 240
300 54 50
(Jum : 22 ) 111 53 130 38
200 16 6 25 4 6 14 12 27 2004Tahun

100 (Jum : 0) 2000 2001 2002 2003
0
1999 Perak Emas Nilam
Gangsa

72-143 144-215 216-287 288 dan ke atas

M u k a S u r a t | 255

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

M u k a S u r a t | 256

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

17 GLOSARI

M u k a S u r a t | 257

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

GLOSARI

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

PPD - Pejabat Pendidikan Daerah

JPA - Jabatan Perkhidmatan Awam

BPG - Bahagian Pendidikan Guru

IAB - Institut Aminuddin Baki

JNJK - Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

BKK - Bahagian Kokurikulum dan Kesenian

BPSH - Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

LP - Lembaga Peperiksaan

PdP - Pengajaran dan Pembelajaran

MMI - Melindungi Masa Instruksional

SOP - Standard Operating Procedure (Prosedur Standard Operasi)

LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

SIP - School Improvement Programme (Program Peningkatan
Sekolah)

PLC - Profesional Learning Community (Komuniti Pembelajaran
Profesional)

RPH - Rancangan Pengajaran Harian

RPT - Rancangan Pengajaran Tahunan

NILAM - Nadi Ilmu Amalan Membaca

HIV - Human Immunodeficiency Viirus

AIDS - Acquired Immuno Deficiency Syndrome
M u k a S u r a t | 258

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

AJK - Ahli Jawatankuasa
JK - Jawatankuasa
PK - Penolong Kanan
HEM - Hal Ehwal Murid
PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru
BBM - Bahan Bantu Mengajar
VRC - Virtual Repository Centre (Pusat Repositori Maya)
NKRA - National Key Result Area (Bidang Keberhasilan Utama Negara)
SPPK - Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
TALIS - Teaching and Learning International Survey (Kajian

ALT Antarabangsa Pengajaran dan Pembelajaran)
SK - Academic Learning Time (Masa Pembelajaran Akademik)
SPI - Sekolah Kebangsaan
TOV - Surat Pekeliling Ikhtisas
OTI - Take-Off Value
ETR - Operational Target Increase
OKU - Expected Target Result
PBS - Orang Kurang Upaya
PS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah
PPsi - Pentaksiran Sekolah
- Pentaksiran Psikometrik Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan
PAJSK
KSSR dan Kokurikulum (PAJSK)
- Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
SPPBS - Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)
- Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

M u k a S u r a t | 259

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

18 PENYUMBANG

M u k a S u r a t | 260

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

PENYUMBANG

Penasihat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
Dato’ Haji Sufa’at bin Tumin (Sektor Operasi Pendidikan)

Ketua Pasukan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Dr. Jafri bin Abu

Setiausaha Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Ahmad Faris bin Johan

Penolong Setiausaha Bahagian Pendidikan Teknik dan
Mohd Saifulnizal bin Sabian Vokasional

Editorial Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Dr. Jafri bin Abu Bahagian Pendidikan Teknik dan
Rose Lina binti Ismail Vokasional
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Saiful Bahari bin Mohd Tauhid Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama
Anuar Adnan bin Ismail Penuh dan Sekolah Kecemerlangan
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Ahmad Faris bin Johan Bahagian Pendidikan Teknik dan
Mohd Saifulnizal bin Sabian Vokasional
Sekolah Kebangsaan Kajang Utama
Azlina binti Yusoff Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi
Ummul Aemma binti
Jabatan Pendidikan Perlis
Murtedza Jabatan Pendidikan Kedah
Mohd. Mustafa Amin bin Sidek Jabatan Pendidikan Pulau Pinang
Jabatan Pendidikan Perak
Zulkiifli bin Yaacob Jabatan Pendidikan Selangor
Zulkafly bin Othman Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur
Zulkifli bin Mohd Surin Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

Azmi bin Misron
Wan Zamri bin Wan Ali
Radziah binti Abdul Manap

Nasri bin Ramli

M u k a S u r a t | 261

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Mat Hassan bin Abdullah Jabatan Pendidikan Melaka
Siti Hajar binti Mahpol Jabatan Pendidikan Johor
Rohana binti Moin Jabatan Pendidikan Pahang
Muhamad bin Tawan Jabatan Pendidikan Terengganu
Zainon bin Jusoh
Jabatan Pendidikan Kelantan
Haji Wan Mohamed Zuri bin Wan
Abdullah Jabatan Pendidikan Sabah

Haji Harith bin Haji Ideris Jabatan Pendidikan Sarawak
Nordin bin Haji Abd. Rashid Jabatan Pendidikan WP Labuan
Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah
Nur Muhd Aiman bin Abdullah Pejabat Pendidikan Daerah Mukah
Mohd Nizam bin Yasim
Zorkarnini bin A. Ghani
Melek bin Arbi

Pembaca Proof Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Saruchi bin Sawal
SK Sungai Serai, Kajang, Selangor
A.M.P. SK Sungai Kantan, Kajang, Selangor
Dr. Nazirah binti Mohd Nordin SMK Taman Jasmin 2, Kajang, Selangor
Dr. Noor Hayati binti Che Mat
Nor Salina binti Mohd. Zainudin

Penulis SK Seri Indera, Kangar, Perlis
Ghazali bin Kassim SMK Bandar Bukit Kayu Hitam, Bukit
Hajah Siti Aminah binti Haji Ibrahim Kayu Hitam, Kedah
SK Seri Impian, Bukit Mertajam, Pualau
Zakaria bin Othman Pinang
SMK Senawang 3, Seremban
Haji Hamidon bin Haji Khalid SMK Malim, Melaka
Dr. Hajah Rosnanaini binti Haji
SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai,
Sulaiman Kelantan
Haji Komaruddin bin Abdullah, SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad
Diniah Arau, Perlis
A.S.K. SMK Sultanah Bahiyah, Alor Setar,
Mukhtar bin Haji Kasim Kedah
SMK Guar Perahu, Bukit Mertajam,
Hajah Rahinun binti Mohd Noor, Pulau Pinang
B.C.K. SMK Raja Perempuan Ipoh, Ipoh, Perak

Khaliqul Zaman bin Mohamed M u k a S u r a t | 262
Sheriff

Rusnani binti Sharuddin

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Radhiah binti Muhammad SMK Puteri Wilayah, Kuala Lumpur
Rohani binti Roslan
SM Teknik Tuanku Ja’afar, Seremban,
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Negeri Sembilan
SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan,
Haji Bahtiar bin Sanusi Pahang
Ahmad Zamri bin Md Isa Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Sektor Pengurusan Akademik SM Sains Miri, Sarawak
Hajah Serina binti Sauni

Reka Bentuk dan Susun Atur Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Ahmad Faris bin Johan
Bahagian Pendidikan Teknik dan
Mohd Saifulnizal bin Sabian Vokasional

Reka Bentuk Kulit Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Ahmad Faris bin Johan

Urus Setia Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Dr. Jafri bin Abu
Rose Lina binti Ismail Bahagian Pendidikan Teknik dan
Vokasional
Anuar Adnan bin Ismail
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama
Abrar bin Idris Penuh dan Sekolah Kecemerlangan
Ahmad Faris bin Johan
Mohd Saifulnizal bin Sabian Bahagian Pendidikan Islam

Hasliza binti Md Ali Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Bahagian Pendidikan Teknik dan
Vokasional

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

M u k a S u r a t | 263


Click to View FlipBook Version