The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ladap.dls, 2022-05-31 09:51:42

Melindungi Masa Instruksional - Amalan Terbaik Pengurusan

Melindungi Masa Instruksional 2 (Pengurusan Final)

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

(d) Post Mortem (Penilaian Impak) berfokus.

Aktiviti Post Mortem peperiksaan atau lebih dikenali sebagai
Penilaian Impak (IMPAK) yang berfokus ialah alat pengurusan
yang penting untuk mengesan, mengawal, dan memantau proses
pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah. Seterusnya,
penilaian ini menjadi sebahagian daripada penanda aras bahawa
masa instruksional terutamanya masa pembelajaran antara guru
dengan murid dilaksanakan dengan berkesan.

Melalui aktiviti post mortem berfokus, guru-guru akan membuat
analisis item bagi setiap mata pelajaran untuk setiap kelas dan
setiap murid. Pihak pengurusan dapat mengesan defisit
pembelajaran sama ada disebabkan oleh murid, guru, bahan
pembelajaran atau masa pembelajaran yang tidak mencukupi.
Kerap kali juga dikenal pasti bahawa defisit pembelajaran wujud
kerana masa bersemuka secara berkesan antara guru dengan
murid tidak mencukupi atau sesetengah topik tidak dikuasai
dengan baik kerana waktu yang diperuntukkan tidak mencukupi
untuk memastikan murid benar-benar menguasai topik tersebut.

Tindakan pemulihan perlu dilaksanakan dengan segera bagi
mengatasi masalah ini. Guru-guru yang terlibat sering mengambil
peluang mengadakan kelas dan bengkel tambahan bagi tujuan itu.
Apa yang penting di sini, guru dan murid diingatkan supaya
aktiviti PdP mesti dilaksanakan dengan baik dan proses ini
hendaklah dibuat secara berterusan. Penegasan ini perlu dibuat
kepada semua pihak agar masa instruksional dimanfaatkan sebaik
mungkin.

M u k a S u r a t | 193

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Kesimpulannya, aktiviti IMPAK yang dilaksanakan sebanyak 3 kali
setahun ini menjadi satu fasa penting kepada semua pihak agar membuat
refleksi kepada aktiviti pembelajaran yang telah dilaksanakan. Nasihat
dan bimbingan pengurusan kepada semua guru akan menjadi panduan
bagi mengurus masa instruksional masing-masing dengan lebih
berkesan.

2. Tindakan dan Kawalan Pengurusan Masa Instruksional Guru

(a) Pelaksanaan PdP berkesan.

Pelaksanaan PdP yang berkesan ialah agenda utama setiap guru
SMART yang masuk ke dalam bilik darjah. Berkesan bermaksud,
guru mengajar dan murid belajar. Keberkesanan proses
pembelajaran diukur melalui penguasaan murid atas ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang menjadi matlamat
pembelajaran pada hari tersebut.

Dalam proses PdP yang berkesan, lima aspek penting yang perlu
diberi fokus iaitu:
i. penguasaan isi kandungan mata pelajaran (Content),
ii. penguasaan kemahiran mengurus pembelajaran

(Instruction),
iii. penguasaan pedagogi yang tepat dan berkesan (Pedagogy),

dan
iv. pengawalan tumpuan / fokus murid kepada pembelajaran

(Attention).

Melalui keempat-empat elemen ini, task time dan engage time
dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan pembelajaran menjadi lebih

M u k a S u r a t | 194

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

bermakna serta mencapai objektif yang diharapkan. Elemen
kemahiran mengurus pembelajaran ini agak unik kerana setiap
guru mempunyai kaedah yang berbeza. Walaupun, secara umum
semua guru mempunyai teknik dan kaedah pembelajaran yang
berbeza, tetapi semuanya akan memberikan impak yang besar
kepada proses PdP. Pemerhatian dan pencerapan di dalam bilik
darjah akan membantu meningkatkan keupayaan guru mengajar.

Semua aspek ini akan memberikan sumbangan yang besar kepada
usaha-usaha untuk memastikan masa instruksional dapat
dilindungi sepenuhnya seperti yang dihasratkan.

(b) Bahan PdP yang mencukupi dan berkesan.

Menyediakan bahan PdP yang mencukupi dan berkesan sentiasa
menjadi matlamat pengurusan sekolah. Bahan yang cukup akan
melengkapkan keperluan guru dan murid melaksanakan proses
PdP yang berkesan di dalam bilik darjah. Sebagaimana yang kita
sedia maklum, melalui PdP yang berkesan dan TaskTime serta
Engage Time yang berkualiti, masa instruksional dapat dilindungi
dengan baik. Pihak pengurusan sekolah tidak akan menerima
sebarang alasan jika tiada bahan PdP, bahan tidak cukup, dan
tidak sesuai bagi memastikan pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan lancar dan sempurna.

Pihak pengurusan sekolah telah mendapat sokongan yang padu
daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di SMART. PIBG
telah menyediakan dana yang cukup bagi mencetak bahan
pembelajaran, justeru memberikan peluang sepenuhnya kepada
guru menggunakan helaian bercetak sebagai bahan PdP dalam

M u k a S u r a t | 195

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

kelas sepanjang tahun. Kesannya, masa yang dibazirkan (waste
time) seperti menulis di papan putih dan menyalin soalan dapat
diminimumkan yang tentunya akan dapat meningkatkan kualiti
pembelajaran di dalam kelas.

Dalam aspek yang lain, guru-guru juga boleh melakukan anjakan
minda bagi menyediakan modul yang lebih sesuai dan berkualiti
dengan mengambil kira tahap keupayaan murid.

Kesimpulannya waste time dapat dikurangkan, engage time
dapat ditingkatkan. Bahan ini amat berguna sekiranya guru tidak
hadir ke sekolah dan guru ganti akan menggunakan bahan-bahan
ini untuk proses PdP.

(c) Q-SMART (Senarai Semak Pelaksanaan Pembelajaran)

Q-SMART ialah ringkasan kepada RPT guru bagi setiap mata
pelajaran yang diajar. Senarai semak ini disediakan secara
kolaboratif dalam mesyuarat panitia. Setiap panitia mata
pelajaran akan menetapkan susunan bab dan topik yang perlu
diajar, menentukan bilangan latihan, menetapkan ujian,
menentukan jenis-jenis kemahiran yang dikuasai oleh murid, dan
bahan pembelajaran yang harus disediakan bagi jangka masa satu
tahun persekolahan.

Pada peringkat awal tujuan Q-SMART adalah untuk menyelaras
proses PdP supaya lebih seragam dan memenuhi keperluan
menentukan takat atau had sesuatu topik yang perlu diuji dalam
ujian dan peperiksaan. Namun begitu, instrumen ini telah
berfungsi dengan baik untuk memberikan satu piawai kepada

M u k a S u r a t | 196

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

guru untuk membuat refleksi kendiri atas keupayaan diri dalam
melaksanakan PdP mengikut jadual yang sepatutnya. Q-SMART
ialah instrumen pemantauan yang paling mudah melalui
pengubahsuaian RPT untuk Ketua Panitia, Ketua Bidang dan
Pengetua bagi mengesan tahap pelaksanaan PdP guru.

Penggunaan Q-SMART sebagai alat ukur dan senarai semak
penyampaian PdP di dalam bilik darjah telah menjadi alat
pengesanan dan kawalan utama mengawal masa instruksional
bagi setiap guru. Q-SMART yang disimpan dalam buku Rekod
Persediaan Mengajar guru boleh disemak pada bila-bila masa.
Formatnya yang ringkas dan padat memudahkan pemantau untuk
mengesan prestasi pelaksanaan PdP guru.

Sejak belakangan ini, telah diperkenalkan Q-SMART versi murid
atau dikenali sebagai SQ-SMART yang mempunyai ciri yang
sama dengan Q-SMART guru tetapi mempunyai kolum tambahan
yang membenarkan murid menandaisama ada mereka telah
menguasai atau belum setiap topik dan kemahiran yang diajar di
ruangan tersebut. SQ-SMART ini bukan sahaja menjadi panduan
kepada murid tentang topik-topik yang akan diajar sepanjang
tahun tetapi menjadi alat refleksi kendiri murid dan guru. Bagi
pengurusan pula, SQ-SMART ialah satu instrumen semak silang
bagi pelaksanaan PdP yang berkesan dan informatif.

3. Tindakan mengawal pembelajaran peringkat murid melalui Alat
Pengurusan Bilik Darjah

M u k a S u r a t | 197

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

(a) Buku Rekod Pengesanan Murid

Buku Rekod Pengesanan Murid (BRPM) merupakan borang yang
boleh merekodkan kehadiran murid dan guru semasa sesi PdP
berlangsung di dalam kelas. Dalam BRPM dicatatkan nama
murid yang tidak hadir, murid yang tiada dalam kelas semasa PdP
berlangsung,dan akhirnya guru menurunkan tanda tangan di
ruangan yang betul mengikut waktu pembelajaran berlaku. Guru
kelas, guru disiplin, dan guru penyelaras tingkatan akan
menyemak buku ini untuk mengesan murid yang tidak hadir ke
sekolah dan tiada semasa proses PdP berlangsung.

G
a
m
b
a
r

1:

Contoh Buku Rekod Pengesanan Murid

Instrumen ini bertujuan mencegah dan mengelakkan murid
daripada ponteng kelas atau meninggalkan kelas dengan
sewenang-wenangnya semasa PdP berlaku. Buku ini juga

M u k a S u r a t | 198

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

menjadi penanda aras yang penting bagi mengesan kehadiran
guru ke bilik darjah.

(b) Borang Pengesanan Kendiri Murid (BPKM)

Borang Pengesanan Kendiri Murid (BPKM) merupakan borang
kawalan disiplin murid supaya tidak ponteng kelas, lewat masuk
makmal atau tidak memberikan tumpuan semasa PdP berjalan.
Murid tersebut perlu diberi perhatian oleh guru yang mengajar
di dalam bilik darjah.
Setiap pagi murid yang terlibat perlu mengambil borang di
kaunter pejabat sekolah. Murid perlu mendapatkan tandatangan
daripada setiap guru selepas sesi pembelajaran selesai. Guru akan
memberikan komen dan membuat catatan yang berkaitan dengan
disiplin murid. Seterusnya, borang ini akan disemak oleh
Penolong Kanan pada setiap hari bagi memastikan terdapat
peningkatan prestasi disiplin mereka. Dapatannya, murid yang
terlibat akan sentiasa berada di dalam kelas tepat pada masanya
dan lebih fokus semasa PdP kerana adanya perhatian daripada
guru kepada mereka.

M u k a S u r a t | 199

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Gambar 2: Contoh Borang Pengesanan Kendiri Murid
Sehubungan dengan itu, masa tugasan bagi murid tersebut dapat
dimanfaatkan dengan baik dan masa pembelajaran dapat dikawal
dengan lebih sempurna.
(c) Pas Keluar
Pas keluar ialah instrumen sokongan kepada Buku BRPP. Hanya
dua orang murid sahaja yang dibenarkan keluar pada satu-satu
masa kecuali pada waktu pergerakan kelas. Pas ini hanya boleh
digunakan dengan keizinan guru dan pergerakan murid tadi
direkodkan. Penggunaan pas ini,memudahkan guru mengesan
murid yang berada di luar bilik darjah semasa proses
pembelajaran berlaku.

Gambar 3: Contoh Pas Keluar Murid

M u k a S u r a t | 200

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

KESIMPULAN

Amalan melindungi masa instruksional mestilah menjadi pegangan utama
pemimpin sekolah, guru-guru,dan murid. Semua pihak haruslah
bertanggungjawab dan jujur dengan peranan masing-masing. Masa
instruksional yang diurus dengan baik akan menatijahkan proses pembelajaran
yang berkesan dan prestasi yang cemerlang kepada murid.

Pelbagai amalan dan alat pengurusan boleh digunakan untuk melindungi
masa instruksional daripada peringkat ALT (Academic Learning Time)
hinggalah ke peringkat Task time dan Engage Time. Namun apa yang paling
penting ialah semua pihak haruslah bersikap jujur dan bergerak ke arah
memperkasakan unsur kepercayaan terhadap satu sama lain dalam urusan masa
instruksional ini. Kepercayaan (trust) ialah nilai dan norma yang perlu diberi
perhatian khusus jika kita hendak terus memperjuangkan masa instruksional
ini.

SYOR

Berikut ialah beberapa syor yang dicadangkan supaya pengurusan masa
instruksional dapat diurus dengan berkesan.

1. Membentuk kefahaman yang jelas terhadap warga sekolah tentang masa
instruksional dan kepentingannya.

2. Membina kerangka strategi yang jelas dan holistik dalam pengurusan
masa instruksional dari aspek:
(a) pengurusan / pemimpin sekolah,

M u k a S u r a t | 201

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

(b) guru-guru,
(c) ibu bapa dan penjaga, dan
(d) murid-murid.
3. Kerangka ini harus tampil dengan instrumen atau alat pengurusan yang
mudah dan boleh diaplikasikanserta berupaya meningkatkan kualiti
pengurusan masa.
4. Pengurusan sekolah perlu membuat refleksi atas aspek pengurusan masa
instruksional dengan membandingkan kualiti dan kuantiti pengurusan
masa dan impak kepada pencapaian matlamat sekolah.
5. Memberikan penekanan kepada konsep kepercayaan dan kejujuran
kepada masa itu sendiri kerana kepercayaan (trust) ialah elemen yang
boleh mengatasi atau melebihi semua instrumen dan alat pengurusan
yang sedia ada.

Rujukan

Tuan Haji Sufaat bin Tumin. (2012). Melindungi Masa Instruksional
(Protecting Instructional Time) di Sekolah untuk Meningkatkan
Keberhasilan Pembelajaran Murid. Persembahan Power
Point.mgbjohor.my/downloads.php?.

James Ang Jit Eng, Ed.D & Balasandran Ramiah, DBA.(2009).Kepimpinan
Instruksional Satu Panduan Praktikal.PTS Profesional, Kuala Lumpur.

Edward De Bono. (1998). Simplicity; Be a sharper, faster, clearer thinker.
Penguins Book. London.

Stephen M.R. Covey & Rebecca R. Merill. (2008). The SPEED of TRUST, the
one thing that changes everything. Pocket Books. UK.

Robert L. DeBruyn and Jack L. Larson. (1984). You Can Handle Them All. A
Discipline model for handling over one hundred different misbehaviors
at school and at home.The MASTER Teacher.Inc Publisher. Manhattan,
Kansas U.S.A

James W. Stigler & James Hiebert.(1999).The Teaching Gap,Best Idea from
the World’s Teacher for Improving Education in the Classroom
M u k a S u r a t | 202

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Lampiran 1

Jadual di bawah menunjukkan elemen-elemen gangguan kepada masa
instrusksional di sekolah

KPM / PPD Pengurusan Guru Murid Fizikal Peralatan Lain-lain

Aktiviti Aktiviti Tidak masuk Keluar Susun Tiada Pengumum-
kokurikulum Sukantara kelas / lewat kelas ke atur kelas peralatan an
Kebangsaan, masuk kelas tandas yang
Daerah, sesuai Pembesar
Negeri Suara

Guru Perhimpunan CRK & Cuti Kesediaan Bilik Peralatan Guru disiplin
Bermesyuarat pagi jangka Sakit murid Darjah, PDP mengen-
di KPM, JPN masanya belajar Bengkel, Tidak dalikan spot
dan PPD. panjang makmal men- check
jauh. cukupi

Guru Aktiviti Peperiksaan Sakit Peralatan
Berkursus di Kokurikulum atau kelas PJJ berpanjang untuk
KPM, JPN an / mohon PDP
dan PPD. bercuti ikut Rosak
keluarga

Guru / Murid Guru Peregerak-
dipanggil ke bertugas an ke
pejabat sebagai makmal
Jurulatih dan
Utama bengkel
lambat.

Tiada guru Kesediaan
ganti apabila guru
guru bersalin melaksana-
kan
pengajaran

Guru bukan
opsyen
mengajar

Guru disiplin
terlibat
mengendali-
kan kes
disiplin

Keberkesan-
an Pengajaran
guru

M u k a S u r a t | 203

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

15 INISIATIF MEMPERKASAKAN MASA
INSTRUKSIONAL GURU GANTI
SISTEMATIK (GGS)

M u k a S u r a t | 204

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

INISIATIF MEMPERKASAKAN MASA INSTRUKSIONAL :
GURU GANTI SISTEMATIK (GGS)

oleh
Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan PendidikanNegeri Sabah

Abstrak
Kertas kerja ini menerangkan bagaimana perlunya masa instruksional diurus dengan
baik bertujuan untuk mewujudkan serta meningkatkan keberhasilan pembelajaran
murid melalui pengajaran yang berkesan. Cabaran terhadap guru dalam Melindungi
Masa Instruksional ( MMI) perlu ditangani dengan cara penambahbaikan amalan
sedia ada dari aspek pengurusan dan pengendalian yang lebih sistematik. Inisiatif ini
difikirkan perlu dilaksanakan dengan harapan mensasarkan sekurang-kurangnya
proses pembelajaran dapat berlaku dengan berkesan melalui program
penambahbaikan sistem guru ganti.

M u k a S u r a t | 205

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

PENGENALAN

Penglibatan guru-guru di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),dan agensi
kerajaan yang lain dalam menjalankan tugas rasmi di luar sekolah dalam waktu
persekolahan sangat ketara sama ada dalam bidang kurikulum atau
kokurikulum. Keadaan ini ditambah dengan fenomena biasa seperti guru
berkursus, cuti sakit dan cuti rehat khas (CRK) sehingga mengakibatkan tugas
utama (core business) sebagai guru mengajar di dalam bilik darjah terjejas.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberikan beberapa panduan
untuk mengurus keadaan ini yang terdapat dalam Surat Pekeliling Ikhtisas
(SPI) Bil. 10 Tahun 1995 tentang (Pelaksanaan Jadual Waktu Anjal bagi
Sekolah Rendah dan Menengah) khususnya perkara VII dan Standard
Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) berkaitan pengurusan guru ganti dan usaha
pihak sekolah dalam melaksanakan pelbagai cara penyelesaian. Oleh yang
demikian, penambahbaikan perlu dilaksanakan dan satu kaedah penyelesaian
yang lebih komprehensif perlu dicari bagi memastikan anak didik di dalam
bilik darjah memperoleh hak yang sepatutnya.

Jabatan Pendidikan Sabah telah merangka satu program penambahbaikan
sistem guru ganti yang telah sedia ada di sekolah untuk menangani isu di atas.
Program ini selaras dengan usaha KPM melindungi waktu pembelajaran murid
mengikut SPI Bil.2 Tahun 2012 dan SPI Bil.10 Tahun 1995.

Pengurusan masa instruksional perlu dimantapkan bagi memastikan
tempoh masa pembelajaran berkesan dalam kalangan murid. Sehubungan
dengan itu, bagi menjayakan program ini, semua guru termasuk pihak

M u k a S u r a t | 206

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

pentadbir terlibat secara langsung serta perlu ada komitmen yang tinggi.
Kesedaran semua pihak perlu bagi memahami situasi yang berlaku. Usaha ini
memerlukan pengorbanan guru-guru terutama di peringkat penyediaan
bahan/modul.

PERNYATAAN ISU / CADANGAN

Guru Ganti Sistematik (GGS) ini amat perlu dilaksanakan walaupun proses
menyediakan guru ganti yang ada di sekolah agak kemas dan berjalan lancar.
Namun terdapat beberapa perkara perlu dilihat terutama berkaitan dengan
kesediaan guru ganti dan kualiti masa penggantian.

GGS ini perlu dilaksanakan atas alasan-alasan berikut :

1. Guru ganti mempunyai kecenderungan lewat masuk ke kelas dan keluar
awal, sekadar menjenguk atau tidak masuk langsung ke kelas yang telah
ditetapkan serta tidak ada inisiatif membuat pengisian Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) secara sistematik.

2. Menambah beban kerja guru ganti untuk memikirkan dan menyediakan
bahan atau perancangan bagi kelas yang hendak diganti.

3. Proses PdP mata pelajaran tidak dapat dilaksanakan selama ketiadaan
guru di sekolah.

Matlamat inisiatif ini untuk memastikan PdP berjalan secara berterusan
walaupun ketiadaan guru mata pelajaran. Selain itu, masalah pengurusan
pentadbiran dan disiplin murid semasa ketiadaan guru juga dapat dikawal.
Seterusnya, inisiatif ini dapat meningkatkan usaha MMI di sekolah untuk
meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid.

M u k a S u r a t | 207

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Antara tujuan inisiatif ini dirangka ialah:

1. Memastikan JPN, PPD, dan sekolah dapat meningkatkan usaha bagi
MMI.

2. Memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan atau academic
learningtime dalam kalangan murid di semua sekolah.

3. Memastikan guru mesti ada di dalam bilik darjah dan berfungsi
sewajarnya bagi memastikan pendidikan berkualiti disediakan untuk
murid.

CADANGAN TINDAKAN / PENYELESAIAN.

erdapat 3 fasa pelaksanaan program yang dicadangkan program iaitu pra,
semasa, dan pasca (selepas).

1. Fasa I : Prapelaksanaan.

Peringkat Prapelaksanaan melibatkan pihak pentadbir, guru media, ketua
panitia, dan semua guru.

(a) Pihak pentadbir perlu :

i. Mewujudkan bidang tugas (GGS). Bidang tugas ini melibatkan
Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan
HEM, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Penyelia Petang,
Ketua Bidang, Ketua Panitia, dan semua guru mata pelajaran.
M u k a S u r a t | 208

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

ii. Peka tentang ketidakhadiran guru sama ada yang menghadiri
tugas rasmi atau kes-kes kecemasan,

iii. Menyediakan jadual waktu guru ganti sehari sebelum, bagi
guru yang diketahui akan meninggalkan sekolah.

iv. Penyediaan jadual guru ganti serta agihannya perlu adil dan
saksama serta mengambil kira permintaan guru sama ada
secara jual beli atau sebaliknya mengikut kesesuaian.

(b) Guru perlu :

i. Menulis maklumat tugas rasmi yang bakal dihadiri dalam buku
maklumat pergerakan guru untuk tujuan penyediaan guru ganti.

ii. Memaklumkan ketidakhadiran pada pagi hari seawal mungkin
bagi kes-kes kecemasan.

iii. Memaklumkan dan memohon kebenaran daripada pihak
pentadbir sekolah bagi cuti tanpa rekod, cuti sambilan, dan cuti
bersalin.

(c) Guru Tidak Hadir perlu :

Menyediakan bahan/modul dan menyerahkannya kepada pihak
pengurusan (GGS) sebelum memulakan tugas rasmi di luar sekolah.
Bahan yang disediakan hendaklah selari dengan Rancangan
Pelajaran Harian (RPH) dan khusus untuk kelas-kelas yang
ditinggalkan.

(d) Ketua Panitia perlu :

M u k a S u r a t | 209

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

i. Mengadakan bengkel penyediaan dan mewujudkan koleksi
Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk guru ganti pada awal
tahun mengikut sukatan pelajaran setiap mata pelajaran.

ii. Menyenaraikan guru yang boleh menggantikan guru yang akan
bertugas di luar/ cuti kecemasan dan diberikan kepada
pengurusan GGS.

(e) Guru Media perlu

i. Menyediakan bahan bacaan, bahan multimedia seperti CD
PdP.

ii. Menyediakan guru-guru dengan Portal Pendidikan dan bahan-
bahan dalam talian.

iii. Sentiasa bersedia dengan aktiviti Pusat Sumber Sekolah dan
sekiranya tidak ada guru ganti maka murid boleh dibawa ke
Pusat Sumber Sekolah dan kelas dikendalikan oleh guru media
dengan aktiviti-aktiviti yang terancang.

2. Fasa 2 : Semasa.

Melibatkan pentadbir atau pengurusan GGS, guru ganti, dan ketua kelas.

(a) Pentadbir/ Pengurusan GGS.

i. Menyemak rekod kehadiran dan rekod guru menjalankan
tugas-tugas luar, seterusnya menyediakan, mengedarkan jadual
kepada guru terlibat, dan menampal jadual pada papan
kenyataan.

ii. Jadual kelas dan guru ganti diedarkan dan ditampal pada papan
kenyataan.

M u k a S u r a t | 210

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

(b) Guru Ganti.

i. Selepas guru ganti mendapat surat arahan menggantikan kelas,
mereka perlu mengenal pasti guru yang diganti dan mata
pelajaran yang diajar seterusnya mendapatkan bahan/modul
daripada pengurusan GGS.

ii. Masuk ke dalam kelas dan menjalankan PdP berdasarkan
modul yang disediakan. Aktiviti semasa PdP bergantung
kepada kesesuaian bahan yang disediakan, kreativiti, dan
kepakaran guru.

iii. Selepas masa tamat, guru ganti menandatangani buku log guru
ganti dan bahan hendaklah dikumpulkan untuk diserahkan
kepada guru mata pelajaran.

(c) Ketua Kelas.

i. Sekiranya guru ganti tidak masuk ke kelas selepas 10 minit
masa berlalu, Ketua Kelas perlu melihat senarai guru ganti di
papan kenyataan, seterusnya mencari guru berkenaan. Selepas
usaha mencari dijalankan dan guru masih tidak masuk ke kelas,
Ketua Kelas hendaklah melaporkan kepada Penolong Kanan/
Pengetua.

ii. Memastikan guru menandatangani buku log guru ganti
sebelum meninggalkan bilik darjah.

3. Fasa 3 : Pasca

M u k a S u r a t | 211

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Bahan/modul yang digunakan dalam PdP hendaklah diserahkan oleh
murid kepada guru mata pelajaran setelah mereka kembali ke sekolah
(sekiranya perlu). Guru mata pelajaran hendaklah melihat, meneliti,atau
memeriksa bahan atau skrip jawapan murid yang diterimanya dan
membincangkannya semula di dalam kelas mengikut keperluan.

KESIMPULAN

Sekolah perlu menyediakan satu inisiatif yang membantu penyelesaian masa
instruksional agar masa pembelajaran murid terus terpelihara. Dengan adanya
inisiatif terhadap guru ganti, pengurusan masa instruksional akan lebih
sistematik.

SYOR

Pelaksanaan kelas ganti ini boleh berlaku dalam pelbagai situasi dan
pendekatan. Terdapat situasi, guru mata pelajaran tidak hadir tetapi telah
diketahui dan persediaan sempat dilakukan. Situasi lain terjadi apabila kes-kes
kecemasan berlaku dan guru tidak sempat untuk menyediakan bahan (rujuk
carta aliran kerja). Oleh itu, Pengurusan GGS hendaklah menyediakan
beberapa pendekatan aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru ganti.

Antara pendekatan yang boleh dilaksanakan ialah:

1. Sarana Guru Ganti.

Bahan-bahan yang ada dalam sarana disediakan oleh panitia pada awal
tahun atau sepanjang tahun. Guru ganti hanya perlu memilih bahan-bahan

M u k a S u r a t | 212

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

yang sesuai dengan keperluan kelas dan murid yang akan diganti. Bahan-
bahan yang boleh dikumpulkan dalam sarana ini, seperti yang berikut:

(a) (Set nota mata pelajaran mengikut topik).Penyediaan nota ini boleh
disediakan dalam lembaran kerja atau secara power point .

(b) (Set latihan mengikut topik sesuatu mata pelajaran)
(c) (Set soalan peperiksaan) - koleksi soalan peperiksaan sama ada ujian

bulanan, pertengahan tahun, akhir tahun atau soalan peperiksaan
umum, dan sebagainya yang boleh diambil dari bank soalan.
(d) (Set latihan umum) - Guru-guru menyediakan set latihan atau bahan
ilmiah berbentuk menguji ingatan, kebijaksanaan, dan kecerdasan
seseorang murid. Contohnya kuiz teka silang kata, soalan-soalan IQ,
teka-teki, soduku,dan sebagainya.
(e) (Set soalan pencarian di internet) - Panitia menyediakan bahan, topik
dan portal yang sesuai bagi sesuatu topik untuk dilayari oleh guru
ganti dan murid.

2. Aktiviti Pusat Sumber

Guru Media juga boleh memainkan peranan penting dalam kelas ganti ini.
Guru Media bersama guru ganti atau tanpa guru ganti boleh merangka
pelbagai aktiviti PdP dalam pusat sumber. Antaranya ialah :

(a) Projek Pukal - Kotak Buku Bacaan yang dibekalkan oleh Pusat
Sumber untuk bacaan kelas.

(b) Merentas Dunia – membaca tentang sebuah negara dan mencatat
maklumat seperti ibu negeri, cuaca, kehidupan rakyat, dan
sejarahnya. Sesuai untuk mata pelajaran Bahasa, Sejarah, Geografi
bagi Sekolah Menengah, dan Kajian Tempatan bagi Sekolah
Rendah.

M u k a S u r a t | 213

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

(c) Biodata Tokoh terkenal – murid-murid membuat profil tokoh-tokoh
terkenal dan mencarinya di buku atau internet .

(d) Mengumpul perkataan – sesuai untuk Sekolah Rendah dan
Menengah Rendah dan mata pelajaran bahasa.

3. Penggunaan Bahan Multimedia – Bilik Tayangan

Menggunakan bahan-bahan pembelajaran yang menarik dan tidak
membosankan daripada pelbagai sumber seperti VCD, Program ASTRO
Pendidikan, CD Interaktif, dan sebagainya.

4. Penggunaan Pusat Akses

Pencarian Ilmu secara dalam talian dengan menggunakan bahan dalam
toolkit.

5. Tukar Ganti Guru

(a) Konsep ‘tukar ganti waktu’ secara ‘jual beli waktu’ dibenarkan
untuk mengatasi masalah guru tidak hadir. Perkara ini bersesuaian
dengan SPI Bil. 10 Tahun 1995 (merujuk perkara VII). Walau
bagaimanapun, perkara ini perlu dimaklumkan kepada Pengurusan
GGB.

(b) Guru ganti dalam kalangan guru yang mengajar dalam kelas yang
sama diutamakan (ikut kesesuaian).

(c) Guru boleh membuat gantian masa lebih awal sekiranya mengetahui
jadual pergerakan (secara terancang).

6. Kelas Bercantum

M u k a S u r a t | 214

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Sekiranya terlalu ramai guru tidak hadir dan guru ganti tidak mencukupi,
murid boleh dikumpulkan di dewan atau tempat-tempat yang sesuai untuk
dilaksanakan aktiviti pembelajaran secara bengkel atau tayangan rakaman
ilmiah dan diawasi oleh beberapa orang guru.

Dalam pelaksanaan GGS, Carta Organisasi dan Carta Aliran Kerja seperti yang
berikut :

1. Keahlian Guru Ganti Sistematik (GGS)

Pengerusi : Pengetua/ Guru Besar

Naib Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan

Kokurikulum, Penolong Kanan HEM,

danPenyelia Petang

Setiausaha : Ketua Bidang dan Ketua Panitia

Ahli Jawatankuasa : Semua guru mata pelajaran

M u k a S u r a t | 215

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

2. Carta Aliran Kerja 1
Guru mata pelajaran tidak hadir disebabkan sesuatu urusan yang
tarikhnya diketahui lebih awal dan persediaan sempat dibuat
MULA
GURU MATA PELAJARAN
MENGETAHUI TARIKH PERGERAKAN
GURU SUBJEK MERANCANG DAN MENYEDIAKAN BAHAN
PdP YANG CUKUP BAGI SETIAP KELAS
BAHAN DISERAHKAN KEPADA JAWATANKUASA GGS
GURU GANTI MENGAMBIL BAHAN DARIPADA
JAWATANKUASA GGS DAN MELAKSANAKAN PdP
GURU GANTI MENANDATANGANI BUKU LOG RELIEF
GURU GANTI MENYERAHKAN BAHAN KEPADA GURU
SUBJEK (JIKA PERLU)
TAMAT

M u k a S u r a t | 216

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

3. Carta Aliran Kerja 2

Guru subjek tidak hadir disebabkan kes-kes kecemasan dan
perancangan tidak sempat dibuat
MULA

GURU SUBJEK MEMAKLUMKAN KEPADA
JAWATANKUASA GGS JAWATANKUASA GGS

GGS MENGENALPASTI GURU GANTI

GURU GANTI MENGAMBIL BAHAN DARIPADA
JAWATANKUASA GGS

GURU GANTI MELAKSANAKAN PdP

GURU GANTI MENANDATANGANI BUKU LOG

GURU GANTI MENYERAHKAN BAHAN KEPADA GURU
SUBJEK (JIKA PERLU)
TAMAT

PEMANTAUAN

Pemantauan bagi pelaksanaan Guru Ganti Sistematik (GGS) perlu dilakukan
oleh Pengetua/Guru Besar, GPK (Pentadbiran, HEM, Kokurikulum dan
Penyelia Petang), Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia Mata Pelajaran.

M u k a S u r a t | 217

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Pemantauan perlu dilakukan bagi semua fasa pelaksanaan iaitu pra, semasa,
dan pascapelaksanaan. Selain itu, buku log hendaklah dianalisis untuk tujuan
penyelenggaraan guru ganti dan penilaian Sasaran Kerja Tahunan (SKT).

IMPLIKASI

Pelaksanaan GGS dapat memantapkan dan membudayakan amalan guru ganti.
Selain itu, GGS juga dapat merealisasikan aspirasi MMI dan menjadi panduan
serta amalan pemimpin di sekolah. Dalam menjayakan usaha Melindungi Masa
Instruksional, inisiatif ini perlu dilaksanakan dengan lebih sistematik dengan
matlamat PdP berkesan berlaku.

PENUTUP

Inisiatif GGSS perlulah dibudayakan di semua sekolah. Dengan adanya sistem
seperti ini, proses pembelajaran murid dapat dilindungi di samping proses PdP
yang berlaku secara optimum.

Rujukan
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10 Tahun 1995, Pelaksanaan Jadual Waktu Anjal

bagi Sekolah Rendah dan Menengah. Bahagian Pengurusan Sekolah
Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Surat Siaran KP(BS/DSR)8787/002/8/Jld.2 (24) Bertarikh 10 Julai 2007,
Peringatan Supaya Melaksanakan Pengajaran Dan Pembelajaran
Sepenuhnya Semasa Persekolahan Hari Sabtu. Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2012 : Pelaksanaan Pengajaran
dan Pembelajaran Sepenuhnya Semasa Hari Ganti Persekolahan Pada
Hari Sabtu. Kementerian Pelajaran Malaysia.

M u k a S u r a t | 218

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

16 PROGRAM INOVATIF PENGURUSAN
SEKOLAH DALAM MMI DALAM
KALANGAN MURID (PROGRAM
PERMATA BONUS) DAN GURU
(PROGRAM TRAINING OF THE
TRAINERS) DI SMK RIAM MIRI(2000 –
2005)

M u k a S u r a t | 219

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

PROGRAM INOVATIF PENGURUSAN SEKOLAH DALAM MMI

DALAM KALANGAN MURID (PROGRAM PERMATA BONUS)

DAN GURU (PROGRAM TRAINING OF THE TRAINERS)

DI SMK RIAM MIRI
(2000 – 2005)

oleh

HAJAH SERINA BINTI SAUNI
SM Sains Miri, Sarawak

Abstrak

Kertas kerja ini, bertujuan untuk berkongsi pengalaman tentang gabungan program
inovatif pengurusan sekolah yang telah berjaya merekayasa (reengineering) budaya
sekolah secara holistik di SMK Riam Miri pada tahun 2000 – 2005. Sekolah ini telah
melaksanakan Program Permata Bonus yang lebih memberikan tumpuan kepada
pengiktirafan (Lencana Bintang Permata Bonus) dan penghargaan (markah bonus dan
pameran foto individu) kepada setiap murid yang menunjukkan peningkatan secara
holistik. Pengiktirafan ini merangkumi banyak aspek seperti akademik, kokurikulum,
sahsiah, disiplin, kepimpinan, dan penglibatan murid sama ada di dalam atau di luar
sekolah. Dalam usaha menangani cabaran Melindungi Masa Instruksional (MMI) di
SMK Riam Miri, dua program iaitu, Program Permata Bonus bagi murid dan Program
Training of the Trainers untuk guru dijalankan serentak untuk memastikan
pembelajaran dan pengajaran (PdP) dilaksanakan dengan berkesan. Untuk menjadikan
amalan MMI lebih bermanfaat dan efektif, aspek keupayaan dan kesediaan murid
untuk belajar dan diajar dititik berat sebagai titik permulaan utama untuk memastikan
PdP boleh dilaksanakan dengan berkesan bagi menjana keberhasilan murid yang
maksimum mengikut keupayaan masing-masing. Oleh itu, pada masa yang sama,
keupayaan guru perlu dipertingkatkan (capacity building) untuk menangani murid
yang mempunyai berbagai-bagai karenah disiplin dan tahap akademik yang berbeza.
Program pembangunan profesionalisme secara berterusan diperhebat. Salah satu
program yang teraktif ialah program, Training of the Trainers (TOT). Pelaksanaan
TOT telah meningkatkan kemahiran guru dalam aspek penyampaian yang pelbagai
dan bersesuaian dengan keupayaan kelas yang diajar serta berjaya menarik minat
murid untuk terlibat dalam PdP dengan lebih mendalam. Hasilnya dapat dilihat
dengan peningkatan prestasi akademik, kokurikulum, dan sahsiah murid yang
membanggakan.

M u k a S u r a t | 220

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

PENGENALAN

Di SMK Riam Miri, pemupukan budaya penyayang dan langkah intervensi
awal ditonjolkan dalam menyelesaikan segala permasalahan murid. Lazimnya,
apabila guru lebih memberikan tumpuan kepada pengurusan permasalahan
sebilangan kecil murid sahaja berbanding dengan jumlah keseluruhan di dalam
kelas khasnya, dan di sekolah amnya, situasi ini akan mengganggu masa
instruksional PdP. Dengan adanya program ini, para guru akan mengubah
minda dan modus operandi dalam menangani karenah murid. Apabila guru-
guru berjaya mengadaptasi pendekatan yang lebih menjurus kepada
pengiktirafan kepada peningkatan yang baik, impak atas keberhasilan murid
dari segi akademik, pencapaian kokurikulum, dan disiplin diri ternyata dapat
dicapai. Walau bagaimanapun, permasalahan disiplin harus diurus dengan
berhemah melalui pemberian mata demerit, sesi kaunseling berterusan, dan
denda sebagai pilihan terakhir. Apabila aspek ini terpelihara dan disertai
dengan perkembangan mutu disiplin yang meningkat, maka proses PdP boleh
dilaksanakan dalam suasana lebih kondusif dengan keadaan murid lebih
bersedia dan berupaya (setelah melalui program intervensi) untuk belajar dan
diajar. Faktor pengiktirafan kepimpinan murid yang pintar bertindak sebagai
guru muda boleh dimanfaatkan untuk membantu rakan sebaya dalam mengatasi
beberapa cabaran pembelajaran tertentu. Langkah ini juga dapat membantu
melengkapi masa instruksional PdP sama ada di dalam atau di luar kelas.

Melalui program TOT budaya mentoring dan coaching antara guru
berpengalaman dan baharu dihidupkan untuk menangani permasalahan PdP
dan MMI. Apabila Pengetua dan guru-guru senior sebagai pemimpin
instruksional memainkan peranan utama sebagai pembimbing dalam bidang
PdP melalui program LDP, pemantauan dan pencerapan yang membina, kualiti
guru dapat disemaikan dan dipelihara secara berterusan.

M u k a S u r a t | 221

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

ISI KANDUNGAN

1. Latar belakang SMK Riam Miri

Sekolah ini mempunyai bilangan murid sebanyak 2300 orang yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan agama, 120 orang guru dan 20 orang staf
sokongan. Komposisi murid adalah seperti yang berikut:

KOMPOSISI MURID 2005

11.1 0.4
3.5
2.6 CINA
IBAN
38.6 MELAYU
BIDAYUH
9.6

MELANAU

34.2 BUMIPUTERA LAIN
LAIN-LAIN

Pada tanggal 16 Januari 2000, pengkaji telah melapor diri sebagai
pengetua kelima. Mulai saat itu, pengkaji telah melaksanakan
environmental scanning selama satu bulan melalui temu duga dengan
80% orang guru dan staf sokongan, murid secara rawak, dan semua Ahli
Jawatankuasa PIBG. Hasil daripada dapatan kajian temu duga dan juga
kajian pengumpulan data/maklumat pencapaian akademik dan
penglibatan kokurikulum sekolah sebelum 2000 satu analisis SWOT
(Strength, Weakness, Threats and Opportunity) dibuat seperti yang
berikut:

M u k a S u r a t | 222

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

a) Aspek Ancaman/Kelemahan

i. Sekolah dua sesi di kawasan perumahan yang pesat
membangun di pinggir bandar Miri.

ii. Fenomena yang unik berlaku apabila sebahagian besar
keluarga murid berhijrah dari kawasan pedalaman (rural to
urban migration) dan tinggal di Taman Tunku untuk mencari
pekerjaan di bandar. Hal ini, sedikit sebanyak telah
menimbulkan gejala sosial dari segi kejutan budaya dan family
support system yang terganggu terutama apabila ibu bapa
bekerja untuk menampung kos sara hidup di bandar yang
tinggi. Beban menjaga murid sepanjang hari terletak di bahu
pihak sekolah.

iii. Ancaman seperti, ‘godaan’Cybercafe boleh melekakan murid
bermain permainan komputer dan terlibat dengan gejala sosial
yang lain. Daya tarikan kedai-kedai menjual minuman keras
dengan harga yang murah juga menjadi elemen kekhuatiran
yang tinggi dalam kalangan guru dan ibu bapa setempat.
Kedua-dua faktor ini didapati menyebabkan peratusan gejala
ponteng yang agak membimbangkan.

iv. Perpustakaan tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Sebahagian
ruang digunakan sebagai stor untuk menyimpan barang seperti
perabot dan alat-alat lain. Bilangan buku dan bahan bacaan
amat sedikit, iaitu hanya 3853 naskhah, tidak cukup untuk
menampung jumlah murid yang tinggi. Akibatnya, murid dan
guru tidak berminat untuk menggunakan perpustakaan.

v. Prestasi pencapaian akademik pada tahun 1999 bagi PMR
cuma 55.5% (terendah di bahagian Miri) dan SPM 66.8%, iaitu
tahap tidak memuaskan.

M u k a S u r a t | 223

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

vi. Permasalahan pembelajaran seperti membaca dan mengira
agak tinggi dalam kalangan murid Kelas Peralihan dan
Tingkatan 1 yang mempunyai gred E dalam semua mata
pelajaran peringkat UPSR.

vii. Pencapaian dan penglibatan kokurikulum pada tahap
sederhana.

viii. Tahap disiplin agak membimbangkan dengan jumlah kehadiran
hanya 90.3% dan angka keciciran murid agak tinggi. Dua jenis
kes disiplin yang berat dikenal pasti melibatkan:
 segelintir murid kerap datang ke sekolah dalam keadaan
yang mabuk, dan
 Pergaduhan murid yang melibatkan pihak orang luar.

ix. Akibatnya moral dan semangat para guru agak tertekan saban
hari apabila berhadapan dengan murid yang tidak bermotivasi
untuk belajar dan diajar.

x. Ibu bapa agak kecewa apabila semangat juang dan jati diri
murid juga rendah dalam menghadapi saingan semasa
pertandingan aktiviti kokurikulum dan sukan di peringkat
daerah dan lain-lain.

b) Kekuatan/Peluang

i. Jawatankuasa PIBG bersedia untuk menghulur bantuan dan
memberikan sokongan penuh kepada pentadbiran baharu
sekolah. Walau bagaimanapun, PIBG perlu digerakkan untuk
sama-sama memberikan kerjasama dalam menangani
permasalahan disiplin murid dan membantu menambahkan
dana PIBG yang begitu genting.

ii. Bangunan sekolah ala Design and Build yang baharu, cantik,
dan mempunyai kawasan dan padang yang besar untuk aktiviti

M u k a S u r a t | 224

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

kokurikulum, sukan, dan riadah. Ruang legar di tiga tingkat
bangunan sekolah dan taman yang luas boleh dimanfaatkan
oleh murid sesi pagi untuk kembali ke sekolah pada waktu
petang bagi membuat aktiviti yang berfaedah seperti ulang
kaji, kelas tambahan, perbincangan kumpulan, dan kerja
kursus.
iii. Bilik perpustakaan yang cukup luas boleh dimanfaatkan oleh
semua warga sekolah dengan memastikan bahan bacaan dan
perabot untuk tempat murid belajar mencukupi. Keadaan
begitu kondusif dengan kelengkapan seperti alat pendingin
hawa dan komputer hasil sumbangan PIBG pada tahun 2001.
iv. Kekuatan tenaga murid (yang kerap terlibat dalam pergaduhan)
dijadikan satu aset dengan memberikan mereka peluang
berkecimpung dalam sukan lasak seperti angkat berat yang
akhirnya menjadi Sukan Kebitaran Sekolah hingga ke
peringkat SUKMA (Kebangsaan) dan antarabangsa.
v. Tenaga murid dan kreativiti boleh dijadikan aset untuk
membangunkan bahagian-bahagian taman yang telah
ditetapkan untuk mencipta replika mercu tanda 7 Bahagian
(Daerah) negeri Sarawak sebagai kerja amal dan sumbangan
bakti kelas-kelas kepada sekolah. Kepakaran tiga orang staf
sokongan yang mahir dalam mereka bentuk mercu dengan
menggunakan teknik simen fero telah menjadi pergerak
utama/arkitek program keceriaan ini. Secara keseluruhannya,
semua warga bersatu mencipta landskap sekolah yang
bertemakan, “Sayang Sarawak Bumi Kenyalang” yang
mencerminkan Sarawak mini menjadi satu realiti. Taman
Bahagian Kuching (seekor kuching), Miri (Grand Old Lady,
oil rig yang pertama), Bintulu (sepasang burung bangau putih),
Sarikei (buah nanas), Sri Aman (sepasang burung merpati

M u k a S u r a t | 225

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

putih simbol kedamaian sewaktu penyerahan komunis), dan
sebuahtaman herba telah pun berjaya dihasilkan dalam tempoh
5 tahun bermula pada tahun 2001. Setiap taman mini
mempunyai papan info padat tentang Bahagian (daerah)
berkenaan. Semua ini menjadi tarikan para pelawat yang ramai
berkunjung ke sekolah. Keadaan ceria ini juga menggalakkan
murid untuk menghabiskan masa mereka secara berfaedah di
sekolah.

Gambar yang menunjukkan replika mercu tanda Miri dan Sri
Aman.

vi. Kekuatan guru yang ada pada 40% guru senior ( pengalaman
mengajar melebihi 5 tahun) dan 45% guru muda terlatih yang
dapat membimbing 15% guru sandaran tidak terlatih (GSTT).

2. Isu dan cabaran yang mengganggu Masa Instruksional dilihat dari segi
faktor dua kumpulan sasaran iaitu murid dan guru.

M u k a S u r a t | 226

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

a) Kumpulan Sasaran Murid

i. Ponteng (sekolah dan peperiksaan) dan keciciran yang tinggi:
Isu jumlah bilangan murid ponteng yang tinggi merupakan
faktor utama yang menyebabkan kerugian kepada
pembelajaran murid di SMK Riam Miri. Gangguan masa
instruksional sebegini telah mengakibatkan murid ketinggalan
banyak masa bagi proses PdP, maka kesediaan murid
menghadapi pembelajaran seterusnya kian tergugat
mengakibatkan prestasi peperiksaan merosot dan minat kepada
persekolahan juga menurun. Akibatnya, jumlah keciciran
murid kian meningkat. Dengan adanya program intervensi
yang menghargai jumlah hari kehadiran murid, sedikit
sebanyak telah menggalakkan murid hadir ke sekolah. Setiap
murid yang hadir pada setiap hari sepanjang bulan diberi 10
markah bonus. Manakala bagi kelas yang mencatatkan
kehadiran seratus peratus akan diberi tambahan 5 markah lagi
kepada setiap warga kelas tersebut. Maka timbul rangsangan
yang menggalakkan setiap warga kelas agar sentiasa menjaga
dan mengingatkan rakan-rakan akan kepentingan kehadiran ke
sekolah supaya semuanya memperoleh markah bonus
tambahan – kesan peer pressure yang baik timbul.

M u k a S u r a t | 227

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Peratus Kehadiran Murid
Tahun 1999 – Jun 2005

98 96.3 97

96 95.3 96.1
94.1 92.2

94

92
90.3

90

88

86 2000 2001 2002 2003 2004 2005
1999 (JUN)

Gambar rajah yang menunjukkan peningkatan kehadiran murid

pada tahun 1999-2005

Strategi jangka pendek yang efektif untuk menggalakkan
kehadiran murid yang berisiko tinggi untuk tidak ponteng
semasa peperiksaan awam yang telah berjaya dilaksanakan
ialah:
 Menyediakan skuad guru berkenderaan yang akan

menjemput murid berkenaan jika mereka didapati tidak
hadir semasa roll-call dibuat setengah jam sebelum
peperiksaan bermula.
 Dengan bantuan dana PIBG pihak sekolah menyediakan
sarapan pagi yang ringkas tapi berkhasiat, contoh, segelas
air milo panas, sebiji telur rebus dan 2 keping roti atau
segelas teh susu dan nasi lemak dan lain-lain mengikut
menu yang menepati bajetyang telah dipersetujui oleh
PIBG bagi setiap murid PMR dan SPM (anggaran 300-500
orang) setiap tahun. Tindakan kebajikan ini dibuat apabila
sekolah mendapati 20% murid dari kawasan jauh (Lambir)
datang ke sekolah seawal 5.45 pagi tanpa sarapan dan

M u k a S u r a t | 228

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

keadaan ini telah menjejaskan konsentrasi mereka semasa
peperiksaan.

ii. Beberapa kelakuan murid yang mengakibatkan gangguan
MMI:
 tidak bermotivasi untuk belajar semasa PdP,
 tidak membawa buku dan kelengkapan alat tulis yang
cukup telah mendorong mereka untuk tidak mencatat nota
dan tidak membuat latihan, dan
 berbuat bising dan kerap keluar kelas untuk ke tandas.

iii. Segelintir murid menghadapi keadaan, ‘kawalan ibu bapa jarak
jauh’ yang unik akibat oleh ibu bapa bekerja di Brunei Darul
Salam. Oleh itu, sepanjang tempoh Isnin sehingga ke hari
Jumaat, anak-anak ditinggalkan tanpa pengawasan ibu bapa
(weekend parents).Ada kalanya rumah murid berkenaan
dijadikan tempat murid-murid bermasalah melepak dan
ponteng sekolah. Apabila gejala sosial dan masalah disiplin
timbul, ibu bapa jarang dapat dihubungi, maka tanggungjawab
seliaan sama ada di dalam dan di luar sekolah dan langkah
intervensi akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada
pihak sekolah. Langkah yang diambil oleh pihak sekolah ialah
menarik minat murid untuk kembali ke halaman sekolah
selepas/sebelum waktu sekolah meskipun sekolah menghadapi
kemungkinan gangguan perjalanan sekolah dua sesi.
Kedatangan mereka dialu-alukan untuk mengisi masa lapang
dengan kerja amal, mengambil bahagian dalam aktiviti
sukan/riadah atau datang untuk mengurus kerja sekolah
masing-masing. Semua ini diawasi oleh guru penasihat
program/aktiviti berkenaan. Langkah ini dapat mengelakkan

M u k a S u r a t | 229

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

mereka daripada terlibat dengan gejala sosial di luar kawasan
sekolah. Semua penglibatan dalam sukan dan kerja amal murid
akan diberi markah oleh guru yang bertanggungjawab atas
projek tersebut.

iv. Pencapaian akademik yang rendah dalam PMR (55.5% pada
1999) dan SPM (66.8% pada 1999) dijadikan titik permulaan
(TOV - Take-off value) bagi program peningkatan akademik
seterusnya. Untuk memberikan galakan atas usaha murid,
maka setiap peningkatan dalam setiap mata pelajaran akan
diberi ganjaran markah bonus yang sewajarnya.

v. Masalah membaca dan mengira boleh menjejaskan kemajuan
murid untuk mengikut pelajaran seterusnya. Sehubungan
dengan itu, strategi intervensi awal untuk mengatasi isu
keupayaan murid untuk belajar dan diajar dilaksanakan dengan
dua cara:

 bermula dari waktu pendaftaran murid ke sekolah
berdasarkan input data dan maklumat tentang prestasi
akademik, kokurikulum, keperluan kebajikan biasiswa
dan tahap kesihatan bagi setiap murid yang diberikan
oleh Guru Besar atau/dan Penolong Kanan HEM Sekolah
Rendah asal (feeder schools) semasa mesyuarat
permuafakatan feeder schools bersama pihak pengurusan
SMK Riam yang terdiri daripada Pengetua, semua
Penolong Kanan dan kaunselor pada bulan September
setiap tahun. Secara amnya, setiap tahun didapati ada
lebih kurang 10% kemasukan murid Tingkatan 1 dan
Kelas Peralihan mengalami masalah 3M (menulis,
membaca dan mengira) yang perlu dipulihkan melalui

M u k a S u r a t | 230

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

beberapa program seperti PROBIM (Program Bimbingan
Matematik), Program Pemulihan Menulis dan Membaca,
dan self-accesslearning untuk BI.
 Pendedahan murid Tahun 6 dari feeder schools ke alam
Sekolah Menengah semasa lawatan suai kenal di
pertengahan tahun sebelum mereka melangkah ke SMK
Riam juga banyak membantu dari segi persediaan mental
dan emosi mereka tentang expectation kita. Beberapa
aktiviti motivasi dan pengenalan ke alam Sekolah
Menengah dilaksanakan dengan jayanya. Maklum balas
yang diterima berkaitan perkara tersebut amat membantu
pihak sekolah dalam usaha membantu mereka bagi
kemasukan ke Tingkatan 1. Semua usaha ini membantu
meminimumkan gangguan MMI pada peringkat awal
tahun persekolahan.

vi. Penglibatan dalam kokurikulum sekolah yang tidak berfokus
dan sikap kurang minat murid kepada aktiviti ini telah
menyebabkan pencapaian murid yang agak sederhana.
Daripada keputusan analisis SWOT, kekuatan fizikal murid
yang kerap bertumbuk dan merosakkan harta benda sekolah
diambil kira untuk disalurkan sebagai tenaga yang berfokus
untuk memajukan sukan seperti angkat berat (Kebitaran
sekolah), archery dan fencing. Penglibatan dalam sukan juga
mesti disokong oleh tahap disiplin yang memuaskan (contoh,
dari segi kehadiran ke sekolah). Kewujudan usaha kendiri
murid yang positif dalam meningkatkan prestasi akademik
sesuai dengan pencapaian TOV murid berkenaan juga diambil
kira. Oleh itu, kesinambungan penglibatan sukan yang diminati
oleh seseorang murid bergantung kepada usahanya untuk
mengatasi kelemahan disiplin (sahsiah) dan akademik sepadan
M u k a S u r a t | 231

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

dengan keupayaannya. Pendekatan carrot and less stick
sebegini amat berkesan di sekolah ini. Lebih-lebih lagi apabila
setiap peningkatan positif, tanpa mengambil kira magnitudnya,
direkodkan dan diberi markah bonus yang sewajarnya.

vii. Waktu pertukaran antara sesi pagi dengan sesi petang boleh
menimbulkan masalah gangguan MMI pada waktu ketujuh dan
kelapan yang terakhir bagi sesi pagi. Hal ini,
mengakibatkankebisingan melampau oleh 1000 orang murid
sesi petang yang resah menunggu giliran untuk masuk ke
kelas. Keadaan ini telah menimbulkan peluang untuk
menyelesaikan masalah ‘mencari masa’ untuk program
membaca (NILAM) bagi murid sesi petang. Mulai pertengahan
tahun 2000, semua murid sesi petang diwajibkan duduk di
ruang legar untuk menjalankan program NILAM dari jam
11.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari sebelum dibenarkan
berbaris dengan disiplin tinggi apabila masuk ke kelas masing-
masing selepas loceng tamat sesi pagi dibunyikan.
Penyelesaian kreatif yang dilakukan oleh panitia bahasa telah
berjaya menyelesaikan empat perkara, iaitu
 gangguan MMI bagi sesi pagi dapat diatasi dengan
kaedah win-win situation bagi murid kedua-dua sesi,
 persediaan minda yang positif bagi murid sesi petang
sebelum sesi PDP bermula,
 program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) ini telah
berjaya menyediakan ruang dan peluang untuk setiap
murid sesi petang membaca buku 5 jam seminggu.
Hasilnya pinjaman buku perpustakaan meningkat. Usaha
ini dilihat sebagai antara aspek yang membantu SMK
Riam dinobatkan sebagai Johan Anugerah Pusat Sumber

M u k a S u r a t | 232

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Cemerlang peringkat Kebangsaan 2004. Budaya
membaca juga telah menimbulkan kesan positif kepada
pencapaian akademik murid.
 setiap buku yang dibaca direkodkan dan diberikan
markah bonus sebagai pengiktirafan atas usaha positif.

b) Kumpulan sasaran kedua: Guru

i. Keupayaan guru untuk menghadapi murid yang mempunyai
berbagai-bagai masalah disiplin dan tahap kecerdasan intelek
yang berbeza perlu dipertingkatkan. Oleh itu, guru harus
melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu dan kemahiran yang
terkini melalui kursus luar dan juga latihan dalaman berasaskan
sekolah. SMK Riam telah melaksanakan program TOT
berasaskan sekolah untuk membantu guru mengembangkan
kemahiran yang diperlukan.

ii. Tahap motivasi guru adalah rendah untuk mengajar murid-
murid sebegini dan amat mencabar sekali. Moral guru juga
tergugat apabila masyarakat sekeliling dan sekolah lain
memandang rendah akan pencapaian sekolah ini. Beberapa
ceramah motivasi dan peningkatan imej diri telah
dilaksanakan. Namun begitu, faktor pendorong utama ialah
kata-kata semangat yang bernas dan penghargaan yang
berterusan daripada Pengetua sehingga boleh memberikan
impak kepada guru. Pengukuhan positif daripada pentadbir
sekolah mampu meningkatkan kepercayaan akan keupayaan
diri guru-guru dan staf untuk membantu murid dengan lebih
komited lagi.

M u k a S u r a t | 233

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

iii. Kurang pergaulan/perjumpaan profesional (professional
bonding) dengan rakan-rakan guru dari sekolah lain telah
menghasilkan lompang komunikasi profesional untuk
perkembangan diri. Kekurangan ini telah diatasi dengan
mengadakan beberapa aktiviti seperti yang berikut:
 Lawatan sambil belajar penandaarasan (Bench marking)
ke sekolah-sekolah berdekatan yang berjaya seperti SMK
Chung Hua, Miri (Sekolah Harapan Negara) dan SMK St
Joseph, Miri yang terkenal dengan prestasi akademik
yang cemerlang.
 Lawatan guru-guru 3K dan staf sokongan untuk melihat
landskap Hotel Marriot dan Hotel Holiday Inn, Miri.
 Lawatan guru-guru dan murid ke Taman Awan dan
Pejabat Perbandaran Miri (Miri Municipal Council) untuk
mempelajari teknik membuat landskap yang menarik.
 Lawatan guru-guru dan murid ke Perpustakaan Awam
Miri untuk mempelajari pengurusan perpustakaan yang
berkesan.

CADANGAN TINDAKAN/PENYELESAIAN

Setelah environmental scanning dilaksanakan, didapati perubahan warga
sekolah itu sendiri. Maka dua program berikut diguna pakai untuk mengatasi
cabaran yang dihadapi oleh sekolah:

1. Program Permata Bonus untuk murid

Program Permata Bonus (PPB) dilaksanakan untuk menyokong dan
memperkukuh kejayaan program dan aktiviti yang lain dengan

M u k a S u r a t | 234

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

memberikan galakan yang berterusan atas penglibatan murid secara
positif.

a) Pengenalan PBB

Tujuan utama PPB adalah untuk menyediakan suatu instrumen yang
mesra murid (Student friendly) yang boleh menggalakkan
pembangunan kemenjadian (keberhasilan) murid secara holistik
yang merangkumi perkembangan/peningkatan dalam aspek sahsiah,
disiplin, akademik, dan kokurikulum sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Setiap tingkah laku dan perubahan positif
akan diberi markah bonus yang menjurus ke arah Lencana Bintang
Permata Bonus seperti yang berikut:

LENCANA JUMLAH MATA MERIT
DELIMA TERKUMPUL
100 – 149
NILAM
150 – 249
ZAMRUD
250 – 349
INTAN
350 – 499
BERLIAN
500 KE ATAS
“Wings of Excellence"

Jadual menunjukkan pemarkahan Lencana Bintang Permata Bonus:

Bagi setiap aspek peningkatan atau sebaliknya, markah bonus atau
demerit ditetapkan oleh Jawatankuasa PPB seperti terdapat dalam
kad PPB murid. Berikut ialah contoh pemberian markah bonus
untuk kategori disiplin dan akademik:

M u k a S u r a t | 235

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Kategori Gerak Laku Mata Tindakan
Bonus
Disiplin 1. Bersifat jujur 3 – 10 Guru
3–5 Berkenaan
2. Menampakkan perubahan
positif dalam kelakuan 3–5 Guru
mereka 2–5 Berkenaan
10
3. Berkelakuan terbaik dalam Guru
sesebuah kelas / kumpulan 5 Berkenaan

4. Bersopan santun / beradab 3 – 10 Guru
3–5 Berkenaan
5. Kehadiran penuh ke sekolah 5, 4, 3
bagi setiap bulan 2–5 Guru
Tingkatan
6. Kehadiran penuh semua 5
murid sesuatu kelas bagi Guru
setiap bulan 10 Tingkatan

Akademik 1. Penglibatan aktif dalam 10 Guru Mata
proses PdP Pelajaran

2. Pencapaian cemerlang Guru
Tingkatan
dalam ujian / peperiksaan
Guru
3. Kedudukan 1, 2, 3 Tingkatan
Guru Mata
4. Menunjukkan kemajuan Pelajaran
yang ketara dalam akademik
Guru
5. Mendapat tempat 1-10 di Tingkatan
peringkat tingkatan semasa
peperiksaan. Guru
Tingkatan
6. Mendapat keputusan
Guru BM &
cemerlang dalam BI

peperiksaan awam.

7. Program Nilam-pelajar yang
membaca 18 buah buku atau
lebih dalam setahun.

M u k a S u r a t | 236

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

b) Jawatankuasa PPB SMK Riam, Miri, terdiri daripada:

Penasihat : Pengetua
Pengerusi : GPK HEM
Naib Pengerusi : Semua GPK yang lain
Penyelaras : Kaunselor
Setiausaha : Guru Disiplin
Bendahari : Ketua Kerani
Guru Penyelaras Tingkatan : Guru Tingkatan yang dipilih

c) Cara pemberian markah bonus dan demerit adalah seperti yang
ditunjukkan dalam carta alir berikut:

Carta alir pemberian markah PPB

MURID

BAIK LAKU & SALAH LAKU
PERUBAHAN POSITIF

BONUS DEMERIT
TINDAKAN
SIJIL JUARA BULANAN/ AMARAN OLEH WALI KELAS
MENERIMA LENCANA SURAT AMARAN ( 1, 2 DAN 3)
KERJA AMAL/TINDAKAN
BONUS 100: DELIMA DISIPLIN
200: NILAM KAUNSELING
300: ZAMRUD
400: INTAN PERUBAHAN POSITIF
500: BERLIAN

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG &
JUARA KELAS SISTEM BONUS

d) Aplikasi
i. Setiap kelas mempunyai satu fail yang mengandungi kad PPB
berwarna hijau bagi setiap murid untuk tujuan merekodkan
markah bonus dan demerit.

M u k a S u r a t | 237

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

ii. Fail-fail ini disimpan di luar bilik GPK HEM supaya semua
guru dapat akses dengan mudah untuk mencatat markah pada
bila-bila masa yang diperlukan.

iii. Pemberian markah dibuat melalui borang bonus/demerit yang
berbeza dan diserahkan kepada guru tingkatan berkenaan.

iv. Guru Tingkatan akan mengemas kini jumlah markah sekali
sebulan mengikut jadual yang telah ditetapkan dalam takwim
sekolah seperti contoh berikut:

Masa bersama Guru
Tingkatan

(Pengurusan Kelas
& Bonus)

e) Penghargaan Bulanan
i. Seseorang murid yang mencatat markah tertinggi bagi setiap
tingkatan akan dipilih sebagai juara bulanan untuk menerima
sijil penghargaan semasa perhimpunan sekolah. Gambar murid
berkenaan juga akan dipamerkan pada Papan Notis Induk PPB
sepanjang bulan itu.
ii. Setiap bulan sebuah kelas yang mengutip markah bonus
tertinggi dinobatkan sebagai Juara Bulanan dan menerima
plaque pusingan PPB yang akan dipamerkan di kelas tersebut.

M u k a S u r a t | 238

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

iii. Setiap murid yang mencapai markah tertentu akan menerima
pengiktirafan kurniaan Lencana Bintang Permata Bonus
mengikut kategori Delima, Nilam, Zamrud, Intan, dan Berlian
(Bintang Tertinggi).

f) Penghargaan Tahunan
i. Guru Tingkatan dan kelas yang mengumpulkan markah
Permata Bonus yang tertinggibagi tahun berkenaan akan
menerima hadiah istimewa pada majlis penyampaian Anugerah
Pelajar Cemerlang di hujung tahun.
ii. Gambar penerima Lencana PPB tertinggi akan dicetak di
belakang buku latihan sekolah dengan kerjasama koperasi
sekolah. Dengan cara ini, penghargaan dan pengiktirafan
kepada murid yang mencapai jumlah markah bonus yang
cemerlang dipamerkan sepanjang tahun berikutnya di kulit
buku latihan sekolah seperti contoh di bawah:

M u k a S u r a t | 239

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

g) Impak PPB

i. Kesan positif dapat dilihat dengan penurunan kadar ponteng

dalam kalangan murid. Apabila kadar ponteng telah menurun,

kadar keciciran murid juga turut menurun seperti ditunjukkan

oleh gambar rajah di bawah:

Statistik Keciciran Murid
Tahun 2000-2004

25 21
31

20

15 14
8 13 12

10 9 Lelaki
Perempuan
6
4

5

1

0
2000 2001 2002 2003 2004

ii. Apabila kadar penerima Lencana Bintang Permata Bonus
meningkat (gambar rajah A), kadar salah laku menjadi
berkurangan (gambar rajah B) bagi tempoh masa yang sama.
Hal ini membuktikan, apabila keberhasilan murid digalakkan
meningkat secara pengukuhan positif, kejadian salah laku dan
kelakuan tidak baik akan menurun.

M u k a S u r a t | 240

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

Gambar Rajah A: menunjukkan peningkatan penerima Lencana Bintang
Permata Bonus pada 2000 – Jun 2005

600

Bilangan Permata Bonus500 34.8% 439 37.7% 45.6%
(Jum=452)
(Jum=593) 69.9%
400

300 (Jum=490) 271 (Jum:813)
264 (Jum:666)
261 256

200 3.2% 201 193 208
(Jum=42)
23 167 118 138 137
100 50 117

41 31 72 65

10 12 30
10
0 5

2000 2001 2002 2003 2004 Jun-
05
DELIMA NILAM ZAMRUD INTAN BERLIAN

Gambar Rajah B: menunjukkan penurunan salah laku pada 2000-Jun 2005

Bilangan Salah Laku Murid
dari Tahun 2001 – Jun 2005

250 163

248

200

150 118 99

100 53

50

0 2002 2003 2004 Jun-05
2001 Tahun Bilangan salah laku

M u k a S u r a t | 241

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar, dan Murid Belajar

h) Penglibatan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum sangat aktif
dan telah mencapai sehingga ke peringkat antarabangsa, contohnya,
acara Angkat Berat. Kolaborasi dengan Majlis Sukan Negara
cawangan Miri dalam membangunkan sukan seperti angkat berat,
archery dan fencing telah mengharumkan nama sekolah khasnya,
negeri, dan negara amnya. Pengiktirafan dan kepercayaan yang
diberi oleh sekolah telah dapat mendorong murid untuk
mengetepikan sifat kenakalan mereka sebaliknya aktif melibatkan
diri mereka dalam aktiviti sukan. Perubahan sahsiah dan tahap
disiplin dalam kalangan murid yang aktif dalam sukan amat ketara.

i) Permasalahan disiplin berat seperti mabuk, bergaduh, dan
vandalisme sudah dapat diatasi mulai tahun 2003.

MURID-MURID YANG MENERIMA
SIJIL DAN BINTANG

M u k a S u r a t | 242


Click to View FlipBook Version