The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by qaiicaraaa, 2021-04-20 04:58:17

TOKOH PEMIMPIN JOHOR

TOKOH PEMIMPIN JOHOR

TOKOH PEMIMPIN
JOHOR

DATO’ ONN JAAFAR

DISEDIAKAN OLEH:
PUTERI DAMIA QAISARA

BINTI ROZAINUDIN

BIODATA PESERTA

Nama : PUTERI DAMIA QAISARA BT
ROZAINUDIN
Kelas : 6 UKM
E-mel : [email protected]
Sekolah : SK TAMAN BUKIT DAHLIA
Alamat Sekolah : Persiaran Dahlia 1, Taman
Bukit Dahlia, 81700 Pasir Gudang, Johor

1.0 PENDAHULUAN

Dato' On Jaafar adalah lagenda bangsa Melayu. Jasanya meniupkan semangat nasionalisme
kepada orang-orang Melayu tidak sesekall luput di ingatan dan masih segar terpahat di
sanubari rakyat Malaysia. Mantan Menteri Besar Johor ini, merupakan pengasas dan Yang
Di Pertua pertama UMNO, peneraju utama gerakan untuk menentang dan mengalahkan
Malayan Union dan tokoh pelopor dan pemangkin perpaduan dan kerjasama antara kam di
Malaysia.
Namun, apakah perjuangan seseorang tokoh politk wajar dinilai apabila berjaya memegang
tampuk kekuasaan negara? Mungkin beliau tidak meninggalkan harta pusaka yang
merupakan
kebendaan yang dapat dilihat dengan mata kasar. Idea kepimpinan dan ind perjuangan
yang terus relevan dan menjadi ikutan dan petunjuk generasi akan datang merupakan
warisan yang amat berbarga dan ådak ternilai harganya.
Hidup Melayze' merupakan cogan kata yang dilaungan oleh Dato' Onn Jaafar. Dengan
cogan kata ini "orang Melayu akan memelihara semangat, maruah serta kesopanan bangsa
kita berkerdik tanah air dan bangsa kita terselamuut kuat bagi memuoate ceciban yang
menyebabkan kebiruusaan 20 terhapusnya Bangsa Putken daripada ucapan Dato' Onn
Jaafar, Utusan Melayu, 25 Mac 1946.

2.0 BIODATA TOKOH

Beliau dilahirkan di Bukir Gambir, Johor Bahru. Keluarga Dato' Onn Jaafar merupakan
antara keluarga yang paling berpengaruh di Johor semenjak lewat abad ke 19 dan
sehinggalah ke hari ini. Ayahanda beliau, Allahyarham Dato' Jaafar Haji Mohamed
(1838-1919) merupakan Menteri Besar Johor pertama dan pengasas sistem pentadbiran
Kerajaan Johor, seperti mana yang wujud sehingga hari ini. Ayahanda beliau berbangsa
Melayu dari keturunan Bugis dan berusal dari Daik. Beliau dilahirkan pada tahun 1838
di Teluk Belanga, Singapura dan mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu dan
Inggeris. Beliau adalah berketurunan Bendahara Paduka Raja Johor dan Bendahara
Kerajaan Melaka. Ibu Dato Onn Jaafa bernama Hanim Rogayah Arang wanita Timor
Dekat berketurunan Turki. Beliau mempunyai 15 orang adik beradik lelaki dan
perempuan seibu sebapa, sebapa dan juga seibu sahaja.
Dato Onn Jaafar telah dipelihara oleh Sultan Ibrahim sejak daripada keal lagi. Beliau
merupakan anak angkat kepada sultan Beliau telah diasuh oleh seorang wanita Inggeris
di Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajaran ke England bersama-sama tiga orang
putera Sultan Ibrahim iaitu Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku
Ahmad. Pada tahun 1903. Beliau telah melanjutkan

3.0 PENDIDIKAN TOKOH

MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR

pelajaran di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England. Dia ke sana adalah
sebagai pengiring puteraputera Sultan Johor.
Dato' Onn Jaafar mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya
di England. Beliau belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris yang menjaga
beliau ketika menjadi anak angkat Sultan Ibrahim Pada tahun 1903. beliau telah
melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Alderbury Lodge di Suffolk, England. Dato
Onn meneruskan lagi pelajarannya setelah pulang ke tanah air pada (1910-19113 di
Makub Melayu Kuala Kangsar. Setelah tamat pengajian, beliau pulang ke Johor
Bahru dan berkhidmat dengan kerajaan Johor sebagai kerani sambilan di Pejabat
Perkhidmatan Pos

4.0 KERJAYA TOKOH

KERJAYA AWAL DATO ONN JAAFAR
Dato' On Jaafar mula berjinak-jinak dengan dunia kewartawanan bermula daripada minat dan kebolehan
beliau dalam bidang penulisan. Beliau mengambil peluang baik ini apabila beliau diberi kepercayaan
menyumbangkan sebuah rencana oleh sebuah syarikat akhbar iaitu Syarikat Akhbar Percetakan Singapura
dan akhirnya ditawarkan sebagai penulis tetap pada tahun 1930 ketika beliau berusia 35 tahun.
Dato' Onn Jaafar menggunakan sepenuhnya kesempatan ini untuk mencurahkan isi hati dan
ketidakpuasan diri beliau terhadap Sultan Johor. Beliau menganggap Sultan Johor bedan tidak mesikap
boros dan tidak mempedulikan nasib rakyat jelata. Beliau juga pemah mengkritik Sultan Johor kerana
memaksa Askar Timbalan Setia membuat kerja-kerja buruh seperti buruh paksa untuk kepentingan
perladangan milik peribadi Sultan.
Kelancangan dan keberanian beliau mendapat liputan meluas dari akhbar-akhbar lain. Dato' Onn mula
dikenali dan popular dengan cepat. Latar belakang beliau juga diketahui dan banyak penulis dan
masyarakat pembaca Melayu menyukai tulisan yang berani seperti tulisan Dato'Onn. Di samping itu.
beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun,
Dato Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.

4.1 KERJAYA TOKOH

KERJAYA POLITIK DATOLONN JAAFAR
Kepimpian Dato' Onn terserlah apabila beliau dilantik khas menjadi pegawai daerah Batu Pahat
bagi menghentikan persengketaan kaum antara orang Melayu dengan orang Cina Majoriti orang
Cina Batu Pahat telah menyertai MPAJA ketika zaman Jepun kerana penindasan tentera Jepun
terhadap orang Cina. Setelah tentera Jepun menyerah kalah, mereka menjadi komunis dan telah
menzalimi dan menganiayai orang Melayu.
Orang Melayu telah bersatu dan menubuhkan tentera Selimpang Merah yang diketuai oleh Kiai
Salleh dan membalas serangan-serangan orang Cina. Dalam masa yang singkat beribu orang
Cina terbunuh. Apabila sultan menerima laporan dan bantuan perlindungan dari saudagar Cina
dari Batu Pahat, Dato'Onn telah dititah menyelesaikan persengketaan itu.
Dato' Onn telah berjaya memujuk angkatan kumpulan Selimpang Merah yang diketui oleh Kiai
Salleh agar menghentikan serangan dan berdamai. Ketika Inggeris kembali ke Tanah Melayu
dengan idea pemerintahan Malayan Union yang melenyapkan keistimewaan dan hak-hak orang
Melayu Dato' Onn segera menubuhkan Kesatuan Melayu Semenanjung Johor yang akhirnya
berjaya men yatupadukan persatuan dan kesatuan Melayu seluruh Tanah Melayu bagi
menghalang pencabulan Inggeris dan menentang Malayan Union.
Beberapa persidangan dan kongres telah diadakan dan di Kongres Melayu di Johor Bahru pada
11 Mei 1946 UMNO dengan rasminya telah ditubuhkan Dato' Onn telah dilantik menjadi Yang
DiPertua Melalui UMNO. beliau menyusun strategi dan aktiviti menentang Malayan Union
sehinggga Inggeris terpaksa membubarkan penubuhan Malayan Union pada 1 Februari 1948
dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.

5.0 SUMBANGAN TOKOH

5.1 MENYERU ORANG MELAYU BERSATU PADU DAN MENUMPASKAN
MALAYAN UNION
Peentangan orang Melayu terhadap Malayan Union boleh dibahagikan kepada dua peringkat yang
utama iaitu secara individu dan secara kolektif dan teratur pada peringkat pertama pelbagai
penentangan telah dilakukan antaranya melalui akhbar-akhbar telah memainkan peranan penting dalam
membangkitkan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union. Akhbar-akhbar telah
mendedahkan keburukan dan kerugian yang akan dialami oleh orang Melayu jika Malayan Union
dilaksanakan.
Orang Melayu telah diseru supaya bersatu dalam usaha menentang Malayan Union dan diseru supaya
memulihkan pertubuhan yang telah wujud dan menubuhkan pertubuhan baru. Pertubuhanpertubuhan
ini perlu digabungkan bagi menguatkan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union. Berita
tentang penentangan orang Melayu dimuatkan dalam akhbar untuk pengetahuan orangorang Melayu di
seluruh Tanah Melayu. Di antara akhbar-akhbar tersebut ialah Utusan Melayu. Warta Negara. Majlis
dan Pelita Malaya.
Dato' Onn Jaafar telah membakar semangat orang Melayu dengan menyeru orang Melayu agar bersatu
padu menentang Malayan Union Beliau banyak menulis rencana menyedarkan rakyat bahawa misi
sebenar Malayan Union tidaklah seperti yang dijanjikan oleh pihak British. Beliau menggunakan
akhbar sebagai wadah menyampaikan maklumat berkenaan tujuan penubuhan Malayan Union dan
menggesa orang Melayu menentang Malayan Union secara terbuka
Pada 4 April 1946. petikan daripada ucapan Dato' Onn Jaafar yang disiarkan di dalam akhbar Majlis.
Antaranya ialah: "Barang siapa di antara orang-orang Melayu yang menyertai Malayan Union tiada
diakui Melayu".

6.0 NILAI KEPIMPINAN
YANG BOLEH DICONTOHI

Kejayaa Dato' Onn Jaafar dalam usaha membebakan negara dari penjajah dan menyatupadukan
rakyat menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang berkaliber. Antara mlai-
nilai kepimpinan Dato' Onn Jaafar yang boleh di terapkan dalam diri generasi sekarang ialah nilai
bertanggunjawab. Untuk menjadi seorang pemimpin, nilai bertanggunjawab merupakan mlai yang
paling utama yang perlu diterapkan dan di amalkan oleh seseorang pemimpin Tanpa nilai
tanggunjawab seseorang pemimpin tidak akan dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan
amanah dan betul. Sebagai contoh, Dato' Onn bertanggunjawab terhadap keluarga dan negaranya.
Beliau sanggup mengahwini balu adiknya dan beliau turut bertanggunjawab
memimpin rakyat jelata untuk menuntut kemerdekaan.
Selain itu, Dato' Onn Jaafar sentiasa mengamalkan nilai muafakat bagi menyatupadukan rakyat
Contohnya, Dato' Onn telah mengaturkan pertemuan dengan pelbagai pihak untuk
menyatupadukan mereka derni menuntut kemerdekaan. Sebagai seorang pernimpin, nilai muafakat
perlu sentiasa diamalkan semasa membuat sesuatu keputusan kerana negara kita terdiri daripada
berbilang bangsa dan kaumn. Hal ini kerana, permuafakatan masyarakat penting bagi memastikan
perpaduan sentiasa kukuh supaya keharmonian hidup rakyat berbilang kaum dan agama negara ini
terpelihara dengan baik.
Selanjutnya, nilai kepimpinan yang dapat di contohi dari Dato Onn Jaafar ialah nilai taat kepada
kedua ibu bapa. Nilai ini dapat dilihat apabila ikatan perkahwinan antara Dato Onn dan Cik Kah
tidak bertahan larna disebabkan tidak mendapat restu dari keluarga. Sebagai seorang anak, lata
perlulah sentiasa menghormati dan taat akan kedua ibu bapa. Hal ini kerana, setiap apa yang
dilakukan oleh kita perlulah sentiasa mendapat restu dari ibu bapa untuk terus berjaya.
Akhir sekali, nilai kerimpinan yang boleh dicontohi ialah nilai bersatu padu. Contohnya, Dato' Onn
mencegah sama sekali perbalahan dalarn kalangan rakyat. Nilai ini perlu diterapkan bagi menjaga
keharmonian dan perpaduan dalarn kalangan rakyat di negara kita Tuntasnya, terdapat banyak nilai
kepirrpinan yang boleh dicontohi dari Dato' Onn Jaafar untuk diterapkan ke dalarn diri generasi
sekarang untuk menjadi pernirpin yang berkaliber, baik dan cemerlang untuk generasi akan datang.

7.0 PENUTUP

Jasa Dato' Onn yang paling besar kepada bangsa dan nusa yang tidak akan dilupa zaman, ialah
kejayaannya menyatupadukan seluruh umat Melayu ketika Tanah Melayu dilanda oleh malapetaka
politik yang paling besar pemah menimpa bangsa Melayu. Beliau membina landasan untuk mereka
meneruskan perjuangan ke arah kemerdekaan akhirnya. Beliau berhasil mengubah semangat dan
konsep perjuangan kebangsaan daripada "Hidup Meayu kepada "Merdeka".
Dato' Onn menaja RIDA (sekarang MARA) untk membuka peluang perdagangan dan perusahaan
orang Melayu yang tertutup sepanjang masa yang Tanah Melayu dikuasai oleh penjajah. Beliau
menyedari kelemahan orang Melayu dalam lapangan ekonomi tetapi beliau yakin sepenuhnya bahawa
kedudukan politik tidak boleh kekal dengan lebih kuat jika keadaan ekonomi lemah atau pincang
dalam sebuah negara merdeka yang moden. Nasib ekonomi orang Melayu pada masa hadapan
bergantung kepada jaya atau tidaknya MARA melaksanakn rancangannya; meninggikan taraf hidup
bangsa Melayu.
Dato' Onn berjaya mendapatkan sokongan rakyat dan pemerintah untuk mewujudkan satu dasar negara
yang menjadikan bahasa Melayu bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan. Ini adalah satu sumbangan
yang paling besar Dato' Onn kepada negara dalam kempen kerajaan Tun Abdul Razak
menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum, kepercayaan serta kebudayaan.""
Sesebuah bangsa berhak menentukan nasib bangsa mereka sendiri namun perlu pengisian rohani. ilmu
yang tinggi dan jiwa yang kental dengan semangat bangsa masing-masing. Kita sebagai pewaris
bangsa Melayu haruslah menjadikan gaya pemikiran dan hala tuju beliau untuk membentuk generasi
akan datang agar tidak hilang Melayu di dunia dengan 'kemelayuan' yang penuh dengan kesopanan
adat resam dan tradisi yang sentiasa terpelihara dengan jenama Melayu.

8.0 SUMBER RUJUKAN

1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar
2. https://pekhabar.com/kelahiran-dato-onn-jaafar/
3. http://tokohsejarahmalaysia-2a1.blogspot.com/2011/07/dato-onn-jaafar.html
4. http://penatokoh.blogspot.com/2014/01/tokoh-dato-onn-jaafar.html
5. http://nazeraezzatimohdazmi.blogspot.com/2016/09/pengajian-malaysia-

sumbangan-tokoh.html

Sekian, Terima Kasih


Click to View FlipBook Version