The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norul Ashikin Abu Kasim, 2021-11-15 03:07:03

Dasar Pembangunan Pengajian Akademik

Dasar Pembangunan Pengajian Akademik

CETAKAN PERTAMA 2021
@Hak Cipta Bahagian Pendidikan Tinggi MARA
Dokumen ini bukan untuk bacaan dan rujukan umum. Oleh itu tidak dibenarkan mengeluar
ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan dokumen ini dalam sebarang
bentuk dan melalui sebarang cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman
atau sebarang bentuk penyimpanan maklumat dan sistem menyalin, sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi, Majlis Amanah Rakyat.

Dasar Pengajian Akademik KPM / KM
Bahagian Pendidikan Tinggi MARA
Ibu Pejabat MARA
21, Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur
Tel : 03 - 2613 4075 / 03 - 2613 4076
Faks : 03 - 2691 5219

i

PRAKATA
PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGI MARA
Syukur ke hadrat Allah swt atas limpah kurnia-Nya Dasar Pengajian Akademik KPM/KM dapat
disempurnakan bagi merealisasikan objektifnya iaitu sebagai panduan dalam pelaksanaan
dan pengurusan akademik di Kolej Profesional MARA dan Kolej MARA.
Dasar ini diterbitkan sebagai sumber maklumat dan panduan kepada semua pihak yang
terlibat supaya dapat menjana keberkesanan serta lebih sistematik dalam setiap usaha dan
tindakan agar selari dengan tujuan dan matlamat penawaran program pengajian Bahagian
Pendidikan Tinggi MARA.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung memberikan komitmen dalam penghasilan dasar ini. Semoga segala usaha
murni ini akan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh semua pihak bagi menjamin kualiti
program pengajian yang ditawarkan.

DR HAMZAN BIN OMAR
Pengarah
Bahagian Pendidikan Tinggi
MARA

ii

KANDUNGAN MUKA SURAT

PRAKATA 1

SENARAI RAJAH 1
1
SENARAI JADUAL 3
3
SINGKATAN 4
6
BAB 1 PEMBENTUKAN KURIKULUM 7
8
1.1 Pengenalan
1.2 Reka Bentuk Kurikulum
1.3 Hasil Pembelajaran Program
1.4 Komponen Program
1.5 Tempoh dan Kaedah Pengajian
1.6 Penetapan Nilai Kredit dan Kod Kursus Program
1.7 Penetapan Kod Kursus
1.8 Pentauliahan Lain

BAB 2 PENYAMPAIAN KURIKULUM 9
2.1 Pengenalan 9
2.2 Pendidikan Berasakan Hasil 9
2.3 Penjajaran Konstruktif 10
2.4 Domain Taksonomi Pembelajaran 12
2.5 Kitaran Penyampaian Kurikulum 13
2.6 Kaedah Penyampaian Semasa PdP 14

BAB 3 PEMBANGUNAN PROGRAM BAHARU 16
16
3.1 Pengenalan 16
3.2 Proses Pengenalan Program Baharu 18
3.3 Proses Permohonan Program Baharu

BAB 4 SEMAKAN KURIKULUM 21

4.1 Pengenalan 21
4.2 Komponen Semakan 21
4.3 Keperluan Semakan Kurikulum 22
4.4 Permohonan Semakan Kurikulum oleh Kolej 23
4.5 Hasil Semakan Kurikulum 27

BAB 5 PENTAKSIRAN & PENSIJILAN 28
5.1 Pengenalan 28
5.2 Pentaksiran 28
5.3 Konsep 29
5.4 Penggunaan Model Taksonomi Bloom dalam Penilaian 29
5.5 Ciri-ciri Utama Penilaian 30
5.6 Pentadbiran Peperiksaan 31
5.7 Proses Penilaian 33

iii

5.8 Kaedah Penetapan Tempoh Masa Peperiksaan Akhir 35
5.9 Proses Penyediaan Penilaian 35
5.10 Penggubalan Item 39
5.11 Semakan Item 40
5.12 Analisis Item 40
5.13 Kawalan Mutu – Formatting & SOP 41
5.14 Pemeriksa Luar 41
5.15 Penganugerahan Diploma / Sijil Profesional 42
5.16 Arahan Dan Peraturan 42
5.17 Unit Peperiksaan KPM / KM / BPT 42
5.18 Akta Kerahsiaan 43

BAB 6 JAMINAN KUALITI AKADEMIK 44
6.1 Pengenalan 44
6.2 Jaminan Kualiti 44
6.3 Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI) 45
6.4 Unit Jaminan Kualiti 46
6.5 Pemantauan Dan Penyemakan Program (PMR) 48

RUJUKAN
LAMPIRAN

iv

SENARAI RAJAH

Rajah 1.1 Kitaran reka bentuk kurikulum
Rajah 2.1 Konsep pelaksanaan OBE
Rajah 2.2 Domain taksonomi pembelajaran
Rajah 2.3 Kitaran penyampaian kurikulum
Rajah 3.1 Carta alir proses permohonan program akademik baharu
Rajah 4.1 Faktor keperluan semakan kurikulum
Rajah 4.2 Carta alir permohonan semakan kurikulum
Rajah 4.3 Carta alir proses semakan kurikulum
Rajah 4.4 Kategori hasil semakan kurikulum
Rajah 5.1 Hubungkait antara pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran
Rajah 5.2 Ciri-ciri utama penilaian
Rajah 5.3 Carta Organisasi Jawatankuasa Akademik Kolej
Rajah 5.4 Carta Organisasi Jawatankuasa Senat Peringkat BPT
Rajah 5.5 Garis masa dan proses penyediaan soalan peperiksaan akhir di KPM
Rajah 5.6 Garis masa dan proses penyediaan soalan peperiksaan akhir di KM
Rajah 6.1 Kitaran Plan - Do - Check - Act
Rajah 6.2 Carta alir Mesyuarat Jaminan Kualiti

v

SENARAI JADUAL

Jadual 1.1 Perincian aktiviti kitaran reka bentuk kurikulum
Jadual 1.2 Tempoh minimum pengajian (tanpa pengecualian kredit)
Jadual 1.3 Sesi pengajian KPM
Jadual 1.4 Waktu pembelajaran pelajar
Jadual 1.5 Kredit bergraduat minimum
Jadual 1.6 Penetapan kod kursus
Jadual 2.1 Penjajaran konstruktif
Jadual 2.2 Kaedah pengajaran
Jadual 5.1 Agihan wajaran penilaian
Jadual 5.2 Penetapan tempoh masa peperiksaan akhir
Jadual 5.3 Ciri-ciri penghasilan item yang baik
Jadual 5.4 Komponen Asas JSU
Jadual 6.1 Ciri-ciri dan garis panduan umum di dalam elemen CQI

vi

SINGKATAN

BPT Bahagian Pendidikan Tinggi
CDC Curriculum Development Committee / Komiti Pembangunan Kurikulum
CE Course Evaluation / Penilaian Kursus
CLO Course Learning Objectives / Objektif Pembelajaran Kursus
CLORR Course Learning Outcome Review Report
COPPA Code of Practice for Programme Accreditation / Kod Amalan Akreditasi
Program
CPPBPT Cawangan Pembangunan Pengajian Bahagian Pendidikan Tinggi
CQI Continual Quality Improvement / Penambahbaikan Kualiti Berterusan
DBP Dewan Bahasa dan Pustaka
F2F Face-to-Face / Bersemuka
IPT Institusi Pengajian Tinggi
IQA Internal Quality Assurance / Jaminan Kualiti Dalaman
JSU Jadual Spesifikasi Ujian
KM Kolej MARA
KPM Kolej Profesional MARA
KPPK Ketua Penolong Pengarah Kurikulum
KUPP Ketua Unit Peperiksaan dan Pensijilan
LO Learning Outcome / Hasil Pembelajaran
MARA Majlis Amanah Rakyat
MJKA Mesyuarat Jaminan Kualiti Akademik
MJKB Mesyuarat Jaminan Kualiti Akademik BPT
MJKK Mesyuarat Jaminan Kualiti Kursus
MQA Malaysian Qualifications Agency / Agensi Kelayakan Malaysia
MQF Malaysian Qualifications Framework / Kerangka Kelayakan Malaysia
NF2F Non Face-to-Face / Tidak Bersemuka
OBE Outcome Based Education / Pembelajaran Berasaskan Hasil
PADAT Penilaian Dalam Talian
PBL Problem Based Learning / Pembelajaran Berasaskan Masalah
PDCA Plan-Do-Check-Act / Rancang – Laksana – Pantau dan Semak – Tambah
Baik
PdP Pengajaran dan Pembelajaran
PEO Programme Educational Objectives / Objektif Pendidikan Program
PLO Programme Learning Objectives / Objektif Pembelajaran Program

vii

PLORR Programme Learning Outcome Review Report
PME Programme Matter Expert / Pakar Program
PMR Programme Monitoring and Review / Pemantauan dan Semakan Program
QC Quality Control / Kawalan Kualiti
SLT Student Learning Time / Jam Pembelajaran Pelajar
SME Subject Matter Expert / Pakar Bidang
SMEC Subject-Matter-Expert Committee / Komiti Pakar Bidang
SOP Standard Operating Procedures / Prosedur Operasi Standard
TP Technology Provider / Pembekal Teknologi
TPG Tamat Pengajian Graduat
TPHEA Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik

viii

BAB 1
PEMBENTUKAN KURIKULUM

1.1 PENGENALAN
Pembentukan kurikulum Bahagian Pendidikan Tinggi MARA (BPT) menggunapakai Garis
Panduan Amalan Baik: Reka Bentuk dan Penyampaian Kurikulum (Guidelines to Good
Practices: Curriculum Design and Delivery) Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysia
Qualification Agency, MQA). Dokumen ini bertujuan untuk membantu kolej mencapai
standard yang ditetapkan oleh Badan Pentauliah dan Badan Profesional.

1.2 REKA BENTUK KURIKULUM
Reka bentuk kurikulum mempunyai empat (4) peringkat seperti dalam Rajah 1.1.

Rajah 1.1 Kitaran reka bentuk kurikulum
(Sumber: MQA, 2011)

Perincian aktiviti untuk setiap peringkat dalam reka bentuk kurikulum adalah seperti dalam
Jadual 1.1

1

Jadual 1.1 Perincian aktiviti kitaran reka bentuk kurikulum

PERINGKAT AKTIVITI
Merancang
 Mewujudkan Jawatankuasa Kurikulum
Membangun
Melaksana  Mentaksirkan keperluan dan isu

Menilai  Mengenal pasti isu utama seperti tahap

kelayakan dan huraian tahap kelayakan

Kerangka Kelayakan Malaysia

(Malaysian Qualification Framework,

MQF), dan visi / misi institusi

 Mengenal pasti trend sesuatu bidang /

profesion

 Menerangkan falsafah program

 Menyatakan matlamat program

 Menyusun hasil pembelajaran

berdasarkan objektif pembelajaran

program

 Membangunkan kursus / modul

 Mengenal pasti dan membangunkan staf

serta sumber fizikal bagi program

 Membangunkan dan menentukan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran (PdP),

alat dan tatacara pentaksiran

 Melaksanakan program

 Mentaksir pencapaian hasil

pembelajaran

 Mengkaji semula program

 Menentukan kejayaan program

 Mengemaskini program

2

1.3 HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

1.3.1 Semua program yang dilaksanakan di bawah seliaan BPT mematuhi ketetapan
dalam MQF.

1.3.2 Aspek pematuhan melibatkan tahap program yang ditawarkan dan standard
jaminan kualiti yang merangkumi reka bentuk program, objektif program, hasil
pembelajaran kursus, aktiviti PdP, penilaian, sumber dan sistem sokongan.

1.3.3 Keberhasilan program diukur daripada Objektif Pendidikan Program (Programme
Educational Objectives, PEO), Hasil Pembelajaran Program (Programme
Learning Outcomes, PLO) dan Hasil Pembelajaran Kursus (Course Learning
Outcomes, CLO).

1.3.4 Hasil pembelajaran program yang dibangunkan perlu sejajar dengan PEO, PLO,
dan CLO. Penyataan PLO dan CLO mestilah boleh diukur dan dinyatakan dengan
jelas daripada aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap yang perlu dicapai oleh
graduan.

1.4 KOMPONEN PROGRAM

1.4.1 Komponen program terdiri daripada kursus-kursus yang perlu diikuti oleh pelajar
bagi memenuhi syarat penganugerahan.

1.4.2 Kursus-kursus program pengajian di bawah seliaan BPT dikategorikan seperti
berikut:

i. Kursus Teras (Core) - Kursus yang ditawarkan bagi memenuhi keperluan
bidang program:

a. Kursus Teras Disiplin (Discipline Core / Specialization) - Kursus ini
tertakluk kepada Standard Program bidang pengajian masing-
masing (contoh: Halal Testing bagi program Diploma in Halal
Industry).

b. Kursus Teras Umum (Common Core) - Kursus teras yang ditawarkan
secara gunasama bagi menyokong keperluan bidang tertentu
(contoh: Introduction to Business).

3

ii. Kursus Wajib (Compulsory)

a. Ketetapan MQA: contoh seperti Pengajian Islam dan Pendidikan
Moral, Mata Pelajaran Umum (MPU).

b. Ketetapan BPT: contoh seperti Kokurikulum / Bahasa Mandarin /
e-Entrepreneurship.

iii. Latihan Industri (Industrial Training)

Latihan industri adalah komponen pengajian yang memberi pendedahan
kepada suasana pekerjaan dalam tempoh yang ditetapkan. Rujuk
Panduan Pengendalian Latihan Industri Kolej Profesional MARA (KPM),
2020.

1.5 TEMPOH & KAEDAH PENGAJIAN

Tempoh minimum pengajian yang dilaksanakan bergantung kepada tahap dan mod
pengajian seperti Jadual 1.2 berikut:

Jadual 1.2 Tempoh minimum pengajian (tanpa pengecualian kredit)

Tempoh Minimum Pengajian

Tahap Pengajian Sepenuh Masa Separuh Masa

Diploma Lanjutan 2 ½ tahun 3 ½ tahun
Diploma / Diploma
2 tahun 3 tahun
Eksekutif
Asasi 1 Tahun -

Sijil Profesional Mengikut ketetapan badan pentauliahan.

4

1.5.1 Sistem Semester KPM

i. Struktur sistem semester di Kolej Profesional MARA (KPM) adalah sistem tiga
(3) semester panjang yang dilaksanakan selama 42 minggu dalam setahun.

ii. Setiap semester pengajian merangkumi 12 minggu PdP dan dua (2) minggu
ulangkaji dan peperiksaan.

iii. Jumlah beban pembelajaran pelajar bagi setahun pengajian adalah
maksimum sebanyak 50 kredit yang diagihkan dalam tiga semester. Jumlah
jam kredit bagi sesuatu semester adalah di antara 12 hingga 16 jam kredit.

iv. Tempoh pengajian program diploma KPM selama dua (2) tahun bagi program
tanpa latihan industri manakala selama 2½ tahun bagi program bersama
latihan industri. Jadual 1.3 di bawah menunjukkan sesi pengajian yang
dilaksanakan di KPM.

Jadual 1.3 Sesi pengajian KPM
SESI PENGAJIAN KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)

AKTIVITI MINGGU
SESI 1 SESI 2 SESI 3
Kuliah *
Minggu Aktiviti 12 12 12
Ulangkaji dan Peperiksaan Akhir * 111
Cuti Semester 222
Jumlah minggu 223
Akademik/Semester
14 14 14

Jumlah * Minggu Akademik/Tahun: 42 minggu

5

1.6 PENETAPAN NILAI KREDIT DAN KOD KURSUS PROGRAM

1.6.1 Nilai kredit merupakan ukuran kuantitatif Jam Pembelajaran Pelajar (Student
Learning Time, SLT) untuk mencapai CLO.

1.6.2 MQF telah menetapkan bahawa satu (1) kredit bersamaan dengan 40 jam
nosional SLT.

1.6.3 Nilai kredit sesuatu kursus ditentukan dengan formula berikut:
Nilai kredit kursus = Jumlah SLT /40

1.6.4 Jumlah SLT adalah gabungan masa bersemuka (Face-to-Face, F2F) dan tidak
bersemuka (Non Face-to-Face, NF2F). Jadual 1.4 menerangkan waktu
pembelajaran pelajar yang dilaksanakan secara bersemuka dan tidak bersemuka.

Jadual 1.4 Waktu pembelajaran pelajar

Bentuk PdP Keterangan
Pembelajaran secara bersemuka:
Bersemuka
(F2F) L – Lecture, T - Tutorial, P – Practical dan
O - Others (aktiviti akademik bersemuka selain
seperti dinyatakan).

Pembelajaran secara tidak bersemuka:

Tidak Bersemuka Beban masa yang diperuntukkan kepada pelajar
(NF2F) bagi persediaan, pengukuhan pengetahuan teori
dan praktikal termasuk melengkapkan tugasan

6

1.6.5 Kredit yang dibenarkan bagi setiap program dinyatakan dalam Jadual 1.5 berikut:
Jadual 1.5 Kredit bergraduat minimum

Program Kredit bergraduat minimum
Diploma Lanjutan 40
Diploma 90
Diploma Eksekutif 60
Asasi 50
Sijil Profesional Mengikut ketetapan badan pentauliahan

1.6.6 Pengiraan kredit untuk latihan industri adalah 1 kredit bersamaan dengan 2
minggu. Maksimum kredit untuk latihan industri adalah tertakluk kepada Standard
Program.

1.7 PENETAPAN KOD KURSUS

1.7.1 Kod kursus diwujudkan untuk memberi maklumat asas berkaitan dengan kursus
berkenaan.

1.7.2 Setiap kursus diwakili dengan tiga (3) abjad huruf besar dan empat (4) angka.
Rujuk Garis Panduan Sistem Kod Kursus untuk Program Akademik KPM dan KM.
Jadual 1.6 menunjukkan contoh penetapan kod kursus.

Jadual 1.6 Penetapan kod kursus

Pertama Turutan Angka Tafsiran
Tahun Pengajian 1, 2 atau 3

Kedua dan Ketiga Turutan mengikut
nombor senarai kursus 01 - 99

Keempat Jumlah Kredit Contoh: ACC 1013 (3 kredit)

7

Contoh 1:

Kursus: Financial Accounting 1

ACC 1 01 3
Jumlah Kredit
Kod Abjad Tahap Bilangan nombor
mewakili Pengajian senarai kursus
Kumpulan (Tahun 1) (Bilangan 1)

Program Induk : DIA / DBS

Contoh 2:

Kursus: Meeting and Interview Skills

COM 2 51 2
Kod Abjad Tahap Bilangan nombor Jumlah Kredit
mewakili Pengajian
Kumpulan (Tahun 2) senarai kursus
(Bilangan 51)

Program Induk : DIA / Kursus Gunasama

Contoh 3:

Kursus: Introduction to Marketing

MKT 1 08 4
Kod Abjad Tahap Bilangan nombor Jumlah Kredit
mewakili Pengajian
Kumpulan (Tahun 1) senarai kursus
(Bilangan 8)

Program Induk : Asasi Perniagaan

1.8 PENTAULIAHAN LAIN

1.8.1 Program pengajian yang tidak memerlukan akreditasi MQA adalah tertakluk
kepada syarat akreditasi yang ditetapkan oleh badan pentauliah program
tersebut.

1.8.2 Program pengajian profesional adalah tertakluk kepada syarat akreditasi
yang ditetapkan oleh badan profesional tersebut, seperti Association of
Chartered Certified Accountants (ACCA), Institute of Chartered Accountants
in England and Wales (ICAEW), dan lain-lain.

8

BAB 2

PENYAMPAIAN KURIKULUM

2.1 PENGENALAN

Penyampaian kurikulum ialah proses yang terlibat dalam usaha untuk mencapai PLO dan
disokong oleh pentaksiran yang merangkumi pelbagai kaedah bagi membolehkan pelajar
mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.
Antara proses yang terlibat dalam penyampaian kurikulum adalah pengajaran, sokongan
pembelajaran, nasihat dan bimbingan, pembelajaran kolaboratif dan sebagainya. Institusi
pendidikan tinggi di Malaysia telah menerapkan konsep Pendidikan Berasaskan Hasil
(Outcome Based Education, OBE) dalam pembangunan kurikulum, penyampaian,
pengajaran dan pentaksiran.

2.2 PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL

2.2.1 OBE merupakan satu proses yang melibatkan penstrukturan semula kurikulum,
penilaian, dan hasil laporan dalam pendidikan.

2.2.2 OBE menitikberatkan pengetahuan, kemahiran serta sikap yang perlu dicapai
semasa pengajian dan seterusnya diaplikasi dalam kerjaya yang diceburi.

2.2.3 OBE memberi penekanan terhadap pembelajaran pelajar dengan:

i. Menggunakan penyataan hasil pembelajaran yang menjelaskan apa yang
pelajar perlu tahu, faham dan boleh lakukan (hasil pembelajaran);

ii. Menyediakan aktiviti pembelajaran tertentu bagi membolehkan pelajar
mencapai semua hasil pembelajaran yang dirancangkan (penjajaran
konstruktif);

iii. Mentaksir dan menilai tahap pencapaian pelajar menggunakan kriteria
penilaian yang telah ditetapkan secara jelas dan berkesan (penilaian); dan

iv. Masa pembelajaran yang mencukupi bagi memastikan pelajar mencapai
potensi (SLT).
9

Rajah 2.1 di bawah menunjukkan konsep keseluruhan pelaksanaan OBE.

• Visi PEO • Kaedah PdP yang
• Misi PLO bersesuaian
• Alumni
• Pemegang Taruh • Kepelbagaian
• Jawatankuasa/ kaedah PdP

Penasihat Penyampaian

CLO Hasil

Pembelajaran

Analisis Pentaksiran

• Penambahbaikan • Ujian
Kualiti Berterusan • Peperiksaan
(Continuous • Tugasan
Quality • Projek
Improvement,
CQI)

Rajah 2.1 Konsep pelaksanaan OBE
(Sumber: Jabatan Pendidikan Tinggi, 2018)

Selaras dengan konsep OBE, penjajaran konstruktif perlu berlaku semasa proses
pelaksanaan OBE di peringkat kursus dan juga program. Penjajaran konstruktif boleh
dipetakan melalui pemetaan hasil pembelajaran (Learning Outcome, LO), aktiviti PdP, dan
juga penilaian.

2.3 PENJAJARAN KONSTRUKTIF

Penjajaran konstruktif merupakan prinsip yang digunakan untuk merangka aktiviti PdP
serta kaedah pentaksiran yang dikaitkan secara langsung melalui pemetaan dengan hasil
pembelajaran yang ingin dicapai.

10

Jadual 2.1 di bawah adalah contoh penjajaran konstruktif yang menunjukkan
pemetaan LO dan juga penilaian.

Jadual 2.1 Penjajaran konstruktif

MQF Learning Domain Contoh Kaedah/ Aktiviti Contoh Kaedah Penilaian
Outcomes Pembelajaran* PdP
Ujian Bertulis/ Ujian
Knowledge and Kognitif Kuliah/ Tutorial Kemahiran/ Peperiksaan
Understanding Kognitif
Psikomotor Kuliah/ Kes Kajian/ PBL/ Ujian Bertulis / Ujian
Cognitive Skills Afektif Tutorial/ Kerja Kemahiran/ Ujian Praktikal/
Afektif Berkumpulan
Practical Skills Kognitif/ Afektif/ Peperiksaan
Psikomotor Kuliah/ Tutorial/ Praktikal/
Interpersonal Kognitif/ Afektif Demonstrasi/ Simulasi Ujian Praktikal
Skills Kuliah/ Tutorial/ Kes
Afektif Kajian/ PBL/ Kerja Pembentangan/ Tugasan/
Communication Berkumpulan Projek
Skills Afektif Kuliah/ Tutorial/ Kes
Kajian/ PBL Pembentangan/ Tugasan/
Digital Skills Kognitif/ Afektif Kuliah/ Tutorial/ Kes Projek

Numeracy Skills Afektif Kajian/ PBL / Demonstrasi/ Ujian Bertulis / Tugasan/
Kerja Berkumpulan Projek / Portfolio/ Ujian
Leadership, Kuliah/ Tutorial / Kes Praktikal/ Peperiksaan
Autonomy, and Kajian/ PBL/ Kerja
Responsibility Berkumpulan Ujian Bertulis/ Tugasan/
Kuliah/ Tutorial/ Kes Pembentangan/Peperiksaan
Personal Skills
Kajian/ Kerja Berkumpulan/ Tugasan/ Pembentangan/
Entrepreneurial PBL/ Sangkutan Industri/ Kerja Berkumpulan/ Projek
Skills Perbincangan
Kuliah/ Tutorial/ PBL/ Kes Projek/ Tugasan/ Portfolio
Ethics and Kajian
Professionalism Kuliah/ Tutorial/ Kes Ujian Bertulis/ Projek/
Kajian/ PBL/ Kerja Pembentangan/ Tugasan/
Berkumpulan/ Sangkutan
Industri/ Perbincangan Peperiksaan
Kuliah/ Tutorial/ Kes
Kajian/ PBL/ Sangkutan Projek/ Pembentangan/
Industri/ Perbincangan Esei/ Tugasan

*Nota: Penetapan domain pembelajaran bergantung kepada keperluan program atau kursus.
Pemilihan aktiviti PdP dan penilaian seharusnya sejajar dengan penetapan hasil dan
domain pembelajaran tersebut.

11

2.4 DOMAIN TAKSONOMI PEMBELAJARAN
Domain pembelajaran merupakan taksonomi tingkahlaku yang berkaitan dengan bidang
pengetahuan, emosi, dan psikomotor. Bagi mencapai matlamat pendidikan melalui
penetapan penjajaran konstruktif dalam sistem OBE, tiga (3) domain pembelajaran perlu
ada iaitu kognitif, afektif, dan psikomotor.

DOMAIN
KOGNITIF
AFEKTIF
PSIKOMOTOR

Rajah 2.2 Domain taksonomi pembelajaran
Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.
Domain afektif melibatkan perkembangan sikap, perasaan dan nilai pelajar.
Domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

12

2.5 KITARAN PENYAMPAIAN KURIKULUM
Kitaran penyampaian kurikulum merangkumi empat (4) tahap seperti Rajah 2.3 berikut:

MERANCANG

MENILAI MENYAMPAIKAN

MENTAKSIR

Rajah 2.3 Kitaran penyampaian kurikulum
(Sumber: MQA, 2011)

i. Merancang
Kolej hendaklah memastikan keperluan program seperti kakitangan akademik, isi
kandungan dan sokongan pedagogi, staf pentadbiran dan sokongan, sumber
akademik, sumber fizikal, dan pusat latihan industri (program yang berkaitan) dipenuhi
seperti yang telah ditetapkan dalam dokumen program.

ii. Menyampaikan
Kepelbagaian kaedah penyampaian bagi proses PdP amat digalakkan dalam
kalangan tenaga pengajar. Walau bagaimanapun, kaedah tersebut hendaklah
bersesuaian dengan keperluan struktur kursus dan program.

13

iii. Mentaksir

Pentaksiran secara keseluruhannya menggambarkan pentaksiran program dan
pencapaian hasil pembelajaran. Pentaksiran boleh dilaksanakan secara formatif atau
sumatif. Hasil pentaksiran akan menunjukkan keberkesanan pendekatan
penyampaian yang dilaksanakan (rujuk Bab 5).

iv. Menilai

Proses menilai merupakan satu proses jaminan kualiti yang dilaksanakan melalui
pemantauan dan semakan program yang berterusan. Proses ini dijalankan bagi tujuan
penambahbaikan dan pembangunan program (rujuk Bab 4 & 6).

2.6 KAEDAH PENYAMPAIAN SEMASA PDP

Terdapat pelbagai kaedah penyampaian yang boleh dilaksanakan dalam proses PdP. Ini
termasuklah dan tidak terhad kepada kaedah yang dinyatakan dalam Jadual 2.2 berikut:

Jadual 2.2 Kaedah pengajaran

KAEDAH DEFINISI CONTOH

1. Pembelajaran Koperatif Pelajar dari pelbagai kebolehan Pembelajaran
bekerjasama dalam kumpulan kecil
untuk mencapai matlamat yang berasaskan masalah
sama.
(Problem Based

Learning, PBL)

2. Pembelajaran Kolaboratif Beberapa kumpulan pelajar Tugasan dalam
bekerjasama bagi menyelesaikan kumpulan
masalah, melengkapkan tugasan,
atau membina produk.

3. Pembelajaran Kendiri Memberi ruang dan peluang belajar Pelajar hendaklah
kepada pelajar secara kendiri.
4. Pembelajaran menggunakan dan
Berasaskan Pengalaman
mengendalikan

sendiri bahan-bahan

pembelajaran

Kaedah ini merujuk kepada Kerja lapangan,

pembelajaran berasaskan pembelajaran

pengalaman sebagai medium. berasaskan projek

dan di tapak, dan

14

juga lawatan sambil
belajar.

5. Pembelajaran Latihan industri merupakan syarat Latihan Industri
Berasaskan Kerja (Work-
Based Learning) yang diwajibkan ke atas pelajar

sebelum layak dipertimbangkan

untuk penganugerahan Diploma dan

Sijil (bagi program tertentu). Para

pelajar diwajibkan menjalani latihan

industri minimum selama 12 minggu

bergantung kepada keperluan

program (Rujuk Panduan

Pengendalian Latihan Industri Kolej

Profesional MARA (KPM), 2020).

6. Pembelajaran Pelajar merancang strategi Kerja berkumpulan
Berpusatkan Pelajar pembelajaran, kadar pembelajaran
kendiri dan pentaksiran untuk
mencapai hasil pembelajaran seperti
mana yang telah ditetapkan.

Pemilihan mod penyampaian yang digunakan hendaklah bersesuaian bagi menyokong
pembangunan pelajar yang berautonomi dan boleh membuat refleksi ke atas pembelajaran
sendiri.

15

BAB 3

PEMBANGUNAN PROGRAM BAHARU

3.1 PENGENALAN
Program akademik baharu perlu dibangunkan melalui satu kajian yang menyeluruh
selaras dengan kepentingan negara dan visi Majlis Amanah Rakyat (MARA). Bab ini
menerangkan tentang proses pembangunan program akademik baharu.

3.2 PROSES PEMBANGUNAN PROGRAM BAHARU
Peringkat awal pembangunan program baharu ialah melaksanakan kajian pasaran.
Aspek kajian pasaran yang dipertimbangkan dalam pembangunan program baharu
adalah seperti berikut:
3.2.1 Penandaarasan Program
Penandaarasan program adalah kaedah untuk memastikan program yang
ditawarkan oleh BPT berkualiti dan berdaya saing. Kaedah ini dilaksanakan
dengan membuat perbandingan aspek-aspek berikut:
i. nama dan matlamat program
ii. struktur kurikulum
iii. silibus dan kredit
iv. fasiliti akademik
v. pengukuran dan penilaian

16

3.2.2 Laluan Kerjaya dan Pengajian

Program baharu yang dibentuk perlu mempunyai keperluan yang tinggi dalam
industri dengan mendapatkan sumber-sumber data seperti:

i. Jabatan Perangkaan Negara
ii. Agensi Pekerjaan
iii. Kementerian Sumber dan Manusia
iv. Unit Perancangan Ekonomi
v. Laporan Media

Program yang dibangunkan perlu mempunyai jaringan peluang pengajian yang
baik untuk graduan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

3.2.3 Penglibatan Pakar Bidang

Penglibatan pakar dalam pembangunan program akademik baharu dapat
membantu BPT dalam memberi fokus berkaitan bidang pengajian. Input berkaitan
hala tuju dan kandungan program diperlukan bagi mencapai objektif
pembelajaran. Penglibatan kepakaran terdiri daripada:

i. ahli akademik
ii. wakil industri
iii. wakil badan profesional
iv. pakar bidang (Subject Matter Expert, SME)
v. pakar program (Program Matter Expert, PME)

3.2.4 Pengiktirafan Badan Profesional

Program baharu yang dibangunkan dengan mengambil kira laluan pensijilan
profesional perlu merujuk kepada garis panduan badan pentauliah tersebut.
Program yang diiktiraf oleh badan profesional dapat meningkatkan
kebolehpasaran graduan dan peluang melanjutkan pelajaran.

17

3.2.5 Keperluan Sumber

Dalam pembangunan program baharu, kajian keperluan sumber perlu
dilaksanakan bagi menilai aspek seperti berikut:
i. kewangan
ii. fizikal
iii. perjawatan

3.2.6 Dasar dan Polisi Organisasi

Program baharu yang dibangunkan perlu menepati dasar dan polisi MARA yang
memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

3.3 PROSES PERMOHONAN PROGRAM BAHARU
Permohonan program baharu melibatkan proses-proses berikut:

3.3.1 Penyediaan Kertas Konsep

Langkah pertama dalam permohonan program baharu ialah menyediakan kertas
konsep selepas membuat kajian pasaran yang menyeluruh dan mematuhi
keperluan MQF, Code of Practice for Programme Accreditation (COPPA) dan
Standard Program yang disediakan oleh MQA serta garis panduan badan
profesional sekiranya berkaitan.

3.3.2 Pembentangan Kertas Konsep
Kertas konsep program baharu perlu mendapat kelulusan daripada tiga (3)
peringkat sebelum ianya dilaksanakan iaitu:
i. Mesyuarat Pemantauan BPT
ii. Mesyuarat Pengurusan MARA
iii. Mesyuarat Majlis MARA

18

3.3.3 Pelantikan Konsultan
BPT akan melantik pembekal teknologi (Technology Provider, TP) bagi program
yang di luar bidang kepakaran. TP dilantik setelah melalui proses penilaian dan
memenuhi kriteria yang ditetapkan.

3.3.4 Pelaksanaan Program
Program baharu yang dilaksanakan perlu mendapat kelulusan akreditasi daripada
badan pentauliah atau badan profesional.

19

3.3.5 Carta Alir Proses Permohonan

Keseluruhan proses permohonan boleh merujuk kepada Rajah 3.1 di bawah.

Penyediaan
Kertas
Konsep

Membentangkan Kertas Konsep Keputusan Penambahbaikan
dalam Mesyuarat Pemantauan Gagal
Lulus
BPT Penambahbaikan
Keputusan Gagal
Pembentangan Kertas Lulus
Konsep dalam Mesyuarat Gagal Program
Keputusan Tidak
Pengurusan MARA
Diteruskan
Pembentangan Kertas
Konsep dalam Mesyuarat

Majlis MARA

Lantikan Lulus

Technology
Provider?

Tidak

Ya

Mesyuarat
Rundingan Harga

Surat Tawaran dan Pelaksanaan
Memorandum of Program
Agreement

Rajah 3.1 Carta alir proses permohonan program akademik baharu

20

BAB 4

SEMAKAN KURIKULUM

4.1 PENGENALAN
Semakan kurikulum ialah proses penambahbaikan berkala sesuatu program akademik
yang perlu dilakukan pada tempoh yang tertentu secara sistematik. Semakan kurikulum
bertujuan untuk memastikan kurikulum tersebut adalah terkini, berdaya saing dan relevan
dengan keperluan semasa.

4.2 KOMPONEN SEMAKAN

4.2.1 Semakan kurikulum melibatkan:
i. penilaian keberkesanan pelaksanaan program; dan
ii. pencapaian hasil pembelajaran secara menyeluruh

4.2.2 Semakan kurikulum hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sekali dalam kitaran
TIGA (3) hingga LIMA (5) tahun.

4.2.3 Bagi program baharu, semakan kurikulum perlu dilaksanakan SELEPAS
KOHORT PERTAMA BERGRADUAT. Walau bagaimanapun, semakan kurikulum
boleh dilakukan lebih awal berdasarkan ketetapan piawaian program bagi bidang
pengajian atau keperluan akreditasi badan pentauliah/ profesional.

4.2.4 Penyelarasan dokumen dan pelaksanaan hasil semakan kurikulum dikawal selia
oleh Cawangan Pembangunan Pengajian BPT (CPPBPT). Sekiranya
penyelarasan dokumen dilaksanakan oleh pihak kolej, salinan laporan hasil
semakan hendahklah dimajukan kepada Unit Jaminan Kualiti BPT.

4.2.5 Perubahan kurikulum hasil semakan yang dilakukan perlu mendapat pengesahan
Jawatankuasa Mesyuarat Pemantauan BPT sebelum ia dilaksanakan.
21

4.3 KEPERLUAN SEMAKAN KURIKULUM
4.3.1 Selain dari keperluan yang dinyatakan pada item 4.2.3, semakan kurikulum boleh
disebabkan oleh faktor-faktor seperti dalam Rajah 4.1 berikut iaitu sama ada
secara kendiri atau kombinasi.

Rajah 4.1: Faktor keperluan semakan kurikulum
(Sumber: MQA, 2011)

4.3.2 Semakan kurikulum yang dibuat adalah bersifat fleksibel, dinamik serta relevan
dengan keperluan semasa namun asas rujukan semakan meliputi perkara berikut:
i. mendokong Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan MARA;
ii. bersesuaian dengan Pelan Strategik Negara;
iii. sejajar dengan dasar dan hala tuju MARA dan BPT;
iv. konsisten dengan dasar pendidikan tinggi yang ditetapkan oleh badan
akreditasi, badan profesional, kerangka rujukan dan standard program;
v. mendepani cabaran dunia semasa; dan
vi. jaminan kelestarian program.

22

4.4 PERMOHONAN SEMAKAN KURIKULUM OLEH KOLEJ
4.4.1 Kolej boleh memohon untuk melaksanakan semakan kurikulum melalui
Jawatankuasa Jaminan Kualiti Dalaman (Internal Quality Assurance, IQA) dan
dibentangkan di Mesyuarat Jaminan Kualiti Akademik (MJKA) di peringkat kolej
(rujuk Rajah 4.2).
Pihak
bertanggungjawab

Unit IQA kolej

MJKA

Unit Jaminan
Kualiti BPT
Mesyuarat CPP

BPT

Rajah 4.2 Carta alir permohonan semakan kurikulum

23

4.4.2 Dokumen yang perlu dimajukan oleh IQA kolej kepada Unit Jaminan Kualiti BPT
bagi permohonan semakan kurikulum meliputi:

i. kertas kerja (rujuk Lampiran 1 untuk format); dan
ii. sebarang dokumen yang boleh menyokong keperluan semakan dibuat seperti

yang dinyatakan pada item 4.2.1

4.4.3 Unit Jaminan Kualiti BPT berhak untuk menolak permohonan yang dikemukakan
oleh kolej dengan justifikasi. Permohonan yang berjaya akan dibentangkan di
mesyuarat CPP BPT untuk pengesahan.

4.4.4 Bagi semakan kurikulum yang dinyatakan pada item 4.1.3, kertas kerja
permohonan semakan kurikulum diselaraskan oleh Unit Jaminan Kualiti BPT.

4.4.5 Proses semakan kurikulum bermula apabila kertas kerja semakan kurikulum
mendapat kelulusan pengesahan Mesyuarat CPP BPT (rujuk Rajah 4.3).

4.4.6 Terdapat dua (2) jenis bengkel yang perlu dilaksanakan untuk proses semakan
iaitu:

i. Bengkel Komiti Pembangunan Kurikulum (Curriculum Development
Committee, CDC):

a. Objektif bengkel ini adalah untuk mencadang, memberi nasihat,
mengkaji, menilai dan memberi idea penambahbaikan ke atas kurikulum
sedia ada.

b. Jawatankuasa CDC terdiri daripada:

1. wakil pihak industri;
2. wakil pihak akademik dari institusi lain;
3. wakil pihak badan professional (sekiranya perlu);
4. wakil ALUMNI program terlibat;
5. wakil program yang terlibat;
6. wakil pemegang taruh yang lain (sekiranya perlu); dan

24

7. wakil CPP BPT (sekretariat)
c. Satu laporan hasil bengkel perlu diserahkan kepada Unit Jaminan Kualiti

di akhir bengkel (rujuk Lampiran 2).
ii. Bengkel Komiti Pakar Bidang (Subject-Matter-Expert Committee, SMEC):

a. Objektif bengkel ialah membangunkan kurikulum program, menggubal,
mengemaskini, menilai dan menentukan kandungan kurikulum program
dengan merujuk kepada dapatan CDC.

b. Bengkel ini disertai oleh pensyarah kanan SME atau PME, dan wakil CPP
BPT (sekretariat).

c. Rumusan hasil bengkel perlu dibentangkan di mesyuarat CPP BPT untuk
pengesahan (rujuk Lampiran 3).

25

Kertas kerja semakan kurikulum yang disahkan Pihak bertanggungjawab
Bengkel CDC
Bengkel SMEC Mesyuarat CPP BPT

Penyelarasan Dokumen Kurikulum Rujuk item 4.4.2
Semakan Dokumen Kurikulum
Rujuk item 4.4.2

KPPK BPT & Ketua
Program

KPPK & Unit Jaminan
Kualiti BPT

TIDAK Mengikut
standard

YA

Pengesahan Mesyuarat Pemantauan
BPT

Pelaksanaan

Pemurnian (3-5 tahun)

Rajah 4.3 Carta alir proses semakan kurikulum

26

4.5 HASIL SEMAKAN KURIKULUM
4.5.1 Terdapat dua (2) kategori hasil semakan kurikulum seperti Rajah 4.4 di bawah:

Kategori Satu (1) Kategori Dua (2)
Perubahan kurikulum < 30% Perubahan kurikulum > 30%

Rajah 4.4 Kategori hasil semakan kurikulum

4.5.2 Penentuan peratus perubahan kurikulum pada Rajah 4.4 boleh dirujuk pada
Lampiran 4.

27

BAB 5
PENTAKSIRAN & PENSIJILAN

5.1 PENGENALAN

Dasar Pentaksiran & Pensijilan dibentuk bagi menjamin kualiti dalam pengurusan sistem
pentaksiran dan pensijilan kolej-kolej di bawah seliaan BPT. Amalan pentaksiran perlu
meliputi maklum balas yang membina dan tepat kepada pelajar bagi menyediakan ukuran
pencapaian pelajar terhadap hasil pembelajaran serta membuat persediaan bagi
penilaian seterusnya.

Ini bertujuan untuk mewujudkan keseragaman dalam pengendalian semua urusan yang
berkaitan dengan peperiksaan atau lain-lain bentuk pentaksiran dan pensijilan.

5.2 PENTAKSIRAN
Pihak yang terlibat dalam pengurusan pentaksiran adalah seperti berikut:

5.2.1 Pengurusan Kolej
Menggunakan pentaksiran sebagai rujukan untuk membuat keputusan dalam
proses PdP serta penganugerahan diploma dan sijil profesional.

5.2.2 Pensyarah
Menggunakan pentaksiran sebagai alat diagnostik dan maklum balas untuk
mengemaskini kaedah pengajaran, mendapatkan bukti pencapaian pelajar dan
menjalankan penilaian terhadap pengajaran atau kurikulum.

5.2.3 Pelajar
Menggunakan pentaksiran untuk membantu proses pembelajaran dan
menjalankan pentaksiran kendiri sebelum dinilai melalui pentaksiran sumatif dan
lain-lain.

28

5.3 KONSEP

Konsep asas pentaksiran boleh diklasifikasikan kepada empat (4) kategori / jenis yang
mempunyai makna yang berbeza seperti Rajah 5.1 di bawah:

Memberikan maklumat Pentaksiran Mendapatkan maklumat
tentang pencapaian pelajar, Penilaian tentang prestasi pelajar dan
objektif pembelajaran, seterusnya mendapatkan
kaedah mengajar, dan Pengukuran gambaran tentang prestasi
pelaksanaan kurikulum. pelajar dalam pembelajaran.
Contoh sistem gred yang Pengujian
telah ditetapkan boleh Penentuan peringkat
dilakukan sebelum, semasa pencapaian dan kedudukan
dan selepas PdP. pelajar dalam penguasaan
pembelajaran dapat
Mendapatkan maklumat dilaksanakan. Contoh tujuan
tentang prestasi pelajar dan pengelasan, pensijilan dan
seterusnya mendapatkan penempatan pelajar dalam
gambaran tentang prestasi bidang yang sesuai.
pelajar dalam pembelajaran.

Rajah 5.1 Hubungkait antara pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran
(Sumber: MQA, 2014)

5.4 PENGGUNAAN MODEL TAKSONOMI BLOOM DALAM PENILAIAN

Model Taksonomi Bloom digunakan dalam membangunkan item pentaksiran. Terdapat
tiga (3) domain yang perlu dititikberatkan semasa proses pembangunan dilaksanakan
iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor (MQA, 2014).

29

5.5 CIRI-CIRI UTAMA PENILAIAN

Ciri-ciri utama penilaian merangkumi lima (5) faktor seperti Rajah 5.2 di bawah.

CIRI-CIRI UTAMA PENILAIAN

Kesahan
Kebolehpercayaan
Kemudahtadbiran
Kemudahtafsiran

Keobjektifan
Keadilan

Rajah 5.2 Ciri-ciri utama dlam penilaian

Rajah 5.2 Ciri-ciri utama penilaian
(Sumber: Buku Panduan Pentaksiran, 2019)

5.5.1 Kesahan

Memastikan aktiviti dan kriteria pentaksiran yang dilaksanakan dapat mengukur
hasil pembelajaran yang berkesan dan relevan.

5.5.2 Kebolehpercayaan

Menitikberatkan kepada pentaksiran yang tepat yang sentiasa memberikan hasil
keputusan yang sama. Ini melibatkan proses penggubalan dan penyaringan
soalan, pemarkahan, penggredan, dan moderasi pentaksiran yang jelas dan
selaras.

5.5.3 Kemudahtadbiran

Menekankan kepada kelicinan pelaksanaan ujian di dalam dewan peperiksaan
supaya tidak menimbulkan sebarang kesulitan kepada semua pihak seperti
penyediaan bilik peperiksaan, pengedaran kertas soalan, memberikan arahan,
pengawasan, pengutipan skrip-skrip jawapan serta skema pemarkahan.

30

5.5.4 Kemudahtafsiran

Menjelaskan setakat mana hasil pencapaian pelajar dapat ditafsirkan dengan jelas
mengikut objektif penilaian. Hal ini bermakna keputusan ujian itu haruslah mudah
untuk dikumpul dan ditafsirkan supaya dapat memberikan gambaran yang jelas
serta tepat.

5.5.5 Keobjektifan

Menekankan setakat mana pemeriksa dapat memberikan markah yang sama
kepada skrip jawapan yang mempunyai jawapan yang sama. Sekiranya
pemeriksa dapat memberikan markah yang sama kepada jawapan-jawapan yang
sama mengikut skema pemarkahan, maka ujian ini boleh dikatakan mempunyai
ciri keobjektifan yang amat tinggi.

5.5.6 Keadilan

Menegaskan di mana aktiviti dan prosedur pentaksiran dilaksanakan tanpa
mendiskriminasikan mana-mana individu sama ada berlainan etnik, kaum, jantina
atau orang kurang upaya. Malah ianya dapat memenuhi keperluan setiap individu.

5.6 PENTADBIRAN PEPERIKSAAN

5.6.1 Jawatankuasa Peperiksaan

Setiap kolej dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan dan menguruskan hal-
hal berkenaan urusan peperiksaan. Satu unit / jawatankuasa yang diketuai oleh
Ketua Unit Peperiksaan dan Pensijilan (KUPP) hendaklah dibentuk di peringkat
kolej di mana ahli jawatankuasa dilantik terdiri daripada wakil setiap jabatan/ unit.

5.6.1.1 Jawatankuasa Akademik Kolej
Semua proses pengesahan keputusan peperiksaan dan hal-hal lain yang
berkaitan akademik KPM / KM adalah di bawah seliaan dan
tanggungjawab jawatankuasa ini. Jawatankuasa ini terdiri daripada
beberapa ahli seperti dalam Rajah 5.3 berikut:
31

Rajah 5.3 Carta Organisasi Jawatankuasa Akademik Kolej
5.6.2.1 Jawatankuasa Senat

Senat ialah badan berkuasa akademik yang mengawal dan
bertanggungjawab ke atas arahan am mengenai peperiksaan KPM / KM
dan penetapan serta penganugerahan diploma dan kepujian akademik
yang lain. Kebiasaannya, mesyuarat senat peringkat BPT akan diadakan
tiga (3) kali setahun. Jawatankuasa ini terdiri daripada beberapa ahli
seperti Rajah 5.4 di bawah.

32

Rajah 5.4 Carta Organisasi Jawatankuasa Senat Peringkat BPT

5.7 PROSES PENILAIAN

Penilaian merupakan proses berstruktur bagi memperolehi maklumat dan mengkaji
perubahan, penguasaan, serta pencapaian para pelajar dalam ujian dan peperiksaan.
Tujuan utama diadakan penilaian ialah untuk menentukan kemajuan dan pencapaian
pelajar dalam pembelajaran dan pengukuhan aktiviti PdP berasaskan maklumat yang
diperolehi. Ianya terbahagi kepada dua (2) jenis iaitu penilaian formatif dan penilaian
sumatif.

5.7.1 Penilaian Formatif
Penilaian formatif dijalankan secara berterusan dalam proses PdP. Maklumat
yang diperolehi daripada penilaian ini dapat memberi maklum balas tentang
sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai.

33

5.7.2 Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir
semester. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu Penilaian Berterusan dan
Penilaian Akhir. Secara umumnya, Penilaian Berterusan ditentukan dan digubal di
peringkat kolej dengan merujuk kepada garis panduan dan prosedur yang telah
ditetapkan. Manakala bagi Penilaian Akhir pula bergantung kepada jenis Penilaian
Akhir itu sama ada Penilaian Akhir yang berbentuk tugasan atau Penilaian Akhir
yang berbentuk Peperiksaan Akhir.

Agihan wajaran bagi komponen-komponen yang dinilai dalam sistem penilaian
pelajar bagi sesuatu kursus yang ditawarkan perlu dimaklumkan kepada pelajar.
Secara dasarnya cadangan agihan wajaran berkenaan adalah seperti Jadual 5.1
berikut:

Jadual 5.1 Agihan wajaran penilaian

CADANGAN AGIHAN WAJARAN BAGI PENILAIAN

PENILAIAN BERTERUSAN PENILAIAN AKHIR ATAU

(%) PEPERIKSAAN AKHIR (%)

50 50

60 40

70 30

(Sumber: Buku Peraturan Akademik KPM / KM, 2020)

34

5.8 KAEDAH PENETAPAN TEMPOH MASA PEPERIKSAAN AKHIR

Kaedah penetapan tempoh masa Peperiksaan Akhir adalah berdasarkan ketetapan yang
digariskan seperti Jadual 5.2 di bawah.

Jadual 5.2 Penetapan tempoh masa Peperiksaan Akhir

Kiraan masa standard Kiraan masa
standard / soalan
Jenis-jenis soalan / soalan (Peperiksaan Akhir
(Peperiksaan Akhir
Dalam Talian)
Aneka pilihan (Fakta) Konvensional) 40 – 60 saat / item
Aneka pilihan (Kompleks) 40 – 60 saat / item 70 – 90 saat / item
Aneka pilihan (Pengiraan) 70 – 90 saat / item 2 – 5 minit / item
Betul / Salah 2 – 5 minit / item 20 – 30 saat / item
Padanan 20 – 30 saat / item
Isi tempat kosong 2 – 4 minit / set
Pengkelasan 2 – 4 minit / set 2 – 4 minit / set
Jawapan pendek 2 – 4 minit / set 2 – 4 minit / set
Melengkapkan ayat 2 – 4 minit / set 2 – 7 minit / set
Perkaitan 5 – 10 minit / set 2 – 7 minit / set
Esei 5 – 10 minit / set 2 – 7 minit / set
5 – 10 minit / set
25 – 40 minit
35 – 50 minit

1 set soalan mengandungi antara 5 -10 item

(Sumber: Tookoian, 2016)

5.9 PROSES PENYEDIAAN PENILAIAN

Pengurusan jadual pelaksanaan dan bilangan aktiviti penilaian yang terancang dan teliti
menghasilkan pencapaian hasil pembelajaran yang sah dan bolehpercaya tanpa
membebankan pensyarah mahupun pelajar. Pensyarah perlu memaklumkan garis masa
kepada pelajar bagi setiap penilaian sama ada Penilaian Berterusan mahupun Penilaian
Akhir.

35

Rajah 5.5 di bawah menunjukkan garis masa dan proses penyediaan soalan peperiksaan
akhir di KPM manakala Rajah 5.6 menunjukkan garis masa dan proses penyediaan
soalan peperiksaan akhir di KM.

36

Pelantikan Kolej Penggubal, Bengkel Penggubalan Item Soalan
Ketua Penggubal dan Subject Peperiksaan Akhir di Kolej

Matter Expert oleh BPT Penggubal berserta semakan item
soalan oleh:

- QC Bahasa Inggeris

- KPP Kurikulum

- Pemeriksa Luar

Sesi pemilihan set soalan oleh BPT Pengesahan & Penyerahan Set
Soalan Peperiksaan Akhir oleh Kolej

Penggubal kepada BPT

Cetakan soalan oleh Kolej Serahan kertas soalan kepada
Penggubal Ketua Pengawas pada tarikh

peperiksaan

Semua soalan, skema jawapan & Serahan skema jawapan selepas
skrip jawapan disimpan di dalam peperiksaan selesai dijalankan

bilik kebal.

Rajah 5.5 Garis masa dan proses penyediaan soalan peperiksaan akhir di KPM

37

Pelantikan Ketua Penyelaras Bengkel Penggubalan Item Soalan
Kursus oleh BPT Peperiksaan Akhir berserta
semakan item soalan oleh:

- QC Bahasa Inggeris

Pemilihan set soalan oleh BPT Semakan Kertas Soalan dan
Skema Jawapan oleh:

- KPP Kurikulum

- Pemeriksa Luar gubal kepada
BPT

Serahan set soalan kepada kolej Cetakan kertas soalan diuruskan
oleh kolej

Semua soalan, skema jawapan & Serahan cetakan kertas soalan
skrip jawapan disimpan di dalam kepada kolej

bilik kebal kolej

Serahan kertas soalan kepada Kertas soalan, skema jawapan &
Ketua Pengawas pada tarikh skrip jawapan disimpan di dalam
bilik kebal untuk tujuan perekodan
peperiksaan

Rajah 5.6: Garis masa dan proses penyediaan soalan peperiksaan akhir di KM

38

5.10 PENGGUBALAN ITEM

Aspek-aspek yang mesti dititikberatkan dalam konteks menghasilkan satu penilaian yang
berkualiti ialah kesahan dan kebolehpercayaan. Jadual 5.3 di bawah menunjukkan ciri-ciri
penghasilan item yang baik.

Jadual 5.3 Ciri-ciri penghasilan item yang baik

BIL CIRI-CIRI ITEM
1 Akur Kurikulum
 Dalam cakupan kurikulum (tidak sah dan tidak boleh dipercayai sekiranya di luar
skop).

2 Akur Spesifikasi
 Mematuhi Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang dibina.

3 Akur Peluang
 Peluang yang cukup diberikan kepada pelajar untuk mempelajari perkara yang
dinilai.
 Peluang dari segi kemudahan dan kepakaran tenaga pengajar dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.

4 Ketepatan: Konstruk, Konteks (Tajuk)
 Menepati konstruk iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai.
 Ikut tajuk/konteks yang dihasratkan.

5 Kejelasan: Rangsangan, Pokok Soalan, Homogeniti, Bahasa
 Rangsangan: mestilah relevan dan tidak memberi panduan kepada jawapan.
 Pokok Soalan: tugasan dan arahan yang jelas, terus kepada soalan, didasarkan
kepada rangsangan dan tiada penyataan negatif berganda.
 Bahasa: mudah difahami, terkini dan diterima umum, terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) diberi keutamaan.

6 Kesesuaian: Aras kesukaran, Kepentingan, Keadilan
 Aras kesukaran: menepati aras yang ditetapkan iaitu aras kesukaran rendah (R),
sederhana (S), tinggi (T).
 Adil: tiada diskriminasi dari segi etnik, agama, budaya, dan jantina.

7 Item dalam instrumen mestilah mewakili:
 Kepelbagaian item dan cara penyoalan

39

5.11 SEMAKAN ITEM

i. Ketua Penggubal dikehendaki menyemak dan memurnikan item Peperiksaan
Akhir bersama dengan penggubal soalan yang lain dengan merujuk kepada JSU.
JSU perlu merangkumi beberapa komponen asas seperti yang tertera dalam
Rajah 5.7 di bawah.
Jadual 5.7 Komponen Asas JSU

BIL KOMPONEN
1 Types of Assessment
2 Course Learning Outcomes
3 Topics
4 Marks Allocated
5 Impact and Frequency
6 Bilangan Item Mengikut Tahap Kesukaran
7 Description of Developed Assessment

ii. Pada peringkat jabatan, proses semakan dan pemurnian item Peperiksaan Akhir
hendaklah dilaksanakan juga bersama SME, Ketua Jabatan, dan Guru Cemerlang
(sekiranya ada).

iii. Namun demikian, proses semakan item ini perlu dirujuk kepada Garis Panduan
Pengurusan Proses Peperiksaan dan Pensijilan KPM / KM dan sebarang
perubahan tertakluk kepada dari semasa ke semasa.

5.12 ANALISIS ITEM

Analisis item digunakan untuk menganalisis keputusan peperiksaan selepas peperiksaan
berakhir. Tujuan analisis dilakukan adalah untuk mengenalpasti aspek kelemahan dan
kekuatan item yang telah digunakan dalam peperiksaan bagi menentukan strategi
penambahbaikan. Ianya terbahagi kepada dua (2) jenis iaitu Indeks Kesukaran Item dan
Indeks Diskriminasi Item.

40

5.12.1 Indeks Kesukaran Item

Fungsinya adalah untuk:
i. mengenal pasti item-item yang sesuai diuji kepada pelajar dan

menambahbaik item tersebut bagi tujuan penggubalan item akan datang;
ii. membuat pengelasan terhadap setiap item berdasarkan nisbah pengkelasan

item bermula dari terlalu sukar kepada terlalu mudah.

5.12.2 Indeks Diskriminasi Item

Fungsinya adalah untuk:

i. membezakan pencapaian di antara pelajar kumpulan tinggi dan pelajar
kumpulan rendah;

ii. menunjukkan bahawa item tersebut boleh dijawab oleh ramai pelajar
kumpulan tinggi tetapi pelajar kumpulan rendah tidak dapat menjawabnya
dengan betul disebabkan diskriminasi yang sangat bagus; dan

iii. menunjukkan bahawa item tersebut tidak boleh dijawab oleh ramai pelajar
kumpulan tinggi tetapi pelajar kumpulan rendah boleh menjawabnya dengan
betul disebabkan diskriminasi yang sangat lemah.

5.13 KAWALAN MUTU – FORMATTING & STANDARD OPERATING
PROCEDURES (SOP)

Proses penggubalan item Peperiksaan Akhir dan skema pemarkahan perlu dititikberatkan
dan menjadi panduan agar hasil akhir menepati piawaian yang telah ditetapkan (Rujuk
Garis Panduan Format Kertas Soalan & Skema Jawapan Peperiksaan KPM / KM dan
Garis Panduan Pengurusan Proses Peperiksaan dan Pensijilan KPM / KM).

5.14 PEMERIKSA LUAR

Pemeriksa Luar (External Examiner) yang dilantik berperanan untuk mengawal mutu dan
menentusahkan penilaian akhir serta menjamin penambahbaikan berterusan yang
merangkumi item / soalan Peperiksaan Akhir / penilaian akhir, skema pemarkahan, dan

41


Click to View FlipBook Version