The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norul Ashikin Abu Kasim, 2021-11-15 03:07:03

Dasar Pembangunan Pengajian Akademik

Dasar Pembangunan Pengajian Akademik

skrip jawapan pelajar (Rujuk Garis Panduan Pengurusan Proses Peperiksaan dan
Pensijilan KPM / KM).

5.15 PENGANUGERAHAN DIPLOMA / SIJIL PROFESIONAL

Proses penganugerahan diploma / sijil profesional dilaksanakan kepada pelajar yang
berjaya memperolehi jumlah kredit yang diperlukan bagi setiap program dan mendapat
status Tamat Pengajian Graduat (TPG) pada akhir semester pengajian. Jumlah kredit bagi
setiap program tertakluk kepada maklumat terkini yang ditetapkan.

Namun begitu terdapat juga syarat-syarat lain bagi melayakkan pelajar dipertimbangkan
untuk penganugerahan diploma / sijil profesional (Rujuk Buku Peraturan Akademik KPM
/ KM).

5.16 ARAHAN DAN PERATURAN

5.16.1 Dasar Pindah Kredit

Dasar Jaminan BPT membenarkan pindah kredit dilakukan dalam dua (2)
kategori seperti berikut:

i. Mendatar (Horizontal)
Pindah kredit daripada program pengajian di tahap kelayakan yang sama
iaitu diploma ke diploma.

ii. Menegak (Vertical)

Pindah kredit daripada program pengajian peringkat rendah (diploma
KPM) ke peringkat ijazah daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang
diiktiraf adalah tertakluk kepada dasar IPT tersebut.

5.17 UNIT PEPERIKSAAN KPM / KM / BPT

Amalan pentaksiran hendaklah dijalankan dengan merujuk beberapa dokumen berikut:

i. Garis Panduan Pengurusan Proses Peperiksaan dan Pensijilan KPM / KM

42

ii. Buku Peraturan Akademik KPM / KM
iii. Garis Panduan Format Kertas Soalan & Skema Jawapan Peperiksaan KPM / KM
iv. Examination Handbook for Invigilators KPM / KM
v. Garis Panduan Penilaian Akhir Dalam Talian (PADAT)
vi. Garis Panduan Teknikal Penilaian Akhir Dalam Talian (PADAT TEKNIKAL)
5.18 AKTA KERAHSIAAN
Setiap kolej, bahagian, unit atau individu-individu yang berhubung dengan pembangunan
dan penyediaan instrumen penilaian perlu memastikan kerahsiaan dan keselamatan
fizikal dipatuhi sepenuhnya. Semua individu (akademik dan bukan akademik) dikehendaki
memahami dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972.

43

BAB 6

JAMINAN KUALITI AKADEMIK

6.1 PENGENALAN

Kolej dan program perlu menambah baik kualiti secara berterusan bagi memastikan ia
sentiasa memenuhi keperluan pihak berkepentingan, mengekalkan standard akademik
dan menyediakan pengalaman berkualiti untuk pelajar. Bab ini menyediakan panduan
bagi kolej untuk melaksanakan satu pendekatan yang menyeluruh dan bersepadu dalam
pemantauan dan penyemakan program yang akan memberi impak kepada kualiti dan
hala tuju kolej.

6.2 JAMINAN KUALITI

6.2.1 Jaminan kualiti (Quality Assurance, QA) merangkumi tindakan sistematik dan
terancang (polisi, strategi, prosedur dan aktiviti) bertujuan menunjukkan bahawa
kualiti telah dicapai, dikekalkan dan dipertingkatkan dan memenuhi standard yang
ditetapkan.

6.2.2 Dua (2) elemen utama dalam jaminan kualiti akademik adalah penambahbaikan
kualiti berterusan (Continual Quality Improvement, CQI) dan pemantauan dan
penyemakan program (Program Monitoring and Review, PMR)

6.2.3 Kolej dan program akademik perlu mewujudkan mekanisme berikut untuk
melaksanakan jaminan kualiti secara berkesan iaitu:

6.2.3.1 Satu unit jaminan kualiti dalaman (Internal Quality Assurance, IQA)
6.2.3.2 untuk mentadbir dan mengurus proses jaminan kualiti dalam kolej
Satu sistem IQA untuk merancang dan melaksanakan penyemakan
yang sistematik ke atas kolej dan program akademik bertujuan
menentukan standard pendidikan dapat dikekalkan dan
dipertingkatkan.

44

6.3 PENAMBAHBAIKAN KUALITI BERTERUSAN (CQI)
6.3.1 Penambahbaikan kualiti berterusan (Continual Quality Improvement, CQI) adalah
satu proses meluas yang membolehkan kolej dan program akademik memantau
dan menambah baik kualitinya.
6.3.2 CQI merupakan satu proses kitaran yang berterusan dan terdiri daripada empat
(4) peringkat iaitu Rancang – Laksana – Pantau dan Semak – Tambah Baik seperti
dalam Rajah 6.1

Rajah 6.1 Kitaran Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI)

45

6.3.3 Perincian aktiviti untuk setiap peringkat kitaran CQI adalah seperti dalam
Jadual 6.1

PERINGKAT AKTIVITI

Rancang Membangunkan atau mengkaji semula pelan
Laksana
Pantau dan Semak strategik dan/atau pelan penambahbaikan.

Tambah Baik Mengatur pelan strategik dan/atau pelan

penambahbaikan.

Mengukur dan menganalisis pencapaian

sasaran yang ditetapkan, dan membuat

refleksi terhadap jurang pencapaian dan

kesesuaian pelan strategik dan/atau pelan

penambahbaikan.

Membuat penambahbaikan atau

membangunkan pelan penambahbaikan

berasaskan prestasi berkaitan dengan sasaran

dan kesesuaian pelan strategik dan/atau pelan

penambahbaikan.

Jadual 6.1 Perincian aktiviti kitaran CQI

6.4 UNIT JAMINAN KUALITI

6.4.1 Unit ini distrukturkan untuk melaksanakan dua fungsi utama:

i. mewujud dan menambah baik sistem IQA serta aktiviti CQI; dan
ii. menilai sistem IQA termasuk melaksanakan audit dalam dan semakan kendiri.

6.4.2 Unit Jaminan Kualiti BPT
Peranan dan tanggungjawab unit ini adalah:
i. menyelaras dan memantau pelaksanaan jaminan kualiti akademik dan
dokumentasi;
ii. mempertimbang permohonan yang berkaitan dengan jaminan kualiti akademik;

46

iii. merancang, melaksana dan menyelaras program untuk peningkatan jaminan
kualiti akademik kolej;

iv. menjadi perantara kepada badan pentauliahan; dan
v. menyelaras Mesyuarat Jaminan Kualiti Akademik BPT (MJKB).

6.4.4 Unit Jaminan Kualiti Akademik (UJKA) kolej
Peranan dan tanggungjawab unit ini adalah:
i. merancang dan mengurus pengauditan program akademik;
ii. menyediakan self-review report
iii. menyelaras dan memantau aktiviti dan pelan tindakan CQI:
iv. menyelaras permohonan yang berkaitan kualiti akademik kepada Unit
Jaminan Kualiti BPT;
v. menyelaras pengumpulan laporan dan data di bawah bidang jaminan kualiti
akademik; dan
vi. menyelaras Mesyuarat Jaminan Kualiti Akademik (MJKA) kolej.

6.4.5 Ahli UJKA adalah terdiri daripada:
i. Pengarah
ii. Timbalan Pengarah (HEA)
iii. Ketua Unit UJKA
iv. Setiausaha
v. Ketua Juruaudit Dalam

Penambahan keahlian UJKA selain daripada yang dinyatakan di atas adalah
tertakluk kepada kolej masing-masing.

6.4.6 Struktur organisasi dan lantikan bagi UJKA adalah di bawah bidang kuasa
Pengawal Pusat.

47

6.5 PEMANTAUAN DAN PENYEMAKAN PROGRAM (PMR)

6.5.1 Pemantauan dan penyemakan program (Program Monitoring and Review, PMR)
merupakan aspek CQI yang berlaku pada peringkat kurikulum.

Rajah 6.2 PMR dalam kitaran CQI

6.5.2 PMR melibatkan tiga (3) proses iaitu Pemantauan Kursus, Pemantauan Program
dan Penyemakan Kurikulum seperti dalam Rajah 6.3

Input:
Contoh: Prestasi pelajar, laporan
penilai dan maklum balas alumni

Pemantauan Pemantauan Penyemakan
Kursus Program Kurikulum

Rajah 6.3 Proses Pemantauan Kursus, Pemantauan Program dan
Peny4e8makan Kurikulum

6.5.3 Pemantauan Kursus

Pemantauan kursus merupakan proses pengumpulan maklumat yang berterusan
bagi memastikan kesemua aspek menepati tujuan dan sasaran prestasi, di
samping memastikan kandungannya selari dengan standard yang telah ditetapkan
dan hasil pembelajaran yang ingin dicapai

6.5.4 Pemantauan Program

Pemantauan program merupakan proses yang memberi maklumat bagi
penambahbaikan program dan menganalisis isu yang dibangkitkan dalam maklum
balas dalaman dan tinjauan luaran.

6.5.5 Penyemakan Kurikulum

Penyemakan kurikulum merupakan proses berkala yang lebih komprehensif untuk
melihat samada program tersebut memenuhi keperluan industri, menyumbang
kepada hala tuju dan matlamat strategik kolej, memenuhi standard akademik.

6.5.6 Ciri-ciri dan garis panduan umum pelaksanaan PMR adalah seperti di dalam
Jadual 6.2

Jadual 6.2 Ciri-ciri dan garis panduan umum di dalam elemen CQI

Fokus Pemantauan Pemantauan Penyemakan
Bila Kursus
Program Kurikulum
Setiap hujung
semester Sekurang-kurangnya dua Sekurang-kurangnya

(2) kali setahun sekali setiap lima (5)

tahun atau lebih awal

sekiranya diperlukan

Mengapa 1. Memantau 1. Mengekalkan dan 1. Memastikan program
prestasi pelajar menambah baik konsisten dengan
standard akademik hala tuju strategik
2. Menambah baik kolej termasuk
kandungan kehendak pihak
modul, cara

49

pengajaran dan 2. Memantau dan berkepentingan serta
keutamaan
pembelajaran dan memperkaya kualiti pendidikan dan
standard akademik
penilaian pengalaman pelajar. 2. Menyediakan bukti
keberkesanan proses
pemantauan tahunan

Apa 1. Prestasi pelajar 1. Standard-standard 1. Kesesuaian bagi

2. Penilaian modul akademik tujuan/modul

(kandungan, 2. Pengalaman pelajar dan/atau hasil

pengajaran dan program

pembelajran, 2. Standard-standard

penilaian) akademik

3. Pengalaman pelajar

4. Sumbangan program

terhadap

industri/profesion

5. Kekinian dan

kerelevanan program

serta program yang

menyeluruh dan

mencabar

pembelajaran

pelajar.

50

Sumber- 1. Prestasi pelajar 1. Prestasi pelajar 1. Maklum balas
Maklumat
i. Pencapaian 2. Artikulasi, hala tuju daripada pihak

hasil dan prestasi pelajar berkepentingan

pembelajaran (termasuk kemajuan termasuk pelajar,

ii. Prestasi pelajar dan kadar keciciran) majikan dan alumni

pada peringkat 3. Cadangan 2. Laporan audit

kursus penambahbaikan / daripada pemeriksa

iii. Hasil moderasi perubahan kurikulum dalaman dan luaran

iv. Kemajuan melalui pemantauan 3. Laporan penanda

pelajar dan kursus (jika ada) aras

kadar 4. Pencapaian graduan 4. Analisis pasaran kerja

keciciran dari aspek hasil 5. Artikulasi, hala tuju

2. Penyemakan program. dan prestasi pelajar

Kurikulum 5. Perubahan dalam (termasuk kemajuan

i. Penilaian peraturan luaran dan dan kadar keciciran)

Pelajar keperluan industri: 6. Perubahan kurikulum

ii. Input staf akta, dasar, standard, hasil pemantauan

akademik permintaan pasaran kursus

iii. Maklum balas 6. Analisis isu seperti: 7. Pencapaian hasil

pihak i. maklum balas program oleh para

berkepentingan dalaman pelajar graduan

3. Pemantauan ii. kajian 8. Perubahan peraturan

Pengajaran dan pengesanan dan luar dan keperluan

Pembelajaran kebolehpasaran industri: akta,dasar,

i. Pencerapan graduan standard, permintaan

kelas iii. kemahiran pasaran

ii. Semakan insaniah

portfolio iv. kelestarian

program

51

Tanggungjawab Ketua Jabatan / 7. Timbalan Pengarah Hal 1. Ketua Unit Jaminan
Penyelaras Kursus Ehwal Akademik Kualiti Kolej

2. Pegawai Jaminan
Kualiti BPT

3. Ketua Penolong
Pengarah Program
BPT

Mekanisme Mesyuarat Jaminan8. Mesyuarat Jaminan Kualiti 1. Mesyuarat

Kualiti Kursus (MJKK) Akademik (MJKA) Jaminan Kualiti

BPT (MJKB)

2. Bengkel

Curriculum

Development

Committee (CDC)

3. Bengkel Subject

Matter Expert

Committee (SME)

Laporan Pihak 1. Laporan 1. Minit Mesyuarat 1. Minit Mesyuarat
berwajib Pemantauan
(CE1) Kualiti Kursus Jaminan Kualiti

2. Laporan prestasi (MJKK) Akademik (MJKA)
(UPP)
2. Laporan CLORR / 2. Maklum balas
3. Laporan
Penilaian PLORR pihak industri /
Pengajaran dan
Pembelajaran 3. Laporan Pemantauan majikan
Kursus (Borang
CE2) PdP (Borang CE1) 3. Maklum balas

4. Laporan Penilaian alumni

Pengajaran dan 4. Laporan CLORR /

Pembelajaran Kursus PLORR

(Borang CE2)

52

6.5.6 Ciri-ciri Utama PMR
Ciri-ciri utama bagi PMR adalah:
i. Penglibatan pihak berkepentingan (alumni, majikan, pelajar) untuk memberi
maklum balas berkaitan keberkesanan pelaksanaan program.
ii. Penglibatan pakar luar (pihak industri/majikan/badan profesional, ahli akademik)
dan dalam (pensyarah program) untuk memberi pandangan berkaitan
kerelevanan program dengan keperluan industri/majikan dan laluan kerjaya.
iii. Satu prosedur yang teratur diguna pakai untuk mengambil kira segala maklum
balas, laporan dan maklumat yang diterima, iaitu:
a. Analisa dibuat untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan program dan
mana-mana bahagian yang memerlukan perubahan serta penambahbaikan.
b. Cadangan perubahan serta penambahbaikan untuk memantapkan dan
menambah baik program disyorkan.
c. Pelan tindakan dibangunkan bagi cadangan perubahan serta
penambahbaikan yang dipersetujui, dan dipantau oleh UJKA sehingga
selesai.
iv. Laporan hasil PMR perlu dimaklumkan kepada pakar dan pihak berkepentingan
yang terlibat serta pengurusan kolej.

53

Rajah 6.2 di bawah menunjukkan carta alir pelaksanaan Mesyuarat Jaminan Kualiti.

TANGGUNGJAWAB

MULA

KETUA JABATAN/ MESYUARAT JAMINAN KUALITI
PENYELARAS KURSUS (MJKK)
KURSUS
MESYUARAT JAMINAN KUALITI
TIMBALAN AKADEMIK (MJKA)
PENGARAH HEA
MESYUARAT JAMINAN KUALITI
TIMBALAN BPT (MJKB)
PENGARAH I
(PEMBANGUNAN TIDAK LULUS
PENGAJIAN)
YA
UNIT IQA KOLEJ AMBIL TINDAKAN

TAMAT

Rajah 6.2 Carta alir Mesyuarat Jaminan Kualiti

54

RUJUKAN

Buku Panduan Pentaksiran. (2019). Retrieved from

http://ipgkpt.edu.my/Buku_Panduan_Pentaksiran_Edisi_Jun_2019 %281%29.pdf

Buku Peraturan Akademik KPM/ KM. (2020). Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Tinggi MARA.

Jabatan Pendidikan Tinggi. (2018). Garis Panduan Pembangunan Program Akademik Universiti
Awam. Retrieved from http://jpt.moe.gov.my

MQA. (2011). Garis Panduan Amalan Baik: Reka Bentuk dan Penyampaian Kurikulum. 2009.

MQA. (2014). Garis Panduan Amalan Baik: Penilaian Pelajar.

Tookoian, J. (2016). What is the Right Number of Test Questions? Retrieved from
https://edulastic.com/blog/the-right-number-of-test-questions.

55

Lampiran 1

FORMAT KERTAS KERJA PERMOHONAN SEMAKAN KURIKULUM
1. KOLEJ

Nyatakan nama kolej

2. TUJUAN
Nyatakan dengan ringkas tujuan kertas kerja

3. PROGRAM AKADEMIK YANG DISEMAK
Nyata nama program akademik

4. PERINGKAT DAN MOD PENGAJIAN
Nyatakan sama ada peringkat asasi, diploma, diploma eksekutif, diploma lanjutan serta
mod pengajian; sepenuh atau separuh masa

5. LATAR BELAKANG PROGRAM
5.1 Nyatakan tarikh program mula ditawarkan
5.2 Nyatakan tarikh terakhir semakan kurikulum yang telah dilaksanakan bagi
program

6. SESI PENGAJIAN SEMAKAN PROGRAM AKAN BERKUATKUASA
Nyatakan semester dan sesi pengajian kurikulum baharu yang akan diguna pakai.
Contoh: Semester 1 sesi 20XX

7. JUSTIFIKASI SEMAKAN KURIKULUM (rujuk item 4.2.1)
7.1 Keperluan baharu standard program MQA / badan profesional yang berkaitan.
7.2 Permintaan semasa terhadap program, seperti perkembangan dan keperluan
bidang berteraskan teknologi.
7.3 Pemurnian kandungan program berdasarkan proses CQI.

56

8. KOMPONEN/SKOP CADANGAN SEMAKAN

9. MAKLUM BALAS PIHAK BERKEPENTINGAN / PEMEGANG TARUH (SEBAGAI
LAMPIRAN SEKIRANYA ADA)

10. SYOR
Nyatakan syor kepada JKPP sama ada tujuan kertas kerja adalah untuk pemakluman
atau pertimbangan kelulusan.

11. TANDA TANGAN

11.1 Ketua unit IQA yang menyediakan kertas kerja (ketua jabatan / penyelaras)
11.2 Disemak oleh TPHEA dan diluluskan oleh Pengarah.

57

Lampiran 2
FORMAT LAPORAN CURRICULUM DEVELOPMENT COMMITTEE (CDC)
1. TAJUK
Nyatakan CDC bagi program yang terlibat
2. BUTIRAN BENGKEL
Nyatakan butiran bengkel seperti tarikh, masa, dan tempat
3. KEHADIRAN
Nyatakan nama dan jawatan peserta bengkel
4. HASIL BENGKEL
Nyatakan dapatan terhadap skop yang dicadangkan di dalam kertas kerja
5. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
5.1 Nyatakan tindakan susulan yang perlu
5.2 Nyatakan sumber rujukan yang perlu
6. TANDATANGAN PENYEDIA LAPORAN

58

Lampiran 3
KOMPONEN HASIL SUBJECT-MATTER-EXPERT COMMITTEE (SMEC)

1. MAKLUMBALAS TERHADAP CADANGAN BENGKEL CDC YANG MELIPUTI
PERKARA BERIKUT:
1.1 Perubahan jumlah kredit keseluruhan program
1.2 Penambahan atau pengguguran kursus
1.3 Perbandingan kurikulum lama dan baharu
1.4 Peratusan perubahan
1.5 Perbandingan struktur kurikulum baharu dan sedia ada
1.6 Maklumat pengajian kurikulum program yang dipinda merangkumi:
i. Struktur program;
ii. Matriks PEO lawan (vs.) PLO;
iii. Matriks CLO lawan (vs.) PLO;
iv. Matriks kursus lawan (vs.) taksonomi pembelajaran;
v. Matriks kursus lawan (vs.) SLT.
(sila kemukakan perbandingan maklumat kurikulum baharu dan sedia
ada)

2. IMPLIKASI SUMBER DAN CADANGAN MENANGANI
Nyatakan dengan jelas jika ada implikasi staf, fizikal dan kewangan yang akan
terbabit jika versi baharu kurikulum program dilaksanakan. Cadangan untuk
menangani implikasi sumber (jika berkaitan).

59

Lampiran 4
KAEDAH PENENTUAN PERATUS PERUBAHAN KURIKULUM

Komponen Kategori Perubahan

Bil. Semakan >30% <30%
Kurikulum

1 Matlamat dan Objektif Pindaan yang mengubah Penambahbaikan atau

Pendidikan Program maksud dan hala tuju program pemurnian dari segi

tatabahasa

2 Hasil Pembelajaran Penambahan, pengurangan Penambahbaikan atau
pemurnian dari segi
Program & Kursus atau perubahan pernyataan tatabahasa

(PLO / CLO) yang melebihi 30%

3 Penamaan Program Nama asal program tidak lagi Pengemaskinian nama dan

menggambarkan objektif format

program dan hasil pembelajaran

program. Program dianggap Pemurnian nama mengikut

sebagai program baharu dan syor laporan audit /

perlu melalui proses penawaran akreditasi, tanpa perubahan

program baharu. kurikulum

4 Tempoh Pengajian Penambahan atau pengurangan Tidak berkenaan
tempoh keseluruhan

5 Kredit Perubahan kumulatif bilangan Perubahan kumulatif
kredit kursus yang melebihi 30% bilangan kredit kursus yang

kurang atau sama dengan
30%

6 Silibus Pengiraan perubahan kursus Pengiraan perubahan kursus
diambil kira sekiranya terdapat: diambil kira sekiranya
terdapat:

60

i. perubahan melebihi 50% ke i. perubahan sama atau
atas kandungan kursus dan kurang dari 50% ke atas
hasil pembelajaran kursus; kandungan kursus dan
hasil pembelajaran
ii. perubahan nama kursus; kursus;
iii. perubahan kredit kursus
ii. tiada perubahan ke atas
nama kursus;

iii. tiada perubahan ke atas
kredit kursus

7 Kaedah Pengajaran Perubahan signifikan ke atas
kaedah penyampaian

8 Penilaian Perubahan signifikan ke atas
(Assessment) kaedah pentaksiran

61

AHLI YANG TERLIBAT

Penaung Pengarah BPT
DR. Hamzan bin Omar

Penasihat Timbalan Pengarah I, Pembangunan Pengajian
Faizah binti Abu Bakar Timbalan Pengarah I, Pembangunan Sumber
Hajjah Norlida binti Abdul Kadir

Pengerusi Timbalan Pengarah II, Pembangunan Pengajian KPM
Zarina binti Ahmad Timbalan Pengarah II, Pembangunan Pengajian KM
Mohd Fadzlanor bin Abdullah

Ahli Ketua Penolong Pengarah, Pembangunan Pengajian
Norul Ashikin binti Abu Kasim
Datin Ameizza binti Abdul Wahab
DR. Amelia binti Ismail
Mohd Firdaus bin Abd Manap
Nur Azlin binti Ismail
Mohd Zamri bin Yahya
Mohd Hakim bin Hafiz
Mohd Ikhsan bin Moksin
DR. Hasnan bin Md Aris
Maizatul Aminah binti Ibrahim
Maslinda binti Senon
Shereen binti Nasir
Azham bin Abdul Hamid

62


Click to View FlipBook Version