The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KAPSUL AKTIVITI STEM
Sekolah Rendah merupakan
sebuah buku yang mengumpulkan koleksi aktiviti-aktiviti yang
menarik dengan berasaskan
pembelajaran Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik
(STEM).

Aktiviti-aktiviti ini berkaitan
dengan kehidupan harian murid-murid dan bahan-bahan yang
diperlukan untuk dibina mudah
diperoleh.

Melalui aktiviti-aktiviti ini, para
murid dapat berfikir secara kreatif
dan kritis serta dapat memahami
konsep STEM dengan lebih baik.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kdstlg91, 2023-07-04 11:17:05

KAPSUL AKTIVITI STEM : SEKOLAH RENDAH

KAPSUL AKTIVITI STEM
Sekolah Rendah merupakan
sebuah buku yang mengumpulkan koleksi aktiviti-aktiviti yang
menarik dengan berasaskan
pembelajaran Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik
(STEM).

Aktiviti-aktiviti ini berkaitan
dengan kehidupan harian murid-murid dan bahan-bahan yang
diperlukan untuk dibina mudah
diperoleh.

Melalui aktiviti-aktiviti ini, para
murid dapat berfikir secara kreatif
dan kritis serta dapat memahami
konsep STEM dengan lebih baik.

Keywords: KAPSUL AKTIVITI STEM,SEKOLAH RENDAH,KREATIF DAN KRITIS,iV-STEM

KAPSUL AKTIVITI STEM Sekolah Rendah Norbaiti Tukiman Ahmad Khudzairi Khalid


i Hak Cipta: Silver Base (M) Sdn. Bhd. 2021 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, gambar, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada SILVER BASE (M) SDN. BHD. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Norbaiti Tukiman, 1976- KAPSUL AKTIVITI STEM : SEKOLAH RENDAH / Norbaiti Tukiman, Ahmad Khudzairi Khalid. ISBN 978-967-15797-3-2 1. Sciences--Experiments. 2. Technology--Experiments. 3. Mathematics--Experiments. I. Ahmad Khudzairi Khalid, 1991-. II. Judul. 507.8 Ketua Editor : Ahmad Khudzairi bin Khalid Norbaiti binti Tukiman, Ph.D Penolong Editor : Ng Set Foong, Ph.D Aishah binti Mahat Nur Intan Syafinaz binti Ahmad Reka Bentuk & Ilustrasi : Ng Set Foong, Ph.D Diatur Huruf Oleh : Nurul Shafina binti Hamedi Rekaan Kulit Buku : https://www.freepik.com Penerbit : Silver Base (M) Sdn Bhd Pencetak : Green Jingga Enterprise Penulis : Norfazrin Yasmin binti Mohd Faizal Nurul Najieha binti Ramizan Mirza Arizan bin Muhammad Tarimi Nur Athira binti Ahmadi Munirah binti Onn Muhammad Rasydan bin Abd Rashid Nurul Balqis binti Nor’rah


ii Siti Aisyah binti Saifol Bahari Muhammad Naqib Afiq bin Hanuar Muhammad Syahmeer bin Mohd Sha’izan Muhammad Azri Irfan bin Afandi Nuraisyah binti Mahdir Che Muhammad Haiqal bin Che Halim Ahmad Khudzairi bin Khalid Ahmad Hakim bin Khamis Norbaiti binti Tukiman, Ph.D Diterbitkan oleh: SILVER BASE (M) SDN. BHD. (811917-W) No. 49-A, Jalan Sena 9, Taman Rinting, 81750 Masai, Johor. •Tel: 607-3869094 • Faks: 607-3874390 Emel: [email protected] Dicetak oleh: GREEN JINGGA ENTERPRISE (JM0635883-P) No. 25, Jalan Gunung 3, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor. •Tel/Faks: 07-3860201 Emel: [email protected]


1 PRAKATA Bismillahirrahmanirrahim… Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan pertolonganNya, buku Kapsul Aktiviti STEM untuk pelajar sekolah rendah ini dapat ditulis dan diterbitkan. Penulis berharap buku ini dapat digarap isinya, mendapat manfaat dan memberi panduan yang berguna kepada pelajar sekolah untuk menjalankan aktiviti pembelajaran STEM di sekolah atau di rumah. Seperti yang sedia maklum, pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bukanlah sesuatu yang mudah dan memahamkan pelajar tentang pembelajaran STEM juga merupakan satu cabaran kepada para pendidik. Di samping itu, beberapa isu mengenai kelemahan pelajar dalam subjek turut menjadi perbualan dan bahan perdebatan di pelbagai peringkat termasuk sekolah, universiti dan umum. Kemerosotan pelajar dalam pemilihan aliran sains turut menjadi isu dalam kalangan pelajar masa kini. Justeru, di bawah kumpulan sukarelawan STEM @IVSTEM UiTM Pasir Gudang yang terdiri daripada 13 pelajar mahasiswa dan 2 orang penyelia telah mengambil initiatif menghasilkan buku kapsul aktiviti STEM ini sebagai satu alternatif untuk meningkatkan minat pelajar


2 terhadap pembelajaran STEM menerusi aktiviti-aktiviti eksperiman mudah dan bahan yang senang didapati di rumah di samping menjalankan aktiviti STEM secara atas talian. Secara keseluruhan buku aktiviti Kapsul STEM ini dapat membina dan meningkatkan daya berfikir dan kreativiti pelajar. Pelajar boleh melakukan aktiviti di rumah di bawah bimbingan ibu bapa atau di sekolah di bawah bimbingan guru-guru. Oleh yang demikian, harapan penulis sekali lagi agar buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar seterusnya menjadi pemangkin dan wadah ilmu ke arah peningkatan minat pelajar terhadap pembelajaran STEM. Semoga Pendidikan STEM terus berkembang dan bercambah dengan baik di negara kita.


3 KANDUNGAN PRAKATA 1-2 PENGENALAN 4-6 AJAIBNYA AIS 7-10 CUPS STACK CHALLENGE 11-14 FLASH & DASH 15-18 GERAKAN RUPANYA HANYA DALAM FLIPBOOK 19-22 JET ATAU KAPAL TERBANG? 23-26 KOTORNYA AIR INI 27-33 MATHEMATICS HUNT 34-37 NEWSPAPER BRIDGE 38-42 RUBBER BAND CAR 43-47 iV-STEM: CARD TOWER 48-54 JOM MEMANAH! 55-60 PENGANGKUT AIR ARCHIMEDES 61-66 SOLAR COOKER 67-72 TELUR KEBAL 73-78 BIONIC HAND 79-83


4 PENGENALAN STEM adalah akronim daripada perkataan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Pendidikan STEM di Malaysia telah lama diperkenalkan oleh pihak kementerian Pendidikan sejak tahun 19 tahun 1960an menerusi dasar JKPPT (1967) yang mengesyorkan unjuran nisbah 40 : 60 bagi aliran sastera berbanding aliran sains dan teknik. Dalam dekad ini perubahan sistem Pendidikan menerusi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di pelbagai peringkat samada di peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat institusi pengajian tinggi. Antara isu Pendidikan STEM adalah kurangnya minat pelajar terhadap bidang ini. Justeru, banyak langkah yang diambil samada dalam kalangan kerajaan, para pendidik mahupun pengkaji untuk memastikan pembelajaran STEM terus mengungguli berbanding dengan subjek lain. Antara salah satu inisiatif yang dibuat oleh tim buku ini adalah mewujudkan kumpulan kesukarelawanan STEM yang digelar iVSTEM. Tim ini terdiri daripada dua orang penyelia pensyarah dan juga 13 orang pelajar UiTM cawangan Johor Kampus Pasir Gudang yang ingin membantu pelajar di dua sekolah terpilih iaitu Sekolah rendah Taman Rinting 1 (SKTR1), Masai dan Sekolah Kebangsan Mohd. Khir Johari (SKMKJ) untuk meningkatkan minat terhadap pembelajaran STEM. Beberapa aktiviti Pendidikan STEM telah dijalankan oleh tim ini iaitu mengadakan aktiviti pembelajaran


5 STEM secara atas talian, webinar dan pertandingan STEM antara sekolah. Bagi pembelajaran STEM atas talian, beberapa eksperiman telah direkodkan dan dimasukkan dalam aplikasi youtube. Metod pembelajaran kumpulan ini adalah menerusi bimbingan mentor (mahasiswa UiTM) dan menti (pelajar sekolah). Buku STEM yang ditulis ini adalah antara garapan beberapa eksperimen yang telah dijalankan selama sebulan bersama pelajar sekolah tersebut secara atas talian. Ia ditulis oleh mentor untuk buah tangan adik-adik menti dan juga pelajar sekolah rendah yang merangkumi beberapa tema iaitu tema sains, teknologi dan matematik. Dalam setiap aktiviti, pelajar akan diberikan satu sinopsis aktiviti yang akan dijalankan dan objektif pembelajaran aktiviti tersebut. Kemudian, pelajar dikehendaki menyediakan bahan-bahan untuk menjalankan aktiviti tersebut. Langkah-langkah untuk menjalankan ujikaji dan eksperiman mudah juga ditunjukkan satu persatu. Akhir sekali pelajar perlu memberikan hasil ujikaji tersebut dalam ruangan refleksi rekaan saya. Terdapat 15 aktiviti kapsul STEM yang dimuatkan dalam buku siri pertama ini. Menerokai bidang STEM merupakan cabaran pendidik dan juga pihak berkepentingan khususnya kerajaan dalam mencorakkan generasi berpengetahuan STEM dan tambahan lagi ke revolusi industri 4.0. Justeru, buku Kapsul Aktiviti STEM ini diharapkan dapat membantu membina dan meningkatkan daya berfikir dan kreativiti pelajar seterusnya menarik pelajar meminati bidang STEM. Aktiviti STEM yang dicadangkan ini adalah amat


6 ringkas dan mudah serta dapat dijalankan di rumah di bawah seliaan dan bimbingan ibu bapa atau di sekolah di bawah bimbingan guru-guru. Oleh yang demikian, sekali lagi besarlah harapan penulis sekali lagi agar buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar seterusnya menjadi pemangkin dan wadah ilmu ke arah peningkatan minat pelajar terhadap pembelajaran STEM. Sekiranya terdapat sebarang cadangan, bolehlah dimajukan kepada pengarang buku ini. Wallahualam.


7 AJAIBNYA AIS TEMA : SAINS NORFAZRIN YASMIN BINTI MOHD FAIZAL


8 SINOPSIS : Eksperimen yang bertajuk “MAGIC ICE” ini adalah eksperimen yang melibatkan penggunaan ais dan juga air. Eksperimen ini dilakukan adalah untuk mengkaji bagaimana air boleh berubah menjadi ais (cecair berubah kepada pepejal). Oleh itu, eksperimen ini sangat membantu untuk memberikan pengetahuan baru kepada pelajar terutama pelajar sekolah rendah agar mengetahui teori sains yang terlibat dalam eksperimen ini. BAHAN-BAHAN : 1) Air 2) Ais 3) Botol Plastik 4) Gelas


9 OBJEKTIF PRODUK : Semasa aktiviti dijalankan, pelajar akan mempelajari tentang : 1) Meningkatkan minat pelajar menerokai ilmu pengetahuan dalam bidang sains, malah mencetuskan semangat ingin tahu dalam dunia sains 2) Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara krtitis, kreatif dan analitis bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. 3) Meningkatkan daya kreativiti murid. 4) Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains. OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Aktiviti ini dapat membantu pelajar untuk : 1) Berfikir secara kreatif bagi memahami konsep sains yang terlibat dalam eksperimen “MAGIC ICE” ini. 2) Mengaplikasikan teori sains dalam kehidupan seharian selepas melaksanakan eksperimen “MAGIC ICE” ini. 3) Menambahkan minat pelajar dalam subjek sains agar dapat melahirkan sifat ingin tahu dalam diri mereka untuk mengetahui ilmu sains dengan lebih mendalam.


10 LANGKAH-LANGKAH : 1) Keluarkan botol yang berisi air setelah disejukkan dalam peti sejuk selama 2-3 jam dan tekan botol air itu. 2) Air sejuk akan bertukar daripada air dan menjadi ais kristal. 3) Letakkan seketul kiub ais dalam gelas dan tuang air sejuk itu dalam gelas itu secara perlahan . 4) Segunung ais akan kelihatan . 5) Ais yang terbentuk lebih menarik dengan meletakkan pewarna makanan dalam botol air itu. REFLEKSI : Pelajar dapat mempelajari berkenaan teori sains yang terlibat dalam proses penukaran cecair kepada pepejal dengan melaksanakan aktiviti yang menarik.


11 CUPS STACK CHALLENGE TEMA : SAINS DAN KEJURUTERAAN NURUL NAJIEHA BINTI RAMIZAN


12 SINOPSIS : “Cup Stack” adalah merupakan satu aktiviti STEM menarik yang dilakukan secara berkumpulan untuk memupuk kerja berpasukan. Dalam aktiviti ini, sesetengah kumpulan akan dapat menyelesaikan tugasan ini dengan pantas manakala kumpulan yang lain perlu terus berusaha untuk menyelesaikan tugasan tersebut dengan jayanya. Aktiviti ini dilakukan dalam bentuk pertandingan antara kumpulan untuk melihat kumpulan yang manakah dapat menyiapkan binaan cup tersebut dalam masa yang singkat. BAHAN-BAHAN : 1) Cawan 2) Tali 3) Gelang getah


13 MASA YANG DIPERLUKAN : 1 – 2 jam OBJEKTIF PRODUK : Semasa aktiviti dijalankan, pelajar akan mempelajari tentang : 1) Mereka dapat berfikir dan mengatur strategi bagi menamatkan permainan. 2) Meningkatkan daya fikiran mereka dengan menjawab soalan-soalan yang diberikan. 3) Meningkatkan kebolehan bekerja di dalam kumpulan. OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Aktiviti ini dapat membantu pelajar untuk : 1) Memahami dan menganalisa masalah serta merancang penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut mengikut kriteria yang diperlukan 2) Menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis bagi mereka menyelesaikan soalan yang diberikan. 3) Menyusun strategi dengan bijak bagi memenuhi kriteria yang diperlukan dalam permainan.


14 4) Meningkatkan kebolehan bekerja di dalam kumpulan dan kemahiran berkomunikasi sewaktu pemainan dijalankan. LANGKAH-LANGKAH : 1) Pelajar dibahagikan kepada kumpulan masingmasing. 2) Pelajar memulakan permainan dan dinilai oleh guru/ibubapa. REFLEKSI : Menerusi aktiviti permainan ini, pelajar dapat mempelajari dan berfikir secara luar kotak bagi menyelesaikan soalansoalan yang telah diberikan. Para pelajar juga belajar untuk merancang strategi meraka bagi menamatkan permainan.


15 FLASH & DASH TEMA: SAINS DAN KEJURUTERAAN MIRZA ARIZAN BIN MUHAMMAD TARIMI AHMAD KHUDZAIRI BIN KHALID


16 SINOPSIS: Terdapat pertandingan perlumbaan kereta mainan yang dianjurkan oleh sebuah sekolah. Ketika sedang membuat raptai bagi perlumbaan itu, tiba-tiba litar perlumbaan itu mengalami kerosakan yang kritikal. Apakah yang kita perlu lakukan untuk membantu sekolah itu untuk menyelesaikan masalah yang dialami bagi meneruskan pertandingan? BAHAN-BAHAN: 1. Sebuah kereta mini 4WD Tamiya 2. Paip saluran air hujan berbentuk separuh empat segi 3. Gam PVC 4. Sarung tangan getah pakai buang


17 MASA YANG DIPERLUKAN 50 minit OBJEKTIF PRODUK: Semasa pembinaan produk ini, pelajar akan belajar untuk: 1. Membina sebuah litar lumba kereta permainan. 2. Menghasilkan sebuah kereta mini 4WD.


18 OBJEKTIF PEMBELAJARAN Aktiviti ini dapat membantu pelajar untuk: 1. Menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif bagi menyelesaikan masalah. 2. Merancang penyusunan bahan yang terbaik bagi menghasilkan sebuah projek. 3. Mengenalpasti komponen-komponen bagi menghasilkan sebuah kereta. 4. Meningkatkan semangat berpasukan dan kemahiran berkomunikasi sewaktu membuat projek. REFLEKSI: Berdasarkan aktiviti seperti ini, pelajar dapat mempelajari teknik berfikir secara kreatif bagi menghasilkan sebuah kereta mini 4WD dan litar lumba kereta permainan melalui bahan-bahan yang disediakan. Para pelajar juga akan mengenalpasti komponen yang diperlukan untuk mencipta sebuah kereta. Di samping itu, para pelajar juga dapat mengetahui konsep teknologi serta reka bentuk yang terhasil.


19 GERAKAN RUPANYA HANYA DALAM FLIPBOOK TEMA : SAINS DAN TEKNOLOGI NUR ATHIRA BINTI AHMADI


20 SINOPSIS : Adakah anda pernah ditipu oleh ilusi optik? Anda mesti tertanya-tanya apakah itu ilusi optik. Ilusi optik bukan sahaja mampu menarik perhatian, tetapi juga boleh dikategorikan sebagai satu perkara ilmiah. Dalam aktiviti ini, anda akan dapat menyiasat satu fenomena gerakan nyata dengan membuat satu animasi flipbooks anda sendiri. Jadi bagaimana proses pembuatannya? Bahan apa yang diperlukan untuk membuat flipbooks itu? BAHAN-BAHAN : 1) 5 helai A4 2) Gunting 3) Dua klip pengikat 4) Alat alat menghias ( pensil warna, pencil, pen,crayon )


21 MASA YANG DIPERLUKAN : 20 minit OBJEKTIF PRODUK : Semasa aktiviti dijalankan, pelajar akan mempelajari berkenaan: 1) Mencipta animasi gerakan dalam flipbooks sendiri. 2) Mendapat pendedahan berkenaan gerakan di awal usia. 3) Merancang berkenaan gerakan yang akan dilukis OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Aktiviti ini dapat membantu pelajar untuk : 1) Menambahkan fokus pelajar dalam melakukan sesuatu perkara. 2) Menggiatkan pelajar untuk bersikap lebih teliti serta tekun dalam melakukan sesuatu kerja. 3) Menggalakkan pelajar berfikiran bahawa sesuatu kerja yang susah itu ada senangnya. 4) Meningkatkan tahap imaginasi pelajar.


22 LANGKAH-LANGKAH : 1) Lipat kertas A4 kepada 6 bahagian dan lakukan kepada semua kertas yang lain. 2) Potong kertas mengikut garisan secara berhati hati. (buat dengan sekata) 3) Cantumkan semua kertas dan klipkan menggunakan klip yang disediakan. 4) Dengan kreativiti pelajar, lukis apa sahaja yang serupa dengan menggunakan pensil warna. Seperti contohnya, lukis bentuk bulat pada muka surat pertama dan lukis bulatan lebih jauh sedikit di muka surat seterusnya. 5) Ulang langkah itu sehingga muka surat yang terakhir. 6) Susun dengan kemas serta teratur. 7) Dan lihat hasilnya. REFLEKSI : Pelajar dapat mempelajari serta melakukan aktiviti ini secara kreatif tentang cara membuat animasi serta gerakan. Dengan ini mereka akan mengaplikasikan perkara di masa akan datang.


23 JET ATAU KAPAL TERBANG? TEMA : SAINS MUNIRAH BINTI ONN MUHAMMAD RASYDAN BIN ABD RASHID


24 SINOPSIS : Semua pelajar diberikan sehelai kertas A4 dan dikehendaki membuat satu origami kapal terbang atau kapal terbang pejuang yang mampu terbang sejauh yang mungkin. Peserta yang memperoleh jarak paling jauh menerbangkan origaminya adalah pemenang kepada aktiviti ini. Aktiviti ini sebenarnya untuk menyedarkan peserta agar fokus dan serius untuk menetapkan masa depan masing-masing. Checkpoint paling jauh itu diibaratkan seperti cita-cita, kapal terbang diibaratkan seperti individu tersebut dan cara lipatan dan pembuatan origami itu adalah diibaratkan seperti usaha kita. Untuk memperoleh kejayaan , seseorang itu perlu merancang untuk membuat origami terbaik, fokus dan membuat cara balingan yang tepat ketika melepaskannya serta meletakkan daya yang kuat ketika melepaskannya. BAHAN-BAHAN: 1) kertas A4


25 OBJEKTIF PEMBELAJARAN Aktiviti ini dapat membantu pelajar untuk : 1) Mempelajari ilmu dalam proses merekacipta origami 2) Dapat belajar dalam keadaan yang seronok 3) Melatih mereka untuk berfikiran kritis dan inovatif untuk memenangi aktiviti ini 4) Menimbulkan sifat suka bertanya dan menggalakkan peserta berkomunikasi LANGKAH-LANGKAH : 1) Setiap peserta diberikan sehelai kertas A4 untuk membina sebuah origami kapal terbang kertas atau kapal terbang pejuang tanpa membuang mana-mana bahagian kertas atau mengoyakkannya. 2) 5 tahap (checkpoint) harus diletakkan supaya peserta dapat melihat sejauh mana origami mereka serta peserta lain dapat terbang. 3) Peserta dikehendaki beratur 10 baris (bergantung kepada luas tempat kejadian) agar peserta dapat dikawal dari mengambil semula kapal terbang mereka selepas melepaskannya. Ini juga agar aktiviti dijalankan dengan adil seperti kapal terbang itu dapat terbang tanpa banyak halangan seperti melanggar kapal terbang individu lain


26 sedangkan aktiviti ini hanya melihat kapal terbang paling jauh sahaja. 4) Origami kapal terbang yang dapat terbang paling jauh adalah pemenangnya dan semua peserta dikehendaki mengutip semua origami mereka agar dapat menjaga kebersihan REFLEKSI : Pelajar dapat berfikir dengan kreatif dan kritis serta mengaplikasikan ilmu sains yang telah dipelajari bagi menghasilkan kapal terbang atau kapal terbang pejuang yang mampu terbang sejauh mungkin.


27 KOTORNYA AIR INI TEMA : SAINS NURUL BALQIS BINTI NOR’RAH


28 SINOPSIS : Menerusi aktiviti ini, pelajar dapat mempelajari dan berfikir secara kreatif dalam kumpulan bagi membina sebuah penapis air menggunakan bahan-bahan yang disediakan. Para pelajar juga akan belajar mengenalpasti air yang selamat digunakan bagi kegunaan harian. Bukan itu sahaja, para pelajar juga akan belajar mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar bagi menjamin kelestarian alam sekitar di masa hadapan. PERMASALAHAN: Kawasan rumah Mak Leha terdapat kawasan tadahan air. Mak Leha ingin menggunakan air tersebut sebagai kegunaan harian bagi membasuh kereta serta kawasan beranda yang luas bagi menjimatkan penggunaan air. Namun Mak Leha mendapati air di kawasan tadahan itu terlalu kotor. Apakah yang kita boleh lakukan untuk membantu Mak Leha menyelesaikan masalah beliau? BAHAN-BAHAN: 1) Botol air mineral 1 liter 2) Gunting 3) Kain perca


29 4) Arang 5) Batu Kasar 6) Pasir Kasar 7) Pasir Halus 8) Tali 9) Tanah kotor


30 MASA YANG DIPERLUKAN : 30 minit OBJEKTIF PRODUK : Semasa aktiviti dijalankan, pelajar akan mempelajari tentang : 1.) Membuat penapis air bagi mendapatkan air yang bersih. 2) Membina satu menara dan tangki air dengan menggunakan bahan yang disediakan supaya mampu menghasilkan air yang bersih. 3) Merancang penyusunan bahan-bahan yang diperlukan bagi mencapai objektif. 4) Meningkatkan kebolehan bekerja di dalam kumpulan. OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Aktiviti ini dapat membantu pelajar untuk : 1) Memahami dan menganalisa masalah serta merancang penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut mengikut kriteria yang diperlukan


31 2) Menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis bagi menyelesaikan masalah. 3) Merancang penyusunan bahan yang tepat bagi menghasilkan air yang bersih. 4) Mengenalpasti jenis-jenis air yang bersih dan selamat untuk digunakan dalam kehidupan seharian. 5) Meningkatkan kebolehan bekerja di dalam kumpulan dan kemahiran berkomunikasi sewaktu pembentangan dijalankan. LANGKAH-LANGKAH : 1) Pelajar perlu membina satu penapis air daripada bahan-bahan yang disediakan. 2) Penyusunan bahan-bahan adalah mengikut perbincangan bersama ahli kumpulan. REFLEKSI : Pengujian dan penilaian bertujuan untuk menilai sejauh penapis air yang dibuat mampu untuk menghasilkan air yang bersih.


32 RUBRIK : Jadual : Cadangan Rubrik Permarkahan Juri Kumpulan 1 2 3 4 5 Susunan bahan-bahan Isipadu air ditapis Warna air Bau air JUMLAH MARKAH Cadangan Rubrik Permakahan Juri 1 2 3 4 5 Susunan bahanbahan Semua bahan tidak tersusun Susunan 2-4 bahan adalah tepat Susunan 2-4 bahan adalah tepat Susunan semua bahan adalah tepat : 1. Kain 2. Pasir halus 3. Arang 4. Pasir kasar 5. Batu kasar Susunan semua bahan adalah tepat : 1. Kain 2. Pasir halus 3. Arang 4. Pasir kasar 5. Batu kasar


33 Isipadu air yang ditapis 0 ml – 200 ml 201 ml – 400 ml 401 ml - 600 ml 601 ml – 800 ml 801 ml – 1 liter Warna Air Sangat keruh Sedikit keruh Keruh Jernih Sangat jernih Bau Air Sangat berbau Sedikit berbau Berbau Kurang berbau Tidak berbau


34 MATHEMATICS HUNT TEMA : MATEMATIK SITI AISYAH BINTI SAIFOL BAHARI NORBAITI BINTI TUKIMAN


35 SINOPSIS : Permainan ini adalah permainan yang menguji minda para pelajar dan menggalakkan pelajar untuk berfikir bagi menyelesaikan soalan yang diberikan. Pelajar perlu bekerjasama dalam kumpulan masing-masing bagi menamatkan permainan bersama. Pelajar boleh menggunakan strategi masing-masing, tetapi masih berpandukan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. BAHAN-BAHAN : 1) Saidina/Monopoly MASA YANG DIPERLUKAN 1 – 2 jam OBJEKTIF PRODUK : Semasa aktiviti dijalankan, pelajar akan mempelajari tentang: 1) Mereka dapat berfikir dan mengatur strategi bagi menamatkan permainan.


36 2) Meningkatkan daya fikiran mereka dengan menjawab soalan-soalan yang diberikan. 3) Meningkatkan kebolehan bekerja di dalam kumpulan. OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Aktiviti ini dapat membantu pelajar untuk : 1) Memahami dan menganalisa masalah serta merancang penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut mengikut kriteria yang diperlukan 2) Menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis bagi mereka menyelesaikan soalan yang diberikan. 3) Menyusun strategi dengan bijak bagi memenuhi kriteria yang diperlukan dalam permainan. 4) Meningkatkan kebolehan bekerja di dalam kumpulan dan kemahiran berkomunikasi sewaktu pemainan dijalankan.


37 LANGKAH-LANGKAH : 1) Pelajar dibahagikan kepada kumpulan masingmasing. 2) Pelajar memulakan permainan dan dinilai oleh guru/ibubapa. REFLEKSI : Menerusi aktiviti permainan ini, pelajar dapat mempelajari dan berfikir secara luar kotak bagi menyelesaikan soalansoalan yang telah diberikan. Para pelajar juga belajar untuk merancang strategi meraka bagi menamatkan permainan. RUBRIK : Jadual : Cadangan Rubrik Permarkahan Juri Kriteria Markah Jumlah Kerjasama pasukan / 10 Jumlah harta / 10 Kreativiti / 10 Jumlah / 30


38 NEWSPAPER BRIDGE TEMA: SAINS DAN KEJURUTERAAN MUHAMMAD NAQIB AFIQ BIN HANUAR


39 SINOPSIS: Jambatan di kawasan kampung Didi telah roboh. Ini berlaku kerana jambatan itu tidak lagi dapat menampung jumlah kenderaan yang melaluinya pada setiap hari di samping keadaan jambatan dilihat semakin uzur dan usang. Jadi, beliau perlu segera memperbaiki jambatan tersebut agar dapat memberi kemudahan kepada penduduk kampung untuk melintasi sungai tersebut. Selain itu, jambatan ini merupakan laluan utama penduduk kampung itu. Apakah reka bentuk binaan jambatan yang sesuai dibina oleh Didi bagi membantu penduduk kampungnya? Adakah reka binaan tersebut dapat menampung jumlah kenderaan penduduk kampungnya? Bagaimana pula dengan ketahanan pada jambatan tersebut? BAHAN-BAHAN: 1. Suratkhabar 2. Selotip 3. Gunting


40 MASA YANG DIPERLUKAN : 60 minit OBJEKTIF PRODUK : Semasa pembinaan produk ini, pelajar akan belajar untuk: 1. Mereka bentuk struktur jambatan berdasarkan kriteria yang diperlukan. 2. Membina sebuah jambatan dengan menggunakan bahan yang disediakan. 3. Memastikan binaan jambatan adalah kuat, kukuh dan stabil.


41 OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Aktiviti ini dapat membantu pelajar untuk : 1. Merancang penggunaan bahan yang sesuai berdasarkan kriteria yang diperlukan. 2. Melaksanakan pengujian ke atas struktur binaan dengan meletakkan pemberat yang bersesuaian serta melakukan penambahbaikan berterusan berdasarkan permasalahan yang berlaku. LANGKAH-LANGKAH : 1. Sediakan bahan seperti dalam gambar. 2. Pelajar dikehendaki membina satu jambatan surat khabar dengan menggunakan bahan tersebut dalam masa yang ditetapkan. 3. Pada bahagian kaki jambatan, surat khabar tersebut haruslah digulungkan supaya menjadi tebal dan dipotong dengan ketinggian sederhana. Hal ini kerana, jika ketinggian kaki jambatan itu terlalu tinggi nescaya jambatan tersebut mudah runtuh. 4. Pada bahagian jalan jambatan pula, luas permukaan jambatan itu mestilah sedehana lebar kerana jika kelebaran permukaan itu kecil nescaya ia akan menjadikan jambatan tersebut kurang stabil.


42 5. Pada akhir aktiviti tersebut, jambatan surat khabar tersebut akan diuji dengan meletakkan beban di atas permukaan jambatan tersebut seperti 2 buah buku teks sekolah untuk melihat sama ada jambatan tersebut kukuh ataupun tidak. REFLEKSI : Melalui aktiviti permainan ini, pelajar dapat mempelajari cara bagaimana membina sebuah jambatan serta mengaitkan dengan kekuatan dan kestabilan struktur bahan binaan.


43 RUBBER BAND CAR TEMA: SAINS DAN KEJURUTERAAN MOHAMAD SYAHMEER BIN MOHD SHA’IZAN


44 SINOPSIS : Apakah yang dimaksudkan dengan konsep laju? Laju merupakan kadar perubahan jarak terhadap masa. Di dalam aktiviti ini, pelajar dikehendaki merekacipta sebuah kereta yang dibuat dengan menggunakan getah dan ia dapat diuji kelajuan berdasarkan kriteria peralatan yang diperlukan. BAHAN-BAHAN : 1. Pistol gam 2. Empat biji penutup botol 3. Pita pelekat 4. 11 batang aiskrim 5. 2 batang penyedut minuman 6. 3 ikatan getah 7. Sebuah bongkah kayu berukuran 0.5 inci 8. 2 batang lidi 9. 1 klip kertas


45


46 MASA YANG DIPERLUKAN 35 minit OBJEKTIF PRODUK: Semasa penghasilan produk ini, pelajar akan belajar cara - cara : 1. Merancang dan merekacipta sebuah kereta. 2. Menggunapakai bahan yang sedia ada. 3. Melihat sejauh mana kelajuan kereta tersebut dapat bergerak. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Aktiviti ini dapat membantu pelajar untuk : 1. Merangsang pemikiran pelajar untuk berfikir secara kreatif dan inovatif bagi menghasilkan sebuah kereta. 2. Mempelajari cara pembinaan struktur yang lebih stabil. 3. Mengenali daya tujahan apabila kereta bergerak bertentangan dengan udara, inersia pula merupakan kebolehan sesuatu objek untuk menentang perubahan gerakan dan penjajaran roda bermaksud roda menumpu kepada satu arah.


47 REFLEKSI: Berdasarkan aktiviti ini, pelajar dapat mempelajari teknik serta dapat berfikir secara kreatif mengenai cara mereka bentuk kereta bersesuaian dengan kelajuan yang diperlukan.


Click to View FlipBook Version