48 iV-STEM: CARD TOWER TEMA : SAINS MUHAMMAD NAQIB AFIQ BIN HANUAR
49 SINOPSIS : Bandar Sri Permai baru sahaja diwujudkan di sekitar Johor Bahru. Sebagai seorang arkitek yang profesional anda dikehendaki membina satu menara yang unik sebagai tarikan pelancong untuk melancong ke bandar tersebut. Secara tidak langsung, ia dapat mengukuhkan ekonomi negara kita. Selain inginkan menara yang kukuh, bentuk binaan juga penting bagi memastikan pelancong tertarik untuk melancong ke bandar itu. Apakah pula reka bentuk menara yang perlu dibina bagi memastikan menara itu kukuh dan mampu menarik minat pelancong untuk melancong ke bandar itu? Kestabilan menara akan diuji dengan membiarkan menara tersebut selama 30 saat tanpa menyentuhnya.
50 BAHAN-BAHAN: 1. Kad Spade
51 MASA YANG DIPERLUKAN : 1 jam OBJEKTIF PRODUK : Semasa pembinaan produk ini, pelajar akan belajar untuk: 1. Mereka bentuk struktur berdasarkan kriteria yang diperlukan. 2. Membina menara kad dengan menggunakan bahan yang disediakan supaya mampu berdiri selama 30 saat. 3. Meningkatkan kebolehan bekerja di dalam kumpulan. OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Aktiviti ini akan membantu pelajar untuk: 1. Memahami dan menganalisa masalah serta merancang penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut mengikut kriteria yang diperlukan. 2. Menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritikal bagi mereka bentuk dan membina struktur seperti yang diperlukan.
52 3. Merancang penggunaan bahan dengan bijak bagi memenuhi kriteria yang diperlukan. 4. Menjalankan pengujian asas ke atas struktur binaan dan melakukan penambahbaikan berdasarkan masalahmasalah yang timbul. 5. Meningkatkan kebolehan bekerja di dalam kumpulan dan kemahiran berkomunikasi sewaktu pembentangan produk dijalankan. HASIL PEMBELAJARAN : Dapatan daripada aktiviti ini, pelajar seharusnya mampu: 1. Berfikir secara kritikal bagi memahami dan menganalisa masalah serta merancang penyelesaian terbaik terhadap permasalahan yang diberikan 2. Mengguna pakai konsep matematik dan fizik bagi memilih bahan yang sesuai untuk mereka bentuk dan membina struktur binaan yang kukuh. 3. Membuat penilaian terhadap keputusan yang diperolehi daripada sesi pengujian asas dan membuat penambahbaikan segera berdasarkan ujian tersebut.
53 4. Berkomunikasi dan bekerjasama dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah berdasarkan kriteria yang diperlukan. LANGKAH-LANGKAH : 1. Sediakan bahan seperti dalam gambar. 2. Pelajar dikehendaki membina satu menara yang dihasilkan dengan menggunakan kad spade dalam masa yang ditetpkan. 3. Pada bahagian tapak menara, para pelajar mestilah menyusun dan mendirikan kad space tersebut dalam kelebaran yang besar. Hal ini kerana, jika tapak menara tersebut lebar dan besar nescaya menara tersebut sukar untuk runtuh. 4. Pada bahagian menara, para pelajar mestilah menyusun dan mendirikan kad space itu dalam kelebaran tapak yang semakin kecil seperti sebuah piramid. 5. Pada akhir aktiviti tersebut, ketinggian menara kad tersebut direkodkan.
54 REFLEKSI : Menerusi aktiviti permainan ini, pelajar dapat mempelajari dan berfikir secara kreatif tentang cara membina menara kad yang mempunyai kekuatan kukuh untuk berdiri selama 30 saat.
55 JOM MEMANAH ! TEMA : SAINS MOHAMAD SYAHMEER BIN MOHD SHA’IZAN
56 SINOPSIS : Apa itu tenaga? Kita sering terfikir apabila mendapat sesuatu barang kegunaan seharian dan tidak tahu apa mekanisma kegunaan barang tersebut. Contoh paling mudah adalah getah. Apa yang terhasil apabila kita menarik getah tersebut? Adakah ia menghasilkan tenaga atau tenaga telah berubah dari satu bentuk kepada bentuk tenaga yang lain? BAHAN-BAHAN : 1. Pistol gam pemanas 2. Batang gam / pensel 3. Pita pelekat 4. 13 batang ais krim 5. 3 straw minuman 6. Getah (3-1/2") 7. 5 bongkah kayu (1/2”)
57
58 MASA YANG DIPERLUKAN : 15 minit OBJEKTIF PRODUK : Semasa pembinaan produk ini, pelajar akan belajar untuk: 1. Membuat busur dan anak panah. 2. Merancang untuk menggunakan bahan yang telah diberikan dengan cermat. 3. Meningkatkan ketangkasan untuk melakukan projek dalam masa yang telah diberikan. OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Aktiviti ini akan membantu pelajar untuk: 1. Menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritikal bagi memahami sesuatu perkara. 2. Pelajari asas-asas tenaga keupayaan dan kinetik serta membina struktur yang kuat. 3. Pelajari tentang faktor-faktor yang mempengaruhi rintangan udara.
59 HASIL PEMBELAJARAN Aktiviti ini akan membantu pelajar untuk: 1. Berfikir secara kritikal bagi memahami dan menganalisa projek dengan teliti. 2. Mengenal pasti setiap kegunaan bahan-bahan yang digunakan bagi menyelesaikan masalah. 3. Menjalankan pengujian asas ke atas busur dan anak panah dan melakukan penambahbaikan berdasarkan masalah-masalah yang timbul. LANGKAH-LANGKAH 1. Pelajar dikehendaki menonton video pembuatan busur dan anak panah yang disediakan oleh fasilitator iVSTEM@VOLUNTEERS STEM. 2. Pelajar kemudian membina busur dan anak panah dengan menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan.
60 REFLEKSI Memanah adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan di kalangan kanak-kanak. Penghasilan busur dan anak panah ini cepat dan senang untuk dibina. Mempelajari konsep fizik dalam bentuk yang lebih menyeronokkan akan lebih mudah untuk difahami dan didalami.
61 PENGANGKUT AIR ARCHIMEDES TEMA : SAINS MUHAMMAD AZRI IRFAN BIN AFANDI AHMAD KHUDZAIRI BIN KHALID
62 SINOPSIS : Pak Hamid tinggal di kawasan yang berbukit. Pekerjaan utama Pak Hamid adalah pengusaha sawah padi. Petakpetak sawah beliau berada di pelbagai ketinggian tanah yang berbeza. Beliau mahu mengisi semua petak-petak sawah tersebut dengan menggunakan air sungai yang berada di aras yang paling rendah. Atas faktor umur beliau yang tidak mengizinkan untuk membuat kerja-kerja berat, beliau mahu mencari cara lain yang mudah serta menjimatkan kos beliau untuk mengangkut air sungai tersebut tanpa menggunakan jentera seperti mesin pam air. Dengan itu, beliau ingin membina pengakutan air archimedes. Apakah reka bentuk pengangkut air yang mampu menyelesaikan masalah Pak Hamid. Apakah bahan yang diperlukan bagi menjimatkan kos perbelanjaan pak hamid. Pengangkut air akan diuji dengan kebolehan untuk mengangkut air ke pelbagai ketinggian.
63 BAHAN-BAHAN : 1. Paip PVC putih (2 kaki panjang, sederhana lebar) 2. Paip getah jernih (1.5 meter) 3. 2 bekas 4. Pita selofan 5. Warna air (1 sahaja) 6. Gunting MASA YANG DIPERLUKAN : 1 jam
64 OBJEKTIF PRODUK : Semasa pembinaan produk ini, pelajar akan belajar untuk: 1.Berkomunikasi dalam kumpulan. 2.Membina produk mengikut permasalahan yang diberikan. 3.Membina satu pengangkut air dengan menggunakan bahan yang disediakan serta diuji dengan pelbagai ketinggian. 4.Mengenali banyak produk yang mampu memudahkan kerja seharian serta menjimatkan kos. OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Aktiviti ini akan membantu pelajar untuk: 1. Membuat analisis lantas memahami masalah yang diberikan dan menyelesaikan masalah dengan lebih kreatif dan inovatif. 2. Merancang dan mengatur setiap langkah dalam menyelesaikan masalah. 3. Meningkatkan tahap komunikasi pelajar di kalangan ahli kumpulan.
65 4. Menambahkan lagi pengalaman serta mendedahkan pelajar dalam aktiviti “Hands On”. HASIL PEMBELAJARAN : Hasil daripada aktiviti ini, pelajar seharusnya mampu: 1. Berfikir “Out of Box” untuk menganalisis dan memahami serta mengemukan penyelesaian yang kreatif dan inovatif. 2. Membuat keputusan yang matang dalam pemilihan bahan yang digunakan untuk membuat produk. 3. Melawan perasaan tidak yakin, berkomunikasi di antara satu sama lain dan menyuarakan pandangan sendiri semasa pembinaan produk. 4. Menggunakan konsep fizik dan kejuruteraan dalam pemilihan bahan dan semasa pembinaan produk bagi mencapai kehendak permasalahan dan mengikut anggaran kos yang disediakan.
66 LANGKAH-LANGKAH : 1.Pelajar akan membina pengangkut air menggunakan bahan yang disediakan dalam masa yang ditetapkan. 2.Seterusnya, produk pelajar akan diuji mengunakan ketinggian yang berbeza. REFLEKSI : Melalui aktiviti ini, pelajar dapat mempelajari serta berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan permasalahan dalam pembinaan pengangkutan air melalui prinsip Archimedes. Selain itu, pelajar juga belajar cara untuk mengurangkan kos pembinaan dengan memilih bahan binaan asas. Akhir sekali, para pelajar juga dapat belajar cara berkomunikasi dalam kumpulan dan menyuarakan pandangan sendiri untuk menyelesaikan masalah.
67 SOLAR COOKER TEMA : SAINS NURAISYAH BINTI MAHDIR
68 SINOPSIS : Kawasan kediaman rumah ali mengalami cuaca panas. Disebabkan cuaca yang panas, ali ingin menggunakan cuaca yang panas itu sebagai sumber tenaga seperti mana yang dia telah pelajari di sekolah dalam subjek Sains. Dia mendapat idea untuk mencipta sebuah ketuhar yang menggunakan cahaya matahari untuk memasak. Bahan yang perlu digunakan adalah penting untuk membuat ketuhar ini. Apakah bahan yang sesuai untuk dijadikan sebagai penyerap haba dan pemantulan cahaya matahari? Apakah reka bentuk yang sesuai untuk dijadikan ketuhar yang menggunakan cahaya matahari? BAHAN-BAHAN : 1. Kotak 2. Keranjang aluminium 3. Gabus 4. Kaca lutsinar 5. Gam pva 6. Kadbod berwarna hitam 7. Pita pelekat 8. Batang aiskrim
69 MASA YANG DIPERLUKAN : 1 jam OBJEKTIF PRODUK : Semasa pembinaan produk ini, pelajar akan belajar untuk: 1. Mencipta sebuah ketuhar bagi memanaskan makanan dengan menggunakan cahaya matahari. 2. Membina ketuhar yang dapat melakukan penyerapan dan pemantulan cahaya matahari dengan betul. 3. Merancang penggunaan bahan yang sesuai untuk digunakan sebagai penyerap dan pemantul cahaya matahari di dalam ketuhar. 4. Meningkatkan kebolehan bekerja di dalam kumpulan.
70 OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Aktiviti ini akan membantu pelajar untuk: 1. Memahami dan menganalisa masalah serta merancang penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut mengikut kriteria yang diperlukan. 2. Menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritikal bagi mereka bentuk dan membina struktur yang telah direka cipta. 3. Merancang penggunaan bahan dengan bijak. 4. Menjalankan pengujian asas ke atas struktur binaan dan melakukan penambahbaikan berdasarkan masalahmasalah yang timbul. 5. Meningkatkan kebolehan bekerja di dalam kumpulan dan kemahiran berkomunikasi. HASIL PEMBELAJARAN : Dapatan daripada aktiviti ini, pelajar seharusnya mampu: 1. Berfikir secara kritikal bagi memahami dan menganalisa masalah serta merancang penyelesaian terbaik terhadap permasalahan yang diberikan.
71 2. Mengguna pakai konsep sains dan reka bentuk teknologi bagi memilih bahan yang sesuai untuk mereka bentuk dan membina struktur binaan yang kukuh. 3. Membuat penilaian terhadap keputusan yang diperolehi daripada sesi pengujian asas dan membuat penambahbaikan segera berdasarkan ujian tersebut. 4. Berkomunikasi dan bekerjasama dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah berdasarkan kriteria yang diperlukan. LANGKAH-LANGKAH : 1. Pelajar dikehendaki mengambarkan ketuhar mengikut kesesuaian masing-masing di atas kertas . 2. Pertama, tampalkan kertas cardboard berwarna hitam pada kabus untuk bahagian dalam bawah ketuhar yang dijadikan sebagai tapak . 3. Kemudian,tampalkan aluminium foil pada kabus untuk bahagian dalam tepi ketuhar sebagai dinding ketuhar . 4. Seterusnya,lekatkan kaca lutsinar di bahagian atas ketuhar . 5. Tampalkan aluminium foil pada kotak yang mempunyai ukuran yang penjang untuk dijadikan pemantul cahaya
72 kedalam ketuhar dan lekatkan kotak tersebut pada bahagian atas ketuhar . 6. Gunakan batang aiskrim sebagai tongkat untuk mendirikan kotak pemantul cahaya agar cahaya matahari dapat memantulkan haba dengan berkesan kedalam ketuhar . REFLEKSI : Menerusi aktiviti permainan ini, pelajar dapat mempelajari dan berfikir secara kreatif tentang cara membuat ketuhar cahaya matahari. Para pelajar juga belajar untuk merancang dan mengenal pasti penggunaan bahan asas yang diperlukan bagi membuat ketuhar cahaya matahari tersebut.
73 TELUR KEBAL TEMA : SAINS CHE MUHAMMAD HAIQAL BIN CHE HALIM
74 SINOPSIS : Pertandingan Telur Kebal ini adalah pertandingan mencipta bahan sokongan bagi telur, supaya tak pecah jika dijatuhkan daripada tempat yang tinggi. Kalau tak pecah, maka kebal lah telur itu. Pelajar boleh menggunakan kaedah masingmasing mengikut kreativiti sendiri, tetapi masih berpandukan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. BAHAN-BAHAN : 1) Telur 2) Straw 3) Salotape
75
76 MASA YANG DIPERLUKAN : 30 minit OBJEKTIF PRODUK : Semasa aktiviti dijalankan, pelajar akan mempelajari tentang : 1) Berfikir secara kreatif bagi memahami dan mencari jalan penyelesaian masalah terhadap permasalahan yang diberikan. 2) Dapat berkomunikasi dan bekerjasama dengan baik dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah. 3) Mengenalpasti setiap kegunaan bahan-bahan yang digunakan bagi menyelesaikan masalah. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Aktiviti ini dapat membantu pelajar untuk : 1) Membuka minda murid bahawa Sains adalah pelajaran yang menyeronokkan disamping mencabar minda dan kreativiti. 2) Mencungkil bakat kepantasan menyelesaikan masalah semasa pertandingan.
77 3) Melatih murid-murid mencari informasi dan membuat kerja secara berkumpulan. LANGKAH-LANGKAH : 1) Pelajar perlu menggunakan kreativiti untuk menghasilkan perlindungan bagi mengelakkan telur daripada pecah menggunakan straw dan salotape. 2) Setelah pelajar menghasilkan bahan perlindungan sokongan telur, ujikaji akan dijalankan untuk memastikan telur tersebut tidak pecah. REFLEKSI : Pengujian dan penilaian bertujuan untuk menilai keadaan telur selepas dilakukan ujian.
78 RUBRIK : Jadual : Cadangan Rubrik Permarkahan Juri Kriteria Markah Jumlah Kreativiti / 10 Persembahan / 10 Kekemasan / 10 Kekuatan / 10 Jumlah / 40
79 BIONIC HAND TEMA: SAINS AHMAD HAKIM BIN KHAMIS
80 SINOPSIS : Aiman telah mengalami kemalangan jalan raya ketika pulang bercuti bersama keluarga. Kemalangan tersebut telah mengakibatkan tangan kanan Aiman cedera parah sehingga beliau tidak mampu untuk melakukan kerja seharian seperti biasa. Oleh yang demikian, Aiman memerlukan tangan robotik bagi melakukan kerja harian yang sering dilakukan olehnya. BAHAN-BAHAN: 1. Kotak 2. Penyedut minuman 3. Pita pelekat 4. Tali 5. Gunting/ Pisau kertas 6. Gam UHU 7. Alat tulis
81 MASA YANG DIPERLUKAN : 90 minit OBJEKTIF PRODUK : Semasa penghasilan aktiviti ini, pelajar akan berpeluang mempelajari tentang : 1. Mereka bentuk produk berdasarkan kriteria yang diperlukan. 2. Menghasilkan peralatan Bionic Hand dengan menggunakan bahan yang disediakan agar dapat melaksanakan aktiviti harian dengan mudah.
82 OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Aktiviti ini dapat membantu pelajar untuk : 1. Memahami, menganalisa masalah serta merancang penyelesaian yang terbaik mengikut kriteria yang diperlukan 2. Menjalankan pengujian ke atas produk serta melakukan penambahbaikan ke atas produk 3. Meningkatkan kebolehupayaan bekerja di dalam sebuah kumpulan serta dapat mewujudkan kemahiran berkomunikasi dengan lebih baik. 4. Mewujudkan minat para pelajar kearah bidang yang baharu seperti teknologi dan kejuruteraan malah dapat menambahkan sifat ingin tahu dalam pembelajaran STEM. LANGKAH - LANGKAH: 1. Lukis bentuk tangan diatas kotak dan gunting bentuk tangan menggunakan gunting/pisau kertas. 2. Gariskan tiga bahagian disetiap jari dan bengkokkan garisan tersebut dengan menggunakan pembaris. 3. Potong penyedut minuman kepada dua saiz yang berbeza iaitu 1cm (14 potong) dan 5cm (5 potong).
83 4. Lekatkan penyedut minuman yang berukuran 1cm disetiap bahagian jari manakala penyedut minuman yang berukuran 5cm dibahagian tapak tangan. 5. Gunting kotak berbentuk segi empat tepat yang lebih kecil berbanding bentuk tangan. 6. Lekatkan bentuk itu dibelakang tangan agar struktur tangan lebih kukuh dan kuat. 7. Gunting kotak berbentuk segi empat tepat mengikut kreativiti anda dan lekatkan dibahagian lengan tangan untuk dijadikan pemegang. 8. Masukkan tali kedalam penyedut minuman disetiap bahagian jari dan pastikan tali dilekatkan/diikat mati dihujung jari. 9. Lebihkan tali dibahagian bawah dan bentukkan tali berbentuk bulat, kemudian ikat tali tersebut. 10.Bentuk bulat itu akan dimaksukkan kedalam jari anda untuk menggerakkan jari bionic hand tersebut. 11.Bionic hand anda sudah siap. REFLEKSI: Menerusi aktiviti ini, pelajar dapat mempelajari dan berfikir secara kreatif dalam menghasilkan Bionic Hand yang kukuh di samping mempelajari teknik pergerakan robotik yang dihasilkan.
ISBN 978-967-15797-3-2 SILVER BASE (M) SDN. BHD. No. 49-A, Jalan Sena 9, Taman Rinting, 81750 Masai, Johor. KAPSUL AKTIVITI STEM Sekolah Rendah merupakan sebuah buku yang mengumpulkan koleksi aktiviti-aktiviti yang menarik dengan berasaskan pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Aktiviti-aktiviti ini berkaitan dengan kehidupan harian muridmurid dan bahan-bahan yang diperlukan untuk dibina mudah diperoleh. Melalui aktiviti-aktiviti ini, para murid dapat berfikir secara kreatif dan kritis serta dapat memahami konsep STEM dengan lebih baik.