The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bombakualamuda, 2023-08-16 20:43:29

ALAT PERNAFASAN

ALAT PERNAFASAN (BA)

45 Storage module 300 bar storage PW 300 bar / PH 450 bar Tangki penstoran atau storage tanks digunakan untuk memberikan lebih pengisian semasa kita memerlukannya. Tangki penstoran boleh dibuka kesemuanya serentak, kebiasaannya pada tekanan 300 bar, ianya sesuai digunakan dengan compressor yang digunakan JBPM kerana jabatan mempunyai compressor dengan fungsi ecc (eletronic compressor control) dengan auto start option. Spesifikasi : • Tangki steel dengan ujian hidrostatik 10 tahun, powder coated s e l a r a s dengan EN 1089/3. • Tekanan kerja – 200, 300, 350 atau 420 bar. • Kerangka steel, powder coated in RAL 6026. • Kapasiti standard 50 liter. Silinder Kapasiti (Nm³) Dimensi W X H X D (CM) Berat (Kg) 1 x 50 Liter 15 25 x 178 x 30 125 2 x 50 Liter 30 50 x 178 x 30 210 3 x 50 Liter 45 75 x 178 x 30 310 4 x 50 Liter 60 100 x 178 x 30 405 6 x 50 Liter 90 Ø 80 x 195 570


46 PENGURUSAN PENSTORAN UDARA MANUAL Merupakan cara paling ekonomikal untuk pengurusan penstoran udara manual, tangki penstoran udara dipasang pada satu saluran udara menghala ke panel pengurusan penstoran udara manual/panel pengisian udara. Single Stage Storage Management Cara berfungsi Panel pengisian udara LW terdapat untuk tekanan 200/232 atau 300 bar tekanan udara. Ianya membenarkan pemasangan serentak beberapa silinder alat pernafasan setiap masa. Spesifikasi : • Kerangka Steel, powder coated in RAL 6026. • Butang Start/Stop pada panel memudahkan menghidupkan/mematikan compressor. • Tolok tekanan bersaiz 100 mm. • Panel untuk tekanan berlainan diasingkan, 200 dan 300 bar. Silinder yang ingin diisi dipasang pada filling panel dan injap silinder dibuka. Tangki penstoran dibuka secara manual sehingga tekanan mencukupi. Tangki penstoran kemudian ditutup dan silinder tersebut boleh diisi mengikut keperluan kita. Cara ini membolehkan kita mengisi silinder tanpa memerlukan kita menghidupkan compressor, apabila tekanan udara di dalam tangki penstoran berkurangan, pada masa itu baharulah kita hidupkan compressor untuk mengisi semula ke dalam tangki penstoran tersebut. Panel pengisian udara/Filling Panels


47 TATACARA PENGGUNAAN LW 570 ES SILENT Buka suis utama untuk mesin compressor LW 570 ES Silent. Biarkan enjin compressor hidup dan bersambung injap silinder pada filing panel, jangan pasang terlampau ketat. Kemudian tarik filling panel perlahan-lahan dan anda akan dengar udara mampat memasuki silinder. Lihat tekanan udara pada pressure gauge analog dan digital dan isikan silinder dengan tekanan yang anda perlukan. Tutup injap tabung apabila anda telah mendapat tekanan udara yang anda kehendaki dan tolak injap filling panel dengan segera, anda akan mendengar bunyi udara tekanan keluar, buka silinder connector. Nota : Selepas penggunaan, pastikan anda menutup semua suis dan catatkan masa penggunaan pada buku yang telah disediakan


48 Senarai semak penyelenggaraan compressor jenis LW 570 ES Penukaran alat ganti mandatori setiap tahun No Item Deskripsi Setiap Tahun 1 Minyak Compressor Tukar Setiap Tahun 2 Suction Filter Bersihkan Filter, tukar jika perlu 3 Intermediate Separator Lakukan Pemeriksaan 4 Oil & Water Separator Lakukan Pemeriksaan 5 Pressure Maintaining/ Non Return Valve Ketatkan skru dan periksa penyelenggaraan tekanan udara 6 Safety Valve 1st Stage – 8 Bar 2nd Stage – 50 Bar 3rd Stage – 300 Bar Lakukan Pemeriksaan, tukar jika perlu Lakukan Pemeriksaan, tukar jika perlu Lakukan Pemeriksaan, tukar jika perlu 7 Filling & Pressure gauge Lakukan Pemeriksaan 8 Suction & Pressure Valve 1st Stage 2nd Stage 3rd Stage Lakukan Pemeriksaan injap, tukar jika perlu Lakukan Pemeriksaan injap, tukar jika perlu Lakukan Pemeriksaan injap, tukar jika perlu 9 Auto Condensate System Lakukan Pemeriksaan 10 Electrical Wiring Lakukan pemeriksaan dan ketatkan terminal elektrik 11 V-belt Lakukan pemeriksaan dan ketatkan V-belt 12 Cooling Piping Bersihkan saluran dan ketatkan nat dan bolt, periksa jika ada kebocoran 13 Honda Engine Engine Oil Air Cleaner/Filter Sendiment Cup Spark Plug Fuel line Tukar Minyak (1.1 liter-15W/50) Periksa dan bersihkan Bersihkan Tukar Periksa dan tukar jika perlu 14 Battery Periksa air bateri dan tukar bateri jika perlu 15 Filling Valve Bersihkan dan tukar O ring jika perlu Per Deskripsi Catatan 1 Minyak Compressor 2 Liter 2 Suction Filter 1 Unit 3 Engine Oil 1 Liter 4 Spark Plug 1 5 Battery 1 6 O ring for Filling Valve 4 7 Filter Cartridge 1 8 V-belt 1


BAB 5 PEMBIASAAN PEMAKAIAN ALAT PERNAFASAN


50 PENGENALAN Supaya semua Pegawai Bomba boleh mengawal kadar pernafasan dan kemahiran di dalam menggunakan alat pernafasan semasa operasi. Membiasakan diri dengan menggunakan alat pernafasan ini adalah perlu supaya Pegawai Bomba tidak berasa cemas dan mahir dalam penggunaan alat pernafasan pada bila-bila masa. PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM MENGGUNAKAN ALAT PERNAFASAN Menguji alat pernafasan. i. Ujian tekanan tinggi ii. Pemeriksaan ketetapan wisel amaran iii. Ujian tekanan rendah iv. Pemeriksaan tekanan positif SEMASA PEMAKAIAN ALAT PERNAFASAN Pemakaian alat pernafasan. • Longgarkan chest belt, shoulder strap dan whist belt. • Sandang secara bahu ke bahu atau menjulang LATIHAN PEMBIASAAN MENGGUNAKAN ALAT PERNAFASAN Pemakaian alat pernafasan. a) Berjalan 300 meter melalui jalan raya.


51 b) Berjalan menaiki dan menuruni tangga. c) Berjalan melalui laluan berbukit. SELEPAS LATIHAN PEMBIASAAN - Tanggalkan alat pernafasan. - Buat pengisian semula udara dalam tabung. - Membersihkan alat pernafasan.


BAB 6 B.A. STRESS


54 PENGENALAN Latihan praktikal B.A. stress ini diwujudkan adalah untuk membina kekuatan mental dan fizikal semasa memakai alat pernafasan bagi setiap Pegawai Bomba bagi persediaan awal sebelum menghadapi operasi yang berat. Perkara yang perlu dilakukan sebelum perlaksanaan latihan B.A. stress adalah pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan pegawai itu dalam keadaan yang sihat sebelum menjalani latihan B.A. stress. Perkara yang perlu dilakukan sebelum latihan adalah:- • Melakukan ujian tekanan tinggi • Melakukan ujian tekanan rendah • Pemeriksaan wisel amaran • Pemeriksaan tekanan positif Penilaian udara sebelum guna iaitu penilaian kandungan udara semasa sebelum aktiviti dijalankan. Semasa pemakaian alat pernafasan. • Tutupkan injap pengeluaran udara di demand regulator. • Buka injap tabung. • Gantung neck strap pada leher. • Menyandang set Alat Pernafasan secara menjulang atau bahu ke bahu. • Ketatkan atau kemaskan harness di bahu dan pinggang. • Pakai topeng muka dan bernafas serta ketatkan headharness. DIAGRAM LATIHAN B.A. STRESS


55 TATACARA PELAKSANAAN LATIHAN B.A. STRESS 1. Membawa 2 gulung hos bersaiz 2 ½ inci pada 10 meter 2. Membentang dan menggulung hos bersaiz 2 ½ inci pada jarak 30 meter. 3. Melakukan latihan menggunakan tayar kenderaan (Flip Tyre) pada jarak 10 meter 4. Melakukan latihan tekan tubi (Pumping) sebanyak 10 kali SELEPAS LATIHAN B.A. STRESS - Instruktor akan membuat penilaian untuk semua pelatih berdasarkan format yang disediakan. - Membersihkan alat pernafasan


BAB 7 PELBAGAI GERAKAN


58 PENDAHULUAN Pada asasnya, setiap anggota bomba akan mahir dalam menggunakan alat pernafasan. Pembiasaan diri untuk bernafas dengan menggunakan alat pernafasan adalah perlu dengan mengetahui pelbagai teknik bergerak dalam pelbagai keadaan. UJIAN ALAT PERNAFASAN Dalam latihan pelbagai gerakan ini setiap anggota bomba akan menguji setiap set alat pernafasan dengan melakukan ujian tekanan tinggi, melakukan ujian tekanan rendah, pemeriksaan wisel amaran dan pemeriksaan tekanan positif. PEMAKAIAN ALAT PERNAFASAN TEKNIK PERGERAKAN BERJALAN DALAM GELAP (20 METER) Sebelum menjalankan sesi teknik pergerakan ini, setiap anggota perlu menjalankan tatacara pemakaian alat pernafasan pemakaian alat pernafasan; • Tutupkan injap pengeluaran udara di demand regulator. • Buka injap tabung. • Gantung neck strap pada leher. • Menyandang set alat pernafasan secara menjulang atau bahu ke bahu. • Ketatkan atau kemaskan harness di bahu dan pinggang. • Pakai face mask dan bernafas serta ketatkan headharness. i. Teknik pergerakan berjalan dalam gelap (20 meter) Setiap anggota akan bergerak dengan berjalan dengan menggunakan alat pernafasan dalam suasana gelap dalam jarak 20 meter. Setiap anggota akan bergerak dengan merangkak dengan menggunakan alat pernafasan dalam jarak 20 meter. ii. Teknik pergerakan merangkak (20 meter)


59 iii. Teknik pergerakan meniarap (20 meter) iv. Teknik menanggalkan alat pernafasan (20 meter) v. Teknik pergerakan mengundur (20 meter) vi. Teknik membawa mangsa dalam keadaan merangkak (20 meter) Setiap anggota akan bergerak dengan keadaan meniarap menggunakan alat pernafasan dalam jarak 20 meter. Setiap anggota dengan keadaan menanggalkan alat pernafasan dan bergerak dalam jarak 20 meter. Setiap anggota akan bergerak dengan keadaan mengundur dan menggunakan alat pernafasan dalam jarak 20 meter. Setiap anggota akan bergerak dengan keadaan merangkak sambil membawa mangsa dan menggunakan alat pernafasan dalam jarak 20 meter.


BAB 8 PROSEDUR PAPAN KAWALAN


62 PENGENALAN Prosedur kawalan alat pernafasan diperkenalkan untuk memberi keselamatan kepada pemakai alat pernafasan, dengan merekod dan mengawal kemasukan dan keluaran secara kemas dan lengkap, dan tugas-tugas kepada pasukan yang menggunakan alat pernafasan. Ini memerlukan latihan yang kerap dan hendaklah dibuat bagi memastikan setiap anggota memahami prosedur keseluruhannya. Seorang breating apparatus entry control offivcr (BAECO) dengan papan kawalan REGIS 300 PUSAT KAWALAN KEMASUKAN ALAT PERNAFASAN Kedudukan penempatan yang betul dan jumlah Pusat Kawalan Kemasukan Alat Pernafasan (PKK) adalah penting. Faktor menentukan PKK i. Saiz kawasan yang terlibat. ii. Pusat lokasi jalan masuk. iii. Jumlah aras atau tingkat terlibat. iv. Arah tiupan angin. v. Had halangan fizikal kawasan menjejaskan pengawalan dan melawan kebakaran seperti jalan raya, keretapi atau sungai. vi. Berlaku perubahan pada insiden. vii. Diletakkan hampir dengan kawasan operasi. viii. Ditempatkan di dalam kawasan udara bersih. Tugas-tugas Pegawai Operasi (PO) dalam insiden AP:- i. PO buat keputusan sama ada pakai alat pernafasan atau tidak. ii. PO buat pilihan tahap pengawalan yang bersesuaian dengan insiden. iii. Membuat pilihan kepada kedudukan dan bilangan PKK. iv. Membuat pilihan sama ada menggunakan talipandu atau peralatan komunikasi atau kedua-duanya sekali. v. Memastikan sebarang prosedur keselamatan yang bersesuaian apabila menggunakan alat pernafasan.


63 vi. Memastikan peralatan alat pernafasan yang mencukupi dan peralatan berkenaan boleh diperolehi untuk insiden. vii. Memastikan tindakan sesuai diambil dalam kes-kes kecemasan. TUGAS-TUGAS PEMAKAI ALAT PERNAFASAN Apabila menerima arahan untuk memakai alat pernafasan di dalam insiden, pemakai mestilah:- i. Memeriksa alat pernafasan berfungsi dengan baik untuk dipakai. ii. Memakai dan menanggalkan topeng muka dalam kawasan udara bersih. iii. Menyerah tally kepada BAECO untuk masuk kawasan risiko. iv. Ambil tally daripada BAECO selepas keluar dari kawasan risiko. v. Lapor ke Kawalan Utama selepas ambil tally. PROSEDUR OPERASI Asas prosedur operasi hendaklah diikuti bila berlaku insiden semasa memakai alat pernafasan:- i. Pemakai alat pernafasan mestilah kerap memeriksa tolok tekanan semasa operasi bagi memastikan selamat untuk keluar di dalam jangkamasa yang telah ditetapkan. ii. Ketua pasukan mesti menyedari perkara (i) dan arahkan pasukan keluar pada masa yang ditetapkan. iii. Setiap pasukan alat pernafasan adalah minima seramai dua (2) orang dan maksima empat (4) orang. iv. Fungsikan distress signal unit (DSU) jika menghadapi kesukaran. Pasukan lain yang berada di persekitaran akan memberi bantuan. v. Cara untuk menarik perhatian rakan sepasukan dengan cara suara lantang atau perlahan, tepuk dengan tangan.


64 PROSEDUR MEREKOD (BAECO) i. Merekod maklumat dan pengurusan adalah tanggungjawab BAECO (dilantik oleh PO). ii. Untuk menentukan prosedur kawalan berfungsi, setiap set BA mestilah dibekalkan tally pengenalan dilekatkan dengan kunci Distress Signal Unit (DSU) iii. Pemakai BA menyerah tally kepada BAECO dan akan diletakkan di papan kawalan. iv. Pasukan yang keluar tutup set dan ambil tally dari BAECO. v. Jika pasukan ini diperlukan untuk masuk semula, pastikan kandungan tabung adalah tertakluk kebenaran PO untuk masuk. PROSEDUR KAWALAN KEMASUKAN ALAT PERNAFASAN Terbahagi kepada 3: i. Prosedur Kawalan Peringkat I ii. Prosedur Kawalan Peringkat II iii. Prosedur Kawalan Utama Prosedur Kawalan Kemasukan Alat Pernafasan Peringkat I Papan kawalan digital dengan sistem telemetry draeger PSS Merlin


65 a. Peringkat I adalah tahap minima yang digunakan dalam pengawalan alat pernafasan dan perlu wujud jika melibatkan alat pernafasan. b. Prosedur Peringkat I digunakan dalam keadaan di bawah: 1. Kejadian insiden kecil dan penggunaan alat pernafasan tidak akan berpanjangan. 2. Tidak lebih 2 Pusat Kawalan Kemasukan (PKK) digunakan. 3. Jumlah keseluruhan pemakai alat pernafasan tidak melebihi 10 orang. Tugas-tugas Pegawai Kawalan Kemasukan (BAECO) Peringkat I a. Menyediakan Papan Kawalan dan marker yang sesuai. b. Memakai Tanda Pengenalan (tabard) BAECO. c. Ambil tempat yang ditentukan oleh Pegawai Operasi. d. Menandakan Peringkat I pada papan kawalan. e. Memeriksa bacaan tabung pemakai serta butiran pada tally card pemakai betul. f. Tulis masa masuk pada setiap tally. g. Letakkan tally pada papan kawalan dan tandakan kumpulan ambil bacaan tekanan udara yang terendah sebagai panduan pengiraan. h. Kira masa wisel (waktu sepatutnya keluar) dan tulis pada papan kawalan. (kira menggunakan angka puluh contoh 193 bar ke 190 bar) i. Catitkan maklumat tambahan di ruangan catitan seperti tugasan yang dilaksanakan, pemakaian pakaian perlindungan, penggunaan alat perhubungan dan lain-lain. j. Prosedur Kecemasan dimulakan dengan: a. lapor kepada pegawai operasi jika pemakai AP tidak keluar mengikut masa catatan. b. Jika kedengaran Distress Signal Unit. c. Mendapati pemakai alat pernafasan dalam kesusahan.


66 k. Prosedur kecemasan yang mesti diambil BAECO a. Hantar pasukan kecemasan. b. Maklumkan kepada Komander Operasi segera. c. Hantar mesej ‘Kecemasan Alat Pernafasan’. l. Gunakan tali pandu utama sekiranya perlu dan pasang tally. Periksa dan rekod bacaan dosimeter jika ada. m. Bagi balik tally kepada pemakai alat pernafasan apabila mereka keluar dari kawasan risiko dan lapor kepada pusat kawalan kemasukan (PKK). Prosedur Kawalan Kemasukan Alat Pernafasan Peringkat II Prosedur Kawalan Peringkat II digunakan sebagai ganti kepada Peringkat I dan khas dalam penggunaan bila: i. Jika insiden berkemungkinan berpanjangan atau perlu kawalan yang lebih dan memperlengkapkan lagi pengawalan Prosedur Kawalan Peringkat I. ii. Bila lebih 2 Prosedur Kawalan Peringkat I. iii. Bila lebih pemakai alat pernafasan ke kawasan risiko dalam satu masa. iv. Bila guna tali pandu cawangan.


67 Tugas-tugas Pegawai Kawalan Kemasukan Alat Pernafasan (BAECO) Peringkat II. i. Semua tugas khusus bagi Prosedur Kawalan Kemasukan I. ii. Memeriksa masa wisel bagi Prosedur Kawalan Kemasukan I yang telah diambil alih. iii. Mempunyai pasukan yang lengkap dengan peralatan kecemasan bersedia. iv. Prosedur Kawalan Kemasukan yang digunakan. v. Menjalankan prosedur kecemasan jika perlu. vi. Berhubung dengan Prosedur Kawalan Kemasukan II yang lain untuk memastikan kedudukan pemakai alat pernafasan yang keluar. vii. Berhubung dengan Kawalan Utama dan mengarahkan pemakai alat Pernafasan ke Kawalan Utama selepas mengambil tally. viii. Pasang atau alih talipandu bila perlu. ix. Melantik pasukan perhubungan alat pernafasan dan menyelia perhubungan tersebut antara Ketua Pasukan Alat Pernafasan dan Pegawai Operasi. Prosedur Kawalan Utama a. Kawalan Utama direka sebagai langkah penambahan kepada kawalan digunakan untuk menyelaras keperluan keperluan alat pernafasan pada satu-satu insiden. b. Ia diwujudkan pada tempat yang paling mudah dan menyenangkan kerja-kerja pengawalan masuk dan komunikasi dengan semua Prosedur Kawalan Kemasukan II dan kawalan di tempat kejadian. c. Kawalan Utama hendaklah ditubuhkan bila: • Prosedur Kawalan Kemasukan II lebih dari satu. • Jumlah Pemakai Alat Pernafasan sangat besar. d. Komander Operasi akan melantik Pegawai Kawalan Utama. Pangkat paling minima bagi pegawai papan kawalan utama ialah Pegawai Bomba Kanan II (PBK II). e. Papan Kawalan Utama hendaklah memakai tabard hitam/kuning tapi dengan perkataan yang sesuai dengan peranannya.


68 Tugas-tugas Pegawai Kawalan Utama termasuk: i. Menubuhkan/merekod Alat Pernafasan dan kumpul peralatan berkaitan dan punca tenaga manusia. ii. Menubuhkan lokasi dan pengenalan setiap Prosedur Kawalan Kemasukan II dan pastikan perhubungannya. iii. Menubuh/merekod peralatan gantian (pemakai) dari setiap Pusat Kawalan Kemasukan II. iv. Memastikan pemakai alat pernafasan mencukupi dan bersedia sebagai pasukan gantian sekurang-kurangnya 5 minit di PKK II. v. Mempunyai satu pasukan kecemasan lengkap dengan peralatan bersedia di Kawalan Utama. vi. Memastikan tabung mencukupi dan sebarang keperluan peralatan yang ada dan mengumpul/merekod stok tabung yang penuh. vii. Menerima/merekod semua penghantaran tabung ke tempat insiden. viii. Mengawal dan mengira stok tabung di tempat insiden. ix. Mengawal pemulangan tabung berkenaan selepas selesai insiden. x. Mengemaskini dan menjaga rekod sebagaimana perlu untuk membolehkan Pegawai Kawalan Utama menjalankan tugasnya.


BAB 9 BEKERJA DI TEMPAT GELAP DAN SEMPIT


70 PENGENALAN Set alat pemafasan yang sedia adalah mengikut BSEN 137 direka untuk membolehkan pemakai boleh menanggalkannya dengan topeng muka masih di muka dan boleh bernafas dari udara di dalam tabung. Sebelum ini set di bawah piawaian BS 4667 Bhg II direka supaya set ini mesti disandang di belakang pemakai yang dibantu dengan shoulder strap dan waist belt. Bagaimanapun, di dalam hal-hal tertentu yang mungkin timbul, apabila anggota pemakai BA tiada pilihan lain mereka terpaksa menanggalkan sel BA bagi melaksanakan tugas. Keadaan ini hanya boleh dilakukan dalam kes-kes kecemasan sahaja. Sebagai contoh: i. Apabila pemakai AP terperangkap dan ancaman bahaya yang sangat tinggi semasa menunggu diselamatkan. ii. Apabila penyelamatan secara perlu dibuat dan keadaan tidak membolehkan menunggu ketibaan airline atau lain-lain peralatan khas. Dalam semua keadaan apabila set BA ditanggalkan. Kemerbahayaan akan wujud lebih kepada pemakai BA dan penumpuan lebih ke alat set BA bagi memastikan keselamatan dan kejayaan operasi keseluruhan. PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN Adalah dianggarkan purata anggota bomba yang tidak menggunakan BA boleh bekerja atau melalui pada ruang 20 sm x 40 sm. Apabila memakai BA ruang bekerja oleh anggota bomba yang sama meningkat ke 40 sm x 50 sm dan alat pernafasan perlu ditanggalkan. Bagaimanapun, sebelum membuat keputusan menanggalkan BA. Pemakai hendaklah mengambil kira langkah-langkah keselamatan tambahan. i. Adakah mesti menanggalkan set atau masa membenarkan ketibaan airline atau peralatan khas lain? ii. Luangkan penggunaan udara yang lebih banyak melalui halangan dan mengambil kira penggunaan udara tambahan yang diperlukan untuk sebarang kerja penyelamatan; kerja berpasukan di dalam kawasan sempit adalah perlu. iii. Jangan jatuhkan/turunkan set BA di dalam risiko yang tidak diketahui. Jika terdapat sebarang keraguan terhadap keadaan di hadapan adalah dinasihatkan bergerak menggunakan kaki dahulu bagi melindungi bahagian kepala dan bahagian atas badan. Elakkan hose flexsible tube (medium pressure tube) menjadi tegang dan pastikan topeng muka tidak tertanggal dengan meletakkan set BA seberapa hampir dengan badan.


71 iv. Perhubungan yang baik amat penting dalam keadaan insiden dan penggunaan BA di luar prosedur penggunaan, adalah mustahak pemakai kerap berhubung dengan Kawalan BA (BAECO). v. Kekalkan jumlah pemakai BA ke pasukan yang minima untuk mengelakkan kesesakan dan kekalkan jalan keluar bebas dari sebarang halangan seberapa yang boleh. vi. Perhatian yang lebih; berjaga-jaga semasa di atas tangga. Pergerakan secara menegak akan mewujudkan kemerbahayaan ke atas pemakai BA akibat keberatan set (daya graviti). Mesti diingat, apabila memanjat secara menegak, memerlukan tenaga yang lebih di bahagian atas badan dan akan meletihkan pemakai dan akan menyukarkan pemakai untuk keluar. RUMUSAN Keadaan pemakaian menggunakan BA dalam menanggalkan set BA bergantung sepenuhnya kepada keadaan operasi dan jenis set digunakan. Langkah keselamatan perlu diambilkira bagi memastikan sebarang penanggalan BA tidak akan menjadi masalah ke atas kedudukan topeng muka (face mask) dan pemakai mesti mengekalkan jalan keluar mengikut bacaan tolok. Kemungkinan set BA bermasalah hendaklah sentiasa diingatkan di dalam fikiran dan kerja berpasukan serta komunikasi antara rakan adalah penting untuk menghasilkan kerja yang selamat. Apabila berhadapan dengan jalan keluar yang terhad, satu panduan yang mudah sama ada pemakai boleh melaluinya atau tidak. Menggunakan helmet sebagai panduan. Kelebaran bahu boleh dikecilkan dengan menghulurkan satu tangan ke hadapan untuk mengalihkan halangan, tetapi pada setiap masa set BA mesti berada dekat dengan pemakai BA. Latihan bergerak melalui kawasan sempit tidaklah memerlukan peralatan yang mahal atau complicated.


BAB 10 PROSEDUR TALI PANDU


74 PENGENALAN Bertujuan untuk memberi panduan kepada penyelamat semasa memasuki kawasan yang dianggap berbahaya. Panjang tidak melebihi 60 m dan diperbuat daripada non-resistant hemp/bahan sintetik (tidak mudah cair apabila terkena bahangan). Di hujung arah keluar terdapat snap hook kecil dan hujung bertentangan terdapat spliced-in loop. Ianya ditempatkan di dalam bekas yang mudah dibawa oleh pemakai alat pernafasan dan senang dikeluarkan dari bekasnya untuk diikat pada tempat yang sesuai. Terdapat dua jenis juraian pada tali pandu, • Juraian Panjang - 125 mm (sebagai tanda masuk) • Juraian Pendek - 50 mm (sebagai tanda keluar) Rajah : Juraian panjang dan juraian pendek


75 TALIPANDU CAWANGAN Talipandu cawangan adalah sama dengan tali pandu cuma dari segi penggunaan adalah berbeza. Ianya digunakan bila jarak kawasan mencari dan tali pandu melebihi panjang tali perseorangan iaitu 6 meter. Ditandakan dengan Tally berlubang. TALI PERSEORANGAN Tali yang dibawa dalam bekas (pouch) dan dipasangkan pada set BA pada harness, boleh digunakan sehingga 6.0 m panjang atau 1.25 m. Dibenarkan menyangkut pada rakan sepasukan atau pada tali pandu/tali pandu cawangan. Di kedua belah hujungnya terdapat penyangkuk dan terdapat D ring pada jarak 1.25 m dan 4.75 m. TALLY a. Tally berabjad i. Fungsi Tally berabjad ialah sebagai penanda kepada sesebuah pintu masuk sesebuah kawasan insiden di mana tali pandu dipasang, ia terdiri dari dua iaitu A dan B. ii. Perlu diingat untuk setiap pintu masuk, maksimum 2 tali pandu sahaja dipasang dan ini ditandakan dengan Tally berabjad.


76 b. Tally berlubang i. Fungsi Tally berlubang ialah sebagai penanda kepada tali pandu cawangan. ii. Tidak lebih dari 4 tali pandu yang boleh dipasang pada setiap satu tali pandu utama. iii. Tally berlubang diikat dengan betul/kemas pada tali pandu utama. Rajah di atas menunjukkan saiz dan ukuran tally yang digunapakai mengikut garis panduan technical bulletin 1/97


77 TATACARA TALIPANDU ALAT PERNAFASAN DAN TALI PERSENDIRIAN • Jumlah anggota dalam pasukan ialah dua (2) hingga empat (4) orang. • Hanya dibenarkan dua (2) tali pandu utama dibuka dalam satu pintu kemasukan. • Elakkan dari tali bersilang dari satu tempat ke tempat lain. • Tali pandu tambahan boleh dibawa untuk membuat sambungan bagi kemasukan yang lebih dalam. • Gunakan tali perseorangan 1.25 m dan cangkuk kepada orang di hadapan.


78 *Pasukan yang hendak keluar perlu diutamakan. KEGUNAAN TALIPANDU SEMASA OPERASI i. Atas arahan atau pertimbangan Pegawai Operasi (PO). a. Tidak perlu pada tempat hos boleh dibentang b. Juga pada kediaman atau basement yang kecil ii. Digunakan di tempat yang mengalami banjir/dipenuhi Hi-ex Foam sebagai panduan untuk anggota bergerak mencari mangsa dan lain-lain. iii. Penggunaan tali pandu akan diawasi/dikawal oleh BAECO pada papan kawalan kemasukan. BAECO perlu memastikan anggota selamat hingga keluar dari kawasan bahaya. iv. Bekas tali pandu diikat pada ketua pasukan penyelamat (kecuali tali pandu digunakan sebagai sambungan/cawangan) semasa berada di dalam kawasan insiden. v. Pegawai Operasi (PO) perlu memastikan sekitar kawasan yang akan dimasuki terkawal dan selamat. vi. Pegawai Operasi (PO) perlu mengambil kira kemungkinan berlaku banjir/penyelimutan Hi-ex Foam di kawasan insiden yang boleh membahayakan anggota penyelamat. • Buat simpulan ikatan ke tali terakhir bersama bekasnya supaya mudah pasukan lain untuk menyambung tugasnya. • Gunakan tally berabjad untuk menandakan talipandu utama.


79 PROSEDUR PENGGUNAAN TALIPANDU i. Bekas tali pandu akan dibawa oleh ketua pasukan. ii. Namun tali pandu boleh dikeluarkan oleh ketua atau jika lebih mudah oleh rakan sepasukan yang lain. iii. Tali pandu diikat pada tempat dan ketinggian yang sesuai dari paras lantai. iv. Jarak ikatan adalah sesuai, tali pandu tidak mengendur atau tidak terkena lantai semasa dipasang. v. Apabila kawasan mencari disyaki jauh, tali pandu tambahan boleh dibawa dan boleh disambung pada loop di hujung tali. vi. Andai berlaku kecemasan semasa operasi a. Hentikan pembentangan tali b. Letakkan baki tali pada tempat yang senang dan selamat c. Tali pandu tersebut akan disambung oleh pasukan lain d. Keluar dari kawasan kejadian secepat mungkin. vii. Pasukan yang keluar hendaklah diberi keutamaan. viii. Butiran tepat pasukan penyelamat dicatat/direkodkan oleh BAECO.


BAB 11 AIRLINE EQUIPMENT


82 PENGENALAN Airline equipment adalah kelengkapan yang direka untuk membekalkan udara mampat kepada pemakai di mana bekalan udara tidak dibawa oleh pemakai tersebut. Ia juga direka bagi membolehkan beberapa tabung dapat disambungkan kepadanya serentak supaya tabung yang kosong boleh diganti tanpa menjejaskan bekalan udara yang digunakan oleh pemakai. Rekaannya menepati BS 4667 Part 3 dan EN 139. Anti-corrosion Polymeric powder coating Pneumatic arrangement Hose drum with brake mechanism Extendable hose Twin cylinder support straps Trolley frame with two-wheeled fixed axle Dräger PAS AirPack 1 Trolley module


83 SEBAB-SEBAB PENGGUNAAN AIRLINE EQUIPMENT i. Tempat yang memerlukan pemakaian alat pernafasan tetapi alat pernafasan tidak boleh dibawa kerana kawasan tersebut sempit. ii. Jangkamasa kerja yang lama dan perlu memakai alat pernafasan. iii. Memberi bekalan udara kepada pemakai alat pernafasan semasa operasi nyahcemaran. DATA TECHNICAL DRAEGER PAS AIRPACK I Trolley, Reducer Hose Reel & Hose Carry Frame and Reducer Trolley Excluding Hose Reel Stand Alone Hose Reel Size excluding cylinder (HxWxD) - Min (mm) 1019 x 465 x 60 888 x 465 x 375 1019 x 465 x 604 520 x 340 x 560 Weight (Kg) 40.5 11.5 18 25.5 Input pressure cylinder (bar) 200 - 300 200 - 300 200 - 300 200 - 300 Input pressure Airline (bar) 6 - 10 6 - 10 6 - 10 6 - 10 Nominal 1st stage output pressure (bar) 8 8 8 8 1st stage output flow (I/min) >600 >600 >600 >600 High pressure whistle activation pressure (bar) 55 - 60 55 - 60 55 - 60 55 - 60 Airline whistle activation pressure (bar) 4 - 5 4 - 5 4 - 5 4 - 5 Whistle sound level (dBA) >90 >90 >90 >90 Whistle frequency range (Hz) 2000 - 4000 2000 - 4000 2000 - 4000 2000 - 4000 Operating temperature range (°C) -32 to +70 -32 to +70 -32 to +70 -32 to +70


84 KELENGKAPAN ASAS i. Bekalan udara tidak kurang daripada 4500 liter. ii. Tolok tekanan tinggi. iii. Tolok tekanan rendah. iv. Medium pressure hose sepanjang 90 m. v. Preset reducer. vi. Dua topeng muka. vii. Hos sepanjang 3 m - 6 m dengan tali pinggang. viii. Injap pembuangan udara. ix. Wisel amaran tekanan rendah. KAEDAH PENGGUNAAN Airline boleh digunakan dalam keadaan seperti berikut:- a. Bersama dengan alat pernafasan Ianya bertujuan untuk melanjutkan jangkamasa kerja, bekalan udara dan airline mesti disambungkan kepada pemakai alat pernafasan melalui topeng muka. Injap tabung alat pernafasan biasanya ditutup dan kandungan udara dalam tabung hanya digunakan semasa kecemasan sahaja. b. Tanpa alat pernafasan Bertujuan untuk melanjutkan jangkamasa kerja, tetapi pemakai mesti boleh dilihat atau diawasi oleh BAECO dan dapat berhubung secara lisan dengannya melalui radio atau tali pandu. Nota : Dalam keadaan seperti (b) di atas, setiap pemakai yang dibekalkan udara dari airline mesti mempunyai satu set escape BA mengikut suatu jangkamasa yang ditetapkan dalam BS 4667 Part 4 untuk kegunaan yang mendadak. Pengecualian hanya boleh dibenarkan apabila menjalankan tatacara nyahcemaran.


85 BEKALAN UDARA Pemakai airline tidak boleh dibiarkan memasuki kawasan yang merbahaya kecuali ketika memasuki kawasan tersebut, tabung airline mengandungi tekanan mencukupi untuk membekalkan sekurang-kurangnya 4500 liter udara. Selain itu, sepanjang penggunaan airline, hendaklah disediakan sekurang-kurangnya satu tabung stand-by yang mengandungi udara yang mencukupi dan boleh disambungkan terus kepada airline. Penukaran tabung mestilah dilakukan dengan segera. Seorang anggota bomba yang dikhaskan perlu ditugaskan untuk mengawas bekalan udara yang dibekalkan pada pemakai airline. Anggota ini adalah bertanggungjawab kepada pegawai papan kawalan dan memastikan terdapat bekalan udara yang berterusan dibekalkan kepada pemakai airline serta mempunyai tabung ganti yang cukup dan diisi penuh dengan udara. LAIN-LAIN PERTIMBANGAN i. Airline mesti sentiasa digunakan bersama dengan distress signal unit (DSU) dan lampu suluh. ii. Ukuran panjang hos airline yang digunakan oleh JBPM tidak melebihi 90 m. iii. Apabila airline digunakan tanpa memakai alat pernafasan yang lengkap, hos Airline perlu diikat pada pemakai di tempat yang sesuai dan disokong oleh tali pinggang atau harness. iv. Setiap airline hanya boleh digunakan dengan tidak melebihi dua orang pemakai. v. Apabila 2 orang menggunakan satu airline, kedua-duanya harus sedar bahawa mereka tidak boleh menanggalkan sambungan daripada airline kecuali dalam kecemasan. vi. Pemakai airline hanya sedar bahawa peralatan tersebut mungkin tidak boleh memberikan perlindungan pernafasan yang sepenuhnya dari segi tekanan positif semasa melakukan kerja-kerja berat. JENIS-JENIS AIRLINE LAIN Anggota bomba dan penyelamat boleh menggunakan jenis airline yang berukuran pendek sehingga 10 m panjang untuk tujuan tertentu. Sebagai contoh, untuk membekalkan udara tambahan kepada pemakai alat pernafasan dalam tatacara nyahcemaran atau kerja-kerja menyelamat yang ada atau tiada bekalan udara tersendiri, menggunakan airline sepertimana yang melibatkan dua orang pemakai yang berkongsi bekalan udara dari satu set alat pernafasan perlu dihadkan pada kerja-kerja menyelamat sahaja.


86 Gambar menunjukkan penggunaan airline equipment untuk insiden yang tidak melibatkan kebakaran PRE USE CHECKS Semua peralatan yang hendak digunakan hendaklah diperiksa berdasarkan perkara-perkara berikut:- i. Pastikan demand valve dan cylinder connector relief valve ditutup. ii. Buka satu tabung perlahan-lahan sehingga habis dan pastikan kandungan tekanan minima 80% dari isi penuh. iii. Bacaan tolok tekanan rendah antara 6 bar-10 bar. iv. Buka cylinder connector relief valve, pastikan tiada kebocoran. Tutup cylinder connector relief valve. v. Tutup cylinder valve. Bacaan pada tolok tekanan tinggi tidak turun lebih 10 bar dalam satu minit dan tolok tekanan rendah 1 bar dalam 1 minit. vi. Fungsikan pressure reducer relief valve dan pastikan wisel amaran tinggi berbunyi pada 50-60 bar. Jika unit wisel amaran tekanan rendah dipasang, pastikan ianya berbunyi pada 4-3 bar. vii. Buka tabung kedua perlahan-lahan hingga habis dan pastikan kandungan tekanan minima 80% dari isi penuh (200 bar = 160 bar). viii. Buka cylinder connector relief valve, pastikan tiada kebocoran. Tutup cylinder connector relief valve. ix. Buka cylinder valve perlahan-lahan sehingga habis. x. Pemakai boleh memakai topeng muka dan peralatan. *Jika mana-mana ujian di atas gagal, peralatan TIDAK BOLEH DIGUNAKAN


87 VISUAL INSPECTION PADA AIRLINE EQUIPMENT i. Periksa komponen-komponen berikut:- a. Troli dan tayar b. Strap pada silinder c. Winding drum and low pressure hose d. Pnuematics, gauges, WWU, quick release coupling, etc e. HP hos dan cylinder connector handwheel ii Leak test and warning whistle unit WWU (Ujian kebocoran dan unit wisel amaran) a. Tutup bleed valve pada HP. b. Kemudian buka perlahan-lahan salah satu daripada injap silinder untuk pressurized system tersebut. c. Periksa tekanan yang ditunjukkan pada HP Gauge dan LP gauge. d. HP gauge – menunjukkan tekanan sekurang-kurangnya 80% daripada tekanan silinder. e. LP gauge – menunjukkan tekanan sekurang-kurangnya 6-10 bar. iii. WWU (Warning Whistle Unit Test) a. Buka Bleed Valve pada HP. b. Tutup injap silinder, tunggu dalam jangkamasa 10-15 saat bagi membenarkan sistem untuk stabil dan kemudian periksa bacaan tekanan pada HP gauge dan LP gauge. iv. High Pressure HP Leak Test a. Tekanan yang ditunjukkan pada HP gauge sepatutnya menunjukkan penurunan kurang daripada 20 bar dalam satu minit. b. Tarik Relieve Valve untuk mengeluarkan udara yang berada di dalam sistem secara perlahan-lahan, perhatikan HP gauge. HPWWU – Whistle akan berbunyi apabila gauge menunjukkan bacaan 60-50 bar LPWWU – Whistle akan berbunyi apabila gauge menunjukkan bacaan 5-3 bar


88 PROSEDUR PENGGUNAAN AIRLINE EQUIPMENT i. Untuk Pengendali (The Controller) a. Periksa HP bleed valves pada setiap connector dalam keadaan tertutup (clockwise). b. Buka salah satu injap tabung perlahan-lahan, bukaan penuh dan lihat bacaan pada HP & LP gauge. c. Sambungkan hos yang disediakan pada male coupling pada troli dengan female coupling. d. Pastikan bekalan udara sentiasa mencukupi. Pada bacaan 60-50 bar pada HPWWU, tukar silinder. e. Pastikan sebelum menukar silinder kosong, buka bleed valve untuk mengeluarkan udara yang masih berada di dalam sistem. ii. Selepas Pengendalian (The Controller) a. Tutup injap tabung yang telah digunakan. b. Pegang dan tarik relief valve untuk mengeluarkan udara yang masih berada di dalam sistem. c. Buka Bleed Valve pada HP. d. Gulung airline hose dengan berhati-hati, pastikan tiada sebarang kotoran seperti debu, pasir atau contaminants lain. iii. Untuk Pemakai (The Wearer) a. Sambungkan male coupling dari harness atau daripada SCBA ke female coupling. b. Pakai face piece dan buat ujian pada face piece bagi memastikan tiada sebarang kebocoran. c. Teruskan penggunaan seperti yang telah diarahkan. d. Maintain Safe Working Ethics. e. Apabila tugasan telah selesai, kembali ke kawasan selamat melalui safe route.


89 PENJAGAAN RUTIN Dilakukan selepas penggunaan dan termasuk penyelenggaraan troli, silinder, harness dan facepiece. Periksa komponen-komponen berikut : i. Troli dan tayarnya ii. Cylinder Straps iii. Winding Drums dan LP Hose iv. Pneumatics, Gauges, WWU, Coupling v. HP Hoses dan Cylinder Connect Cleaning, Disinfecting, Drying a. Adalah disarankan kesemua komponen, coupling, hos, dan lain-lain dibersihkan dan disinfected serta dikeringkan selepas penggunaan. b. Jangan gunakan Acetone, Alcohol, White spirit, Trichloroetyhylene sebagai agen pembersih. c. Selepas basuhan, pastikan kesemua peralatan dikeringkan (tidak lebih daripada 60o C). Storage a. Simpan airline equipment dengan posisi upright, jika boleh tutupkan dengan kain kanvas. b. Simpan di tempat penyimpanan dengan suhu bilik, bebas dari kotoran dan habuk. c. Lindungi komponen-komponen getah, jangan dedahkan di tempat panas.


BAB 12 BEKERJA DALAM GELAP DAN BERASAP


92 PENGENALAN Anggota bomba yang tidak memakai alat pernafasan akan menghadapi kesukaran untuk memasuki kawasan yang menghadapi asap. Seterusnya mempengaruhi kepantasan kerja-kerja menyelamat. Pegawai mestilah terlatih dalam pemakaian alat pernafasan, menggunakan prosedur yang betul semasa operasi. Apabila bekerja di dalam asap, peratusan deria penglihatan akan berkurang dan banyak bergantung kepada deria rasa dan pendengaran terutama ketika memakai alat pernafasan. Tindakan yang perlu dititik beratkan apabila menghadapi masalah penglihatan ketika memasuki sesebuah premis semasa insiden kebakaran: 1. Sentiasa berfikir bahawa merangkak lebih baik dari berjalan. 2. Memastikan tangan sentiasa bergerak, meraba ke hadapan, kanan dan kiri untuk merasai apa-apa halangan. 3. Sentiasa menggenggam tangan sedikit untuk mengelakkan tangan tergenggam sesuatu yang berbahaya seperti wayar elektrik (hidup). 4. Memastikan berat badan sentiasa di kaki belakang dan ke arah dinding terutama semasa menggunakan tangga. BAHAYA-BAHAYA SEMASA MEMASUKI BANGUNAN Terdapat bahaya sebelum dan semasa memasuki insiden kebakaran struktur seperti runtuhan yang perlu di ambil perhatian. i. Bahaya-bahaya di luar premis. a. Lubang-lubang terbuka di kawasan premis. b. Semasa menaikkan tangga untuk tujuan memadam atau menyelamat, pastikan semua suis kabel dan Luminous discharge tubes ditutup. c. Apabila tangga digunakan untuk memasuki bangunan, ianya tidak harus dipindahkan kecuali dalam keadaan tertentu dan hanya dibuat atas arahan pegawai bertugas.


93 d. Pintu dan tingkap kadangkala mendatangkan bahaya di luar jangka, sebarang kelalaian anggota bomba boleh mendatangkan risiko kecederaan yang teruk. e. Apabila memasuki melalui tingkap, berhati-hati dengan langkah dan tidak dengan melompat masuk. f. Semasa membuka pintu tergantung di bahagian atas, pastikan keselamatan diutamakan bagi mengelakkan kemalangan. SEBELUM MEMASUKI DAN BERGERAK DALAM BANGUNAN Sebelum memasuki bangunan PO mesti mendapatkan maklumat menyeluruh berkenaan kawasan premis seperti:- a. Pelan premis b. Jenis kegunaan premis PINTU-PINTU Bahaya juga boleh dihadapi semasa menggunakan pintu-pintu di dalam bangunan. Semasa memasuki pintu-pintu di mana, kemungkinan berlaku nyalaan “backdraft” ataupun letupan berikutan pertambahan gas-gas merbahaya. HILANG PANDUAN DALAM ASAP Kemungkinan untuk hilang panduan di dalam asap boleh berlaku semasa melakukan kerja-kerja operasi atau menyelamat. Di antara panduan yang boleh membantu dalam mengesan jalan keluar untuk menyelamatkan diri ialah menggunakan tali pandu. Sekiranya pegawai kehilangan tali pandu, panduan lain yang boleh digunakan ialah: a. Mengikut aliran hos untuk kembali ke tempat selamat. b. Mengikut dinding sehingga menemui tingkap atau pintu. c. Mendengar bunyi di luar. d. Mengikuti jalan masuk atau selalu berada di tepi dinding sebelah kiri apabila masuk dan mengikut jalan kanan apabila keluar. e. Membuat petunjuk berpandukan kepada objek yang penting atau besar. f. Menggunakan tangga yang terdapat di tengah bangunan terutamanya di bahagian bawah bangunan atau stor-stor besar.


94 MELINDUNGI JALAN KELUAR Apabila bekerja di dalam bangunan, hendaklah sentiasa mengawasi jalan keluar untuk menyelamatkan diri. Perkara-perkara yang perlu dibuat ialah a. Sentiasa mengawasi kemerebakan api. b. Memastikan jalan keluar sentiasa selamat. c. Langkah-langkah tambahan hendaklah diambil untuk mengelakkan kemerebakan api ke bumbung, kerana kemerebakan api akan membantutkan kerja-kerja penyelamatan. PERGERAKAN ASAP Walaupun “visible flame” adalah pengukur yang jelas, asap yang bergerak dari mana-mana bahagian bangunan tidak bermakna berlaku kebakaran di dalam bangunan tersebut. Asap boleh bergerak bergantung kepada jarak sumbernya dan bergantung kepada udara sekitarnya. Prinsip utama pergerakan udara dalam api adalah disebabkan oleh a) Tiupan angin b) Kepelbagaian saluran c) Keadaan sistem udara atau d) Angin yang masuk ke bangunan e) kepanasan Faktor lain yang membantu pergerakan asap ialah a) Anak tangga b) Bumbung yang biasa c) Lift d) Tingkap yang terbuka e) Lantai/lubang yang tidak ditutup f) Siling yang berlubang g) Ruang kosong dalam petak atau tembok h) Sekatan tidak dibuat pada bahagian siling i) Pintu lift yang sentiasa terbuka j) Tembok yang mengandungi lubang


Click to View FlipBook Version